edu-esei-1

8
Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada pensyarah. Saya diberi tugasan untuk mengarang satu penulisan akademik atas beberapa aspek berdasarkan sebuah situasi yang diberi. Situasinya begini, “saya telah ditempatkan untuk mengajar di sebuah sekolah di pinggir Bandar. Saya tidak pernah menjejak kaki di tempat tersebut tetapi saya percaya yang saya boleh membuat pembaharuan kepada murid-murid di sekolah tersebut. Saya juga mendapati murid tadi sekolah tersebut terdiri daripada pelbagai kaum yang datang dari pelbagai tempat di Malaysia. Ada antara mereka merupakan anak kepada ibu tunggal yang melakukan dua pekerjaan yang membolehkan mereka berjumpa hanya di hujung minggu. Separuh daripada murid berada di garis kemiskinan, Melayakkan mereka mendapat Rancangan Pemakanan Tambahan (RMT). Kebanyakan mereka bertutur menggunakan dialek masing- masing dan kurang kemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Selain masalah kepelbagaian murid, saya sangat terkejut dengan keadaan fizikal sekolah dan bilik darjah yang memerlukan banyak pengubahsuaian dan baik pulih. Sekolah pinggir bandar dimaksudkan dengan sekolah yang terletak jauh dari bandar. Ia juga boleh dikatakan sebagai sekolah luar bandar. Dalam bahasa Inggeris pula orang utih menyatakan sebagai “rural area school.” Saya telah menganalis situasi serta telah memberi beberapa pandangan tentang kepelbagaian sosiobudaya. Perkara pertama adalah pelbagai kaum yang datang dari negeri -negeri yang berlainan di Malaysia. Contohnya, murid Melayu, Cina, India, Kristian, Singh,Orang asli dan lain –lain lagi belajar di satu sekolah. Selain itu, mereka

Upload: eleyna-salvatore

Post on 04-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edi

TRANSCRIPT

Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada pensyarah. Saya diberi tugasan untuk mengarang satu penulisan akademik atas beberapa aspek berdasarkan sebuah situasi yang diberi. Situasinya begini, saya telah ditempatkan untuk mengajar di sebuah sekolah di pinggir Bandar. Saya tidak pernah menjejak kaki di tempat tersebut tetapi saya percaya yang saya boleh membuat pembaharuan kepada murid-murid di sekolah tersebut. Saya juga mendapati murid tadi sekolah tersebut terdiri daripada pelbagai kaum yang datang dari pelbagai tempat di Malaysia. Ada antara mereka merupakan anak kepada ibu tunggal yang melakukan dua pekerjaan yang membolehkan mereka berjumpa hanya di hujung minggu. Separuh daripada murid berada di garis kemiskinan, Melayakkan mereka mendapat Rancangan Pemakanan Tambahan (RMT). Kebanyakan mereka bertutur menggunakan dialek masing- masing dan kurang kemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Selain masalah kepelbagaian murid, saya sangat terkejut dengan keadaan fizikal sekolah dan bilik darjah yang memerlukan banyak pengubahsuaian dan baik pulih.Sekolah pinggir bandar dimaksudkan dengan sekolah yang terletak jauh dari bandar. Ia juga boleh dikatakan sebagai sekolah luar bandar. Dalam bahasa Inggeris pula orang utih menyatakan sebagai rural area school.Saya telah menganalis situasi serta telah memberi beberapa pandangan tentang kepelbagaian sosiobudaya. Perkara pertama adalah pelbagai kaum yang datang dari negeri -negeri yang berlainan di Malaysia. Contohnya, murid Melayu, Cina, India, Kristian, Singh,Orang asli dan lain lain lagi belajar di satu sekolah. Selain itu, mereka juga dari pelbagai negeri.Hal ini ini akan menyebabkan hubungan antara satu murid dengan yang lain tidak begitu erat kerana mereka tidak mengenali antara satu sama lain secara mendalam. Boleh juga dikatakan sebagai murid- murid tersebut tidak menganggap rakan-rakan sekelasnya sebagai satu keluarga, Malah mereka melihat seperti orang ketiga dalam kehidupan mereka. Contoh terdekat yang boleh kita nampak pada hari ini, di sekolah kebangsaan, kaum Melayu dengan kelompoknya, yang Cina dengan kelompoknya sendiri dan selebihnya. Murid murid memandang kepada kepentingan kaumnya sendiri. Hal ini bukanlah suatu perkara kecil dan tidak patut dipandang dengan sebelah mata sahaja. Pada pandangan saya, guru yang bertanggungjwab mesti peka dengan masalah ini dan tidak menyebabkan segolongan pelajar tercicir dari proses pengajarannya. Agama dan kepercayaan merupakan suatu isu yang amat sensitif. Oleh yang demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Guru mesti dedahkan proses sosiolisasi antara kaum kepada murid supaya murid dapat bergaul tanpa mengira anutan agama. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang dirancang mestilah berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai antara satu sama lain.dalam jiwa muridPerkara kedua adalah, ada segelintir murid yang anak kepada ibu tunggal yang melakukan dua pekerjaan yang membolehkan mereka berjumpa dengan ibu mereka hanya pada hujung minggu. Hal ini menunjukkan betapa eratnya hubungan antara ibu dengan anak sendiri. Situasi ini juga boleh merumuskan bahawa ibu tidak akan tahu apa yang sedang berlaku dalam hidup anaknya. Kerja siang malam dan cari duit untuk anaknya tidak cukup. Kita sebagai ibu mestilah mengambil berat tentang kelakuan mereka dan mesti meluang masa bagi anaknya untuk mendidik mereka dengan betul. Perkara seterusnya adalah, separuh daripada murid berada di garis kemiskinan dan mereka layak dapat Rancangan Pemakanan Tambahan (RMT). Saya juga berpendapat bahawa mereka layak untuk mendapat beberapa kemudahan seperti Tuition Baucer pecuma, Biasiswa (pakaian, kasut, beg sekolah, alat tulis dan buku) dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mampu beli barang keperluan sekolah. Guru juga tidak boleh harap ataupun gantung pada murid untuk membawa bahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Contohnya, Guru Dunia Seni Visual meminta membawa peralatan seni seperti berus, warna air, kertas lukisan tetapi hanya murid yang mampu akan membawa alat seninya. Bayangkan bagaimana pula dengan yang tidak mampu.Selain itu, perkara murid bertutur menggunakan dialek masing-masing dan kurang kemampuan. Jika situasi dalam kelasnya begini, mesti bahasa yang ditutur tidak dapat difahami oleh murid antara satu sama lain. Contohnya, dialek Sarawak tidak dapat difahami oleh murid Kedah. Jika tidak dapat berbahasa Melayu standard serta Bahasa Inggeris, murid tersebut akan gagal dalam kedua-dua mata pelajaran. Pada pandangan saya, guru harus mengawal penggunaan bahasa dialek di dalam kelas supaya dapat memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancer tanpa apa-apa halangan. Selain itu, Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan sosial. Contohnya, nyok di negeri kedah dan Pulau Pinang dimaksudkan kelapa. Ada juga negeri yang mendatang dengan maksud orang nyok iaitu tidak pandai; bangang.Maka perselisihan faham akan timbul antara murid. Di sini, tugas gurulah untuk memberi penekanan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.Selain masalah kepelbagaian murid, keadaan fizikal sekolah dan bilik darjah juga memerlukan banyak pengubahsuaian dan baik pulih. Susun atur suasana fizikal kelas adalah penting untuk menambah baikkan daya tarikan dalam sesebuah bilik darjah tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajaran itu harus dijalankan. Susun atur bilik darjah yang baik mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Pada pandangan saya, murid mesti disediakan dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap supaya dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap PdP (proses pembelajaran dan pengajaran) seperti kipas, dan lampu supaya dapat belajar dalam keadaan yang selesa dn kondusif.Berdasarkan budaya saya( Hindu), saya telah mencadangkan beberapa cara yang dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah yang mengandungi kepelbagaian sosiobudaya. Tugas guru adalah untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik, sosial dan vokasional.Guru juga memainkan peranan penting dalam menjalankan kelas yang mengandungi kepelbagaian sosiobudaya. Di pedalaman mahupun di bandar, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid muridnya sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, beliau perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza - beza. Implikasinya ialah, guru guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainanjuga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka.Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid-murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Misalnya, ada murid yang tidak mengenali adat dan resam kaum lain. Guru boleh mengendalikan PdP tentang budaya masyarakat Malaysia. Melalui cara ini guru juga dapat memahami budaya kaum lain yang terdapat di kelas.Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan. Saya sebagai seorang guru India mesti fasih berbahasa Melayu supaya dapat memurnikan bahasa yang dipertuturkan oleh murid. Saya juga mesti berpengetahuan luas dalam tatabahasa, maksud perkataan supaya tidak menggunakan perkataan salah maksud.Dengan menggunakan kajian sosiometri, guru dapat melihat hubungan antara pelajar di dalam bilik darjah. Pelajar yang menjadi plihan ramai ialah bintang. Pelajar yang saling memilih ialah pasangan memilih dalam lingkungan bertiga atau berempat ialah klik. Pelajar A memilih pelajar B. Pelajar B memilih pelajar C ialah rantaian. Pelajar yang dipilih sebagai tidak disukai ialah singkiran. Pelajar yang tidak dipilih langsung ialah pengasing. Oleh itu, konsep pemilihan pelajar sebegini mesti dihalangkan. Hal ini demikian kerana, pemilihan seperti ini tidak akan mengeratkan hubungan antara rakan-rakannya. Murid juga hanya akan mengenali mengetahui tentang rakan sekumpulannya. Murid-murid yang lain tidak akan diambil tau. Oleh itu, cadangan saya adalah, guru boleh sentiasa menukarkan ahli kumpulannya supaya semua murid akan mengenali antara satu sama lain.Selan itu, guru perlu bijak di dalam penggunaan bahan sumber yang sesuai kepada murid. Hal ini demikian kerana, bagi mengelakkan dan menjaga sensitiviti setiap murid di dalam kelas. Hakikatnya murid sudah terdedah dengan suratan yang tercatat pada buku teks maka guru perlu memberi sumber tambahan seperti menampal info didalam kelas. Info ini berkaitan untuk menambah serta mencambahkan pemikiran murid itu sendiri. Hakikatnya, guru perlu menjadi mentor dan pada masa yang sama mengajar murid untuk menjadi mentor kepada rakan yang lain. Edge (1992) di dalam Jurnal Pendidikan Guru 1996 menyatakan bahawa tentang kemahiran komunikasi interpersonal dalam proses perkembangan kendiri. Komunikasi interpersonal yang mengutamakan sikap saling menghormati,empati dan keikhlasan. Ianya akan membantu kejayaan dan kelancaran didalam pengajaran dan pembelajaran.Tambahan pula, pengurusan bilik darjah yang teratur selaras dengan budaya mesra mesti diwujudkan supaya murid dapat merasakan rasa selesa. Guru mesti memastikan supaya kelas tidak sesak, mempunyai udara dan cahaya yang mencukupi dalam kelas. Selain itu, prasarana dalam kelas juga mesti diuruskan dengan baik. Keadaan bilik darjah mesti menarik minat murid untuk belajar dengan penuh semangat. Susunan meja dan kerusi, almari, meja guru dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, konsep bilik mesra budaya bukan sahaja bergantung kepada pewujudan persekitaran fizikalnya, tetapi juga melibatkan penyediaan ruang dan emosi. Malah pengurusan persekitaran nsosioemosi murid mempengaruhi perkembangan murid dalam aspek sosioemosi dan persekitaran kehidupan murid. Keupayaan guru dalam menguruskan bilik darjah merupakan satu tugas yang besar dalam mendidik anak bangsa yang bakal memimpin dan meneraju negara kita pada masa hadapan. Disiplin diri patut dilatih di bangku sekolah dan tanggungjawab guru amat besar dalam pembentuk insan yang berakhlak. Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang penting dan perlu bagi menjamin keselesaan dan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira akan ciri fizikal yang baik, faktor emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan.