bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

17
PPG PJJ SEMESTER 5 SESI 2013/2014 KERJA KURSUS BMK 3043 SENI MENGARANG TUGASAN 2 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON ROSLAILY BINTI MOHAMED RASHID D20112054188 012-9220210 NO. KUMPULAN : UPSI01 (A132PJJ) NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR ANI BINTI OMAR TARIKH SERAH : 28 April 2014 KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN DAN PAPAN TANDA DI PREMIS PERNIAGAAN

Upload: roslaily-mohamed-rashid

Post on 10-Aug-2015

170 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

PPG PJJ SEMESTER 5 SESI 2013/2014

KERJA KURSUS

BMK 3043 SENI MENGARANG

TUGASAN 2

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

ROSLAILY BINTI MOHAMED RASHID

D20112054188

012-9220210

NO. KUMPULAN : UPSI01 (A132PJJ)

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR ANI BINTI OMAR

TARIKH SERAH : 28 April 2014

KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN

DAN PAPAN TANDA DI PREMIS PERNIAGAAN

Page 2: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

2

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

3

2.0 Lokasi kajian 4

3.0 Analisis kajian 9

4.0 Perbincangan 12

5.0 Implikasi kajian 13

6.0 Cadangan dan kajian selanjutnya 15

7.0 Kesimpulan 16

Rujukan

17

Page 3: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

3

1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan satu sistem bunyi ucapan arbitrari dan melalui inilah manusia boleh

berkomunikasi. Bahasa juga merangkumi semua yang diucapkan dan kemampuan

menggambarkan dalam pemikiran yang berbentuk simbolik iaitu dalam bentuk perkataan

ataupun mewakili perkataan. Dengan menggunakan bahasa, komunikasi dapat berlaku dengan

lancar di mana pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan yang terjadi di

antara seseorang atau lebih dengan tujuan tertentu. Ketika ini kedudukan bahasa Melayu telah

mengalami pembangunan pesat dari segi perubahan bahasanya. Perubahan bahasa dari satu

peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan sejarahnya sekaligus akan memberi kesan

kepada sistem tulisan atau ujaran, sistem tatabahasa dan juga perbendaharaan kata (Abdullah

Hassan: 1996).

Bahasa Melayu mempunyai peranan sebagai bahasa yang dapat mengeratkan perpaduan

kaum dan keturunan, menjadikanya amat penting dan wajar digunakan secara menyeluruh dan

meluas. Selain itu bahasa Melayu juga digunakan dalam semua bidang penulisan untuk

menyalurkan pemikiran dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Penerbitan buku-buku, majalah-

majalah, akhbar-akhbar dan pelbagai jenis media cetak secara tidak langsung telah membantu

memperkembangkan penggunaan bahasa tersebut di kalangan rakyat negara ini.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan telah

diberikan penekanan utama oleh kerajaan terutamanya selepas Malaysia mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam Perlembagaan Malaysia (perkara 152) ada menyatakan

bahawa:

Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa-apa tulisan

sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan parlimen.

Oleh kerana itu, bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua konteks untuk

tujuan-tujuan tertentu berdasarkan peruntukan undang-undang dan parlimen yang telah

ditetapkan. Akta bahasa 1963/1967, dengan jelas memperuntukan bahasa kebangsaan

hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.

Page 4: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

4

2.0 LOKASI KAJIAN

Berikut merupakan gambar papan tanda premis perniagaan yang masih menggunakan ejaan

lama. Semua gambar dalam kajian ini diambil di bandar Teluk Intan. Pemilik premis

perniagaan ini patut sedar tentang kesalahan ejaan dan tidak memandang ringan tentang perkara

ini. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pemilik ini semestinya perlu melakukan

tindakan segera serta sanggup berkorban wang untuk membetulkan papan tanda berkenaan.

Penggunaan bahasa Melayu dengan betul perlulah dipertingkatkan. Berdasarkan 10 contoh

yang saya dapati di sekitar bandar tempat saya tinggal, menunjukkan kesalahan penggunaan

bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis perniagaan masih lagi kelihatan. Contoh-

contoh tersebut ditunjukkan di bawah ini:

Premis perniagaan di atas, lebih menonjolkan penggunaan bahasa Inggeris daripada bahasa

Melayu. First Choice Shop lebih besar tulisannya berbanding dengan Kedai Piihan Satu.

