2 tema esei sejarah 2014

62
OBJEKTIF, HASIL PEMBELAJARAN & DIMENSI TAKSIRAN ESEI KERJA KURSUS SEJARAH (KERTAS 940/4)

Upload: alooss

Post on 27-Dec-2015

76 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2 Tema Esei Sejarah 2014

OBJEKTIF, HASIL PEMBELAJARAN & DIMENSI TAKSIRAN ESEI KERJA KURSUS SEJARAH

(KERTAS 940/4)

Page 2: 2 Tema Esei Sejarah 2014

OBJEKTIF KURSUS

a. memperoleh kemahiran mengumpul, memilih, menilai dan mentafsir sumber sebagai bukti sejarah

b. mengembangkan kemahiran insaniahc. menganalisis dan merumuskan fakta sejarah

secara kritis dan rasionald. menghayati kepentingan peristiwa , tokoh, isu

dan perubahan sosial dalam masyarakat

Page 3: 2 Tema Esei Sejarah 2014

KERJA KURSUS DALAM PBS/OBE

TUGASAN KERJA KURSUS(AUTENTIK)

OBJEKTIF & JANGKAAN HASIL PEMBELAJARAN Teori &Kaedah

PENGETAHUAN SUBSTANTIF & PROSEDURAL –

SKIL DISIPLIN

AKTIBITI TUGASAN‘DOING HISTORY’

RUBRIK &STANDARD -

KRITERIA

KUALITI DAN GRED PRODUK MURID

GURU – PEMBIMBING &PENTAKSIR

(Content knowledge, pedagogic-knowledge &

Pedagogic-content knowledge + assessment

literacy)

MURID SBGPENYELIDIK

PERFORMANSMURID

SUM

ATIF

FORM

ATIF

Page 4: 2 Tema Esei Sejarah 2014

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan konsep dan teori ilmu Sejarah• Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu

dalam penyelidikan sejarah• Membezakan jenis-jenis sumber• Menggunakan sumber sejarah secara kritis• Menilai maklumat dalam sumber-sumber sejarah • Menganalisis kesahan sesuatu tafsiran yang

terdahulu

Page 5: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Merekonstruksi peristiwa lalu dengan menggunakan sumber sejarah

• Mengorganisasi maklumat dalam bentuk naratif• Memberi penjelasan secara kritis dan imaginatif

terhadap perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan

• Membincangkan pelbagai perspektif terhadap sesuatu peristiwa lampau – Perspketif sejarah @ historiografi

Page 6: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Membuat sintesis terhadap tafsiran peristiwa lampau dan kaitannya dengan masa kini –Relevansi

• Memilih tajuk yang mempunyai makna penting dalam peristiwa sejarah- Kesignifikanan Tajuk

• Menerangkan idea awal tentang kajian – Tesis kajian

• Menyatakan tujuan kajian

Page 7: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Mengenal pasti persoalan yang perlu dijawab oleh kajian

• Menentukan tempoh, kawasan, dan isu yang dikaji –Skop kajian –

• Membincangkan tulisan sedia ada berkaitan dengan tajuk yang dipilih – Tinjauan literatur –

• Memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan, dan temubual

Page 8: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Mengorganisasi persembahan dan isi penulisan kajian

• Membuat rumusan dan kesimpulan tentang kajian

• Menyenaraikan sumber rujukan yang digunakan• Menyenaraikan sumber yang sesuai dan

berkaitan dengan tajuk

Page 9: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Mengumpul sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk yang dipilih daripada sumber internet, arkib, temu bual, dan perpustakaan

• Mengumpul maklumat yang relevan dengan tajuk • Menghasilkan esei dan membentangkan esei

Page 10: 2 Tema Esei Sejarah 2014

DIMENSI YANG DITAKSIRKAN

Penggunaan Sumber Maklumat – Kemahiran memilih, mentafsir dan meningtegrasi maklumat :

• Memilih bahan yang relevan• Meningtegrasi bahan bukti secara licin dan tepat

dalam menjawab soalan kajian• Bebas dari bahan tidak berkaitan• Menggunakan sistem rujukan secara konsisten• Bebas unsur plagiarism

Page 11: 2 Tema Esei Sejarah 2014

Struktur dan pengembangan isi- Kemahiran menyusun dan menggunakan bukti :

• Mengikuti struktur esei• Tumpukan hujahan kepada persoalan pokok• Pembinaan perenggan yang baik menerusi ayat

tajuk yang jelas• Kesimpulan dibina secara bertalian dengan

hujahan dalam perbincangan• Menilai bukti secara kritis• Hujah disusun secara logical• Idea beredar secara teratur/logical dalam dan

antara perenggan

Page 12: 2 Tema Esei Sejarah 2014

Komunikasi dan Gaya penulisan ilmiah - Kemahiran menyampaikan idea menerusi larasbahasa yang kemas :

• Bahasa tidak bersifat personal, formal dan jelas• Generalisasi berdasarkan bukti• Perbendaharaan kata diguna secara umum dan

khusus sesuai dengan konteks• Susunan ayat mantap• Penggunaan punctuation sesuai dengan makna

dan susunan ayat• Pemilihan ayat tepat dan konsisten

Page 13: 2 Tema Esei Sejarah 2014

BILA MEMBACA DAN MAHU MENILAI ESEI, PERLU KEMUKAKAN PERSOALAN2 BERIKUT: BAGAIMANA DENGAN,

• pendahuluan, jelaskah?• Susunan, gaya & mekanik • ada peralihan & flow dlm perenggan • petikan, relevankah @tidak • semak hujahan/idea/isi & naratif • idea utama ada sokongan fakta yg cukup?

Page 14: 2 Tema Esei Sejarah 2014

TEMA KERJA KURSUS SEJARAH KERTAS 940/4

Page 15: 2 Tema Esei Sejarah 2014

TEMA KAJIAN

Menawarkan empat tema untuk dipilih oleh calon.

• 1. Sejarah Tokoh• 2. Sejarah Sukan• 3. Sejarah Politik• 4. Sejarah Kaum/Etnik/Suku

Page 16: 2 Tema Esei Sejarah 2014

1. Sejarah Tokoh• Kajian sejarah tokoh bertumpu kepada riwayat

hidup seseorang individu yang mempunyai kedudukan yang signifikans/penting samada dalam komuniti/masyarakatnya, daerah, negeri atau diperingkat nasional.

• Kepentingan seseorang individu itu dilihat dari sudut peranan dan sumbangannya dalam sesuatu bidang kehidupan – ekonomi, politik, sosial, pendidikan, kebudayaan, agama, keselamatan, intelektual, dan juga dalam bidang kehidupan selainnya.

Page 17: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Seseorang individu yang memainkan peranannya dalam setiap bidang itu boleh dinilai dari segi sumbangannya dalam bentuk pemikiran, tindakan, program atau telah melakukan sesuatu yang membawa kepada berlakunya perubahan atau pembaharuan ke atas bidang yang diceburinya.

• Dalam sejarah tentang seseorang tokoh, penelitian ke atas individu berkenaan mestilah dilihat dalam konteks pencapaian tersebut di atas.

Page 18: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Misalnya, kajian sejarah ke atas tokoh Intelektual/pemikiran:

• Sejarah tokoh boleh meneliti idea2 yg dicetus tokoh2 yg articulate & berpengaruh spt:

• novelis, • saintis, • filosof, • negarawan, • intelektual dll. • Idea mereks ttg kemajuan, agama, moral, politik,

keadilan, ideologi dll.

Page 19: 2 Tema Esei Sejarah 2014

2. Sejarah Sukan

• Setiap masyarakat mempunyai tradisi masing-masing dalam kegiatan bersukan.

• Sukan dalam sesebuah masyarakat itu muncul dalam bentuk kegiatan riadah ataupun kegiatan yang bersifat pertandingan.

• Setiap masyarakat mengalami perkembangan dan pembaharuan dalam kegiatan bersukan.

• Kajian sejarah sukan meneliti amalan bentuk-bentuk kegiatan sukan tersebut.

• Dalam konteks masyarakat Malaysia tradisi bersukan telah wujud sejak lama.

Page 20: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Setiap masyarakat Malaysia – Melayu, Cina, India, Iban,Kadazan dan kaum-kaum lain yang ada di negara ini memiliki pelbagai bentuk kegiatan sukan yang diwarisi secara turun temurun.

• Sejarah sukan mengidentifikasikan bentuk-bentuk kegiatan sukan yang ada itu.

• Sejarah sukan juga meneliti kemunculan bentuk kegiatan sukan yang baru dalam sesebuah masyarakat.

Page 21: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Di negara kita misalnya, sejak awal abad kedua puluh, banyak bentuk sukan baru yang muncul setelah ianya di bawa masuk pada zaman penjajahan.

• Contohnya, sukan bola sepak, bola keranjang, karate, atletik dan sebagainya.

• Bentuk sukan yang baru diperkenalkan ini kemudiannya menjadi kegiatan yang popular dan diamalkan secara meluas dalam masyarakat kita.

• Sejarah sukan meneliti bagaimana bentuk kegiatan sukan itu muncul, diamalkan dan berkembang dalam masyarakat.

Page 22: 2 Tema Esei Sejarah 2014

3. Sejarah Politik

• Sejarah politik adalah satu bidang kajian sejarah yang mendapat perhatian utama dalam kajian sejarah.

• Politik adalah satu bidang kegiatan yang menyentuh keseluruhan kehidupan bernegara dalam sesebuah masyarakat.

• Menerusi politiklah kehidupan manusia di susun bagi membina kehidupan secara teratur baik di peringkat antarabangsa, nasional, negeri, daerah atau kampung.

Page 23: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Sejarah politik meneliti tentang kegiatan, pemikiran dan institusi politik dipelbagai peringkat yang berkaitan dengan perjalanan sistem pemerintahan yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat atau negara.

• Kegiatan politik merangkumi tindakan secara individual atau berkumpulan yang dilakukan bagi memperjuangkan keyakinan/ideologi atau idealisme untuk membentuk sistem pemerintahan dan kehidupan bernegara yang dihasratkan.

• Contohnya kegiatan memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Page 24: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Institusi politik dan sistem pemerintahan pula merangkumi misalnya, institusi raja, sistem raja perlembagaan, institusi parlimen dan pemerintahan demokrasi, parti politik dan sistem pilihanraya dan beberapa aspek lain.

• Sejarah politik juga meneliti pemikiran dan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang indvidu/tokoh samada secara bersendirian atau secara berkumpulan/berorganisasi dalam usaha melakukan penentangan terhadap pihak berkuasa – misalnya penentangan terhadap pihak penjajah dengan tujuan untuk memperolehi kuasa atau melakukan pembaharuan di dalam sesebuah negara itu.

Page 25: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Dalam konteks ini, sejarah politik akan meneliti kegiatan, peranan dan sumbangan seseorang atau sekumpulan individu dalam memperjuangkan idealisme yang dipercayai untuk memperbaiki atau menggantikan cara kehidupan bernegara dalam sesebuah negara itu.

• Kegiatan politik dalam negara demokratik pada zaman moden ini lazim berlaku menerusi penubuhn parti-parti politik.

• Kegiatan politik seperti ini boleh berlaku samada di peringkat kampung, daerah, negeri atau nasional.

• Pertarungan parti2 politik dlm sistem demokrasi berlaku menerusi pilihanraya

Page 26: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• SEJARAH POLITIK – MENCAKUPI: • diplomasi, • Pentadbiran & pemerintahan, • kepimpinan, • Tokoh politik, • ketenteraan, • institusi, • perundangan, dasar2, • perlembagaan, • reformasi-revolusi, • peperangan & konflik, • hubungan serantau, • p/raya

Page 27: 2 Tema Esei Sejarah 2014

4. Sejarah Kaum/Etnik/Suku

• Kebanyakan negara di dunia pada hari ini didiami oleh masyarakat pelbagai kaum.

• Di Malaysia misalnya, komposisi penduduknya sangat kompleks.

• Secara umumnya, masyarakat yang kompleks itu dibahagikan mengikut kategori secara umum iaitu kaum.

• Di dalam kategori kaum itu pula terdapatnya entiti sosial lebih kecil – etnik dan suku.

Page 28: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Pembahagian dalam kategori kaum itu mewujudkan kumpulan penduduk Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain.

• Pembahagian dibuat berdasarkan kepada perbezaan asal-usul, agama, budaya, bahasa, cara hidup dan sebagainya.

• Di dalam kategori kaum itu pula terdapat entiti lebih kecil

Page 29: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• Dalam kategori kaum Melayu misalnya, terdapat etnik/suku yang berbeza-beza pula.

• Demikian juga dalam kaum Cina dan India. • Setiap kaum dan entiti kecil yang ada di

dalamnya itu memiliki identiti, budaya dan cara hidup dan sejarah asal usul masing-masing.

• Tema kajian Sejarah Kaum/Etnik/Suku memberikan perhatian kepada aspek-aspek tersebut.

Page 30: 2 Tema Esei Sejarah 2014

PROSES MEMBATASKAN KAJIAN

TEMA UMUM

SUB-TEMA SUB-TEMA

ASPEK ASPEK ASPEK ASPEK

Page 31: 2 Tema Esei Sejarah 2014

KETERANGAN KOMPONEN ESEI ILMIAH (SEJARAH) YANG KOHEREN

PENDAHULUANESEI

• Fungsi pendahaluan – menghuraikan tajuk – latar/maklumat/konteks/ signifikansinya secara ringkas - mengemukan persoalan kajian. penjelasan tesis esei, menggariskan struktur hujahan dan membina blue-print/road-map esei.

• Mengambil tidak lebih 10 peratus panjang esei – disampaikan dalam satu atau dua perenggan sahaja. Bemula dari pernyataan umum kepada lebih spesifik

Page 32: 2 Tema Esei Sejarah 2014

TUBUH ESEI • Format esei sejarah – kronologikal- urutan atau tajuk./tematik.

• Format yang dipilih menentukan bagaimana pemerosaan esei dilakukan.

• Kekuatan sesebuah esei bergantung kepada struktur pemerosaan, tematik insight dan dalil pembuktian.

• Badan esei adalah komponen terpenting sesebuah esei.

Page 33: 2 Tema Esei Sejarah 2014

TUBUHESEI

• Bahagian ini menyediakan bukti dan analisis bagi mengukuhkan tesis/hujahan - mengembangkan idea secara logical dan tersusun.

• Tujuannya mendalami analisis dan mempertahankan hujahan/tesis/

• Mengemukakan evidens dan analisisis bagi mengembangkan tesis secara logical dan tersusun

• Menerusi pemerengganan yang koheren – membina analisis dan mempertahankan hujah/tesis

Page 34: 2 Tema Esei Sejarah 2014

TUBUH ESEI • Pembinaan perenggan isi – dengan tema utama di dalam setiap satunya sesuai dengan prasyarat pembinaan perenggan yang baik.

• Hujahan disusun menerusi pemerangganan yang teratur dan koheren.

• Perengan dibina samada secara induktif ataupun deduktif.

Page 35: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• TUBUH ESEI

• Setiap perenggan minimumnya mengandungi 3 atau empat ayat – bermula dengan ayat tajuk – mewakili idea utama yang hendak dikembangkan dalam perenggan.

• Setiap perenggan memiliki ayat-ayat sokongan dalam bentuk memberikan bukti berdasarkan fakta/evidens, analisis atau petikan, contoh dan pengukuhan idea.

Page 36: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• TUBUH ESEI

• Isi setiap perenggan terbina menerusi inferens ke atas smber primer dan sekunder

• Selain aspek di atas, kekuatan sesebuah perenggan juga bergantung kepada logic dan flownya.

• Sebuah esei yang baik memiliki unsur koherensinya – yang dapat diteliti menerusi peralihan idea dari satu perenggan ke satu perenggan yang lain.

• Esei yang baik memperlihatkan ‘flow’ .

Page 37: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• TUBUH ESEI

• Esei yang koheren dicirikan oleh – adanya kesinambungan ide dalam wacana – pertalian ayat ke ayat dan perenggan ke perenggan

• Esei yang koheren juga disokong kuat oleh pembinaan perenggan yang efektif.

• Perenggan efektif disusun teratur mengandungi ayat idea utama, ayat contoh/bukti/ -- berdasarkan maklumat daripada sumber primer atau sekundar, diikuti ayat huraian dan ayat penegas.

Page 38: 2 Tema Esei Sejarah 2014

• TUBUH ESEI

• Perenggan dipertalikan dengan perenggan yang lain menerusi penggunaan penanda wacana yang sesuai.

• Perenggan juga terbina kemas – hasil kelancaran bahasa dan penggunaan diksi – pola ayat, kosa kata, ejaan, tanda baca yang betul

• Setiap perenggan akhirnya menyumbang kepad hujahan keseluruhan esei.

• Setiap perenggan diadunkan bersama – kata alihan, hujahan dan bukti.

Page 39: 2 Tema Esei Sejarah 2014

KESIMPULANESEI

• Perlu dirangka sebagai satu kesatuan menerusi rangkuman tema/isi/hujah utama esei dan membuat penegasan hujah yang telah disampaikan.

Page 40: 2 Tema Esei Sejarah 2014

ALAT ILMIAH/DOKUMENTASIESEI

• Setiap esei ilmiah mesti memiliki dokumentasi yang tersusun – nota kaki dan bibliografi – sekiranya ada apendiks. Gunakan gaya Chicago sebagai kaedah dokumetasi.

Page 41: 2 Tema Esei Sejarah 2014

DIMENSI PENTAKSIRAN KE ATAS ESEI ILMIAH KERJA KURSUS SEJARAH, KERTAS 940/4

Pendahuluandan kesimpulan

• Adakah pendahuluan mempekenalkan tajuk dengan jelas, memberikan keterangan tentang tujuan kajian, dan tesis esei?

• Adakah kesimpulan dibina dengan jitu – bukan hanya sekadar membuat ringkasan semula (summary) ke atas apa yang dibincangkan.

• Adakah pembinaan kesimpulan dibuat secara bertalian dengan persoalan kajian dan tesis esei.

Page 42: 2 Tema Esei Sejarah 2014

KONTEN/TUBUH ESEI

Adakah perengggan-perenggan dalam bahagian ini dibina sesuai dengan format esei - naratif, deskriptif atau analitikal, mengemukakan idea-idea utama, membuat pendetailan menerusi maklumat/eviden yang diperolehi daripada sumber primer, dan juga sumber sekunder.

• Apakah maklumat dalam perenggan relevan dengan tajuk utama. Adakah perenggan bertalian antara satu sama lain?

