implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

15
MPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR, ISLAM DAN BARAT TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA. DISEDIAKAN OLEH : MOHD FAUZAN BIN YUSOFF AHMAD AZHAN

Upload: pau-chinchin

Post on 01-Jul-2015

1.860 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR, ISLAM DAN BARAT

TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD FAUZAN BIN YUSOFFAHMAD AZHAN

Page 2: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Di Negara kita, Falsafah Pendidikan Malaysia telah difikirkan sejak awal tahun 1980-an lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk menterjemahkan konsep pembangunan kemanusiaan di dalam penggubalan kurikulum. Justeru itu, satu Falsafah Pendidikan Negara telahpun diisytiharkan pada tahun 1988.

Falsafah Pendidikan Negara yang berteras konsep kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. FPN ini berbunyi :

“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

PENGENALAN

Page 3: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Implikasi Falsafah Pendidikan Islam

Fungsi Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar setiap muslim itu kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Apabila setiap muslim itu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka lahirlah muslim yang soleh dari segi elemen roh, akal, dan jasad.

Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, PendidikanAkal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan,Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, PendidikanKepimpinan, dan banyak lagi.

Jadi, berdasarkan falsafah Islam dan fungsinya semua perkara yangdisebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalamkurikulum pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkaninsan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dankhalifah Allah dengan betul dan sempurna.

Page 4: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Apa yang jelasnya, usaha mewujudkan FPN secara langsung menunjukkan bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang bakal menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor pendidikan di Malaysia sehingga kepada asas yang paling kukuh sekali.

Bagi menghidupkan FPN ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan sistem kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar.

Di dalam pembentukan KBSR dan KBSM ini penekanan yang lebih seimbang diberikan kepada bidang fardu Ain dan Kifayah. Ternyata falsafah pendidikan Islam memberi impak yang besar terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

Page 5: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Berhubung dengan kepentingan ilmu, al-quran ada menerangkan, seperti yang berikut :

Katakanlah : tiada serupa orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan. ( surah az- Zumar, ayat 9 )

Berdasarkan FPK, telah diletakkan unsur-unsur agama dan ketuhanan agar bangsa Malaysia mempunyai ciri-ciri keagamaan yang kuat serta berhemah mulia jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain khasnya barat.

Kita harus sedar bahawa bangsa barat hanya menekankan aspek intelek sahaja yang membawa banyak kegagalan melalui sistem ini

Page 6: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Implikasi Falsafah Pendidikan BaratFalsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu, tradisional dan

Moden. Ia menekankan aspek-aspek perenialisme dan essensialisme. Perennial bermaksud tidak berubah. Atau lebih jelas lagi, sesuatu yang tidak akan berubah.

Ia berkonsepkan ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah. Matlamat pendidikan bagu falsafah ini pula, mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa. Lebih tertumpu kepada potensi dan rasional individu, lebih pasif, penekanan agama melebihi sains, melatih 3M serta kemahiran mental, dan menaakul.

Essensialisme pula berkonsepkan menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula bole berubah dari masa ke semasa. Ia bersifat praktikal dan pragmatik.

Matlamat pendidikannya pula, pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya. Ia tertumpu kepada inovasi kurikulum sekolah -dirancang secara sistematik, guru memainkan peranan utama, latihan intelek dan mental, 3M diterapkan dan nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan.

Page 7: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Idealisme Realisme Pragmatisme Eksistensialisme

Ciri Terawal & tradisional

Tradisional Awal abad 20 – US / moden

Pertengahan abad 20 - Eropah/ moden

Fokus Kebenaran akal, jiwa, kerohanian

Dimensi Kebenaran, keadilan dan keindahan menerusi proses penaakulan

Kebenaran nyata/ maujud fizikalnya

Kewujudan di alam fikiran selaras dgn alam nyata.

Kebenaran dari pengalaman

Persekitaran bersifat dinamik.

Pengalaman individu berbeza

Kebenaran dari pengalaman bebas

Pengalaman bentuk idea & pengetahuan

Individu berhak mempuat pilihan & bertanggung jawab

Tokoh Plato, Descartes, Kant, Hagel dll

Aristotle, Russel, Bacon, Lock

Dewey, Darwin, James dll

Kierkegard, Jaspers

Perbezaan Mazhab Falsafah Umum Barat

Page 8: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Perbandingan Aliran Falsafah Pendidikan Barat

Page 9: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Walaupun terdapat kelemahan dari segi keagamaan dalam falsafah pendidikan Barat, tetapi kerajaan Malaysia tidak menolak semua idea atau pengaruh barat dalam sistem pendidikan Barat di Malaysia kerana ada sebahagiannya yang boleh diambil, diikuti dan diubah suai agar serasi dengan kehendak masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai agama yang berlainan.

Sebagai contoh, sebahagian cebisan Falsafah Pendidikan Negara masih mengambil kira seorang ahli pendidikan dan falsafah yang terkenal dari Amerika Syarikat pada abad ke-20, iaitu John dewey. Beliau yang membawa fahaman Pragmatisme mengatakan tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang menyeluruh. Ia menjadi salah satu elemen yang penting dalam falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan rakyat yang berkualiti dari segi JERIS.

Antara implikasi falsafah pendidikan barat yang terdapat di dalam FPK adalah penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, kaedah pengajaran juga menjadi efektif dengan murid – murid boleh mengajukan soalan semasa proses PNP sedang dijalankan.

Page 10: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Implikasi yang berikutnya adalah murid – murid diberi pendedahan dengan era kecanggihan teknologi seiring dengan arus pemodenan yang sedang pesat berlaku.

Terdapat juga penggubalan kurikulum bersepadu yang mamapu mencungkil potensi dan kemahiran pelajar.

Pembelajaran juga tidak tertumpu kepada peperiksaan semata – mata kerana sesi amali dan praktikal juga diselitkan dalam mata pelajaran seperti sains dan kemahiran hidup.

Page 11: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau
Page 12: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Implikasi Falsafah Pendidikan TimurFalsafah ini berasaskan falsafah cina dan india. Falsafah Pendidikan Timur

hanya menekan aspek intelek dan rohani sahaja. Hal ini dapat diperhatikan dalam prinsip Falsafah Pendidikan Timur.

Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemukadi negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupukkesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalantingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati,sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebihmuda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.

Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dariIndia, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untukmelahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segalaaspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian,dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatuproses yang berhidup, dinamik serta realistik, dan mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, sertaberpandangan dengan sikap internasionalime yang positif.

Page 13: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Penekanan Falsafah Pendidikan Timur tidak diberikan kepada unsur jasmani sepertimana di negara kita. Di negara kita, pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan salah satu subjek yang penting di sekolah. Pelajar juga diwajibkan supaya mengambil bahagian dalam pertandingan seumpama olaraga pada peringkat sekolah, daerah dan negara. Melalui ini, pelajar dapat sihat dari segi fizikal dan mental serta menyumbang sesuatu kepada negara.

Tetapi banyak sekolah tidak mengikutnya sepertimana yang disarankan oleh kerajaan. Matapelajaran pendidikan jasmani selalunya diabaikan oleh kebanyakkan sekolah dan digantikan dengan matapelajaran teras kepada pelajar tahun 6.

Ada sekolah pula yang tidak menggunakan prosedur yang betul semasa mengajar pendidikan jasmani seperti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti dan menyejukkan badan selepas menghabiskan aktiviti. Guru juga tidak menggunakan kaedah ansur maju semasa memberi pendedahan tentang sesuatu permainan.

Bukan itu sahaja, ada juga guru yang turun ke padang dengan pakaian formal untuk mengajarkan pendidikan jasmani. Hal ini telah dicontohi oleh murid seperti memakai uniform atau berkaki ayam semasa bermain di padang. Dengan ini, negaea kita tidak dapat mencapai matlamat FPK dengan sepenuhnya.

Page 14: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Falsafah Pendidikan Confucius mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status sosio- ekonomi atau kedudukan sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan negara kita.

Di negara kita, pendidikan diberikan kepada semua orang walaupun mereka adalah orang yang kurang berupaya. Pada masa kini, banyak sekolah Pendidikan Khas telah dibina untuk memberikan pendidikan yang sama kepada warga istimewa supaya mereka boleh berdikari pada masa hadapan dan tidak tersisih.

Page 15: Implikasi falsafah pendidikan timur barat islam pau

Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai implikasi falsafah pendidikan timur, islam dan barat terhadap perkembangan pendidikan dari segi positif mahupun negatif, kita perlulah bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan Negara bagi besrsaing dengan dunia era globalisasi.

Kesimpulan