hns 2013 kenegaraan - esei 2 - konsep 1 malaysia

28
SEMESTER 1 SESI 2010/2 KOD & NAMA KURSUS HNS 2013 : KENEGARAAN TAJUK KUMPULAN UPSI A03 A112PJJ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359 0175040997 LAMPIRAN 2 PEMARKAHAN 1 . TUGASAN ESEI 2 – PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH PENDEKATAN 1 MALAYSIA HARI INI MAMPU UNTUK MENYATUKAN MASYARAKAT BERBILANG

Upload: atfaizah

Post on 02-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

LKJJJ

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN1.JUMLAH

LAMPIRAN 2

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2KOD & NAMA KURSUSHNS 2013 : KENEGARAANTAJUK

TUGASAN ESEI 2 PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH PENDEKATAN 1 MALAYSIA HARI INI MAMPU UNTUK MENYATUKAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA DI NEGARA INI.F

KUMPULANUPSI A03 A112PJJDISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIMD201120533590175040997

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. FAUZIAH BT. CHE LEHTARIKH SERAH: 25 APRIL 2012PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH PENDEKATAN MALAYSIA HARI INI MAMPU UNTUK MENYATUKAN MASYARAKAT YANG BERBILANG BANGSA DI NEGARA INI.ISI KANDUNGAN1.0PENGENALAN2.0 DEFINISI 1 MALAYSIA2.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.2.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia.3.0PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA4.0KONSEP 1 MALAYSIA5.0MATLAMAT 1 MALAYSIA6.0NILAI-NILAI 1 MALAYSIA6.1BUDAYA KECEMERLANGAN6.2KETABAHAN6.3RENDAH HATI6.4 PENERIMAAN6.5KESETIAAN 6.6 MERITOKRASI 6.7 PENDIDIKAN 6.8 INTEGRITI 7.0KESIMPULAN8.0RUJUKANESEI 2 PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH PENDEKATAN 1 MALAYSIA HARI INI MAMPU UNTUK MENYATUKAN MASYARAKAT YANG BERBILANG BANGSA DI NEGARA INI.

1.0 PENGENALAN

Konsep 1 Malaysia telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2 April 2009. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan satu gagasan peribadi beliau. Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.Bagi melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka diperkenalkan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Mereka perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak kearah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Intipati gagasan ini merupakan idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada Perdana Menteri sekarang dan yang sebelumnya kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut tidak mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan identitinya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak kearah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.Konsep 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan pengajaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup masyrakat Malaysia. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong usaha membawa negara ini menjadi sebuah negara maju, kuat, bersatu serta dihormati, gagasan 1 Malaysia ini wajar disokong dan didokong oleh semua pihak. Walaupun ada pihak yang mempertikaikan dan mentafsirkan gagasan ini sebagai menghakis hak dan keistimewaan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera lainnya, pandangan cetek begini perlu disangkal. Jelasnya, gagasan 1 Malaysia masih berlandaskan atau berpaksikan pada perlembagaan dengan memastikan hak-hak istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera akan terus dipelihara dan dalam masa yang sama hak-hak kaum lain akan terus dibela dan dihormati.

2.0 DEFINISI 1 MALAYSIAKonsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :2.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.Ayat yang menyebut Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.Sementara ayat dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.2.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 MalaysiaMengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

3.0 PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIAKonsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol, George Santayana, Mereka yang tidak belajar sejarah akan disumpah mengulanginya. Jika kita mengikuti ucapan Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan, kita akan mendapati beliau sebenarnya telahpun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan 3 teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.Teras pertama 1 Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri iaitu mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadikan sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas dari kemiskinan. Untuk negara terus berada di landasan kejayaan, semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara yang remeh-temeh sehingga melupakan matlamat besar bersama.Teras kedua 1 Malaysia iaitu kenegaraan yang bertunjangkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang tertinggi negara manakala lima prinsip Rukun Negara bertindak sebagai ideologi kebangsaan adalah asas yang terbaik untuk memupuk dan mengukuhkan Perpaduan Nasional. Oleh yang demikian, mana-mana kaum tidak perlu berasa gundah-gulana kerana 1 Malaysia tidak sekali-kali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Orang-orang Melayu mahupun Bumiputera juga tidak perlu bimbang bahawa 1 Malaysia akan menyimpang dari peruntukan yang udah sedia ada di dalam undang-undang tertinggi negara terutamanya Perkara 153 ( HHak-hak Istimewa orang Melayu / Bumuputera ).Teras Ketiga 1 Malaysia seperti mana yang diterangkan oleh Perdana Menteri iaitu keadilan sosial. Tragedi hitam 13 Mei 1969 mengejutkan rakyat Malaysia kepada reality bahawa perpaduan nasional tidak boleh menyubur jika ketidakseimbangan sosioekonomi berlaku. Bagi memastikan tragedy tersebut tidak berulang maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal dengan bermatlamatkan perpaduan dengan menggunakan dua strategi, pertama membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan kedua, menyusun semula masyarakat. Walaupun DBE telah berakhir pada tahun 1990 semangatnya masih diteruskan melalui dasar-dasar pengganti sehingga hari ini. Hakikatnya, tidak ada negara yang mampu maju dan makmur jika kaum majority terpinggir dan ketinggalan dari segi sosioekonomi jika adapun sejarah telah menunjukkan kemajuan dan kemakmuran tersebut bersifat sementara kerana negara berkenaan bukanlah sebuah negara yang stabil.

4.0 KONSEP 1 MALAYSIAGagasan atau konsep 1 Malaysia ini bukanlah merupakan wawasan baru yang dibentuk pada masa ini. Sebenarnya konsep 1 Malaysia ini adalah kesinambungan usaha 5 Perdana Menteri sebelum ini. Dari Zaman Tunku Abdul Rahman yang memperkukuhkan kedudukan orang-orang Melayu, kaum Bumiputera, Raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta mengakui dan menerima hakikat kewujudan masyarakat berbilang kaum terutama kaum Cina dan India. Kegagalan Tunku untuk memperbaiki polarisasi kaum telah membawa peristiwa hitam 13 Mei. Peristiwa berdarah ini menyukarkan usaha Tun Razak mengwujudkan identiti bangsa Malaysia. Namun dalam tempoh singkat lima setengah tahun Tun Razak berusaha mewujudkan economic equity iaitu merapatkan jurang kekayaan sebagai prasyarat kepada keharmonian di antara kaum. Tun Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi di samping matlamat utamanya membasmi kemiskinan. Bila kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan seperti disasarkan dalam DEB maka tiada lagi tanggapan bahawa yang miskin itu Melayu dan Bumiputera manakala mereka yang kaya itu kaum Cina. Secara kebetulan ramai rakyat miskin pada ketika itu adalah bangsa Melayu dan Bumiputera maka tumpuan sasaran adalah bangsa Melayu dan Bumiputera. Matlamat akhirnya, untuk mencapai kesetaraan ekonomi dengan matlamat ekuiti ekonomi Melayu pada kadar 30% menjelang 1990. Semua dasar ini pada hakikatnya mengwujudkan sebuah bangsa Malaysia yang dapat hidup dengan harmoni dan makmur bila kekayaan dapat diagihkan secara adil.Tun Hussein Onn pula member penekanan kepada membina sebuah masyarakat Malaysia yang bermoral tinggi sebagai asas sebuah masyarakat Malaysia yang bertamaddun. Tun Hussein memberatkan pentingnya keluhuran undang-undang negara dan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa juga untuk memelihara moral dan etika rakyat Malaysia. Menurut Tun Hussein : Dalam memimpin sebuah negara berbilang kaum, prinsip dalam setiap keputusan mestilah mengutamakan kepentingan nasional bukan memenuhi tuntutan satu puak sahaja.. jika kepentingan nasional diketepikan , sebagai contoh mengabaikan peraturan undang-undang, ini bukan saja menyalahgunakan kepercayaan rakyat tetapi juga akan membuka ruang kepada satu keadaan . di mana rakyat akan bangkit menentang kita.Pada zaman Tun Dr. Mahathir pula membuat dasar menjangkaui sempadan Malaysia. Tun Dr. Mahathir ingin identity rakyat Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai bangsa yang berjaya. Pemodenan yang dipelopori Tun Dr. Mahathir bukan sahaja cemerlang dalam negara tetapi rakyat Malaysia juga mampu bersaing di peringkat global. Wawasannya yang penting ialah wawasan 2020.Di era Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau mengembalikan konsep muhibbah dan perpaduan kaum tetapi dasar-dasar untuk menghidupkan usaha mengwujudkan sebuah bangsa Malaysia itu kurang ketara. Tambahan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkannya, melahirkan rasa terkilan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam kerana konsep ini lebih memberi penekanan kepada rakyat yang beragama Islam.

5.0MATLAMAT 1 MALAYSIA1 Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik rakyat Malaysia untuk menghadapi sebarang cabaran.Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1 Malaysia bertujuan menyemrakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.1 Malaysia juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dibentuk dengan 3 prinsip teras yang telah dibincangkan dalam Perbezaan Konsep 1 Malaysia dengan Konsep Malaysian Malaysia tadi. Rakyat perlu mempunyai sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai maka urusan pembangunan negara akan berjalan lancar.1 Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integrity, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

6NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah:

6.1BUDAYA KECEMERLANGANYAB Perdana Menteri percaya bahawa demi mengubah Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian lebih tinggi. Budaya kecemerlangan amat perlu dalam diri setiap manusia. Ini kerana jika seseorang mempunyai satu set nilai-nilai yang mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan mengalir dari budaya tersebut. Secara dasar, ia merupakan satu usaha berterusan. Namun seseorang perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan prinsip meritokrasi seseorang itu akan menegaskan kepentingan prestasi dan prestasi itu banyak berpaut kepada budaya kecemerlangan.Aspek aspek Budaya Kecemerlangan antaranya ialah ketepatan pengukuran, menguruskan masa dan jadual penyampaian. Selain itu Perdana Menteri juga menegaskan bahawa perubahan berteraskan kepimpinan berasaskan prestasi amat perlu untuk mengukur prestasi seseorang. Pengawasan, pemantauan, pembetulan dan sebarang perubahan boleh dilaksanakan sekiranya perlu.Contohnya pengertian waktu, Waktu Malaysia yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Perdana Menteri berpendapat, ketepatan masa merupakan antara perkara-perkara yang boleh diketengahkan dan meningkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu.Selain itu, beliau juga berpendapat, pernyataan lebih kurang sepatutnya tidak wujud lagi dalam pperkataan-perkataanyang digunapakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan dan dalam apa sahaja yang ingin dicapai.Arwah bapa Perdana Menteri juga pernah menerapkan dalam diri beliau satu keinginan untuk berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan rakan seperjuangannya. Arwah bapa beliau menyediakan wang hadiah atau skim ganjaran sekiranya berjaya mendapat tempat pertama dalam mana-mana ujian atau peperiksaan. Menurutnya, bukan ganjaran wang itu yang menjadi ukuran tetapi kegembiraan apabila menjadi pelajar terbaik di dalam kelas dan kekecewaan jika tidak berjaya. Dari situlah beliau menyedari betapa pentingnya kejayaan dan berusaha dengan gigih dalam segala perbuatan.

6.2KETABAHANUsaha dan kerja keras, berdedikasi, tabah, menghargai dan memahami waktu yang ada semasa berhadapan kesukaran merupakan antara perkara utama dalam menghadapi rintangan dan dugaan yang sukar. Begitu jugalah dengan keadaan negara kita Malaysia semasa berhadapan dengan pelbagai krisis seperti krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Semua permasalahan tersebut dapat diatasi dengan memberikan tumpuan sepenuhanya beserta ketabahan menghadapinya.Bagi Perdana Menteri kita, beliau turut menceritakan bahawa di sepanjang kehidupannya, beliau sentiasa perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana tidak mahu orang lain memandang kepadanya dan berkata, Dia berada di situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ. Beliau merasakan pada masa yang sama ia seakan satu bebanan kerana perlu sentiasa membuktikan bahawa beliau wajar mendapat semua itu. Malah beliau sentiasa menyedari bahawa perlu menunjukkan kemampuannya dalam melakukan sesuatu perkara dengan baik. Contohnya semasa beliau menghadapi kekecewaan politik di kawasannya sendiri iaitu pada 1999, apabila hanya menang tipis dengan majority yang sangat kecil sebanyak 241 undi. Ketika itu ramai berkata kerjaya politik beliau akan berakhir dan sebahagian daripada mereka mencadangkannya bertukar kawasan. Namun pendirian beliau yang tabah dan utuh untuk kekal berjuang telah membuktikan keazaman beliau dalam tempoh 4 tahun itu, beliau menang majority besar berjumlah 22,922 undi diikuti dengan majority 26,464 undi pada pilihan raya umum 2008 di tempat yang sama. Ini membuktikan bahawa setiap kekecewaan itu boleh diatasi dengan melakukan sesuatu usaha itu dengan pendekatn yang lebih kreatif dan berbeza, tabah dan yakin untuk mencapai perubahan dan peningkatan yang menakjubkan.

6.3RENDAH HATIBersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam pula, ia adalah konsep Tawadduk, yakni rendah hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya apabila seseorang ahli parlimen itu keluar untuk melakukan tugasnya, beliau mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Sekiranya beliau berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasannya, beliau mesti memastikan tingkah lakunya tidk akan membuatkan mereka berasa tidak selesa. Sikap rendah diri ini sebenarnya bukanlah petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalahtafsirkan sebagai satu petanda kelemahan. Namun begitu, Perdana Menteri sendiri pernah menyatakan bahawa seseorang itu mestilah menyedari bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah suatu asset tetapi ada waktunya apabila berurusan dengan dunia luar perlulah memperlihatkan kekuatan dan kejayaan tetapi bukan lah dengan cara penindasan.

6.4 PENERIMAANKonsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada dari segi ungkapan mahupun pelaksanaan. Apabila menyebut toleransi, kita tidak berapa menyukainya tetapi tetap menerimanya kerana tiada pilihan atau terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Jika bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Bagi Perdana Menteri, beliau merasakan adalah penting bagi rakyat Malaysia beralih dari konsep toleransi kepada penerimaan. Penerimaan bermaksud bersedia untuk menerima sebarang perkara dengan kerelaan hati, ikhlas dan tanpa ada unsur paksaan. Negara kita memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat di negara ini. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil,menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik. Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada seperti system pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan menunjukkan tiada had ditentukan kerana latar belakang etik seseorang tetapi berdasarkan keupayaan peribadi sendiri.

6.5KESETIAAN Kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting. Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Namun begitu, seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu komited dan berdedikasi terhadap tugasnya. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin. Kesetiaan juga tidak bermakna tidak boleh mengkritik. Kritikan dalam usaha untuk membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

6.6 MERITOKRASI Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteri-kriteria tersebut berhak dipilih. Namun begitu, prinsip ini tidak boleh dilaksanakan bagi mereka yang kekurangan atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dn perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Bagi golongan ini, mereka memerlukan pertimbangn khas iaitu pertolongan yang perlu oleh kerajaan. Dalam melaksanakan prinsip metokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya perlu memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan member tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

6.7 PENDIDIKAN Ilmu pengetahuan dan pendidikan amat penting bagi sesebuah negara. Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Sejarah membuktikan hanya kerajaan atau negara yang berteraskan ilmu pengetahuan akan terus wujud berbanding kerajaan atau negara yang terbina menerusi kekuatan tentera. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan. Menerusi budaya membaca, sama ada melalui buku mahupun internet, ini akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia. Pendidikan di negara kita ini tidak mempunyai hanya satu aliran kebangsaan sahaja. Nyata sekali kita mempunyai aliran pendidikan yang berbeza di dalam negara. Aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernacular. Ini menjadikan kedua-duanya kekuatan dan masalah serta cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya sebaliknya mereka akan diasingkan. 95% daripada murid berbangsa Cina akan memasuki sekolah Cina manakala 97% daripada murid berbangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Sesungguhnya kita kehilangan peluang untuk menyatukan kedua-dua etnik ini melalui institusi sekolah. Namun begitu, apa yang boleh dilakukan iaitu memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walaupun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai system yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Semua aliran sama ada sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadaka aktiviti bersama. Kurikulum yang dibagunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1 Malaysia.

6.8 INTEGRITI Integriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayan dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Cara terbaik pemimpin mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat adalah berlaku jujur kepada rakyat. Selain itu bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima merupakan nilai integriti yang perlu ada dalam diri bukan sahaja pemimpin malah masyarakat atau bangsa Malaysia. Berusaha membaiki kesilapan juga merupakan nilai yang dituntut. Setiap perkara yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Selain itu, menepati masa dan janji juga adalah sifat mulia yang dituntut oleh setiap agama. Sifat mungkir janji menyebabkan hilang kepercayaan dan kesetiaan dari orang lain. Jika berjanji sesuatu mestilah berpegang pada janji dan menunaikannya. Sikap mahu menerima kritikan dan teguran dengan hati terbuka walaupun sukar diterima oleh seseorang itu perlu diamalkan untuk membentuk 1 Malaysia yang aman dan makmur. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Semua lapisan masyarakat perlu mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan yang lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi. Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi. Budaya berprestasi tinggi ini bermaksud setiap perkara dan tugas yang dilakukan mesti dilaksanakan dengan cemerlang. 7.0 KESIMPULAN Konsep 1 Malaysia telah menjadi asas pegangan penting dalam menjaga keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identity nasional yang sama. Sebaliknya, 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan patut dibanggakan. Di sini jelas menunjukkan bahawa negara mengekalkan keadilan setiap kaum tanpa mengubah pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. Justeru, kelebihan yang diperoleh apabila menjadi warga Malaysia seharusnya diiringi dengan rasa syukur kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana harmoni tanpa sebarang diskriminasi. Seterusnya 1 Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina mahupun India, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan kelas pertama tetapi masyarakat masih mengamalkan gaya hidup kelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati. Konsep 1 Malaysia yang diketengahkan juga mampu menyemai sikap saling bekerjasama sesame rakyat. Sekadar mengambil contoh dari persekitaran sekeliling, rakyat Malaysia mampu menjalankan urusan perniagaan secara perkongsian walaupun berbeza bangsa. Selain itu, jika dinilai dari alam persekolahan, sekolah-sekolah Cina tidak lagi hanya didiami oleh bangsa tersebut semata-mata, malahn anak-anak Melayu dn India turut menuntut di sekolah yang sama. Begitu juga dengan bangsa India, mereka tidak hanya tertumpu di sekolah jenis kebangsaan Tamil atau SJK(T) sahaja. Di sini jelas menunjukkan sikap kerjasama tidak hanya wujud dalam golongan professional sahaja, anak-anak di bawah umur mahupun belia-belia harapan bangsa turut mampu mengamalkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, konsep 1 Malaysia membantu mempertingkatkan lagi sikap tersebut seterusnya perpaduan negara lebih mudah tercapai. Umum mengetahui keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan sejagat.Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam mengetengahkan gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk pemimpin yang lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaiman slogan YAB Perdana Menteri Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 1 Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan di antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata Dato Seri Mohd Najib, beliau berbicara saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara lebih aman, maju, selamat dan makmur. Tuntasnya, konsep 1 Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak Prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak puas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaiman setianya Hang Tuah kepada Sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan gagasan 1 Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara bangsa. Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menghirup udara segar hasil dari kemerdekaan negara perlu dikekalkan supaya keamanan dan perpaduan ini tetap berterusan hingga generasi akan datang.

RUJUKANhttp://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/15275http://1malaysia.com.my/hayati-konsep-1malaysia-taib/http://www.sabahkini.net/index.phphttp://maribelajar.forumotion.cm/t808-konsep-1-malaysiahttp://din.huluselangor.net/http://peopleagainstopposition.blogspot.com/2011/11/apa-itu-gagasanhttp://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/09/http://kpkkblog.blogspot.com/2009/06/menyetupadukan-rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia#Slogan_1Malaysiahttp://www.penerangan.gov.my1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara (2008)Artikel Realiti, Sejarah teras 1 Malaysia oleh Armizan Mohd AliAhmad Fawzi Abdul Halim Ahmad (1987). Isu-isu Perpaduan, Pencapaian dan Masa Depan.Institut Tadbiran Awam Negara. (1997) Dasar-dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur.Johan Jaafar.(30.11.2003). Pentingnya Integrasi Nasional Bagi Negara. Berita Harian.