etika kumpulan

79
1 KANDUNGAN Halaman KANDUNGAN 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 3 1.2 PENGERTIAN MODAL INSAN 4 1.3 PENUTUP 6 BAB 2 PEMBENTUKAN MODAL INSAN 2.1 PENGENALAN 8 2.2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN 11 2.3 PEMBENTUKAN MODAL INSAN MELALUI AL-QURAN DAN AL-SUNNAH 13

Upload: marlon-abdullah

Post on 03-Jan-2016

67 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

knowledge

TRANSCRIPT

Page 1: Etika Kumpulan

1

KANDUNGAN

Halaman

KANDUNGAN 1

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN 3

1.2 PENGERTIAN MODAL INSAN 4

1.3 PENUTUP 6

BAB 2 PEMBENTUKAN MODAL INSAN

2.1 PENGENALAN 8

2.2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN

MODAL INSAN 11

2.3 PEMBENTUKAN MODAL INSAN

MELALUI AL-QURAN DAN

AL-SUNNAH 13

2.3.1 Ibadah yang Bersih 15

2.3.2 Ibadah yang Sahih 19

Page 2: Etika Kumpulan

2

2.3.3 Insan yang Berakhlak Mulia 21

2.3.4 Insan Bersyariat 26

2.3.5 Insan Berakal dan Berilmu 29

2.3.6 Berjuang Melawan Hawa Nafsu 34

2.3.7 Memelihara Waktu 35

2.3.8 Insan Berdakwah dan Berjihad 36

2.3.9 Insan Produktif 42

2.4 MODAL INSAN DAN CABARAN-

CABARANNYA 44

2.5 PENYELESAIAN KEPADA

CABARAN MODAL INSAN 46

2.6 PENUTUP 52

RUJUKAN 54

Page 3: Etika Kumpulan

3

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Dalam arus perdana masyarakat kini, membina dan

membangunkan masyarakat aman damai, sejahtera, dan

harmoni merupakan persoalan penting untuk diwacanakan

secara serius. Kesejahteraan masyarakat terutamanya

masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama menjadi

pra syarat utama dalam menjana suasana yang lebih terarah

kepada terbangunnya kebahagiaan dan keamanan sesebuah

masyarakat.

Kesejahteraan yang diidamkan merupakan satu hakikat

yang perlu dibangunkan secara kolektif berasaskan kepada

teras penting dalam sistem pembangunan iaitu melalui amalan

pembangunan modal insan. Jelas ia menunjukkan kepada

pelaksanaan yang tersusun rapi dan berterusan. Untuk menuju

ke arah tersebut, maka membangunkan masyarakat dengan

berpaksikan elemen pembangunan modal insan adalah jalan

yang mesti dilalui dan ianya perlu diaplikasikan dan

Page 4: Etika Kumpulan

4

diperkukuhkan ke dalam seluruh anggota masyarakat.

Pembangunan modal insan yang dimaksudkan adalah

pencernaan akhlak dan moral yang menyeluruh berasaskan

ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan al-

Sunnah.

Oleh yang demikian, perbahasan kita ialah tentang

penelitian pembentukan modal insan yang terdapat di dalam al-

Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini akan

membahaskan bagaimana modal insan dibentuk dan hasil

implikasinya ke atas diri setiap individu dan masyarakat

melalui pembentukan tersebut.

1.2 PENGERTIAN MODAL INSAN

Modal menurut Kamus Dewan ialah wang atau harta benda

yang dipergunakan seebagai pangkal atau pokok untuk

berniaga atau sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau

mencapai sesuatu yang lain. Manakala manusia pula

ditakrifkan sebagai makhluk yang mempunyai akal budi atau

boleh berfikir dan mempunyai daya upaya (Teuku Iskandar

2002: 832).

Page 5: Etika Kumpulan

5

Berdasarkan penjelasan Kamus Dewan, modal insan

merujuk kepada harta yang ada pada diri manusia, iaitu akal

budinya dan dengannya manusia dapat mencapai sesuatu yang

lain. Akal merujuk kepada fikiran atau kebolehan manusia

untuk berfikir ddan mencapai ilmu, manakala budi pula

merujuk kepada keupayaan manusia untuk diri dan menuju ke

arah matlamat modal insan yang lebih baik (Ahmad Mohd

Said & Khalidah Salekan 2007: 4).

Selain itu, istilah insan ialah istilah al-Quran dan istilah

ini merujuk kepada manusia yang menyeluruh dan sepadu.

Kata insan diambil dari kata uns yang bererti jinak, harmoni

dan tampak, atau kata nasiya yang bererti lupa, atau kata nasa-

yanusu yang bermakna bergoncang. Walaupun terdapat sisi

pandangan yang berbeza mengenai asal makna insan, yang

penting kata insan digunakan dalam al-Quran untuk

menunjukkan kepada manusia dengan keseluruhannya, jiwa

dan raga (Muhammad Syukri Salleh 1987: 12).

Manakala modal insan dalam perspektif Islam ialah

bagaimana potensi insan seperti akal, hati dan jasmani

dijadikan smuber kekuatan mengurus diri dan mengurus

sistem. Kekayaan sumber-sumber ciptaan Allah dalam sistem

memerlukan pengurusan yang baik dan bijaksana. Allah

menghubungkan ciptaannya yang berupa sumber-sumber yang

Page 6: Etika Kumpulan

6

mempunyai nilai tinggi sebagai rahmat yang perlu diuruskan

sebagai amanah. Allah SWT menunjukkan menerusi al-Quran

dan mengambil contoh binaan peribadi Rasulullah SAW

sebagai modal insan yang terbaik supaya apabila peribadinya

terbangun dengan baik, faktor jujur, amanah, ikhlas, adil dan

saksama akan menjadi neraca pengrusan (Roslan Mohamed &

Siti Aishah Abu Bakar t.th: 3).

Berdasarkan daripada pengertian di atas, dapatlah

disimpulkan bahawa pembangunan modal insan amat penting

diketengahkan demi mencapai kehidupan yang harmoni dan

sejahtera dalam sesebuah masyarakat.

1.3 PENUTUP

Pembentukan modal insan dalam Islam memiliki kualiti amal

soleh yang mempunyai kemampuan untuk mensejahterakan

umat manusia dan hidup dalam suatu sistem pengurusan dan

pentadbiran yang mampu mengekalkan kehidupan manusia

secara harmoni dan aman damai. Perutusan Nabi Muhammad

SAW dengan membawa risalah Islam berjaya membangunkan

generasi cemerlang yang memiliki kekentalan akidah, akhlak

teladan, daya juang yang tinggi dan jiwa penerokaan yang

Page 7: Etika Kumpulan

7

hebat. Secara jelas ia menunjukkan betapa keutuhan insan

sewajarnya dapat direalisasikan bila mana nilai modal insan

dapat dicanangkan secara menyeluruh.

Oleh yang demikian, di bawah ini kita akan

membincangkan pembentukan modal insan berteraskan al-

Quran dan al-Sunnah yang diwahyukan kepada Nabi

Muhammad SAW.

Page 8: Etika Kumpulan

8

BAB 2

PEMBENTUKAN MODAL INSAN

2.1 PENGENALAN

Pembentukan modal insan dalam Islam merupakan fokus

utama atau matlamat yang paling tinggi dan ianya merupakan

keupayaan bersama (ijtimai’) dalam meningkatkan

kesejahteraan masyarakat keseluruhannya sama ada di dunia

mahupun di akhirat di dalam satu proses yang harmonis dan

dinamis.

Sebelum kita berbicara secara lebih lanjut, biarlah kita

membincangnya dalam konteks semasa iaitu memetik

pandangan peribadi Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun

Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana diucapkan oleh beliau

dalam beberapa ucapan dan perutusan rasmi:

Dalam perutusan hari kemerdekaan negara ke-48,

beliau mengungkapkan: “Untuk membangunkan modal insan,

kita mahu memberikan ilmu pengetahuan yang secukupnya,

kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti

mulia yang mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa

Page 9: Etika Kumpulan

9

besar, cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan

jasmani dan kekuatan rohani” (Utusan Malaysia 31 Ogos

2005).

Intisari yang terungkap dalam ucapan beliau ini jelas

mempamirkan hasrat peneraju utama negara bahawa bentuk

dan wajah insan yang diperlukan oleh negara adalah kalangan

insan yang seimbang pembangunan rohani dan jasmaninya.

Insan hebat penguasaan ilmu pengetahuannya dan pada waktu

yang sama berpegang teguh dan menghayati nilai-nilai akhlak

yang murni. Dan di kalangan insan sebeginilah yang menurut

beliau, akan dapat membina peradaban berkualiti untuk

kegunaan manusia sejagat. Hasilnya, akan melahirkan suatu

bentuk kesejahteraan yang menyeluruh dalam konteks

masyarakat sejagat.

Sehubungan dengan itu, pembangunan modal insan

yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah pembangunan

yang datangnya daripada kesedaran yang tinggi dari umatnya

yang saling bekerjasama dan bukannya datang daripada satu

kelompok yang kecil. Di samping itu, pembangunan ini juga

haruslah mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat secara

keseluruhan dari segi zahir dan batin. Sekali lagi wajar

ditegaskan di sini adalah, konsep pembangunan yang cuba

Page 10: Etika Kumpulan

10

diketengahkan oleh Islam adalah untuk mencapai

kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Pembangunan modal insan dalam Islam hendaklah

ditangani secara bertahap dan hikmah. Malah dalam Islam itu

sendiri amat mementingkan sesuatu perkara dilakukan secara

hikmah. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl (16) ayat

125.

Maksudnya:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan

hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan

berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan

cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua

yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya,

dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang

mendapat hidayah petunjuk”.

Pembangunan modal insan dalam Islam hendaklah

dijalankan secara dua tahap; iaitu peringkat pembangunan

Page 11: Etika Kumpulan

11

kerohanian dan satu lagi adalah pembangunan peringkat

fizikal. Pembangunan pada peringkat kerohanian merupakan

pembangunan yang paling asas dalam Islam. Akal dan jiwa

manusia perlu dibangunkan dahulu sebelum sesuatu

pembangunan fizikal dilakukan. Ini adalah bagi melahirkan

insan yang mempunyai pemikiran yang bersih, suci dan pekerti

mulia. Tumpuan utama pendekatan Islam adalah ke atas

kejiwaan, moral dan etika-etika pembangunan yang mencakupi

masa yang amat panjang dan mereka amat prihatin terhadap

proses pembangunan Islam (Roslan Mohamed & Siti Aishah

Abu Bakar t.th: 5).

2.2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL

INSAN

Modal insan tidak sahaja harus dibangunkan dengan prinsip-

prinsip nilai yang berasaskan agama tetapi memerlukan olahan

bijaksana bagaimana cabaran perubahan hari ini dapat

dibentuk sesuai dengan acuan kita sendiri. Faktor nilai adalah

faktor yang amat penting dalam proses membangunkan modal

insan (Roslan Mohamed & Siti Aishah Abu Bakar t.th: 7).

Page 12: Etika Kumpulan

12

Oleh itu, nilai moral, akhlak dan etika iaitu prinsip

untuk mengukur dan menghakim sama ada sesuatu dan tujuan

itu wajar atau tidak dinamakan sebagai keputusan etika. Nilai

yang baik perlu wujud pada pemimpin sudah pasti

menggalakkan kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab,

amanah dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu

membangunkan negara atau tamadun. Oleh itu, untuk

memperolehi akhlak yang mulia, kita mesti terlebih dahulu

mengetahui hakikat diri insan sebagai makhluk yang terdiri

daripada unsur jasmani dan rohani. Tempat bagi terbentuk dan

tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang

membuahkannya dalam pelakuan dan perbuatan oleh anggota

jasmani. Akhlak sangat penting untuk dibangunkan kerana ia

menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan

pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada

pembangunan insan. Akhlak mercu kepada kelahiran manusia

untuk menjadi khalifah di bumi ini dan seterusnya memacu

dan membina tamadun manusia (Roslan Mohamed & Siti

Aishah Abu Bakar t.th: 8).

Untuk itu, penelitian pembentukan modal insan melalui

al-Quran dan al-Sunnah perlu dikaji dan diketengahkan kerana

ianya sudah terbukti kemampuannya menerusi kesan-kesan

peninggalan sejarah yang pernah menguasai dunia beberapa

ratus tahun yang lalu, bermulanya daripada zaman Nabi

Page 13: Etika Kumpulan

13

Muhammam SAW dan para sahabatnya sehinggalah kejatuhan

khilafa’ Islamiah di tangan Mustafa Kamal Attaturk pada

zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah. Berikut

merupakan penelitian pembentukan modal insan yang terdapat

di dalam al-Quran dan al-Sunnah:

2.3 PEMBENTUKAN MODAL INSAN MELALUI AL-

QURAN DAN AL-SUNNAH

Allah SWT menjadikan manusia yang mempunyai pelbagai

perangai dan sifat. Dengan keunikan kejadian manusia, maka

hadirlah sebuah peruntukan undang-undang yang serba

lengkap dan merangkumi setiap aspek kepelbagaian

kehidupan. Dengan perutusan para Nabi dan Rasul, tujuan

mereka ialah menjadikan umat masing-masing sebagai insan

soleh yang layak menjadi khalifah di muka bumi. Mereka

mengajarkan risalah masing-masing kepada umat mereka,

tidak dikurangi dan ditambah walaupun sedikit. Namun,

sedikit sahaja yang beriman dan selebihnya ingkar dan kufur

terhadap perutusan dan kandungannya. Orang yang beriman

diangkat darjatnya melebihi malaikat, bagi golongan ingkar

Page 14: Etika Kumpulan

14

diturunkan darjatnya melebihi binatang. Firman Allah SWT

dalam surah al-Tin (95) ayat 4 hingga 5.

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam

bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai

dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur

sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami

kembalikannya dalam keadaan serendah-rendah peringkat

orang-orang yang rendah”.

Menurut al-Qaradhawi, matlamat pertama yang

menjadi sasaran Islam ialah membina ‘insan yang soleh’ yang

layak menjadi khalifah di bumi yang telah dimuliakan oleh

Allah SWT. Dijadikannya dalam bentuk paling elok dan

ditundukkan kepadanya semua isi langit serta bumi. Ia adalah

manusia yang memiliki semua sifat kemanusiaan dan diangkat

lebih tinggi dari taraf haiwan ternak dan binatang buas.

Manusia yang soleh inilah yang menjadi asas kepada keluarga

yang soleh, masyarakat dan umat yang soleh (al-Qaradhawi

2012: 377).

Page 15: Etika Kumpulan

15

Sejarah Islam telah mempamerkan ramai insan yang

mempunyai kemahiran dalam berbagai bidang yang telah

memberikan sumbangan besar kepada kemanusiaan. Sudah

tentu mereka telah melalui satu latihan yang baik sehingga

mereka mempunyai kompetensi yang tinggi dalam banyak

bidang. Sumber latihan ini tidak lain adalah al-Quran dan

Sunnah Rasulullah SAW kerana orang-orang Arab hanya

muncul membina tamadun unggul dan memimpin umat

manusia sejagat hanya selepas mereka mengambil al-Quran

dan Sunnah sebagai asas kehidupan mereka. Antara asas

pembentukan modal insan yang terdapat di dalam al-Quran dan

al-Sunnah ialah:

2.3.1 Ibadah yang Bersih

Akidah merupakan asas kepada seorang pendidikan yang

dibawa oleh Rasulullah SAW. Ia tidak boleh dicampuri oleh

akidah-akidah lain seperti yang tercatat dalam al-Quran.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ancam (6) ayat 162.

Maksudnya:

Page 16: Etika Kumpulan

16

“katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,

hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang

memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

Ayat di atas menerangkan bahawa bukan sahaja

sembahyang dan ibadah-ibadah khusus yang perlu diikhlaskan

kepada Allah tetapi keseluruhan kehidupan mesti milik Allah

semata-mata.

Insan yang beriman dan berakidah seharusnya

mempunyai pemikiran yang jelas tentang dirinya dan alam

sekelilingnya. Dirinya bukanlah tumbuhan liar di padang yang

luas yang muncul sendirian tanpa sesuatu kuasa yang

menanamnya. Beliau menyedari bahawa alam disekeliling

bukanlah muncul sendirian tanpa Penciptanya dan

Pentadbirnya. Sebaliknya, beliau beriman bahawa beliau

mempunyai Tuhan yang menciptanya, menyempurnakannya

dan menyeimbangkannya, mengajar kepadanya berbicara,

mengurniakan kepadanya akal dan kehendak, mengutuskan

kepadanya para Rasul, menurunkan kepadanya kitab-kitab suci

sebagai panduan, memberikan hujah kepadanya serta

menjelaskan matlamat dan jalan sebenar kejadiannya selaku

makhluk Allah SWT. Manusia mesti meyakini bahawa

disebalik alam yang indah ini terdapat Pencipta yang Maha

Page 17: Etika Kumpulan

17

Agung yang menjadikan segala sesuatu serta menentukan

kadarnya, yang memberikan setiap satu penciptaanNya

kemudian memberikan pula petunjuk. Namun apa yang

diciptaNya akan musnah dan Dia akan menggantikannya

dengan alam yang lain iaitu alam yang kekal abadi, yang

padanya akan dibalas setiap apa yang telah mereka usahakan

dan diberikan pahala terhadap apa yang telah diamalkannya

dan mereka tidak akan dizalimi (al-Qaradhawi 2012: 378).

Berkenaan dengan kenyataan ini, Allah SWT berfirman dalam

surah Shad (38) ayat 27 hingga 28.

Maksudnya:

“Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala

yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak

mengandungi hikmah dan keadilan. Yang demikian adalah

sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi

orang-orang yang kafir itu dari azab neraka. Patutkah Kami

Page 18: Etika Kumpulan

18

jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama

seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi?

Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama

seperti orang-orang yang berdosa?”

Oleh yang demikian, pembentukan modal insan

mestilah hidup dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.

Beriman dengan risalah-risalah-Nya, kitab-kitab-Nya dan para

rasul-Nya serta dengan risalah terakhir-Nya iaitu risalah dan

perutusan Nabi Muhammad SAW. Keimanan merupakan ciri

keunikan insan Muslim. Seseorang Muslim dengan akidahnya

yang berteraskan kepada Tauhid. Yang mana Tauhid

Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah tidak boleh dipisahkan.

Berbeza dengan keimanan golongan bukan Muslim iaitu

mereka hanya beriman bahawa Allah sahajalah yang mencipta

langit dan bumi seperti dalam firman Allah SWT dalam surah

al-Ankabut (29) ayat 61.

Maksudnya:

“Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya

kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang

Page 19: Etika Kumpulan

19

menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari

dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" sudah tentu

mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka

tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui

keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?”

2.3.2 Ibadah yang Sahih

Pembentukan modal Insan yang soleh mesti seorang ahli

ibadat. Beliau haruslah sedar bahawa disekelilingnya dijadikan

untuknya. Sebaliknya beliau sedar kejadiannya hanya untuk

Allah. Beribadat hanya kepada Allah yang Maha Esa adalah

matlamatnya yang paling utama. Lantaran itu, kewujudannya

sebagai insan dan makhluk yang dhaif di dunia ini memiliki

tanggungjawab atas dirinya sebagai hamba dan milik Allah

SWT. Untuk itu, sebarang perbuatannya haruslah ditujukan

kepada Penciptanya. Firman Allah SWT dalam surah al-

Dzariyat (51)ayat 56 hingga 57.

Maksudnya:

Page 20: Etika Kumpulan

20

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia

melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-

Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki

pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya

mereka memberi makan kepadaKu”.

Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa makhluk menjadi

khadam antara satu sama lain. Setiap jenis makhluk menjadi

khadam kepada jenis makhluk lain yang lebih tinggi darjatnya.

Tanah berkhidmat kepada tumbuh-tumbuhan, tumbuh-

tumbuhan pula berkhidmat kepada binatang, manakala

binatang pula berkhidmat kepada manusia, manakala manusia

berkhidmat pula kepada Penciptanya dengan cara

mengabdikan diri kepada Tuhannya1. Manusia tidak diciptakan

melainkan untuk berkhidmat kepada Tuhannya dan

Penciptanya, iaitu dengan beribadat kepada-Nya semata-mata

tanpa ada sebarang penyekutuan dengan sesiapa atau sesuatu

yang dijadikan-Nya di bumi dan di langit (al-Qaradhawi 2012:

383-384).

1 Walaupun hakikat pengabdian tersebut tidak memberi apa-apa makna kepada Penciptanya, iaitu tidak dapat memberi manfaat ataupun dharurat kepada Tuhannya. Berbeza dengan manusia yang menciptakan kenderaan, kerana kenderaan dijadikan atas kemaslahatan (kepentingan) manusia iaitu memudahkan urusan tugasan harian baginya.

Page 21: Etika Kumpulan

21

2.3.3 Insan yang Berakhlak Mulia

Akhlak yang kukuh adalah amat penting dalam pembinaan

modal insan sehingga Rasulullah SAW menyifatkan

perutusannya adalah semata-mata untuk menyempurnakan

akhlak. Akhlak yang dimaksudkan ialah jujur, berani, teguh

pendirian, tabah, tekun, sabar pengasih dan apa sahaja akhlak

yang mulia. Rasulullah SAW sendiri telah menjadi contoh dan

teladan dalam memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia.

Allah SWT telah menyatakan tentang keagungan akhlak

Rasulullah SAW di dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam

surah al-Qalam (68) ayat 4.

Maksudnya:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang

amat mulia”.

Dalam membentuk modal insan Muslim sepatutnya

menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan yang baik. Allah

telah mengutuskan Baginda untuk menyempurnakan

kemuliaan akhlak dan menyifatkan Baginda SAW sebagai

berakhlak agung. Insan tersebut mengambil dan mengikuti

petunjuk Baginda serta berakhlak dengan akhlak Baginda

Page 22: Etika Kumpulan

22

dengan harapan agar dapat mendampingin Baginda pada hari

Qiamat kelak.

Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa insan Muslim ialah

manusia yang berjaya menewaskan naluri dan syahwatnya

apabila dia menyucikan dirinya dengan riadhah, mujahadah

dan mengawasi dirinya sehingga dia berjaya berpindah dari

nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan kepada nafsu

yang sentiasa mencela kejahatan diri (al-Nafs al-Lawwamah)

(al-Qaradhawi 2012:387). Oleh yang demikian, manusia

tersebut berjaya mendapat kejayaan apabila ketaqwaannya

mengatasi kejahatan sepertimana firman Allah SWT dalam

surah al-Syams (91) ayat 7 hingga 10.

Maksudnya:

“Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya

(dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta

mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya

kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertaqwa.

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya

(yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman

Page 23: Etika Kumpulan

23

dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang

menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam

kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)”.

Islam telah mengajar kita bahawa akhlak dan

kesopanan merupakan keperluan akidah dan kesempurnaan

iman yang mana kedua-duanya merupakan hasil yang pasti

bagi ibadat yang benar. Jika ibadat tidak membuahkan akhlak

dan kesopanan, bermakna ibadat tersebut cacat. Akhlak insan

Muslim tidak boleh dibahagi-bahagikan. Akhlaknya tidak

sama seperti akhlak orang Yahudi yang mengharamkan riba

dalam interaksinya sesama Yahudi tetapi menghalalkannya

dalam interaksinya dengan orang lain. Akhlak insan Muslim

juga tidak sama seperti akhlak orang Barat penjajah yang

berinteraksi di dalam negaranya dengan moral yang baik tetapi

apabila dia berinteraksi dengan orang dari negara lain dia

mencuri, menzalimi, melewati baras dan sombong (al-

Qaradhawi 2012: 392). Firman Allah SWT dalam surah al-

Maidah (5) ayat 8.

Page 24: Etika Kumpulan

24

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua

sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan

kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-

kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong

kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu

berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih

hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah,

sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan

apa yang kamu lakukan”.

Sesungguhnya insan Muslim sentiasa berlaku adil

kepada orang yang dikasihinya dan orang yang dibencinya,

kepada kerabat yang dekat dan musuh yang jauh. Inilah yang

membezakan antara akhlak orang Islam dengan bukan Islam.

Jika orang Islam dizalimi, beliau tidak membalas dengan

berlebihan dan melampaui batas kerana perkara tersebut

dilarang sama sekali. Bahkan, orang Islam yang lebih tinggi

nilai akhlaknya ialah sanggup memaafkan saudaranya samada

di kalangan Muslim mahupun bukan Islam.

Page 25: Etika Kumpulan

25

2.3.4 Insan Bersyariat

Selain dari berpegang teguh dengan akhlak dan adab

kesopanan, insan Muslim juga harus berpegang teguh dengan

manhaj Rabbani dan syariat yang difardhukan ke atasnya oleh

Tuhannya. Tuhannyalah yang menetapkan sesuatu perkara,

menghalalkan segala perkara baik untuknya, mengharamkan

perkara yang buruk ke atasnya, menentukan kewajipan ke

atasnya, menjelaskan hak untuknya dan memperincikan apa

yang diperlukannya. Dia tidak dibiarkan begitu sahaja dan

tidak ditinggalkannya untuk habuan falsafah-falsafah dan

sistem-sistem manusia yang saling bertentangan yang

cenderung ke kanan dan ke kiri. Sebaliknya dilakarkan

kepadanya jalan yang lurus serta memastikannya supaya

bergerak di atasnya di samping mengambil kira keuzurannya

dengan menentukan kelonggaran-kelonggaran baginya dan

mengenalpasti kadar darurat yang tertimpa ke atasnya dengan

mengharuskan baginya perkara-perkara haram mengikut kadar,

bentuk dan jangka masa darurat tersebut tanpa keterlaluan (al-

Qaradhawi 2012: 393). Firman Allah SWT dalam surah al-

Baqarah (2) ayat 173.

Page 26: Etika Kumpulan

26

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu

memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-

binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa

terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak

mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar

benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha

Mengasihani”.

Seorang insan Muslim terikat dengan hukum-hakam

syariat dan manhaj Ilahi dalam hubungan kekeluargaan,

kemasyarakatan, ekonomi dan politiknya. Dia berkahwin atau

bertalaq, menjual dan membeli, menyewa atau memberi sewa,

mencari nafkah atau membelanjakannya, memiliki atau

memberi, mewarisi atau mewariskan, berhukum atau dihukum,

berdamai atau berperang, semuanya mestilah berdasarkan

Page 27: Etika Kumpulan

27

perintah dan larangan Allah serta menurut tuntutan dan pilihan

yang diberikan-Nya.