Sementara di bawah papan tanda itu, tertulis perkataan yang sama tetapi dibezakan dengan

ejaan. Contohnya, Kedai Pilihan Satu ditulis dengan Kedai Pelihan Satu. Terdapat 2 kesalahan

pada perkataan ini iaitu dalam penggunaan bahasa dan ejaan. Adalah lebih baik, Kedai Pilihan

Satu diubah kepada Kedai Pilihan Pertama/Utama.

Rajah 1

Page 5: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

5

Restoran Mak Tok Delights pula menampilkan kesalahan pencampuran bahasa Inggeris dan

Melayu. Ejaan Restoran adalah dalam bahasa Melayu yang sepatutnya dieja dengan Restaurant

dan Restoran Mak Tok Delights perlu diubah kepada Mak Tok Delights Restaurant.

Berdasarkan kepada gambar di atas, terdapat kesalahan penggunaan pengimbuhan awalan beR-

dan ejaan pada papan tanda perniagaan yang menawarkan perkhidmatan talian internet. Kedai

Berintenet rasa ganjil bila menyebutnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang

betul ialah internet yang memberi maksud rangkaian komputer antarabangsa yang

Rajah 2

Rajah 3

Page 6: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

6

membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan

mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.

Kedua-dua gambar di atas menggunakan lebih banyak bahasa dalam satu papan tanda.

Perkataan Salun Rambut dalam bahasa Melayu dan Beauty Creatif Saloon ditulis terlalu kecil

pada rajah 4, hanya perkataan May sahaja yang dibesarkan. Sementara dalam rajah 5, Kawan

Kusyen Enterprise menunjukkan pencampuran penggunaan bahasa Inggeris dan Melayu di

mana ejaan kusyen perlu diganti dengan cushion. Secara tidak langsung membuktikan premis

ini lebih memberi keutamaan penggunaan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu.

Rajah 5

Rajah 4

Page 7: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

7

Di dalam rajah 6, didapati tuan punya milik premis ini merupakan mereka yang pakar dalam

bidang perubatan dan telah lama menjalankan aktiviti. Tetapi sayang, pemiliknya tidak begitu

prihatin dalam penggunaan bahasa dan ejaan yang betul di premis mereka. Perkataan Kelinik

Lai & Tan, didapati berlaku kesalahan ejaan pada perkataan kelinik. Ejaan yang betul menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat ialah klinik. Begitu juga pada Somu Kelinik, bila disebut seperti

bahasa Inggeris tetapi ejaan pula seperti bahasa Melayu. Somu Kelinik perlu diubah kepada

Klinik Somu atau Somu Clinic.

Sekarang cuba kita perhatikan pada rajah 7 yang mempamerkan dua restoran. Restoran

Makanan Laut Poh Loong menggunakan ayat yang betul dalam bahasa Melayu, sementara

Restoran Seafood Village berlaku pencampuran bahasa Inggeris dan Melayu dalam perkataan

restoran . Premis perniagaan ini lebih menonjolkan bahasa lain daripada bahasa Melayu untuk

Rajah 6

Rajah 7

Page 8: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

8

menarik minat pelanggannya. Restoran Seafood Village perlu ditukarkan kepada Seafood

Village Restaurant atau Restoran Makanan Laut Village atau Restoran Makanan Laut

Desa.

Rajah 9

Rajah 10

Rajah 8

Rajah 8

Pencampuran penggunaan bahasa

Melayu dan Inggeris serta

kesalahan ejaan. Klinik &

Surgeri Lee perlu diubah kepada

Klinik Pembedahan Lee. Dalam

bahasa Inggeris Surgeri dieja

dengan Surgery.

Rajah 10

Pencampuran penggunaan bahasa

Melayu dan Inggeris serta

kesalahan ejaan. Butik Leena

Collections dijadikan Butik

Koleksi Leena. Dalam bahasa

Inggeris, butik dieja dengan

boutique.

Rajah 9

Pencampuran penggunaan bahasa

Melayu dan Inggeris serta

kesalahan ejaan. Lean Soon

Klinikar perlu diubah kepada

Lean Soon Clinical atau Klinikal

Lean Soon.

