esei mab (autosaved)

17
ESEI Proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak maksud. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan pengajaran dan pembelajaran berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar. Ajar pula bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud segala-segala yang berkaitan dengan mengajar dan mengajarkan. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam era globalisasi ini dianggap sebagai satu yang kompleks. Proses ini meliputi banyak aspek seperti teori-teori pembelajaran, pengaplikasian model, pendekatan, teknik, dan strategik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Para guru perlulah mengetahui tentang aspek-aspek ini dan menghayati secara lebih mendalam. Penghayatan aspek-aspek ini mampu melahirkan guru-guru yang berkualiti bagi menentukan keberhasilan murid. Bilangan guru berkualiti dalam kalangan para guru merupakan sesuatu yang mustahil. Hal ini kerana,terdapat segelintir guru-guru zaman sekarang yang materialistik yang mengejar kebendaan. Mereka lupa akan tugas mereka sebagai pendidik. Gurulah merupakan pendidik negara yang melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya.

Upload: prakash

Post on 23-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

terima kasih

TRANSCRIPT

Page 1: ESEI Mab (Autosaved)

ESEI

Proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak maksud. Menurut Dewan Bahasa

dan Pustaka, perkataan pengajaran dan pembelajaran berasal dari satu kata dasar yang sama

iaitu ajar. Ajar pula bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran

bermaksud segala-segala yang berkaitan dengan mengajar dan mengajarkan.

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan

penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,

bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan

menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan

menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke

arah pencapaian potensi optimum.

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam era globalisasi ini dianggap sebagai satu yang

kompleks. Proses ini meliputi banyak aspek seperti teori-teori pembelajaran, pengaplikasian

model, pendekatan, teknik, dan strategik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Para guru

perlulah mengetahui tentang aspek-aspek ini dan menghayati secara lebih mendalam.

Penghayatan aspek-aspek ini mampu melahirkan guru-guru yang berkualiti bagi menentukan

keberhasilan murid. Bilangan guru berkualiti dalam kalangan para guru merupakan sesuatu

yang mustahil. Hal ini kerana,terdapat segelintir guru-guru zaman sekarang yang materialistik

yang mengejar kebendaan. Mereka lupa akan tugas mereka sebagai pendidik. Gurulah

merupakan pendidik negara yang melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya.

Apakah maksud model pengajaran? Model pengajaran dimaksudkan sebagai kerangka yang

merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklimn sosial bilik darjah yang dapat

mewujudkan persekitaran pembelajaran murid. Model ini dikatakan sebagai strategi preskriptif

yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Terdapat model pengajaran yang

pelbagai dan setiap satu berasaskan kepada satu teori pembelajaran tertentu. Teori yang

berlainan memfokus terhadap aspek pelajar yang berbeza dan oleh itu, implikasi terhadap

prosedur pengajaran juga berbeza. Maka, model pengajaran menyediakan struktur hala tuju

untuk guru. Melalui video yang saya ambil saya mendapati bahawa guru menggunakan dua

model pengajaran dalam P&P iaitu Model Pengajaran Behaviorisme dan Model Sosial.

Pengajaran guru dalam video itu mengikut Model Pengajaran Behaviorisme berdasarkan

hujah-hujah berikut. Model ini menumpukan kepada tingkah laku yanh dapat diperhati dan

Page 2: ESEI Mab (Autosaved)

tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid, maka model

pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas.Dalam Model Pengajaran

Behaviorisme, terdapat beberapa kumpulan model pengajaran. Dalam video tersebut saya

mendapati bahawa,dua kumpulan model telah digunakan oleh cikgu dalam sesi P&P iaitu

model pembelajaran langsung dan model pembelajaran masteri.

Pengajaran langsung adalah satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas

dimana pelajaran terarah kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur.

Pembelajaran langsung adalah strategi pengajaran yang digunakan oleh guru untuk

memudahkan cara pembelajaran. Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan

isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran

supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Salah satu keistimewaan pengajaran

langsung ialah menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa tertentu.

Pengajaran langsung dibahagikan dalam tiga aspek iaitu jenis hasil pembelajaran pelajar,

aliran aktiviti pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Pengajaran ini direka bentuk bagi

merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar sercara langkah

demi langkah. Oleh itu, pembelajaran langsung bertujuan untuk mencapai dua hasil

pembelajaran utama iaitu penguasaan kandungan berstruktur dan penguasaan pelbagai

kemahiran.

Langkah-langkah pengajaran langsung ialah kenalpasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin

dicapai. Seterusnya, rangsang minat murid-murid terhadap apa yang akan disampaikan. Ketiga

ialah tinjau semula pengetahuan dan kemahiran lalu yang perlu dikuasai bagi memudahkan

kefahaman mereka Kemudian tinjau semuala praktis tersebut melalui kuiz yang akan dijawab

mereka dan beri maklumbalas ke atas jawapan yang betul, serta ajar semua kemahiran-

kemahiran tertentu, jika difikirkan perlu. Langkah terakhir ialah beri kerja rumah bertujuan untuk

mengukuhkan kefahaman mereka. Bagi sesi pengajaran yang selanjutnya, tinjau semula bahan

pengajaran dan pastikan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di luar

bilik darjah.

Ciri-ciri pengajaran langsung ialah item-item disediakan mengikut kebolehan pelajar dan

disusun daripada mudah kepada kompleks. Seterusnya, pelajar memberi tindak balas

berdasarkan kefahaman maklumat dalam item-item yang disediakan. Selain itu, menekankan

pembelajaran individu dan melatih pelajar kemahiran belajar sendiri. Langakah keempat ialah

pelajar dapat menyemak jawapannya serta merta dengan merujuk kepada contoh jawapan.

Page 3: ESEI Mab (Autosaved)

Langkah terakhirnya ialah item-item yang diaturkan adalah berhubung rapat satu sama lain.

Kemahiran dan fakta yang didapati daripada item terlebih dahulu menjadi pengalaman asas

untuk item-item berikutnya.

Seterusnya pembelajaran masteri dalam Model Pengajaran Behaviorisme. Dalam video

tersebut pembelajaran masteri dapat dilihat. Pembelajaran masteri ialah satu kaedah

pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur dan dibahagikan kepada

unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari. Pembelajaran masteri

melibatkan oengajaran berasaskan kumpulan tradisonal, pemulihan dan pengayaan secara

individu. Pembelajaran masteri bersaskan kepada falsafah bahawa hampir semua murid boleh

menguasai sesuatu pengetahuan dengan baik dan penuh berkeyakinan sekiranya keadaan

yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan. Pembelajaran masteri ialah satu set

amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara

konsisten.

Antara prinsip pembelajaran masteri ialah semua murid normal boleh menguasai apa-apa

yang diajar oleh guru. Seterusnya pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil di mana

pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid.

Ketiganya ialah masa yang diperuntukkan harus mencukupi dab fleksibel untuk semua murid

mencapai objektif atau hasil pembelajaran. Selain itu, guru harus merancang dan

mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang

berbeza. Terakhirnya, guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran

dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar dalam masa yang

paling singkat. Beberapa prinsip diatas tersebut dapat dilihat dalam video tersebut..

Dalam video tersebut guru mengunakan beberapa kemahiran seperti terdapat dalam

pembelajaran masteri. Antaranya, mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian

murid, mengetahui perbezaan antara murid, menggunakan pelbagai kadedah pengajaran serta

merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Kemahiran

yang seterusnya dapat dilihat dalam video tersebut ialah menguruskan pelbagai bahan bantu

mengajar, menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran dan merancang

serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai. Pembelajaran ini

membantu pelajar menghadapai masalah melalui bimbingan dan latihan tambahan serta

pengayaan tambahan untuk mereka menguasai bahan dengan kadar yang sesuai.

Page 4: ESEI Mab (Autosaved)

Dalam video tersebut boleh dilihat bahawa terdapat Model Pengajaran Sosial. Salah satu

aktiviyi yang menunujukkan model pengajaran sosial ialah aktiviti kumpulan. Model

pembelajaran sosial adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan hubungan individu

dengan masyarakat atau orang lain. Model pembelajaran ini difokuskan pada peningkatan

kemampuan individu dalam berhubungan dengan orang lain, terlibat dalam proses demokratis

dan bekarja secara produktif dalam masyarakat.

