etika kerja
DESCRIPTION
ETIKA YANG BOLEH DALAM ISLAM HADHARITRANSCRIPT
KERTAS TUGASAN KURSUS PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 ( PTK3 ) BAGI
PEGAWAI PERKHIDMATAN GUNASAMA PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED
N44
PELAKSANAAN TAHUN 2008
TAJUK:
BINCANGKAN BEBERAPA NILAI DAN ETIKA YANG
BOLEH DIPERKENALKAN DI DALAM JABATAN
TUAN/PUAN YANG MAMPU MENJANA PELAKSANAAN
POSITIF KEPADA DASAR-DASAR KERAJAAN
DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD FADLULDIN BIN MOHAMAD
A/G: 30301004
- 1 -
Kandungan
Topik Muka surat
Abstrak ............................................................................................................................... 3
Pendahuluan ........................................................................................................................5
Agenda Kerajaan Negeri .....................................................................................................6
Kesinambungan dan Pelaksanaan........................................................................................7
Konsep Nilai dan Etika........................................................................................................8
Nilai dan Etika Menjamin Kecemerlangan:.........................................................................9
1-Nilai-nilai Peribadi Asas.....................................................................................10
2-Nilai-nilai Yang Mengutamakan Perkhidmatan Pelanggan ..............................12
3-Nilai-nilai Kepimpinan.......................................................................................13
4-Nilai-nilai Profesionalisme.................................................................................14
5-Nilai-nilai Produktiviti dan Kualiti.....................................................................15
6- Nilai-nilai Yang Berteraskan Keagamaan.........................................................16
Kesimpulan........................................................................................................................17
Rujukan .............................................................................................................................19
- 2 -
ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan tentang beberapa nilai dan etika positif yang perlu
diamalkan oleh penjawat awam bagi melaksanakan dasar kerajaan. Ia juga memberi
penjelasan mengenai kesinambungan dasar kerajaan Negeri Terengganu dengan misi dan
visi jabatan iaitu Yayasan Islam Terengganu khususnya melalui pendekatan "Islam
Hadhari Terengganu Bestari". Beberapa contoh nilai dan etika yang diterangkan
mempunyai hubungan secara langsung dengan nilai-nilai Islam Hadhari. Antaranya nilai
berbudi mulai, integriti, akauntabiliti dan sopan-santun ada kaitan dengan nilai akhlak
yang menganjurkan agar penjawat awam berperibadi mulia serta imej disanjung tinggi.
Nilai mesra pula bersesuaian dengan dasar Kerajaan Nergeri Terengganu khususnya
melalui kempen " Budi Bahasa Amalan Kita" dan " Senyum Sokmo".
Seterusnya nilai-nilai seperti berilmu, kreativiti dan inovasi adalah aspek yang terpenting
terutamanya bagi kakitangan Yayasan Islam Terengganu dalam menyampaikan mesej
dakwah. Iaitu kaedah menggunakan multimedia sebagai pendekatan dakwah dan
menghuraikan masalah-masalah kontemporari yang memerlukan kemahiran serta idea-
idea yang kreatif ( ijtihadik ). Di samping itu juga, dalam menjayakan " Terengganu
Bestari" yang berasaskan Mesra Rakyat, Tadbir-urus Yang Cekap dan Mesra Teknologi
Maklumat, ianya menggalakkan kakitangan kerajaan supaya produktif dan menghasilkan
sesuatu kerja dengan kualiti. Iaitu mampu memberi kepuasan kepada pelanggan /
masyarakat serta amanah yang dipikul mendapat kepercayaan ( integriti ) orang ramai.
- 3 -
Dengan penerapan Nilai-nilai Peribadai Asas, Nilai-nilai Yang Mengutamakan
Pelanggan, Nilai-nilai Profesionalisme dan Nilai-nilai Keagamaan, maka pretasi kerja
dapat ditingkatkan, menaikkan imej jabatan dan segala arahan akan dipatuhi dengan
penuh komitmen, dedikasi dan dilaksanakan dengan semangat kerja secara berpasukan
atau berkerjasama.
- 4 -
BEBERAPA NILAI DAN ETIKA YANG BOLEH DIPERKENALKAN DALAM
JABATAN YANG MAMPU MENJANA PELAKSANAAN POSITIF KEPADA
DASAR-DASAR KERAJAAN
Pendahuluan
Yayasan Islam Terengganu merupakan salah sebuah agensi ( Badan Berkanun ) Kerajaan
Negeri Terengganu yang telah ditubuhkan pada 2 April 1974. Ia adalah hasil resolusi
Seminar Alim Ulama Negeri Terengganu pada 3 Ogos 1973 yang telah membuat
rumusan seperti berikut:"Kerajaan Negeri hendaklah dengan seberapa segera
menubuhkan sebuah Yayasan Islam yang akan menjalankan tugas mengenai dakwah,
penyelidikan di dalam dan luar. Yayasan ini hendaklah bekerjasama rapat dengan Jabatan
Hal Ehwal Agama Terengganu ( JHEAT )".
Oleh itu, visi Yayasan Islam Terengganu adalah menjadi agensi terunggul dalam
peringkatan dan pengembangan syiar Islam di negeri Terengganu. Manakala misi
Yayasan Islam Terengganu ialah komited untuk meningkat dan mengekalkan ilmu serta
pendidikan agama Islam kepada penduduk negeri ini ke arah mewujudkan ummah yang
berakhlak mulia, progresif dan berdaya saing.
- 5 -
Agenda Kerajaan Negeri
Islam Hadhari Terengganu Bestari adalah agenda kepimpinan kerajaan negeri
Terengganu bagi merealisasikan Islam dalam kehidupan secara menyeluruh berasaskan 8
nilai:
1. Ilmu
2. Akhlak
3. Mesra
4. Kompetitif, Inovatif dan Kreatif
5. Moden, Kontemporari
6. Global
7. Syumul, Seimbang
8. Cemerlang
Terengganu Bestari perlu menekankan 3 ciri:
1. Mesra Rakyat iaitu memberikan khidmat yang mesra, adil dan tegas berpandukan
peraturan dan prosedur kerja.
2. Mesra Teknologi iaitu mengunakan kemudahan komputer ( IT ) untuk
memastikan khidmat yang cekap dan berkesan.
3. Tadbir Urus Yang Baik iaitu berdasarkan perinsip telus, integriti, ikhlas dan jujur.
- 6 -
Agenda ini menjurus umat Islam kepada kelapan-lapan nilai Islam Hadhari, Terengganu
Bestari adalah hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan kemajuan peradaban dengan
menggalakkan rakyat untuk mesra teknologi maklumat dan komunikasi sebagai wadah
untuk mencapai ketinggian peradaban pemfokusan kepada tadbir urus yang baik dan
peningkatan infrastruktur bagi dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat.
Kesinambungan dan Pelaksanaan
Bagi mencapai visi kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu negeri maju pada
tahun 2020 berasaskan agenda Kepimpinan Islam Hadhari Terengganu Bestari, maka
Yayasan Islam Terengganu mempunyai peranan yang begitu penting untuk
merealisasikan hasrat tersebut.
Khususnya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik, pendekatan dakwah yang relevan
dengan isu kontemporari, pembelajaran bersepadu melalui program pendidikan ke arah
melahirkan generasi Ulul Albab ( Ensiklopedia, Quranik dan Ijtihadik ) dan menjadi
penghubung kepada masyarakat dalam menyampaikan mesej serta dasar kerajaan.
Justeru penambahbaikan dari segi keselesaan tempat kerja, peningkatan kualiti dan
produktiviti serta perubahan sikap sama ada mental dan spritual merupakan faktor utama
yang mendorong ke arah kecemerlangan. Ia dilihat melalui pendekatan 4M:
1. Material ( Peralatan )
2. Money ( Kewangan )
- 7 -
3. Method ( Cara )
4. Man ( Manusia )
Namun, faktor manusia atau modal insan adalah aspek terpenting dalam menjayakan
sesebuah dasar terutamanya berhubung dengan pendekatan Islam Hadhari, yang jelas
menitik-beratkan nilai-nilai murni, seterusnya mampu menjana pelaksanaan positif dasar-
dasar kerajaan.
Konsep Nilai dan Etika
Nilai secara relatifnya merupakan satu rangka keutamaan dalam membuat pilihan yang
kekal yang membentuk dan mempengaruhi perilaku semulajadi individu. Nilai seseorang
akan memperlihatkan kecenderungannya dalam melakukan sesuatu. Berbeza dengan
norma kerana ia memperlihatkan ketentuan-ketentuan dan tanggungjawab-
tanggungjawab sosial. Nilai dibentuk pada asasnya oleh keperluan-keperluan dalam
kegiatan hidup berkelompok.
Sementara etika sebagaimana yang ditakrifkan oleh The Oxford English Dictionary ialah
ilmu akhlak atau prinsip-prinsip/dasar-dasar akhlak. Perkataan akhlak ( moral ) itu sendiri
ditakrif sebagai perilaku yang baik dan tidak baik, atau yang membezakan di antara yang
baik dan buruk.
- 8 -
Dalam kebudayaan Malaysia, ketiga-tiga perkara ini, iaitu nilai, norma dan etika adalah
disatukan dan dipanggil adab. Adab atau dalam bahasa sehari-hari disebut budi-bahasa
adalah cermin peribadi dan pendidikan seseorang yang lahir daripada sistem nilai yang
diamalkan. Adab membawa makna pendidikan dan ilmu yang diperolehi bagi tujuan
penghidupan sebenar. Adab mentakrifkan bagaimana seseorang itu harus dididik,
berperibadi dan berkelakuan untuk menyempurnakan kehidupannya. Justeru, seseorang
dikenali dari apa yang dia lakukan berulangkali. Kebaikan bukan sekadar perbuatan tapi
salah satu tabiat. Tabiat yang baik kekal sepanjang hayat.
Ringkasnya, intipati daripada masalah nilai dan etika dalam perkhidmatan awam ialah
bagaimana penjawat awan menanam tabiat dan amalan yang baik di dalam semua aspek
kehidupan organisasi secara fizikal, kognitif dan kerohanian.
Nilai dan Etika Menjamin Kecemerlangan
Menyedari bahawa penerapan dan penghayatan nilai dan etika dikalangan penjawat
awam sangat diperlukan kerana ia memberi sumbangan ke arah peningkatan prestasi dan
seterusnya kredibiliti perkhidmatan. Beberapa contoh nilai dan etika utama yang dapat
diterapkan dan diamalkan sebagaimana berikut:
- 9 -
1. Nilai-nilai Peribadi Asas:
a) Amanah
Bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk
melaksanakannya. Nilai amanah perlu ada pada setiap anggota
perkidmatan kerana tugas mereka adalah mengurus dan menjaga
kepentingan serta harta benda awam. Ia juga mampu mengelakkan
daripada berlaku penyelewengan seperti rusuah dan kebocoran perkara
sulit.
b) Bertanggungjawab:
Tanggungjawab bererti sesuatu tugas, janji dan lain-lain yang mesti
dilaksanakan. Seseorang penjawat awam dikehendaki menjalankan
tugasnya sebagai pemengang amanah negara dan rakyat dengan cemerlang
dan memberikan hasil yang maksimum. Ciri-ciri sikap bertanggungjawab
dapat dikenal pasti melalui kerja yang bersungguh-sungguh, sempurna
dalam pelaksanaan tugas dan memelihara maruah agama, bangsa dan
negera.
c) Ikhlas:
Bermaksud hati yang bersih, jujur dan suci. Dengan sifat ikhlas, seseorang
itu akan menjalankan tugas dengan sempurna, berkerja keras dan
prestasinya terus meningkat. Ia juga akan menghindarkan seseorang itu
- 10 -
daripada sifat merungut, menyalahkan orang, menunjuk-nunjuk dan
sentiasa mengharapkan balasan atau habuan.
d) Berdedikasi:
Bermakna pembaktian seseorang bagi melaksanakan tugas dengan
sempuna. Seseorang yang berdedikasi akan melaksanakan tugas dengan
berkesan dan berkualiti tanpa mengharapkan sebarang upah tambahan dan
puji-pujian. Individu berkenaan juga akan sentiasa berusaha memperbaiki
kelemahan dirinya dan bersedia menerima nasihat, teguran dan tunjuk
ajar.
e) Berdisiplin:
Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-
undang. Pekerja yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan,
arahan dan prosedur kerja. Sentiasa berpegang kepada pengajaran agama
dan menjaga imej jabatannya. Berbanding dengan pekerja yang tiada
disiplin akan melanggar peraturan, tidak merasa bersalah walaupun
melakukan kesilapan dan tidak bertanggungjawab.
f) Bekerjasama:
Iaitu saling tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya dalam
memberikan kebaikan kepada jabatan dan masyarakat. Sumbangan setiap
individu dalam sesebuah organisasi sangat penting dalam menjayakan
- 11 -
sesuatu visi hasil dari kerjasama sebagai satu pasukan ( team work ). Nilai
kerjasama ini dapat mewujudkan suasana kerja yang harmoni, aman, ceria
dan mengeratkan hubungan silaturahim. Suasana begini akan
meningkatkan produktiviti dan kualitu kerja. Menerusi sifat bekerjasama
juga, kerja yang berat akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas.
