bm sajak tingkatan 5

16
Di Bawah Langit yang Sama Lim Swee Tin Di bawah langit yang sama Kita hirupi udara Tanpa mengira Beirutmu Ataupun Kuala Lumpurku Kita menghirupi udara Di bawah langit yang sama. Aku suka gerimis di Kota London Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington Pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika Kerana di bawah langit ini Kita sama.

Upload: mujahidahcute

Post on 23-Jan-2017

518 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Di Bawah Langit yang SamaLim Swee Tin Di bawah langit yang sama

Kita hirupi udaraTanpa mengira BeirutmuAtaupun Kuala Lumpurku

Kita menghirupi udaraDi bawah langit yang sama.

 Aku suka gerimis di Kota London

Pernah terpesona angin dingin-tajam di WashingtonPohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya

Siapa pun menghuni Australia penghuni AfrikaKerana di bawah langit ini

Kita sama.

Aku ingin menyeberangi Laut China SelatanLayari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera

Berkongsi siang miliki malamAnyaman cinta pelangikan zaman

Tiupkan harapan senadaSesama kita-warga dunia

Di bawah langitnyaYang sama.

Peta-peta itu yang memisahkanJangan tutup pos sempadan

Visa hanya keperluan rasmi seketikaPasport dokumen pengenalan titik mula

Kita dakapi mimpi tak berbeza Gapai hasrat

Lebur kebencian kuburkan sejarah hitamDi bawah langit ini yang

Sama

MAKSUD RANGKAP 1 :

Penyajak menggambarkan bahawa walaupun di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama.

MAKSUD RANGKAP 2 :

Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyaikeistimewaan tersendiri

juga didialami oleh manusia.MAKSUD RANGKAP 3 :

Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ber kongsi impian yang sama iaitu melihat

keamanan dan keharmoniandunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan.

MAKSUD RANGKAP 4 :

Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa.

Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan serta mengikir rasa benci dan dendam.

TEMAKesamatarafan manusia walau di mana –mana mereka berada. Walaupun, manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan

harmoni.

PERSOALAN

1.Persoalan keindahan alam semulajadi di sesuatu tempat . Setiap tempat mempunyai keindahan alam semula jadi yang

tersendiri.

2. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni. Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.

3.Persoalan garis sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia. Manusia dipisahkan oleh faktor geografi.

4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormatiantaramanusia. Nilai ini penting dalam kehidupan.

BENTUK1.Bentukbebas2.Jumlahrangkap - 4 rangkap

-Rangkap 1 - 7 barisayat- Rangkap 2 - 6 barisayat- Rangkap 3 - 5 barisayat- Rangkap 4 - 2 barisayat

3. Rima akhir setiap rangkapRangkap 1 – abacdeaRangkap 2 – aabcddRangkap 3 – abcadRangkap 4 – ab

Nada : Sinis

GAYA BAHASA 1.Ayatnyapendek-

pendekContohnya : Di bawah

langitnya 2. Diksi – mudah

difahami dan puitisContohnya: Aku suka

gerimis di KotaLondon. 3. Kata pinjaman

bahasa Inggeris Contohnya : i visa,

pasport, 4. Aliterasi –

perulangankonsonan’n’

Contohnya : pohon-pohon hijau atau

aneka warna

5. Asonansi – perulanganvokal ’i’Contohnya :berkongsisiangmilikimalam

6. SinkopeContohnya : mu, ku

7. Perulangan.Contohnya Di bawahlangitini.

8. kataganda. Contohnya :pohon-pohon, peta-peta

NILAI1.Nilai menghargai keindahan alam. Keindahan

alam perlu dihargai.2. Nilai hormat- menghormati sesama manusia.

Nilai ini penting dalam kehidupan seharian.3. Nilai bertoleransi antara masyarakat.Toleransi penting dalam kehidupan

bermasyarakat.4.Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.

Kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu.

PENGAJARAN1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf

walaudimana pun mereka berada.

2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyaikeistimewaannya yang tersendiri.

3. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan

dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat

4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan

rakyatnya.

5. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebihbaik dan harmoni. 

Arkitek kotaMuhammad Haji Salleh

hanya seniman pekayang faham akan jiwa laut,

kenal lambung gelombangnya,alur sungai serta diam batu,

perasaan musim,fiil langit dan sabar bumiberhak membina kota.

kerana arkitek matang itu anak di taman,perenung di perpustakaan,

orang muda pulang bertandang di lorong malam,pemunggah barang pasar di subuh hari,

pengadil di bangku bijaksana,dan datuk bandar yang bangga.

dia harus sayangkan lagu burung,pemancing di teduh pohon,

pemerhati tasik,pengawas bintang,

dan bunga menjalar di beranda.

pencipta kota ialahpendekar muda dengan langkah berbagai-bagai,

kelakar tua yang mengampungkan ceritaorang bercinta yang perlukan bulan.

dia pengukir ruang hidup,penghias suasana sempurna,

membenarkan penemuan,memungkinkan kemungkinan.

Dari Seberang Diri.

MAKSUD

RANGKAP 1Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa

kota yang hendak dibangunkan.

RANGKAP 2Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya.

Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.

RANGKAP 3Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi

perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.RANGKAP 4

Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas.

TEMAKeperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan

pembangunan di kota. 

PERSOALAN1.Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu

keadaan. Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami.

2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi pelbagai

sudut.

3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar. Alam sekitar perlu dijaga.

4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas. Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas.

BENTUK

1.Bentuk bebas

2.Jumlahrangkap - 4 rangkap

- Rangkap 1 - 7 baris ayat- Rangkap 2 - 6 baris ayat- Rangkap 3 - 5 baris ayat- Rangkap 4 - 2 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap- Rangkap 1 – abacdea- Rangkap 2 – aabcdd- Rangkap 3 – abcad

- Rangkap 4 – ab

NadaSinis

GAYA BAHASA

1. Ayatnya pendek-pendekContohnya : perasaanmusim

2. Diksi – mudahdifahamiContohnya : pemerhatitasik

3. Aliterasi – perulangankonsonan’p’Contohnya : perenung di perpustakaan

4. Asonansi – perulanganvokal ’i’Contohnya :fii llangit dan sabar bumi

5. Kata ganda Contohnya : berbagai-bagai

6. MetaforaContohnya : jiwalaut, diam batu, perasaan musim

7. PerlambanganContohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar

NILAI Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.

Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharianterutama di kota.

Nilai bertanggungjawab. Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar.

Nilai bijaksana dalam membuat keputusan.Kebijaksanaan pentinga pabila membuat keputusan.

Nilai rasional dalam semua aspek. Kerasionalan penting dalam semua aspek.

PENGAJARAN1.Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan

pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan.

2.Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara.

3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.

4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota..

5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.