esei spm (set 2)+ analisis+peribahasa

65
Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007 Pendapat Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun,rakyat malaysia menyambut tarikh pengisytiharan kemerdekaan negara. Namun ada segelintir generasi zaman ini tidak begitu menghayati erti disebalik kemerdekaan yang sebenar kerana terlalu alpa dengan kemewahan dan keselesaan hidup yang dinikmati sekarang ini. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu menghayati serti kemerdekaan. Tahun ini mencatat satu lagi lakaran sejarah yang sukar dipadamkan daripada setiap ingatan rakyat Malaysia kerana pada tahun ini negara akan menyambut kemerdekaan untuk kali yang ke-50. Dengan kata lain sudah lebih separuh abad negara kita telah berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan ehsan dan bantuan daripada kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya yang sebelum ini meninggalkan tanda hitam dalam sesi penjajahan ke atas negara kita. Bertitik tolak dari tarikah 31 Ogos 1957, negara Malaysia kini kian maju ke hadapan. Dalam beberapa perkara kedudukan negara kita dilihat sudah mula memberikan saingan kepada negara-negara luar dan nama negara kita sudah mula dikenali di pentas antarabangsa.Pendek kata kita seolah-oleh sudah mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara yang mengorak kemajuan lebih awal daripada kita. Namun, dalam keghairahan kita melaungkan slogan ‘Malaysia Boleh” dan Merdeka!Merdeka!Merdeka! kita antara sedar atau tidak mula dilanda perasaan bimbang tentang gejala keruntuhan moral dalam kalangan segelintir muda- mudi yang dilahirkan pada zaman selepas kemrdekaan. Inilah anak merdeka.Kebanyakan daripada mereka alpa akan tanggungjawab terhadap diri-sendiri dan masa depannya.Generasi muda kini semakin tenggelam dalam kancah keruntuhan moral yang amat serius dan membimbangkan semua pihak.Bagi mereka, “Peduli apa dengan merdeka”. Negara kita telah bebas.Tiada apa-apa yang perlu ditakutkan.Kalau ada sekalipun perkara-perkara buruk yang berlaku, polis dan anggota tentera boleh mengawalnya!

Upload: mun-hong

Post on 01-Jul-2015

1.597 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

PendapatPada tanggal 31 Ogos setiap tahun,rakyat malaysia menyambut tarikh pengisytiharan kemerdekaan negara. Namun ada segelintir generasi zaman ini tidak begitu menghayati erti disebalik kemerdekaan yang sebenar kerana terlalu alpa dengan kemewahan dan keselesaan hidup yang dinikmati sekarang ini. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu menghayati serti kemerdekaan.

Tahun ini mencatat satu lagi lakaran sejarah yang sukar dipadamkan daripada setiap ingatan rakyat Malaysia kerana pada tahun ini negara akan menyambut kemerdekaan untuk kali yang ke-50. Dengan kata lain sudah lebih separuh abad negara kita telah berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan ehsan dan bantuan daripada kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya yang sebelum ini meninggalkan tanda hitam dalam sesi penjajahan ke atas negara kita. Bertitik tolak dari tarikah 31 Ogos 1957, negara Malaysia kini kian maju ke hadapan. Dalam beberapa perkara kedudukan negara kita dilihat sudah mula memberikan saingan kepada negara-negara luar dan nama negara kita sudah mula dikenali di pentas antarabangsa.Pendek kata kita seolah-oleh sudah mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara yang mengorak kemajuan lebih awal daripada kita.

Namun, dalam keghairahan kita melaungkan slogan ‘Malaysia Boleh” dan Merdeka!Merdeka!Merdeka! kita antara sedar atau tidak mula dilanda perasaan bimbang tentang gejala keruntuhan moral dalam kalangan segelintir muda-mudi yang dilahirkan pada zaman selepas kemrdekaan. Inilah anak merdeka.Kebanyakan daripada mereka alpa akan tanggungjawab terhadap diri-sendiri dan masa depannya.Generasi muda kini semakin tenggelam dalam kancah keruntuhan moral yang amat serius dan membimbangkan semua pihak.Bagi mereka, “Peduli apa dengan merdeka”. Negara kita telah bebas.Tiada apa-apa yang perlu ditakutkan.Kalau ada sekalipun perkara-perkara buruk yang berlaku, polis dan anggota tentera boleh mengawalnya!

Pada pendapat saya, setiap warga malaysia, terutamanya generasi muda yang merupakan pewaris bangsa pada m,asa depan perlu menghayati erti sebenar disebalik perkataan kemerdekaan dan mesti menghargai makna kebebasan yang sedang kita kecapi dewasa ini. Menyingkap kembali sejarah kemerdekaan negara, kita sewjarnya berterima ksih kepada para pejuang bangsa yang begitu gigih dan bersusah payah merealisasikan impian mulia ini. Jangan sesekali kita lupa bahawa ada dalam kalangan mereka yang terpaksa bergolok bergadai semata-mata untuk pergi ke London bagi merundingkan hal kemerdekaan. Hakikatnya kemerdekaan yang kita nikmati sekarang ini bukanlah senang untuk diperoleh malah terpaksa melalui pelbagai pahit getir yang kita sendiri sukar membayangkannya. Kata pepatah melayu yang bulat tidak datang bergoleh, yang pipih tidak datang melayang memang bertepatan.

Dalam hal ini, penghayatan kemerdekaan haruslah disemaikan dalam kalangan generasi muda. Hal ini demikian untuk mnyedarkan generasi muda tentang betapa murni dan mulianya pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu.Antara pejuang kemerdekaan tanah ar termasuklah Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock,Tun V.Sambathan, Ibrahim Yaakub, Ishak Haji Mohamad dan ramai lagi yang sememangnya tidak terhiung dengan jari kita yang cuma sepuluh ini. Jasa tokoh-tokoh ini terlalu besar sehingga walau setiap hari kita melafazkan ucapan terima kasih kepada mereka yang

Page 2: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

telah dikandung tanah ini, namun seolah-olah masih belum mencukupi. Pendek kata kehilangan mereka meninggalkan nama yang sentiasa dikenang seperti katan pepatah melayu hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. Janganlah hendaknya apabila gema merdeka dilaungkan pada setiap 31 Ogos, barulah kita mengenang kembali jasa-jasa mereka. Jika inilah realitinya, alangkah malang nasib negara yang mempunyai generasi baru yang hanya tahu kan kata merdeka, tetapi erti kemerdekaan tersebut bercelaru dan tidak difahami.Sebenarnya jasa dan bakti para pejuang hruslah dihargai dan dikenang pada setiap masa.Kita harus berasa bersyukur dapat bernaung di dalam sebuah negara yang bebas dan aman sentosa.

Seperkara lagi, kita seharusnya berbangga kerana negara kita mencapai kemerdekaan tanpa adanya pertumpahan darah.Kita tidak perlu memanggul/menyandang senjata di bahu sebagai syarat wajib untuk membebaskan tanah air tercinta ini daripada belenggu penjajah, jauh sekali untuk berperang. Jika pun ada, hanya semasa menentang keganasan tentera Jepun, Belanda, Ingeris dan komunis.Justeru, generasi baru harus sentiasa diperingatkan akan betapa bernasib baiknya mereka kerna dilahirkan di dalam sebuah negara yang merdeka. Oleh itu, kita semua harus mnghargai dan mempertahankan kemerdekaan ini buat selama-lamanya.

Sehubungan dengan itu, kita maklum bahawa generasi pejuang kemerdekaan mempunyai visi dan ilmu yang cukup tinggi. Mereka bijak menggunakan ilmu dan akal untuk mencari formula terbaik bagi mencapai matlamat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.Mereka mempunyai semangat juang yang tinggi dan sifat setia kawan yang tidak berbelah bahagi. Tanpa mengira keturunan, budaya dan bahasa, mereka bersatu hati dalam menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Baik yang berbangsa Melayu, Cina, mahupun India, matlamat mereka hanya satu iaitu mahu akansebuah negera yang bebas daripada penjajahan.Mereka mengetepikan soal bangsa , agama, dan budaya.Falsafah yang ada pada ketika itu cukup mudah dan jelas, iaitu “dimana ada kemahuan, di situ ada jalan” dan “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung” .Atas kepercayaan bahawa ketiga-tiga bangs utama Persekutuan Tanah Melayu itu dapat mencapai kata sepakat mentadbirkan negara ini, maka penjajah British rela melepaskan bumi bertuah ini kepada anak watan.

Selanjtnya, generasi muda kita perlu juga ditanamkan nilai-nilai kesyukuran terhaap kebebasan yang dikecapi.Mereka perlu dididik tentang harga suatu kemerdekaan.Lazimnya, menusia cepat menjadi pelupa dan alpa.Mereka ahanya akan menghargai sesuatu apabila berlakunya kehilangan.Justeru, anak-anak merdeka perlu diingatkan agar sentiasa mempertahankan kemerdekaan negara tidak kira dalam apa-apa keadaan sekalipun.Sesungguhnya, negara kita adalah tanggungjawab kita.Tidak ada bangsa lain di dunia ini yang sanggup mempertahankan hak dan maruah kita sebagai bangsa yang mereka dan bebas, melainkan diri kita sendiri.

Generasi muda kita perlu juga dicelikkan dengan fakta sejarah bahawa negara kita pernah berada dalam cengkaman penjajah selama hampir 600 tahun selepas tumbangnya zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.Tanah air kita juga pernah berada di bawah pemerintahan penjajah bermula dengan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan berakhir dengan pemerintahan semula Inggeris.Kita sememangnya tidak mahu pisang berbuah dua kali.Oleh itu, menjadi tenggungjawab kita untuk memelihara dan memepertahankan hak kita sebagai bangsa yang merdeka.Kita tetap hidup sebagai bangsa yang mulia dan bermaruah selagi kemerdekaan kita tidak diganggu-gugat. Tuntasnya,

Page 3: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

erti kemerdekaan harus disemat salam jiwa setiap warga kita, khasnya generasi muda serta disyukuri sepanjang zaman.

Industri pelancongan ialah satu bidang yang dapat menjana ekonomi negara dan merancakkan bidang perniagaan. Oleh itu, kerajaan melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2007 sebagai usaha untuk menarik lebih banyak pelancong asing ke negara kita. Beriakan pendapat anda tentang usaha untuk menjayakan kempen ini.

Dasawarsa ini, bidang pelancongan sudah menjadi satu industri yang amat penting bagi setiap negara kerana industri ini mampu menjana pertumbuha ekonomi dan merancakkan kegiatan berteraskan perniagaan, terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan pelancongan. Industri pelancongan agak baru bagi negarakita dan kerajaan memberikan penekanan selepas tahun 1990, apabila Tahun Melawat Malaysia 1990 dilancarkan.Kempen Tahun Melawat Malaysia 1990 mencapai kejayaan yang besar dalam meningkatkan industri pelancongan di negara kita dan sasaran kerajaan untuk menambah bilangan pelancong daripada empat juta orang kepada lima juta orang ke Malaysia tercapai. Apabila Tahun Melawat Malaysia 1994 dilancarkan, kerajaan telah berjaya melepasi sasaran 10 juta orang pelancong walaupun ketika itu prasarana negera mungkin tidak sebaik sekarang. Menyedari kepentingan industri ini, maka kerajaan sekali lagi melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2007 yang bermula pada 1 Januari 2007.Pada pendapat saya, pelbagai usaha perlu dijalankan untuk menjayakan Tahun Melawat malaysia 2007.

Salah satu langkah menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 dan sekali gus menjadikan malaysia destinasi pelancongan ialah semua pihak tidak kira sama ada rakyat biasa, badan bukan kerajaan, pihak swasta, dan pihak kerajaan perlu seia sekata, sehilir semudik, dan serentak seirama, dalam memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik yang mungkin. Pihak yang bertanggungjawab secara langsung dalam industri ini seperti hotel, destinasi-destinasi pelancongan, perkhidmatan pengangkutan dan sebagainya eharusnya lebih bersedia dan berpengalaman untuk menyambut pelancong yang datang ke negara ini sebagai tambahan kepada pelancong dalam negeri yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk bersiar-siar bersama-sama keluarga. Pihak hotel dan agen pelancongan hendaklah pandai menjual pakej percutian mereka bagi memnuhi kehendak yan berbeza dalam kalangan pelancong asing.Bagi rakyat biasa pula, mereka perlu mempamerkan sikap prihatin, ramah mesra, dan mudah menghulurkab bantuan sekiranya diperlukan oleh pelancong.Kita juga berharap agar pemandu pelancong diberikan latihan yang secukupnya supaya mereka mampu memberikan maklumat yang tepat dan betul tentang destinasi pelancongan kita dan berkeupayaan bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahas asing yang lain dengan baik untuk memudahkan lagi komunikasi dan penyampaian maklumat.

Selain itu, pihak yang terbabit secara langsung dalam industri pelancongan hendaklah bersikap jujur dan mencerminkan sikap sebenar kita seperti yang diuar-uarkan dalam iklan pelancongan.Perbuatan mengambil kesempatan terhadap pelancong terutamanya dengan melakukan penipuan tidak mencerminkan budaya rakyat Asia seperti yang kita tonjolkan menerusi iklan pelancongan. Dalam hubungan ini, pihak berkuasa perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan tidak ada lagi

Page 4: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

cerita tentang pemandu teksi yang cuba menipu pelancong atau mengenakan caj yang terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan berlipat ganda. Perbuatan ini akan memburukkan imej negara kita pada kaca mata pelancong asing. Hal yang sama wajar dilakukan oleh sektor lain termasuk restoran dan gerai makanan yang menyediakan pelbagai jenis makanan tempatan yang mungkin diidamkan oleh pelancong asing.Setiap rakyat negara ini perlu menjaga nama baik negara dan peniaga pula tidak mengenakan harga yang tinggi dengan andaian pelancong asing tidak mengetahui harga sebenar.

Usaha lain yang perlu dilakukan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini ialah menambah bilangan polis pelancong dan menempatkan mereka di tempat tumpuan pelancong di seluruh negara. Sebelum tahun 2007, negara kita hanya mempunyai 226 orang anggota polis pelancong di seluruh negara dan jumlah itu amat tidak mencukupi bagi mengawasi 99 lokasi yang menjadi tumpuan pelancong asing. Dengan itu, Polis Diraja Malaysia memerlukan seramai 1 900 orang anggota ditempatkan di 99 buah lokasi yang disenaraikan menjadi tumpuan pelancong. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mihd.Najib Abdul Aziz, mengatakan bahawa keperluan itu sejajar dengan program Tahun Melawat Malaysia 2007 bagi menjaga keselamatan pelancong asing.Tugas anggota polis pelancongan adalah untuk memastikan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kes ragut, mencuri, kes culik dan sebagainyakepada pelancong yang berada di tempat-tempat tumpuan supaya mereka berasa diri mereka selamat bercuti di malaysia.

Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam di bandar-bandar utama perlu ditingkatkan. Bagi mengatasi masalah ini, perkhidmatan bas persiaran bandar raya dua tingkat pertama negara iaitu KL Hop-On Hop-Off memulakan perkhidmatan dengan emmberikan perkdimatan kepada pelancong untuk mengunjungi tempat menarik sekitar ibu kota.Selain sasaran utamanya, iaitu pelancong asing, perkhidmatan bas ini juga diharapkan dapat menarik pelancong domestik(tempatan) untuk mengunjungi 42 destinasi pelancongan menarik di sekitar Kuala Lumpur termasuk Istana Negara, Masjid Negara, Taman Burung, Taman Orkid dan Tasik Titiwangsa. Perkhidmatan bas ini menerapkan konsep naik dan turun pada bila-bila masa di sepanjang laluan perjalanannya.Malah, perkhidmatan bas seperti ini perlu diperluas ke tempat-tempat lain seperti di Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching sebagai daya tarikan tambahan di lokasi berkenaan.

Akhirnya, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil tindakan menjenamakan semula 200 orang pengayuh beca berdaftar supaya pengangkutan itu menjadi pilihan utama pelancong sing ketika melawat Pulau Pinang.Sejajar dengan usaha itu, semua pengayuh beca diwajibkan menghadiri kursus kualiti keterampilan dan kemahiran komunikasi bagi membantu mereka meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.Kursus yang diadakan ini bertujuan supaya pengayuh beca mendapat input dan pengetahuan maksimum tentang peranan mereka apabila berdepan dengan pelancong asing.

Tuntasnya, usaha untuk menarik pelancong asing ke negara kita bukanlah satu tugas yang mudah kerana negara jiran kita iaitu Indonesia dan Thailand termasuk Singapura juga antara negara yang turut mempromosikan negara mereka untuk dikujungi oleh pelancong asing, malah sudah terkenal sebagai tempat pelancongan di rantau ini. Oleh itu, semua pihak perlu menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 ini agar lebih banyak pelancong akan singgah di negara ini sebelum mereka ke negara lain.Malah, sekiranya negara kita dapat memikat hati pelancong yang datang ke

Page 5: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

sini dengan menyediakan segala keperluan dan kehendak mereka dengan baik, maka lebih banyak pelancong akan datang lagi pada masa hadapan. Dengan ini bukan sahaja industri pelancongan kita akan berkembang, malah ekonomi negara juga akan menjadi lebih stabil dan dapat dinikmati bersama.

Surat Tidak RasmiSoalan: Anda mempunyai sahabat di luar negara yang telah menghantar surat kepada anda baru-baru ini.Dalam surat tersebut dia ingin mengetahui tentang kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 dengan lebih lanjut lagi kerana hanya mengetahui tentang perkara tersebut melalui iklan. Jawab surat tersebut.

No.284, Taman Setia Kasih,Jalan Kuala Abai, 08700 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia23 April 2007.

Menemui sahabatku Saudari Kristal yang amat saya rindui dan kini menetap di London. Doa dan harapan saya agar saudari sekeluarga dalam kandungan sihat dan sejahtera sentiasa dalam menjalani rutin-rutin harian.

Saudari,Terlebih dahulu, terima kasih saya tujukan kepada saudari kerana sudi

mencoretkan warkah kepada saya walaupun perkenalan antara kita berlaku secara tidak dirancang, di mana kita bertemu selepas saya secara tidak sengaja terlanggar saudari yang sedang berjalan sehingga menumpahkan air yang dipegang oleh saudari di Munich beberapa bulan yang lalu. Hakikatnya kenangan itu masih segar dalam ingatan saya. Sebenarnya untuk pengetahuan saudari sekembalinya saya dari melancong ke beberapa buah negara di Barat, saya dan keluarga tidak melancong ke luar negara lagi kerana kesuntukan masa, sebagaimana yang saudari tahu bahawa saya bakal menduduki peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini, lagi pula, ayah saya sentiasa sibuk dengan kerja-kerja di pejabat.Walau bagaimanapun kami ada melancong di dalam negara, dan merancang untuk melancong ke New Zealand pada penghujung tahun ini sekiranya tiada aral yang melintang. Berbalik kepada surat saudari yang lepas, saudari meminta saya menceritakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 yang dilancarkan 1 Januari yang lalu.Oleh itu, untuk memenuhi permintaan saudari saya akan menceritakan serba sedikit tentang kempen tersebut.Saudari,

Tahun Melawat Malaysia 2007 adalah kesinambungan kepada kempen yang sama yang telah dijalankan pada tahun 1990 dan 1994. Jadi, ini merupakan kali ketika kempen ini dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelancong asing ke negara ini. Pada tahun ini, Kementerian Pelancongan mensasarkan seramai 20.1 juta orang pelancong akan melawat negara ini.Ketibaan pelancong asing yang pada 1 Januari yang laludisambut dengan penuh tradisi.Malah, seminggu selepas Tahun Melawat Malaysia 2007 Ketiga dilancarkan, seramai lebih 60 000 orang pelancong sudah memasuki negara ini melalui

Page 6: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

semua pintu masuk utama. Oleh itu sasaran Kementerian untuk menerima 20.1 juta orang pelancong asing sepanjang kempen ini akan terlaksana. Untuk memastikan pelancong asing yang datang ke sini dilayan dengan baik, maka Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap agar semua rakyat malaysia memberikan kerjasama kepada pelancong seperti menawarkan perkhidmatan terbaik serta tidak mengenakan bayaran yang berlebihan.Selain itu, ada bebarapa usaha atau langkah yang telah dijalankan untuk memastikan kempen ini berjalan lancar dengan jayanya.Saudari,

Salah satu persiapan awal yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2007 ialah kerajaan meletakkan harapan yang tinggi kepada pegawai dan kakitangan imigresen untuk menunjukkan sikap terbaik, mesra dan sentiasa tersenyum ketika menyambut dan melayan pelancong asing. Hal ini dilakukan oleh kerajaan kerana kakitangan imigresen ialah orang pertama yang ditemui pelancong asing sebaik-baik sahaja mereka menjejakkan kaki di negara ini sama ada melalui udara, laut ataupun darat. Untuk mencapai tujuan tersebut, Jabatan Imigresen telah melatih 1 300 orang kakitangan baru untuk ditempatkan di semua pintu masuk ke negara ini sepanjang kempen ini dijalankan.Sebahagian daripada kakitangan yang sudah dilatih sudah ditempatkan di pintu masuk utama seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA),Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kuching dan Tambak Johor.Manakala, kumpulan kedua ditempatkan sebaik-baik sahaja mereka menamatkan latihan mereka. Selain itu, Jabatan Imigresen juga membuka lebih banyak kaunter di lapangan Terbang, terutamanya pada waktu puncak bagi mempercepat pelancong melepasi kaunter imigresen. Selain Jabatan Imigresen, jabatan lain juga turut mempunyai tanggungjawab dalam menjayakan kempen ini dengan menambah kakitangan mereka bagi membaiki mutu perkhidmatan di jabatan masing-masing.Jadi, kalau saudari berkunjung ke Malaysia, saudari akan kagum dengan layanan pertama yang diterima apabila mejejakkan kaki ke pintu masuk Malaysia.Saudari,

Salah satu lagi usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malasysia bagi menarik pelancong asing ialah pembinaan Ferris Wheel atau buaian pusing yang tertinggi di Asia Tenggara.Buaian pusing yang dibina di Tasik Titiwangsa dekenali sebagai “Eye on Malaysia” dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 6 Januari 2007. Buaian pusing yang mempunyai ketinggian 60 meter dan dibina dengan kos RM30 juta menjadi buaian pusing mudah alih terbesar di dunia. Dengan pembinaa buaian pusing itu, Malaysia telah menjadi negara pertama di Asia Tenggara membina buaian tersebut. Buaian ini akan menjadi tarikan pelancong tempatan dan pelancong asing yang mahu melihat keindahan Bandar Raya Kuala Lumpur dari kedudukan yang tinggi. Buaian pusing ini berbentuk seperti roda basikal,berwarna putih dan berdiri kukuh dengan menggunakan lapan tiang penyokong yang disambungkan kepada dua gandar roda.Buaian pusing yang dibina dengan gabungan teknologi dari Jerman, iaitu negara saudara, Belanda, dan Switzerland, mempunyai 42 gendola dan mampu membawa 336 orang pengunjung atau membawa muatan seberat 400 tan dalam satu pusingan yang mengambil masa 15 minit.Setiap gendola dilengkapkan dengan kerusi panjang dan dapat memuatkan lapan orang penumpang, manakala gendola VIP boleh memuatkan empat orang penumpang.Gendola ini direka khas supaya pelancong dapat melihat pemandangan sekitar Kuala

Page 7: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Lumpur.Buaian pusing ini sudah beroperasi dan dibuka sepanjang tahu n 2007 dengan kadar tambang RM15 untuk golongan dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak, orang tua, dan orang kurang upaya. Saya difahamkan bahawa seramai 5 000 orang pengunjung telah menaiki “Eye on Malaysia” pada hari pertama selepas dilancarkan dan bilangan itu di luar jangkaan.Saudari,

Di samping itu, usaha untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2007 bukan sahaja terletak di bahu kerajaan terutamanya Kementerian Pelancongan sahaja, tetapi memerlukan komitmen daripada semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, dan seluruh lapisan masyarakat. Salah satu agensi swasta yang memainkan peranan penting untuk menjayakan kempen ini ialah syarikat penerbangan.Oleh itu, syarikat penerbangan MAS melakukan sepuluh penerbangan seminggu, manakala AirAsia pula melakukaan tujuh penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh.Hal ini demikian kerana Pengurus Eksekutif Mekong, Discovery, sebuah syarikat ejen pelancongan di Kemboja mengatakan bahawa rakyat kemboja kinimula melancong ke luar negara. Rakyat Kemboja mula berbelanja akibat kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.Selain itu, syarikat penerbangan murah AirAsia Bhd. Memulakan tahun 2007 dengan menewarkan sejuta tempat duduk percuma bagi penerbangan ke 80 laluan di sepuluh negara melalui kempen pemasaran serantau terbesar menerusi semua enam habnya iaitu Kuala Lumpur, Bangkok, Kota Kinabalu, Kuching dan Jakarta.Tambahan pula, AirAsia memperuntukkan RM2 juta bagi kos pengiklanan serantau yang agresif untuk mempromosikan kempen itu sempena Tahun Melawat malaysia 2007 di Malaysia, di Singapura, di Thailand, di Brunei, di Myammar dan di Kemboja. Saya berhar agar saudari akan mengambil kesempatan ini untuk melawat Malaysia pada tahun ini.Saudari,

Akhir kata, saya ingin menyimpulkan bahawa Tahun Melawat Malaysia 2007 adalah untuk memajukan industri pelancongan di negara ini.Oleh itu, saya mendapati semua pihak telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program untuk menyambut kehadiran pelancong asing ke negara ini. Dengan adanya pelbagai aktiviti menarik dan kemudahan yang selesa, saya rasa jumlah pelancong yang datang akan meningkat dari semasa ke semasa.Saya juga berharap agar saudari dan keluarga akan mengambil kesempatan ini untuk melancong ke negara saya, untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan mengkaji budaya masyarakat negara ini yang mempunyai rakyat pelbagai kaum serta menikmati makanan lazat dan merasai buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan,manggis, langsat dan sebagainya yang tidak ada di negara saudari.

Sekiranya saudari ingin melancong ke Malaysia, saya dengan berbesar hati akan membawa saudari ke tempat-tempat yang menarik di sini. Saya juga akan memperkenalkan saudari makanan rakyat malaysia seperti roti canai, nasi lemak, rendang, sate, laksa dan sebagainya.Sekianlah dulu untuk kali ini.Sampaikan salam saya untuk keluarga saudari di Munich.

Salam hormat daripada saya yang jauh,

……………………………………….( Alinna Azurawati Zainal Azman)

Page 8: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Karangan A(Ransangan)Menerokai Angkasa LepasHuraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menerokai bidang aeroangkasa.

Bidang aeroangkasa merupakan bidang yang baru diceburi oleh negara kita dan masih janggal didengar.Kita seolah-olah sedang bertatih( berjalan secara perlahan-lahan) untuk cuba menerokai bidang ini seperti negara-negara Barat seperti Rusia. Secara umumnya, bidang ini mula mendapat perhatian masyarakat dunia ejurus kejayaan kapal angkasa Apollo 11 mendarat di bulan pada tahun 1969. Bertitik tolak dari detik itulah teknologi aeroangkasa ini mula mendapat perhatian di negara kita secara lebih mendalam yakni mulai tahun 1990-an.Sejak itu , pelbagai langkah telah diambil untuk mendalami bidang ini.

Langkah pertama negara untuk menceburi bidang aeroangkasa ini ialah melalui penubuhan Agensi Angkasa Negara(MSA).Penubuhan agensi ini menandakan secara rasminya hasrat kerajaan untuk mendalami bidang aeroangkasa secara lebih serius. Agensi ini ditubuhkan antara lainnya untuk merealisasikan impian negara menghantar angkasawan tempatan menerokai angkasa lepas dan menjalankan kajian tentang ruang angkasa, bak kata pepatah sambil menyelam minum air.

Langkah seterusnya ialah melalui projek MACSAT, iaitu satelit pertama negara untuk dilancarkan ke angkasa lepas. MACSAT kemudiannya ditukar nama kepada RazakSat.Satelit RazakSat berfungsi sebagai satelit pencerapan bumi yang bersaiz mini, iaitu seberat 180 kilogram. Satelit ini mampu menawarkan perkhidmatan untuk mencerap perubahan cuaca dan perubahan pada permukaan bumi, mengkaji kesesuaian tanah,diaplikasi dalam perancangan bandar,kajian pemetaan geologi, dan sebagainya. Yang menariknya,RazakSat ialah satelit pertama yang mengelilingi orbit Khatulistiwa.Satelit ini berjaya dilancarkan pada tahun 2003.

Langkah yang terbaru ialah misi menghantar angkasawan pertama negara untuk menerokai angkasa lepas. Misi ini telah berjaya dilancarkan pada 10 Oktober 2007 apabila kapal angkasa Rusia yang yang dinamakan SOYUZ dilancarkan ke angkasa, dengan membawa tiga orang angkasawan termasuk salah seorangnya daripada negara Malaysia.Dengan usaha sama agensi angkasa lepas Rusia.Pemilihan calon angkasawan negara telah dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara. Selepas mengharungi pelbagai ujian, dua orang calon telah berjaya ke peringkat seterusnya, iaitu Dr. Sheikh Muszaphar dan Kapten Dr.Faiz Khaleed.Mereka dilatih di agensi angkasa Rusia sebelum Dr.Sheikh Muszaphar terpilih untuk menyertai ekspedisi ke Stesen Angkasa Antarabangsa bersama-sama dua orang lagi angkasawan dari Rusia.

Tuntasnya, hasrat negara untuk menjadi negara pelopor di Asia Tenggara dalam menerokai angkasa lepas telah termakbul dan mimpi kita telah menjadi kenyataan.Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita sewajarnya menyokong dan menghulurkan apa-apa saja bantuan kepada pihak yang terbabit dalam menjayakan misi pada masa depan selepas kejayaan Dr.Sheikh Muzaphar yang sudah selamat kembali ke bumi dan membawa pulang pelbagai hasil penyelidikan yang amat bermakna untuk digunakan dalam bidang sains di negara kita. Sebenarnya kalau kita inginkan sesuatu, dan kita berusaha untuk mendapatkannya sudah pasti akan mendapat imbalan yang positif daripadanya tiada yang mustahil untuk dilakukan seperti yang dinyatakan dalam pepatah melayu “kalau hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih” .

Page 9: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Gejala Mat RempitBerikan pendapat anda tentang masalah yang berpunca daripada aktiviti “Mat Rempit”

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kegiatan “Mat Rempit” semakin menjadi-jadi terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.Kegiatan “Mat Rempit” ini bukan sahaja mengundang musibah kepada diri pelakunya, malah membahayakan orang lain. Walaupun pihak polis sentiasa bertindak tegas, namun aksi berani mati mereka tidak pernah berkurang malah semakin menular kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.

Kesan utama yang bakal ditanggung oleh “mat rempit” ialah kemalangan jalan raya. Perlakuan dan cara pengendalian motosikal yang tidak berhati-hati bakal mengundang padah bukan saja kepada mereka, malah kepada orang awam dan pengguna jalan raya yang lain. Aksi lagak ngeri yang dipamerkan sering menjadi punca kemalangan jalan raya.Lebih malang, kemalangan tersebut sering menjadi penyebab kematian kepada kedua-dua belah pihak.

Kegiatan “mat rempit” yang bermaharajalela di jalan-jalan bandar jelas menganggu ketenteraman dan keselamatan awam. Dengan deruan bunyi kuat motosikal yang telah diubah suai, suasana malam yang damai menjadi amat membingitkan telinga warga kota. Bagi warga kota yang mempunyai anak kecil atau bayi, maka sudah pasti bunyi yang singgah di cuping telinga itu menganggu anak-anak kecil tersebut. Selain itu, tingkah laku dan bunyi motosikal yang bising ini sudah tentu memberikan gembaran buruk kepada pelancong asing terhadap negara.

Tindakan mereka yang mencabar kesabaran dan kewibawaan pihak polis ini juga menjadi asas kepada pengembangan gejala keruntuhan akhlak dan perlakuan jenayah. Di sinilah berkembangnya gejala “minah bohsia”.Lebih teruk lagi apabila ada dalam kalangan gadis remaja ini dijadikan “habuan” kepada pemenang dalam sesuatu perlumbaan haram.Selain itu, gejala minum minuman haram turut berleluasa.Misalnya, mereka tanpa segan silu minum minuman haram hingga ada yang sanggup minum air tuak yang dicampur dengan darah labi-labi.

Kesimpulannya, kegiatan perlumbaan haram yang sering dikaitkan dengan “mat rempit” harus dibanteras dengan segera.Hal ini demikian kerana gejala ini sudah menjadi semakin tidak terkawal dan mendatangkan pelbagai musibah.

Soalan:Kegiatan lumba haram yang dahulunya membabitkan sebilangan kecil remaja di bandar sahaja sudah semakin merebak dalam kalangan remaja di luar bandar. Kegiatan kumpulan ini yang dikenali “mat rempat” bukan sahaja menyebabkan kecederaan dalam kalangan mereka,tetapi menyusahkan orang ramai.Tulis rencana tentang kegiatan mat rempit.

Kegiatan lumba haram yang membabitkan golongan remaja yang dikenali sebagai “mat rempit” semakin parah sekarang dan perlu dibendung segera oleh pihak berkuasa supaya gejala ini tidak menjadi barah dalam daging kepada masyarakat. Remaja yang ditahan terbabit dalam kegiatan lumba haram pada tahun 2006 ialah 240 orang Melayu,22 orang India, dan empat orang Cina.Jika dahulu, gejala ini hanya berlaku di bandar besar sperti di ibu negara, tetapi kini, penyakit sosial ini sudah merebak di

Page 10: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

kawasan luar bandar.Jika dahulu, kecederaan dan kemalangan berlaku dalam kalangan mat rempit yang terlibat dalam perlumbaan haram sahaja, tetapi kini, kemalangan dan kematian akibat kegiatan mereka membabitkan pihak ketiga yang tidak berdosa dan tidak ada kaitan dengan kegiatan itu. Bukti tentang kemalangan ini ialah kejadian di Jalan Sultan, Kota Bharu, pada 10 Oktober 2006 menyebabkan seorang budak lelaki berusia tiga tahun mati akibat pendarahan otak selepas dirempuh oleh motosikal kumpulan mat rempit.Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan mengatakan bahawa kegiatan mat rempit amat serius dan melampau kerana mereka bukan sahaja menyerang Balai Polis Kubang Semang, Bukit Mertajam tetapi membaling mercun batu dan mercun bola ke arah anggota polis Kubang Semang pada 17 Oktober 2006. Oleh itu, gejala lumba haram perlu diisytiharkan sebagai musuh negara dan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk membendung kegiatan ini yang melibatkan keselamatan masyarakat dan pelanggaran undang-undang.

Salah satu langkah untuk membendung kegiatan ini ialah pihak penguat kuasa seeprti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan agensi kerajaan lain perlu mengambil tindakan dan mengadakan operasi untuk mengusir kumpulan mat rempit dari jalan raya dan mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.Pada 18 Disember 2006, sebanyak 181 orang mat rempit termasuk 30 orang remaja perempuan ditahan selepas berlumba dan menunggang motosikal secara berbahaya di Jalan Pesisir Laut dalam satu operasi di Kuala Perlis. Timbalan Ketua Polis Negeri Perlis, Asisten Komisioner Abu Bakar Johar mengatakan bahawa operasi dilakukan ekoran kegiatan mat rempit yang semakin melampau di kawasan berkenaan sehingga menganggu keselesaan penduduk setempat dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Dengan itu, operasi seperti itu akan diteruskan dan pihak polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang bersalah termasuk ibu bapa yang memiliki motosikal dan membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.Dalam operasi itu, sebanyak 101 buah motosikal ditahan dan 41 saman atas 71 kesalahan dikeluarkan terhadap penunggang dan pemilik motosikal.

Selain itu, langkah untuk mengawal kegiatan mat rempit ialah ibu bapa yang gagal mengawal anak mereka boleh didakwa dan jika mereka didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman. Ibu bapa penunggang motosikal di bawah umur boleh didakwa kerana cuai atau lalai menjaga kenderaan milik mereka sehingga kenderaan itu ditunggangi oleh anak mereka yang tidak memiliki lesen memandu. Jabatan Pengangkutan Jalan boleh mendakwa ibu baa pemandu kereta dan penunggang motosikal bawah umur walaupun mereka memberikan alasan tidak tahu atau tidak mengizinkan anak menunggang motosikal milik mereka.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Solah Mat Hassan mengatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak menerima alasan ibu bapa yang tidak tahu anak menunggang motosikal tanpa lesen kerana mahu mengelak daripada didakwa. Peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan menetapkan bahawa pemilik kenderaana berdaftar bertanggungjawab untuk menjaga kenderaan mereka.Mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1967, kedua-dua pihak, iaitu ibu bapa dan remaja yang ditahan kerana memandu tanpa lesen boleh didenda hingga RM 2 000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali. Malah, remaja berkenaan juga tidak dibenarkan untuk menduduki ujian memandu selama dua tahun selepas layak mengambil lesen.Manakala, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan

Page 11: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

hukuman penjara selama lima tahun dan denda tidak melebihi RM5 000 untuk kesalahan pertama. Lesen pesalah juga akan digantung, manakala bagi pemegang lesen percubaan(P), lesen itu boleh dibatalkan.

Sekiranya hanya sekadar mengharapkan tindakan tegas Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta hukuman berat terhadap ibu bapa mat rempit tidak dapat menyelesaikan masalah ini sekiranya tidak mendapat kerjasama ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam perlumbaan haram.Ibu bapa perlu menyediakan kegiatan berfaedah yang dapat menjana pulangan ekonomi.Bagi remaja di bandar-bandar ketidakselesaan hidup di kediaman sempit ditambah bilangan ahli keluarga yang ramai menyebabkan mereka tidak betah untuk berada di rumah dan akhirnya mengambil keputusan untuk keluar berseronok bersama rakan-rakan dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti merempit,melakukan jenyah seperti meragut, atau terbabit dengan penyalahgunaan najis dadah.Bagi remja di luar bandar pula, ketiadaan atau keterbatasan pelunag ekonomi menjadi faktor mereka terlibat dalam kegiatan negatif.

Apa yang paling mustahak, kegiatan mat rempit ini hendaklah dibendung dari sekarang supaya tidak merebak dan menjejaskan keselesaan awam.Semua pihak perlu berganding bahu seperti kata pepatah melayu ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni untuk memastikan supaya gejala ini dapat dihentikan. Remaja yang terlibat dalam kegiatan ini hendaklah diberikan kesedaran tentang bahaya yang bakal menimpa mereka sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan.Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas dalam menangani gejala negatif ini daripada terus berleluasa sebelum nasi menjadi bubur.

Pengangkutan AwamSoalan:Bagi meringankan beban rakyat akibat kenakan harga petrol, maka pengangkutan awam di negara ini perlu ditingkatkan.

Sekitar tahun 2007 ini harga minyak petrol telah beberapa kali dinaikkan ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Walaupun pelbagai rungutan didengar datangnya daripada para pengguna namun, mereka tiada pilihan kerana kegunaan petrol ini terlalu besar dalam mengerakkan kegiatan seharian. Oleh yang demikian, hendak atau tidak mereka akhirnya akur dengan peningkatan harga petrol tersebut. Apabila harga petroleum dinaikkan, maka penduduk di negara ini terpaksa berbelanja lebih akibat kenaikan harga sesetengah barang dan mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk membeli bahan api tersebut. Hal ini demikian kerana, kenaikan harga petrol menyebabkan barang-barang yang lain juga turut meningkat. Selain itu, rakyat yang menggunakan kenderaan sendiri juga terpaksa berbelanja lebih untuk membeli petrol atau diesel bagi kenderaan mereka. Oleh itu, untuk mentasai masalah yang dihadapi oleh rakyat di negara ini akibat kenaiakn harga petroleum, maka sistem pengangkutan awam memainkan peranan penting dan perkhidmatan yang ditawarkan oelh mereka perlulah ditingkatkan.

Salah satu perkhidmatan awam yang perlu ditingkatkan ialah perkhidmatan kereta api di negara ini.Perkhidmatan kereta api perlu d

Page 12: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Kepentingan Bahasa Inggeris dalam zaman globalisasi ini.

Sejak kebelakangan ini, mutu pencapaian bahasa Inggeris di negara kita menampakkan kemerosotn yang ketara.Sejak pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menghapuskan aliran bahasa Inggeris, penguasaan para pelajar dalam bahasa Inggeris amat rendah. Hal ini dapat dbuktikan melalui keputusan-keputusan peperiksaan pada tahun-tahun yang lepas. Oleh yang demikian, bekas Perdana Menteri kita,Tun Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk mewajibkan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dalam bidang sains dan matematik Tahun Satu dan Tingkatan Satu mulai tahun 2003. Dalam pada itu, ada pihak yang mengangguk kepala bahawa bahasa Inggeris mempunyai banyak kelebihan tetapi ada pihak yang menggeleng kepala bahawa bahasa Inggeris ialah Bahasa Penjajah.Walau bagaimanapun, bahasa Ingegris haruslah dijadikan sebagai bahasa kedua pentng tidak kira sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah demi kebaikan semua. Jadi, bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam kehudupan rakyat jelata, terutamanya dalam mengejar arus globalisasi tanpa sempadan dewasa ini.

Antara kepentingan bahasa Inggeris termasuklah bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dalam kemunikasi antarabangsa.Hak ini dapat dibuktikan apabila jumlah penutur bahasa Inggeris di seantero dunia mengatasi jumlah penutur bahasa lain seperti bahasa Perancis, Sepanyol, Arab dan Rusia. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa utama yang digunakan semasa seseorang berkomunikasi dengan bangsa asing ialah bahasa Inggeris.Penggunaan bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita berhubung dengan dunia luar malah bahasa ini menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa negara lain. Misalnya, urusan seseorang dengan bangsa asing itu akan berjalan dengan lancar sekiranya seseorang itu menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya.Sebaliknya, urusan seseorang akan menempuh pelbagai dugaan sekiranya seseorang itu tidak petah dalam bahasa inggeris .Hal ini jelas menampilkan kepentingan bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan. Walaupun bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu, namun dalam bidang perniagaan bahasa yang kerap digunakan ialah bahasa Inggeris.Contohnya, bahasa Inggeris digunakan semasa sesuatu perniagaan sedang dijalankan. Menurut kajian, Bahasa Melayu jarang-jarang digunakan semasa urusan perniagaan, hal ini demikian kerana bahasa Melayu kekeurangan istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud dalam perniagaan..Justeru, penguasaan bahasa Ingegris bukan sahaja penting untuk menjamin peluang kejayaan kerjaya malah juga penting untuk menjamin hubungan yang mantap dalam bidang perniagaan.Jikalau bahasa Ingegris tidak dikuasai, maka perniagaan individu, syarikat dan negara akan terbatas.Apabila peluang perniagaan terbatas, hal ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara malah juga menjejaskan hubungan diplomatik dan nama baik negara.Oleh itu, bahasa Inggeris amat penting dalam bidang perniagaan.

Di samping itu, kepentingan bahasa Inggeris yang lain ialah bahasa inggeris merupakan bahasa ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana dlam era globalisasi dan modenisasi ini bahasa inggeris merupakan bahasa sumber yang penting.Sekadar contoh, kebanyakan buku ensiklopedia, buku rujukan, maklumat penyelidikan dan khazanah ilmu yang lain terungkap dalam bahasa Inggeris.Hal ini tidak menjadi masalah bagi golongan yang dapat menguasai bahasa inggeri untuk memahami isi-isi yang

Page 13: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

tercatat dalam bahan bacaan tersebut. Persoalannya, adakah anda faham akan isi0isi yang ingin disampaikan sedangkan tahap penguasaan bahasa Inggeris anda berada pada paras yang menyedihkan? Jawapannya semestinya tidak. Hal ini demikian kerana ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan itu memerlukan tahap penguasaan bahasa Ingegris yang optimum.Dengan ini, tampaklah bahawa penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam menimba ilmu yang tidak pernah akan tamat selagi nyawa bercantum dengan badan.

Bukan itu shaja, bahasa Inggeris penting kerana bahasa ini merupakan bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet. Hal ini demikian kerana masyarakat dapat memperoleh maklumat –maklumat yang terkini supaya masyarakat tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung dengan syarat masyarakat itu dapat menguasai bahasa Ingegris. Malahan mereka juga dapat memahami isi-isi tersurat yang dipaparkan dalam maklumat antarabangsa yang disalurkan melalui satelit ataupun media massa seperti radio,televisyen dan surat khabar.Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat ini, banyak alat teknologi canggih telah dicipta untuk memudahkan perhubungan masyarakat dengan dunia luar seperti internet. Tambahan pula, bahasa Ingegrislah yang tertera dalam laman web.Jadi , bahasa Inggeris haruslah dipandang berat kerana bahasa ini bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet.

Kesimpulannya, bahasa Inggeris ialah bahasa antarabngsa yang sangat penting untuk berhubung dengan bangsa lain, baik dengan masuarakat tempatan mahupun dengan masyarakat dunia luar. Walaupun bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara, namun bahasa Inggeris amat penting untuk kemajuan negara.Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat dan negara mempunyai hubungan yang lebih luas dan mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal ini secara langsungnya mempercepat pembangunan negara.Tambahan pula, kemajuan hanya dapat dicapai dengan cepat sekiranya komunikasi dalam bahasa inggeris berjalan lancar dengan negara-negara maju. Dengan ini, kecemerlangan seseorang individu itu bergantung pada tahap penguasaan bahasa Inggeris.Oleh itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang mustahak dalam menimba ilmu pengetahuan, komunikasi antarabangsa, bidang teknologi dan bidang perniagaan.

Soalan:Pencemaran alam sekitar di negara kita terus meningkat kerana kesedaran orang ramai terhadap kepentingan alam sekitar masih rendah.Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut.

Isu pencemaran alam sekitar semakin hangat dibahaskan sejak kebelakangan ini tidak kira di peringkat negeri mahupun di peringkat antarabngsa.Walaupun pencemaran alam sekitar ini bukanlah perkara yang baru dan sudah lama berlaku, namun hal ini semakin mendapat perhatian dunia kerana kadar pencemaran yang semakin parah. Untuk menggerakkan kemajuan, kebanyakan negara terpaksa mengorbankan alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan.Fenomena ini mengakibatkan negara-neagra maju cuba menyelesaikan masalah ini dengan menuding jari ke arah negara-negara miskin mahupun negara-negara yang sedang membangun sebagai punca utama pencemaran alam sekitar. Pada hakikatnya,dalang dalam masalah ini pencemaran alam merupakan kerakusan manusia untuk mengaut keuntungan dalam masa yang singkat. Mereka ini seolah-olah seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di negara-negara miskin mahupun negara-negara membangun,

Page 14: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

tetapi juga negara-negara maju.Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ini semakin parah? Apa yang berlaku mestilah ada sebabnya kerana kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang?

