tugasan pengamatan

38
Bahagian A Penulisan esei - Soalan 1 Berkait rapat dengan itu, analisiskan bagaimana masalah pengamatan boleh dialami oleh seseorang kanak-kanak. Sejauh manakah kemahiran pengamatn dapat mempengaruhi pembelajaran murid dan pengajaran guru secara berkesan dalam bilik darjah. Mengikut Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau penelitian. Pengamatan adalah sama maksud dengan perkataan persepsi , iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran , pandangan, atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria, iaitu mata, telinga, hidung, lidah ataupun kulit. Rangsangan yang dikesan kemudian menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui sistem saraf yang menghubungkan organ deria tertentu dengan otaknya. Otak berusaha mentafsir maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang berkaitan, mengenterpretasi dan membentukkan gambaran, bayangan, makan atau konsep rangsangan tersebut. Pengamatan merupakan satu elemen yang terpenting dalam proses kognitif. Pengamatan bukanlah satu proses yang berlaku secara automatik. Hal ini kerana pengamatan tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyi-bunyian yang berada di alam ini. Menurut Mohd Salleh ( 1995 ), pengamatan merupakan:- “ Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola 1

Upload: jesilivani

Post on 24-Jan-2016

272 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pengamatan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan pengamatan

Bahagian A Penulisan esei - Soalan 1

Berkait rapat dengan itu, analisiskan bagaimana masalah pengamatan boleh dialami oleh

seseorang kanak-kanak. Sejauh manakah kemahiran pengamatn dapat mempengaruhi

pembelajaran murid dan pengajaran guru secara berkesan dalam bilik darjah.

Mengikut Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau

penelitian. Pengamatan adalah sama maksud dengan perkataan persepsi , iaitu gambaran atau

bayangan dalam hati atau fikiran , pandangan, atau tanggapan. Proses pengamatan bermula

daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria, iaitu mata, telinga, hidung,

lidah ataupun kulit. Rangsangan yang dikesan kemudian menghasilkan impuls yang dihantar ke

otak melalui sistem saraf yang menghubungkan organ deria tertentu dengan otaknya. Otak

berusaha mentafsir maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang berkaitan,

mengenterpretasi dan membentukkan gambaran, bayangan, makan atau konsep rangsangan

tersebut.

Pengamatan merupakan satu elemen yang terpenting dalam proses kognitif.

Pengamatan bukanlah satu proses yang berlaku secara automatik. Hal ini kerana pengamatan

tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyi-

bunyian yang berada di alam ini. Menurut Mohd Salleh ( 1995 ), pengamatan merupakan:-

“ Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi

makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap

rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola

yang bermakna.Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang

lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur”

Pengamatan ialah kefahaman terhadapa sesuatu perkara atau situasi melalui panca

indera setelah berlakunya proses mental. Pengamatan juga berkait rapat dengan pemikiran

manusia. Ia juga merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca

indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.Tambahan pula, pengamatan ialah

satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan

darjah kebesaran seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah

supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

1

Page 2: Tugasan pengamatan

Menurut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remedation”

beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan

kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang

dialami oleh kanak-kanak.Janet W Learner(1971) dalam bukunya “Children With Learning

Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal

maklumatdaripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang mentafsirkan sesutau

pergerakkan panca indera dengan kuasa intelek.

Terdapat tiga jenis pengamatan yang utama iaitu, pengamatan penglihatan,

pendengaran dan sensori-motor. Menurut Janet W Learner beliau menyatakan bahawa

kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk

membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar.

Ianyamelibatkan diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan

visual kinestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz,

mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.

Menurut Ball & Blachman, (1991): Lyon, (1998): Sthal &Murry, (1994) mereka

berpendapat keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan

mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal.

Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk

membezakan bunyi,bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di

dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan

abjad (intergrasi visual pendengaran). Pengamatan sensori-motor adalah suatu koordinasi

pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej

badan sisian arah penyelarasan badan.

Keupayaan pengamatan sangat bergantung pada faktor-faktor psikologi, biologi yang

berkaitan dengan pancaindera dan keupayaan otak memproses maklumat dan sosiobudaya

seseorang kanak-kanak. Antara faktor yang penting termasuklah faktor perbezaan dan

penumpuan. Faktor pembezaan melibatkan apa jua yang dapat dibezakan secara kontras oleh

deria manusia. Benda yang besar lebih mudah dilihat berbanding yang kecil; warna yang

garang lebih menarik perhatian berbanding warna yang lembut dan sebagainya. Ada ahli-ahli

psikologi yang menekankan bahawa selagi tidak ada penumpuan, tidak akan terbentuk

pengamatan. Semasa kanak-kanak membuat pengamatan, kanak-kanak tidak melayan semua

rangsangan yang diterimanya tetapi hanya memilih rangsangan yang tertentu sahaja. Dengan

2

Page 3: Tugasan pengamatan

cara ini barulah kita dapat membentuk pengamatan terhadap rangsangan tersebut. Apabila kita

memilih satu-satu rangsangan, bermakna bahawa kita menumpukan perhatian kepada

rangsangan tersebut. Ini menunjukkan bahawa selepas ada penumpuan barulah terbentuk

pengamatan. Penumpuan berlaku apabila pancaindera seseorang itu ditumpukan kepada

sesuatu rangsangan pada kadar masa yang membolehkan seseorang itu mengetahui apakah

objek atau benda yang dipersepsikan. Tumpuan amat penting bagi orang yang baru pertama

kali menerima sesuatu rangsangan. Katakan sebelum ini, ia tidak pernah melihat ‘basikal

solar’sudah tentu masa yang lama amat diperlukan untuk membina dan membentuk satu siri

maklumat baru tentang ‘kereta solar’.

Terdapat banyak punca dalam seseorang kanak-kanak mengalami masalah

pengamatan. Terdapat dua punca utama kelemahan pengamatan iaitu disebabkan oleh faktor

internal dan faktor external. Bagi faktor yang pertama iaitu faktor internal ataupun faktor

dalaman, kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan ini berlaku disebabkan oleh

kerosakan deria pendengaran dan deria penglihatan. Selain itu ia turut disebabkan oleh

masalah baka yang tidak diketahui kerana ibu bapa pada masa tersebut kurang pendedahan

berkaitan masalah pengamatan ataupun masalah lain yang berkaitan. Berlakunya tekanan

emosi dalam badan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah

pengamatan. Hal ini disebabkan oleh kurangnya minat para ibu bapa untuk mengetahui

masalah anak-anak mereka sehingga anak-anak mereka mengalami masalah tekanan emosi.

Faktor yang kedua iaitu faktor external ataupun faktor luaran. Ramai diantara ibu bapa

yang kurang pendedahan tentang kelemahan yang diakibatkan oleh faktor internal dan faktor

external ini. Hal ini telah menyebabkan anak-anak mereka yang lambat dikesan sejak dari awal

sukar untuk dipulihkan jika sudah sampai ke peringkat yang lebih teruk Faktor luaran ini ialah

salah satu faktor dominan yang menyebabkan berlakunya kekangan dalam diri kanak-kanak

tersebut. Segala rangsangan atau dorongan yang dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut,

dalam melakukan sesuatu pekara seolah-olah, memaksa mereka walaupun mereka tidak mahir.

Hal ini menyebabkan mereka membuat pekara tersebut dalam keadaan terpaksa. Secara

rumusannya, kedua-dua faktor ini iaitu faktor internal dan external adalah punca kepada

kelemahan pengamatan tidak mengira pengamatan dari segi penglihatan, pendengaran dan

sensori motor.

3

Page 4: Tugasan pengamatan

Faktor psikologi juga mempengaruhi pengamatan kanak-kanak. Tidak semua manusia

mempunyai tahap kecerdasan yang sama. Ada yang mampu dan berkeupayaan mengingat

yang lebih tinggi dan ada yang sebaliknya mengalami kekurangan. Perbezaan bagi setiap

individu itu ada aras yang tinggi, sederhana dan rendah. Jika kita lihat dari aspek emosi, kuasa

penumpuan dan latihan adalah kemahiran utama yang perlu ada semasa pembelajaran

berlaku. Kegagalan memfokuskan pembelajaran menyebabkan pelajar ketinggalan. Masalah

emosi seperti sering marah, takut, bimbang adalah punca tercetusnya gangguan. Contohnya

kematian dan penceraian ibu bapa. Oleh itu aspek-aspek ini adalah punca sesorang kanak-

kanak mengalami masalah pengamatan.

Selain itu, faktor jangka masa dalam kandungan turut menjadi punca kepada masalah

pengamatan contohnya masalah penglihatan. Jangka masa mengandung yang pendek iaitu

kurang dari tujuh bulan akan mengakibatkan kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan

atau pramatang. Manakala jika terlalu lama pula, iaitu lebih dari 10 bulan, mungkin akan

mengakibatkan kelahiran yang bermasalah kerana bayi itu besar atau risiko ibu terdedah

dengan pelbagai agen seperti kecederaan, kekurangan pemakanan, tekanan emosi atau

kemungkinan tinggi bayi diserang oleh sesetengah penyakit yang boleh merosakkannya. Pada

amalan biasa, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan memerlukan bantuan „inkubator‟ untuk

melicinkan pernafasan dan menyenangkan penyesuaian suhu badan dengan suhu

persekitaran. Semua ini akan menimbulkan risiko bilazim atau „keabnormalan‟.

Punca berlakunya masalah pengamatan yang seterusnya pula ialah kesan sesetengah

penyakit. Risiko penyakit-penyakit yang boleh diwarisi daripada ibu bapa atau datuk seperti

penyakit darah tinggi, kemcing manis, barah dan siput babi juga boleh menyebabkan masalah

kesulitan belajar. Terdapat juga kecacatan pengamatan pendengaran atau pelbagai jenis

bilazim penglihatan yang diwarisi. Ada juga penyakit-penyakit yang dialami ibu semasa

mengandung yangboleh mencacatkan dan menyebabkan anak mereka menghadapi masalah

dalam pengamatan seperti rubela dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kesan sinar-X yang

berlebihan juga menjadi punca kepada masalah pengamatan. Hal ini kerana kesan sinar-X

yang dilakukan di bahagian kepala mempunyai risiko yang tinggi kepada bayi yang

berkemungkinan dilahirkan mengalami cacat fizikal atau mental. Jadi bayi ini tidak dapat

menguasai proses pengamatan penglihatan dengan baik.

Pemakanan ibu semasa mengandung turut akan mempengaruhi kebolehan pengamatan

seseorang kanak-kanak. Pemakanan yang cukup dan seimbang merupakan keperluan asas

4

Page 5: Tugasan pengamatan

untuk menjamin kesihatan anak dalam kandungan. Ibu-ibu dalam golongan miskin mungkin

tidak dapat memenuhi keperluan asas ini dan mereka ini menghadapi risiko yang tinggi untuk

melahirkan anak yang kurang sihat yang mempunyai risiko bilazim. Oleh yang demikian, maka

tidak hairanlah bahawa kebanyakkan murid-murid pemulihan menghadapi masalah kemiskinan.

Di samping pemakanan yang cukup dan seimbang, ibu-ibu yang mengandung juga memerlukan

kasih sayang, rasa selamat dan keadaan yang tenteram untuk proses pertumbuhan dan

perkembangan bayi yang normal dalam kandungan. Justeru itu, sesuatu keluarga yang pincang

mempunyai risiko untuk melahirkan anak yang bilazim dan bermasalah dalam pembelajaran.

Punca yang seterusnya pula ialah kesan dadah dalam ubat-ubatan. Dadah seperti

streptomycin, neomycin, quinine atau salicylates boleh mengakibatkan anak yang dilahirkan

cacat anggota dan sebagainya. Bahkan dadah cytotoxic dan juga thalidomide juga dipercayai

boleh merosakkan fetus jika diambil pada peringkat awal mengandung.Keracunan karbon

monoksida juga dipercayai boleh menyebabkan kerencatan akal. Apabila seseorang kanak-

kanak itu terencat akal, maka mereka tidak dapat mengamati apa yang dilihat mahupun

didengar oleh mereka. Di samping itu juga, kelahiran yang kompleks juga boleh mengakibatkan

masalah pengamatan. Hal ini kerana kelahiran yang kompleks boleh menimbulkan risiko pada

pertumbuhan otak dan saraf. Antara ciri-ciri kelahiran yang kompleks adalah seperti kelahiran

yang tidak cukup bulan, kelahiran dalam keadaan anaemik atau kurang sel darah merah untuk

membekalkan oksigen ke seluruh badan, kelahiran dengan pertolongan forceps atau sedutan

yang mungkin mencederakan sel-sel otak, kelahiran songsang dan yang memakan masa yang

panjang, dan kelahiran melalui pembedahan caesarian yang mempunyai risiko kecederaan otak

disebabkan oleh penggunaan dadah semasa pembedahan dilakukan. Faktor-faktor kelahiran

yang kompleks juga boleh menimbulkan risiko masalah pembelajaran dan pengamatan. Risiko-

risiko lain berlaku selepas dilahirkan seperti pengaruh ibu bapa.

Kemahiran pengamatan banyak mempengaruhi pembelajaran murid dan pengajaran

guru secara berkesan dalam bilik darjah.  Kesediaan belajar merujuk kepada keadaaan

dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu  dengan tujuan

memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru

hendaklah menitikberatkan pembentukan persepsi yang betul pada kanak-kanak. Oleh sebab

sesuatu pengamatan itu berasaskan kederiaan, maka sangat perlu guru-guru itu menyediakan

pengalaman-pengalaman sebenar atau yang boleh menggantikannya merupakan bahan deria

yang betul. Ini pula mestilah ditafsirkan secara realistik supaya pembelajaran yang berkaitan

menjadi asas bagi satu kehidupan yang berjaya.

5

Page 6: Tugasan pengamatan

Terdapat beberapa faktor-faktor pengamatan iaitu peranan guru untuk memastikan

murid-murid terlibat dengan sepenuhnya dan mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi dalam

mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh dilakukan  dengan menggunakan

strategi-strategi dan pendekatan yang berbeza seperti kuiz, perbincangan, inkuiri penemuan,

eksperimen dan banyak lagi yang menumpukan kepada pengamatan supaya mereka dapat

meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pelajaran.

Selain itu, kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat, kebolehan

kognitif dan pengalaman murid-murid itu sendiri ke atas sesuatu objek atau subjek. Contohnya,

pengamatan seorang murid apabila melihat gambar seorang budak perempuan dengan lelaki

tua dan beruban. Murid itu mengamati dan mentafsirkan bahawa lelaki tua dan beruban itu

merupakan datuk kepada budak perempuan itu. Oleh yang demikian, pengamatan dan

pentafsiran itu adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang lampau.  Selain itu, keadaan sasaran

pada objek yang diamati yang contohnya pergerakan, bunyi, saiz, latar belakang dan kedekatan

atau kejauhan objek tersebut akan menentukan ketepatan mengamati seseorang murid.

Contohnya, hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang yang wujud

secara bersama di dalam sebuah gambar ataru carta juga akan mempengaruhi pengamatan

murid-murid. Hal ini kerana, perhubungan latar belakang dan hadapan adalah asas kepada

semua bentuk persepsi. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan-perbezaan dalam

hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang ialah pula adalah disebabkan oleh

warna, saiz dan kekuatan sesuatu rangsangan. Susunan objek dan benda-benda maujud dalam

persekitaran mereka juga akan mempengaruhi pengamatan murid-murid. Contohnya

pengamatan murid-murid terhadap gambarajah, tulisan atau lukisan.

Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan menunjukkan sifat-sifat seperti

lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satu himpunan

mengikut jenisnya. Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang

diketahuinya kepada situasi baru. Mereka juga cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan

yang kerap. Selain daripada itu, mereka lebih cenderung ke arah tindakan yang terburu-buru,

memberi keputusan tanpa berfikir. Mereka lemah koordinasi motor mata-tangan dan tidak boleh

membuat keputusan secara am. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk

turut serta kerana mereka tidak dapat mengikut corak permainan ini. Mereka tidak mahir dalam

kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif. Selain daripada itu, mereka ketidakupayaan

membuat kerja dengan cepat. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari

6

Page 7: Tugasan pengamatan

satu situasi kepada situasi yang lain. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami

apa yang dilakukannya. Mreka juga Lemah dalam diskriminasi pendengaran dan berfikir terlalu

lama sebelum membuat sesuatu kerja. Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang

bekerjasama. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan, sering kali

terlanggar alat-alat di dalam darjahnya. Mereka juga membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui

di mana harus berhenti.

Kanak-kanak memerlukan organ-organ deria yang sihat dan tajam untuk membuat

pengamatan yang tepat. Apabila seseorang kanak-kanak mengalami kerosakkan pada mana-

mana bahagian organ deria, dia akan menghadapi untuk memahami dan menguasai pelajaran.

Misalnya jika murid itu menhadapi kerosakkan penglihatan, dia akan mengalami kesukaran

untuk melihat tulisan di papan hitam. Sekiranya dia mengalami masalah pendengaran, dia tidak

akan dapat mengikuti arahan guru dengan tepat. Jika kita perhatikan kebanyakan kanak-kanak

yang menghadapi masalah pengamatan biasanya keliru dengan huruf dan nombor seperti

menulis dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil

dan lain-lain lagi. Seperti yang telah dinyatakan di atas, pengamatan adalah satu proses

kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam

bacaan. Misalnya, jika kanak-kanak menulis huruf “a” secara terbalik maka tidaklah dapat kita

tafsirkan bahawa kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam bacaan. Manakala dalam konsep

nombor, kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang

betul dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Contohnya, pengamatan

penglihatan juga penting untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera atau

pun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

Sebagai contohnya, seseorang individu yang mempunyai tahap pengamatan yang baik akan

dapat mengamati setiap objek yang mereka lihat di sekeliling mereka. Bukan itu sahaja, bahkan

dengan mempunyai pengamatan penglihatan yang baik, kita akan dapat menganalis bentuk-

bentuk dan simbol-simbol bacaan yangterdapat di sekeliling kita. Jadi, kita tidak akan

mengalami masalah dalam membaca papan-papan tanda dan sebagainya

Pengamatan juga penting dalam mengorganisasikan pengalaman. Hal ini kerana objek-

objek di sekeliling kita ditanggap melalui alat-alat deria misalnya mata dan diproses pada

bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati. Apabila utusan rangsangan

sampai ke otak, utusan ini akan diproses melalui penerimaan atau penghuraian kod

penyimpanan atau pentafsiran dan kemudian barulah menjadi pengamat yang bermakna. Jadi

dengan adanya pengamatan, ia dapat menjadikan seseorang kanakn-kanak itu berkemampuan

7

Page 8: Tugasan pengamatan

untuk mengumpul, membeza dan membuat penumpuan terhadap sesuatu. Dengan adanya

pengamatan juga, kanak-kanak yang lemah dalam pembelajaran akan dapat dibantu. Hal ini

kerana pengamatan bukan hanya berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-

kanak, bahkan pengamatan ini juga boleh diajarkan kepada mereka. Maka, kanak-kanak yang

bermasalah dalam pembelajaran dapat dibantu dan sekaligus dapat menjadikan kehidupan

mereka lebih bermakna.

Oleh itu, dalam membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan, guru

haruslah sentiasa memerhatikan keadaan mereka. Mereka yang mempunyai masalah

pancaindra hendaklah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Guru juga perlu

menjalankan ujian dari semasa ke semasa untuk menentukan sama ada murid menghadapi

masalah organ-organ deria, misalnya menjalankan ujian pendengaran dan penglihatan. Dalam

membantu murid yang mengalami masalah pengamatan, guru juga boleh menggunakan

pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru boleh menggunakan

benda maujud. Benda maujud bermaksud benda yang benar-benar ada, nyata, dapat dilihat

dan dipegang, iaitu lawan kepada khayalan dan fikiran. Keistimewaan menggunakan benda

maujud ialah murid-murid dapat memegang, merasa dan menyentuh objek berkenaan.

Contohnya bola, buku, pensel, topi, beg dan sebagainya. Mempelbagaikan kaedah pengajaran

guru di dalam bilik darjah dapat mengelakkan pembelajaran murid menjadi cepat bosan.

Justeru, kepelbagaian kaedah pengajaran boleh dijalankan oleh guru seperti melaksanakan

pengajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Kaedah mengajar individu

melibatkan seorang guru dan seorang murid. Pengajaran jenis ini amat sesuai untuk mengatasi

kelemahan mengajar secara seluruh kelas. Lazimnya di dalam sebuah bilik darjah mempunyai

murid yang berbagai-bagai-bagai kebolehan dan keupayaan dan kaedah kelas menguntungkan

sebilangan kecil murid sahaja dan tidak semua individu, maka kaedah individu perlu untuk

mengembangkan kebolehan individu. Sebelum melaksanakannya, guru harus mengenal

potensi murid-murid, mengenal pasti masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan

bahan pengajaran berasaskan kebolehan individu.

Selain daripada itu, guru juga perlu memberikan sebanyak mungkin siri latihan

pengamatan kepada murid-murid yang mengalami kesukaran dalam komponen pengamatan.

Latihan ini boleh dijalankan secara individu seperti melaksanakan aktiviti diskriminasi bentuk,

pendengaran, penglihatan, turutan dan menyalin. Cara ini boleh membantu mereka untuk

mengingat secara kekal dan lama. 

8

Page 9: Tugasan pengamatan

Bahagian A Penulisan esei - Soalan 2

Sekiranya dalam kelas anda, terdapat seorang murid yang mengalai salah satu

masalah pengamatan tersebut, jelaskan bagaimana cara anda untuk membantu dan

menilai alat bantu belajar yang sesuai bagi mengatasi masalah pengamatan dalam

pengajaran dan pembelajarannya.

Selalunya murid dalam sesebuah kelas yang mengalami masalah pengamatan

penglihatan ini amat mudah untuk dikenal pasti. Dalam kelas pemulihan sekolah saya, terdapat

seorang murid yang menghadapi masalah pengamatan penglihatan. Nama murid tersebut ialah

Haritharan A/L Parimalan dari Tahun 2. .

Penglihatan merupakan satu pandangan yang dilakukan oleh seseorang dengan

menggunakan deria penglihatan iaitu mata. Maka dapatlah disimpulkan bahawa pengamatan

penglihatan ialah kefahaman dan kebolehan seseorang terhadap sesuatu perkara atau situasi

melalui pancaindera iaitu mata. Adalah dipercayai bahawa proses pembelajaran bermula dari

rangsangan di persekitaran yang dikesan oleh pancaindera. Kemudian utusan-utusan dari

deria-deriadi hantarkan ke otak untuk diproses. Hasil pemerosesan ini boleh diukur sebagai

pembelajaran. Justeru itu, proses belajar bermula dengan rangsangan di luar,kepekaan deria,

pengamatan dalam otak dan seterusnya dengan gerak balas yang dilakukan. Bukan semua

rangsangan mempunyai tarikan yang sama pada deria-deria. Jenis rangsangan yang tidak

jelas, mengelirukan, membosankan, stereotaip dan sebagainya tidak begitu menarik pada deria.

Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran ini biasanya senang jemu. Oleh yang demikian,

rangsangan yang diberikan ini mestilah memenuhi ciri-ciri yang senang menarik perhatian deria

iaitupergerakan, perubahan, saiz, ulangan, kekuatan bunyi dan warna, kontra dan set.

Penerimaan rangsangan ini bergantung pada kepekaan deria. Jika keupayaan deriaitu normal,

penerimaan menjadi lebih mudah. Sekiranya terdapat sebarang jenis kecacatan deria, sudah

pasti penerimaannya akan turut cacat. Atas dasar inilah ujian diagnostik penglihatan perlu

diadakan untuk memastikan bahawa keadaan deria-deria yang berkenaan adalah normal.

Untuk mengetahi masalah penglihatan murid ini, saya juga berbincang dengan guru

kelas dan ibu bapa murid tersebut untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai masalah

pemgamatan penglihatan yang dialaminya. Melalui pemerhatian saya, mata pelajar ini sering

kelihatan merah dan mereka ini amat cepat jemu dengan kerja-kerja halus seperti pendidikan

seni. Pelajar tersebut yang mengalami masalah penglihatan lazimnya suka mengelipkan mata

dan amat sukar untuk membezakan bentuk-bentuk yang hampir sama. Dalam melaksanakan

9

Page 10: Tugasan pengamatan

sesuatu kerja dia amat suka untuk mendekatkan mata kepada bahan yang dilihat supaya bahan

yang hendak dilihat itu jelas pada pandangan mata mereka.Dia tidak boleh melengkapkan

sesuatu gambar mengikut turutan yang betul. Ini sudah pasti menyukarkan proses

pembelajarannya di kelas. Kadangkala keupayaan pengingatannya berada di tahap yang

terendah. Dia sukar mengingati setiap apa yang dipelajari dan diamati. Hukum-hukum Gestalt

tentang pengamatan menerangkan bagaimana sesuatu susunan rangsangan yang tertentu

dapat ditonjolkan dari latar belakangnya dan diamati sebagai suatu rajah yang menyeluruh.

Dalam hukum prinsip lengkapan Gestalt, pada kebiasaanya, individu cenderung untuk

melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap dalam pengamatan mereka. Hukum ini ada

berkaitan dengan masalah pengamatan penglihatan yang dihadapi oleh Haritharan. Dia tidak

boleh melengkapkan sesuatu turutan atau gambar bersiri dengan mengikut turutan atau nombor

yang betul.

Selalunya kita hanya menyangka hanya murid yang mengalami masalah penglihatan

sahaja yang akan mengalami masalah penglihatan ini. Tetapi sebenarnya murid yang

mengalami masalah pembelajaran juga lazimnya adalah bermasalah penglihatan. Ini adalah

berlaku disebabkan oleh kelemahan otak mereka untuk mentafsirkan apa yang dlihat oleh mata

mereka. Ini menyebabkan mereka tidak tahu dan tidak mengerti apa yang dilihat oleh mereka.

Dalam membantu mengatasi masalah murid dalam kelas pemulihan saya, saya

menggunakan alat bantu belajar yang sesuai dengan komponen masalah penglihatannya.

Komponen-komponen pengamatan penglihatan boleh dibahagikan kepada 13 jenis iaitu

diskriminasi, ingat kembali, orentasi kedudukan, turutan, menyudah, menyalin, rajah latar

belakang dan koordinasi motor, pertalian jarak, ketetapan bentuk atau kedudukan dalam rajah,

gambar bersiri, mazing atau mencari dan benda tersembunyi.

Saya menilai murid dalam kelas pemulihan saya dengan menjalankan ujian

pengamatan. Setelah ujian pengamatan dilaksanakan, ada 13 ciri kesukaran yang telah dikenal

pasti. Dalam aktiviti turutan, murid tersebut dilatih supaya dapat mengingati dan menyusun

semula aktiviti-aktiviti bersiri. Kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk

mengingat sesuatu mengikut susunan seperti susunan gambar atau beberapa huruf dalam

perkataan.

Dalam aktiviti Menyudahkan dan melengkapkan murid dilatih supaya mampu

menyudahkan dan melengkapkan gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat.

Contohnya saya memberi aktiviti memadankan gambar kepala dan ekor haiwan yang

10

Page 11: Tugasan pengamatan

dipisahkan. Kesukaran komponen boleh dikesan apabila berlaku ketidakbolehan murid untuk

mengenal sesuatu gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat. Tujuan aktiviti menyalin

pula adalah untuk melatih murid supaya dapat menghasilkan apa jua yang telah dilihat. Walau

bagaimanapun, kesukaran dalam komponen pengamatan ini terjadi apabila berlakunya

ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

Dalam aktiviti Rajah latar belakang saya melatih murid tersebut supaya dapat

menyelesaikan sesuatu masalah secara abstrak. Contohnya aktiviti mengesan bentuk geometri

yang disusun secara berlapis. Dalam aktiviti ini, murid yang mempunyai pengamatan

penglihatan yang baik akan dapat mengesan bentuk geometri secara berasingan. Walau

bagaimanapun, kesukaran dalam komponen pengamatan boleh terjadi apabila berlakunya

ketidakbolehan seseorang murid menentukan bentuk, objek atau nombor dari latar belakang

sesuatu gambar atau rajah.

Tujuan saya menjalankan aktiviti Koordinasi tangan dan mata adalah melatih murid

supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor, mata, tangan dan fahaman arah kiri, kanan

dan sebagainya. Ketidakbolehan murid menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan

seperti pergerakan tangan yang lambat, cara memegang pensel yang tidak mantap dan

sebagainya akan menyebabkan berlakunya kesukaran dalam komponen ini. Dalam aktiviti

mengenali pertalian jarak kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid mengagak

sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

Saya juga menggunakan kad imbasan bertitik untuk melatih murid tersebut supaya dapat

mengagak sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-

objek yang lain.

Saya juga menggunakan filem pendek yang dapat membantu murid tersebut dapat

menyusun gambar mengikut urutan yang betul berdasarkan bahan rangsangan yang

ditayangkan sebelumnya. Walau bagaimanapun, kesukaran komponen pengamatan boleh

terjadi apabila murid tidak boleh mengikut cerita dari satu babak ke satu babak yang lain secara

berkesan. Dalam aktiviti Pembalikan pula saya boleh mengenalpasti kebolehan atau

Ketidakbolehan murid tersebut membezakan bentuk asal sesuatu gambar, bentuk, huruf,

nombor atau perkataan akan menyebabkan kesukaran komponen pengamatan berlaku.

Selain daripada itu, saya juga meberi aktiviti mencari jalan keluar juga dikenali sebagai

Mazing Games. Tujuan aktiviti adalah melatih murid dalam kelas saya supaya dapat

menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada

11

Page 12: Tugasan pengamatan

yang susah. Kesukaran dalam komponen pengamatan berlaku apabila berlakunya

ketidakbolehan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tujuan aktiviti benda tersembunyi

adalah melatih murid untuk menyelesaikan masalah dan berfikir. Walau bagaimanapun

kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk menyelesaikan sesuatu

masalah yang abstrak.

Dalam mengatasi masalah pengamatan penglihatan murid dalam kelas pemulihan saya,

saya memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk,

penyelarasan bentuk motor-tangan, menyalin, ingatan penglihatan dan diskriminasi penglihatan

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah

penting. Justeru itu, ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor

kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan. Ujian diagnostik pendidikan pemulihan

ialah satu jenis ujian formatif yang melaluinya data-data yang diperolehi akan menunjukkan

kelemahan tertentu yang menyulitkan proses pembelajaran seseorang murid. Ujian diagnostik

ini berlandaskan rasional bahawa kelemahan mempelajari sesuatu pecahan kemahiran asas

berpunca daripada kecelaruan tafsiran pancaindera terutama sekali oleh deria-deria

penglihatan mahupun pendengaran yang akan mengakibatkan kecacatan pengamatan bahasa

dan nombor.

Untuk mengenali masalah pengamatan yang dialami oleh murid dalam kelas saya , saya

menjalankan ujian diagnostik pengamatan ke atas murid tersebut. Saya menjalankan ujian

diagnostik pengamatan penglihatan dengan menggunakan 13 komponen dalam pengamatan

penglihatan. Dengan cara ini, saya dapat mengenali jenis masalah pengamatan yang dihadapi

oleh murid itu. Langkah pertama dalam penggubalan soalan ujian diagnostik ini ialah

menetapkan objektif menyediakan soalan ujian secara eksplisit atau untuk mengukur tahap

pencapaian objektif dengan mudah. Menerusi ujian diagnostik pengamatan ini, saya dapat

mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengecam kedudukan, persamaan atau

perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan, menentukan

sesuatu saiz, jarak serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain dan mengingat

kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf,nombor, suku kata,

perkataan dan ayat. Setelah menilai keputusan yang didapati oleh murid dalam kelas saya

tersebut, saya dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam kelas pemulihan saya

yang mengalami masalah teruk dalam memahami dan mengingat sesuatu mengikut turutan dan

memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

12

Page 13: Tugasan pengamatan

Untuk membantu murid dalam kelas saya yang mengalami masalah pengamatan

penglihatan dalam komponen turutan dan, saya menggunakan pelbagai kaedah dalam

pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan sedia ada penting kepada murid-murid untuk

menguasai perkara-perkara yang baru. Penguasaan pengalaman baru dapat ditingkatkan

melalui pengamatan yang tepat. Dalam membantu murid dalam kelas saya, saya mengajar

daripada mudah kepada yang kompleks dan daripada konkrit kepada yang abstrak.

Berbagai-bagai kedah boleh digunakan untuk meningkatkan pengamatan penglihatan

murid yang bermasalah dalam kelas saya ini. Walau bagaimanapun, kaedah adan tenik yang

digunakan itu hendaklah bersesuain dengan komponen masalah pengamatan penglihatan yang

dialami oleh Haritharan. Kaedah dan teknik ini akan menggalakkan murid tersebut berfikir,

menganalisis dan mebuat kesimpulan sendiri.

Dalam mengatasi masalah pengamatan penglihatan yang dialami oleh murid yang

bernama Haritaharan dalam kelas saya, saya juga akan meggunakan kaedah pendekatan

pembelajaran berpusatkan murid. Saya akan mengaplikasikan latihan pengamatan penglihatan

yang banyak kepada Haritharan dalam proses pengajarn dan pembelajaran supaya masalah

pengamatan penglihatannya dalam komponen turutan dapat diatasi.

Selain daripada itu, saya juga akan memastikan dalam proses pembelajaran Haritharan

sentiasa berfikiran aktif dan sedar sepanjang perkembangan pembelajaran. Saya akan

memastikan Haritaharan yang mengalami masalah pengamatan penglihatan selalu digalakkan

dilatih mengemukakan soalan apabila dia menghadapi masalah dalam pelajaran. Selain itu,

saya juga akan memberi bimbingan kepada murid tersebut untuk membolehkannya

mentafsirkan sesuatu perkara yang sedang dipelajari. Dalam usaha ini, saya akan

mengemukakan soalan yang dapat memberi panduan kepada murid tersebut yang mengalami

masalah pengamatan penglihatan untuk membuat kesimpulan yang betul. Kadangkala ada

konsep yang sukar untuk disampaikan melalui penerangan secara lisan. Dalam situasi ini, saya

akan menggunakan alat bantuan seperti carta, model, slaid, filem, dan bahan maujud untuk

membantu Haritharan yang mengalami masalah penglihatan dalam kelas saya. Bagaimanapun,

saya akan memastikan bahawa, alat bantuan mengajar yang digunakan mestilah sesuai supaya

murid tersebut boleh memahami sesuatu konsep dengan mudah.

Selain daripada itu, kaedah mengajar juga sangat penting bagi mengatasi masalah

pengamatan penglihatan murid yang bernama Haritaharan dalam kelas saya. Pembelajaran

yang aktif dapat memperbaiki pengamatan. Oleh itu, saya akan menyampaikan kaedah

13

Page 14: Tugasan pengamatan

pengajaran yang menarik, mencabar dan mendorongkan murid tersebut berfikir untuk

memahami sesuatu konsep. Misalnya kaedah induktif, deduktif, interaktif dan interpretif

merupakan beberapa cara yang memerlukan murid-murid menggunakan mental untuk

membuat kesimpulan daripada pengamatan.

Bhan bantu belajar amat penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajarn dalam

kelas. Dalam mengatasi masalah pengamatan penglihatan yang dialami oleh murid yang

bernama Haritharan dalam kelas pemulihan saya ini, saya akan menggunakan pelbagai bahan

bantu mengajar yang kreatif. Saya akan memastikan bahawa alat bantu belajar yang

dihasilakan oleh saya sesuai dengan masalah pengamatannya.

Untuk mengatasi masalah Haritharan dalam mengenali urutan, saya boleh membantu

dia dengan alat bantu belajar yang sesuai. Saya menghasilkan alat bantu belajar yang sesuai

mengikut 3 peringkat iaitu peringkat rendah, sederhana dan aras tinggi. Dalam alat bantu

belajar ini, saya akan Haritharan akan dilatih untuk menyusun gambar mengikut urutan yang

betul. Dia juga dapat melengkapkan sesuatu peristiwa atau cerita dalam alat bantu belajar ini.

Kesimpulannya, dengan kaedah-kaedah yang dikemukakan diatas, saya dapat

mengurangkan masalah pengamatan penglihatan Haritharan dengan mengaplikasikan alat

bantu belajar yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

14

Page 15: Tugasan pengamatan

Bahagian B

Laporan amali

Saya telah membuat ujian ke atas murid pemulihan kelas saya yang bernama

Haritharan A/L Parimalan dari Tahun 2 sebagai responden saya. Setelah menjalankan ujian

diagnostik pengamatan kepada murid pemulihan khas dalam kelas pemulihan saya, saya dapat

mengenal pasti komponen masalah penglihatan murid tersebut. Setelah dianalisi hasil ujian

diagnostik pengamatan penglihatan ini, saya mendapati Haritharan mempunyai masalah dalam

komponen pengamatan iaitu turutan. Selain itu dia juga menhadapi masalah dalam menyusun

sesuatu cerita dari babak satu ke babak seterusnya. Semasa ujian diagnostik pengamatan

dijalankan, Haritharan hanya dapat menjawab 1 soalan daripada 5 soalan yang diberikan

kepadanya yang berkaitan dengan urutan. Murid tersebut mempunyai masalah yang paling

teruk dalam kemahiran turutan dan juga menyusun gambar bersiri. Murid yang bernama

Haritharan tersebut tidak dapat mengingati sesuatu urutan contohnya gambar, cerita ataupun

susunan huruf-huruf. Dalam kemahiran ini, Haritharan hanya mendapat 1 markah sahaja. Hal

ini mungkin kerana dia mempunyai masalah tidak dapat menyusun mengikut turutan yang betul

seperti yang terdapat dalam ciri-ciri murid-murid pemulihan. Semasa ujian ini dilakukan, dia

kelihatan seperti tidak dapat melengkapkan dengan turutan yang terdapat dalam gambar-

gambar yang diberikan dan teragak-agak dalam menulis jawapan.

Untuk membantu dan menilai masalah pengamatan penglihatan Haritharan dalam

komponen turutan, Saya menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan masalah

pengamatn penglihatannya. Saya menghasilakan alat bantu belajar ini mengikut tiga peringkat

iaitu peringkat aras tinggi, sederhana dan rendah untuk murid tersebut dalam kelas saya.

Kesukaran pengamatan merupakan kepayahan mengenal pasti maklumat daripada tindak balas

panca indera dengan bantuan kuasa intelek. Masalah utama murid tersebut adalah dalam

mengenali urutan. Oleh itu, saya menghasilkan 3 alat bantu belajar yang diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran peringkat demi peringkat kepada murid tersebut.

Saya menghasilkan 2 alat bantu belajar yang berkaitan dengan komponen turutan dan

satu alat bantu belajar iaitu gambar bersiri untuk peringkat aras tinggi bagi membantu murid

dalam kelas saya. Dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, saya akan membantu

murid ini dengan memberi susunan gambar yang tidak mengikut urutan yang betul. Haritharan

akan menyusun gambar dalam alat bantu belajar itu. Dengan menghasilkan alat bantu belajar

ini, ianya sedikit sebanyak akan menarik minat murid tersebut dalam pembelajaran. Hal ini

15

Page 16: Tugasan pengamatan

kerana murid-murid pemulihan lebih gemar bergerak dan suka akan bahan-bahan maujud yang

dapat mereka lihat dan pegang. Selain daripada itu, bahan bantu mengajar ini dapat membantu

murid tersebut yang mengalami masalah dalam pengamatan penglihatan, aktiviti ini juga dapat

membantu murid tersebut dalam mengenal turutan.

Tujuan alat bantu belajar ini adalah untuk melatih murid tersebut supaya dapat

mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. Alat bantu belajar ini akan membantu

murid tersebut untuk mengingat sesuatu cerita atau peristiwa mengikut susunan seperti

susunan gambar atau beberapa huruf dalam perkataan. Alat bantu belajar yang dihasilkan oleh

saya adalah susunan gambar yang tidak teratur. Oleh itu, murid yang mengalami masalah

dalam komponen turutan itu akan meyusunkan gambar-gambar tersebut dalam susunan yang

betul. Mula-mula saya akan memberi aktiviti turutan yang senang. Oleh itu, saya akan

menggunakan alat bantu belajar peringkat aras rendah untuk membantu murid tersebut. Dalam

peringkat aras rendah, murid tersebut akan menyusun gambar kitar hidup rama-rama mengikut

nombor. Dalam alat bantu belajar ini, saya akan memberi hanya 4 gambar sahaja untuk murid

tersebut menyusun mengikut urutan. Oleh itu, murid itu akan lebih mudah untuk menyusun

gambar-gambar tersebut mengikut urutan yang betul.

Selepas murid tersebut dapat menjawap dengan menyusun urutan gambar dengan betul

dalam peringkat aras rendah, saya akan menggunakan alat bantu belajar untuk aras

sederhana. Dalam alat bantu belajar ini, saya akan memberi gambar kirat hidup seekor ayam.

Dalam alat bantu belajar ini, Haritharan akan menyusun gambar mengikut turutan yang betul.

Dalam peringkat sederhana ini pula, saya akan memberi lima gambar untuk membantu dan

menguji masalah pengamatan penglihatan Haritharan dalam komponen turutan. Sekiranya dia

dapat menjawap dengan betul, saya akan meneruskan ke peringkat seterusnya.

Dalam peringkat ketiga iaitu peringkat aras tinggi, saya akan mengahsilkan alat bantu

belajar yang mengandungi gambar bersiri. Saya akan memberi enam gambar yang merupakan

cerita kanak-kanak arnab dengan kura-kura. Gambar ini agak cabar sedikit untuk murid

tersebut. Dia dikhendaki menyusun gambar mengikut urutan cerita dalam susunan nombor

yang teratur. Jika Haritharan berjaya menyelesaikan turutan ini, maka saya dapat memastikan

bahawa masalah pengamtan penglihatannya dalam komponen turutan boleh diatasi.

Terdapat banyak keistimewaan dalam menggunakan alat bantu belajar ini dalam

pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid yang mengalami masalah pengamatan

penglihatan. Alat bantu belajar ini mengandungi gambar yang berwarna-warna supaya menarik

16

Page 17: Tugasan pengamatan

perhatian murid khususnya murid yang mengalami masalah pengamatan penglihatan. Gambar-

gambar ini akan menarik perhatian murid untuk menjawap dengan seronok. Selain daripada itu,

saya dalam alat bantu belajar ini, saya juga memberi gambar yang besar. Gambar yang besar

ini akan memudahkan dalam membantu murid yang mengalami masalah penglihatan untuk

menjawap dengan mudah.

Selain daripada itu, alat bantu belajar yang dihasilkan oleh saya ini juga akan

mewujudkan kemahiran berfikir dalam diri murid tersebut. Ini kerana, semasa menyusun

gambar mengikut urutan yang betul, dia akan berfikir cara penyelesaian yang betul. Dengan ini,

saya dapat mencungkil kemahiran berfikir murid tersebut.

Kesimpulannya, alat bantu belajar yang dihasilkan oleh saya ini mesti akan membantu

murid yang bernama Haritharan dalam kelas saya yang mengalami masalah pengamatan

penglihatan. Dengan menggunakan alat bantu belajar juga, saya dapat meningkatkan

pengamatan penglihatan murid tersebut salam pengajaran dan pembelajaran dalam bili darjah.

Oleh yang demikian, alat bantu belajar sangat penting bagi murid seperti Haritharan untuk

mengatasi masalah pengamatan yang dialami.

17

Page 18: Tugasan pengamatan

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan segelintir murid masih menghadapi masalah lemah dalam aspek

pengamatan. Senario ini dapat dikenal pasti sejak awal tahun lagi melalui latihan-latihan yang

diberikan kepada murid-murid kelas ini. Kebanyakan murid tidak menghantar buku latihan untuk

disemak oleh guru. Ini kerana mereka gagal menyiapkan latihan yang diberikan mengikut

tempoh masa yang diberikan. Berdasarkan buku latihan mereka, diapati mereka lambat menulis

dan tulisan mereka tidak kemas, latihan yang diberikan juga tidak dapat disiapkan dalam

tempoh masa yang agak panjang. Murid yang bermasalah penulisan juga sering memandang

papan hitam berulang kali. Keadaan ini menyebabkan mereka lambat untuk menyalin latihan

yang diberikan.

Dalam mengatasi masalah pengamatan, terdapat banyak seseorang guru boleh

memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk,

penyelarasan bentuk motor-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan

pendengaran. Cara pengajaran pemulihan khas adalah berbeza dengan cara yang digunakan

di dalam kelas biasa. Biasanya murid pemulihan yang menghadapi masalah ini memerlukan

pengajaran secara individu. Dalam menyediakan bahan dan aktiviti, kita sebagai guru perlu

mengambil kira aspek kebolehan, kesediaan dan kemampuan murid itu. Dengan itu proses

pengajaran akan dapat dijalankan dengan lebih efektif dan bermakna kepada murid itu.

Kesimpulannya, jika seseorang guru dapat menggunakan pelbagai kaedah dan bahan

bantu mengajar yang sesuai dengan masalah pengamatan yang dialami oleh seseorang murid

maka masalah tersebut dapat diatasi dengan sempurna. Oleh itu, peranan guru amat penting

dalam mengatasi masalah pengamatan ini.

18

Page 19: Tugasan pengamatan

Refleksi tugasan

Salam sejahtera kepada pensyarah pembimbing semoga berada dalam keadaan sihat dan

sejahtera hendaknya. Saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semasa melaksanakan tugasan kerja

kursus PKU 3104 Kemahiran Pengamatan, saya telah menerima banyak faedah yang berguna

dan baik untuk diri kami sebagai bakal guru. Antaranya, saya dapat mengenal subjek ini dengan

lebih terperinci. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui bahasa kanak-kanak

berkeperluan khas. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap konsep sebenar pengamatan dan

kepentingan kemahiran pengamatan untuk kanak-kanak.

Dari tugasan ini, saya mendapat banyak pengetahuan baru tentang perkembangan

pengamatan seseorang kanak-kanak. Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya

memantapkan pengetahuan mengenai pengamatan seseorang kanak-kanak untuk

memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain mendalami masalah

pengamatan kanak-kanak, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan

mengenai cara-cara membantu kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pengamatan. Ini

adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan

adalah guru yang kritir dan dapat membawa perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran

untuk membantu kanak-kanak mempunyai kemahiran pengamatan yang tinggi. Secara tidak

langsung, saya mempalajari dengan lebih mendalam mengenai tiga jenis pengamatan yang

utama. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semesta

nanti.

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mencari informasi daripada pelbagai sumber

seperti buku-buku yang saya pinjam dari perpustakaan dan juga menggunakan sumber internet.

Selepas itu saya mengumpul maklumat yang berkaitan. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan

oleh pensyarah saya dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membolehkan saya

memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada

masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan ini sangat berguna kepada saya dalam mencurahkan

pengetahuan mendalam tentang pengamatan kanak-kanak. Sekali, saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan

tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

19

Page 20: Tugasan pengamatan

Bibliograf

Buku

Kamarudin Hj. Husin.Psikologi Bilik Drarjah.1997. Utusan Publications& Distributars SND.

BHD.Kuala Lumpur.

Lee Shok Mee. Murid dan Proses Pembelajaran.1995. Kumpulan Budiman SND.BHD.Selangor

Darul Ehsan

Lee Shok Mee. Asas Pendidikan 2 Psikologi dalam Bilik Darjah.1994. Kumpulan Budiman

SND.BHD. Selangor Darul Ehsan

Modul

Modul Pendidikan pemulihan PKP 3104 Kemahiran Pengamatan

Internet

http://www.scribd.com/doc/101641724/Sem-2-Teori-Pengamatan (diakses pada 08 .3 .2014)

https://www.google.com.my/webhp?source=search_app#q=kepentingan+

+kemahiran+pengamatan+dalam+bilik+darjah (diakses pada 08 .3 .2014)

http://www.scribd.com/doc/64239452/AKTIVITI-PENGAMATAN-PENGLIHATAN

(diakses pada 12 .3 .2014)

http://pemulihanlinustegar.blogspot.com/2012/11/aktiviti-aktiviti-kem-linus-2011.html

(diakses pada 20 .3 .2014)

20

Page 21: Tugasan pengamatan

21

Page 22: Tugasan pengamatan

INSTRUMENT PENTAKSIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN MURID

SJK(T) LADANG VALLAMBROSA, KAPAR, SELANGOR

NAMA: Haritharan A/L Parimalan

KELAS: TAHUN 2

22

Bil Kemahiran Bilangan Soalan

1 Diskriminasi yang sama 10

2 Diskriminasi yang ganjil 10

3 Diskriminasi saiz 5

4 Ingat kembali 5

5 Orientasi kedudukan 5

6 Turutan 5

7. Menyudah atau melengkapkan 5

8 Menyalin 5

9 Rajah latar belakang atau bertindih 5

10 Gambar bersiri 5

11. Kekalan atau keabadian bentuk 5

12. Mazing atau mencari jalan keluar 5

13 Benda tersembunyi 10

14 Pembalikan 5

Page 23: Tugasan pengamatan

SENARAI SEMAK PENGAMATAN PENGLIHATAN.

Bil Aktiviti/ x

1. Mendiskriminasikan objek mengikut saiz .1. Besar/kecil2. Panjang/pendek3. Tinggi/rendah

/

2. Mendiskriminasikan objek mengikut bentuk1. Bentuk yang sama2. Bentuk yang tidak sama

/

3. Mendiskriminasikan objek mengikut warna /

4. Mengecam objek/gambar yang sama

5. Mengingatkan kembali urutan objek/gambar x

6. Menlengkapkan lukisan/gambar/titik x7. Mencari gambar atau objek yang tersembunyi

/8. Mencari jalan keluar9. Mengumpulkan kumpulan objek yang sama banyak. /

10. Menyambung titik –titik pada gambar

/

11. Menekap, meniru bentuk

1. Huruf,

2. Suku kata

3. Perkataan

/

12. Menulis dan menyalin huruf, sukukata, perkataan secara

terkawal

/

13. Menyalin dan menulis ayat mudah /

Kemahiran Skor

/ - menguasai

X – Tidak menguasai

23

Page 24: Tugasan pengamatan

ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN

Nama murid : Haritharan A/L Parimalan

Kemahiran Bilangan Soalan

1 Diskriminasi yang sama 9/10

2 Diskriminasi yang ganjil 9/10

3 Diskriminasi saiz 5/5

4 Ingat kembali 4/5

5 Orientasi kedudukan 5/5

6 Turutan 1/5

7. Menyudah atau melengkapkan 4/5

8 Menyalin 4/5

9 Rajah latar belakang atau bertindih 5/5

10 Gambar bersiri 1/5

11. Kekalan atau keabadian bentuk 4/5

12. Mazing atau mencari jalan keluar 2/5

13 Benda tersembunyi 7/10

14. Pembalikan 4/ 5

24

Page 25: Tugasan pengamatan

Penghargaan

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini kami mengambil kesempatan untuk

mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah PKP 3104 Kemahiran Pengamatan iaitu

En. Fauzi Bin Hassan yang mengajar dan membimbing saya dengan memberi tunjuk ajar

bagaimana cara membuat tugasan ini.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang

memberi sokongan moral kepada saya. Mereka juga membantu saya dari segi kewangan untuk

menyiapkan kerja kursus pendek ini. Saya dapat membuat kerja kursus ini tanpa menghadapi

sebarang masalah dari segi mental dan fizikal. Segala maklumat dan pengalaman yang saya

dapat semasa membuat kerja kursus ini memberi faedah yang banyak kepada diri saya.Sya

dapat meningkatakan tahap penguasaan saya dalam subjek ini.

Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung ribuan terima kasih

kepada rakan – rakan sekelas saya yang berkongsi pendapat dan memberi idea- idea yang

bernas sepanjang menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya. Saya menghargai segala

dorangan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan seperjuangan saya.

25

Page 26: Tugasan pengamatan

Isi kandungan

26

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Penghargaan

2 Bahagian A penulisan EseiSoalan 1 1 - 8

3 Bahagian A penulisan EseiSoalan 2 9 - 14

4 Laporan Amali 15 - 17

5 Penutup/Kesimpulan18

6 Refleksi 19

7Bibliografi 20

8 Lampiran bahan-bahan sokongan daripada keratan akhbar, internet,

Page 27: Tugasan pengamatan

27