esei kumpulan

27
ESEI KUMPULAN Faktor –faktor yang mempengaruhi integrasi ICT didalam bilik darjah: Implikasi terhadap pendidikan guru. Pendahuluan Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,mengukuh dan menambahkan kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungkan jalin bersama keadah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai kepada aktiviti P&P. Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari persepektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P. matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna,mengurus dan memahami ICT. Ini adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum

Upload: nurul-hidayah-wasli

Post on 14-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Kumpulan

ESEI KUMPULAN

Faktor –faktor yang mempengaruhi integrasi ICT didalam bilik darjah: Implikasi

terhadap pendidikan guru.

Pendahuluan

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi

pembelajaran untuk memperkenal,mengukuh dan menambahkan kemahiran. Penggunaan

teknologi mesti digabungkan jalin bersama keadah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT

untuk memberi nilai kepada aktiviti P&P.

Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari persepektif yang

lebih luas iaitu menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan

kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P. matlamat utama mengintegrasi ICT dalam

kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi

mengguna,mengurus dan memahami ICT. Ini adalah penting bagi murid untuk menguasai

kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum

(Jonassen ,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan

inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat

membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi

Page 2: Esei Kumpulan

itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu acara untuk guru dan pelajar

menyelesaikan masalah semasa pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi

kandungan. Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran 

menjadi semakin penting dan meningkat secara mendadak dalam sistem pendidikan masa kini.

Pelajar sekolah kini lebih berminat menggunakan ICT, melayari Internet untuk mengakses

maklumat, serta mempunyai laman web mereka sendiri dengan mendaftar dalam  myspace,

friendster, blogspot, facebook dan sebagainya. Fenomena seperti ini sudah menjadi trend dalam

kalangan pelajar sekolah. Minat dan kegemaran pelajar menggunakan ICT harus dimanfaatkan

oleh guru dan ibu bapa dengan membimbing pelajar dan anak mereka ke arah penggunaan yang

betul. Satu cabaran dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah untuk menganjak paradigma

guru ke arah perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini menggunakan komputer dan

kemudahan  ICT sebagai pendekatan alternatif.

Para guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik

untuk memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum

pendidikan.  ICT (Information and Communication Technology) meliputi semua teknologi yang

membantu penyampaian maklumat seperti radio, televisyen, telefon mudah alih, komputer dan

internet. Kesan ICT terhadap pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa

penggantian, peralihan dan perubahan (Iztkan, seperti dinyatakan dalam Willems, Stakenborg, &

Veugelers, 2000).

Dalam fasa penggantian, guru akan menggunakan ICT sebagai alat untuk sesi pengajaran

dan pembelajaran tanpa mengubah kaedah pengajaran, manakala fasa peralihan melibatkan guru

menggunakan ICT yang dapat merangsang perubahan seterusnya membawa kepada kaedah

Page 3: Esei Kumpulan

pengajaran yang baru. Fasa perubahan pula melibatkan perubahan asas terhadap peranan pelajar

dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Evolusi penggunaan ICT dalam pendidikan guru

bermula pada akhir tahun 1970-an dengan pengenalan mikrokomputer dan pengaturcaraan

kepada guru dan beralih kepada mengenal pasti dan memasang perisian pembelajaran pada tahun

1980-an.

Oleh kerana terdapat pelbagai maklumat di Internet yang dapat membantu untuk

meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran, maka program latihan perguruan lebih

memfokuskan kepada penggunaan ICT supaya para guru dapat mencari dan memperoleh

maklumat yang berguna bagi sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Menurut Collis dan Jung

(2003), kesan penggunaan internet dan web sebagai alat komunikasi yang biasa digunakan dalam

masyarakat mulai pertengahan tahun 1990 telah memberi kesan yang besar terhadap sistem

pendidikan guru.

Faktor-faktor yang mempengaruhi integrasi ICT didalam bilik darjah

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan

dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor

utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu (Chen ,2004). Teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara murid belajar

dan cara guru mengajar. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan

dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara

Page 4: Esei Kumpulan

berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan

pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti

powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat

di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan

gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan

mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana

tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan

adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya

tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran

dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat

ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai

sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-

maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan

guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta

efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti

pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana

maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Beberapa kajian (Abdul Rahim 1998a : 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat

beberapa stail pembelajaran dikalangan murid. Adanya yang lebih selesa belajar secara konkrit

Page 5: Esei Kumpulan

berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai “fielddependent” berbanding

dengan murid “fielddependent”. ( Abdul Rahim Saad,2000). Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi

murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam “fielddependent” adalah mudah tetapi bagi

murid yang belajar sevara konkrit atau tergolong dalam “fielddependent” mereka akan mudah

faham seperti beberapa konsep,prinsip,peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan

ilustrasi dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan

mempelbagaikan penyampaian  dan pengajaran melalui penggunaan internet bahan-bahan

multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif

dibangunkan dengan menggunakan bahan visual.grafik,teks,muzik,video serta animasi yang

membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet

dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk

meneroka ,mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal

pendidikan yang sediakan sama ada portal tempatan atau luar ,guru dan murid dapat

memanfaatkan sebaik mugkin.portal pendidikan dapat memberikan kefahaman yang lebih

kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains,guru

hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka

boleh berulang kali mencubanya. Melalui penggunaan komunikasi elektronik (emel) net

meeting ,chat room dan sebagainya guru dan murid adapat bertukar-tukar idea sesame sendiri

atau dengan guru dan murid dari sekolah yang berlainan. Pertukaran maklumat dengan sekolah

dari luar Negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan.

Selain itu juga faktor yang mempengaruhi integrasi dalam bilik darjah seharusnya

mempunyai perkembangan Resos iaitu hugungan diantara kemampuan untuk meningkatkan

Page 6: Esei Kumpulan

kebolehan dalam ICT dan resos ICT adalah berbentuk saling bergantung. Sebenarnya kebolehan

ICT dikalangan murid boleh dianggap sebagai resos untuk pembelajaran merentasi kurikulum

dan adalah wajar bagi setiap bilik darjah untuk merancang pembangunan resos dan kebolehan

ICT secara serentak.

Sebagaimana media pendidikan yang lain, ICT adalah alat, kaedah dan pendekatan yang

digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses

pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Menurut D’Lgnazio (Bairley 1996), ICT adalah

alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia

pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan

cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan sebenar murid. Manfaat lain pula

membawa erti murid-murid yang terlibat dalam pembelajaran ICT boleh mempelajari ilmu yang

ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan, dan emosinya.

Kemampuan ICT memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna

tiada pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej ICT boleh

menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang

kali.

Pakej boleh memberikan penerangan secara terus. Bagi pelajar yang menggunakan

multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih

berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan

mereka dapat diukur.Oleh itu ,ICT menjadi sangat berguna keada murid Bagi perancang pakej

multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih

Page 7: Esei Kumpulan

terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran.Walupun mutimedia berperanan dalam

proses pembelajaran bukan bermakna multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran

kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan pembelajaran

ICT Meningkatkan Pembelajaran

Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa

perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah

baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,

di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan

mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia

untuk bersaing secara global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di atas,

maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan

untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan

masyarakat golongan muda di bidang ICT. Dalam membudayakan remaja dalam arus

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, system pendidikan Negara haruslah

bersedia mempromosikan budaya celik komputer, celik IT dan seterusnya budaya teknologi

.           Sejak 1999, sistem pendidikan telah mengalami perubahan dengan penerapan Sekolah

Bestari di beberapa sekolah yang terpilih di seluruh negara.Ia merupakan salah satu inisiatif

kerajaan bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara yang sentiasa

dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan berdaya saing untuk menghadapi alaf baru

Page 8: Esei Kumpulan

yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Di samping itu, sekolah merupakan salah satu platform terbaik untuk menjana perkembangan

produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja yang mampu

Berfikit secara kritis ,inovatif dan kreatif

Selain itu, ia juga bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu secara

holistik dan bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pewujudan, konsep Sekolah yang lengkap dengan teknologi

terkini serta kemudahan prasarana itu secara tidak langsung berupaya untuk memperkasakan

perkembangan ICT di kalangan rakyat.

.           Langkah tersebut membantu generasi muda untuk menguasai penggunaan aplikasi ICT

selain merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk di bandar. 

Sehingga kini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi platform bagi

melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari.Ia merangkumi aspek, kurikulum dan kokurikulum,

sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti berteraskan kemudahan yang disediakan dan

garis panduan yang ditetapkan. Justeru, dengan adanya staf profesional di kalangan tenaga

pengajar (guru), kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat bantuan mengajar

digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap secara tidak langsung mampu melahirkan

para pelajar yang celik teknologi maklumat (IT) .

Di Sekolah yang mempunyai ICT yang lengkap pembelajaran bercorak kendiri

diterapkan, kurikulum lebih fleksibel dan terbuka berbanding sekolah biasa. Sehubungan itu,

bagi menyebarkan peranan sebenar dan konsep Sekolah Bestari kepada umum, Perbadanan 

Penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan memperlihatkan

Page 9: Esei Kumpulan

perlaksanaan nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Ini meliputi sistem

pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu menggunakan aplikasi dan

perkakas ICT.

Secara tidak langsung, budaya memperkasakan ICT dapat diterapkan di kalangan para

pelajar,guru-guru sekaligus kepada masyarakat setempat. Dari segi pengurusan, sekolah-sekolah

berkenaan menggunakan perisian khas yang bertujuan merekodkan segala data mengenai murid

dan guru dari segi kehadiran, penggunaan kemudahan komputer ataupun makmal, kewangan,

perpustakaan dan sebagainya. Penyepaduan kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada

memudah- kan proses pencarian, penyimpanan dan pengurusan data yang efektif dapat dilakukan

oleh pihak sekolah.

Sementara itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang untuk

berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding sekolah biasa.

Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi mata pelajaran tertentu yang

memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi perisian ‘Power Point’. Penyediaan bantuan

papan putih interaktif (interactive whiteboard) serta projektor melancarkan lagi proses

pengajaran guru-guru disekolah tersebut Sebagai tambahan, sekolah-sekolah tersebut turut

menganjurkan program khas seperti bengkel, pertandingan, pameran dan juga minggu berkaitan

ICT khusus untuk para pelajarnya. Dalam pada itu, pengajaran yang sistematik dan

berkonsepkan modul turut menampakkan kelancaran membahagikan penggunaan kemudahan

yang sedia ada. Ini adalah kerana, bilangan komputer yang sedia ada tidak mencukupi untuk

digunakan oleh semua pelajar seretak.  

Page 10: Esei Kumpulan

Oleh demikian, pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti Sijil Tinggi

Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah

(PMR) diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan prasarana waktu sekolah.

Sementara pelajar lain seperti tingkatan satu dan dua bebas untuk menggunakan kemudahan

selepas tamat masa persekolahan. Selain itu, kesemua pelajar turut diajar untuk menggunakan

perisian dan aplikasi ringkas bagi membantu sistem pembelajaran mereka. Lebih menarik, para

pelajar berupaya untuk mengumpul data dan maklumat mengenai sesuatu tugasan yang diberi

melalui Internet dan kemudiannya menghantarnya kembali kepada guru berkenaan menerusi e-

mel. Lebih membanggakan, kemahiran penggunaan aplikasi ringkas dan pengetahuan mengenai

komputer yang diperoleh di sekolah itu, turut dikongsi dengan isi rumah masing-masing.

Selain itu, antara cabaran lain adalah sekolah tersebut kekurangan guru penyelaras ICT yang

bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan juga kemudahan prasarana sekolah.

Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT perlu ditambahkan bagi setiap

Sekolah dalam usaha memastikan kelancaran.

Implikasi terhadap pendidikan guru

Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi

abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan

pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku

disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping

kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion

keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru

Page 11: Esei Kumpulan

dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan.

Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang

pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan

paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan

membangunkan masyarakat dan negara.

Guru yang berinovatif serta berkualiti adalah

pemangkin kecemerlangan pendidikan dan hakikat ini

telah menagih perubahan di kalangan guru dalam

merealisasikan hasrat dan aspirasi sistem pendidikan

negara dalam melahirkan generasi yang serba boleh

sejajar dengan zaman permodenan. Lantaran itu,

pelbagai tuntutan telah dibuat ke atas guru dan

menyebabkan tanggungjawab yang diamanahkan

seakan menjadi satu bebanan kepada mereka. Hari

ini, para guru terpaksa berhadapan dengan kadar

perubahan dalam dunia pendidikan sehingga

wujudnya bebanan yang keterlaluan.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam

dunia masa kini apabila berlakunya ledakan teknologi

maklumat hari demi hari. Dengan adanya kemajuan

dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan

Page 12: Esei Kumpulan

dengan jaringan Internet telah membolehkan banyak

maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam

teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala

maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Negara yang kini sedang menghadapi pelbagai

cabaran dan dugaan semasa dari segi dalaman dan

luaran akibat daripada kesan globalisasi, libralisasi

dan perkembangan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (Information and Communication

Technology, ICT) yang sekaligus akan memberi

impak yang ketara terhadap sistem pendidikan

negara. Memandangkan ICT merupakan penentu

utama dalam proses pembangunan bagi

meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha

demi usaha telah dipergiat untuk

mengarusperdanakan akses kepada perkhimatan dan

kemudahan secara meluas serta menggalakkan

penerimaan dan penggunaan ICT dalam semua

aspek kehidupan.

Penggunaan ICT di sekolah telah dipengaruhi

oleh pelbagai faktor seperti pengetahuan dan

Page 13: Esei Kumpulan

kemahiran serta kemudahan dan kekangan di

sekolah. Namun, beberapa kajian telah menunjukkan

bahawa kepercayaan guru berkaitan penggunaan

teknologi dalam kerja-kerja seharian mereka di

sekolah merupakan faktor penentu dalam

kemampuan guru mengintergrasikan teknologi

tersebut.Para guru juga masih berada pada tahap

perlu belajar untuk meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran dalam penggunaan teknologi. Dalam

konteks ini, tidak semua guru boleh menerima atau

mengikuti perubahan sesuatu teknologi dengan hati

yang terbuka. Dalam usaha memperkukuhkan asas

bagi pencapaian yang memberangsang berasaskan

pengetahuan, penggunaan teknologi secara strategik

menjadi semakin penting selaras dengan tumpuan

negara ke arah pembangunan teknologi maklumat

dan komunikasi seperti mana yang dinyatakan dalam

RMK9/RMK10 sebelum ini.Usaha giat dijalan untuk

merapatkan jurang digital dan memperluaskan

rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada

perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara di

kalangan para pengguna. Kebiasaannya

Page 14: Esei Kumpulan

keberkesanan terhadap penggunaan teknologi

maklumat adalah bergantung kepada keterbukaan

warga pendidik dalam penerimaan teknologi

maklumat sebagai elemen pengajaran dan

pembelajaran yang dirancangkan oleh mereka.

Warga pendidik contohnya guru yang menjadi nadi

dan tulang belakang dalam menjana keberkesanan

pendidikan secara keseluruhan. Jika dahulunya

kurang guru di Malaysia menggunakan Internet, tapi

kini bilangannya yang mengakses ke Internet sudah

semakin meningkat malahan ada di antara mereka

menganggap bahawa teknologi maklumat merupakan

sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

Perkembangan pesat dalam penggunaan

teknologi maklumat berasaskan pendidikan

merupakan satu landasan yang cerah untuk

menjadikan pendidikan bertaraf dunia. Namun begitu,

tidak dapat dinafikan bahawa teknologi juga mampu

mendatangkan kesan negatif kepada individu.

Page 15: Esei Kumpulan

Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru

seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston Churcil

menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk

mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat,

menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.

Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis

dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah

mendapatkan maklumat.

Kelebihan Penggunaan (ICT) Dalam Bilik Darjah

Pada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan

lagi.Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya.Sama ada dalam

bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya.Namun, sejauh manakah teknologi

maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai

bahan mengajar di kelas.

Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana tidak berapa

mesra pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya pembelajaran di sekolah dan

sebagainya.Selain itu, bahan mengajar berteraskan ICT banyak dibina oleh pihak luar dan kurang

menepati citarasa guru serta murid di sekolah.Ada kalanya terlalu canggih sehingga sukar

dipelajari dan digunakan di sekolah.

Page 16: Esei Kumpulan

            Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah

untuk menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang

telah diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan

gambar  atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan

kebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas.Namun, ianya

bersifat statik dan berpusatkan guru.

            Sebagai contoh, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk

menghasilkan perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di

kedai.Cuma ianya perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula, perisian ini

mampu menjimatkan kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah.

            Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau ditambah

untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah.Tentulah keadaan ini

menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya.Selain itu, perisian

dari luar juga bersifat universal dan umum kerana dibina untuk pasaran seluruh negara.Justeru,

kemungkinan ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan dengan persekitaran murid-

murid.Bagaimana murid hendak menggabungkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang

dipelajarinya sekiranya bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan dengan persekitaran mereka.

            Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas

merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di

sekolah.Sebagai guru, sudah tentulah mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan

murid mereka.Maklum balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian

tersebut.

Page 17: Esei Kumpulan

Alam pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang ICT

terutamanya komputer.Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid didedahkan dengan ICT

sejak sekolah rendah supaya mereka sudah biasa dengannya.Apabila mereka sudah terbiasa sejak

kecil dan dibekalkan dengan kemahiran ICT, ianya berguna apabila mereka melangkah ke pusat

pengajian tinggi dan alam pekerjaan.

Globalisasi yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan perkongsian ilmu

menjadi mudah.Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini boleh dijadikan contoh serta

dikongsi dengan mudah melalui softcopy.Bahan softcopy ini boleh dipindahkan melalui emel

atau salinan dalam cakera keras. Dengan itu, guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan

menggunakan bahan inovasi ini. Manfaat dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.

Kelemahan Penggunaan ICT Dalam Bilik Darjah

            Kelemahan yang mungkin berlaku didalam bilik darjah adalah walaupun bahan

pengajaran berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan kemudahan kepada proses

pembelajaran dalam kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh kerana

bahan berasaskan ICT memerlukan peralatan elektronik seperti komputer, projektor dan monitor,

kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah tinggi. Ia boleh

menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai objektif pembelajaran.

Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan ICT dalam

bilik darjah. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik. Bagi murid yang lahir

Page 18: Esei Kumpulan

daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman, komputer

merupakan sesuatu yang asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari sesuatu

menggunakan bahan berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu

mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain.

Seterusnya, kebanyakan bahan pengajaran berasaskan ICT mempunyai unsur permainan,

hiburan dan multimedia. Pada awalnya ia dibuat untuk meransang minat murid. Tetapi, murid

pada peringkat umur kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.

Mereka akan mudah leka dan ketagih dengan unsur permainan tersebut sehingga menjejaskan

pembelajaran mereka.

            Kemudian, bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi pengalaman

sebenar kepada murid. Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT hanyalah sebagai

simulasi, contoh dan gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti. ICT mungkin tidak

mampu memberi kesan pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih

berkesan dalam membina pengetahuan berasaskan pengalaman sebenar. Jika pembelajaran

menggunakan komputer dilakukan, kesan buruknya ialah murid belajar secara pasif dengan

hanya duduk di hadapan komputer. Komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan

murid mungkin tidak berjalan dengan baik. Murid akan terlalu asyik dengan perisian komputer

tanpa menghiraukan arahan guru dan komunikasi dengan rakan mereka. Hal ini sudah tentu

menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi mereka di sekolah.

 Kesan negatif kepada guru pula ialah apabila mereka mahir menggunakan ICT, mereka

akan mula mengambil mudah semasa membina bahan pengajaran. Bahan sedia ada akan hanya

Page 19: Esei Kumpulan

diubah mengikut keperluan subjek. Hal ini sudah tentu membantutkan pemikiran kreatif dan

kritis guru dalam menghasilkan bahan pengajaran. Walhal, sumber bahan pengajaran adalah

pelbagai, bukan hanya tertumpu pada ICT semata-mata.

            Apabila ICT diberi tumpuan secara berlebihan, makan kaedah pengajaran guru tidak

pelbagai. Jika dilihat kaedah pengajaran biasa dan konvensional juga mempunyai kelebihan

tersendiri dan tidak harus dibuang begitu sahaja.  

Kesimpulan

Pendidikan pada hari ini menuntut agar guru melengkapi diri mereka dengan pelbagai

pengetahuan dan kemahiran teknologi kerana menggunakan ICT adalah trend masa kini dan akan

datang. Seiring dengan itu guru-guru perlu berupaya menangani perkembangan dalam ICT yang

berlaku dengan pantas,dimana pengetahuan dan kemahiran baru sentiasa muncul

Memandangkan guru-guru kini berhadapan dengan impak ICT terhadap pedagogi

mereka,maka seharusnya mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT yang mantap bagi

membantu mereka menangani impak tersebut. Kesedaran,komitmen serta kerjasama bagi

memaksimumkan keberkesanan pengintergrasikan ICT dalam bilik darjah.

Integrasi ICT dalam bilik darjah merupakan perkara yang penting memerlukan sokongan

serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah,guru ,murid dans emua pihak

sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru

perlu cepat menguasai ilmu dan ketranpilan ICT untuk diterapkan didalam proses pengajaran dan

Pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi,pelan

pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras

Page 20: Esei Kumpulan

utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus  dilihat sebagaii satu peluang untuk

memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran.

Selain itu dengan adanya integrsi ICT dalam blik darjah guru harus berhati-hati dalam melaksana

pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran

masa dan tenaga ,menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus kea

rah penyalahgunaan kemudaham ICT.

Rujukan

1)      Norizan Abdul Razak.2000. penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran

bahasa: menangani perubahan. Dlm. Abdul Rahman Embong (pnyt). Negara pasaran &

pemodenan Malaysia. Hlm.291-304 Bangi : penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

2)        http://eprints.utm.my/10133/1/[email protected]

3)        http://www.slideshare.net/ShamonaDaud/krt3013-tugasan-besei-d20102043877

4)         Rosnani Mahmud & Mohd Arif Ismail. 2008. Pengintegrasian teknologi maklumat

dan komunikasi (TMK) dalam pembestarian sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.