emosi

Upload: royston-petrus

Post on 19-Jul-2015

199 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Royston anak petrus Psikologi Pendidikan Universiti Malaysia Sabah Penderaan Emosi kanak-kanak, Trauma Terselindung PENDAHULUAN Penderaan merupakan masalah sosial yang berlaku di seluruh dunia dan penderaan yang lazim didengar ialah penderaan dari aspek fizikal dan seksual. Namun begitu, penderaan dari aspek emosi agak jarang diriuhkan dan didendangkan di media massa atau hangat diperkatakan di mana-mana. Penderaan emosi sebenarnya kerap terjadi dengan tidak ketara dan memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak. Definisi penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Bedasarkan kajian penyelidik emosi ini mempunyai tiga komponen iaitu: 1. Perasaan dalaman tertentu - Ini dialami dan dirasai secara subjektif seperti rasa takut, suka, duka, marah dan benci. 2. Corak rangsangan fisiologi - Ini termasuk semua perubahan fisiologi dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa apabila dalam keadaan cemas. 3. Corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) Komponen ini merangkumi gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala apabila berada dalam keadaan sedih atau mata kelihatan terbeliak dan kening berkerut apabila dalam keadaan takut. Penderaan juga boleh menyebabkan mangsa trauma dan perkataan trauma adalah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ditebuk. Dalam konteks kecederaan fizikal, ini bermaksud kulit yang pecah (skin is broken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi. secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan ciptaan Tuhan yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus dan perasaan atau

1

Dalam erti kata yang lain, perkataan ini juga bermaksud kekerasan telah berlaku sehingga mengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada organisme berkenaan.

PERBINCANGAN

Penyelidikan yang dijalankan oleh Kasmini Kasim mengenai penderaan emosi kanak-kana, trauma terselindung ini satu perkara yang harus dipuji dan kajian ini boleh mambantu para guru dalam mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah penderaan emosi. Ini adalah kerana masalah ini semakin hari semakin bertambah dan kes penderaan dari aspek emosi amat membimbangkan dari masa ke semasa. Saya sangat mengalu-alukan kajian beliau dan mengucapkan tahniah kerana meluangkan masa untuk membuat kajian terhadap masalah ini yang belum diketahui oleh ramai guru dan ibu bapa.Tajuk kajian ini juga sememangnya sesuai untuk para ibu bapa dan termasuk para guru untuk mendidik dan mengenalpasti para pelajar yang mengalami penderaan emosi. Ini kerana pelajar yang mengalami penderaan dari segi emosi sudah pasti memberi kesan kepada sekolah berkenaan dari aspek disiplin kendiri pelajar tersebut. Saya menyokong dan setuju terhadap kajian ini, kerana masalah penderaan emosi adalah salah satu cabang yang dikaji dari aspek psikologi.Ini kerana mereka yang mengalami penderaan emosi akan mengalami kerosakan psikologi dan kerosakan psikologi bermaksud kerosakan dan kecacatan yang berlaku pada proses perkembangan, serta kerencatan pada potensi perkembangan dan kreatif mental kanak-kanak itu dan ketika disekolah pelajar yang mengalami penderaan emosi agak kurang berminat dengan sesi pembelajaran dan lebih gemar meminta perhatian daripada rakan dan guru mereka. Huraian dalam kajian mengenai masalah ini adalah lebih mendalam dan mudah difahami kecuali kurang menyatakan sebab utama ibu bapa melakukan penderaan emosi terhadap anak-anak. Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. Pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas 2

harian mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu. Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Seorang lelaki yang dibuang kerja tiba - tiba mendapati dia tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang tetap. Dia tidak dapat menjelaskan hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulananya seperti biasa. Ini menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang. Tidurnya tidak lagi nyenyak , tubuhnya sering menggeletar dan jantungnya berdegup kencang. Dia mungkin sering diserang sakit kepala dan sakit perut. Semua tanda -tanda ini adalah ekoran daripada tekanan emosi yang dialaminya. Dalam satu kes , seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran mengeluh sering sakit kepala , sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya. Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing malam dan tidak selera makan akibat suasana di rumah yang kurang stabil. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang berura -ura untuk berpisah. Kanak -kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak -kanak ini dimasukkan ke hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak -kanak tersebut. Saya percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap , keengganan untuk menyusu dan tidak subur.Dalam suatu kes , seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya , pembantu rumah atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering meragam kerana tidk dapat menikmati belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian diberikan rawatan kaunseling . Dia telah dapat mengubah caragaya keibuannya dan ekoran daripada itu , hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra. Sianak lebih

3

nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih baik. Timbang beratnya ternayata meningkat dengan lebih memuaskan selepas beberapa bulan kemudian. Dari contoh -contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah -muntah , sakit perut , sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjaditidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat , keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia menghadapi tekanan emosi. Tegasnya , pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi. Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di rumah dan di sekolah , aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si anak dan mencari punca - punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan. Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan ditadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya. Di sekolah program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan pelajar yang mengalami penderaan emosi. Umpamanya , program yang menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat.Adakalanya , kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning 4

disability ) yang menyebabkan mereka tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak lain. Keadaan ini perlu di kenal pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu.Adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu , para pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka. Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ? Cara seseorang itu menghadapi cabaran -cabaran hidup berbeza dengan seorang yang lain dan ini bergantung pada personaliti atau perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi lagi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka , pengalaman dari semasa ke semasa sentiasa mengubah , mengukuh atau menghilangkan sesuatu ciri perwatakan yang terdapat pada dirinya. Dikalangan orang dewasa ,ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun berhadapan dengan sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah resah sehingga tidak dapat memikirkan cara -cara untuk mengatasi sesuatu masalah itu dengan baik.Keupayaan berfikir dengan tenang dan kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah penyelesaian yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau mengurangkan tekanan emosi. Seseorang yang sering resah dan mudah berasa gentar apabila menghadapi sesuatu cabaran perlu mengubah sikapnya jika dia ingin berjaya didalam bidangnya. Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan -kelemahannya. Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya melalui pendidikan dan contoh -contoh positif. 5

Tabiat -tabait yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi seseorang kanak -kanak. Contohnya , seorang kanak -kanak berusia 10 tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam dan berasa resah untuk menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak mengajarnya membina keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia seorang budak yang lembab sejak dia di dalam darjah satu lagi. Apabila anak ini dinilai , prestasi inteleknya didapati setaraf dengan kanak -kanak lain yang sebaya dengannya. Jika dia diberi perhatian yang lebih sejak dari darjah satu lagi , prestasi akademiknya mungkin akan lebih baik. Tetapi , kerana program intervensi bagi membantunya dalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan , prestasinya tahun demi tahun semakin merosot. Ini semakin menjejaskan keyakinan dirinya. Dia akan mudah berasa tertekan apabila berhadapan dengan sesuatu cabaran. Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan mendatangkan apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya. Dia memerlukan galakan , sokongan dan tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam pelajarannya. Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi. Untuk meredakan keadaan emosi yang berkecamuk , dia mungkin menunjukkan tingkah laku seperti melawak , menjadi agresif , sentiasa resah atau tidak mengambil berat langsung dalam hal -hal sekolah.

KRITIKKAN/CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Abstark(Kritikan,Cadangan dan Penambahbaikan) Dalam bahagian ini, penyelidik memang menerangkan dengan lebih terperinci tentang tujuan, teknik, dan dapatan kajian. Apa yang ingin saya mengutarakan adalah mengenai skop pemilihan kajian terhadap penderaan emosi. Berdasarkan kajian penyelidik agak kurang jelas tentang bagaiamana penderaan emosi boleh berlaku dan penyelidik juga menyatakan penderaan emosi berlaku agak tidak ketara dan saya menyimpulkan bahawa penyelidik kurang jelas bagaiaman berlakunya penderaan emosi dan ciri-ciri mangsa yang mengalami penderaan emosi.Berdasarkan kajian penyelidik juga menyatakan definisi penderaan emosi tidak dapat dikenalpasti dengan baik, kerana sehingga kini belum ada definisi yang boleh diguna pakai dan dipersetujui di peringkat antarabangsa dan ini jelas 6

menunjukkan penyelidikan yang dijalankan oleh beliau satu kajian yang belum menemui kesepakatan dunia tentang penderaan emosi. Berdasarkan kajian beliau juga jelas penderaan emosi masih memerlukan kajian yang lebih menyeluruh daripada pakar-pakar psikologi untuk mengetahui lebih dalam tentang penderaan emosi secara lebih menyeluruh.Namun demikian, penyelidik menyatakan bahawa penderaan emosi berlaku kesan daripada tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak dan kesan daripada penderaan emosi ini boleh mewujudkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih dari kesan umum dalam persekitaran mereka dan ini jelas faktor yang menyebabkan berlakunya penderaan emosi adalah datang dari ibu bapa itu sendiri.

Pengenalan(Kritikkan/Cadangan dan Penambahbaikan) Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pnyelidik adalah kajian yang baik dan masih memerlukan kajian yang menyeluruh dan kajian yang dijalankan oleh beliau juga berketepatan dan dikenal pasti secara keseluruhan tentang penderaan emosi terhadap kanak-kanak. Namun, seperti yang saya katakan pada awalnya tadi, kajian yang dijalankan oleh penyelidik jelas belum mencapai kesepakatan antarabangsa dari aspek teori dan maksud penderaan emosi,kedaan ini jelas apabila beliau sekadar memetik atau mengambil definisi dari pandangan dalam Malaysia sahaja,definisi yang diberikan oleh beliau ialah , (Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan kepada empat jenis penderaan yang utama, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan dan penderaan emosi (Malaysia 1991) ) dan sebaiknya beliau menyertakan definisi dan pandangan daripada pakar psikologi bagi mengukuhkan lagi kajian beliau. Seabagai contoh beliau boleh menyertakan perkembangan kes-kes atau statistik kes penderaan berdasarkan sumber-sumber media massa yang diperakui kesahihannya,sebgai contoh seperti berikut, Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur dari tahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapi memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Tahun 2000, ia melibatkan 146 kes, 2001 (150), 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. Bagaimanapun, bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada 189 pada tahun 2005. Sehingga Ogos 2006, sebanyak 108 telah dilaporkan.Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalah lebih membebankan.Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. 7

Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes ini. Dengan adanya statistic dan artikel yang kukuh ini membantu penyelidik mengukuhkan lafi fakta kajian beliau. Di samping itu beliau juga boleh menyertakan jadual yang menunjukkan statistik penderaan kanak-kanak.Berikut adalah merupakan contoh statistik yang saya perolehi berdasarkan jenis-jenis penderaan:-

JENIS-JENIS KES PENDERAAN KANAK-KANAK TAHUN 2001-2007

Terdampar Diabaikan Fizikal Seksual Emosi Lain/Iain

70 303 287 251 56 69

121 357 354 324 32 54

98 389 410 430 32 31

26 563 459 529 52 27

68 601 431 566 77 57

53 682 495 670 50 49

63 761 586 754 45 70

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia , 2008 Berdasarkan statistik tersebut penderaan emosi jelas masih boleh dibendung dengan baik dan para pelajar yang mengalami penderaan emosi juga boleh memberi kesan kepada proses P&P guru disekolah dan guru juga perlu peka terhadap isu semasa berkaitan masalah penderaan emosi. Guru merupakan individu yang boleh membantu mengatasi dan memulihkan pelajar yang mempunyai masalah penderaan emosi. Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar, ketika itu saya bersekolah di tahun 6 di SRK Syed Otman Miri,Sarawak. Kami satu kelas gempar apabila seorang rakan berteriak dengan tiba-tiba dan lari keluar dari sekolah dan para guru ketika itu belari mengejar 8

pelajar tersebut yang cuba melarikan diri dari sekolah, selepas ditanya dan dikaunseling oleh guru yang pada masa itu guru kelas kami iaitu Cikgu Badrul zaman pelajar tersebut menyatakan dia mengalami tekanan emosi kesan daripada masalah rumah tangga ibu bapanya dan sering di maki oleh bapanya yang juga tertekan semenjak ibunya lari dari rumah. Kedaan ini sehingga kini mendorong saya untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang gelagat dan emosi seseorang dan diakui psikologi merupakan subjek yang saya amat minati sekali.

Objektif Kajian(Kritikan/Cadangan dan Penmabahbaikan) Penyelidik telah memberi maksud yang jelas tentang maksud emosi,fisiologi emosi,teori emosi, ekpresi emosi, penderaan emosi, cirri-ciri penderaan emosi, tingkahlaku ibu bapa, bentuk interaksi, kelemahan kanak-kanak, kerosakan psikologi, insiden penderaan emosi dan susana penderaan emosi dengan jelas sekali dan ini telah mengukuhkan lagi kajian beliau tentang penderaan emosi terhadap kanak-kanak. Tetapi yang saya cadangkan adalah objektif harus difokuskan kepada gangguan dan kesan kepada penderaan emosi terhadap ganguan psikiatri,ganguan perkembangan fizikal dan ganguan pada perkembangan psikologi. Di dalam kajian ini, penyelidik ada menyatakan ganguan dan kesan tersebut, namun agak sedikit dan agak terbatas maklumat yang diperolehi. Kedaan ini jelas kajian tentang penderaan emosi masih mempunyai sumber yang terbatas berbanding jenis penderaan lain seperti penderaan fizikal dan seksual terhadap kanak-kanak.Berdsarkan statistik yang saya berikan, ini jelas menunjukkan penderaan emosi amat sukar dikesan dan kerajaan melalui guru boleh mewujudkan satu bidang untuk melatih guru mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi,sebagai contoh mewujudkan guru pendidikan khas masalah emosi dan mental untuk mengesan kanak-kanak yang menderita tekanan emosi.Selain itu sebagai sebuah sekolah dan sekolah merupakan ejen pendidikan kepada masyarakat, amatlah dialukan melalui persatuan Ibu Bapa dan Guru menjalankan program dan ceramah untuk membimbing anak-anak mereka dan mengelak berlakunya penderaan emosi terhadap anak-anak. Ini berdasarkan, kajian kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia mendapati bahawa perubahan tingkah laku ini adalah dipengaruhi oleh cara gaya keibubapaan, hubungan interpersonal ibubapa dan kanak-kanak, konflik antara ibubapa dan kesihatan mental ibubapa sehingga keadaan ini membentuk pengalaman dalam hidup kanak-kanak itu kelak (Teoh dan Rose, 2001). Kebanyakan kanak-kanak diperingkat persekolahan sering mengalami pelbagai masalah

9

emosi dan tingkah laku kesan daripada keruntuhan sistem kekeluargaan, modenisasi dan urbanisasi. Ini merupakan tangungjawab yang amat besar yang perlu dipikul oleh para guru di sekolah.

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KAJIAN Kajian(Cadangan dan Penambahbaikan) Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik pada pendapat saya penyelidik sekadar mengkaji secara teori dan mengesan sebab dan akibat penderaan emosi.Pada pendapat saya penyelidik seharusnya memilih beberapa orang kanak-kanak yang merangkumi semua bangsa utama di Malaysia untuk menjalankan kajian dan mengenalpasti pelajar yang mengalami penderaan emosi.Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik, beliau telah menyatakan ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi,ekpresi wajah dan tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami penderaan emsoi, melalui garis panduan yang diberikan oleh beliau sendiri dalam mengenalpasti kanak-kanak ini, maka beliau perlu membuktikan kajian beliau dengan disertakan beberapa sampel kajian terhadap beberapa orang kanak-kanak bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan oleh beliau.

Kerangka Teori(Cadangan) Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik juga jelas peranan guru amat diperlukan untuk membantu dan membimbing kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan emosi. Ini kerana kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi mengalami kerosakan psikologi dan ini jelas dinyatakan dalam hasil kajian penyelidik iaitu perkembangan psikologi kanak-kanak akibat deraan emosi juga didapati terjejas. Mereka tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain. Sistem dan cara pemakanan juga agak luar biasa. Mereka makan tidak tentu masa dan gemar mengutip makanan tidak tentu arah. Tingkah laku mereka adalah lebih keanak-anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka. Adakalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.Ini sudah pasti memerlukan bimbingan dan kaunseling oleh guru disekolah dan dibantu oleh guru pendidikan khas dalam memabantu membimbing murid yang 10

mengalami penderaan emosi. Selain itu pelajar yang mengalami penderaan emosi perlu diberi perhatian dengan dan sentiasa memberi peluang kepada mereka menyertai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan bagi memupuk minat dan melegakan tekanan pada mereka.

CADANGAN KAEDAH KAJIAN Sesi kaunseling dan memerhatikan tingkah laku pelajar di sekolah serta permerhatian terkawal dan mengenalpasti dari sudut ekpresi muka ketika mengeluarkan setiap patah ayat dari mulut.Guru juga boleh mendekati pelajarnya mengunakan pendekatan sebagai seorang sahabat dan berusaha untuk menunjukkan kesedian mendengar masalah pelajarnya.Melaui keakraban hubungan pelajar dan guru dapat mendekatkan diri dan pelajar turut selesa untuk meluahkan masalah yang dialami oleh mereka.Pihak sekolah juga boleh mengadakan program mentor dan menthe atau istilah anak angkat guru bagi memastikan para pelajar lebih dekat dengan guru dan mampu mengenalpasti latar belakang pelajar dengan lebih dekat lagi.

KESIMPULAN Kesimpulannya, Pengenalan dan kajian secara menyeluruh terhadap kes berkaitan penderaan emosi kanak-kanak amatlah perlu.Ini bagi memastikan kanak-kanak melaui perkembangan fizikal,mental dan psikologi yang baik.Pendedahan kepada aspek kerohanian juga perlu bagi memastikan mereka membesar dan berkembang selaras dengan tuntutan agama. Jika pembentukan sahsiah kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akan timbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa.Kesannya mereka mudah untuk terjebak dengan masalah sosial yang akan mengelapkan masa depan mereka suatu hari nanti.Kesan daripada penderaan emosi juga akan menyebabkan mereka mengalami kerosakan psikologi yang amat teruk apabila mereka menjadi dewasa suatu hari kelak.Peranan guru di sekolah juga amatlah penting bagi memastikan para pelajar dibimbing dengan baik dan menerima pendidikan yang sewajarnya,agar pelajar mampu mengecapi kesenangan yang diperolehi melalui ilmu pengetahuan. Para pakar psikiatri 11

dan para guru disekolah perlu mengenalpasti dengan lebih awal bagi membantu mengawal dan menyembuhkan kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi. Mayarakat lain atau ahli keluarga lain juga merupakan harus berganding bahu bagi memastikan kes penderaan semakin berkurangan dan berjaya diatasi dengan baik.Pihak perundangan juga perlu memainkan peranan mereka dengan lebih bijaksana dan berkesan dalam pengurusan kes-kes penderaan.

12