etika kejuruteraan

52
ETIKA KEJURUTERAAN PROF. IR. DR. HJ. WAN RAMLI WAN DAUD PROF. MADYA DR. MOHD. JAILANI MOHD. NOR IR. AHMAD JAIS ALIAS FAKULTI KEJURUTERAAN http://pkukmweb.ukm.my/~drkmy/sejarah/ index.html

Upload: hencook

Post on 12-Jun-2015

9.968 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

etika di dalam kejuruteraan

TRANSCRIPT

ETIKA KEJURUTERAAN

PROF. IR. DR. HJ. WAN RAMLI WAN DAUD PROF. MADYA DR. MOHD. JAILANI MOHD. NOR IR. AHMAD JAIS ALIAS FAKULTI KEJURUTERAAN http://pkukmweb.ukm.my/~drkmy/sejarah/index.html

PENGENALAN Objektif kursus ialah menggunakan falsafah etika untuk menyelesaikan masalah moral yang timbul daripada amalan kejuruteraan Kursus ini membincangkan falsafah etika Barat dan Timur isu moral dalam amalan kejuruteraan seperti keselamatan, pencemaran sekitaran, kebenaran termaklum, ketaatan korporat, profesionalisme, kerahsiaan, konflik kepentingan, rasuah, hak pengaduan, hak moral jurutera, etika sekitaran, dan etika komputer

PENGENALAN Etika kejuruteraan: Tragedi Challenger, proses reka bentuk dari konsep ke produk, sebab timbulnya kepincangan produk, beberapa makna etika kejuruteraan, contoh masalah moral, penyelesaian dilema moral melalui penjelasan konsepsi, kajian fakta dan penyelesaian antara individu, profesion kejuruteraan, peranan dan hambatan kod etika kejuruteraan, tanggung jawab korporat, tanggung jawab moral, penyebab dan undang-undang

PENGENALAN Teori-teori moral etika akhlak, etika berdasarkan ajaran agama Islam, Kristian, Hindu, Budha, dan Konfucius, akhlak profesional, kewajipan moral, etika utiliti etika tugas, etika hak dan etika agama, etika kepentingan diri, etika dan adat, kegunaan teori etika

PENGENALAN Kejuruteraan sebagai uji kaji sosial Tradegi kapal Titanic, pelajaran dari pengalaman lampau, ketidakpastian akibat akhir produk, ketiadaan kawalan uji kaji, izin termaklum

Jurutera sebagai penguji kaji yang bertanggungjawab tugas utama melindungi keselamatan manusia dan menghormati hak mereka memberi izin, berautonomi moral, bertanggung jawab

Piawai industri dan kajian kes Challenger

PENGENALAN Iltizam terhadap keselamatan tradegi kes kapal terbang Lockheed L-1011, konsep keselamatan, risiko, kebolehterimaan risiko, kerelaan dan kawalan, risiko yang berkaitan dengan kerja, penaksiran dan pengurangan risiko ketidakpastian reka bentuk, analisis risiko-manfaat, risiko peribadi dan risiko awam

Kajian kes; Loji nukleus Three Miles Island, loji nukleus Chernobyl

PENGENALAN Kajian kes; Bhopal dan menara Citicorp

Tanggung jawab dan hak di tempat kerja Kerahsian, pertembungan kepentingan, hadiah, habuan dan rasuah, kepentingan dalam syarikat lain, maklumat dalaman, status moral pertembungan kepentingan

Hak profesional; hak suara hati profesional, hak enggan suara hati, hak pengkiktirafan, hak pekerja, hak persendirian, peluang yang sama,

PENGENALAN Pengaduan Pengaduan dan kesetiaan, panduan moral, perlindungan pengadu

Pemindahan teknologi oleh korporat multi-nasional Hak asasi manusia sah antara bangsa, kes Bhopal, hujan asid, PCB, kajian kesan alam sekitar, etika alam sekitar manusia-sentrik, alam tabii-sentrik, makhluk berperasaan-sentrik, bio-sentrik dan eko-sentrik

TRAGEDI CHALLENGER

Pada awal pagi 17 januari 1986, kapal angkasa Challenger bersedia untuk berlepas Sejenak selepas enjin Challenger dihidupkan, sebuah kedap mudah yg menyambung 2 bahagian roket penggalak gagal menyekat gas panas. Getaran pelancaran menyebabkan sebuah kedap sokongan terpesong yg. menyebabkan api terkeluar & mengena tangki bahan api Dalam masa kurang daripada 1.5 minit, Challenger meletup dan membunuh semua anak kapalnya

TRAGEDI CHALLENGER Pada malam sebelumnya, 14 orang jurutera di Morton Thiokol, syarikat pembuat penggalak roket, telah membantah pelancaran ini kerana khuatir suhu rendah di tapak boleh menyebabkan kegagalan kedap. Pengurus syarikat dan pegawai NASA menolak bantahan itu dan tidak memberitahu pegawai atasan NASA atas alasan syarikat akan rugi jika ditangguhkan Beretikakah pengurus Morton Thiokol dan pegawai NASA meneruskan pelancaran Challenger? Beretikakah para jurutera Morton thiokol membantah pelancaran tersebut berdasarkan keraguan mereka tentang prestasi kedap?

KAEDAH KEJURUTERAAN Daripada Konsep ke Produk Isu moral & etika berada di dalam kaedah kejuruteraan itu sendiri bukan dikenakan dari luar Jurutera menemui masalah moral & teknikal dlm perbezaan kualiti bahan, kualiti kerja rakan sekerja, tekanan masa, kehendak pasaran dan hubungan dengan pengurusan Jurutera terlibat dalam penentuan konsep produk, reka bentuk, pembuatan, jualan, penggunaan dan penyingkiran akhir produk itu Produk mungkin berupa alat rumah kecil yg dihasil secara besar-besaran, atau suatu sistem komunikasi atau sebuah loji penapisan minyak Pembuatan mungkin di dalam kilang atau di tapak Jurutera yg terlibat mungkin secara individu atau kumpulan Syarikat pula boleh digantikan oleh JKR atau sebagainya

Permulaan Idea permeintaan tertentu atau permintaan pasaran Reka bentuk Konsep, tujuan, reka bentuk awal, Spesifikasi prestasi Analisis awal Analisis terperinci, simulasi/contoh sulong Spesifikasi bahan & komponen Lukisan bengkel terperinci Pembuatan Penjadualan kerja Pembelian bahan & komponen Fabrikasi bahagian Pemasangan / pembinaan Kawalan kualiti / ujian Perlaksanaan Iklan, penjualan dan pembiayaan Manual pengendalian dan bahagian Penghantaran & pemasangan, latihan pengendali Alat keselamatan Peggunaan produk Perkhidmatan di medan/tapak : baik pulih & bahagian tambahan Pengawasan kesan sosial & sekitaran Laporan kepada pihak tertentu tentang risiko Kerja akhir Kegiatan akhir hayat teknologi: kitaran semula dan pembinaan semula

KAEDAH KEJURUTERAAN Idea produk baru dilunaskan oleh reka bentuk konsep yg menghasilkan spesifikasi prestasi & melakukan analisis berasaskan hubungan antara pembolehubah reka bentuk Ini diikuti oleh analisis terperinci menggunakan simulais komputer atau contoh sulong yg akhirnya menhasilkan lukisan bengkel Pembuatan pula melibatkan penjadualan & penjalanan kerja membeli bahan & komponen, memfabrikasi komponen, memasang dan menguji prestasi produk Seterusnya produk harus dijual & selepas itu sama ada jurutera pembuat atau tuan punya memasang, melatih pengendali, baik pulih dan akhirnya kitaran semula atau penyingkiran akhir

Laluan unggul Lelaran lazim

Penyingkiran bahan dan bahan buangan

Permulaan Idea permeintaan tertentu atau permintaan pasaran Reka bentuk Konsep, tujuan, reka bentuk awal, Spesifikasi prestasi Analisis awal Analisis terperinci, simulasi/contoh sulong Spesifikasi bahan & komponen Lukisan bengkel terperinci Pembuatan Penjadualan kerja Pembelian bahan & komponen Fabrikasi bahagian Pemasangan / pembinaan Kawalan kualiti / ujian Perlaksanaan Iklan, penjualan dan pembiayaan Manual pengendalian dan bahagian Penghantaran & pemasangan, latihan pengendali Alat keselamatan Peggunaan produk Perkhidmatan di medan/tapak : baik pulih & bahagian tambahan Pengawasan kesan sosial & sekitaran Laporan kepada pihak tertentu tentang risiko Kerja akhir Kegiatan akhir hayat teknologi: kitaran semula dan pembinaan semula

KAEDAH KEJURUTERAAN Keputusan pertengahan ketika atau setelah sebarang langkah pada lazimnya memerlukan pengunduran utk mengubahsuai reka bentuk yg telah dicapai sebelum itu Ralat perlu dikesan & dibetulkan & reka bentuk alternatif mungkin diperlukan untuk memperbaiki prestasi produk atau utk memenuhi kekangan masa atau kos Jurutera sering menemui jalan buntu pada langkah tertentu dan perlu mengubah reka bentuk pada langkah sebelumnya Sebarang perubahan tidak hanya mengubah langkah-langkah seterusnya akan tetapi juga langkah-langkah sebelumnya Perubahan reka bentuk ketika produk sendang dibuat atau dibina perlu diteliti dengan terperinci kerana sering menyebabkan kegagalan Contohnya kes Hyatt Regency di Kansas City

Laluan unggul Lelaran lazim

Penyingkiran bahan dan bahan buangan

KAEDAH KEJURUTERAAN Beberapa masalah lazim: Reka bentuk konsep Buta kpd konsep baru, mencabuli hak paten/rahsia perniagaan atau produk akan diguna secara haram

Spesifikasi prestasi produk Andaian tak munasabah, reka bentuk begantung kpd bahan yg belum pernah diuji kesesuaiannya

Analisis awal Tidak seragam iaitu terlalu terperinci dlm bidang jurutera itu akan tetapi terlalu kurang dalam bidang lain

Analisis terperinci Penggunaan data yg kurang berhati-hati dan perisisan komputer berasaskan kaedah yg tidak dicamkan betul

