etika keusahawanan

24
Bab 3 Etika Keusahawanan 1. Fahami konsep etika & amalannya dlm biz 2. Kenal pasti hubungan etika dlm proses membuat keputusan 3. Kenal pasti contoh2 perbuatan tidak beretika yg & implikasi nya 3. Mengaplikasikan kod etika dlm biz

Upload: lovena85

Post on 14-Jun-2015

2.305 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etika Keusahawanan

Bab 3 Etika Keusahawanan

1. Fahami konsep etika & amalannya dlm biz2. Kenal pasti hubungan etika dlm proses membuat keputusan3. Kenal pasti contoh2 perbuatan tidak beretika yg & implikasi nya3. Mengaplikasikan kod etika dlm biz

Page 2: Etika Keusahawanan

PENGENALAN Kita sering didedahkan dgn berbagai

berita berkaitan perlakuan u’wan yg tak beretika dlm aktiviti biz mereka di media2 massa.

Kita dapati peruntukan undang2 perniagaan sahaja tak cukup utk bendung amalan2 tidak baik, tak beretika yg boleh menjejaskan manusia, penggunaan sumber & a.sekitar.

Page 3: Etika Keusahawanan

PENGENALAN Etika sering dibelakangkan bila u’wan

berdepan dgn isu keuntungan, merebut peluang & menghadapi persaingan. Ada yg menipu pelanggan dgn mengguna bahan yg kurang selamat utk meraih untung yg lebih besar.

Peraduan gores & menang, menyembunyi maklumat, penipuan, penetapan harga kontrak, rasuah & pembuangan sisa toksik secara sembarangan adalah di antara perbuatan tidak beretika di dlm biz.

Page 4: Etika Keusahawanan

Etika? Secara umumnya etika menyediakan

peraturan asas atau had perlakuan utk menjalankan sebarang aktiviti dlm bentuk yg boleh diterima (Kuratko & Hodgetts, 2004). Etika merangkumi “satu set prinsip2 yg memperihalkan tatacara perlakuan yg menerangkan apa yg baik & tidak baik dan apa yg betul & salah di samping menggariskan tanggungjawab & obligasi moral.

Page 5: Etika Keusahawanan

Etika? Etika perniagaan adalah “perlakuan atau

tingkah laku & moral dlm situasi perniagaan. Ia melibatkan apa yg patut atau tidak, boleh atau tidak, perlu atau tidak yg dipraktikkan dlm pengendalian perniagaan baik dari pembangunan produk mahupun pelaksanaan perkhidmatan”

- Hisrich & Peters (2002) -

Page 6: Etika Keusahawanan

Isu2 dlm Etika Konflik seringkali timbul dlm

melaksanakan perlakuan beretika dlm dunia biz kerana perkara2 berikut:

1. Terdapat berbagai pihak yg berkepentingan baik di dlm atau diluar perniagaan dari kalangan pekerja, pembiaya, pelanggan, pembekal, kerajaan tempatan, masyarakat sekitar & mereka yg berinteraksi & saling mempengaruhi.

Page 7: Etika Keusahawanan

Isu2 dlm Etika 2. Masyarakat kini berdepan dgn

perubahan yg pesat dari segi nilai2 yg pernah dipegang tetapi berubah selaras dgn perubahan masyarakat yg mengamalkannya. Apa yg dianggap tidak beretika dahulu telah diterima kerana telah diamalkan secara berleluasa pada masa kini.

Page 8: Etika Keusahawanan

Etika dlm membuat keputusan

Perkara2 yg perlu dipertimbangkan u’wan apabila membuat keputusan (supaya beretika):-

Bagaimana anda melihat masalah tersebut jika anda berada di pihak yg menerima akibat dari keputusan berkenaan – sakit? teraniaya? rugi?

Kpd siapa & kpd apa anda memberikan ketaatan anda secara individu atau secara ahli perniagaan dlm membuat keputusan berkenaan- pelabur? diri anda sendiri?

Page 9: Etika Keusahawanan

Etika dlm membuat keputusan

Apakah matlamat semasa membuat keputusan tersebut – keuntungan? kebajikan?

Bagaimanakah keadaan hasil dari pelaksanaan keputusan tersebut – keuntungan kpd pemegang saham? kesukaran kpd pekerja? a.sekitar tercemar? pesaing terpaksa disingkirkan dgn cara yg tidak baik?

Siapakah yg menerima akibat dari keputusan & tindakan anda?

Page 10: Etika Keusahawanan

Etika dlm membuat keputusan

Bolehkah anda berbincang dgn pihak terbabit sebelum membuat keputusan – cari penyelesaian “menang-menang” utk tindakan anda selepas keputusan dilaksana?

Adakah keputusan tersebut akan mempengaruhi kesihatan pekerja yg menghasilkan produk tersebut?

Adakah bahan yg digunakan boleh menimbulkan masalah kpd pelanggan (kerugian/kecederaan?)

Adakah terdapat pengurangan bahan tertentu yg boleh membahayakan nyawa pengguna/pekerja yg terlibat dlm proses pengeluaran tersebut

Page 11: Etika Keusahawanan

CONTOH2 & IMPLIKASI

PERBUATAN TIDAK BERETIKA Menipu pelanggan - guna bahan yg

kurang selamat utk raih untung lebih besar. Akibatnya pengguna mengalami masalah kesihatan yg boleh mengancam nyawa mereka. Contoh - pemasaran pil menguruskan badan yg menyebabkan kerosakan kpd organ hati pesakit.

Page 12: Etika Keusahawanan

CONTOH2 & IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA

Rasuah - beri suapan dlm bentuk wang atau keistimewaan tertentu dgn syarat mereka yg menerima rasuah akan memenuhi permintaan pemberi rasuah. Rasuah kini dijadikan sebagai cara merebut peluang. Ini mengakibatkan kos meningkat tetapi kualiti barangan tidak setara. Contoh: bangunan roboh sering dikaitkan dgn rasuah di mana kualiti bahan yg digunakan diturunkan utk menampung kos membayar rasuah. Kesannya - kerugian bukan sahaja kpd harta tetapi kadangkala melibatkan nyawa manusia.

Page 13: Etika Keusahawanan

CONTOH2 & IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA

Menikam rakan dari belakang, curi maklumat & berbohong demi menjatuhkan pesaing. Ada di antara u’wan yg memberikan alasan bahawa keputusan & perbuatannya betul hanya kerana ianya menguntungkan pemegang saham syarikatnya tetapi tidak menjaga kepentingan kebajikan pekerja umpamanya dlm meningkatkan pengeluaran.

Page 14: Etika Keusahawanan

CONTOH2 & IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA

Buang sisa pengeluaran berbahaya ke alam sekitar (menanamnya di mana saja yg difikirkan sesuai/membuangnya ke sungai - cemari hidupan & kebersihan sungai). Ada di antara sisa toksik mencemari penduduk melalui bau/kesan penyakit mendadak. Tetapi ada yg tidak dikesan segera & ambil masa bertahun lamanya utk menimbulkan penyakit kronik kpd generasi kemudian.

Page 15: Etika Keusahawanan

CONTOH2 & IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA

Guna tenaga buruh dari kalangan kanak2 dlm suasana tempat kerja yg sesak & tidak bersih (ianya juga menyalahi undang2 buruh dari segi penggunaan buruh kanak2) Penindasan seumpama ini akan menyebabkan kanak2 ini mengalami penyakit bila mereka meningkat dewasa.

Page 16: Etika Keusahawanan

GARIS PANDUAN DLM MENENTUKAN PERLAKUAN

BERETIKA EQUALITY KESAMAAN - Mengiktiraf hak2 semua

ahli masyarakat & memperlihatkan prinsip keadilan berteraskan Perlembagaan Malaysia

TRUTH KEBENARAN - Membuat dakwaan adil & boleh dipertahankan, menggunakan perakuan yg bertauliah & berusaha utk memberi khidmat kpd semua yg membeli & mengguna keluaran/ perkhidmatan.

HONESTY KEJUJURAN - Mendukung prinsip keadilan & mengawasi tindak tunduk yg berniat & berkeupayaan mengelirukan semua pelanggan.

Page 17: Etika Keusahawanan

GARIS PANDUAN DLM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA

INTEGRITY KEUTUHAN - Berusaha melayan pelanggan/pengguna dgn jujur, menghindarkan dari tindak tanduk mengambil kesempatan terhadap kejahilan & kelemahan manusia serta harus mematuhi undang2 dari segi teknikal sahaja.

COOPERATION KERJASAMA - Menyokong kewujudan sistem pasaran sihat melalui kerjasama di antara pelanggan/pengguna, semua bentuk perniagaan & profesion yg berkenaan & semua orang perseorangan yg akan menikmati faedah dari sistem pasaran beretika, terbuka & bebas.

Page 18: Etika Keusahawanan

GARIS PANDUAN DLM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA

SELF REGULATION KAWALAN DALAMAN - Menghormati semua komitmen termasuk semua jaminan/waranti yg ditawarkan, mempastikan supaya barangan/perkhidmatan tidak merbahaya dari segi kesihatan atau keselamatan dgn memberi amaran secukupnya & mencari penyelesaian dgn adil & cepat mana2 pertikaian yg berlaku melalui pendekatan kawalan dalaman ini.

Page 19: Etika Keusahawanan

ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Perlakuan beretika juga berkait dgn t/jawab sosial sesebuah biz. Jika sekiranya t/jawab sosial sebuah biz itu kuat dgn sendirinya mereka tidak akan berkompromi dgn perbuatan tak beretika. T/jawab sosial ialah obligasi2 sesebuah biz terhadap masyarakat (Kuratko & Hodgetts, 2004). Pelaksanaan t/jawab sosial ini dijalankan kerana menghargai sokongan dari pihak yg berkepentingan di sekeliling mereka. T/jawab sosial menghasilkan impak keseluruhan yg positif kpd persekitaran di mana sesebuah biz beroperasi.

Page 20: Etika Keusahawanan

ETIKA & T/JAWAB SOSIAL Di antara langkah yg boleh dilakukan

utk memastikan t/jawab sosial dapat dilaksanakan oleh syarikat ialah:

1. Penetapan matlamat - Apakah yg anda & syarikat anda ingin capai ? Adakah anda akan memasuki pasaran baru? Memperkenalkan produk baru ? Meningkatkan imej syarikat anda?

Page 21: Etika Keusahawanan

ETIKA & T/JAWAB SOSIAL 2. Tentukan apakah usaha murni yg ingin

disertai. Kaitkan usaha ini dgn produk yg dikeluarkan. Contoh- penglibatan Syarikat Faiza dgn program Bersama Mu di TV3 atau Sendayu Tinggi Industries Sdn Bhd dgn program kecantikan Anggun Ayu di TV3. Melalui program ini ditonjolkan komitmen syarikat berkenaan membantu golongan yg memerlukan selain membangun & mempromosi produk keluaran mereka.

Page 22: Etika Keusahawanan

ETIKA & T/JAWAB SOSIAL3. Pilih sebuah pertubuhan bukan kerajaan

utk bekerjasama. Pastikan NGO berkenaan aktif, lokasinya tidak jauh dari biz anda & bersedia utk bekerjasama dgn anda. Contohnya MK Land di bawah Yayasan EMKAY bekerjasama dgn Yayasan Sultanah Bahiyah dlm menyediakan bangunan bagi rawatan pesakit buah pinggang iaitu Pusat Rawatan Hemodialisis di Alor Star.

Page 23: Etika Keusahawanan

ETIKA & T/JAWAB SOSIAL

4.Bentuk satu program & usulkan kpd NGO berkenaan atau pertimbangkan usul dari NGO yg bekerjasama dgn biz anda. Pastikan program tersebut mempunyai kaedah pengukuran kejayaannya bagi memastikan usaha ini boleh capai matlamat & bersifat berterusan.

5. Berbincang dgn NGO berkenaan supaya matlamat kedua2 pihak seiringan

6. Libatkan k/tangan - galak & sediakan ruang utk mereka terlibat dlm aktiviti tersebut.

Page 24: Etika Keusahawanan

ETIKA & T/JAWAB SOSIAL

7. Libatkan pelanggan dlm usaha murni anda. Contoh- jika anda menjual alatan sukan, galakkan pelanggan menghantar barang sukan mereka yg lama utk diberi kpd rumah anak yatim & kerana usaha mereka, anda berikan diskaun terhadap pembelian alat sukan baru mereka. Atau nyatakan kpd mereka bahawa setiap ringgit yg di belanjakan di kedai anda, beberapa peratus didermakan utk pembangunan golongan tidak berbasib baik.