sejarah malaysia tema 2

183
Konsep Peluasan Kuasa Asing Pengenalan Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan. Latar belakang peluasan kuasa asing 1. Tanah Melayu Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian- perjanjian yang ditandatangani. Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di samping pengenalan beberapa unsur asing yang sedikit sebanyak telah meresap ke dalam budaya orang Melayu. Kehadiran kuasa Belanda juga memberi kesan terhadap Tanah Melayu. Kuasa ini menggantikan kuasa Portugis di Melaka tetapi tidak seperti Portugis, mereka hanya menumpukan perhatian dalam hal-hal ekonomi. British merupakan kuasa asing yang memberi pengaruh yang paling kuat dalam hal pentadbiran dan segala aspek yang lain. Pada awalnya, mereka hanya bertujuan untuk menjalankan kegiatan ekonomi, namun atas dasar keutamaan dengan China, maka mereka pun mula menukar dasar mereka daripada tidak campur tangan kepada campur tangan. 2. Sarawak Peluasan kuasa asing di Sarawak lebih merujuk kepada pihak British di mana seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), James Brooke telah dilantik oleh Pangeran All The Best

Upload: mon

Post on 08-Jun-2015

12.615 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Malaysia Tema 2

Konsep Peluasan Kuasa Asing   Pengenalan Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan.  Latar belakang peluasan kuasa asing1.         Tanah Melayu

Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani.

Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di samping pengenalan beberapa unsur asing yang sedikit sebanyak telah meresap ke dalam budaya orang Melayu.

Kehadiran kuasa Belanda juga memberi kesan terhadap Tanah Melayu. Kuasa ini menggantikan kuasa Portugis di Melaka tetapi tidak seperti Portugis, mereka hanya menumpukan perhatian dalam hal-hal ekonomi.

British merupakan kuasa asing yang memberi pengaruh yang paling kuat dalam hal pentadbiran dan segala aspek yang lain. Pada awalnya, mereka hanya bertujuan untuk menjalankan kegiatan ekonomi, namun atas dasar keutamaan dengan China, maka mereka pun mula menukar dasar mereka daripada tidak campur tangan kepada campur tangan.

2.         Sarawak Peluasan kuasa asing di Sarawak lebih merujuk kepada pihak British di mana seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), James Brooke telah dilantik oleh Pangeran Muda Hashim sebagai “Raja Sarawak”. Kedudukannya ini kemudian diperturunkan kepada anaknya. Apabila sampai ke tangan Vyner Brooke, baginda telah menyerahkan kuasanya kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri dengan pengisytiharaan Perlembagaan Sarawak pada tahun 1941. Kemudian, Sarawak manjadi tanah jajahan British pada tahun 1946.

3.         Sabah Pada mulanya, Amerika berdagang dengan Sabah melalui perjanjian yang dibuat pada tahun 1850. Melalui perjanjian, C. Lee Moses mendapat tanah pajakan daripada Sultan Brunei. Moses telah memberikan tanah tersebut kepada William Torrey. Beliau mengusahakan tanaman kopi tetapi tidak berjaya dan kawasan itu dijual kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent. Kompeni Overbeck and Dent kemudian membentuk kompeni British untuk menarik palabur British. Overbeck tidak dapat menyertai kompeni ini kerana dia bukan rakyat British. Dent mendapat piagam daripada British dan sebuah kompeni yang bernama Kompeni Berpiagam Borneo Utara ditubuhkan pada tahun 1881. Kompeni memerintah Sabah sehingga tahun 1946 kemudian diserahkan kepada Kerajaan British.

 

All The Best

Page 2: Sejarah Malaysia Tema 2

Mekantilisme Mekantilisme merupakan satu dasar di mana kekayaan diukur dengan wang emas dan perak dan objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kuantiti wang dan galian berharga dalam sesebuah negara. Mengikut pengertian Thomas, mekantilisme ialah konsep di mana hendak menjadikan sesebuah negara itu kaya dan kuat; menjadi semakin kaya setiap tahun disebabkan oleh negara lain.            Kemakmuran yang dimaksudkan oleh golongen mekantilisme ialah berdasar kepada penduduk yang ramai, pekerjaan yang menguntungkan bagi seluruh penduduk semata-mata.             Secara ringkas, mekantilisme merupakan dasar yang mementingkan 3K iaitu kekuasaan, kekayaan dan kebajikan. Kekayaan diperolehi dengan mengusai koloni dan mengadakan imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Kekuasaan pula diperolehi dengan membesarkan angkatan tentera, memajukan industri perkapalan dan mengadakan akta perkapalan yang menafikan hak berdagang di koloni untuk kuasa-kuasa asing. Kebajikan rakyat dalam negara induk pula diperolehi dengan meluluskan akta-akta yang dapat meningkatkan produktiviti negara antaranya Apprentice Act 1563 dan Poor Law 1600 di England.   Imperialisme Imperialisme ialah dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain. Seperti dasar mekantilisme, imperialisme juga merupakan satu bentuk penjajahan malah ia lebih jelas kerana ia melibatkan kuasa politik dan pemerintahan yang secara langsung meragut kedaulatan sesebuah negara atau kerajaan. Dalam erti kata yang lain, hak untuk mentadbir dan menguasai sesuatu kumpulan masyarakat telah diambil alih oleh satu lagi kuasa baru iaitu kuasa imperialis. Kita juga boleh mengatakan bahawa dasar imperialis itu bermula atau berasaskan kepada konsep mekantilisme.  Kolonialisme Kolonialisme merupakan satu dasar menguatkuasakan atau mengekalkan kekuasaan atau pemerintahan atas negeri jajahannya. Dengan kata lain, kolonialisme bermaksud tindakan menjajah negara lain. Kalau imperialis hanyalah meletakkan kekuasaannya terhadap sesebuah negara atau kerajaan itu, kolonialisme pula adalah tindakan yang mencampuri hal-hal dalaman negara atau kerajaan yang telah dijajah itu. Maknanya konsep kolonialisme itu merupakan lanjutan kepada usaha imperialisme dalam erti kata pengukuhan kepada usaha penjajahan.

 

Kemunculan Kuasa Asing  Pengenalan Kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kuasa-kuasa barat seperti Belanda, Portugis dan British. Kemunculan kuasa asing di Tanah Melayu merupakan hasil daripada penjelajahan dan penerokaan kawasan-kawasan baru di dunia oleh negara-negara itu sejak kurun ke-15 dan ke-16. Faktor yang mendorong mereka ke sini adalah disebabkan oleh keperluan dari segi bahan mentah, kemjuan dalam pengangkutan dan perhubungan dan sebagainya.  Belanda

All The Best

Page 3: Sejarah Malaysia Tema 2

Negara Belanda menjadi sebuah negara yang maju dan mekmur akibat kegiatan perdagangan di Eropah. Orang Portugis yang telah berdagang dengan Timur membenarkan Belanda menyebarkan barang-barang Timur di Eropah. Dengan cara ini, Belanda menjadi orang tengah bagi barang-barang Timur di Eropah dan mendapat keuntungan yang amat besar. Peranan Belanda dalam penyebaran barang-barang Timur di Eropah membolehkannya muncul sebagai sebuah negara mekantile yang mekmur.             Disebabkan persengketaan politik dan agama yang tercetus di antara Sepanyol dan Belanda, Portugis menjadi musuh ketat orang Belanda di Eropah dan di Timur. Maka, orang Belanda berniat mencari jalan laut yang baru ke Timur dan berazam merebut monopoli perdagangan di situ. Tujuan ini telah membawa kepada persaingan di antara pedagang-pedagang Belanda dan Portugis di Asia Tenggara.             Pada tahun 1595, ekspedisi pertama yang diketuai oleh Cornelius de Houtman belayar ke Timur melalui Lautan Hindi dan melalui Selat Sunda ke Bantam. Antara tahun 1595 dan tahun 1601, banyak ekspedisi dibiayai oleh syarikat-syarikat Belanda ke Asia Tenggara. Banyak loji Belanda didirikan di Asia Tenggara terutamanya di Bantam, Banda, Pulau Ambon, Acheh, Ternate, Grisek, Johor dan Patani.             Pada 20 Mac 1602, semua syarikat di Belanda disatukan menjadi sebuah Syarikat Hindia Timur Bersatu atau Vereenidge Oostandische Compagnie (VOC). VOC ini menjalankan perdagangan di Timur dan juga mendirikan kubu-kubu di jalan perairan penting untuk menguasai perdagangan di pelabuhan-pelabuhan tempatan. Malah VOC juga bertujuan melancarkan peperangan ke atas raja-raja tempatan atau kuasa-kuasa asing untuk memperoleh hak-hak perdagangan.             Menjelang tahun 1660-an, Belanda dapat memonopoli perdagangan di Hindia Timur. Hakikat ini terbukti apabila Belanda menawan Melaka daripada Portugis pada tahun 1641 dan memaksa orang Inggeris menutup semua loji mereka di Kepulauan Melayu kecuali Bangkahulu selepas peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Ambon” pada tahun 1623.   British British muncul sebagai sebuah negara mekantile pada permulaan abad ke-17. Hakikat ini jelas kelihatan apabila kerajaan Inggeris menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur pada akhir abad ke-16 dan pada awal abad ke-17.            Pada tahun 1600, SHTI ditubuhkan untuk berniaga di Timur. Syarikat ini telah menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur di bawah pimpinan James Lancaster (1602), Henry Middleton (1605) dan David Middleton (1610) dan mendirikan loji-loji perdagangan di Bantam, Maluku, Sulawesi, Borneo, Siam, Kepulauan Banda, Sumatera dan Jawa. Penubuhan-penubuhan loji ini menimbulkan persaingan antara British dengan Belanda. Persaingan ini bertambah buruk dan memuncak apabila berlakunya peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada 23 Februsri 1623 dimana orang Belanda menyerang pangkalan Ambon secara mengejut dan membunuh beberapa orang Inggeris di situ. Peristiwa ini menyebabkan SHTI menutup loji-loji mereka di Hindia Timur dna berundur ke India. Hanya Bangkahulu dikekalkan sebagai ibu pejabat SHTI.             Namun, menjelang pertengahan abad ke-18, SHTI kembali semula ke Hindia Timur kerana ia memerlukan sebuah pelabuhan serta pusat perdagangan terutamanya di sepanjang Selat Melaka untuk menjalankan perdagangan dengan negara China.             Pada tahun 1751, kerajaan China membenarkan SHTI berdagang di pelabuhan Canton. Akibat tindakan ini, perdagangan the di antara British dengan China semakin bertambah.

All The Best

Page 4: Sejarah Malaysia Tema 2

Langkah British (1784) untuk mengurangkan cukai import ke atas teh dari kadar 100% ke 12½% telah meningkatkan lagi kepentingan perdagangan teh dengan Canton.             Walau bagaimanapun, SHTI tidak mempunyai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan yang sesuai si antara India dengan China yang boleh memberi kemudahan berlabuh semasa penukaran angin-angin monsun, untuk memperlengkapkan dan mengisi bekalan serta membaiki kapal dalam pelayaran mereka ke India atau China apabila tibanya angin monsun yang sesuai. Kehendak ini akhirnya menyebabkan SHTI membuka satu petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786.  

Penubuhan Pusat-pusat Perdagangan oleh Inggeris di Tanah Melayu

  

Pengenalan

Hasil daripada kegiatan perdagangan teh di antara China dengan British yang semakin maju, British ingin mencari sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan yang sesuai di Alam Melayu untuk membolehkannya berlabuh semasa angin monsun dan memperlengkapkan dan mengisi bekalan mereka serta membaiki kapal sementara menunggu masa yang sesuai untuk berlayar ke China lagi.

Pembukaan Pulau Pinang, 1786Pada tahun 1780-an, sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778-1798) telah meminta bantuan

SHTI untuk menentang serangan Siam. Baginda telah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk

dijadikan pangkalan perdagangan dan pelabuhan persinggahan. SHTI bersetuju menerima Pulau Pinang

tetapi berasa keberatan untuk memberikan jaminan perlindungan tentara bagi menentang musuh

Kedah. Namun, Francis Light, seorang pegawai SHTI telah menyakinkan Sultan Abdullah bahawa

permintaan baginda sedang dipertimbangkan walaupun beliau sedar bahawa SHTI tidak akan memberi

naungan kepada Kedah. Bagi mencapai matlamatnya, Francis Light telah menipu Sultan Abdullah dengan

memberikan janji-janji kosong. Atas janji-janji ini, Sultan Abdullah membenarkan Light menduduki Pulau

Pinang tetapi dengan syarat Light akan berundur jika naungan tidak diberi oleh SHTI.

Pada 11 Ogos 1786, British telah menduduki Pulau Pinang dengan rasminya. Hubungan antara Sultan Abdullah dan SHTI mula tegang apabila Francis Light tidak menghiraukan syarat yang dikemukakan oleh baginda pada bulan Ogos 1785. Antara syarat-syarat utama baginda ialah:

All The Best

Page 5: Sejarah Malaysia Tema 2

1. SHTI dibenarkan menduduki Pulau Pinang dengan syarat ia mengawal kawasan perairan Kedah daripada musuh.

2. Segala perbelanjaan perang hendaklah ditanggung oleh SHTI.

3. SHTI akan membantu Kedah sekiranya Kedah diserang dari darat oleh musuhnya dan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh Kedah.

Baginda tidak puas hati apabila SHTI enggan membayar ganti rugi dan bantuan tentera untuk melindungi

Kedah daripada musuhnya iaitu Bugis dan Siam. Hubungan antara Francis Light dan Sultan Abdullah

bertambah buruk apabila Light tidak mengambil sebarang langkah untuk memastikan SHTI mematuhi

syarat-syarat tersebut.

Sultan Abdullah berasa kecewa atas sikap Light dan membuat rancangan untuk mengambil semula Pulau Pinang. Rancangan itu dapat diketahui oleh Light. Beliau telah bertindak dahulu dengan menyerang dan memusnahkan angkatan tentara Kedah yang berhimpun di Seberang Perai pada bulan April 1791. Sultan Abdullah mengalami kekalahan yang teruk dan terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan SHTI pada bulan Mei 1791. Syarat-syarat perjanjian 1791 ialah:

1. Kedah mengakui kedudukan SHTI di Pulau Pinang.

2. Kedah akan menerima elaun tahunan sebanyak Sp$6000 selagi SHTI menduduki Pulau Pinang.

3. British akan membeli bekalan makanan di Kedah tanpa sebarang sekatan atas cukai.

Walau bagaimanapun, perjanjian damai ini tidak menjanjikan sebarang bantuan kepada Kedah

untuk menentang musuhnya.

Pengambilan Seberang Perai, 1800Di bawah pentadbiran Francis Light dan penggantinya, Pulau Pinang telah mengalami kemajuan yang

pesat dan membawa kepada pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk ini telah menyebabkan

Pulau Pinang terpaksa bergantung kepada Kedah untuk mendapatkan bekalan makanan. Akan tetapi,

permusuhan masih berterusan di antara SHTI dengan Kedah walaupun selepas Perjanjian Damai 1791.

Ini telah menyebabkan Kedah menghalang bekalan makanan ke Pulau Pinang.

Oleh itu, SHTI berasa perlu untuk mengambil Seberang Perai, sebuah wilayah yang bertentangan dengan Pulau Pinang untuk dijadikan kawasan pertanian. Pihak syarikat telah berunding dengan sultan

All The Best

Page 6: Sejarah Malaysia Tema 2

Kedah dan berjaya menandatangani satu perjanjian pada tahun 1800. Syarat-syarat perjanjian 1800 ialah:

1. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI.

2. SHTI bersetuju menambahkan ganti rugi daripada Sp$6000 kepada Sp$10000 setahun selagi syarikat menduduki Pulau Pinang.

Perjanjian ini tidak menjanjikan perlindungan kepada sultan Kedah tetapi berjanji akan melindungi

pantai Kedah daripada serangan musuh.

Pembukaan Singapura, 1819Minat untuk membuka Singapura sebagai pusat perdagangan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal

dagangan antara India dan China berlaku selepas Perang Napoleon yang tamat pada tahun 1815.

Selepas tamatnya Perang Napoleon, Jawa dipulangkan semula kepada Belanda pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818. Apabila Belanda kembali ke Jawa, mereka mula melaksanakan dasar monopoli perdagangan dan menyekat perdagangan Inggeris di rantau Kepulauan Melayu.

Oleh itu, SHTI telah mengambil langkah untuk memenuhi keperluan-keperluan berikut:

1. Melindung perdagangan Inggeris di Gugusan Kepulauan Melayu.

2. Mencegah perluasan pengaruh Belanda di rantau kepulauan Melayu dan memecahkan monopoli perdagangannya.

3. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi kapal-kapal British yang belayar di antara India dan China berlabuh, membaiki dan melengkapi bekalannya.

4. Mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengumpul hasil-hasil selat untuk ditukar dengan barangan China.

Pada tahun 1818, Gabenor Jeneral India, Lord Hastings, telah menghantar Stamford Raffles untuk

mencari pangkalan di Acheh dan Riau. Raffles mendapati kedudukan Singapura yang strategik di pintu

masuk Selat Melaka dan Selat Sunda amat sesuai untuk mengawal monopoli perdagangan Belanda. Pada

masa itu, Singapura merupakan sebahagian daripda Empayar Johor dan ditadbir oleh Temanggung

Abdul Rahman.

All The Best

Page 7: Sejarah Malaysia Tema 2

Pada bulan Januari 1819, Raffles telah menandatangani satu perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman. Menurut perjanjian ini, SHTI dibenarkan membina loji di Singapura. Sebagai balasan, syarikat berjanji akan melindungi Temenggung dan akan memberi bayaran tahunan sebanyak Sp$3000 kepada Temenggung. Walau bagaimanapun, Raffles masih perlukan kebenaran Sultan Johor. Sultan Johor pada masa itu ialah Sultan Abdul Rahman yang berada di Riau di bawah pengaruh Belanda. Oleh itu, Raffles yakin Sultan Abdul Rahman tidak akan melayan permintaannya untuk membuka sebuah loji perdagangan di Singapura.

Seterusnya, Raffles telah memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya melantik Tengku Hussein, putera sulung Sultan Mahmud III sebagai Sultan Johor. Tengku Hussein menerima tawaran itu dan menaiki takhta Kerajaan Johor dengan Sultan Hussein Muhammad Syah. Pada 6 Februsri 1819, Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman telah menandatangani perjanjian rasmi dengan Raffles. Menurut perjanjian ini, Singpura diserahkan kepada SHTI. British akan membayar Sp$5000 setahun kepada sultan dan Sp$3000 kepada Temenggung. Selain itu, British juga akan melindungi baginda dan temenggung.

Perdagangan Singapura 

Pengenalan Singapura dibuka oleh Stamford Raffles pada tahun 1819. Dalam masa yang singkat, ia telah muncul sebagai pusat perdagangan yang maju dan terpenting di Asia Tenggara. Nilai perdagangan Singapura telah bertambah daripada $8568151 pada tahun 1822 kepada kira-kira $18 juta pada tahun 1833. Nilai perdagangan tersebut seterusnya bertambah sehingga melebihi $88 juta pada tahun 1873.  Sebab-sebab pertumbuhan perdagangan Singapura yang pesat1.         Kedudukan geografi Singapura

Seperti yang dinyatakan oleh N.J. Ryan, kedudukan alam Singapura merupakan faktor penting bagi pertumbuhan perdagangannya. Singapura menempati kedudukan yang strategic di tengah-tengah jalan perdagangan yang utama antara timur barat. Barangan perdagangan dari Eropah (tekstil dan barangan logam) dan India (candu) dibawa ke Singapura untuk dihantar ke negara China atau diedarkan ke seluruh Asia Tenggara. Singapura juga terletak di pertengahan Asia Tenggara. Keadaan ini menyebabkan Singapura menjadi pusat pengumpulan bagi hasil Asia Tenggara. Singapura terlindung dari tiupan angin monsun oleh Pulau Sumatera. Dengan itu, pelabuhan Singapura mempunyai air yang tenang. Perairan yang tenang telah membolehkan Singapura menjadi pusat utama bagi perdagangan melalui perahu dan tongkang. Singapura juga merupakan tempat persinggahan yang sesuai bagi pedagang-pedagang Asia Tenggara, China dan Eropah. Sebelum pembukaan Hong Kong pada tahun 1842, Singapura merupakan pusat pengumpulan yang penting bagi barang-barang dari negara China seperti sutera dan teh.

2.         Dasar-dasar Inggeris a.       Dasar pelabuhan bebas

All The Best

Page 8: Sejarah Malaysia Tema 2

Dasar Inggeris menjadikan Singapura sebuah pelabuhan bebas telah mendorongkan perkembangan perdagangan Singapura. Pedagang-pedagang tidak dikenakan bayaran cukai import dan eksport. Bagi sepuluh tahun yang pertama, Singapura merupakan pelabuhan bebas yang tunggal di Gugusan Kepulauan Melayu. L.A. Mills berpendapat bahawa polisi pelabuhan bebas ini merupakan faktor bagi perkembangan pesat perdagangan Singapura.

b.      Sistem pentadbiran Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), Inggeris telah menubuhkan sistem pentadbiran yang menjamin keselamatan nyawa dan harta. Keamanan telah menggalakkan perkembangan perdagangan Singapura.

c.       Dasar penghijrahan Dasar Inggeris tidak menyekat penghijrahan telah menyebabkan kemasukan ramai orang Cina yang telah mendorong memajukan perdagangan Singapura. Bilangan penduduk Cina di Singapura telah meningkat daripada 3000 orang pada tahun 1820 kepada 50043 pada tahun 1860.

d.      Kemudahan-kemudahan perkapalan Inggeris telah membekalkan kemudahan-kemudahan seperti membaiki kapal, limbungan kapal dan gudang arang batu yang mendorong sebilangan besar kapal-kapal untuk singgah di Singapura.

e.       Pemansuhan monopoli perdagangan dengan negara China SHTI telah memansuhkan monopoli perdagangan dengan negara China pada tahun 1833. Pemansuhan ini menggalakkan ramai pedagang berdagang dengan negara China melalui Singapura.

3.         Pembukaan pasaran-pasaran baru di sekitar Singapura Perluasan kuasa dan pengaruh Inggeris di Asia Tenggara telah mengakibatkan pembukaan pasaran-pasaran baru bagi hasil perdagangan Singapura yang mendorong perkembangan perdagangan Singapura. Perlantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841 telah menambahkan perdagangan Singapura. Kejayaan James Brooke menghapuskan kegiatan lanun di sekitar Borneo telah merintis jalan bagi perkembangan perdagangan antara Sarawak dengan Singapura. Pada tahun 1833, tidak terdapat perdagangan antara Sarawak dengan Singapura. Menjelang tahun 1873, nilai perdagangan tersebut melebihi setengah juta ringgit. Pada tahun 1855, Siam (Raja Mongkut) telah membuka pintu kepada pedagang-pedagang Inggeris melalui Perjanjian Bowring. Perkembangan ini telah memberi peluang kepada Singapura menjalankan perdagangan yang maju dengan Siam. Perluasan kuasa dan pengaruh Belanda di Indonesia telah juga membuka pasaran-pasaran baru bagi hasil-hasil perdagangan Singapura. Antara tahun 1826-1858, Belanda membuka lebih daripada 30 buah pelabuhan bagi perdagangan di Jawa, Sumatera, Bali dan lain-lain tempat.

4.         Pembukaan Terusan Suez Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah menambahkan perdagangan Singapura dengan memendekkan perjalanan laut di antara Eropah dan Asia dan mengurangkan kos pengangkutan. Pembukaan Terusan Suez membolehkan pemasaran lebih banyak jenis dan kuantiti barangan perdagangan. Terusan baru ini memungkinkan penghantaran barangan yang memerlukan ruang yang luas seperti beras dan gula. Pembukaan Terusan Suez merupakan faktor penting bagi perkembangan perdagangan Singapura. Sesungguhnya seorang ahli sejarah, G. Bogaars, berpendapat bahawa pembukaan Terusan Suez telah memulihkan perdagangan Singapura dan menghasilkan satu zaman kemewahan.

All The Best

Page 9: Sejarah Malaysia Tema 2

5.         Pengenalan kapal-kapal stim Perubahan daripada kapal layar kepada kapal stim telah menyenangkan perdagangan dan mengurangkan kegiatan-kegiatan lanun. Perkembangan teknologi ini telah menyebabkan bertambahnya bilangan kapal dan pedagang asing yang datang berdagang di Singapura.

6.         Perkhidmatan telegraf di antara Singapura dan London Perkhidmatan telegraf di antara Singapura dan London yang dimulakan pada tahun 1870 telah mempercepatkan urusan perniagaan kerana laporan-laporan mengenai kedudukan pasaran dapat dihantar dalam masa yang singkat. Menurut C.D. Cowan, perkembangan teknologi ini telah melicinkan dan menambahkan perdagangan Singapura.

 

Imperialisme Britishdi Sabah dan Sarawak

  Pengenalan Sementara melihat penubuhan pusat perdagangan di Tanah Melayu oleh British, di Sabah dan Sarawak juga berlakunya keadaan yang sama. Apa yang tidak sama ialah di Borneo, penguasaan sesuatu kawasan adalah bercorak imperialis khasnya di Sarawak. Keluarga Brooke telah menduduki Sarawak dan menjadi raja putih; manakala Kompeni Berpiagam Borneo Utara hanya memainkan peranannya dalam sector ekonomi di Sabah.  Sarawak Pada tahun 1841, James Brooke, seorang bekas tentera SHTI, telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak oleh Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan Brooke adalah untuk membalas jasa beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pangeran Indera Mahkota.            Pada 24 Januari 1841, James Brooke dilantik sebagai “Raja Sarawak” oleh Pangeran Muda Hashim. Dengan itu, James Brooke telah memulakan pemerintahan Raja Putih di Sarawak.            Pada tahun 1842, James Brooke telah melawat Brunei untuk mendesak Sultan Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak.            Dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke mendapat tentangan daripada pribumi Sarawak seperti orang Iban di kawasan Saribas dan Skrang serta Sharif Sahap, seorang ketua lanun di Sadung. Antara tahun 1843 hingga 1846, James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.            James Brooke kemudian meluaskan kuasanya ke atas Mukah yang kaya dengan sagu. Selepas mendapatkan kebenaran Sultan Brunei untuk meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alasan untuk menjaga keamanan di situ.            Antara tahun 1853-1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan kepasa James Brooke. Antaranya ialah Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Semarahan, Krian, Sekrang dan kawasan dari Rajang hingga Tanjung Kindurong.            Pada tahun 1890, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Raja Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di wilayah tersebut.  Sabah

All The Best

Page 10: Sejarah Malaysia Tema 2

Sebelum British bertapak, Sabah dikuasai oleh 2 pihak iaitu bahagian barat Sabah yang terletak di bawah Kesultanan Brunei dan bahagian Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu.            British mula berdagang dengan Sabah apabila seorang pegawai British yang bernama Alexander Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada tahun 1761. Menurut perjanjian tersebut, pihak British diberi kebenaran untuk mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sulu, iaitu wilayah-wilayah di Timur Kimanis.            Pada tahun 1763, Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan tetapi telah dimusnahkan oleh Datu Tating, saudara Sultan Israel Sulu pada tahun 1775.            Kemudian, John Herbert, seorang pegawai British yang mentadbir Pulau Balambangan, terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan. Walaupun beliau memajukan Pulau Labuan tetapi petempatan ini terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan SHTI. Walau bagaimanapun, pada tahun 1846, British dengan arahan James Brooke telah berjaya mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British.            Namun, British tidak dapat menjajah Sabah sehingga penubuha Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) pada tahun 1881.            Sebelum pentadbiran KBBU, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika Syarikat bernama Charles Lee Moses. Pada tahun 1865, C.L. Moses telah mendapat konsesi ke atas beberapa kawasan di pantai barat Sabah selama 10 tahun dengan bayaran $9500 daripada Sultan Brunei – Sultan Abdul Mumin (1852-1885). C.L. Moses tidak berniat memajukan konsesi ini lalu dijual kepada The American Trading Company yang diketuai oleh William Torrey, seorang pedagang Amerika Syarikat di Hong Kong.            William Torrey telah datang ke Sabah untuk memajukan kawasan yang dibelinya dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan. Pada tahun 1875, William Torrey telah menjual secara konsesinya kepada 2 orang ahli perniagaan iaitu Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong) dan Alfred Dent (seorang peniaga British). Pada masa pembelian konsesi itu, tempoh konsesi selama 10 tahun itu telah tamat.            Oleh itu, Overbeck dan Dent pergi ke Brunei memperbaharui perjanjian dengan Sultan Brunei pada tahun 1877. Syarat-syarat perjanjian 1877 ialah:a.         Sultan Brunei menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck

dan Dent.b.         Sultan dibayar $15000 setahun sebagai ganjaran.          Seterusnya pada tahun 1878, Sultan Sulu di Jolo telah menandatangani perjanjian dengan Overneck dan Dent. Baginda bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.          Kemudian, Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British supaya rakyat British boleh melabur dalam syarikat itu. Overbeck terpaksa menjual segala bahagian konsesinya kepada Alfred Dent kerana syarikat yang akan dibentuk itu ialah syarikat British dan Overbeck bukan bangsa British.          Kini, Alfred Dent menjadi pemilik tunggal konsesi di Sabah dan memohon piagam daripada kerajaan British dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) ditubuhkan untuk mentadbir Sabah. Dengan menganugerahkan piagam kepada syarikat itu, Kerajaan British dapat meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung ke atas Sabah. KBBU telah memerintah Sabah dari tahun 1881 hingga tahun 1946.

All The Best

Page 11: Sejarah Malaysia Tema 2

 

Pelanunan   Pengenalan Asal-usul pelanunan tidak diketahui dengan jelas. Kegiatan lanun di Perairan Tanah Melayu dan Borneo telah meluas menjelang awal abad yang ke-19. Menjelang tahun 1825, pelanunan merupakan ancaman besar kepada perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu. L.A. Mills menyifatkan sebagai “a great ang blighting curse”. Kumpulan lanun yang paling kuat ialah lanun-lanun dari Mindanao (Filipina). Lain-lain lanun yang penting ialah Balanini dari Kepulauan Sulu, lanun Melayu dari Kepulauan Riau-Lingga, Dayak Laut dari Borneo Utara dan lanun-lanun Cina yang berleluasa selepas tahun 1840. Perahu-perahu tempatan merupakan sasaran serangan lanun. Kapal-kapal Eropah jarang sekali diserang oleh lanun. Ini adalah kerana kapal-kapal tersebut bukan mudah ditawan dan lengkap dengan senjata.  Sebab-sebab kewujudan lanun1.         Pekerjaan turun-temurun

Pelanunan merupakan cara hidup tradisional orang-orang di Gugusan Kepulauan Melayu. Pelanunan dianggap sebagai pekerjaan yang mulia dan memandangkan seorang lanun mestilah berani dalam perjuangan dan mahir dalam ilmu pelayaran. Menurut L.A. Mills, pelanunan bukan sahaja dijalankan oleh rakyat biasa tetapi juga oleh golongan bangsawan, raja dan pedagang.

2.         Kedatangan orang Eropah L.A. Mills berpendapat bahawa kedatangan orang Eropah telah mendorong pelanunan. Orang Portugis dan Belanda telah menghancurkan sistem perdagangan tempatan. Dasar perdagangan monopoli Belanda menyebabkan kehilangan serta mata pencarian sebilangan besar pedagang. Mereka dilarang menjalankan sebarang kegiatan perdagangan di kebanyakan pulau yang berada di bawah pengaruh Belanda. Kehilangan mata pencarian ini memaksa pedagang-pedagang beralih kepada lanun. Sebagai contoh yang paling baik ialah orang Bugis di Makasar.

3.         Bentuk muka bumi Gugusan Kepulauan Melayu Bentuk muka bumi Gugusan Kepulauan Melayu yang berteluk, berpaya dan mengandungi banyak sungai memudahkan lanun-lanun menyembunyikan diri semasa menanti mangsanya atau selepas mengalami kekalahan. Sungai-sungai kecil dijadikan pangkalan memandangkan bahawa kapal besar Eropah tidak dapat mengejar kapal layar kecil lanun kerana airnya cetek. D.G.E. Hall berpendapat bahawa tiada tempat lain di dunia yang mempunyai keadaan geografi sebegitu sesuai bagi pelanunan.

4.         Ketidakstabilan politik Ketidakstabilan politik di Semenanjung Tanah Melayu (terutama sekali di Selangor dan Perak) dan Borneo telah menggalakkan kegiatan lanun. L.A. Mills berpendapat bahawa keruntuhan kerajaan-kerajaan Melayu telah mendorong pelanunan. Seorang pemerintah biasanya terlalu lemah untuk mengawal kegiatan lanun.

5.         Desakan ekonomi Desakan ekonomi juga telah mendorong sebilangan orang tempatan untuk menjadi lanun. Sebagai contoh, penduduk Sambas menjadi lanun apabila perdagangan mereka diambil alih oleh negara jiran, Pontianak di Borneo Barat.

All The Best

Page 12: Sejarah Malaysia Tema 2

6.         Perdagangan Jenis perdagangan melalui perahu dan tongkang di pesisiran pantai dan sungai memudahkan lagi kegiatan pelanunan. Perkembangan perdagangan Negeri-negeri Selat yang pesat dalam pertengahan abad ke-19 juga mendorong kegiatan pelanunan.

7.         Sokongan dari ketua-ketua tempatan Kegiatan melanin bertambah luas kerana mendapat sokongan dari ketua-ketua tempatan. Ketua-ketua tempatan memberi senjata dan perlindungan kepada lanun-lanun sebagai balasan untuk sebahagian daripada hasil rompakan mereka.

  Langkah-langkah untuk mengawal pelanunan sebelum tahun 1835Sebelum tahun 1835, Kerajaan British tidak mengambil tindakan yang tegas atau berkesan untuk mengawal kegiatan lanun. Negeri-negeri Selat tidak mempunyai bilangan kapal dan angkatan laut yang mencukupi untuk mengawal pelanunan. Pada tahun 1831, Negeri-negeri Selat hanya mempunyai 3 buah kapal kecil bagi melindungi perdagangan. Mahkamah Negeri-negeri Selat tidak mempunyai kuasa untuk membicara atau menghukum lanun-lanun. Sebaliknya, lanun-lanun dihantar ke Calcutta untuk dibicarakan dan selalunya mereka dibebaskan kerana kekurangan bukti. Keadaan ini disebabkan oleh keengganan Kerajaan British terutama sekali selepas tahun 1833, untuk membelanjakan wang ke atas Negeri-negeri Selat yang tidak mendatangkan sebarang hasil baginya. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memperuntukkan bahawa Inggeris dan Belanda akan bekerjasama untuk menghapuskan pelanunan. Namu demikian, kerjasama tersebut tidak diamalkan. Kerajaan British hanya mengambil dua langkah yang positif sebelum tahun 1835 untuk mengawal pelanunan: a.         Kapal HMS Southampton bersama dengan kapal perang Diamond pada tahun 1830 berjaya

menewaskan sebuah angkatan lanun yang terdiri daripada 30 buah perahu di Selat Melaka. b.         Kapal HMS Harrier pada tahun 1833 telah memusnahkan sebuah petempatan lanun di Pulau

Durian yang terletak di selatan Selat Singapura.   Langkah-langkah untuk mengawal pelanunan selapas tahun 1835Pada tahun 1835, pedagang-pedagang British dan Cina di Singapura menghantar surat-surat rayuan kepada Kerajaan India dan Parlimen British yang menggesa mereka mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menghapuskan pelanunan. 1.         Penghantaran kapal-kapal perang

Hasil daripada surat-surat rayuan yang dihantar pada tahun 1835, kerajaan British menghantar kapal perang HMS Andromache di bawah pimpinan Kapten Chads ke Selat Melaka dalam tahun yang sama untuk mengawal kegiatan pelanunan. Pada tahun 1836, dua buah lagi kapal perang iaitu HMS Wolf dan Raleigh dihantar ke Negeri-negeri Selat. Kapal-kapal ini meronda Selat Melaka dan sepanjang pantai timur Semenanjung Tanah Melayu dan berjaya memusnahkan beberapa petempatan lanun termasuk petempatan di Pulau Galang. Pada tahun 1837, kerajaan British menempatkan secara tetap 2 buah kapal Angkatan Laut Diraja dan 5 buah bot bersenjata di Negeri-negeri Selat.

2.         Penghantaran kapal-kapal stim Kapal-kapal stim memainkan peranan penting dalam menghapuskan pelanunan. Pada tahun 1837, Kerajaan British menempatkan kapal stim yang pertama, iaitu Diana di Negeri-negeri Selat untuk mengawal pelanunan. Kedatangan kapal stim Diana merupakan titik peralihan

All The Best

Page 13: Sejarah Malaysia Tema 2

dalam sejarah penghapusan pelanunan. Kapal Diana mempunyai kelajuan sebanyak 5 knot sejam dan tidak perlu bergantung kepada angin bagi pelayaran. Faktor-faktor ini memudahkan operasi-operasi menentang lanun. Dalam pertempuran yang pertama (1837), kapal Diana telah memusnahkan 6 buah perahu lanun di sekitar perairan pantai Terengganu. Pada tahun 1862, Kerajaan India menempatkan 2 buah kapal stim, iaitu Pluto dan Avon di Negeri-negeri Selat.

3.         Kuasa membicarakan kes pelanunan Pada tahun 1837, Negeri-negeri Selat diberi kuasa untuk membicara dan menghukum lanun-lanun. Langkah ini dapat mengawal kegiatan lanun pada setakat yang tertentu.

4.         Peranan James Brooke dan Angkatan Laut British di Borneo James Brooke dengan bantuan Angkatan Laut British (Skuadron Timur Jauh) bertanggungjawab bagi penghapusan kegiatan lanun di Borneo. Pada tahun 1843-1844, James Brooke dengan bantuan kapal HMS Dido yang dipimpin oleh Kapten Keppel memusnahkan kubu-kubu lanun Saribas dan Sikarna (Dayak Laut). Pada tahun 1845, Laksamana Cochrane dan skuadronnya memusnahkan petempatan-petempatan lanun di Teluk Marudu, Barat Laut Borneo. Tugas menghapuskan petempatan lanun di barat laut Borneo diselesaikan oleh Captain Mundy yang memimpin kapal HMS Iris pada tahun 1846. Pada tahun 1847, kapal Nemesis menewaskan satu skuadron Balanini berhampiran dengan Labuan. Pada tahun 1849, James Brooke dengan bantuan kapal-kapal Angkatan Laut British (HMS Albatross dan HMS Royalist) dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris (Nemesis dan Semiramis) menewaskan lanun-lanun Dayak Laut dengan teruknya di Batang Maru.

Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 telah mengurangkan dengan banyaknya kegiatan pelanunan di Semenanjung Tanah Melayu. Menjelang akhir abad ke-19, pelanunan di perairan Tanah Melayu dan Borneo telah luput sama sekali.  

Kongsi-kongsi Gelap Cina  Pengenalan Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.  Sebab-sebab penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina1.         Kewujudan kongsi-kongsi gelap di China Selatan

All The Best

Page 14: Sejarah Malaysia Tema 2

Kebanyakan orang Cina yang berhijrah secara ramai-ramai ke Negeri-negeri Selat dalam abad ke-19 merupakan bekas ahli kongsi-kongsi gelap di negara China. Tradisi kongsi-kongsi gelap ini telah diteruskan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat.

2.         Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan bersama Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan keadaan sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang berada dalam kesusahan, menguruskan pengebumian ahli-ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari pekerjaan.

3.         Kewujudan peluang-peluang kekayaan dan kuasa Kongsi-kongsi gelap juga ditubuhkan dengan tujuan menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.

4.         Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah menggalakkan penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan, tiada terdapat seorang pegawai pun sebelum tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau memahami adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan sebelum tahun 1877 bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di Negeri-negeri Selat. Malahan tiada terdapat kakitangan kehakiman yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.

  Langkah-langkah mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap Cina1.         Sebelum tahun 1867

Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Pentadbiran Negeri-negeri Selat sehingga tahun tersebut adalah di bawah kawalan Kerajaan India yang telah mengamalkan sikap tidak peduli dalam hal ehwal tempatan. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.

2.         Selepas tahun 1867 a.       Akta Pemeliharaan Keamanan 1867

Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.

b.      Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869

All The Best

Page 15: Sejarah Malaysia Tema 2

Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.1

c.       Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877 Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.

d.      Kelulusan Undang-undang Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan

e.       Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889 Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerjaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824  

Pengenalan

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka sendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia.

Faktor-faktor membawa kepada perjanjian1. Persaingan perdagangan di Timur

Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. VOC yang bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja tempatan. Kemudian, Belanda berjaya meluaskan empayarnya ke Melak (1641). Pada ketika itu, SHTI sedang mencari pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara.

Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara;

All The Best

Page 16: Sejarah Malaysia Tema 2

manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini.

Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain.

Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kota yang baru dan diberi nama “Betawi”. Keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada tahun 1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum bunuh kerana ditubuh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintah Belanda di Ambon.

Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang dan pihak British hampir menutup hampir semua lojinya kecuali di Bangkahulu di selatan pantai barat Sumatera dan berundur dari Kepulauan Hindia Timur. Kegiatan perdagangan mereka kemudian bertumpu di India.

2. Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah

Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi “pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan antara Negeri Belanda dengan British adalah berdekatan. Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Peristiwa ini telah pun terjadi pada tahun 1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya untuk menyerang British.

Dalam peristiwa ini, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depan Btitish. Oleh itu, pihak British benar-benar mengharapkan bantuan dan persahabatan dari Belanda untuk menentang musuh. Malahan, British terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan tenteranya supaya negeri itu dapat mempertahankan diri dari serangan musuh. Ini membuktikan bahawa British berharap agar Belanda menjadi barisan hadapan jika terjadi sebarang peperangan.

British juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mulai terancam. Ini disebabkan perhubungannya dengan negara-negara Barat yang lain telah pudar. Selepas Perang Napoleon (1795-1815), British terpencil dari rakan-rakan sekutunya yang pada satu ketika dahulu sama-sama menentang Napoleon. Prusia, Austria dan Rusia mulai mengasingkan diri dari England kerana perbezaan idea dan juga disebabkan perbezaan mazhab agama. Oleh itu, British mengharapkan Belanda dapat menjadi penyokongnnya di Eropah.

Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalam Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon. Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818 kepada Belanda yang diperolehi melalui Surat-surat Kew 1795. Kerajaan British berbuat demikian sungguhpun mendapat tentangan hebat daripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan sebuah pelabuhan perdagangan yang berpotensi.

3. Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura

All The Best

Page 17: Sejarah Malaysia Tema 2

Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan Pulau Jawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategi British sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI di rantau ini kerana kedudukannya yang jauh di utara dan di luar laluan perdagangan. Selain itu, Bengkahulu juga kurang strategik memandangkan kedudukannya di pantai barat Sumatera terpisah daripada laluan perdagangan di Selat Melaka.

Oleh itu, Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk bersaing dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun 1819.

Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura telah dibantah oleh Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawa Singapura adalah wilayah di bawah naungannya. Belanda mengatakan Raffles mencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakan kekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singapura. Dengan itu, masalah ini telah menimbulkan perang dingin antara British dan Belanda.

Bantahan juga dibuat oleh Gabenor Jeneral Betawi iaitu Baron Van der Capellan kepada Gabenor Jeneral India, iaitu Lord Hastings. Ini telah mencetuskan sati “peperangan kertas” di antara mereka antara tahun 1819 hingga 1824.

4. Kemajuan Singapura

Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapura merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun 1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di Singapura juga meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagar-saudagar SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapura dikekalkan.

Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur. Perdagangan pelabuhan-pelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulai mengalami kemerosotan. Untuk mengelakkan pertempuran yang terbuka, pihak British mengambil langkah untuk berunding dengan Belanda.

5. Masalah kewangan Belanda

Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh Britain. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British.Bantuan dan pinjaman telah diberikan oleh British. Menurut J.S. Furnival, hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana hutang terhadap British adalah sebanyak £144 juta.

Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda bertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Untuk menyelesaikan masalah hutang piutang ini, Belanda telah mengambil langkah untuk berunding dengan British bagi mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku.

Syarat-syarat PerjanjianPerjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles W. Wymn. Kandungan perjanjiannya ialah:

1. Syarat-syarat kewilayahan

a.         Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang,

All The Best

Page 18: Sejarah Malaysia Tema 2

Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. British juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut.

b. British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan lain-lain kawasan.

c. Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepada British. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut.

d. Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera.

e. Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang ada kepada British. Belanda juga akan membayar sebanyak £100000 kepada Britsh sebagai penyelesaian hutang-piutangnya.

f. Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain. Jika salah satu kuasa itu meninggalkannya, wilayah itu mestilah diserahkan kepada kuasa yang satu lagi.

g. Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempoh selama 6 bulan untuk menguruskan harta mereka sekiranya mereka hendak berpindah ke negeri-negeri yang mereka pilih.

h. Perpindahan hak-hak kedua-dua pihak hendaklah mula dijalankan pada 1 Mac 1825.

2. Syarat-syarat perdagangan

a.         Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar mereka menjalankan perniagaan di Kepulauan Timur, India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-dua pihak hendaklah mengikuti peraturan-peraturan perdagangan di tiap-tiap kawasan.

b. Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripada bayaran yang dikenakan kepada rakyat dari negeri yang mempunyai pelabuhan.

c. Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak yang berkuasa tentera dan awam supaya menghormati kebebasan perdagangan.

d. Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-lanun di laut sebelah timur dan jangan membenarkan lanun-lanun menjual barang-barang dagangan mereka di kawasan atau daerah kepunyaan mereka.

e. Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak dibenarkan ditubuhkan di Kepulauan Timur tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari kerajaan mereka di Eropah.

f. British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah di Kepulauan Maluku.

Kesan-kesan Perjanjian

All The Best

Page 19: Sejarah Malaysia Tema 2

1. Pembahagian Kepulauan Melayu kepada 2 lingkungan pengaruh

Kesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah terbentuknya 2 kawasan pengaruh. Belanda ingin menguasai kawasan-kawasan meliputi Pulau Jawa, Sulawesi atau dengan kata-kata lain semua gugusan Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura; manakala British menguasai kawasan-kawasan yang meliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu. Perjanjian ini merupakan satu titik peralihan dalam perkembangan politik di Kepulauan Melayu. British dan Belanda kini dapat meluaskan pengaruh perdagangan dan politik mereka di kawasan masing-masing tanpa gangguan daripada pihak lain.

2. Perpecahan Empayar Johor

Dengan pembahagian 2 kawasan pengaruh itu, secara tidak langsung telah membawa kepada runtuhnya Empayar Johor. Kini Singapura dan Tanah Besar Johor dikuasai oleh British dan Riau-Lingga jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga. Bendahara Ali di Pahang juga mengambil kesempatan untuk cuba membebaskan diri dari kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan Empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat ini.

3. Perhubungan Inggeris-Belanda di Timur

Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan dalam laporan-laporan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat dan dalam akhbar-akhbar Singapura. Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British menuduh Belanda melanggar syarat-syarat perjanjian, tetapi, British terpaksa menelan hakikat ini dan terus memberi bantuan kepada Belanda dan memastikan bahawa Belanda benar-benar menjadi sekutu yang dapat mengimbangkan kekuatan British terutama di Eropah.

4. Pertelingkahan mengenai Borneo

Perbalahan antara pihak British dan Belanda di Kepulauan Melayu tersetus akibat salah faham terhadap syarat-syarat kewilayahan. Perbalahan mengenai syarat “sebarang pulau lain ke selatan Singapura” tercetus apabila Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British pada tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan terletak di selatan Selat Singapura dan berada di lingkungan pengaruhnya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan apabila pihak British dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yang sebenarnya.

5. Pelanunan

Belanda tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang berkenaan dengan penghapusan lanun di perairan Kepulauan Melayu. Pihak Belanda hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di bawah pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur. Akibatnya, British terpaksa mengambil langkah-langkah sendiri untuk menghapuskan pelanunan dan ini memakan masa serta menelan banyak perbelanjaan.

All The Best

Page 20: Sejarah Malaysia Tema 2

Negeri-negeri Selat  

PengenalanSelepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinang yang telah ditubuhkan pada 1786; Singapura yang diperolehi daripada Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Ketiga-tiga kawasan ini kemudian disatukan dan dipanggil sebagai Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.

Penubuhan Negeri-negeri Selat, 1826-1890Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan. Pertama, Pulau Pinang yang telah ditubuhkan sejak tahun 1786. Pada tahun 1805, Kerajaan India telah mengangkat Pulau Pinang menjadi “Presidency” ke-4 selepas Madras, Bombay dan Benggala di India. Pulau Pinang mempunyai seorang gabenor sebagai ketua negara. Kedua, Singapura yang ditubuhkan pada 1819 dengan seorang Residen yang bertanggungjawab kepada Kerajaan India. Sebelumnya iaitu di antara 1819-1823, semua arahannya datang secara langsung dari Raffles di Bengkahulu dan bukan dari Pulau Pinang, tetapi selepas Raffles pulang ke England (1824), Singapura terus diletakkan di bawah pentadbiran India. Ketiga, Melaka yang diperolehi melalui pertukaran dengan Bengkahulu yang diserahkan kepada Belanda berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda diletakkan secara langsung di bawah pentadbiran Kerajaan India.

Pada tahun 1826, Kerajaan India mengambil kesempatan untuk menyatupadukan ketiga-tiga negeri menjadi satu bentuk pemerintahan dengan tujuan untuk mengurangkan bilangan pegawai-pegawai. Pernyataan ini kemudian dipanggil Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat ini terus menjadi Presidency ke-4 dan Pulau Pinang dijadikan ibu negerinya. Seorang gabenor dilantik dan ianya tertakluk kepada arahan-arahan dari Kerajaan India. Pada tahun 1832, pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Singapura.

Pada tahun 1830, taraf Presidency Negeri-negeri Selat telah diturunkan ke taraf Residency. Dengan itu, jawatan gabenor telah dijadikan Residen. Kemudian 2 orang Timbalan Residen telah dilantik di Pulau Pinang dan Melaka. Tetapi selepas tahun 1832, jawatan gabenor digunakan semula di Negeri-negeri Selat.

Perpindahan pusat pentadbiran Negeri-negeri SelatKetika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India ia telah diletakkan di bawah kawalan 3 bentuk pentadbiran, antaranya:

a. 1831-1851 – ditadbir oleh Kerajaan Benggala

All The Best

Page 21: Sejarah Malaysia Tema 2

b. 1851-1858 – diletakkan secara langsung kepada Pejabat Gabenor Jeneral

c. 1858-1867 – diserahkan kepada Pejabat India

            Rayuan untuk perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India ke Pejabat Tanah Jajahan telah bertambah kuat selepas pengenalan Akta Mata Wang dan cukai pelabuhan. Malah, rayuan dibuat kepada Kerajaan India pada masa itu terlibat dalam satu pemberontakan sepoi (Dahagi India, 1857) di mana sepoi-sepoi India bangkit menentang SHTI. Peristiwa Dahagi itu jelas memperlihatkan kelemahan Pejabat India untuk memerintah India sendiri dan membuktikan ketidakmampuan untuk mentadbir Negeri-negeri Selat yang jauh.

Dalam rayuan itu, saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat telah meminta Pejabat Tanah Jajahan di London supaya mengambil alih kuasa pentadbiran Negeri-negeri Selat daripada Pejabat India.

Selepas tamatnya peristiwa Dahagi, iaitu 1858, SHTI telah dibubarkan dan kuasa pentadbiran India diletakkan di bawah Kerajaan British di London. Pada 10 Ogos 1866, Parlimen meluluskan Akta Perpindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat dari India ke Pejabat Tanah Jajahan.

Pada 1 April 1867, Akta tersebut dikuatkuasakan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Dengan ini, Negeri-negeri Selat mencapai taraf Tanah Jajahan Mahkota.

Sebab-sebab perpindahan1. Kedudukan India yang jauh dari Negeri-negeri Selat

Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telah timbul beberapa masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai terutama golongan saudagar yang merupakan golongan terpenting. Mereka menuduh Kerajaan India tidak cuba menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan mereka. Dengan lain perkataan, Kerajaan India cuai menjalankan tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh Kerajaan India dan mungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu jauh daripada Negeri-negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan penting yang hendak disampaikan ke Negeri-negeri Selat mengambil masa yang lama untuk diterima. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tidak ada pegawai-pegawai India yang mengetahui benar-benar akan kedudukan Negeri-negeri Selat. Yang penting, antara India dan Negeri-negeri Selat mempunyai perbezaan yang besar sama ada dari segi politik mahupun dari segi sosial. Oleh itu, segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan India sering-kali bertentangan dengan kehendak-kehendak atau tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat.

2. Sikap kecuaian Kerajaan India dalam masalah Negeri-negeri Selat

a.         Masalah lanunSikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanun yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlaku berleluasa di Selat Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan oleh beberapa puak seperti Ilkanon, Sikarna,

All The Best

Page 22: Sejarah Malaysia Tema 2

Melayu, Dayak dan lain-lain. Kadang-kala, mereka tidak sahaja merompak malah membakar kapal-kapal perdagangan serta membunuh anak-anak kapal atau ditawan lalu dijadikan hamba abdi. Peristiwa rompakan oleh lanun sudah pasti menjejaskan perdagangan Negeri-negeri Selat. Dalam tahun-tahun 1850, orang Cina turut terlibat dalam peristiwa lanun.

b. Mengawal kegiatan kongsi gelap

Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam usahanya mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengan kongsi gelap cina, Kerajaan India menggunakan sistem “indirect rule” iaitu memberi kebebasan kepada kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka. Oleh sebab kongsi gelap cina di Negeri-negeri Selat ditubuhkan berdasarkan puak-puak, menyebabkan sering terjadi pergaduhan antara mereka yang kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan. Keadaan ini semua memberi kesan buruk kepada saudagar. Bagi golongan saudagar Negeri-negeri Selat pula, usaha-usaha yang lebih giat hendaklah dijalankan lebih-lebih lagi memandangkan hilangnya monopoli perdagangan Inggeris di Negeri China pada tahun 1833. Dengan kehilangan monopoli perdagangan itu sudah tentu tumpuan hendaklah dibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi, jika kegiatan lanun dan kongsi gelap tidak dapat dikawal, bermakna cita-cita hendak menjadikan Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan Inggeris yang penting di bahagian timur tidak akan tercapai.

3. Sikap kecuaian Kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat

Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran Negeri-negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya merosot. Ini adalah kerana Negeri-negeri Selat semakin maju tetapi bilangan pegawai tidak mencukupi untuk menguruskan kerja tambahan. Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat juga tidak terlatih dalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda dan tidak faham tentang bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka menghadapi masalah untuk menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini juga diberi gaji yang rendah dan kenaikan pangkat tidak terjamin. Jadi, mereka tidak berminat dalam tugas mereka. Justeru itu, mereka mengamalkan rasuah.

Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan di Negeri-negeri Selat. Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga ketenteraman, misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk menjaga penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di Negeri-negeri Selat juga tidak cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlatih dan kekurangan mahkamah untuk membicarakan serta mengadili kes-kes jenayah dan awam. Hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini menyebabkan banyak kes tertangguh.

4. Ketiadaan perwakilan tempatan

Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan pentadbiran Negeri-negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di majlis perundangan di Calcutta atau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang jahil mengenai keadaan Negeri-negeri Selat. Undang-undang yang digubal tidak secocok dengan keadaan di Negeri-negeri Selat kerana keadaan sosioekonomi di Negeri-negeri Selat jauh berbeza daripada India dan Britain. Malah, undang-undang ini digubal tanpa menghiraukan pandangan pegawai-pegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan

All The Best

Page 23: Sejarah Malaysia Tema 2

India dan menuntut supaya sebuah majlis perundangan ditubuhkan dan diwakili oleh wakil tempatan.

5. Penempatan banduan di Negeri-negeri Selat

Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India ke Negeri-negeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000 orang banduan telah dihantar ke Negeri-negeri Selat. Tindakan ini dibantah keras oleh saudagar-saudagar yang diketuai oleh W.H. Read. Mereka menganggap kehadiran banduan akan menjejaskan imej Negeri-negeri Selat dan mengancam nyawa mereka. Besar kemungkinan perdagangan Negeri-negeri Selat akan merosot kerana saudagar asing akan merasa bimbang untuk melakukan aktiviti perdagangan. Selain itu, Negeri-negeri Selat juga terpaksa membiayai perbelanjaan untuk menanggung banduan-banduan itu dan seterusnya menambahkan beban kewangan dan sosial mereka.

6. Dasar tidak campur tangan Kerajaan India

Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi pendapat mereka, polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akan merugikan perdagangan dan mengurangkan pengaruh British. Mereka inginkan Kerajaan India untuk campur tangan dan menamatkan keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu yang semakin berleluasa. Mereka mengharapkan agar keamanan di Negeri-negeri Melayu dapat dipulihkan untuk kemajuan perdagangan dan pelaburan. Namun, Kerajaan India enggan berbuat demikian. Di sebaliknya, mereka mengamalkan dasar pro-Siam di mana dasar ini telah merugikan kegiatan perdagangan saudagar British.

7. Akta Mata Wang, 1855

Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini menjadikan mata wang rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di Negeri-negeri Selat bagi menggantikan mata wang ringgit perak dan sen. Akibatnya, bantahan-bantahan telah timbul disebabkan saudagar-saudagar telah biasa dengan penggunaan wang ringgit dan juga disebabkan nilai wang rupee adalah tidak stabil berbanding dengan nilai wang ringgit. Masalah ini menjadi kemuncak kemarahan dan rasa tidak puas hati golongan saudagar terhadap pentadbiran India. Akhirnya, Kerajaan India terpaksa menarik balik pelaksanaan mata wang rupee.

8. Pengenaan cukai pelabuhan, 1856

Pada awal tahun 1830-an, Kerajaan India telah mengalami kemelesetan ekonomi. Untuk mengatasinya, maka pada tahun 1833 telah dicadangkan untuk mengenakan cukai pelabuhan. Kemudian dalam tahun 1856, ketetapan telah diambil oleh Kerajaan Indiauntuk mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat. Kutipan cukai tersebut akan digunakan untuk membiayai pembinaan rumah-rumah api, pelampung-pelampung dan beberapa pangkalan. Ketetapan ini dibantah keras oleh para saudagar kerana mereka merasa kemakmuran yang dirasai dan keuntungan yang diperolehi adalah bergantung kepada taraf pelabuhan bebasnya, terutama pelabuhan Singapura. Mereka bimbang jika cukai pelabuhan dilaksanakan kemungkinan kapal-kapal asing akan berkurangan. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti kedudukan ekonomi saudagar di Negeri-negeri Selat akan terjejas.

All The Best

Page 24: Sejarah Malaysia Tema 2

Pentadbiran Negeri-negeri Selat, 1867Kerajaan Negeri-negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor. Gabenor yang pertama ialah Sir Harry Ord. Gabenor dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan dan Majlis Perundangan. Majlis Kerja Kerajaan terdiri daripada ahli-ahli rasmi. Majlis Perundangan terdiri daripada 9 orang ahli rasmi dan 5 orang ahli tidak rasmi. Majlis Perundangan ini membuat undang-undang bagi Negeri-negeri Selat tetapi mesti mendapat persetujuan daripada Parlimen Brirish terlebih dahulu. Gabenor Negeri-negeri Selat diberi kuasa penuh untuk memerintah Negeri-negeri Selat.  

Hubungan Inggeris dengan Negeri-negeri Melayu Naungan Siam 1826-1863

  

Pengenalan

Walaupun Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memberi peluang kepada Inggeris untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu, tetapi Inggeris di India tidak berbuat demikian. Dalam perjanjian tersebut, ternyatalah bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah di dalam lingkungan pengaruh British. Tetapi, Siam telah berusaha untuk menjadikan dirinya sebagai “tuan” ke atas negeri-negeri Melayu. Keadaan ini telah menimbulkan huru-hara dan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat telah mengambil tindakan tanpa restu dari India untuk mengatasinya.

Hubungan British dengan Siam dan Kedah sebelum 1824Pada awal abad ke-19, negeri Siam menjadi kuat semula di bawah pemerintahan Dinasti Chakri. Raja Chakri, iaitu Raja Rama I telah memindahkan ibu negerinya dari Ayuthia ke Bangkok (1783) dan ingin menegakkan semula kuasanya ke atas negeri-negeri Melayu seperti Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Negeri-negeri tersebut tidak menghantar bunga emas ke Siam sejak Siam berperang dengan Burma pada tahun 1760-an. Selepas kemusnahan ibu negerinya, iaitu Ayuthia oleh Burma pada tahun 1767, Siam telah dapat mengawal jajahan takluknya di Negeri-negeri Melayu Utara.

Pada tahun 1816, Kedah diarah oleh Kerajaan Siam supaya menyerang negeri Perak kerana gagal menghantar bunga emas kepadanya. Sultan Ahmad Tajuddin dengan berat hati telah menyerang Perak. Sultan Perak disingkirkan dan sebagai ganti, dilantik pula Raja Muda manjadi sultan yang disifatkan sebagai wakil pemerintah Siam di Perak.

Sungguhpun Sultan Ahmad telah memenuhi kehendak Siam, namun Siam masih curiga dan tidak puas hati terhadap baginda. Ini disebabkan sultan telah berusaha untuk membebaskan Kedah dari cengkaman Siam. Dalam hal ini, Siam menuduh sultan telah bersuhabat dengan Burma. Sebelum itu, kecurigaan Siam terhadap Kedah telah pun wujud apabila bekas sultan (Sultan Abdullah Muharam Syah) menyerahkan Pulau Pinang kepada pihak British tanpa pengetahuan Siam. Berhubung dengan perkara-

All The Best

Page 25: Sejarah Malaysia Tema 2

perkara di atas, Sultan Ahmad telah diarahkan ke Bangkok tetapi baginda enggan berbuat demikian kerana dapat menjangkakan hukuman yang akan di terima.

Keengganan Sultan Ahmad itu telah menimbulkan kemarahan Siam. Oleh itu, pada tahun 1821, Kerajaan Siam mengarahkan Gabenor Ligor iaitu Nakhon Si Thammarat menyerang Kedah. Sultan meminta bantuan dari Inggeris. Malangnya, pihak Inggeris di Pulau Pinang atas arahan dari Kerajaan India tidak dapat memberi bantuan ketenteraan kepada baginda.

Pihak British berusaha mengelakkan terjadinya perselisihan dengan Siam walaupun pendudukan Siam ke atas negeri Kedah menimbulkan kebimbangan kepadanya. British bimbang, bekalan makanan yang diperlukan dari Kedah akan terjejas di samping perdagangan British di Pulau Pinang terganggu.

British benar-benar dalam keadaan yang serba salah. Di satu pihak, British inginkan persahabatan dengan Siam dan di pihak yang lain, British tidak mahu merosakkan hubungannya dengan sultan Kedah kerana ia sedikit sebanyak akan menjatuhkan imej British di mata Negeri-negeri Melayu yang lain. Oleh itu, dari segi jangka panjang, British harus meneruskan hubungan baik dengan sultan Kedah.

Oleh itu, pihak British menghantar perwakilan John Crowford ke Bangkok pada tahun 1822 bagi mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan. Dalam rundingan ini, John Crowford meminta Kerajaan Siam melantik semula sultan Kedah yang telah diturunkan takhta. Cadangan beliau ditolak. Walau bagaimanapun, John Crowford berjaya memperolehi maklumat penting mengenai Siam dan juga kelemahan-kelemahan tentera Siam.

Persetiaan Awal dengan Raja Ligor, 1825Pada tahun 1825, Kerajaan India atas desakan Gabenor Fullerton bersetuju menghantar satu perwakilan ke Bangkok untuk memulihkan hubungan perdagangan dengan Siam. Kapten Henry Burney dilantik untuk mengetuai perwakilan tersebut.

Akan tetapi, Gabenor Fullerton mengarahkan Kapten Burney untuk menemui Raja Ligor bagi mewujudkan hubungan damai dan untuk merintis jalan bagi perwakilan Inggeris ke Bangkok.

Apabila Kapten Burney tiba di Ligor, beliau mendapati bahawa tentera laut Raja Ligor sudah bersiap sedia untuk menyerang Selangor dan Perak. Burney memberi amaran kepada Raja Ligor bahawa sekiranya beliau menyerang Perak atau Selangor, maka British akan campur tangan.

Oleh sebab Raja Ligor menyedari bahawa pihak British tidak lagi mengikuti dasar pro-Siam, maka beliau bersetuju menandatangani perjanjian sementara pada 31 Julai 1825 dengan Kapten Burney untuk mengelakkan tindakan perang ke atas Siam. Syarat-syarat Perjanjian Awal ini ialah:

a. Raja Ligor tidak akan menyerang Perak dan Selangor.

b. Raja Ligor memberi peluang kepada Perak dan Selangor untuk membuat keputusan sama ada hendak menghantar bunga emas atau tidak.

All The Best

Page 26: Sejarah Malaysia Tema 2

c. Raja Ligor bersetuju menemani Kapten Burney mengadap Raja Siam di Bangkok.

d. Inggeris bersetuju tidak akan campur tangan dalam negeri Kedah.

e. Sultan Kedah dibenarkan kembali ke Kedah. Sultan hendaklah menghantar “bunga emas” setiap tiga tahun dan membayar sebanyak $4000 tiap-tiap tahun sebagai jajahan takluk Siam.

Setelah perjanjian itu dihantar ke India untuk mendapatkan pengesahan, Gabenor Fullerton

menghantar John Anderson ke Perak dan Selangor untuk memulihkan hubungan kedua-dua negeri ini

dan Sungai Bernam dijadikan sempadan.

Perjanjian Burney, 1826Perjanjian sementara yang ditandatangani oleh Burney dengan Raja Ligor mendapat pengesahan dari Kerajaan India. Dengan itu, Kapten Burney sekali lagi dihantar (pada bulan Disember 1825) ke Siam lagi bagi mendapatkan pengiktirafan perjanjian tersebut. Sesungguhnya, Kapten Burney dihantar ke Bangkok dengan tujuan berikut:

a. Untuk menjamin bahawa British tidak berniat buruk terhadap Siam dan ingin mengukuhkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengannya.

b. Beliau dikehendaki merundingkan pemulihan takhta Kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin.

c. Memastikan Perak dan Selangor serta negeri-negeri Melayu yang lain terpelihara.

Sungguhpun keadaan ini agak sulit tetapi dengan kebijaksanaan dan diplomasi, akhirnya Burney

berjaya mendapat tolak ansur dari pidak Siam setalah rundingan-rundingan berjalan selama 6 bulan.

Kejayaan ini juga adalah atas kerjasama yang diberikan oleh Raja Ligor dan pegawai-pegawai Siam yang

besifat sederhana. Akhirnya, pada 20 Jun 1826, satu perjanjian telah ditandatangani iaitu Perjanjian

Burney.

Perjanjian Burney 1826  Pengenalan Pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu Utara membimbangkan British kerana perkembangan ini menjejaskan pendudukan British di Pulau Pinang serta kepentingan British di Tanah Melayu. Akibatnya pada Disember 1825, Kapten Burney dihantar oleh Robert Fullerton bagi mengadakan rundingan dan menandatangani perjanjian dengan Siam. Henry Burney telah diarah berbincang

All The Best

Page 27: Sejarah Malaysia Tema 2

mengenai hubungan perdagangan dan persahabatan antara Siam dengan British, kepentingan British di Tanah Melayu mengenai perdagangan, masalah pembahagian takhta, Sultan Ahmad Tajuddin dan soal kemerdekaan Perak dan Selangor. Selepas berada di Siam selama 6 bulan, Henry Burney berjaya menandatangani perjanjian pada 20 Jun 1826.  Syarat-syarat perjanjian1.         Pedagang-pedagang British dibenarkan berdagang di Bangkok dan dikenakan cukai yang

berpatutan. 2.         Mengenai Kedah:

a.         Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam. b.         Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak,

Selangor atau Burma. c.         British bertanggungjawab untuk menghalang Sultan Kedah dan pengikut-pengikutnya

menyerang Siam dan wilayah-wilayahnya. d.         British dibenarkan berdagang di Kedah tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal

pentadbiran. e.         Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

3.         Mengenai Perak: a.         Siam mengiktiraf kemerdekaan Perak dan Selangor. b.         British dibenarkan berdagang di Perak tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal

pentadbiran. c.         Siam dibenarkan menghantar perwakilan antara 40-50 orang ke Perak tetapi tidak

dibenarkan menyerang, mengancam dan mencabul Perak. d.         British bertanggungjawab menghalang Selangor menyerang Perak. e.         Mengenai penghantaran bunga emas dan lain-lain hantaran ke Siam, negeri Perak

diberi kebebasan sama ada menghantar atau tidak. Sekiranya Perak bersetuju menghantar ke Siam, maka British tidak berhak untuk menghalang.

4.         Mengenai Kelantan dan Terengganu: a.         Siam berjanji tidak akan mengganggu perdagangan British di Kelantan atau

Terengganu. b.         British dibenarkan berdagang di Terengganu tetapi tidak boleh campur tangan dalam

hal pentadbiran. c.         Kelantan dan Terengganu akan terus menghantar ufti yang berupa bunga emas kepada

Siam tiap-tiap 3 tahun sekali.   Kesan-kesan perjanjian1.         Kedah

Perjanjian Burney yang telah ditandatangani mengecewakan Sultan Ahmad dan baginda tidak dapat menerimanya. Baginda kecewa kerana dengan terang British telah memperdayakannya. Oleh itu, Sultan Ahmad yang masih menetap di Pulau Pinang mengambil keputusan melancarkan serangan ke atas Siam. Dengan bantuan orang Melayu Kedah, Kelantan dan Terenngganu, Sultan ahmad menyerang Kedah pada tahun 1831, 1836 dan 1838 tetapi kesemua serangan ini gagal kerana British telah mengepung dan melindungi Kedah daripada serangan Sultan Ahmad. Malah, Sultan Ahmad telah dipindahkan dari Pulau Pinang untuk menetap di Melaka. Baginda terpaksa menetap di Melaka sehingga 1842 bagi mematuhi syarat-syarat Perjanjian Burney. Menjelang tahun 1840, sikap Sultan Kedah, Raja

All The Best

Page 28: Sejarah Malaysia Tema 2

Siam dan British mulai berubah. Sultan Ahmad yang telah lanjut usianya merasai penentangan terhadap Siam tidak berfaedah kerana pihak British tetap menyebelahi mereka. Pihak Siam pula merasa penglibatannya dalam hal ehwal negeri Kedah tidak lagi penting kepada mereka. Pertempuran-pertempuran yang berterusan hanya akan membebankan negeri Siam. Melalui kesedaran itu, Sultan Ahmad mengambil jalan yang lebih berkesan iaitu melalui rundingan. Dengan kerjasama British, satu perwakilan yang diketuai oleh Putera Sultan Ahmad, iaitu Tengku Daik telah dihantar ke Bangkok pada tahun 1841 bagi membincangkan soal pembahagian takhta Sultan Ahmad Tajuddin. Pada tahun 1842, Sultan Ahmad Tajuddin diserahkan kembali takhtanya dan Kedah mestilah kekal sebagai jajahan takluk Siam dan menghantar bunga emas tiap-tiap 3 tahun sekali. Kedah juga diperkecilkan kawasannya iaitu Setul dan Kubang Pasu diletakkan di bawah pemerintahan Siam dan Perlis dipisahkan dan diperintah oleh Syed Sapee dengan gelaran Raja Perlis.

2.         Perak Siam tidak mematuhi Perjanjian Burney berkaitan dengan Perak. Pada bulan Ogos 1826, pihak berkuasa di Selatan Siam, iaitu Raja Ligor telah menghantar satu angkatan tentera ke Perak dengan alasan untuk membantu Perak dalam hal ehwal pentadbiran. Muslihat Raja Ligor yang sebenarnya ialah untuk memaksa Raja Perak menghantar bunga emas ke Siam. Pada September 1826, Sultan Perak telah memohon bantuan British bagi menghapuskan naungan Siam ke atas Perak. Akibatnya, Gabenor Fullerton telah menghantar satu angkatan ke Perak yang terdiri daripada 40 orang askar yang diketuai oelh Kapten James Low ke Perak. James Low telah diarahkan untuk menasihati Sultan Perak mengenai haknya untuk memilih sama ada hendak menghantar bunga emas ke Siam atau tidak. Selain itu, Low juga memberi jaminan bantuan kepada Sultan Perak jika Perak diserang oleh Siam. Setelah di Perak, Low berjaya menggulingkan golongan pro-Siam. Askar-askar Siam juga berundur dari Perak. Pada 18 Oktober 1826, Low telah melampaui arahan dan menandatangani persetiaan dengan Sultan Abdullah. Syarat-syaratnya ialah:a.         Perak berjanji tidak akan mengadakan hubungan politik dengan Siam atau negeri-

negeri lain. b.         Perak bersetuju tidak akan menghantar bunga emas atau lain-lain persembahan kepada

Siam atau negeri-negeri Melayu lain. c.         British beratnggungjawab untuk melindungi Perak daripada sebarang serangan luar. d.         Pedagang-pedagang dari mana-mana negeri dibenarkan berdagang di Perak asalkan

mereka tidak campur tangan dalam hal ehwal Perak. e.         Sultan Perak tidak akan membenarkan wakil-wakil yang lebih daripada 30 orang lelaki

daripada negara-negara lain masuk ke Perak dengan tujuan untuk campur tangan dalam hal ehwal politik.

f.           Dinding dan Pulau Pangkor diserahkan kepada British. James Low juga berjaya menghancurkan kegiatan lanun di Sungai Kurau selepas tertangkapnya ketua lanun, iaitu Nakhoda Udin yang pro-Siam. Tindakan British ini telah berjaya menyelamatkan Perak daripada menerima nasib seperti Kedah dan menghentikan kemaraan Siam.

3.         Kelantan/Terangganu Perjanjian Burney tidak menentukan dengan jelas hubungan Kelantan dan Terengganu dengan Siam. Akibatnya, Kelantan menerima pertuanan Siam tetapi Terengganu menolaknya. Terengganu menganggap negerinya tidak pernah dijajah oleh Siam. Penghantaran bunga emas hanya menjadi tradisi dan mengekalkan persahabatan dengan

All The Best

Page 29: Sejarah Malaysia Tema 2

Siam. Oleh itu, Siam berusaha untuk mengukuhkan pengaruhnya di Terengganu dan mengekalkan pengaruhnya ke Pahang. Usaha ini dijalankan dengan melibatkan diri dalam perang saudara di Pahang (1857-1863) antara Wan Ahmad dan Wan Mutahir. Pada Oktober 1862, satu angkatan Siam telah tiba di Kuala Terengganu dalam usaha membantu Wan Ahmad menyerang Pahang. Selain itu, kehadiran angkatan tersebut juga bertujuan membantu Sultan Mahmud dari Lingga merampas takhta Terengganu daripada bapa saudaranya, Sultan Omar yang tidak menerima pertuanan Siam. Kekacauan yang berlaku bukan sahaja mengganggu perdagangan di Pahang tetapi juga di Kelantan dan Terengganu. Akibat dari desakan pedagang-pedagang, gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Cavenagh telah menghantar sebuah kapal perang ke Kuala Terengganu pada November 1862 dengan tujuan hendak mendesak Siam dan Sultan Mahmud dari Lingga berundur dari Terengganu dan tidak melibatkan diri dalam perang saudara Pahang. Keengganan Siam telah menyebabkan kapal perang British membedil Kuala Terengganu pada 4 November 1862. Akibatnya, angkatan tentera Siam dan Sultan Mahmud dari Lingga mengundurkan diri. Tindakan British ini berjaya menghalang pengaruh Siam dan merebak ke Pahang.  

Perjanjian Sulit Inggeris Siam 1897  Pengenalan Selepas berjaya menyekat pengaruh Siam dari mara ke selatan, pihak British mula memikirkan rancangan untuk mengambil 4 buah negeri Melayu di utara dari kekuasaan Siam. Matlamat British ialah untuk menyatukan negeri-negeri itu dalam suatu gabungan iaitu Tanah Melayu. Ketika ini, British sudah berjaya meletakkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah pentadbiran mereka. Satu perjanjian sulit antara Inggeris dengan Siam telah diadakan pada tahun 1897 sebagai perintis untuk mengambil keempat-empat buah negeri Melayu di utara dari Siam.  Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian1.         British berasa bimbang selepas mendapat berita bahawa kuasa Perancis berminat meluaskan

pengaruhnya ke Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk membina “Terusan Kra” pada tahun 1880.

2.         British juga bimbang akan peluasan pengaruh Jerman apabila mendapat berita bahawa negara Jerman sedang berusaha untuk membina sebuah pangkalan di kawasan Siam selatan terutama di Pulau Langkawi.

  Syarat-syarat perjanjian1.         Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa barat tersebut mendesak British untuk

menandatangani Perjanjian Sulit dengan Siam pada 6 April 1897. Menurut perjanjian ini:2.         Raja Siam bersetuju tidak akan memindahkan sebarang kawasan di Selatan Muang Bang

Tapan dekat Tenasserim. 3.         British mengakui hak Siam di Selatan Muang Bang Tapan berhampiran pantai Tenasserim

hingga ke negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. 4.         British akan membantu Siam jika ia diserang.

All The Best

Page 30: Sejarah Malaysia Tema 2

5.         Jika Raja Siam memutuskan hendak membuat sebarang pemberian tanah kepada kuasa asing, ia mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari British.

  Kesan-kesan perjanjian1.         Dengan perjanjian ini, permintaan Jerman untuk dibenarkan bertapak di Langkawi ditolak

oleh pihak Siam.2.         British berjaya menyekat Negeri-negeri Melayu dan wilayah Siam di utara Semenanjung

Tanah Melayu dari jatuh ke tangan kuasa-kuasa asing. 3.         Oleh sebab perjanjian ini ditandantangani secara sulit, tidak ada pihak lain yang

mengetahuinya. Sesetengah sultan telah berasa hampa berada di bawah naungan Siam dan cuba bertindak secara bebas. Keadaan ini memaksa British dan Siam menandatangani satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Sempadan (1899) untuk menentukan sempadan antara negeri-negeri Siam, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Di bawah perjanjian ini, Reman menjadi wilayah Siam sementara Kedah, Kelantan dan Terengganu hanya sebagai wilayah jajahan Siam.

4.         Ekoran daripada perjanjian ini, timbul pula isu Duff yang mendorong Siam dan British menandatangani satu pengisytiharaan pada 1902. British mengakui secara rasmi hak Siam ke atas Negeri-negeri Melayu Utara. Ini adalah disebabkan keinginan British untuk mengekalkan kemerdekaan Siam supaya Siam dapat dijadikan negara penampan yang memisahkan British dengan Perancis kerana sempadan bersama boleh menimbulkan peperangan di antar kedua-dua pihak itu.

 

Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902  Pengenalan Antara tahun 1899 dan 1900, Jerman telah beberapa kali cuba mendapatkan Pulau Langkawi walaupun ditolak oleh Siam. Dalam tahun 1900, timbul pula isu Duff di Kelantan menyebabkan hubungan Inggeris-Siam terjejas. Memandangkan keadaan yang demikian British berasa satu rundingan harus diadakan dengan Siam bagi menyelesaikan masalah ini. Hubungan Siam dengan British bertambah runcing apabila Siam mengambil tindakan ke atas Pattani yang cuba melepaskan diri dari kekuasaan Siam. Pada bulan Disember 1901, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan iaitu Joseph Chamberlin telah mengarahkan Menteri Inggeris di Bangkok mendesak Siam supaya mengadakan rundingan dengan Inggeris. Hasil daripada peranan Frank Swettenham, satu pengisytiharaan telah diadakan pada bulan Oktober 1902.   Sebab-sebab yang membawa kepada pengisytiharaan1.    Kebimbangan campur tangan kuasa asing

Kebimbangan Inggeris terhadap penguasaan kuasa di Negeri-negeri Melayu Utara semakin bertambah. Pada tahun 1901, Inggeris mendengar khabar angin yang ada pihak-pihak tertentu di Pattani dan Kelantan yang cuba mendapat sokongan Jerman untuk membebaskan negeri-negeri itu daripada cengkaman Siam. Antara tahun 1899-1901 kuasa Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat pula berusaha untuk mendapatkan hak-hak kewilayahan di Negeri-negeri Melayu Utara. Jerman telah mempergiatkan usahanya pada tahun 1899-1900 untuk memperoleh Pulau Langkawi untuk digunakan sebagai pangkalan laut di Asia Tenggara. Rusia juga berikhtiar memperoleh Ujong Salang (Pulau Phuket) untuk dijadikan sebagai pangkalan arang batu. Amerika Syarikat berusaha untuk mendapatkan konsesi kewilayahan

All The Best

Page 31: Sejarah Malaysia Tema 2

di Terengganu dan pulau-pulau di sekitarnya. Dengan itu, Inggeris berasa bimbang kalau-kalau Siam tunduk kepada tekanan kuasa-kuasa asing ini.

2.    Kegiatan R.W. Duff di Kelantan Dengan keadaan ini, pada tahun 1900, Sultan Kelantan telah bertindak seolah-olah merdeka. Baginda telah memajakkan tanah seluas 2000 batu persegi atau hampir satu pertiga daripada keluasan Kelantan kepada R.W. Duff, seorang saudagar Inggeris tanpa kebenaran daripada Raja Siam. Tindakan Sultan Kelantan ini telah menimbulkan kebimbangan dan kerumitan Inggeris kerana kemungkinan penyerahan serupa akan dibuat kepada kuasa-kuasa asing yang lain. Justeru itu, Siam pula membantah kepada Inggeris tentang perbuatan Duff itu. Pada tahun 1902, Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk melombong di Pulau Redang. Dalam keadaan ini, Duff meminta sokongan pihak Inggeris bagi menentang bantahan Siam terhadap pajakan tanah itu. Beliau mengancam mendapatkan sokongan Perancis atau Jerman jika Kerajaan Inggeris enggan menyokong hak pajakannya di Kelantan.

3.    Rusuhan dalam negeri Rusuhan dalam negeri akibat daripada dasar Siam untuk mengetatkan kekuasaannya ke atas Negeri-negeri Melayu Utara juga merupakan faktor yang membawa kepada Pengisytiharaan Inggeris-Siam. Raja Abdul Kadir dari Pattani dan Sultan Mahmud IV dari Kelantan telah meminta bantuan Inggeris untuk mengelakkan ancaman dari Siam. Hal ini kerana Raja Abdul Kadir telah dipenjarakan oleh Siam dalam bulan Februari 1902, manakala Sultan Mahmud IV berasa bimbang akan kedudukannya. Kalau Inggeris tidak memberi bantuan, kemungkinan besar mereka akan meminta bantuan daripada kuasa Eropah yang lain.

4.    Peranan Swettenham Pada masa itu, Frank Swettenham ialah Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Swettenham menyokong kuat tuntutan Duff sebagai alasan untuk meluaskan pengaruh Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara naungan Siam khususnya ke atas Kelantan dan Terengganu. Beliau mencadangkan kepada Kerajaan Inggeris supaya melantik pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat di Bangkok sebagai penasihat untuk menguruskan hal-ehwal negeri-negeri Kelantan dan Terengganu. Cadangan ini dibuat atas pendapat bahawa Siam tidak berupaya menguruskan hal-ehwal tempatan negeri-negeri Melayu berkenaan dan berkemungkinan besar Siam akan mendapatkan bantuan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Sistem penasihat ini diharap akan memelihara kepentingan Inggeris di negeri-negeri tersebut dan juga melindungi negeri-negeri itu daripada ancaman kuasa-kuasa asing yang lain. Cadangan Swettenham mendapat bantahan kuat daripada Siam tetapi beliau telah menggugut akan mengiktiraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri yang bebas jika sekiranya Siam enggan berunding dengan Inggeris untuk menerima cadangan tersebut sebelum bulan September 1902. Siam berasa terancam dengan ugutan ini dan bersetuju menandatangani satu perjanjian baru pada 6 Oktober 1902.

  Syarat-syarat Pengisytiharaan1.    Siam akan menguasai hubungan luar negeri-negeri Kelantan dan Terengganu. 2.    Siam tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri Kelantan dan Terengganu. 3.    Penasihat-penasihat berbangsa Inggeris akan dilantik oleh Siam untuk menasihati Sultan

Kelantan dan Terengganu dalam semua hal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkenaan agama dan adat resam orang Melayu.

All The Best

Page 32: Sejarah Malaysia Tema 2

4.    Kelantan dan Terengganu tidak berhak memberi sebarang konsesi kepada orang asing tanpa perakuan Siam.

5.    Siam akan menerima 10% daripada pendapatan jika pendapatan Negeri-negeri Melayu Utara naungan Siam melebihi $100000.

  Kesan-kesan Pengisytiharaan1.    Pada tahun 1903, Kelantan menerima W.A. Graham sebagai Penasihat Siam dan pada tahun

1905 Kedah menerima Meadows Frost sebagai Penasihat Kewangan.2.    Terengganu enggan mengesahkan perjanjian tersebut dan enggan menerima penasihat Siam. 3.    Mengernai Kedah pula, Inggeris cuba menguatkan kedudukannya dengan memulihkan

kewangan Kedah melalui pinjaman tambahan kepda Siam. Pihak Siam pula bersetuju berbuat demikian dengan syarat seorang Penasihat Kewangan bangsa Inggeris dilantik untuk menguruskannya. Dengan itu, J.F. Williamson dilantik sebagai Penasihat Kewangan Kedah untuk memulihkan kewangannya.

4.    Walaupun persetiaan ini telah menjelaskan kedudukan Kelantan dan Terengganu sebagai negeri naungan Siam tetapi tidak menenangkan fikiran pihak Inggeris. Hal ini kerana pihak Jerman ingin membantu Siam membina jalan keretapi di Siam Selatan.

5.    Peringkat akhir yang membawa kepada penguasaan sepenuhnya Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu Utara ialah melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada 9 Julai 1909.

 

Perjanjian Bangkok 1909  Pengenalan Inggeris semakin bertekad untuk mengambil alih pentadbiran ke atas keempat-empat Negeri-negeri Melayu Utara itu. Bagi Inggeris, masanya telah tiba untuk berbuat demikian apabila Jerman menawarkan tawaran Siam untuk membina jalan keretapi di Siam Selatan. Matlamat Inggeris ini semakin menyakinkan apabila satu Pakatan Inggeris-Perancis ditandatangani. Untuk mempengaruhi Siam agar bersetuju untuk berunding, Inggeris dan Perancis telah bersedia menamatkan hak wilayah asing yang diperolehi sejak tahun 1855 dan 1856. Siam sedar bahawa Inggeris begitu serius terhadap perkara mengenai Negeri-negeri Melayu Utara lalu bersetuju untuk mengadakan perundingan. Rundingan telah diadakan dan akhirnya Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada 9 Julai 1909.  Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian1.         Pakatan Inggeris-Perancis 1904

Selepas ditandatangani Pengisytiharaan Inggeris-Siam, sikap Inggeris terhadap Siam mulai berubah. Hal ini adalah disebabkan Inggeris dan Perancis telah menamatkan permusuhan mereka di Eropah dengan termeterainya Pakatan Inggeris-Perancis pada 8 April 1904. Pakatan ini telah manamatkan ancaman peluasan kuasa Perancis di Siam dan dasar kemaraan di Negeri-negeri Melayu Utara. Perjanjian ini meletakkan Siam dalam bahaya. Kemungkinan besar Inggeris tidak akan menolong Siam sekiranya Perancis melanggarnya dari Indo-China. Kebimbangan Siam menjadi nyata apabila Perancis merampas Battambang

All The Best

Page 33: Sejarah Malaysia Tema 2

dan Siem Reap, iaitu jajahan-jajahan takluk Siam di sempadan Siam-Kampuchea. Inggeris tidak membantu Siam malah ia bersikap berkecuali. Hal ini merugikan Siam.

2.         Kebimbangan campur tangan kuasa asing yang lain Perancis, Rusia dan Jerman berminat untuk membina terusan di Segenting Kra sebab tertarik dengan kepesatan perdagangan Asia-Eropah kesan daripada pembukaan Terusan Suez. Pada tahun 1906, Jerman pula mendapat persetujuan Siam untuk membina jalan keretapi di Negeri-negeri Melayu Utara. Tindakan ini dianggap oleh Inggeris sebagai satu helah untuk menguasai Negeri-negeri Melayu Utara. Siam cuba mendapatkan bantuan modal dan buruh dari Jerman untuk membina jalan keretapi yang akan menghubungkan Bangkok dengan sempadannya di Kedah. Inggeris berasa bimbang bahawa langkah Siam akan membawa kepada kemungkinan besar Jerman campur tangan di Kedah dan mengancam kepentingan Inggeris di situ.

3.         Pembatalan hak-hak wilayah asing Siam tidak senang hati dengan pemberian hak-hak istimewa kepada Inggeris sejak tahun 1855. Siam kini ingin membatalkan perjanjian-perjanjian berat sebelah seperti Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Sulit (1897). Sudah tentu Inggeris tidak akan memansuhkan hak-hak tersebut dengan rela tanpa sebarang ganti rugi. Oleh itu, Siam mengambil keputusan untuk menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara yang sebenarnya tidak menguntungkan kepada Inggeris. Sebagai balasan, Inggeris akan memansuhkan segala-gala hak wilayah asing di Siam.

4.         Masalah kewangan Siam Sementara itu, Kelantan dan Terengganu menaruh dendam dan tidak pernah mengakui pertuanan Siam. Kedah pula menghadapi masalah kewangan yang teruk selepas tahun 1904 kerana sikap Sultan Kedah yang boros. Siam terpaksa memberikan pinjaman sejumlah $2 juta kepada Kedah.

  Syarat-syarat perjanjian1.         Siam memindahkan segala haknya ke atas keempat-empat buah Negeri-negeri Melayu

Utara di bawah pemerintahannya iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, termasuk semua pulau yang dimiliki oleh negeri-negeri itu kepada Inggeris.

2.         Siam bersetuju tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya kepada kuasa-kuasa asing tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Inggeris.

3.         Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menanggung segala hutang keempat-empat buah negeri yang diperolehinya. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga akan memberi pinjaman wang sebanyak £4 juta kepada Siam untuk membina jalan keretapi di Selatan Siam.

4.         Inggeris menyerahkan hak wilayah asing yang diperolehinya dari Persetiaan Persahabatan dan Perdagangan pada tahun 1855.

5.         Inggeris berjanji tidak akan campur tangan di wilayah-wilayah Siam yang lain. 6.         Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.   Kesan-kesan perjanjian1.         Negeri-negeri Melayu Utara berpindah tangan dari Siam kepada Inggeris dan negeri-negeri

itu menerima seorang Penasihat British yang tugasnya seperti Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

All The Best

Page 34: Sejarah Malaysia Tema 2

2.         Selanjutnya Penasihat British dilantik untuk berkhidmat di Perlis, Kelantan dan Kedah. Terengganu menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1919.

3.         Perjanjian ini telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu. 4.    Perjanjian ini menjamin Inggeris agar dapat menjalankan dasar monopoli perdagangannya di

Semenanjung Tanah Melayu.

 Dasar Tidak Campur Tangan  Pengenalan Sehingga bulan September 1873, Kerajaan British pada keseluruhannya mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal Negeri-negeri Melayu. Pertambahan dalam tanah jajahan British adalah dilarang sama sekali. Segala percubaan untuk mengadakan perjanjian-perjanjian politik telah dikecam oleh Kerajaan British di India. British khuatir bahawa perikatan-perikatan akan mengakibatkan penglibatan dalam perang-perang tempatan (terutamanya dengan Siam) yang akan menelan perbelanjaan besar. Siam dalam abad kesembilan belas ingin menegakkan semula kuasanya ke atas Negeri-negeri Melayu. British ingin mengekalkan persahabatan dengan Siam memandangkan SHTI mempunyai perdagangan yang semakin maju dengan Siam. Sebab lagi dasar tidak campur tangan tersebut ialah kepentingan-kepentingan British di Semenanjung Tanah Melayu adalah bersifat perniagaan. Negeri-negeri Selat tidaklah dianggap sebagai batu loncatan bagi penubuhan satu Empayar British di Semenajung Tanag Melayu tetapi hanya sebagai pusat-pusat perdagangan. Namun demikian, terdapat beberapa peristiwa di mana British telah campur tangan dalam hal-ehwal Negeri-negeri Melayu sama ada untuk melindungi kepentingan-kepentingan mereka atau kerana menepati ikatan-ikatan perjanjian.  Penawanan Kedah oleh Siam 1821Pada tahun 1821 Siam menawan Kedah. Sultan Kedah (Ahmad Tajuddin) memohon bantuan tentera British di Pulau Pinang untuk mendapatkan semula takhta kerajaannya. British enggan memberi bantuan tentera kepada Sultan Ahmad Tajuddin. British hanya memberi perlindungan politik dan rela membantu baginda melalui cara perundingan dengan Siam.   Persetiaan Low 1826Kapten James Low menandatangani satu persetiaan dengan Sultan Perak pada 18 Oktober 1826. Antara lain, SHTI bersetuju memberi perlindungan kepada Perak sekiranya diancam oleh Siam, Selangor atau Negeri-negeri Melayu yang lain. Kapten Low seterusnya memusnahkan pusat lanun di Sungai Kurau dan menawan Nakhoda Udin yang merupakan ejen Siam. Tindakan-tindakan Kapten Low tersebut dikecam oleh Kerajaan British di India. Beliau tidak dibenarkan menjalankan pekerjaan politik untuk sementara waktu.  Penentuan sempadan antara Melaka dan JoholSemasa penentuan sempadan antara Melaka dan Johol pada tahun 1833, Gabenor Ibbetson tidak membuat tuntutan ke atas sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan emas. Kawasan tersebut tidak pula dituntut oleh Penghulu Johol. Gabenor Ibbetson dengan kelulusan Kerajaan India menjadikannya sebagai sebahagian dari Daerah Johol.  Perang Linggi 1833

All The Best

Page 35: Sejarah Malaysia Tema 2

Perang Linggi meletus pada tahun 1833 apabila Saiyid Shaaban (Yamtuan Muda Rembau) ingin menawan Encik Katas (Pembesar Linggi) yang menguasai beberapa lombong bijih timah. Perang tersebut mengancam perdagangan saudagar-saudagar Cina Melaka. Mereka juga mengadu bahawa Saiyid Shaaban mengenakan cukai yang tinggi ke atas bijih timah yang dibawa melalui Sungai Linggi. Gabenor Ibbetson enggan camour tangan dan tindakan beliau ini disokong oleh Kerajaan India.   Perebutan kuasa di Perak 1853Pada tahun 1853 Sultan Perak digulingkan oleh musuhnya. Kedua-duanya meminta bantuan British. Kerajaan British di India mengarahkan Gabenor Butterworth supaya jangan memberi sebarang bantuan. Beliau hanya dibenarkan menjadi pengantara.   Permintaan Raja Yusof 1869Pada tahun 1869, Raja Yusof dari Perak meminta bantuan British bagi mendapatkan takhta kerajaan tetapi permintaan Raja Yusof ditolak.   Pertikaian antara Tengku Ali dan Temenggung IbrahimSebelum pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles pada tahun 1819, Temenggung Abdul Rahman mentadbirkan Singapura dan Johor bagi pihak Sultan Johor yang menetap di Riau. Sultan Johor ketika itu ialah Abdul Rahman yang di bawah pengaruh Belanda. Beliau merupakan adik kepada Tengku Hussein yang sepatutnya ditabalkan sebagai Sultan Johor. Raffles membawa Tengku Hussein ke Singapura dan mengiktiraf beliau sebagai sultan.            Perjanjian-perjanjian tahun 1819 dan 1824 yang menyerahkan Singapura kepada British telah ditandatangani bersama oleh Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Kuasa sebenar di Johor berada di tangan Temenggung Abdul Rahman. Sultan Hussein merupakan pemerintah Johor pada teori sahaja. Beliau tidak diiktiraf sebagai Sultan Johor oleh Negeri-negeri Melayu yang lain.             Pada pertengahan abad ke-19, satu pertikaian atas hasil negeri Johor meletus antara Ali (anak Sultan Hussein) dan Temenggung Ibrahim (anak Temenggung Abdul Rahman). Pada tahun 1847 Ali telah menuntut pengakuan sebagai Sultan Johor daripada Kerajaan British di India. Tuntutan beliau ditolak apabila ianya tidak disokong oleh Gabenor Butterworth. Namun demikian melalui satu perjanjian pada tahun 1855, Kerajaan British membenarkan Ali menggunakan gelaran Sultan. Beliau diberi pencen sebanyak $500 sebulan dan kuasa mentadbirkan daerah Muar di Johor.             Perjanjian tahun 1855 tersebut mengesahkan hak Temenggung Ibrahim dan waris-warisnya memerintah negeri Johor kecuali daerah Muar. Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862 dan digantikan oelh anaknya, Temenggung Abu Bakar. Dengan kebenaran British, beliau menggunakan gelaran Maharaja.             Semasa kematian Sultan Ali pada tahun 1877, British telah membenarkan Maharaja Abu Bakar menguasai daerah Muar. Jumlah pencen bagi anaknya telah ditambahkan kepada $1250 sebulan. Gelaran Sultan ditarik balik dan beliau dikenali sebagai “Tunku”.             Pada tahun 1855 Kerajaan British mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan Johor.   Perang Naning 1831-1832Lewis (penguasa Tanah di Melaka) dan Gabenor Fullerton berpendapat bahawa penduduk Naning perlu membayar satu persepuluh daripada hasil mereka kepada pentadbiran Melaka.

All The Best

Page 36: Sejarah Malaysia Tema 2

Mereka juga bercadang untuk melantik pembesar-pembesar Naning sebagai pengutip cukai atau membayar mereka pencen melalui cara pampasan. Cadangan-cadangan tersebut ditentang oleh Dol Said, Penghulu Naning. Perang Naning meletus apabila British menghantar sebuah pasukan tentera untuk memaksa Dol Said menerima cadangan-cadangan British. British memenangi Perang Naning yang melibatkan 1400 orang tentera dan perbelanjaan sebanyak £100000. Naning digabungkan dengan Melaka dan diletakkan di bawah kawalan seorang Penguasa. Dol Said diberi pencen dan sebuah rumah di Melaka.  Perjanjian Anderson dengan Selangor dan Perak 1825Pada tahun 1825, Gabanor Fullerton mengarah Anderson untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian antara Selangor dan Perak. Anderson seterusnya menandatangani perjanjian-perjanjian dengan Selangor pada 20 Ogos 1825 dan dengan Perak pada 6 September 1825. Melalui perjanjian-perjanjian ini, Perak dan Selangor bersetuju untuk tidak menyerang satu sama lain. Sungai Bernam ditetapkan sebagai sempadan antara Perak dan Selangor.  Persetiaan Awal Kapten Burney 1825Melalui persetiaan ini, Raja Ligor memberi jaminan untuk tidak menyerang Perak dan Selangor atau menentang pemulihan takhta Kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Raja Ligor juga tidak akan memaksa Perak untuk menghantar bunga emas ke Siam.   Pembedilan kubu pertahanan di Terengganu 1862Pada tahun 1862 Gabenor Negeri-negeri Selat, Cavenagh menghantar sebuah kapal perang untuk menyerang kubu pertahanan di Terengganu.  

Dasar Campur Tangan British  Pengenalan Sebelum tahun 1874, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai-pegawai British diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri Melayu, khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negeri naungan Siam. Selain itu, pengalaman British akan penglibatan mereka dalam Perang Naning (1831-1832) di mana British mengalami kerugian 100 ribu ringgit telah menyedarkan mereka supaya tidak campur tangan dalam negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, sebelum 1874, terdapat beberapa peristiwa penglibatan British dalam hal-ehwal negeri Melayu seperti Perjanjian Burney, pembedilan kubu di Terengganu dan Kuala Selangor dan sebagainya. Penglibatan tersebut dianggap sebagai campur tangan tidfak langsung dan tidak mempunyai tujuan penjajahan. Akibat dari beberapa faktor, pada tahun 1874, British telah mengubah polisinya terhadap negeri-negeri Melayu dari dasat tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.   Faktor-faktor campur tangan1.         Faktor ekonomi

a.         Keperluan bahan mentah dan pasaran baru

All The Best

Page 37: Sejarah Malaysia Tema 2

Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, Margaret Kuowler menegaskan tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan British campur tangan di Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874. Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka. Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durar & Nicholas Appot pada tahun 1810 telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat permintaan yang tinggi, harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun 1872. Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong memang diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut akan menguntungkan British kerana mereka akan mendapat bijih timah negeri-negeri berkenaan. Campur tangan British kerana faktor ekonomi terbukti kerana British memulakan campur tangannya di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong.

b.         Kepentingan pelaburan British Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan sebagainya. Malah, terdapat beberapa syarikat British yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mendapatkan konsesi (pajakan) perlombongan di negeri-negeri Melayu. Sebagai contoh, Syarikat Patterson & Simons pada tahun 1861 mengeluarkan 33 ribu ringgit untuk mendapatkan konsesi perdagangan di Kuantan dan Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar kepada Dato’ Kelana sebanyak $30 ribu untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Sungai Ujong manakala W. Mansfield & Rakan-rakan mempunyai kepentingan perkapalan di Singapura, khususnya untuk mengangkut bijih timah ke Eropah. Pada tahun 1870-an, dianggarkan perdagangan bernilai $2.5 juta setahun yang dijalankan oleh pedagang-pedagang British dan orang-orang Cina di negeri-negeri Melayu dibiayai oleh modal Eropah. Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-negeri Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan takhta, pergaduhan antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan sebagainya. Pedagang-pedagang Eropah dan Cina telah mendesak Kerajaan British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu bagi melindungi pelaburan dan perdagangan mereka. Sebagai contoh, pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah menandatangani surat rayuan mendesak British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Bagi menamatkan kekacauan-kekacauan supaya kegiatan perdagangan mereka dapat dijalankan tanpa gangguan, surat tersebut telah diterima oleh Lord Kimberley, Setiausaha Jabatan Pejabat Tanah Jajahan pada 31 Ogos 1873. Pada September 1873, Lord Kimberley telah mengarahkan Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri Melayu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor-faktor ekonomi kerana dasar tersebut dijalankan selepas Lord Kimberley menerima laporan dari Andrew Clarke pada tahun 1873. Walau bagaimanapun, ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan, J.E. Cady dan K.G. Tregonning menganggap tujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi British di negeri-negeri Melayu

All The Best

Page 38: Sejarah Malaysia Tema 2

kurang penting jika dibandingkan dengan perlindungan ke atas jalan perdagangan ke negeri China.

2.         Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny Miller, Emily, Kennedy dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu menjadi faktor yang mempercepat campur tangan British. Pada pertengahan abad ke-19, terutamanya pada tahun 1870-an merupakan zaman imperialisme di mana kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan bagi kepentingan bahan mentah dan pasaran. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia. Pada tahun 1870-an, kebanyakan negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, contohnya British di Burma, Perancis di Indo-China, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia. Hanya Siam dan negeri-negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. British tidak dapat menjajah Siam kerana tindakan tersebut akan mendapat tentangan kuasa-kuasa lain yang juga mempunyai kepentingan di Siam. British sedar bahawa jika mereka tidak menjajah negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing akan menjajahnya. Kuasa-kuasa lain mungkin akan menjadikan kekacauan-kekacauan sebagai alasan untuk campur tangan. Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah muncul sebagai kuasa yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871. Kejayaan Jerman mengalahkan Perancis pada tahun 1871 telah menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa yang kuat di Eropah.

Pada tahun 1870-an, Jerman berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia dan Afrika supaya dianggap setanding dengan kuasa-kuasa lain. Minat Jerman terhadap negeri-negeri Melayu terbukti apabila terdapat pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun 1870-an. Kebimbangan British terhadap tapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu bertambah selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873. Dalam surat tersebut, Saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai wizurai Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang Kelang. Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain, terutamanya Jerman. Kebimbangan British terhadap kuasa lain terbukti dari laporan Lord Kimberley pada 22 Julai 1873 yang menegaskan British tidak sanggup melihat kuasa-kuasa lain bertapak di mana-mana negeri Melayu kerana ia akan menjejaskan kepentingan British. Kebimbangan terhadap campur tangan asing telah mempercepat campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Sekiranya kuasa-kuasa asing bertapak di negeri Melayu, bukan sahaja jalan perdagangan ke China terancam tetapi kedudukan British di Negeri-negeri Selat dan kepentingan ekonomi dan politik British di negeri-negeri Melayu akan terancam.

3.         Keselamatan Negeri-negeri Selat Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri Melayu akibat daripada perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombong-pelombong, pelanunan dan sebagainya. Antara kekacauan-kekacauan tersebut ialah Perang Kelang (1867-1873), Perang Larut (1861-1863), Perang Saudara Pahang (1857-1863). Kekacauan-kekacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu, terutamanya antara pelombong Cina telah menjejaskan Negeri-negeri Selat kerana kekacauan-kekacauan tersebut berlarutan ke Negeri-negeri Selat. Kennedy pada bukunya “History of Malaya” menegaskan faktor keselamatan Negeri-negeri

All The Best

Page 39: Sejarah Malaysia Tema 2

Selat yang terjejas akibat kekacauan-kekacauan di negeri-negeri Melayu menjadi faktor paling penting menyebabkan British campur tangan di negeri-negeri Melayu. Pendapat ini disokong oleh C.D. Cowan dalam bukunya “Nineteen Century Malaya”. Faktor ini dapat dibuktikan dalam kenyataan Lord Kimberley pada 7 Julai 1873 yang mendesak supaya dicari jalan penyelesaian British dapat menamatkan Perang Larut supaya keselamatan Negeri-negeri Selat tidak terjejas.

4.         Faktor kemanusiaan Frank Swettenham menegaskan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan. Beliau menganggap tanggungjawab orang-orang putih ialah untuk menamatkan kekacauan dan wujudkan peraturan serta keamanan bagi menjamin keselamatan harta benda dan nyawa. Walau bagaimanapun, faktor ini kurang penting jika dibandingkan dengan faktor ekonomi dan politik. Malah terdapat ahli-ahli sejarah yang menegaskan faktor kemanusiaan ini sengaja ditonjolkan dengan tujuan untuk melindungi sebab sebenar campur tangan British, iaitu sebab ekonomi dan politik.

5.         Perubahan pegawai Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan kerajaan liberal di bawah Glodstone bersikap anti-imperialisme. Mereka menganggap campur tangan British di Negeri-negeri Melayu akan membebankan mereka dari segi kewangan. Mereka tidak bersimpati dengan rayuan pedagang-pedagang dan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat supaya British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Sejak tahun 1870, berlaku perubahan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan Kabinet British yang membawa kepada sentimen imperialisme. Golongan ini mahukan British campur tangan untuk melindungi kepentingan British. Pada tahun 1870, Lord Kimberley dilantik sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Pada tahun 1871, Edward Knatchbull Hugessen telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen dan Robert Herbert sebagai Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan. Sekiranya kepentingan-kepentingan British terjejas maka mereka perlu campur tangan. Malah campur tangan setelah Lord Kimberley mengarahkan Andrew Clarke untuk mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873, Parti Konservatif di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan konservatif menguasai kerajaan pada Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, pada tahun 1870-an juga berlaku perubahan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat. Pegawai-pegawai tersebut juga menganut fahaman imperialisme seperti Andrew Clarke, Frank Swettenham, Kapten Speedy dan Kapten Tathan.

6.         Tindakan Andrew Clarke Tindakan Andrew Clarke yang melampaui arahan juga bertanggungjawab terhadap perubahan dasar British di Negeri-negeri Melayu. Andrew Clarke hanya diarahkan oleh Lord Kimberley untuk menkaji dan melaporkan langkah-langkah bagi melindungi kepentingan British di Negeri-negeri Melayu tetapi Andrew Clarke dengan inisiatifnya sendiri telah campur tangan di Perak (Januari 1974), Selangor (Februari 1874) dan Sungai Ujong (April 1874). 

Campur Tangan British di Perak 1874

All The Best

Page 40: Sejarah Malaysia Tema 2

  Pengenalan Seperti Negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan-kekacauan di Perak juga berlaku pada tahun 1860-an dan 1870-an. Kekacauan-kekacauan tersebut ialah lanjutan dari kekacauan yang berlaku sebelumnya. Di antara kekacauan-kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan di antara pembesar dan pergaduhan di antara pelombong Cina. Pada mulanya, British tidak mengambil langkah untuk menamatkan kekacauan-kekacauan tersebut kerana sebelum tahun 1874, British tidak mengamalkan dasar campur tangan dalam hal-hal Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, kekacauan-kekacauan berikut dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan di Perak selepas tahun 1874. Selepas tahun 1874, berlaku lagi satu kekacauan iaitu Perang Perak 1875.  Perebutan takhta kerajaan di Perak 1871-1874Sistem mewarisi takhta di Perak adalah berbeza dari negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Sebelum dilantik menjadi Sultan, seseorang itu perlu menjadi Raja di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda. Selepas kemangkatan Sultan, Raja Muda dilantik sebagai Sultan, Raja Bendahara sebagai Raja Muda, Raja di Hilir sebagai Raja Bendahara dan putera Sultan yang sedang memerintah akan dilantik sebagai Raja di Hilir. Sejak tahun 1850-an, sistem ini mula tidak diikuti sepenuhnya sehingga melemahkan kesultanan dan hampir-hampir mencetuskan Perang Saudara. Terdapat juga pembesar-pembesar yang amat berpengaruh kerana kekayaan mereka akibat penglibatan mereka dalam perlombongan bijih timah. Sebagai contoh, Ngah Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Larut.             Kedudukan dalam pemerintahan Perak 1850-an adalah seperti berikut: ·           Sultan Abdullah Muhammad Syah sebagai Sultan ·           Raja Jaafar sebagai Raja Muda ·           Raja Ali sebagai Raja Bendahara ·           Raja Yusof sebagai Raja di Hilir Selepas kemangkatan Sultan Abdullah Muhammad Syah pada tahun 1857, Raja Jaafar dilantik sebagai Sultan dan Raja Ali sebagai Raja Muda. Raja Yusof dikekalkan sebagai Raja di Hilir kerana Sultan Jaafar telah melantik Raja Ismail sebagai Raja Bendahara. Perlantikan Raja Ismail bukan sahaja mendapat tentangan Raja Yusof, tetapi juga pembesar-pembesar Perak kerana Raja Ismail berasal dari keturunan Siak (Sumatera). Untuk mengelakkan berlakunya kekacauan, Raja Jaafar berjanji bahawa kedudukan Raja Ismail akan dikekalkan sebagai Raja Bendahara. Baginda tidak akan dilantik sebagai Raja Muda atau Sultan. Selepas kemangkatan Sultan Jaafar pada tahun 1865, Raja Ali dilantik sebagai Sultan. Baginda telah melantik putera Sultan Jaafar, iaitu Raja Abdullah sebagai Raja Muda dengan mengekalkan Raja Ismail sebagai Raja Bendahara dan Raja Yusof sebagai Raja di Hilir. Perlantikan Raja Abdullah sebagai Raja Muda telah mendapat tentangan Raja Yusof, Raja Ismail dan pembesar-pembesar Perak. Keadaan di Perak semakin runcing apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871 kerana Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusof menuntut takhta Perak dan masing-masing menganggap berhak ke atas takhta tersebut. Dalam upacara pengebumian Sultan Ali di Sayong pada tahun 1871, pembesar-pembesar Perak telah melantik Raja Ismail sebagai Sultan kerana Raja Abdullah (Raja Muda) tidak menghadiri upacara tersebut. Di antara pembesar yang memainkan peranan penting di atas perlantikan Raja Ismail sebagai Sultan ialah Ngah Ibrahim kerana beliau mengharapkan Raja Ismail akan melantiknya sebagai Raja Bendahara, sebagai anak tangga ke arah takhta Perak.

All The Best

Page 41: Sejarah Malaysia Tema 2

            Perlantikan Raja Ismail sebagai Sultan telah mendapat tentangan dari Raja Abdullah, Raja Yusof dan pembesar-pembesar Hilir Perak. Raja Abdullah telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dan melantik Raja Yusof sebagai Raja Muda dalam usaha mendapatkan sokongan. Setelah usahanya untuk mendapatkan takhta Perak gagal, Raja Abdullah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Sir Andrew Clarke pada 31 Disember 1873 dan 9 Januari 1974 memohon bantuan British dalam usaha mendapatkan takhta Perak.   Pertelingkahan antara kongsi-kongsi gelapLarut ialah daerah yang terpencil. Ia tidak mempunyai ketua daerah, hanya seorang pemimpin bernama Panglima Bukit Gantang. Pada tahun 1848, bijih timah dijumpai di Larut. Long Jaafar, seorang pemimpin kecil keturunan Panglima Bukit Gantang telah menguruskan sendiri perusahaan bijih timah. Lombong bijih timah telah dibuka. Untuk menguruskan lombong bijih timah itu, maka Long Jaafar telah mengambil orang-orang Cina untuk bekerja sebagai buruh. Akhirnya, Long Jaafar menjadi kaya raya hasil dari cukai bijih timah.            Dengan adanya pembukaan lombong bijih timah dan galakan dari Long Jaafar, ramai orang Cina dari Pulau Pinang telah datang ke Larut. Orang-orang Cina yang datang ke Larut terdiri daripada suku Khek dan kemudiannya diikuti oleh suku Kongfu.             Kehadiran mereka menyebabkan munculnya kongsi gelap Cina seperti suku Khek yang tinggal di Kelian Pauh membentuk kumpulan Go Kwan (5 daerah) sementara suku Kongfu yang tinggal di Kelian Baharu (Kamunting) membentuk kumpulan Si Kwan (4 daerah). Kumpulan Go Kwan telah bergabung dengan Kongsi Hai San sementara Si Kwan bergabung dengan Ghee Hin. Kedua-dua kumpulan ini sering melakukan pertempuran kerana ingin menguasai kawasan-kawasan penting dari segi ekonomi seperti kawasan lombong bijih. 1.         Perang Larut Pertama 1861

Pertempuran yang pertama ini berpunca atas perkara pengaliran air ke kawasan lombong kepunyaan kongsi Ghee Hin. Mereka telah berjumpa dengan kawasan tanah yang kaya dengan bijih timah dan telah mengusahakannya. Keadaan ini telah menimbulkan rasa iri hati kepada kongsi Hai San. Akibatnya, mereka menyekat pengaliran air yang diperlukan oleh Ghee Hin untuk kawasan perlombongan bijih timah itu. Ghee Hin telah membantah terhadap Hai San dan akhirnya telah mencetuskan satu pertempuran yang hebat. Puak Hai San yang bilangannya lebih ramai menyerang Ghee Hin di Kelian Bharu. Kongsi Ghee Hin telah dikalahkan dengan mengalami kehilangan nyawa dan harta benda yang besar. Mereka telah berundur ke Permatang dan setengahnya ke Pulau Pinang. Memandangkan kejayaan Hai San, Ngah Ibrahim telah menyebelah mereka.

Kongsi Ghee Hin yang kebanyakannya adalah rakyat Inggeris telah membuat aduan kepada Gabenor. Seterusnya, Gabenor telah campur tangan. Hasil dari kajian yang dibuat, Gabenor menyalahkan Sultan Jaafar. Sebab itulah baginda dikehendaki membayar kembali semua ganti rugi sebanyak $17000. Malangnya, Sultan tidak berupaya untuk membayarnya. Setelah diadakan perundingan, Ngah Ibrahim sanggup menyelesaikannya. Sebagai membalah jasa Ngah Ibrahim, maka beliau telah diberi gelaran “Orang Kaya Menteri Seri Paduka Tuan” pada tahun 1863.

2.         Perang Larut Kedua 1865 Pertempuran yang kedua berpunca daripada perselisihan akibat judi yang terjadi di Kelian Pauh pada bulan Jun 1865. Akibatnya kongsi Hai San telah merampas kedai-kedai kepunyaan Ghee Hin dan membunuh beberapa orang tahanan Ghee Hin. Peristiwa ini menyebabkan Ghee Hin ingin membalas dendam. Pada mulanya mereka berjaya

All The Best

Page 42: Sejarah Malaysia Tema 2

mengalahkan Hai San tetapi selepas menerima bantuan dari Ngah Ibrahim, Hai San telah berjaya menyerang balas. Beberapa orang anggota Ghee Hin telah melarikan diri ke Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan. Ketua Ghee Hin iaitu So Ah Chiang telah ditangkap dan dibunuh dalam percubaan melarikan diri itu. Dikatakan hanya 1000 orang dari 2000 orang anggota Ghee Hin telah cuba melarikan diri.Hai San juga telah meminta bantuan dari Pulau Pinang dan ini menyebabkan pertempuran merebak ke sana. Pertempuran telah menjadi selama 10 hari dalam bulan Ogos. Di Pulau Pinang, Hai San telah mendapat bantuan dari kongsi Toh Poh Kong yang menjadi musuh Ghee Hin.

Oleh sebab pertempuran telah menjadi semakin serius kerana penglibatan orang-orang Melayu, Gabenor terpaksa campur tangan. Kedua-dua pihak dikenakan denda sebanyak $5000.

3.         Perang Larut Ketiga 1872-1873 Sungguhpun pertempuran telah reda, namun sikap permusuhan kedua-duanya masih terus menjadi. Kongsi Ghee Hin secara bersembunyi telah melakukan persiapan untuk menentang kongsi Hai San. Akhirnya pertempuran tidak dapat dielakkan.Perselisihan telah terjadi berpunca adanya hubungan sulit antara ketua Ghee Hin dengan isteri kepada ketua Hai San. Kedua-duanya ditangkap oleh anggota Hai San lalu dibunuh. Menggunakan peluang ini, Ghee Hin yang telah mempersiapkan diri ingin menuntut bela. Ghee Hin telah melakukan serangan mengejut ke atas Hai San menyebabkan Hai San dapat dikalahkan. Tetapi selepas melengkapkan diri mereka maka dalam bulan September 1872, Hai San telah melakukan serangan balas. Hai San telah mendapat bantuan dari Ngah Ibrahim. Pertempuran yang berlaku telah menyebabkan kira-kira 3000 orang Cina mati terbunuh dan ramai lagi yang cedera.

Anggota Ghee Hin yang telah dikalahkan telah berazam untuk menebus kembali malu mereka. Mereka telah membina kubu pertahanan di Simpang yang dianggap penting untuk mengepung Larut. Dengan menggunakan bot-bot ronda, Ghee Hin telah melakukan serangan dan rompakan sesuka hati. Tujuan mereka adalah untuk menjejaskan kedudukan Hai San. Tindakan Ghee Hin itu telah menimbulkan kebimbangan kepada Inggeris. Pihak Inggeris telah menghantar 2 kapal perang ke Sungai Larut iaitu H.M.S. Thalia dan Midge.

Gabenor Sir Harry Ord telah mengambil keputusan membantu Ngah Ibrahim untuk mengatasi kekacauan di Larut. Raja Ismail gagal untuk berbuat demikian. Ketika kapal perang Thalia dan Midge menjalankan rondaan, kedua-duanya telah dibedil. Akibatnya, Thalia dan Midge bertindak balas tetapi Ghee Hin masih terus mengadakan pertempuran. Oleh sebab ingin membalas dendam terhadap Ngah Ibrahim, Ghee Hin telah menyerang rumah beliau di Pulau Pinang.

Untuk menentang Ghee Hin selanjutnya, maka Kapten Speedy bersama-sama dengan kira-kira 100 askar sepoi tiba di Larut. Kapten Speedy telah diambil bertugas di Larut oleh Ngah Ibrahim. Pada penghujung bulan November 1873, Speedy memulakan serangan ke atas Matang, kubu pertahanan Ghee Hin. Tetapi Ghee Hin telah mempertahankannya dengan berani sehingga di akhir peperangan.

Perang Larut ini telah menjejaskan kegiatan melombong bijih timah dan perdagangan timah dengan Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah mendorong British campur tangan bagi menyelesaikan kekacauan ini.   Peranan Sir Andrew Clarke

All The Best

Page 43: Sejarah Malaysia Tema 2

Pada 4 November 1873, Sir Andrew Clarke telah mengambil alih jawatan Gabenor Negeri-negeri Selat dari Sir Harry Ord. Dari segi umur, beliau lebih muda dari Ord tetapi beliau mempunyai pandangan dan bersikap agresif. Dengan lain perkataan, beliau suka bertindak segera dari membuat kajian dan tinjauan yang berlarut-larutan.             Mengenai peristiwa di Larut, Clarke tidak setuju sikap pegawai-pegawai Inggeris yang lebih menyokong kongsi Hai San. Bagi beliau, sikap ini hendaklah diubah memandangkan pertempuran yang terjadi adalah melibatkan kedua-dua kumpulan dan juga pembesar-pembesar Melayu. Oleh itu, penyelesaian hendaklah dibuat dengan melibatkan semua pihak.             Tindakan Clarke tanpa berunding dengan Pejabat Tanah Jajahan mengenai dasar untuk campur tangan di Perak dan Negeri-negeri Melayu lainnya memandangkan adanya berita-berita yang mengatakan kedua-dua kumpulan yang terlibat sanggup menamatkan pergaduhan mereka. Selain itu, Clarke memang sedar adanya perubahan sikap Kerajaan Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu disebabkan adanya ancaman dari Jerman.             Keyakinan Clarke bahawa pertempuran Ghee Hin dan Hai San akan dapat diselesaikan adalah berdasarkan keterangan yang diperolehi dari W.A. Pickering. Pada 2 atau 3 Januati 1874, Pickering yang fasih dalam pelbagai loghat Cina pergi ke Pulau Pinang untuk mencari jalan penyelesaian. Dua hari kemudian, Pickering mendapat persetujuan dari kedua-dua pihak untuk menamatkan pertempuran. Di samping itu, Frank Swettenham juga diamanahkan dengan tugas mendapatkan pembesar-pembesar Melayu Perak supaya menghadiri persidangan di Pangkor pada 14 Januari 1874.             Pada 7 Januari 1874, Clarke mengarahkan pula Kapten Dunlop supaya mengaturkan pertemuan pembesar-pembesar Melayu yang terlibat. Dalam pertemuan tersebut, Raja Ismail dan Raja Yusof tidak hadir. Yang hadir ialah Raja Abdullah, pembesar Hilir Perak, pemimpin Ghee Hin dan Hai San. Persidangan ini berada di kapal Clarke yang bernama H.M.S. Pluto.             Dengan ini, persidangan ini menghasilkan 2 dokumen yang berlainan dengan pemimpin Cina dan pembesar Melayu, iaitu Perjanjian Pangkor dam Perjanjian Orang Cina pada 20 Januari 1874.   Perjanjian Pangkor 1874Perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari 1874. Isi kandunagn perjanjian ini ini dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu mengenai takhta Kerajaan Perak dan mengenai orang Cina. 1.         Mengenai takhta Kerajaan Perak

a.         Raja Abdullah diakui sebagai Sultan Perak.b.         Raja Ismail dilantik menjadi Raja Muda. Beliau diberi sebuah wilayah dan wang

bersara sebanyak $1000 sebulan. c.         Segala perlantikan yang disertai dengan alat-alat kerajaan yang dibuat semasa

Bendahara Ismail menjadi Pemangku Sultan yang sah. d.         Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan

diikuti dalam setiap perkara kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.

e.         Semua pungutan dan kawalan cukai serta pertandingan am mestilah dijalankan di atas nama Sultan.

f.           Pungutan dan pengawalan terhadap semua cukai-cukai dan pentadbiran negeri dijalankan dengan berpandukan kepada nasihat-nasihat Residen dan penolongnya.

All The Best

Page 44: Sejarah Malaysia Tema 2

g.         Menteri akan terus berkuasa tetapi beliau tidaklah diakui sebagai pemerintah yang merdeka di Larut.

h.         Menteri Larut ini juga dikehendaki menerima seorang Penolong Residen untuk menasihati beliau dalam urusan pentadbiran Larut.

i.           Gaji Residen dan penolongnya ditentukan oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat dan dibayar oleh Sultan.

j.           Gaji-gaji Residen, Penolong Residen, Sultan, Bendahara, Menteri Larut dan pembesar-pembesar atau pegawai-pegawai lain ditetapkan oleh satu senarai awam (civil test).

k.         Perjanjian mengenai penyerahan wilayah Dinding dan Pulau Pangkor kepada Inggeris yang telah menimbulkan kekeliruan itu diperbetulkan.

l.           Apabila keamanan dapat dipulihkan semula di Perak, kegiatan-kegiatan melombong hendaklah dimulakan semula. Ganti rugi mengenai kerosakan jentera dan lain-lain akan dibayar dan tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh pegawai-pegawai Inggeris adalah muktamad.

2.         Mengenai orang Cina a.         Bahawa kedua-dua pihak hendaklah meletakkan senjata dan memusnahkan kubu-kubu

mereka.b.         Bahawa satu suruhanjaya yang terdiri daripada pegawai-pegawai British dan 2 orang

wakil Cina, akan menyelesaikan semua tuntutan terhadap lombong-lombong itu dan urusan-urusan di Larut pada masa akan datang akan dijaga oleh seorang Residen Inggeris.

c.         Bahawa mereka hendaklah mengikut janji sebanyak $50000 untuk menjaga keamanan dan menuruti syarat-syarat perjanjian itu.

  KesimpulanBerdasarkan Perjanjian Pangkor, Clarke telah mencadangkan supaya J.W.W. Birch dilantik sebagai Residen Inggeris di Perak. Birch memulakan tugasnya sebagai Residen agak lambat iaitu dalam bulan November 1874 sedangkan Kapten Speedy yang dilantik sebagai penolongnya telah memulakan tugasnya di Larut sejak bulan Januari. Kelewatan Birch menjalankan tugasnya kerana menunggu persetujuan dari Pejabat Tanah Jajahan London.  

Campur Tangan British di Selangor 1874  Pengenalan Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan juga berlaku di Selangor pada 1860-an dan 1870-an. Punca berlakunya kekacauan tersebut ialah kerana tidak adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun 1826. Pengganti-penggantinya, iaitu Sultan Muhammad yang manaiki takhta pada 1826 dan Sultan Samad yang manaiki takhta pada tahun 1857 adalah pemerintah yang lemah. Mereka menyerahkan pentadbiran daerah kepada putera-putera raja. Dalam menjalankan pentadbiran daerah, putera-putera raja telah menindas rakyat untuk kepentingan mereka. Kelemahan sultan terbukti apabila Sultan Muhammad tidak dapat mengambil tindakan selepas seorang pembesar raja, iaitu Tengku Busu dibunuh oleh orang-orang Cina di Lukut pada tahun 1834. Kekacauan utama yang berlaku di Selangor ialah Perang Kelang yang meletus di antara 1867-1873.  

All The Best

Page 45: Sejarah Malaysia Tema 2

Perang Kelang 1867-1873Kekacauan di Selangor berlaku kerana pergaduhan antara pembesar-pembesar dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina. Antara 1867 hingga 1873 berlaku Perang Kelang antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah (1867-1870) dan selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan putera Raja Abdullah iaitu Raja Ismail kerana merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih timah.             Pada 1853, pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan Muhammad yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada menantunya, Raja Abdullah dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman, Raja Mahdi. Alasan Sultan Muhammad ialah kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang. Selepas dianugerahkan Kelang, Raja Abdullah telah menjemput orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah sehinggan Kelang muncul sebagai kawasan perlombongan yang maju. Tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah telah mendapat tentangan dari Raja Mahdi. Walaupun dibayar sagu hati tahunan, Raja Mahdi tidak puas hati dan masih menuntut hak Kelang, lebih-lebih lagi selepas melibat kemajuan Kelang. Raja Mahdi mendakwa tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah bukan kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang, tetapi mengenang jasa Raja Abdullah menyelesaikan hutang Sultan Muhammad kepada seorang saudagar Cina.             Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat. Dalam perebutan takhta yang berlaku, anak saudara dan menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan dengan mengusir Raja Muda Mahmud. Perlantikan Sultan Abdul Samad telah mendapat bantahan pembesar-pembesar Selangor, terutamanya Raja Mahdi, lebih-lebih lagi Sultan Abdul Samad memutuskan pertunangan Raja Mahdi dengan puterinya Raja Arfah yang dikahwinkan dengan Tengku Kudin, anak Sultan Muhammad Tajuddin (Kedah). Pada tahun 1868, Tengku Kudin dilantik sebagai wizurai atau wakil Sultan Selangor. Perlantikan Tengku Kudin telah mendapat bantahan pembesar-pembesar Selangor seperti Raja Musa (Kuala Selangor), Raja Hitam (Bernam), Raja Ali (Jeram) dan Raja Mahdi (Kelang).             Perkembangan Kelang bukan sahaja menyebabkan kedatangan orang-orang Cina, tetapi juga orang-orang Indonesia. Persaingan berlaku antara orang-orang Bugis dan orang-orang Mendeling. Pembunuhan seorang Mendeling oleh beberapa orang Bugis telah memperhebatkan lagi Perang Kelang. Apabila pemerintah Kelang (Raja Abdullah) yang berasal dari keturunan Bugis tidak mengambil tindakan ke atas orang-orang Bugis yang terlibat dalam pembunuhan menyebabkan orang-orang Mendeling menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Raja Abdullah. Dengan bantuan orang-orang Mendeling, pengikut-pengikutnya serta seorang saudagar Cina di Melaka, iaitu Tan Teck Chiang, Raja Mahdi telah menyerang dan menawan Kelang pada tahun 1867. Raja Abdullah dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Melaka. Beliau telah beberapa kali melancarkan serangan untuk menawan semula Kelang sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1870.             Pada tahun 1870, putera Raja Abdullah, iaitu Raja Ismail dengan bantuan Tengku Kudin dan seorang saudagar Cina di Melaka, iaitu Lim Teik Yee telah berjaya menawan semula Kelang dari Raja Mahdi. Raja Mahdi melarikan diri ke Kuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan Kuala Selangor dari Raja Musa pada tahun 1871. Pada Jun 1871, berlaku peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah menghantar 2 buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke Kuala Selangor. Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki kapal

All The Best

Page 46: Sejarah Malaysia Tema 2

H.M.S. Renaldo bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor. Keengganan Raja Mahdi telah menyebabkan Kuala Selangor dibedil oleh British lalu ditawan. Oleh sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Raja Musa kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku Kudin untuk menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh berterusan.             Kekacauan di Selangor semakin hebat akibat pergaduhan pelombong-pelombong Cina di Kanching, iaitu Kah Yeng Chew yang merupakan ahli kongsi Ghee Hin dengan pelombong-pelombong Cina di Kuala Lumpur, iaitu puak Fei Chew yang merupakan ahli kongsi Hai San. Kekacauan bertambah hebat kerana pelombong-pelombong Cina menyebelahi pembesar-pembesar yang bertentangan. Puak Kah Yeng Chew menyebelahi Raja Mahdi dan puak Fei Chew menyebelahi Tengku Kudin. Pada tahun 1868, Yap Ah Loy dilantik sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur. Pada tahun 1869, orang kanan Yap Ah Loy, iaitu Yap Ah Sze telah dibunuh di Kanching oleh puak Kah Yeng Chew di bawah Chong Chong. Yap Ah Loy dan pengikut-pengikutnya menyerang puak Kah Yeng Chew di Kanching. Chong Chong dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Rawang dan menyebelahi Raja Mahdi kerana puak Fei Chew mendapat bantuan Tengku Kudin. Pada tahun 1872, Raja Mahdi kembali ke Selangor. Dengan bantuan tentera Johor dan puak Kah Yeng Chew, beliau berjaya menawan Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Petaling dan Kuala Selangor dengan mengalahkan tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy. Tengku Kudin kemudiannya mendapatkan bantuan Negeri-negeri Selat untuk menentang Raja Mahdi. Walau bagaimanapun, Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Harry Ord enggan memberi bantuan kerana ketika itu British tidak mengamalkan dasar campur tangan. Tengku Kudin kemudiannya memohon bantuan dari Kedah dan Bendahara Wan Ahmad (Pahang). Dengan bantuan tentera Pahang, Kedah dan pengikut Yap Ah Loy, Tengku Kudin berjaya menawan semula Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Petaling dan Kuala Selangor dari Raja Mahdi. Kejayaan Tengku Kudin telah berjaya menamatkan kekacauan Selangor pada bulan Mac 1873.   Kegiatan lanunSelepas tamatnya Perang Kelang, lanun-lanun di pantai Selangor tetap meneruskan keganasan mereka. Kegiatan pelanunan ini memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke yang baru menyelesaikan campur tangan di Perak untuk bertindak di Selangor.             Pada 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh.             Sir Andrew Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874. Lanun-lanun itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.             Namun demikian, kejadian-kejadian pelanunan masih diteruskan lagi. Pada bulan Ogos 1874, satu kejadian pelanunan telah berlaku dekat Sungai Langat. Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi Inggeris.             Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang residen untuk menasihati baginda.

All The Best

Page 47: Sejarah Malaysia Tema 2

Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen. 

Campur Tangan British di Negeri Sembilan 1874

 

Pengenalan

Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan di Negeri Sembilan berlaku di antara tahun 1860-an dan 1870-an. Sebab utama yang menyebabkan kekacauan di Negeri Sembilan ialah peperangan yang berlaku di antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar di Sungai Ujong atas kepentingan lombong bijih timah. Selain itu, kekacauan juga berlaku di Sri Menanti, Rembau dan Jelebu. Kekacauan ini seterusnya mendorong British campur tangan sehingga akhirnya Negeri Sembilan diwujudkan atas penyatuan wilayah-wilayah tersebut.

Sungai UjongSungai Ujong adalah salah sebuah daerah daripada sembilan buah daerah di Negeri Sembilan. Ia sangat kaya dengan bijih timah. Bijih timah menjadi punca pertelingkahan antara pembesar-pembesar Melayu. Mereka cuba mengenakan cukai ke atas bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Ujong.

Peperangan telah berlaku di antara 2 orang pembesar iaitu Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar. Punca perbalahan antara mereka ialah ke atas hak memungut cukai di kawasan perlombongan bijih timah. Kedua-dua pembesar itu telah mendirikan rumah tol untuk memungut cukai di sepanjang Sungai Linggi. Tindakan mereka menyebabkan saudagar-saudagar yang membawa bijih timah dari Sungai Linggi ke Melaka terpaksa membayar cukai kepada setiap rumah tol.

Permusuhan di antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar seterusnya menyebabkan perlombongan bijih timah terhenti dan perdagangan Negeri-negeri Selat dengan Sungai Ujong terancam. Malahan, kedudukan Dato’ Kelana terancam oleh Dato’ Bandar yang lebih berpengaruh di Sungai Ujong. Oleh itu, Dato’ Kelana meminta bantuan Inggeris untuk mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong. Sementara itu, saudagar-saudagar selat telah mengadu kepada Gabenor Sir Andrew Clarke tentang pengenaan cukai secara haram yang tidak menguntungkan mereka dan mendesak British supaya campur tangan di Sungai Ujong untuk melindungi kepentingan perdagangan mereka.

Pada bulan April 1874, Sir Andrew Clarke telah mengambil keputusan untuk memihak Dato’ Kelana. Beliau mengadakan satu mesyuarat dengan pembesar-pembesar di Singapura untuk mewujudkan pengaruh British dan menamatkan kekacauan di Sungai Ujong. Mesyuarat itu hanya dihadiri oleh Dato’ Kelana Abdul Rahman dan Dato’ Muda Linggi. Hasilnya, perjanjian ditandatangani di antara Dato’ Kelana dan Inggeris pada 21 April 1874. Melalui perjanjian ini:

All The Best

Page 48: Sejarah Malaysia Tema 2

a. Dato’ Kelana diisytiharkan sebagai pemerintah yang sah di Sungai Ujong. Beliau berjanji memerintah Sungai Ujong dengan adil.

b. Dato’ Kelana bersetuju memberi perlindungan kepada saudagar-saudagar British dan mengenakan cukai yang berpatutan.

c. Dato’ Kelana bersetuju juga menjaga kepentingan British di Sungai Ujong.

Dato’ Bandar membantah keras terhadap campur tangan British di Sungai Ujong dan enggan

menerima perjanjian tersebut kerana beliau disisihkan daripada sebarang kuasa di Sungai Ujong.

Seterusnya, Dato’ Bandar mencabar kekuasaan British.

Dato’ Kelana Abdul Rahman berasa bimbang akan keselamatan dan meminta perlindungan daripada Kerajaan British. Pada bulan Ogos 1874, Sir Andrew Clarke menghantar W.A. Pickering bersama satu pasukan tentera untuk melindungi Dato’ Kelana dan menjaga kepentingan perdagangan British di sana.

Dalam pertempuran yang meletus di antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar pada bulan November 1874, Dato’ Kelana berjaya menewaskan Dato’ Bandar dengan bantuan angkatan tentera British. Dato’ Bandar terpaksa berundur ke Kepayang.

Kedudukan Dato’ Kelana sebagai ketua Sungai Ujong terjamin dan British berpeluang meluaskan kuasanya dengan melantik seorang Penolong Residen, iaitu Kapten W.I. Thatham. Dato’ Bandar menandatangani satu perjanjian pada 16 Disember 1874 dan berjanji tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal Sungai Ujong.

Sri MenantiPertelingkahan di antara Yamtuan Antah Seri Menanti dan pembesar-pembesar terutama Sungai Ujong memberi kesempatan untuk Inggeris campur tangan di Sri Menanti.

Pemerintah Sungai Ujong enggan mengakui Yamtuan Antah Sri Menanti sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Sir Frederick Weld telah mengadakan satu mesyuarat dengan Yamtuan Antah dan pembesar-pembesar Sri Menanti yang menentangnya. Walaupun Antah meminta perlantikan seorang Residen British tetapi permintaan itu tidak diterima oleh Sir Frederick Weld kerana beliau tidak mendapat sokongan semua pembesar Sri Menanti.

Oleh itu, Weld hanya melantik Martin Lister sebagai Pemungut dan Majistret di Kuala Pilah, Sri Menanti pada tahun 1885. Pada bulan April 1886, Yamtuan Antah dan pembesar-pembesar telah bersetuju menyerahkan hal-ehwal hubungan luar kepada Martin Lister.

All The Best

Page 49: Sejarah Malaysia Tema 2

RembauSir Frederick Weld campur tangan di Rembau untuk menamatkan persengketaan di antara Haji Sahil iaitu Penghulu Rembau dan Syed Hamid atas perebutan gelaran Yamtuan Muda Tampin.

Sir Frederick Weld mengadakan satu mesyuarat dengan pembesar-pembesar Rembau di Melaka pada bulan Mac 1883. Dalam mesyuarat itu, pembesar-pembesar bersetuju melantik Serun Bin Sidin sebagai penghulu yang baru bagi Rembau kerana Haji Sahil gagal mentadbir Rembau dengan baik. Serun Bin Sidin dan pembesar-pembesar juga menandatangani satu persetiaan dengan pihak Inggeris dan bersetuju menerima dan mematuhi timbang-tara Inggeris dalam semua pergaduhan di antara mereka.

Pertelingkahan telah meletus antara Penghulu Serun dan pembesar-pembesar atas soal pungutan hasil. British campur tangan untuk menyelesaikan masalah itu pada 17 September 1887, Penghulu Serun dan pembesar-pembesar Rembau telah menantangani satu perjanjian menyerahkan kuasa memungut cukai kepada seorang pegawai British yang dikenali sebagai Pemungut Hasil dan Majistret.

JelebuBritish berpeluang campur tangan di Jelebu apabila tercetus satu pertelingkahan antara Yamtuan Muda dengan Penghulu Jelebu. Kedua-dua pihak meminta timbang-tara British untuk menyelesaikan persengketaan antara mereka.

Sir Frederick Weld telah menguruskan satu mesyuarat dengan kedua-dua pihak pada bulan Ogos 1883 untuk menentukan hak dan kuasa mereka. Residen Sungai Ujong dilantik untuk membantu mereka dalam hal-ehwal pentadbiran Jelebu.

Pada bulan Disember 1884, Yamtuan Muda Jelebu mangkat. Penghulu Jelebu meminta bantuan British untuk menghapuskan jawatan Yamtuan Muda. Sebagai balasan, beliau menandatangani satu perjanjian dengan British pada bulan September 1886.

Menurut perjanjian itu, Penghulu Jelebu menerima seorang pegawai British untuk mentadbir hasil dan keadilan di Jelebu.

KesimpulanMenjelang tahun 1888, kesemua negeri kecuali daerah Tampin telah menerima timbang-tara dan perlindungan Inggeris. Pada tahun 1889, menerusi usaha Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Sir Cecil Clementi Smith, daerah Tampin dan Rembau bersetuju menyertai pergabungan Sri Menantidan menerima seorang Residen Inggeris. Martin Lister dilantik menjadi Residen Pertama.

Pada tahun 1885, Sungai Ujong dan Jelebu menyertai penggabungan tersebut. Dengan ini, pergabungan Sri Menanti yang meliputi semua negeri dikenali sebagai Negeri Sembilan. Yamtuan Antah Sri Menanti diakui sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Baginda dibantu dalam hal pentadbiran oleh Martin Lister.

All The Best

Page 50: Sejarah Malaysia Tema 2

 Campur Tangan British di Pahang 1888  Pengenalan Pahang merupakan sebahagian dari Melaka semasa keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, Kerajaan Melayu Melaka berpindah ke Johor dan Pahang turut bernaung di bawah Johor. Seorang Bendahara telah dilantik untuk memerintah Pahang sebagai wakil Sultan Johor. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah melemahkan Kesultanan Johor kerana ianya terbahagi dua. Kesempatan ini telah digunakan oleh Bendahara Ali untuk membebaskan Pahang dari Johor pada tahun 1853. Pada tahun 1857, Bendahara Ali meninggal dunia dan pentadbiran di Pahang diserahkan kepada Wan Mutahir dan Wan Ahmad pula dianugerahkan Endau dan Kuantan tetapi Wan Mutahir tidak menunaikan wasiat Bendahara Ali. Keadaan ini telah menyebabkan Perang Saudara (1857-1863) sehinggalah British berkesempatan campur tangan.  Perang Saudara 1857-1863Pada tahun 1853, Bendahara Ali mengambil kesempatan untuk membebaskan Pahang dari Johor apabila Johor menjadi lemah. Sebelum dia meninggal dunia, Bendahara Ali berundur ke Lami di Sungai Pahang Tua. Mengikut wasiatnya yang bertarikh 25 Mei 1856, pentadbiran Pahang akan diserahkan kepada putera Wan Mutahir dan Wan Ahmad pula dianugerahkan kawasan Endau dan Kuantan.            Pada tahun 1857, Bendahara Ali meninggal dunia. Wan Mutahir yang dilantik sebagai Bendahara dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja enggan menyerahkan Endau dan Kuantan kepada Wan Ahmad sebagaimana yang diwasiatkan. Wan Ahmad yang diusir dari Pahang telah pergi ke Singapura untuk memohon bantuan British bagi mendapat kembali haknya. Gabenor Negeri-negeri Selat, Blandell enggan membantunya kerana ketika itu British mengamal dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Wan Ahmad kemudiannya ke Terengganu dan membuat serangan ke atas Pahang melalui Kemaman.             Perang saudara Pahang bertambah hebat kerana Wan Ahmad dan Wan Mutahir mempunyai penyokong-penyokong yang menyokong mereka kerana sesuatu kepentingan. Sultan Mahmud Lingga yang diturunkan takhta oleh Belanda mendakwa beliau berasal dari keturunan raja-raja yang memerintah Johor (termasuk Pahang) pada abad ke-18. Beliau mahu membantu Wan Ahamd dengan tujuan mengembalikan pertuanannya ke atas Pahang. Apabila bapa saudaranya, Sultan Omar (Terengganu) enggan membantunya untuk membantu Wan Ahmad, beliau memohon bantuan Siam. Permohonannya dipersetujui oleh Siam kerana Siam bercita-cita untuk memperkuatkan pengaruhnya di Terengganu dan mengembangkan pengaruhnya ke Pahang. Pada tahun 1861, Sultan Mahmud Lingga berangkat ke Bangkok untuk memohon bantuan Siam. Pada Oktober 1862, Sultan Mahmud Lingga tiba di Terengganu dengan angkatan Siam untuk membantu Wan Ahmad menyerang Pahang. Kehadiran angkatan Siam membimbangkan British kerana menyedari Siam memang bercita-cita untuk mengembangkan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu. Kebimbangan British bertambah apabila tersebar khabar angin mengatakan bahawa angkatan Siam bukan sahaja membantu Wan Ahmad tetapi juga membantu Sultan Mahmud Lingga merampas takhta Terengganu dari bapa saudaranya, Sultan Omar. Siam mahu menggulingkan Sultan Omar kerana Sultan Omar tidak menerima pertuanan Siam ke atas Terengganu. British menghantar bantahan kepada Raja Mongkut di Siam menegaskan tindakan Siam bertentangan dengan Perjanjian Burney 1826. Gabenor Negeri-negeri

All The Best

Page 51: Sejarah Malaysia Tema 2

Selat Cavenagh telah mengarahkan Sultan Mahmud Lingga dan Siam berundur dari Terengganu dan tidak melibatkan diri dalam Perang Saudara Pahang kerana bimbang penglibatan mereka akan memperhebatkan lagi Perang Saudara Pahang. Apabila arahannya tidak mendapat layanan, Cavenagh telah menghantar kapal perang ke Kuala Terengganu dan membedil Kuala Terengganu pada 4 November 1862. Akibatnya, Sultan Mahmud Lingga dan Siam kembali ke Bangkok. Tindakan British telah berjaya menghalang Sultan Mahmud Lingga dan Siam membabitkan diri dalam Perang Saudara Pahang.             Pada mulanya British tidak mahu melibatkan diri dalam Perang Saudara Pahang dan menganggapnya sebagai masalah dalam negeri Pahang. Selain itu, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, British campur tangan dalam Perang Saudara Pahang untuk melindungi kepentingan British. Tujuan utamanya ialah untuk menyekat pengaruh Siam daripada merebak ke Pahang. Selain itu, ialah untuk menamatkan Perang Saudara supaya perhubungan antara Singapura dengan Pahang tidak terganggu. Walaupun British tidak mengamalkan polisi campur tangan di Negeri-negeri Melayu tetapi telah terdapat pedagang-pedagang British terlibat dalam perdagangan di Pahang. Mereka mendesak British supaya campur tangan bagi melindungi pelaburan dan kepentingan mereka. Desakan diterima kuat oleh British, Syarikat Patterson F. Simons yang menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di Kuantan. Mereka mendesak Perang Saudara Pahang telah menjejaskan pelaburan mereka.             Permohonan Wan Ahmad untuk mendapat bantuan Terengganu telah dipersetujui oleh Sultan Omar. Sultan Omar telah membenarkan Wan Ahmad menggunakan Kemaman sebagai pangkalan untuk menyerang Pahang. Selain itu, Wan Ahmad juda mendapat bantuan-bantuan lain dari Terengganu seperti senjata, makanan, tentera dan sebagainya. Semasa bermulanya serangan Wan Ahmad ke atas Pahang pada Disember 1857, Wan Mutahir telah memohon bantuan Johor. Permohonan Wan Mutahir dipersetujui oleh Temenggung Ibrahim kerana beliau bercita-cita untuk mengembalikan ketuanan Johor ke atas Pahang disebabkan sebelum 1853, Pahang merupakan sebahagian daripada Johor. Keinginan Temenggung Ibrahim untuk membantu Wan Mutahir juga kerana adanya hubungan kekeluargaan antara mereka di mana putera Wan Mutahir iaitu Tengku Koris telah berkahwin dengan puteri Temenggung Ibrahim, iaitu Cik Engku Besar. Hasrat Temenggung Ibrahim untuk membantu Wan Mutahir di haling oleh British yang bimbang penglibatan Johor memperhebtkan lagi Perang Saudara Pahang. Selepas Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862, Temenggung Abu Bakar yang menggantikannya dengan sokongan British telah menghantar bantuan Johor kepada Wan Mutahir. Walau bagaimanapun, ketibaan tentera Johor terlewat kerana ketika itu hampir seluruh Pahang telah ditawan oleh Wan Ahmad.             Wan Ahmad berjaya menguasai Pahang pada Mei 1863 dan ditabalkan sebagai Bendahara dengan gelaran Bendahara Seri Wak Raja pada Pktober 1863. Antara tahun 1866-1868, terdapat beberapa percubaan menyerang Pahang oleh putera-putera Wan Mutahir, Wan Aman, Wan Da dan Wan Abdullah. Walau bagaimanapun, percubaan tersebut berjaya dihancurkan oleh Wan Ahmad. Pada tahun 1875, Gabenor Negeri-negeri Selat, William Jervois, telah melawat Pahang dan mendesak Wan Ahmad menerima seorang Residen British. Permintaan tersebut tidak dipersetujui oleh Wan Ahmad yang bimbang sistem Residen akan menjejaskan kewibawaan dan kekuasaannya. Pada tahun 1882, Wan Ahmad menggunakan gelaran Sultan.   Peristiwa selepas Perang Saudara 1857-1863

All The Best

Page 52: Sejarah Malaysia Tema 2

Walaupun Wan Ahmad menguasai seluruh Pahang tetapi masih mempunyai musuh di kalangan pembesar-pembesar yang enggan membayar cukai kepadanya. Hal ini menyebabkan Sultan Ahmad bercadang untuk menjual kawasan-kawasan di Hulu Pahang kepada saudagar-saudagar Jerman yang berada di Pahang.             Tindakan Sultan Ahmad itu amat membimbangkan British kerana mereka tidak mahu kuasa-kuasa Eropah yang lain bertapak di Negeri-negeri Melayu. Oleh itu, British cuba campur tangan secara langsung untuk mengekalkan pengaruh dan kepentingan mereka di Pahang. Hasilnya, Sir Frederick Weld, Gabenor Negeri-negeri Selat, telah menghantar Frank Swettenham ke Pahang pada tahun 1885. Beliau melaporkan tentang pentingnya untuk melantik seorang ejen British untuk menjaga kepentingan ekonomi British di Pahang.             Pada bulan Oktober 1887, Sir Frederick Weld berjaya memujuk Sultan Ahmad supaya menerima seorang ejen British. Hugh Clifford dilantik sebagai ejen British di Pahang.             Pada bulan Februari 1888, seorang warganegara Inggeris yang berbangsa Cina, Go Hui, telah terbunuh dekat Istana Pekan. Sultan Ahmad enggan bekerjasama dengan British untuk menyelesaikan perkara itu. Oleh itu, Sir Cecil Clementi Smith telah menggunakan kekerasan untuk memaksa Sultan Ahmad menerima seorang Residen untuk menasihati Sultan dan menjaga kepentingan ekonomi British di Pahang. Dengan itu, J.P. Rodger dilantik sebagai Residen Inggeris yang pertama di Pahang pada bulan Ogos 1888. 

Cara Keluarga Temenggung Memperolehi Kuasa di Johor

  Pengenalan Sehingga tahun 1819, Temenggung memerintah Johor dan Singapura bagi pihak Sultan Johor yang bersemayam di Riau. British memperolehi hak ke atas Singapura hasil dari persetujuan Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman dan Tengku Hussein yang diiktiraf oleh Raffles sebagai Sultan walaupun Belanda mengiktirsf Tengku Abdul Rahman (adik Tengku Hussein) sebagai Sultan. Keturunan Temenggung iaitu Ibrahim dan Abu Bakar merupakan pemerintah yang berkebolehan. Di antara tahun 1855-1885, keluarga Temenggung menjalankan usaha untuk berkuasa di Johor. Dalam usaha ini, keluarga Temenggung berjaya mengenepikan kuasa keluarga Sultan ke atas Johor.  Cara-cara1.         Perjanjian 10 Mac 1855

Perselisihan berlaku di antara Sultan Ali (putera Sultan Hussein) dan Temenggung Ibrahim mengenai hasil Johor selepas Johor maju dan makmur. Sultan Ali telah merayu kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Butterworth. Temenggung Ibrahim mendapat sokongan dari British dalam persaingannya dengan Sultan Ali. Dalam usaha itu, termeterai perjanjian 10 Mac 1855 di antara Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim. Mengikut Perjanjian 1855, kedaulatan Johor diserahkan kepada Temenggung Ibrahim dan keturunannya. Sultan Ali dibenarkan mengguna gelaran Sultan. Daerah Muar-Kesang menjadi hak Sultan Ali dan keturunannya. Daerah-daerah Johor yang lain diletakkan di bawah kuasa penuh Temenggung Ibrahim dan keturunannya.

2.         Temenggung Abu Bakar

All The Best

Page 53: Sejarah Malaysia Tema 2

Daeng Abu Bakar menggantikan ayahandanya Temenggung Ibrahim sebagai Temenggung pada tahun 1862. Pada tahun 1868, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja dengan keizinan serta persetujuan British. Tindakan ini memperlihatkan cita-citanya untuk mendapat gelaran Sultan, sedangkan pada masa itu Sultan Ali masih hidup. Kalau pada masa Temenggung Ibrahim, beliau mendapat kedaulatan ke atas Johor, kini Maharaja Abu Bakar ingin meluaskan lagi kekuasaannya ke atas Muar-Kesang. Pada tahun 1877, Sultan Ali mangkat di Umbai, Melaka. Gabenor Negeri-negeri Selat telah menawarkan buat sementara Muar di bawah pentadbiran Maharaja Abu Bakar. Tawaran ini mendapat persetujuan pembesar-pembesar di Muar. Maharaja Abu Bakar menerima tawaran tersebut. Dengan itu, sejak tahun 1877, seluruh Johor terletak di bawah kuasa Maharaja Abu Bakar. Dengan bantuan British, usaha diambil lagi bagi memastikan tidak ada pengganti dibuat pada hari pengebumian Sultan Ali. Pada hal Sultan Ali mempunyai putera bernama Tengku Alam. Akhirnya, pihak British mengambil keputusan masalah pemerintahan diselesaikan melalui undian. Sebelum upacara mengundi dijalankan di Kuala Kesang pada tahun 1877 oleh Temenggung dan Penghulu-penghulu Muar, dilaporkan Maharaja Abu Bakar membawa Temenggung dan Penghulu-penghulu Muar ke Johor Bharu dan ke Singapura bagi memastikan mereka menyokong Maharaja. Dalam upacara mengundi ke Kesang, mereka yang berhak mengundi menyokong Maharaja Abu Bakar. Dengan itu, Maharaja Abu Bakar menjadi pemerintah seluruh Johor termasuk Muar-Kesang. Putera Sultan Ali mendapat pencen yang besar tetapi terpaksa melucutkan gelaran Sultan. Pada tahun-tahun 1879-1880, Maharaja Abu Bakar berjaya mematahkan percubaan Tengku Alam, putera Sultan Ali untuk menegakkan semula kuasanya di Johor. Maharaja Abu Bakar mempunyai hubungan yang rapat dengan saudagar-saudagar British di Singapura, pegawai-pegawai kerajaan Negeri Selat, Pejabat Tanah Jajahan di London dan juga Queen Victoria. Akibat dari faktor-faktor ini, British menyokong Maharaja Abu Bakar.

3.         Perjanjian British Johor 1885 Maharaja Abu Bakar bercita-cita untuk diiktiraf sebagai Sultan. Beliau mengadakan rundingan dengan British semasa lawatannya ke England yang membawa kepada termeterainya Perjanjian British Johor 1885. Mengikut perjanjian itu, Maharaja Abu Bakar diiktiraf oleh Kerajaan British sebagai Sultan seluruh Johor dan gelaran ini boleh diwarisi oleh keturunannya. Perjanjian ini merupakan langkah terakhir bagi mencapai martabat di raja yang diambil oleh Maharaja Abu Bakar. Maharaja Abu Bakar bersetuju Johor diletakkan di bawah naungan British. Hal-ehwal luar Johor akan diuruskan oleh British dan Johor bersetuju menerima seorang penasihat British bagi membantu Sultan dalam hal ehwal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu.

  KesimpulanSetelah menjalankan beberapa langkah dan mendapat sokongan dari British, keluarga Temenggung berjaya mendapat kuasa dan menegakkan kekuasaan mereka di Johor. Punca utama kejayaan ini ialah kerana adanya sokongan dan perancangan British. Sokongan British kerana ketokohan keluarga Temenggung sebagai pemerintah Melayu yang tidak dapat ditandingi oleh Sultan-sultan di negeri-negeri Melayu lain pada zamannya. Pengiktirafannya ini merupakan sesuatu yang amat berharga kepada keluarga Temenggung. Kerana ketokohannya Sultan Abu Bakar digelar sebagai Bapa Pemodenan Johor. 

All The Best

Page 54: Sejarah Malaysia Tema 2

Sebab Johor Lebih Stabil dari Negeri Perak dan Selangor

  Pengenalan Sejak pertengahan abad ke-19, orang Cina telah bermastautin di Johor. Mereka datang ke Johor dari Singapura dan membuka ladang gambir serta ladah hitam. Pemerintah Johor telah menggalakkan orang-orang Cina membuka perusahaan gambir dan lada hitam. Kekurangan tanah di Singapura dan galakan Temenggung merupakan dua faktor yang mendorong orang-orang Cina berpindah ke Johor.  Sebab-sebab1.         Sistem pentadbiran Sultan Abu Bakar

Semasa menjadi Temenggung, Abu Bakar melaksanakan sistem pentadbiran yang lebih kemas jika dibandingkan dengan sistem yang berkuatkuasa di Selangor dan Perak. Pengusaha ladang gambir dan lada hitam diberi kawasan tanaman yang khusus serta disahkan dengan “surat sungai”. Pengusaha ladang yang memegang “surat sungai” dilantik menjadi “Kangchu” (ketua) di sesebuah “Kangkar” (tapak ladang). Perselisihan di antara Kangchu tidak timbul dan tidak menjadi masalah pentadbiran kerana sempadan di antara kawasan telah ditetapkan. Pada dasarnya, sistem pentadbiran di Johor yang mencontohi sistem British lebih sesuai dengan kehendak zaman.

2.         Tidak timbul masalah orang-orang Cina Temenggung hanya memberi pengiktirafan kepada hanya satu kongsi gelap iaitu Ghee Hin. Pengiktirafan ini bukan sahaja menguatkan kongsi gelap Ghee Hin tetapi menghalang pertumbuhan kongsi gelap lain. Sehingga penghujung abad ke-19, penduduk Cina di Johor yang menjadi peladang gambir dan lada hitam terdiri dari puak Teochew yang homogeneous. Mereka mempunyai perpaduan yang erat kerana sama-sama menetap di Riau pada lewat abad ke-18, kemudian Singapura dan akhirnya Johor. Masa itu memberi kesempatan kepada puak Teochew untuk mewujudkan organisasi sosial yang lebih kemas tidak seperti pekerja-pekerja lombong di Perak dan Selangor yang terdiri dari dua puak yang bermusuhan. Di Johor, tidak ada perlombongan bijih timah yang menjadi rebutan di antara orang-orang Cina. Kegiatan pertanian boleh dijalankan di mana sahaja. Kerana faktor di atas masyarakat peladang di Johor lebih stabil. Rusuhan dan pertempuran tidak berlaku sebagaimana di Perak dan Selangor.

Kegagalan British Campur Tangan di Johor Sehingga Tahun 1914

 

Pengenalan

Johor merupakan sebuah Negeri Melayu yang paling lama dan rapat hubungan dengan British.

Penglibatan British di Johor bermula sejak kedatangan Raffles dan pembukaan Singapura pada tahun

All The Best

Page 55: Sejarah Malaysia Tema 2

1819. Walau bagaimanapun, Johor merupakan negeri yang paling akhir menerima Penasihat British.

Dengan ini, Johor dianggap sebagai negeri yang paling lama mengekalkan kemerdekaannya berbanding

dengan Negeri-negeri Melayu yang lain, terutamanya Negeri-negeri Melayu yang menerima campur

tangan British mulai 1874. mengikut Rupert Emerson dan K.G. Tregonning, kemerdekaan Johor pada

umumnya adalah disebabkan dua faktor, iaitu hubungan berbaik-baik dengan British dan kebijaksanaan

pemerintah-pemerintah Johor terutama Tememggung Daeng Ibrahim dan Maharaja Abu Bakar.

Sebab Johor mengekalkan kemerdekaannya1. Hubungan berbaik-baik dengan British

Sejak pembukaan Singapura 1819, pemerintah Johor dari keluarga Temenggung mengadakan hubungan berbaik-baik dengan pegawai-pegawai British di Negeri-negeri Selat dan Kerajaan British di London. Hubungan yang dimulakan oleh Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dengan Raffles telah diteruskan oleh pengganti-penggantinya seperti Temenggung Ibrahim, Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim sehingga tahun 1914. Di samping mengekalkan kebebasan Johor, hubungan berbaik-baik dengan British amat menguntungkan Johor. Dengan usaha British, Temenggung Ibrahim dapat mengukuhkan kekuasaannya ke atas Johor menerusi satu perjanjian pada tahun 1855 dengan Tengku Ali, putera Sultan Hussein yang menuntut takhta Kerajaan Johor dan kekuasaan penuh ke atas Johor. Tuntutan takhta Johor oleh Tengku Ali tidak menjejaskan kestabilan politik Johor kerana tuntutan itu dapat dielakkan oleh pihak British dengan sokongan pihak British terhadap keluarga Temenggung. Sultan Abu Bakar (1862-1895) telag mengeratkan hubungan mesra Johor dengan British. Gelaran Maharaja dan gelaran Sultan telah diiktirafkan oleh pihak British. British juga mengakui kebebasan Johor melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1885 dengan Sultan Johor. Perjanjian tahun 1885 telah mengukuhkan kedudukan Sultan Abu Bakar sebagai Sultan berdaulat.

2. Kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor

Pemerintah-pemerintah Johor telah melaksanakan sistem pentadbiran yang lebih cekap dan sistematik berbanding dengan sistem pemerintah di Negeri-negeri Melayu yang lain terutamanya di Perak dan Selangor. Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan sebuah perlembagaan baru bagi Johor. Perlembagaan bertulis yang berdasarkan sistem perlembagaan di Britain menjamin sistem pentadbiran yang teratur. Dengan adanya perlembagaan ini, kuasa Sultan dapat diperkukuhkan. Perlembagaan ini merupakan perlembagaan yang bertulis yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dapat dilihat dengan jelas apabila baginda menandatangani perjanjian 1885 dengan British dan bersetuju membenarkan British melantik seorang wakilnya, seorang Konsul untuk kepentingan British di Johor. Kebijaksanaan baginda turut terserlah dalam mengadakan pembaharuan-pembaharuan berdasarkan Barat di Johor. Di

All The Best

Page 56: Sejarah Malaysia Tema 2

samping memperkenalkan beberapa pembaharuan sosial, jentera pentadbiran yang lebih kemas dan sistematik diperkenalkan dengan menerap nilai-nilai pentadbiran Barat. Baginda mengupah beberapa penasihat Eropah tetapi pentadbiran dijalankan oleh Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri. Perlembagaan memperuntukkan sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada orang Melayu. Mereka ditugaskan untuk menasihati Sultan. Majlis Negeri yang didirikan terdiri daripada rakyat Johor yang meliputi semua kaum dan dilantik oleh Sultan untuk membuat undang-undang. Dalam keadaan ini, pihak British merasa tidak perlu untuk mengambilalih pentadbiran Negeri Johor kerana satu sistem pentadbiran yang kemas telah wujud di Johor.

3. Tidak berlaku kekacauan di Johor

Temenggung-temenggung Johor seperti Daeng Ibrahim dan puteranya menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menangani penghijrahan masuk orang Cina ke Johor dalam pertengahan abad ke-19. Temenggung Daeng Ibrahim menggunakan sistem Kangcu sebagai satu kaedah yang tersusun untuk mengawal peneroka-peneroka yang rajin berusaha itu. Melalui sistem Kangcu, orang Cina digalakkan berpindah, menetap kekal di Johor dan membuka ladang-ladang lada hitam dan gambir. Temenggung memberikan satu surat tauliah yang disebut surat sungai kepada setiap Kangcu atau ketua puak-puak orang Cina. Surat ini menentukan hak-hak dan tanggungjawab mengawal dan membayar sewa bagi kawasan-kawasan yang dibuka. Sistem Kangcu ini membolehkan kemasukan orang Cina secara beramai-ramai ke Johor. Pada awal tahun 1860-an lebih kurang 10000 orang Cina telah masuk ke Johor. Mereka menjadi buruh-buruh di ladang-ladang lada hitam dan gambir yang dibuka pada pertengahan abad ke-19. Berbeza dengan Negeri-negeri Melayu yang lain seperti di Perak dan Selangor, tidak terdapat kekacauan yang diakibatkan oleh kongsi gelap di Negeri Johor. Keadaan terkawal kerana baginda membenarkan hanya satu kongsi gelap sahaja iaitu Ghee Hin untuk masuk ke Johor. Malah baginda menggalakkan hanya orang Teochew memasuki Johor. Dengan cara pentadbiran yang agak sistematik, pergaduhan di antara orang Cina terkawal. Mereka hidup aman damai. Keadaan perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar seperti yang berlaku di Negeri-negeri Melayu yang lain juga tidak berlaku di Johor. Pemindahan kuasa dari keluarga Sultan kepada keluarga Temenggung terutamanya selepas kemangkatan Sultan Hussein telah berlaku secara lancar dan tanpa sebarang peristiwa yang tidak diingini. Oleh sebab tidak ada kekacauan sama ada dari segi perebutan kuasa di kalangan pembesar atau permusuhan kongsi-kongsi gelap di kalangan orang Cina, maka British tidak mempunyai alasan untuk campur tangan di Johor sehingaa tahun 1914.

4. Kurang potensi ekonomi

Walaupun Johor terletak berhampiran dengan Singapura, British tidak memberi tumpuan yang tegas untuk mengawal Johor kerana negeri itu tidak mempunyai sumber alam yang kaya seperti bijih timah. Kekurangan kepentingan ekonomi British di Johor mengurangkan kecenderungannya untuk mengawal negeri tersebut.

Pengenalan sistem penasihat di Johor 1914

All The Best

Page 57: Sejarah Malaysia Tema 2

Hubungan Johor dengan British mulai regang pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1895-1959).

Baginda tidak mengekalkan hubungan baik dengan Pejabat Tanah Jajahan. Sebaliknya baginda

menentang kuasa pihak British. Baginda memerintah secara bebas dan sering mengabaikan nasihat

British. Malah baginda mengambil beberapa tindakan yang mengecewakan pihak British. Pada tahun

1899, Sultan Ibrahim enggan membenarkan British membina sebuah landasan keretapi dari Negeri

Sembilan ke Johor Bahru. Baginda mahu membina jalan keretapi mengikut syarat-syarat sendiri dengan

mendapatkan pinjaman dan jurutera-jurutera sendiri. Tindakan ini tidak disenangi oleh pihak British.

Namun demikian, pada 11 Julai 1904, Sultan Ibrahim bersetuju menandatangani Konvensyen Keretapi

Johor setelah A. Lyttleton, Setiausaha Tanah Jajahan mengancam akan mengambil tindakan yang tegas

ke atas baginda. Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim terus mengancam kepentingan-kepentingan British di

Johor. Pada tahun 1905, baginda memebrikan satu konsesi yang luas kepada Perbadanan Negeri Johor

yang disokong oleh usahawan-usahawan Belanda. Perbadanan ini diberi hak monopoli selama 20 tahun.

Sultan Ibrahim juga mengambil langkah untuk memajukan Johor Bharu sebagai sebuah pelabuhan

supaya negeri Johor tidak perlu bergantung dari segi ekonomi kepada Singapura dari Negeri-negeri

Melayu Bersekutu. Tindakan baginda mengamcam kedudukan Singapura sebagai pelabuhan dan pusat

perdagangan. Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim yang radikal dan pengabaian nasihat British

menyebabkan Gabenor Anderson menggunakan alasan pentadbiran negeri Johor untuk memaksa

baginda supaya menerima seorang Penasihat British. Akhirnya pada tahun 1914, Sultan Ibrahim

menandatangani satu perjanjian dan bersetuju menerima seorang pegawai British yang nasihatnya

mesti diminta dan dijalankan dalam semua perkara yang ada hubungan dengan pentadbiran umum

negeri dan mengenai semua perkara selain daripada yang menyentuh agama dan adat resam orang

Melayu. Dengan ini, British dapat meluaskan kuasanya ke Johor.

Penentangan di Perak

All The Best

Page 58: Sejarah Malaysia Tema 2

 

PengenalanKekacauan yang berlaku di Perak membimbangkan British terhadap campur tangan asing. Akibatnya, Gabenor Negeri-negeri Selat, Andrew Clarke telah mengambil langkah campur tangan di Perak. Hasil usaha beliau, satu rundingan telah diadakan sejak 17 Januari 1874 dan hasil rundingan  tersebut, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874. Mengikut Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah diiktiraf sebagai Sultan. Baginda bersetuju menerima seorang Residen sebagai penasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali adat resam orang Melayu dan hal ehwal agama Islam. Lebih kurang 10 bulan kemudian, J.W.W. Birch telah dihantar sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874. Kehadiran Birch telah menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Akibatnya, Birch telah dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875 selepas berada di Perak hanya selama 12 bulan.

Sebab-sebab berlaku Penentangan di Perak1. Kelemahan Perjanjian Pangkor

Ahli-ahli Sejarah seperti Kennedy, Tregonning dan C.D. Cowan menganggap kelemahan Perjanjian Pangkor adalah sebab utama membawa kepada pembunuhan Birch pada tahun 1875. Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raj Yusof. Pembesar Perak dan ramai rakyat Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan kerana baginda tidak dilantik mengikut adat resam. Di samping itu, Raja Abdullah tidak mempunyai alat-alat kebesaran yang diperlukan dalam perlantikan Sultan. Ramai pembesar dan rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail sebagai Sultan kerana baginda dilantik sebagai Sultan Perak pada tahun 1871 selepas kemangkatan Sultan Ali. Selain itu, Raja Ismail masih lagi menyimpan alat-alat kebesaran diraja yang diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871.

Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch dilantik sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874, iaitu 10 bulan kemudian. Dalam tempoh tersebut, Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran Perak. Kehadiran Birch dirasai oleh Sultan dan pembesar-pembesar yang British cuba mengambil alih semua kuasa pentadbiran Perak. Perlaksanaan sistem Residen juga mendapat tentangan dari Menteri Larut (Ngah Ibrahim). Beliau tidak lagi bebas mentadbir Larut seperti sebelumnya. Semua urusan pentadbiran terpaksa merujuk kepada Kapten Speedy yang dilantik sebagai Penolong Residen.

Bagi British, perlantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai satu kesilapan kerana Raja Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal pentadbiran moden. Raja Abdullah dianggap tidak menerima pembaharuan yang cuba dilaksanakan di Perak. Kelemahan Perjanjian Pangkor juga terbukti kerana perjanjian ini tidak mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat berpengaruh ketika itu.

2. Kelemahan Birch

All The Best

Page 59: Sejarah Malaysia Tema 2

Kelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting yang membawa kepada berlakunya Perang Perak pada 1874-1875. British menganggap perlantikan Birch sebagai Residen lebih-lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu kesilapan. Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami dan menghormati adat resam orang Melayu. Birch merupakan seorang yang degil dan tidak berganjak dari kemahuannya. Beliau tidak berdiplomasi dan tidak bertolak-ansur. Birch mahu melaksanakan pembaharuan secara tergesa-gesa tanpa memikirkan kepentingan Sultan dan pembesar. Kelemahan peribadi Birch ternyata dari peristiwa Ogos 1875 bila Sultan Abdullah serta pembesar-pembesar mengunjungi tempat kediaman dengan tujuan untuk mendapat ganti rugi akibat penghapusan beberapa keistimewaan. Birch dengan biadap menegaskan ganti rugi akan dibayar sekiranya Sultan dan pembesar berhenti memungut cukai di kawasan  masing-masing. Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata pada Disember 1874 bila beliau membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar kerana mereka terus memungut cukai walaupun ditegah oleh Birch. Kennedy dalam bukunya: History of Malaya menganggap Birch sebagai “an idealist in a hurry” kerana mahu melaksanakan pembaharuan secara terburu-buru tanpa memikirkan itu dianggap radikal oleh Sultan dan para pembesar.

3. Pembaharuan-pembaharuan Birch

Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dilaksanakan oleh Birch telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.a. Politik

Dari segi politik, Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Birch. Keadaan ini menunjukkan Residen lebih berkuasa dari Sultan. Sultan Abdullah yang menganggap kehadiran Birch sebagai Penasihat mendapati Birch bukan menasihatinya tetapi mengeluarkan arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan dan pembesar-pembesar. Sultan Abdullah yang tidak berpuas hati dengan tindakan Birch telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke meminta kuasa Residen dihadkan ataupun ditukar. Jawapan yang diterima amat mengecewakan Sultan Abdullah kerana bukan sahaja suratnya tidak mendapat layanan, malah Andrew Clarke telah arahkan bahawa hubungan antara Sultan dan pembesar dengan Gabenor mesti dibuat melalui Residen. Keadaan ini menunjukkan bahawa Residen lebih berkuasa dari Sultan. Kehadiran Birch menjejaskan kuasa-kuasa pembesar daerah kerana Birch telah melantik pegawai-pegawai British untuk menjalankan pentadbiran daerah. Selain itu, Sultan dan pembesar dilarang menjatuhkan hukuman, lebih-lebih lagi hukuman mati, lebih-lebih lagi kepada orang-orang Melayu. Arahan ini mendapat bantahan Sultan dan pembesar-pembesar kerana ini menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan mereka serta kuasa tradisional. Kerajaan British telah mengarahkan bahawa hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh hakim-hakim yang dilantik oleh British.

b. Ekonomi

Dari segi ekonomi, pembaharuan British juga telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar. Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai seperti sebelumnya. Arahan ini menjejaskan pendapatan Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat penghapusan keistimewaan tersebut. Dalam masyarakat tradisional Melayu, cukai adalah penting bagi Sultan dan pembesar-pembesar. Birch telah mengarahkan bahawa kutipan cukai hanya boleh dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen. Kemarahan Sultan Abdullah bertambah apabila Birch membatalkan pajakan memungut cukai kastam bernilai $26 ribu setahun yang diberikan oleh Sultan Abdullah kepada seorang saudagar Cina dari Singapura iaitu Lee Cheng Tee. Sebaliknya, Birch telah memberikan pajakan baru ke atas minuman keras dan candu bernilai $6 ribu sebulan kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya kerana salah seorang rakannya telah memberi hutang dengan jumlah yang besar kepada Birch. Tindakan Birch bukan sahaja mendapat tentangan Sultan dan pembesar, tetapi juga gabenor dan pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat kerana ia bertentangan dengan arahan.

c. Sosial

Dari segi sosial, Birch telah campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Apabila beliau cuba menghapuskan perhambaan yang merupakan adat tradisional orang Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, perhambaan merupakan lambing status yang menentukan kekuasaan dn kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Birch hanya membebaskan hamba-hamba perempuan sahaja. Tindakan beliau melindungi hamba-hamba perempuan di kemudiannya yang terdapat ramai

All The Best

Page 60: Sejarah Malaysia Tema 2

tentera telah mencurigakan Sultan dan para pembesar. Perasaan curiga mereka bertambah apabila Birch menyeludup 2 orang hamba perempuan berketurunan Melayu, berpakaian Cina ke Pulau Pangkor. Hubungan Sultan Abdullah dan Birch bertambah runcing apabila Birch enggan memulangkan 2 orang hamba perempuan Sultan Abdullah yang malarikan diri ke kediaman Birch pada Oktober 1875. Kemarahan Sultan terhadap tindakan Birch bukan sahaja kerana mereka menjadi tuan kepada hamba tetapi kerana tindakan Birch bertentangan dengan syarat Perjanjian Pangkor yang berkaiatan dengan adat resam orang Melayu.

4. Tindakan Sir William Jervais

Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya Perang Perak 1875. Selepas melawat Perak, William Jervois tidak puas hati terhadap pentadbiran Birch secara tidak langsung di Perak. Beliau mahukan pentadbiran British dijalankan secara langsung di Perak di mana pentadbiran dijalankan oleh pegawai-pegawai British. Beliau mahukan Sultan dan pembesar dibayar wang persaraan supaya menyerahkan kekuasaan kepada British. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian menyerahkan pentadbiran kepada British. Beliau telah mengugut sekiranya beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut, Sultan Abdullah akan disingkirkan dan Raja Yusof akan dilantik sebagai Sultan. Akibatnya, Sultan Abdullah terpaksa menandatangani persetujuan tersebut.

Peristiwa Pembunuhan J.WW. BirchKemarahan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar sampai kemuncaknya menjelang akhir tahun 1875 dan keputusan diambil untuk membunuh Birch. Pada 20 Julai 1875, satu perjumpaan telah diadakan di Durian Sebatang yang dihadiri oleh pembesar-pembesar Perak atau wakilnya kecuali Raja Yusof. Dalam pertemuan itu, Dato’ Maharaja Lela dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Raja Ismail menyatakan persetujuannya untuk membantu Dato’ Maharaja Lela. Sebagai persiapan, Raja Abdullah dan Raja Ismail telah menyediakan alat-alat senjata yang dibeli dari Pulau Pinang.

Selepas beberapa hari dari peristiwa perjumpaan di Durian Sebatang, hubungan Sultan Abdullah dengan British menjadi genting. Pada 24 Julai 1875, pihak British mengugut Raja Abdullah jika baginda tidak mengikut arahan mereka. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa untuk menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British. Birch ditugaskan untuk mengumumkan perubahan sistem pentadbiran tersebut. Beberapa hari selepas persetujuan itu, Sultan Abdullah memerintah Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch.

Sungguhpun telah diketahui adanya komplot membunuh Birch, namun rancangan tetap dilaksanakan. Swettenham ditugaskan untuk membantu Birch dan beliau bertolak dari Singapura pada 23 Oktober 1875. Swettenham ditugaskan di bahagian Hulu Perak sementara Birch di Hilir Perak. Mereka bertolak dari Bandar Bahru dan akan bertemu di Pasir Salak pada 30 November 1875.

Pada 27 Oktober 1875, Birch telah menampal pengisytiharaan itu di rumah dan kemudian belayar ke Pasir Salak. Pada 1 November 1875, Birch bersama keraninya Mat Arshad telah tiba di Pasir Salak. Ketibaan beliau mendapat tentangan hebat daripada Dato’ Maharaja Lela. Pada 2 November 1875, Birch ditikam oleh orang suruhan Dato’ Maharaja Lela, iaitu Pandak Induk dan Seputum ketika Birch mandi di Sungai Pasir Salak.

All The Best

Page 61: Sejarah Malaysia Tema 2

4 November 1875, Swenttenham di Blanja menerima peristiwa pembunuhan. Dengan pertolongan beberapa orang Melayu, beliau berjaya menyelamatkan diri.

Perang Perak 1875-1876Pembunuhan Birch telah mengemparkan pihak British. 15 November 1875, tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela mengundurkan diri ke Blanja. Kemudian, tentera tambahan British dari Hong Kong di bawah perintah Major Jeneral Calalborne menawan Pasir Salak. Dari India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose menawan Kuala Kangsar.

Sebelum tentera British menawan Blanja, Dato’ Maharaja Lela dan Raja Ismail berundur ke Kinta. Dari Kinta mereka bergerak menuju Kota Lama. British menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menangkap orang yang dikehendaki iaitu $6 ribu untuk Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Dato’ Sagor dan Pandak Induk.

Pada pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah. Pada akhir bulan Mac, baginda menyerah diri dan dihantar ke Singapura kemudian Johor. Dalam bulan yang sama, Dato’ Sagor ditawan di Bandar Bahru sementara pada Julai 1876, Dato’ Maharaja Lela menyerah diri. Dengan ini semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap.

Dengan itu, suatu perbicaraan diadakan dan keputusannya ialah:

a. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Induk dan Seputum dihukum gantung sampai mati di Matang pada 20 Januari 1877.

b. Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

c. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’ Syahbandar dibuang ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi.

d. Raja Ismail dipindah ke Johor.

e. Raja Yusof dilantik sebagai Sultan.

Perang Perak ini akhirnya berkesudahan dengan kemenangan British. Kemenangan ini membolehkan British meneruskan sistem Residen dan memajukan ekonomi Perak tanpa halangan.

Penentangan di Pahang  Pengenalan

All The Best

Page 62: Sejarah Malaysia Tema 2

J.P. Rodger memegang jawatan Residen British di Pahang pada bulan Oktober 1888. Seperti di Perak, pengenalan sistem Residen di Pahang ditentang oleh pembesar-pembesar Melayu yang kehilangan kuasa dan keistimewaan mereka. Penentangan sistem Residen oleh orang Melayu di Pahang berkesudahan dengan satu pemberontakan yang meletus pada tahun 1891 di bawah pimpinan Dato’ Bahaman dari Semantan, Tok Gajah dan anaknya Mat kilau.  Sebab-sebab berlaku penentangan di Pahang1.         Perasaan tidak puas hati Sultan

Hubungan Sultan Ahmad dengan British sememangnya tidak memuaskan sejak lama lagi. Hal ini disebabkan Sultan Ahmad masih menyimpan perasaan benci terhadap British kerana memberi bantuan ketika menentang saudaranya Wan Mutahir dalam Perang Saudara di Pahang. Oleh sebab itu, Wan Ahmad enggan menerima Residen British, tetapi dengan adanya tekanan dari British, Wan Ahmad terpaksa mengalah dan menerima Residen pada bulan Oktober 1888 iaitu J.P. Rodger.

Sultan Ahmad berasa kecewa apabila baginda sedar bahawa kekuasaannya semakin berkurangan. Kedudukan baginda dalam Majlis Mesyuarat Negeri tidak berfungsi kerana keputusan adalah diputuskan oleh Residen. Kekuasaannya semakin tercabar apabila pihak British menunjukkan sikap lebih mempercayai putera baginda iaitu Tengku Mahmud. Akibatnya, Sultan Ahmad mengambil keputusan meninggalkan Pekan dalam bulan Disember 1889 dan berangkat ke Pulau Tawar. Tengku Mahmud telah dilantik sebagai wakil Raja.

Walaupun penglibatan Sultan Ahmad dalam penentangan tidak dapat ditentukan dengan jelas, namun sikap anti-Inggeris baginda sudah menjadi pendorong kepada golongan yang menentang British. Oleh sebab itu, tidaklah menghairankan jika terdapat berita yang mengatakan Wan Ahamd mempunyai hubungan sulit dengan golongan penentang.

2.         Perasaan tidak puas hati pembesar-pembesar Langkah-langkah yang diambil oleh J.P. Rodger untuk memperkenalkan peraturan-peraturan baru telah membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar Pahang. Para pembesar telah kehilangan hak mereka untuk mengutip cukai, menyimpan hamba abdi, pentadbir keadilan dan sebagainya. Daerah-daerah diwujudkan dan diletak di bawah pengawal British yang dipanggil pemungut cukai dan majistret, misalnya Daerah Pekan oleh F. Belfield, Kuantan oleh A.H. Wall. Residen pula mengambilalih peranan pembesar sebagai penasihat Sultan. Mereka juga tidak mempunyai kuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Walaupun para pembesar dibayar elaun sebagai ganti rugi tetapi jumlahnya adalah kecil, misalnya, Orang Besar Berempat menerima $100 sebulan, Orang Kaya Semantan $70 sebulan dan orang Kaya Berlapan $20 sebulan. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar. Pada tahun 1891, mereka bangkit menentang pentadbiran British.

3.         Perasaan tidak puas hati Dato’ Bahaman Dato’ Bahaman menentang pihak British kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi elaun yang setanding dengan elaun Orang Besar Berempat, iaitu sebanyak $100 sebulan. Beliau ditawarkan elaun sebanyak $70 sebulan sahaja. Dato’ Bahaman juga berasa marah apabila British membina sebuah balai polis di Lubuk Trua di daerah Semantan, aiitu daerah di bawah jagaanya tanpa kebenaran daripada beliau. Beliau telah menulis sepucuk surat bantahan kepada majistret di Temerloh, iaitu E.A. Wise tetapi beliau

All The Best

Page 63: Sejarah Malaysia Tema 2

gagal mendapat keadilan daripada majistret Temerloh. Sebaliknya, Dato’ Bahaman diberi amaran kerana tindakannya itu.

4.         Perasaan tidak puas hati Tok Gajah Tok Gajah ialah seorang pembesar dari Pulau Tawar. Atas jasanya kepada Sultan Ahmad dalam Perang Saudara (1857-1863), beliau dianugerahi gelaran Orang Besar Raja. Tok Gajah pula berperasaan anti-Inggeris apabila rayuannya untuk pertambahan elaun ditolak oleh pihak British pada Januari 1890. permintaan Tok Gajah untuk menangguhkan pembayaran cukai tanah ke atas orang Melayu juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bulan Disember 1890. Beliau disokong oleh anaknya dalam penentangannya terhadap British.

5.         Perasaan tidak puas hati rakyat Pahang Pengenalan beberapa perubahan oleh British seperti sistem lesen dan permit telah mengakibatkan ketidakpuasan hati rakyat Pahang. Sebagai contoh, mereka terpaksa memperolehi lesen atau permit bagi mendapatkan hasil hutan seperti kayu dan daun rembia. Rakyat juga tidak dibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional mereka. Mulai 1 Januari 1891, British mengenakan cukai ke atas tanah yang diperolehi (kecuali tanah warisan). Kadar cukai adalah tertakluk kepada kategori tanah. Rakyat juga membantah terhadap sistem kerah yang dilaksanakan oleh British bagi projek-projek awam.

6.         Perasaan banci orang asing Mengikut Jang Aisjah, perasaan benci orang asing (Xenophobia) juga bertanggungjawab bagi peletusan pemberontakan Pahang. Rakyat Pahang tidak puas hati dengan kehadiran orang asing, terutamanya pasukan polis yang terdiri daripada orang Sikh. Di Pahang, terdapat juga ramai orang Eropah dan Cina yang terlibat dalam perusahaan perlombongan. Sikap kesombongan serta kejahilan mereka terhadap adat resam tempatan telah menyinggung perasaan orang Melayu. Perasaan anti-orang asing jelas kelihatan apabila Dato’ Bahaman dan Mat Kilau Seringkali menyerang pedagang-pedagang Cina di Pahang.

  Proses pemberontakanPeristiwa yang membawa kepada meletusnya pemberontakan ialah tindakan tidak wajar British di Lubuk Trua. Ketika melakukan penyiasatan di tempat itu, Pemangku Pemungut Hasil dari Semantan telah menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana dituduh mengambil hasil-hasil hutan tanpa kebenaran. Ketiga-tiga orang yang tertuduh telah dibicarakan di Lubuk Trua. Tindakan ini merupakan satu penyelewengan kerana kebiasaannya perbicaraan dijalankan di Ibu Pejabat Daerah di Temerloh. Hal ini juga menunjukkan pihak British merasa mereka lebih berkuasa.             Dato’ Bahaman bertindak untuk membebaskan orang-orang tawanan itu dengan menyerang hendap ke atas pasukan kerajaan dan kemudian menyerang balai polis Lubuk Trua. Pada 21 Disember 1891, Temerloh pula diserang dan ditawan. Pihak British telah bertindak balas beberapa hari selepas peristiwa itu berlaku. Satu pasukan yang dipimpin oleh Hugh Clifford telah mara ke Semantan tetapi terpaksa berundur ke Temerloh kerana banjir.             Pihak British mendesak Sultan Ahmad supaya memberi kerjasama kepada pemerintah dalam menhadapi ancaman Dato’ Bahaman. Oleh sebab adanya desakan dan secara kebetulan hubungannya dengan Dato’ Bahaman tidak begitu baik, Sultan Ahmad telah bersetuju. Sultan Ahmad dan puteranya keduanya iaitu Tengku Ali telah menyerang Semantan pada 14 Januari 1892 tetapi Dato’ Bahaman telah mengundurkan diri terlebih dahulu. Sultan Ahmad telah

All The Best

Page 64: Sejarah Malaysia Tema 2

mengumumkan pengampunan dan meminta golongan penentang pulang ke rumah masing-masing.             Tengku Ali telah diarahkan mengawal tempat itu tetapi tidak berupaya untuk menyekat kemaraan Dato’ Bahaman kerana orang-orang Melayu menyokongnya. Dato’ Bahaman telah menawan semula Lubuk Trua pada awal bulan Mac 1892. Peristiwa itu menyebabkan Clifford dan wakil Raja menyerang Semantan dan sekali lagi Dato’ Bahaman telah berundur. Bolo dan Cempaka dimusnahkan. Clifford telah cuba meneruskan tindakan ke atas golongan penentang tetapi Sultan Ahmad mencegahnya memandangkan bermulanya bulan puasa iaitu pada akhir bulan Mac 1892.             Keberanian Dato’ Bahaman telah memberi semangat kepada pembesar-pembesar Melayu yang lain untuk turut menentang British. Atas usaha Tok Gajah, pertemuan telah diadakan dan dalam pertemuan itu, semua pembesar telah bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad. Selanjutnya, atas cadangan Tok Gajah, keputusan telah diambil untuk menentang British secara besar-besaran. Mengikut cadangan Tok Gajah, serangan akan dilaksanakan secara serentak. Dato’ Bahaman akan mengambil Semantan, Sultan Ahmad dikehendaki mempertahankan Chenor, Panglima Muda dari Jempul menawan Pekan, Mat Kilau dan Tok Raja akan menawan Kuala Lipis dan Raub sementara Tok Gajah sendiri akan ke Tembeling.             Rancangan tersebut dimulakan dengan serangan oleh Panglima Muda pada 5 April 1892. Dua orang bangsa British daripada Syarikat Penyelidikan Pahang telah dibunuh dan kemudian pasukan Panglima Muda mara ke Pekan. Orang-orang Melayu telah memberi sokongan kepadanya dan ini menyulitkan pihak British. Gerakan penentang British ternyata telah terjejas kerana di medan perjuangan yang lain, keadaan telah berubah. Wan Ahmad yang berada di Pulau Tawar telah mengubah fikiran dan memujuk Tok Raja yang datang mengadapnya supaya tidak menyertai penentangan itu. Tok Gajah juga telah menyertai Sultan Ahmad dan yang menyedihkan, kedua-duanya bertindak ke atas Dato’ Bahaman kemudiannya.             Dato’ Bahaman telah berjaya menawan Semantan. Sekali lagi pihak British meminta Wan Ahmad menyertai pemerintah untuk menentang Dato’ Bahaman. Pasukan Sultan Ahmad dan Tok Gajah telah berjaya mengusir Dato’ Bahaman. Pasukan Sultan Ahmad dan Tok Gajah telah berjaya mengusir Dato’ Bahaman pada 8 Mei 1892. Sementara itu, pasukan Clifford dan Leftenan Kolonel Walker, terus bertindak menyerang Budu pada 21 Mei 1892 tetapi Mat Kilau berjaya melepaskan diri lalu bersatu dengan Dato’ Bahaman yang berada di Cheka.             Dalam bulan Jun 1892, British menyerang Jempul dan menawannya. Keadaan ini menyebabkan Sultan Ahmad menasihatkan Tok Gajah supaya melarikan diri kerana bimbang British akan mengambil tindakan ke atasnya. Oleh itu, dalam bulan Ogos 1892, Tok Gajah melarikan diri untuk menyertai Mat Kilau dan Dato’ Bahaman yang berada di Tembeling. Oleh sebab tekanan-tekanan seterusnya, mereka terpaksa berundur ke Sempadan Kelantan dalam bulan September 1892. Malangnya, Panglima telah terbunuh dalam bulan Oktober 1892.             Melalui Tok Raja yang bertugas sebagai orang perantaraan, usaha telah diambil untuk menghentikan penentangan. Perundingan telah dimulakan dalam bulan Disember 1893 tetapi Mat Kilau dan Mat Lela, putera Dato’ Bahaman, enggan mengambil bahagian. Perundingan yang berjalan sehingga bulan April 1894 tidak memberi sebarang hasil.             Selepas perundingan mengalami kegagalan, perjuangan orang-orang Melayu semakin bersemangat. Hal ini disebabkan peranan yang dimainkan oleh Engku Syed dari Paloh. Ketika ini Dato’ Bahaman telah berjaya mengumpulkan pengikut-pengikutnya dari Besut dan Ulu Lebir. Pada 12 Jun 1894, penentangan meletus kembali apabila golongan penentang menyerang Kuala Tembeling. Seorang anggota polis iaitu Ram Singh yang mendapat luka parah akibat ditikam

All The Best

Page 65: Sejarah Malaysia Tema 2

telah dapat melepaskan diri menaiki sampan ke Pulau Tawar. Golongan penentang telah cuba mendapatkan bantuan dari Tok Raja dari Pulau Tawar tetapi gagal. Hal ini menyebabkan penentang telah cuba membina kubu pertahanan di Jeram Ampai. Satu angkatan tentera British yang besar telah menyerang Jeram Ampai dan menawannya pada 29 Jun 1894. Akhirnya golongan penentang telah berundur ke Kelantan dan Terengganu.             Pihak British telah meminta Kerajaan Siam supaya campur tangan. Akhirnya, dalam bulan November 1895, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau serta 4 orang pengikutnya telah menyerah diri kepada pihak Siam dan kemudian dihantar ke Siam. Sementara Tok Gajah dan Mat Kilau terus menetap di Terengganu dan dikatakan meninggal dunia di sana.  

Penentangan di Negeri Sembilan  Pengenalan Campur tangan British di Sungai Ujong telah ditentang oleh Syahbandar Kulup Tunggal. Tindakan Sir Andrew Clarke mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong menyebabkan Dato’ Bandar menentang British. Dato’ Bandar mendapat sokongan daripada Raja Mahdi dan Raja Mahmud dari Selangor dan melancarkan serangan terhadap Dato’ Kelana. Dato’ Kelana takut terancam keselamatannya dan meminta perlindungan British. Beliau bersetuju menerima seorang Residen British. Pada bulan November 1874, pertempuran meletus di antara mereka dan Dato’ Bandar dikalahkan dan kemudian beliau berundur ke Selangor. Beliau menandatangani surat mengaku salah pada Disember 1874 dan kemudian menetap di Singapura. Perlantikan Residen di Sungai Ujong telah ditentang kuat oleh Tengku Antah di Seri Menanti.  Proses penentanganTengku Antah ialah Yamtuan Besar atau pembesar yang berkuasa di Seri Menanti. Beliau telah mentang perlantikan Penolong Residen, Kapten Thatham di Sungai Ujong pada tahun 1874.             Pada tahun 1875, beliau dilantik sebagai Yamtuan Besar oleh penduduk di kawasan sekitar Seri Menanti – Terachi, Gunung Pasir, Hulu Muar dan Jempol. Perlantikan Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar tidak diiktiraf oleh Dato’ Kelana di Sungai Ujong. Tengku Antah juga tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.             Pada tahun 1875 juga, perselisihan meletus antara Tengku Antah dan Dato’ Kelana apabila Dato’ Kelana menuntut kekuasaannya ke atas Terachi. Dato’ Kelana mendapat sokongan British untuk menentang Tengku Antah. Askar British berjaya menawan Parol dan ini menyebabkan Tengku Antah berundur ke Bukit Putus.             Pada bulan Disember 1875, British seterusnya menawan Bukit Putus dan kemudian menguasai Kuala Jempol dan Terachi. Pada tahun 1876, Tengku Antah mendapat bantuan daripada Maharaja Abu Bakar untuk menamatkan pertempuran dengan British.             Atas usaha Maharaja Abu Bakar, pada bulan November 1876, Tengku Antah telah menandatangani satu perjanjian dengan British di Singpura. Menurut perjanjian itu: 1.         British mengiktiraf Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. 2.         Kawasan Johol, Hulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir dan Inas diiktiraf sebagai

jajahan takhluk Seri Menanti.             Perjanjian damai ini telah membuka kesempatan kepada British untuk memperluaskan pengaruhnya di seluruh Negeri Sembilan.  

All The Best

Page 66: Sejarah Malaysia Tema 2

Penentangan di Kelantan  Pengenalan Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siam kepada Kerajaan British. James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama di Kelantan pada Julai 1909. Pada tahun 1910, British secara rasmi menguasai hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan. Perjanjian ini juga menegakkan hak British untuk melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV. Baginda mesti mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu. Perubahan sosio ekonomi yang dibawa oleh British telah mengakibatkan pemberontakan di daerah Pasir Putih pada 29 April 1915.  British di Kelantan sebelum 1909 Kebangkitan menentang bermula sejak termeterainya Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902. Menurutnya, seorang Penasihat berbangsa Inggeris bernama William Amstrong Graham dilantik sebagai Penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada Julai 1903.            Pada tahun 1904, W.A. Graham telah memperkenalkan beberapa perkara baru dalam pentadbiran Kelantan. Pengenalan peraturan-peraturan baru ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan. Antaranya ialah:a.         Penubuhan beberapa jajahan baru seperti Kota Bahru, Hulu Kelantan dan Pasir Putih. Tiap-

tiap jajahan ini ditadbir oleh seorang Ketua Jajahan. Sebuah balai polis juga didirikan di setiap jajahan. Sebagai contohnya, Encik Ibrahim menjadi Ketua Jajahan dan Sarjan Che Wan menjadi Ketua Balai Polis di jajahan Pasir Putih. Ketua Jajahan dibantu oleh 2 orang yang bergelar Tok Kweng atau Penggawa dan Tok Nebeng atau Penghulu. Tok Nebeng bertugas menjaga keamanan dan memungut hasil dalam kampung masing-masing.

b.         Pada tahun 1905, Undang-undang Hasil Padi diluluskan. Menurutnya, semua pemilik tanah perlu memberi maklumat yang tepat tentang kawasan tanah, hasil dan kedudukan tanah kepada Tok Kweng.

            Perubahan-perubahan ini menjejaskan hak kuasa pembesar ke atas daerah masing-masing. Malah, kuasa Engku Besar Jeram dan Pasir Putih semakin berkurangan.            Kebangkitan menentang British di Kelantan semakin hebat selepas tahun 1909. Pada tahun 1909, Kelantan dipindahkan daripada pemerintahan Siam kepada Inggeris menurut Perjanjian Inggeris-Siam (Bangkok) 1909. Ekoran ini, British melantik seorang penasihat di Kelantan untuk menasihati Sultan Muhammad IV dalam semua perkara, kecuali adat-istiadat dan agama Islam.            Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puas hati. Mulai tahun 1910, perubahan yang agak radikal telah diperkenalkan oleh Penasihat British kepada sistem pentadbiran Kelantan. Malah pihak British menggunakan pegawai-pegawai Melayu dari luar negeri Kelantan untuk melaksanakan peraturan-peraturan tersebut.            Tindakan ini telah mencetuskan kebangkitan di daerah Pasir Putih, Kelantan pada tahun 1915 semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV. Kebangkitan ini dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas, lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Pembesar-pembesar lain yang menyertai pemberontakan ini ialah Engku Besar Tun Ahmad Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol. 

All The Best

Page 67: Sejarah Malaysia Tema 2

Sebab-sebab penentangan di Kelantan 1.         Ketidakpuas hati Engku Besar Jeram

Engku Besar Tun Ahmad dan penduduk kawasan Jeram tidak puas hati dengan campur tangan British di jajahan Pasir Putih. Engku Besar adalah pembesar di daerah Jeram. British campur tangan dalam pentadbiran Jeram dengan menasihati Sultan Muhammad IV supaya membina sebuah pondok polis di Pasir Putih. Kerajaan British juga campur tangan dengan melantik seorang Pegawai Daerah untuk mentadbir jajahan Pasir Putih yang dahulunya diletakkan di bawah Engku Besar Jeram. Perlantikan pegawai daerah ini menyebabkan Engku Besar Jeram kehilangan hak yang diwarisi turun-temurun sejak abad ke-18. Engku Besar Jeram seterusnya kehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Tun Ahmad hanya berkuasa sebagai Tok Kweng Muda, iaitu kedudukannya lebih rendah daripada Tok Kweng (penggawa). Sebelum perubahan ini, Tok Kweng adalah di bawah kuasa Engku Besar Jeram. Engku Besar juga telah kehilangan hak memungut cukai’ sebaliknya, beliau terpaksa membayar cukai ke atas tanah yang menjadi hak miliknya seperti rakyat biasa. Engku Besar Jeram yang tidak puas hati dengan sistem pentadbiran British lalu menghasut pengikutnya Tok Janggut atau Haji Mat Hassan supaya bangun menentang dan mengusir British dari Pasir Putih. Tok Janggut dikatakan lebih lama menyimpan dendam dalam hati kerana ayahnya, iaitu Panglima Munas dan abangnya Mat Tahir sebelum itu telah dibunuh atas perintah Sultan.

2.         Pengenalan sistem cukai baru Pentadbiran British telah memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan baru yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Sebelum pengenalan peraturan baru, cukai atau hasil di Pasir Putih berdasarkan kepada jumlah hasil tahunan. Sekiranya jumlah hasil adalah sangat sedikit, dikecualikan daripada cukai. Tanah yang tidak dikerjakan atau diusahakan tidak dikenakan cukai, misalnya pokok pinang kurang daripada 10 batang dikecualikan daripada cukai.

Peraturan baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran British tidak ada pengecualian. Pokok buah-buahan dikenakan cukai 12 ½ sen setahun, sirih dikenakan 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau dikenakan 20 sen seekor, pokok-pokok kayu seperti temberu, mendung dan kapur yang hendak ditebang dikenakan cukai $1 sebatang, tanah pula 60 sen seekar.

Menurut undang-undang baru itu, cukai dikenakan ke atas tanah dan bukannya ke atas hasil tanah seperti dahulu. Sebelum itu, peraturan tanah padi tahun 1905 amat longgar, iaitu hanya mewajibkan satu penjuru bersamaan 400 depa tanah padi dikenakan cukai 30 sen setahun. Kurang daripada 200 depa dikecualikan cukai. Selain itu, penduduk Pasir Putih dikehendaki melaporkan keluasan dan tempat tanah yang mereka miliki kepada Tok Kweng. Dengan demikian, rakyat telah dibebankan dengan bermacam-macam jenis cukai yang diperkenalkan melalui sistem pentadbiran baru. Cukai tanah yang diperkenalkan oleh pihak British merupakan suatu yang baru bagi penduduk Kelantan. Cukai tanah yang dikuatkuasakan oleh pihak British adalah tetap. Cukai harus dibayar walaupun tanah tidak dikerjakan. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan didenda.

Penduduk menghadapi kerumitan dalam pembayaran cukai kerana pejabat bayaran cukai hanya diwujudkan di daerah tertentu dan pejabat itu terletak agak jauh. Bayaran hanya boleh dibuat dalam waktu tertentu. Rakyat menghadapi masalah untuk membayar dalam masa yang ditentukan. Pegawai-pegawai yang bertugas tidak cekap. Rakyat terpaksa datang ke pejabat beberapa kali untuk membayar cukai, misalnya, Tok Janggut telah datang

All The Best

Page 68: Sejarah Malaysia Tema 2

beberapa kali untuk membayar cukai tetapi gagal membayar dalam masa yang ditetapkan. Pegawai yang bertugas kadang-kala bersikap kasar kepada penduduk.

Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka berasakan perlaksanaan undnag-undang baru membebankan mereka berbanding dengan peraturan sebelum ini. Engku Besar kemudiannya mengarahkan Tok Janggut menjalankan kempen agar penduduk Jeram dan seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar cukai. Dalam kempen ini, Tok Janggut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol.

3.         Sikap pegawai British Daerah Jajahan Pasir Putih Pada tahun 1912, British menggantikan Encik Salleh, seorang Melayu tempatan dengan Encik Latiff yang berasal dari Singapura sebagai Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih. Beliau telah melaksanakan pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai kepala, cukai buah kelapa dan cukai pokok buah-buahan. Encik Latiff merupakan seorang pegawai yang jujur dalam tugasnya. Beliau telah bertindak dengan tegas untuk melaksanakan undang-undang cukai yang baru diperkenalkan oleh British. Pegawai Daerah dan kakitangannya bersikap kasar terhadap penduduk di Pasir Putih. Mereka yang enggan atau lewat membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Ada kalanya, rakyat yang lewat membayar cukai dimaki dan dicaci oleh pegawai-pegawai. Perbuatan yang kurang ajar ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Perasaan tidak puas hati semakin bertambah apabila Encik Latiff telah menawarkan kontrak bagi mengutip telur penyu dan kercut. Langkah ini mendapat tentangan hebat daripada orang ramai yang sebelumnya boleh mendapatnya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

4.         Pengaruh luar Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British. Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.

  Proses penentangan Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan sokongan oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman telah menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putih menentang peraturan baru dan British.            Pada 28 April 1915, Encik Latiff, Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih mendapat berita Tok Janggut dan pengikutnya di Kampung Jeram. Pada 29 April 1915, beliau menghantar Sarjan Che Wan dan beberapa orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak membayar cukai. Dalam pertengkaran yang berlaku, Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain dapat menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada Encik Latiff.            Encik Latiff cuba mengambil tindak balas dengan menghantar 7 orang polis untuk menangkap Tok Janggut. Apabila pasukan polis ini tiba di Kampung Kelubi, mereka diberitahu bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang mara hendak menyerang Pasir Putih. Dengan itu, Encik Latiff bersama kakitangannya berundur ke Kota Bahru dengan bot melalui Kuala Semerak.

All The Best

Page 69: Sejarah Malaysia Tema 2

            Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol melancarkan serangan 3 penjuru ke atas Pasir Putih kira-kira 4 petang pada 29 April 1915 dan mendudukinya selama 3 hari. Mereka membakar pejabat kerajaan, menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Mereka kemudian menubuhkan kerajaan sementara di Pasir Putih. Engku Besar dilantik sebagai Raja Jeram dan Tok Janggut menjadi Perdana Menteri kerajaan sementara.            Penasihat Inggeris, W. Longham-Carter menerima berita serangan ke atas Pasir Putih pada 30 April 1915. Beliau menasihati Sultan Muhammad IV supaya menguatkan pertahanan Kota Bahru. Penasihat British meminta bantuan dari Singapura. Pada 5 Mei 1915, bantuan dari Singapura tiba di Tumpat dengan kapal H.M.S. Cadmus yang terdiri daripada 239 orang di bawah pimpinan Kolonel C.W. Brownlow.            Pada 9 Mei 1915, pasukan Inggeris tiba di Pasir Putih tetapi gagal menangkap pemimpin yang terlibat. Kebanyakan pemimpin telah melarikan diri ke dalam hutan dan juga ke Besut. Hadiah $500 ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar. Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok Janggut, Che Ishak Merbol dan Haji Said dibakar.            Pada 23 Mei 1915, Tok Janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir Putih. Hal ini memaksa Major Borton bersama 50 orang anggota polis Sikh dan 7 orang Eropah datang ke Jeram pada 24 Mei 1915 untuk menjejaki kedudukan Tok Janggut dan pengikutnya.            Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Pupuh akhirnya bertempur dengan pasukan British. Dalam pertempuran ini, beberapa orang terbunuh, termasuklah Tok Janggut. Engku Besar Jeram Tun Ahmad yang cedera diselamatkan oleh Awang Deraman ke Reman, Thai. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bahru. Setelah diarak, mayat beliau digantungkan dengan kepala ke bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka, Kota Bahru selama satu jam sebelum dimakamkan di Pasir Putih.            Kebangkitan di Pasir Putih di bawah pimpinan Tok Janggut berjaya buat sementara mengundurkan kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Bahru. Namun, kebangkitan ini telah gagal untuk mempertahankan kejayaannya. Pasukan British bertindak bebas dengan cepat dan berjaya mematahkan kebangkitan dan Tok Janggut sendiri terkorban dalam pertempuran. 

Penentangan di Terengganu   Pengenalan Usaha British meluaskan kuasanya di Terengganu menyebabkan rakyat bangkit menentang British antara tahun 1922-1928. Kebangkitan itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Punca kebangkitan rakyat Terengganu adalah pelaksanaan sistem pentadbiran dan undang-undang bercorak Barat dan cukai-cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai tanah dan pas kerajaan untuk membuka tanah dan mengambil hasil hutan. Pemimpin ulama penentangan ini ialah seorang ulama yang bernama Haji Abdul Rahman Limbong. Penentangan ini bertumpu di Hulu Telemong, Kuala Telemong, Kuala Berang, Alor Limbat dan Tersat.   Kebangkitan tahun 1922 dan 1925 Penentangan terhadap British yang pertama berlaku pada tahun 1922 di Hulu Telemong. Penentangan ini bermula apabila 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas

All The Best

Page 70: Sejarah Malaysia Tema 2

tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa mendapatkan pas kebenaran daripada Kerajaan British. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berjaya membebaskan mereka dari tuduhan dengan menitikberatkan undang-undang Islam.             Pada tahun 1925, satu lagi kebangkitan menentang undang-undang British berlaku di Kuala Telemong. Kebangkitan ini disebabkan oleh beberapa orang telah membersihkan tanah kawasan Kuala Telemong untuk bercucuk tanam. Tanah itu adalah kepunyaan Tengku Haji Nik (200 ekar) dan tanah kerajaan yang terbiar (400 ekar). Mereka membersihkan tanah itu tanpa meminta pas kebenaran daripada kerajaan kerana Tengku Haji Nik sendiri yang meminta mereka mengerjakan tanah itu. Kebangkitan ini mendapat sokongan yang kuat daripada ramai rakyat Terengganu. Walau bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam kebangkitan tersebut.   Kebangkitan tahun 1928 Peristiwa-peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala Telemong pada tahun 1922 dan 1925 telah menambahkan kebencian rakyat terhadap British. Semangat kebangkitan rakyat Terengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala Berang.             Penduduk Kuala Berang, Kampung Pelam (Telemong), Tersat dan Dungun telah membuka tanah untuk bercucuk tanam tanpa mengambil pas kebenaran dari pihak British. British mengancam hendak mengambil tindakan ke atas penduduk yang terlibat. Berikutan dengan ancaman itu, penduduk dari kawasan-kawasan tersebut telah berhimpun beramai-ramai untuk bangkit menentang British. Menurut buku “Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu”, karangan Timah Hamzah, kira-kira 1000 orang penduduk berkumpul di Tersat, Hulu Telemong pada 21 Mei 1928 dengan tujuan untuk memulakan peperangan terhadap orang kafir.             Pada 23 Mei 1928, penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telah menduduki pejabat kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Pegawai-pegawai British di Kuala Berang terpaksa berundur ke Kuala Terengganu.             Setelah kemenangan awal itu, pejuang-pejuang itu telah menuju ke arah Kuala Terengganu untuk mengadu masalah mereka kepada Sultan Sulaiman. Pada masa itu, Kerajaan British telah menghantar sepasukan polis di bawah pimpinan Dato’ Seri Lela Diraja dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang untuk mengawal keadaan. Pasukan polis itu telah bertempur dengan rakyat yang sedang mara di Padang Kachong. Di situ, Dato’ Seri Lela Diraja telah memberi amaran kepada rakyat supaya berhenti dan tidak meneruskan pergerakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan tidak menghiraukan amaran tersebut. Akibatnya, pasukan polis telah melepaskan tembakan.             Dengan bantuan polis tambahan dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British dapat memadamkan kebangkitan rakyat Terengganu. Semua pemimpin yang terlibat ditangkap dan dipenjarakan iaitu Haji Zakaria 7 tahun; Abu Bakar Chinting 10 tahun; Abdullah Jurukka 10 tahun; Mat Tok Pitas 5 tahun dan Lebai Hassan 5 tahun. Penghulu Salleh Pasir Nyior pula telah dibebaskan. Haji Abdul Rahman Limbong juga didapati bersalah tetapi beliau tidak dihukum penjara. Beliau dibuang negeri ke Makkah.             Sebab Haji Abdul Rahman Limbong tidak dipenjarakan ialah beliau dianggap sebagai pemimpin yang sangat berpengaruh dan kehadirannya akan meningkatkan lagi semangat kebangkitan terhadap British. Selain itu, British juga tidak mahu menimbulkan lagi kemarahan penyokong-penyokong beliau sekiranya beliau dihukum penjara. Beliau dihantar ke Makkah juga disebabkan beliau berhasrat pergi ke tanah suci untuk mendalami dan mengajar agama Islam. Haji Abdul Rahman Limbong meninggal dunia di Makkah pada 16 November 1929.

All The Best

Page 71: Sejarah Malaysia Tema 2

 

Penentangan di Sabah  Pengenalan Seperti Negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu, Sabah juga dijajahi oleh British melalui Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Di bawah pemerintahan kompeni, rakyat Sabah telah bangkit menentang kerana tindakan pegawai kompeni yang melanggar adat mereka. Antara penentangan yang terkenal ialah penentangan oleh Mat Salleh dan penentangan oleh Antanum.  Penentangan oleh Mat SallehMat Salleh atau Mohammad Salleh ialah seorang pahlawan di Sabah yang bangkit menentang pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah. Mat Salleh dilahirkan di Inanam dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang bernama Dayang Bandung. Beliau merupakan pembesar di hulu Sungai Sungut dan memerintah kawasannya dengan bebas.            Pada tahun 1894, Mat Salleh telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam kerana kompeni campur tangan di kawasannya. Kompeni telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh di Sungai Sugut apabila beliau membuat aduan tentang pergaduhan di antara pegawai British dengan Iban. Kompeni juga telah membina jalan raya dari jalan keretapi merentasi kawasan Ranau yang dikuasai oleh Mat Salleh. Selain itu, kompeni juga mengenakan pelbagai cukai ke atas rakyat dan mengerah buruh paksa.            Pada tahun 1897, Mat Salleh menyerang dan memusnahkan pelabuhan kompeni di Pulau Gaya. Beliau kemudiannya membina sebuah kubu di Ranau untuk meneruskan serangannya. Kompeni membalas dengan menyerang dan memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau. Mat Salleh tidak dapat ditewaskan tetapi beliau terpaksa beundur ke kawasan pedalaman.            Kompeni khuatir Mat Salleh akan menyerangnya lagi. Oleh itu, Pengarah Urusan Kompeni iaitu William Cowie mengesyorkan supaya diadakan perdamaian di antara kompeni dan Mat Salleh. Satu rundingan damai telah diadakan di antara Cowie dengan Mat Salleh. Menurut rundingan damai ini:a.         Mat Salleh dibenarkan mentadbir kawasan Tambunan dengan bebas.b.         Kompeni berjanji memberi pengampunan kepada pengikut Mat Salleh            Kompeni telah memungkiri janjinya. Pada tahun 1897, Kompeni telah membuat keputusan untuk mengambilalih kawasan Tambunan. Mat Salleh sangat marah dan membina sebuah kubu di Tambunan untuk mempertahankan diri. Pada tahun 1900, pasukan kompeni telah menyerang kubu Mat Salleh di Tambunan. Mat Salleh terbunuh dalam serangan tersebut pada bulan Februari 1900.  Penentangan oleh AntanumPada tahun 1915, seorang Murut dari kawasan pedalaman Sabah telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Orang Murut bangkit menentang kompeni kerana:a.         Mereka dilarang menebas hutan rimba untuk membuka tanah pertanian.b.         Mereka terpaksa membina jalan raya di kawasan pedalaman tanpa dibayar gaji.c.         Mereka percaya bahawa pembinaan jalan raya itu telah mengusir roh nenek moyang dan

menimbulkan kemarahan yang akan mengakibatkan kemarau selama 4 tahun.

All The Best

Page 72: Sejarah Malaysia Tema 2

            Kebangkitan orang Murut dipimpin oleh pemimpin murut yang bernama Antanum. Pemberontakan tercetus pada tahun 1915 apabila orang Murut menyerang dan membakar Pensiangan. Kemudian mereka menyerang Rundum tetapi Rundum dapat diselamatkan oleh Kompeni. Oleh itu, pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Rundum.            Selepas itu, Antanum dan pengikutnya (seramai 900 orang) telah membina sebuah kubu di Sungai Selangit. Kubu itu diserang oleh askar kompeni. Antanum serta 400 orang pengikutnya telah terkorban. Pemberontakan Rundum tamat selepas kematian Antanum tetapi orang Murut di kawasan pedalaman telah berpindah ke Kalimantan kerana tidak lagi takin terhadap pemerintahan Kompeni. 

Penentangan di Sarawak  Pengenalan Sarawak di bawah pemerintahan Brooke telah berlaku banyak perubahan dari segi politik, ekonomi dan social. Perubahan ini telah menyebabkan penduduk pribumi bangun untuk menentangnya kerana perubahan ini telah melanggar adat dan kepercayaan mereka. Antaranya ialah penentangan oleh Syarif Masahor, Rentap dan Banting.  Penentangan oleh Syarif MasahorSyarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau adalah pembesar yang sangat dihormati dan disegani oleh orang Melanau dan Iban. Walau bagaimanapun, kuasa Syarif Masahor telah tergugat apabila James Brooke mengambilalih kawasan Sungai Rajang daripada Sultan Brunei pada tahun 1853. James Brooke kemudian membina sebuah kubu di Kanowit di Sungai Rajang.            Tindakan Brooke telah mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebagai pembesar di Sungai Rajang. Syarif Masahor telah berpakat dengan Dato’ Patinggi Abdul Gapur di Kuching untuk menyerang kubu Brooke di Kanowit dan mengusirnya keluar dari Sarawak. Tentera bersekutu Syarif Masahor dan Dato’ Patinggi Abdul Gapur telah menyerang kubu Kanowit dan membunuh 2 orang pegawai Inggeris, iaitu Charles Fox dan Henry Steel.            Pada tahun 1860, angkatan perang Syarif Masahor telah menyerang Kuching tetapi dapat dipatahkan oleh pasukan tentera Brooke di bawah pimpinan Charles Brooke. Syarif Masahor dapat menyelamatkan diri dan berlindung di Brunei. Namun James Brooke telah memaksa Sultan Brunei supaya Syarif Masahor dibuang negeri ke Singapura.            Dengan itu, Syarif Masahor dihantar ke Singapura dan meninggal dunia di situ pada tahun 1890. Dato’ Patinggi Abdul Gapur cuba menyerang Kuching dari Pontianak tetapi beliau ditahan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.  Penentangan oleh RentapRentap ialah seorang pahlawan Iban yang bangkit menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak. Rentap ialah ketua orang Iban yang sangat berpengaruh di hulu Sungai Sekrang. Beliau digelar “Raja Darat”. Nama sebenar beliau ialah Libau.            Rentap tidak suka kemaraan kuasa Brooke ke kawasan orang Iban. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Sungai Sekrang dan membunuh seorang pegawai Brooke yang bernama Alan Lee. Kemudian Rentap meminta sebuah kubu yang kuat di Bukit Sadok di hulu Sekrang. Kubu itu dilengkapkan dengan meriam besi yang besar yang telah

All The Best

Page 73: Sejarah Malaysia Tema 2

dirampas dari Pontianak, Kalimantan. Kubu di Bukit Sadok sangat kuat sehingga serangan Charles Brooke sebanyak 2 kali pada tahun 1854 gagal menawan kubu tersebut.            Pada tahun 1861, Charles Brooke telah menyerang Bukit Sadok dengan sebuah meriam tembaga bernama Bujang Sadok yang dibuat di Kuching. Kali ini, kubu Rentap di Bukit Sadok dapat ditawan oleh Charles Brooke. Rentap berjaya melepaskan diri ke kawasan pedalaman.  Penentangan oleh BantingPada tahun 1893, orang Iban di bawah pimpinan Banting bangkit menentang pemerintahan kerajaan Brooke di Sarawak. Banting ialah penghulu Iban di hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu Air. Banting menentang Charles Brooke yang cuba menghapuskan adat dan upacara yang diamalkan oleh orang Iban.            Pada tahun 1902, Charles Brooke telagh menghantar satu pasukan tentera untuk menawan Banting tetapi beliau dapat mempertahankan dirinya dan memerintah dengan bebas sehingga tahun 1908. Pada tahun itu, tentera Brooke berjaya menewaskan Banting tetapi gagal menangkapnya. Selepas itu, kuasa Banting semakin lemah dan beliau menamatkan penentangannya terhadap Kerajaan Brooke. 

Kedatangan Imigran 

Pengenalan

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.

Orang Indonesia1. Pengenalan

Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka adalah orang Minangkabau, orang Bugis dan orang Jawa. Orang Minangkabau dari Sumatera Barat telah berhijrah secara beramai-ramai ke Negeri Sembilan pada abad ke-14. Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor, Perak dan Johor. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di lading kopi, lading getah dan juga di lombong-lombong bijih timah. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia semakin meningkat. Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sektor penanaman padi dan kopi diikuti oleh perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

2. Sebab kedatangan

All The Best

Page 74: Sejarah Malaysia Tema 2

a. Faktor politik

Tekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda) telah mendorong kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, orang Jawa telah dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau Sistem Tanaman Paksa. Sistem ini telah menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa terhadap pemerintahan Belanda. Pertambahan penduduk Indonesia yang tinggi juga menyebabkan tanah pertanian di Jawa tidak cukup.

b. Faktor sosial

Penduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah dengan pesat. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pertambahan keluasan tanah pertanian ataupun pengeluaran tanaman makanan telah menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup para petani.

c. Faktor ekonomi

Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong utama kepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Indonesia juga merupakan faktor pendorong bagi kemasukan orang Indonesia. Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan pertanian juga telah mendorong kepada lebih ramai kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu.

3. Sumbangan

Orang Indonesia turut menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih timah di samping dalam pertania seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan dan sebagainya. Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama dengan tempat asal mereka adalah pendorong kepada kedatangan orang Indonesia ke Tanah Melayu.

4. Cara kemasukan

Tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk datang ke Tanah Melayu di mana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini.

5. Komposisi penduduk orang Indonesia

a. Orang Jawa

Orang Jawa merupakan orang Melayu yang paling banyak berhijrah ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1930, terdapat 17000 orang Jawa di Tanah Melayu dan Singapura. Mereka bekerja sebagai buruh di lading kopi dan getah atau lombong bijih timah. Kebanyakan orang Jawa terdapat di negeri Johor, selangor dan Perak.

b. Orang Banjar

All The Best

Page 75: Sejarah Malaysia Tema 2

Orang Banjar berasal dari Daerah Banjarmasin. Mereka mengusahakan penanaman padi. Kebanyakan mereka mendiami kawasan-kawasan pinggir pantai dan lembah-lembah sungai di Perak, Selangor dan Johor. Pada tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45382 orang.

c. Orang Bugis

Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi membuka petempatan di Selangor, Johor dan Perak. Mereka menjalankan kegiatan pertanian.

d. Orang Boyan

Orang Boyan berasal dari Pulau Boyan telah menetap di Bandar-bandar seperti Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka mahir dalam pemeliharaan kuda lumba.

e. Orang Minangkabau

Orang Minangkabau dari Sumatera menetap di Negeri Sembilan. Kebanayakan mereka terlibat dalam kegiatan perniagaan dan pertanian.

6. Bilangan penduduk orang Indonesia

Pada tahun 1947, bilangan penduduk Indonesia di Tanah Melayu adalah lebih kurang 307150 orang. Daripada jumlah ini, 60% terdiri daripada orang Jawa. Pada tahun 1957 bilangan penduduk Melayu (termasuk orang Indonesia) ialah 2427834 orang iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

Orang Cina1. Pengenalan

Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka lading gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam.

2. Sebab kedatangan

a. Faktor penolak

i. Sebab sosial dan ekonomi

Bencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan ini akhirnya berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pertambahan

All The Best

Page 76: Sejarah Malaysia Tema 2

penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah.

ii. Kekacauan dan korupsi politik di negara China

Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi gagal menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.

b. Faktor penarik

i. Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu

Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan Bandar terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi kedatangan orang-orang Cina. Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.

ii. Kestabilan politik

Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.

3. Sumbangan

Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport: pada 1850 – 6500 tan, 1890 – 15101 tan, 1900 – 43000 tan, 1905 – 57733 tan, 1937 – 77000 tan. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga telah berkembang terutamanya melalui sistem Kangcu.

4. Cara kemasukan

a. Melalui sistem tiket kredit

Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka.

b. Melalui cara persendirian

All The Best

Page 77: Sejarah Malaysia Tema 2

Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897.

c. Melalui Sistem Kangcu

Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.

5. Komposisi penduduk orang Cina

a. Orang Hokkien

Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di oelabuhan-pelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

b. Orang Kantonis dan Hakka

Orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah.

c. Orang Teochew

Orang Teochew menumpukan perhatian pada pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai serta di kawasan Pantai Perak.

d. Orang Hailam

Orang Hailam bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman.

6. Bilangan penduduk orang Cina

Di antara kelompok-kelompok Cina tersebut, kelompok yang terbesar ialah Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka (18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

Orang India1. Pengenalan

All The Best

Page 78: Sejarah Malaysia Tema 2

Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.

2. Sebab kedatangan

a. Faktor penolak – keadaan sosioekonomi di India

Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira 30 peristiwa kebuluran pada pertengahan abad ke-19. Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang mengalami 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.

b. Faktor penarik

i. Perkembangan perusahaan getah

Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah faktor utama kemasukan orang India.

ii. Galakan daripada Kerajaan British

Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain

Sistem Residen 

All The Best

Page 79: Sejarah Malaysia Tema 2

Pengenalan Pada 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula dari Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah sistem Residen, Sultan menerima seorang residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu.  Tugas Residen1.         Menasihati Sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang

berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang Melayu.2.         Mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah

pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan.3.         Membentuk sebuah sistem cukai yang berkesan.4.         Merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar.5.         Membaiki alat-alat perhubungan    Corak pentadbiran1.         Peringkat negeri

Pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri. Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang berhubung dengan kepentingan masyarakat Melayu. Majlis ini mula-mulanya ditubuhkan sebagai badan penasihat sahaja. Kemudian, tugas-tugasnya termasuk juga membuat segala undang-undang, menjadi mahkamah rayuan tertinggi dan menjadi badan kerajaan utama yang menguruskan perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang Melayu dan perlantikan ketua tempatan, pegawai kerajaan dan kadi. Pada amnya, semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan diuruskan oleh majlis ini kecuali urusan mengawal hasil-hasil yang berada di bawah Residen. Seluruh Mesyuarat Majlis dijalankan dalam Bahasa Melayu dan segala perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial dibincangkan dalam majlis ini. Semua cadangan dan usul Residen harus dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Semua rang undang-undang harus mempunyai tandatangan Sultan tetapi mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal. Sungguhpun majlis ini amat berguna untuk membincangkan pendapat mengenai perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu tetapi sebenarnya, majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Lagipun, apabila pentadbiran menjadi semakin rumit, fungsi perundangan majlis ini diabaikan. Lama-kelamaan, majlis ini hanya meluluskan keputusan yang sudah dibuat.

2.         Peringkat daerah Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Pentadbiran daerah di bawah jagaan seorang Pegawai Daerah British. Di peringkat awal, pegawai daerah dikenali sebagai “Pemungut Cukai dan Majlistret” kerana beliau bertugas untuk memungut hasil dan menjadi majistret di peringkat daerah. Pegawai Daerah juga bertanggungjawab menjaga

All The Best

Page 80: Sejarah Malaysia Tema 2

perbendaharaan daerah dan memungut cukai. Beberapa cawangan jabatan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan ditubuhkan di bawah Ketua Pegawai Eropah dan Pegawai Daerah bertugas untuk mengawasi Kerja Ketua Jabatan tersebut.

3.         Peringkat mukim Setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim. Seorang pembesar dilantik untuk menjadi Ketua Mukim dengan gelaran Penghulu. Anak raja dilantik menjadi Penghulu keranaa.         Mempunyai pengaruh yang kuatb.         Melibatkan mereka dalam pentadbiran Britishc.         Mereka lebih memahami sikap dan perasaan rakyat jelatad.         Mereka mempunyai pendidikan yang diperlukan untuk menjalankan tugasTugas mereka ialah:a.         Memungut hasil tanahb.         Mentadbir undang-undang tempatanc.         Menjaga keamanan dan keselamatand.         Mengadakan hubungan erat dengan rakyat jelatae.         Menyampaikan dasar dan usaha kerajaan kepada rakyat jelataf.           Menyampaikan maklumat balas rakyat kepada kerajaang.         Menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis

4.         Peringkat kampung Pentadbiran kampung diketuai oleh Ketua Kampung. Biasanya, mereka terdiri daripada orang tua yang dihormati oleh penduduk sesebuah kampung. Ketua Kampung bekerjasama dengan Penghulu di mukim dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan negeri masing-masing. Selain Penghulu dan Ketua Kampung, terdapat lagi Kapitan Cina dan Penghulu Dagang.

5.         Peringkat bandar Pada awal tahun 1890-an, sebuah lembaga kesihatan telah ditubuhkan untuk mentadbir Bandar Kuala Lumpur. Tugasnya adalah untuka.         Mengeluarkan lesen peniaga dan penjajab.         Meluluskan pelan bangunanc.         Menjaga kebersihan bandarAhli-ahlinya terdiri daripada:a.         Jurutera di Jabatan Kerja Rayab.         Ketua Polis Daerahc.         Individu yang dilantik oleh Residen

  Masalah yang dihadapi oleh Residen1.         Tidak terdapat sistem pemerintahan pusat di Negeri-negeri Melayu. Ada sesetengah

wilayah dan ketua-ketua wilayah tidak tertakluk di bawah kekuasaan Sultan. Mereka bebas menjalankan urusan pentadbiran sendiri.

2.         Dalam kehidupan sehari-hari Sultan dan pembesar-pembesar Melayu telah mengikut cara hidup mereka sendiri sebagai warisan sejarah turun-temurun. Oleh itu, amatlah sukar untuk mempengaruhi dan mendesak mereka agar dapat mengubah dan mengikut sistem pentadbiran baru seperti mana sistem Barat.

3.         Adalah sukar bagi Residen mengelakkan diri dari campur tangan dalam adat ketika menjalankan tugas kerana adar merupakan kehidupan orang-orang Melayu. Sebagai contoh,

All The Best

Page 81: Sejarah Malaysia Tema 2

sudah menjadi corak pemerintahan di Negeri-negeri Melayu bahawa Sultan dan pembesar-pembesar termasuk ketua-ketua wilayah mempunyai kuasa untuk memungut cukai di wilayah masing-masing. Sultan akan mendapat pembayaran pula dari mereka. Bukti yang jelas ialah Ngah Ibrahim (Menteri Larut) berkuasa dan bebas memungut cukai di Daerah Larut, Perak. Dato’ Bahaman (Orang Kaya Semantan) di Pahang mempunyai hak memungut cukai di Daerah Semantan terutamanya Sungai Semantan yang menjadi alat perhubungan penting bagi kapal-kapal. Perkara ini yang harus dihadapi oleh Residen kerana sudah menjadi tugas mereka membentuk sistem tersebut untuk pembangunan negeri bukan untuk kepentingan individu seperti yang telah berlaku.

4.         Masalah yang tidak kurang pentingnya ialah masalah kewangan. Hal ini disebabkan Kerajaan British tidak memberi bantuan yang cukup kepada mereka. Malah, segala perbelanjaan termasuk gaji Residen ditanggung oleh Sultan atau kerajaan negeri. Masalah kewangan menjadi semakin serius apabila Residen terpaksa menyelesaikan hutang-hutang negeri kepada Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat telah membiayai kira-kira £15000 di Perak dan dalam tahun 1877 hutang negeri Perak telah berjumlah £160000. Selain itu, ramai pembesar-pembesar negeri juga telah berhutang, misalnya Ngah Ibrahim telah berhutang kira-kira £50000.

5.         Banyak masalah dihadapi untuk mengawal ketenteraman. Hal ini juga disebabkan Residen tidak mempunyai anggota keselamatan yang cukup untuk membantunya di setiap wilayah. Hanya sesetengah Residen sahaja yang mempunyai pasukan polis dan askar seperti Kapten Speedy di Larut. Itupun pemberian dari Ngah Ibrahim kepadanya. Kapten Tatham di Sungai Ujong hanya dibantu oleh kira-kira 50 orang anggota polis.

 

Perubahan-perubahan yang berlaku1.         Pentadbiran

a.         Pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (State Council)Perubahan yang nyata dalam pemerintahan ialah pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN). Suktan dilantik menjadi Presiden dan ahli-ahli yang lain terdiri daripada Residen, Penolong Residen, pembesar Melayu dan ketua-ketua puak Cina. MMN merupakan satu institusi yang mengendalikan urusan-urusan pentadbiran. Di Perak, MMN ditubuhkan pada tahun 1877 yang mengandungi 7 ahli iaitu 3 Melayu, 2 Inggeris dan 2 Cina. Pada tahun 1895, keahliannya bertambah menjadi 12 orang iaitu 7 Melayu, 2 Inggeris dan 3 Cina. Di Selangor, MMN ditubuhkan pada tahun 1878. MMN mempunyai kuasa meluluskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan negeri seperti membincangkan hal-hal dalam negeri seperti cukai, perbelanjaan, perlantikan serta gaji pembesar. MMN juga boleh menimbangkan sama ada hukuman mati patut dijalankan atau ubah. Namun demikian, perkara-perkara penting seperti belanjawan negeri tetap dirangka oleh Residen yang kemudiannya mendapat persetujuan daripada Gebenor Negeri-negeri Selat.

b.         Penubuhan sistem cukai yang efektifAdalah menjadi tugas Residen untuk menubuhkan satu sistem cukai yang berkesan. Hasil cukai yang diperolehi itu hendaklah digunakan untuk pembangunan negeri seperti membiayai pembinaan jalan raya, keretapi serta alat-alat perhubungan yang lain.

All The Best

Page 82: Sejarah Malaysia Tema 2

Dengan adanya jabatan cukai dan penghasilan dalam negeri, beban Kerajaan Inggeris untuk membiayai pembangunan-pembangunan dalam negeri berkurangan. Yang nyata kerajaan negeri dapat membayar gaji Residen dan pembesar Melayu. Kerajaan negeri akan dapat menyelesaikan sendiri masalah mereka seperti masalah hutang-piutang, misalnya ketika Hugh Low menjadi Residen Perak, dalam masa 6 tahun sahaja, Perak berjaya membayar kembali hutang-hutang terutama kepada Negeri-negeri Selat di samping telah menambahkan pendapatan negeri tersebut.

c.         Terbentuknya satu pentabiran yang stabilSungguhpun pada peringkat awalnya pemerintahan Residen tidak berjaya seperti peristiwa Birch di Perak, namun kemudiannya Residen Inggeris telah berjaya mengadakan satu pentadbiran yang stabil di Negeri-negeri Melayu. Satu pentadbiran yang stabil hanya dapat diadakan jika mereka dapat menjamin ketenteraman dalam negeri. Oleh itu, perkara ketenteraman dan mengadakan peraturan dalam negeri mendapat perhatian yang utama. Kejayaan sistem Residen dapat dibuktikan dalam zaman Hugh Low (1877-1889) di Perak dan zaman Frank Swettenham (1882-1889) di Selangor. Untuk menjamin adanya satu pentadbiran yang stabil, Residen perlu mendapat sokongan dan kerjasama dari pembesar-pembesar dan orang-orang

Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896  Pengenalan Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.  Faktor-faktor penubuhan1.         Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan

All The Best

Page 83: Sejarah Malaysia Tema 2

dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial.

2.         Menghadkan kuasa Residen Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak. Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.

3.         Masalah kewangan Pahang Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini.

Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British.

Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan.

All The Best

Page 84: Sejarah Malaysia Tema 2

Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.

Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.

4.         Keselamatan A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.

5.         Dasar British Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya “Federation Decision of 1895” dan Jagjit Singh dalam bukunya “Administration of the Federation Malay States 1896-1920”.

  Syarat-syarat perjanjian persekutuan1.         Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang

dikenali sebagai “Ngeri-negeri Melayu Bersekutu”. Persekutuan menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.

2.         Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempat-empat negeri itu.

3.         Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.

4.         Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.5.         Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.6.         Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.7.         Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.8.         Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.9.         Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga

keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.10.     Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.11.     Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh

pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.12.     Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.

All The Best

Page 85: Sejarah Malaysia Tema 2

13.     Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.

14.     Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan kewibawaan Sultan.

  Kesan-kesan1.         Politik

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.

Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat

All The Best

Page 86: Sejarah Malaysia Tema 2

pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.

2.         Ekonomi Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

3.         Sosial Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina.

All The Best

Page 87: Sejarah Malaysia Tema 2

Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

  DURBAR1.         Pada tahun 1897, DURBAR (Persidangan Rajaja Melayu) yang pertama diadakan di Kuala

Kangsar kerana British menghormati Sultan Idris Syah.2.         DURBAR ialah persidangan di antara Pesurahjaya Tinggi, Residen Jeneral, Residen dan

Raja-raja Melayu.3.         Persidangan ini diadakan untuk membincangkan kepentingan bersama.4.         DURBAR ialah permulaan kepada institusi yang kini dikenali sebagai Majlis Raja-raja

Melayu.5.         Fungsi utama DURBAR:

a.         Mewujudkan kerjasama dan perpaduan di antara keempat-empat negeri Melayu.b.         Membolehkan Raja-raja Melayu menasihati kerajaan persekutuan.

6.         DURBAR tidak ada kuasa untuk menggubal undang-undang.7.         DURBAR yang kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903.8.         DURBAR dimansuhkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan tetapi wujud

semula pada tahun 1927.9.         1930, DURBAR diadakan di Singapura dan dihadiri oleh 9 orang Raja. 

Desentralisasi   Pengenalan 1 Julai 1896, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pertubuhan persekutuan telah menyebabkan berlakunya pemusatan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan khasnya, Residen Jeneral. Pemusatan kuasa telah menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Berpunca daripada beberapa faktor, British mengamalkan desentralisasi dalam usaha mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Desentralisasi merupakan satu proses pemulangan kuasa pentadbiran secara berperingkat dari segi pentadbiran dan kewangan kepada kerajaan negeri di samping pada masa yang sama, kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang cukup bagi menjaga keselesaan pentadbiran. Densentralisasi dilaksanakan semasa John Anderson (1904-1920), Lawrence Guillemard (1920-1927) dan Sir Cecil Smith (1930-1935) yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.  Sebab-sebab perlaksanaan desentralisasi1.         Bantahan Sultan

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menyebabkan berlakunya pemusatan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya Residen Jeneral. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya Sultan Idris (Perak) dalam Persidangan Raja-raja Kedua mengecam hebat

All The Best

Page 88: Sejarah Malaysia Tema 2

pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah-langkah dalam melaksanakan desentralisasi bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan dan Residen telah kehilangan kuasa kerana mereka tertakluk kepada arahan Residen Jeneral dalam melaksanakan pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana semua urusan pentadbiran persekutuan dijalankan oleh kerajaan pusat. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa untuk meluluskan undang-undang tetapi undang-undang ini digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai kuasa pembatalan dan terpaksa menerima undang-undang yang ditetapkan. Sultan juga tidak bersetuju dengan tindakan British tidak menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan sebagaimana yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan 1895. Walaupun Majlis Mesyuarat Persekutuan kemudiannya ditubuhkan pada tahun 1909, tetapi ianya masih gagal mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Iskandar masih tidak puas hati dengan langkah-langkah tersebut telah berangkat ke England pada tahun 1924 dengan tujuan untuk mendesak Pejabat Tanah Jajahan mengambil langkah yang lebih tegas dalam melaksanakan desentralisasi.

2.         Mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan Selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani pada 9 Julai 1909, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan dari Siam kepada British. Johor juga diletakkan di bawah pengaruh British pada tahun 1914. Rancangan British ketika itu ialah untuk menubuhkan persekutuan yang lebih besar yang merangkumi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan kepada ekonomi, politik dan sosial kepada British. Dalam usaha untuk mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British telah melaksanakan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tanpa melaksanakan desentralisasi, sudah tentu pemerintah Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak akan menyertai persekutuan kerana takut kehilangan kuasa seperti Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

3.         Menghadkan kuasa Residen Jeneral Penubuhan persekutuan telah menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang yang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen Jeneral. Beliau mempunyai kuasa penuh dalam semua hal-ehwal Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen Jeneral. Malah, Gabenor Negeri-negeri Selat yang menjadi Pesuruhjaya tinggi juga tidak dapat mengawal Resdien Jeneral. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral untuk menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharapkan tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral sehingga ianya ditubuhkan pada tahun 1909. Akibatnya British melaksanakan desentralisasi dalam usaha untuk menyekat kuasa Residen Jeneral.

4.         Sokongan orang Melayu Desentralisasi juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang Melayu, terutamanya Sultan-sultan Melayu. British mendapati sokongan orang Melayu amat penting bagi mengekal dan mengukuhkan kedudukan British di Tanah Melayu. Tanpa sokongan orang Melayu, pentadbiran British di Tanah Melayu akan menghadapi masalah. Pada tahun 1920-an, sokongan orang Melayu amat diperlukan bagi mengimbangi tekanan politik orang Cina. Pada tahun 1930-an, majority orang Cina menjadi ahli Parti Kuomintang atau PKM

All The Best

Page 89: Sejarah Malaysia Tema 2

yang sedang menjalankan usaha anti-British di Tanah Melayu. Mereka telah melakukan rusuhan, mogok dan lain-lain untuk melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu kerana matlamat utama mereka ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.

5.         Kesan kemelesatan ekonomi Kemelesetan ekonomi 1920-an dan 1930-an telah menyebabkan kejatuhan harga getah dan bijih timah. Kejatuha harga getah dan bijih timah telah menjejaskan pendapatan Negeri-negeri Melayu yang bergantung kepada kedua-dua perusahaan tersebut. Pendapatan yang berkurangan sudah tentu menyebabkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dianggap “Top Heavy”. Telah dikritik kerana ianya telah membebankan kewangan. Sekiranya jabatan-jabatan ini dipindahkan pada pentadbiran kerajaan pusat kepada kerajaan negeri, sudah tentu bebanan pentadbiran kerajaan pusat dapat dikurangkan. Cadangan tersebut telah mendapat persetujuan Jabatan Kuasa Penggunaan Wang pada 1923.

6.         Pergelutan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi Pada 1920-an, berlaku pergelutan kuasa antara Resdien Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi khususnya antara George Maxwell dengan Lawrence Guillemard. Mereka telah mengemukakan cadangan-cadangan yang bertujuan untuk menonjolkan pengaruh masing-masing. Akibatnya, Lawrence Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi telah merangka cadangan-cadangan desentralisasi dalam usaha untuk menyekat pengaruh Residen Jeneral.

7.         Kebimbangan terhadap kuasa asing Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 berlaku beberapa peristiwa yang membuka peluang kepada bertapaknya kuasa-kuasa asing di Tanah Melayu yang sangat membimbangkan British. Sekiranya kuasa asing bertapak di Tanah Melayu, sudah tentu kedudukan dan kepentingan British di Tanah Melayu terancam. Contohnya, pada tahun 1899-1900, Jerman berusaha untuk mendapatkan Langkawi dari Sultan Kedah untuk dijadikan perhentian angkatan laut Jerman. Pada tahun 1900, Rusia berusaha mendapatkan Ujong Salang dari Siam. Pada tahun 1902, Sultan Zainal Abidin (Terengganu) telah meluluskan permohonan Amerika untuk mengerjakan perlombongan di Terengganu. Akibatnya British melakukan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu agar Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan yang dicadangkan olah British, seterusnya dapat mengelakkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa lain.

8.         Desakan Cecil Clementi Cecil Clementi Smith yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi (1930-1935) telah mendesak British melaksanakan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu ke arah mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan. Akibat desakan Cecil Clementi, Kerajaan British menghantar Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan iaitu Samuel Wilson untuk mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil ke arah melaksanakan desentralisasi.

9.         Kegagalan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) Walaupun Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan pada tahun 1896, MMP hanya ditubuhkan 13 tahun kemudian iaitu pada tahun 1909. Penubuhan MMP gagal mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. MMP berkuasa penuh dalam semua hal ehwal Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan MMP. Sultan-sultan dan Residen-residen tetap kehilangan kuasa kerana mereka tertakluk di bawah MMP dalam menjalankan pentadbiran. Majlis Mesyuarat

All The Best

Page 90: Sejarah Malaysia Tema 2

Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana tertakluk di bawah MMP. Dalam MMP kedudukan Sultan hanya sebagai ahli biada tanpa kuasa pembatal. Akibatnya, cadangan-cadangan Sultan kerap kali ditolak oleh ahli-ahli lain. Malah persidangan dapat dijalankan walaupun tanpa kehadiran Sultan. Kegagalan MMP dalam usaha untuk mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Neegri menyebabkan British meneruskan usaha ke arah melaksanakan desentralisasi.

  Langkah-langkah ke arah desentralisasi1.         John Anderson

Langkah pertama dalam melaksanakan desentralisasi dijalankan oleh John Anderson yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan (1904-1920). Beliau amat bersimpati terhadap bantahan Sultan mengenai pemusatan kuasa. Beliau telah mengkaji bantahan Sultan Idris dan Persidangan Raja-raja Kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Dalam usaha untuk melaksanakan desentralisasi John Anderson menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909. Majlis Mesyuarat Persekutuan dianggotai oleh Pesuruhjaya Tinggi sebagai pengerusi, Residen Jeneral, 4 orang Residen, 4 orang Sultan dan 4 orang ahli tidak rasmi (3 British dan 1 Cina). Persidangan pertama diadakan pada 11 Disember 1909. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan menjadi badan pentadbir Persekutuan Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis Mesyuarat Persekutuan juga diberi kuasa penggubal undang-undang tetapi undang-undang mestilah diuruskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri. Persidangan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya setahun sekali. Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan telah membolehkan Sultan dan golongan peniaga berbincang dengan British mengenai masalah-masalah yang dihadapi. John Anderson juga memindahkan beberapa jabatan yang tidak penting kepada kerajaan negeri. Pada tahun 1910, jawatan Residen Jeneral ditukar menjadi Setiausaha.

Langkah yang dijalankan oleh John Anderson dianggap tidak berkesan ke arah melaksanakan desentralisasi kerana ianya gagal mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Walaupun kuasa Residen Jeneral dikurangkan tetapi kuasa tersebut diambil alih oleh Pesuruhjaya Tinggi. Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan hanya mengukuhkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi kerana semua undang-undang yang diluluskan mesti ditandatangani oleh beliau. Sultan dan Residen tetap kehilangan kuasa kerana mereka tertakluk di bawah arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan dalam menjalankan pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Walaupun Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang, tetapi undang-undang tersebut digubal oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai kuasa pembatal dan terpaksa menerima semua undang-undang yang dipersetujui. Dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, kedudukan Sultan hanya sebagai ahli biasa tanpa kuasa pembatal. Akibatnya, cadangan Sultan kerap kali ditolak oleh ahli-ahli yang lain. Malah persidangan dapat dijalankan walaupun tanpa kehadiran Sultan. Keadaan ini menyebabkan bantahan terhadap pemusatan kuasa semakin lantang disuarakan terutama oleh Sultan-sultan kerana mereka menganggap langkah John Anderson tidak berkesan ke arah mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Antara tahun 1911-1920, tidak banyak langkah yang dijalankan ke arah melaksanakan desentralisasi kecuali beberapa jabatan yang tidak penting dipindahkan kepada pentadbiran negeri.

All The Best

Page 91: Sejarah Malaysia Tema 2

Kemakmuran ekonomi ketika itu menimbulkan rasa puas hati kepada semua pihak. Selain itu, ketika itu juga British terlibat dalam Perang Dunia Pertama di Eropah.

2.         Lawrence Guillemard (1920-an) Langkah kedua ke arah desentralisasi dijalankan oleh Lawrence Guillemard yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat selaku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan pada tahun 1920-1927. Pada tahun 1920-an, bantahan terhadap pemusatan kuasa semakin lantang disuarakan, terutamanya oleh Sultan-sultan kerana mereka menganggap langkah John Anderson tidak berkesan ke arah melaksanakan desentralisasi. Pada tahun 1924, Sultan Iskandar berangkat ke England untuk mendesak Pegawai Pejabat Tanah Jajahan mengkaji langkah yang lebih tegas ke arah desentralisasi. Selepas menerima arahan dari Pejabat Tanah Jajahan, Lawrence Guillemard telah merangka cadangan-cadangannya pada tahun 1925 dan dikemukakan pada tahun 1927. cadangan-cadangannya ialah:a.         Jawatan Ketua Setiausaha (Residen Jeneral) dibubarkan dan kuasa diserahkan semula

kepada Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri.b.         Bilangan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan ditambah kepada 13 ahli rasmi dan 11 ahli

tidak rasmi.c.         Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri kecuali jabatan pos,

kastam, telegram dan keretapi.d.         Hal-hal kewangan dibahagi dua iaitu berkaitan dengan kerajaan persekutuan diuruskan

oleh kerajaan pusat dan yang berkaitan dengan kerajaan negeri diuruskan oleh kerajaan negeri.

Pada tahun 1926, pentadbiran kerajaan negeri disusun semula terutamanya yang berkaitan dengan kewangan. Pada tahun 1927, kedudukan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan telah dipindah di mana Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan tetapi 4 orang pembesar Melayu dilantik sebagai wakil Sultan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Selain daripada cadangan Lawrence Guillemard, George Maxwell yang menjadi Ketua Setiausaha ketika itu juga telah mengemukakan beberapa cadangan ke arah melaksanakan desentralisasi. Pada tahun 1923, beliau menubuhkan 2 jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa pengagihan kuasa pusat dan jawatankuasa kewangan. Jawatankuasa pengagihan kuasa pusat bertujuanmengkaji ke arah melaksanakan desentralisasi. Jawatankuasa kewangan pula bertujuan mengkaji hal-hal kewangan yang berkaitan dengan persekutuan dan negeri. George Maxwell juga mencadangkan semua jabatan dipindahkan ke kerajaan negeri kecuali jabatan pertanian, pertahanan, polis, pos dan perubatan.

Cadangan Lawrence Guillemard dan George Maxwell mendapat sokongan Sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu tetapi ditentang oleh golongan peniaga. Golongan peniaga menganggap langkaj tersebut akan melemahkan kerajaan pusat yang sudah tentu menjejaskan pelaburan mereka. Golongan ini mahupun sebuah kerajaan pusat yang kukuh bagi menjamin pelaburan mereka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka juga tidak yakin dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai oleh orang Melayu.

3.         Cecil Clementi Smith (1930-an) Langkah seterusnya diambil oleh Cecil Clementi Smith semasa menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat selaku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan (1930-1935). Pada tahun 1930-an, selain dari masalah politik, masalah ekonomi juga telah disuarakan. Kedudukan ekonomi orang Melayu jauh ketinggalan berbanding orang Cina. Cecil Clementi Smith amat bersimpati dengan nasib orang Melayu. Beliau telah mengambil langkah-langkah untuk

All The Best

Page 92: Sejarah Malaysia Tema 2

menyekat kepentingan orang asing terutamanya orang Cina. Sejak tahun 1932, kemasukan orang Cina dan India dihadkan. Parti-parti yang dianggotai oleh orang Cina iaitu Parti Kuomintang dan PKM diharamkan. Dalam persidangan Raja-raja di Seri Menanti pada tahun 1931, Cecil Clementi mengemukakan cadangan-cadangan ke arah melaksanakan desentralisasi. Cadangannya ialah:a.         Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan ditubuhkan sebuah Kesatuan Tanah

Melayu yang merangkumi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

b.         Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran negeri, kecuali jabatan kastam, pertahanan, kewangan, pos, telegraf, polis dan keretapi.

c.         Jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan yang tarafnya lebih rendah dari Residen.

Cadangan Cecil Clementi bertujuan untuk mengurangkan kuasa kerajaan pusat. Selain itu, ialah untuk mewujudkan satu gabungan politik yang lebih besar merangkumi semua negeri di Tanah Melayu. Cadangan Cecil Clementi disokong oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu tetapi ditentang oleh Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan golongan peniaga serta Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak mahu menyertai kesatuan politik kerana bimbang akan kehilangan kuasa seperti Sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Golongan peniaga dan Negeri-negeri Selat menetang kerana langkah tersebut menjejaskan taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat.

Akibat bantahan Negeri-negeri Selat, Kerajaan British telah menghantar Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan iaitu Samuel Wilson untuk mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil ke arah melaksanakan desentralisasi. Beliau tiba di Tanah Melayu pada 1932 dan mengemukakan cadangannya pada tahun 1933. Cadangan-cadangannya ialah:a.         Jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan yang tarafnya lebih

rendah dari Residen.b.         Gabenor Negeri-negeri Selat menjadi Pesuruhjaya Tinggi 9 buah negeri Tanah Melayu.c.         Ketua jabatan negeri akan diwujudkan.d.         Jabatan negeri tertakluk di bawah arahan jabatan persekutuan.e.         Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri kecuali jabatan kastam,

kewangan, pertahanan, polis, pos, telegram dan keretapi.f.           Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa menggubal undang-undang negeri tersebut.g.         Fungsi Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Selat diteruskan bagi menguruskan hal-ehwal

Negeri-negeri Selat.h.         Fungsi Majlis Mesyuarat Persekutuan diteruskan dengan beberapa pindaan.i.           Kenaikan pangkat bagi orang Melayu dipercepatkan.j.           Wakil orang bukan Melayu akan dilantik.

  Kesimpulan Cadangan Samuel Wilson mula dilaksanakan pada tahun 1934. Pada tahun 1934, jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan. Menjelang tahun 1939, beberapa jabatan telah dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, usaha untuk melaksanakan desentralisasi terganggu akibat dari serangan Jepun ke atas Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941. 

All The Best

Page 93: Sejarah Malaysia Tema 2

Perubahan Pentadbiran di Sabah dan Sarawak

  Sarawak 1.         1841-1946

Dalam tempoh masa ini, Sarawak adalah dibawah pemerintahan Raja Putih yang mengamalkan pemerintahan monarki. Raja adalah berkuasa mutlak (absolutisme). Walau bagaimanapun, sistem pemerintahan tradisional masih diteruskan. Raja Putih bekerja rapat dan mempunyai hubungan baik dengan pembesar tempatan. James Brooke melantik pembesar tempatan menjadi penasihat kanan dalam pentadbirannya, contohnya Dato’ Patinggi, Dato’ Temenggung, Dato’ Bandar dan Dato’ Imam.

James Brooke telah menubuhkan Majlis Tertinggi pada tahun 1855. Tujuan Majlis ini adalah untuk membuat semua dasar pentadbiran Sarawak. Ia dianggotai oleh pembesar tempatan yang terkemuka.

Pada tahun 1868, Charles Brooke telah menubuhkan Majlis Negeri. Majlis ini meberi peluang kepada pegawai dan pembesar dari kawasan baru untuk menyuarakan masalah mereka. Ahlinya terdiri daripada anggota Majlis Tertinggi, pegawai kanan Eropah dan Melayu serta ketua-ketua kaum Iban. Mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali. Majlis ini akan membincangkan perkara penting dan dasar kerajaan. Ia juga berhak membuat undang-undang, manasihati raja dan kerajaannya. Majlis ini mengadakan sidang pertamanya di Sibu pada tahun 1867.

Pada tahun 1868, Sarawak telah dibahagikan kepada 5 bahagian. Setiap bahagian ini diketuai oleh seorang Residen dan dibantu oleh seorang Penolong Residen yang berbangsa Eropah serta pegawai tempatan yang bergelar Pegawai Anak Negeri (dilantik dari kalangan pembesar). Pegawai Anak Negeri bertugas untuk menasihati Residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi tentera. Setiap bahagian juga mempunyai majlisnya yang sendiri yang dipengerusikan oleh Residen dan ketua-ketua pribumi serta pegawai Eropah.

Di peringkat kampung, ketua penduduk mengekalkan peraturan, menyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai.

Pada tahun 1941, Vyner Brooke membentuk satu perlembagaan bagi Sarawak dan berjanji memberi kemerdekaan kepada Sarawak. Mengikut perlembagaan ini, kuasa mutlak Vyner Brooke diserah kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri. Majlis Tertinggi terdiri daripada 5 orang ahli manakala Majlis Negeri terdiri daripada 25 orang ahli iaitu 14 orang ahli rasmi dilantik daripada pegawai perkhidmatan awam Sarawak dan 11 orang ahli tidak rasmi dilantik oleh Raja Brooke bagi menjaga kepentingan penduduk Sarawak.

2.         1946-1963 Pada 1 Julai 1946, Sarawak menjadi tanah jajahan British. Perlembagaan 1941 dikekalkan selama 10 tahun yang pertama. Pada tahun 1948, Majlis Tempatan ditubuhkan untuk memberi latihan kepada penduduk pribumi dalam pemerintahan. Majlis Tempatan berkuasa menguruskan pelajaran, kesihatan, bekalan air/elektrik, jalan raya dan pungutan cukai. Pada tahun 1956, perlembagaan baru diluluskan. Pada 1 April 1957, perlembagaan baru dikuatkuasakan. Mengikut perlembagaan 1956, Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri terus wujud untuk membantu Gabenor Sarawak. Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 10 orang dan Majlis Negeri 44 orang yang terdiri daripada 22 dipilih oleh rakyat secara tidak langsung

All The Best

Page 94: Sejarah Malaysia Tema 2

dari Majlis Daerah ke Majlis Penasihat Bahagian dan akhirnya ke Majlis Negeri. Majlis Tempatan pula diubah menjadi Majlis Daerah.

  Sabah1.         1881-1946

Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) menggabungkan institusi pentadbiran British dengan institusi-institusi tempatan dalam pentadbiran awam Sabah. Pentadbiran Sabah diketuai oleh seorang Gabenor (dilantik oleh KBBU atas persetujuan British). W.H. Treacher Gabenor pertama. Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kompeni (Setiausaha Kerajaan, Bendahari, Ketua Pasukan Keselamatan). Sabah dibahagikan kepada 4 Residensi iaitu Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman yang diketuai oleh Residen. Setiap Residensi dibahagikan kepada 7 daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah (orang Eropah) dan dibantu oleh Ketua Anak Negeri. Tugas Pegawai Daerah ialah menjalankan tugas-tugas menjaga keamanan, mengendalikan keadilan, mengutip cukai, membahagi tanah dan menguruskan hal pertanian. Pada tahun 1915, Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri ditubuhkan. Ia berfungsi sebagai orang tengah di antara kerajaan dengan rakyat tempatan. Di peringkat kampung, ketua kampung digelar orang Tua dan tugasnya ialah menjaga hal pentadbiran kampung. Mahkamah Anak Negeri pula diwujudkan secara tradisional di kalangan penduduk pribumi Sabah. Ia diketuai oleh Ketua Anak Negeri yang berfungsi sebagai hakim tempatan. Mahkamah ini membicarakan kes-kes yang berhubung dengan hokum adat dan syariah. Pada tahun 1912, Majlis Mesyuarat Undangan menggantikan Majlis Penasihat. Majlis ini ditubuhkan bagi memperoleh pandangan berbagai-bagai kaum dalam penggubalan undang-undang. Majlis ini mempunyai 7 orang ahli rasmi, 4 orang ahli tak rasmi (wakil kaum Cina, kaum peladang di Pantai Timur dan Pantai Barat).

2.         1946-1963 Pada 15 Julai 1946, Sabah diserahkan kepada Kerajaan British. Sebab penyerahan ini ialah KBBU tidak mempunyai keupayaan dan sumber kewangan yang mencukupi untuk membina semula Sabah yang mengalami kerosakan teruk semasa Perang Dunia Kedua. Sabah dieprintah oleh Gabenor dengan bantuan sebush Majlis Penasihat. Pada 17 Oktober 1950, perlembagaan baru diperkenalkan. Mengikut perlembagaan ini, Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Undangan. Majlis Eksekutif mempunyai 9 orang ahli yang bertugas untuk menasihatkan Gabenor atas hal-hal pentadbiran dan dasar kerajaan yang penting. Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai 22 orang ahli di mana 4 orang ahli terdiri daripada penduduk tempatan. Ahli-ahlinya mesti dilantik oleh Gabenor. Pada tahun 1952, Majlis Tempatan yang pertama diasaskan di Daerah Kota Belud, kemudian Sipitang (Januari 1955) dan Papar (1956). Tujuan Majlis Tempatan ialah memberi peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pemtadbiran kawasan masing-masing. Majlis Tempatan juga bertanggungjawab dalam hal-ehwal kewangan, pendidikan, kesihatan, bekalan air/elektrik, pertanian dan penternakan. Majlis Tempatan ditukar nama kepada Majlis Daerah kemudian. Pada tahun 1960, perlembagaan digubal semula. Ahli Majlis Eksekutif menjadi 12 orang ahli dan Majlis Mesyuarat Undangan menjadi 25 orang ahli. 

Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

All The Best

Page 95: Sejarah Malaysia Tema 2

  Pengenalan Perusahaan bijih timah dijalankan oleh orang-orang Melayu berabad-abad lamanya sebelum abad ke-19 dan dipercayai sejak abad ke-9, perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan sebagai pekerjaan sambilan dengan menggunakan teknologi kuno terutamanya mendulang. Orang-orang Melayu menguasai perusahaan bijih timah sehingga tahun 1830. Sejak tahun 1840, pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim (Larut), Dato’ Kelana (Sungai Ujong), Raja Abdullah (Kelang) dan lain-lain telah membawa masuk orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah mereka. Sejak itu, perusahaan bijih timah dikuasai oleh orang-orang Cina. Serentak dengan penglibatan orang-orang Cina, berlaku perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.  Faktor-faktor perkembangan perusahaan bijih timah1.         Revolusi perusahaan

Perkembangan Revolusi Perusahaan sejak awal abad ke-19 telah menyebabkan permintaan bijih timah oleh industri-industri di Eropah dan Amerika Syarikat meningkat lebih-lebih lagi selepas terciptanya teknologi mengetin makanan oleh Peter Durar dan Nicholas Appot pada tahun 1810. Permintaan bijih timah juga meningkat akibat dari berlakunya Perang Saudara Amerika pada tahun 1860-an di mana bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan tentera yang terlibat dalam peperangan. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 pence pada tahun 1872. Harga yang meningkat telah menggalakkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Permintaan terhadap bijih timah juga meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu yang tidak terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam lain, ianya akan menambahkan kegunaan logam tersebut.

2.         Campur tangan British Campur tangn British dan perlaksanaan Sistem Residen sejak tahun 1874 di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak dan Selangor telah menamatkan kekacauan seperti pergaduhan di antara pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina, lanun dan sebagainya. Keamanan dan peraturan yang wujud serta kestabilan politik telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan tanpa gangguan. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur sama ada dari Tanah Melayu atau seberang laut untuk menambah modal dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

3.         Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dalam Undang-undang Tanah, cukai dan sebagainya di negeri-negeri tersebut. Keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, keamanan serta kestabilan akibat penubuhan persekutuan telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan dengan lebih giat. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah menarik ramai pelabur terutama dari Eropah untuk menanam modal di Tanah Melayu.

4.         Sistem perhubungan Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan keretapi telah memudahkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan utama untuk dieksport. Jalan keretapi pertama dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld, 1886

All The Best

Page 96: Sejarah Malaysia Tema 2

Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Port Dickson – Seremban, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang 1903, terdapat jalan keretapi menghubungkan Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909. Pada tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singpura.

5.         Penubuhan bandar Penubuhan bandar-bandar di kawasan perlombongan bijih timah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti pejabat kerajaan, klinik, sekolah dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini telah memberi kebaikan kepada penduduk di kawasan yang terlibat/terdiri dari perlombongan. Sebagai contoh, kemudahan kesihatan yang disediakan dapat menjamin kesihatan pekerja-pekerja dan membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan tanpa gangguan.

6.         Kilang pelebur Pada tahun 1890-an, kilang pelebur telah didirikan di Pulau Pinang dan Singapura. Pembinaan kilang pelebur ini menyebabkan bijih timah tidak perlu dihantar ke Eropah untuk dileburkan. Bijih timah dapat dilebur di Tanah Melayu dan dieksport ke Eropah dan Amerika dalam bentuk jongkong.

7.         Kapal korek Pengenalan kapal korek sejak 1912 telah memberi sumbangan dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Penggunaan kapal korek telah menambahkan pengeluaran bijih timah kerana kapal korek dapat digunakan di kawasan di mana teknik-teknik lain tidak dapat digunakan terutama kawasan berpaya. Oleh sebab harganya mahal, pada peringkat awal, hanya mempu dimiliki oleh pemodal Eropah. Kapal korek yang pertama digunakan dengan jayanya pada tahun 1912 oleh Malayan Tin Trading, Batu Gajah (Perak). Menjelang tahun 1929 terdapat 105 buah kapal korek di Tanah Melayu.

8.         Dasar British yang liberal Dasar British yang liberal terhadap kemasukan imigran-imigran juga memberi sumbangan terhadap perusahaan bijih timah. British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan imigran malah menggalakkan lagi kedatangan mereka. Buktinya, British telah menandatangani perjanjian dengan pemilik kapal dan saudagar-saudagar Cina di mana British akan memberi subsidi sebanyak $5 terhadap tiap-tiap imigran Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Untuk menggalakkan kedatangan orang Cina, British menyediakan pelbagai kemudahan. Pada tahun 1877, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina telah ditubuhkan bagi mengurus hal-ehwal orang Cina terutamanya yang berkaitan dengan kemasukan, pekerjaan, perlindungan dan sebagainya. Untuk mendapat keyakinan orang Cina, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina diketuai oleh W.A. Pickering yang dapat bertutur dalam 4 jenis dialek Cina.

9.         Bantuan modal Pelombong-pelombong Cina bukan sahaja mendapat bantuan modal daripada saudagar Negeri-negeri Selat, tetapi juga dari pihak British. Sebagai contoh, pada tahun 1883, Frank Swettenham telah memberi pinjaman sebanyak $52 ribu kepada pelombong Cina di Selangor dan pada tahun 1890, Maxwell telah memberi pinjaman sebanyak $57 ribu kepada pelombong Cina di Perak.

10.     Sistem ekonomi orang Cina Perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkait rapat dengan kejayaan orang Cina yang berpunca dengan sistem ekonomi mereka. Dalam sistem ekonomi orang Cina terdapat 4 aspek penting yang memberi sumbangan kepada perkembangan perusahaan bijih

All The Best

Page 97: Sejarah Malaysia Tema 2

timah, iaitu tenaga buruh, teknik peleburan, modal dan pengusaha. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil daripada usaha-usaha mereka untuk membawa imigran-imigran Cina dari Selatan Cina terutama dari Kwantung, Kwangsi, Fukkien. Terdapat di antara buruh-buruh ini yang sudah mempunyai pengalaman dalam kegiatan perlombongan di negeri mereka. Merekalah yang kemudiannya menjadi tenaga mahir dan separuh mahir dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik-teknik melombong yang lebih baik dari orang Melayu. Antara teknik-teknik tersebut ialah lombong dedah, enjin wap, pam berantai dan lain-lain. Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik roda air yang dapat mengelakkan banjir di kawasan perlombongan. Saudagar-saudagar Cina di Negeri-negeri Selat pula telah memberi sumbangan modal bagi menjalankan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, terdapat pengusaha-pengusaha yang berkebolehan dalam menjalankan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Kemelesetan Ekonomi 1920-an-1930-an ke Atas Perlombongan Bijih Timah

  Pengenalan Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1820, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong bijih timah dikuasai oleh raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu. Perlombongan bijih timah dianggap sebagai kerja sambilan oleh orang Melayu. Mulai 1820-an, orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Mulai pertengahan abad ke-19, pelombong Cina telah mengambil alih perusahaan ini daripada orang Melayu dan perusahaan ini telah berkembang dengan pesat. Selaras dengan Revolusi perusahaan di Barat, permintaan terhadap bijih timah amat tinggi. Pada 1920-an, berlaku kemelesetan ekonomi di seluruh dunia. Akibatnya perkembangan perusahaan ini mulai menjadi lembap dan harga bijih timah telah jatuh dengan teruk.  Kemelesetan perusahaan bijih timah semasa 1929-1932Pada zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929-1932, perusahaan bijih timah telah terjejas. Harga bijih timah telah menjunam ke paras yang rendah akibat kekurangan permintaan di pasaran Eropah. Harganya merosot dari $2414 setan pada tahun 1926 kepada $1020 setan pada tahun 1931.            Kemerosotan harga telah mengakibatkan pengangguran di kalangan pelombong-pelombong. Akibatnya, kerajaan telah menghantar pulang ramai pekerja ke negeri Cina. Misalnya, pada tahun 1931, kira-kira 10000 orang pekerja lombong dari Perak dihantar pulang ke negara China. Ramai lagi pulang secara sukarela. Banyak lombong bijih timah terpaksa ditutup. Oleh sebab itu, Kerajaan Tanah Melayu telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal pengeluaran bijih timah. Sebagai contoh, pada tahun 1929, kerajaan tidak melayan permohonan baru bagi membuka lombong bijih timah baru dan menghadkan pengeluaran bijih timah atas dasar sukarela.            Walau bagaimanapun, langkah-langkah tersebut tidak berkesan. Sebagai pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia, Kerajaan Inggeris mencadangkan satu skim untuk mengawal harga

All The Best

Page 98: Sejarah Malaysia Tema 2

dan pengeluaran bijih timah. Skim ini dipersetujui oleh negara-negara pengeluar bijih timah termasuk Bolivia, Nigeria dan Indonesia dan dilaksanakan menerusi Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa yang ditandatangani buat pertama kali pada tahun 1931 dan kemudian pada tahun-tahun 1934 dan 1937. Menurut perjanjian ini negara pengeluar ditetapkan kuota pengeluarannya. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ini telah berjaya mengukuhkan harga bijih timah.  Perusahaan bijih timah semasa dan selepas Perang Dunia KeduaPerusahaan bijih timah semakin merosot pada zaman pendudukan Jepun (1942-1945). Perusahaan ini merosot adalah disebabkan oleh:a.         Inggeris memusnahkan lombong bijih timah dan peralatan lain seperti kapal korek sebelum

berundur ke Singapura.b.         Eksport bijih timah ke pasaran dunia telah terganggu kerana hubungan dengan dunia luar

telah putus.c.         Permintaan bijih timah juga telah merosot kerana negara-negara perindustrian terlibat dalam

Perang Dunia Kedua.d.         Jepun telah menyekat pengeluaran dan pengeksportan bijih timah dengan memusnahkan

lombong-lombong dan peralatan melombong.Peristiwa kemerosotan pengeluaran bijih timah amat ketara pada tahun 1945. Pengeluaran bijih timah pada tahun 1941 ialah 79000 tan tetapi telah merosot kepada 3000 tan pada tahun 1945.            Keadaan perusahaan bijih timah telah berubah selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Sejak tahun 1946, harga bijih timah turun naik akibat permintaan yang tetap di seluruh dunia. Oleh itu, pengeluar-pengeluar bijih timah utama telah menandatangani Perjanjian Timah Antarabangsa pada tahun 1956. Perjanjian ini bertujuan menghadkan pengeluaran dan menstabilkan harga bijih timah. 

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

 

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular

ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph

Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70

ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari

Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada

tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di

perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah

All The Best

Page 99: Sejarah Malaysia Tema 2

Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan

perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan

penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan

tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual

perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu:

Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345

1900 46000

1905 48000

1906 85000

1909 200000

1911 1000000

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun

All The Best

Page 100: Sejarah Malaysia Tema 2

1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu “Beehawk”. Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

3. Tenaga buruh

Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.

4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal.

5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

All The Best

Page 101: Sejarah Malaysia Tema 2

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini.

6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.

7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.

8. Iklim dan tanah

Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.

9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar “Ridley Getah” atau “Ridley Gila”. Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy

All The Best

Page 102: Sejarah Malaysia Tema 2

Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai “Tulang Ikan Herring” yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh.

11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain.

12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

13. Dasar ekonomi bebas

Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.

14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya.

Sumbangan perusahaan getah1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu.

Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

2.         Sosiala. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan

pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan.

All The Best

Page 103: Sejarah Malaysia Tema 2

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat.

KesimpulanWalaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937.

Kemelesetan Ekonomi 1920-an-1930-an ke Atas Perusahaan Getah

 

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan menjadi tanaman yang popular sejak awal abad ke-20. Getah melalui zaman mewah antara tahun 1906 hingga tahun 1918 apabila harga meningkat kepada $5 sepaun. Pada tahun 1920-1930, berlaku kejatuhan harga getah di mana pada tahun 1920 harga getah hanya 20 sen sepaun dan 1931-1932 herganya hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Kenaikan harga getah antara tahun 1906-1918 telah menggalakkan penanaman getah bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi juga di negeri-negeri lain seperti Indonesia, Thailand, Indo-China dan sebagainya. Perang Dunia Pertama antara tahun 1914 hingga 1918 menyebabkan getah tidak dapat dieksport ke Eropah dan Amerika kerana kekurangan kapal dan masalah peperangan. Akibatnya terdapat banyak simpanan getah di negara-negara pengeluar getah. Keadaan semakin runcing apabila Amerika yang menjadi pengimport utama telah mengurangkan pengeluaran kereta sejak tahun 1920 lagi bagi menumpukan perhatian dalam industri mengeluarkan perkakas perang. Kemelesetan ekonomi 1920-1930 telah memberi kesan ke atas perusahaan getah di Tanah Melayu.

Kemelesetan perusahaan getah semasa 1920-an-1930-an

All The Best

Page 104: Sejarah Malaysia Tema 2

Tahun-tahun 1920-anPada tahun 1920-an, peladang dan pekebun getah menghadapi kehidupan perit terutamanya

semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan beberapa tahun selepas tamatnya peperangan itu. Hal ini kerana harga getah telah jatuh ke paras yang paling rendah. Sebab-sebab harga getah merosot:

a. Amerika yang menggunakan kira-kira 77% daripada pengeluaran getah dunia telah mengurangkan penggunaan getah kerana perusahaan keretanya dihadkan demi menumpukan perhatian kepada pengeluaran alat-alat kelengkapan perang.

b. Kekurangan pengangkutan perkapalan semasa peperangan telah menjejaskan eksport getah ke Amerika Syarikat dan Eropah.

c. Walaupun begitu, pengeluaran getah di Tanah Melayu tidak berhenti. Pokok-pokok getah yang ditanam sebelum Perang Dunia Pertama mulai mengeluarkan hasil.

d. Apabila peperangan tamat, pengeluaran getah menjadi terlalu banyak, manakala permintaan bagi getah amat terhad.

e. Ini menyebabkan harga getah jatuh dengan teruknya sedangkan kos pengeluarannya masih tinggi. Harga getah menjunam jatuh dari $5.50 sepaun kepada 85 sen pada tahun 1918 dan seterusnya kepada 20 sen pada tahun 1922. Pada masa itu, kos pengeluaran getah adalah 40-50sen sepaun.

Kemelesetan perusahaan getah membimbangkan Kerajaan Inggeris kerana masalah ini memburukan lagi

masalah kewangan kerajaan yang terpaksa membayar balik hutang peperangan kepada Amerika

Syarikat yang telah membantunya dalam peperangan itu. Oleh itu, Kerajaan Inggeris telah mengambil

langkah yang tegas untuk mengawal kemerosotan harga dan lebihan pengeluaran getah.

Tahun-tahun 1930-an Zaman kemelesetan ekonomi dunia berlaku sekali lagi pada awal tahun 1930-an. Keadaan perusahaan getah di Tanah Melayu ibarat “sudah jatuh ditimpa tangga”.

Pada awal tahun 1932, harga getah jatuh kepada 7 sen sepaun dan pada bulan Jun 1932 pula, getah mencatatkan harga yang paling rendah iaitu 5 sen sepaun. Kemelesetan ekonomi dunia telah mengurangkan permintaan terhadap getah di kalangan negara-negara pengimport getah sementara pengeluaran getah yang semakin bertambah dan simpanan yang bertimbun di kalangan negara-negara pengeluar.

Punca utama pengurangan permintaan dunia terhadap getah ialah berkurangnya penggunaan getah di Amerika Syarikat akibat kemerosotan perusahaan keretanya. Amerika Syarikat mengeluarkan hampir 90% daripada jumlah keluaran kereta dunia dan menggunakan 75-80% daripada pengeluaran getah dunia. Akibat kemelesetan ekonomi dunia, keluaran keretanya telah merosot daripada 5 juta unit kepada 1 juta unit pada tahun 1929. Oleh itu, perusahaan tayar kereta turut menurun dari 77 juta unit pada tahun 1928 kepada 4 juta unit pada tahun 1932.

All The Best

Page 105: Sejarah Malaysia Tema 2

Kejatuhan harga getah telah membimbangkan negara-negara pengeluar terutamanya Kerajaan Inggeris. Hal ini menyebabkan negara-negara pengeluar dunia bersetuju untuk mengadakan perundingan bagi mengatasi masalah tersebut. Hasil daripada perundingan itu, negara-negara pengeluar getah dunia menandatangani Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada bulan Mei 1934. Rancangan ini dianggotai oleh hampir semua pengeluar getah dunia termasuk Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Thailand, Myanmar, Indonesia, Indo-China Sri Lanka dan India. Negara-negara tersebut mengeluarkan kira-kira 98.7% daripada jumlah pengeluaran getah dunia pada tahun 1934.

Rancangan Sekatan Stevenson (1922-1928)

Pada tahun 1921, jawatankuasa Stevenson telah ditubuhkan oleh Kerajaan British untuk mengkaji langkah-langkah mengawal kemerosotan perusahaan getah. Pada tahun 1922, Rancangan Sekatan Stevenson dimulakan hasil daripada kaji selidik jawatankuasa ini.

Mengikut rancangan ini, pengeluaran getah dihadkan kepada lebih kurang 60% sahaja daripada jumlah pengeluaran tahun 1920. Bagi menjayakan rancangan ini, Tanah Melayu mengurangkan pengeluarannya daripada 50% kepada 38%. Hasilnya pada tahun 1925, harga getah meningkat kepada $2 sepaun.

Sungguhpun begitu, rancangan ini tetap gagal kerana pengeluaran getah dari negara lain tidak dapat dikawal. Indonesia telah menambahkan pengeluarannya dari 24% kepada 38%. Syarikat-syarikat Amerika telah membuka ladang getah baru seperti Syarikat Ford di Brazil dan Syarikat Firestone di Liberia.

Rancangan ini ditamatkan pada tahun 1928.

Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa (1934-1943)

Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa telah dimulakan pada tahun 1934 yang bertujuan mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah. Negara-negara yang menjadi anggota ialah Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indo-China, Indonesia dan Thailand. Negara-negara ini mengeluarkan 98.7% daripada jumlah pengeluaran getah sedunia.

Kuota eksport telah ditetapkan untuk setiap anggota tersebut. Penanaman baru dan penanaman semula tidak digalakkan. Atas usaha ini, harga getah telah meningkat daripada 30 sen sepaun pada tahun 1935 kepada 43 sen sepaun pada tahun 1937 dan seterusnya menjadi stabil.

Rancangan ini berjaya menstabilkan harga getah kerana:

a. Hampir semua negara pengeluar getah sedunia telah menganggotai dan mematuhi peraturan-peraturan rancangan tersebut.

All The Best

Page 106: Sejarah Malaysia Tema 2

b. Kemelesetan ekonomi dunia telah berakhir menjelang pertengahan tahun-tahun 1930-an dan permintaan getah dunia semakin bertambah.

c. Ekonomi Amerika Syarikat berkembang dengan pesat dan kemajuan dalam industri automibil menambahkan penggunaan getah kepada 80% daripada pengeluaran getah dunia.

Perusahaan getah semasa dan selepas Perang Dunia KeduaSemasa pendudukan Jepun (1942-1945) di Tanah Melayu, pengeluaran getah hampir terhanti sama

sekali. Hubungan perdagangan Tanah Melayu dengan pasarannya di Amerika Syarikat dan Eropah

terputus. Banyak ladang getah telah dimusnahkan oleh pihak British semasa mereka berundur supaya

orang Jepun tidak mendapat hasil getah. Ada di antara ladang-ladang yang telah terbiar. Pihak Jepun

pula telah melancarkan gerakan memusnahkan pokok getah dan menggantikannya dengan tanaman

makanan.

Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menghadapi masalah kekurangan getah apabila

Asia Tenggara diserang oleh Jepun. Untuk mengatasi masalah ini, Amerika Syarikat telah mengeluarkan

getah tiruan. Selepas peperangan, getah tiruan memberi persaingan kepada getah asli sebab

penggunaannya telah diperkenalkan ke semua negeri perindustrian. Pada tahun 1955, penggunaan

getah tiruan telah menjadi 1/3 penggunaan getah di dunia.

Getah asli dari Tanah Melayu masih diperlukan kerana ia mempunyai keistimewaan sendiri yang

tidak boleh diatasi oleh getah tiruan.

Kesan kemelesetan perusahaan getah 1920-an-1930-an

1. Kesan umum

Kejatuhan harga getah bukan sahaja dirasai oleh pemilik ladang getah tetapi juga orang ramai.

Ramai pekerja ladang telah diberhentikan dan menyebabkan berlakunya pengangguran.

Sebahagian daripada mereka terutamanya orang India telah dihantar pulang ke India atas

All The Best

Page 107: Sejarah Malaysia Tema 2

perbelanjaan kerajaan. Kejatuhan harga getah telah menyebabkan pemilik ladang tidak dapat

menjelaskan hutang mereka kepada ceti. Akibatnya banyak ladang getah jatuh ke tangan ceti.