Page 43: 2 Tema Esei Sejarah 2014

ORGANISASI/STURKTUR

ESEI

• Adakah maklumat relevan dengan tajuk

• Adakah perenggan tersusun dengn baik

• Susunan naratif dilakukan dengan cara menarik dan berisi

• Mengidentifikasi isu/konsep dengan jelas

• Bahagian-bahagian dibina dengan kemas

• Focus statement – susun idea sekitar tesis

• Perimbangan unsur naratif dan analisis

Page 44: 2 Tema Esei Sejarah 2014

ORGANISASI/STURKTUR

ESEI

• Perimbangan unsur naratif dan analisis

• Mengelak perulangan • Hujahan disokong bukti• Data relevan dan contoh sokong

idea utama• Inferens dan kesimpulan didasarkan

pada evidens

Page 45: 2 Tema Esei Sejarah 2014

PENGETAHUAN • Fakta, detail sokongan, tema, isu, konsep, idea

• Mendefinisi dan huraikan konsep, tema, isu dan idea mendalam

• Fakta dan pendetailan idea tepat• Pertalian fakta utama dan detail

sokongan• Tepat dalam gunakan fakta dan

detailnya• Jangkauan penyelidikan dan

pembacaan• Tumpuan kepada isu yang

significan dan relevan

Page 46: 2 Tema Esei Sejarah 2014

HUJAHAN &TAAKULAN

• Menekankan analisis, evaluasi dan sintesis bukti

• Menyusun bukti berkaitan secara logical

• Kemukkan kesimpulan/ rumusan berasaskan eviden

• Gunakan skil berfikir kritis dalam analisis, nilai dan sintesis bukti.

•  

Page 47: 2 Tema Esei Sejarah 2014

HUJAHAN &TAAKULAN

• Analisis – menjawab langsung persoalan kajian

• Mengupas isu pokok• Membezakan perspektif kajian

yang lepas tentang isu dikaji• Mengaplikasi konsep • Membina hujahan sesuai format –

kronologi atau analitikal.

Page 48: 2 Tema Esei Sejarah 2014

MEKANIKDANPERSEMBAANESEI

• Adakah penampilan esei Nampak kemas

• Mudah difahami• Tiada kesalahan diksi• Susunan ayat, diksi, gaya petikan,

ejaan• Jelas dan economic of style• Grammar dan punctuation• Pendahuluan dan kesimpulan yang

kemas• Penggunaan kaedah catatan dan

bibliografi ikut gaya yang ditetapan.

• Panjang esei ikut ketetapan

Page 49: 2 Tema Esei Sejarah 2014

KOMUNIKASI • Menampilkan pengetahuan dan hujahan

• Idea- disokong oleh evidens• Huraian terfokus sejajar tesis• Persembahan tersusun dan detail

Page 50: 2 Tema Esei Sejarah 2014

PETIKAN &RUJUKAN

• Adakah catatan nota kaki, petikan dan susunan bibliografi mengikut gaya Chicago

Page 51: 2 Tema Esei Sejarah 2014

PLD ESEI SEJARAH KERTAS 940

STANDARD DAN SKOR

Page 52: 2 Tema Esei Sejarah 2014

CEMERLANG48 - 55

• Idea utama/tesis yang berkaitan dengan tugasan (permasalahan) dalam esei dijelaskan dengan terang dalam pengenalan

• Tidak kurang lima isi utama dibina dan dikembangkan secara jelas, tersusun secara logikal sesuai dengan tesis esei.

• Sebahagian besar pengetahuan terbina hasil daripada penyelidikan mendalam dan penggunaan sumber primer yang berkaitan dengan tajuk

Page 53: 2 Tema Esei Sejarah 2014

CEMERLANG48 - 55

• Setiap perenggan mengandungi isi utama yang dibina dengan mantap dan diberikan sokongan bukti secara khusus dan hujahan amat kukuh.

• Peralihan idea dari satu perenggan ke satu perenggan sangat lancar

• Kesimpulan yang dibuat berjaya mengukuhkan tesis dengan hujahan mantap – merantaikan keseluruhan idea utama esei

• Penggunaan laras bahasa sejarah yang kemas• Penyampaian idea amat kemas,

menyegarkan, menarik dan sangat terang. • Kesilapan aspek mekanikal, tata bahasa dan

ejaan tidak ketara.

Page 54: 2 Tema Esei Sejarah 2014

KEPUJIAN36 - 47

• Ada idea utama yang kukuh, berkaitan dengan tesis dan tugasan yang dikehendaki dalam pengenalan esei

• Lima isi utama jelas dan tersusun secara logikal, tetapi bukti dan sokongan kurang terang.

• Penyelidikan kurang mendalam dan meskipun pengetahuan berdasarkan sumber primer, tetapi penggunaanya terbatas

• Setiap perenggan mengandungi isi utama yang dibina dengan kemas, diberikan sokongan bukti, tetapi kurang spesifik dan hujahan kukuh.

Page 55: 2 Tema Esei Sejarah 2014

KEPUJIAN36 - 47

• Perkataan sesuai digunakan secara tepat, tetapi ada bahagian ayat yang kurang kemas.

• Kesimpulan kukuh, tetapi agak kurang mantap

• Penyampaian idea keseluruhan kemas dan terang

• Memiliki sebahagian kecil kesilapan mekanikal, tatabahasa dan ejaan yang agak ketara, tetapi tidak merosakkan mesej yang disampaikan.

Page 56: 2 Tema Esei Sejarah 2014

BAIK28 – 35

• Penyampaian idea utama kurang mantap, tesis tidak jelas tetapi masih menunjukkan tujuan penulisan dalam pengenalan

• Susunan idea ada, tetapi bukti dan sokongan kurang mantap – pernyaataan bersifat umum dan tidak kukuh.

• Penyelidikan tidak mendalam, pemerolehan maklumat hanya bergantung kepada satu sumber primer, sebahagian besar pengetahuan pula diambil hanya dari satu atau dua sumber sekunder sahaja

• Pembinaan isi dalam perenggan lemah, sokongan bukti tidak kuat dan menyakin

Page 57: 2 Tema Esei Sejarah 2014

BAIK28 – 35

• Pertautan idea utama dan tesis tetapi kesimpulan lemah

• Penyampaian idea baik, kurang kemas• Menggunakan perkataan secara tepat,

tetapi ayat simplistik• Kesilapan mekanikal dan tata bahasa

meskipun sedikit, tetapi ketara.

Page 58: 2 Tema Esei Sejarah 2014

LEMAH17 - 27

• Idea utama tidak jelas/tiada tesis dalam pengenalan

• Susunan idea kurang teratur, kebanyakannya tidak berkaitan dengan kehendak tugasan.

• Langsung tidak menggunakan sumber primer, hanya bergantung kepada sumber sekunder yang tidak autoritatif

• Gagal membina isi utama, pembinaan hujahan dalam perenggan tidak logikal.

• Perkataan yang digunakan tidak tepat, kelemahan ayat yang banyak mencacatkan penyampaian idea secara jelas

Page 59: 2 Tema Esei Sejarah 2014

LEMAH17 - 27

• Kesimpulan tidak bertaut dengan tesis dan isi perbincangan

• Kesilapan mekanikal dan tatabahasa nampak ketara dan menjejaskan penyampaian

• Perkataan yang digunakan tidak tepat, kelemahan ayat yang banyak mencacatkan penyampaian idea secara jelas

• Kesimpulan tidak bertaut dengan tesis dan isi perbincangan

• Kesilapan mekanikal dan tatabahasa nampak ketara dan menjejaskan penyampaian

Page 60: 2 Tema Esei Sejarah 2014

SANGATLEMAH1 - 16

• Idea utama tidak jelas/tiada tesis dalam pengenalan

• Susunan idea tidak teratur, tidak berkaitan dengan kehendak tugasan dalam esei.

• Hanya menggunakan satu dua sumber sekunder, ada unsur pengambilan maklumat tanpa memfrasakan sendiri.

• Ada unsur-unsur memplagiat• Gagal membina isi utama, keseluruhan

esei dibina secara tidak logikal.

Page 61: 2 Tema Esei Sejarah 2014

SANGATLEMAH1 - 16

• Perkataan yang digunakan tidak tepat mencacatkan penyampaian idea dan kejelasan keseluruhan esei

• Kesimpulan lemah dan tidak relevan dengan tesis kajian

• Kesilapan mekanikal dan tatabahasa nampak sangat ketara dan amat menjejaskan penyampaian

Page 62: 2 Tema Esei Sejarah 2014

P & P & TAKSIRAN DLM PBS SEJARAH• Rubrik - alat pengajaran dan pembelajaran

dan pentaksiran dalam PBS• Kecekapan menaksir esei ilmiah sejarah

menggunakan rubrik• Memahami sifat esei ilmiah sejarah• Beza esei sejarah dengan esei current-affairs dan

subjek non-sejarah yg lain