Simulasi & contoh sulong Ujian contoh sulong pada keadaan yg paling baik

Spesifikasi reka bentuk Terlalu ketat sehingga tak mudah diubah ketika produk dibuat & diguna Perubahan reka bentuk tidak disemak dgn teliti

KAEDAH KEJURUTERAAN Beberapa masalah lazim: Penjadualan kerja Masa penyempurnaan yg tak munasabah

Pembelian Spesifikasi tender menyebelahi satu vendor, rasuah dan ujian yang tak cukup bagi bahagian yg dibeli

Fabrikasi bahagian Kualiti bahan dan pertukangan yg berbeza

Pemasangan/pembinaan Keselamatan di tempat/tapak kerja, tidak endah ketegangan pekerja yg disebabkan oleh kerja berulang & kawalan buruk bahan buangan bahaya

Kawalan kualiti dan ujian Tidak bebas kerana dikawal oleh pengurus pengeluaran dan oleh itu ujian dicepatkan atau keputusan dipalsukan

Iklan & jualan Iklan palsu

Penghantaran,pemasangan & latihan Produk terlalu besar utk dihantar Pemasangan & latihan dikontrakkan kepada orang luar

KAEDAH KEJURUTERAAN Beberapa masalah lazim: Keselamatan Kebergantungan kepada alat keselamatan yg terlalu kompleks dan amat senang gagal Ketiadaan jalan keluar selamat yg digunaka dengan tidka wajar atau untuk kerja haram Tiada manual pengendalian

Baik pulih Bekalan alat ganti yg tak cukup, keberatan utk menarik balik produk yg didapati

Pengawasan kesannya terhadap masyarakat Ketiadaan cara lazim untuk mengikuti kitaran hayat ptoduk, kesannya terhadap alam sekitar dan masyarakat

Kitaran semuala dan penyingkiran Tidak menyedari cara memunggah, mengitar semula alat dan produk

KAEDAH KEJURUTERAAN Beberapa sebab masalah yg lazim Tiada wawasan iaitu wawasan terowong yang terpengaruh dengan pendapat lazim dan gagal melihat pendekatan alternatif sehingga menerima idea lama tanpa kritikan seperti sekumpulan lembu Kurang kemahiran jurutera yg menjalankan kerja teknikal Kekurangan masa dan bahan yg betul disebabkan pengurusan yg lemah Mentaliti silo yg menyebabkan jurutera tidak bercampur dgn jurutera lain, menganggap hina kebolehan jurutera lain dan setrusnya kegagalan menyebar maklumat yg betul di antara jabatan Membuat andaian bahawa ada jurutera keselamatn di tempat lain yg akan menyelesaiakan masalah keselamatan Pengunaan produk yg tidak betul oleh pengguna yg kurang prihatin Ketidakjujuran dlm semua kegiatan itu Prioriti dan kesetian yg berbelah bagi iaitu sama ada kepada keluarga dahulu atau syarikat? Masalah alat dipaksa melakukan lebih banyak fungsi atau melakukan fungsi tungal dengan lebih pantas lagi Kesilapan yg kecil boleh menyebabkan bencana

Hubungan Jurutera dengan Orang Lain boleh menimbulkan masalah moralSekitaran global (masyarakat & Alam sekitar)

Syarikat KejuruteaanJurutera Pengurus Rakan

Keluarga

Industri (syarikat lain)

Profesion Kejuruteraan (persatuan)

Kelayan atau pengguna

Undang-undang, Kerajaan & Agensi awam

ETIKA KEJURUTERAAN Kajian tentang nilai, isu dan penentuan moral yang terlibat dalam amalan kejuruteraan Nilai moral termasuklah tanggung jawab, keunggulan, kelakuan, sifat, dan hubungan moral yang baik di antara individu dan organisasi korporat yang terlibat dalam kegiatan teknologi Makna kedua ialah keyakinan atau sikap terhadap moral yg diterima oleh sekumpulan orang seperti yg dirumuskan dalam kod etika kejuruteraan Makna ketiga pula ialah kebetulan moral iaitu ia merupakan satu set tanggung jawab, hak dan keunggulan yang seharusnya dipersetujui oleh semua orang terutama oleh para jurutera Terdapat pembezaan antara penentuan moral dengan penentuan bukan-moral Contohnya cara yg betul utk memulakan enjin ialah dengan menggunakan kuncinya tetapi ini bukan penentuan moral

TAKRIF MORAL Penentuan moral adalah penentuan tentang kebaikan atau keburukan, kebetulan atau kesalahan, bermanfaat atau tak bermanfaat dan sepatutnya atau tidak sepatutnya sesuatu dilakukan di segi moral Tindakan moral yg berasaskan sebab moral melibatkan bersikap adil kepada semua orang, menghormati hak asasi mereka, memenuhi janji, mengelakkan daripada menimbulkan kemarahan mereka dan mengelak daripada penipuan dan ketidakjujuran Tindakan moral juga melibatkan kasih kepada orang lain sehingga bersedia membantu mereka terutama ketika ditimpa malang, menunjukkan kesyukuran bagi sebarang bantuan dan bersimpati dengan penderitaan mereka Sebab moral juga melibatkan keprihatinan mengurangkan penderitaan haiwan dan kerosakan alam sekitar

CONTOH MASALAH MORAL Seorang jurutera tapak mendapati alat pembinaan rosak dan mengenakan tanda penghalang penggunaannya. Ketuanya tidak bersetuju dan mengarahkan tanda itu dibuang. Jurutera itu membantah tetapi diugut dengan tindakan disiplin. Sebuah loji kimia membuang bahan buangan dalam sebuah tambunan tanah. Bahan bahaya menyerap ke dalam air bumi. Para jurutera loji ini tahu tentang perkara ini akan tetapi tidak melakukan sesuatu atas alasan loji lain juga melakukannya Sebuah syarikat elektronik ABC bersedia untuk pengeluaran sebuah alat popular. Produk ini belum lagi boleh dijual akan tetapi gambar dan spesifikasi yang menakjubkan muncul dalam iklan. Pelanggan diyakini bahawa alat itu boleh dibeli dan ditarik daripada alat lain Sebuah syarikat pembekal kuasa elektrik yang memohon lesen untuk mengendali sebuah loji kuasa nukleus, memperihalkan pelan tindakan kecemasan yang tidak melibatkan penduduk di sekitarnya

TRAGEDI KAPAL TERBANG DC-10 TERHEMPAS

Pada tahun 1974, sebuah kapal terbang DC-10 yg sarat dengan penumpang terhempas di Paris dan 346 orang mati Kemalangan ini sudah diketahui oleh pembuat badan kapal terbang ini lambat laun akan berlaku Badan kapal terbang ini dikembangkan oleh Convair untuk McDonnel Douglas

TRAGEDI KAPAL TERBANG DC-10 TERHEMPAS Dua tahun lepas, seorang jurutera kanan Convair, Dan Applegate telah memberitahu naib presidennya melalui memo tentang bahaya pintu kargo mudah terbuka ketika penerbangan yang akan menyebabkan lantai kabin penumpang runtuh, talian kawalan di dalamnya rosak, kapal terbang kehilangan kawalan dan akan terhempas

TRAGEDI KAPAL TERBANG DC-10 TERHEMPAS Applegate mencadangkan pintu itu direka bentuk semula dan lantai kabin diperkukuhkan lagi Walaupun pihak pengurusan tidak menyangkal kebenaran tegurannya, akan tetapi mereka tidak memberitahu McDonell Douglas atas alasan ini akan merugikan kedua-dua syarikat Sebagai pekerja setia, beliau mempunyai tanggung jawab terhadap syarikatnya Sebagai seorang jurutera beliau bertanggung jawab melindungi keselamatan pengguna Oleh yg demikian beliau menghadapi dilema moral iaitu pertentangan di antara dua tanggung jawab profesional

DILEMA MORAL Contoh Dan Applegate itu menunjukkan sebab moral juga sering bertentangan menyebabkan timbulnya dilema moral Dilema moral timbul apabila dalam sesuatu masalah terdapat dua atau lebih prinsip moral saling bertentangan Dilema moral juga timbul apabila satu prinsip mempunyai dua atau lebih kegunaannya yang tidak serasi dalam sesuatu maslah Sebagai pekerja yg setia beliau bertanggung jawab mengikut arahan syarikat tetapi sebagai jurutera belaiu juga mempunyai tanggung jawab terhadap orang awam dan dalam kes tertentu kedua-dua prinsip moral ini saling bertentangan

Memandangkan sebab moral boleh saling bertentangan maka sukar untuk merumuskan aturan yg mutlak iaitu yg tidak boleh dikecualikan

DILEMA MORAL Semua prinsip moral adalah prima facie iaitu setiap prinsip boleh mempunyai pengecualian apabila terdapat konflik dengan prinsip moral lain yg lebih penting Penyelesaian dilema moral memerlukan penilaian moral yg bagus dalam menimbangkan sebab moral yg bertentangan dan lazimnya melibatkan Penjelasan konsepsi iaiatu dlm menjelaskan idea moral dan pemikiran moral yg relevan Kajian fakta saintifik, kejuruteraan, kewangan atau undangundang yg relevan kepada isu moral untuk menyelesaikan dilema moral Ketidaksetujuan antara individu merupakan kontroversi di antara kumpulan atau dalam diri jurutera itu sendiri tentang bagaimana menyelesai dilema moral itu Pada unggulnya, dialog yg rasional antara kumpulan sama ada melalui perspektif yg menguntungkan atau melalui kompromi bersama tetapi Dunia tidak semudah itu

LANGKAH DALAM MENGHADAPI DILEMA MORAL Camkan faktor atau hujah moral yang relevan iaitu apakah tanggung jawab yg bertentangan, hak yg bersaing, keunggulan yg bertembung dan kebaikan & keburukan yg terlibat Kumpulkan semua fakta yang relevan dengan faktor moral yg terlibat Aturkan faktor moral mengikut kepentingan yg kadangkadang tidak boleh dilakukan kerana kepentingan yg sama Pertimbangkan tindakan alternatif untuk menyelesaikan dilema ini dan ramalkan implikasinya Berbincang dengan rakan sekerja untuk mendapatkan perspektif lain Simpulkan hujah moral dengan mempertimbangkan semua hujah dan fakta dengan teliti

TUJUAN KAJIAN ETIKA KEJURUTERAAN Kajian etika kejuruteraan penting bagi mengelakkan akibat berat pertimbangan etika yg silap & bagi memberi makna kpd usaha kejuruteraan Kajian ini juga kompleks & tidak dapat diselesaikan dengan mudah Tujuan utama ialah meningkatkan keupayaan untuk mengendalikan dengan berkesan dilema moral yg rumit dlm kejuruteraan Memberi kuasa kpd jurutera individu utk menggunakan akal dengan lebih jelas & teliti terhadap masalah moral iaitu meningkatkan autonomi moral Autonomi bermakna kebebasan menentukan nasib sendiri Kebolehan berfikir dan kebiasaan berfikir secara rasional tentang isu-isu moral berasaskan keprihatinan moral

AUTONOMI MORAL Autonomi bermaksud keupayaan menentukan sendiri / merdeka Kemahiran mencam masalah & isu moral dlm kejuruteraan Kemahiran memahami, menjelaskan, dan menimbangkan secara kritis hujah daripada 2 belah pihak yg berlawanan Kebolehan membentuk pandangan yang konsisten dan lengkap berdasarkan fakta yang relevan Keprihatinan tentang pandangan alternatif terhadap isu dan penyelesaian kreatif kesukaran praktikal Kejituan dalam penggunaan bahasa etika yg lazim supaya boleh mempertahankan pandangan moral dengan baik Kepekaan kepada kesukaran & kehalusan yg benar iaitu kesediaan menerima ketidakpastian dlm membuat penentuan moral yg bermasalah Peri pentingnya menyepadukan kehidupan profesional dgn keyakinan peribadi iaitu mengekalkan kesepaduan moral sendiri Pemahaman yang meningkat tentang penggunaan dialog yang rasional dalam menyelesaikan konflik moral dan keperluan toleransi perbezaan pendapat di kalangan orang bermoral

TUGASAN KELASDalam setiap kes di bawah, nyatakan sebarang dilema moral, camkan sebarang maklumat yg diperlukan, camkan idea atau konsep yg dapat menjelaskan masalah itu, camkan sumber pertembungan di antara kumpulan dan pertahankan cadangan kamu untuk menyelesaikannya 1. Kebebasan bersuara & kebencian : penggunaan Internet oleh kumpulan benci untuk menyebar agenda perkauman dan keganasan 2. Kebebasan bersuara & eksploitasi sekx: ponografi terutama ponografi kanak-kanak 3. Patutkah tuan laman papan buletin dipertanggungjawabkan atas kegagalan menghalang serangan maruah orang lain yg tidak mengikut undang-undang? 4. Perjudian di Internet di kasino ruang siber 5. Nama samaran dan palsu di Internet 6. Seorang pelajar MIT, David LaMacchia dituduh melakukan penipuan komputer keranamengendali sebuah papan buletin untuk mendapatkan perisian yg berhak-cipta seara percuma

Profesion (ikhtisas) sebenar melibatkan 3 : kepakaran termaju, pengaturan sendiri & perkhidmatan utk kebaikan umum Kepakaran termaju :

PROFESION (IKHTISAS) DAN PROFESIONAL (AHLI IKHTISAS)

Sebarang profesion memerlukan kemahiran yg canggih & ilmu pengetahuan utk menjalankan budibicara yg tidak lazim & tidak boleh dirumuskan dalam bentuk peraturan atau tata cara lazim Sebarang profesion memerlukan pendidikan yg lama dan isi pendidikan ini termasuklah kemahiran teknikal dalam salah satu bidang ilmu ikhtisas dan juga kajian kemanusian dan kemasyarakatan yang perlu dikemaskini oleh pendidikan seumur hidup

Pengaturan sendiri :

PROFESION (IKHTISAS) DAN PROFESIONAL (AHLI IKHTISAS) Persatuan profesional yg mantap dibenarkan oleh masyarakat utk menentukan piawai kemasukan ke dalam profesion, penggubalan kod etika amalan profesion, penguatkuasaan salah laku dan pewakilan profesion di medan kerajaan & awam

Kebaikan umum Profesion memberi khidmat pada aspek tertentu kebaikan umum seperti perubatan pada kesihatan awam, undang-undang pada perlindungan hak undang-undang awam dan kejuruteran pada penyelesaian masalah teknologi untuk keselesaan, kesihatan & keselamatan awam

PROFESION KEJURUTERAAN DAN JURUTERA PROFESIONAL Dianugerah ijazah sarjanamuda dalam bidang kejuruteraan tertentu Menjalankan tugas yang lazimnya dilakukan oleh jurutera seperti jurutera perunding, pengurus projek, pengurus pengenadalian dsb. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai jurutera profesional setelah berpengalaman sebagai jurutera siswazah berdaftar selama tidak kurang daripada 4 tahun dan berjaya dalam temuduga profesional yang dijalankan oleh Lembaga Jurutera Malaysia dan Institusi Jurutera Malaysia

Bertindak secara bermoral ketika mengamal kejuruteraan mengikut kod etika kejuruteraan

PERANAN KOD ETIKA

Kod etika kejuruteraan terdiri daripada prinsip-prinsip tanggung jawab yang menggalakkan kebaikan awam Kod etika merupakan panduan & sokongan bagi jurutera yg bertanggung-jawab & menentukan piawai minimum yang dikongsi bersama Piawai yang dikongsi bersama Perbezaan pandangan tentang nilai moral kerana perbezaan tradisi dan agama memerlukan suatu piawai yang dikongsi bersama yang jelas dalam sesuatu profesion supaya masyarakat boleh mengharapkan piawai kecermelangan minimum dalam amalan profesion itu

Sokongan Kod etika memberi sokongan positif kepada jurutera yang ingin bertindak secara beretika Jurutera mendapat sokongan kumpulan jurutera dalam mempertahankan keputusan bermoral

Panduan

PERANAN KOD ETIKA Kod merupakan panduan tentang tugas dan tanggung jawab utama jurutera untuk kelakuan beretika Kod yang pendek dan padat merupakan panduan umum dan perlu ditafsirkan dengan betul

Inspirasi Kod menjadi motivasi bagi jurutera untuk bertindak secara beretika kerana ia merupaan iltizam bersama profesion terhadap etika

Pendidikan & kefahaman bersama Kod boleh digunakan oleh persatuan profesional di dalam kelas untuk menggalakkan perbincangan tentang isu-isu moral Kod juga menggalakkan kefahaman bersama di kalangan profesional, masyarakat & kerajaan tentang tanggung jawab moral jurutera

PERANAN KOD ETIKA Pencegahan drpd bertindak secara tidak beretika dan disiplin jurutera Kod boleh digunakan sebagai asas yg formal dalam siasatan kelakuan jurutera yang tak beretika oleh Institusi Jurutera Malaysia dan/atau Lembaga Jurutera Malaysia yg jika bersabit kesalaan boleh disingkirkan daripada Institusi dan disingkirkan daripada daftar jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia

Peningkatan imej profesion di kalangan org awam Kod boleh menunjukkan imej yg positif profesion yang beiltizam kepada etika kepada masyarakat dan boleh memberi lebih banyak pengaturan sendiri bagi profesion

BATASAN KOD ETIKA Penyalahgunaan Kod Kadang-kadang kod disalahgunakan oleh pemimpin institusi kejuruteraan kerana ingin menjaga nama baik dan maruah profesion dengan mengorbankan kerjaya jurutera yg benar-benar memperjuangkan kelakuan etika Cara yg paling baik untuk mendapat kepercayaan masyarakat ialah dengan menggalakkan jurutera mengemukaan pandangan dengan bebas tentang keselamatan dan keselesaan awam

Kod terhad kepada pernyataan umum Oleh yg demikian, kod ini mungkin tidak boleh digunakan dalam semua keadaan Sebaliknya kod yg umum merupakan cara yg terbaik untuk menghadapi perkembangan teknologi baru

BATASAN KOD ETIKA Klausa kod kadang-kadang bertentangan contohnya apabila tanggung jawab kepada keselamatan awam bertembung dengan kesetiaan kepada majikan Seseorang Jurutera hendaklah tidak mendedahkan sebarang maklumat berkenaan perniagaan majikannya atau majikannya pada masa lampau Seseorang Jurutera hendaklah sentiasa memastikan kerjanya dan hasil kerjanya tidak mengenakan bahaya kematian, kecederaan atau kesihatan buruk yang boleh dielakkan kepada sesiapapun

Kod tidak boleh menjadi penentu moral terakhir Kod mungkin salah kerana ia merupakan kompromi berbagai fahaman yg dirumuskan oleh jawatankuasa ketika debat yg hangat Oleh yg demikian kod tidak boleh dianggap terlalu sempurna sehingga tidak boleh dikritik dan diubah mengikut keperluan zaman

KOD ETIKA KEJURUTERAAN Institusi Jurutera Malaysia1. Seseorang Jurutera hendaklah sentiasa memastikan kerjanya dan hasil kerjanya tidak mengenakan bahaya kematian, kecederaan atau kesihatan buruk yang boleh dielakkan kepada sesiapapun 2. Seseorang Jurutera hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk mengelakkan pembaziran sumber tabii, kerosakan alam sekitar, dan kerosakan atau kebinasaan yang membazir hasil kemahiran manusia dan industri 3. Seseorang Jurutera hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk mengekalkan dan mengembangkan kelayakan profesionalnya dengan mengikuti perkembangan baru dalam sains dan kejuruteraan yang relevan dengan bidang amalan profesionalnya dan sekiranya beliau adalah majikan, juga menggalakkan pekerja profesionalnya melakukan perkara yang sama

KOD ETIKA KEJURUTERAAN Institusi Jurutera Malaysia1. Seseorang Jurutera tidak seharusnya menanggung tanggung jawab sebagai Jurutera Profesional yang diyakininya tidak layak dijalankannya 2. Seseorang Jurutera hendaklah menerima tanggung jawab peribadi semua kerja yang dilakukan olehnya atau kerja yang di bawah penyeliaannya atau arahannya, dan hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan orang yang bekerja di bawahnya adalah layak menjalankan kerja yang diberikan kepada mereka dan mereka menerima tanggung jawab peribadi untuk kerja yang dilakukan dengan kuasa yang diberikan kepada mereka 3. Seseorang Jurutera yang diundang untuk memberi pendapatnya sebagai seorang profesional hendaklah berusaha sedaya upaya memberi pendapat yang objektif dan yang boleh diharap

KOD ETIKA KEJURUTERAAN Institusi Jurutera Malaysia1. Seseorang Jurutera yang nasihat profesionalnya tidak diterima hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan orang yang menolak nasihatnya tahu tentang sebarang bahaya yang diyakininya terhasil daripada penolakan nasihat itu 2. Seseorang Jurutera hendaklah tidak membuat sebarang kenyataan umum sebagai seorang profesional tanpa memastikan bahawa kelayakannya untuk mengeluarkan kenyataan dan sebarang hubungan beliau dengan sebarang pihak yang mungkin mendapat manfaat daripada kenyataannya didedahkan kepada mereka yang menerima kenyataan itu 3. Seseorang Jurutera hendaklah tidak mengiklan atau menulis makalah untuk penerbitan, atau mengarahkan iklan atau makalah seperti itu ditulis atau diterbitkan oleh seseorang lain dalam bahasa yang memuji diri atau dengan cara lain yang menjatuhkan maruah profesion kejuruteraan

KOD ETIKA KEJURUTERAAN Institusi Jurutera Malaysia1. Seseorang Jurutera hendaklah tidak dengan jahat atau ganas merosakkan atau cuba merosakkan, sama ada secara langsung atau tak langsung, kewibawaan, harapan atau perniagaan seorang Jurutera lain 2. Seseorang Jurutera hendaklah memaklumkan majikannya secara bertulis sebarang pertembungan antara kepentingan peribadi dan perkhidmatan setia untuk majikannya 3. Seseorang Jurutera hendaklah tidak mendedahkan sebarang maklumat berkenaan perniagaan majikannya atau majikannya pada masa lampau 4. Seseorang Jurutera hendaklah tidak menerima secara sumbang sebarang imbuhan berhubung dengan perkhidmatan profesionalnya terhadap majikannya selain daripada majikannya atau dengan kebenaran majikannya. Beliau juga hendaklah tidak menerima secara langsung atau tak langsung sebarang royalti, hadiah atau upah terhadap sebarang barang atau proses yang digunakan dalam atau untuk tujuan kerja yang beliau lakukan untuk majikan melainkan atau sehingga royalti, hadiah atau upah itu telah diluluskan secara bertulis oleh majikannya

KOD ETIKA KEJURUTERAAN Institusi Jurutera Malaysia2. Seseorang Jurutera hendaklah tidak secara sumbang meminta kerja sebagai penasihat bebas atau perunding sama ada secara langsung atau melalui seorang agen, atau membayar seseorang upah atau dengan cara lain, untuk memperkenalkan kerjanya 3. Seseorang Jurutera yang bertindak sebagai penasihat bebas atau perunding hendaklah tidak menjadi saloran pembayaran yang dilakukan untuk majikannya kecuali jika diminta oleh majikannya untuk berbuat demikian, atau memesan sesuatu barang berhubung dengan kerjanya, kecuali dengan kuasa atau untuk majikannya

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB Selepas era jurutera besar pada zaman Revolusi Industri pada akhir abad ke-19 EB, kebanyakan jurutera bekerja dalam syarikat besar kerana kejuruteraan moden yg menghasilkan produk yang rah dan selamat memerlukan input banyak jurutera dalam berbagai bidang dalam sebuah syarikat Profesion tradisi seperti peguam dan doktor yg merupakan profesion individu kini pun telah berubah kepada profesion yg terlibat dalam syarikat besar Profesional kini berhadapan dengan cabaran antara perniagaan dengan kepentingan profesional

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB Kebanyakan syarikat yg mengabaikan etika pada lazimnya syarikat besar yg dikuasai oleh beberapa individu berego besar yg hanya berminat mengekal imej sendiri & bermain politik supaya dapat terus berkuasa dalam syarikat daripada membangunkan produk yg selamat Kejuruteraan yang bagus bermakna perniagaan yang bagus dan etika yang bagus Oleh itu syarikat perlu mempunyai suasana etika yg bagus melalui program etika yg berterusan

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB Sifat-sifat program etika yg baik Nilai-nilai etika hendaklah diiktiraf dan dihargai oleh seluruh warga syarikat termasuk pemegang saham, pengurus dan pekerja biasa Ini tidak bermakna keuntungan diabaikan kerana kebaikan awam boleh diperolehi bersama-sama dengan kepentingan dan keuntungan syarikat

Bahasa etika digunakan dengan jujur dan diktiraf sebagai dialog korporat yang sah Perlu suatu kod etika korporat Masukkan rtanggung jawab etika dalam perihalan kerja untuk semua lapisan pengurusan

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB Sifat-sifat program etika yg baik Pengurus tertinggi hendaklah menunjkkan contoh etika yang terbaik melalui perkataan, dasar dan tauladan Dasar tentang kelakuan beretika di seluruh syarikat hendaklah dilunaskan dgn sokongan bagi jurutera yg mengamal kejuruteraan mengikut kod profesionalnya

Perlu ada tata cara untuk menyelesaikan pertentangan moral Melantik ombudsman etika yg berbincang dengan pekerja secara sulit tentang sebarang keprihatinan moral Pengurus juga hendaklah dilatih untuk menyelesaikan pertentangan moral

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB Tanggung Jawab Syarikat Terhadap Masyarakat Syarikat bergantung kepada dan mempunyai tanggung jawab terhadap pekerja, kelayan, penjual, pembekal, masyarakat setempat dan masyarakat awam Syarikat yg bertanggung jawab berusaha menjadi jiran yg baik dengan menyokong sekolah, kumpulan persatuan bukan kerajaan dan persatuan kebajikan tempatan

Meskipun demikian masih ada pendapat seperti pendapat Milton Friedman bahawa tujuan utama syarikat ialah memaksimumkan keuntungan untuk manfaat pemegang saham dan tidak sepatutnya menyokong kegiatan sosial lain yg akan mengurangkan keuntungan Pendapat ini mrugikan

Etika yg bagus dan perniagaan yg bagus seharusnya bersama

Tanggung Jawab Moral Syarikat

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB Akhlak, tugas, keupayaan moral umum, pertanggungjawaban

Mengaitkan tanggung jawab moral dengan syarikat & individu melibatkan budi bicara moral: Apabila seseorang itu dikatakan mempunyai tanggung jawab moral, yang dimaksudkan ialah beliau sebenarnya mempunyai sifat akhlak yang baik Beliau sentiasa prihatin melakukan perkara yg betul, sentiasa menjalankan tugas, boleh diharap menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa bertimbang rasa dengan orang lain Syarikat juga boleh dikatakan mempunyai akhlak yg baik jika ia beriltizam utk menyempurakan tugas etikanya

Apabila seseorang dikatakan mempunyai tanggung jawab moral, yg dimaksudkan beliau mempunyai tugas moral Tugas utk berlaku adil, bercakap benar dan menggalak keadilan Seseorang jurutera keselamatan mempunyai tugas memeriksa sebuah tapak pembinaan Syarikat juga mempunyai tugas umum yg harus dijalankan

Tanggung Jawab Moral Syarikat

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB Syarikat juga mempunyai keupayaan sebagai agen yang bertanggung jawab moral

Apabila seseorang dikatakan mempunyai tanggung jawab moral, yg dimaksudkan ialah beliau mempunyai keupayaan / pengetahuan utk bertindak secara moral yg sesuai Apabila seseorang dikatakan mempunyai tanggung jawab moral, yg dimaksudkan ialah beliau diper-tanggung-jawabkan utk melakukan sesuatu tugas moral Seseorang yg mempunyai tanggung jawab moral bermakna beliau boleh diminta menjelaskan tindakannya, memberikan alasan atau mewajarkannya, dan terbuka kepada pujian atau cemuhan atau permintaan pampasan Syarikat juga dipertanggungjawabkan kepada masyarakat awam, pekerja, kelayan dan pemegang saham

Jika salah laku yg dipertimbangkan,seseorang yg dikatakan mempunyai tanggung jawab moral, yg dimaksudkan ialah beliau boleh disalahkan dan sebaliknya jika kelakuan baik yg dipertimbangkan maka beliau boleh dipuji. Syarikat juga begitu

Tanggung Jawab Penyebab dan Undang-Undang Tanggung jawab penyebab Tanggung jawab undang-undang

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB

Dua lagi tanggung jawab yg tidak seharusnya dikelirukan dengan tanggung jawab moral: Seseorang kanak-kanak yg menyebabkan kebakaran dengan bermain api hanya bertanggung jawab menyebabkan kebakaran akan tetapi ibu-bapanyalah yg bertanggung jawab moral kerana membiarkan mancis diperolehi oleh kanak-kanak itu dengan mudah Seseorang jurutera atau syarikat kejuruteraan masih boleh dikenakan tanggung jawab undang-undang utk sebarang kecederaan atau kerosakan walaupun tidak ada langsung masalah tanggung jawab moral Seorang pengguna yg menggunakan tukul tercedera di mata oleh serpihan tukul walaupun tukul itu tidak mempunyai sebarang kecacatan sebelum peristiwa ini tetapi mahkamah masih mengenakan pampasan terhadap pembuat tukul itu atas alasan pertanggungjawaban undang-undang yang ketat

Milton Freidman menyatakan tanggung jawab tunggal pengurus hanya terhadap pemegang saham iaitu memaksimumkan keuntungan mereka dalam batasan undang-undang tanpa melakukan penipuan manakala pendapat alternatif ialah pengurus bertanggung jawab kepada semua orang yg terlibat dgn syarikat termasuk pekerja, kelayan, pembekal, kerajaan dan masyarakat setempat. Jelaskan pendapat mana yg boleh dipertahankan bagi menentukan keputusan untuk pindah bagi mengurangkan kos gaji pekerja.

TUGASAN KELAS

Tiga orang jurutera menguji bersama suatu produk akan tetapi gagal memberitahu tentang suatu kecacatan yg tidak akan tampak sehingga kemudian. Bolehkah menuduh kesalahan untuk kesilapan ini secara berbeza bagi setiap jurutera berkadaran dengan kerja ujian yg mereka lakukan atau tiada perbezaan kesalahan semua jurutera kerana ketiga-tiga mereka mendiamkan diri?