Page 9: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

9

3.0 ANALISIS KAJIAN

Analisis kajian berdasarkan dapatan data lebih merupakan satu kaedah untuk mengawal dan

mempersembahkan data serta prosedur statistik. Tujuan analisis dapat mempersembahan data

kepada bentuk yang lebih bermakna, penyelidik haruslah dapat berbuat sesuatu pada data

berkenaan. Berdasarkan contoh-contoh di atas terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat

dikenal pasti dari segi kesalahan ejaan, kesalahan imbuhan, penggunaan bahasa campuran

Melayu dan Inggeris, penggunaan banyak bahasa, kecil dan mengutamakan bahasa Inggeris.

3.1 Kesalahan Ejaan

Bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan-kesalahan

penggunaa bahasa Melayu dari segi ejaan (Awang Sariyan:1989). Antara faktor-faktornya

adalah seperti berikut:

3.1.1 Tidak mematuhi peratusan keselarasan vokal.

3.1.2 Kekecualian keselarasan vokal.

3.1.3 Ejaan kata daripada bahasa pinjaman.

3.1.4 Kata ganti singkat.

3.1.5 Kata sendi awalan ‘di’ dan ‘ke’.

3.1.6 Kata berakhiran ‘i’, ‘an’ dan ‘kan’.

3.1.7 Ejaan beberapa kata yang mengelirukan dan tidak sesuai.

Berdasarkan jadual 1 dan 2, secara keseluruhan terdapat 9 daripada 10 kesalahan ejaan

berdasarkan 10 contoh. Ini merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh peniaga.

3.2 Kesalahan Imbuhan

Imbuhan dimaksudkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk

lain yang menyebabkan perubahan makna nahu. Bentuk-bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu

ialah awalan, akhiran, sisipan dan apitan (Awang Mohd. Amin:1982). Kesalahan imbuhan

Page 10: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

10

hanya satu sahaja dan jarang berlaku berdasarkan contoh yang didapati. Hanya melibatkan 1.67%

sahaja.

3.3 Penggunaan Bahasa Campuran Melayu dan Inggeris

Jadual 2 menunjukkan bilangan peratusan kesalahan bahasa daripada penggunaan gabungan

bahasa Inggeris dan bahasa Melayu adalah merupakan kesalahan ketiga tertinggi berbanding

kesalahan dari segi ejaan, penggunaan banyak bahasa dan mengutamakan bahasa Inggeris.

Berdasarkan contoh yang didapati, terdapat 6 kesalahan yang mewakili 10% daripada semua

kesalahan bahasa tersebut.

3.4 Penggunaan Banyak Bahasa

Terdapat premis perniagaan yang menggunakan lebih dua atau tiga bahasa dalam satu papan

tanda. Bahasa-bahasa yang terlibat seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan

bahasa Tamil. Penggunaan bahasa Melayu, Inggeris dan Cina lebih banyak iaitu 3 daripada 7

contoh berbanding pengunaan bahasa Inggeris dan Cina (2) atau bahasa Inggeris, Melayu, Cina

dan Tamil (2).

3.5 Terlalu Kecil

Hanya terdapat 1 contoh yang terlibat dalam melakukan kesalahan ini, di mana peratusannya

sangat kecil iaitu sekitar 1.67% sahaja. Penulisan perkataan dalam bahasa Melayu dan Inggeris

dilihat terlalu kecil berbanding dengan bahasa Cina. Perkataan bahasa Melayu diletakkan

disudut kiri paling atas telah memberikan kesukaran untuk mereka yang lalu lalang untuk

membacanya.

3.6 Mengutamakan Bahasa Inggeris

Kesalahan ini merupakan yang kedua banyak melibatkan 7 daripada 10 contoh. Bahasa Melayu

tidak diutamakan berbanding dengan bahasa Inggeris. Ada pemilik perniagaan menggunakan

iklan dalam bahasa Melayu sekadar memenuhi syarat sahaja hingga membawa kepada

kesukaran untuk orang ramai membacanya. Kesalahan ini tidak wajar dilakukan oleh rakyat

Malaysia kerana tindakan tersebut akan menyebabkan langkah-langkah memartabatkan bahasa

Melayu tidak berjaya.

