edu sem 8

18
Menurut Carlopio (1988), perubahan ialah penerimaan inovasi untuk meningkatkan pencapaian melaui penambaikan dalam pelaksanaan dan amalan. Pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan di Malaysia memerlukan pendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memeliki peribadi unggul iaitu rakyat Malaysia sama maju seperti rakyat di negara maju yang lain dan memiliki peribadi mulia, menjunjung budaay bangsa dan negara sejajar dengan Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera dan Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Indidvidu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Pendapat Carlopio ini benar dan saya amat bersetuju. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Pendidikanlah yang menentukan hala tuju masa depan negara sama ada semakin maju, mundur atau kekal tanpa perubahan. Transformasi pendidikan adalah legasi negara yang bukan sahaja melibatkan pelajar pada hari ni tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan datang. Semua pihak perlu menghadapi apapun rintangan yang bakal ditempuh, dan perlu memastikan bahawa segala perancangan ini tidak akan gagal dipertengahan jalan serta menangani segala cabaran dan halangan dengan bijaksana. 1

Upload: alongysy

Post on 03-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Definisi visi ialah suatu bayangan masa depan yang ingin kita wujudkan

Menurut Carlopio (1988), perubahan ialah penerimaan inovasi untuk meningkatkan pencapaian melaui penambaikan dalam pelaksanaan dan amalan. Pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan di Malaysia memerlukan pendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memeliki peribadi unggul iaitu rakyat Malaysia sama maju seperti rakyat di negara maju yang lain dan memiliki peribadi mulia, menjunjung budaay bangsa dan negara sejajar dengan Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera dan Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Indidvidu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.Pendapat Carlopio ini benar dan saya amat bersetuju. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Pendidikanlah yang menentukan hala tuju masa depan negara sama ada semakin maju, mundur atau kekal tanpa perubahan. Transformasi pendidikan adalah legasi negara yang bukan sahaja melibatkan pelajar pada hari ni tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan datang. Semua pihak perlu menghadapi apapun rintangan yang bakal ditempuh, dan perlu memastikan bahawa segala perancangan ini tidak akan gagal dipertengahan jalan serta menangani segala cabaran dan halangan dengan bijaksana.Definisi visi ialah suatu bayangan masa depan yang ingin kita wujudkan. Pernyataan visi menerangkan, dalam istilah grafik, di mana ia dapat memberi gambaran tentang kedudukan penentu matlamat pada masa depan. Ia mungkin dapat menerangkan perubahan yang akan berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang jika semua perkara berjalan lancar seperti yang diharapkan. Manakala definisi misi dalam kamus bermakna tujuan, sebab kewujudan. Misi ialah satu gambaran yang ringkas mengenai pandangan sesebuah organisasi dari segi tujuan dan nilainya. Pernyataan misi diperoleh dari pernyataan visi (wawasan) yang dinyatakan secara ringkas dan mudah diingati.

Visi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera" manakala misinya pula adalah "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara". Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan misi dan visi pendidikan negara. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

Lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, atau tetap iaitu keadaan atau persekitaran yang terpelihara seperti asal dan asli. Kosa kata lestari ialah kata serapan daripada bahasa Indonesia yang setara dengan maksud everlasting dan sustainable (mampan) dalam bahasa Inggeris. Perkataan lestari sudah lama popular dalam bidang alam sekitar dan pembangunan, tetapi boleh dikatakan masih baharu untuk digandingkan dengan dunia pendidikan di sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti. Ia bermaksud pendidikan yang bermutu sebagaimana konsep pendemokrasian pendidikanlah yang mahu dikekalkan, dipelihara, tetap dan tidak berubah.Kualiti atau mutu ialah pencapaian darjah kecemerlangan yang tertinggi. Begitulah penanda aras yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap sistem pendidikan negara. Segala perancangan dasar dan pelaksanaan pendidikan menjurus terhadap pembangunan potensi individu murid, atau dalam kata lain proses penjanaan modal insan minda kelas pertama bertaraf dunia.

Pelestarian sistem pendidikan yang berkualiti ini bertujuan bagi memenuhi aspirasi negara, iaitu pencapaian status negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri menjelang tahun 2020. Rakyat sesebuah negara maju bukan sahaja memiliki akses terhadap tahap pendidikan tertinggi, bahkan berdaya saing dan mesra pembaharuan. Rakyat yang produktif berhak memperoleh pendapatan yang tinggi dan kuasa beli yang tinggi, tetapi dalam masa yang sama sentiasa menyumbang terhadap kemakmuran dan kesejahteraan insan secara istiqamah.

Pendidikan yang bermutu ialah reka bentuk proses pembelajaran yang serasi dengan konsep penyampaian ilmu pengetahuan yang sah dan benar. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam naskhah The Concept of Education in Islam mentakrifkan ilmu sebagai ketibaan makna. Hakikat bahawa kerjaya keguruan termasuk dalam kategori perkhidmatan menolong bermaksud peranan guru lebih banyak menjurus terhadap proses membimbing murid untuk meneroka ilmu pengetahuan yang tertentu bagi mengembangkan potensi dan fakulti mereka secara optimum.

Pelaksanaan konsep pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bertujuan melengkapkan amalan pengukuran pembelajaran menerusi sistem peperiksaan berpusat. Kemajuan dan pencapaian murid dilonjakkan menerusi kemahiran projek, tugasan dan aplikasi komputer supaya mereka muncul sebagai insan yang berdikari dan berkeyakinan diri apabila menceburi urusan mencari rezeki dan bermasyarakat kelak. Isu teknikal seperti kesesakan masukan data dalam sistem pelayan atas talian tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kembali kepada sistem pengukuran pembelajaran secara tradisional sepenuhnya.

Sistem pendidikan yang bermutu tidak berakhir pada satu-satu tahap keseimbangan yang tertentu, sebaliknya sentiasa terbuka kepada penambahbaikan, pembaharuan dan perubahan secara berterusan. Tamadun gemilang yang pernah muncul di timur dan barat merupakan rentetan keberhasilan sistem pendidikan terancang dan sudah tentu menuntut pengorbanan semua pihak yang berkepentingan. Proses perubahan bererti kehilangan status yang tertentu, misalnya kedudukan, keselesaan, peraturan lama dan kebiasaan.

Kesimpulannya, pendidikan yang lestari merujuk kepada usaha mengekalkan, menetapkan dan tidak mengubah tujuan utama tentang sistem pendidikan yang bermutu. Kebijaksanaan dari segi kaedah, pendekatan dan pelaksanaan sentiasa mengalu-alukan dapatan amalan yang terbaik. Sekolah dan guru perlu mencari jalan supaya murid hanya bakal menikmati pengalaman pembelajaran yang terbaik

Semua sekolah di Malaysia bercita-cita untuk mendapatkan keputusan akademik yang terbaik. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai visi dan misi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Antaranya ialah menggalakkan penemuan inovasi baru dalam kaedah pengajaran. Guru-guru diberi pendedahan tentang kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran masing-masing. Penemuan kaedah baru akan dikongsi bersama dengan guru-guru lain. Penambaikan sentiasa dilakukan bagi mengatasi kelemahan murid dan juga amalan profesionalisme guru. Ini akan memastikan guru sentiasa memberikan yang terbaik sekaligus dapat menaikkan kedudukan sistem pendidikan Malaysia di dunia. Ini juga akan membantu mencapai visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk murid Tahun Satu hingga Tahun Lima. KSSR mensasarkan pencapaian jangka panjang bagi memastikan pelajar mempunyai semangat kecintaan negara di samping menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta melahirkan modal insan yang boleh menangani cabaran pada masa depan. Malah, matlamat KSSR lebih menumpukan ke arah skop yang luas bagi melahirkan insan yang seimbang dari segala aspek supaya mereka dapat bersedia menangani dan menghadapi cabaran dunia globalisasi kini berbanding KBSR yang hanya menjurus ke arah perkembangan potensi murid secara menyeluruh. Oleh itu transformasi pendidikan yang berubah daripada sistem KBSR kepada KSSR telah mengubah matlamat pendidikan rendah dan membuka skop yang lebih luas lagi releven dengan keadaan semasa.

Di samping itu juga, terdapat beberapa penambahan elemen di dalam objektifKSSR. Penambahan tersebut ialah KSSR ingin melahirkan murid yang berpotensi untuk menjadi usahawan bagi menyumbang perkembangan ekonomi negara. Selain itu, KSSR juga turut mewujudkan Global Playeriaitu murid yang berdaya saing, berdaya tahan, berkemahiran dalam komunikasi dan mempunyai jati diri. Yang menariknya, KSSR dilaksanakan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata. Oleh itu, objektif-objektif KSSR telah disasarkan selaras dengan perkembangan semasa dan juga bagi mengatasi isu-isu pendidikan yang hangat diperkatakan

Selain itu juga, di dalam ciri-ciri KSSR, terdapat beberapa perbezaan serta perubahan yang telah dilakukan. Perbezaan tersebut jelas dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kemahiran asas semasa pelaksanaan KBSR terdiri daripada 3M sahaja iaitu membaca, menulis dan mengira. Sebaliknya KSSR telah ditambah dengan satu lagi kemahiran asas yang baru iaitu menaakul dan ini menjadikan KSSR menekankan kemahiran asas 4M (membaca, mengira, menulisdan menaakul). Asas menaakul itu sendiri membolehkan murid mampu untuk memahami proses mendapat sesuatu ilmu itu daripada menerima sesuatu ilmu itu seadanya. Justeru itu, dengan penambahan satu fokus dalam KSSR, ini akan dapat melahirkan murid yang dapat mempertingkatkan kemahiran berfikirmereka dalam pembelajaran. Tambahan lagi, ia juga dapat melahirkan murid yang mempunyai skop pemikiran yang tinggi seperti mengkaji masa depan bagi mencipta sesuatu ciptaan yang mendatangkan kebaikan kepada semua.Selain itu, KSSR mempunyai tiga elemen tambahan iaitu kemahiran kreatifdan inovatif, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).Penambahan tiga kemahiran di dalam KSSR bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif,kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian yang mulia. Tidak seperti KBSR yang hanya menerapkan di dalam diri pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Perubahan ini berlaku kerana walaupun KBSR telah mengaplikasikan elemen kreatif dan kritis dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Buku tekas digital juga disediakan dalam Bahan-bahan ini boleh diakses dan digunakan oleh semua guru dan juga murid pada bila-bila masa. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk mendapat bahan tambahan dan digunakan secara akses kendiri. Ini kerana kemudahan komputer dan talian internet telah disediakan secara meluas terutama kawasan bandar. Ini akan melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga celik dalam bidang teknologi maklumat.

Sistem pendidikan di Malaysia pada masa ini juga amat menekankan pembelajaran yang berpusatkan murid. Minat dan kebolehan murid diberi perhatian dan keutamaan. Penglibatan murid adalah lebih aktif sama ada dalam perbincangan bersama rakan atau pun mencari bahan di dalam talian internet. Guru guru juga didedahkan dengan susun atur kelas abad ke 21. Susun atur ni menggalakkan aktiviti perbincangan dalam kumpulan. Terdapat enam pilihan susun atur bersama penerangan dan keutamaanbyang boleh diaplikasikan oleh guru dalam kelas masing-masing. Melaui susun atur ini juga, murid yang lemah dalam mata pelajaran diletakkan berhampiran dengan guru dan boleh diberi perhatian yang lebih dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan beberapa contoh susun atur kelas abad ke 21.

Pembelajaran berpusatkan murid menggalakkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan sesi pembelajaran yang ceria. Guru hanya perlu bertindak sebagai pembimbing. Guru dikehendaki sentiasa mencabar keupayaan berfikir muridnya dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid. Aktiviti berkumpulan seperti ini menggalakkan murid untuk berani tampil ke hadapan, saling hormat-menghormati sesama ahli kumpulan, yakin dan berani dengan idea mereka serta bekerjasama tanpa mengira bangsa, jantina dan agama. Semua usaha ini akan melahirkan generasi negara yang berpotensi tinggi dan bakal pemimpin yang dihormati di masa hadapan. Kemajuan teknologi pada masa sekarang membolehkan semua maklumat diakses dengan mudah. Pengurusan kelas dan sekolah boleh dilakukan dihujung jari. Antaranya ialah, e-kehadiran. Kedatangan murid ke sekolah pada masa sekarang dicatat dalam dua cara iaitu di dalam buku kedatangan dan juga secara talian. Kedatangan yang dicatat secara dalam talian ini membolehkan maklumat kehadiran murid di seluruh Malaysia boleh diakses dengan cepat sama ada di peringkat sekolah, pejabatan pendidikan daerah atau jabatan pelajaran negeri. Pengurusan peperiksaan juga telah diuruskan di bawah program Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Guru-guru mata pelajaran akan mengemaskini pencapaian murid di dalam talian. Ibu bapa juga boleh menyemak markah pencapaian anak-anak mereka dengan mudah dan pada bila-bila masa. Kemudahan pengurusan persekolahan seperti ini banyak membawa kebaikan kepada sekolah dan juga murid. Perkhidmatan dalam talian juga telah diperkenalkan untuk pengurusan kelas dan warga pendidikan. Pengurusan data peribadi guru seperti maklumat ihtisas, subjek yang diajar dalam tahun semasa, pengalaman mengajaar dikemaskini melalui e-operasi. Guru yang berpindah ke sekolah lain tidak lagi perlu membawa fail peribadi ke sekolah yang baru. Semakan penyata gaji guru serta kakitangan kerjaan yang lain juga boleh semakan dalam talian melalaui e-gaji. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk mencetak. Aplikasi ini boleh diakses pada bila-bila masa dan akan memudahkan urusan guru.

Guru kelas perlu mengemaskini data peribadi murid, ibu bapa atau penjaga melalui perkhidmatan dalam talian di laman web apdm.moe.gov.my/index.php. Berdasar nombor kad pengenalan ibu atau bapa, maklumat adik beradik dalam sesebuah mudah diperolehi. Maklumat dalam aplikasi ini juga digunakan untuk aplikasi peperiksaan (SAPS), aplikasi pusat sumber sekolah (Nilam) dan sebagainya. Maklumat ini hanya perlu dikemaskini oleh guru kelas tahun semasa untuk sebarang pertukaran alamat tempat tinggal atau tempat bekerja ibu bapa. Aplikasi ini memudahkan semua pengurusan tentang maklumat murid sepanjang mereka bersekolah.

Bagi menjayakan visi dan misi kementerian, Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa adalah satu program yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk melibatkanPIBG dan ibu bapa dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sokongan dan penglibatan ibu bapa adalah penting dalam membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Ibu bapa boleh membantu pihak sekolah dengan menjadi ahli Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KISB). Ibu bapa yang mempunyai kepakaran akan menyumbangkannya kepada sekolah Contohnya, ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang akademik menjadi tenaga pengajar kelas tambahan cuti sekolah atau semua ibu bapa bekerjasama membantu guru menghias kelas anak masing-masing.

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawa perubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah. Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah.

Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan dan inovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya.

Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia melahirkan barisan pemimpin masa hadapan yang tinggi intelektualnya serta berakhlak sekaligus menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. BIBLIOGRAFI

Artikel Penuh: inovasi-dalam-pendidikan#ixzz3TVhCm78g"

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_01/Kreativiti-

inovasi-dalam-pendidikan#ixzz3TVhCm78g. Utusan Melayu (M) Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025

Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: Panduan

Teknik-Teknik Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.Mok Soon Sang (1992). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman.Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah: Satu Pandangan Lengkap.

Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Sarana Ibu bapa. (2014). Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala LumpurShahril Marzuki, et all (1993), Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan

Publications and Distributors

Siti Fatimah Binti Bdul Rahman (2006,November 10). Penglibatan ibu bapa jamin

kejayaan anak-anak. Utusan Malaysia.

PAGE 12