Faktor yang menyebabkan pencemaran menjadi semakin serius ilah kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini demikian, kerana sesebuah negara bergantung pada sektor perindustrian untuk membawa keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Selain itu, tindakan pengusaha kilang yang mengambil jalan singkat dengan membuang sisa-sisa kilang mahupun toksik-toksik kimia ke dalam sungai atau laut secara langsungnya telah mencemarkan alam sekitar. Mereka tidak mengambil kira kesan jangka panjang yang akan menjejaskan ekosistem sungai dan laut. Kegagalan pengusaha kilang untuk menapis asap yang dikeluarkan daripada cerobong-cerobong kilang mereka, telah mengakibatkan pencemaran udara yang kritikal terutamanya di kawasan bandar.Hal ini demikian kerana asap kilang yang dikeluarkan dari kilang mengandungi oksida sulfur dan bitrogen yang boleh mendatangkan kesan hujan asid. Hujan asid amat berbahaya kepada tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan dinding bangunan terhakis dan seterusnya menjadi usang. Secara tidak langsung, kelalaian pengusaha kilang telah menimbulkan masalah kepada para petani kerana tanaman merekan akan rosak akibat hujan asid.

Di samping itu, jumlah kenderaan yang semakin meningkat di jalan raya meruapakn satu faktor pencenaran alam sekitar. Walaupun perkhidmatan kenderaan awam disediakan untuk memudahkan orang ramai, tetapi orang ramai lebih gemar menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke sesuatu destinasi dengan lebih cepat tapa perlu berhimpit-himpit dengan orang ramai. Untuk mengatasi maslah itu, kerajaan telah melancarkan kempen berkongsi kereta.Namun begitu, kempen ini tidak mendapat sambutan yang baik kerana masyarakat yang keras kepala tidak begitu mengendahkan seruan kerajaan supaya berkongsi kereta ataupun menggunakan kenderaan awam. Hal ini telah memburukkan keadaan dengan asap yang dikeluarkan oleh paip ekzos mengandungi nitrogen oksida,hidrokarbon, dan karbon monoksida yang menyebabkan keadaan berjerebu dan hujan asid berlaku. Tanpa kita sedari, asap daripada ekzos kenderaan memberikan kesan sampingan terhadap tahap kesihatan manusia.Sebagai contoh, pencemaran ini menyebabkan manusia mengalami sesak nafas, kerosakan kulit mata, sakit kepala, penyakit barah, kemandulan, dan kecacatan bayi dalam kandungan. Tegasnya, asap kenderaan yang dikeluarkan oleh kenderaan menjadi punca pencemaran berlaku dan manusia terpaksa menanggung deritanya.

Selian itu, faktor yang mengakibatkan pencemaran alam sekitar ialah kegiatan penerokaan hutan yang berleluasa.Aktiviti-aktiviti pembalakan secara haram dan pembukaan tanah untuk tujuan pertanian telah memusnahkan khazanah alam yang amat berharga.Kecenderungan pihak pembalak untuk mengaut keuntungan menyebabkan kegiatan penerokaan dijalankan tanpa kawalan.Hal ini bukan sahaja telah menjejaskan keseimbangan alam, malah juga menyebabkan hakisan tanah turut berlaku dengan begitu mudah. Tanah yang dihakis ini dibawa oleh air hujan ke sungai-sungai dan seterusnya mencetekkan dasar sungai.Dengan ini, kejadian banjir kilat yang mengandungi lumpur kerap berlaku akibat manusia gagal mengawal mendapan lumpur ini. Di samping itu, kekurangan pokok menyebabkan bertambahnya peratusan kandungan karbon dioksida yang menipiskan lapisan ozon.Apabila lapisan ozon telah menjadi tipis, cahaya ultraungu menyinari bumi.Fenomena ini bukan sahaja

Page 15: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

meningkatkan suhu bumi malah juga menimbulkan penyakit-penyakit seperti barah kulit dan penyakit mata.

Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai atau laut telah menjejaskan kualiti alam.Sampah sarap yang dibuang oleh masyarakat terutamanya penduduk yang mendiami rumah-rumah setinggan dengan sesuka hati tanpa menghiraukan kebersihan persekitaran menggugat nyawa kehidupan akuatik.Kebanyakan hidupan akuatik seperti ikan dan penyu menghadapi masalah kepupusan akibat termakan sampah sarap yang dibuang. Di samping itu pembakaran sampah sarap secara terbuka menghasilkan kepulan asap ke udara dan mencemari udara. Sampah sarap seperti plastik dan polisterin, walaupun ditanam di dalam tanah selama bertahun-tahun, tetapi bahan buangan itu tetap tidak dapat dimusnahkan secara semula jadi. Jikalau sampah sarap tersebut dibakar, sampah sarap ini akan menghasilkan gas yang beracun. Apabila kita bernafas, gas-gas yang bercun ini akan memasuki rongga hidung ke jantung. Gas-gas beracun ini akan merencatkan saraf otak. Malangnya, manusia tidak memikirkan kesan perbuatan mereka yng menyebabkan dunia semakin terancam.

Kesimpulannya, pembangunan yang diinginkan oleh sesebuah negara tidak harus mengorbankan alam persekitaran. Sesebuah negara yang dikategorikan sebagai negara maju bukan hanya dari segi kemajuan sektor perindustrian mahupun alam sekitar sahaja, tetapi kedua-dua aspek haruslah diberikan perhatian yang sepenuhnya.Sebagai para penghuni yang diberikan amanah menjaga bumi ini, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar demi kebaikan bersama. Generasi muda haruslah dididik agar mengutamakan alam sekitar daripada bersikap materialistik.Sekiranya keutamaan terhadap penjagaan alam sekitar tidak mendapat perhatian ramai, nescaya bahawagenerasi yang akan datang ketandusan nilai cinta terhadap alam sekitar.Oleh itu, semua warga bumi haruslah berganding bahu untuk mencintai alam sekitar supaya manusia akan dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Soalan:Mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang masih kurang memuaskan menyebabkan orang ramai lebih gemar menggunakan kenderaan sendiri untuk ke destinasi tertentu sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang kritikal.Berikan pendapat anda tentang cara-cra untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam demi keselesaan orang ramai.

Kesesakan lalu lintas yang dilalui hampir setiap hari oleh pengguna jalan raya merupakan perkara yang lumrah terutamanya di kota-kota besar di negara kita. Hal ini demikian kerana kebanyakan warga kota lebih gemar menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja sehingga bilangan kenderaan di atas jalan raya meningkat berkali-kali ganda dari semasa ke semasa. Walaupun terdapat kemudahan pengangkutan awam disediakan, namun ketidakcekapan mutu perkhidmatan nya menyebabkan orang ramai tidak memberikan sambutan terhadap penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam.Tindaka segera perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam ialah memastikan jadual perjalanan pengangkutan awam mengikut jadual yang telah ditetapkan.Hal ini dapat mengelakkan orang ramai daripada ternanti-nanti ketibaan kenderaan pengangkutan awam. Dengan adanya jadual yang tetap dan tepat, orang ramai boleh merangka jadual perjalanan mereka dan tidak terlewat sampai

Page 16: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

ke tempat kerja.Ketidaktepatan jadual perjalanan kenderaan awam akan menimbulkan masalah kepada orang ramai untuk sampai pada masa yang tepat ke tempat kerja atau ke mana-mana destinasi yang menjadi tujuan mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih gemar menggunakan kenderaan sendiri walaupun terdedah kepada risiko terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Oleh yang demikian, syarikat kenderaan pengangkutan awam yang diberikan hak untuk menjalankan perkhidmatan pemgangkutan awam di sesuatu tempat perlu meneliti dan memastikan perkara ini dilaksanakan dengan betul dan berkesan untuk menarik minat orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka.

Selain itu, keselesaan pengguna juga perlu diambil kira dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam kerana sesetengah kennderaan pengangkutan awam rata-rata tidak memberikan keselesaan kepada pengguna. Umpamanya keadaan yang uzur, kotor, mengeluarkan bunyi yang bising, dan tidak dilengkapkan dengan kemudahan alat pendingin hawa akan menyebabkan para pengguna tidak berasa selesa dan akan terbawa-bawa ke tempat kerja. Syarikat-syarikat pemilik kenderaan awam perlu sedar bahawa para pengguna telah berpakaian kemas untuk ke pejabat dan tidak mahu kekemasan itu terjejas semata-mata kerana mengguankan pengangkutan awam ke tempat kerja. Syarikat kenderaan awam tidak seharusnya hanya memikirkan keuntungan sahaja sehingga mengabaikan kebajikan dan keselesaan pengguna. Untuk menarik minat mereka perlu dijaga dan diambil berat tertamanya dari aspek kebesrsihan.

Di sesetengah tempat yang kepadatan penduduknya kurang, tiada kemudahan pengangkutan awam disediakan dengan alasan tidak menguntungkan syarikat. Seharusnya syarikat pengangkutan awam menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab sosial mereka daripada hanya memikirkan keuntungan sahaja.Untuk menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan awam, laluan perkhidmatan yang disediakan perlu merangkumi semua kawasan supaya tidak menyusahkan pengguna. Hal ini akan menjamin orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka dan tidak bersusah payah menggunakan lebih daripada satu kenderaan awam untuk sampai ke destinasi yng ditujui. Dengan cara ini, masalah keengganan orang ramai menggunkan petkhidmatan awam akan dapat diselesaikan dan dapat meleraikan masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya.

Masalah kesesakan lalu lintas yang berpunca daripada keengganan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam akan dapat diselesaikan dengan adanya kerjasama daripaa semua pihak yang terbabit. Ketidakcekapan dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang rendah perlu ditingkatkan segera demi menjamin kelancaran perjalanan lalu lintas di negara ini. Orang ramai pula mestilah menerima dan patuh akan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Oleh itu, semua pihak perlu sendtiasa memikirkan perkara ini secara positif bersama-sama dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaiknnya.

Page 17: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

GangsterismePunca-punca dan usaha menanganinya.

Punca-punca berlakunya kegiatan gengsterisme

1. Remaja kurang mendapat kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa.- ibu bapa terlalu sibuk bekerja siang dan malam untuk mencari kekayaan sehingga

mereka lupa akan keluarga dan anak-anak.- Remaja yang tidak mendapat kasih sayang serta perhatian ini lebih cenderung

atau mudah terpengaruh untuk terbabit dalam kegiatan gangsterisme.

2. Remaja kurang diberi didikan agama dan moral.- apabila mereka tidak mempunyai asas atau pegangan agama yang kukuh, mereka lebih mudah dipengaruhi atau terikut-ikut akan gejala yang tidak sihat.- mereka begitu mudah dipengaruhi lantaran jiwa dan hati mereka ketiadaan pendinding yang kukuh.- mereka begitu mudah terjebak dalam jenayah seperti gengsterisme.- Mereka belum matang dan baru berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang.

3. Remaja turut terbabit dalam jenayah gengsterisme kerana mereka dipengaruhi rakan sebaya.

- remaja lebih mendengar nasihat rakan sebaya daripada mengikut nasihat ibu bapa.- Oleh sebab terlalu mempercayai rakan sebaya, mereka lebih mudah terpengaruh atau dipengaruhi untuk melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi peraturan dan undang-undang.- para remaja pula selalunya mudah dipujuk oleh rakan sebaya untuk melakukan apa-apa sahaja kerana ingin menunjukkan kehebatan dan kekuatan merea.Mereka juga tidak mahu dianggap lemah dan dayus.( seperti kerbau dicucuk hidung)

Usaha untuk menangani

1. Pihak sekolah seharusnya mengesan pelajar yang terbabit dalam kegiatan peras ugut, buli dan sebagainya.

- Mereka yang didapati terbabit dalam kegiatan itu hendaklah diberi nasihat( di hantar untuk menerima kaunseling) atau dikenakan denda atau hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

- Ibu bapa perlulah dimaklumkan atau dipanggil ke sekolah supaya mereka mengetahui aktiviti anak-anak mereka di sekolah.

- Pihak sekolah haruslah mengambil inisiatif untuk membantu pelajar yang terlibat dengan mengadakan bengkel motivasi untuk memberi kesedaran kepada mereka dan kemudiannya kembali ke pangkal jalan.

- Masalah ini perlu dibendung lebih awal sebelum gejala tersebut berleluasa atau menjadi parah.

Page 18: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

2. Ibu bapa haruslah peka dan berperanan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa dengan sebaik-baiknya.

- Mereka haruslah memastikan anak-anak mereka dididik dengan sempurna serta diberikan kasih sayang yang secukupnya.

- Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka diberi pendidikan agama sejak kecil atau segala kegiatan mereka dikawal sejak kecil

- Ibu bapa mestilah peka akan masalah yang dihadapi oleh anak-anak supaya mereka dapat membantu serta memberi nasihat untuk mengatasi masalah tersebut.

- Menatang minyak yang penuh, melentur buluh biarlah dari rebungnya

3. Kerajaan harus melancarkan program serta ceramah pencegahan jenayah gengsterisme.

- Untuk sedarkan golongan remaja tentang keburukan jenayah gengsterisme.- Mereka yang terlibat sebenernya tidak menyedari kesan atau risiko yang dialami.

Mereka haruslah disedarkan bahawa masa depan mereka akan gelap jika mereka terbabit dalam aktiviti gengsterisme ini.

- Program bertujuan untuk membentuk jati diri para remaja dan menigkatkan semangat patriotik supaya mereka tidak terjerumus dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Karangan:Jenis LaporanLaporan tentang Minggu Sains dan Matematik yang telah diadakan di sekolah anda baru-baru ini.

Laporan Minggu Sains dan Matematik Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur

Pada 5 hingga 9 Julai 2007 yang lalu, Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Sri Cempaka,telah menganjurkan Minggu Sains dan Matematik. Minggu Sains dan Matematik ini berlangsung selama seminggu.Dalam masa seminggu tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan.Objektif(tujuan) minggu ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar seterusnya menarik minat mereka supaya meminati mata pelajaran Sains dan Matematik.Oleh itu, pelbagai aktiviti disediakan supaya dapat disertai oleh pelajar.

Upacara majlis perasmian Minggu Sains dan Matematik ini telah diadakan di dewan sekolah bermula pada jam 7.30 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua sekolah iaitu Puan Farah Salizah.Dalam ucapan perasmiannya, beliau menggalakkan pelajar supaya menyertai setiap aktiviti yang dijalankan.Semasa majlis perasmian, satu pertunjukkan komputer telah diadakan yang memaparkan pelbagai kejayaan dalam bidang sains. Sebagai tanda bermulanya Minggu Sains dan Matematik ini, Kuiz Matematik mengambil tempat sebagai aktiviti pertama dalam minggu ini. Acara ini dikendalikan oleh Puan Jamaliah yang merupakan Guru Kanan Matematik sekolah ini.

Page 19: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Lima hadiah telah disediakan untuk peserta yang dapat mengemukakan jawapan yang tepat.

Pada hari berikutnya, iaitu pada hari Selasa, pelajar-pelajar mengambil bahagian dalam Pertandingan Menghias Makmal. Pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua menghias Makmal Kimia, pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat menghias Makmal Biologi dan Makmal Fizik berada di bawah tanggungjawab pelajar-pelajar Tingkatan Lima. Dalam pertandingan ini, pelajar dikehendaki menceriakan makmal dan seterusnya meletakkan mklumat yang paling sesuai pada setiap papan kenyataan.Kesemua pelajar ini dibimbing oleh guru pelajaran Sains masing-masing. Keputusan pertandingan ini ialah johan disandang oleh pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 , naib johan pelajar Tingkatan 5 dan tempat ketiga dimenangi oleh pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua.

Pada hari ketiga pula diadakan Pertandingan Mendeklamasi Puisi Sains. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Sri Cempaka.Sejumlah 48 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini.Dlam pertandingan ini, mereka bukan sahaja dikehendaki mendeklamasikan puisi tersebut, malah perlu mengarang sendiri puisi yang akan dideklamasikan oleh mereka mengikut kreativiti sendiri. Guru-guru Sains dan Bahasa Melayu menjadi pengadil untuk mengadili pertandingan tersebut. Apa yang lebih membanggakan pelajar yang menjadi johan dalam pertandingan ini akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Puisi Sains Peringkat Daerah. Apabila pengumuman pemenang pertandingan ini diumumkan semua berpuas hati kerana sememangnya Saudari Lim Su-Yin benar-benar layak untuk dinobatkan sebagai pemenang apabila dapat menyampaikan puisinya yang bertajuk “ Ilmu Sains Menjana Mindaku” benar-benar memikat hati pengadil dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Pada hari keempat pula, satu Pertandingan Pameran Sains diadakan di Makmal Biologi. Pertandingan ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar. Sejumlah 18 kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga pelajar tingkatan 4 mengambil bahagian. Pertandingan ini diadili oleh beberapa orang guru yang sememangnya pakar dalam bidang sains dan Teknologi yang diketuai oleh Mr.Pancha.Pemenang tempat pertama ialah Kumpulan Gamma yang diketuai oleh Jun Kai dari tingkatan 3 Terra manakala tempat kedua pula disandang oleh Kumpulan Citra yang diketuai oleh Ramanathan dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan Transformes yang diketuai oleh Mohd Suffiyan.

Majlis penyampaian hadiah untuk semua acara yang dijalankan telah diadakan pada hari Jumaat, iaitu 9 Julai 2007, di dewan yang sama acara perasmian dilangsungkan dan juga hari ini adalah hari penutupan rasmi Minggu Sains dan Matematik. Semua hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Sapura. Dalam ucapan penutupannya, Puan Sapura telah melahirkan perasaan bangganya atas kejayaan gabungan Persatuan Sains dan Matematik menjayakan minggu tersebut tanpa sebarang masalah. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan minggu tersebut.

Laporan disediakan oleh, 18 Julai 2007

………………………….( SITI NORAZLINA MOHAMED)Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik,Sekolah Sri Cempaka,Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Page 20: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Jenayah RagutLangkah-langkah Menangani Masalah Ragut

Marcapada ini, kegiatan jenayah semakin menjadi-jadi khususnya jenayah ragut. Jenayah ini yang ketara berlaku di kota-kota besar menjadi tumpuan orang ramai. Yag lebih membimbangkan, ada kalangan mangsa jenayah ragut kehilangan nyawa sebagai akibat kerakusan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan. Oleh itu, beberapa langkah drastik perlu diambil untuk mengurangkan jenayah ini.

Langkah yang pertama, wanita disarankan agar tidak membawa beg atau tas tangan dan memakai barang kemas yang banyak semasa keluar dari rumah untuk bersiar-siar atau membeli-belah di gedung-gedung perniagaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga yang lain. Cukuplah dengan sekadar membawa dompet kecil yang dapat disimpan dalam saku pakaian agar tidak mudah dilihat.

Seterusnya jika anda benar-benar perlu membawa beg tangan jangan sesekali menyimpan wang yang terlalu banyak di dalamnya. Pastikan bahawa anda membawa wang yang secukupnya sahaja. Jika ada kad kredit, gunakanlah untuk berurusan sama ada untuk membeli-belah atau membayar bil-bil utiliti, tetapi perlu diingatkan bahawa penggunaan kad kredit memerlukan disiplin yang tinggi. Walaupun cara ini menyulitkan, namun cara ini dapat jamin keselamatan diri.

Golongan hawa juga dinasihatkan supaya mempelajari ilmu pertahanan diri untuk persediaan sekiranya berhadapan dengan situasi yang tidak diingini. Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”. Seni pertahanan diri seperti tae kwon do contohnya, jika dipelajari sekurang-kurangnya dapat mempertahankan diri sekiranya berjalan berseorangan tanpa teman. Seni pertahanan ini banyak ditawarkan sejak kebelakangan ini memandangkan kepentingannya yang tidak dapat disangkal.

Seperkara lagi, golongan wanita juga diingatkan tidak melalui kawasan yang sunyi atau laluan yang menjadi tumpuan penjenayah. Sebaik-baiknya gunakanlah laluan yang menjadi pilihan orang ramai walaupun terpaksa berasak-asak. Laluan yang menjadi tumpuan orang ramai jarang sekali menjadi kawasan sasaran penjenayah. Ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan kes ragut yang berlaku di negara kita terjadi di kawasan yang gelap ataupun di kawasan yang laluannya sunyi.

Secara tuntasnya, kegiatan jenayah ragut harus dipantau dan dibanteras hingga ke akar umbi supaya tidak menjadi igauan buruk rakyat. Hal ini sekaligus dapat memberi ketenangan jiwa orang ramai terutamanya golongan hawa yang saban hari terpaksa keluar rumah untuk mencari rezeki ataupun melakukan urusan-urusan lain. Pendek kata, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis lebih baik daripada sudah terhantuk baru tengadah.

Karangan :Jenis BeritaSoalan: Anda ditugaskan untuk menulis berita tentang kempen membanteras nyamuk aedes di negeri tempat tinggal anda.Karangan jenis berita dan rencana mesti ada tajuk dan juga nama penulis rencana atau berita tersebut di bahagian atas sebelum memulakan karangan.

Gerakan Hapus Pembiakan Aedes DiperhebatOleh: Kalamiana Abdullah

Page 21: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

SEREMBAN,28 April – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dengan kerjasam pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap daerah akan memperhebat gerakan bersepadu dalam usaha membanteras tempat pembiakan nyamuk aedes berikutan peningkatan kes demam denggi di negeri ini, sejak beberapa bulan lalu.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan (Kesihatan Awam) , Dr. Muzaffar Bakri Adnan, berkata bahawa kakitangan Jabatan Kesihatan turut membuat semburan asap di sekitar 200 meter dari rumah pesakit demam denggi yang telah dilaporkan. Sebaliknya, beliau berkata, penyakit itu masih terkawal di negeri ini setakat ini. Secara tuntasnya, demam denggi merupakan salah satu masalah kesihatan yang cukup membimbangkan di Malaysia. Penyakit ini disebabkan oleh nyamuk aedes aegypti yang menggigit dan menghisap darah manusia. Sehubungan dengan itu. Orang ramai diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kakitanan jabatan kesihatan sepanjang operasi penyemburan dilakukan. Hal yang demikian adalah untuk mengelakkan kawasan yang disyaki menjagi tempat pembiakan nyamuk aedes tidak terlepas daripada semburan asap penghapus nyamuk.

Menurut Dr. Mustafa, Jabatan Kesihatan negeri itu kecewa kerana pernah terjadi seorang penduduk enggan membenarkan rumah mereka disembur asap sedangkan kawasan itu berisiko tinggi kerana terdapatnya kes demam denggi.

“Operasi penyemburan asap ini lebih rumit apabilan dilakukan pada bulan puasa. Penduduk bimbang makanan mereka tercemar, sedangkan perkara ini boleh dielakkan jika makanan itu ditutup rapat,” katanya.

Dr. Mustafa turut mengingatkan penduduk negeri ini supaya menjaga kebersihan di dalam rumah dan di persekitaran rumah dengan memastikan tiada tempat yang boleh menjadi takungan air tertutup rapat manakala tempat saluran air tadahan hujan dan longkang tidak tersumbat. Di luar rumah pula, pastikan tiada pelepah kelapa atau daun kering bersepah-sepah kerana apabila hujan turun, sisa-sisa ini boleh menakung air.

Menurut beliau lagi, “Penjagaan kebersihan perlu diperhebat, terutama pada musim hujan sekarang kerana bekas tadahan seperti tin kosong dan longkang tersumbat mudah menakung air.” Dr. Mustafa turut berkata bahawa aktiviti kawalan penyakit demam denggi sentiasa berterusan sejak awal tahun lalu kerana ancaman penyakit itu sentiasa ada sepanjang tahun jika penduduk tidak memberikan kerjasama dalam usaha menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes.

Walau bagaimanapun, katanya operasi akan diperhebat jika laporan kes denggi meningkat, terutamanya, berikutan musim hujan sekarang yang memudahkan nyamuk Aedes membiak dalam takungan atau tadahan yang dibiarkan berselerak di merata-rata tempat, terutama sekatar kawasan kediaman, tapak pembinaan, dan tempat awam.

Hakikatnya, kajian dan penyelidikan intensif telah dijalankan untuk mencari vaksin bagi melawan virus denggi. Namun sehingga kini, belum berjaya. Oleh sebab itulah, pengawalan vektor merupakan satu-satunya cara terbaik pada masa kini untuk mencegah dan mengawal demam denggi.

Tegas Dr. Mustafa, cara terbaik untuk mencapai tujuan ini adalah denga menghapuskan nyamuk yang mempunyai virus denggi dan mengurangkan juga kepadatan vektor sehingga ke paras serendah yang mungkin. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk maksud ini termasuklah penggunaan semburan isi padu ultraringan (Ultra low-volume spraying) dan pengabusan (fogging) dalam radius 200 meter dari rumah pesakit.

Page 22: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Walau bagaimanapun, Dr. Mustafa menambah lagi, langkah pengawalan dan pencegahan jangka panjang bagi memusnahkan populasi vektor ke paras yang selamat yang tidak memungkinkan penyebaran atau transmisi virus denggi adalah antara langkah yang paling berkesan untuk menyekat demam denggi daripada merebak. Langkah pertama adalah dengan memelihara kebersihan alam sekitar dan menghapuskan sumber-sumber pembiakan nyamuk. Hal ini dapat dilakukan dengan memusnahkan bekas-bekas dan tempat vektor membiak. Di samping itu, penambahan garam atau minyak tanah ke dalam perangkap semut juga dapat mencegah pembiakan nyamuk aedes dalam bekas-bekas ini.

Namun demikian, kawalan secara biologi adalah lebik baik jika dibandingkan dengan penggunaan racun serangga. Ikan-ikan kecil seperti Tilapia nilocita dapat digunakan terhadap nyamuk aedes. Seekor ikan ini yang dimasukkan ke dalam sebarang bekas akan membunuh semua jejentik dalam masa satu hingga dua minggu.

Faktor-faktor yang menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007

Sejak beberapa tahun belakangan ini, sektor pelancongan di negara kita semakin maju. Jutaan pelancong dari serata pelosok dunia mengunjungi kawasan peranginan di negara ini. Hasil sambutan yang amat menggalakkan itu, maka kerajaan mengambil inisiatif untuk melancarkan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 dengan harapan agar sektor pelancongan negara akan bertambah maju,

Antara faktor penyumbang kepada kejayaan Kempen Melawat Malaysia 2007 termasuklah kekayaan dan kepelbagaian panorama alam semula jadi yang indah dan memukau pandangan mata para pelancong terutama yang datang dari luar negara. Hal ini dapat dibuktikan apabila ratusan destinasi pelancongan di negara kita menjadi rebutan para pelancong asing. Masing-masing memuji keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara.

Di samping itu, kepelbagaian etnik, budaya, bahasa, dan juga agama menjadi tarikan para pelancong. Kepelbagaian ini sudah tentu akan menarik kedatangan pelancong luar. Hal ini demikian kerana kepelbagaian latar belakang yang wujud turut mewujudkan kepelbagaian budaya, masakan, permainan tradisional, perayaan, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pelancong asing bukan saja menikmati keindahan budaya, malah dapat menikmati pelbagai masakan dan dapat mengenal kepelbagaian yang wujud di negara ini.

Faktor terakhir untuk merealisasikan hasrat ini ialah melalui promosi yang dijalankan secara besar-besaran di negara-negara yang penduduknya menjadi sasaran promosi. Berdasarkan tinjauan, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah untuk menjayakannya. Antaranya termasuklah memberikan visa selama satu bulan secara automatik kepada pelancong dari negara China dan India.

Kesimpulannya, industri pelancongan negara yang dirangsang melalui Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 sememangnya banyak medatangkan faedah kepada negara. Sesungguhnya, kejayaan kempen ini bukan saja akan memajukan sektor pelancongan negara, malah dapat menaik taraf ekonomi rakyat.

Page 23: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Kelab Buku Sekolah anda menganjurkan Pertandingan Mengulas Novel bersempena dengan Kempen Membaca peringkat sekolah. Anda yang gemar membaca novel ingin menyertai pertandingan itu dan mengulas sebuah novel yang baru anda baca. Dalam ulasan itu, anda ingin menekankan beberapa keistimewaan novel berkenaan. Tulis ulasan anda itu selengkapnya.

Tajuk Novel : Konserto TerakhirPengarang : Abdullah HussainKetebalan: 285 halamanPenerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Pengulas : Siti Maimun binti Hashim

Abdullah Hussain merupakan sasterawan negara yang tersohor. Beliau telah banyak menghasilkan novel dan cerpen. “Konserto Terakhir” merupakan sebuah daripada sejumlah novel yang pernah dihasilkannya. Novel ini pertama kali diterbitkan pada thaun 1980. Pada tahun 2000 novel ini diterbitkan semula dalam bentuk edisi pelajar oleh Utusan Publications & Distributors. Novel ini terpilih sebagai teks komponen sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat Tingkatan Lima.

Saya telah mengambil masa hampir seminggu untuk menghayati keseluruhan novel setebal 285 halaman ini. Saya berasa seronok membaca novel ini kerana cerita yan dipaparkan benar-benar menyentuh perasaan saya.

Dalam novel ini, Hilmi yang berasal dari sebuah kampung di Kedah telah datang ke Kuala Lumpur untuk menumpang di rumah ayah saudaranya, Datuk Johari. Isteri Datuk Johari ialah Datin Salmah. Mereka hanya mempunyai seorang anak , iaitu Hayati. Hilmi yang berpendidikan setakat sekolah rendah dipandang hina oleh Datin Salmah. Semasa di rumah, Hilmi dianggapnya sebagai tukang kebun dan diberi tugas menjaga kebun bunganya.

Walaupun Hilmi tersinggung oleh perlakuan Datin Salmah, namun dia tetap melakukan tugas menjaga pokok-pokok bunga dengan tekun. Berkat keterkunan Hilmi, taman bunga Datin Salmah menjadi cantik dan Datin Salmah mendapat pujian daripada teman-temannya. Sementara itu, hilmi yang meminati muzik berasa sangat gembira apabila mendengar Hayati bermain piano. Hilmi bercita-cita hendak menjadi ahli muzik pada suatu hari nanti.

Dengan pertolongan Mamat, Hilmi mula belajar bermain alat muzik dengan Encik Bakar. Dia belajar secara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui Datin Salmah dan Datuk Johari. Sementara itu, semenjak balik daripada bercuti di Eropah, sikap Hayati terhadah Mohsin, tunangnya dan Hilmi mula berubah. Hayati seolah-olah membenci tunagnya, sebaliknya semakin intim pula dengan Hilmi. Malah, dia memanggil Hilmi dengan panggilan “Bang Mi” walaupun hal ini dibantah oleh ibunya.

Akhirnya, Hilmi keluar dari rumah Datuk Johati kerana Datin Salmah tidak suka melihat hubungannya dengan Hayati semakin rapat. Dia menjadi ahli muzik dalam kumpulan muzik Encik Bakar yang bermain di kelab malam. Dalam masa yang singkat, Hilmi mampu mencipta nama sebagai pemuzik yang baik. Sementara itu, Hayati telah dikahwinkan dengan Mohsin dan mengikut suaminya nerhijrah ke London. Walaupun berjauhan, Hilmi dan Hayati saling berhubungan melalui surat.

Page 24: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Hilmi pula telah berkahwin dengan Azizah, anak Encik Bakar. Namun, perkahwinan mereka tidak bahagia. Azizah yang pernah menjadi penyanyi berasa terkongkong apabila terpaksa menjadi suri rumah sepenuh masa. Akhirnya, mereka berpisah tempat tinggal walaupun belum bercerai.

Hilmi telah diberi kepercayaan untuk memimpin Pertunjukan Orkestra Perdana di Dewan Tuanku Canselor. Malangnya, Hilmi jatuh sakit pada hari pertunjukan itu. Dia terpaksa dibawa ke hospital. Hayati yang tiba-tiba balik dari London telah menggantikan tempat Hilmi. Hal itu dapat dilakukannya kerana selama di London, Hayati telah mempelajari seni muzik.

Semasa di hospital, terbongkarlah rahsia Datuk Johari yang disimpannya sekian lama. Rupa-rupanya, Datuk Johari pernah mengahwini seorang gadis di kampung tetapi dia meninggalkan itu selepas malam pertama mereka bersama. Bekas isteri Datuk Johari itulah yang melahirkan Hilmi. Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari dan Hayati adik tirinya. Berikutan daripada peristiwa itu, Datuk Johari dan Datin Salma menyesali segala yang telah dilakukan terhadap Hilmi. Walaupun mereka berharap agar Hilmi dipanjangkan umurnya, tetapi Hilmi telah menghembuskan nafas terakhir pada suatu subuh.

Salah satu keistimewaan novel ini ialah gaya penceritaan Abdullah Hussain yang menarik. Beliau telah menyusun plot dengan begitu teliti dan menggunakan pelbagai teknik plot seperti saspens, imbas kembali, dan kejutan. Hal ini menimbulkan keseronokan kepada pembaca. Belia telah menyusun cerita dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi dapat menyentuh perasaan pembaca sehingga ketika saya dalam proses menghabiskan novel ini, beberapa kali air mata mengalir mengenangkan nasib malang yang melingkari hidup Hilmi.

Selain itu, pengarang banyak menerapkan nilai murni atau nilai kemanusiaan. Nilai-nilai itu disampaikan melalui watak-watak dalam novel ini, terutamanya watak Hilmi. Hilmi pemuda yang sabar. Walaupun dia dipandang hina oleh Datin Salmah, Datuk Johari, dan Mohsin, tunang Hayati, namun dia tetap bersabar. Hilmi menyimpan perasaan marahnya jauh-jauh dalam hatinya. Selain itu, Hilmi sangat hormat kepada orang tua juga. Walaupun Datin Salmah selalu memandang rendah kepadanya atau bercakap kasar dengannya namun Hilmi tetap menghormati emak saudaranya itu. Hilmi sangat baik hati juga. Sungguhpun dia dilayan sebagai orang gaji, Hilmi tetap memuji Datin Salmah dan Datuk Johari yang mempunyai ikatan persaudaraan dengannya.

Pengarang dapat menggambarkan watak utama, iaitu Hilmi dengan begitu hidup. Hilmi melambangkan manusia yang sanggup berkorban apa-apa saja untuk kemajuan dunia muzik di tanah air. Hilmi meninggalkan lagu-lagu ciptaannya sebagai khazanah bangsa yang tidak ternilai harganya setelah dia pergi selama-lamanya menyahut seruan ilahi.

Pada pandangan saya, novel ini memang wajar dibaca oleh semua remaja. Dengan menghayati novel ini, pembaca akan mendapat gambaran tentang citra pemuda yang bercita-cita tinggi. Setelah meraih kejayaan, dia tidak sesekali berasa sombong atau suka mendabik dada. Nilai-nilai yang ada pada Hilmi sewajarnya dijadikan teladan untuk menempuh hari-hari mendatang yang penuh dengan pancaroba.

Page 25: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Malaysia selepas 50 tahun Mencapai Kemerdekaan

Kini, genaplah sudah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.Dalam tempoh tersebut, banyak kejayan telah diraih dan ditempa terutamanya dalam bidang ekonomi,pendidikan , sosial, kesihatan, politik, dan sebagainya. Yang penting, kita harus bersyukur kerana sudah setengah abad negera bebas daripada belenggu penjajahan. Tanpa kemerdekaan, pasti kita tidak mampu merintis kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Sesungguhnya, kemerdekaan telah membolehkan kita merancang dan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk faedah rakyat jelata. Sehingga kini, sebanyak sembilan rancangan raksasa pembangunan negara telah berjaya dijalankan oleh kerajaan dengan bantuan daripada rakyat jelata. Bermula dengan kepayahan yang dihadapi selepas mencapai kemerdekaan hinggalah hari ini pelbagai usaha telah dijalankan untuk mencapai kemajuan.Hasilnya pelbagai pembangunan dan kemajuan dapat dikecapi oleh rakyat jelata tanpa sebarang gangguan. Keadaan ini samalah dengan kata peribahasa melayu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Malah, menerusi kemerdekaan, kita telah mampu mengeluarkan produk sendiri dan membina pelbagai mercu tanda.Jika selama ini kita banyak menggunakan produk dari negara luar,namun kini hasil kepakaran sendiri kita mengeluarkan pelbagai barangan.Antaranya termasuklah kereta nasional Proton Saga dan barangan berteknologi tinggi.Antara mercu tanda tersohor yang berjaya dibina termasuklah Menara Berkembar Kuala Lumpur(KLCC) dan Menara Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan negara.

Walau bagaimanapun kejayaan yang palin penting dikecapi oleh negara ialah keharmonian dan kesefahaman dalam kalangan masyarakat majmuk yang terdiri daripada Melayu, Cina , dan India yang terbina sejak sekian lama.Walaupun pernah berlaku sedikit perselisihan faham, namun hakikatnya, apa-apa sja pergeseran sesama kita telah berjaya diselesaikan dengan amalan semangat musyawarah.Sebagai bangsa yang merdeka dan bebas, kita tidak ingin bersengketa sesama sendiri kerana yang pasti tidak akan ada pihak yang akan memperoleh keuntungan bak kata pepatah menang jadi arang, kalah jadi abu.

Konklusinya, kemerdekaan negara kita harus kita pertahankan dengan apa-apa cara sekalipun. Kita tidak boleh berkompromi dengan anasir-anasir jahat yang ingin memporak-perandakan kita. Kita juga tidak harus membiarkan golongan seperti “ musuh dalam selimut” menganggu gugat semangat persaudaraan yang telah terikat kemas.Jika perkara tersebut berlaku, maka kita sendiri yang akan rugi dan menerima implikasinya.

Kewajaran mempelajari seni pertahanan diri

Seni pertahanan diri merupakan kemahiran atau kepandaian dalam hal mempertahankan dan menjaga diri daripada serangan musuh. Di negara kita terdapat pelbagai jenis seni pertahanan diri yang diwarisi daripada turun-temurun .Antaranya termasuklah karate, taek wan do, wushu, dan aikido.Dahulu, seni pertahanan diri berperanan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.Kini , seni ini diajarkan sama ada di kelab dan persatuan, di sekolah, atau di pusat pengajian tinggi.

Page 26: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Sesungguhnya, seni pertahanan diri begitu penting dan banyak kebaikan.Dalam hal ini, seni pertahanan diri sudah tentu digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh dan penjenayah yang semakin bermaharajalela sejak kebelakangan ini. Penglibatan rakyat dalam seni pertahanan diri sudah tentu dapat menurunkan statistik jenayah yang melibatkan kaum wanita.

Seni pertahanna diri harus dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah dan pusat pengajian tinggi.Pelaksanaan program ini bukan saja melengkapkan diri pelajar dengan ilmu mempertahankan diri, malah dapat meningkatkan disiplin mereka. Selain itu, seni ini dapat mengisi masa para pelajar, di samping dapat mencegah mereka daripada terbabit dalam gejala kurang sihat seperti melepak dan berfoya-foya tanpa haluan dan matlamat.

Selain itu, seni pertahanan diri wajar dijadikan sebagai sebahagian daripada amalan dalam kehidupan kita. Sebenarnya, selain dapat mempertahankan diri, seni ini merupakan suatu senaman juga. Aktiviti latihan yang diamalkan dapat menggantikan aktiviti senaman fizikal. Selain melancarkan peredaran darah, aktiviti ini dapat menyihatkan dan menguatkan anggota badan. Gerak langkah dalam latihan seni ini dapat meningkatkan kecergasan anggota badan dan kecerdasan minda para pengamalnya.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat dapat diperoleh melalui amalan seni pertahanan diri. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia sewajarnya mempertahankan kewujudannya. Sikap meminggirkan seni warisan bangsa ini seharusnya dibuang jauh-jauh dari hati rakyat negara ini.

Amalan nilai-nilai Murni dalam kalangan anggota masyarakat.Keperluan melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murnil

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan rakyat malaysia dilihat semakin kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Amalan yang menjadi antara tunjang dan kekuatan masyarakat, kini dilihat semakin terhakis sebagai akibat daripada proses pembangunan fizikal yang kian rancak saban tahun.Oleh itu, masyarakat harus disedarkan tentang kepentingan amalan ini.

Sesungguhnya usaha untuk melahirkan suatu masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni yang menjadi jati diri bangsa kita harus dipergiatkan lagi.Hal ini demikian kerana sesebuah negara itu benar-benar dianggap maju apabila rakyatnya dapat mengimbangi antara kemantapan pembangunan fizikal dengan kekuatan rohani.Dalam hal ini, kempen “Budi Bahasa Amalan Kita”yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan harus dipuji.

Amalan nilai-nilai murni turut berkepentingan untuk membentuk corak kehidupan dan cara berkomunikasi untuk mempererat jalinan kemasyarakatan.Amalan yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak seperti mengukir secebis senyuman, mengucapkan terima kasih, atau bertanyakan khabar kepada orang di sekeliling kita sedikit sebanyak mampu mewujudkan suatu masyarakat yang mesra dan harmoni.Biarpun kehidupan di tengah-tengah kota menuntut masa dan kudrat yang banyak, namun hal itu bukalah suatu alasan untuk kita tidak mengamalkan nilai murni.

Selain itu, amalan nilai-nilai murni sebenarnya mampu menangkis serangan pihak luar yang memperlekehkan kemurnian Malaysia. Laporan majalah Reader’s Digest yang melebalkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya ketiga paling biadab antara 35 bandar

Page 27: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

raya utama dunia dapat ditangkis dan dinafikan dengan memupuk nilai-nilai murni secara menyeluruh.Walaupun laporan itu dipertikaikan sekeras-kerasnya namun penafian itu wajar dibuktikan kebenarannya dengan memastikan bahawa masyarakat malaysia sememangnya tegar mengamalkan nilai-nilai murni dalam amalan seharian.

Sesunggunya, ketidakseimbangan antara kemantapan pembangunan fizikal dengan kekuatan rohani tidak boleh dibiarkan berterusan kerana keadaan ini mampu menggugat proses pembinaan sahsiah sesuatu masyarakat yang berpersonaliti unggul dan juga usaha merealisasikan Wawasan 2020.

Soalan:Amalan jerja secara gotong-royong perlu dipopularkan semula dalam mastarakat kita. Tindakan ini bukan sahaja dapat mempererat hubungan sesama penduduk bahkan dapat menjimatkan perbelanjaan. Bersetujukah anda dengan penyataan di atas?Jelaskan.

Amalan kerja secara tolong-menolong merupakan suatu bentuk kerjasama untuk membereskan sesuatu pekerjaan yang sukar secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Amalan ini merupakan suatu tradisi masyarakat malaysia yang telah dapat bertahan untuk sekian lama. Walaupun demikian, amalan ini semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita pada dewasa ini kerana sikap manusia sendiri telah berubah.Tidak kira sama ada di kampung mahupun di bandar semangat ini semakin luntur.

Kalau dahulu orang-orang bandar saja yang dikatakan bersikap “seperti enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing” kerana tidak berminat terhadap kerja-kerja kemasyarakatan tetapi kini segala-galanya telah berubah.Setiap perkhidmatan yang ditawarkan ada tanda harganya yang tersendiri dan perlu dibayar upah.Sekiranya tidak sesuatu pekerjaan itu sukar terlaksana. Berdasarkan konsep tersebut, ada segelintir manusia hari ini tidak sanggup lagi meluangkan masa senggang mereka untuk melakukan kerja-kerja sukarela secara percuma.

Antara sebab lain yang menyebabkan semangat ini kian luntur termasuklah perubahan gaya hidup masyarakat itu sendiri. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa unuk membabitkan diri dakam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianggap tidak menguntungkan mereka.

Secara peribadi saya menyokong cadangan ini sepenuhnya.Walau apapun alasan yang diajukan, amalan kerja secara gotong-royong ini perlu dipopularkan semula dalam kalangan masyarakat kita supaya tidak menjadi seperti kera sumbang, yakni tidak mahu dan tidak tahu untuk begaul dengan masyarakat. Sebenarnya banyak faedah yang dapat diperoleh di balik amalan ini berteraskan konsep kerjasama dan muafakat ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan kerja secara gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan latar belakang.Misalnya melalui projek bergotong-royong membersihkan longkang, parit dan semak di sesuatu kawasan perumahan, bukan saja dapat membasmikan penyakit bawaan vektor, malah dapat menjalinkan hubungan mesra antara penduduk. Kata orang tak kenal maka tak cinta.Jika selama ini mereka tidak dapat mengenal antara satu dengan yang lain, namun melalui kegiatan seperti ini mereka dapat bergaul mesra serta saling mengenal. Lantas, bibit-bibit persefahaman,

Page 28: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

kemesraan, dan tolak ansur akan terbit dengan sendirinya apabila penduduk saling mengenal antara satu dengan yang lain.

Perkembangan yang sihat ini sekali gus dapat memeprkukuh perpaduan nasional. Justeru, amalan kerja secara gotong-royong ini perlu diperluas di semua taman perumahan di seluruh negara melalui projek Jiran Sepakat Membawa Berkat dan Projek Rukun Tetangga juga. Usaha murni ini dapat dianggap sebagai penggenap kepada rondaan oleh pihak polis yang tidak dapat meliputi kesemua kawasan perumahan sekali gus pada satu-satu masa tertentu. Dengan ini aspek keselamatan di taman-taman perumahan akan menjadi tanggungjawab penduduk taman masing-masing sejajar dengan cogan kata Taman Perumahan Kita , Tanggungjawab Kita.Malah, semnagta gotong-royong sesama penduduk ini dapat membantu pihak polis Diraja Malaysia(PDRM) mencegah dan mengurangkan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi di taman0taman perumahan di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.

Di samping itu,amalan kerja secara bergotong-royong dapat juga mengurangkan perbelanjaan bagi sesuatu majlis tertentu. Alangkah baiknya sekiranya majlis-majlis kenduri yang diadakan sama ada di desa atau di bandar dapat dijalankan secara gotong-royong.Melalui cara pengendalian sebegini rupa, banyak wang ringgit yang dapat dijimatkan.Misalnya, majlis perkahwinan dan majlis keramaian lain yang dikendalikan secara gotng-royong dengan dengan bantuan jiran tetangga dan sanak-saudara bukan saja dapat meringankan beban tuan rumah malah dapat menimatkan perbelanjaannya.Kata orang, banyak tangan dapat meringankan kerja.

Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasrat murni ini, sikap mementingkan diri sendiri perlu dihakis terlebih dahulu. Jika tidak, usaha untuk emmupuk dan mempopularkan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat kita akan menmui kesukaran. Sesunggunya amalan kerja secara gotong-royong yang menjadi warisan kita perlu dilanjutkan agar menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Tempat-tempat menarik di malaysia untuk tujuan pelancongan( Contoh-conToh)

1. Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), menara berkembar petronas(KLCC), menara kuala lumpur, Pasar Budaya, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Mid Valley Mega Mall, Times Square.(Di Kuala LumpuR)

2. Pantai yang terkenal.Pantai Desaru Di Johor Darul Takzim,Pantai Teluk Kemang, Port Dickson negeri sembilan, Pantai cahaya bulan di kelantan,

3. Kawasan air terjun terkenal-Air terjun kota tinggi, taman templer , air terjun hulu bendul(negeri sembilan), hutan rekreasi- Hutan Rekreasi ayer keroh melaka, Hutan Lipur kancing di Selangor, Hutan Simpan Lenggeng (N9),

4. Tempat bersejarah-makam mahsuri di pulau langkawi, kompleks sejarah di pengkalan Kempas negeri sembilan, Bukit Melawati kuala Lumpur, Lembah Bujang kedah, A Famosa dan bangunan Stadhuys tinggalan portugis dan belanda di melaka, Makam hang tuah, Perigi Puteri Hang Li Po, Bukit China di Melaka.

5. Kawasan peranginan- Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron Highland, Genting Highland, Bukit Bendera di Pulau Pinang,Gunung Kinabalu di sabah.

6. Pulau redang, pulau perhentian, pulau pangkor, pulau tioman, pulau sipadan dll

Page 29: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Soalan:Seni Pertahanan diri lebih banyak membawa keburukan.Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut.

Seni pertahanan diri merupakan kemahiran atau kepandaian dalam hal mempertahankan dan menjaga diri daripada serangan musuh .Antara beberapa jenis seni pertahanan diri termasuklah silat, judo,karate, wushu,silambam,tae kwan do, dan sebagainya. Kepelbagaian jenis seni pertahanan diri ini sekali gus mencerminkan pembabitan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Secara tegasnya, saya tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa seni pertahanan diri ini lebih banyak mendatangkan keburukan.Orang yang mengatakan sedemikian sebenarnya tidak faham akan peranan dan fungsi sukan tersebut. Sebaliknya, seni pertahanan diri banyak membawa faedah kepada para ahlinya.

Meskipun pada zaman dahulu, seni pertahanan diri ini berperanan menjaga diri seseorang daripada serangan musuh, namun kini seni ini lebih berupa salah satu aktiviti sukan bagi mengisi masa lapang anak-anak muda agar tidak disia-siakan dengan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti melepak, mengunjungi kafe siber dan sebagainya. Di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi, suni pertahanan diri dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum.Kini, banyak persatuan belia telah menjadikan kegiatan sukan ini sebagai aktiviti mereka. Malah, seni pertahanan diri juga merupakan salah satu aktiviti di bawah program Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Oleh yang demikian, kini seni pertahanan diri semakin popular dalam kalangan anak muda. Tidak keterlaluan jika dikatakan pelbagai pertandingan seni pertahanan diri sering dianjurkan oleh badan-badan sukan, sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan dari semasa ke semasa. Tujuannya, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengembangkan sukan ini dalam kalangan ahli-ahlinya.

Sesungguhnya, seni ini banyak faedahnya dari segi pembentukan mental dan fizikal anak muda. Gerak dan langkah dalam latihan seni ini merupakan senaman yang dapat menyihatkan badan. Oleh hal yang demikian, seni ini dapat menngkatkan kecergasan kita. Biasanya setiap sesi latihan seni pertahanan diri ini berjalan selama dua jam.Tempoh masa ini dianggap cukup untuk para pelatih menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan serta mencergaskan diri. Setiap minggu latihan akan diadakan sebanyak dua kali.

Dari segi mental, seni pertahanan diri dapat mendidiplinkan seseorang supaya patuh kepada arahan dan peraturan yang ditetapkan. Hal ini demikian kerana seni ini menitikberatkan kepatuhan kepada mahaguru dan segala suruhannya.Ahli-ahli yang tidak dapat akur akan arahan lambat-laun akan tersingkir. Dengan kata-kata lain, seni pertahanan diri dapat memupuk semangat setiakawan dalam kalangan ahlinya dan saling mempercayai antara pelatih dengan mahagurunya.

Di samping itu, seni pertahanan diri mempunyai kebaikan lain seperti dapat membantu ahli menepis serangan daripada penjahat yang tidak dikenali.Sebagaimana namanya, kemahiran dan ilmu yang tersemat pada diri pengamal seni pertahanan diri banyak membantu mereka mematahkan tindakan curi pihak lawan.Itulah kehebatan seni pertahanan diri. Malah, seni ini harus diajarkan kepada anak-anak muda terutama pelajar perempuan sebagai langkah persediaan bagi mencegah tindakan pencabulan atau

Page 30: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

perkosaan oleh pihak-pihak yang tidak mempunyai nilai moral dalam kehidupan, lagi tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.

Namun tidak dapat disangkal, seni pertahanan diri ini juga berkemungkinan juga disalahgunakan oleh ahli-ahlinya yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan diri-sendiri. Dalam hal ini, ilmu yang dipelajari dan dikuasai digunakan ke arah kejahatan, seperti untuk memras ugut, pukul curi, mencederakan pihak lain, membunuh dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hanya segelintir saja mereka yang bertindak sedemikian. Jika tidak, nama baik seni pertahanan diri secara umum sudah tentu akan terpalit sebagai akibat perbuatan dan angkara mereka yang tidak bertanggungjawab.

Seperkara lagi, pembabitan dalam seni pertahanan diri sehingga mengabaikan pelajaran juga merupakan kesan buruk yang tidak sepatutnya berlaku. Para pelatih haruslah merancang masa latihan supaya tidak menjejaskan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru serta masa menelaah dan mengulang kaji pelajaran. Janganlah pembabitan dalam seni pertahanan diri dijadikan sebagai alasan untuk melalaikan tugas utama kita, sebagai seorang pelajar untuk menuntut ilmu demi masa depan.

Kesimpulannya, seni pertahanan diri lebih banyak mendatangkan kebaikan.Pendapat pihak yang mengatakan sebaliknya adalah tidak benar sama sekali dan merupakan pendapat yang tidak berasas dan dilakukan oleh golongan yang tidak menghargai seni yang sudah diwarisi sejak zaman-berzaman. Janganlah kita biarkan seni yang membawa pelbagai kebaikan ini luput ditelan zaman. Jadikanlah seni ini sentiasa kekal selama-lamanya untuk dipelajari oleh generasi masa depan bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Soalan:Amalan Berbudi bahasa dan kesantunan bahasa perlu dipupuk sejak kecil lagi.Ulas penyataan tersebut selengkapnya.

Masyarakat di negara ini, terutamanya masyarakat melayu sememangnya kaya dengan amalan berbudi bahasa dan kesantunan bahasa. Antaranya termasuklah yang muda menghormati yang tua, anak burid menghormati guru, yang kaya menolong yang miskin, dan sebagainya.

Amalan yang diperturunkan sejak zaman-berzaman ini adalah selaras dengan peribahasa yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Hal ini bermakna bahawa amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi.Terbitnya pandangan bahawa amalan berbudi bahasa dan kesantunan bahasa perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi tercetus daripada fenomena lunturnya amalan ini dalam kalangan generasi muda kini.

Umumnya, masyarakat hari ini lebih menekankan aspek kebendaan atau materialisme.Hal ini sekali gus meminggirkan nilai-nilai moral seperti berbudi bahasa, hormat-menghormati, bertolak ansur, merendah diri dan lain-lain lagi. Justeru , terbitlah keperluan untuk menerapkan nilai-nilai ini di kalangan kanak-kanak semasa mereka masih di taman tabika lagi.Umumnya, ibu bapa dikatakan gagal menerapkan nilai-nilai sedemikian dalam jiwa anak-anak mereka. Si kecil lebih mudah mempercayai kata-kata guru apabila mereka melangkah ke alam persekolahan.Lantas tadika dianggap sebagai tapak yang paling sesuai untuk menyemai amalan berbudi bahasa ini. Minda kanak-kanak dapat diibaratkan seperti sehelai kain putih dan dikatakan mudah menerima dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai yang diterapkan oleh uru. Oleh itu, para guru harus memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak.

Page 31: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Tidak menjadi rahsia lagi bahawa kelunturan nilai moral seperti amalan berbudi bahasa dan kesantunan bahasa dalam kalangan anggota masyarakat kini adalah berpunca daripada pengabaian aspek ini sejak zaman kanak-kanak. Kini, kebanyakan ibu bapa sibuk dengan tugas seharian.Mereka menyerahkan tugas menjaga dan membesarkan anak-anak kepada pembantu rumah.Lazimnya, para pembantu rumah yang bertugas tidak dapat menekankan aspek pembentukan budi pekerti dan sahsiah anak-anak.Hal ini kerana di samping tugas menguruskan kebersihan kediaman majikannya, pembantu rumah banyak mempunyai tugas lain seperti memasak, membasuh, mengemas dan menjaga keselamatan anak-anak majikannya. Sebagai akibatnya, masa terluang untuk mereka bermesra dan bermain dengan anak-anak majikan jagaannya agak terbatas.

Oleh hal yang demikian,tugas ini paling sesuai dipikul oleh para guru tadika yang sememangnya menjadi role model terbaik untuk anak-anak kecil.Lazimnya, seseorang anak akan menghabiskan masa dua tahun di tadika. Pemupukan nilai-nilai positif ini diharapkan agar bebrkekalan hingga si anak dewasa. Sekiranya semua tadika dapat memainkan peranan ini, dipercayai bahawa amalan berbudi bahasa dan kesantunan bahasa akan menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi muda pada masa akan datang.

Sesungguhnya masyarakat yang maju tanpa amalan nilai-nilai moral dapat diibaratkan seperti seorang manusia tanpa roh. Pembangunan dan kemajuan fizikal setinggi manpun tidak akan bermakna tanpa budi pekerti terpuji di kalangan anggota masyarakatnya.Justeru, aspek berbudi bahasa dan kesantunan bahasa perlu dipupuk sejak kecil lagi.

Memandangkan betapa besarnya peranan yang dapat dimainkan oleh institusi tadika, disarankan agar kurikulum tadika disemak semula dengan memberikan penekanan terhadap pemupukan nilai-nilai murni.Justeru, sebahagian besar masa pembelajaran di tadika harus diisi dengan penerapan amalan berbudi bahasa dan kesantunan berbahasa. Kanak-kanak dpat diajar cara-cara yang bertul untuk berinteraksi dengan orang dewasa atau sesama mereka sendiri. Dengan ini secara beransur-ansur kanak-kanak akan tahu berbudi bahasa terhadap ibu bapa, guru, dan orang yang lebih tua.Sesungguhnya, amalan ini merupakan sebahagian daripada hidup bermasyarakat.

Amalan mulia ini yang dipupuk dan ditanam dalam jiwa kanak-kanak diharap agar dapat berkekalan sepanjang hayat. Kita tidak mahu situasi menggambarkan generasi muda jahil untuk menghormati golongan tua wujud, sebagaimana sering kali kita temui dalam kehidupan dewasa ini.

Sesungguhnya keluhuran budi dan perasaan rendah dirilah yang menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang. Tiada gunanya seseorang itu memiliki ijazah berjela-jela sekiranya dia sentiasa dibayangi perasaan sombong dan bongkak.Akhirnya , dia bukan saja tidak akan disenangi bahkan akan disisihkan oleh masyarakat dan dianggap sebagai kera sumbang.

Soalan: Bulan Ogos yang disambut sebgai bulan kemerdekaan Malaysia, patut dijadikan sebagai bulan untuk menggilap semangat jati diri warga negara kita. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.

Page 32: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan, sekurang-kurangnya bagi tiga buah negara sejiran, iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Negara Singapura menyambut ulang tahun kemerdekaannya pada 9 Ogos, sementara Indonesia pada 17 Ogos dan negara kita Malaysia menyambut hari kebangsaannya pada setiap tanggal 31 Ogos.

Umumnya, corak sambutan perayaan kebangsaan setiap tahun mungkin sama. Ada perarakan, ucapan, lafaz ikrar, tema sambutan, kibaran bendera kebangsaan dan pembakaran bunga api yang menjulang tinggi ke langit. Namun, tidak banyak orang yang benar-benar mengerti signifikan sambutan kemerdekaan tersebut.

Ternyata bahawa dalam beberapa rakaman sejarah negara yang mewarnai bukan kemerdekaan, sejak bebrapa tahun kebelkangan ini, benar-benar mencatatkan bulan Ogos sebagai bulan untuk menggilap semangat jati diri dalam kalanagan warga malaysia. Sehubungan dengan ini, pelbagai catatan peristiwa bersejarah dapat diketengahkan bagi mengukuhkan semangat jati diri.

Bulan Ogos merupakan bulan keramat untuk mengisytiharkan pembebasan persekutuan tanah melayu daripada belenggu penjajah british. Yang terbaru, kejayaan perenang maraton negara Datuk Abdul malik Mydin, 29 tahun, merentas selat inggeris pada 3 Ogos 2003. Sebelum itu, pelayar ulung negara, iaitu Datuk Azhar Mansor berjaya kembali ke tanah air pada 11 Ogos 1999, setelah belayar secara solo selama 192 hari. Kemunculan Wong Choon Han sebagai naib johan dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, setelah tewas kepada pemain China dikejohana n Badminton dunia di Birmingham, England juga berlaku dalam bulan Ogos 2003. Begitu juga bahawa negara akan menghantar seorang angkasawan ke angkasa lepas pada tahun 2007, dibuat pada 7 ogos 2003. Sementara itu, satelit kedua negara RazakSAT telah dilancarkan pada pertengahan bulanOgos 2004 juga.

Umumnya, banyak kejayaan anak-anak merdeka dan wira-wira negara terakam pada bulan Ogos. Justeru, bulan Ogos sangat sesuai dijadikan sebagai bulan bagi megggilap semangat jati diri warga malaysia.Sesunggunhnya, bukan Ogos membawa keramat kepada negara yang bertuah ini.

Pada hemat saya, warga malaysia sepatutnya mempemaerkan rasa cinta yang mendalam terhadap ibu pertiwi pada setiap bulan Olgos sekali gus dapat memancarkan semangat patriotik mereka. Mengibarkan bendera Jalur Gemilang merupakan suatu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan oleh warga malaysia. Janganlah hendaknya menunggu hingga diarah atau disuruh, barulah bendera kebangsaan kita dikibarkan .Tidak kira sama ada pejabat kerajaan atau swasta, kilang, sekolah, kedai, rumah kediaman, kenderaan awam, dan persendirian, pelbagai organisasi dan pertubuhan, serta yang lain-lain sebagainya harus merebut peluang keemasan untuk mempamerkan jati diri masing-masing sebagai warga negara bertuah ini, dengan mengibarkan lambang kebangsaan kita, iaitu jakur gemilang.

Kita dapat berbangga kerana negara kita dapat mencapai kemerdekaan tanpa berlaku pertumpahan darah. Kita tidak mengunakan senjata sebagai syarat wajib untuk memerdekakan negara, jauh sekali untuk berperang. Jikalau ada pun, hanya ketika menentang penjajah. Sebenarnya kalau dikaji diperhalusi, ternyata bahawa pemimpin-pemimpin yang ada pada ketika itu mempunyai ilmu yang cukup tinggi. Mereka bijak mengguankan akalfikiran untuk mencari formula bagi mencapai kemerdekaan tanpa berlaku pertumpahan darah.

Page 33: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Sebagai generasi yang lahir selepas merdeka, hanya dengan tekad dan usaha untuk mengekalkan nilai kemerdekaan itu sajalah yang kita mampu lakukan sebagai ucapan terima kasih kita kepada pejuang-pejuang negara terdahulu. Hakikatnya, generasi sedia ada, khususnya golongan muda kini, semakin tenggelam dalam kancah keruntuhan moral yang amat membimbangkan. Bagi mereka,negara sudah merdeka dan bebas. Oleh hal yang demikian, kita tidak perlu takut akan sesiapa. Sekirany ada apa-apa yang berlaku, polis dan tentera dapat mengawalnya. Sikap begini menunjukkan bahawa sesetengah daripada kita tidak ada langsung naluri dan keinginan untuk sama-sama mempertahankan pertiwi.Kita tidak ada langsung naluri dan keinginan untuk sama-sama mempertahankan pertiwi.Jerih payah nenek moyang kita yang berjuang membebaskan negara ini kadang kala seoalah-olah telah kita lupakan.

Sesungguhnya, generasi muda kini perlu dididik supaya menghargai kemerdekaan.Mereka harus menghayati dan mengamalkan slogan, “ Negara kita tanggungjawab kita” dalam kehidupan sehari-hari. Sekiranya tidak, perasaan taat setia terhadap negara mudah goyah apabila berhadapan dengan sebarang ancaman sama ada dari luar atau dalam negara. Pada hakikatnya, mengggilap semangat jati diri dapat memeupuk semangat cinta akan negara sendiri. Ucapan falsafah, “ Tanyalah apa yang dapat anda lakukan dengan negara, dan bukan apa yang dapat negara berikan kepada anda” , yang pernah dilafazkan oleh mendiang presiden John F.Kennedy, patut dijadikan sebagai bahan renungan setiap anak merdeka.

Tuntasnya, sebagai generasi pewaris bangsa, kita seharusnya sentiasa melafazkan taat setia kepada ibu pertiwi. Kita seharusnya bersiap siaga mempertahankan bumi tercinta walaupun dengan titisan darah yang terakhir.

Nota tambahan tatabahasa

Ayat MajmukTerbahagi kepada beberapa jenis iaitu

1. Ayat majmuk gabungan2. ayat majmuk pancangan.Dipecahkan pula kepada 3jenis iaitu:-- ayat majmuk pancangan relatif- ayat majmuk pancangan komplemen- ayat majmuk pancangan keterangan3. ayat majmuk campuran

Jangan Panik!!! Jika soalan suruh anda klasfikasikan jenis ayat kepada ayat majmuk anda perhatikan kata hubung yang terdapat/yang digunakan dalam ayat tersebut.

Jika dalam ayat tersebut menggunakan kata hubung YANG itu bermakna ayat tersebut ialah ayat majmuk pancangan relatif.

Contoh: Saya membeli kereta yang berwarna biru.( Ayat majmuk pancangan relatif)

Jika menggunakan kata hubung BAHAWA atau UNTUK itu namanya ayat majmuk pancangan Komplemen.

Page 34: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

Contoh: Julia menjelaskan bahawa Kamal tidak hadir ke sekolah semalam.(Ayat majmuk pancangan komplemen)

Jika kata hubung kerana, jika,sekiranya, ketika ,supaya, dengan , sungguhpun, walaupun digunkan itu namanya ayat majmuk Pancangan Keterangan.Sebab tujuan kata hubung ini digunakan untuk menerangkan tentang sesuatu perkara.

Contoh: Dia menangis kerana sakit perut.(Ayat majmuk pancangan keterangan)

Sekiranya di dalam ayat itu ada pelbagai jenis kata hubung yang digabungkan dengan pelbagai jenis kata hubung kategorikan sebagai ayat majmuk campuran. Dengan kata lain jika wujud lebih daripada dua katan hubung dalam satu ayat itu namanya ayat majmuk campuran.

Contoh: Ali gemar menyanyi manakala Abu gemar menjahit dan memasak.( lebih daripada satu kata hubung digunakan:Ini namanya ayat majmuk campuran)

Ayat majmuk gabungan pula akan menerima kata hubung seperti DAN, TETAPI,ATAU, LALU, LAGI, SERTA, SAMBIL, KEMUDIAN, PADAHAL, DAN SEBALIKNYA.

Contoh: Azman suka makan kek pisang dan roti bakar. (Ayat majmuk gabungan)Sam tinggi tetapi kakanya rendah( gabungan)

Oleh itu, baca ayat-ayat yang diberikan dengan teliti kemudian kategorilah jenis ayat majmuk yang ditanya itu mengikut kata hubung yang digunakan.

Soalan: “Untuk melihat kemajuan sesebuah negara pada masa hadapan lihatlah kepada para remaja negara pada hari ini”. Pernyataan ini menjelaskan betapa pentingnya peranan remaja dalam kemajuan sesebuah negara.Sebagai remaja berwawasan.Huraikan peranan anda dalam membangunkan negara yang kita cintai.

“Putera puteri negara jaya,bersatu berpadu tenaga,padamu harapan bangsamencapai cita-cita.”

Pernahkah kita mendengar bait-bait lagu di atas? Bait-bait lagu ini dipetik daripada lagu yang berunsurkan semangat patriotisme .Cuba kita hayati lirik lagu tersebut.Jika diteliti, lagu ini mengisahkan harapan bangsa dan negara terhadap golongan muda untuk mmencapai cita-cita diri dan negara bagi merealisasikan impian

Page 35: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai matlamat ini, pemuda-pemudi khususnya kita sebagai remaja perlu memainkan peranan yang sangat penting sebagai pemangkin semangat pihak kerajaan untuk melancarkan pelbagai program demi pembangunan negara.Namun begitu, adakah kita sebagai golongan remaja mengetahui peranan kita dalam pembangunan negara?

Sebagai remaja kita merupakan aset terpenting dalam pembangunan negara. Memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia, Bung Sukarno, “ Berikan aku sepuluh pemuda, nescaya akan aku goncang satu dunia” .Kata-kata ini jelas menenkankan kepentingan golongan remaja terutamanya dalam bidang pertahanan. Kita sebagai golongan remaja memainkan peranan penting dalam barisan pertahanan negara.Sebagai remaja dan golongan muda,kita perlu mempunyai semangat patriotisme serta jati diri yang tinggi dan kukuh. Semangat patriotisme perlu disuntik dalam diri setiap remaja semenjak kecil lagi bak kata pepatah, “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Negara kita pada hari ini kekurangan tenaga muda yang berminat untuk menyertai pasukan pertahanan negara.Ramai yang lebih mengidamkan untuk berjawatan tinggi dan duduk dalam bilik berhawa dingin. Justeru, tanggungjawab siapakah untuk meneruskan kelangsungan ini? Oleh sebab itu, kerajaan memberi insentif kepada sesiapa yang menyertai dalam bidang pertahanan negara.Selain itu, kita sebagai remaja juga perlu mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi kerana suatu masa nanti kitalah yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan yang sedia ada, kerana generasi yang sedang menerajui negara pada masa ini akan hilang ditelan zaman.Bak kata pepatah “yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti”.

Selain itu, kita juga sebagai remaja boleh mengharumkan nama negara terutamanya dalam bidang sukan. Contoh yang jelas ditunjukkan oleh Nicol Anne David, pemain skuasy Malaysia yang telah melonjakkan nama negara kita di persada antarabangsa dengan kejayaannya menumpaskan pemain nombor satu dunia, seterusnya merampas gelaran. Sebagai remaja, kejayaan seperti ini sepatutnya menjadi insiprasi kepada kita untuk mengecap kegemilangan yang serupa. Remaja seperti Lee Chong Wei, Danial Beego dan Durattun Nasihin telah membuktikan bahawa usia bukan batu penghalang untuk kita menggalas tanggungjawab mengharumkan nama negara di mata dunia. Peranan seperti ini telah dipikulkan ke atas bahu kita sebagai remaja negara ini dan seterusnya sebagai remaja kita harus berusaha keras untuk merealisasikannya. Terdapat pelbagai bidang yang boleh kita ceburi untuk menonjolkan diri terutamanya dalam bidang sukan, pelajaran, reka cipta dn seabgainya.

Masalah kekurangan pasaran buruh dalam medan pekerjaan kita semakin ketara. Kemasukan pekerja asing terutama dari negara China dan India ke tanah air kita sebenarnya telah bermula pada era British lagi.Kebanjiran mereka juga bertujuan untuk menjadi tenaga buruh dalam sektor pertanian dan perlombongan.Pada hari ini, pendatang asing dari Bangladesh dan Indonesia semakin memenuhi pasaran kerja tempatan. Sebenarnya dengan peningkatan jumlah penduduk di negara kita pada hari ini, isu kemasukan buruh asing tidak berbangkit lagi.Orang muda iaitu kita sebagai remaja apabila tamat menuntut ilmu nanti seharusnya tidak memilih dan menentukan jenis pekerjaan dan memenuhi dan menjadi tunjang pelbagai sektor pekerjaan di negara kita. Selain itu, kelahiran sainstis, arkitek, doktor yang berwibawa dari kalangan pemuda dan pemudi yang berasal dari negara kita amat diperlukan dalam menjayakan misi negara

Page 36: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

kita menjadi negara maju menjelang 2020. Sumber manusia yang utama sebagai tenaga kerja negara kita pada waktu tersebut biarlah kita, sebagai pemuda dan pemudi Malaysia.

Sebagai seorang remaja, kita perlu menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh supaya kita dapat menjadi seorang yang berguna dan berjaya pada masa hadapan. Jika kita sudah berjaya menjadi tenaga kerja mahir seperti doktor pakar dan usahawan yang berjaya, kita bukan sahaja dapat hidup dalam kemewahan , malah kita juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara kita. Remaja di malaysia seharusnya menyahut Seruan Tun Dr.Mahathir Mohamad , mantan perdana Menteri Malaysia yang menyeru rakyatnya mengikut dan mengamalkan budaya ilmu rakyat Jepun.Seperti yang kita sedia maklum, Dasar Pandang ke Timur, jika diamalkan oleh pemuda dan pemudi kita tentunya negara akan maju seiring dengan negera matahari terbit itu. Oleh sebab itu, remaja haruslah sentasa peka dan perlu sentiasa meningkatkan prestasi mereka dalam bidang pendidikan.Remaja tidak seharusnyan hanya belajar untuk lulus peperiksaan semata-mata, namun kita perlu berpandangan jauh untuk bersama-sama berusaha dalam mencapai kemajuan negara kita.

Sejak akhir-akhir ini, kita digemparkan dengan permasalahan sosial golongan remaja yang banyak terbabit dalam kumpulan ‘punk’, ‘black metal’ dan ‘ gothic’.Perkara seperti ini amat menyedihkan kerana sebagai seorang remaja yang berwawasan, kita perlu menjauhkan diri daripada terjebak dalam gejala-gejala sosial yang bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah diri, malah mampu menjatuhkan maruah negara.Cuba kita hayati, jika semakin hari semakin ramai remaja kita terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menghisap dadah, melepak di kaki-kaki lima jalan, berpeleseran tanpa tujuan di pusat beli-belah, ponteng sekolah, terlibat dengan gangsterisme dan sebagainya, siapakah pula yang akan menyumbang kepada pembangunan negara kelak? Sedarlah wahai remaja, kita tidak seharusnya leka dan alpa dengan keseronokan zaman remaja, tetapi seharusnya menjauhkan diri daripada kegiatan yang boleh menjatuhkan moral serta membantutkan pembangunan negara kita. Bijak pandai ada mengatakan bahawa jika ingin mengetahui masa hadapan negara sesebuah negara, perlu melihat generasi muda, oleh itu, tepuk dad tanyalah minda kita sendiri di mana kita berada sekarang.

Matlamat kerajaan ialah melahirkan generasi muda yang progresif dan berdaya saing.Justeru, kerajaan mengambil beberapa langkah yang drastik dengan mengenakan pelbagai tindakan terhadap remaja yang tidak mematuhi peraturan. Sbagai contoh, untuk emmbangkitkan semangat patriotisme dan cinta akan negara, kerajaan mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).Program ini telah dilaksanakan mulai tahun 2004 mensasarkan golongan remaja yang berusia 18 tahun. Melalui modul-modul yang dirancang diharapkan dapat membentuk peribadi remaja yang lebih berwawasan dan berjati diri. Manakala mana-mana pelatih yang gagal menghadirkan diri tanpa sebab-sebab yang munasabah akan dikenakan hukuman penjara dan denda. Tujuan denda ini dikenakan semata-mata untuk memberi peringatan kepada remaja betapa mereka sangat penting kepada negara.Negara tidak berhasrat untuk memusnahkan mereka dengan sia-sia. Mereka merupakan permata yang perlu digilap sebagai penyambung warisan kepada negara pada suatu hari nanti.Kita sebagai remaja yang terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara seharusnya bangga dengan pemilihan tersebut dan memberikan sepenuh komitmen kepada program-program yang telah dirancang.

Oleh itu, sebagai remaja kita haruslah memahami peranan dan tanggungjawab kita untuk menaikkan taraf negara agar setanding dengan negara-negara lain bak kata

Page 37: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

pepatah, “ berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Sesungguhnya, negara dan bangsa bergantung harap kepada pemuda dan pemudi negara serta meletakkan tugas yang cukup mencabar di pundak generasi muda ini untuk direalisasikan. Kita sebagai golongan remaja haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyahut cabaran dan seruan kerajaan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.Ayuhlah puter puteri harapan bangsa, berusahalah memartabatkan negara kita sehingga menjadi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kerana bak kata peribahas melayu “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4 

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah dagingMaksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diriMaksud : Sombong

5. bermuka duaMaksud : Tidak jujur.

6 baik hatiMaksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Page 38: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hatiMaksud : Lekas pandai.

16. rendah hatiMaksud : Tidak sombong

17. murah hatiMaksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosongMaksud : Hampa. 

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah daratMaksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagangMaksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

6. indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Page 39: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otakMaksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalanMaksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hatiMaksud : Gembira.

25. anak buahMaksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumahMaksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Page 40: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

28. batu penghalangMaksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikanMaksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubukMaksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Analisis Soalan: SPM 2007.

KERTAS 1 dan 2Yang WAJIB di Baca!!!! Tak PERLU baca!!!!Drama

- Drama Serunai malam- Drama Kerusi- Jangan bunuh rama-rama- Seri nara

Prosa Klasik- Peminangan Puteri Gunung

Ledang- Asal usul raja kecil besar(Tuan

Bujang)- Kezaliman membawa

padah( Todak)

Puisi- jalan-jalan raya kotaku**- keindahan yang hilang**- di ruang gema****- pantun 8 kerat/6 kerat***- gurindam memelihara anggota

badan dan hati daripada kejahatan**

- Seloka pak kaduk*- Syair Jong Pecah/kelebihan

Ilmu(Tapi last year sudah keluar syair)

Novel- Peristiwa menyedihkan/menyayat

hati - Kepincangan/kritikan sosial- Perasaan apabila baca novel/kesan

baca novel

Pemahman: Antologi- cerpen mariah- kerana manisnya epal- pertarungan hang tuah dengan hang

jebat- puteri li po- sajak sejarah- syair pembunuhan angerani- di kota kecilku(Sajak) - Kepahlawanan Tun Beraim bapa- Pembeli masa sudah- Sikap terburu-buru membawa

padah(Sura pandaki)- cerita bayan yang tidak mahu

menurut kata ibu bapa

Novel- Tema - Persoalan- Pengajaran- Nilai kemasyarkatan- Nilai setiakawan- Peristiwa menarik

***Saya nasihatkan baca secara sepintas lalu jangan abaikan terus.

Tatabahasa- Cerankin dan cantumkan ayat- Jenis :Ayat

perintah(silaan,suruhan,permintaan)

Page 41: Esei Spm (set 2)+ analisis+peribahasa

Puan siti norazlina binti mohamed f5 2007

- Teknik plot /teknik penceritaan- Latar masyarakat(perbandingan)- Perbandingan watak dan

perwatakan(persamaan/perbezaan watak)

- Latar masa- Kesesuaian tajuk/judul buku

dengan plot cerita

Tatabahasa- Ayat songsang- Cakap ajuk dan cakap pindah- Unsur binaan subjek

(KKT/KKTT?Objek tepat/sipi/pelengkap /keterangan

- Klasfikasikan ayat kepada subjek dan predikat.

Karangan :Baca juga tentang:-- Rumah terbuka- Ancaman nyamuk aedes- Bencana alam- Kesesakan lalu lintas/kemalangan

jalan raya.

- Ayat aktif kepada ayat pasifTajuk Karangan yang tak akan ditanya lagi

- Pertanian- ICT- Tabiat merokok- Buruh asing(Kebaikan)-perbahasan- Amalan rumah terbuka- Cara hargai jasa ibu bapa(ceramah)- Kepentingan membaca- Vandalisme- Amalan jimat cermat- Kepentingan aktiviti masa lapang- Peribahasa(dia beri peribahasa dan

suruh buat cerita)- Sukan- Kerjasama mengatasi masalah jerebu- Penghayatan nilai murni dalam

karya sastera- Amalan gaya hidup sihat-

Jangan meletakkan kepercayaan 100% pada analisis di atas untuk selamat buatlah pilihan yang tepat .

*** OH MY GOD! I seriuosly feel so SCARED!!!

Jangan abaikan Bahasa Melayu:Tolong baca semua nota yang saya telah

berikan.

INGAT !!! bawa KAD PENGENALAN(I.C) .Slip peperiksaan ada bersama saya sila datang dan ambil. Uar-uarkan maklumat ini pada rakan-rakan yang lain.GOOD LUCK EVERYBODY.