esemen pengamatan

Upload: muhammad-rizam-hj-bakri

Post on 07-Apr-2018

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 esemen pengamatan

    1/10

    Jenis-Jenis Pengamatan

    Kebiasaannya guru cuma merangsangkan deria murid -muridnya dan merekalah yang

    menerima, memproses kemudian menyimpan atau menyatakan sebagai gerak balas dengan

    cara menjawab secara lisan, menulis ataupun melakukan apa yang diajar. Harus diingat

    tidak ada dua orang murid yang memprose rangsangan (pengajaran) dengan menghasilkan

    gerak balas yang sama kerana tidak ada dua orang murid yang sama segalanya.Sesungguhnya kebolehan mengamati itu adalah sesuatu yang jati atau semula jadi.

    KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN

    i. Penglihatan (Janet W Learner Kepayahan seseorang khususnya kanak -kanak disleksia

    dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka,

    nombor, bentuk geometri dan gambar. Ianya melibatkan d iskriminasi penglihatan, ingatan

    penglihatan dan integrasi visual -motor dan visual kinestetik. Antara masalah visual yang

    dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta

    tentang pembalikan sesuatu objek.

    ii. Pendengaran (Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 Keupayaan

    mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai

    masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antara aspek yang

    terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi,

    bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat

    urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan abjad (intergrasi

    visual pendengaran).

    iii. Sensori- Motor ( Koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi

    motor kasar dan motor halus, imej badan sisian arah penyelarasan badan).

    Antara jenis pengamatan terdapat dua jenis pengamatan yang penting yang berkait rapat

    dengan pembelajaran kanak -kanak hari ini, yakni pengamatan penglihatan dan pengamatan

    pendengaran.

    . Corret auditory and visual perception is the characteristic of a good reader .. Fred.J.

    Schnell dalam bukunya Backwardness in Basic Subjects.

    Dari kata-kata di atas bererti bahawa hanya orang yang mempunyai pengamatan dan

    pendengaran yang boleh membaca dengan baik. Kita sebagai seorang guru tidak akan

  • 8/6/2019 esemen pengamatan

    2/10

    menafikan bahawa dari pengalaman -pengalaman mengajar, kita dapat mengesan kanak -

    kanak terutama kanak-kanak pemulihan yang mempunyai kesukaran -kesukaran dalam satu

    aspek pengamatan tersebut.

    CIRI-CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN KOMPONEN PENGAMATAN

    Penglihatan

    1. Diskriminasi

    - Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.

    2. Ingat Kembali

    - Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.

    3. Orientasi Kedudukan

    - Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor.

    4. Turutan

    - Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf -huruf dalam perkataan.

    5. Menyudah atau Melengkapkan

    - Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau Melengkap objek, nombor, perkataan atau

    ayat.

    6. Menyalin

    - Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

    7. Rajah Latar Belakang

    - Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari latabelakang

    sesuatu gambar atau rajah.

  • 8/6/2019 esemen pengamatan

    3/10

    8. Koordinasi Motor

    - Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan.

    9. Pertalian Jarak (Ruang)

    - Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu

    objek dengan objek yang lain.

    10. Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam rajah

    - Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor yang mempunyai bentuk

    tetap dan tidak akan berubah bentuknya da lam mana-mana keadaan.

    11. Gambar Bersiri

    - Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.

    12. Mazing atau Mencari Jalan Keluar

    - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah

    13. Benda Tersembunyi

    - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.

    Pendengaran

    Antara masalah dalam pengamatan pendengaran berpunca daripada kecacatan organismatelinga.

    Taktil dan Kinestetik

  • 8/6/2019 esemen pengamatan

    4/10

    Juga dikenali dengan Pengamatan Sensori -motor. Ia melibatkan koordinasi pergerakan

    tubuh badan, koordinasi motor kasar dan motor halus. Manakala psikomotor merujuk kepada

    lateraliti dan dominan . Lateraliti ialah pergerakan seseorang itu dan dominan ialah

    penguasaan satu bahagian otak ke atas bahagian kiri atau kanan badan. Ba hagian ini pula

    menguasai pergerakan otot -otot kiri atau kanan anggota (bahagian kiri otak akan menguasai

    bahagian kanan anggota dan sebaliknya) Lateraliti dan dominan ada kaitan dan saling

    pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.

    Punca dan Ciri-Ciri Kelemahan Pengamatan

    Kelemahan pengamatan adalah terdiri daripada dua punca yang besar iaitu : -

    i. Faktor Internal

    ii. Faktor External

    i. Faktor Internal

    Faktor-faktor ini termasuklah : -

    a. Minat dan kecenderungan serta perhatian kanak -kanak.

    b. Keupayaan tenaga, tekanan emosi dan kesukaran peribadi kanak -kanak.

    c. Kerosakan pendengaran dan penglihatan.

    ii. Faktor External

    a. Kurang pendedahan.

    b. Kurang rangsangan ( dorongan ).

    Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan

  • 8/6/2019 esemen pengamatan

    5/10

    Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan boleh antara lain menunjukkan sifat -

    sifat seperti berikut :-

    i. Mereka lambat dalam membuat satu -satu pengolahan seperti mengkelaskan satu -satu

    himpunan mengikut jenisnya.

    ii. Mereka mempunyai kesukaran dal am mengaitkan perkara yang diketahuinya kepada

    situasi baru.

    iii. Cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap.

    iv. Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu -buru, memberi keputusan tanpa berfikir.

    v. Lemah koordinasi motor mata-tangan.

    vi. Ketidakbolehan membuat keputusan secara am.

    vii. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut serta kerana mereka

    tidak dapat mengikut corak permainan ini.

    viii. Mereka tidak mahir dalam kerja -kerja yang memerlukan daya kreatif.

    ix. Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat.

    x. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu situasi kepada situasi

    yang lain.

    xi. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang dilakukannya.

    xii. Lemah dalam diskriminasi pendengaran.

    xiii. Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.

  • 8/6/2019 esemen pengamatan

    6/10

  • 8/6/2019 esemen pengamatan

    7/10

    Cadangan Aktiviti :

    a. Mencari gambar, bentuk, huruf, dan simbol yang tidak sama.

    b. Perbezaan dan persamaan objek -objek kerusi, meja, papan hitam, dan sebagainya.

    c. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan, bunga,

    dan daun-daun.

    d. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan.

    e. Menekap corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf -huruf.

    b. PENERIMAAN PENGLIHATAN

    Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda -tanda yang

    seseorang itu melihat. Sesetengah kanak -kanak sukar untuk mentafsir atau menterjemahkan

    simbol-simbol yang dilihat. Pemulihan dijalankan untuk menolong kanak -kanak memahami

    sImbol-simbol, pergerakan badan, isyarat -isyarat, gambar-gambar, dan lukisan supaya ia

    dapat menceritakan makna objek -objek itu.

    Cadangan Aktiviti:

    a.Ajar kanak-kanak untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk benda -benda yang

    mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna, dan kedudukannya.

    b.Adakan permainan seperti menyoal siapa yang boleh lihat dengan banyak benda -benda

    yang ada di dalam kedai.

    c. PERHUBUNGAN PENGLIHATAN ( VISUAL ASSOCIATION )

    Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak -kanak menceritakan dua atau lebih kenyataan

    mengenai sesuatu objek yang dilihatnya. Ini termasuklah menakul, mengkritik, berfikir, dan

    menyelesaikan masalah.

  • 8/6/2019 esemen pengamatan

    8/10

    Cadangan Aktiviti

    a. Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu objek dan suruh ia

    mengkritik objek itu. Beri beberapa soalan bimbingan.

    b. Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan contohnya kecil dan besar, tinggi dan

    rendah atau mengenai apa yang dilihatnya.

    c. Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain seperti anjing dengan

    tulang, kucing dengan tikus, dan buku dengan pensel. Minta murid ceritakan antara kedua -

    dua benda ini.

    d. Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan menyediakan gambar -gambar dari

    jenis makanan, haiwan, bunga, tumbuhan dan sebagainya.

    d. RUMUSAN ATAU MELENGKAPI PENGAMATAN ( VISUAL CLOSURE )

    Kemahiran ini ialah satu kemahiran di mana kanak -kanak dapat membuat sesuatu rumusan

    dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap. Dalam bacaan seseorang kanak -kanak akan

    memerlukan kebolehan membaca dengan hanya melihat beberapa perkataan dan dapat

    menanggap ayat itu.

    Cadangan Aktiviti

    a. Memadan atau mencantumkan gambar -gambar jigsaw puzzle.

    b. Membuat teka-teki, misalnya guru beri perkataan -perkataan seperti merah, biru, kuning,

    dan hijau. Kemudiaan minta murid beri satu perkataan yang boleh merumuskan maksud

    perkataan tadi. Jawapan murid mestilah warna.

  • 8/6/2019 esemen pengamatan

    9/10

    e. INGATAN PENGLIHATAN ( VISUAL MEMORY )

    Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untuk

    membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf -huruf dan

    perkataan-perkataan yang telah dilihatnya.

    Cadangan Aktivitinya

    a. Sediakan benda -benda di atas meja dan minta murid menelitinya. Tutupkan benda -benda

    tersebut dan minta murid menyebut kembali benda -benda yang dilihatnya.

    b. Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan suruh

    murid melukisnya.

    c. Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan murid

    mengenai gambar tersebut.

    d. Ambil satu tali dan gantungkan beberapa keping gambar dalam susunan yang tertentu.

    Turunkan gambar itu dan minta murid susun semula sebagaimana yang telah d ibuat oleh

    guru.

    e. Perkembangkan ingatan kanak -kanak dengan membincangkan benda - benda yang telah

    mereka lihat. Kemudian minta mereka ceritakan semula apa yang mereka ingat seperti

    tempat yang telah mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian, dan

    sebagainya.

    SENARAI KEMAHIRAN PENGAMATAN

    1. Diskriminasi yang sama

    2. Diskriminasi yang ganjil

    3. Diskriminasi saiz

    4. Ingat kembali

  • 8/6/2019 esemen pengamatan

    10/10

    5. Orientasi kedudukan

    6. Turutan

    7. Menyudah atau Melengkapkan

    8. Menyalin

    9. Rajah latar belakang atau bertindih

    10. Koordinasi motor mata tangan

    11. Pertalian jarak atau ruang

    12. Gambar bersiri

    13. Kekalan atau keabadian bentuk

    14. Mazing atau cari jalan keluar

    15. Benda tersembunyi