proses pembelajaran-pengamatan

48
Proses Pembelajaran Pengamatan PSIKOLOGI

Upload: bbadrul

Post on 26-Jun-2015

801 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Pembelajaran-pengamatan

Proses Pembelajaran

Pengamatan

PSIKOLOGI

Page 2: Proses Pembelajaran-pengamatan

Definisi Pengamatan

“Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yanglama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.”

(Mohd. Salleh Lebar, 1995)

Page 3: Proses Pembelajaran-pengamatan

Definisi Pengamatan

• satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.(Janet W. Learner (1971) -“ Children With Learning

Disabilities”

Page 4: Proses Pembelajaran-pengamatan

Definisi Kamus Dewan (1998)

• Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ deria (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit)

• Rangsangan yang dikesan menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui sistem saraf yang menghubungkan organ deria tertentu dengan otak

• Otak berusaha mentafsir maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman, menginterpretasi dan membentuk gambaran, bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut

Page 5: Proses Pembelajaran-pengamatan

Definisi Kamus Dewan (1998)

• Pengawasan atau penelitian• Sama maksud dengan persepsi-gambaran atau

bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera) atau tanggapan.

Page 6: Proses Pembelajaran-pengamatan

Apakah Pengamatan?

• Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

• Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia.

• Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

Page 7: Proses Pembelajaran-pengamatan

Apakah Pengamatan?

• Satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari.

• Ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Page 8: Proses Pembelajaran-pengamatan

PROSES PENGAMATAN

dengar

sentuhrasa

hidu

lihat

PENTAFSIRAN +

PENGALAMAN LAMPAU

RANGSANGAN KONSEP

Page 9: Proses Pembelajaran-pengamatan

Kilat

Guruh

hujan

Proses pengamatan melalui organ deria(mata)

Rangsangan Organ deria (mata) Otak Konsep

Page 10: Proses Pembelajaran-pengamatan

PROSES PENGAMATAN

• Pengamatan melibatkan proses otak menerima maklumat dari deria, menyusun semula maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada pengalaman yang bermakna.

• Pengamatan bukan sahaja melibatkan deria lihat, tetapi juga deria dengar, rasa, bau, kinestetik dan perasaan.

• Ia juga menjangkaui penggunaan deria dan merupakan proses kognitif. Cthnya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu masuk ke dalam mata dan imej objek itu terbentuk di retina. Ia menghasilkan impuls (dorongan/ gerak hati) yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun “dilihat”. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat.

Page 11: Proses Pembelajaran-pengamatan

JENIS PENGAMATAN

• Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran.

• Setiap orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran yang berbeza. Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza.

• Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanyalah suatu alat yang membantu proses penglihatan. Kebanyakan orang tersalah anggap tentang pengamatan.

• Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan ‘apa yang dapat dilihat dengan mata’.

• Sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan pancaindera manusia.

Page 12: Proses Pembelajaran-pengamatan

Tiga Jenis Pengamatan

• Pengamatan Auditori• Pengamatan Visual• Pengamatan Kinestetik-Tactile

Page 13: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN: Penglihatan

Kelemahan Pengamatan Penglihatan• Diskriminasi penglihatan • Penerimaan penglihatan • Perhubungan penglihatan • Ingatan visual (visual memory)

Page 14: Proses Pembelajaran-pengamatan

Masalah penglihatan warna

• Kecacatan penglihatan warna selalunya berkait rapat dengan masalah pada sel-sel penerima retina.

• Kebanyakan penghidap masalah penglihatan warna tidak sedar masalah ini kerana beranggapan orang lain juga melihat warna sama sepertinya.

• Oleh itu, ujian penglihatan warna perlu dijalankan bagi mengenal pasti setiap individu yang mempunyai masalah rabun atau buta warna.

• Masalah penglihatan warna selalunya adalah penyakit keturunan yang tidak boleh diubati, tetapi ada penyakit-penyakit tertentu yang menyebabkan berlakunya rabun warna seperti kencing manis.

Page 15: Proses Pembelajaran-pengamatan

Ujian Ishihara

Buku ujian yang mengandungi angka simbol tertentu yang digabungkan dalam warna-warna tertentu.

Ujian Farnworth D – 15

Ujian penyusunan yang menglibatkan warna tertentu mengikut urutan yang ditetapkan.

Ujian Latern

Ujian menamakan atau memadankan warna tertentu yang dilihat.

Masalah penglihatan warna

Page 16: Proses Pembelajaran-pengamatan

Ujian penglihatan

• Ujian penglihatan cahaya - dilakukan dengan menggunakan lampu suluh kecil yang digerakkan beberapa kali dari mata bayi ketika berumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi akan mengikut dengan gerakan kepala ke mana arah lampu digerakkan

Page 17: Proses Pembelajaran-pengamatan

Ujian penglihatan

Menggunakan mainan yang sederhana besar

• dilakukan ketika bayi berumur tiga hingga empat bulan. Letakkan alat mainan (seelok-eloknya yang mengeluarkan bunyi) tersebut di hadapan bayi, Bayi akan cuba mencapai alat mainan tersebut.

Page 18: Proses Pembelajaran-pengamatan

Ujian penglihatan

Mengunakan gula-gula manik - dilakukan semasa bayi berumur 6 - 7 bulan.

Letakkan gula-gula manik yang berwarna-warni pada tapak tangan anda di hadapan bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cuba mengutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz gula-gula yang berbeza.

Page 19: Proses Pembelajaran-pengamatan

Ujian penglihatan

Memadankan gambar-gambar yang serupa – dilakukan dengan menggunakan dua set

gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak berumur 2-3 tahun pada jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak sudah mula bercakap, suruh dia sebutkan objek yang ditunjukkan atau padankan gambar yang tunjukkan.

Page 20: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN : Pendengaran

Page 21: Proses Pembelajaran-pengamatan

Kelemahan Pengamatan Pendengaran

• Diskriminasi pendengaran • Penerimaan pendengaran (auditori reception) • Perhubungan pendengaran (auditori

association) • Rumusan / melengkap pendengaran • Cantuman bunyi atau percantuman

pendengaran • Ingatan pendengaran (auditori memory)

Page 22: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN: Pendengaran

KURANG PENDENGARANApakah dia kurang pendengaran?• Pendengaran yang tidak jelas atau tidak dapat

mendengar dengan sepenuhnya disebabkan kerosakan satu atau kedua belah telinga.

• Kurang pendengaran mungkin berlaku ke atas kanak-kanak di dalam pelbagai situasi.

• Kadangkala kekurangan ini dapat dikesan oleh ibu-bapa atau guru pendidik.

Page 23: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN: Pendengaran

Apakah tahap-tahap dan jenis-jenis kurang pendengaran?

• Terbahagi kepada 5 tahap keterukkan (bergantung kepada ujian pendengaran);– Gangguan pendengaran– Hilang pendengaran yang sederhana– Hilang pendengaran yang sederhana dan serius– Hilang pendengaran yang serius– Hampir pekak

Page 24: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN: Pendengaran

Ada 3 jenis hilang pendengaran :

• Hilang pendengaran konduktif• Hilang pendengaran sensorineural• Hilang pendengaran kombinasi konduktif dan

sensorineural

Page 25: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN: Pendengaran

Apakah sebab hilang pendengaran ?• Sebab-sebab keturunan semasa kehamilan (gejala-gejala

yang telah dikenalpasti yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pendengaran adalah ‘Waardenburg s syndrome,

• Alport’s syndrome, Klippel-Feil syndrome, Usher’s syndrome). Pesakit dilahirkan di

dalam keadaan ketiadaan saluran telinga.• Sebab-sebab semasa kehamilan (insiden berlaku sebelum

dan semasa kelahiran) seperti jaundis yang teruk, pramatang yang teruk dan terlalu kecil sewaktu dilahirkan.

Page 26: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN: Pendengaran

Apakah sebab hilang pendengaran ?• Jangkitan yang berlaku semasa kehamilan seperti

campak, jangkitan telinga tengah• yang berulang kali dan jangkitan di otak.• Kecederaan pada kepala• Kesan ubat-ubatan terhadap pendengaran seperti

(kanamycin, gentamycin,• streptomycin)• Terdedah pada bunyi bising yang kuat dan berpanjangan• Bocor/pecah pada gegendang telinga

Page 27: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN: PendengaranBilakah masanya hilang pendengaran patut disyaki?

• Tidak bertindak balas samada kepada bunyi perlahan atau pun kuat

• Menunjukkan masalah perilaku yang berubah sebagai contoh: tidak menurut perintah disebabkan tidak mendengar arahan atau pun bebal, meragam dan kencing malam.

• Tidak dapat bertutur mengikut peringkat umur• Gagal bertutur dengan normal• Lembab dalam pembelajaran (tidak berupaya untuk belajar)• Pencapaian yang tidak memuaskan

Page 28: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN: PendengaranBagaimanakah hilang pendengaran dirawat• Semua kanak-kanak perlu menjalani ujian saringan pendengaran. • Rawatan adalah bergantung kepada jenis, punca jangkitan dan

tahap hilang pendengaran. Rawatan secara perubatan atau pembedahan.

• Pendekatan perubatan melibatkan:– Sesi terapi pertuturan.– Memakai alat bantuan pendengaran.– Menggunakan bahasa isyarat bagi pekak yang kekal (yang tidak

dapat dirawat dengan– cara perubatan atau pembedahan )– Pendekatan pembedahan melibatkan:

• Implan Koklea (bagi mereka yang gagal bertindak balas

Page 29: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN: Pendengaran

Bagaimanakah menolong memulihkan kanak-kanak yang kurang pendengaran?

• Kanak-kanak ini perlu didaftarkan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas dengan Jabatan Kebajikan dan Jabatan Pendidikan untuk:-– Sekolah Khas– Penempatan persekolahan – kelas khas– Terapi pertuturan dengan pakar pertuturan

Page 30: Proses Pembelajaran-pengamatan

PENGAMATAN: Pendengaran

Apakah yang dapat dilakukan bagi mengelak hilang pendengaran

• Langkah pencegahan termasuk– Memberi immunisasi bagi mengelak penyakit haemophilus

meningitis dan jangkitan campak.– Melakukan saringan ujian pendengaran untuk semua kanak-kanak.– Amalkan gaya hidup sihat bagi mengelak jangkitan telinga berulang.– Lakukan pemeriksaan telinga secara berkala.– Guna pencair kahak bagi batuk, selsema dan hidung berhingus– Elakkan dari menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan tahi

telinga.

Page 31: Proses Pembelajaran-pengamatan

Pengamatan : Taktil

Taktil bermaksud rabaan atau sentuhan. Murid seperti ini penyerapan hasil pendidikannya melaui alat sentuhan iaitu tangan atau kulit.

Contoh aktiviti disukai: mengatur ruang pembelajaran, menentukan buah-buahan yang rusak (busuk)

Page 32: Proses Pembelajaran-pengamatan

Taktil

• Belajar dengan cara menggerakkan, dan meraba. • paling baik belajar melalui pendekatan dengan

sentuhan. • Mereka mungkin dianggap hiperaktif, • Dalam pembelajaran, mereka membaca sepintas lalu

untuk mengetahui isi kandungan sebelum duduk untuk membacanya dengan lebih lanjut.

• Suka melakukan sesuatu dengan tangan mereka.

Page 33: Proses Pembelajaran-pengamatan

Characteristics of Tactile• Remember what was done, not what was

seen or talked about. • Don't hear things well.• Touch and movement are important.• Attack things physically (fight, hit, pound).• Learn by imitation and practice.• Touches things to get a sense of them.• Likes to talk about feelings.

Page 34: Proses Pembelajaran-pengamatan

SIFAT PENGAMATAN

1. Pengamatan sering berubah-ubah bergantung kepada perubahan keadaan sekitaran.– Pengamatan berkadar terus dengan perubahan masa

(jam, hari, minggu, tahun dan abad). Apa yang dilihat sekarang sebagai canggih, sepuluh tahun akan datang mungkin sudah ketinggalan. Model-model kereta Mercedes Benz pada masa ini contohnya, akan hanya menjadi klasik pada seratus tahun akan datang (tahun 2103).

– Pengamatan tidak berubah dalam semua situasi (agama dan nilai sejagat akan terus dipertahankan, walaupun masa berubah).

Page 35: Proses Pembelajaran-pengamatan

2. Pengamatan bersifat personal

• Pengamatan memang bersifat personal, sesuai dengan sifat ‘kelainan ragam’manusia itu sendiri ia sangat mempengaruhi apa yang kita lihat. Apa yang A rasa tentang makanan XYZ, mungkin tidak sama dengan B, C, D, E, F dan sebagainya.

• Faktor personal adalah faktor psikologi seseorang yang boleh mempengaruhi hasil daripada pengamatannya.

Page 36: Proses Pembelajaran-pengamatan

3. Pengamatan berkesinambungan• Pengamatan bersambung-sambung dan ia

mengambil tempoh yang lama. Misalnya pengamatan kita terhadap dadah boleh diumpamakan sebagai ‘najis’. Maka sampai bila pun, kita akan terus melabelkan (mental set) dadah itu sebagai ‘najis’ yang jijik dan menjijikkan.

Page 37: Proses Pembelajaran-pengamatan

4. Pengamatan amat selektif• Manusia itu sendiri sifatnya memilih. Justeru,

pengamatan juga hanya memilih apa yang dekat dan sesuai dengan kehendak kita. Walaupun apa yang kita lihat itu merupakan entiti penting dalam sesuatu komponen, tetapi jika kita merasakan ia tidak bertepatan dengan kita, maka kita akan menolaknya.

Page 38: Proses Pembelajaran-pengamatan

Jenis Organisasi Pengamatan

1. Persepsi Ruang• Mengandungi ruang dua dimensi dan tiga

dimensi.• Cth; gambar, gambarajah, imej, foto, lukisan• Cth persepsi rangsangan tiga dimensi – benda

konkrit di persekitaran (sisi panjang, lebar dan tinggi)

Page 39: Proses Pembelajaran-pengamatan
Page 40: Proses Pembelajaran-pengamatan

Jenis Organisasi Pengamatan

2. Persepsi gerakan• Dihasilkan daripada rangsangan bergerak dibiaskan

pada retina melalui mata (burung berterbangan di langit, kereta bergerak di jalan raya)

3. Persepsi masa• Bersifat subjektif dan berbeza kerana individu,

perkara masa atau tempat yang berlainan • Cth; situasi sibuk berkerja dan malas berkerja, sibuk

menjawab soalan dalam peperiksaan dan tidak tahu menjawab, seronok atau bosan

• Wujud persepsi ‘masa berlalu cepat’, masa berlalu lambat walaupun kadar masa adalah sama.

Page 44: Proses Pembelajaran-pengamatan

FAKTOR MEMPENGARUHI RANGSANGAN PENGAMATAN

• Keupayaan pengamatan sangat bergantung pada faktor-faktor psikologi, biologi (yang berkaitan dengan pancaindera dan keupayaan otak memproses maklumat) dan sosiobudaya seseorang.

• Antara faktor penting ialah – faktor Pembezaan (kontras)

o melibatkan apa jua yang dapat dibezakan secara kontras oleh deria manusia.

o Benda yang besar lebih mudah dilihat berbanding yang kecil; warna yang garang lebih menarik perhatian berbanding warna yang lembut dan sebagainya

Page 45: Proses Pembelajaran-pengamatan

FAKTOR MEMPENGARUHI RANGSANGAN PENGAMATAN

– faktor penumpuanoAda ahli-ahli psikologi yang menekankan bahawa selagi

tidak ada penumpuan, tidak akano terbentuk pengamatan. Semasa manusia membuat

pengamatan, manusia tidak melayan semua rangsangan yang diterimanya tetapi hanya memilih rangsangan yang tertentu sahaja. Dengan cara ini barulah kita dapat membentuk pengamatan terhadap rangsangan tersebut.

Page 46: Proses Pembelajaran-pengamatan

FAKTOR MEMPENGARUHI RANGSANGAN PENGAMATAN

– faktor penumpuano Apabila kita memilih satu-satu rangsangan, bermakna

bahawa kita menumpukan perhatian kepada rangsangan tersebut. Ini menunjukkan bahawa selepas ada penumpuan barulah terbentuk pengamatan. Penumpuan berlaku apabila pancaindera seseorang itu ditumpukan kepada sesuatu rangsangan pada kadar masa yang membolehkan seseorang itu mengetahui apakah objek atau benda yang dipersepsikan. Tumpuan amat penting bagi orang yang baru pertama kali menerima sesuatu rangsangan. Katakan sebelum ini, ia tidak pernah melihat ‘basikal solar’ sudah tentu masa yang lama amat diperlukan untuk membina dan membentuk satu siri maklumat baru tentang ‘kereta solar’.

Page 47: Proses Pembelajaran-pengamatan

Cara Meningkatkan Kemahiran Pengamatan

1. Meningkatkan kepekaan murid terhadap pancaindera.– Murid bekeperluan khas diberi rawatan– Duduk di bahagian depan kelas

2. Beri peluang kepada murid menggunakan pancaindera sendiri.– Menggunakan pelbagai BBB

3. Memeringkatkan isi pelajaran daripada mudah kepada susah, dekat kepada jauh, tahu kepada belum tahu

4. Latih murid menumpukan perhatian terhadap rangsangan di persekitaran– Gunakan set induksi yang menarik, soalan yang mencabar– Beri masa yang cukup bagi murid memerhati rangsangan

Page 48: Proses Pembelajaran-pengamatan

Cara Meningkatkan Kemahiran Pengamatan

5. Gunakan kaedah inkuiri penemuan supaya murid dapat menggunakan organ deria untuk membuat pengamatan

6. Mulakan pelajaran dengan memberi jangkaan kepada murid untuk meningkatkan pengamatan secara spontan

7. Kaitkan pengalaman sedia ada dengan pelajaran baru – selaras dengan prinsip pengalaman dalam proses pengamatan

8. Gunakan ilustrasi dan demonstrasi berdasarkan prinsip pengamatan