falsafah pendidikan tradisional barat
TRANSCRIPT
Falsafah Pendidikan Tradisional Barat-Esensialisme-
Ahli kumpulan:• Ericson Albert• Elizabeth Robert Assan• Irah Rusiah• Edwin Kantumi
ESENTIALISME ?
PENGASAS• William C. Bagly (1874-1946) dari Amerika Syarikat – bermula pada
tahun1938.
• Disokong oleh Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel.
• Falsafah pendidikan ini berpunca daripada mazhab idealisme dan realisme.
Konsep yang dipegang
• Pendidikan adalah melalui pengetahuan teras yang terkumpul dan berkekalan buat beberapa lama.
• Pengetahuan bersifat teras adalah wajar disampaikan kepada semua pihak terutama kepada pelajar.
• Pengetahuan teras ini bersama-sama dengan kemahiran, sikap serta nilai yang merangkumi unsur-unsur nilai murni.
Prinsip pendidikan
• Lebih memfokuskan masa hadapan.
• Segala ilmu pengetahuan yang diperolehi mestilah boleh diamalkan agar individu dapat memainkan peranan yang produktif dalam masyarakat.
• Ilmu yang akan diperoleh sebenarnya bergantung kepada usaha dan kerajinan pelajar itu sendiri.
Tujuan pendidikan
• Menjadikan seseorang itu menjadi insan yang baik melalui latihan intelek dan mental. – menurut James B. Connant(1893-19780) dan Hyman George Rickover(1900-1986)
Usaha yang perlu dilakukan
• Guru hendaklah membantu murid memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus.
• Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mahir mengunakan teknik ganjaran dan denda.
• Guru hendaklah mempunyai kelayakan akedemik yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja.
• Guru hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden.
Kurikulum pendidikan
• Sekolah rendah-lebih memfokuskan penguasaan kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.
• Sekolah menengah-penekanan adalah lebih intensif dan diperluaskan meliputi mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Ilmu pengetahuan, Bahasa dan Kesusasteraan.
• Sekolah berperanan sebagai badan yang mengekal, memelihara dan menyebarkan warisan budaya dan sejarah berkaitan dengan pengetahuan.
TERIMA KASIH KERANA MENUMPUKAN PERHATIAN!
Sekian dan