Al-Qaradhawi menambah bahawa adat dan muamalat

yang menjadi keperluan hidup manusia, maka asas hukum

padanya adalah ‘tiada tegahan’. Oleh itu, tidak boleh menegah

sesuatu melainkan jika perkara itu telah ditegah oleh Allah

SWT. Ini kerana perintah dan tegahan itu merupakan asas

syariat Allah SWT. Justeru, ibadah khusus menjadi sabit

kerana ia termasuk dalam suruhan Allah. Dari situ, jika sesuatu

perkara seperti muamalat dan adat itu tidak pernah sabit

melalui perintah Allah, maka bagaimana ia secara tiba-tiba

boleh dilarang dan ditegah (al-Qaradhawi 2012: 12)? Atas

dasar inilah, Imam Ahmad dan para ulama hadith

menyebutkan bahawa asas hukum bagi ibadah khusus ialah

tawqifi. Kita tidak berhak untuk mereka-reka sesuatu

melainkan apa yang dating dari Allah. Jika kita memandai-

mandai, maka kita termasuk dalam golongan yang ditempelak

Allah SWT. Firman Allah dalam surah al-Syura (42) ayat 21.

Maksudnya:

Page 28: Etika Kumpulan

28

“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan

- mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-

undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak

kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah,

untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang

tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada

mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-

orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak

terperi sakitnya”.

2.3.5 Insan Berakal dan Berilmu

Keimanan Islam tidak akan berkata kepada insan Muslim

sebagaimana kata agama-agama lain: ‘Percayalah secara

membuta tuli’. Sebaliknya ia menyeru insan Muslim agar

mengetahui tentang Tuhannya dan mengasaskan

kepercayaannya atas dasar keyakinan bukan atas dasar

sangkaan serta menyandarkannya kepada bukti bukannya

taqlid iaitu mengikut tanpa mengetahui hujah (al-Qaradhawi

2012: 405). Firman Allah SWT dalam surah al-Ancam (6) ayat

148.

Page 29: Etika Kumpulan

29

Maksudnya:

“Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah

menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak

mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak

pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga

orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan

(Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa kami.

Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan

yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada

Kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-

mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta”.

Al-Quran telah memberi dorongan dengan pelbagai

bentuk supaya melihat, berfikir dan meneliti samada terhadap

bukti-bukti kekuasaan Allah yang terdapat pada alam yang

boleh dilihat atau pun ayat-ayat-Nya yang diturunkan,

dibacakan dan didengar, dengan ungkapan lain mushaf yang

bisu iaitu alam dan mushaf yang bertutur iaitu al-Quran. Al-

Quran adalah satu-satunya kitab suci yang mengarahkan agar

Page 30: Etika Kumpulan

30

melihat, berfikir, menggunakan akal dan meneliti di samping

arahannya supaya beribadat dan beramal. Tidak hairanlah jika

berfikir dianggap sebagai ‘kefardhuan Islam’ sepertimana yang

terkandung di dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah

Shad (38) ayat 29.

Maksudnya:

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu

(dan umatmu Wahai Muhammad). Kitab yang banyak faedah-

faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat mengambil ikhtibar”.

Menurut al-Qaradhawi akal menurut perspektif Islam

ialah tidak bertentangan dengan wahyu, sebaliknya akal adalah

bukti kepada kebenaran wahyu. Justeru itu, para pengkaji dari

kalangan umat Islam menganggap akal adalah asas kepada

naql (wahyu) kerana jikalau tanpa akal sudah pasti kita tidak

akan tahu kewujudan Allah SWT. Kita tidak akan dapat

Page 31: Etika Kumpulan

31

menegakkan dalil-dalil tentang kewujudan Allah dan tidak

dapat menghapuskan salah faham kaum atheis. Tanpa akal

maka tiadalah hujah untuk membuktikan kemungkinan dan

kewujudan wahyu, kebenaran para Nabi dan Rasul, yang mana

Nabi Muhammad SAW merupakan penutupnya (al-Qaradhawi

2012: 415).

Akal manusia mempunyai lingkungannya yang tidak

wajar melampauinya, jika tidak ia akan tersesat di lembah

kesesatan. Itulah lingkungan makhluk yang begitu banyak dan

luas ini. Sementara yang berkaitan dengan zat Allah SWT dan

keagungan kedudukan-Nya, akal tidak mempunyai sebarang

kuasa untuk mengetahuinya. Lebih utama baginya

menerimanya dari wahyu serta mengambil darinya setelah

terbukti kebenarannya. Akal yang akan menegakkan kebenaran

wahyu, kemudian ia berdiri dengan sendirinya serta

mengambil dari wahyu perkara-perkara yang bukan bidangnya

dari urusan ketuhanan, alam ghaib dan hari akhirat. Firman

Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 85.

Maksudnya:

Page 32: Etika Kumpulan

32

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh

itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan

ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

Setiap insan Muslim mestilah menuntut ilmu yang

bermanfaat dari ahlinya kerana ilmu tidak datang seperti

turunnya air hujan dari langit, tetapi diperolehi melalui proses

belajar dalam jangka masa panjang. Melalui proses ini, insan

Muslim telah membangunkan tamadun agung yang

menyepadukan antara ilmu dan iman. Ia telah meninggalkan

kesan di dalam kehidupan manusia dalam bentuk ilmu

pengetahuan yang pelbagai, ia juga telah memimpin dunia

selama beberapa kurun.

2.3.6 Berjuang Melawan Hawa Nafsu

Berjuang melawan hawa nafsu merupakan satu lagi kemahiran

yang perlu ada pada setiap orang. Semua orang boleh

cenderung kepada kebaikan dan boleh juga cenderung kepada

kejahatan. Kecenderungan kepada kejahatan perlu dilawan

supaya kejahatan tidak dilakukan oleh setiap orang. Dalam

pendidikan Islam, hawa nafsu yang membawa kepada

Page 33: Etika Kumpulan

33

kejahatan tidak dihapuskan tetapi disalurkan kepada satu jalan

yang baik.

Sebenarnya nafsu seseorang itu adalah wadah tempat

berinteraksi segala yang buruk dan jahat, halal dan haram, hak

dan batil. Ia seperti bejana yang menerima apa sahaja. Baik

hidayah mahu pun kesesatan, baik yang bersih mahu pun yang

kotor. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Shams

(91) ayat 7 hingga 10.

Maksudnya:

“Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya

(dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta

mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya

kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya -

yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan

amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang

menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam

kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)”.

2.3.7 Memelihara Waktu

Page 34: Etika Kumpulan

34

Waktu amat terhad kepada sesiapa sahaja. Ia akan terbuang

sia-sia jika tidak dimanfaatkan. Ia tidak boleh diperbaharui.

Oleh setiap orang yang melalui pendidikan Islam mesti pandai

menjaga waktu. Betapa pentingnya waktu, Allah dan Rasul-

Nya telah menerangkannya melalui al-Qur’an dan Sabdanya.

Allah swt banyak bersumpah di dalam al-Qur'an dengan

menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri,

wallaili dan sebagainya. Allah bersumpah dengan masa yang

menyifatkan semua manusia dalam kerugian, kecuali yang

beriman, beramal saleh, berpesan dengan kebenaran dan

kesabaran. Amal saleh yang dimaksudkan ialah semua amal-

amal yang ikhlas semata-mata kepada Allah dan tidak

bertentangan dengan syariat-Nya. Sehubungan dengan waktu,

Rasululah bersabda supaya memanfaatkan lima perkara

sebelum datang lima perkara, iaitu waktu hidup sebelum mati,

sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, rehat sebelum sibuk

dan kaya sebelum miskin.

2.3.8 Insan Berdakwah dan Berjihad

Insan Muslim adalah insan yang berdakwah dan berjihad.

Maksudnya, manusia tidak hanya memadai dirinya sahaja yang

baik, sebaliknya beliau berusaha untuk memperbaiki orang lain

serta mendakwah orang lain kepada apa yang ditunjukkan oleh

Page 35: Etika Kumpulan

35

Allah kepadanya. Daripada ini, al-Qaradhawi membawa surah

al-cAsr sebagai dalil agar manusia menjadikan amalan

berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan

kesabaran sebagai syarat kepada kejayaan manusia dari

kerugian di dunia dan akhirat di samping iman dan amal soleh.

Firman Allah SWT dalam surah al-cAsr ayat 1 hingga 3.

Maksudnya:

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan

mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-

pesan dengan sabar”.

Al-Qaradhawi menjelaskan makna perkataan

‘berpesan’ iaitu menasihati orang lain dengan kebenaran serta

menyeru ke arahnya dan juga menerima nasihat dengan

kebenaran dari orang lain. Setiap insan Muslim adalah pemberi

Page 36: Etika Kumpulan

36

nasihat dan penerima nasihat dengan kebenaran (al-Qaradhawi

2012: 398).

Justeru itu, umat Baginda juga diutuskan sepertimana

Baginda diutuskan. Semua manusia yang mengikut Baginda

adalah penggerak dakwah (petugas) bagi Allah SWT. Firman

Allah SWT dalam surah Yusuf (12) ayat 108.

Maksudnya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan

orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya

kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti

yang jelas nyata. Dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari

segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari

golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang

lain”.

Insan Muslim tidak membiarkan kemungkaran tersebut

berlaku secara berleluasa. Jika kemungkaran berlaku dari

kalangan para pemerintah dan orang-orang kenamaan, maka

Page 37: Etika Kumpulan

37

insan Muslim mestilah tidak merasa lemah dalam menghadapi

mereka dengan perintah dan larangan secara berhikmah dan

nasihat yang baik. Pendakwah tersebut hendaklah bersandar

kepada kekuatan kebenaran yang ada bersamanya dan

keyakinan bahawa rezekinya adalah di tangan Allah, tiada

siapa yang boleh mengurangkannya, sementara ajalnya telah

ditetapkan di sisi Allah SWT, tidak akan dikemudiankan atau

didahulukan walau sesaat pun (al-Qaradhawi 2012: 402).

Berdakwah kepada kebaikan dan menyeru ke arah

kebaikan serta melarang kemungkaran merupakan sebahagian

dari prinsip asas agama ini. Menurut perspektif Islam, tidak

memadai bagi seseorang itu jika dia hanya soleh secara

individunya tetapi tidak mempedulikan kerosakan yang

berlaku terhadap orang lain. Sebaliknya orang yang soleh di

sisi Islam ialah orang yang memperbaiki dirinya dan cuba

memperbaiki diri orang lain sekalipun dengan cara berdakwah

dan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar. Firman Allah SWT

dalam surah Ali ‘Imran ayat 104.

Page 38: Etika Kumpulan

38

Maksudnya:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru

(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan

menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang

daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang

bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.

Jihad di jalan Allah untuk membela kebenaran,

menegakkan kebaikan, menjamin penerusan dakwah,

menghalang fitnah, menghalau para penyerang, memberi

pengajaran kepada para pelanggar perjanjian serta

menyelamatkan kaum yang lemah merupakan prinsip Islam

yang tidak disanggah oleh mana-mana Muslim. Tiada seorang

Muslim pun yang tidak tahu tentang kedudukan dan

kelebihannya serta apa yang tidak tahu tentang kedudukan dan

kelebihannya serta apa yang telah disediakan oleh Allah untuk

mereka yang melakukannya di samping pensyariatannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ (4) ayat 75.

Page 39: Etika Kumpulan

39

Maksudnya:

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu

berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam)

dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari

kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Iaitu, mereka yang

selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami!

keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang

penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah

bagi Kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang mengawal

(keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari

pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari

ancaman musuh)”.

2.3.9 Insan Produktif

Page 40: Etika Kumpulan

40

Insan Muslim bukanlah pendeta atau rahib yang bertapa di atas

biaranya. Sebaliknya, insan Muslim adalah insan yang beramal

dan produktif di dalam kehidupannya, yang memberi

sumbangan kepada kehidupan sepertimana dia mengambil

sumbangan darinya. Memakmurkan dunia adalah salah satu

matlamat penciptaan manusia dan perlantikannya sebagai

khalifah di atas permukaan bumi sepertimana dalam firman

Alalh SWT dalam surah Hud (11) ayat 61.

Maksudnya:

“Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka:

Nabi Soleh lalu ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu

akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain

daripada-Nya. Dia-lah yang menjadikan kamu dari bahan-

bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh

itu, mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik,

kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid.

Page 41: Etika Kumpulan

41

Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa

memperkenankan permohonan hambaNya”.

Al-Qaradhawi menjelaskan makna ‘memakmurkan’

iaitu menuntut agar kita selaku manusia membangunkan bumi

ini. Asal tuntutan adalah wajib dan tidak bersalahan dengan

ibadat. Bahkan jika ia dilakukan menurut perintah Allah SWT

serta menepati hukum-hukum syariat maka ia menjadi ibadat.

Menurutnya lagi, pekerjaan yang paling utama ialah pekerjaan

yang paling diperlukan oleh manusia sementara orang lain

tidak memperdulikannya (al-Qaradhawi 2012: 420). Misalnya,

jika keperluan semasa memerlukan kepada makanan dan

manusia sibuk pula dengan urusan perindustriaan maka

perkara itu harus dihentikan dalam beberapa waktu yang

ditetapkan sehingga sumber makanan mencukupi untuk

membekalkan keperluan masyarakat dalam beberapa tempoh.

Allah SWT telah menjadikan kepada manusia bumi yang

terhampar dan kesenangan untuk jangka masa tertentu. Allah

memberikan keberkatan kepadanya dan menentukan

makanannya di dalamnya serta membekalkan padanya punca-

punca kehidupan yang memastikan kekalnya manusia sehingga

sampai ke satu-satu masa yang dikehendaki-Nya.

Page 42: Etika Kumpulan

42

2.4 MODAL INSAN DAN CABARAN-CABARANNYA

Dalam membangun modal insan terdapat pelbagai cabaran

yang dihadapi oleh masyarakat masa kini. Antara cabaran-

cabarannya ialah:

i. Amalan rasuah yang masih menjadi amalan dalam

sesetengah organisasi yang akan melemahkan sistem

pengurusan.

ii. Jenayah berat yang kian meningkat seperti membunuh,

merompak, merogol sering menjadi bahan berita utama di

media massa sama ada cetak atau elektronik. Ini menunjukkan

bahawa manusia sudah tidak mempunyai moral atau muflisnya

nilai harmoni dalam diri masyarakat itu sendiri.

iii. Hubungan kekeluargaan yang kian renggang. Manusia kini

kurang mementingkan hubungan kekeluargaan. Kejadian

penderaan anak-anak kecil, dicabul dan dirogol kini menjadi

semakin serius. Hal ini terjadi kerana nilai dan perasaan kasih

sayang sudah pudar dan terhakis dalam konteks hubungan

kekeluargaan.

Page 43: Etika Kumpulan

43

iv. Terdapat segolongan manusia yang begitu rakus menebus

tanah untuk pembangunan. Ini kerana manusia sangat

mementingkan pembangunan fizikal tanpa mengambil kira

kepentingan pembangunan mapan. Kegiatan pembalakan dan

pembersihan hutan untuk menjalankan projek pembangunan

tidak memberi pertimbangan kepada keceriaan dan

keseimbangan alam sekitar. Dalam erti kata lain, konsep

pembangunan mapan tidak dilaksanakan dengan sewajarnya.

v. Kadar pengangguran di kalangan siswazah menjadi isu

negara. Pengangguran siswazah menjadi salah satu isu penting

negara. Kegagalan siswazah mendapatkan pekerjaan adalah

kerana kekurangan pelbagai kemahiran generik yang

dikehendaki oleh pihak industri atau organisasi. Disamping itu,

siswazah kurang berkemahiran dari aspek komunikasi, kerja

berpasukan, kemahiran berbahasa Inggeris, kemahiran

teknologi maklumat dan sebagainya (Fadzli Ahmad et. al.

2006: 12).

2.5 PENYELESAIAN KEPADA CABARAN MODAL

INSAN

Page 44: Etika Kumpulan

44

Setiap cabaran atau masalah yang dihadapi pasti ada jalan

penyelesaiannya. Penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang

dihadapi dalam pembangunan insan semestinya memerlukan

kepada sifat-sifat yang baik (sifat mahmudah) seperti sikap

amanah, tanggungjawab, toleransi, ilmu pengetahuan agama

yang mantap serta hubungan kasih sayang antara manusia

dengan Pencipta dan hubungan yang baik antara manusia

sesama manusia.

Sebagai contoh, dalam pembangunan masyarakat kini

nilai-nilai dan sikap amanah perlulah diterapkan dalam diri

masing-masing. Ini kerana selagi umat Islam memelihara

amanah Allah SWT maka akan luruslah segala amalan dan

tanggngjawab yang dilaksanakan. Pekerja adalah pemegang

amanah kepada kerja yang diserahkan kepadanya. Antara

tonggak penting bagi seorang pekerja yang baik ialah

‘kemampuan melaksanakan kerjanya’ dan ‘amanah dalam

melaksanakan kerjanya’. Amanah adalah sifat terpuji dan

terangkum dalam lingkungan personaliti yang baik yang mesti

dimiliki oleh setiap individu, apalagi bagi mereka yang

diamanahkan dengan sesuatu tanggungjawab dan sering

berurusan dengan orang lain. Dengan adanya sifat amanah dan

tanggungjawab serta ikhlasnya seseorang itu bekerja kerana

Allah, dengan pastinya masalah rasuah, curi tulang, penipuan,

pecah amanah dan sebagainya tidak akan berlaku pada

Page 45: Etika Kumpulan

45

masyarakat kini. Selain itu, antara penyelesaian kepada

kebahagiaan rumah tangga yang harmoni adalah melalui

penekanan dari aspek agama, kerohanian, jasmani yang

menjadi landasan utama. Menurut Kolonel Profesor Dato’ Dr.

Kamaruddin Kachar, peranan agama amat penting dalam

konteks terbentuknya keluarga bahagia. Beliau juga

menyarankan kekuatan iman dan ketakwaan kepada Allah

S.W.T sebagai jalan atau pendekatan yang mampu

mewujudkan keluarga bahagia. Segala aktiviti hidup dan aspek

kehidupan manusia mestilah didasarkan kepada sifat takwa,

kerana ia merupakan tujuan akhir dan punca segala bentuk

aktiviti dan tingkahlaku. Sifat ini juga merupakan kunci

keberkatan rezeki, keamanan, kemakmuran, ketenteraman dan

kesejahteraan. Takwa mengatur kebudayaan iaitu perhubungan

manusia dengan tuhan, hubungan manusia dengan dirinya

sendiri dan hubungannya dengan alam sekeliling (Kamaruddin

Kachar 2006: 1-2).

Selain itu, penyelesaian kepada masalah pengangguran

di kalangan siswazah pada hari ini adalah berdasarkan kepada

kualiti modal insan yang bergantung pada kekuatan ilmu dan

kecanggihan keterampilan yang dimiliki oleh seseorang. Ilmu

merangkumi bidang yang luas dan pelbagai. Orang yang

berilmu akan cenderung untuk melaksanakan apa yang

Page 46: Etika Kumpulan

46

dimilikinya. Berilmu dengan ilmu dengan erti kata bekerja,

berakhlak dengan akhlak yang baik, melaksanakan ajaran

Islam mengikut apa yang diajar oleh Islam. Menyedari

kehidupan yang sementara ini, manusia hendaklah

menggunakan masa yang ada untuk seluruh kehidupan mereka.

Modal insan dalam perspektif Islam ialah bagaimana potensi

insan seperti akal, hati, jasmani dijadikan kekuatan mengurus

diri dengan masa yang ada. Masa yang ada digunakan untuk

belajar, bekerja, berkeluarga, bermasyarakat hingga

tercapainya matlamat kehidupan yang sebenar (Roslan

Mohamed & Siti Aishah Abu Bakar t.th: 11).

Sebagaimana Islam amat prihatin untuk membina

negara dan umatnya yang soleh, yang memiliki risalah

Rabbaniyyah, insaniyyah, akhlaqiyyah dan sejagat, ia juga

mahu umat ini diperintah oleh sistem pemerintahan yang soleh

supaya matlamat-matlamatnya dapat dicapai dan

dilaksanakannya dengan penuh bebas tanpa gangguan atau

anasir-anasir dari pihak musuh yang sedang memerhatikan dan

menunggu masa untuk menyerang.

Pihak penjajah yang telah menjajah banyak negara

umat Islam telah berjaya menanamkan pemikiran asing pada

kebanyakan mereka yang beranggapan bahawa Islam adalah

Page 47: Etika Kumpulan

47

agama tanpa negara. Barat mentafsir perkataan ‘agama’

menurut kefahaman mereka, iaitu tidak ada kena mengena

dengan urusan dunia. Barat menganggap bahawa urusan

kenegaraan adalah diatur oleh akal manusia berdasarkan

pengalaman dan suasananya yang sentiasa berkembang.

Mereka cuba menerapkan kefahaman ini ke atas umat Islam di

Timur sebagaimana mereka mengaplikasikannya ke atas

agama Nasrani di Barat. Disebabkan ketamadunan di Barat

tidak sempurna melainkan setelah mereka bebas dari belenggu

agama, maka pada pandangan mereka ketamadunan di negara

Arab dan negara-negara Islam di Timur juga mesti bangun di

atas keruntuhan agama (al-Qaradhawi 2012: 525). Barat

mentafsirkan bahawa agama hanya dalam bentuk hubungan

antara hati manusia dengan Tuhannya, tiada ruang baginya di

dalam sistem kehidupan dan masyarakat.

Membentuk modal insan bukanlah ciptaan para

penggerak dakwah, sebaliknya ia merupakan satu suruhan

yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah , realiti sejarah

yang benar dan bukannya khayalan, tabiat dan fitrah dakwah

yang bersifat syumul dan Sunnah Allah sebagai ketetapan bagi

kehidupan umat manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-

Nisa’ (4) ayat 58 hingga 59.

Page 48: Etika Kumpulan

48

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan

segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak

menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di

antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan

adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi

pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya

Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-

orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah

kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang

yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu

berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka

hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-

Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar-benar

Page 49: Etika Kumpulan

49

beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah

lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”.

Sasaran di dalam ayat di atas ialah supaya rakyat

mentaati pemerintah dengan syarat pemerintah tersebut dari

kalangan mereka (tergolong dalam golongan beriman). Allah

SWT menjadikan ketaatan ini selepas ketaatan kepada Allah

SWT dan ketaatan kepada Rasul. Allah juga memerintahkan

merujuk perbezaan pendapat kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu

al-Quran dan al-Sunnah apabila berlaku perbalahan. Ini

memastikan wujudnya sesebuah negara kepada umat Islam

untuk menguasai dan mendapatkan ketaatan. Jika tidak,

perkara ini tidak mempunyai sebarang erti.

2.6 PENUTUP

Berdasarkan perbincangan yang dikemukakan di atas, jelas

menunjukkan betapa elemen pembangunan modal Insan adalah

merupakan nadi utama dalam kerangka menjana kesejahteraan

masyarakat. Pembangunan insan melalui dimensinya adalah

satu kekuatan yang mampu merubah seluruh kehidupan ke

arah kebaikan dan kebahagian yang sebenarnya. Dalam

Page 50: Etika Kumpulan

50

konteks ajaran Islam, insan adalah modal terpenting yang perlu

dibangunkan segala kapasiti yang ada demi untuk menjana dan

membangunkan peradaban umat secara total.

Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam konteks

membangunkan modal insan, hakikatnya potensi insan tetap

mampu dibangunkan melalui proses pendidikan dan

pembangunan yang bersifat menyeluruh. Yang pasti, kejayaan

dan kesejahteraan masyarakat dan umat mesti dicipta dan

dijana berasaskan kepada keutuhan dan kekuatan ajaran Islam

itu sendiri. Justeru, pembangunan modal insan perlu dipastikan

terus menjadi teras dalam mengupayakan masyarakat ke arah

nilai kesejahteraan yang sebenarnya.

Sebagai kesimpulannya, Islam adalah agama Allah

yang diturunkan dengannya kitab al-Quran sebagai sumber

rujukan dan dengannya Rasul terakhir sebagai pemberi tunjuk

ajar kepada umat manusia. Hukum-hakam Islam adalah

himpunan tanggungjawab dan ajaran yang diserukan oleh

Rasulullah SAW yang disampaikan kepada umatnya dari apa

yang diwahyukan oleh Allah SWT yang terdiri dari hakikat-

hakikat kewujudan alam nyata dan alam ghaib yang

mempunyai hubungan dengan ketuhanan, kenabian, alam

kubur, hari pengadilan dan hari akhirat.

Page 51: Etika Kumpulan

51

Pembentukan modal insan memerlukan kepada

panduan yang realiti melalui pertuturan dan amali (seiring).

Tidak hanya terbatas atas kertas dan peraturan yang terikat

dengan kehidupan duniawi semata-mata, tetapi termasuklah

juga kehidupan (kebangkitan) selepas kematian. Al-Quran dan

al-Sunnah cuba membawa perkara-perkara asas dalam

pembentukan modal insan yang menjadi panduan kepada umat

manusia. Ringkasnya, insan role model tersebut harus

menjadikan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju akhirat.

Kerana kejayaan di akhirat bergantung sejauhmana seseorang

memanfaatkan nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya dan

memastikan bahawa segala amal perbuatannya menjadi ibadat

yang menghasilkan keuntungan dan bukannya kerugian yang

membawa kepada penyesalan yang berpanjangan.

RUJUKAN

Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri.

Ahmad Mohd Said & Khalidah. 2007. Pembangunan Insan Aspirasi dan Realiti. Kuala Lumpur: Blue-T Communication. Sdn. Bhd.

Page 52: Etika Kumpulan

52

Al-Qaradhawi, Yusuf Abdullah. 2012. Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan (terj. Mohammad Zaini Yahaya). Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar Sdn. Bhd.

Al-Qaradhawi, Yusuf Abdullah. 2012. Islam Holistik (terj.

Juanda Jaya). Bangi: Penerbit Syabab.

Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh. 2009. Pembangunan Modal Insan Sebagai Satu Pelaburan Penting Dalam Konteks Pembinaan Negara. Kota Bharu: Pusat Sumber Pendidikan Negeri.

Haron Din. 2003. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Syukri Salleh. 1987. Pembangunan Berteraskan

Islam. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Mustapha Kamal et al. 2010. Pembangunan Modal Insan dan

Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Riza Atiq Abdullah. 2007. Pembinaan Kemahiran Insaniah

Dalam Konteks Islam Hadari. Bangi: UKM.

Roslan bin Mohamed & Siti Aishah binti Abu Bakar. t.th. Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Berteraskan Pembangunan Insan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM).

Teuku Iskandar. 2002. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Page 53: Etika Kumpulan

53

Utusan Malaysia (31 Ogos 2005).