edu 3043

11
ISI KANDUNGAN Bil. Perkara Muka Surat 1. Tugasan 1: Penulisan Akademik 1 2. Rujukan 5 3. Lampiran 6

Upload: ivy-ting

Post on 21-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

sdgdsg

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3043

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1. Tugasan 1: Penulisan Akademik 1

2. Rujukan 5

3. Lampiran 6

Page 2: EDU 3043

Tugasan 1: Penulisan Akademik – (Individu)

1. Pengenalan Disiplin

Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat

meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Aliran agama,

sastera, perdagangan, vokasional mahupun sains. Oleh kerana, peranan sekolah

sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat

penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang

pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem

persekolahan itu. Oleh sedemikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam

menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah.

Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan

suasana yang yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan sejajar dengan

inspirasi negara menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah bertaraf

antarabangsa. Oleh itu, aspek disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama

pihak sekolah, keluarga mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan

Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981.

“Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat.

Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di

sekolah atau di luar sekolah”. (KPM, 1981)

1.1 Artikel Kes Disiplin

Sila rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2

1.2 Kes Disiplin di Sekolah Rendah

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah di

Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah

semakin meruncing dan perlu diatasi dalam kadar yang segera. Masalah disiplin

berlaku tidak kira sekolah di kawasan bandar ataupun luar bandar, sekolah harian

biasa ataupun sekolah berasrama penuh. Fenomena ini semakin

merunsingkan banyak pihak terutamanya para guru dan ibu bapa. Kes ponteng

Page 3: EDU 3043

sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin

yang lain.

Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena pendidikan.

Ia telah lama wujud malah semakin serius kerana tiada jalan penyelesaian yang

efektif walaupun pelbagai langkah penyelesian telah dilaksanakan sama ada bersifat

undang-undang mahupun bukan undang-undang. Malah, isu ponteng sekolah ini

mendapat liputan hangat daripada pihak media massa. Bukan itu sahaja, ponteng

sekolah sering dikaitkan dengan masalah disiplin lain termasuklah, isu

merokok, melepak di cafe siber dan pusat membeli–belah, kurang ajar dan

sebagainya.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam

Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan

dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan

masalah. Pelajar sekolah menengah terutamanya di peringkat usia 14 dan 15 tahun,

dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng (Berita

Harian, 2 April 2001). Walaupun masalah disiplin di Malaysia masih terkawal, namun

gejala sosial harus dipandang serius kerana ianya ibarat suatu virus yang menjadi

titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang lebih besar  seperti  vandalisme,

gengsterisme, penyalahgunaan dadah, mat rempit, ragut serta pelbagai aktiviti tidak

bermoral yang jelasnya akan meruntuhkan akhlak pelajar.

1.3 Analisis

Sekolah merupakan tempat berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kedua selepas ibu bapa. Ini bermakna guru  juga amat penting dan

bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah pelajar. Mengikut Hussein (1993)

pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram,

kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik dalam

kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan

sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan

perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan

mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

1.4 Justifikasi

Page 4: EDU 3043

Daripada berita tersebut telah menunjukkan guru merupakan punca yang

menyebabkan murid-murid terlibat dengan masalah ponteng sekolah. Berita ini

menunjukkan guru-guru suka mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kasar semasa

memarahi murid-murid. Ini akan menimbulkan kebencian murid terhadap guru

seterusnya menyebabkan mereka tidak suka untuk datang ke sekolah. Ismail Darus

(1981) yang menyatakan peraturan dan disiplin yang ketat boleh mengakibatkan

berlakunya ponteng. Corak kawalan yang membenarkan hukuman fizikal boleh

mengakibatkan murid tidak suka terhadap sekolah dan seterusnya mendorong murid

melakukan salah laku ponteng sekolah. Guru yang mengajar dengan kaedah

pengajaran yang menarik akan membuatkan murid sentiasa menantikan waktu

pelajaran guru tersebut. Dengan itu murid tidak akan merasa bosan atau jemu untuk

belajar, bahkan mereka akan merasakan masa pembelajaran berlalu dengan begitu

cepat bagi mata pelajaran tersebut. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Atan

(1980), salah satu sifat guru yang paling penting ialah menimbulkan minat pelajar

terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajarkannya.

Seseorang guru yang baik akan sentiasa mencari jalan bagi membantu

murid-murid memahmi tentang isi pelajaran yang akan diajar. Guru yang dapat

membuatkan murid-murid memahami apa yang diajar tidak harus memberi kerja

sekolah yang terlampau banyak sehinggakan murid-murid tidak dapat

menyiapkannya. Sesetengah murid juga berasa diri mereka disisihkan oleh guru-

guru apabila guru-guru mereka hanya memberi perhatian yang lebih kepada

sebilangan murid sahaja. Guru seharusnya berusaha untuk mewujudkan hubungan

yang baik dengan para murid tidak kira mereka pandai atau sebaliknya dan juga

tidak mengamalkan sikap pilih kasih antara pelajar. Corak hubungan guru yang

mesra dapat menghasilkan suasana persekolahn yang sihat. Menurut Matsumoto, S

et al (1982), perhubungan individu yang lemah di antara guru dengan murid

merupakan salah satu sebab yang menyebabkan murid ponteng sekolah. Daripada

kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa guru merupakan orang yang terpenting

dalam menghidupkan suasana pembelajaran di sekolah dan setiap pelajar

hendaklah diberi perhatian sama rata tanpa memilih kasih atau memandang pada

darjat serta kepintaran pelajar itu sendiri. Manja Mohd Ludin (1990) juga turut

menyatakan bahawa kurang prihatin daripada guru terhadap pelajar akan

menyebabkan berlakunya salah laku ponteng sekolah. Daripada kenyataan-

kenyataan di atas jelaslah menunjukkan peranan guru dalam menangani ponteng

sekolah amat diperlukan. Guru merupakan model bagi murid-murid untuk

meneruskan kerjaya mereka dimasa hadapan. Jadi guru-guru haruslah sentiasa

Page 5: EDU 3043

menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada semua murid bagi meneruskan

harapan negara untuk melahirkan insan yang cemerlang.

2. Hujah berdasarkan Model Pengurusan Disiplin

Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner telah menggunakan prinsip peneguhan

yang mengutamakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku.

(Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel, Pengurusan Bilik Darjah, 2008).

Peneguhan positif dan negatif diberikan kepada murid yang bermasalah untuk

mengurangkan masalah disiplin. Pembentukan tingkah laku yang diingini oleh guru

dapat dibentuk dengan memberi peneguhan yang berkala setiap kali atau selepas

sesuatu tingkah laku diingini ditunjukkan oleh murid.

Penggunaan Model Akibat Logikal Dreikurs juga boleh dijadikan panduan

untuk guru menangani masalah disiplin murid. Fokus utama model akibat logikal

Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di

mana murid-murid rasa dipunyai. Model ini menekankan guru perlu mengenal pasti

punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam

bilik darjah. Murid menunjukkan tingkah laku bermasalah kerana bermotif. Dan motif

berkenaan perlu diketahui oleh guru. Antara cara untuk menangani masalah ini ialah

kenal pasti motif, bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar

matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas

matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

3. Rumusan

Kesimpulannya, bilik darjah merupakan tempat interaksi antara guru dengan murid-

murid malah menjadi tempat untuk proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang

berada di kawasan sekolah. Oleh itu, pengurusan bilik darjah hendaklah

dilaksanakan dengan sebaiknya oleh guru supaya persekitaran pembelajaran yang

berkesan dan menyeronokkan dapat diwujudkan. Antaranya ialah susunan bilik

darjah, guru hendaklah mahir dalam mengenal pasti potensi dan kecenderungan

murid-murid adalah berbeza supaya bilik darjah dapat dijadikan medium yang

menyumbang kepada bakat dan minat murid-murid. Justeru, cabaran ini perlu

dihadapi dan diatasi oleh guru agar dapat membentuk komuniti yang harmoni dan

kondusif dalam bilik darjah.

Page 6: EDU 3043

4. Rujukan

Atan Long. (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Berita Harian. (2001). Faktor-faktor yang menyebabkan masalah ponteng.

Datuk Mahadzir Mohd Khir. (2004). Gejala ponteng sekolah punca biakkan jenayah. Utusan Malaysia.

Dr. Ismail Bin Hussein. (1993). Jejak Langkah Ismail Hussein.

Haliza Hamzah. Joy. N. S. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar.

Matsumoto, s et al. (1982). Isu-isu remaja. Berita Harian.

Mohd Ludin. (1990). Psikologi, sosiologi dan falsafah dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Safeek Affendy Razali, Nor Azizah Mokhtar. (2013). Sikap guru punca ponteng. Berita Harian.

Page 7: EDU 3043

5. Lampiran

Lampiran 1: Sikap guru punca ponteng

Lampiran 2: Artikel Guru Punca Pelajar Ponteng

ARKIB: 20/09/2013

Guru punca pelajar ponteng Oleh LILIS SURIANI OMAR

([email protected])

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Personaliti atau sikap guru dikenal pasti sebagai faktor

terpenting dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah, menurut kajian yang

Page 8: EDU 3043

dijalankan Universiti Malaya (UM) dan Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling UM, Dr. Zahari Ishak berkata,

keperibadian guru yang digemari pelajar akan meningkatkan minat serta

menggalakkan golongan itu hadir ke sekolah.

"Guru memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini

kerana secara amnya pelajar suka berada di sekolah tetapi personaliti guru yang

garang, marah-marah, suka membebel dan teknik pengajaran membosankan

menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah.

"Terdapat juga guru yang mengajar dengan kurang efektif kerana menganggap

kerjaya perguruan hanya sebagai pilihan untuk mendapatkan pekerjaan lebih

terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran monograf bertajuk Senario Ponteng

Pelajar Sekolah Menengah: Suatu Analisis Statistikal bersama Pengerusi MCPF,

Tan Sri Lee Lam Thye dan Pensyarah Institut Pendidikan Guru, Dr. Low Suet Fin, di

sini hari ini.

Dalam pada itu, Zahari berkata, antara faktor lain yang mendorong pelajar terlibat

dalam gejala ponteng adalah persekitaran dalam dan luar sekolah, sistem

pentadbiran sekolah yang tidak adil, sikap pelajar, keluarga dan rakan sebaya.

Dalam masa sama tambah beliau, hukuman ke atas pelajar yang ponteng sekolah

perlu dikaji semula dengan mengambil kira kesan hukuman terhadap penularan

gejala itu.

"Hukuman gantung atau buang sekolah selepas mengeluarkan surat amaran kepada

golongan pelajar ini didapati tidak berkesan dan tidak sesuai.

"Hal ini kerana sistem ini seolah-olah memberi lesen secara rasmi kepada pelajar

yang ponteng sekali gus harapan mereka untuk berada di luar sistem persekolahan

telah tercapai dan akibatnya mereka berkemungkinan besar akan terlibat dalam

permasalahan sosial," katanya.

Sementara itu, Lam Thye berkata, pihaknya telah mencetak 1,000 naskhah

monograf untuk diedarkan kepada pihak-pihak berkaitan.

Page 9: EDU 3043

"Saya harap hasilan kajian ini akan digunakan sebagai maklum balas membina dan

dapat membantu memperbaiki sistem pendidikan agar gejala ponteng dalam

kalangan pelajar dapat dikurangkan," jelasnya.

Artikel Penuh:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130920/dn_19/Guru-punca-

pelajar-ponteng#ixzz3VjU9rbDx

© Utusan Melayu (M) Bhd