esei tema 4psk 2

7
1.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR. 1.1 Pengenalan Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengandungi tiga lajur, iaitu tema dan tajuk, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti. Lajur ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan. manakala hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diharap dapat dicapai oleh murid pada setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk. Lajur ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran dan mencapai hasil pembelajaran. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi enam tema iaitu sayangi diri, sayangi keluarga, hidup bersama di sekolah dan masyarakat, kenali budaya alaysia, Malaysia Negaraku dan sedia hadapi cabaran.

Upload: ummu-rumaisha

Post on 23-Jun-2015

505 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei tema 4psk 2

1.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN

KEWARGANEGARAAN KBSR.

1.1 Pengenalan

Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan

menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan

murid. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengandungi

tiga lajur, iaitu tema dan tajuk, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti.

Lajur ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini

menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan.

manakala hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan,

kemahiran dan sikap yang diharap dapat dicapai oleh murid pada setiap tahun. Guru boleh

mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan

kandungan tema dan tajuk. Lajur ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai

hasil pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti

lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran dan mencapai hasil pembelajaran.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan

pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang

bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi enam tema iaitu sayangi diri,

sayangi keluarga, hidup bersama di sekolah dan masyarakat, kenali budaya alaysia,

Malaysia Negaraku dan sedia hadapi cabaran.

Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan

tema ini dengan peristiwa atau isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah,

masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia Negaraku boleh diajar dalam

konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan

tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia.

1.2 Tema Kenali Budaya Malaysia

Kenali budaya Malaysia merupakan tema keempat diajar di tahun empat, lima dan enam.

Antara tajuk- tajuk yang diajar pada tahun empat ialah kenali dan apresiasi kekayaan

pelbagai warisan budaya. Sub tajuk dalam bahagian ini pula ialah pakaian dan makanan.

Page 2: Esei tema 4psk 2

Manakala dalam tajuk seterusnya pula kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya

Malaysia mengandungi sub tajuk adab makan dan adab berinteraksi.

Hasil pembelajaran dalam tema untuk tahun empat boleh dibahagiankan mengikut

penekanan terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai. Untuk pengetahuan ada dua iaitu

menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia dan menghuraikan adab sosial

budaya Malaysia dan kepentingannya. Dari segi kemahiran pula ada dua juga iaitu hidup

bersama-sama dalam masyarakat berbilang kaum dan mengapresiasi warisan budaya

sendiri. Untuk nilai juga ada dua iaitu berbangga dengan kekayaan warisan budaya

Malaysia serta menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain.

Terdapat beberapa cadangan aktiviti yang boleh dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran antaranya mempamerkan pakaian dan makanan pelbagai budaya di Malaysia,

berkongsi resepi makanan tradisional pelbagai kaum, mereka ‘pakaian nasional’ yang

menggabungkan ciri- ciri pakaian pelbagai budaya Malaysia, mendemonstrasikan adab

makan masyarakat Malaysia serta menyenarai dan melafazkan kata-kata hormat dalam

bahasa ibunda pelbagai kaum.

Tajuk-tajuk yang diajar dalam tahun lima ialah kenali dan apresiasi kekayaan

pelbagai warisan budaya Malaysia. Antara sub tajuk pula ialah seni tari dan muzik serta

bahasa dan dialek. Tajuk kedua iaitu kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya

Malaysia yang mengandungi sub tajuk adab berpakaian dan adab menziarah.

Penekanan terhadap pengetahuan dalam hasil pembelajaran tahun lima ini ada dua

iaitu mengenal pasti pelbagai warisan budaya masyarakat dan menjelaskan adab-adab

sosial warisan budaya dan kepentingannya. Dari segi kemahiran pula ialah mengamalkan

adab sosial warisan budaya dan hidup bersama dalam masyarakat pelbagai kaum.

Manakala untuk nilai juga ada dua iaitu mengapresiasi dan berbangga dengan kekayaan

warisan budaya Malaysia serta menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain.

Pelbagai aktiviti yang telah dicadangkan untuk pengajaran tahun lima ini antaranya

ialah menghasilkan peta asal usul seni tari dan alat muzik mengikut negeri, mempelajari dan

mengadakan persembahan tarian pelbagai kaum, memainkan lagu dengan menggunakan

alat muzik pelbagai kaum dan melakonkan adab sosial pelbagai kaum.

Seterusnya, tajuk-tajuk yang diajar dalam tahun enam pula seperti kenali dan

apresiasi kekayaan budaya Malaysia yang mengandungi sub-sub topik pertama iaitu agama

Page 3: Esei tema 4psk 2

dan kepercayaan, kedua adat resam dan perayaan. Manakala tajuk kedua pula ialah

tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. Sub topik yang

terkandung dalam tajuk ini ialah diri, keluarga dan sekolah.

Hasil pengetahuan yang dapat dicapai dalam pengajaran tahun enam ini adalah,

pertama, menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia dan kedua pula

menghuraikan kepentingan mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia dan

melibatkan diri dalam usaha mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.

Penekanan terhadap kemahiran juga ada dua iaitu hidup bersama dalam masyarakat

pelbagai kaum serta menghargai kepelbagaian warisan budaya Malaysia. Manakala nilai

yang turut ditekankan pula ialah berbangga dengan keunikan dan kepelbagaian budaya,

menghormati amalan budaya kaum lain dan menghormati kepelbagaian warisan budaya

Malaysia.

Hasil daripada pengtahuan dan kemahiran yang telah dibahagikan ini terdapat

pelbagai cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran

subjek ini, antaranya, seperti membincangkan kepentingan perayaan di Malaysia, membuat

lawatan ke muzium atau tempat sesuai untuk dapat maklumat tentang kebudayaan pelbagai

kaum di Malaysia. Selain itu, guru boleh juga menganjur dan meraikan sambutan hari

perayaan sesuatu kaum di kelas, mengunjungi rumah guru, rakan atau jiran tetangga

pelbagai kaum dan hasilkan catatan tentang budaya yang diamalkan serta membantu rakan

atau jiran tetangga berlainan kaum dalam membuat persiapan menyambut perayaan.

1.3 REFLEKSI

Syukur alhamdullilah, dalam masa yang ditetapkan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik.

Penerangan yang jelas tentang tugasan telahpun diberikan oleh Pn.Baity pada interaksi ke

dua iaitu Sabtu 20 Julai 2013. Kesungguhan beliau memberi penjelasan dan kata-kata

motivasi telah menyuntik semangat saya untuk menghasikan sesuatu yang terbaik.

Pada mula menerima tugasan subjek PSK 3101 ini, saya agak keliru tentang kehendak

soalan. Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana

pengetahuan sedia ada saya tentang Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan amatlah

sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk

cuba menghasilkan tugasan sebaik mungkin.

Bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet, saya dapat mencari

tentang Huraian sukatan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Dalam

Page 4: Esei tema 4psk 2

menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang PendidikanSivik dan

Kewarganegaraan dapat saya kumpulkan dan memperoleh maklumat-maklumat tersebut

melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik danKewarganegaraan dan sumber

internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi

dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Sivik Dan Kewarganegaraan disekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat

membantu kami dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di

peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya saya diberi peluang untuk

mengajar subjek ini.

Pada peringkat permulaan membuat tugasan ini saya telah menghasilkan 16 slaid

semuanya, tetapi setelah berhubung dengan salah seorang rakan sekumpulan, saya amat

terkejut bahawa tugasan yang saya buat agak terpesong dari kehendak sebenar soalan.

Saya amat bimbang tidak sempat menyiapkan tugasan sebelum pembentangan. Akhirnya

dengan berkat bantuan dari rakan, saya telah berjaya juga menyaipkan tugasan berbentuk

slaid power point walaupun ringkas tetapi padat. Saya amat berterima kasih pada rakan-

rakan yang turut membantu saya.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan pelajaran yang menarik jika guru

pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh

murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid-

murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk mengambil bahagian di dalam proses

pembelajaran di dalam kelas.

Saya percaya melalui kreativiti guru, seperti penyediaan bahan menerusi “power

point” ini, proses pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai. Bahan yang disediakan

amat pratikal dan berfaedah untuk perkembangan murid agar keupayaan kognitif mereka

dapat dipertingkatkan dan masalah kebosanan murid juga semakin berkurangan.

Penyediaan “power point” juga telah menambahkan kemahiran saya dalam ICT. Penyediaan

bahan pengajaran menggunakan komputer ini bukan sahaja disediakan untuk memenuhi

tugasan kerja projek, malah akan saya pratikkan seterusnya di dalam kelas. Ini bertepatan

dengan Norhashim et al.(1996) bahawa penggunaan komputer dalam bidang pendidikan

memberi kesan yang besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran.

Berada di bawah bimbingan pensyarah yang sangat prihatin, serta tunjuk ajar yang

murniPuan Baity, membuatkan saya berpuas hati akan tugasan yang dihasilkan. Dalam

melaksanakan tugasan terutamanya berkumpulan mengajar saya erti sabar dan disiplin

Page 5: Esei tema 4psk 2

yang tinggi kerana guru yang benar-benar berjaya ialah guru yang mengibaratkan dirinya

seperti lilin yang terus menyinar diikuti dengan sinaran lilin yang baru. Moga apa yang

dihasilkan benar–benar berkualiti, insyaAllah. “Hujan lebat kilat menyambar, Hingga nampak

pasar dan pecan, Sebarang pekerjaan tekun dan sabar, Apa dihajat Tuhan kurniakan.”

Besar juga harapan saya agar Puan Baity merasa puas hati dengan hasil power point yang

saya sediakan dan pembentangan saya bersama ahli kumpulan saya yang lain. Mudah-

mudahan juga kerja yang kumpulan saya hasilkan menepati kehendak soalan.

Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya lebih menyedari tentang penggubalan

kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa ini,memberi penekanan

kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan

peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir,

berilmu pengetahuan luas dan beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan

berupaya menyelesaika masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini

dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatasi segala

rintangan dan cabaran hidup. Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa

mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan adalah sangat penting bagi membina sebuah

masyarakatyang harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu.