edu 3107

67
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA KERJA KURSUS PENDEK NAMA : NURUL SHAHIRAH BINTI SHARIFUDDIN SYAHIDAH BINTI IDRIS ANGKA GILIRAN : 2009141340162 2009141340165 NO. K/P : 890223-06-5520 890328-06-5930 KURSUS : PISMP MATEMATIK JAN. 09 M/PELAJARAN : BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK KANAK-KANAK KOD M/PELAJARAN : EDU 3107

Upload: shahirahsharifuddin

Post on 12-Jul-2016

248 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

edu asemen

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

KERJA KURSUS PENDEK

NAMA : NURUL SHAHIRAH BINTI

SHARIFUDDIN

SYAHIDAH BINTI IDRIS

ANGKA GILIRAN : 2009141340162

2009141340165

NO. K/P : 890223-06-5520

890328-06-5930

KURSUS : PISMP MATEMATIK JAN. 09

M/PELAJARAN : BIMBINGAN DAN KAUNSELING

UNTUK KANAK-KANAK

KOD M/PELAJARAN : EDU 3107

PENSYARAH PEMBIMBING : PN. SARINA BT MOHD YASSIN

TARIKH SERAHAN : 20 FEB 2012

PERKARA MUKA SURAT

Pengakuan i

Borang Kolaborasi ii – iv

Penghargaan v

TUGASAN A

Pengenalan

Peranan Guru Bimbingan Secara Umum

Jenis Perkhidmatan

1

2

3 – 12

TUGASAN B

CD

Teori

Kemahiran Asas

13

14 – 20

21 - 26

Refleksi 27 - 33

Rujukan 34 – 35

Lampiran 36

“ Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami

sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah kami jelaskan “.

NAMA : NURUL SHAHIRAH BINTI SHARIFUDDIN ……………………………

SYAHIDAH BINTI IDRIS ……………………………

TARIKH : 20 FEBRUARI 2012

BORANG KOLABORASI

NAMA : SYAHIDAH BINTI IDRIS

( 890328 – 06 – 5930 )

NURUL SHAHIRAH BINTI SHARIFUDDIN

( 890223 – 06 – 5520 )

UNIT : PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2009

SEMESTER : 7/2012

KOD M/PELAJARAN : EDU 3107

NAMA PENSYARAH : PN. SARINA BT MOHD YASSIN

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN T.TANGAN

6 Feb. 2012 Tugasan diterima. Mendengar taklimat

tugasan daripada

pensyarah.

…………….

(PN. SARINA)

7 Feb. 2012 Membuat perbincangan

bersama ahli kumpulan

Memahami tugasan

yang perlu dibuat.

Merancang kerja yang

akan dibuat.

..……………

( SHAHIRAH)

……………..

(SYAHIDAH)

8 Feb. 2012 Mencari bahan di Pusat

Sumber Puteri dan sumber

internet.

Mencari buku-buku

untuk dan bahan

rujukan

..……………

( SHAHIRAH)

Membahagikan tugasan. ……………..

(SYAHIDAH)

10 Feb. 2012 Perbincangan / temu bual

bersama guru bimbingan

SKSU.

Merakam video sesi

kaunseling individu

..……………

( SHAHIRAH)

……………..

(SYAHIDAH)

11 Feb. 2012 Perbincangan dalam

kumpulan.

Menganalisis video

serta teori yang

diaplikasikan.

..……………

( SHAHIRAH)

……………..

(SYAHIDAH)

13 Feb. 2012 Perbincangan bersama

pensyarah pembimbing

Melakukan

penambahbaikan.

..……………

(PN. SARINA)

14 Feb. 2012 Perbincangan dalam

kumpulan.

Perbincangan

mengenai tugasan

pertama

(Jenis Perkhidmatan)

..……………

( SHAHIRAH)

……………..

(SYAHIDAH)

16 Feb. 2012 Perbincangan dalam

kumpulan.

Memulakan tugasan

ketiga (Kemahiran

Asas Kaunseling)

..……………

( SHAHIRAH)

Membuat rujukan pada

bahan yang

sepatutnya.……………..

(SYAHIDAH)

17 Feb. 2012 Perbincangan dalam

kumpulan.

Membuat refleksi ..……………

( SHAHIRAH)

……………..

(SYAHIDAH)

19 Feb. 2012 Perbincangan dalam

kumpulan.

Membuat semakan

terakhir.

..……………

(SHAHIRAH)

……………..

(SYAHIDAH)

20 Feb. 2012 Tugasan dihantar ..……………

(SHAHIRAH)

……………..

(SYAHIDAH)

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, kami dapat menyiapkan

tugasan yang telah diamanahkan bagi subjek EDU 3107 iaitu Bimbingan dan

Kaunseling Untuk Kanak-kanak ini. Ucapan ribuan terima kasih ini saya tujukan kepada

pensyarah bagi mata pelajaran ini, Puan Sarina bt Mohd Yassin kerana memberi

kepercayaan kepada kami dan memberi sokongan yang jitu dalam melaksanakan

tugasan ini. Terima kasih juga atas segala tunjuk ajar serta segala ilmu yang telah

dicurahkan.

Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana

sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan buah fikiran serta telah banyak membantu

dalam memberikan maklumat yang amat berguna sehingga kami dapat menyiapkan

tugasan ini. Jasa kalian tidak akan luput dari ingatan. Sekalung penghargaan juga

diucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang sentiasa memberi semangat dan

dorongan kepada kami agar sentiasa berusaha sebaiknya dalam urusan pelajaran

kami.

Tidak dilupakan buat guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Kebangsaan

Sungai Udang (SKSU), Puan Norazlina binti Che Deraman dan Encik Mohd Redzuan

bin Snusi serta warga sekolah sekalian atas kerjasama dan bantuan yang diberikan.

Akhir kalam, semoga dengan selesainya tugasan ini, kami dan rakan-rakan yang

lain akan memperoleh manfaat serta kelebihan supaya kita semua akan terus

cemerlang, gemilang dan terbilang dalam melahirkan modal insan yang seimbang

dalam semua aspek kehidupan.

Sekian, terima kasih

1.0 Pengenalan

Menurut Maznah dan Zainal (2006), bimbingan ialah perkataan lain yang

sering digunakan secara silih berganti atau interchangeably dengan perkataan

penasihatan oleh para cendekiawan dalam bidang kaunseling. Kamus Dewan

Edisi Keempat (2002) pula mendefinisikan bimbingan sebagai perbuatan

membimbing, memberi petunjuk, huraian dan lain-lain. Bimbingan merupakan

suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia

mereka (Shertzer & Stone, 1992). Secara konklusinya, bimbingan dapat

didefinisikan sebagai proses menasihat dan memberi bimbingan, bantuan atau

petunjuk kepada individu untuk mengatasi masalah atau kekangan yang

dihadapinya serta memahami dirinya sendiri dan dunia di sekelilingnya.

Perkataan kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu

‘counseling’. ‘Counsel’ didefinisikan sebagai ‘advice or consultation’.

Kaunseling adalah suatu perhubungan menolong di antara yang terlatih dan

mahir dalam teknik menolong secara pertuturan dan mempunyai pengetahuan

berkenaan perlakuan manusia, dengan seseorang yang meminta bantuan

sama ada secara sukarela atau pun paksa (Cormier & Hackne dlm Maznah,

2006). Gladding (1996) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses

menolong individu yang normal atau sihat daripada segi psikologi,

menyelesaikan masalah berkaitan tugas-tugas perkembangan dan keadaan

hidup. Secara kesimpulannya, kaunseling dapat didefinisikan sebagai suatu

proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip

psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika

kaunseling untuk mencapai suatau keputusan.

Berdasarkan pengertian di atas, bimbingan dan kaunseling adalah suatu

proses untuk membantu atau membimbing murid menyelesaikan masalah bagi

melahirkan serta mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah

khususnya.

2.0 Peranan Guru Bimbingan

Secara umumnya, seseorang guru bimbingan dan kaunseling di sekolah

mempunyai peranan tertentu terhadap murid, rakan sejawat, masyarakat,

majikan dan organisasi. Peta minda di bawah menunjukkan peranan guru

bimbingan dan kaunseling secara umum.

Rajah 1 : Peranan guru bimbingan secara umum

3.0 Jenis-jenis Perkhidmatan

Sistem pendidikan moden memerlukan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling yang tersusun serta sistematik. Perkhidmatan yang disediakan

banyak membantu murid dalam menghadapi cabaran dalam usia pertumbuhan

mereka. Selaras dengan matlamat itu terdapat beberapa jenis perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling yang disediakan di sekolah saya menjalani

praktikum iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Udang (SKSU), Melaka. Rajah di

bawah menunjukkan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan di SKSU.

3.1 Perkhidmatan Akademik

Perkhidmatan dari segi akademik meliputi aktiviti-aktiviti yang

mampu meningkatkan kecemerlangan murid dalam pelajaran

khususnya. Akademik menurut Kamus Dewan Edisi Kedua (2002)

bermaksud bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan. Peningkatan

kecemerlangan akademik boleh dilihat atau diukur dengan melihat

sejauh mana murid tersebut mengusai kemahiran-kemahiran yang telah

diajar. Justeru, unit bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu

medium untuk meningkatkan pencapaian murid dalam bidang akademik.

Perkhidmatan dalam bidang akademik yang disediakan oleh unit

bimbingan dan kaunseling SKSU adalah bengkel Kemahiran Belajar

Tahun 5. Bengkel ini pada setiap tahun. Merujuk kepada Laporan Aktiviti

Tahunan 2011 (Rujuk Lampiran), bengkel ini diadakan pada 11 Oktober

2011. Berdasarkan perancangan tahunan bagi tahun 2012 pula, aktiviti

ini akan diadakan pada minggu yang ke-14 iaitu antara 2 April hingga 6

April 2012. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan murid-

murid dengan kemahiran belajar yang berkesan. Kumpulan sasaran bagi

program ini adalah murid-murid tahun 5. Ia juga merupakan salah satu

usaha pihak sekolah untuk menyediakan murid-murid tersebut supaya

bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun seterusnya.

Guru bimbingan dan kaunseling bertanggungjawab dalam

mengendalikan bengkel ini. Mereka berperanan sebagai fasilitator atau

pemudahcara dalam aktiviti tersebut.

Antara aktiviti lain yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan

kaunseling SKSU dalam meningkatkan pencapaian akademik ialah

teknik menjawab soalan UPSR yang melibatkan murid-murid tahun 6.

Rasional aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid

tahun 6 dengan teknik menjawab UPSR yang berkesan.

3.2 Perkhidmatan Kerjaya

Pengenalan diri daripada segi personaliiti, minat dan nilai yang

berkaitan dengan maklumat-maklumat perkembangan kerjaya. . Antara

perkhidmatan yang disediakan oleh unit bimbingan dan kaunseling ialah

aktiviti lawatan sambil belajar ke Planaterium Negara, Pusat Sains dan

Radio Televisyen Malaysia (RTM). Berdasarkan laporan aktiviti tahun

2011, lawatan ini diadakan pada 11 November 2011. Tujuan aktiviti ini

diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada

murid mengenai kehidupan sebenar dunia sains serta memperoleh

pengalaman baru mengenai penyiaran dan telekomunikasi.Peserta yang

terlibat dalam aktiviti ini ialah murid-murid tahun 6. Kebiasaannya, aktiviti

ini dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR. Pada pandangan kami,

akitiviti ini wajar diadakan kerana ia input penting mengenai pembinaan

konsep sains dalam diri murid.

Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memotivasikan murid untuk

belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita sebagai ahli sains dan

sebagainya. Perancangan pada tahun 2012 pula ialah lawatan sambil

belajar ke perpustakaan negeri Melaka. Aktiviti ini melibatkan kesemua

pengawas pusat sumber SKSU.

Selain itu, perkhidmatan yang disediakan oleh unit bimbingan dan

kaunseling ialah program kerjaya. Program ini juga diadakan bertujuan

untuk mendedahkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 dengan haluan yang

boleh dipilih apabila menamatkan pelajaran mereka pada tahun 6.

Selain itu, program ini juga member pendedahan kepada murid tentang

kerjaya-kerjaya yang terdapat di persekitaran mereka. Sekiranya mereka

menyambung pelajaran ke sekolah yang lebih baik, mereka seharusnya

sedar apakah kriteria yang perlu dipenuhi yang melayakkan mereka

memasuki sekolah yang berprestasi tinggi seperti sekolah berasrama

penuh umpamanya, Sehubungan dengan itu, motivasi dalam diri murid

dapat ditingkatkan sekali gus menaikkan semangat mereka untuk belajar

bersungguh-sungguh agar dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah yang

baik.

3.3 Perkhidmatan Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Psikososial berasal daripada dua perkataan iaitu psikologi dan

sosial. Kedua-dua perkataan mempunyai maksud yang tersendiri. Dalam

konteks pendidikan persekitaran psikososial merujuk kepada

keprihatinan guru terhadap kebajikan murid (Choong,2009).

Perkhidmatan psikososial dan kesejahteraan mental yang disediakan

oleh unit bimbingan dan kaunseling SKSU ialah Minggu Orientasi Murid

Tahun 1 atau lebih mudah didefinisi sebagai minggu pengurusan murid

baharu. Sepanjang minggu tersebut, murid-murid Tahun 1 diperkenalkan

dengan persekitaran sekolah. Selain itu, guru bimbingan juga

berperanan menyebarkan maklumat dan memperkenalkan bilik

bimbingan dan kaunseling kepada murid Tahun 1. Hal ini bertujuan

untuk mengurangkan perasaan takut dan rasa kurang selamat dalam

kalangan murid tersebut. Guru bimbingan berperanan menyematkan

perasaan selamat dan seronok apabila berada di kelas mahu pun

sekolah.

Di samping itu, antara perkhidmatan yang disediakan oleh unit

bimbingan dan kaunseling SKSU dalam bidang ini ialah Program

Perkembangan Awal Remaja. Objektif program ini diadakan adalah

untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6

berhubung dengan perubahan awal fizikal di alam remaja. Ia memberi

maklumat penting kepada murid mengenai situasi-situasi tertentu serta

jalan penyelesaiannya. Berdasarkan rancangan tahunan 2012, program

tersebut akan dilaksanakan 23 Julai hingga 27 Julai 2012.

3.4 Perkhidmatan Keibubapaan

Perhubungan antara sekolah dengan masyarakat khususnya ibu

bapa memang tidak dapat disangkal lagi. Perkhidmatan keibubapaan

mampu melancarkan lagi proses penyampaian ilmu daripada guru kepada

murid. Hubungan antara ibu bapa dengan guru dapat menjamin

peningkatan prestasi akademik murid-murid. Selaras dengan hasrat

tersebut, unit bimbingan dan kaunseling SKSU menyediakan

perkhidmatan keibubapaan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah

Program Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 6/2011. Program ini telah

dilaksanakan pada 29 Januari 2011 yang melibatkan semua ibu bapa

murid Tahun. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk

merapatkan silaturahim antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Di

samping itu, program ini juga memberi pendedahan kepada ibu bapa

dalam memainkan peranan untuk membantu meningkatkan prestasi anak-

anak mereka.

Antara pengisian dalam program tersebut ialah slot ceramah

motivasi yang bertajuk “Menggilap Mutiara Ayah Bonda” yang

disampaikan oleh guru bimbingan SKSU sendiri memandangkan

penceramah yang diundang tidak dapat hadir pada saat-saat akhir atas

urusan tertentu. Berdasarkan laporan program ini, ceramah tersebut

memberi impak yang sangat berguna untuk ibu bapa dalam mendidik

anak-anak mereka bagi mencapai kecemerlangan baik di dunia mahu pun

akhirat.

Berdasarkan perancangan tahunan 2012, program seumpama ini

juga telah diadakan pada 3 Februari 2012 yang melibatkan ibu bapa murid

Tahun 6/2012. Perjumpaan dengan ibu bapa murid target UPSR 2012

juga diadakan bagi mendedahkan ibu bapa terhadap potensi anak-anak

mereka sekali gus dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan murid.

3.5 Perkhidmatan Pembangunan Diri

Antara perkhidmatan yang dilaksanakan dalam bidang ini ialah

program Motivasi Kepimpinan Pengawas Disiplin dan Pengawas Pusat

Sumber SK Sungai Udang. Ia melibatkan semua pengawas disiplin dan

pengawas pusat sumber SKSU. Berdasarkan laporan tahunan 2011,

program tersebut telah dilaksanakan pada 26 Februari 2011. Pemantapan

dalam kepimpinan murid sekolah akan meningkatkan keunggulan dan

ketrampilan murid sebagai pemimpin di sekolah. Pelaksanaan iltizam

kerajaan akan direalisasikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

dengan mewujudkan murid yang dapat berkembang maju dan tidak

terdedah dengan gejala negatif.

Unit bimbingan dan kaunseling berperanan dalam merancangan

dan melaksanakan program seumpama ini. Melalui program ini murid

dapat mengenali dan memahami kekuatan dan kelemahan diri di samping

dapat meningkatkan keyakinan diri dalam menjalankan tugas. Program ini

turut dijalankan pada tahun 2012 ini. Ia telah dilaksanakan pada 25

Februari 2012 bertempat di SK Sungai Udang.

Antara perkhidmatan lain ialah pelaksanaan Program Pemantapan

Sahsiah Ke Arah Kecemerlangan UPSR. Program ini telah diadakan pada

3 Jun 2011 (Rujuk Lampiran : Laporan Tahunan 2011). Matlamat program

ini diadakan adalah untuk membentuk dan memantapkan sahsiah dan

kerohanian murid di samping memohon keberkatan untuk menghadapi

peperiksaan UPSR. Berdasarkan laporan yang telah disediakan oleh guru

bimbingan SKSU, program ini telah memberi impak yang sangat berguna

kepada murid supaya mereka mempunyai sahsiah dan ketrampilan yang

baik.

3.6 Perkhidmatan Pendidikan / Pencegahan Dadah / Rokok / Inhalan dan

HIV / AIDS

Pendidikan dan pencegahan mengenai dadah, rokok, inhalan dan

HIV/AIDS amat penting dilaksanakan di sekolah rendah. Pepatah melayu

ada menyatakan ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Pepatah

ini bertepatan dengan tugas setiap guru tidak tertumpu hanya pada guru

kaunseling sahaja yang mana tugas mendidik itu lebih sesuai

dilaksanakan dalam kalangan murid sejak mereka di bangku sekolah

lagi. Justeru pendidikan dan pencegahan dadah serta komponen yang

berkaitan perlu dilaksanakan di sekolah rendah.

Berdasarkan pemerhatian kami, tugas pengendalian aktiviti

pendidikan dan pencegahan dadah dikendalikan oleh unit bimbingan dan

kaunseling. Pada tahun 2011, program Minggu Anti Dadah telah

dilaksanakan pada 19 September hingga 23 September 2011 yang

melibatkan semua warga SKSU. Guru bimbingan dan kaunseling

bekerjasama dengan guru-guru lain bagi memastikan kelancaran

program ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu tersebut

ialah pertandingan mewarna dan melukis poster, meneka silang kata,

ceramah serta pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Negeri Melaka. Merujuk kepada perancangan aktiviti tahunan 2012,

Minggu Anti Dadah akan dilaksanakan pada 30 April hingga 5 Mei 2012.

Menurut Ee (1999), guru bimbingan juga berperanan membimbing

individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan

dadah. Berdasarkan temu bual kami, dengan guru bimbingan SKSU,

terdapat beberapa kes yang melibatkan individu yang terlibat dalam

cubaan merokok. Setelah mengadakan sesi kaunseling, ternyata salah

satu punca klien/murid tersebut terlibat dengan aktiviti berkenaan adalah

disebabkan pengaruh dan cabaran oleh rakan-rakan.

3.7 Perkhidmatan Pengurusan dan Pentadbiran

Guru bimbingan juga memainkan peranan dalam pengurusan dan

pentadbiran. Secara realitinya, guru kaunseling mempunyai peranan yang

hampir sama dengan guru-guru lain. Berdasarkan pemerhatian kami,

dalam bidang pengurusan, guru bimbingan lebih cenderung ke arah

merancang dan menyusun aktviti yang sesuai dilaksanakan. Sebelum

melaksanakan sesuatu aktiviti, penyediaan kertas kerja yang lengkap

perlu dibuat bagi memastikan kelancaran aktiviti tersebut. Sebagai guru

bimbingan perancangan sebelum melakukan sesi perlu ada. Guru

bimbingan juga mempunyai buku rekod perkhidmatan yang perlu

dilengkapkan. Selain itu, peranan melengkapkan data-data serta rekod

sesi juga adalah di bawah tanggung jawab guru bimbingan.

3.8 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Seorang guru kaunseling atau kaunselor berperanan dalam

mengendalikan kes-kes yang dirujuk kepadanya. Kaunselor menurut

Akta Kaunselor (1991) bermaksud seseorang yang mengadakan

kaunseling bagi suatu Antara kaedah yang boleh digunakan untuk

mengatasi kes-kes yang dirujuk ialah dengan mengadakan sesi

kaunseling dan bimbingan secara individu, berkelompok atau melalui

konsultasi atau rundingan.

Peranan guru bimbingan di sekolah meliputi pelbagai aspek.

Antaranya, aspek kesihatan fizikal dan mental, keperluan sosial, roahani

dan emosi (Ramlan & Lily, (2006). Sebagai contoh, guru bimbingan atau

kaunselor berperanan dalam mengenal pasti murid-murid yang

bermasalah atau pun murid-murid yang telah dirujuk oleh guru-guru lain

kepada guru bimbingan atau kaunselor. Kemudian, guru tersebut

bertanggungjawab untuk mengatasi masalah tersebut. Salah satu cara

untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan mengadakan sesi

kaunseling individu atau kaunseling kelompok. Menurut Mok (2010),

kaunseling secara individu di sekolah merujuk kepada proses

perhubungan bersemuka antara seorang murid dengan guru bimbingan.

Berdasarkan pemerhatian kami, sesi kaunseling individu dan

kelompok kerap kali diadakan di SKSU. Kedudukan bilik bimbingan dan

kaunseling yang berdekatan dengan bilik guru memberi peluang kepada

kami untuk meninjau aktiviti yang dilaksanakan oleh unit bimbingan dan

kaunseling, Di samping itu, kerjasama yang baik oleh guru-guru

bimbingan juga memudahkan segala urusan kamu untuk mendapatkan

maklumat, input serta pengalaman berharga mengenai bimbingan dan

kaunseling di sekolah rendah khususnya.

Berdasarkan temu bual dengan guru bimbingan dan kaunseling

SKSU, Puan Azlina dan Encik Ridzuan, antara kes yang sering ditangani

oleh mereka ialah kes murid malas ke sekolah terutamanya muridTahun

Satu. Mereka menggunakan pendekatan memujuk memandang kanak-

kanak pada usia sebegini lebih mudah didekati dengan menggunkan

kata-kata memujuk.

Menurut Lee dan rakan-rakan (2012), kaunseling kelompok

merupakan pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi

serta mempunyai perhubungan psikologi antara satu sama lain. Guru

bimbingan berperanan sebagai pemudah cara serta membantu member

cadangan yang sewajarnya berdasarkan persetujuan ahli kelompok.

Berdasarkan pemerhatian dan temu bual bersama guru bimbingan

SKSU, kaunseling kelompok yang kerap diadakan adalah melibatkan

murid yang mempunyai masalah berkaitan akademik seperti keputusan

peperiksaan yang menurun, masalah pembelajaran dan sebagainya.

Kebiasaannya, seramai tujuh hingga lapan orang murid yang

mempunyai masalah yang hampir sama dan dikelompokkan dalam satu

kumpulan. Kemudian, sesi kaunseling kelompok dilaksanakan.

Kesimpulannya, perkhidmatan yang disediakan oleh unit bimbingan

dan kaunseling ini banyak membantu pihak sekolah dalam melahirkan

modal insan yang berkualiti.

KES KAUNSELING DAN PENYELESAIANNYA DI SEKOLAH

1.0 Pengenalan

Semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang(SKSU),

kami telah menemui guru bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut iaitu Puan

Norazlina Binti Che Deraman dan Encik Redzuan Bin Snusi. Tujuan kami menemui

mereka adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes kaunseling yang pernah

mereka tangani di sekolah tersebut. Pengalaman beliau menjadi guru kaunseling di

sekolah tersebut selama empat tahun membolehkan beliau berkongsi cerita dan

pengalaman beliau semasa menangani pelbagai kes kaunseling sama ada kes

berat atau kes ringan.

2.0 Sifat murid dan analisis masalah

Salah satu kes yang telah beliau tangani semasa kami berpraktikum di sana

adalah masalah akademik iaitu murid tidak mahir membahagikan masanya kerana

aktiviti yang terlalu padat. Menurut Puan Azlina dalam satu sesi temubual yang kami

jalankan, murid tersebut merupakan pelajar cemerlang di SKSU dan merupakan

pelajar target 5A pada tahun ini. Murid tersebut merupakan murid Tahun Enam Arif

iaitu murid kelas pertama dan merupakan seorang pengawas sekolah. Namun

begitu, beliau menghadapi sedikit tekanan kerana aktiviti yang terlalu padat. Murid

tersebut juga merupakan atlet sekolah yang menyertai permainan sofbol sehingga

ke peringkat negeri. Harapan yang terlalu tinggi daripada guru-guru serta ibu bapa

beliau agar beliau dapat mencapai kejayaan yang cemerlang meningkatkan lagi

tekanan yang dihadapinya. Perkara ini tidak dinyatakan dalam sesi kaunseling yang

telah dirakamkan tetapi perkara ini ditimbulkan dalam sesi temubual antara murid

tersebut dan Puan Azlina iaitu guru kaunseling yang menguruskan kes tersebut.

Bapa kepada murid tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya pula

adalah seorang jururawat. Murid ini mempunyai lima orang adik-beradik dan beliau

merupakan anak sulung daripada lima beradik. Latar belakang keluarga yang terlalu

mementingkan pendidikan menyebabkan murid ini tidak dapat menikmati zaman

kanak-kanaknya dengan gembira. Selain itu juga, salah satu masalah yang dihadapi

murid tersebut adalah kurangnya dorongan ibu bapa yang sangat tidak

menggalakkan murid tersebut menyertai permainan sofbol kerana khuatir akan

menjejaskan pelajarannya. Percanggahan idea dan pendapat berlaku antara murid

tersebut dan kedua ibu bapanya kerana murid tersebut sangat meminati sukan

sofbol dan ingin meneruskan penyertaannya dalam sukan tersebut. Pertentangan

pendapat ini menyebabkan murid tersebut berasa agak tertekan dan tidak dapat

menguruskan rutin hariannya dengan baik.

Murid yang menjadi klien bagi sesi kaunseling ini merupakan seorang murid

yang bijak dan sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Selain itu

juga, murid ini tidak mahir dalam meluahkan pendapat dan apa yang dirasakan

terhadap sesuatu perkara. Hal ini menyebabkan murid selalu menghadapi tekanan

kerana bebanan kerja dan perasaan yang disimpan sendiri. Meskipun murid ini

menghadapi masalah dalam aspek pembahagian masanya, murid tersebut masih

lagi mampu belajar dengan baik dan beliau tidak pernah tidak hadir ke sekolah

tanpa sebab yang munasabah. Selain itu juga, pencapaiannya dalam subjek

Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan dalam ujian yang baru saja diduduki.

3.0 Pendekatan yang digunakan bagi membantu murid

Setelah melaksanakan sesi temubual bersama guru kaunselor tersebut serta

melihat sendiri sesi kaunseling yang telah dijalankan, kami mendapati Puan Azlina

telah menggunakan Teori Behavioris yang merupakan pecahan kepada Teori

Behavioral atau Teori Tingkahlaku. Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set

prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena

secara sistematik. Pelaksanaan sesuatu tindakan yang baik dan wajar perlu

berdasarkan teori yang terbukti kejayaan dan keupayaannya. Dalam isu pemilihan

teori ini, Gladding(1996) menyatakan kaunselor yang berkesan akan membuat

keputusan tentang pemilihan sesuatu teori berdasarkan latar belakang pendidikan

dan falsafah hidup kaunselor itu sendiri mengikut keperluan kliennya. Noffsinger

(1984) berpendapat bahawa kaunselor yang cekap boleh menyesuaikan diri dalam

pelbagai keadaan dan patut mempelajari pelbagai teori dan tahu mengaplikasikan

tanpa melanggar prinsip-prinsip teori tersebut.

Yusof Ahmad (2005) pula mencadangkan beberapa langkah untuk kaunselor

memilih teori tertentu untuk menjalankan sesi kaunseling. Puan Azlina yang

merupakan kaunselor SKSU percaya bahawa tingkah laku manusia adalah hasil

daripada pembelajaran, sama ada melalui pemerhatian serta peniruan dari orang

lain. Selain itu juga beliau percaya bahawa tingkah laku manusia berkait rapat

dengan pengalaman mengaitkan perasaan dengan sesuatu peristiwa. Oleh itu,

beliau cenderung menggunakan Teori Behavioris yang berpegang teguh kepada

kepercayaan bahawa tingkah laku boleh dipelajari. Teori Behavioris yang digunakan

kaunselor iaitu Puan Azlina merupakan hasil kajian dua tokoh yang terkenal iaitu

Ivan Pavlov dan B.F Skinner (Choong, 2010). Teori ini menyatakan bahawa

manusia dilahirkan neutral dan mempunyai potensi yang sama untuk menjadi baik

atau jahat. Dalam kes yang ditangani oleh guru kaunseling ini, beliau percaya

bahawa murid tersebut mempunyai potensi untuk berubah menjadi lebih baik dan

menjalani kehidupan yang lebih teratur sekiranya tindakan yang sesuai diambil bagi

menangani masalahnya. Guru kaunseling tersebut juga percaya bahawa murid ini

juga akan mengalami tekanan atau hipertensi yang berlebihan sekiranya tidak

mendapat bimbingan daripada individu yang berada di sekelilingnya.

Selain itu juga, teori ini berpendapat bahawa manusia mampu memberi

respons terhadap rangsangan yang sesuai dan apa yang telah mereka pelajari.

Menurut Teori Behavioris ini, semua tingkah laku boleh dipelajari dan juga boleh

dihapuskan. Tingkah laku murid tersebut yang suka menyimpan dan memendam

segala masalah secara bersendirian boleh diubah dengan bimbingan guru atau

kaunselor yang terlibat. Sikap suka menyimpan sendiri segala hal yang berlaku

boleh menambahkan tekanan dan perlu diatasi segera. Guru kaunselor cuba

mengatasi masalah ini dengan menggalakkan murid tersebut untuk bercerita

mengenai segala masalahnya dan berasa selesa dengan sesi yang diadakan

bersama.

Antara andaian-andaian yang terdapat dalam teori ini adalah semua tingkah

laku adalah disebabkan oleh alam sekitar dan rangsangan dari luar. Dalam teori ini

juga, peneguhan hendaklah diadakan sebaik sahaja tingkah laku itu berlaku. Dalam

kes kaunseling yang telah dikendalikan kali ini, Puan Azlina iaitu guru kaunseling

SKSU mengandaikan bahawa murid tersebut mengalami tekanan kerana

rangsangan daripada luar iaitu bantahan ibu bapanya yang tidak membenarkan

murid tersebut untuk menyertai permainan sofbol meskipun murid itu sangat

meminati sukan sofbol.

Secara am, teori behavioris adalah berorientasikan tindakan. Dalam teori

yang digunakan oleh kaunselor ini, klien akan bertindak secara aktif ke arah

penyelesaian masalah yang mereka hadapi. Antara langkah yang telah

dilaksanakan oleh Puan Azlina berdasarkan Teori Behavioris yang diaplikasikannya

adalah mengukuhkan tingkah laku yang wajar. Dalam kes ini, Puan Azlina telah

menggalakkan murid tersebut melaksanakan salah satu langkah yang wajar bagi

membolehkan murid itu menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan

bimbingan kaunselor iaitu membina jadual waktunya sendiri bagi membolehkan

murid itu menyusun rutin hariannya dengan lebih sistematik.

Teknik pembentukan atau shaping merupakan salah satu langkah yang telah

digunakan oleh kaunselor iaitu Puan Azlina bagi membantu murid tersebut

menangani masalah yang dihadapinya. Pembentukan atau shaping merupakan

proses pembentukan tingkah Iaku yang di ingini melalui beberapa peneguhan diberi

secara beransur- ansur atau ansur maju untuk mendapat tindak balas yang

diharapkan. Berdasarkan teknik pembentukan ini, ciri-ciri tingkah laku yang mirip

kepada tingkah laku sasaran diberikan peneguhan sehingga terhasilnya tingkah

laku tersebut (Choong, 2010). Proses ini juga dikenali sebagai successive

approximations.

Dalam kes yang dikendalikan Puan Azlina ini, tingkah laku yang dikehendaki

daripada murid tersebut adalah murid menjadi lebih bijak mengurus masanya dan

dapat menguruskan rutin hariannya dengan sistematik. Terdapat tiga langkah yang

telah dijalankan oleh Puan Azlina berdasarkan Teori Behavioris yang

diaplikasikannya iaitu mengenalpasti tingkah laku yang dikehendaki, menunggu

sehingga tingkah laku tersebut dapat dilihat dengan jelas serta emmberi peneguhan

yang wajar. Menurut Puan Azlina melalui temubual yang kami adakan bersamanya,

pada mulanya beliau mengenalpasti dan memahami masalah yang dihadapi klien

secara mendalam. Pengenalpastian ini dilakukan dengan menemubual murid

tersebut, menjalankan sesi kaunseling dengan murid tersebut, serta meminta guru-

guru kelas murid itu membuat permerhatian dan pemantauan ke atas murid itu

semasa proses pengajaran dan pembelajaran diadakan di kelasnya.

Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi klien ini iaitu kurangnya

kemahiran mengurus masa peribadinya, Puan Azlina cuba untuk mengenalpasti

tingkah laku yang diingini. Berdasarkan respons yang diberi murid dalam video yang

telah direkodkan semasa sesi kaunseling berlangsung, murid tersebut berharap dia

akan mempunyai jadual waktu peribadi yang lebih teratur dan tersusun serta dapat

melakukan sebarang aktiviti yang digemari dan memberi faedah kepadanya seperti

menyertai pasukan sofbol sekolah. Setelah mengenalpasti tingkah laku yang

diingini, Puan Azlina kemudiannya menggalakkan murid tersebut untuk membina

jadual waktunya sendiri. Selain itu juga, beliau membimbing murid membina jadual

waktu dengan menunjukkan cara dan kaedah emmbuat jadual waktu dalam sesi

kaunseling yang sterusnya.

Langkah seterusnya yang telah dijalankan oleh Puan Azlina berdasarkan

teknik pembentukan atau shaping yang dianjurkan dalam Teori Behavioris ini adalah

menunggu sehingga kelihatan tingkah laku tersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui

video yang telah dirakam. Dalam video tersebut, Puan Azlina telah memberi masa

dan peluang kepada murid tersebut untuk membina jadual waktu peribadi mengikut

keselesaannya. Beliau juga menekankan bahawa jadual yang dibuat haruslah

memberi kemudahan kepada murid itu. Selain itu juga, Puan Azlina menyarankan

kepada murid tersebut supaya membuat perubahan pada jadualnya sekiranya murid

itu berasa tidak selesa dengan jadual yang telah disusun.

Peneguhan yang bersesuaian juga telah diberikan oleh Puan Azlina dalam

sesi kaunseling berikutnya. Dalam sesi kaunseling yang berikutnya, murid tersebut

telah menyerahkan jadual yang telah dibina sendiri kepada Puan Azlina dan Puan

Azlina telah memberi cop berlabel ‘Amat Baik’ kepadanya. Cop yang diberi ini

merupakan salah satu peneguhan yang dapat menggalakkan murid tersebut untuk

mematuhi jadual yang telah dibinanya. Melalui teknik pembentukan atau shaping ini,

murid diajar tingkah laku kompleks secara beransur-ansur dan setiap tingkah laku

ini diberikan peneguhan. Secara ansur maju, peneguh ekstrinsik yang berupa

ganjaran fizikal ini disertakan dengan peneguh intrinsik agar murid berkenaan tidak

berharap sepenuhnya kepada ganjaran fizikal tersebut. Motivasi intrinsik merupakan

dorongan atau minat individu melakukan sesuatu tanpa mengharapkan atau

meminta ganjaran. Burner (1996) mengaitkan motivasi intrinsik dengan naluri ingin

tahu dan dorongan untuk mencapai kecekapan. Motivasi intrinsik ini juga dikaitkan

dengan tingkah laku manusia kerana sesetengah tingkah laku itu dilakukan kerana

individu atau murid berkenaan mendapat satu bentuk kepuasan dalaman hasil

daripada tingkah laku tersebut. Dalam kes yang dikaji ini, murid tersebut yang diberi

peneguhan ekstrinsik pada mulanya berazam untuk mematuhi jadual waktunya

yang telah dibuat sepenuhnya agar segala rutin hariannya dapat dijalankan secara

sistematik. Kepuasan kendiri juga akan dapat dicapai secara perlahan-lahan apabila

murid tersebut berjaya menyelesaikan segala masalahnya serta menjalani rutin

hariannya dengan lancar.

Salah satu teknik yang juga digunakan Puan Azlina adalah teknik

pembelajaran tiruan atau Modelling. Teknik ini beliau gunakan semasa sesi

kaunseling yang berikutnya bersama murid tersebut. Teknik ini merupakan

pembelajaran peniruan yang mengajar tingkah laku baharu dengan menggunakan

model. Teknik modeling ini mendedahkan klien kepada seseorang atau individu

sama ada dalam kehidupan seharian, berbentuk watak dala filem atau tayanga

video. Watak-watak tersebut akan mempamerkan ciri-ciri tingkah laku seperti yang

dihasratkan klien tadi. Dalam hal ini, kaunselor iaitu Puan Azlina telah menjadikan

salah seorang murid cemerlang Tahun 6 iaitu rakan kepada murid yang mengalami

masalah tersebut sebagai contoh dan model yang terhampir dengan murid itu. Puan

Azlina mencadangkan agar murid tersebut memerhatikan rutin harian yang

dijalankan rakannya itu serta membuat sedikit catatan. Murid cemerlang yang

merupakan rakan murid yang mengalami masalah pengurusan waktu tersebut

merupakan seorang anak penjual kuih dan dia dapat membahagikan masanya

dengan baik meskipun terpaksa membantu ibunya membuat kuih setiap hari demi

mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Rakannya itu juga merupakan murid

harapan sekolah dan cemerlang dalam akademiknya. Puan Azlina juga ada

mencadangkan kepada murid tersebut agar melihat jadual waktu peribadi rakannya

itu supaya dia dapat mencontohi dan mengurus masanya dengan baik serta

mencontohi rakannya itu.

3.0 Penutup

Sebagai kesimpulannya, teori dan langkah-langkah yang digunakan oleh

kaunselor terlibat iaitu Puan Azlina amat bersesuaian dengan kes yang

ditanganinya itu. Pengaplikasian teori dan startegi yang telah dijalankan

membolehkan kaunselor bertindak sebagai guru dan bersikap aktif dalam

menganalisis rantaian antara tingkah laku bermasalah dan kesannya. Selain itu

juga, kaunselor berjaya menjelaskan matlamat dan merancang modifikasi dengan

baik berdasarkan teori behavioris yang telah dipalikasikannya. Puan Azlina juga

berjaya memberi cadangan dan alternatif bagi membolehkan murid tersebut

mengatasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Namun begitu, segala

tindakan susulan adalah bergantung kepada murid itu sendiri dan murid tersebut

berhak untuk memilih alternatif yang akan diguna pakai bagi mengatasi masalah

yang dihadapinya. Hal ini selaras dengan definisi kaunseling itu sendiri yang

merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan

prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan

perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan

menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik

perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran asas kaunseling.

Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika

berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan

psikologi. Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor adalah

kemahiran melayan dan mendengar, kemahiran mengintrepretasi tingkah laku

bukan lisan, kemahiran memberi tindak balas dan kemahiran mengenal pasti

masalah.

1.0 Kemahiran melayan dan mendengar

Antara kemahiran yang digunakan oleh Puan Azlina iaitu guru kaunseling

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang(SKSU) semasa sesi kaunseling yang telah

direkodkan adalah kemahiran melayan dan mendengar. Kedua-dua kemahiran

ini amat penting untuk membina asas hubungan yang kukuh antara guru

kaunseling serta murid yang dipertemukan dengannya. Kedua-dua kemahiran ini

membolehkan guru kaunseling menyatakan mesej bahawa beliau bersedia

secara fizikal dan psikologikal terhadap apa yang akan diperkatakan serta

dilakukan oleh murid tersebut. Hal ini jelas dapat dibuktikan dalam rakaman yang

dilampirkan bersama tugasan ini. Sesi kaunseling yang telah direkodkan

dimulakan dengan murid memperkenalkan dirinya dan Puan Azlina juga

memperkenalkan diri kepada murid tersebut. Dalam suasana teraputik

sedemikian, murid atau kanak-kanak akan didorong untuk terus menceritakan

apa yang terbuku dalam hati mereka (Choong, 2010).

1.0.1 Kemahiran melayan kanak-kanak

Daripada rakaman video yang telah dibuat juga, Puan Azlina jelas sekali

mempunyai kemahiran melayan kanak-kanak iaitu klien beliau yang merupakan salah

seorang murid Tahun 6. Semasa sesi kaunseling dilaksanakan, beliau memandang

terus ke arah murid tersebut serta menunjukkan kedudukan badan yang terbuka

semasa sesi kaunseling dijalankan. Sebelum masuk ke bilik kaunseling juga, Puan

Azlina turut menyambut murid tersebut dengan penuh senyuman serta mengalu-alukan

kedatangannya bagi sesi kaunseling tersebut.

1.0.2 Kemahiran mendengar asas

Terdapat tujuh kemahiran kecil yang terangkum dalam kemahiran mendengar

iaitu kemahiran menyoal dengan soalan terbuka. Soalan merupakan kaedah yang

paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia

merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya,

soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien.Dalam video yang telah

direkodkan, Puan Azlina telah bertanya kepada murid tersebut perkara yang ingin

dibincangkan dalam sesi kauseling itu.

Contoh:

“Apa yang ingin murid bincangkan dengan cikgu?”

Soalan berbentuk terbuka ini tidak boleh dijawab dengan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ tetapi

menggalakkan murid menghuraikan apa yang diperkatakannya. Dalam soalan ini, Puan

Azlina berharap murid tersebut dapat meluahkan apa yang terbuku di hatinya dan sedia

berkongsi apa sahaja cerita dengannya. Selain itu juga, terdapat beberapa lagi soalan

terbuka yang dikemukakan oleh Puan Azlina kepada murid tersebut seperti:

“Boleh murid terangkan bagaimana anda menguruskan masa?”

Soalan ini merupakan soalan terbuka yang meminta murid untuk menceritakan serba

sedikit latar belakangnya serta rutih harian yang dilakukannya. Namun begitu, Puan

Azlina turut menggunakan soalan tertutup seperti:

“Anda datang ke sekolah dengan menaiki apa?”

Jawapan kepada soalan ini adalah terhad dan murid hanya perlu menjawab dengan

satu jawapan contohnya “kereta”. Soalan tertutup lazimnya digunakan untuk tujuan

seperti menggalakkan sesi kaunseling daripada terkeluar dari topik perbincangan serta

memenuhi jurang maklumat yang spesifik dan mengurangkan percakapan klien yang

banyak.

1.0.3 Kemahiran Memparafrasa

Kemahiran memparafrasa adalah respons kaunselor setelah mendengar isi dan

memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat

yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons

kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Kemahiran

membuat prafrasa ini sangat penting serta menunjukkan kaunselor atau guru

kaunseling mendengar dan memahami apa yang dicerirtakan klien. Teknik prafrasa ini

digunakan lazimnya di peringkat awal hubungan kaunseling kerana prafrasa merupakan

pernyataan semula kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan

kepastian. Dalam video yang telah dirakamkan, Puan Azlina menggunakan kemahiran

prafrasa dengan mengulangi semula apa yang telah diceritakan murid secara ringkas

berkenaan rutin hariannya. Contoh:

“Daripada apa yang diperkatakan kamu tadi, rutin harian kamu bermula dari pagi

iaitu basuh baju, gosok baju…”

Terdapat pelbagai faedah yang boleh didapati daripada kemahiran memprafrasa ini

antaranya kemahiran ini membolehkan kaunselor menyemak pemahamannya

berdasarkan apa yang telah diceritakan oleh klien, meningkatkan ingatan guru terhadap

isi penting yang telah disampaikan murid serta menimbulkan kesedaran diri yang

mungkin akan emmberi celik akal kepada murid untuk menyelesaikan masalahnya (Lee

& dan rakan-rakan, 2012 ).

1.0.4 Dorongan minima

Kemahiran dorongan minima ini diperlukan untuk memberi sokongan dan

dorongan kepada murid untuk meneruskan perbincangan. Antara contoh dorongan

minima adalah ‘hm’, ‘teruskan’, ‘lpas itu’, ‘kemudian’ dan sebagainya. Dalam video yang

telah dirakamkan, Puan Azlina menggunakan kemahiran dorongan minima ini

contohnya semasa bertanyakan jadual atau rutin harian yang dilakukan oleh murid

tersebut. Ishammuddin (1999) menjelaskan tujuan melakukan dorongan minima

antaranya adalah membolehkan kaunselor memberi perhatian, menolong penerokaan

kendiri klien, menggalakkan klien agar terus bercakap serta berkeupayaan

mempengaruhi arau perbualan.

1.0.5 Kemahiran penstrukturan

Dalam sesebuah sesi kaunseling yang dijalankan, penstrukturan merupakan satu

kemahiran yang sangat penting. Penstrukturan yang dilakukan dengan baik mampu

membina hubungan yang mesra antara kaunselor dan klien. Dalam penstrukturan,

kaunselor hendaklah menerangkan tanngungjawab yang dipikul oleh kaunselor dan

klien sebelum memulakan sesi kaunseling tersebut. Guru kaunseling atau kaunselor

akan menerangkan bahawa segala perkara yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan

oleh kaunselor. Kemahiran penstrukturan yang diguna pakai kaunselor ini mewujudkan

perasaan selamat dan percaya kepada kaunselor. Hal ini membolehkan klien berkongsi

dan menceritakan apa sahaja yang mengganggu pemikirannya.

Dalam video yang telah kami rekodkan, Puan Azlina menggunakan kemahiran

penstrukturan dengan baik. Sebelum memulakan sesi kaunseling, beliau menerangkan

kepada murid bahawa segala perkara yang bakal diceritakan murid tersebut akan

menjadi rahsia antara mereka berdua. Beliau juga menekankan bahawa sesi

kaunseling tersebut akan dijalankan selama setengah jam iaitu 30 minit dan murid

diminta berasa selesa untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi dengannya.

1.0.6 Kemahiran memberi nasihat.

Menurut Hadley (dalam Lee Keok Cheong), cadangan dan nasihat adalah teknik-

teknik yang sama dengan pujukan. Dalam sesebuah sesi kaunseling, kaunselor

seharusnya tidak tergesa-gesa mencadangkan penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Kaunselor hendaklah menerokai dan menganalisis masalah yang dihadapi klien dengan

bertanyakan sendiri kepada klien tentang apa yang boleh beliau lakukan bagi

mengatasi masalah yang didapi. Daripada pemerhatian yang dibuat, Puan Azlina telah

mencadangkan beberapa alternatif yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah

yang dihadapi murid tersebut. Sebagai contoh, murid tersebut menghadapi amsalah

dalam pengurusan masa dan rutin hariannya. Puan Azlina telah mencadangkan agar

murid itu membina jadual waktu peribadinya serta mengubah jadual tersebut

sehinggalah dia berasa selesa dengan jadula tersebut. Namun begitu, alternatif ini

hanyalah cadangan penyelesaian yang diberikan oleh kaunselor. Segala tindakan

susulan bergantung kepada klien sama ada mengikut cadangan tersebut ataupun tidak.

1.0.7 Kemahiran membuat rumusan.

Tindakan kaunselor membuat rumusan merupakan proses menggulung segala

yang dibincangkan dalam sesi kaunseling yang dijalankan. Merumus merupakan

pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah

dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan juga adalah lebih meluas

jika dibandingkan dengan parafrasa. Seorang kaunselor hendaklah menguasai

kemahiran ini supaya dapat menyedarkan klien dan mengimbas kembali apa yang telah

dibincangkan semasa sesi kaunseling tersebut. Selain itu juga, membuat rumusan

merupakan satu cara menamatkan satu-satu sesi kaunseling.

Rumusan boleh dibuat sama ada di permulaan, tengah ataupun di akhir sesi

kaunseling. Namun begitu, kebiasaannya rumusan dibuat di hujung sesi kaunseling,

iaitu membuat rumusan keseluruhan. Dalam video yang telah direkodkan, Puan Azlina

merumus sesi kaunseling tersebut dengan meminta murid tersebut supaya mencuba

salah satu cadangan penyelesaian iaitu membina jadual waktu peribadi bagi mengatasi

masalah yang dihadapinya iaitu dari aspek pengurusan masa.

REFLEKSI

Disediakan oleh : Nurul Shahirah binti Sharifuddin

890223 – 06 – 5520

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya

akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kanak-

kanak (EDU 3107). Pelbagai perkara telah saya pelajari setelah menyiapkan tugasan

ini. terutamanya berkenaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dijalankan di

sekolah. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan

penting dalam agenda pendidikan negara terutamanya bagi mencapai matlamat

Falsafah Pendidikan Negara dan menyahut cabaran Wawasan 2020. Perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling yang berkesan seharusnya mempunyai pengurusan yang

mantap dan sistematik dalam usaha mencapai hasrat memberikan perkhidmatan yang

terbaik kepada klien terutamanya murid-murid.

Menurut dapatan dan pemerhatian yang telah dibuat di sekolah Sungai Udang,

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah diwujudkan dalam usaha mencari

penyelesaian serta menangani masalah yang dihadapi murid (Utusan Malaysia, Mac

2000). Dapatan dan maklumat yang telah saya perolehi semasa menjalani sesi

Praktikum Fasa Tiga di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang (SKSU) membolehkan

saya mengetahui jenis-jenis perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan di sekolah

tersebut iaitu kaunseling yang bersifat akademik, kerjaya, psikososial, keluarga,

peribadi, kes disiplin, dadah dan HIV atau AIDS. Terdapat pelbagai program dan aktiviti

yang telah dijalankan di SKSU mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan antaranya

dalam bidang akademik, iaitu kem motivasi murid Tahun Enam.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) menjelaskan antara objektif am

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah memberi khidmat penyuburan dan

pengayaan meliputi aspek perkembangan diri murid, memberi khidmat pencegahan

iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku, memberi

khidmat bersifat pemulihan untuk mengorientasikan semula murid yang bermasalah.

Daripada jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan, saya mempelajari bahawa

perkhidmatan yang ditawarkan dalam bimbingan dan kaunseling bersifat menyeluruh

dan merangkumi semua bidang-bidang utama. Pengetahuan berkenaan jenis-jenis

perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan juga membolehkan saya memahami bahawa

perkhidmatan kaunseling ini bukanlah hanya bertumpu kepada masalah disiplin

murid.tetapi bersifat menyeluruh merangkumi masalah akademik serta masalah berat

seperti penglibatan murid dengan dadah atau HIV/AIDS.

Setelah melaksanakan kerja kursus ini juga, saya dapat mempelajari bahawa

setiap kes kaunseling yang berlaku ditangani dengan pelbagai kaedah dan cara. Saya

juga mempelajari bahawa perkhidmatan kaunseling yang diberikan kaunselor

merupakan cadangan dan alternatif yang diberikan kepada klien iaitu murid bagi

menangani masalah yang dihadapi mereka. Perkara utama yang saya pelajari juga

adalah kaunselor atau guru kaunseling memainkan peranan paling utama dalam

membantu satu komuniti murid di sekolah. Di sekolah, kaunselor merupakan medium

yang menggerakkan unit kaunseling di sekolah. Keperibadian kaunselor, falsafah yang

dianuti, perancangan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dibuat,

pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling dan pembentukan objektif dapat

meningkatkan tahap pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Hal ini membolehkan saya mempelajari bahawa tugas sebagai seorang kaunselor

amatlah berat. Kaunselor perlu menyedari tanggungjawab yang dipikul serta

emmbangunkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah supaya dapat

membantu murid yang menghadapi masalah.

. Tugasan kerja kursus ini juga membolehkan saya mendalami pelbagai teori

kaunseling yang diguna pakai oleh kaunselor dan guru-guru kaunseling dalam

menangani pelbagai kes kaunseling yang berlaku terutamanya di sekolah. Saya juga

kini mempelajari bahawa setiap kaunselor mempunyai pegangan masing-masing yang

menentukan teori mana yang akan mereka gunakan untuk menangani sesuatu kes

kaunseling yang berlaku. Namun begitu, senario yang sering wujud di sekolah-sekolah

terutamanya sekolah di kawasan pedalaman adalah guru kaunseling tidak

menggunakan sebarang teori dalam menangani kes kaunseling dan ini merupakan

salah satu kelemahan yang dapat dikesan dalam aspek penggunaan teori-teori

kaunseling. Gladding (1996) menyatakan kaunselor yang berkesan akan membuat

keputusan tentang pemilihan sesuatu teori. Tugasan kerja kursus ini juga membolehkan

saya mempelajari bahawa setiap tindakan dan perkhidmatan yang diberikan oleh

seorang kaunselor atau guru kaunseling haruslah mempunyai garis panduan iaitu teori

atau pegangan yang digunkan bagi menangani kes kaunseling tersebut. Saya juga

berpendapat bahawa guru kaunseling yang tidak berpegang teguh kepada mana-mana

teori semasa menjalankan sesi kaunseling akan menyebabkan objektif sesi tersebut

kurang jelas dan hasil yang didapati juga tidak memberi makna kepada kedua-dua

belah pihak. Melalui pengalaman ini, saya dapat membuat satu kesimpulan bahawa

tidak semua teori sesuai untuk semua kes kaunseling tetapi pengetahuan berkaitan

semua teori perlu diketahui oleh kaunselor atau guru kaunseling.

Sebagai seorang guru, saya perlu melengkapkan diri saya dengan pelbagai

kemahiran generik yang membolehkan saya membentuk jati diri seorang guru. Melalui

pengalaman yang diperolehi daripada pelaksanaan tugasan ini, saya mempelajari

bahawa seorang kaunselor hendaklah menguasai beberapa kemahiran komunikasi

yang penting seperti kemahiran melayan dan mendengar, kemahiran menginterpretasi

tingkah laku dan kemahiran memberi tindak balas. Hal ini bagi membolehkan guru

kaunseling atau kaunselor menjalankan pendekatan yang bersesuaian bagi

membolehkan klien atau murid yang bermasalah berasa selesa untuk berkongsi

masalah mereka. Tugasan yang dilaksanakan ini juga membolehkan saya memplejari

bahawa guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan hendaklah menguasai pelbagai

jenis kemahiran asas kaunseling untuk digunakan di tahap-tahap tertentu dalam proses

kaunseling.

Saya berharap saya dapat memperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik serta

melengkapkan diri dengan segala kemahiran yang perlu demi menjadi seorang guru

yang serba boleh kelak.

REFLEKSI

Disediakan oleh : Syahidah binti Idris

890328 – 06 – 5930

1.0 Kekuatan

Pada zaman globalisasi ini, guru bimbingan atau kaunselor

memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan golongan murid

yang seimbang, berjiwa besar serta komited dalam melaksanakan setiap

tugas (Lee dan rakan-rakan, 2012). Selaras dengan matlamat tersebut

secara jujurnya saya berasa sangat bersyukur kerana berpeluang

mempelajari subjek Bimbingan dan Kaunseling ini sebagai persediaan

sebelum saya menjejakkan kaki dalam bidang pendidikan kelak.

Sepanjang melaksanakan praktikum fasa ke-3 ini, saya berpeluang

mengetahui banyak input serta pengalaman mengenai bidang tugas serta

peranan seorang guru bimbingan. Pada semester ini, saya menjalani sesi

praktikum di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang (SKSU), selama tiga

bulan. Semasa praktikum ini juga saya dikehendaki melaksanakan satu

kerja kursus yang berkaitan dengan bidang bimbingan dan kaunseling.

Terdapat banyak kekuatan serta beberapa kelemahan yang dikenal pasti

sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Tugasan pertama ialah menghuraikan jenis-jenis perkhidmatan

yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di SKSU.

Berdasarkan buku Rekod Pengajaran Harian Tahun 2012 milik Puan

Norazlina Che Deraman, terdapat lapan jenis perkhidmatan bimbingan di

sekolah rendah. Sepanjang menjalankan pemerhatian terhadap jenis

perkhidmatan yang disediakan oleh UBK, saya dapat menambahkan ilmu

pengetahuan mengenai jenis perkhidmatan tersebut. Sebelum ini, saya

hanya mengetahui secara umum mengenai jenis perkhidmatan tersebut.

Namun, setelah mengadakan temu bual dengan guru bimbingan SKSU,

barulah saya jelas dan faham mengenai jenis-jenis perkhidmatan tersebut.

Tugasan kedua sangat memberi impak dalam diri saya. Saya

berpeluang mengikuti sesi kaunseling individu semasa merakamkan video

tersebut. Kaunseling individu menurut Boy dan Pine (1968), kaunseling

individu ialah satu perhubungan bersemuka di mana seorang klien

mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Tugasan ini

menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di mana saya dan rakan perlu

meneliti video yang dirakam serta mengenal pasti teori yang digunakan

oleh guru bimbingan dalam mengatasi kes tersebut. Selain itu, melalui

tugasan kedua ini juga, saya juga didedahkan dengan pelbagai teori yang

digunakan dalam sesi bimbingan dan kaunseling. Justeru, sekiranya

ditugaskan untuk memegang jawatan guru bimbingan kelak, saya sudah

mempunyai gambaran tentang apa yang perlu dilakukan.

Selain itu, saya dan rakan-rakan juga dapat membina kemahiran

berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks

untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta

berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan

secara berterusan. Sebagai seorang guru, kita seharusnya berusaha

untuk memartabatkan profesion atau kerjaya sebagai seorang guru di

samping menjalankan amanah sebagai pendidik supaya tidak timbul

sebarang isu yang kurang enak didengar seperti yang digambarkan dalam

situasi ke-19.

Tugasan ketiga adalah mengenai kemahiran asas yang digunakan

dalam mengatasi masalah atau kes yang telah dikenal pasti. Sebagai

seorang guru bimbingan, kemahiran asas mestilah dikuasai sepenuhnya.

Pendedahan kepada kemahiran-kemahiran asas sedikit sebanyak melatih

diri saya untuk menjadi seorang kaunselor. Hal ini kerana tugas seorang

guru biasa juga adalah sebagai kaunselor yang bertanggungjawab

menasihat dan membimbing murid-murid ke arah kebaikan.

Secara umumnya, kekuatan yang dikenal pasti ialah kerjasama

yang diberikan oleh pihak sekolah khususnya guru bimbingan SKSU iaitu

Puan Azlina dan Encik Ridzuan banyak membantu saya dalam

melaksanakan tugasan ini. SKSU juga mempunyai guru bimbingan yang

terlatih dan berpengalaman sekali gus memudahkan urusan kami untuk

bertanyakan soalan-soalan tertentu. Di samping itu, kerjasama yang

diberikan oleh klien semasa kami merakamkan video tersebut juga

merupakan kekuatan yang dikenal pasti. Semasa melaksanakan tugasan

ini, saya ada mendengar rungutan daripada rakan-rakan di sekolah lain

bahawa guru-guru bimbingan di sekolah mereka menjalani praktikum tidak

memberikan kerjasama yang baik. Saya sangat-sangat bersyukur kerana

guru bimbingan di SKSU sangat memahami dan tidak lokek dalam

berkongsi ilmu khususnya mengenai bimbingan dan kaunseling.

2.0 Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan

Antara kelemahan yang dikenal pasti sepanjang melaksanakan

tugasan ini ialah kekangan dalam mengurus masa memandangkan saya

sedang menjalani praktikum dan perlu menjalankan kajian tindakan pada

semester ini. Namun demikian, itu bukanlah alasan untuk saya

melaksanakan tugasan ini secara sambil lewa. Sebagai langkah

penyelesaian, saya sentiasa mencontohi rakan-rakan yang lain sebagai

panduan dan motivasi untuk saya menyiapkan tugasan di awal waktu. Di

samping itu, saya juga mengatasi kelemahan ini dengan merancangan

jadual waktu agar semua tugasan dapat disiapkan.

3.0 Peluang

Antara peluang yang dikenal pasti melalui program ini ialah dapat

membina jati diri guru pelatih setelah mendengar input-input mengenai

peranan seorang guru yang bimbingan cemerlang. Seorang guru yang

cemerlang mestilah sentiasa melakukan inovasi atau perubahan baru

dalam bidang pendidikan khususnya. peka dan sentiasa mencari jalan

terbaik bagi membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam

pembelajaran.

4.0 Ancaman

Antara ancaman yang dikenal pasti ialah kesukaran untuk

menginterpretasi kes kaunseling individu memandangkan masalah yang

dihadapi klien adalah kurang serius kerana murid tersebut sudah pandai

dan ingin menjadi lebih pandai.

5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, saya berasa sangat bertuah kerana

berkesempatan menimba ilmu dan pengalaman sepanjang melaksanakan

tugasan kerja kursus dalam tempoh praktikum kali ini. Saya berharap agar

segala yang diperoleh akan saya jadikan sebagai panduan pada masa

akan datang sebagai persediaan apabila terlibat dalam dunia pendidikan

secara mutlak suatu hari kelak.

RUJUKAN

Lee Keok Cheong dan rakan-rakan (2012), Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak.

Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Chong Lean Keow (2010), Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Subang Jaya:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ramlah Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006), Panduan Ulangkaji Bimbingan dan

Kaunseling. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Maznah Baba dan Zainal Madon (2006), Kaunseling Individu. Kuala Lumpur : PTS

Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2010), Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Selangor : Penerbit

Multimedia Sdn. Bhd. .

Ee Ah Meng (1999), Bimbingan dan Kaunseling 1, Siri 4. Shah Alam: Penerbit Fajar

Sdn. Bhd.

Amla Salleh dan rakan-rakan (2009), Kaunseling Sekolah Edisi 2. Bangi : Penerbit

UKM.

Shertzer dan Stone (1974), Fundamental of Counseling. Boston : Houghton Mifflin

Chong Lean Keow (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Subang Jaya:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2002), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sabariah Siron (2005), Teori Kaunseling Dalam Perhubungan Monolog. Petaling Jaya :

Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

http://www.slideshare.net/guestd56616/definisi-kaunseling/download

http://www.slideshare.net/mandalia,teori-kaunseling/download