etika prosnal

36
Etika Professional 6 : Nizar Assignment 1.0 PENGENALAN Kisah ini berlaku pada 4 tahun yang lalu. Seorang guru yang bernama Bakar (bukan nama sebenar) yang bertugas di sebuah sekolah di pendalaman Tawau, Sabah. Beliau telah berkhidmat selama 20 tahun dan dilantik sebagai Guru Besar di sekolah tersebut semenjak 5 tahun yang lalu. Pada pertengahan Januari 2004, seorang kontraktor telah datang ke sekolah. Kontraktor tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Kamaruddin (bukan nama sebenar), dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat tender pembersihan di sekolah tersebut. Bakar meminta untuk melihat surat atau bukti yang boleh mengesahkan kenyataan tersebut. Pada mulanya kontraktor tersebut teragak-agak atau keberatan untuk mengeluarkan surat tersebut, tetapi akhirnya beliaupun mengeluarkan lantikan beliau sebagai kontraktor di sekolah tersebut. Bakar melihat bahawa nilai tender yang terdapat pada surat tersebut adalah sebanyak RM5000. Skop kerja pembersihannya pula adalah memotong rumput di seluruh kawasan sekolah, membersihkan parit dan pagar sekolah. Segala kos pembersihan kontraktor tersebut adalah di bawah tanggungan kontraktor tersebut. Oleh kerana bilik pentadbiran tersebut agak sibuk Kamaruddin mengajak Bakar ke kantin. Bos, bagaimana kalau bos sain surat pengesahan ini dan saya bagi bos RM500 dan abis cerita kata kontraktor tersebut kepada Bakar setibanya mereka di kantin sambil menghulurkan beberapa keping not RM100 kepada Bakar. Bakar terkejut bukan kepalang. Saya tidak beranilah encik , kata Bakar kepada kontraktor tersebut. Bakar cuba menolak dengan cara lembut tetapi kontraktor tersebut mendesak. Ternyata sekali bahawa beliau cuba mendapatkan wang tersebut tanpa melakukan tugasan yang diamanahkan di sekolah tersebut. Tak apalah bos, saya kasi up RM700, dan bos fikir dahulu. Esok saya akan datang lagi , ujar Kamaruddin kepada Bakar. Keesokkan harinya, kontraktor tersebut datang lagi ke sekolah. Beliau dengan gembiranya meletakkan 7 keping not RM100 di atas meja Bakar, dan meminta Bakar menandatangani surat selesai kerja pembersihan untuk beliau mendapatkan tuntutan pembayaran. Namun Bakar tetap dengan pendiriannya. Kontraktor tersebut kelihatan agak marah dengan tindakan Bakar, tetapi Bakar melihat bahawa kontraktor tersebut cuba sedaya-upaya mengawal kemarahannya. You betul-betul tidak mau duitkah? Tak apalah bos, saya tinggalkan duit dan surat ini di sini. Esok saya akan datang lagi , kata kontraktor tersebut dengan penuh nada kekecewaan. Kontraktor tersebut terus pergi tanpa sempat Bakar berkata apa-apa. Pada hari ketiga dan keempat, kontraktor tersebut tidak datang ke sekolah. Bakar mengandaikan bahawa kontraktor tersebut cuba memberikan masa yang lebih banyak kepadanya untuk memikirkan tawaran tersebut. Pada hari kelima, kontraktor tersebut datang lagi dan bertanyakan tentang tawaran beliau. Setelah mengetahui pendirian Bakar yang tidak berubah, kontraktor tersebut meningkatkan tawarannya. Beginilah, saya bagi bos RM1000 dan bos sain surat ini , katanya dengan nada yang agak terketar-ketar. Namun demikian Bakar tetap menolak tawaran tersebut dengan baik. Kontraktor tersebut kelihatan terkejut dan kecewa dengan keengganan Bakar. Tanpa berkata apa-apa, kontraktor tersebut membuat beberapa panggilan. Bakar cuma memerhatikan kelakuan dan tindakan kontraktor tersebut dengan perasaan berbeza. Setengah jam kemudian, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba di sekolah tersebut dengan membawa beberapa orang penumpang, Rupa-rupanya mereka ini adalah para pekerja kontraktor tersebut. Mereka mengeluarkan perkakasan mereka (mesin rumput, cangkul, parang dan sebagainya) dan mula melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan tersebut. Bakar mengarahkan seorang guru untuk memantau kerja pembersihan tersebut. Namun perkara yang paling mengecewakan Bakar berlaku tidak sampai sejam mereka memulakan kerja pembersihan. Kontraktor tersebut mendapat

Upload: ultramantaroz

Post on 24-Jul-2015

164 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: etika prosnal

Etika Professional 6 : Nizar Assignment

1.0PENGENALANKisah ini berlaku pada 4 tahun yang lalu. Seorang guru yang bernama Bakar (bukan nama sebenar) yang bertugas di sebuah sekolah di pendalaman Tawau, Sabah. Beliau telah berkhidmat selama 20 tahun dan dilantik sebagai Guru Besar di sekolah tersebut semenjak 5 tahun yang lalu.

Pada pertengahan Januari 2004, seorang kontraktor telah datang ke sekolah. Kontraktor tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Kamaruddin (bukan nama sebenar), dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat tender pembersihan di sekolah tersebut. Bakar meminta untuk melihat surat atau bukti yang boleh mengesahkan kenyataan tersebut. Pada mulanya kontraktor tersebut teragak-agak atau keberatan untuk mengeluarkan surat tersebut, tetapi akhirnya beliaupun mengeluarkan lantikan beliau sebagai kontraktor di sekolah tersebut. Bakar melihat bahawa nilai tender yang terdapat pada surat tersebut adalah sebanyak RM5000. Skop kerja pembersihannya pula adalah memotong rumput di seluruh kawasan sekolah, membersihkan parit dan pagar sekolah. Segala kos pembersihan kontraktor tersebut adalah di bawah tanggungan kontraktor tersebut.

Oleh kerana bilik pentadbiran tersebut agak sibuk Kamaruddin mengajak Bakar ke kantin. ” Bos, bagaimana kalau bos sain surat pengesahan ini dan saya bagi bos RM500 dan abis cerita” kata kontraktor tersebut kepada Bakar setibanya mereka di kantin sambil menghulurkan beberapa keping not RM100 kepada Bakar. Bakar terkejut bukan kepalang. ” Saya tidak beranilah encik ”, kata Bakar kepada kontraktor tersebut. Bakar cuba menolak dengan cara lembut tetapi kontraktor tersebut mendesak. Ternyata sekali bahawa beliau cuba mendapatkan wang tersebut tanpa melakukan tugasan yang diamanahkan di sekolah tersebut. ” Tak apalah bos, saya kasi ’up’ RM700, dan bos fikir dahulu. Esok saya akan datang lagi”, ujar Kamaruddin kepada Bakar.Keesokkan harinya, kontraktor tersebut datang lagi ke sekolah. Beliau dengan gembiranya meletakkan 7 keping not RM100 di atas meja Bakar, dan meminta Bakar menandatangani surat selesai kerja pembersihan untuk beliau mendapatkan tuntutan pembayaran. Namun Bakar tetap dengan pendiriannya. Kontraktor tersebut kelihatan agak marah dengan tindakan Bakar, tetapi Bakar melihat bahawa kontraktor tersebut cuba sedaya-upaya mengawal kemarahannya. ” You betul-betul tidak mau duitkah? Tak apalah bos, saya tinggalkan duit dan surat ini di sini. Esok saya akan datang lagi”, kata kontraktor tersebut dengan penuh nada kekecewaan. Kontraktor tersebut terus pergi tanpa sempat Bakar berkata apa-apa.

Pada hari ketiga dan keempat, kontraktor tersebut tidak datang ke sekolah. Bakar mengandaikan bahawa kontraktor tersebut cuba memberikan masa yang lebih banyak kepadanya untuk memikirkan tawaran tersebut. Pada hari kelima, kontraktor tersebut datang lagi dan bertanyakan tentang tawaran beliau. Setelah mengetahui pendirian Bakar yang tidak berubah, kontraktor tersebut meningkatkan tawarannya. ” Beginilah, saya bagi bos RM1000 dan bos sain surat ini ”, katanya dengan nada yang agak terketar-ketar. Namun demikian Bakar tetap menolak tawaran tersebut dengan baik. Kontraktor tersebut kelihatan terkejut dan kecewa dengan keengganan Bakar. Tanpa berkata apa-apa, kontraktor tersebut membuat beberapa panggilan. Bakar cuma memerhatikan kelakuan dan tindakan kontraktor tersebut dengan perasaan berbeza.

Page 2: etika prosnal

Setengah jam kemudian, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba di sekolah tersebut dengan membawa beberapa orang penumpang, Rupa-rupanya mereka ini adalah para pekerja kontraktor tersebut. Mereka mengeluarkan perkakasan mereka (mesin rumput, cangkul, parang dan sebagainya) dan mula melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan tersebut. Bakar mengarahkan seorang guru untuk memantau kerja pembersihan tersebut. Namun perkara yang paling mengecewakan Bakar berlaku tidak sampai sejam mereka memulakan kerja pembersihan. Kontraktor tersebut mendapat panggilan dari seseorang. ” Ok. Gua caya sama lu la. Nanti ini malam kita jumpa ”, ujar kontraktor tersebut dengan nada gembira. Tanpa mempedulikan Bakar yang berada di sampingnya, Kamaruddin memerintahkan para pekerjanya mengemaskan perkakasan mereka dan meninggalkan tempat itu dengan segera. Beliau berlalu sambil tersenyum sinis kepada Bakar

2.0 LIMA CIRI MASALAH ETIKA

2.1. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI AKIBAT YANGBERPANJANGANSesuatu keputusan atau tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengurus atau pihak pentadbiran boleh mendatangkan kesan atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap masyarakat jika kita menyentuh tentang pendapat atau sudut etika. Keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau akibat kepada seseorang atau orang lain, sama ada mereka yang berada dalam organisasi terbabit atau dalam sesebuah masyarakat. Kesan-kesan tersebut adalah di luar kawalan mereka.

Oleh yang demikian, para pengurus atau pentadbir sesebuah organisasi perlu memikirkan akibat atau kesan hasil keputusan yang bakal mereka lakukan sebelum bertindak. Contoh sebuah keputusan etika yang mempunyai akibat yang berpanjangan ialah:-a. Rasuah mengubah proses-proses pemerintahan kerajaanb. Pencemaran udara mengakibatkan kesihatan terancamc. Produk-produk yang tidak selamat mengancam orang ramaiDalam kes Bakar, jika beliau memilih untuk mengambil wang (rasuah) yang diberikan oleh Kamaruddin, keadaan sekolah mungkin akan berada dalam keadaan:-a. Rumput yang panjang dan semak samunb. Keadaan perparitan yang kotor dan tersumbatc. Tidak selamat kerana mungkin ada ular di kawasan parit atau semakd. Penyakit seperti demam denggi kerana ada takungan air untuk nyamuk membiake. Persekitaran yang tidak sedap mata memandangSebaliknya jika Bakar memilih untuk menolak wang tersebut kesannya terhadap sekolah adalah seperti berikut:-a. Keadaan sekolah akan menjadi bersih dengan rumput yang pendekb. Keadaan perparitan yang bersihc. Selamatd. Tidak ada penyakit seperti demam denggi dan sebagainyae. Persekitaran sekolah menjadi cantik dan selamat mata memandang

2.2. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI BANYAK ALTERNATIF

Page 3: etika prosnal

Biasanya kebanyakan keputusan etika secara dasarnya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu ”ya” dan ”tidak” dan tidak mempunyai pilihan lain. Walaubagaimanapun, seseorang pengurus harus memikirkan pilihan lain sebelum membuat keputusan pengurusan atau pentadbiran. Contoh keputusan etika yang mempunyai banyak pilihan ialah:-a. Adakah seseorang pengurus wajar memberi rasuah atau tidak?b. Wajarkah sesebuah syarikat kilang mencemarkan udara atau tidak?c. Wajarkah sesebuah syarikat pengeluaran mengeluarkan produk yang selamat atau tidak?Dalam kes Bakar , beliau mempunyai banyak pilihan keputusan yang boleh diambil. Namun beliau terpaksa berhati-hati atau membuat pertimbangan sebelum mengambil keputusan pilihan. Antaranya ialah:-a. Beliau boleh mengambil wang tersebut dan membiarkan kawasan sekolahnya tidak bersihb. Menolak wang tersebut dan sekolahnya bersihc. Melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan dan kontraktor tersebut dihukumd. Mendiamkan perkara itu dan kontraktor tersebut selamat

2.3. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI HASIL ATAU KEADAANBERBEZA ATAU BERCAMPUR-ADUKKebanyakan pengurusan atau pentadbiran dalam sesuatu organisasi, terutamanya kumpulan perniagaan lebih berunsurkan anti-etika. Isu-isu etika tidaklah begitu penting bagi mereka. Ini adalah kerana mereka lebih mengutamakan pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi. Mereka juga kurang menitikberatkan kos-kos penting yang lain seperti kebajikan pekerja ataupun pelanggan mereka. Keputusan etika jenis ini lebih banyak berkait-rapat dengan kebaikan dari segi sosial, kos penyelenggaraan, keuntungan, dan perbelanjaan sesebuah organisasi, dalam hampir semua alternatif dalam pilihan keputusan etika. Contoh keputusan etika yang mempunyai hasil berbeza atau bercampur-aduk ialah:-a. Memberi rasuah secara tidak langsung, tetapi berjaya menjual barangan import dalam jumlah yang sama melalui penghantaran yang cepatb. Menyebabkan pencemaran udara dan air, tetapi mengelakkan kos pengeluaran peralatan mengawal pencemaran udarac. Mencipta produk yang tidak selamat, tetapi mengurangkan kos bahan bekalan dan para pekerja pengeluaran.Dalam kes Bakar, terdapat beberapa keputusan yang boleh diambil oleh Bakar yang boleh mendatangkan keputusan yang berbeza:-a. Menandatangani surat pengesahan selesai kerja, tetapi mendapat wang suapan sebanyak RM1000b. Menerima rasuah daripada kontraktor, dan mengurangkan kos pembersihan yang terpaksa ditanggung kontraktor tersebut.

c. Tidak menerima suapan, tetapi sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat

2.4. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI AKIBAT YANG TIDAK PASTIAdalah dipercayai bahawa isu etika dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran adalah bebas daripada risiko atau menimbulkan keraguan. Ini adalah kerana seseorang pengurus atau pentadbir sudah mengetahui hasil

Page 4: etika prosnal

atau habuan yang bakal menanti mereka melalui pilihan yang mereka lakukan. Sebagai contoh:-a. Beri rasuah, dan menerima barangan import tersebut dengan segerab. Melabur peralatan mengawal pencemaran udara, dan kepulan asap akan berkuranganc. Mengeluarkan barangan atau produk yang selamat dengan kos tambahan yang minimalSesuatu model membuat keputusan ialah, sesuatu yang tidak mempunyai kemungkinan-kemingkinan yang memudahkan proses analisis, tetapi tidak menghuraikan dilema pengurusan yang sebenarnya. Akibat yang bakal menyusul hasil daripada alternatif pilihan seperti mengelakkan pemberian rasuah kepada pegawai kastam tidak mungkin dapat dipastikan.

Demikian juga dengan kes Bakar. Beliau tidak mungkin tahu dengan jelas akibat-akibat yang mungkin akan menyusul jika beliau menerima rasuah yang diberikan oleh kontraktor pembersihan terbabit. Kemungkinan beliau akan disabit kesalahan menerima rasuah dan dipenjarakan. Beliau juga tidak mungkin akan tahu akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal menyusul jika beliau melaporkan perbuatan kontraktor tersebut meninggalkan kerja pembersihan tersebut separuh jalan kepada pihak atasan. Kemungkinan beliau berjaya membuatkan kontraktor tersebut dihukum oleh undang-undang atau sebaliknya beliau yang mendapat susah, kerana kontraktor tersebut mungkin telah memberi rasuah kepada pihak atasan.

2.5. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI IMPLIKASI SECARAPERIBADI

Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi secara peribadi. Adalah dipercayai secara umumnya bahawa isu etika dalam pengurusan sebahagian besarnya adalah untuk kepentingan peribadi seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi. Ramai orang mempercayai bahawa keputusan-keputusan prima fasi atau pada zahirnya, yang berkaitan dengan etika adalah lebih kepada keuntungan peribadi dan bukannya kepada syarikat atau organisasi yang dipimpinnya. Kepentingan-kepentingan mereka seperti pendapatan (gaji) dan kenaikan pangkat lebih diutamakan.

Di dalam kes Bakar, terdapat beberapa keputusan etika yang mendatangkan implikasi peribadi kepada Bakar mahupun kontraktor terbabit. Beliau mempunyai pilihan untuk mengambil rasuah sebanyak RM1000 dan menambahkan simpanannya di dalam bank. Dengan wang yang banyak itu juga, beliau boleh membeli barang-barang yang beliau perlukan tanpa memikirkan kebajikan atau kepentingan majikannya.

Kontraktor tersebut pula hanya perlu melepaskan 20% daripada pendapatannya sebanyak RM5000 untuk mendapatkan keuntungan besar kepada diri sendiri. Jika beliau memilih untuk melakukan tugasannya (pembersihan), beliau mungkin hanya akan mendapat 30 – 40% daripada jumlah RM5000 yang diperuntukkan di dalam tender. Ini disebabkan kontraktor terbabit terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah yang luas, dan tentulah akan memakan belanja yang besar.

3.0 TEORI-TEORI TAAKULAN ETIKASebagai seorang pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan

Page 5: etika prosnal

pentadbiran sesebuah organisasi atau syarikat, setiap keputusan dalam pengurusan pentadbiran akan membawa implikasi yang berbeza kepada setiap anggota masyarakat yang berkaitan dengan kita, serta organisasi yang dipimpin. Ianya bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau salah sesuatu keputusan yang dilakukan.

Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan kaedah-kaedah analitik yang konsisten untuk tujuan pengelasan ”betul atau salah” dalam tindakan kita. Sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu dipenuhi dengan percubaan-percubaan untuk memartabatkan standard nilai-nilai moral dan mewujudkan sistem-sistem etika. Tidak ada satupun sistem atau teori etika yang benar-benar berkesan dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini. Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya lima sistem atau teori etika yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika dalam sesuatu pengurusan pentadbiran:-1. Eternal Law (Undang-undang Abadi)2. Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism3. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism

4. Distributive Justice Theory5. Personal Liberty Theory

3.1. ETERNAL LAW (UNDANG-UNDANG ABADI)Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang Abadi boleh digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam dan terdapat dalam ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara atau nyata kepada mana-mana pihak yang membuat “research” atau mempelajari mana-mana sumber di atas.

Menurut Thomas Jefferson, antara ahli sekular kemanusiaan yang terawal, beliau percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah “self-evident” iaitu kepercayaan kepada diri sendiri sebagai bukti. Dalam frasa terkenal beliau, beliau menyatakan bahawa kebenaran tidak boleh berubah (inalienable) dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi daripada kebenaran tersebut.If people have the right to “life, liberty and the pursuit of happiness”, then they also have the obligation to ensure the same right to others. Religious leaders tend to emphasize the revealed source of the truth more than the reasoned nature, but they also believe that the state of the law is unchanging, and that the rights and duties are obvious: if we are loved, then we must love others. This reciprocal exchange is summarized in Christian theology by the Golden Rule: Do unto others as you would have others do unto you.

3.2. CLASSICAL TELEOLOGICAL ETHICAL THEORY: UTILITARIANISMTeori ini lebih tertumpu kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan yang dilakukan oleh pengurusan pentadbiran, dan bukannya niat individu yang membuat keputusan atau tindakan. Ahli falsafah barat yang terkenal Jeremy Bentham dan J.S. Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu diputuskan oleh masyarakat melalui akibat atau kesan daripada tindakannya. Tindakannya betul jika ianya memberi kebaikan kepada manusia dan sebaliknya jika ianya membawa kemudaratan kepada masyarakat. Bagaimanapun, objektif utama

Page 6: etika prosnal

keputusan etika teori ini adalah untuk kebaikan maksimum untuk semua orang dan keburukan untuk jumlah yang paling minimum.

3.3. CLASSICAL DEONTOLOGICAL ETHICAL THEORY: UNIVERSALISMTeori ini adalah bertentangan langsung dengan utilitarianism. “Deontology” berasal daripada perkataan Greek yang merujuk kepada tugas atau tanggungjawab seseorang individu.Teori etika ini menegaskan bahawa nilai moral sesuatu sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada kesan atau hasil yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan kerana kesan atau hasil yang menyusul tidak dapat dipastikan ketika sesuatu keputusan dilakukan. Nilai moral sesuatu tindakan bergantung kepada niat seseorang yang membuat keputusan atau tindakan.

Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka kita dianggap mempunyai nilai moral yang tinggi, walaupun kita ternyata seorang individu yang kurang berkesan dan selalu lalai yang sentiasa membuat orang lain terluka oleh perbuatan atau tindakan kita. Walaubagaimanapun, kita sebenarnya bukanlah seorang individu yang kurang berkesan dan lalai kerana niat atau tujuan kita yang murni biasanya berakhir dengan hasil yang memberangsangkan!

3.4. DISTRIBUTIVE JUSTICE THEORYTeori ini telah diilhamkan oleh John Rawls dan berdasarkan kepada suatu nilai iaitu keadilan. Keadilan dianggap sebagai nilai moral atau mulia yang paling utama. John Rawls menyatakan bahawa masyarakat dan institusi di dalamnya dipenuhi konflik dan kerjasama. Kerjasama menjadi amalan orang ramai dalam sesuatu masyarakat kerana masyarakat sedar bahawa kerjasama membawa kebaikan yang lebih besar berbanding usaha secara bersendirian atau individu

3.5. PERSONAL LIBERTY THEORYTeori ini diilhamkan oleh Robert Nozick. Sistem ini bergantung kepada satu prinsip utama iaitu kebebasan. Kebebasan dipercayai sebagai keperluan utama masyarakat. Sesuatu peraturan atau undang-undang yang mencemarkan kebebasan seseorang harus ditolak atau dihapuskan walaupun ia membawa banyak kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain. Nozick percaya bahawa masyarakat adalah hasil ikatan ramai individu dan kerjasama di kalangan individu ini adalah wajib untuk pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan kehormatan seseorang individu diperolehi daripada individu lain melalui tukaran barang dan perkhidmatan, atau pemberian sebagai hadiah.

4.0. TEORI PILIHANDalam kes Bakar, saya memilih Teori Universalism kerana teori ini mementingkan niat atau tujuan keputusan etika yang dilakukan oleh individu. Farid memutuskan untuk tidak menerima rasuah daripada Kamaruddin, kerana beliau mahu kontraktor terbabit membersihkan kawasan sekolah seperti yang telah termaktub dalam tender pembersihan tersebut. Beliau tidak mahu gara-gara kawasan sekolah yang tidak bersih banyak kemudaratan yang akan menyusul, seperti ancaman penyakit (denggi), binatang buas (ular, anjing liar), dan sebagainya.

Bakar juga mahu memastikan wang yang diperuntukan oleh kerajaan untuk pembersihan digunakan untuk tujuan yang sebenar dan bukannya diseleweng

Page 7: etika prosnal

oleh individu-individu korup seperti Kamaruddin. Bakar berpendapat, jika wang tersebut digunakan dengan sebaiknya, ia akan mendatangkan kebaikan sama ada dari segi ekonomi atau kebajikan kepada semua orang yang terlibat dengan pembersihan tersebut (pekerja pembersihan, pengusaha makanan, kakitangan sekolah, murid).

Bagaimanapun, segala niat atau tujuan baik (universalism) Bakar tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kawasan sekolah yang bersih dan sedap mata memandang tidak menjadi kenyataan. Parit atau longkang yang kotor dan tersumbat menjadi semakin teruk dan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan, di samping menjadi tempat terbaik bagi nyamuk untuk membiak. Binatang yang berbahaya dan menjijikkan seperti anjing liar, ular dan tikus semakin banyak.Tindakan atau keputusan yang dilakukan oleh Bakar tidak diketahui oleh ramai orang. Oleh kerana ia melibatkan isu yang sensitif (rasuah), hanya beberapa orang yang tahu tindakan universalism yang dilakukan oleh Bakar dan mereka terpaksa merahsiakannya daripada pengetahuan umum untuk tujuan keselamatan dan keharmonian. Mereka menganggap tindakan yang dilakukan oleh Bakar adalah tindakan yang sepatutnya dan menganggap Bakar sebagai seorang individu atau pengurus yang jujur.

Individu yang tidak mengetahui akan keadaan sebenar akan membuat andaian atau spekulasi masing-masing. Sudah tentulah individu-individu tersebut akan membuat kenyataan yang ”mengcondemn” Bakar. Mereka menganggap Bakar adalah seorang individu yang korup dan tidak jujur. Mereka mempersalahkan Bakar kerana keadaan sekolah yang tidak bersih. Di mata mereka, mereka menganggap Farid tidak layak menjadi pemimpin mereka.

Dalam Teori Universalism, biasanya hasil yang menyusul berikutan keputusan etika yang dilakukan oleh seseorang individu dalam pengurusan pentadbiran mendatangkan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat dengan organisasi tersebut. Dalam kes Bakar, kontraktor tersebut sudah mula membuat kerja-kerja pembersihan yang sepatutnya dilakukan seperti yang terkandung dalam kontrak. Ini bermakna, hasil atau kesan yang berlaku akibat ketegasan Bakar sudah menunjukkan tanda yang positif.

5.0. ADAKAH PENGETAHUAN DALAM TEORI TAAKULAN ETIKA MENGUBAH CARA BAKAR MENYELESAIKAN MASALAH DILEMA ETIKA BELIAU

Pada pendapat Bakar teori taakulan etika yang telah dipelajarinya tidak mengubah cara beliau menyelesaikan dilema etika yang dihadapinya. Bakar malah gembira kerana tindakannya adalah di dalam salah satu teori taakulan yang telah dipelajarinya iaitu Teori Universalism. Dua sebab yang membuat Bakar gembira dengan keputusannya ialah:

5.1. MEMARTABATKAN NILAI MURNI DALAM PENTADBIRANNYABakar gembira kerana beliau tidak menerima rasuah. Semakin besar habuan yang dijanjikan oleh kontraktor terbabit semakin kuat dia menolak tawaran tersebut. Kini Bakar telah mengenali karektor peribadinya dengan lebih mendalam. Ternyata beliau adalah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia dan jujur serta setia dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

Page 8: etika prosnal

Jika Bakar menerima suapan daripada kontraktor terbabit, Bakar mungkin akan menjadi lebih ”demanding” pada masa hadapan. Perbuatan tersebut mungkin akan menjadi kebiasaannya dalam pengurusan pentadbirannya pada masa-masa akan datang. Maka lahirlah seorang lagi pegawai kerajaan yang korup dan tidak amanah dalam jentera pentadbiran negara. Bakar bersyukur kerana beliau masih lagi seorang yang amanah dan jujur dalam menjalankan tugas sebagai seorang pentadbir dan guru.

5.2. MEMPERJELASKAN NIAT DAN TUJUAN BELIAUBakar gembira kerana beliau telah berjaya memperjelaskan niat dan tujuan beliau semasa membuat keputusan kepada penyelesaian masalah dilema etika yang dihadapinya. Beliau mahu sekolahnya berada dalam keadaan yang sepatutnya. Bersih, selamat dan sedap mata memandang adalah keutamaan niat dan tujuannya.

Semasa kontraktor tersebut menyatakan pendiriannya (memberi rasuah), Bakar telah mempertahankan betapa pentingnya menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh kontraktor tersebut melalui keputusan eksekutif yang dilakukan oleh Bakar . Niat dan tujuan Bakar sudah beliau perjelaskan sehingga akhirnya kontraktor tersebut akur dengan keputusan Bakar.

6.0. KESIMPULANSeperti yang telah dibincangkan, terdapat lima jenis sistem atau teori etika yang utama. Walaupun teori-teori tersebut pada dasarnya tidak menimbulkan konflik di antara satu dengan yang lain, ianya tidak boleh disatukan menjadi satu sistem atau teori yang secara logiknya digunapakai mewakili kesemua teori tersebut. Setiap sistem atau teori tersebut hanya menjelaskan sebahagian daripada teori tersebut yang benar, dan setiap satu teori tersebut tidak lengkap atau mencukupi untuk kita menghakimi nilai moral yang mengiringi setiap tindakan atau keputusan etika yang dilakukan oleh seseorang individu seperti yang berlaku kepada Bakar.

Apakah maknanya ini kepada semua individu yang terlibat dengan pengurusan dan pentadbiran (pengurus)? Implikasi yang paling besar untuk individu yang menjadi pengurus ialah tidak ada satupun sistem yang benar-benar mantap dari segi penaakulan tingkah laku atau kaedah-kaedah dari segi ”moral reasoning” yang boleh memberi panduan sepenuhnya kepada mereka dalam membuat keputusan etika yang sukar.Di sebalik penggunaan satu-satu jenis teori, kita seharusnya menggunakan segala kelima-lima sistem tersebut dan memikirkan sepenuhnya akibat atau kesan daripada tindakan yang dilakukan. ”Moral reasoning”, yang menjadi asas kelima-lima sistem etika tersebut, bukannya mudah dilaksanakan tetapi ianya tetap berjaya atau berkesan terutamanya apabila menggabungkan kedua-dua kedudukan, atau keadaan ekonomi dan analisa yang sah dari segi undang-undang.

Page 9: etika prosnal

MASALAH ETIKA DALAM ORGANISASI

Masalah etika selalu muncul dalam situasi yangmelibatkan orang lain, tetapi seringkali organisasi lebih banyak menyoroti masalh etika ini daripada pihak – pihak lainnya. Pelanggaran terhadap etika yang telah diterima secara umum merupakan masalah yang harus diwaspadai dalam organisasi. Bagi sebagian orang perilaku etis dalam organisasi tidak selalu penting. Charles Saxon, kartunis majalah The New Yorker, menerbitkan serial kartun bisnis berjudul “ kejujuran adalah salah satu kebijakan yang lebih baik”, Tampaknya Saxon berpendapat bahwa dikusi etika dalam organisasi bisnis diperlukan, dan mungkin bermanfaat bagi kita untuk mempelajari beberapa masalah etika dalam konteks pembuatan keputusan mengenai pekerjaan dalam organisasi. Bidang karier apapun yang anda putuskan untuk anda tekuni, pasti mencakup sejumlah dilemma dan paradoks mengenai etika kehidupan yang sesunguhnya. Lantas apakah yang dimaksud dengan etika ? Sekelompok teoritis (Solomon & Hanson, 1985) mengemukan bahwa etika berkaitan dengan pemikiran dan cara bersikap, pemikiran mengenai etika terdiri dari evaluasi masalah dan keputusan dalam arti bagaimana kedua hal ini memberi andil pada kemungkinan penigkatan seseorang seraya menghindari akibat yang merugikan orang lain dan diri sendiri. Perilaku etis berhubungan dengan tindakan yang sesuai dengan keputusan yang relevan, yang sejalan dengan seperangkat pedoman yang menyangkut perolehan yang mungkin dan akibat yang merugikan orang lain.

Masalah etika dalam organisasi dapat dibagi dalam dua kategori :

1. yang menyangkut praktik – praktik organisasi di tempat kerja, dan

2. yang menyangkut keputusan perorangan

Praktik – praktik Organisasi

1. Rasa hormat, martabat, dan kebebasan perorangan. Masalah ini berhubungan dengan cara

organisasi memperlakukan anggotanya. Dari sudut pandang sebagian besar anggota

oraganisasi, kepentingan organisasi didahulukan dan kepentingan anggota dijadikan yang

paling akhir.

2. Kebijakan dan praktik personel. Masalah ini berkenaan dengan etika kepegawaian,

pemberian gaji, kenaikan pangkat, pendisiplinan, pemberhinetian dan masalah pension

anggota organisasi. Kewajiban umum organisasi adalah berlaku adil pada anggota organisasi

yang prospektif disetiap jenjang karirnya.

3. Keleluasaan (privacy) dan pengaruh terhadap keputusan pribadi. Perjanjian eksplisit dan

implicit antara pegawai dengan organisasi yang memperkerjakan mereka, memberi peluang

kepada organisasi untuk memperhatikan faktor – faktor yang secara jelas mempengaruhi

prestasi kerja pegawai. Namun masalah etika muncul bila organisasi menaruh perhatian

khusus pada masalah kehidupan pribadi anggotanya yang tidak secara langsung

Page 10: etika prosnal

mempengaruhi prestasi kerja mereka dalam organisasi, misalnya segala sesuatu yang terjadi

selama cuti yang mungkin mempengaruhi citra organisasi, keikutsertaan dalam masalah –

masalah public seperti kegiatan masyarakat dan organisasi pelayanan, kontribusi pada badan –

badan amal, dan keterlibatan dalam kelompok kegiatan politik.

OUMM 3203 – Etika Profesional1.0 Pengenalan

Di dalam tugasan Etika Profesional (OUMM 3203) , membincangkan tentang

bagaimana masalah etika dapat di selesaikan menggunakan 5 teori etika iaitu teori Hukum

Alam, Teori Universalism, Teori Utilitarianism, Teori Pengagihan keadilan dan Teori

Kebebasan Individu serta bagaimana menggunakan teori ini sebagai salah satu cara

penyelesaian masalah etika. Selain itu di bincangkan juga tentang ciri-ciri masalah iaitu ciri

yang pertama ia mempunyai kesan yang berlarutan. Ciri yang kedua, keputusan etika yang

mempunyai pelbagai alternatif. Ciri yang ketiga pula, keputusan etika mempunyai hasil yang

pelbagai. Ciri yang keempat, keputusan etika yang di buat mempunayi kesan yang tidak

menentu, dan yang terakhir, kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi.

1.1 Latar belakang dilema yang di hadapi

Dilema yang saya hadapi ialah ketika sesi pengambilan kedua untuk pelajar baru

salah sebuah universiti awam di Malaysia. Sesi pengambilan kedua ini adalah terhad kepada

100 orang pelajar sahaja berbanding dengan sesi pengambilan pertama yang yang

mengambil lebih dari 2000 orang pelajar. Disebabkan dengan tempat yang terhad bagi sesi

pengambilan kali ini, pihak universiti iaitu di bahagian kemasukan universiti menerima

banyak surat rayuan dari pelajar yang ingin memasuki universiti ini. Walaubagaimanapun,

hanya 100 pelajar sahaja yang bakal diterima masuk bagi sesi pengambilan kali ini

berbanding ribuan surat rayuan yang kami terima.

Sebagai permulaan di dalam proses pemilihan bagi pelajar untuk sesi kedua ini,

bahagian kemasukan dan rekod akan mengurangkan permohonan yang diterima sehingga

kira-kira 200 permohonan sahaja sebelum pemilihan pelajar yang terakhir seramai 100 orang

dibuat. Bagi mengurangkan permohonan ini, semua surat rayuan akan diberikan kepada

seorang pegawai atasan saya yang juga bertindak sebagai penyelia .

Page 11: etika prosnal

Disebabkan dengan kesuntukan masa yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti, saya

dan rakan sejawat telah diberi tugasan bagi membantu pegawai tersebut untuk

mengurangkan permohonan dari pelajar tersebut. Walaubagaimanapun, kami telah diberi

arahan supaya hanya untuk memilih 190 rayuan sahaja manakala baki 10 lagi rayuan akan

dipilih oleh beliau. Setelah 200 rayuan telah disenaraipendekkan, kami mendapati bahawa

baki 10 rayuan tersebut terdiri daripada saudara-mara penyelia kami. Kami mendapati

bahawa terdapat banyak permohonan yang telah diserahkan kepada pegawai tersebut tidak

diproses dan dipertimbangkan dengan sewajarnya kerana beliau hanya

menyenaraipendekkan rayuan yang diterima dari saudara-mara beliau sahaja walaupun

terdapat ramai calon yang didapati memiliki kelayakan yang tinggi dari syarat minima

kemasukan bagi sesi kali ini.

Sebagai salah seorang kakitangan bawahan pegawai tersebut, kami terperangkap di

dalam dilemma sama ada harus atau tidak untuk kami melaporkan tindakan yang telah

dilakukan oleh pegawai tersebut kepada pihak atasan. Walaubagaimanapun, kami berasa

serba salah sekiranya kami melaporkan tindakan pengawai kami kepada pihak atasan

kerana kami bimbang jika dengan kami melaporkan tindakan beliau tersebut akan

menyebabkan peluang kerjaya kami di universiti akan terjejas. Walaubagaimanapun, kami

telah mengambil risiko atas kerjaya kami di universiti ini dengan melaporkan kepada pihak

atasan universiti mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh pengawai kami yang tersebut.

Tugasan ini akan mengupas mengenai persoalan etika terhadap keputusan yang di ambil di

dalam situasi dilemma ini.

2.0. Ciri-ciri Masalah Etika

Kebanyakan keputusan yang dibuat selalunya memberi kesan yang berlarutan sama ada

kepada pihak yang membuat keputusan atau pihak yang menerima sesuatu keputusan

tersebut. Ini kerana keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan ataupun

individu tersebut tidak hanya memberi kesan kepada satu pihak ataupun pada satu tahap

sahaja. Kesan-kesan ini juga boleh memberi kesan ke atas sesebuah masyarakat setempat

sekiranya keputusan yang diambil melibatkan sesuatu tindakan untuk masyarakat itu sendiri.

Sebagai contoh melalui pemberian rasuah, sesetengah pihak merasakan bahawa dengan

memberi rasuah proses kerja yang dilakukan dapat dipercepatkan. Ini secara tidak langsung

memberi kesan kepada organisasi tersebut dan juga masyarakat kerana percaya hanya

dengan memberi rasuah sesuatu pekerjaan itu dapat dilaksanakan atau diproses dengan

Page 12: etika prosnal

cepat. Ini juga akan menyebabkan amalan rasuah menular di kalangan masyarakat tersebut

dan tiada ketelusan di dalam sesebuah organisasi.

2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kesan Yang Berlarutan.

Seperti masalah yang saya hadapi di universiti saya ini, saya rasakan bahawa tindakan

tersebut telah memberi kesan yang berpanjangan kepada masyarakat. Ini kerana dengan

tindakan beliau yang lebih mengutamakan pemohon yang mempunyai hubung kait dengan

beliau sendiri secara tidak langsung menafikan pemohon yang benar-benar layak untuk

belajar di universiti. Keputusan untuk tidak bersikap adil ini juga boleh menyumbang kepada

masalah pengganguran kepada negara. Ia juga boleh menyebabkan pemohon yang tidak

berjaya ini merasa kurang bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran mereka dan setersunya

ini boleh merugikan negara.

2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kepelbagaian Alternatif

Banyak keputusan yang dibuat dilihat sebagai keputusan yang dibuat tanpa melihat segala

alternatif yang ada. Keputusan yang baik hendaklah dibuat dengan menilai segala alternatif

yang ada. Masalah yang dihadapi hendaklah dikaji dengan teliti terlebih dahulu. Setelah

punca masalah dikenalpasti, segala alternatif bagi menangani masalah tersebut hendaklah

dikenalpasti. Penilaian terhadap setiap alternatif tersebut hendaklah dinilai dan alternatif

yang terbaik hendaklah diambil sebagai keputusan yang dibuat.

Pegawai kami hendaklah terlebih dahulu melihat segala alternatif yang ada sebelum

membuat keputusan untuk menyenaraipendekkan 10 nama saudara-mara beliau. Keputusan

yang dibuat oleh beliau dilihat sebagai satu keputusan yang tidak mempunyai alternatif lain

terutamanya ketika keputusan yang dibuat melibatkan saudara-mara beliau. Disebabkan

kegagalan beliau untuk melihat segala alternatif yang yang ada bagi menyelesaikan masalah

kemasukan pelajar ke universiti terutamanya yang melibatkan saudara-mara beliau,

keputusan yang diambil didapati tidak beretika.

2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Pelbagai

Banyak keputusan yang dibuat pada hari ini akan memberi hasil yang berbeza pada

masa hadapan. Kebanyakan keputusan yang dibuat tidak memberikan hasil seperti yang

diharapkan oleh sesetengah pihak dan ini secara tidak langsung memberi kesan yang

negatif terhadap organisasi itu sendiri. Sebagai contoh bangunan kompleks mahkamah baru

yang bocor ini adalah akibat dari sikap pemaju yang hanya memikirkan keuntungan sahaja.

Sikap tamak pemaju yang ingin memaksimakan keuntungan dengan menggunakan bahan

Page 13: etika prosnal

binaan yang tidak berkualiti ini telah menjejaskan imej syarikat itu sendiri. Walaupun pada

hakikatnya syarikat berkenaan untung daripada projek pembinaan komplek mahkamah itu,

tetapi hasil yang berbeza didapati oleh syarikat berkenaan dari segi imejnya akibat dari

kebocoran yang sering dihadapi oleh bangunan mahkamah berkenaan.

Hasil yang sama juga berlaku terhadap keputusan yang dibuat oleh pegawai di universiti

yang menyenaraipendekkan nama saudara-mara beliau pada sesi pengambilan kedua

universiti. Walaupun pada pandangan di pihak saudara-mara beliau yang meyifatkan beliau

sebagai seorang yang mengutamakan semangat kekeluargaan, akan tetapi dengan tindakan

beliau itu sekiranya diketahui umum akan menyebabkan integriti universiti khususnya

jabatan saya iaitu jabatan yang bertanggungjawab mengenai kemasukan pelajar akan

tercalar. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan nama elit universiti akan tercemar

disebabkan dengan tindakan beliau yang menafikan hak awam untuk masuk ke universiti.

2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak Menentu

Kebanyakan keputusan yang diambil dilihat sebagai keputusan yang mempunyai risiko yang

minima. Ini kerana keputusan diambil setelah segala alternatif yang ada telah dinilai

sesebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Sebagai contoh tindakan untuk sebuah kilang yang

telah memasang alat penapis asap untuk mengurangkan pencemaran udara, tindakan ini

diambil atas dasar untuk mengurangkan kadar pencemaran udara akibat dari penggunaan

mesin di dalam kilang. Walaubagaimanapun, dengan kegunaan alat penapisan asap ini

kadar pencemaran udara tidak berkurangan kerana alat yang digunakan berkualiti rendah.

Sama seperti dengan tindakan pegawai saya yang telah memasukkan 10 nama saudara

beliau di dalam senarai pendek pemohon bagi pengambilan kedua universiti. Walaupun

nama-nama saudara beliau telah disenaraipendekkan, ini tidak bermakna nama-nama

tersebut akan terus dapat diterima untuk melanjutkan di universiti ini. Nama-nama ini akan

melalui pelbagai tapisan yang akan dilakukan oleh fakulti-fakulti yang terlibat dengan sesi

pengambilan pelajar kali ini.

2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi

Pendapat yang mengatakan kebanyakan keputusan korporat adalah dibuat tanpa

mengambilkira kepentingan peribadi adalah tidak benar. Ini kerana kebanyakan keputusan

yang dibuat sebenarnya sedikit sebanyak mengira kepentingan peribadi terutamanya pihak

atasan. Sebagai contoh walaupun keuntungan sesebuah syarikat itu adalah rendah

disebabkan kos jualan yang meningkat, ini tidak mempengaruhi keputusan syarikat yang

Page 14: etika prosnal

ingin bayaran bonus sebanyak 2 bulan kepada kakitangan dibuat. Keputusan yang diambil

akan menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Walaubagaimanapun, demi untuk

menjaga kepentingan peribadi kepentingan pihak atasan keputusan untuk membayar bonus

ini tetap dibuat.

Keputusan pegawai saya untuk memasukkan nama saudara beliau di 10 tempat terakhir

senarai pendek calon tersebut adalah bersifat peribadi. Beliau langsung tidak mengambilkira

kelayakan yang ada pada pemohon yang lain. Tindakan ini secara tidak langsung akan

menyebabkan tahap intergriti beliau berkurangan terutama di kalangan kakitangan bawahan

beliau.

3.0 Teori Etika

Etika bermaksud prinsip -prinsip dan peraturan moral yang dapat di terima umum sebagai

cara untuk mengawal seseorang individu supaya berkelakuakn baik. Faktor-faktor yang

mempengaruhi eitika seseorang individu ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya,

pengalaman seseorang, nilai moral diri seseorang individu, dan faktor-faktor situasi (kerana

tiada pilihan lain).

3.1 Ciri Taakulan Etika

Secara universal, semua masyarakat di dunia perlu suatu cara analitikal yang konsistan

untuk mengklasifikasikan sesuatu perbuatan yang di lakukan salah atau tidak. Namun ada

perkara yang menjadi satu kesalahan pada sesuatu masyarakat tidak menjadi kesalahan

pada masyarakat yang lain. Sebagai contoh, agama Islam melarang umatnya untuk minum

minuman keras, namun ada agama yang tidak menghalang pengikutnya dari mengambil

minuman berkenaan. Ini bermakna, tidak ada satu pun cara pun yang sempurna untuk di

jadikan piawaian peraturan etika. Walaubagaimana pun terdapat 5 cara atau teori yang

boleh di jadikan sebagai panduan dalam membuat keputusan beretika. Teori berkenaan

adalah teori hukum alam, teori etika teleologikal klasik (Utilitarianism), Teori etika

Deontologikal klasik (Universalism), Teori pengagihah keadilan dan teori kebebasan diri

sendiri.

3.2 Teori Hukum Alam

Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan

kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan

Page 15: etika prosnal

agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . Setiap satu agama telah

menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . Kelebihan yang

ada pada teori hukum ini ialah , ia di terima oleh semua golongan yang berpegang pada

agama dan ia di terima sepanjang zaman. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak

sempurna ialah, ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan, pemahaman

dan kepercayaan masing-masing, jadi mereka mempunyai moral,etika dan nilai murni yang

berbeza.

Sebagai seorang yang beragama Islam, saya percaya bahawa pegawai saya telah berlaku

tidak adil pada pelajar tersebut. (tidak adil dalam konteks Islam ialah tidak meletakkan

sesuatu pada haknya). Dengan menidakkan hak pelajar-pelajar itu, jelas menunjukkan

pegawai itu melakukan perbuatan yang haram di sisi Islam dengan . “Islam memerintahkan

kepada kita agar kita berlaku adil kepada semua manusia. iaitu keadilan seorang Muslim

terhadap orang yang dicintai, dan keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dibenci.

Sehingga perasaan cinta itu tidak bersekongkol dengan kebathilan, dan perasaan benci itu

tidak mencegah dia dari berbuat adil dan memberikan kebenaran kepada yang berhak. “ (Dr.

Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007) http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil.html

Allah SWT berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan

keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan

kaum kerabatmu .” (Al Quran , surah An-Nisa’: ayat 135)”. (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun

2007).

Menurut agama Islam, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, orang lain

yang menyedari kesalahannya itu wajib memberitahu atau membetulkan kesalahannya, dan

di dalam Islam ada beberapa tahap yang boleh di ikuti. Langkah yang pertama, kita

seharusnya menasihatinya secara berhikmah, dimana orang yang melakukan kesalahan tadi

akan dapat berfikir tentang kesalahan dan dosanya dan pada masa yang sama dia tidak

akan berasa hati dengan orang yang menegur. Jika ia tidak berkesan, terdapat cara yang

kedua iaitu dengan menggunakan orang yang di hormati oleh si pembuat salah untuk

menegurnya dan jika cara ini juga tidak berhasil barulah cara lebih keras boleh di lakukan,

iaitu dengan cara membawa perkara ini ke muka pengadilan. Sesuai dengan hadis

Rasulullah S.A.W dari riwayat Muslim dan Ibn Majah:-

“Barang siapa diantara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya

dengan tangannya, dan jika ia tak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tak mampu

Page 16: etika prosnal

juga maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman”

(http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg00322.html : 24 June

2007)

Jadi dengan menggunakan teori hukum alam ini, saya seharusnya menasihati pegawai

atasan saya dan jika tidak berjaya barulah saya boleh melakukan cara yang lain seperti yang

telah di bincangkan.

3.3 Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism)

Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil keputusan

atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat

seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini bergantung kepada

kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau sesebuah

masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa kepada

keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini menggunakan

suara majoriti. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya mengutamakan

suara majoriti, dan mengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti . Tidak ada

keseimbangan faedah yang terima oleh minoriti berbanding majoriti.

Berdasarkan kepaada teori ini, pegawai pemilihan itu tidak harus mengambil saudara

maranya menjadii calon yang layak mendapat tempat di universiti ini kerana ia tidak

membawa apa-apa faedah kepada masyarakat tetapi faedah hanya pada dirinya sendiri.

Jika saudara maranya di pilih, pegawai itu akan di senangi oleh kaum keluarganya sahaja,

dan dia telah menyekat peluang orang lain untuk menimba ilmu. Tetapi jika pegawai itu

memberikan peluang kepada orang lain, dia telah membantu masyarakat dengan menaikkan

taraf sosio ekonomi keluarga orang lain dengan peluangnya memberikan pelajar itu tempat

dalam universiti. Dengan penggunaan teori ini , jelas keputusan yang patut di ambil ialah

memberikan tempat dalam universiti kepada orang yang memang berkelayakan tanpa

mengira status perhubungan yang terjalin antara pegawai pemilihan.

3.4 Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism)

Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap

seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu

dan bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu

baik, maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya.

Page 17: etika prosnal

Teori ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara satu sama lain

dan tidak kelam – kabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang akan di beri

layanan yang sama rata. Oleh yang demikian teori ini menganggap bahawa jika seseorang

itu berniat baik selalunya akan membawa kepada hasil yang baik dan jika seseorang itu

berniat baik, maka ia semestinya untuk kebaikan semua pihak. Namun ada kekurangan

terhadap teori ini kerana kita sebagai manusia tidak tahu menilai sejauh manakah niat baik

seseorang, dan bagimana mahu menginterprestasinya. Selain itu, adalah mustahil untuk

memberikan layanan yang sama rata kerana setiap orang mempunyai perasaan, nilai, moral

dan pemikiran yang berbeza.

Berdasarkan kepada teori ini, pegawai tersebut tidak patut mengambil calon-calon

pilihannya kerana masih lagi terdapat calon yang layak untuk mendapatkan tempat di

universiti ini. Ini kerana menurut teori ini semua manusia harus menerima layanan yang

sama. Jadi semua pelajar yang merayu akan mendapat pertimbangan yang sama dan ini

akan menyebabkan calon persendirian yang di pilih tersingkir dari senarai penganbilan

pelajar rayuan.

3.5 Teori Pengagihan Keadilan

Teori ini menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia

dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia mementingkan

kerjasama antara satu institusi atau masyarakat, Pengagihan keadilan ini adalah

berdasarkan kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang.

Namun teori ini masih kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan seseorang

individu. Sebagai contoh walaupun seseorang itu tidak banyak menyumbang untuk sesuatu

perkara itu, tetapi dia mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi, berbanding pada

seseorang yang banyak menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan.

Jadi pengagihan yang adil tidak dapat di lakukan.

Seperti juga masalah dilema yang saya hadapi ini, pegawai atasan saya tidak mengagihkan

kesamarataan, dan tidak melihat kebolehan calon sebelum membuat keputusan. Jadi,

berdasarkan teori ini jelas menunjukkan bahawa pegawai saya itu tidak membuat keputusan

yang tepat.

3.6 Teori Kebebasan Diri

Menurut teori yang di cadangkan oleh Robert Norzick ini, ia adalah berdasarkan

Page 18: etika prosnal

kepada kebebasan atau hak seseorang individu. Menurut Norzick undang-undang –undang

atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut di tolak.

Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak untuk memegang kekayaan atau pun apa

sahaja yang di miliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai hak

untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang di sukainya. Seseorang individu di

benarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. Teori

ini juga mempunyai kelemahan iatu ia mempunyai definisi yang sempit tentang kebebasan

yang mana akan memberikan impak yang negatif kepada orang lain.

Mengikut teori ini, pegawai pemilih patut di beri hak untuk memilih calon yang di kehendaki,

yang mana cara yang di lakukan oleh pegawai pemilihan ini tidak bertentangan dengan etika

dalam teori ini. walaupun impak negatifnya sanagt besar, iaitu dengan memperdagangkan

masa depan orang lain.

4.0 Masalah menurut undang-undang

Sebelum penyelesaian masalah menurut undang-undang di huraikan, eloklah di nyatakan

definisi tentang undang-undang. Undang-undang bermaksud satu set dokumen bertulis yang

mengandungi peraturan dan telah di di wartakan di dalam sesebuah masyarakat. Tujuannya

adalah untuk mengawal tingkah laku seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat.

Berdasarkan kepada masalah tentang ketidakadilan pemilihan pelajar rayuan, mengikut

undang-undang., selagi tiada bukti yang konkrit yang menyatakan pegawai itu bersalah ,

maka beliau tidak akan bersalah. Ini kerana undang-undang tidak dapat membuktikan

seseorang itu jujur atau tidak. Jadi , secara keseimpulannya apa yang di lakuakan oleh

pegawai itu adalah tidak salah dari segi undang-undang. Namun, dari segi etika, 4 daripada

5 etika yang di bincangkan menyatakan bahawa perbuatan pegawaiitu adalah salah. Jadi

terdapat percanggahan antara undang-undang dan etika.

5.0 Penyelesaian masalah

Kesimpulan yang dapat di buat setelah meneliti kelima-lima teori etika dan

hukum mengikut undang-undang dapatlah disimpulkan bahawa apa yang dilakukan oleh

pegawai itu adalah suatu perbuatan yang salah, tidak beretika dan bermoral kerana teori

hukum alam, teori universalism, teori utilitarians dan teori pengagihan keadilan jelas

Page 19: etika prosnal

menunjukkan apa yang dilakukan itu bertentangan dengan teori tersebut walaupun teori hak

kebebasan diri dan undang-undang menyatakan ia tidak salah.

Oleh itu saya membuat keputusan untuk memberitahu pihak atasan walaupun saya tahu

saya akan merosak serta menjejas laluan kerjaya saya . Saya berbuat demikian kerana saya

merasakan tidak ada keadilan kepada pelajar yang layak dan saya harus menegakkan

keadilan bagi mereka. Saya juga percaya kepada konsep teori pengagihan keadilan. Selain

itu saya berpegang kepada teori utilitarian yang mana jika saya tidak menyekat kegiatan

pegawai saya itu, ia akan menjadikan ramai golongan yang keciciran dari arus pendidikan

dan ini seterusnya akan menyebabkan kerugian yang besar kepada negara kerana

kehilangan banyak cerdik pandai di negara ini. Justeru walaupun saya terpaksa menghadapi

risiko pada kerjaya, saya tetap megambil keputusan itu kerana saya mengetahui apa yang

saya lakukan adalah suatu keputusan yang terbaik.

6.0 Rujukan

<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]--> Prof. Dr Ansary Ahmad

et. al. (2007). Open University Malaysia: OUMM3203 – Professional Ethics.. Kuala

Lumpur. MeteorDoc Sdn. Bhd.

<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Majid Fakhry (1994).

Ethical Theories In Islam. New York. E.J. Brill.

<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Thiroux, Jacques P

(2001). Ethics: Theory And Practice . Saddle River. Prentice Hall.

<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Mohd Janib Johari (2001).

Etika Profesional. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Dr Yusuf Qardhawi

(2007). Sistem Masyarakat Islam Dalam Al-Quran dan Sunnah published at

Bab 3

Page 20: etika prosnal

Bab 3 ETIKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN MODEN

Masalah etika menimbulkan masalah dalam pengurusan disebabkan oleh

wujudnya konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial.

Apabila wujudnya pelbagai tanggapan seperti adakah tindakan yang dibuat atau

diambil itu “betul” (right), cara yang betul (proper) dan memang patut (just).

Maka keputusan dalam pengurusan perlu diambil sebagai mengatasi dilemma

etika tersebut.

Ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan:

Lima kesimpulan boleh dibuat mengenai betapa kompleknya pengurusan etika

seperti berikut. Ciri-ciri mengenai masalah etika dalam pengurusan adalah:

>kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan.

>kebanyakan keputusan etika mempunyai pelbagai alternative

>kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi perorangan

>kebanyakan keputusan etika mempunyai ketidak pastian akibatnya

>kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur aduk.

Contoh-contoh masalah etika dalam pengurusan:

1.Perletakan harga: kesan perletakan harga boleh menimbulkan kesan yang

memudaratkan pelanggan. Contohnya kadar faedah simpanan di bank adalah

berbeza-beza antara satu bank dengan bank yang lain. Menyimpan di bank yang

lebih teguh dan lebih besar akan mendapat kadar faedah yang lebih terjamin

berbanding dengan bank yang kecil. Begitu juga dengan caj-caj yang berbeza-

beza dikenakan ke atas pelanggan.

2.Mesej periklanan: kepercayaan pelanggan terhadap mesej yang dipaparkan

melalui iklan adalah menjadi isu yang paling kompleks. Jika paparan iklan tidak

munasabah dan tidak diterima akal serta bercanggah dengan budaya dan etika,

memberi kesan kepada paparan serta iklan yang disampaikan. Ia secara tidak

langsung memberi kesan kepada objektif sebaran iklan tersebut.

3.Promosi barangan: jika promosi barangan bertentangan dengan etika, nilai

serta norma kehidupan dan tidak memenuhi keperluan tetapi digambarkan lebih

dari itu akan menimbulkan kesan penolakan daripada masyarakat.

4.Suasana kerja: jika suasana tempat kerja tidak mempunyai ciri-ciri kawalan

keselamatan, kebersihan, dan sebagainya akan pasti mendapat tentangan

Page 21: etika prosnal

daripada pihak pekerja dan kesatuan sekerja. Kerana ini adalah bercanggah

dengan etika kerja yang mementingkan keselamatan pekerjanya terlebih dahulu

selain persekitaran yang selamat dan bersih.

5.Perkhidmatan pelanggan: Pelanggan adalah asset kepada syarikat. Jika

syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, dan

menjaga kepentingan pelanggannya, maka dari sudut etika syarikat berkenaan

telah melanggar perjanjiannya untuk memberikan perkhidmatan yang

berkualiti.

6. Pengurangan tenaga kerja: adalah menjadi suatu kesalahan yang

bercanggah dengan etika, jika sesebuah syarikat itu memaksa pekerjanya untuk

berhenti kerja. Perberhentian hendaklah dilakukan secara sukarela dan melalui

rundingan antara semua pihak, pekerja dan kesatuan sekerja.

7. Pencemaran alam sekitar: perbuatan syarikat yang mencemarkan alam

sekitar adalah bercanggah dengan pegangan etika organisasi dan perbuatan itu

akan memudaratkan masyarakat setempat.

8.Hubungan komuniti: Segi etikanya, organisasi seharusnya terus

mengekalkan hubungan organisasi dengan orang ramai atau komuniti dimana

ianya beroperasi. Hubungan itu boleh wujudkan melalui berbagai program dan

perlaksanaan tanggungjawab social.

9.Hubungan sebagai pembekal: syarikat dan organisasi yang besar memang

mempunyai kekuatan ekonomi dalam memelihara hubungannya dengan

masyarakat setempat. Segi etikanya organisasi tersebut akan berjaya

melaksanakan tanggungjawab moral dan sosialnya kepada masyarakat dengan

projek dan program yang digerakan disebabkan mereka mempunyai kekuatan

ekonomi untuk melaksanakannya.

Analisis masalah etika dalam pengurusan:

1.analisis ekonomi

2.analisis undang-undang

3.analisis etika

a) Analisis ekonomi - Teori makro dan Mikro ekonomi bergantung kepada

pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di

dalam sebahagian permasalahan etika.

b) Analisis Undang-undang - sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar,

undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini.

c) Analisis Etika - Dalam suasana normative philosophy, setiap orang

Page 22: etika prosnal

mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip

yang sama, kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah

mendapat layanan yang adil.

Etika dalam Islam

Etika dalam islam boleh dinilai melalui mesej sejagat dan pendekatan holistic

seperti berikut:

tauhid atau keesaan Tuhan

perpaduan manusia, dan

perpaduan dalam beragama.

Syariah adalah undang-undang islam yang berasaskan al-Quran dimana

dijunjung dan digunapakai dan dirujuk oleh orang islam dalam hal membuat

keputusan. Ini adalah kerana al-Quran itu sendiri menggambarkan akhlak

Rasulullah s.a.w.

Semua ciri-ciri dan kualiti akhlak yang berpandukan islam melalui al-Quran dan

hadis dapat membina sahsiah diri serta etika individu muslim.

.......................................................................................................................................................

PENJELASAN MENGENAI JIHADOleh:  JAKIM  

 1.   PENDAHULUAN

 Perkataan Jihad adalah kalimah bahasa Arab yang telahpun diserap ke dalam bahasa

Kebangsaan. Fonatik kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Namun begitu masyarakat

Page 23: etika prosnal

awam mempunyai persepsi dan pemahamannya yang tersendiri terhadap Jihad.

Umumnya ramai yang memahami Jihad sebagai suatu aksi yang dikaitkan dengan

perjuangan dengan menggunakan senjata dan secara fizikal semata-mata. Kalimah Jihad

semata-mata hanya disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan

begitu drastik, melibatkan senjata api dan berlaku pertumpahan darah atas dorongan

untuk mendapatkan Syahid. Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan

sesetengah mereka yang fanatik dan buta ilmu terhadap istilah jihad membawa kepada

tercemarnya istilah suci jihad itu di mata orang Islam dan juga bukan Islam.

 

 

      TAKRIF JIHAD

 

Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah “al-Juhd” ( ), yang

bererti keberatan dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini, maka Jihad bererti

mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau

cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan

Allah, keredhaan dan rahmatNya. Dalam pengertian yang lain, Jihad adalah mencakupi

suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau

mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara: alat, ilmu

pengetahuan dan sebagainya.

Jihad menurut al-Quran adalah umum dan menyeluruh, iaitu merangkumi semua

aspek daya dan tenaga kemampuan dan kekuatan seseorang Islam dalam menghadapi

musuh-musuhnya demi untuk mencapai cita-cita yang digariskan oleh al-Quran. “Musuh-

musuh” yang dimaksudkan di sini adalah meliputi musuh dalaman manusia iaitu Syaitan

berupa manusia dan juga Jins yang kerap menggoda nafsu manusia dalam bentuk zahir

ataupun batin.

 

Dalam al-Quran, penegasan mengenai kefarduan Jihad terdapat dalam berbagai

ayat. Di antaranya menyentuh Jihad berbentuk suruhan bersungguh-sungguh

melaksanakan ibadah (keupayaan melawan hawa nafsu), memperkaya ilmu,

Page 24: etika prosnal

menggunakan al-Quran sebagai makanisma untuk menegakkan kebenaran, pengorbanan

harta dan juga berbentuk pengorbanan jiwa.

 

 

      JIHAD SEBENAR DALAM ISLAM

 

Berdasarkan nas-nas al-Quran terdapat dua pembahagian besar terhadap Jihad, Pertama; Jihad Agung ( ) iaitu Jihad ke atas nafsu serta menentang tipu daya syaitan. Kedua; Jihad Kecil ( ), iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan hati (berdoa), Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan), Jihad dengan harta (infak dsb.) dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan dan nyawa.

 

Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan

sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji.

Ringkasnya ia merupakan Jihad untuk mentaati Allah, tunduk kepada perintahNya

sepanjang masa. Ia dianggap Jihad Agung kerana luas medan perjuangannya yang tidak

terbatas dan terhad bagi menangkis musuh yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

 

Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa Jihad yang paling tinggi ialah Jihad

melawan nafsu. Jihad melawan nafsu meliputi kesanggupan kita bersabar terhadap segala

kesulitan dan cabaran-cabaran getir dalam menjalankan dakwah semata-mata kerana

Allah S.W.T. Termasuk juga Jihad melawan nafsu adalah Jihad melawan syaitan. Menurut

Ibn Al-Qaiyim, hal ini dapat dilakukan dengan dua cara, iaitu, Pertama: dengan cara

menolak bisikan yang dilemparkan ke dalam hati, sama ada perasaan waswas, syak

wasangka atau keraguan yang menggoyahkan keimanan. Kedua: dengan melawan

bisikan syaitan di dalam hati yang sentiasa mengajak melakukan perbuatan maksiat dan

mungkar. Untuk melawan kedua-duanya ini hendaklah iman diperkukuh dan sentiasa

sabar dan menahan diri.

 

Dalam hubungan ini, Jihad Agung iaitu melawan dan menundukkan nafsu yang

bersarang dalam hati lebih diutamakan daripada Jihad melawan musuh yang berbentuk

luaran. Apabila gagal menundukkan nafsunya untuk berbakti kepada Allah S.W.T., tidak

Page 25: etika prosnal

mungkin baginya berdaya memerangi musuh yang berada di luar, kerana ia masih

terkongkong oleh nafsunya sendiri.

 

Al-Qhardawi menjelaskan bahawa pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan insan

adalah lebih utama dalam melaksanakan Jihad. Tarbiyah dan pembinaan yang

dimaksudkan ialah pembangunan insan mukmin yang mampu dan sanggup membawa

beban dan tugas dakwah, tidak bakhil harta dan jiwa serta teguh dalam menghadapi

setiap dugaan dan cubaan yang dilaluinya, demi menegakkan kalimah Allah S.W.T. Ibnu

al-Qaiyim menjelaskan bahawa termasuk Jihad melalui bidang ilmu ialah dalam aspek

pembabitan kita dalam aspek-aspek perancangan, termasuk menyediakan perancangan

berstrategik, pelaksanaan dan sebagainya.

 

 

      JIHAD DENGAN SENJATA

 

Perinsip umum Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian daripada

peperangan. Islam menganjurkan semua manusia terutama pemeluk-pemeluknya supaya

sentiasa menjaga keamanan dan berbaik-baik kepada semua bangsa dan penganut

agama lain, kecuali kedudukan Islam terinaya atau terancam. Firman Allah S.W.T. dalam

Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;

 

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan

orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan

memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-

orang yang menceroboh”.

 

Firmam Allah dalam Surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud;

 

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk

Page 26: etika prosnal

menolong mereka (mencapai kemenangan)”.

 

“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan Kami adalah Allah”.

 

Berdasarkan nas-nas al-Quran di atas adalah jelas bahawa jihad dengan menggunakan senjata mestilah menepati syarat-syarat yang ketat dan bukti-bukti yang jelas seperti kita boleh menentang mereka yang memerangani atau menghalau kita dari tanah air kita yang dicintai.

 

 

 

      KEFAHAMAN JIHAD DI MALAYSIA

 

Kebanyakan mereka yang terjebak dengan gerakan jihad di negara kita sama ada secara sedar atau tidak sedar telah dipesongkan pegangan mereka mengikut pengertian yang amat sempit dan menyeleweng dari segi ajaran Islam yang sebenar. Mereka yang terpengaruh itu sering kali terperangkap dengan gerak saraf secara halus oleh musuh-musuh Islam atau mereka yang menjadi kuda tunggangan musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk menghuruharakan atau menggugat negara yang setabil, aman dan sejahtera.

 

Dari tinjauan yang telah dibuat melalui akhbar dan media massa didapati mereka yang terjebak dengan gerakan jihad militan ini adalah terdiri daripada mereka yang jahil mengenai pengertian sebenar tentang istilah ‘jihad’ atau mereka berpegang pengertian ini secara menyeleweng.

 

Kedapatan juga mereka yang terlibat dengan gerakan jihad ini terpengaruh dengan gerakan jihad yang berlaku di luar negara seperti di Palastine, Bosnia dan sebagainya. Mereka menganggap suasana di luar negara yang menindas dan membunuh orang-orang Islam di sana adalah sama keadaannya dengan Malaysia yang mendesak mereka atau menuntut mereka untuk berjihad. Tanggapan atau perbandingan mereka amat jauh terpesong dengan ajaran Islam yang menyuruh mereka berjihad kerana di Malaysia tidak ada suruhan membunuh orang-orang Islam yang lain dan pihak pemerintah senantiasa menggalakkan berjihad dalam ertikata yang lebih luas.

 

Satu lagi bukti pegangan salah oleh mereka yang terjebak dengan apa yang dinamakan

Page 27: etika prosnal

gerkan jihad di Malaysia ialah kepercayaan dan pegangan mereka bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam. Kepercayaan yang mereka pegang ini hasil daripada didikan dan momokan yang begitu lama oleh pihak-pihak tertentu yang membentuk minda serta keimanan mereka bahawa gerakan perlu dibuat untuk menubuhkan sebuah negara Islam mengikut acuan dan impian mereka.

 

Kepercayaan dan pegangan mereka ternyata salah dari segi siasah dan keputusan-keputusan serta pengiktirafan dunia Islam yang meletakkan Malaysia adalah sebagai sebuah negara Islam. Pengiktirafan tersebut bukan sahaja terbatas oleh dunia Islam tetapi ia juga diiktiraf oleh ulamak-ulamak di negara ini yang tergolong daripada mereka yang tidak ada kepentingan tertentu yang mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebagai sebuah negara Islam yang telah memenuhi syarat dan kriteria yang dikehendaki oleh para fuqaha’ (ahli-ahli fiqah) yang mu’tabar.

 

 

Dari itu gerakan jihad untuk menentang Kerajaan sekarang ini adalah tidak benar

dan salah dari segi syarak serta kehendak-kehendak Islam. Ini adalah kerana pemerintah

yang ada sekarang senantiasa berusaha dan telah terbukti memajukan Islam.

 

 

     KESIMPULAN

 

Dari perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa beberapa jihad yang penting hendaklah diutamakan seperti jihad menentang hawa nafsu dan syaitan, jihad menuntut ilmu dan memerangi kejahilan, jihad membanteras kemiskinan, masalah gejala sosial dan sebagainya.

 

 

Gerakan jihad bersenjata bagi memerangi Kerajaan pada masa ini tidak menepati

syarat dan tidak langsung mengikut kehendak-kehendak Islam.  

Waktu yang aman dan sejahtera yang ada pada kita hendaklah diisi dan

seterusnya memerlukan kita berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi

kemiskinan, kejahilan dan penyakit serta membanteras penyakit-penyakit sosial.

Page 28: etika prosnal

Kewajipan dan tanggungjawab juga terletak dibahu kita semua bagi menjaga

kesejahteraan negara dari kekacauan dan huruhara serta mempertahankan kesucian

agama kita dari mereka yang cuba untuk menyelewengkannya dari tuntutan yang

sebenar.

...............................................................................................................................................

....................

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK)

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pengurusan Kerajaan (JKKMPK) telah

ditubuhkan pada 30 November 1988.  Pada 2 April 1997, JKKMPK dipertingkatkan

fungsi dan peranannya dan ditukar nama kepada Jawatankuasa Khas Kabinet

Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK).  MAMPU dan SPRM

(dahulu dikenali sebagai BPR) telah diberikan tanggungjawab sebagai Urus Setia

Bersama JKKMKPK.

 

2.      Objektif JKKMKPK adalah untuk mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan

perkhidmatan awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang

paling tinggi dengan mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni di samping

berusaha mengatasi masalah-masalah dan kelemahan dalam sistem

penyampaian perkhidmatan  terutamanya dalam pengurusan kewangan

Kerajaan, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah,

penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh peraturan,

perundangan serta agama.

Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009 Gerakan Pemantapan

Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia :

Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus

3.      Arahan yang berkuatkuasa pada 20 November 2009 ini dikeluarkan

bertujuan untuk memperkukuhkan lagi struktur sistem pengurusan pentadbiran

Kerajaan Malaysia di bawah JKKMKPK. Berdasarkan Arahan ini, objektif JKKMKPK

Page 29: etika prosnal

adalah seperti berikut:

 

(a) Untuk mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam

yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang paling tinggi

dengan mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni; dan

(b) Berusaha mengatasi masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan

terutamanya dalam pengurusan kewangan Kerajaan, pentadbiran

awam, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan

kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan

serta agama.

 

4.      Terma rujukan JKKMKPK juga telah diperkukuhkan ke arah memantapkan

keutuhan pengurusan dan pentadbiran, meningkatkan tadbir urus terbaik dan

mengurangkan kerenah birokrasi.  Terma rujukan ini meliputi 7 bidang, iaitu:

(a)      Dasar dan Perundangan

Mengenalpasti, mengkaji serta memperaku pindaan kepada mana-mana dasar

dan perundangan kementerian, jabatan dan agensi serta peraturan-peraturan

yang dapat mengatasi kelemahan pengurusan, mempertingkatkan kawalan

terhadap perlakuan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan kelemahan

pentadbiran. Seterusnya mewujud dan mendokumenkan pelan strategik bagi

meningkatkan amalan tadbir urus terbaik. Amalan ini berupaya mengatasi

kerenah birokrasi ke arah pencapaian sistem penyampaian Perkhidmatan Awam

yang berintegriti, akauntabiliti, amanah, jujur, pengawasan dan pengamanahan

(stewardship), telus dan responsif terhadap pelanggan;

(b)     Sistem dan Prosedur Kerja

Mengenalpasti dan mengkaji kelemahan dalam sistem dan prosedur kerja

kementerian, jabatan dan agensi yang lapuk ataupun terlalu rumit sehingga

menimbulkan pelbagai kerenah birokrasi. Penggunaan sistem dan prosedur yang

lemah akan melemahkan pentadbiran, mengurangkan kecekapan dan

Page 30: etika prosnal

akauntabiliti serta membuka ruang kepada kerenah birokrasi, kelewatan,

ketidakadilan. Penggunaan budi bicara yang terlalu luas boleh membuka peluang

kepada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Kementerian,

jabatan dan agensi hendaklah mengambil tindakan untuk mengenalpasti,

mengkaji serta memperakukan kepada pihak berkuasa yang berkenaan tentang

perubahan-perubahan yang perlu dilaksanakan bagi memperbaiki kelemahan

dalam sistem dan prosedur kerja; 

(c)     Nilai-nilai Murni dan Kod Etika

Melaksanakan aktiviti penggalakan, penerapan serta penghayatan nilai-nilai

murni dan etika bagi memantapkan integriti warga kerja di kementerian, jabatan

dan agensi. Berusaha menjadikan nilai-nilai murni dan kod etika disepadukan

dalam pelaksanaan dasar, perundangan, peraturan serta sistem dan prosedur

kerja sehingga dapat mengawal warga kerja daripada melakukan segala bentuk

perlakuan negatif termasuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Menggubal dan sentiasa memperkemaskan Kod Etika kerja jabatan sebagai

panduan kepada warga kerja kementerian/jabatan/agensi;

(d)      Pengurusan Pelanggan

Mewujudkan satu sistem pengurusan pelanggan agar ia dilihat sebagai cekap,

peka, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan. Kegagalan menangani

kehendak pelanggan sama ada stakeholders, pelanggan luar dan pelanggan

dalaman boleh mengakibatkan kementerian, jabatan dan agensi dilihat sebagai

gagal memenuhi peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pengurusan pelanggan yang strategik dan berkualiti memperlihatkan

penambahan nilai dan pembaharuan berterusan terhadap sistem penyampaian

perkhidmatan;

(e)       Kawalan Dalaman

Mewujudkan struktur organisasi dan penurunan kuasa yang jelas, aliran kerja

yang telus dan akauntabiliti, penggunaan sumber yang optimum dan sistem

pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan untuk membantu kementerian,

Page 31: etika prosnal

jabatan dan agensi mencapai misi dan matlamat atau objektif utama yang

ditetapkan. Kawalan dalaman membolehkan sumber-sumber organisasi diarah,

dipantau, diukur untuk mengurangkan kerenah birokrasi serta mencegah

perlakuan yang mendekati rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;

(f)       Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan

Mengesan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang, peraturan, sistem dan

prosedur kerja atau kod etika kerja. Mengambil tindakan pembetulan dan

pencegahan dengan segera berdasarkan kepada undang-undang atau peraturan

tatatertib terhadap mereka yang terlibat. Memberi kerjasama atau melaporkan

kepada agensi penguatkuasa berkenaan mengenai sebarang bentuk kesalahan

atau jenayah yang dilakukan oleh warga kerja; dan

(g)     Pengiktirafan dan Penghargaan

Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai yang menunjukkan

perkhidmatan cemerlang dan mempamerkan nilai-nilai murni melalui aktiviti-

aktiviti sukarela, memberi nasihat dan bimbingan agama serta mereka yang

melaporkan kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah laku dalam kementerian,

jabatan dan agensi.

...................................................................................................................................................................

Etika Profesional 2

1.0 PENDAHULUANAlam sekitar yang sihat adalah faktor utama ke arah kesejahteraan hidup. Dunia yang didiami oleh kita kini nyata semakin tercemar. Pencemaran ini, akan boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan kita di samping ketidakseimbangan bumi di masa depan. Pertambahan aktiviti perindustrian sememangnya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. Namun, pembangunan yang kurang terancang memberi beberapa kesan sampingan terhadap persekitaran. Ini disebabkan pembangunan yang dijalankan tidak disertakan dengam pemeliharaan alam sekitar.Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua negara di dunia. Hampir semua negara menjadikan pencemaran alam sekitar sebagai isu utama.Pencemaran alam sekitar bermaksud “perubahan secara biologi, fizik dan kimia terhadap alam sekitar”.(Jasman Ahmad. M/S 10)

Terdapat beberapa jenis pencemaran dan antaranya pencemaran udara, bunyi, air dan tanah. Pencemaran ini mempunyai pelbagai punca sehingga

Page 32: etika prosnal

menyebabkan kawasan persekitaran tercemar

Aktiviti tidak beretika juga adalah masalah utama negara, ia berlaku kerana runtuhnya akhlak individu tersebut. Keruntuhan akhlah ialah “penyalahgunaan tenaga, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada pada manusia”. (OUM. Pengajian Islam. m/s 115)

Perbuatannya itu memudaratkan dirinya atau pihak lain sama ada manusia secara individu, masyarakat, binatang dan alam sekitar termasuklah vandalisma, homoseks, bohsia, murtad, amalan syirik, ajaran sesat, rasuah, zalim dan lain-lain

Masalah pencemaran alam sekitar dan aktiviti tidak beretika merupakan salah satu isu utama di Malaysia. Berikut diutarakan jenis-jenis pencemaran dan aktiviti-aktiviti tidak beretika yang berlaku di Malaysia.

2.0 PENCEMARAN ALAM SEKITARDi Malaysia, pengurusan alam sekitar telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Alam Sekitar. Secara umumnya pencemaran ini merujuk kepada pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah dan pencemaran bunyi.

2.1PENCEMARAN UDARAPencemaran udara boleh didefinasikan sebagai “terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain”. (Jasman Ahmad. M/S 12)

Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

2.1.1Klasifikasi Pencemaran UdaraPencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

• Pencemaran Udara Primer Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

• Pencemaran Udara Sekunder Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan

Page 33: etika prosnal

menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

2.1.2Jenis-jenis Bahan PencemarAntara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut : • Sulfur dioksida • Karbon monoksida • Nitrogen dioksida dan ozon • Alergen • Plumbum dan logam-logam lain

2.1.3Punca PencemaranPencemaran udara boleh berpunca daripada : • Pelepasan asap kenderaan • Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang asbestos/ simen/ bateri kereata • Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar • Pembakaran hutan • Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi • Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan • Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

2.1.4Kesan PencemaranKesan-kesan pencemaran udara : • Kesihatan terjejas • Pertanian yang tidak produktif • Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur Mengotorkan persekitaran – habuk

2.2PENCEMARAN AIRPencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

2.2.1Punca Pencemaran • Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut. • Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis. • Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

2.2.2Kesan Pencemaran • Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

2.3PENCEMARAN TANAH

Page 34: etika prosnal

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.

2.3.1Punca Pencemaran • Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah ). • Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

2.3.2Kesan Pencemaran Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

2.4PENCEMARAN BUNYIBunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

2.4.1Klasifikasi Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis : • Kebisingan selenjarIni adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.• Kebisingan fluktasiKebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap. • Hentakan impulsIni merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.• Kebisingan selang-seliKebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan. 2.4.2Punca PencemaranAntara punca-punca pencemaran bunyi adalah : • Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan

Page 35: etika prosnal

material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain. • Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi. • Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga. • Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat. • Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

2.4.3Kesan Pencemaran Kesan-kesan pencemaran bunyi : • Wujud pelbagai penyakit • Menjejaskan produktiviti • Gangguan psikologi • Hilang imbangan diri • Pekak Kesan kepada ibu yang mengandung

3.0PENDEKATAN ATAU STRATEGI MENANGANI PENCEMARAN ALAMDi Malaysia, tahap penglibatan individu dalam aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar masih berada di peringkat yang rendah. Malah ramai yang masih beranggapan bahawa pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab pihak-pihak tertentu sahaja. Justeru itu program pendidikan dan kesedaran amatlah perlu bagi memastikan pembabitan setiap individu terhadap penjagaan alam sekitar.

Pendidikan mengenai alam sekitar, sebagai alat untuk mewujudkan kesedaran telah diperkenalkan di dalam kurikulum sekolah untuk peringkat rendah dan menengah sejak 1986 menerusi mata pelajaran “Manusia dan Alam Sekitar”. Mata pelajaran tersebut adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan, tanggapan dan mewujudkan sikap positif terhadap alam sekitar menerusi pendekatan yang bersepadu.. Program pendidikan dan kesedaran mengenai alam sekitar juga dijalankan secara tidak formal oleh berbagai agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan sector swasta.

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam pengurusan alam sekitar ialah Jabatan Alam Sektar. Pengurusan alam sekitar di negara ini secara bersepadu telah bermula seawall tahun 1970an berikutan perwartaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mencegah dan mengawal pencemaran serta memelihara alam sekitar. Banyak program-program telah dilaksanakan dan dirancang.

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI TIDAK BERETIKA/BERMORALAktiviti tidak bermoral rakyat Malaysia semakin mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat. Ini dapat dilihat daripada penyiaran media massa yang sering memaparkan permasalahan rakyat dari segi disiplin, social dan khususnya keruntuhan akhlak. Keruntuhan akhlak ini merujuk kepada sifat dan kelakuan yang bercanggah dengan ajaran agama dan tidak menepati nilai-nilai murni. Antara isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti yang tidak beretika ini termasuklah penyalahgunaan dadah, penyelewengan, melepak, minum arak, lari dari rumah, rasuah, seks rambang, vandalisma, gangsterisme, mencuri, membunuh, merompak, buang anak dan sebagainya.

Ditinjau dari segi statistik kuantitinya mungkin rendah berbanding dengan

Page 36: etika prosnal

kebanyakan negara, tapi cukup bagi kita untuk melahirkan rasa bimbang jika trend menagih dadah, buli, cara berpakaian kurang sopan, ponteng dari sekolah, melepak, sumbang muhrim dan lain-lain aktiviti social yang tidak bermoral di kalangan rakyat Malaysia terutamanya anak muda semakin menjadi-jadi atau meningkat. lni belum mengambil kira masalah melanggar undang-undang dan peraturan negara seperti memandu di bawah umur, terlibat dengan dadah dan minuman keras, mungkin juga judi dan penyeludupan.

Akhir-akhir ini, di zaman yang penuh dengan kecanggihan sains dan teknologi dan aktiviti kehidupan bebas berinteraksi tanpa mengenal sempadan geografi melalui ICT. Pelanggaran moral dan etika berlaku bukan lagi hanya dalam bentuk fizikal dan dapat dilihat dengan mata kasar, tapi sudah mula berlaku perbuatan tidak bermoral secara diam-diam dan tidak disedari atau diketahui. Kita hanya menyedari perbuatan jenayah dan aktiviti tidak bermoral dan melanggar etika berlaku apabila kesan buruk atau negatif yang merugikan institusi, organisasi mahupun negara diketahui. Kadang-kadang perbuatan jenayah moden ini tidak dapat dikesan kerana kegagalan sistem membuktikan salah-laku berlaku. Di antara contoh yang sering didengar dan dibaca dari berita di sana sini termasuklah penyelewengan wang dan harta organisasi atau kerajaan, pemberian dan penerimaan rasuah, pecah amanah, salah-guna kuasa, kroni dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan bahawa krisis kewangan yang melanda negara-negara ASIA 1997 berpunca sebahagian besarnya dari perbuatan pengurusan institusi kewangan yang tidak mengindahkan moral dan etika yang betul. Kurangnya ketelusan dan kepemerintahan yang baik dan bertanggungjawab. Contohnya bank-bank dan spekulator matawang yang inginkan keuntungan dunia yang akhirnya telah meruntuhkan sekelip mata kredibaliti negara yang dibina sekian lama. .

Pada dasarnya perbuatan tidak bermoral dan beretika ini bukan sahaja menjejaskan prestasi sesebuah organisasi, memalukan keluarga ataupun merosakan nama baik negara, malah ia tidak akan mudah untuk dibaik-pulih kerana generasi akan datang sebenarnya kehilangan sebahagian kesejahteraan (welfare loss) apabila misalnya terjadi penyelewengan kekayaan negara. Bilamana peruntukan terpaksa ditambah untuk menambah penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang aktiviti berkenaan, maka pihak pelaksana undang-undang (polis), dan perbelanjaan membuat tidakan mahkamah dan penjara jika sabit kesalahan dilakukan oleh pelaku berkenaan. Semua ini mengalih bahkan melenyapkan sumber yang berkurang kepada yang tidak seharusnya diberikan yang juga bererti kehilangan faedah yang boleh dihasilkan oleh sumber tadi jika diaggihkan kepada yang afdal dan perlu seandainya pelanggaran terhadap perbuatan tidak bermoral dalam bentuk jenayah dapat dikekang.

4.1 Strategi menangani aktiviti tidak beretika/ bermoralSebelum keadaan yang tidak diingini melanda masyarakat, kedua-dua moral dan etika yang berperanan dalam pembentukan saksiah dan pembangunan peribadi seseorang insan perlu disalurkan melalui system pendidikan dengan baik dan berkesan agar tidak menjadi longgar dan dilupakan dengan mudah hanya kerana mengejar keinginan dunia semata-mata. Untuk tujuan itu, seharusnya pendidikan moral hendaklah diperkuatkan lagi dengan tindakan dan aktiviti susulan yang selari dan sejajar dengan pendidikan tadi agar kebiasaan dan pembentukan moral yang diterima-pakai dan diamalkan merupakan norma kehidupan masyarakat sentiasa berfungsi tanpa dicemari oleh anasir perosak. Biarlah moral dan etika kehidupan yang diamalkan itu berterusan dan bertahan tak lekang dek panas tak

Page 37: etika prosnal

lapuk dek hujan.

Peranan moral dalam kehidupan seharian di negara ini memang jelas dan nyata sebagai salah satu komponan yang signifikan dan relevan dalam usaha kita menjunjung tinggi nilai-nilai jati diri, keluarga harmoni, kepimpinan yang berwibawa, bersikap jujur lagi amanah, dan sistem pentadbiran serta pemerintahan negara yang cekap dan bersih

Sebab itu masyarakat yang mempunyai moral dan menghormati peraturan dapat mempertahankan tamadun dan mendapat sanjungan dan penghormatan. Manakala yang tidak mengindahkan kehidupan yang bermoral menurut apapun fahaman dan anutan agama sering mendapat kritikan dan tohmahan kerana tiada bezanya dengan kehidupan haiwan yang tidak berakal. Sebab itu, saya melihat bahawa pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak bermakna seandainya masyarakat hidup dalam ketakutan dan tidak selamat kerana berleluasanya kecurian, rompakan, pembunuhan dsb. Pembangunan yang diiringi oleh suasana kacau bilau dan kesejahteraan tidak dinikmati sepenuhnya oleh keseluruhan boleh dianggap sebagai pembangunan mandul.

Praktis baik yang menjadi amalan dan diterima-pakai dalam kehidupan dalam institusi berkeluarga, berorganisasi dan bernegara bagi memastikan institusi dan organisai berjalan dalam keadaan yang teratur dan terarah telah menjadi darah daging di kalangan masyarakat Malaysia dan malangnya kehadiran hambatan dan cabaran zaman banyak mewarnai budaya hidup dan kehidupan apabila material dan wang sering menjadi buruan dan idaman dalam kehidupan, kita.sering terlupa pula akan aspek atau faktor kerohanian yang mustahak bagi mengimbangi perilaku kita seharian.

5.0PENUTUPPerbuatan salah laku agak sukar untuk dikekang oleh faktor luar organisasi selain dari undang-undang dan peraturan yang sering dapat ditembusi. Saya rasa kekuatan yang mungkin berkesan dalam mengekang dan mengawal perbuatan yang tidak bermoral dan beretika ini ialah melalui pengawalan diri sendiri. Dalam hal ini, keperibadian tinggi dan keimanan yang kuat adalah diantara aspek yang amat penting.

Hal ini mungkin juga kerana rapuhnya keperibadian diri lantaran pendidikan kurang berkesan sejak kecil dan kerapuhan peribadi yang mudah digoda dan dimasuki oleh hasutan nafsu tamak haloba dan rasa ingin menjadi cepat kaya menikmati kemewahan, kesenangan dan kekuasaan sehingga tergamak melakukan perbuatan yang dianggap tidak beretika, dan tidak bermoral ini termasukalah melakukan berbagaimacam cara mendapatkan kekayaan melalui usaha menyelewengkan harta syarikat, menerima rasuah dan pecah amanah serta berkroni, tidak menghiraukan alam sekitar bagi mendapatkan kepentingan sendiri dan mengenepikan kepentingan negara.

Sudah tentunya kefahaman dan penghayatan terhadap kehidupan bermoral tinggi dan sentiasa menilai diri wajar dihayati oleh setiap rakyat Malaysia untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat bebas dari pencemaran dan etika yang buruk.

Pada tanggapan saya kepentingan kehidupan bermoral dan beretika adalah salah satu faktor utama dalam mengawal pencemaran alam sekitar dan dapat menjadi benteng kepada membuat aktiviti-aktiviti tidak beretika seterusnya berupaya

Page 38: etika prosnal

membangun masyarakat yang berbudaya tinggi dan dipandang mulia. Kemajuan dan pembangunan yang tidak didokong dengan moral dan etika yang baik samalah dengan kehidupan masyarakat di zaman jahiliah

RUJUKAN

Berita Komputer (25th August 1999)) Salah Guna Internet Malukan Negara

Keratan Ahkbar Daily Express ( 3/4/98 ; 19/12/97 ;10/12/94 ; 1710/93 ; 5/592

Jasiman Ahmad (1996). Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam. Kuala Lumpur: Eddiplex Sdn. Bhd.

Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris (1996) Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda. Kuala Lumpur: Penerbit Mikamas,

MALAYSIA, Open University. (2004). LANH1403 Pengajian Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

MALAYSIA, Open University (2004). OUMM3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur: UNITEM sdn. Bhd