Selain itu, model sosial ini juga direka cipta adalah bertujuan untuk membantu pelajar

bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai ahli

kumpulan atau pasukan. Selain itu, model ini juga dapat membantu memperkembangkan

perspektif individu dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak lansung,

permikiran seseorang itu akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Dalam model ini juga

lebih menekankan kepada penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan. Fakta ini boleh

dilihat dalam video tersebut melalui aktiviti kumpulan yang dijalankan oleh guru.

Antara model-model yang terkandung dalam model social yang berkait dengan videonya

ialah pembelajaran koperatif, Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran yang

menerangkan tentang bagaimana seorang murid dapat melakukan aktiviti secara berkumpulan

dan cara untuk memperoleh kerjasama. Oleh itu, murid akan dapat mempelajari cara belajar

secara kerjasama dalam kumpulan berbagai-bagai kebolehan, iaitu selain dapat mengeratkan

hubungan silaturahim, ia juga dapat memperoleh cadangan yang berlainan dengan adanya

perbincangan. Sebab itulah ia dikatakan belajar secara berkumpulan dapat memperoleh

kebolehan. Kebolehan yang diterangkan ialah kebolehan berfikir murid tersebut.

Selain itu, dalam video itu murid juga belajar cara untuk berinteraksi dan saling membantu

melalui aktiviti pembelajaran. Perkara ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan

pelajar dan akan memperolehi kerjasama yang kuat. Selain itu, pembelajaran ini juga bertujuan

untuk mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang. Tambahan pula, dengan membuat kerja

dalam berkumpulan, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam

pembelajaran kumpulan, murid juga bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (4-5

orang). Unsur asas dalam pembelajaran koperatif ialah saling bergantung antara satu sama

lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, tanggungjawab individu, kemahiran

social dan pemprosesan pasukan.

Page 5: ESEI Mab (Autosaved)

Apakah itu pendekatan? Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-

langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi

masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu tugasan itu

dilaksanakan. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati

sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk

mencapai objektifnya. Terdapat dua jenis pendekatan berkait rapat dengan video ini iaitu

pendekatan induktif dan pendekatan tematik.

Pendekatan induktif sering mendapat sambutan yang hangat daripada golongan guru-guru

sekolah berbanding dengan pendekatan yang lain. Pendekatan induktif ini menekankan

pengajaran yang berbentuk spesifik kepada umum. Penghayatan tentang pendekatan ini dalam

kalangan guru akan membantu mereka dalam proses pengajaran. Sekiranya seseorang guru itu

tidak mempunyai ilmu pendekatan ini maka, beliau akan gagal dalam menyampaikan

pengajarannya kepada para murid. Pengetahuan tentang pendekatan ini akan memudahkan

proses pengajaran seseorang guru dengan memulakan pengajarannya dengan memberikan

beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk konsep.

Pendekatan ini akan membuka ruang ilmu pengetahuan dalam minda para guru kerana

guru terpaksa memberi banyak contoh sebagai permulaan pengajaran. Oleh itu, guru akan

berusaha untuk mendapatkan ilmu yang mendalam dan berlebihan tentang tajuk yang akan

diajar dalam kelas supaya ia akan memberi satu gambaran yang jelas kepada para pelajar.

Pendekatan ini akan memberi peluang kepada guru-guru untuk menyediakan diri mereka

dengan merancang satu aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada satu

generalisasi. Ramai dalam kalangan guru yang tidak menyediakan aktiviti pengajaran pada

zaman sekarang. Mereka lebih mengutamakan pengajaran secara lisan dalam kelas. Pelajar

juga akan mudah berasa bosan dengan pengajaran tersebut. Penghayatan tentang pendekatan

ini akan membuka minda dan hati guru-guru untuk menggunakan pendekatan ini dalam kelas

dan mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut.

Pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini

disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus

yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya kefahaman dan

ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat

dalam pengesanan rumus. Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam

kalangan pelajar. Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas

Page 6: ESEI Mab (Autosaved)

menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaranakan

menjadi lebih hidup. Seterusnya, pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana

pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan juga murid-

murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya

mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini

boleh mengurangkan kebosanan mereka. Pendekatan ini menggalakan guru menggunakan

pelbagai contoh agar pelajar mudah faham dan tidak keliru dengan pengajaran yang ingin

disampaikan oleh guru. Penglibatan murid-murid dalam video itu sangat aktif kerana guru

tersebut telah memahami konsep pendekatan induktif dan dapat mengaplikasikan dalam

kelasnya dengan betul.

Seterusnya ialah pendekatan tematik ialah pengajaran menggunakan tema merupakan

pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar. Pendekatan secara tema

akan membolehkan pelajar menganalisis, membuat genaralisasi dan mengaplikasi

pengetahuan. Semasa permulaan matapelajaran dalam video tersebut, guru menggunakan

pendekatan ini dengan menggunakan telefon bimbit bertema teknologi maklumat. Tujuan

pendekatan ini ialah strategi lebih berpusatkan kepada pelajar. Dalam hal ini guru perlu

mengambil kira minat, tahap kebolehan dan pengalaman murid-murid semasa merancang

aktiviti. Tujuan seterusnya ialah berpandukan tema, guru dapat mencetuskan idea yang

menarik untuk aktiviti yang dirancang. Aktiviti yang dilaksanakan dapat melibatkan pelajar

secara aktif. Tujuan terakhir ialah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat membina kemahiran

pelajar-pelajar

Antara-antara prinsip pendekatan tematik ialah tema yang dipilih harus sesuai dengan minat

dan kebolehan serta pengalaman pelajar. Seterusnya tema perlu berkait rapat dengan

kehidupan harian pelajar kerana pengalaman yang dibekalkan adalah benar. Tema mempunyai

sikap yang luas dan meliputi pelbagai bidang. Oleh itu guru perlu bijak memlih tema dan aktiviti

yang dapat mengembangkan kemahiran kreativiti murid. Sekuen sesuatu tema amat penting

agar dapat membantu murid memahami secara keseluruhan dan perkembangan antara idea.

Selain itu, aktiviti pembelajaran yang dirancang berdasarkan tema harus merangkumi pelbagai

bidang kurikulum. Prinsip pendekatan tematik yang terakhir ialah pengajaran dan

pengembangan tematik memerlukan pencetusan idea yang banyak dan pelbagai.

Strategi pengajaran ialah satu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah serta teknik

pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Terdapat tiga strategi pengajaran dalam video

Page 7: ESEI Mab (Autosaved)

ialah pemusatkan pelajar, strategi berasaskan sumber/bahan dan strategi berasaskan tugasan/

aktiviti.

Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk

apa-apa yang diajar dan bgaimana ia dapat dipelajari. Pengajaran di mana tumpuan diberikan

kepada pelajar dalam melaksanakan akiviti pengajaran. Pelajar memiliki kebebasan untuk

melakukan aktiviti bersama guru. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam

pengajaran dan pembelajaran (melalui kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan,

penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain-lain).

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang

penting,sedangkan peranan guru hanya sebagai pembimbing kepada murid yang menjalankan

aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah dua hala. Guru

menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya murid berfikir dan bertindak

balas memberi jawapan. Ciri kepimpinanan guru bersifat demokratik dalam strategi ini. Murid-

murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Keadaan ini menggalakkan lebih banyak

penglibatan murid dalam aktiviti bilik darjah.

Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang eksplisit, guru tidak membiarkan pelajar untuk

melakukan aktiviti tanpa pemantauan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih

mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Perkembangan murid adalah secara

menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Penyampaian guru

ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta

yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Strategi pemusatan

murid juga mementingkan pengolahan kaedah kumpulan.

Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid. Strategi ini didapati lebih

berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap

yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan

kemahiran sosial berkumpulan. Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan,

inkuiri dan penemuan serta beberapa bentuk perbincangan. Pengajaran berpusatkan murid

adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif,

meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid

peluang membuat penyampaian dan bercakap, serta menggalakkan murid menghasilkan idea.

Page 8: ESEI Mab (Autosaved)

Selain itu, pembelajaran berpusatkan murid mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat

menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara individu,

kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalammembentuk proses pembelajaran melalui

rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.

Strategi seterusnya ialah strategi berasaskan sumber atau bahan. Strategi berpusatkan

bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok binaan, bahan lukisan,

peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk

menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar

yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar. Penekanan

diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan P&P. Penggunaan bahan-

bahan harus berasaskan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar,

strategi pengajaran dan kebolehan pelajar. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses

P&P serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental. Komputer di dalam bilik

darjah boleh digunakan untuk latihan,latih tubi dan permainan pendidikan. Penggunaan slaid

dan transparensi turut membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat serta

tepat penanggapan.

Hal ini membolehkan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Gambar, peta dan

carta dapat membantu pelajar memahami dengan lebih jelas. Gambar yang besar dan

berwarna-warni dapat menarik minat serta meningkatkan penumpuan pelajar dalam pelajaran.

Carta pula memudahkan pemahaman pelajar dari segi mudah diingati seperti carta pai,

histogram dan graf. Pembelajaran berpusatkan bahan penting bagi membantu guru memenuhi

keperluan pelajar yang pelbagai. Pembelajaran ini dapat menunjukkan cara untuk belajar

mengikut kadar sendiri pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain

itu, ia juga dapat membantu pelajar yang tidak hadir.

Ciri-ciri strategi berasaskan bahan ialah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan

pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya

kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Seterusnya, lebih

mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai

objektif pengajaran. Ketiganya ialah dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak

dengan lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti

pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Ciri terakhir ialah mementingkan aktiviti

Page 9: ESEI Mab (Autosaved)

pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan

adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit. Dalam

video itu, guru menggunakan komputer riba dan persembahan visual.dalam proses P&P.

Strategi terakhir ialah strategi berasaskan tugasan atau aktiviti. Guru yang menggunakan

strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberi

peluang kepada mereka untuk mengamalkan dan mengaplikasikan apa yang sedang mereka

belajar. Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang kepada murid menerima

bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan, atau scaffolding bentuk lain yang

diperlukan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya.

Aktiviti yang dipilih dengan bijak perlu disampaikan dengan berkesan, dipantau, dan

diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Untuk itu, guru perlu terlebih dahulu

menyediakan murid menghadapi sesuatu aktiviti, memberi bimbingan dan maklum balas

semasa aktiviti, dan menstruktur refleksi pasca aktiviti selepas sesuatu aktiviti. Semasa

memperkenalkan sesuatu aktiviti, guru perlu menekankan tujuannya dengan cara yang boleh

membantu murid melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dengan idea jelas akan matlamat yang

ingin dicapai mereka. Guru boleh scaffold dengan membekalkan maklumat yang diperlukan

atau membantu tentang bagaimana memenuhi kehendak tugasan.

Sekiranya bacaan ialah sebahagian daripada tugasan, guru mungkin boleh meringkaskan

idea utama, mengingatkan murid tentang strategi – strategi yang dapat memperkembangkan

dan memantau kefahaman semasa mereka membaca atau membekalkan mereka bahan yang

boleh membantu mereka mempelajari bahan bacaan dengan cara yang betul. Setelah murid

mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru seharusnya memantau kemajuan mereka dan

memberi bantuan sekiranya perlu. Kebanyakan tugasan bersama – sama dengan murid,

memberi maklum balas umum tentang persembahan mereka, dan mengukuhkan idea utama

dengan mengaitkan kepada matlamat keseluruhan

Kaedah pengajaran ialah cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan

alat bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Teknik pengajaran merupakan

satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan penggajaran kepada pelajar dari

segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Teknik pengajaran diberikan penekanan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia perlulah dirancang awal untuk menentukan

sama ada kaedah yang dipilih adakah bersesuaian dengan pengajaran yang disampaikan.