Seterusnya sifat-sifat negatif seperti pentingkan diri-sendiri, berat tulang
dan hasad dengki berjaya diatasi.
g) Tekun:
Bermaksud bersungguh-sungguh menjalankan sesuatu tugas. Seseorang
yang tekun akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Pekerja yang tekun akan mengutamakan kepentingan tugas
daripada kepentingan peribadi, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk
perkhidmatan sentiasa meningkatkan kemahiran. Sebaliknya, orang yang
tidak tekun akan bekerja sambil lewa, tidak sanggup bekerja lebih masa
dan tidak berusaha meningkatkan mutu kerja.
2- Nilai-nilai Yang Mengutamakan Perkhidmatan Pelanggan:
a) Budi bahasa:
Iaitu tingkah laku yang baik dan percakapan yang bersopan-santun.
Antara sifat berbudi bahasa ialah peramah, memberi layanan yang baik,
tutur-kata yang sopan dan suka membantu. Perkhidmatan awam sangat
memerlukan anggotanya yang berbudi bahasa khususnya yang bertugas di
- 12 -
barisan depan seperti di kaunter atau operator telefon. Penjawat awam
hendaklah menjauhi sifat bertindak dengan cara yang kasar, bertutur
dengan perkataan yang tidak elok dan bermasam muka.
b) Bersopan-santun:
Penjawat awam terutamanya yang memberi perkhidmatan kepada orang
ramai dikehendaki memberi perkhidmatan dengan sopan-santun. Di antara
ciri-ciri sopan-santun adalah menerima kunjungan pelanggan dengan
mesra, menanyakan jenis urusan yang diperlukan dan mengarahkan
pandangan kepada pelanggan apabila berkomunikasi.
3- Nilai-nilai Kepimpinan:
a) Adil:
Iaitu memberikan kepada yang berhak itu akan haknya mengikut kadar
masing-masing atau meletakkan sesuatu di tempatnya. Adil berlaku
terhadap diri sendiri, orang bawahan, orang atasan, saudara dan teman
sekerja. Sesuatu keputusan yang adil akan dapat diterima dengan hati yang
tenang. Sebaliknya keputusan yang tidak adil akan menerima tentangan.
b) Syura:
Iaitu permesyuaratan merupakan suatu peraturan untuk meneliti pendapat
orang lain serta menyatukan pendapat-pendapat agar mendapat petunjuk.
Dengan adanya mesyuarat atau perbincangan dapat membuat
- 13 -
perancangan dengan lebih teratur, mengenalpasti kelemahan dan
kekurangan serta akan menghasilkan kerja yang berkualiti.
4- Nilai-nilai Profesionalisme:
a) Berilmu:
Penjawat awam dikehendaki memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang-bidang tertentu bagi mencapai kejayaan. Tujuan utama ilmu
pengetahuan ialah untuk kepentingan hidup di dunnia, manakala dari
pandangan Islam ia meliputi kebahagiaan ukhrawi.
b) Kreativiti dan Inovasi :
Kreativiti dimaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta.
Inovasi pula ialah sesuatu yang baru diperkenalkan. Nilai-nilai tersebut
sangat digalakkan dalam perkhidmatan awam pada masa kini. Inovasi
atau pengenalan idea-idea baru dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan
teknologi baru, perubahan prosedur yang menjimatkan tenaga, masa dan
kos serta perubahan meningkatkan penghasilan kerja. Orang yang
berkreativiti dan mempunyai inovasi sentiasa mencari idea serta
meneroka keadah-keadah baru.
c) Integriti :
Integriti dikaitkan dengan nilai amanah, jujur, boleh dipercayai dan juga
sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil peluang untuk
- 14 -
kepentingan diri sendiri. Sebarang kerja yang dibuat adalah merupakan
satu pengorbanan dengan penuh keikhlasan tanpa curiga.
d) Neutraliti :
Iaitu tidak memihak kepada mana-mana kumpulan termasuk parti politik.
Walaubagaimanapun pegawai-pegawai awam dikehendaki sentiasa
bersedia dan berusaha dengan bersungguh-sunggah melaksanakan semua
dasar dan aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak kerajaan yang
memerintah.
e) Akauntabiliti :
Bermaksud tanggungjawab seseorang terhadap tugasan yang perlu
dilaksanakan. Dalam konteks perkhidmatan awam, ia merupakan
tanggungjawab pegawai awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang
diserahkan dan memestikan objektif tugasan tersebut tercapai.
5- Nilai-nilai Produktiviti dan Kualiti:
a) Produktiviti:
Produktiviti merujuk kepada nilai output yang dapat dihasilkan oleh satu
unit input. Peningkatan produktiviti dapat diukur dengan jumlah kuantiti
sesuatu hasil kerja serta penjimatan kos, masa dan tenaga.
- 15 -
b) Kualiti:
Ditakrifkan sebagai dapat memenuhi kehendak pelanggan dari segi
perkhidmatan. Manakala dari segi keluaran produk, ia dapat menepati
standard-standard yang telah ditetapkan. Antara aspek utama kualiti
adalah kepuasan dan keselesaan pelanggan dalam mendapat khidmat
urusan.
6- Nilai-nilai Yang Berteraskan Keagamaan:
a) Bersyukur:
Bermaksud kesediaan dan dengan rasa rendah diri mengakui sebarang
nikmat Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada-Nya. Nilai ini dapat
memberi kesederaan kepada seseorang tentang banyaknya sumbangan
yang diperolehi, maka wajarlah dia mengucapkan syukur. Rasa bersyukur
dalam konteks penjawat awam ialah memberi perkhidmatan yang
cemerlang, lebih-lebih lagi amal bakti yang dicurahkan kepada orang
awam merupakan kebajikan dan amal soleh.
b) Bertakwa:
Iaitu mentaati, tunduk dan patuh kepada suruhan Allah s.w.t. serta
menjauhi segala larangan-Nya. Antara sifat takwa yang perlu ada bagi
penjawat awam ialah menepati janji, sabar, adil dalam pertimbangan dan
seumpamanya.
- 16 -
Kesimpulan
Memandangkan penjawat awam diberi tanggungjawab dalam menjalankan tugas, maka
penerapan nilai dan etika perlu diterjemahkan dalam kerja. Seterusnya, ia mampu
menjayakan segala dasar-dasar kerajaan.
Jika dilihat dari beberapa contoh nilai dan etika, jelas menggambarkan keutamaan
peranannya bagi meningkatkan imej serta prestasi pekerja. Dalam konteks Yayasan Islam
Terengganu, nilai dan etika tersebut mempunyai kaitan secara langsung seperti Nilai-nilai
Peribadi asas iaitu amanah dan berkerjasama. Amanah dalam menjalankan tugas tanpa
ada unsur penipuan. Begitu juga, sesuatu tugas tidak akan berjaya jika tiada
persefahaman.
Manakala nilai-nilai yang lain seperti beriman bererti segala amalan tadi akan dihisab
oleh Allah s.w.t. Jika kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan memberi manfaat kepada
orang lain, ia merupakan satu amalan soleh serta mendapat pahala. Seterusnya nilai budi-
bahasa, berilmu, kreativiti dan inovasi bertepatan dengan nilai-nilai Islam Hadhari
Terengganu Bestari yang menggalakkan budaya-saing, cuba mencari ilmu bagi
memajukan prestasi kerja. Begitu juga, idea-idea baru dapat diperkenalkan dan mungkin
dapat menyempurnakan kerja dalam masa yang ditetapkan bahkan mampu
mengurangkan belanja atau menjimatkan kos.
- 17 -
Kakitangan Yayasan Islam Terengganu perlu mempraktikan segala nilai-nilai yang baik
yang boleh membantu mereka dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang seperti
kreatif dalam dakwah termasuk kemahiran menggunakan komputer serta menangani isu-
isu semasa sesuai dengan peredaran zaman. Oleh itu, kakitangan jabatan perlu memberi
penekanan terhadap nilai dan etika dalam melaksanakan tugas agar dapat merealisasikan
segala dasar kerajaan
- 18 -
Rujukan:
1- Bahan Bacaan:
Citra Karya, Kuala Lumpur: INTAN, 1991.
Etika Kerja Dalam Islam, Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam
Jabatan Perdana Menteri, 1987.
Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar Dan Amalan Dalam Islam, Kuala
Lumpur: INTAN, 1990.
Pelan Integriti Nasional, Kuala Lumpur, Institut Integriti Malaysia, 2008.
Tonggak Dua Belas, Kuala Lumpur: INTAN, 2008.
2- Internet:
Visi dan Misi, http://yit.gov.my/content/category/4/15/34/ .(13/7/2008 ).
Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu 2004-2008,
http://www.terengganu.gov.my/rpnt/KSPRPNTPESAT.pdf
- 19 -