Sebagai contoh, pada tahun 1922, berpuluh-puluh ekar ladang getah telah dirampas oleh ceti

kerana kegagalan pemilik-pemilik menjelaskan hutang. Sebelum itu, British juga terpaksa

menjelaskan hutangnya kepada Amerika yang telah membantu British dalam Perang Dunia

Pertama. Keadaan ini juga tentu akan membahayakan kedudukan mata wang sterling.

Tindakan memberhentikan pekerja ladang menyebabkan berlakunya pengangguran dan

kerajaan tidak mampu untuk menghantar pulang semua pekerja ladang yang diberhentikan.

Akibatnya, berlaku pelbagai kegiatan jenayah kerana penglibatan mereka dalam kegiatan

merompak, mencuri, pecah rumah dan sebagainya. Pada tahun 1930, terdapat 9000 kes yang

dilaporkan tetapi pada tahun 1931, terdapat 10500 kes yang dilaporkan. Kejatuhan harga getah

telah menyebabkan pekebun kecil mengambil sikap yang negatif. Mereka tidak sanggup menanam

semula getah kerana mengambil masa 7-8 tahun untuk mendapatkan hasil dan pada masa yang

sama, harga getah masih rendah. Akibatnya, ramai pekebun kecil telah beralik kepada kegiatan

ekonomi lain seperti menanam padi, nelayan dan sebagainya. Tindakan pekebun kecil ini telah

menyebabkan kemerosotan pengeluaran getah pekebun-pekebun kecil. Sebagai contoh, pada

tahun 1934, pekebun kecil mengeluarkan 48% getah Tanah Melayu dan ladang mengeluarkan 52%.

Tetapi pada tahun 1942, keluaran pekebun kecil menjadi 39% dan ladang 61%

2. Pusat Penyelidikan Getah (RRI)

Kejatuhan harga getah menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk menjalankan penyelidikan

bagi membaiki mutu getah. Untuk tujuan tersebut, Pusat Penyelidikan Getah (RRI) telah ditubuhkan

pada tahun 1926 di Sungai Buloh, Selangor dan Kota Tinggi, Johor. RRI bertujuan untuk

menjalankan penyelidikan bagi mencari cara-cara yang lebih baik bagi menanam getah,

All The Best

Page 108: Sejarah Malaysia Tema 2

penggunaan getah, cara memproses susu getah dan sebagainya. RRI kemudiannya memberi

sumbangan penting dalam perusahaan getah di Tanah Melayu.

3. Langkah berjimat-cermat

Kejatuhan harga getah menyebabkan pendapatan kerajaan melalui cukai eksport ke atas getah

berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa

mengurangkan perbelanjaan pada Oktober 1931. Laporan Jawatankuasa tersebut menetapkan

bilangan kakitangan kerajaan serta gaji mereka dikurangkan 13%. Antara jabatan yang terlibat ialah

Jabatan Polis, Kesihatan dan Pelajaran. Tindakan mengurangkan kakitangan kerajaan menyebabkan

berlakunya pengangguran antara mereka manakala tindakan mengurangkan gaji membebankan

ekonomi mereka. Selain itu, pembangunan awam diberhentikan 2 tahun.

4. Rang undang-undang imigran

Pada tahun 1930, kerajaan telah mengeluarkan rang undang-undang imigran bagi menyekat

imigran ke Tanah Melayu. Pada tahun 1933, rang undang-undang orang dagang dilaksanakan bagi

menyekat kemasukan mereka serta kebolehan mereka. Rang undang-undang ini bertujuan untuk

menyekat kemasukan imigran supaya tidak berlaku pengangguran yang berleluasa di Tanah

Melayu.

5. Mempelbagaikan tanaman

Kejatuhan harga getah menyebabkan kerajaan sedar bahayanya pergantungan kepada satu jenis

tanaman sahaja. Akibatnya penduduk Tanah Melayu mula menanam tanaman seperti koko, nenas

dan sebagainya selain dari menanam getah. Selain itu, penduduk Tanah Melayu juga digalakkan

menceburi bidang ekonomi lain selain dari bertani.

6. Menambahkan pengeluaran makanan

Sejak 1920-an, terutamanya pada tahun 1930-an, kerajaan mula mengambil langkah-langkah bagi

menambahkan pengeluaran makanan, terutamanya padi. Buat pertama kali, kerajaan mula

All The Best

Page 109: Sejarah Malaysia Tema 2

mengambil langkah-langkah bagi membina sistem pengairan, membuka tanah pertanian baru dan

menggalakkan penanaman padi 2 kali setahun. Tujuannya supaya penduduk Tanah Melayu tidak

akan mengalami kekurangan makanan sekiranya berlaku lagi kemelesetan ekonomi seperti pada

tahun 1920-an dan 1930-an.

7. Menyusun semula pentadbiran ladang

Kejatuhan harga getah menyebabkan pengusaha-pengusaha ladang terutamanya ladang Eropah

mengambil langkah menyusun semula pentadbiran yang dianggap “Top Heavy” bagi menjimatkan

perbelanjaan. Pegawai-pegawai Eropah digantikan dengan penyelia-penyelia berbangsa Asia dan

bilangan kakitangan serta gaji mereka dikurangkan. Sebagai contoh, pada tahun 1918 terdapat 4

orang pegawai Eropah di setiap ladang, 1928 hanya tinggal 2 orang pegawai Eropah di setiap ladang

dan 1932 hanya tinggal seorang pegawai Eropah di setiap ladang.

8. Mengurangkan gaji dan pekerja

Kerugian yang dialami akibat dari kejatuhan harga getah telah menyebabkan pihak pengurusan

ladang mengambil langkah-langkah mengurangkan pekerja ladang. Tindakan memberhentikan

mereka menyebabkan berlakunya pengangguran. Pada tahun 1929, terdapat 258 ribu orang

pekerja tetapi pada tahun 1932, hanya tertinggal 145 ribu orang pekerja ladang. Sebahagian

daripada mereka telah dihantar pulang ke India atas perbelanjaan kerajaan. Antara tahun 1930-

1933, 370 ribu orang telah dihantar pulang ke India. Selain itu, gaji mereka juga dikurangkan. Pada

tahun 1932, gaji pekerja ladang ditetapkan 20 sen sehari sedangkan sebelumnya iaitu pada tahun

1929, gaji pekerja ladang adalah antara 50-55 sen sehari.

9. Rancangan Sekatan Stevenson

10. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa

Kesimpulan

All The Best

Page 110: Sejarah Malaysia Tema 2

Menjelang tahun 1930-an, perusahaan getah telah berkembang sehingga menjadi perusahaan dan

sumber pendapatan eksport yang utama di Semenanjung Tanah Melayu. Namun, perusahaan ini telah

terbantut semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942-1945). Selepas Perang Dunia Kedua pula,

getah tiruan yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat telah menyaingi pasaran getah asli. Namun

masih terdapat pasaran bagi getah asli memandangkan mutunya yang lebih tinggi.

Perubahan Penduduk Akibat dari Perkembangan Perusahaan Bijih Timah dan

Getah 

Pengenalan

Pada abad ke-19, Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik tetapi juga perubahan ekonomi yang membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan perkembangan perusahaan getah membawa kepada kedatangan orang India. Kemudahan yang disediakan seperti Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina 1871, Tabung Imigran Orang India 1907 dan sebagainya telah menggalakkan lagi kedatangan imigran-imigran yang berpunca daripada kesusahan yang dialami di negara mereka seperti bencana alam, pertambahan penduduk, takanan sosial, politik dan sebagainya. Mereka dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Buruh Bebas, Sistem Buruh Kontrak, Sistem Kangani dan sebagainya.

Perubahan-perubahan penduduk Sebelum 1848, hampir seluruh penduduk Tanah Melayu terutamanya penduduk Negeri-negeri Melayu terdiri daripada orang Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petempatan kecil orang Cina di Negeri-negeri Selat, muara Seberang Perai, Johor, muara Sungai Pahang, Kuala Terengganu manakala sebilangan orang India lebih kecil dan mereka terdapat di Negeri-negeri Selat sebagai buruh di ladang-ladang kopi, tebu dan sebagainya. Mengikut bancian 1839, penduduk Tanah Melayu berjumlah 250 ribu orang. Akibat dari perkembangan perusahaan bijih timah dan getah, telah berlaku perubahan penduduk Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu yang berjumlah 0.5 juta orang pada tahun 1870 telah meningkat kepada 3 juta orang pada tahun 1921. Pertambahan penduduk berpunca daripada kedatangan imigran-imigran yang kebanyakannya terdiri daripada buruh-buruh dari Selatan China terutamanya dari wilayah Kwantung, Kwangsi dan Fukkien serta dari Selatan India terutamanya Madras.

All The Best

Page 111: Sejarah Malaysia Tema 2

Kedatangan orang-orang Cina secara beramai-ramai berlaku antara tahun 1840-1914 semasa perkembangan perusahaan bijih timah, manakala kedatangan orang-orang India berlaku antara tahun 1906-1921 semasa perkembangan perusahaan getah. Akibat dari perkembangan perusahaan bijih timah dan getah, bilangan orang Melayu telah bertambah akibat dari kedatangan imigran Indonesia dari Sumatera, Jawa, Kalimantan, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Selain itu, bilangan orang Eropah meningkat kerana mereka terlibat dalam kedua-dua perusahaan tersebut. Menjelang tahun 1921, 50% daripada kegiatan perlombongan bijih timah dikuasai oleh orang-orang Eropah dan kebanyakan ladang adalah kepunyaan mereka.

Akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah juga komposisi penduduk mengalami perubahan. Walaupun sebelum 1848, orang Melayu menjadi majoriti penduduk Tanah Melayu tetapi menjelang tahun 1921 bilangan imigran hampir sama ramai dengan orang Melayu. Pada tahun 1911, 1/3 daripada penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Cina. Mengikut bancian 1921, pecahan penduduk Tanah Melayu adalah seperti berikut:

a. Melayu: 3,338,545

b. Cina: 1,170,551

c. India: 472,000

d. Lain-lain: 46,000

Sebelum tahun 1870, penduduk Tanah Melayu adalah penduduk yang menetap di Tanah Melayu.

Mereka terdiri daripada orang Melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu dan nisbah antara lelaki dan

perempuan seimbang. Menjelang tahun 1921, kira-kira ½ dari penduduk Tanah Melayu merupakan

penduduk yang tinggal tidak menetap di tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Cina dan India

yang dilahirkan sama ada di China atau India dan nisbah antara lelaki dan perempuan tidak seimbang

kerana majoriti imigran adalah lelaki. Pada tahun 1921, hanya 21% orang Cina dan 12% orang India yang

dilahirkan di Tanah Melayu. Imigran-imigran Cina dan India masih menumpukan taat setia kepada

negara asal mereka. Bilangan penduduk Tanah Melayu juga bergantung kepada keadaan ekonomi Tanah

Melayu. Pada zaman ekonomi mewah, penduduk Tanah Melayu telah bertambah kerana keadaan ini

menarik kedatangan imigran-imigran. Pada zaman ekonomi meleset, penduduk Tanah Melayu

berkurangan kerana kecenderungan imigran terutama imigran India untuk pulang ke negara asal

mereka.

All The Best

Page 112: Sejarah Malaysia Tema 2

Sebelum 1870, penduduk Tanah Melayu adalah penduduk desa kerana petempatan orang Melayu adalah di tepi pantai, kuala sungai dan pinggir sungai. Akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah kawasan tempat tinggal orang Melayu telah mengalami perubahan penduduk orang Cina tinggal di pelabuhan dan kawasan perlombongan yang kemudiaannya berkembang sebagai bandar. Akibatnya, orang Cina menjadi penduduk bandar hingga hari ini. Manakala orang-orang India pula tinggal di ladang getah dan sebahagian mereka tinggal di bandar selain daripada kawasan ladang. Pekerjaan penduduk di Tanah Melayu juga mengalami perubahan. Orang India menjadi penoreh getah, pekerja ladang dan buruh di jabatan kerjaan terutamanya Jabatan Kerja Raya, Keretapi; orang Cina menjadi pelombong dan peniaga; orang Melayu menjadi penanam padi, nelayan dan sebagainya.

Kesimpulan Selepas tahun 1921, terdapat tanda-tanda bahawa imigran Cina dan India mahu menetap di Tanah Melayu. Buktinya mereka mula membawa keluarga mereka ke Tanah Melayu. Tindakan mereka untuk menetap di Tanah Melayu telah membawa kepada wujudnya masyarakat majmuk di mana orang India dan Cina merupakan masyarakat yang tidak dapat mengasimilasikan diri mereka ke dalam masyarakat Melayu kerana beberapa perbezaan dari segi agama, adat resam, bahasa dan cara hidup. Berdasarkan pernyataan di atas, memang tidak dinafikan bahawa perkembangan perusahaan bijih timah dan getah membawa kepada perubahan penduduk di Tanah Melayu.

Perkembangan Sosial di Tanah Melayu   PengenalanCampur tangan British di Tanah Melayu sejak tahun 1874 bukan sahaja membawa kepada perubahan dari segi politik dan ekonomi, bahkan campur tangan mereka juga menyebabkan perubahan dari segi sosial. Sebelum British memperluaskan kuasanya di Tanah Melayu, sistem perhubungan yang wujud amat mundur. Begitu juga dalam bidang kesihatan. Selepas British campur tangan semuanya ini telah mengalami perkembangan yang pesat. British telah memperkenalkan cara membina jalan raya Barat, cara membina landasan keretapi dan amalan perubatan yang diamalkan oleh Barat. Kesemuanya ini telah berjaya meningkatkan tingkat taraf hidup penduduk di Semenanjung Tanah Melayu.  Perhubungan1.         Jalan keretapi

Keretapi merupakan cara pengangkutan moden yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Jalan-jalan keretapi telah dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan keretapi yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu telah dibina pada tahun 1855 oleh Sir Hugh Low bagi menghubungkan Taiping dengan Port-Weld. Jalan keretapi sepanjang 12.8 kilometer ini dibuka kepada lalulintas pada bulan Jun 1885. Beberapa lagi jalan keretapi telah dibina oleh British di Perak. Jalan keretapi di antara Tapah dengan Teluk Anson telah dibina pada tahun

All The Best

Page 113: Sejarah Malaysia Tema 2

1893 manakala di antara Tapah dengan Ipoh pada tahun 1895. Sir Frank Swettenham telah membina beberapa jalan keretapi di Selangor. Jalan keretapi yang pertama telah dibina antara Kuala Lumpur dengan Bukit Kuda pada tahun 1886. Menjelang tahun 1889 jalan keretapi ini dipanjangkan ke Port Swettenham. Pada tahun-tahun 1892 dan 1893 British telah membina jalan-jalan keretapi yang pendek bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan kawasan-kawasan perlombongan bijih timah di Rawang, Kuala Kubu dan Sungai Besi. Perhentian keretapi tetap yang pertama dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892. Jalan keretapi yang pertama di Negeri Sembilan, iaitu di antara Port Dickson dengan Seremban telah siap dibina pada tahun 1891. Jalan Keretapi sepanjang kira-kira 38 km ini dibina oleh Syarikat Keretapi Sungai Ujong. Pada tahun 1908 Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah membelinya daripada syarikat tersebut.

Selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, jalan-jalan keretapi yang sedia wujud mula disambungkan atas initiatif Sir Frank Swettenham. Menjelang tahun 1903, terdapat jalan keretapi yang menghubungkan Seremban dengan Perai. Jalan keretapi ini telah dipanjangkan ke Johor Bahru pada tahun 1909 dan ke Singapura pada tahun 1923. Jalan keretapi di bahagian Utara Semenanjung Tanah Melayu yang menghubungkan Perai, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar dan Padang Besar di sempadan Siam telah siap dibina pada tahun 1918. Jalan keretapi di bahagian Timur yang menghubungkan Gemas dengan Bahau, Mentakab, Kuala Lipis, Gua Musang, Tumpat dan Sungai Golok disiapkan pada tahun 1931.

2.         Jalan raya Jalan-jalan raya yang pertama dibina untuk meghubungkan kawasan-kawasan bijih timah dan getah dengan pelabuhan-pelabuhan. Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902. Menjelang tahun 1906, Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kira-kira 2560 km jalan raya bertar (metal led roads). Mulai dekad pertama abad ke-20, jalan-jalan raya yang lebih lebar dan kukuh telah dibina bagi memenuhi keperluan kenderaan bermotor yang kian bertambah. Jalan raya utama ke Perai siap dibina pada tahun 1911. Jalan raya utama dari Kuala Lumpur ke Kuantan telah siap pada tahun 1899. Menjelang tahun 1928 terdapat jalan raya yang menghubungkan Singapura di Selatan dengan Perlis di Utara. Jalan raya utama yang menghubungkan Terengganu dan Pahang dengan pantai Barat telah dibina hanya selepas tahun 1945. Semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, terdapat kira-kira 9600 km jalan raya motor yang baik.

3.         Perkhidmatan udara Syarikat perkhidmatan udara yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Wearne Brothers. Ia dikenali sebagai Wearne’s Air Service. Syarikat tersebut telah memulakan perkhidmatan udara antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Perkhidmatan udara ini telah dihentikan apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada tahun 1920-an, lapan buah lapangan terbang telah dibina di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Taiping, Butterworth dan Alor Setar. Dalam pada itu terdapat sebuah lapangan terbang antarabangsa yang kian maju di Singapura. Pada tahun 1947, Malayan Airways Limited telah ditubuhkan. Pada tahun 1956, sebuah lapangan terbang antarabangsa dibina di Kuala Lumpur.

4.         Perkhidmatan perkapalan Menjelang tahun 1870-an, terdapat beberapa syarikat perkapalan yang menggunakan kapal-kapal stim untuk membawa hasil-hasil Tanah Melayu ke Singapura. Dalam perjalanan balik

All The Best

Page 114: Sejarah Malaysia Tema 2

ke pelabuhan-pelabuhan Tanah Melayu, kapal-kapal tersebut membawa bekalan-bekalan dan alat-alat jentera. Pada tahun 1890, Theodore Cornelius Bogaardt (seorang Belanda) mengasaskan Straits Steamship Company yang muncul sebagai syarikat perkapalan yang terpenting. Selepas tahun 1896, Straits Steamship Company memulakan perkhidmatan penumpang kelas pertama. Perkhidmatan ini menjadi penting selepas Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan tidak dihubungi oleh jalan keretapi persekutuan. Pelabuhan-pelabuhan yang penting ialah Port Swettenham, Port Dickson, Teluk Anson dan Port Weld. Port Swettenham merupakan pelabuhan yang terpenting sekali. Dalam tahun 1930-an, syarikat-syarikat perkapalan menghadapi persaingan hebat dari sistem pengangkutan jalan raya dan keretapi.

  KesihatanTanah Melayu menghadapi beberapa masalah kesihatan pada abad ke-19. Penyakit-penyakit seperti malaria, disenteri, demam cacar dan kolera biasa terdapat. Penyakit-penyakit tersebut telah mengakibatkan kematian ramai orang. Sebagai contoh, kira-kira 65 orang telah menjadi mangsa kolera di Larut pada tahun 1874. Jumlah kes beri-beri yang dirawat di Selangor pada tahun 1894 ialah sebanyak 2817 di mana kadar kematian ialah 24%.            Selepas tahun 1900, taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu telah bertambah baik. Penyakit-penyakit beri-beri dan malaria dapat dikawal. Antara tahun-tahun 1900-50 kadar kematian bagi orang dewasa dan kanak-kanak telah dikurangkan sebanyak 50%. Kerajaan British telah menubuhkan hospital-hospital, pusat-pusat perubatan dan menjalankan penyelidikan perubatan. Hospital kerajaan yang pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibuka di Taiping pada tahun 1878. Pada kira-kira masa yang sama, sebuah hospital telah didirikan di Selangor. Selepas tahun 1884, pusat-pusat perubatan telah dibuka di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian, Kuala Kangsar. Hospital Besar di Kuala Lumpur telah didirikan manakala sebuah hospital baru di Kelang dibina.            Masyarakat Cina juga membina beberapa hospital seperti Hospital Tai Wah (1895) dan Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur.            Menjelang tahun 1896, Perak mempunyai 15 buah hospital, Selangor 14, Negeri Sembilan 3 dan Pahang 2. Menjelang tahun 1908, terdapat 52 buah hospital di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.            Penyelidikan perubatan memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit-penyakit malaria dan beri-beri. Institusi Penyelidikan Perubatan telah didirikan di Kuala Lumpur pada tahun 1901. Maktab Perubatan King Edward VII telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1905. Maktab tersebut telah menghasilkan beberapa orang doktor tempatan yang dapat berkhidmat di hospital-hospital kerajaan.            Selepas tahun 1909, pusat-pusat spesialis bagi kesihatan mental dan penyakit kusta telah didirikan. Menjelang tahun 1941, kira-kira satu pertiga daripada hospital-hospital di Tanah Melayu merupakan institusi-institusi kerajaan. Hospital-hospital lain dikendalikan oleh estet-estet (melalui undang-undang), persatuan-persatuan mubaligh dan pertubuhan-pertubuhan Cina. Kebanyakan daripada kemudahan perubatan ini terdapat di bandar. 

Pendidikan   Pengenalan

All The Best

Page 115: Sejarah Malaysia Tema 2

Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak), tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah 4 sistem sekolah yang berlainan di Tanah Melayu, iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris. Seperti yang dinyatakan oleh Paul Chang Ming Phang, sistem sekolah berbilang bahasa di Tanah Melayu disebabkan oleh 3 faktor iaitu struktur penduduk yang berbilang bangsa, usaha individu-individu dan badan-badan mubaligh dan ketiadaan satu dasar pendidikan yang sejajar dengan matlamat-matlamat yang tetap. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses nation-building selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.  Pendidikan Melayu1.         Pengenalan

Pendidikan Melayu secular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke-19. Sebelum itu, pendidikan Melayu umumnya berbentuk agama. Murid-murid diajar mengaji dan membaca al-Quran serta cara-cara bersembahyang. Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Arab dan guru-guru biasanya terdiri daripada imam-imam masjid. Bahasa Melayu tidak dititikberatkan. Hal ini adalah kerana ibu bapa mementingkan pendidikan agama Islam. Pada tahun 1821, sebuah Sekolah Melayu dibuka di Gelugor sebagai cawangan Penang Free School (sekolah aliran Inggeris) yang diasaskan oleh R.S. Hutchings pada tahun 1816.

2.         Pertumbuhan Sekolah-sekolah Melayu a.         Negeri-negeri Selat

Akibat dari usaha mubaligh-mubaligh beberapa Sekolah Melayu telah dibuka di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Pada tahun 1855, sebuah Sekolah Melayu telah dibuka di Bayan Lepas (Pulau Pinang). Pada tahun 1856, 2 buah sekolah Melayu telah dibuka di Singapura, satu di Teluk Belanga dan satu lagi di Kampung Gelam. Di Melaka terdapat 9 buah Sekolah Melayu yang dibuka antara tahun-tahun 1858-63. Pada tahun 1871, A.M. Skinner, Pemangku Majistret di Butterworth telah menyusun semula sistem pendidikan Melayu di Province Wellesley. Beliau mencantumkan sistem persekolahan moden dengan sistem pelajaran Quran. Murid-murid mengikuti pelajaran sekular di sebelah pagi dan mereka mengaji Quran di sebelah petang. Gaji guru-guru yang mengajar pelajaran sekular dibayar oleh kerajaan manakala gaji guru-guru agama dibayar oleh ibu bapa dan murid-murid. Percubaan Skinner telah berjaya dan beliau dilantik sebagai Nazir sekolah-sekolah pada tahun 1872. Bilangan Sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat telah meningkat daripada 16 buah pada tahun 1872 (jumlah murid 596 orang) kepada 189 buah pada tahun 1892 (jumlah murid 7218 orang). Pada tahun 1884, Kerajaan British telah membuka sekolah pertama untuk murid-murid perempuan di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1889 pula, sebuah lagi sekolah sedemikian telah dibuka di Pulau Pinang.

b.         Negeri-negeri Melayu BersekutuNazir Sekolah-sekolah Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya dilantik pada tahun 1897. Bilangan Sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut telah meningkat daripada 168 buah (157 bagi murid lelaki dan 11 bagi murid perempuan) pada tahun 1898 kepada 266 buah pada tahun 1907 (232 bagi murid lelaki dan 34 bagi murid perempuan).

c.         Negeri-negeri Melayu Tidak BersekutuSekolah Melayu yang pertama di Kedah telah ditubuhkan pada kira-kira tahun 1897. Sekolah ini mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orang-orang besar sahaja.

All The Best

Page 116: Sejarah Malaysia Tema 2

Pada tahun 1910 telah ada 20 buah Sekolah Melayu di Kedah. Jawatan Nazir Pelajar diadakan pada tahun 1911. Kelantan mempunyai Sekolah Melayu yang pertama pada tahun 1903. Terengganu tidak mempunyai sebuah pun Sekolah Melayu sebelum tahun 1915 sedangkan Perlis telah mempunyai 5 buah pada tahun 1913. Sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di Johor yang berhampiran dengan Singapura. Pada tahun 1913, negeri Johor mempunyai 56 buah sekolah.

3.         Tujuan pendidikan Melayu Mengikut Dr. Awang Had Salleh, pendidikan sekular Melayu anjuran British mempunyai 4 tujuan besar iaitu:a.         Mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang berlebihan.b.         Mengekalkan status quo dengan memastikan orang Melayu tinggal terus di kampung-

kampung sebagai penanam padi.c.         Menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, penanam padi,

nelayan, pekedai-pekedai kecil dan kerani-kerani rendah.d.         Menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat

berbilang bangsa.Pada hakikatnya, pendidikan bahasa Melayu sebelum tahun 1942 kurang memberi peluang kepada orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang sosial dan ekonomi. Pendidikan Melayu hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup tradisional orang Melayu.

4.         Sukatan pendidikan Melayu Pada amnya, pendidikan Melayu hanyalah untuk empat tahun. Sekolah-sekolah Melayu yang lebih besar menyediakan pelajaran hingga ke darjah 6. Taraf pengajaran umumnya adalah rendah. Sebelum tahun 1917, pengajaran yang diberi di sekolah-sekolah Melayu ialah membaca, menulis, mengira dan ilmu alam serta karangan. Sejak tahun 1917 secara beransur-ansuran, tumpuan juga diberi kepada perkebunan dan pertukangan tangan. Bangunan dan alat kelengkapan sangatlah rendah mutunya berbanding dengan sekolah-sekolah bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai bilik darjah yang sesuai.

5.         Perkembangan pendidikan Melayu Perkembangan pendidikan Melayu (terutamanya bagi kanak-kanak perempuan) pada peringkat awal adalah lembap oleh sebab perkara berikut:a.         Ibu bapa cemburukan kehilangan tenaga kanak-kanak mereka yang diperlukan bagi

kerja di rumah.b.         Mempunyai syak wasangka terhadap pendidikan sekular yang tidak menitikberatkan

pengajaran Quran.c.         Lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan.Mulai abad ke-20 pendidikan Melayu mula berkembang maju. Antara tahun-tahun 1900-23, Kerajaan British di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur antara 7-14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah. Enakmen-enakmen tersebut telah menggalakkan perkembangan pendidikan sekular Melayu di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Berbagai-bagai usaha diambil untuk memperbaiki nilai pendidikan Bahasa Melayu selepas perlantikan R.J. Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan pada tahun 1903. Beliau telah memperkenalkan tulisan rumi yang sistematik serta menyusun kamus Melayu yang pertama. Wilkinson juga bertanggungjawab menerbitkan buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap

All The Best

Page 117: Sejarah Malaysia Tema 2

bahasa dan kesusasteraannya sendiri. Kerajaan British telah menubuhkan beberapa maktab latihan perguruan Melayu bagi meninggikan mutu pengajaran di sekolah-sekolah Melayu. Pada tahun 1878, Maktab Melayu Singapura telah ditubuhkan untuk melatih guru-guru. Maktab ini ditutup pada tahun 1895. Pada tahun 1900 sebuah maktab latihan perguruan dibuka di Melaka. Kemudian pada tahun 1913, sebuah lagi maktab perguruan dibina di Matang, Perak. Maktab Perguruan Melayu yang paling terkemuka ialah Maktab Perguruan Sultan Idris yang telah dibuka pada tahun 1922 di Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1924, sebuah Biro Terjemahan telah ditubuhkan di maktab ini untuk menterjemahkan buku-buku Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Pada tahun 1935, Maktab Perguruan Perempuan Melayu dibuka di Melaka. Pelajar-pelajar maktab ini diambil dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

  Pendidikan CinaPendidijan Cina di Tanah Melayu dipelopori oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Persatuan Mubaligh London telah menubuhkan sebuah sekolah Cina di Melaka pada bulan Ogos 1815. Namun demikian, kebanyakan sekolah Cina telah dibuka dan diselenggarakan oleh masyarakat Cina sendiri. Pada tahun 1854, sebuah sekolah Cina telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin Hokkien di Singapura.            Di antara tahun 1854-84, lebih daripada 100 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Sekolah-sekolah ini menggunakan berbagai-bagai loghat sebagai bahasa pengantar. Murid-murid ini mempelajari klasik-klasik Cina secara hafal dan bagaimana menggunakan capua.            Pendidikan Cina telah berkembang pesat mulai abad ke-20 akibat pengaruh pemimpin-pemimpin politik negara China seperti Kung Yu Wei dan Sun Yat Sen. Tujuan mereka ialah untuk memupuk kesedaran politik dan perasaan kebangsaan di kalangan orang Cina seberang laut. Sekolah-sekolah yang berasaskan pengajaran Confucius dan sains moden mula dibuka di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.            Di antara tahun 1911-19 lebih daripada 50 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Guru-guru dan buku teks dibawa dari negara China. Di sesetengah sekolah, perkembangan politik di negara China dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.            Mulai tahun 1920, bahasa Mandarin (Kuo Yu) digunakan sebagai bahasa pengantar di kebanyakan sekolah Cina. Hal ini adalah selaras dengan perkembangan di negara China di mana Mandarin dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahap awal, Kerajaan British membenarkan sekolah-sekolah Cina berkembang dengan pesat dan bebas. British tidak membantu atau mengawal sekolah-sekolah Cina. Namun demikian, pada tahun 1920, Kerajaan British telah meluluskan enakmen pendaftaran sekolah untuk mengawasi sekolah Cina. Hal ini adalah kerana sekolah Cina telah mula dipengaruhi oleh politik negara China. Di bawah Enakmen Pendaftaran Sekolah, semua guru dan sekolah dikehendaki mendaftar dengan kerajaan. Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Cina pada tahun 1923.            Kerajaan British melantik seorang Nazir sekolah-sekolah Cina untuk mengawasi sekolah Cina. Sekolah Cina mempunyai pelajaran rendah 6 tahun, menengah rendah 3 tahun dan menengah atas 3 tahun. Sekolah-sekolah menengah menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di China. Mutu pelajaran sekolah Cina lebih tinggi daripada mutu pelajaran sekolah Melayu dan sekolah Tamil. Menurut Abu Zahari, peruntukan persekutuan bagi sekolah Cina telah bertambah berlipat ganda menjelang tahun 1938. 

All The Best

Page 118: Sejarah Malaysia Tema 2

Pendidikan TamilPada tahun 1821, sebuah sekolah Tamil dibuka di perkarangan Penang Free School. Pada tahun 1850, terdapat sebuah sekolah Anglo-Tamil yang dibantu oleh kerajaan di mana Inggeris dan juga Tamil diajar. Namun demikian, seperti dinyatakan oleh Paul Chang Ming Phang, sejarah sebenar pendidikan Tamil di Tanah Melayu bermula dengan perkembangan ladang kopi, gula, kelapa dan akhirnya getah.            Mulai tahun 1870, sekolah-sekolah kecil telah dibuka di ladang-ladang di mana penduduk India memerlukan pendidikan bagi anak-anak mereka. Kebanyakan sekolah ini merupakan hasil usaha persendirian. Kerajaan pada masa itu tidak menganggapnya perlu bagi memberi pendidikan kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk. Pada tahun 1905, terdapat 13 buah sekolah Tamil (kerajaan) dan 4 buah sekolah Tamil persendirian di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Menjelang tahun 1920, jumlah murid sekolah Tamil di negeri-negeri tersebut ialah lebih kurang 4000 orang.            Pada tahun 1923, Kerajaan British memperkenalkan satu undang-undang yang memaksa pihak pengurusan ladang untuk mendirikan sebuah sekolah sekiranya terdapat lebih daripada 10 orang anak buruh yang berumur di antara 7-14 tahun. Sekolah-sekolah ini hendaklah dibiayai oleh pihak pengurusan ladang.            Satu masalah utama yang dihadapi oleh sekolah Tamil ialah kekurangan guru-guru yang terlatih. Mutu pelajaran Tamil adalah rendah. Sekolah Tamil di ladang hanya memberikan pelajaran rendah selama 4-5 tahun. Buku-buku dibawa dari India. Persatuan-persatuan orang India ada menubuhkan sekolah Tamil di bandar. Mutu sekolah ini lebih tinggi dari sekolah ladang.            Pada tahun 1920-an, Kerajaan British mula mengawal sekolah Tamil. Seorang Nazir sekolah Tamil berbangsa Eropah telah dilantik pada tahun 1930. Pada tahun 1932, Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.  Pendidikan Inggeris1.         Pengenalan

Kebanyakan sekolah Inggeris dibuka oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan benda-benda awam. Kerajaan British pada mulanya tidak berminat untuk mengembangkan pendidikan Inggeris bagi faedah rakyat Tanah Melayu. Sekolah Inggeris boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu Sekolah Free dan Sekolah Inggeris Separa Bantuan (Grant-in-aid English School). Sekolah-sekolah Free dibuka dengan sumbangan wang dari orang ramai dan kerajaan. Sekolah ini seterusnya telah diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan. Sekolah Inggeris Separa Bantuan dibuka dan dibiayai oleh persatuan mubaligh. Apabila telah mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, sekolah ini mula berkembang. Sekolah ini juga dikenali sebagai sekolah mubaligh.

2.         Sekolah Free Sekolah Inggeris yang awal ditubuhkan di Negeri-negeri Selat oleh mubaligh-mubaligh. Sekolah ini dinamakan Sekolah Free kerana ia menerima murid-murid dari pelbagai bangsa dan agama. Sekolah Free yang pertama (dan juga di Tanah Melayu) ialah Penang Free School yang diasaskan oleh Rev. R.S. Hutchins pada tahun 1816. Sekolah Free yang lain ialah Singapore Free School dan Malacca Free School. Semenjak ditubuhkan, Sekolah Free berada di bawah naungan kerajaan. Terdapat wakil kerajaan dalam Jawatankuasa Pengurusan sekolah tersebut. Sekolah Free telah diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya akibat kegagalan Jawatankuasa Pengurusan untuk membiayai penyelenggaraannya. Sekolah

All The Best

Page 119: Sejarah Malaysia Tema 2

pertama yang diambil alih oleh kerajaan ialah Malacca Free School. Penang Free School telah diambil alih kuasanya oleh kerajaan pada tahun 1920. Mulai tahun 1928, sekolah tersebut menjadi sekolah menengah pada keseluruhannya.

3.         Sekolah Mubaligh Kebanyakan dari sekolah mubaligh (mission schools) telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, Kumpulan Mubaligh Roman Catholic, Kumpulan Mubaligh Methodist dan Gereja England (Church of England). Sekolah mubaligh terbuka kepada kanak-kanak terdiri daripada semua bangsa dan agama. Tujuan sekolah tersebut ialah untuk memberi pendidikan am serta memperbaiki akhlak berdasarkan ajaran agama Kristian. Sebelum Perang Dunia Pertama, lebih daripada 75% murid-murid lelaki memasuki sekolah Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura adalah di sekolah mubaligh. Persatuan mubaligh telah membuka sekolah bagi murid lelaki dan perempuan. Mubaligh-mubaligh Kristian adalah bertanggungjawab bagi perkembangan dan kepopularan pendidikan Inggeris di kalangan murid perempuan. Antara sekolah perempuan yang ditubuhkan ialah Sekolah Perempuan Bukit Bintang (Kuala Lumpur-1893), Sekolah Convent (Kuala Lumpur-1899), Sekolah Perempuan Inggeris Pudu (Kuala Lumpur-1914) dan Sekolah Perempuan St. George (Pulau Pinang). Menjelang tahun 1947, terdapat 33 buah sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan mubaligh di Tanah Melayu. Pada tahun yang sama hanya terdapat 6 buah sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Antara sekolah mubaligh yang ditubuhkan bagi murid lelaki ialah Sekolah Anglo-Chinese (Pulau Pinang-1891), Sekolah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur-1897) dan Sekolah St. John (1904).

4.         Sekolah Inggeris Kerajaan Sekolah Inggeris Kerajaan yang pertama di Perak ialah Government Central School yang ditubuhkan pada tahun 1883. Namanya telah ditukar kepada Sekolah King Edward VII pada tahun 1901. Victoria Institution telah diasaskan pada tahun 1893 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1905, Kerajaan British telah menubuhkan Maktab Melayu di Kuala Kangsa yang pada mulanya dibuka hanya kepada anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu. Tujuan utama Maktab Melayu ialah untuk memberi pendidikan Inggeris kepada golongan atasan Melayu bagi membolehkan mereka menjadi pegawai-pegawai tadbir dalam perkhidmatan awam British di Tanah Melayu. Pada tahun 1919, terdapat 17 buah sekolah Inggeris kerajaan di Tanah Melayu. Sekolah ini bertujuan mendidik anak-anak kelas pertengahan untuk menjadi guru-guru dan kerani-kerani. Kebanyakan murid sekolah tersebut terdiri daripada bangsa Cina dan India.

5.         Sukatan pelajaran Pada peringkat awal tiada terdapat sukatan pelajaran yang seragam bagi sekolah Inggeris. Sukatan Pelajaran yang seragam hanya wujud selepas adanya peperiksaan bagi memperoleh Biasiswa Queen (1885) dan Sijil Cambridge (1891). Sekolah Inggeris dapat dibahagikan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah meliputi pendidikan selama 7 tahun, iaitu sampai darjah V. Sekolah menengah pula meliputi selama 4 tahun sehingga murid-murid mencapai Sijil Persekolahan Cambridge. Mata pelajaran utama yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Ilmu Alam, Matematik Asas, Ilmu Kesihatan dan Latihan Jasmani. Kelas-kelas sains hanya terdapat di sekolah menengah yang besar di kawasan bandar. Sukatan pelajaran sekolah Inggeris di Tanah Melayu adalah berasaskan kepada sekolah menengah di Britain. Justeru itu, murid-murid sekolah Inggeris telah mempelajari ilmu alam dan sejarah Britain.

6.         Latihan Perguruan Inggeris

All The Best

Page 120: Sejarah Malaysia Tema 2

Satu sistem yang dinamakan Normal Class telah dimulakan pada tahun 1905 di Kuala Lumpur untuk melatih guru-guru sekolah Inggeris. Guru-guru yang diberi latihan adalah mereka yang sedang berkhidmat. Latihan diadakan 5 jam seminggu di luar jadual waktu pengajaran selama 2 tahun. Tempoh latihan telah dilanjutkan kepada 3 tahun mulai tahun 1925. Selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Normal Class telah digantikan dengan maktab pergurusan berasrama. Maktab Perguruan Kirkby telah ditubuhkan berhampiran dengan Liverpool. Maktab Perguruan Brinsford Lodge di Wolverhampton telah ditubuhkan pada tahun 1955.

7.         Pendidikan Tinggi dan Universiti Maktab Perguruan King Edward VII telah diasaskan di Singapura pada tahun 1905. Maktab ini menjadi sebuah universiti pada tahun 1947. Maktab Raffles telah dibuka pada tahun 1929 di Singapura bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi dalam aliran sains dan sastera. Institusi pengajian tinggi yang lain ialah Maktab Pertanian Serdang (1931). Maktab Pertanian Serdang dinaikkan ke taraf universiti pada tahun 1972. Pada tahun 1949, Universiti Malaya (gabungan Maktab Raffles dan Maktab Perubatan King Edward VII) telah dibuka di Singapura. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya dibuka di Kuala Lumpur. Cawangan tersebut merupakan nucleus Universiti Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1962. Universiti asal di Singapura mula dikenali dengan nama Universiti Singapura.

 

All The Best