bmk 3043- individu d20111047930.pdf

26
SENI MENGARANG (BMK 3043) TUGASAN INDIVIDU : PENULISAN KARANGAN DAN PENGANALISISAN NUR AQILAH BINTI MUHAMAD ROSLI D20111047930 AT 10: PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 2, SESI 2013/2014 KUMPULAN D PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. SITI SANIAH ABU BAKAR JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Upload: nur-aqilah

Post on 18-Dec-2015

64 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • SENI MENGARANG (BMK 3043)

    TUGASAN INDIVIDU : PENULISAN KARANGAN DAN

    PENGANALISISAN

    NUR AQILAH BINTI MUHAMAD ROSLI

    D20111047930

    AT 10: PENDIDIKAN KHAS

    SEMESTER 2, SESI 2013/2014

    KUMPULAN D

    PENSYARAH:

    PROFESOR MADYA DR. SITI SANIAH ABU BAKAR

    JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU

    FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    2

    ISI KANDUNGAN

    1.0 KARANGAN : BERFORMAT (SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI) ............................ 3

    2.0 ANALISIS TEKS KARANGAN ........................................................................................ 6

    2.1 Bentuk Pemerengganan ................................................................................................... 6

    2.1.1 Induktif: ................................................................................................................... 6

    2.1.2 Deduktif : ................................................................................................................. 6

    2.2 Strategi Pemerengganan .................................................................................................. 9

    2.2.1 Teknik Menulis Perenggan .................................................................................... 11

    2.3 Gaya Bahasa .................................................................................................................. 14

    2.3.1 Retorika ................................................................................................................. 14

    2.3.2 Stilistik ................................................................................................................... 15

    2.3.3 Laras Bahasa .......................................................................................................... 17

    2.3.4 Golongan Kata ....................................................................................................... 18

    2.4 Mekanisme Penulisan .................................................................................................... 20

    2.4.1 Tanda Koma .......................................................................................................... 20

    2.4.2 Tanda Sempang (-) ................................................................................................ 21

    2.4.3 Huruf Condong ..................................................................................................... 22

    2.4.4 Tanda kurung ( ) .................................................................................................. 22

    2.4.5 Penulisan Huruf Besar .......................................................................................... 23

    2.4.6 Akronim ................................................................................................................ 24

    3.0 KESIMPULAN ................................................................................................................. 25

    RUJUKAN .................................................................................................................................... 26

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    3

    1.0 KARANGAN : BERFORMAT (SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI)

    TAJUK : Rekreasi dalam Kalangan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

    Nur Aqilah binti Muhamad Rosli

    No 3, Jalan Paya 6,

    Kampung Paya New Village,

    86000 Kluang Johor.

    1 April 2014

    Menemui sahabatku yang sentiasa dirindui. Moga sentiasa sihat hendaknya. Saya di sini

    juga dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih kerana sudi menulis warkah buat saya

    di sini. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menjawab persoalan saudari tentang

    rekreasi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas yang telah saudari utarakan pada

    warkah lepas.

    Saudari,

    Seperti kanak-kanak tipikal, rekreasi dalam pendidikan khas juga mempunyai

    definisi yang sama. Menurut Salleh Aman (2004), rekreasi merupakan aktiviti masa

    lapang yang membina (positif) sama ada dalam bentuk rekreasi bersifat aktif atau pasif.

    Berdasarkan pembacaan saya, aktiviti rekreasi yang bersifat aktif melibatkan aktiviti

    sukan atau senaman yang memerlukan pergerakan cergas untuk memastikan tahap daya

    kardiovaskular mencapai tahap ideal. Manakala rekreasi pasif pula melibatkan aktiviti

    santai untuk menghilangkan tekanan, memperoleh keseronokan dan merehatkan fizikal.

    Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak khas.

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    4

    Antaranya ialah aktiviti berenang, menunggang kuda, memanah, perkhemahan,

    melakukan kraftangan dan aktiviti sukan lasak.

    Kanak-kanak khas ini sudah sinonim dengan ketidakupayaan. Ada di antara

    mereka yang mengalami masalah kecacatan anggota badan, mempunyai masalah lumpuh

    seperti cerebral palsy, spina bifida, cacat penglihatan, dan cacat pendengaran. Walaupun

    begitu, jangan pula saudari menganggap kanak-kanak ini tidak mampu melakukan

    aktiviti fizikal. Kanak-kanak ini perlu diberikan intervensi dan perancangan aktiviti yang

    bersesuaian kerana aktiviti rekreasi sangat memberi bermanfaat untuk mereka bak kata

    pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Untuk pengetahuan saudari,

    kanak-kanak yang mempunyai kecacatan teruk masih mampu untuk melibatkan diri

    dalam sukan lasak jika diberikan intervensi awal. Seperti contoh, permainan goalball

    untuk masalah buta (B1, B2 dan B3) dan basketball untuk cerebral palsy.

    Saya pasti saudari akan terfikir mengapa ibu bapa kanak-kanak ini sanggup

    melepaskan anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti lasak bukan? Untuk

    pengetahuan saudari, aktiviti rekreasi ini secara tidak langsung memberikan manfaat

    kepada kanak-kanak khas dari segi koginitif, psikomotor dan juga afektif. Selain itu, ia

    juga boleh dijadikan sebagai satu peluang untuk kanak-kanak khas terlibat dalam sukan

    paralimpik. Hal ini bertepatan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2006 Pelaksanaan

    Skim Biasiswa Sukan (SBS) Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan biasiswa

    kepada murid yang berbakat dalam bidang sukan. Dengan cara ini, kanak-kanak khas

    bukan sahaja boleh membuktikan potensi diri mereka dan berdikari, bahkan boleh

    mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi.

    Pernyataan saya mungkin seperti sesuatu yang asing pada saudari. Hal ini kerana

    isu golongan khas iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU) kurang diketahui umum. Jika

    dahulu, aktiviti rekreasi untuk kanak-kanak khas kurang dititikberatkan. Namun kini,

    kerajaan sudah mula memberikan sokongan kepada rekreasi berasaskan sukan dengan

    cara membangunkan Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi di Kuala

    Lumpur yang mana baru sahaja dirasmikan pada tahun ini. Di Pusat ini, terdapat

    kemudahan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak khas untuk berekreasi secara

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    5

    percuma seperti kolam renang, tapak memanah, gelanggang goalball dan padang

    balapan.

    Intihannya, rekreasi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak

    terbatas kepada aktiviti di dalam kelas sahaja. Aktiviti rekreasi yang dibina untuk

    golongan berkeperluan khas ini haruslah dirancang supaya dapat memenuhi minat,

    kehendak dan kebolehan mereka. Melalui aktiviti rekreasi, kanak-kanak ini bukan sahaja

    boleh meningkatkan aspek psikomotor, kognitif dan afektif tetapi juga meningkatkan

    potensi diri mereka ke peringkat yang lebih tinggi, serta membantu mereka berdikari

    dalam kehidupan agar tidak bergantung kepada orang lain di kemudian hari. Terlalu

    banyak manfaat aktiviti rekreasi yang ingin saya kongsikan pada saudari tentang kanak-

    kanak khas ini. Saya juga ingin sekali membawa saudari meninjau persekitaran Pusat

    Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi agar saudari dapat melihat sendiri

    bagaimana kanak-kanak ini berusaha untuk membangunkan potensi diri mereka.

    Sekian, moga bertemu lagi di lain warkah.

    Yang merinduimu,

    Nur Aqilah Rosli

    ( 596 patah perkataan )

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    6

    2.0 ANALISIS TEKS KARANGAN

    2.1 Bentuk Pemerengganan

    2.1.1 Induktif:

    Perenggan induktif merupakan perenggan yang bermula daripada idea- idea sokongan,

    iaitu hal-hal khusus, kemudian diakhiri dengan pernyataan umum. Ayat topik atau

    pernyataan topik terletak pada bahagian akhir perenggan. Berikut merupakan perenggan

    induktif yang digunakan dalam karangan surat tidak rasmi ini :

    Pendahuluan :-

    Menemui sahabatku yang sentiasa dirindui (Ayat Penyangga Utama). Moga sentiasa

    sihat hendaknya (Ayat Penyangga Kecil 1). Saya di sini juga dalam keadaan sihat

    sejahtera (Ayat Penyangga Kecil 2). Terima kasih kerana sudi menulis warkah buat saya

    di sini (Ayat Penyangga Kecil 3). Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk

    menjawab persoalan saudari tentang rekreasi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan

    khas yang telah saudari utarakan pada warkah lepas (Ayat Topik).

    2.1.2 Deduktif :

    Perenggan deduktif bermula dengan ayat topik yang mendukung idea utama pada

    bahagian awal perenggan. Sementara ayat- ayat penyangga yang mendukung isi atau idea

    sokongan dikemudiankan. Ringkasnya, perenggan ini bermula daripada penyataan umum

    kepada khusus.

    Perenggan dua :-

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    7

    Seperti kanak-kanak tipikal, rekreasi dalam pendidikan khas juga mempunyai

    definisi yang sama (Ayat Topik). Menurut Salleh Aman (2004), rekreasi merupakan

    aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada dalam bentuk rekreasi bersifat

    aktif atau pasif (Ayat Penyangga Utama). Berdasarkan pembacaan saya, aktiviti rekreasi

    yang bersifat aktif melibatkan aktiviti sukan atau senaman yang memerlukan pergerakan

    cergas untuk memastikan tahap daya kardiovaskular mencapai tahap ideal (Ayat

    Penyangga Kecil 1). Manakala rekreasi pasif pula melibatkan aktiviti santai untuk

    menghilangkan tekanan, memperoleh keseronokan dan merehatkan fizikal (Ayat

    Penyangga Kecil 2). Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan oleh

    kanak-kanak khas. Antaranya ialah aktiviti berenang, menunggang kuda, memanah,

    perkhemahan, melakukan kraftangan dan aktiviti sukan lasak (Ayat Kesimpulan).

    Perenggan tiga :-

    Kanak-kanak khas ini sudah sinonim dengan ketidakupayaan (Ayat Topik). Ada

    di antara mereka yang mengalami masalah kecacatan anggota badan, mempunyai

    masalah lumpuh seperti cerebral palsy, spina bifida, cacat penglihatan, dan cacat

    pendengaran (Ayat Penyangga Utama). Walaupun begitu, jangan pula saudari

    menganggap kanak-kanak ini tidak mampu melakukan aktiviti fizikal (Ayat Penyangga

    Kecil 1). Kanak-kanak ini perlu diberikan intervensi dan perancangan aktiviti yang

    bersesuaian kerana aktiviti rekreasi sangat memberi bermanfaat untuk mereka bak kata

    pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya (Ayat Penyangga Kecil 2).

    Untuk pengetahuan saudari, kanak-kanak yang mempunyai kecacatan teruk masih

    mampu untuk melibatkan diri dalam sukan lasak jika diberikan intervensi awal. Seperti

    contoh, permainan goalball untuk masalah buta (B1, B2 dan B3) dan basketball untuk

    cerebral palsy (Ayat Kesimpulan).

    Perenggan empat :-

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    8

    Saya pasti saudari akan terfikir mengapa ibu bapa kanak-kanak ini sanggup

    melepaskan anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti lasak bukan (Ayat Topik)?

    Untuk pengetahuan saudari, aktiviti rekreasi ini secara tidak langsung memberikan

    manfaat kepada kanak-kanak khas dari segi koginitif, psikomotor dan juga afektif (Ayat

    Penyangga Utama). Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai satu peluang untuk

    kanak-kanak khas terlibat dalam sukan paralimpik (Ayat Penyangga Kecil 1). Hal ini

    bertepatan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2006 Pelaksanaan Skim Biasiswa Sukan

    (SBS) Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan biasiswa kepada murid yang

    berbakat dalam bidang sukan (Ayat Penyangga Kecil 2). Dengan cara ini, kanak-kanak

    khas bukan sahaja boleh membuktikan potensi diri mereka dan berdikari, bahkan boleh

    mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi (Ayat Kesimpulan).

    Perenggan lima :-

    Pernyataan saya mungkin seperti sesuatu yang asing pada saudari (Ayat Topik).

    Hal ini kerana isu golongan khas iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU) kurang diketahui

    umum. Jika dahulu, aktiviti rekreasi untuk kanak-kanak khas kurang dititikberatkan

    (Ayat Penyangga Utama). Namun kini, kerajaan sudah mula memberikan sokongan

    kepada rekreasi berasaskan sukan dengan cara membangunkan Pusat Pembangunan

    Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi di Kuala Lumpur yang mana baru sahaja dirasmikan

    pada tahun ini (Ayat Penyangga Kecil). Di Pusat ini, terdapat kemudahan yang boleh

    digunakan oleh kanak-kanak khas untuk berekreasi secara percuma seperti kolam renang,

    tapak memanah, gelanggang goalball dan padang balapan (Ayat Kesimpulan).

    Penutup :-

    Intihannya, rekreasi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak

    terbatas kepada aktiviti di dalam kelas sahaja (Ayat Topik). Aktiviti rekreasi yang dibina

    untuk golongan berkeperluan khas ini haruslah dirancang supaya dapat memenuhi minat,

    kehendak dan kebolehan mereka (Ayat Penyangga Utama). Melalui aktiviti rekreasi,

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    9

    kanak-kanak ini bukan sahaja boleh meningkatkan aspek psikomotor, kognitif dan afektif

    tetapi juga meningkatkan potensi diri mereka ke peringkat yang lebih tinggi, serta

    membantu mereka berdikari dalam kehidupan agar tidak bergantung kepada orang lain di

    kemudian hari (Ayat Penyangga Kecil). Terlalu banyak manfaat aktiviti rekreasi yang

    ingin saya kongsikan pada saudari tentang kanak-kanak khas ini. Saya juga ingin sekali

    membawa saudari meninjau persekitaran Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi

    Tinggi agar saudari dapat melihat sendiri bagaimana kanak-kanak ini berusaha untuk

    membangunkan potensi diri mereka (Ayat Kesimpulan).

    2.2 Strategi Pemerengganan

    Kamus Dewan (2002: 1016), telah mendefinisikan perenggan sebagai batas, perhinggaan

    dan sempadan. Secara umum, perenggan adalah bahagian daripada muka atau bab dalam

    buku, rencana yang terdiri daripada beberapa baris dan pragraf. Kebiasaannya, perenggan

    merupakan sekelompok karangan yang pendek mengandungi struktur ayat yang

    bervariasi. Tujuan, pemerengganan adalah untuk menyampaikan idea yang konkrit.

    Perenggan dapat dibahagikan kepada dua jenis, yakni perenggan utama dan khusus.

    Perenggan utama merangkumi perenggan pengenalan, pengembangan dan penutup.

    Berikut merupakan contoh perenggan pengenalan, pengembangan dan penutup :

    Perenggan pengenalan :-

    Menemui sahabatku yang sentiasa dirindui. Moga sentiasa sihat hendaknya. Saya di sni

    juga dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih kerana sudi menulis warkah buat saya

    di sini. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menjawab persoalan saudari tentang

    rekreasi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas yang telah saudari utarakan pada

    warkah lepas.

    Perenggan pengembangan :-

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    10

    Seperti kanak-kanak tipikal, rekreasi dalam pendidikan khas juga mempunyai

    definisi yang sama. Menurut Salleh Aman (2004), rekreasi merupakan aktiviti masa

    lapang yang membina (positif) sama ada dalam bentuk rekreasi bersifat aktif atau pasif.

    Berdasarkan pembacaan saya, aktiviti rekreasi yang bersifat aktif melibatkan aktiviti

    sukan atau senaman yang memerlukan pergerakan cergas untuk memastikan tahap daya

    kardiovaskular mencapai tahap ideal. Manakala rekreasi pasif pula melibatkan aktiviti

    santai untuk menghilangkan tekanan, memperoleh keseronokan dan merehatkan fizikal.

    Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak khas.

    Antaranya ialah aktiviti berenang, menunggang kuda, memanah, perkhemahan,

    melakukan kraftangan dan aktiviti sukan lasak.

    Kanak-kanak khas ini sudah sinonim dengan ketidakupayaan. Ada di antara

    mereka yang mengalami masalah kecacatan anggota badan, mempunyai masalah lumpuh

    seperti cerebral palsy, spina bifida, cacat penglihatan, dan cacat pendengaran. Walaupun

    begitu, jangan pula saudari menganggap kanak-kanak ini tidak mampu melakukan

    aktiviti fizikal. Kanak-kanak ini perlu diberikan intervensi dan perancangan aktiviti yang

    bersesuaian kerana aktiviti rekreasi sangat memberi bermanfaat untuk mereka bak kata

    pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Untuk pengetahuan saudari,

    kanak-kanak yang mempunyai kecacatan teruk masih mampu untuk melibatkan diri

    dalam sukan lasak jika diberikan intervensi awal. Seperti contoh, permainan goalball

    untuk masalah buta (B1, B2 dan B3) dan basketball untuk cerebral palsy.

    Saya pasti saudari akan terfikir mengapa ibu bapa kanak-kanak ini sanggup

    melepaskan anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti lasak bukan? Untuk

    pengetahuan saudari, aktiviti rekreasi ini secara tidak langsung memberikan manfaat

    kepada kanak-kanak khas dari segi koginitif, psikomotor dan juga afektif. Selain itu, ia

    juga boleh dijadikan sebagai satu peluang untuk kanak-kanak khas terlibat dalam sukan

    paralimpik. Hal ini bertepatan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2006 Pelaksanaan

    Skim Biasiswa Sukan (SBS) Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan biasiswa

    kepada murid yang berbakat dalam bidang sukan. Dengan cara ini, kanak-kanak khas

    bukan sahaja boleh membuktikan potensi diri mereka dan berdikari, bahkan boleh

    mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi.

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    11

    Pernyataan saya mungkin seperti sesuatu yang asing pada saudari. Hal ini kerana

    isu golongan khas iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU) kurang diketahui umum. Jika

    dahulu, aktiviti rekreasi untuk kanak-kanak khas kurang dititikberatkan. Namun kini,

    kerajaan sudah mula memberikan sokongan kepada rekreasi berasaskan sukan dengan

    cara membangunkan Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi di Kuala

    Lumpur yang mana baru sahaja dirasmikan pada tahun ini. Di Pusat ini, terdapat

    kemudahan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak khas untuk berekreasi secara

    percuma seperti kolam renang, tapak memanah, gelanggang goalball dan padang

    balapan.

    Perenggan penutup :-

    Intihannya, rekreasi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak

    terbatas kepada aktiviti di dalam kelas sahaja. Aktiviti rekreasi yang dibina untuk

    golongan berkeperluan khas ini haruslah dirancang supaya dapat memenuhi minat,

    kehendak dan kebolehan mereka. Melalui aktiviti rekreasi, kanak-kanak ini bukan sahaja

    boleh meningkatkan aspek psikomotor, kognitif dan afektif tetapi juga meningkatkan

    potensi diri mereka ke peringkat yang lebih tinggi, serta membantu mereka berdikari

    dalam kehidupan agar tidak bergantung kepada orang lain di kemudian hari. Terlalu

    banyak manfaat aktiviti rekreasi yang ingin saya kongsikan pada saudari tentang kanak-

    kanak khas ini. Saya juga ingin sekali membawa saudari meninjau persekitaran Pusat

    Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi agar saudari dapat melihat sendiri

    bagaimana kanak-kanak ini berusaha untuk membangunkan potensi diri mereka.

    2.2.1 Teknik Menulis Perenggan

    Berdasarkan karangan di atas, terdapat beberapa contoh teknik menulis perenggan yang

    digunakan seperti teknik percontohan, teknik pentakrifan atau definisi, teknik pengelasan,

    teknik soalan-jawapan, teknik kenyataan luar dugaan, teknik analogi, dan teknik kontras

    waktu.

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    12

    2.2.1.1 Teknik percontohan

    Teknik percontohan dalam karangan ini adalah seperti, Di Pusat ini, terdapat kemudahan

    yang boleh digunakan oleh kanak-kanak khas untuk berekreasi secara percuma seperti

    kolam renang, tapak memanah, gelanggang goalball dan padang balapan. Ciri-

    cirinya adalah kolam renang, tapak memanah, gelanggang goalball dan padang balapan.

    2.2.1.2 Teknik pentakrifan atau definisi

    Dalam karangan ini, teknik pentakrifan atau definisi telah digunakan dalam ayat seperti,

    Menurut Salleh Aman (2004), rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang

    membina (positif) sama ada dalam bentuk rekreasi bersifat aktif atau pasif.

    Berdasarkan pembacaan saya, aktiviti rekreasi yang bersifat aktif melibatkan aktiviti

    sukan atau senaman yang memerlukan pergerakan cergas untuk memastikan tahap daya

    kardiovaskular mencapai tahap ideal. Manakala rekreasi pasif pula melibatkan aktiviti

    santai untuk menghilangkan tekanan, memperoleh keseronokan dan merehatkan fizikal.

    Ciri-cirinya adalah Menurut Salleh Aman (2004),

    2.2.1.3 Teknik pengelasan

    Dalam karangan ini, teknik pengelasan dapat dilihat dalam ayat, Untuk pengetahuan

    saudari, aktiviti rekreasi ini secara tidak langsung memberikan manfaat kepada kanak-

    kanak khas dari segi koginitif, psikomotor dan juga afektif. Ciri-cirinya adalah

    koginitif, psikomotor, dan afektif.

    2.2.1.4 Teknik soalan-jawapan

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    13

    Teknik soalan adalah teknik yang menggunakan soalan terlebih dahulu kemudian

    menyatakan jawapan kepada soalan yang ditanya. Contohnya dalam karangan ini, soalan

    yang digunakan adalah seperti, Saya pasti saudari akan terfikir mengapa ibu bapa

    kanak-kanak ini sanggup melepaskan anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti

    lasak bukan?. Manakala jawapan yang dinyatakan adalah seperti, Untuk

    pengetahuan saudari, aktiviti rekreasi ini secara tidak langsung memberikan

    manfaat kepada kanak-kanak khas dari segi koginitif, psikomotor dan juga

    afektif. Ciri-cirinya adalah tanda soal dan diikuti dengan jawapan.

    2.2.1.5 Teknik kenyataan luar dugaan

    Teknik kenyataan luar dugaan dalam karangan ini adalah seperti, Kanak-kanak ini perlu

    diberikan intervensi dan perancangan aktiviti yang bersesuaian kerana aktiviti rekreasi

    sangat memberi bermanfaat untuk mereka bak kata pepatah Melayu, melentur buluh

    biarlah dari rebungnya. Untuk pengetahuan saudari, kanak-kanak yang mempunyai

    kecacatan teruk masih mampu untuk melibatkan diri dalam sukan lasak jika

    diberikan intervensi awal. Seperti contoh, permainan goalball untuk masalah buta

    (B1, B2 dan B3) dan basketball untuk cerebral palsy. Ciri-cirinya adalah kecacatan

    teruk- mampu melakukan aktiviti lasak.

    2.2.1.6 Teknik analogi

    Teknik analogi dalam karangan ini adalah dalam ayat, Walaupun begitu, jangan pula

    saudari menganggap kanak-kanak ini tidak mampu melakukan aktiviti fizikal. Kanak-

    kanak ini perlu diberikan intervensi dan perancangan aktiviti yang bersesuaian kerana

    aktiviti rekreasi sangat memberi bermanfaat untuk mereka bak kata pepatah Melayu,

    melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ciri-cirinya adalah melentur buluh biarlah

    dari rebungnya.

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    14

    2.2.1.7 Teknik kontras masa

    Teknik kontras masa yang digunakan dalam karangan ini adalah seperti, Jika dahulu,

    aktiviti rekreasi untuk kanak-kanak khas kurang dititikberatkan. Namun kini, kerajaan

    sudah mula memberikan sokongan kepada rekreasi berasaskan sukan dengan cara

    membangunkan Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi di Kuala Lumpur

    yang mana baru sahaja dirasmikan pada tahun ini. Ciri-cirinya adalah dahulu, dan kini.

    2.3 Gaya Bahasa

    2.3.1 Retorika

    Retorik menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2002: 1135) didefinisikan sebagai seni

    menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk dan

    mempengaruhi pemikiran pendengar. Pendekatan retorika menggunakan asas pemujukan

    sebagai unsur atau elemen penting di dalam sebuah penulisan. Pembaca dapat memahami

    dan menghayati mesej dan isi karangan bergantung kepada penggunaan bahasa,

    pengalaman, maklumat, pemikiran analitis- logikal dan sebagainya, Terdapat pelbagai

    pendekatan retorika yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi sesebuah penulisan.

    Berikut adalah contoh-contoh penggunaan retorika dalam karangan di atas.

    2.3.1.1 Retorika penghujahan

    Jika dahulu, aktiviti rekreasi untuk kanak-kanak khas kurang dititikberatkan. Namun

    kini, kerajaan sudah mula memberikan sokongan kepada rekreasi berasaskan

    sukan dengan cara membangunkan Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik

    Prestasi Tinggi di Kuala Lumpur yang mana baru sahaja dirasmikan pada tahun

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    15

    ini. Di Pusat ini, terdapat kemudahan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak khas untuk

    berekreasi secara percuma seperti kolam renang, tapak memanah, gelanggang goalball

    dan padang balapan.

    2.3.1.2 Retorika pendedahan

    Untuk pengetahuan saudari, aktiviti rekreasi ini secara tidak langsung

    memberikan manfaat kepada kanak-kanak khas dari segi koginitif, psikomotor dan juga

    afektif. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai satu peluang untuk kanak-kanak khas

    terlibat dalam sukan paralimpik. Hal ini bertepatan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas

    Bil.3/2006 Pelaksanaan Skim Biasiswa Sukan (SBS) Kementerian Pelajaran Malaysia

    yang menawarkan biasiswa kepada murid yang berbakat dalam bidang sukan. Dengan

    cara ini, kanak-kanak khas bukan sahaja boleh membuktikan potensi diri mereka dan

    berdikari, bahkan boleh mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi.

    2.3.2 Stilistik

    Stilistik merupakan satu unsur yang berkait rapat dengan gaya bahasa dan teknik

    mengindahkan bahasa supaya tampak menarik dan maknanya akan lebih mudah difahami

    dan lebih memberi kesan kepada pembaca. Berikut merupakan beberapa unsur stilistik

    yang digunakan dalam penulisan karangan di atas.

    Skema Ragaman (Khusus-Umum):

    Strategi khusus-umum merujuk kepada strategi yang meletakkan kata atau frasa yang

    membawa maksud khusus pada awal ayat sebelum bergerak kepada kata atau frasa yang

    membawa makna umum. Dalam karangan ini, terdapat contoh skema ragaman khusus-

    umum yang digunakan iaitu dalam ayat, Jika dahulu, aktiviti rekreasi untuk kanak-kanak

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    16

    khas kurang dititikberatkan. Namun kini, kerajaan sudah mula memberikan sokongan

    kepada rekreasi berasaskan sukan dengan cara membangunkan Pusat Pembangunan

    Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi di Kuala Lumpur yang mana baru sahaja

    dirasmikan pada tahun ini. Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi

    merupakan frasa khusus dan Kuala Lumpur merupakan frasa yang membawa makna

    umum.

    2.3.2.1 Majaz

    Majaz ialah satu perkataan yang hasil daripada terjamahan perkataan tropes dalam

    leksikal Greek yang membawa maksud mengubah atau memalingkan maksud. Bahasa

    Melayu pula, majaz boleh diterjemahkan sebagai kiasan, namun konsep kata kiasan

    dalam bahasa Melayu tidak terperinci berbanding majaz.

    Majaz Pertautan (Eufemisme) :

    Eufemisme disebut sebagai ucapan pemanis atau ungkapan lembut. Eufemisme bersifat

    seperti acuan bagi bahasa yang tidak menyinggung, kasar, biadap, tidak bersopan atau

    yang dianggap tidak menyenangkan. Contoh eufemisme dalam karangan ini adalah

    Orang Kelainan Upaya (OKU). Eufemisme Orang Kelainan Upaya (OKU) telah

    digunakan bagi menggantikan perkataan orang cacat.

    Majaz Melayu (pepatah) :

    Majaz Melayu pepatah ialah unsur kiasan dalam peribahasa Melayu yang digunakan

    bertujuan untuk mematah atau memutuskan pembicaran orang lain. Contohnya dalam

    karangan ini menggunakan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    17

    2.3.3 Laras Bahasa

    Ure dan Ellis (1977) menjelaskan laras sebagai pola penggunaan bahasa yang lazim

    digunakan dalam keadaan tertentu. Edward A.D. (1969) menyatakan laras sebagai bentuk

    bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang

    digunakan dalam situasi lain, manakala Trudgill (1974) mentakrifkannya sebagai satu

    bentuk bahasa khusus yang wujud daripada keadaan sosial. Ringkasnya, laras bahasa

    adalah penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri- ciri khusus dan setiap daripadanya

    berbeza mengikut bidang.

    2.3.3.1 Laras umum

    Dalam karangan ini, laras umum yang digunakan adalah seperti, Menurut Salleh

    Aman (2004), rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina (positif)

    sama ada dalam bentuk rekreasi bersifat aktif atau pasif. Berdasarkan pembacaan

    saya, aktiviti rekreasi yang bersifat aktif melibatkan aktiviti sukan atau senaman

    yang memerlukan pergerakan cergas untuk memastikan tahap daya

    kardiovaskular mencapai tahap ideal. Manakala rekreasi pasif pula melibatkan

    aktiviti santai untuk menghilangkan tekanan, memperoleh keseronokan dan

    merehatkan fizikal. Rekreasi merupakan istilah laras umum yang sering digunakan

    secara meluas. Walaupun tanpa pengetahuan dalam bidang sukan atau pelancongan,

    orang awam masih boleh memahami istilah yang digunakan.

    2.3.3.2 Laras teknikal

    Contoh laras teknikal dalam karangan ini adalah , Kanak-kanak khas ini sudah sinonim

    dengan ketidakupayaan. Ada di antara mereka yang mengalami masalah kecacatan

    anggota badan, mempunyai masalah lumpuh seperti cerebral palsy, spina bifida, cacat

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    18

    penglihatan, dan cacat pendengaran. Laras teknikal cerebral palsy dan spina bifida

    hanya digunakan dalam bidang pendidikan khas dan juga perubatan.

    2.3.3.3 Laras undang-undang

    Contoh laras undang-undang dalam karangan ini adalah, Hal ini bertepatan dengan

    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2006 Pelaksanaan Skim Biasiswa Sukan (SBS)

    Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan biasiswa kepada murid yang

    berbakat dalam bidang sukan. Dengan cara ini, kanak-kanak khas bukan sahaja boleh

    membuktikan potensi diri mereka dan berdikari, bahkan boleh mengharumkan nama

    negara di peringkat tertinggi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2006 Pelaksanaan Skim

    Biasiswa Sukan (SBS) Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan undang-undang yang

    telah dikeluarkan oleh Kementerian Malaysia dalam pelaksanaan program di sekolah.

    2.3.4 Golongan Kata

    Menurut Asmah Hj Omar (2009: 22), kata boleh dimasukkan ke dalam golongan tertentu

    berdasarkan cirri-ciri sintagmatik dan paradigmatiknya. Golongan kata boleh

    didefinisikan sebagai kumpulan kata yang dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau

    makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Dalam karangan ini,

    terdapat beberapa golongan kata yang digunakan seperti berikut :

    2.3.4.1 Kata Nama

    Golongan kata ini merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada

    binaan frasa nama dan lazimnya menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata

    nama dipecahkan kepada beberapa sub-golongan seperti kata nama khas (manusia dan

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    19

    bukan manusia), kata nama am (abstrak dan konkrit), dan kata ganti nama tunjuk dan diri.

    Dalam karangan ini, kata nama khas yang digunakan adalah kata nama khas bukan

    manusia seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pusat Pembangunan Sukan

    Paralimpik Prestasi Tinggi, manakala kata nama am seperti kolam (konkrit) dan

    rekreasi (abstrak), dan kata ganti tunjuk (ini) dan kata ganti nama diri ketiga (mereka).

    2.3.4.2 Kata Kerja

    Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi inti pada

    binaan frasa kerja dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu, kata kerja tak transitif dan

    kata kerja transitif. Dalam karangan ini, contoh kata kerja yang digunakan adalah

    memberikan manfaat (kata kerja tak transitif).

    2.3.4.3 Kata Adjektif

    Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa

    adjektif. Golongan kata ini dibahagikan kepada lapan kumpulan berdasarkan makna iaitu,

    kata adjektif sifat atau keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif

    bentuk, kata adjektif pancaindera, kata adjektif waktu, kata adjektif cara dan kata adjektif

    perasaan. Dalam karangan ini, kata adjektif yang digunakan antaranya adalah lasak

    (sifat) dan tinggi (ukuran).

    2.3.4.4 Kata Tugas

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    20

    Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis dan

    heterogen. Setiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu. Golongan kata ini dapat

    dibahagikan kepada empat iaitu kata hubung, kata praklausa, kata prafrasa dan kata

    pascakata. Dalam karangan ini, penggunaan kata tugas yang digunakan adalah seperti

    dan, yang, manakala, untuk dan di.

    2.4 Mekanisme Penulisan

    Mekanisme penulisan merupakan satu alat untuk membantu menyampaikan rasa, perasaa,

    sikap, emosi di samping menentukan kejelasan, ketepatan dan penegasan. Mekanisme

    penulisan merangkumi aspek penggunaan tanda baca.

    2.4.1 Tanda Koma

    Tanda koma ialah tanda baca yang digunakan untuk menyenaraikan tiga unsur atau lebih.

    Terdapat lapan fungsi tanda koma menurut Abu Hassan Abdul (2013), iaitu koma untuk

    ayat majmuk, tanda berhenti sekejap dalam penulisan, menandakan frasa yang

    berlawanan maksud, menandakan contoh, menandakan petikan langsung, memberikan

    penekanan dan menandakan penerang. Daripada karangan ini, tanda koma yang

    digunakan memperlihatkan fungsi sahaja iaitu, koma untuk ayat majmuk, tanda berhenti

    sekejap dalam penulisan, menandakan contoh, dan menandakan petikan langsung seperti

    berikut :

    2.4.1.1 Contoh koma untuk ayat majmuk

    Melalui aktiviti rekreasi, kanak-kanak ini bukan sahaja boleh meningkatkan aspek

    psikomotor, kognitif dan afektif tetapi juga meningkatkan potensi diri mereka ke

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    21

    peringkat yang lebih tinggi, serta membantu mereka berdikari dalam kehidupan agar

    tidak bergantung kepada orang lain di kemudian hari.

    2.4.1.2 Contoh tanda berhenti sekejap dalam penulisan

    Kanak-kanak ini perlu diberikan intervensi dan perancangan aktiviti yang bersesuaian

    kerana aktiviti rekreasi sangat memberi bermanfaat untuk mereka bak kata pepatah

    Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    2.4.1.3 Contoh menandakan contoh

    Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak khas.

    Antaranya ialah aktiviti berenang, menunggang kuda, memanah, perkhemahan,

    melakukan kraftangan dan aktiviti sukan lasak.

    2.4.1.4 Contoh menandakan petikan langsung

    Menurut Salleh Aman (2004), rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina

    (positif) sama ada dalam bentuk rekreasi bersifat aktif atau pasif.

    2.4.2 Tanda Sempang (-)

    Tanda sempang atau sengkang digunakan untuk menunjukkan dan menegaskan tentang

    ejaan perkataan terutamanya ejaan yang sering mengelirukan. Selain itu, tanda sempang

    juga berfungsi untuk memisahkan angka, menggabung kata, kata gandaan, menandakan

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    22

    penulisan transliterasi huruf arab, huruf besar yang digabungkan dengan huruf kecil,

    menunjukkan perkataan yang terputus dan memisahkan nombor dengan angka. Dalam

    karangan ini, analisis tanda sempang hanya berfungsi sebagai kata gandaan sahaja seperti

    berikut :

    2.4.2.1 Contoh kata gandaan

    Contoh penggunaan sempang dalam karangan ini adalah seperti, Walaupun begitu,

    jangan pula saudari menganggap kanak-kanak ini tidak mampu melakukan aktiviti

    fizikal.

    2.4.3 Huruf Condong

    Huruf condong digunakan semasa menulis nama ilmiah ataupun ungkapan asing kecuali

    yang telah disesuaikan ejaannya. Dalam karangan ini, huruf condong telah digunakan

    untuk menulis ungkapan asing seperti berikut :

    2.4.3.1 Contoh ungkapan asing

    Contoh penggunaan huruf condong dalam karangan ini adalah seperti, Kanak-kanak

    khas ini sudah sinonim dengan ketidakupayaan. Ada di antara mereka yang mengalami

    masalah kecacatan anggota badan, mempunyai masalah lumpuh seperti cerebral palsy,

    spina bifida, cacat penglihatan, dan cacat pendengaran.

    2.4.4 Tanda kurung ( )

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    23

    Tanda kurung mempunyai empat fungsi iaitu untuk mengapit keterangan dan penjelasan,

    mengapit sumber bahan rujukan, mengapit huruf atau angka senarai, dan memberikan

    penjelasan dalam ayat. Dalam karangan ini, terdapat tanda kurung yang berfungsi

    mengapit keterangan dan penjelasan, mengapit sumber bahan rujukan seperti berikut :

    2.4.4.1 Contoh mengapit keterangan dan penjelasan

    Untuk pengetahuan saudari, kanak-kanak yang mempunyai kecacatan teruk masih

    mampu untuk melibatkan diri dalam sukan lasak jika diberikan intervensi awal. Seperti

    contoh, permainan goalball untuk masalah buta (B1, B2 dan B3) dan basketball untuk

    cerebral palsy.

    2.4.4.2 Contoh mengapit sumber bahan rujukan

    Menurut Salleh Aman (2004), rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina

    (positif) sama ada dalam bentuk rekreasi bersifat aktif atau pasif. Berdasarkan pembacaan

    saya, aktiviti rekreasi yang bersifat aktif melibatkan aktiviti sukan atau senaman yang

    memerlukan pergerakan cergas untuk memastikan tahap daya kardiovaskular mencapai

    tahap ideal.

    2.4.5 Penulisan Huruf Besar

    2.4.5.1 Huruf Pertama Nama Khas

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    24

    Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan

    ejaannya berpangkalkan huruf besar, terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup

    dan tak hidup, kemudian dibahagikan lagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup

    manusia dan bukan manusia. Contoh kata nama khas bukan manusia yang digunakan

    dalam karangan ini adalah Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi,

    dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    2.4.5.1 Huruf Pertama Awal Ayat

    Huruf pertama awal ayat perlulah menggunakan huruf besar. Dalam karangan ini,

    kesemua huruf pertama dalam ayat menggunakan huruf besar. Contohnya seperti,

    Menemui sahabatku yang sentiasa dirindui. Moga sentiasa sihat hendaknya. Saya di sini

    juga dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih kerana sudi menulis warkah buat saya

    di sini. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menjawab persoalan saudari tentang

    rekreasi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas yang telah saudari utarakan pada

    warkah lepas.

    2.4.6 Akronim

    Kata nama akronim ialah cantuman huruf awal perkataan iaitu dibentuk melalui

    percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Dalam karangan ini, terdapat dua

    contoh akronim iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU), dan Skim Biasiswa Sukan

    (SBS).

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    25

    3.0 KESIMPULAN

    Tuntasnya, bagi menghasilkan karangan yang baik dan bermutu, jalinan antara

    kaedah, strategi dan beberapa lagi rumus dalam tatabahasa perlulah digunakan serta

    sesuai dengan konteks ayat yang dirangka. Perbendaharaan kata yang gramatis akan

    memantapkan lagi penulisan penulis. Selain itu, pola dan jenis pemerengganan boleh

    dipelbagaikan supaya ia menjadi lebih menarik. Penggunaan bunga bahasa dalam

    susunan ayat yang dirangka perlulah bersesuaian dan tidak boleh terlalu meleret- leret

    kerana akan mewujudkan unsur lewah. Kesinambungan Antara ayat topik, ayat

    penyangga utama, ayat penyangga kecil dan kesimpulan dalam sesuatu perenggan juga

    haruslah berkaitan. Jelaslah di sini, dalam menulis sesebuah karangan, pelbagai aspek

    perlu dititik beratkan agar karangan yang dirangka bersesuaian dengan topik dan tidak

    menyalahi hukum tatabahasa.

  • TUGASAN INDIVIDU- SENI MENGARANG D20111047930

    26

    RUJUKAN

    Abu Hassan Abdul. (2013). Seni Mengarang BMK 3043. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

    dan Pustaka (DBP) Malaysia.

    Asmah Hj Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Dewan

    Bahasa dan Pustaka

    Hajah Noresah bt. Baharom et.al (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Manisah Mohd Ali, Mohd Mokhtar Bin Haji Tahar. 2010 . Kepentingan Rekreasi Kepada

    Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Fakulti Pendidikan UKM.

    Mohd Salleh Aman (2004) Sukan Dalam Masyarakat Malaysia. University of Malaya,

    Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

    R.Coleman & M. Chrisman.(2005). The Health and Social Bemefit of Recreation.

    California: California State Parks.

    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2006 Pelaksanaan Skim Biasiswa Sukan (SBS)

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperoleh dari

    http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas-view?id=548