edu 3093

13
Tutorial EDU 3093 1. Kemukakan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia. kumpulan ecah & dayah 1. Pelaksanaan pendidikan wajib peringkat asas. 2. Mewujudkan pelbagai jenis sekolah (sekolah agama, sekolah asrama penuh dan sekolah swasta). 3. Kenalkan secara automatik hingga ke tingkatan 4 peringkat menengah. 4. Melaksanakan pendidikan jarak jauh peringkat tinggi. 5. Mengutamakan pendidikan sepanjang hayat (life-long learning). 6. Mengadakan pendidikan untuk semua (education for all). 7. Mewujudkan sekolah-sekolah bersaiz kecil di kawasan pedalaman untuk penduduk di kawasan terpencil. 2. Pembentukan modal insan secara jasmani, emosi, rohani dan intelek merupakan tonggak pendidikan ketiga UNESCO. (Struktur November 2011) kumpulan una & maryam a) Huraikan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat tonggak tersebut dan bagaimanakah guru di Malaysia dapat memainkan peranan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa. USAHA KERAJAAN: Kerajaan telah memastikan bahawa setiap individu rakyat negara ini perlu menerima pendidikan sejak awal kanak-kanak sehingga peringkat awal remaja sehingga individu tersebut boleh berfikir secara kritis dan berupaya membuat keputusan terhadap tindakan dalam kehidupannya. Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) menyediakan kurikulum yang menitikberatkan penyebatian antara pengetahuan, kemahiran, sikap serta nilai murni. Penilaian dan pentaksiran terhadap pencapaian pelajar dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan dengan menggunakan pelbagai alat pengukuran. PERANAN GURU: Guru perlu mendedahkan kepada pelajar tentang kepelbagaian budaya rakyat negara dan kesedaran tentang saling memahami serta saling memerlukan antara satu sama lain demi mewujudkan satu masyarakat yang hidup secara harmoni.

Upload: najibtarubus

Post on 26-Dec-2015

297 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3093

Tutorial EDU 3093

1. Kemukakan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia. kumpulan ecah & dayah

1. Pelaksanaan pendidikan wajib peringkat asas.2. Mewujudkan pelbagai jenis sekolah (sekolah agama, sekolah asrama penuh dan

sekolah swasta).3. Kenalkan secara automatik hingga ke tingkatan 4 peringkat menengah.4. Melaksanakan pendidikan jarak jauh peringkat tinggi.5. Mengutamakan pendidikan sepanjang hayat (life-long learning).6. Mengadakan pendidikan untuk semua (education for all).7. Mewujudkan sekolah-sekolah bersaiz kecil di kawasan pedalaman untuk penduduk di

kawasan terpencil.

2. Pembentukan modal insan secara jasmani, emosi, rohani dan intelek merupakan tonggak pendidikan ketiga UNESCO. (Struktur November 2011) kumpulan una & maryam

a) Huraikan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat tonggak tersebut dan bagaimanakah guru di Malaysia dapat memainkan peranan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa.

USAHA KERAJAAN: Kerajaan telah memastikan bahawa setiap individu rakyat negara ini perlu menerima

pendidikan sejak awal kanak-kanak sehingga peringkat awal remaja sehingga individu tersebut boleh berfikir secara kritis dan berupaya membuat keputusan terhadap tindakan dalam kehidupannya.

Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) menyediakan kurikulum yang menitikberatkan penyebatian antara pengetahuan, kemahiran, sikap serta nilai murni.

Penilaian dan pentaksiran terhadap pencapaian pelajar dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan dengan menggunakan pelbagai alat pengukuran.

PERANAN GURU: Guru perlu mendedahkan kepada pelajar tentang kepelbagaian budaya rakyat negara dan

kesedaran tentang saling memahami serta saling memerlukan antara satu sama lain demi mewujudkan satu masyarakat yang hidup secara harmoni.

Guru perlu merancang aktiviti P&P untuk menggalakkan penglibatan semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan kaum.

Guru dan pihak pengurusan sekolah boleh merancang kurikulum yang memberikan ruang dan masa untuk pelajar melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya.

Guru dan pihak pengurusan sekolah boleh merancang program amal atau aktiviti dalam gerak kokurikulum di mana pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti di luar bandar dan di kawasan orang asli untuk memahami cara hidup mereka.

Page 2: EDU 3093

3. Dalam era globalisasi dan modenisasi, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat semakin dirasai. Huraikan cabaran yang boleh dihadapi oleh guru akibat daripada perkembangan ini. (Struktur November 2010 ) kumpulan timah dan awin

a) penguasaan Bahasa Inggerisb) pembelajaran yang menggunakan teknologi untuk menguasai ledakan maklumat.c) perubahan peranan guru dalam bilik darjah.d) pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan tugas harian.e) keperluan terhadap pembelajaran berterusan.f) pengurusan pendidikan (PPPM).g) kualiti guru.

4. Sebagai seorang guru permulaan, huraikan 5 cara bagaimana anda dapat menangani gejala sosial yang berlaku akibat perkembangan TMK.

a) bekerjasama dengan pihak pentadbir dan PIBG untuk atasi masalah ini.b) sentiasa pantau ketika pembelajaran menggunakan TMK.c) buat peraturan dalam kelas dan dapatkan persetujuan tentang peraturan tersebut,

kuatkuasakan undang-undang.d) tarik perhatian dan minat murid.e) beri pendedahan dan kesedaran.f) terapkan sahsiah, nilai murni dan pendidikan agama.g) pastikan kelas berada dalam keadaan kondusif.h) mengadakan program bimbingan dan kaunseling.

5. Perkembangan TMK telah membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia terutama dalam bidang pendidikan. Bincangkan berserta contoh implikasi perkembangan TMK dalam bidang pendidikan di Malaysia. (Esei November 2013) kumpulan azi & tar

a) perkembangan TMK membawa kepada penyebaran maklumat dalam semua bidang.b) pelbagai laman berbentuk pembelajaran dan pendidikan boleh diperoleh dari internet.c) penggunaan TMK memudahkan semua urusan terutama dalam bidang perniagaan,

pendidikan dan urusan harian.d) penggunaan internet memperkayakan ilmu dan kemahiran serta menjadi tempat untuk

pertukaran dan perkongsian pendapat dan idea.e) TMK sebagai alat untuk menyebarkan maklumat melalui audio, video dan dokumen.f) TMK dapat mewujudkan situasi untuk murid mengalami kehidupan sebenar dalam bentuk

simulasi secara maya.g) TMK digunakan untuk memanipulasi data serta membentuk dalam mewujudkan komunikasi

tanpa sempadan dan masa.h) TMK akan membawa kepada pembentukan resos digital (cth : perpustakaan digital, e-

kamus, e-buku).i) TMK membawa kemahiran berfikir aras tinggi. cth : kolaboratif di mana-mana sahaja tanpa

mengira masa dan tempat serta penyelesaian masalah.

Page 3: EDU 3093

6. Gejala sosial semakin berleluasa di peringkat sekolah berpunca daripada globalisasi dan modenisasi dalam masyarakat Malaysia. Bincangkan peranan yang dimainkan seorang pendidik dalam menangani cabaran gejala sosial demi melahirkan generasi modal insan kelas pertama. kumpulan asiah dan marinah

i Guru sebagai pengamal kemahiran profesional mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian

yang cekap, menarik dan berkesan, bersikap dedikasi dalam profesion-murid tidak bosan dengan p&p

ii Guru sebagai pembentuk nilai membentuk sahsiah dan perlakuan pelajar sejajar dengan nilai dan norma

masyarakat. Guru seharusnya menjadi model hidup kepada murid- nilai-nilai murni yang

ditonjolkan oleh guru secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.

iii Guru sebagai pengamal ilmu Mempunyai ilmu yang mendalam yang membolehkan guru membuat analisis

dan menilai sesuatu isu berdasarkan perspektif yang berbeza. Dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau berdepan dengan cabaran

dengan sikap yang positif dan pemikiran yang terbuka.

iv Guru sebagai agen sosialisasi Menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat yang memberi peluang

kepada murid untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyediakan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

Membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut arus perkembangan masa kini.

Penghubung di antara guru, ibu bapa dan masyarakat

v Guru sebagai agen perubahan Memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas kendiri murid

dengan bersifat penyayang Menyediakan diri murid secara psikologi untuk menghadapi perubahan

zaman Bersikap tabah hati dan mengambil berat tentang murid untuk memastikan

murid dapat menghadapi arus perubahan dalam pelbagai aspek proses perkembangan

7. Dalam peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Pegawai-pegawai Awam 1993 (Pindaan 2002), Peraturan 4A menjelaskan bahawa penjawat awam tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain. kumpulan mai & fitri

Page 4: EDU 3093

a) Jelaskan 3 contoh pelanggaran Peraturan 4A oleh seseorang guru Dilarang melakukan gangguan seksual

o Cubaan merapati atau meminta layanan seksual

o Melakukan perbuatan bersifat seksual menyebabkan seseorang yang

waras tersinggung, terhina atau tergugat Bentuk perbuatan bersifat seksual

o Secara lisan bertulis dan lain-lain

o Tidak terhad di tempat kerja/waktu kerja selagi mencemarkan imej

Perkhidmatan Awam

b) Jelaskan dua jenis hukuman yang akan dihadapi penjawat awam sekiranya melanggar peruntukan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993

Penangguhan pergerakan gajio Tempoh - 3 bulan 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan

o Kuat kuasa - Pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya

o Dalam tempoh hukuman - Pegawai tidak berhak menerima pergerakan

gaji o Tarikh pergerakan gaji - -Berubah kepada tarikh pergerakan gaji paling

hampir selepas habis tempoh hukuman atau hendaklah kekal pada tarikh yang diubah sehingga mencapai tahap gaji maksimum

Turun pangkat o Turun gred - Menurunkan gred seseorang pegawai kepada gred yang

lebih rendah dalam Skim Perkhidmatan yang sama. o Penetapan gaji - Mata gaji diletakkan dalam jadual gaji gred yang

diturunkan yang lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir yang diterima sebelum diturunkan pangkat.

Amaran Denda Buang kerja Lucut hak emolumen

8. Para pengkaji sosial mendapati tekanan emosi dalam kalangan murid boleh menjejaskan pencapaian mereka. kumpulan aira & limah

a) Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan langkah bagi mengawal perkara tersebut

1. Wujudkan suasana ceria dan kondusifo jaga tahap kebersihan

o kesedaran murid tinggi

o kerjasama dan jadual bertugas untuk murid-murid mengemas bilik darjah

2. Faham tentang minat dan sikap murido buat kajian pengujian dan pentaksiran

o merekod dan membuat laporan

o menyalurkan minat dan bakat ke peringkat yang lebih tinggi. Cth :

pertandingan bahas dan muzik.

Page 5: EDU 3093

3. Penerapan nilai dalam kalangan murido Amalan sopan santun, hormat dsb

4. Kepimpinan guru yang baiko Tunjukkan teladan dan contoh

o Kotakan apa yang dikata

o Arahan dan pengurusan yang baik

5. Peranan ibu bapao Motivasikan anak-anak untuk belajar

o Sumbangan kewangan untuk aktiviti pelajar

o Memberi prioriti anak-anak untuk belajar

Perkara 29 dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak, satu daripada hala tuju ialah perkembangan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi.

b) Bincangkan cara bagaimana guru dapat mengembangkan bakat murid supaya bakat itu dapat dipertingkatkan ke tahap optimum

1. Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum- Sukan dan rekreasi- Unit beruniform- Kelab dan persatuan

2. Memotivasikan mereka- Langsung atau tidak langsung- Adakan program motivasi- Bimbingan rakan sebaya

3. Membimbing secara individu atau berkumpulan- Aktiviti pembelajaran yang berkesan- Belajar akses kendiri

4. Menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti kelas- Pembelajaran koperatif- Persembahan dan demonstrasi- Percubaan dan reka cipta

5. Rakan dan guru sebagai model- Bertindak sebagai mentor dan pembimbing- Memberi nasihat dan khidmat- Megatur arahan dan proses

Page 6: EDU 3093

9. Imbas kembali satu senario semasa anda stress menjalani praktikum anda. kumpulan shu & raudah

a) Jelaskan tanda-tanda stress anda alami dalam situasi tersebut

Tanda fizikal Sakit sendi Kesakitan Cirit-birit Sembelit Sakit kepala Pening Sakit dada Jantung berdebar-debar Ulser mulut Kurang selera makan Sukar tidur Penurunan dalam desakan seks Kerap mendapat selesema

Tanda psikologi/emosional Gelisah Murung Cepat marah Tidak boleh relas Rasa hendak menangis Keliru dan kurang daya tumpuan Rasa kesunyian Kesedihan Muram

Tanda Kognitif Masalah ingatan Kurang memberi tumpuan Membuat penilaian yang tidak tepat Kerap rasa bimbang Berpandangan negative Tingkah laku Makan lebih atau kurang Tidur terlalu banyak atau kurang Menyendiri, agresif Menangguhkan atau mengabaikan tanggungjawab Mula merokok, minum arak, mengambil dadah Tabiat resah atau gelisah Menggigit kuku dan mundar mandir

b) Sekiranya anda menghadapi situasi yang sama pada masa akan datang, terangkan strategi yang akan anda gunakan untuk menangani stress tersebut.

Page 7: EDU 3093

Mengatakan tidak atau tidak mahu Mengelakkan individu yang menyebabkan stress Kuatkan hubungan dengan rakan yang melindungi diri daripada stress Mengadakan perjumpaan atau makan bersama kawan Keluar bersiar-siar Yoga Pernafasan mendalam Mengurus kerja dengan sistematik Berfikiran positif

10.Melaksanakan inovasi ialah peranan penting yang perlu diberi penekanan oleh guru dalam pembentukan modal insan kelas pertama. kumpulan zira & dayana

a) Bincangkan 5 cara bagaimana seorang guru boleh memainkan peranan untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berinovasi.

Meneroka lebih banyak gaya p&p Mencuba pelbagai kaedah bagi tujuan meneroka Guru melaksanakan inovasi dengan mengadakan interaksi pembelajaran yang

benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid Guru harus berupaya menjadi guru yang tidak hanya memberi jawapan tetapi

mendidik murid, mempersoalkan soalan dan jawapan Guru harus membentuk murid menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir

mengikut gaya pembelajaran murid

b) Sejauh manakah anda berpendapat bahawa pendidikan guru telah mengalami perubahan sehingga berjaya melahirkan guru yang kreatif dan inovatif?

Menaik taraf maktab perguruan ke IPG Transformasi dalam pendidikan kini

o Sekolah bestari, kluster, wawasan, berprestasi tinggi

Kurikulum latihan guru diperkasakan dan diakreditasikan Program Pensiswazahan Guru – melahirkan guru bersiswazah Guru mampu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

o Keceriaan bilik darjah, struktur organisasi kelas

Pencapaian akademik pelajar meningkat berbanding dahulu Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

o Perubahan kaedah pengajaran berbanding masa dahulu

11.Pendidikan adalah satu sistem yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Perubahan ini amat penting dalam menyediakan modal insan yang kompeten agar mampu bersaing di peringkat global. kumpulan zu dan ruby

Page 8: EDU 3093

Berdasarkan pernyataan di atas, perincikan strategi-strategi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menentukan perubahan-perubahan tersebut dalam konteks pendidikan di Malaysia.

a) Strategi Kekuasaan Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa

kumpulannya berubah seperti yang dirancang. Agen perubahan boleh menggunakan sama ada suatu ganjaran pada perubahan yang

positif atau hukuman dan pengukuhan negatif demi mencapai persetujuan terhadap rancangan perubahan.

Contoh à Mengenakan sistem kad perakam waktu .

b) Strategi Pujukan Memerlukan kemahiran interpersonal mantap yang perlu ada pada seseorang ketua

atau agen perubahan. Memerlukan logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan kumpulan sasaran tentang

kepentingan dan kebaikan perubahan yang dibawa dan yang perlu dilaksanakan. Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan mahir dalam perubahan yang hendak

disampaikan serta kelebihan dalam mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga perubahan yang dirancang dapat diterima oleh fikiran waras.

ContohàMembudayakan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan murid.

c) Strategi Pendidikan Semula Strategi penggunaan maklumat baharu yang telah disediakan oleh agen perubahan

dan menyerahkan maklumat tersebut untuk menentukan rancangan mereka sendiri. Agen perubahan akan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan

refleksi merenung tindakan-tindakan yang telah diambil, sejauh mana tindakan tersebut menemukan kejayaan dan mengenal pasti kekurangan yang ada.

ContohàGuru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.

d) Strategi Memudah Cara Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen

perubahan akan menghantar sumber-sumber yang diperlukan kepada kumpulan sasaran à barangan dan perkhidmatan teknikal.

Tindakan ini untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan perubahan yang dirancang.

ContohnyaàGuru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk kemahiran mengarang, maka pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan tersebut.

Soalan Tambahan I

1. Konvensyen mengenai hak kanak-kanak merupakan satu dokumen yang dirangka bertujuan memberi perlindungan kepada kanak-kanak di samping memastikan hak asasi kanak-kanak terpelihara. (Esei 2013)

Page 9: EDU 3093

Perjelaskan berserta contoh yang relevan usaha-usaha yang dijalankan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak seperti yang dinyatakan dalam konvensyen mengenai hak kanak-kanak 1989.

Menubuhkan pasukan pelindungan kanak-kanak dan pusat aktiviti kanak-kanak setiap negeri atau pasukan mengesan penderaan kanak-kanak terabai di hospital

Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan yang dijalankan

Memberi perlindungan kepada mangsa dan pengadu daripada gangguan pihak-pihak tertentu

Memastikan kanak-kanak mangsa menerima rawatan sewajarnya Menggalakkan media massa dan pihak swasta menyebarkan maklumat bersesuaian

dan berkualiti

2. Konvensyen mengenai hak kanak-kanak (CRC) pada tahun 1989 telah menggariskan 4 pengelasan hak utama untuk golongan kanak-kanak. (Esei 2011)

Bincangkan 4 tanggungjawab ibu bapa dalam memenuhi hak-hak berkenaan

a) Hak kehidupan - menyediakan keperluan asas merangkumi makanan, tempat tinggal, air minuman dan jagaan kesihatan

b) Hak perlindungan – memberi perlindungan dari segi diskriminasi, penderaan dan pengabaian

c) Hak perkembangan – menyediakan persekitaran selamat, kemudahan kebebasan, pendidikan

d) Hak penyertaan – beri peluang berjumpa dengan kanak-kanak lain, menyertai kelab dan persatuan

Soalan Tambahan II

Struktur

Page 10: EDU 3093

1. a) KPM merancang inovasi dan perubahan dan sistem pendidikan khususnya sistem pembelajaran dan penilaian ke arah yang lebih holistik dan berfokus kepada perkembangan individu dan perkembangan modal insan.

Nyatakan cara anda menyediakan diri untuk menghadapi perubahan dalam sistem pendidikan kita.

b) Persekitaran pembelajaran sentiasa berkembangan dan berubah selaras dengan perkembangan teknologi digital.

Nyatakan perbezaan antara persekitaran pembelajaran maya dengan persekitaran pembelajaran personal.

Esei (Nov 2010)

2. a) Dalam era globalisasi dan modenisasi, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat semakin dirasai.

Huraikan cabaran yang boleh dihadapi oleh guru akibat daripada perkembangan ini.

b) Sebagai seorang guru permulaan, huraikan cara bagaimana anda dapat menangani gejala sosial yang berlaku akibat daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Struktur (2013)

3. a) Bagi menangani perubahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan.

Sebagai seorang bakal pendidik, jelaskan perubahan inovasi terkini dalam teknologi yang dapat menarik minat murid dalam proses p&p.

b) Berikan sebab yang menjadi penghalang kepada guru dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran selain daripada teknologi.

Struktur (Nov 2011)

4. a) Berikan strategi pengajaran inovatif yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk merangsang minat murid untuk belajar.

b) Berikan ciri inovasi dalam penaksiran pembelajaran dalam bilik darjah.

Struktur

5. a) Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi etika penjawat awam. Tatakelakuan bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan-

Page 11: EDU 3093

peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) yang telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Jelaskan rasional peraturan tatatertib pegawai awam dilaksanakan.

b) Jelaskan contoh peraturan 4 Bab D.

6. a) Sebagai penjawat awam guru hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub dalam perintah am dalam bab D (tatakelakuan dan tatatertib). Pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan.

Nyatakan jenis hukuman yang boleh dikenakan jika melanggar peraturan kelakuan dan tatatertib 1993.

b) Kemukakan tindakan pencegahan yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran pegawai awam daripada terlibat dengan sebarang pelanggaran peraturan kelakuan dan tatatertib 1993.