Penggunaan teknik atau kaedah pengajaran akan mewujudkan suasana pembelajaran yang

Page 10: ESEI Mab (Autosaved)

aktif dan ceria. Antara kaedah dan teknik pembelajaran yang terdapat dalam video itu ialah

sumbang saran dan perbincangan.

Kaedah sumbang saran merupakan kaedah yang mewujudkan iklim pembelajaran

perkongsian idea atau maklumat antara para pelajar. Ini juga merupakan satu tenet utama

pembelajaran konstruktivisme merupakan pentingnya persekitaran pembelajaran yang aktif.

Pelakasanaan pembelajaran aktif adalah dengan membahagikan pelajar ke dalam kumpulan

kecil dan pelajar boleh berinteraksi serta belajar secara harmoni di samping mewujudkan iklim

pembelajaran. Melalui video tersebut, boleh diihat bahawa guru telah membahagikan pelajar

kepada beberapa kumpulan. Penggunaan kaedah ini akan membantu guru mencapai objektif

pengajaran dengan mudah. Perbincangan antara para pelajar akan meningkatkan lagi

kefahaman mereka terhadap topik yang mereka belajar. Guru tidak perlulah mengulangi topik

tersebut banyak kali sebagai usaha meningkatkan kefahaman mereka. Ini memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran. Malah, kaedah ini juga membantu guru untuk menggalakan

pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar secara tidak langsung. Perkongsian idea

atau maklumat akan berlaku antara para pelajar di mana setiap pelajar akan bersuara untuk

menyatakan pendapat dan pandangan mereka.

Di sini, mereka akan menimba banyak ilmu pengetahuan berkaitan dengan topik yang

dibincangkan. . Inilah tempat mereka mengeluarkan idea-idea yang tersembunyi dalam minda

mereka dan membentangkannya. Malah, mereka juga dapat membezakan dan menentukan

pendapat yang betul dan salah dengan mudah. Mereka akan berfikir secara lebih mendalam

dalam usaha menyampaikan pandangan kepada ahli kumpulan lain. Ini membantu guru

mewujudkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis tanpa menggunakan latihan tambahan

ataupun usaha yang berlebihan. Kaedah ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang

riang dan aktif secara tidak langsung. Pelajar-pelajar tidak akan jemu dengan pengajaran guru.

Selain itu, kaedah ini juga membantu guru untuk mengenal pasti pelajar yang pasif dalam kelas.

Pelajar yang pasif perlulah dikenalpasti dari awal lagi agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Guru tidak akan memerlukan masa tambahan untuk mengenalpasti pelajar pasif dalam kelas.

Kaedah ini akan memudahkan proses mengidentifikasi pelajar pasif. Guru haruslah mengetahui

tentang masalahnya dengan lebih mendalam dan menolong pelajar pasif tersebut dengan

memberi dorongan dan sokongan moral. Selain itu, kaedah ini juga membantu guru

meningkatkan keyakinan diri para pelajar.

Page 11: ESEI Mab (Autosaved)

Kaedah dan teknik pengajaran yang seterusnya ialah perbincangan. Perbincangan

merupakan proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran.

Bagi teknik perbincangan, ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di

bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik brainstorming ialah teknik yang berbentuk

perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi

menghuraikan pendapatnya. Seterusnya teknik soal jawab yang merupakan teknik yang kerap

digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini

dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan

tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu. Bagi teknik

main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi

atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara

spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi

ini berlangsung.

Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.Teknik

perbincangan boleh dijalankan mengikut beberapa langkah iiaitu guru menarik perhatian murid

kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Seterusnya, guru membahagikan murid

kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh

dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan

dicapai. Kemudian guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat

dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Terakhirnya ialah ketika perbincangan guru

harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara

yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arah perkara yang

betul. Dalam video tersebut boleh didapati bahawa guru tersebut menggunakan langkah-

langkah diatas semasa menggunakan kaedah dan teknik perbincangan.

Kesimpulannya, model oengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan

kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran

pembelajaran untuk murid. Pendekatan merupakan cara mendekati sesuatu mata pelajaran

diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran digunakan

untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar.