etika etika keusahawanan

19
BAB 3 ETIKA KEUSAHAWANAN “THE MOST VALUABLE THING YOU CAN MAKE IS A MISTAKE - YOU CAN'T LEARN ANYTHING FROM BEING PERFECT.” Adam Osborne quotes (American entrepreneur, 1939-2003)

Upload: syahremie-teja

Post on 15-Apr-2017

822 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etika etika keusahawanan

BAB 3ETIKA KEUSAHAWANAN

     “THE MOST VALUABLE THING YOU CAN MAKE IS A MISTAKE - YOU CAN'T LEARN

ANYTHING FROM BEING PERFECT.”  Adam Osborne quotes (American

entrepreneur, 1939-2003)

Page 2: Etika etika keusahawanan

Objektif Pembelajaran

1. Memahami konsep etika dan amalannya dalam perniagaan2. Mengenal pasti hubungan etika dalam proses membuat keputusan3. Mengenal pasti contoh-contoh beretika yang patut dihindari4. Mengaplikasikan kod etika dalam perniagaan

Page 3: Etika etika keusahawanan
Page 4: Etika etika keusahawanan

PENGENALAN satu amalan yang dianggap penting dalam membangunkan

perniagaan. Peruntukan undang-undang perniagaan tidak mencukupi dalam

membendung amalan perniagaan yang tidak sihat. Pengawalan diri seperti memegang kepada nilai moral sejagat dan

mengikuti garis panduan dalam agama boleh membantu menjadikan seorang itu lebih beretika.

Usahawan sentiasa berdepan dengan banyak keputusan etika yang perlu dibuat terutama di peringkat awal usaha.

Page 5: Etika etika keusahawanan

Pengertian Etika Satu set prinsip-prinsip yang memperihalkan tatacara perlakuan yang

menerangkan apa yang baik dan betul atau tidak baik ,dan salah di samping menggariskan tanggungjawab dan obligasi moral.

Dalam menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu boleh atau tidak dibuat, wajar atau tidak tindakan tersebut, betul atau salah memerlukan pertimbangan oleh individu berkenaan.

Contohnya seorang yang mencuri untuk kelangsungan hidup diri dan keluarganya, betul dari segi moral tetapi salah dari segi perundangan.

Etika ialah satu sistem prinsip moral dalam menentukan sesuatu perbuatan itu betul atau salah.

Menurut Hisrich dan Peters (2002), etika perniagaan adalah merupakan kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral dalam situasi perniagaan .

Kod etika adalah garis panduan yang dibentuk dalam menerangkan bentuk perbuatan yang boleh dan tidak boleh di lakukan dalam satu profesyen tertentu. Contohnya, Doktor, peguam.

Page 6: Etika etika keusahawanan

Isu-Isu dalam Mengamalkan Perbuatan Beretika

Konflik sering kali timbul semasa melaksanakan perlakuan beretika dalam dunia perniagaan kerana perkara-perkara berikut:

Terdapat berbagai pihak yang kepentingan baik di dalam mahupun di luar perniagaan dari kalangan pekerja, pembiaya, pelanggan dan sebagainya yang saling mempengaruhi.

Masyarakat kini berdepan dengan perubahan yang pesat dari segi nilai-nilai yang pernah dipegang tetapi berubah selaras dengan perubahan masyarakat yang mengamalkannya. Contohnya, amalan rasuah.

Page 7: Etika etika keusahawanan

Etika dalam Membuat Keputusan Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seorang usahawan itu

apabila membuat keputusan, iaitu:Bagaimana anda melihat masalah tersebut jika anda berada sebelah pihak yang menerima akibat dari keputusan berkenaan - sakit? teraniaya? rugi?Kepada siapa dan kepada apa anda memberikan ketaatan anda secara individu atau secara ahli perniagaan dalam membuat keputusan berkenaan pelabur? diri anda sendiri?Apakah matlamat anda semasa membuat keputusan tersebut – keuntungan? kebajikan?Bagaimanakah keadaan hasil dari pelaksanaan keputusan tersebut – keuntungan kepada pemegang saham? kesukaran kepada pekerja? alam sekitar yang tercemar? Siapakah yang akan menerima akibat dari keputusan dan tindakan anda?

Page 8: Etika etika keusahawanan

Etika dalam Membuat KeputusanBolehkah anda berbincang dengan pihak terbabit sebelum membuat keputusan - mencari penyelesaian "menang-menang" untuk tindakan anda selepas keputusan dilaksana?Adakah keputusan tersebut akan mempengaruhi kesihatan pekerja yang menghasilkan produk tersebut?Adakah bahan yang digunakan boleh menimbulkan masalah kepada pelanggan dari segi mengalami kerugian atau kecederaan?Adakah terdapat pengurangan bahan tertentu yang boleh membahayakan nyawa pengguna atau pekerja yang terlibat dalam proses pengeluaran tersebut?

Page 9: Etika etika keusahawanan

Contoh-Contoh dan Implikasi Perbuatan Tidak Beretika

Perlakuan etika sering kali dibelakangkan apabila usahawan berdepan dengan isu keuntungan, merebut peluang dan menghadapi persaingan.

Contohnya pemasaran pil menguruskan badan yang menyebabkan kerosakan kepada organ hati pesakit.

Rasuah adalah perbuatan memberikan suapan dalam bentuk wang atau

keistimewaan tertentu. Contohnya, Banyak isu bangunan atau prasarana roboh.

Terdapat juga syarikat yang membuang sisa pengeluaran yang berbahaya ke alam sekitar

Page 10: Etika etika keusahawanan

Impak Yang Disebabkan oleh Amalan Tidak Beretika

Page 11: Etika etika keusahawanan

Garis Panduan dalam Menentukan Perlakuan Beretika

Kod etika ialah kenyataan amalan etika atau garis panduan yang dipegang oleh sesebuah perniagaan. Kod Etika elok dibangunkan kerana:

1. ia mendefinisikan apakah perbuatan yang diterima atau tidak diterima di dalam organisasi berkenaan,

2. ia menggalakkan amalan tingkah laku piawaian yang tinggi yang memudahkan setiap ahli mengukur sama ada tingkah laku mereka beretika atau tidak,

3. ia mewujudkan kayu ukur untuk ahli gunakan bagi penilaian diri mereka semasa bertingkah laku baik dalam organisasi mahu pun dengan pihak luar, dan

4. ia mewujudkan garis panduan untuk perlakuan dan tanggungjawab profesional bagi pekerjaan tertentu dalam apa saja keadaan.

Page 12: Etika etika keusahawanan

Garis Panduan dalam Menentukan Perlakuan Beretika

Untuk mempastikan perbuatan tidak beretika tidak berlaku di kalangan kakitangan, perkara berikut boleh dilakukan:

1. Garis panduan didokumentasikan untuk panduan,2. Memasukkan garis panduan ini dalam manual kerja atau dalam mana-

mana bahan bertulis yang diberikan kepada pekerja baru,3. Meletakkan garis panduan ini di lokasi yang bersesuaian untuk mudah

dibaca oleh pekerja, dan4. Meletakkan garis panduan ini di dalam deskripsi tugas.

Page 13: Etika etika keusahawanan

Garis Panduan dalam Menentukan Perlakuan Beretika

Menurut Dr. Zainal Abidin Majid, pengerusi Institut Etika Peniagaan Malaysia (Business Ethics Institute of Malaysia - BEIM) kebanyakan syarikat multinasional mempunyai kod etika tersendiri dan amalan ini semakin diikuti oleh syarikat-syarikat tempatan. (sila rujuk http://www.beim.org.my)

contoh kod etika: http://www.hp.com/ hpinfo/ globalcitizenship/ csrlsbcbrochure.pdf.

Page 14: Etika etika keusahawanan
Page 15: Etika etika keusahawanan

Etika dan Tanggungjawab Sosial Tanggungjawab sosial terdiri dari obligasi-obligasi sebuah perniagaan

terhadap masyarakat (Kuratko & Hodgetts, 2004) . Mengambil kira bagaimana syarikat menguruskan proses-proses

dalaman untuk menghasilkan impak keseluruhan yang positif kepada persekitaran mereka.

Page 16: Etika etika keusahawanan

CSR

Page 17: Etika etika keusahawanan

Etika dan Tanggungjawab SosialDi antara langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan tanggungjawab sosial dapat dilaksanakan oleh syarikat ialah:

1. Penetapan matlamat - Apakah yang anda dan syarikat anda ingin capai? Adakah anda akan memasuki pasaran baru? Memperkenalkan produk baru? Meningkatkan imej syarikat anda?

2. apakah usaha murni yang ingin anda sertai. Contohnya penglibatan Syarikat Faiza Sdn. Bhd. dengan program BersamaMu di TV3.

3. Pilih sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk anda bekerjasama. Contohnya MK Land di bawah Yayasan EMKAY bekerjasama dengan Yayasan Sultanah Bahiyah dalam menyediakan bangunan bagi rawatan pesakit buah pinggang.

4. Bentuk satu program dan usulkan kepada NGO berkenaan atau mempertimbangkan usul NGO yang ingin bekerjasama dengan perniagaan anda.

5. Berbincang dengan NGO berkenaan supaya matlamat kedua-dua pihak seiringan

Page 18: Etika etika keusahawanan

Etika dan Tanggungjawab Sosial

6. Libatkan kakitangan dengan menggalakkan dan menyediakan ruang untuk kakitangan terlibat dalam aktiviti yang dibangunkan.

7. Libatkan pelanggan dalam usaha murni anda. Contohnya, galakkan pelanggan menghantar barang sukan mereka yang lama.

Page 19: Etika etika keusahawanan

Kesimpulan Pengamalan kod etika yang baik dan pengamalannya oleh perniagaan

berkenaan boleh membentuk kelebihan persaingan yang mampu menonjolkan keistimewaan perniagaan tersebut.

Walau pun terdapat banyak cabaran dalam memastikan pelaksanaan amalan beretika, ia tidak semestinya mematahkan semangat usahawan.