edu 3103

43
IPG KAMPUS DARULAMAN, KEDAH TEORI BEHAVIORIS – THORNDIKE DAN SKINNER EDU 3103 – MURID DAN ALAM BELAJAR PENSYARAH – PN. SITI BALKEH BINTI OSMAN

Upload: bandan-unyat

Post on 17-Feb-2015

52 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sekadar perkongsian sahaja...

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3103

IPG KAMPUS DARULAMAN, KEDAH

TEORI BEHAVIORIS – THORNDIKE DAN SKINNER

EDU 3103 – MURID DAN ALAM BELAJAR

PENSYARAH – PN. SITI BALKEH BINTI OSMAN

Page 2: EDU 3103

BANDAN

AHLI KUMPULAN

AZLAN SHAH

RAYMCELDRIN

Page 3: EDU 3103

SOALAN

• Seorang guru boleh menggunakanTeori Pelaziman Operan Thorndike sebagai salah satu pendekatan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bincangkan kajian (eksperimen) Pelaziman Operran oleh

Thorndike. Jelaskan tiga hukum pembelajaran yang disarankan oleh beliau. Huraikan cara-cara guru boleh mengaplikasikan teori tersebut di

bilik darjah berdasarkan hukum-hukum pembelajaran yang disarankan.

• Skinner telah membuat kajian ke atas tikus, burung merpati dan juga manusia. Dengan berbantukan gambarajah, ulaskan satu daripada hasil

kajian beliau. Bincangkan lima cara bagaimana teori ini dapat membantu guru

menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah.

Page 4: EDU 3103

PENGENALAN

Page 5: EDU 3103

TEORI PELAZIMAN OPERAN

• Dikenali juga sebagai pelaziman instrumental. Ia merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku menjadi kemungkinan kepada tingkah laku seterusnya diulangi, diteruskan atau dihentikan.

• Dalam pelaziman operan, sesetengah rangsangan dipelajari kerana : Gerakbalas ke atas persekitaran Pengaruh ke atas persekitaran.

Page 6: EDU 3103

3.1.1 Kajian (Eksperimen) Pelaziman Operan Thorndike

Page 7: EDU 3103

TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

• Beliau banyak membuat kajian tentang tingkah laku haiwan.• Proses pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau ialah

connectionism atau hubungan.• Menurut beliau lagi, hubungan antara rangsangan dengan gerak

balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.

• Kajian beliau adalah berdasarkan bagaimana kucing belajar keluar dari kurungan menunjukkan hubungan yang dimaksudkan.

• Seekor kucing yang kelaparan dimasukkan ke dalam sangkar.

Page 8: EDU 3103

• Kucing telah melakukan pelbagai tindakan rawak untuk keluar dari sangkar seperti, mencakar, berlari, menguis, meronta – ronta dinding sangkar, memanjat dan sebagainya sehingga kucing itu berjaya menekan tuil selak yang ada pada sangkar itu.

• Tindakan rawak itu dikenali sebagai teori cuba jaya.• Pada kali kedua dan ketiga kucing akan dapat keluar dari

sangkar dalam masa yang singkat.• Menurut beliau lagi, hubungan antara rangsangan (makanan)

dengan gerakbalas (menekan tuil selak) menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif.

Page 9: EDU 3103

RINGKASAN EKSPERIMEN CUBA RALAT THORNDIKE

1. Kucing yang lapar dimasukkan ke dalam sangkar dan di luar sangkar diletakkan dengan semangkuk makanan.

2. Kucing yang lapar cuba untuk keluar dari sangkar.

3. Kucing tersebut terpijak tuil dan keluar daripada sangkar tersebut dan makan makanan yang terdapat di luar.

4. Kucing tersebut mengulangi perkara yang sama untuk mendapatkan makanan di luar sangkar. 

5. Kesilapan yang dilakukan semakin berkurangan.

Page 10: EDU 3103

GAMBAR EKSPERIMEN CUBA RALAT THORNDIKE

Page 11: EDU 3103

VIDEO EKSPERIMEN THORNDIKE

Page 12: EDU 3103

3.1.2 TIGA HUKUMAN PEMBELAJARAN THORNDIKE

Page 13: EDU 3103

HUKUM-HUKUM PEMBELAJARAN

THORNDIKE

HUKUM KESEDIAAN

HUKUM LATIHAN

HUKUM KESAN

Page 14: EDU 3103

HUKUM KESEDIAAN

1. Individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan dan gerak balas yang berlaku.2. Kesediaan belajar termasuklah :

Kesediaan kognitif. ( pengetahuan / pengalaman lepas )

Kesediaan afektif. ( kecenderungan minat ) Kesediaan psikomotor. ( kemahiran fizikal )

Page 15: EDU 3103

3. Hukum ini mengarah kepada pencapaian matlamat pembelajaran.4. Menurut beliau lagi, gangguan atau halangan kepada pencapaian matlamat akan memberikan kesan kepada kegusaran dan kekecewaan.

Sekiranya individu sudah sedia untuk bertindak, dia dibimbing dan dibantu, kesannya amat memuaskan.

Sekiranya individu sudah sedia untuk bertindak tetapi dihalang kesannya mengecewakan.

Sekiranya individu belum bersedia untuk bertindak tetapi dipaksa, kesannya pun akan mengecewakan.

5. Guru hendaklah memastikan murid ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran.6. Dengan itu, murid akan dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya apa – apa yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.

Page 16: EDU 3103

HUKUM LATIHAN

1. Hubungan rangsangan dan gerak balas ( R – G ) akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak dan pelbagai.

2. Hubungan di antara kedua ini akan menjadi lemah jika ia tidak digunakan, iaitu tiada pengulangan dan latihan.

3. Hukum ini menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak dipratikkan lagi.

4. Untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap.

5. Latihan dan penggunaan serta kemahiran yang dikuasai akan mengukuhkan pembelajaran.

Page 17: EDU 3103

HUKUM KESAN

1. Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang.

2. Apabila situasi berulang, hubungan gerakbalas dengan situasi adalah merangsangkan.

3. Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang tidak memuaskan, hubungan dengan situasi akan menjadi lemah.

4. Gerak balas juga tidak akan diulangi.5. Guru hendaklah menyediakan pembelajaran yang

dapat membawa kepada perasaan rasa ingin berjaya.

Page 18: EDU 3103

5. Sekiranya murid dapat, menguasai pembelajaran atau mendapat pujian, murid akan berasa puas hati dan gembira.

6. Situasi ini akan membuatkan murid akan berusaha dengan lebih gigih untuk terus berjaya.

7. Sekiranya, jika murid tidak dapat menguasai pembelajaran, dikritik, dimarahi atau dikecam, murid akan berasa kecewa dan hilang minat untuk belajar.

8. Teori Thorndike ini juga menjadi asas kepada teori pelaziman operan Skinner yang bertitik tolak daripada hukum kesan Thorndike.

Page 19: EDU 3103

3.1.3 CARA – CARA GURU BOLEH MENGAPLIKASIKAN TEORI

THORNDIKE DI DALAM BLIK DARJAH BERDASARKAN TIGA

HUKUM YANG DIPERKENALKAN OLEH THORNDIKE

Page 20: EDU 3103

Hukum Kesediaan

Guru perlu mengambil perhatian terhadap

ketiga – tiga kesediaan ini

Guru perlu memastikan tiada gangguan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 21: EDU 3103

Guru perlu mengambil perhatian terhadap ketiga – tiga kesediaan ini

1. Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

2. Supaya matlamat pembelajaran dapat dicapai pada akhir pembelajaran.

3. Dengan ini, murid-murid secara beransur-ansur akan menunjukkan gerak balas yang memuaskan.

Page 22: EDU 3103

Guru perlu memastikan tiada gangguan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran.

1. Supaya tumpuan murid tidak terganggu.2. Untuk mengelakkan kesan yang negatif seperti

kekecewaan terhadap murid – murid.3. Untuk mengelakkan murid – murid daripada gagal

mencapai matlamat mereka.

Page 23: EDU 3103

HUKUM LATIHAN

Guru hendaklah banyak memberikan latihan pengukuhan

kepada murid – murid.

Guru hendaklah membuat aktiviti kuiz

untuk murid – muridnya.

Page 24: EDU 3103

Guru hendaklah banyak memberikan latihan pengukuhan kepada murid –

murid.

Untuk mengukuhkan kemahiran yang ada pada murid – murid

tersebut.

Pembelajaran pastinya akan lebih berkesan.

Dapat menguatkan daya ingatan dalam kalangan

murid.

Page 25: EDU 3103

Guru hendaklah membuat aktiviti kuiz untuk murid – muridnya.

Supaya murid sentiasa mempratikkan apa yang telah mereka pelajari.

Guru juga akan mengetahui sejauh mana kemampuan murid – muridnya.

Mendorong berlakunya pertambahan gerak balas dalam kalangan murid.

Page 26: EDU 3103

Hukum Kesan

Guru hendaklah memberi ganjaran atau peneguhan sebagai respon atau gerak balas yang betul kepada pelajar.

Elakkan daripada mengkritik dengan kasar

murid yang lemah.

Page 27: EDU 3103

Guru hendaklah memberi ganjaran atau peneguhan sebagai respon atau gerak balas yang betul kepada

pelajar.

Supaya murid lebih bersemangat

untuk terus menimba ilmu.

Berupaya mendorong pelajar menghasilkan kerja

yang bermutu tinggi.

Mendorong murid ke arah

pencapaian yang lebih cemerlang.

Page 28: EDU 3103

Elakkan daripada mengkritik dengan kasar murid yang lemah

Hal ini untuk mengelakkan murid hilang minat terhadap

proses sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran

Murid tidak terdorong untuk maju kerana gurunya tidak

memberikan peneguhan yang positif.

Untuk mengelakkan gejala ponteng kelas dalam

kalangan murid.

Page 29: EDU 3103

3.2.1 Hasil Kajian Burrhus Frederic Skinner

Page 30: EDU 3103

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU

PENEGUHAN

PENEGUHAN POSITIF

PENEGUHAN NEGATIF

HUKUMAN

HUKUMAN TARIK

HUKUMAN BERI

Page 31: EDU 3103

GAMBAR EKSPERIMEN SKINNER

Page 32: EDU 3103

Seekor tikus lapar diletakkan ke dalam ‘kotak skinner’ yang dilengkapi dengan alat penekan pada

dindingnya.

Pada permulaannya, tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar.

Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan

tersebut dan menyebabkan biji-biji makanan terkeluar.

Proses itu diulangi beberapa kali sehingga

tikus itu mendapati bahawa apabila memijak alat

penekan, makanan akan terkeluar.

Skinner memutuskan hubungan antara makanan dengan alat penekan. Ini

menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila terpijak alat

penekan.

Ini menyebabkan tikus itu berhenti daripada

menekan alat penekan tersebut.

Page 33: EDU 3103

RINGKASAN UJI KAJI DALAM PETI SKINNER

Tingkah laku awal

Tingkah laku/tindakan

Kesan tindakan

Teknik Kesan tingkah laku

Rawak Tertekan tuil suis

Makanan keluar

Peneguhan Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis

Makanan keluar

Peneguhan Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis – lampu menyala

Makanan keluar

Peneguhan positif

Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis – lampu tidak menyala

Makanan tidak keluar

Peneguhan negatif

Tidak diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis – kejutan elektrik

Makanan tidak keluar

Hukuman Tidak diteruskan

Page 34: EDU 3103

VIDEO EKSPERIMEN “PETI SKINNER”

Page 35: EDU 3103

3.2.2 LIMA CARA BAGAIMANA TEORIINI DAPAT MEMBANTU GURU MENANGANI TINGKAH LAKU

BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH

Page 36: EDU 3103

Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.

• Mengadakan aktiviti yang berpusatkan murid seperti sumbang saran, lakonan, nyanyian dan sebagainya.

• Menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang boleh menarik minat pelajar.

• Contoh: Media elektronik seperti paparan audio dan visual. Benda maujud yang dapat dilihat dan disentuh oleh murid.

Page 37: EDU 3103

Memberi ganjaran atau peneguhan untuk jawapan yang betul.

• Memberikan kata-kata pujian dan perangsang apabila murid menjawab dengan betul agar mereka lebih bersemangat untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

• Memberi ganjaran seperti gula-gula, pensel dan sebagainya sebagai ganjaran kepada murid yang memberikan jawapan dengan betul.

Page 38: EDU 3103

Menentukan persekitaran yang sesuai untuk suasana pembelajaran yang seronok dan kondusif.

• Dari aspek fizikal, guru boleh mempelbagaikan tempat sesi pengajaran seperti di makmal komputer, taman sains, perpustakaan dan sebagainya untuk memastikan persekitaran yang seronok.

• Selain itu, dalam bilik darjah, kedudukan tempat duduk murid harus disusun secara teratur dan kemas.

• Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup dalam bilik darjah turut memainkan peranan dalam menentukan keselesaan murid.

Page 39: EDU 3103

Sentiasa memastikan aspek keselesaan murid.

• Dari aspek sosial, guru harus memastikan sesi pengajaran berlaku dalam dua hala agar murid rasa diberi perhatian.

• Guru juga boleh mengadakan perbincangan agar murid-murid dapat berinteraksi sesama sendiri seterusnya mengurangkan ketidakselesaan murid apabila bergaul dengan rakan sekelas.

• Guru juga harus menggunakan pendekatan pengajaran yang lembut tetapi tegas agar murid berasa selesa untuk turut serta dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Page 40: EDU 3103

Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari segi aspek kognitif, fizikal dan afektif.

• Bagi memastikan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan, guru seharusnya mendapatkan perhatian sepenuhnya daripada para murid sebelum memulakan kelas.

• Hal ini bertujuan agar murid dapat menumpukan sepenuh perhatian dan seterusnya dapat menerima isi pengajaran dengan berkesan.

Page 41: EDU 3103

RUMUSAN

• Teori pelaziman operan membuktikan perlakuan manusia, emosi dan sikap dapat dipupuk dan dibentuk melaui pengulangan dan latihan.

• Peneguhan positif boleh diberikan dalam bentuk ganjaran material dan non-material serta verbal dan non-verbal. Peneguhan positif dapat mengekalkan dan mengukuhkan tingkah laku. Tingkah laku akan diteruskan jika individu berasa puas hati dan seronok.

• Peneguhan negatif akan meningkatkan kemungkinan tingkah laku diulangi apabila rangsangan yang tidak selesa ditiadakan.

• Hukuman dan dendaan memungkinkan tingkah laku tidak diulangi.• Untuk membentuk tingkah laku ke arah mencapai sesuatu

matlamat, berikan peneguhan secara berterusan. Setelah matlamat tercapai, berikan peneguhan secara berkala.

Page 42: EDU 3103

RUJUKAN• (2012, Julai 19). Didapatkan dari

http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/Implikasi_Teori_P&P.pdf• (2012, Julai 19). Didapatkan dari

http://wizpismpd.blogspot.com/p/edward-lee-thorndike.html• Nuriati A. Rashid, Boon Poon Yong & Sharifah Fakhriah.

(2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

Page 43: EDU 3103

SEKIAN, TERIMA KASIH.