etika buddhis
DESCRIPTION
Etika BuddhisTRANSCRIPT
Etika Buddhis
Etika Buddhis tidak terbentuk daripada Hukum-hukum moral dan adat ciptaan manusia.
Dunia hari ini berada dalam keadaan kucar-kacir; etika yang bernilai kian runtuh.
Dorongan skeptisme kebendaan telah menukar pisau pembedahan atas konsep
tradisional yang dianggap sebagai kualiti kemanusiaan. Akan tetapi,sesiapa yang
mengambil berat tentang kebudayaan dan peradaban juga akan mengambil berat
tentang isu-isu etika yang praktikal. Ini disebabkan etika berkaitan dengan kelakuan
manusia. Ia berkaitan dengan perhubungan kita dengan diri kita dan dengan manusia
lain.
Keperluan untuk etika ini timbul kerana manusia adalah tidak sempurna secara
semula jadi; manusia perlu melatih dirinya untuk menjadi baik. Oleh itu moraliti menjadi
aspek kehidupan yang paling penting.
Etika Buddhis bukanlah standard sembarangan yang dicipta oleh manusia untuk
tujuan kegunaan dirinya. Juga ia bukan dicipta sembarangan tanpa asas. Etika Buddhis
tidak terbentuk daripada hukum-hukum yang dicipta oleh manusia dan adat-adat sosial.
Misalnya,cara berpakaian yang sesuai untuk sesuatu iklim,zaman atau peradaban
mungkin dianggap tidak sopan oleh yang lain;tetapi ini hanya merupakan adat-adat
sosial sahaja dan tidak melibatkan pertimbangan etika.Namun kelaziman sosial yang
sengaja diadakan sering terkeliru dengan prinsip-prinsip etika yang sebenar dan tidak
berubah.
Etika Buddhis tidak berasaskan adat-adat sosial yang berubah-ubah berasaskan
hukum-hukum alam semulajadi yang tetap. Nilai-nilai etika Buddhis sebenarnya adalah
sebahagian daripada alam semulajadi, dan hukum sebab-akibat yang tidak berubah
(kamma). Hakikat mudah bahawa etika Buddhis yang berakarumbiskan hukum
semulajadi menjadikan prinsipnya berguna dan diterima oleh dunia moden. Kenyataan
bahawa kod-kod etika Buddhis dibentuk lebih daripada 2,500 tahun dahulu tidak
mengurangkan ciri-ciri keabadiannya.
Moraliti dalam Buddhisme sememangnya praktikal kerana ia hanya merupakan satu
cara menuju ke matlamat akhir bagi kebahagiaan muktamad. Dalam perjalanan Buddhis
ke arah Pembebasan, setiap individu dianggap bertanggungjawab atas untung dan
malang nasib dirinya. Setiap individu perlu berusaha untuk pembebasannya dengan
kefahaman dan usahanya sendiri. Penyelamatan seseorang Buddhis adalah hasil
daripada perkembangan moralnya sendiri dan tidak boleh dikenakan atau diberikan
kepadanya oleh suatu agen luar. Misi Buddha ialah untuk menyedarkan manusia
tentang sifat kewujudan dan menasihati mereka tentang cara terbaik untuk kebahagiaan
mereka sendiri dan juga kepentingan orang lain. Jadi etika Buddhis tidak diperoleh
daripada sebarang perintah tuhan yang terpaksa dipatuhi oleh manusia. Buddha
menasihati manusia tentang syarat-syarat yang paling baik dan sesuai untuk
kepentingan diri orang lain dalam jangka masa yang panjang. Daripada menamai orang
yang berdosa dengan perkataan-perkataan seperti "memalukan", "jahat", "sial", serta
“hina”. Beliau hanya akan berkata, "Kamu ini memang bodoh berkelakuan begitu kerana
ini akan membawa penderitaan kepada dirimu dan orang lain".
Teori tentang etika Buddhis yang praktikal ini didapati dalam pelbagai sila. Peraturan
atau disiplin ini hanyalah panduan umum untuk menunjukkan arah bahawa seseorang
Buddhis patut ikut dalam perjalanannya ke arah penyelamatan muktamad. Walaupun
banyak daripada peraturan-peraturan ini bersifat negatif, janganlah kita berfikir bahawa
moraliti Buddhis,hanya menghindari kejahatan tanpa dilengkapi dengan perbuatan yang
baik.
Moraliti yang terdapat dalam semua sila boleh dirumuskan dalam 3 prinsip yang
mudah - "Mengelakkan kejahatan; membuat kebaikan dan menyucikan minda." Inilah
nasihat yang diberikan oleh semua Buddha.
(Dhammapada 183)
Dalam Buddhisme, perbezaan di antara apa yang baik dan apa yang jahat sangat
mudah: semua perbuatan yang berpuncakan ketamakan, kebencian dan kejahilan yang
timbul daripada perasaan mementingkan diri sendiri menggalakkan pengeliruan tentang
konsep diri. Semua perbuatan ini dinamakan Akusala Kamma. Semua perbuatan yang
berpunca daripada kemurahan hati, kasih sayang dan kebijaksanaan adalah baik -
Kusala Kamma. Kriteria baik dan buruk ini dikenakan sama ada tindakan itu melalui niat,
kata-kata atau perbuatan.
Etika Buddhis berdasarkan niat atau kehendak.
"Kamma adalah kehendak," kata Buddha. Tindakan itu sendiri tiada baik atau jahat
tetapi "cuma tujuan dan niat yang membezakan mereka." Akan tetapi, etika Buddhis
tidak mengatakan bahawa seseorang itu melakukan apa yang lazimnya dianggap
sebagai 'dosa' sekiranya ia berbuat begitu dengan niat yang sebaik-baiknya. Dengan
keadaan ini, Buddhisme akan menghadkan dirinya kepada persoalan psikologi dan
tugas-tugas menyenaraikan peraturan-peraturan serta merangka tata kelakuan itu
kepada ajaran-ajaran yang kurang bebas. Perhubungan di antara pemikiran dan
perbuatan, di antara mental dan tindakan fizikal adalah lanjutan daripada pemikiran.
Adalah tidak mungkin bagi seseorang itu melakukan pembunuhan dengan hati yang
baik kerana membunuh itu adalah gambaran luaran tentang keadaan minda yang
dikuasai oleh kebencian dan ketamakan. Perbuatan adalah kondensasi pemikiran
sepertimana juga hujan adalah kondensasi wap. Perbuatan hanya mengisytiharkan apa
yang telah berlaku di dalam hati yang sunyi dan rahsia(sulit).
Seseorang yang melakukan perbuatan yang tidak bermoral sebenarnya
mengisytiharkan bahawa dia belum bebas daripada ketidaksucian minda. Begitu juga,
seseorang yang mempunyai minda yang suci dan berseri-seri tanpa segala pemikiran
dan perasaan tercemar adalah tidak berupaya untuk melakukan perbuatan yang tidak
bermoral.
Etika-etika Buddhis juga mengakui keobjektifan nilai-nilai moral. Dengan perkataan
lain, akibat kamma bagi tindakan yang dilakukan adalah selaras dengan hukum kamma
semulajadi, tanpa mengira sikap individu atau sikap sosial terhadap perbuatan itu.
Contohnya, kemabukan mempunyai tindakan-akibat kammik; ia adalah dosa kerana
menyebabkan kedukaan pada diri sendiri dan juga orang lain. Kesan-kesan kamma
kemabukan wujud walau apapun pandangan pemabuk atau masyarakatnya tentang
tabiat meminum minuman keras. Pendapat dan sikap yang sedia ada langsung tidak
melemahkan fakta bahawa kemabukan itu adalah berdosa. Akibatnya, dari segi
psikologi, sosial dan kamma - menjadikan tindakan itu bermoral atau tidak bermoral -
tanpa mengira sikap mental mereka yang menilai perbuatan itu. Oleh yang demikian,
ketika etika yang berkaitan diakui, ia tidak dianggap sebagai melemahkan keobjektifan
nilai-nilai.
Apakah Vinaya?
Vinaya ialah kod disiplin untuk latihan diri yang digariskan oleh Buddha untuk diamalkan
oleh Bhikkhu dan Bhikkuni. Vinaya memainkan peranan bagaikan gandar roda cara
hidup vihara mereka.
Buddha tidak membentuk semua kod disiplin dalam satu masa. Akan tetapi, Beliau
mengadakan peraturan-peraturan tertentu apabila timbul keperluan. Vinaya Pitaka dan
huraiannya mengandungi beberapa cerita penting mengenai bagaimana dan mengapa
peraturan tertentu digariskan oleh Buddha. Mengikut Buddha, bentuk Vinaya yang
paling baik ialah mendisiplinkan minda, kata-kata dan perbuatan. Pengikut-pengikut
Buddha memiliki pembentukan spiritual yang tinggi dan mereka tidak begitu memerlukan
peraturan-peraturan dikenakan ke atas mereka. Walau bagaimanapun, apabila bilangan
ahli-ahli monastik bertambah, ia menarik minat ramai yang lain, setengah-setengah
daripadanya tidak begitu tinggi pembentukan spiritualnya. Maka timbul masalah-
masalah mengenai tingkah laku dan cara hidup mereka seperti mengambil bahagian
dalam kegiatan hidup orang biasa dan mudah alah kepada godaan untuk keseronokan
deria. Disebabkan keadaan sedemikian, Buddha terpaksa mengadakan garis panduan
untuk diikuti oleh bhikkhu dan bhikkhuni supaya mereka dapat membezakan antara
kehidupan bhikkhu dengan orang biasa. Sistem bhikkhu dan bhikkhuni adalah satu
sistem agama yang tersusun rapi jika dibandingkan dengan amalan-amalan pertapa lain
yang wujud pada masa itu.
Buddha menjelaskan semua panduan yang perlu untuk mengekalkan pertubuhan suci
dalam semua aspek kehidupan. Selepas Buddha meninggal dunia, peraturan-peraturan
ini dikumpulkan supaya sistem ini dapat ditadbirkan . Tata tingkah laku yang dijelaskan
oleh Buddha boleh dibahagi kepada dua bidang yang luas. Bidang-bidang tersebut
adalah Kod Moral Universal, Lokarajja, yang keseluruhannya boleh diamalkan oleh
semua bhikkhu dan juga orang ramai untuk menjalani kehidupan keagamaan. Kod
disiplin tertentu yang lain atau peraturan-peraturan yang boleh dibentuk agar selaras
dengan budaya dan sosial dalam negara yang wujud pada suatu masa tertentu
dipanggil Pannati Vajja. Dalam kategori pertama adalah Hukum Universal yang
melarang semua perbuatan tidak bermoral dan kejahatan. Kategori kedua daripada
peraturan-peraturan keseluruhannya ditujukan kepada bhikkhu dan bhikkhuni di dalam
amalan tingkah laku, tradisi, tugas, adat dan tatasusila. Melanggar kod-kod moral yang
berkaitan dengan Lokavajja akan menyebabkan nama dan kamma yang buruk,
sedangkan melanggar kod-kod disiplin yang berasaskan keadaan sosial tidak
semestinya mengakibatkan kamma buruk. Akan tetapi, mereka akan mengalami kritikan
kerana pelanggaran peraturan dalam apa bentuk juga akan mencemarkan kesucian dan
penghormatan pertubuhan suci ini. Kebanyak peraturan ini berdasarkan situasi sosio-
budaya atau cara kehidupan yang diamalkan di India dua puluh lima abad yang dulu.
Mengikut Maha Parinibbana Sutta, Buddha telah mengatakan bahawa sesetengah
peraturan kecil boleh diubah atau dipinda agar bersesuaian dengan perubahan masa
dan persekitaran, asalkan mereka tidak menggalakkan perbuatan tidak bermoral atau
tingkah laku yang memudaratkan. Sebenarnya pada zaman Buddha sendiri, sesetengah
peraturan kecil telah dipinda oleh para Bhikkhu dengan kebenaran Buddha. Buddha
juga menganjurkan supaya bhikkhu dan bhikkhuni yang sakit dikecualikan daripada
peraturan-peraturan Vinaya yang tertentu. Akan tetapi, selepas peraturan-peraturan ini
telah disusun oleh para pengikut dalam Persidangan Pertama, yang diadakan tiga bulan
selepas Buddha meninggal dunia, telah diputuskan bahawa semua peraturan itu patut
dikekalkan seperti asalnya kerana tiada siapa yang boleh mengenalpasti peraturan yang
patut diubah. Akhirnya, pengikut-pengikutnya membuat keputusan untuk mengekalkan
semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Buddha. Apabila masa berlalu,
bagaimanapun, peraturan-peraturan ini menjadi ketinggalan zaman dan sesetengah
pengikut yang ortodoks menghendaki peraturan-peraturan itu diikuti berdasarkan apa
yang tertulis dan bukan mengikut semangatnya. Adalah sesungguhnya untuk mencegah
kepatuhan kaku inilah Buddha tidak melantik penggantinya untuk mengambil alih
tempatnya selepas beliau meninggal dunia.
Beliau berkata bahawa dengan memahami Dhamma dan mempertahankan Dhamma
sebagai guru sudah mencukupi untuk menolong seseorang itu menjalani kehidupan
yang suci. Satu lagi sebab kenapa pengikut-pengikutNya tidak bersetuju untuk
mengubah sebarang peraturan ini adalah kerana tidak ada sebab atau fasal begi
mereka berbuat demikian dalam jangka masa yang begitu pendek selepas kematian
Buddha. Ini adalah kerana pada masa itu, kebanyakan yang meninggalkan kehidupan
duniawi berbuat begitu dengan ikhlas dan dengan keyakinan. Akan tetapi, apabila
keadaan sosial mula berubah dan apabila Buddhisme tersebar ke bahagian lain India
dan negara-negara lain, keputusan yang dibuat untuk tidak meminda mana-mana sila
yang dibuat oleh pengikut-pengikut dalam Persidangan Pertama dahulu menjadi satu
masalah besar kerana sesetengah peraturan tidak boleh disesuaikan dengan perubahan
politik dan ekonomi dalam keadaan-keadaan yang berlainan.
Perkembangan Komuniti Sangha
Dalam aliran masa, komuniti Sangha berubah kepada beberapa aliran, kebanyakan
daripadanya, sementara terikat kepada kebanyakan peraturan utama yang digariskan
oleh Buddha, bagaimanapun, telah cuba mengabaikan sesetengah peraturan kecil.
Aliran Theravada adalah lebih ortodoks, sementara aliran Mahayana dan aliran lain
menjadi lebih bebas dalam pandang luaran serta amalan-amalan keagamaan mereka.
Aliran Theravada cuba mengamalkan Vinaya sepertimana yang tertulis meskipun
keadaan dan persekitaran telah berubah. Perubahan-perubahan kecil bagi sila-sila telah
berlaku dari semasa ke semasa, tetapi ia tidak diperkenankan secara rasmi di kalangan
ahli-ahli aliran Theravada. Contohnya, kita boleh melihat kepada peraturan berkenaan
dengan pengambilan makanan selepas masa yang ditetapkan. Aliran Theravada tidak
secara terbukanya memperkenankan hakikat bahawa sesetengah perubahan boleh
dibenarkan dalam keadaan tertentu. Apabila ahli-ahli aliran-aliran lain menyesuaikan diri
mereka dengan memakai jubah dengan warna dan corak yang sesuai, aliran Theravada
terus terikat kepada penggunaan pakaian tradisi bhikkhu yang ditetapkan walaupun
keadaan sosial dan cuaca berubah. Banyak daripada amalan bhikkhu hanya difahami
dengan jelas oleh mereka yang dilahirkan dalam kebudayaan Buddhis yang tradisional.
Di pihak ekstrim yang lain, terdapat sesetengah bhikkhu yang mendesak supaya
segala kod Vinaya diamalkan seperti yang tertulis, bukan mengikut semangatnya,
walaupun tindakan ini akan memalukan orang di sekeliling mereka. Contohnya, kian
ramai bhikkhu Buddhis telah dijemput ke negara-negara barat di mana kebudayaan
penduduk-penduduk dan keadaan cuacanya adalah jauh berbeza daripada Asia, tetapi
mungkin dianggap aneh dan ganjil di tempat lain. Di sini sekali lagi, bhikkhu mestilah
menggunakan akalnya dan cuba tidak menjadikan dirinya bahan ketawa kaca mata
orang lain. Peraturan penting yang patut diamalkan ialah tidak melakukan perkara tidak
bermoral, zalim, berbahaya dan tidak senonoh, serta perasaan orang lain dihormati. Jika
para bhikkhu menjalankan kehidupan mereka secara jujur, bermurah hati, tidak
membahayakan orang lain dan memahami manusia dengan mengekalkan
penghormatan dan disiplin manusia, maka kualiti-kualiti ini akan dihargai di semua
tempat di dunia ini. Pengetahuan tradisi dan adat resam di negara-negara asal mereka
adalah kurang penting berbanding dengan saripati Dhamma seperti yang diajar oleh
Buddha.
Seterusnya, terdapat satu masalah yang lain. Ramai orang, terutama sekali mereka di
Barat yang telah manerima cara kehidupan Buddha, selepas membaca peraturan
Vinaya di dalam teks, berfikir bahawa bhikkhu mesti mengikut semua peraturan dengan
tepat di mana-mana tempat di dunia, tepat seperti mana yang direkodkan di dalam teks.
Kita mesti ingat bahawa sesetengah peraturan yang dipraktikkan di masyarakat India 25
abad dahulu adalah tidak sesuai walaupun di Asia kini. Kita mestilah ingat bahawa
Buddha menggariskan peraturan ini cuma untuk ahli-ahli komuniti sangha yang hidup di
India, iaitu di daerah tempat Beliau tinggal. Para bhikkhu tersebut tidak pernah
mempunyai pengalaman hidup di negara yang lain. Minat mereka yang utama ialah
perkembangan spiritual dengan kekacauan dan gangguan yang paling minimum di
dalam masyarakat yang mereka hidup. Tetapi jika mereka hidup pada masa ini, mereka
mungkin akan mengalami banyak masalah baru, jika secara ketat mereka mengamalkan
semua peraturan yang tidak dapat dihayati dan difahami oleh penduduk-penduduk di
negara itu.
Tata disiplin untuk penganut biasa menunjukkan bagaimana orang biasa boleh
menjalani kehidupan yang baik dan suci tanpa meninggalkan kehidupan duniawi.
Nasihat Buddha untuk orang biasa terkandung dalam desana-desana seperti Mangala,
Parabhava, Sigalovada, Vasala dan Vygghapajja serta banyak lagi desana yang lain.
Banyak peraturan Vinaya hanya dikenakan kepada mereka yang telah meninggalkan
kehidupan duniawi. Sudah tentu orang biasa boleh mengikut setengah-setengah
daripada peraturan ini jika mereka menolongnya memperkembangkan spiritual yang
lebih tinggi itu.
Perubahan Masyarakat
Apabila masyarakat berubah, bhikkhu tidak boleh kekal lagi sebagai pemegang tradisi
tanpa menyesuaikan diri kepada perubahan-perubahan itu, walaupun mereka telah
meninggalkan kehidupan duniawi. Orang yang tidak dapat memahami situasi ini
mengkritik kelakuan para bhikkhu tersebut kerana perubahan-perubahan ini. Walau
bagaimanapun, apabila para bhikkhu hendak meminda walaupun sila-sila yang kecil
pun, mereka harus berbuat demikian dengan keizinan Majlis Sangha yang diakui.
Bhikkhu secara individu saja tidaklah bebas mengubah sebarang peraturan Vinaya
mengikut kehendak (whim) dan kesukaan hati mereka. Ahli-ahli Majlis Sangha begini
boleh juga mengenakan hukuman tertentu terhadap para bhikkhu yang melanggar
tatasusila disiplin yang serius dan mereka yang telah mencemarkan nama baik Sangha.
Buddha menubuhkan Majlis Sangha untuk membantu para bhikkhu mengelakkan
perbuatan jahat dan godaan kehidupan duniawi. Peraturan-peraturan ini ialah garis
panduan dan bukannya hukum-hukum yang tidak boleh dilanggar yang diperturunkan
oleh suatu kuasa ketuhanan.
Di negara-negara Asia khasnya, para bhikkhu diberikan penghormatan dan
sanjungan yang tinggi. Orang biasa menghormati mereka sebagai guru Dharma dan
orang yang telah mengorbankan kehidupan duniawi untuk menjalani kehidupan yang
suci. Para bhikkhu mengabadikan diri mereka untuk pembelajaran dan pengamalan
Dharma tanpa pendapatan. Oleh yang demikian, keperluan kebendaan bhikkhu dijaga
oleh orang biasa, sementara mereka pula akan berjumpa para bhikkhu untuk keperluan
spiritual mereka.
Oleh itu para bhikkhu hendaklah menjaga perlakuan mereka supaya mereka
dihormati dan disanjungi orang ramai. Jikalau, misalnya seseorang bhikkhu dijumpai di
tempat-tempat yang dikeji, beliau akan dikritik walaupun beliau tidak terlibat dalam
perbuatan yang tidak bermoral. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab
para bhikkhu untuk mengelakkan tempat-tempat tertentu yang tidak sesuai supaya
dapat memelihara penghormatan pertubuhan suci tersebut.
Jika seorang bhikkhu tidak menghormati perasaan para penganut dan berkelakuan
mengikut cara yang hanya dirinya fikir betul, maka para penganut tidak perlu lagi
menjaga keperluan-keperluannya. Terdapat banyak contoh yang terdapat di dalam teks-
teks Buddhis bahawa pada zaman Buddha, para penganut pernah enggan menjaga
bhikkhu yang sombong, suka bertengkar, dan tidak bertanggungjawab. Para bhikkhu
boleh dikritik kerana membuat perkara-perkara duniawi tertentu yang hanya orang biasa
sahaja yang bebas melakukannya.
Dhamma Dan Vinaya
Masih banyak orang belum menyedari bahawa Dhamma,iaitu kebenaran yang telah
disampaikan oleh Buddha,tidak boleh diubah dalam apa keadaan sekalipun.Peraturan-
peraturan Vinaya tertentu juga termasuk dalam kategori yang sama dan ia tidak
tertakluk kepada perubahan dalam apa jua keadaan.Tetapi setengah-setengah
peraturan Vinaya yang lain adalah tertakluk kepada perubahan untuk mengelakkan
kerumitan tertentu yang tidak wajar. Dhamma dan Viyana adalah tidak sama.Setengah-
setengah bhikkhu cuba mengamalkan tradisi-tradisi tertentu dengan ketat seolah-olah
itu merupakan prinsip-prinsip agama yang penting walaupun pihak lain tidak dapat
melihat apa-apa makna atau implikasi(maksud) dalam amalan mereka.Pada masa yang
sama terdapat orang-orang yang mementingkan diri atau licik mungkin cuba untuk
mengekalkan gambaran kesucian luaran yang tertentu untuk mengelirukan penganut
yang setia supaya menganggap mereka sebagai bhikkhu-bhikkhu yang saleh dan
ikhlas.Banyak daripada amalan-amalan Bhuddis di negara-negara Asia yang diikuti oleh
bhikkhu-bhikkhu dan lain-lain tidak semestinya sila keagamaan tetapi hanyalah amalan
tradisi yang dipertahankan oleh orang ramai.Sebaliknya adab tertentu yang
diperkenalkan untuk bhikkhu supaya diamalkan sebagai disiplin benar-benar
mengekalkan kemuliaan dan ketenteraman sistem suci.Walaupun tradisi-tradisi
keagamaan serta adat dapat mewujudkan suatu suasana yang sesuai untuk
perkembangan spiritual, setengah-setengah peraturan Vinaya perlu dipinda mengikut
keadaan sosial yang berubah-ubah.Sekiranya ini tidak dilakukan, bhikkhu-bhikkhu akan
terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam perjalanan mereka untuk terus wujud
dan dalam perhubungan mereka dengan orang ramai.
Setengah-setengah orang mengkritik bhikkhu kerana memegang wang.Adalah sukar
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka dan bergiat dalam masyarakat
moden tanpa melibatkan wang. Apa yang mesti dilakukan oleh seseorang bhikkhu ialah
berfikir bahawa dirinya tidak berpaut kepada wang atau harta benda sebagai kepunyaan
dirinya.Itulah yang dimaksudkan oleh Buddha.Sudah tentu ada pihak yang sengaja
menyalahtafsirkan peraturan-peraturan ini untuk disesuaikan dengan keuntungan
material mereka.Mereka kelak terpaksa menanggung akibat tidak berupaya untuk
mencapai perkembangan spiritual.
Walau bagaimanpun,mereka yang memilih menghadkan diri dalam satu kawasan
yang terpencil untuk bermeditasi bagi ketenangan minda,harus berupaya menjalankan
tanggungjawab keagamaan mereka tanpa halangan daripada hal-hal duniawi yang
boleh membebankan.Tetapi haruslah mereka pastikan dahulu mereka mempunyai
penyokong yang mencukupi untuk menjaga keperluan mereka.Sementara terdapat
bhikkhu yang ingin mengasingkan diri daripada masyarakat,semestinya juga terdapat
bhikkhu yang mencukupi dalam masyarakat untuk mengendalikan berbagai-bagai
keperluan agama untuk orang ramai.Jika tidak,orang ramai mungkin berfikiran bahawa
Buddhisme tidak dapat banyak menyumbang dalam kehidupan seharian mereka.
Ciri-ciri Seorang Bhikkhu
Di antara ciri-ciri utama seorang bhikkhu ialah kesucian, kemiskinan sukarela,
kerendahan hati, hidup secara mudah, berbakti tanpa memikirkan diri, kawalan diri,
kesabaran, belas kasihan dan tidak membahayakan. Dia dikehendaki mengamalkan
empat daripada Tatasusila Yang Lebih Tinggi - iaitu :
Patamokkha Sila - Kod Moral Asas(Kesalahan-
kesalahan berat berhubung
perbuatan tidak bermoral,
kejam,membahayakan dan
aktiviti-aktiviti yang
mementingkan diri.)
Indriyasamvara Sila - Tatasusial Berhubungan
Dengan Pengawalan Deria.
Ajivaparisuddhi Sila - Tatasusila Berhubung
Dengan Kesucian Penghidupan.
Paccayasanuissita Sila - Tatasusila Berhubung
Dengan Penggunaan Sesuatu Yang Wajib
Berkaitan Dengan Kehidupan.
Keempat-empat jenis tatasusila ini secara kolektif dipanggil Sila Vissudhi (Kesucian
Kesusilaan).
Apabila seseorang memasuki sistem Bhikkhu dan menerima perasmiannya, dia
dipanggil Samanera - Bhikkhu Pelatih. Dia terikat untuk mengamalkan Sepuluh Sila
Samanera dengan kod-kod disiplin tertentu untuk menjalani kehidupan di Vihara
sehingga dia menerima pengiktirafannya yang tertinggi - Upasampada - untuk menjadi
seorang bhikkhu atau sami yang sebenarnya.
Seseorang bhikkhu atau sami terikat untuk mematuhi keempat-empat tatasusila yang
lebih tinggi yang tersebut di atas yang mengandungi 227 peraturan selain daripada lain-
lain yang lebih kecil. Keempat-empat yang utama itu berkaitan dengan kehidupan tak
beristeri dan penghindaran daripada mencuri, membunuh serta pengakuan palsu
tentang spiritualiti yang lebih tinggi mestilah dipatuhi dengan ketat. Sekiranya dia
melanggar salah satu daripadanya, seseorang bhikkhu dianggap seorang yang kalah
dalam komuniti Sangha. Dia akan dilucutkan daripada hak-hak agama tertentu oleh
komuniti Sangha. Dalam kes peraturan-peraturan lain yang dilanggarnya, dia terpaksa
menghadapi pelbagai akibat serta memperbetulkannya mengikut keberatan
kesalahannya.
Tiada ikrar bagi seseorang bhikkhu. Dia menjadi seorang bhikkhu atas kesudian
dirinya untuk menjalani Kehidupan Yang Suci selama yang disukainya. Oleh yang
demikian, tidak perlu baginya merasai bahawa dia telah terperangkap oleh ikrar yang
telah dibuatnya dan berpura-pura kerana hanya dirinya sahajalah yang boleh
memutuslan sama ada ingin atau tidak mematuhi peraturah-peraturan itu. Dia bebas
meninggalkan sistem pertubuhan ini pada bila-bila masa dan boleh menjalani kehidupan
sebagai seorang Buddhis apabila dia ingin berbuat begitu.
Sepuluh Perbuatan Baik Dan Sepuluh Perbuatan Jahat
Kehidupan yang bertuah atau yang malang bergantung kepada kebaikan
dan kejahatan individu.
Perbuatan yang baik menghasilkan pahala (punna, iaitu kualiti yang menyucikan dan
membersihkan minda. Jika minda tidak diawasi, ia senang ditakluki oleh kecenderungan
jahat, menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan jahat dan mendapat
kesusahan. Kebaikan/pahala menyucikan minda daripada kecenderungan jahat iaitu
ketamakan, kebencian dan kejahilan. Minda yang tamak mendorong seseorang
mempunyai keinginan, mengumpul dan menyorok; minda yang penuh kebencian
membawa seseorang kepada peasaan tidak suka dan kemarahan; dan kejahilan
menjadikan seseorang terjerat ke dalam ketamakan dan kebencian, memikirkan bahawa
punca-punca kejahilan ini betul dan wajar. Perbuatan-perbuatan yang tidak baik
menimbulkan lebih banyak kesengsaraan dan mengurangkan peluang-peluang
seseorang mengetahui dan mengamalkan Dharma.
Kebaikan penting untuk menolong kita melalui liku-liku hidup. Ia berhubung dengan
apa yang baik dan berfaedah kepada diri seseorang serta kepada orang lain, dan boleh
mempertingkatkan kualiti minda. Manakala harta benda yang dikumpulkan oleh
seseorang boleh hilang disebabkan kecurian, banjir, kebakaran, rampasan dan lain-lain,
keuntungan pahalanya mengikutinya dari satu kehidupan ke satu kehidupan lain dan
tidak boleh hilang, walaupun ia boleh kehabisan jika tiada usaha untuk berbuat lebih
banyak kebaikan. Melalui perbuatan yang baik, seseorang akan mengalami
kebahagiaan di sini, masa kini dan juga pada masa akan datang.
Pahala/kebaikan sangat memanfaatkan: Ia membuka peluang di mana-mana.
Seseorang yang baik akan berjaya di dalam apa-apa bidang yang dia ceburinya. Jikalau
dia ingin berniaga, dia akan menemui hubungan dan rakan-rakan yang sesuai.
Sekiranya dia ingin menjadi seorang ilmiawan, dia akan dianugerahi biasiswa dan
disokong oleh penasihat akademik. Jika dia inginkan kemajuan dalam meditasi, dia akan
bertemu denga seorang guru meditasi yang cekap yang akan memandunya ke arah
perkembangan spiritual. Impiannya akan menjadi kenyataan menerusi rahmat
pahalanya yang terkumpul. Pahalalah yang membolehkan seseorang dilahirkan semula
di syurga dan membekalkannya dengan keadaan-keadaan yang sesuai serta
membantunya mencapai Nirvana.
Terdapat beberapa ladang kebaikan yang subur (penerimaan perbuatan baik) yang
memberi hasil kepada pelaku kebaikan. Samalah seperti setengah-setengah tanah
dapat mengeluarkan hasil yang lebih baik (contohnya tanah hitam yang subur
berbanding dengan tanah yang berbatu), sesuatu perbuatan baik yang dilakukan
kepada setengah-setengah orang dapat menghasilkan lebih banyak pahala daripada
yang lain. Ladang kebaikan yang subur ini termasuklah para Sangha atau orang-orang
alim, ibu bapa dan orang-orang yang memerlukannya. Perbuatan-perbuatan baik yang
dilakukan untuk mereka akan menjadi nyata dalam banyak bentuk dan menjadi punca
kepada banyak hasil yang amat baik.
Buddha telah mengajar sepuluh perbuatan yang baik untuk kita lakukan demi
mencapai kehidupan yang gembira dan aman di samping mengembangkan
pengetahuan dan kefahaman.
Sepuluh Perbuatan Yang Baik adalah:
1. Dana
2. Moraliti
3. Perkembangan Mental
4. Penghormatan dan menghormati
5. Perkhidmatan untuk menolong orang
6. Berkongsi pahala dengan orang lain
7. Bergembira dengan pahala orang lain
8. Menyebar dan mengajar Dharma
9. Mendengar Dharma
10. Membetulkan pandangan seseorang
Melakukan sepuluh perbuatan yang baik ini bukan sahaja berfaedah kepada diri
sendiri, tetapi juga kepada orang lain, di samping memberi manfaat kepada penerima-
penerimanya. Kelakuan yang bermoral mendatangkan faedah kepada semua makhluk
yang mempunyai perhubungan dengannya. Perkembangan mental membawa
ketenteraman kepada orang-orang lain dan memberi inspirasi kepada mereka untuk
mempraktikkan Dharma. Penghormatan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat,
manakala perkhidmatan memperbaiki kehidupan orang lain. Berkongsi pahala dengan
orang lain menunjukkan bahawa seseorang itu mengambil berat tentang kebajikan
mereka, sementara bergembira atas pahala orang lain menggalakkan mereka
melakukan lebih banyak kebaikan. Mengajar dan mendengar Dharma adalah faktor
penting untuk kebahagiaan bagi guru dan pendengar, di samping menggalakkan mereka
hidup sealiran dengan Dharma. Memperbetulkan pandangan seseorang membolehkan
kita menunjukkan keindahan Dharma kepada orang lain. Di dalam Dhammapada,
Buddha mengajar:
" Sekiranya seseorang melakukan kebaikan,
Haruslah dia melakukannya berkali-kali,
Haruslah dia memperolehi keseronokan dalamnya,
Kerana kebahagiaan adalah hasil pengumpulan kebaikan."
- 118
" Jangan memandang ringan tentang kebaikan,
dengan berkata, "Ia tidak akan datang mendekatiku." -
" Walaupun dengan titisan air bekas akan dipenuhi,
Demikianlah juga orang bijaksana mengumpul sedikit demi
sedikit,
Memenuhi dirinya dengan kebaikan."
- 122
Sepuluh Perbuatan Yang Jahat
Buddhis dinasihati untuk menjauhi sepuluh perbuatan jahat. Perbuatan-perbuatan ini
berakarkan ketamakan, kebencian dan kejahilan, dan akan membawa penderitaan
kepada orang lain dan terutamanya kepada diri sendiri dalam kehidupan ini dan juga
pada kehidupan-kehidupan akan datang. Apabila seseorang memahami Hukum-hukum
Karma dan menyedari bahawa perbuatan jahat membawa hasil-hasil buruk, dia akan
mengamalkan Fahaman Benar dan elakkan daripada melakukan perbuatan-perbuatan
ini.
Ada tiga perlakuan tubuh badan yang tidak baik - iaitu:
1. Membunuh makhluk
2. Mencuri dan;
3. Persetubuhan yang tidak sah.
Perlakuan-perlakuan ini sama dengan tiga sila yang pertama untuk diikuti oleh orang
ramai.
Akibat membunuh, kepada pembuatnya ialah pendek umur, kesihatan yang buruk,
sentiasa berdukacita disebabkan oleh perpisahan dengan yang dikasihi, dan sentiasa
hidup dalam ketakutan. Akibat-akibat buruk daripada mencuri ialah kemiskinan,
kesengsaraan, kekecewaan dan mata pencarian yang bergantung kepada orang lain.
Akibat-akibat daripada persetubuhan yang tidak sah ialah mempunyai ramai musuh,
selalu dibenci, dan ikatan dengan isteri atau suami yang tidak disukai.
Empat perlakuan pertuturan tidak baik dari segi karma, adalah seperti berikut:
1. Membohong
2. Memfitnah dan membawa mulut
3. Percakapan kasar, dan
4. Percakapan seronok dan tidak bererti.
Kecuali berbohong, perbuatan-perbuatan tidak baik dalam pertuturan yang lain boleh
dianggap sebagai lanjutan daripada Sila Keempat.
Akibat buruk daripada mebohong ke atas pelakunya ialah menerima cacian,
penghinaan dan tidak dipercayai, serta keadaan fizikal yang tidak elok. Akibat daripada
percakapan kasar ialah dicemuhi oleh orang lain serta mempunyai suara yang kasar.
Akibat yang tidak dapat dielakkan daripada percakapan untuk keseronokan ialah
mempunyai organ badan yang cacat dan percakapan yang tidak dipercayai orang.
Tiga perbuatan tidak baik yang lain dilakukan oleh minda, adalah seperti berikut:
1. Ketamakan atau keinginan yang kuat terutamanya terhadap benda- benda
kepunyaan orang lain
2. niat jahat
3. Pandangan yang salah.
Ketiga-tiga perlakuan ini sama dengan tiga punca kejahatan iaitu ketamakan, kebencian
dan kejahilan.
Mereka yang tidak mengamalkan Sila Kelima iaitu menghindarkan benda-benda yang
memabukkan boleh bukan sahaja membawa kepada tiga perbuatan minda yang tidak
baik selepas minda dimabukkan, tetapi juga perbuatan-perbuatan jahat lain yang
dilakukan oleh badan dan percakapan.
Akibat yang tidak diingini hasil daripada inginkan hak orang lain ialah tidak
tercapainya hasrat. Akibat daripada niat jahat ialah rupa yang hodoh, berbagai-bagai
penyakit dan mempunyai sifat yang menjijikkan. Akhir sekali, kesan daripada pandangan
yang salah ialah mempunyai pelbagai nafsu yang kuat, kurang kebijaksanaan, akal
terencat, mempunyai penyakit menahun dan idea-idea yang boleh dikecami.
Seseorang haruslah selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang baik dan
mengelakkan dirinya daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang jahat. Walau
bagaimanapun, jika seseorang sudah melakukan perbuatan jahat, adalah perlu baginya
menyedari di mana kesalahannya dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan itu.
Inilah makna sebenar penyesalan, dan dengan cara ini sahajalah seseorang akan maju
mengikut jalan yang mulia untuk pembebasan (penyelamatan) (salvation).
Berdoa untuk pengampunan adalah tidak bererti, sekiranya selepas doa dilakukan,
seseorang mengulangi perbuatan jahatnya lagi. Siapakah yang boleh "membersihkan
segala dosa seseorang" melainkan dirinya sendiri? Ini mestilah dimulai dengan
kesedaran, agen pembersih ajaib. Pertamanya, dia menyedari ciri perbuatannya dan
sejauh manakah bencananya. Kemudian, dia menyedari bahawa perbuatannya tidak
baik, lalu mempelajari(belajar) daripadanya, dan bertekad tidak akan mengulanginya
lagi. Seterusnya dia melakukan banyak perbuatan baik kepada pihak yang teraniaya
serta kepada orang-orang lain seberapa banyak yang mungkin. Dengan cara ini, dia
mengatasi akibat daripada perbuatan jahatnya dengan curahan perbuatan-perbuatan
yang baik.
Mengikut Buddhisme, tiada pelaku kejahatan yang tidak boleh diselamatkan atau
dipulihkan, terutama dengan kesedaran dan Usaha Benar. Terpujuk untuk mempercayai
bahawa seseorang boleh "membasuh" kejahatannya melalui cara lain yang "ajaib"
bukan sahaja merupakan kepercayaan karut semata-mata, tetapi yang teruknya, ia tidak
berguna terutama sekali terhadap perkembangan spiritual diri seseorang. Ia akan hanya
menyebabkan dirinya terus jahil dan merasa puas dari segi moral. Kepercayaan yang
disalah-letakkan ini sesungguhnya, lebih membahayakan seseorang daripada akibat-
akibat perbuatan tidak baik yang amat ditakutinya.
SILA
Dengan mengamalkan sila, kamu bukan sahaja mempertingkatkan kekuatan moral
tetapi juga melakukan khidmat yang tertinggi terhadap makhluk-makhluk di sekeliling
kamu.
Setiap negara atau masyarakat mempunyai tatasila mereka sendiri yang dianggap
sebagai tindakan yang bermoral dalam konteks sosial masing-masing. Tatasila ini
biasanya berkait rapat dengan kepentingan masyarakat dan susunan undang-
undangnya. Sesuatu tindakan itu adalah dianggap betul selagi ia tidak melanggar
peraturan serta mencabuli kesensitifan orang ramai atau individu, Tatasila buatan
manusia ini adalah fleksibel dan diubah dari semasa ke semasa untuk disesuaikan
dengan keadaan yang berubah-ubah. Walaupun ia begitu penting kepada masyarakat,
piawaian buatan manusia ini tidaklah boleh bertindak sebagai satu panduan yang boleh
diharapkan sebagai sebahagian daripada prinsip moral yang boleh digunakan secara
universal.
Secara perbandingan tatasila Buddhis bukanlah hasil ciptaan minda manusia. Ia juga
tidak berasaskan etika kaum yang secara beransur-ansur digantikan dengan tatasila
kemanusiaan. Ia berasaskan hukum sebab dan akibat universal (karma) dan suatu
tindakan itu dikira baik atau buruk berdasarkan akibatnya ke atas diri sendiri ataupun
makhluk lain. Suatu tindakan, walaupun ia membawa faedah kepada diri sendiri tidak
boleh dianggap baik jika ia menyebabkan penderitaan fizikal dan mental kepada
makhluk lain.
Tatasila Buddhis mengutarakan satu persoalan umum tetapi amat penting:
Bagaimanakah boleh kita menentukan sama ada sesuatu tindakan itu baik atau buruk?
Jawapannya menurut Buddhisme adalah mudah. Kualiti sesuatu tindakan itu bergantung
kepada niat atau motivasi (cetana) dari mana ia berpunca. Jika seseorang melakukan
sesuatu tindakan hasil daripada ketamakan, kebencian dan kejahilan maka tindakannya
itu dianggap sebagai tidak baik. Sebaliknya jika ia melakukan sesuatu tindakan itu hasil
daripada kasih sejati, kemurahan hati dan kebijaksanaan maka tindakannya itu adalah
baik. Ketamakan, kebencian dan kejahilan dikenali sebagai 'Tiga Akar Kejahatan'
manakala kasih sejati kemurahan hati dan kebijaksanaan adalah 'Tiga Akar Kebaikan'.
Perkataan 'akar' merujuk kepada niat dari mana sesuatu tindakan itu bermula. Justeru
itu walau bagaimana sekalipun, seseorang itu cuba menyembunyikan sifat asal
tindakannya, kebenaran boleh dikesan dengan mengkaji fikirannya yang menimbulkan
tindakannya tadi. Mindalah punca segala pertuturan dan perbuatan kita.
Dalam Buddhisme tugas pertama seseorang ialah membersihkan dirinya daripada
kecemaran mental iaitu ketamakan, kebencian dan kejahilan. Ini dilakukan bukan kerana
ketakutan atau keinginan untuk menggembirakan sesetengah makhluk suci. Jika inilah
halnya, maka seseorang itu masih kekurangan kebijaksanaan. Tindakannya adalah hasil
daripada perasaan takut umpama seorang anak kecil yang takut dihukum kerana nakal.
Seorang Buddhis harus bertindak kerana pengertian dan kebijaksanaan. Dia melakukan
perbuatan baik kerana menyedari bahawa dengan berbuat demikian ia
mengembangkan kekuatan moralnya yang menyediakan asas bagi pertumbuhan
spiritual, iaitu menuju ke arah Pembebasan. Tambahan pula ia menyedari bahawa
kebahagiaan dan penderitaan adalah ciptaannya sendiri melalui operasi Hukum Karma.
Untuk meminimakan kejadian kesusahan dan masalah dalam hidupnya, ia berusaha
menghindarkan diri daripada perbuatan jahat. Dia melakukan perbuatan baik kerana ia
tahu ini akan membawa ketenteraman dan kebahagiaan kepadanya. Oleh sebab setiap
orang memburu kebahagiaan dalam hidup dan oleh sebab adalah mungkin untuk
seseorang itu menyediakan syarat-syarat bagi kebahagiaan, maka sudah cukup alasan
baginya untuk berbuat baik dan mengelakkan kejahatan. Lebih-lebih lagi terkikisnya
kecemaran-kecemaran mental, yang menjadi punca segala perbuatan anti sosial akan
membawa faedah besar kepada orang lain dalam masyarakat.
Panca-sila
Moraliti Buddhis biasa terkandung dalam Pancasila yang boleh diambil kira pada dua
tahap. Pertama ia membolehkan manusia hidup bersama dalam komuniti yang
bertamadun dengan saling mempercayai dan menghormati. Kedua, ia adalah titik
permulaan kepada perjalanan spiritual ke arah pembebasan. Tidak seperti perintah yang
dianggap sebagai perintah ketuhanan yang dikenakan ke atas manusia, Sila diterima
secara sukarela oleh seseorang terutama sekali apabila ia menyedari manfaat mengikut
beberapa peraturan latihan untuk mendisiplinkan tubuh badan, pertuturan dan
pemikirannya. Pemahaman adalah sebab untuk mengamalkan sila dan bukannya
kerana takutkan hukuman. Seseorang Buddhis yang baik harus mengingatkan dirinya
untuk mengikuti Pancasila setiap hari. Pancasila adalah seperti berikut:
Saya menerima peraturan ini untuk menghindarkan diri daripada:
1) membunuh makhluk hidup
2) mengambil apa-apa yang tidak diberikan
3) berzina
4) bercakap bohong
5) mengambil arak dan dadah yang memabukkan.
Di samping memahami Pancasila hanya sebagai satu set peraturan penghindaran,
seseorang Buddhis harus mengingatkan dirinya bahawa melalui Sila dia juga turut
mempraktikkan Lima Kemuliaan. Sementara Panccsila memberitahunya apa yang tidak
patut dibuat, Lima Kemulian pula memberitahunya kualiti yang perlu dipupuk iaitu
metta, pelepasan keduniaan, kepuasan hati, kejujuran dan sati. Bila seseorang itu
mengamalkan Sila pertama, iaitu tidak membunuh, dia mengawal kebencian dan
memupuk metta. Dalam Sila kedua dia mengawal sifat ketamakan dan memupuk
pelepasan keduniaannya atau ketidakpatutan. Dia mengawal nafsu deria dan memupuk
kepuasan hati dalam Sila ketiga. Dalam Sila keempat, ia menghindarkan diri daripada
berbohong dan memupuk kejujuran, dia memupuk sati melalui Sila kelima. Jesteru itu
apabila seseorang memahami kemuliaan-kemuliaan ini, dia akan menyedari bahawa
pengalaman Pancasila tidak akan menyebabkan dia menjadi negatif, pengundur dan
pengkritik diri tetapi menjadi seorang yang berperibadi positif yang dipenuhi dengan
kasih sayang dan perasaan mengambil berat serta sifat-sifat lain yang terkumpul pada
orang yang menjalani kehidupan bermoral.
Sila adalah amalan asas dalam Buddhisme, Tjuan adlah menghapuskan hawa nafsu
kasar yang dilahirkan melalui fikiran, kata-kata dan perbuatan. Sila adalah juga asas
amat mustahak bagi sesiapa yang ingin mengembangkan minda mereka. Tanpa asas
tatasusila moral, kuasa meditasi selalunya digunakan bagi motif yang salah dan demi
kepentingan diri.
Lapan Sila
Dalam banyak negara Buddhis, adalah menjadi adat di kalangan penganut-penganut
untuk mengamalkan Lapan Sila pada hari-hari tertentu dalam satu bulan seperti pada
hari bulan purnama dan hari anak bulan baru. Penganut-penganut ini akan pergi ke
vihara pada awal pagi dan menghabiskan masa dua puluh empat jam di sana
mengamalkan Lapan Sila. Dengan mengamalkan Lapan Sila mereka memisahkan diri
daripada kehidupan harian di mana mereka dihujani oleh kehendak-kehendak
kebendaan nafsu. Tujuan mengikuti Lapan Sila ialah untuk mempertingkatkan
ketenteraman dan mengendurkan ketegangan, melatih minda dan mengembangkan
kerohanian seseorang.
Dalam tempoh mengamalkan Lapan Sila ini, mereka menghabiskan masa mereka
dengan membaca buku-buku agama, mendengar ajaran-ajaran Buddha, bermeditasi
dan juga menolong dalam aktiviti-aktiviti keagamaan di vihara. Keesokan paginya,
mereka menukar daripada Lapan Sila kepada Pancasila yang bertujuan untuk amalan
harian lalu pulang untuk meneruskan kehidupan biasa mereka.
Lapan Sila adalah menghindarkan diri daripada:
1) membunuh
2) mencuri
3) bersetubuh
4) berbohong
5) minuman keras
6) mengambil makan selepas matahari tegak
7) menari, menyanyi, muzik, pertunjukkan yang tidak sesuai, menggunakan
kalungan bunga, wang-wangian, minyak pelembut, dan benda-benda yang
bertujuan mencantikkan serta menghias seseorang.
8) menggunakan tempat duduk yang tinggi dan mewah.
Sesetengah orang mendapati agar sukar untuk memahami hikmat-hikmat di sebalik
beberapa Sila ini. Mereka berpendapat bahawa Buddhis menentang tarian, nyanyian,
muzik, wayang gambar, wangi-wangian, perhiasan dan -barang-barang mewah. Tidak
ada peraturan dalam Buddhisme yang menyatakan bahawa setiap Buddhis biasa mesti
menghindari benda-benda ini. Mereka yang memilih untuk menghindarkan diri daripada
hiburan ini adalah Buddhis yang saleh yang mengamalkan Sila ini hanya untuk
jangkamasa yang pendek sebagai satu cara untuk mendisiplinkan diri. Tujuan menjauhi
hiburan dan perhiasan adalah untuk mententeramkan deria-deria walaupun hanya untuk
beberapa jam dan untuk melatih minda supaya tidak menjadi hamba kepada
keseronokan deria. Hiburan-hiburan ini menambahkan nafsu minda dan merangsangkan
emosi yang menghalang perkembangan kerohanian seseorang. Dengan
menghindarkan diri daripada hiburan-hiburan ini sekali-sekala, seseorang itu maju ke
arah mengatasi kelemahan-kelemahannya dan menambahkan kekuatan mengawal diri.
Bagaimanapun, Buddhis tidaklah mengutuk hiburan-hiburan ini.
Pengamalan Sila (kedua-dua Lima dan Lapan Sila) bila dilakukan dengan minda
yang bersungguh-sungguh pasti merupakan suatu perbuatan berpahala. Ia membawa
faedah besar kepada kehidupan sekarang dan kehidupan-kehidupan selepas ini. Oleh
sebab itu, seseorang harus mencuba sedaya-upaya mengamalkan Sila ini dengan
pemahaman dan seberapa kerap yang boleh.
KASIH SEJATI (METTA)
Apa yang kurang dalam dunia hari ini ialah kasih sejati dan niat baik.
Dalam dunia hari ini, terdapat kekayaan kebendaan yang mencukupi. Terdapat
cendikiawan-cendikiawan yang sangat maju, penulis-penulis yang cemerlang,
pensyarah-pensyarah yang berbakat, ahli-ahli falsafah, ahli-ahli psikologi, ahli-ahli sains,
penasihat-penasihat agama, penyair-penyair yang mengkagumkan dan pemimpin-
pemimpin dunia yang berkuasa. Meskipun terdapat cendikiawan-cendikiawanini, masih
tiada keamanan dan keselamatan yang sebenarnya di dunia dewasa ini. Pasti ada
sesuatu yang kurang, apa yang kurang ialah kasih sejati atau niat baik di kalangan
umat manusia.
Perolehan kebendaan sahaja tidak akan membawa ketenteraman dan kebahagiaan
yang berkekalan. Ketenteraman mesti terlebih dahulu dibentuk dalam jiwa seseorang itu
sebelum dia boleh membawa keamanan kepada orang lain dan kepada dunia
keseluruhannya. Cara yang sebenarnya untuk mencapai ketenteraman adalah dengan
mengikuti nasihat yang diberikan oleh guru-guru agama.
Untuk mengamalkan kasih sejati, seseorang mesti terlebih dahulu mengamalkan
Prinsip Mulia iaitu tanpa keganasan dan mestilah selalu bersedia untuk mengatasi
perasaan mementingkan diri dan menunjukkan jalan yang betul kepada orang lain.
Pejuangan ini tidak dilakukan dengan tubuh badan, sebab kejahatan manusia bukanlah
terletak pada tubuh badannya tetapi di dalam mindanya. Tanpa keganasan adalah
senjata yang lebih berkesan untuk menentangi kejahatan, berbanding dengan
pembalasan. Pembalasan hanya akan meningkatkan kejahatan.
Untuk mengamalkan kasih sejati seseorang mesti juga bebas daripada perasaan
mementingkan diri. Kebanyakandaripada cinta di dalam dunia ini berpusat pada diri
sendiri, cinta seseorang itu hanyalah pada dirinya sendiri.
Suami dicintai bukan kerana disayangi, tetapi suami disayangi kerana cinta kepada
diri sendiri. Anak-anak disayangi oleh ibubapa, bukan lahir daripada perasaan sayang
terhadap mereka tetapi kerana cinta kepada diri sendiri. Tuhan dikasihkan bukannya
kerana mengasihi tuhan tetapi kerana cinta kepada diri sendiri. Bukan sebab kasih
sayang seseorang itu dicintai, tetapi kerana cinta kepada diri sendiri mereka dicinta.
Manusia harus belajar bagaimana mengamalkan kasih sayang tanpa pentingkan diri
untuk mengekalkan ketenteraman sejati dan penyelamatan dirinya. Sebagaimana bunuh
diri membunuh secara fizikal, sikap mementingkan diri membunuh perkembangan
spiritual. Kasih sejati dalam Buddhisme tidak beremosi atau mementingkan diri. Ianya
adalah kasih sejati yang terpancar dari minda yang suci selepas pemadaman
kebencian,cemburu, kekejaman, pemusuhan dan dendam.Menurut Buddha, metta-kasih
sejati adalah cara yang paling berkesan untuk mengekalkan kesucian minda dan untuk
menyucikan suasana tercemar kerana mental.
Perkataan `cinta' digunakan dengan maksud yang merangkumi pelbagai pengalaman
emosi manusia. Penekanan yang berdasarkan hawa nafsu seks sesuatu jantina
terhadap yang lain telah memesongkankonsep persahabatan terhadap makluk lain.
Menurut Buddhisme, terdapat banyak jenis emosi, yang mana kesemuanya ditakrifkan
di bawah satu istilah umum "cinta". Pertama sekali, terdapat cinta untuk kepentingan diri
dan cinta bukan untuk kepentingan diri. Seseorang itu memiliki cinta untuk kepentingan
diri apabila ia hanya berminat dengan kepuasan yang dapat mefaatkan dirinya sendiri
tanpa menimbangkan keperluan atau perasaan rakannya. Perasaan cemburu biasanya
adalah satu tanda cinta untuk kepentingan diri. Cinta bukan untuk kepentingan diri,
sebaliknya, dirasai bila seseorang itu menyerahkan seluruh jiwa raganya demi kebaikan
orang lain - ibubapa merasai cinta demikian terhadap anak-anak mereka. Biasanya
manusia berperasaan campuran antara cinta untuk kepentingan diri dan cinta bukan
untuk kepentingan diri dalam perhubungan mereka antara satu sama lain. Misalnya,
apabila ibubapa membuat pengorbanan-pengorbanan besar untuk anak-anak mereka,
mereka biasanya mengharapkan sesuatu sebagai balasan.
Suatu jenis cinta lagi, tetapi mempunyai pertalian rapat dengan yang di atas ialah
cinta persaudaraan atau cinta antara sahabat. Daripada satu segi, cinta sebegini boleh
juga dianggap mementingkan diri sendiri sebab cinta itu terhad kepada orang-orang
tertentu dan tidak merangkumi yang lain. Kategori yang lain, kita mempunyai cinta
seksual di mana pasangan-pasangan tertarik terhadap satu sama lain melalui tarikan
fizikal. Inilah jenis yang paling kerap dieksploitasi oleh hiburan moden dan ia boleh
meliputi apa saja dari rasa berahi remaja yang tidak kompleks kepada hubungan yang
paling kompleks antara orang dewasa.
Pada satu tahap yang lebih tinggi daripada itu, ialah kasih sejati atau metta. Cinta
yang merangkumi semua ini ialah satu sifat kemuliaan agung yang ditunjukkan oleh
Buddha. Yang Maha Mulia Buddha, misalnya meninggalkan kerajaannya, keluarga dan
keseronokan supaya Beliau boleh berhuang demi mencari jalan untuk membebaskan
manusia dari kewujudan yang menyendsarakan. Untuk mencapai pencerahan
sempurna, Beliau terpaksa berjuang dalam kehidupan-kehidupan yang tidak terkira
banyaknya. Suatu makhluk yang lebih rendah tarafnya pasti sudah berputus asa, tetapi
berlainan untuk bakal Buddha. Disebabkan inilah Beliau digelar sebagai Yang
Mengasihani. Kasih Buddha yang tidak terbatas menjangkaui bukan hanya manusia
tetapi kesemua makhluk hidup. Ia tidak beremosi atau mementingkan diri tetapi satu
kasih tanpa batasan, tanpa diskriminasi. Tidak seperti jenis cinta yang lain, kasih sejati
(sejagat) tidak akan berakhir dengan kekeciwaan atau kehampaan kerana ia tidak
mengharapkan sebarang ganjaran. Ia melahirkan lebih banyak kegembiraan dan
kepuasan. Sesiapa yang mengembangkan cinta sejagat juga akan memupuk perasaan
mencapai peringkat (Mulia) Luhur.
Dalam buku, The Buddha's Ancient Path, yang dihormati Piyadasi mengatakan:
"Cinta adalah daya aktif. Setiap tindakan daripada orang yang penyayang, dilakukan
dengan minda yang suci, untuk menolong, untuk membantu semasa kecemasan, untuk
mengembirakan, untuk menjadikan jalan orang lain lebih senang dan licin dan lebih
mudah menyesuaikan diri terhadap cengkaman kedukaan, dan memenangi
kebahagiaan tertinggi."
"Cara untuk mengembangkan cinta ialah dengan memikirkan keburukan, kebencian
dan faedah-faedah tanpa kebencian; dengan berfikir berdasarkan kenyataan,
berdasarkan kamma, sesungguhnya tiada siapa yang harus dibenci, dan kebencian
ialah satu perasaan yang bodoh yang menyebabkan semakin banyak kegelapan, yang
menghalang pemahaman sempurna. Benci menyekat; cinta membebaskan. Kebencian
mencekik; cinta memerdekakan. Kebencian membawa penyesalan; cnta membawa
keamanan. Kebencian mengganggu fikiran; cinta menenangkan, senyapkan dan
mententeramkan. Kebencian memecahbelahkan cinta menyatupadukan. Kebencian
mengeraskan hati; cinta melembutkan. Kebencian menghalang; cinta membantu. Oleh
itu, melalui kajian dan penghayatan yang betul terhadap akibat-akibat kebencian dan
faedah-faedah cinta, patutlah seseorang itu mengembangkan cinta."
Dalam Metta Sutta, Buddha telah menghuraikan sifat cinta dalam Buddhisme.
"Sebagaimana seorang ibu akan melindungi anak tunggalnya, walaupun dengan
menggadai nyawanya sendiri, demikian jugalah seseorang itu harus memupukkan kasih
yang tak terbatas terhadap semua mekhluk. Biarkan fikiran cinta tanpa batasnya
meresap ke seluruh dunia, atas, bawah dan ke sebarang tanpa sebarang halangan,
tanpa sebarang kebenciaan, tanpa sebarang pemusuhan.
Dana Sebenar
Anda membuat dana sebenar jika anda memberi dengan bebas tanpa mengharapkan
apa-apa balasan.
Intisari dana yang sebenar ialah memberi sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa
senagai balsan ke atas pemberian itu. Jika seseorang mengharapkan faedah-faedah
kebendaan daripada pemberiannya, maka dia hanya melakukan satu tindakan
pertukaran dan bukannya sana. Seorang yang dermawan tidak sepatutnya membuatkan
orang lain nerasa terhutang kepadanya ataupun menggunakan dananya sebagai satu
cara untuk mengawal seseorang. Dia tedak sepatutnya juga mengharapkan orang lain
mengenang budi kerana kebanyakan orang adalah pelupa dan bukan semestinya tidak
mengenang budi. Tindakan dana sebenar bermanfaat, tanpa sebarang ikatan dan
meninggalkan kedua-dua pemberi dan penerimanya bebas.
Perbuatan dana yang berpahalah ini disanjung tinggi oleh setiap agama. Mereka yang
sudah mampu menyara diri harus memikirkan orang lain dan bersedia menghulurkan
bantuan kepada mereka yang memerlukan. Di antara mereka yang mengamalkan dana,
terdapat golongan yang memberi demi menarik orang lain ke dalam agama atau
fahaman mereka. Tindakan pemberian sedemikian yang dilakukan dengan motif
tersembunyi untuk menukarkan agama seseorang tidak boleh dikatakan dana sejati.
Buddhis memandang dana sebagai satu perbuatan untuk mengurangkan ketamakan
diri iaitu keadaan mental yang tidak bermanfaat yang menghalang kemajuan spiritual.
Seseorang yang dalam perjalannya ke arah perkembangan spritual mesti cuba
mengurangkan perasaan mementingkan diri dan kehendaknya yang kuat untuk
memperolehi lebih banyak lagi. Dia sepatutnya mengurangkan kepantannya yang kuat
terhadap harta benda sebab jika dia tidak berwaspada boleh menjadikannya hamba
kepada ketamakan. Apa yang dia milik atau ada haruslah sebaliknya digunakan untuk
faedah dan kebahagiaan orang lain: orang yang disayanginya serta mereka yang
memerlukan pertolongannya.
Apabila memberi, seseorang tidak seharusnya membuat dana sebagai sautu tindakan
tubuh badan semata-mata, tetapi juga dengan hati dan mindanya. Mestilah ada
kegembiraan dalam setiap tindakan pemberian. Satu garis perbezaan dapat dibuat di
antara memberi sebagai suatu tindakan normal kedermawaan dan dana. Dalam
tindakan normal kedermawaan seseorang itu memberi kerana belas kasihan dan
kemurahan hati bila dia sedar bahawa orang lain memerlukan pertolongan dan dia
berada dalam kedudukan yang boleh menghulurkan bantuan. Bila seseorang melakukan
dana dia memberi sebagai satu cara untuk memupuk kemurahan hati sebagai satu sifat
baik dan mengurangkan rasa mementingkan diri sendiri serta keinginan yang kuat. Ia
menggunakan kebijaksanaan bila dia menghayati bahawa dana adalah satu kualiti yang
sangat penting untuk diamalkan oleh setiap Buddhis, dan ia merupakan kesempurnaan
pertama (paramita) yang diamalkan oleh Buddha dalam banyak kelahirannya yang
lampau dalam mencari pencerahan. Seseorang membuat dana kerana menghargai
kualiti agung dan kemulia-muliaan Tiga Pertama.
Terdapat benda yang boleh diberi oleh seseorang. Dia boleh memberi barang
kebendaan, makanan untuk yang lapar, dan wang serta pakaian untuk yang miskin. Dia
juga boleh memberi pengetahuan, kemahiran, masa, tenaga atau usaha kepada projek-
projek yang dapat memanfaatkan orang lain. Dia boleh menyediakan telinga yang
simpati dan nasihat yang baik kepada sahabat yang dalam kesusahan. Dia boleh
menghindarkan diri daripada membunuh makhluk lain dan dengan membuat demikian
dia melakukan suatu pemberian nyawa kepada makhluk yang tidak berupaya yang
sebaliknya mungkin telah dibunuh. Dia juga mungkin boleh memberi sebahagian
daripada anggota badannya untuk kepentingan orang lain seperti menderma darah,
mata, buah pinggan dan lain-lain. sesetengah orang yang berusaha untuk mengamalkan
sifat mulia ini atau terdorong oleh rasa belas kasihan yang sangat kuat atau perasaan
mengambil berat terhadap orang lain mungkin juga bersedia untuk mengorbankan
nyawanya sendiri. Dalam kelahiran-kelahiranNya yang lampau, Boddhisatva telah
banyak kali memberikan anggaota-anggota badanNya demi kepentingan orang lain.
Beliau telah juga mengorbankan nyawanya agara yang lain dapat hidup, begitu agung
sifat kemurahan dan belas kasihannya.
Tetapi perakuan tertinggi terhadap belas kashian Buddha terletak pada hadiahnya
yang tak ternilai kepada kemanusiaan - Dharma yang boleh membebaskan semua
makhluk daripada penderitaan. Bagi seorang Buddhis pemberian yang tertinggi ialah
pemberian Dharma. Pemberian ini mempunyai kuasa paling besar untuk menukar
sesuatu kehidupan. Bila seseorang menerima Dharma dengan minda yang suci dan
mengamalkan kebenaran ini dengan bersungguh-sungguh, dia tidak mengkin tidak
berubah. Dia akan mengalami kebahagiaan, ketenteraman dan kegembiraan yang lebih
besar di dalam hati dan mindanya. Kalau dia pernah kejam pada suatu masa dahulu dia
menjadi seorang yang pengasih. Kalau dia pernah menjadi pendaman, dia menjadi
pengampun. Melalui Dharma, si pembenci akan menjadi lebih mengasihani, yang tamak
akan lebih bermurah hati, yang resah akan lebih tenang. Bila seseorang telah
mengecapi Dharma, bukan sahaja dia kan mengalami kebahagiaan di sini dan kini,
tetapi juga dalam kehidupan akan datang dalam perjalannya menuju ke Nibbana.
Sikap Buddhis Terhadap Nyawa Haiwan.
Jika kita mempercayai bahawa haiwan dicipta oleh seseorang untuk manusia, maka ia
turut bermakna manusia juga diciptakan untuk haiwan kerana sesetengah haiwan
memakan daging manusia.
Haiwan dikatakan hanya sedar tentang kini. Mereka hidup tanpa sebarang
menghiraukan masa lepas atau masa depan. Demikian juga kanak-kanak yang
kelihatan bagaikan tidak mempunyai pemahamnan terhadap masa depan. Mereka juga
hanya hidup dalam masa kini sehinggalah fakulti ingatan dan imaginasi mereka telah
berkembang.
Manusia mempunyai keupayaan untuk menaakul. Jurang perbezaan di antara
manusia dan haiwan hanya melebar ke tahap yang mana manusia mengembangkan
fakulti penaakulannya dan bertindak sewajarnya. Buddhis menerima hakikat bahawa
haiwan bukan sahaja mempunyai kemampuan naluri tetapi juga kemampuan berfikir
yang lebih rendah tahapnya.
Dalam beberapa segi, haiwan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi daripada
manusia. Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih tajam; serangga
mempunyai deria bau yang lebih baik, burung Rajawali boleh berlari lebih pantas;
helang dapat melihat pada jarak yang lebih jauh. Tidak dapat dinafikan bahawa
manusia adalah lebih bijak tetapi masih banyak lagi yang perlu dipelajari oleh manusia
daripada semut dan lebah. Masih banyak sifat haiwan dalam diri kita. Tetapi kita
mempunyai banyak kelebihan lagi: kita mempunyai potensi untuk perkembangan
spiritual.
Buddhisme tidak dapat menerima pernyataan bahawa haiwan diciptakan oleh
seseorang untuk manusia; jika haiwan diciptakan untuk manusia maka ia turut
bermakna manusia diciptakan untuk haiwan kerana tradapat sesetengah haiwan yang
memakan daging manusia.
Buddhis digalakkan untuk menyayangi semua makhluk dan tidak hanya
membataskan kasih sayang mereka kepada manusia. Mereka sepatutnya
mengamalkan kasih sejati terhadap semua makhluk. Buddha menasihatkan bahawa
adalah tidak betul bagi kita mengambil nyawa sebarang makhluk kerana setiap makhluk
mempunyai hak untuk wujud. Haiwan juga mempunyai rasa takut dan sakit seperti
manusia. Adlah salah mengambil nyawa mereka. Kita tidak sepatutnya
menyalahgunakan kecerdasan dan kekuatan kita untuk memusnahkan haiwan
walaupun kadangkala mereka mengganggu kita. Haiwan memerlukan rasa simpati kita.
Memusnahkan mereka bukanlah satu-satunya cara untuk menghindari mereka. Setiap
makhluk menyumbangkan sesuatu untuk memelihara dunia ini. Adalah tidak adil bagi
kita merampas hak mereka untuk hidup..
Dalam "Handbook of Reason", D.Runes mengatakan, "Adalah sukar untuk kita
bercakap tentang moral berhubung dengan hidupan yang secara sistematik telah kita
lahap, kebanyakannya dipanggang tetapi kadang-kadang secara mentah. Terdapat
orang yang mengamalkan kasih kepada kuda, kasih kapada anjing, kasih kepada
kucing. Tetapi orang-orang yang sama juga akan memegang seekor rusa atau lembu
pada lehernya, memotong tekaknya, meminum darahnya secara terus atau di dalam
puding dan mengunyah dagingnya. Dan siapakah yang boleh berkata bahawa seekor
kuda yang dipelihara adalah lebih mulia daripada rusa yang mereka makan?
Sesungguhnya ada orang yang makan kucing, anjing dan kuda tetapi menggunakan
lembu hanya sebagai haiwan bekerja."
Sesetengah orang akan nangis kematian seekor anak burung atau ikan emas; ada
pula pergi ke tempat yang jauh untuk menangkap ikan dengan sebentuk mata kail yang
tajam untuk makanan atau keseronokan semata-mata atau menembak burung hanya
untuk bersuka-suka. Ada pula yang hanya untuk bersuka-suka. Sesetengahnya pergi
jauh ke dalam hutan untuk memburu binatang sebagai satu permainan sedangkan yang
lain menghabiskan banyak perbelanjaan untuk memelihara haiwan yang sama di rumah
sebagai binatang kesayangan.
Sesetengah orang memelihara katak bagi meramalkan cuaca; yang lain memotong
kakinya untuk digoreng. Sesetengahnya membela burung di dalam sangkar emas yang
lain pula menghidangkan sebagai sarapan. Kesemuanya sungguh membingungkan.
Suatu fikiran yang jelas terpapar dalam dunia di mana manusia masih membelatani
sesama manusia untuk memperolehi keuntungan atau semata-mata untuk darah, tidak
ada masa untuk mereka memikirkan tentang moral bersabitan dangan haiwan.
Kesemua agama menasihatkan kita agar menyayang sesama umat manusia. Malah
sebahagiannya mengajar kita agar lebih menyayangi mereka yang seagama. Tetapi
Buddhisme adalah lebih agung di mana ia mengajar kita menunjukkan perhatian dan
kasih sayang yang sama terhadap makhluk dan alam semesta ini. Pemusnahan
sebarang makhluk menggambarkan suatu gangguan terhadap Hukum Semesta.
Buddha telah begitu jelas dalam pengajrannya menentang sebarang kezaliman
terhadap sebarang makluk. Suatu hari Buddha ternampak seorang lelaki sedang
bersiap sedia untuk korban binatang. Apabila ditanya mengapa dia hendak membunuh
binatang yang tidak berdosa itu, lelaki itu mengatakan bahawa ia akan
menggembirakan dewa-dewa. Buddha kemudian menwarkan dirirnya sebagai korban,
dengan mengatakan bahawa jika nyawa seekor binatang boleh menggembirakan
dewa-dewa, maka nyawa seorang manusia yang lebih berharga akan lebih
menggembirakan mereka.
Kekejaman manusia terhadap haiwan adalah satu gambaran sifat haloba yang tidak
terkawal. Pada hari ini kita memusnahkan haiwan dan mangambil hak asasi mereka
supaya kita dapat meluaskan kawasan persekitaran untuk kesenangan kita. Tetapi kita
sudah mula membayar balik bagi perbuatan kejam dan mementingkan diri ini. Alam
sekitar kita terancam dan jika kita tidak mengambil langkah tegas agar haiwan-haiwan
lain dapat terus hidup, kewujudan kita sendiri di muka bumi ini mungkin tidak akan
terjamin. Memang benarlah bahawa kewujudan sesetengah haiwan itu menjadi
ancaman kepada kewujudan manusia, tetapi kita tidak pernah mengambil kira bahawa
manusia adalah pengamcam terbesar terhadap semua hidupan di muka bumi mahupun
di udara. Manakala kewujudan hidupan yang lain menjadi ancaman hanya kepada
hidupan-hidupan tertentu sahaja.
Oleh kerana setiap hidupan menyumbangkan sesuatu untuk memelihara atmosfera
dan planet ini, memusnahkan mereka bukanlah satu penyelesaian untuk mengatasi
gangguan kita, KIta patut mengambil langkah-langkah lain untuk memelihara
keseimbangan alam semulajadi.
Keperluan Kepada Toleransi Hari ini
Jika seseorang dengan bodohnya melakukan kesalahan ke atas diriku, akan
balaskannya perlindungan dengan kasih sayangku yang tak terbatas. Semakin banyak
kejahatan yang datang daripadanya, semakin banyak pula kebaikan yang akan
kucurahkan. Aku akan sentiasa memberi hanya keharuman kebaikan.' (Buddha)
Manusia hari ini gelisah, kelesuan, penuh dengan ketakutan dan keridakpuasan. Mereka
mabuk dengan keinginan untuk memperolehi kemasyhuran, kekayaan dan kekuasaan.
Mereka ketagihkan kepuasan-kepuasan deria. Manusia menghabiskan kehidupan
harian mereka dalam ketakutan, syak wasangka dan rasa tidak selamt. Dalam masa
kekacauan dan krisis sebegini, adalah sukar bagi manusia hidup bersama secara aman
sesama mereka. Oleh kerana itu timbulnya keperluan besar terhadap toleransi dalam
dunia hari ini untuk memungkinkan manusia di dunia hidup bersama secara aman.
Dunia ini telah parah dan menderita kerana penyakit dogmatisme dan ketiadaan
toleransi. Banyak negara yang buminya berlumuran dengan darah yang tertumpah atas
pentas pergelutan plitik, bagaikan langit seribu tahun dahulu yang selibungi asap
pembakran mayat-mayat pejuang dari berbagai-bagai kepercayaan. Sama ada dalam
agama atau politik manusia telah sedar tentang satu misi untuk membawa kemanusiaan
mengikut cara hidup yang lain. Sesungguhnya ketidak-toleransi dalam semangat perang
- Salib telah merosakkan rekod-rekod agama.
Marilah kita merenung kembali kepda `kemajuan' yang mendapat publisiti yang begitu
banyak pada abad ini - suatu abad dengan peralatan dan penciptaan. Suatu barisan
rekaan sains dan teknikal baharu yang mengkagumkan - telefon, motor, elektrik,
kapalterbang, radio, televisyen, komputer, kapal angkasa, satelik dan alat-alat elektronik
.... Namum begitu dalam abad yang sama ini, anak-anak bumi yang telah
memperkembangkan kesemua hail rekaan sebagai puncak dalam kemajuan, mereka
yang sama telah membunuh berjuta-juta manusia lain dengan benet atau peluru-peluru
atau gas. Di sebalik ke semua 1kemajuan' agung ini, di manakah terletaknya semangat
toleransi?
Dewasa ini manusia berminat menerokai angkasa lepas, tetapi mereka gagal
sepenuhnya untuk hidup manusia sesama manusia dengan aman dan harmoni.
Akhirnya manusia pasti akan menodai bulan dan planet-planet lain.
Demi kepentingan kebendaan manusia moden mencerobohi alam semulajadi. Aktivit
mentalnya dipenuhi dengan keseronokan sehinggakan dia tidak berdaya untuk mencari
tujuan hidup. Kelakuan luar biasa umat manusia dewasa ini adalah hasil daripada
tanggapan salah tentang kehidupan manusia dan tujuan muktamadnya. Ia adalah punca
kepada kekecewaan, ketakutan, rasa tidak selamat dan ketiadaan toleransi dewasa ini.
Malahan pada hari ini, ketidaktoleransi hari ini masih diamalkan atas nama agama.
Orang ramai hanya bercakap mengenai agama dan berjanji untuk menyediakan jalan
pendek ke syurga, mereka tidak berminat untuk mengamalkannya. Jika orang-orang
Kristian hidup berpandukan khutbah di Gunung, jika Buddha mengikuti Jalan Mulia
Lapan Faktor, jika umat Islam benar-benar mengikuti konsep persaudaraan dan jika
orang-orang Hindu membentuk kehidupan mereka dengan konsep penyatuan, sudah
pasti akan wujud keamanan dan keharmonian di dunia ini. Di sebalik ajaran-ajaran yang
tidak ternilai oleh guru-guru agama yang agung ini, manusia masih belum menyedari
akan nilai toleransi. Ketidak-toleransi yang diamalkan atas nama agama adalah paling
keji dan dikesali.
Nasihat Buddha ialah "Marilah kita hidup bergembira, tanpa membenci mereka yang
membenci kita. Di kalangan mereka yang membenci kita, marilah kita hidup bebas
daripada kebencian. Biarlah kita hidup dengan gembira dan bebas dari penyakit. Biarlah
kita hidup gembira dan bebas dari ketamakan; di kalangan mereka yang tamak."
(Dhammapada 197, 200)
Upacara Pengebumian Buddhis.
Upacara pengebumian Buddhis yang sebenarnya adalah suatu upacara agama yang
mudah, penuh kemuliaan dan istiadat.
Hari Keagamaan
Sebagaiman yang diamalkan dalam banyak negara Buddhis, upacara pengebumian
Buddhis yang sebenarnya adalah mudah, penuh kemuliaan dan istiadat. Malangnya,
sesetengah orang telah memasukkan banyak amalan yang tidak perlu, berlebih-lebihan
dan karut ke dalam upacara pengkebumian. Perkara-perkara dan amalan-amalan yang
berlebihan berbeza mengikut adat resam dan tradisi mereka. Adat-adat ini telah
diperkenalkan pada masa dahulu oleh orang -orang yang mungkin tidak memahami sifat
sebenar kehidupan dan kematian dan bagaimanakah kehidupan selepas kematian. Bila
idea-idea sebegini digabungkan ke dalam amalan Buddhis, orang ramai mungkin
mengecam Buddhisme kerana upacara pengebumian yang mahal. Kalaulah ahli
masyarakat Buddhis menemui orang yang sesuai yang telah mempelajari ajaran
Buddha dan tradisi Buddhis yang sebenarnya, mereka boleh mendapat masihat
berkenaan cara-cara menjalankan upacara pengebumian Buddhis. Sungguh malang
sekali satu gambaran buruk telah diwujudkan bahawa Buddhisme menggalakkan orang
ramai membazirkan wang dan masa di atas amalan-amalan yang tidak perlu. Harus
difahami dengan jelas bahawa Buddhisme tidak kena-mengena dengan amalan yang
tidak berasas ini.
Buddhis tidak begitu cerewet berhubung dengan pengebumian ataupun pembakran
mayat. Dalam banyak negara Buddhis, pembakran mayat adlah satu adat. Bagi tujuan-
tujuan kesihatan dan ekonomi pembakaran adalah digalakkan. Dewasa ini populasi
dunia semakin bertambah dan jika kita terus membiarkan tanah-tanah berharga diduduki
oleh mayat-mayat, maka pada suatu hari nanti kesemua tanah yang tertinggal akan
dipenuhi oleh orang yang mati dan orang yang hidup tidak akan mempunyai tempat
untuk tinggal.
Masih ada sesetengah orang yang menentang pembakaran mayat. Mereka
mengatakan bahawa pembakran bertentangan dengan hukum Tuhan, sebahagaimana
mereka telah menetang perkara-perkara lain di masa lampau. Ia memerlukan sedikit
masa bagi orang-orang sedemikian memahami bahawa pembakran adalah lebih sesuai
dan efektif daripada pengebumian.
Sebaliknya Buddhis tidak percaya bahawa suatu hari nanti seseorang akan datang
dan membangunkan roh orang-orang mati daripada kubur ataupun abu mayat dari
bekasnya dan memutuskan siapa yang patut pergi ke syurga dan siapa yang patut pergi
ke neraka.
Kesedaran atau tenaga mental orang yang telah meinggal tidak mempunyai
hubungan dengan mayatnya yang telah ditinggalkan rangkanya atau abunya. Ramai
orang mempercayai bahawa jika si mati tidak diberi pengebumian yang sempurna atau
kalau batu nisan yang suci tidak didirikan di atas kubur maka roh si mati akan
berkeliaran ke empat penjuru dunia dan meratap dan mengis dan malah kadang kala
pulang menggangu kaum keluarganya. Kepercayaan sebegini tidak dapat dicari dalam
Buddhisme.
Buddhisme mempercayai bahawa bila seseorang mati, kelahiran semula akan berlaku
di suatu tempat lain berdasarkan perbuatan baik atau buruknya. Selagi seseorang itu
mempunyai keinginan untuk wujud dia mesti mengalami kelahiran semula. Hanya
arahant yang telah mengatasi segala kehendak nafsu tidak akan dilahirkan semula dan
dengan itu selepas kematian mereka, mereka akan mencapai matlamat terakhir
Nibbana.