Page 11: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

11

Jadual 1

Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Iklan dan Papan Tanda di Premis Perniagaan

Rajah Kesalahan

Ejaan

Kesalahan

Imbuhan

Bahasa

campuran

Melayu dan

Inggeris

Penggunaan

banyak

bahasa

Terlalu

kecil

Mengutamakan

bahasa Inggeris

1 Pelihan

(Pilihan)

Melayu,

Inggeris dan

Cina

First Choise

Shop

2 Restoran

(Restaurant)

Restoran Mak

Tok Delights

Mak Tok

Delights

Restaurant

3 Berintenet

(internet) beR-

4

Melayu,

Inggeris dan

Cina

Salun

Rambut

5 Kusyen

(Cushion)

Kawan

Kusyen

Enterprise

Inggeris dan

Cina

Kawan

Cushion

Enterprise

6 Kelinik

(Klinik)

Melayu, Cina

dan Tamil Somu Clinic

7 Restoran

(Restaurant)

Restoran

Seafood

Village

Melayu,

Inggeris dan

Cina

Seafood

Village

Restaurant

8 Surgery (BI)

(Pembedahan)

Klinik &

Surgeri Lee

Melayu,

Inggeris, Cina

dan Tamil

9 Klinikar

(Klinikal)

Lean Soon

Klinikar

Inggeris dan

Cina

Lean Soon

Clinical

10 Butik

(Boutique)

Butik Leena

Collections

Leena

Collections

Boutique

Page 12: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

12

Jadual 2

Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Iklan dan Papan Tanda di Premis Perniagaan

Berdasarkan Peratusan

Bil Jenis Kesalahan Rajah/Gambar

Jumlah Peratus

(%) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1. Kesalahan Ejaan √ √ √ √ √ √ √ √ √ 9 15

2. Kesalahan Imbuhan √ 1 1.67

3.

Bahasa campuran

Melayu dan

Inggeris

√ √ √ √ √ √ 6 10

4. Penggunaan

banyak bahasa √ √ √ √ √ √ √ 7 11.67

5. Terlalu kecil

(bahasa Melayu) √ 1 1.67

6. Mengutamakan

bahasa Inggeris √ √ √ √ √ √ √ 7 11.67

JUMLAH 31 51.67

4.0 PERBINCANGAN

Bahasa boleh ditakrifkan daripada beberapa segi, antara contoh takrifan berkaitan dengan

bahasa seperti :

i. Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan.

ii. Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti

penutur kepada fikiran pendengar.

iii. Satu sistem maksud yang dikongsikan antara manusia.

iv. Satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk emmbezakan antara bentuk

Page 13: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

13

dan maksud.

Safir (1921) mendefinisikan bahasa sebagai suatu kaedah yang bukan naluri (noninstinct)

manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol-simbol yang

lahir secara sedar. Sementara Chomsky (1957), mendefinisikan bahasa ialah suatu set ayat yang

mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad.

Menurut Asmah Haji Omar (1988), tokoh linguistik Melayu menyatakan bahasa merupakan

firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Lebih ringkas lagi bahasa mencerminkan

kebudayaan penuturnya.

Menurut Nik Safiah Karim (1986), pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang

melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan,

pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.

Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga merupakan penyebab pihak

pemilik premis perniagaan melakukan kesalahan bahasa. Perkara ini terjadi kerana penggunaan

istilah yang tidak tepat. Oleh kerana terlalu ramai yang berminat untuk menggunakan bahasa

Inggeris menyebabkan banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan seperti butik, diambil

dari perkataan boutique, kusyen diambil dari perkataan cushion dan restoran diambil dari

perkataan restaurant.

5.0 IMPLIKASI KAJIAN

Langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu yang dilaksanakan sejak zaman

sebelum merdeka hingga selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, telah

menyedarkan masyarakat supaya menggunakan bahasa Melayu dengan penuh berperaturan dan

bertanggungjawab. Namun begitu terdapat juga halangan di kalangan orang Melayu sendiri

yang tidak melihat kepada kepentingan bahasa Melayu sebagai jati diri dan kedudukannya

dalam Perlembagaan negara untuk mendaulat dan memastikan kelangsungannya untuk negara

dan generasi akan datang.

Berdasarkan contoh-contoh didapati, diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan

manfaat kepada semua terutamanya pembaca dan individu yang terlibat dalam penghasilan

iklan dan pembuatan papan tanda supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan bahasa Melayu.

Page 14: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

14

Kesalahan ejaan dan pengaruh bahasa Inggeris semestinya dapat dielakkan dan tidak berulang

lagi selepas ini. Mereka perlu lebih prihatin dengan bahasa yang digunakan dalam penghasilan

iklan mahupun papan tanda serta memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat.

Hasil daripada kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan, di sini jelas menunjukkan

bahawa pihak premis perniagaan itu sendiri tidak peka dan prihatin terhadap penggunaan

bahasa Melayu yang betul. Mereka tidak pernah membuat semakan, rujukan atau tinjauan

semula terhadap bahasa yang digunakan di dalam iklan-iklan mereka. Penggunaan bahasa

Melayu mungkin lebih menyerlah jika setiap warga negara memahami dan mengambil

perhatian mengenai tanggungjawab asasnya terhadap negara dengan memberi perhatian yang

tidak berbelah bahagi terhadap penggunaan bahasa kebangsaan.

Proses penulisan berlaku secara berulang. Apabila proses penciptaan berlaku dalam

keadaan biasa, seseorang itu akan terus menerus menulis, adakalanya pantas dan adakalanya

perlahan (Perl:1979). Menurut Mohd. Jonit Mohd. Johari (1994), penulis juga perlu meninjau

semula apa yang telah ditulisnya. Berdasarkan kepada pendapat tersebut, menunjukkan bahawa

penggunaan bahasa dalam iklan dan papan tanda adalah masih lemah dan rendah. Pihak peniaga

tidak boleh hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan seharusnya sedar bahawa mereka

turut memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu.

Kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan pihak berkuasa tempatan

serta agensi pengiklanan dalam projek Pengesahan Bahasa dalam Iklan untuk menentukan

Prosedur Kendalian Standard adalah perlu dijalankan secara berterusan. Usaha yang mereka

jalankan akan membantu mengelakkan kesalahan penggunaan bahasa Melayu terjadi lagi di

dalam iklan-iklan dan papan tanda di negara ini.

Para peniaga digalakkan mengikuti kursus penataran bahasa Melayu dari semasa ke

semasa supaya dapat mengetahui, memahami dan mengamalkan penggunaan bahasa Melayu

yang baik dan betul. Garis panduan yang jelas tentang penggunaan bahasa Melayu perlu

disediakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk dipatuhi oleh mereka yang terlibat dalam

penghasilan iklan dan papan tanda ini.

Page 15: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

15

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Dalam kajian ini, fokus utama hanya kepada kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan

dan papan tanda di premis perniagaan di kawasan bandar yang berhampiran dengan tempat

tinggal pengkaji sahaja. Oleh kerana itu, dicadangkan agar kajian kesalahan bahasa Melayu ini

diperluaskan lagi hingga ke media-media cetak dan juga pejabat kerajaan. Menurut Abdul

Hamid Mahmood (1989) banyak faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan

penggunaan bahasa Melayu dalam media-media cetak. Antaranya ialah:

i. Ramai pegawai dan kakitangan kerajaan yang masih belum menguasai bahasa

Melayu dengan sempurna.

ii. Tidak ada pegawai yang ditugaskan untuk mengawasi dan memberikan

bimbingan dalam penggunaan bahasa Melayu; dan

iii. Tidak dapat dinafikan adanya sikap tidak mengambil berat terhadap bahasa

Melayu di kalangan pegawai-pegawai mereka, tidak mengambil berat terhadap

penggunaan bahasa yang betul serta tidak merasa malu dan memberi berbagai-

bagai alasan.

Berdasarkan kepada pendapat di atas, dicadangkan supaya diadakan kursus intensif

bahasa dari masa ke semasa kepada semua kakitangan kerajaan, penulis, pengarang dan mereka

yang terlibat dengan pengiklanan supaya kesalahan penggunaan bahasa Melayu ini dapat

dielakkan. Semua kumpulan yang terlibat dengan proses penghasilan akhbar dan majalah

mestilah didedahkan dengan kemahiran bahasa dan tatabahasa yang terkini.

Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak yang terlibat

adalah perlu untuk memastikan supaya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

dihormati terutamanya dalam penggunaannya pada papan iklan di premis perniagaan. Selain

dari itu, untuk menegur dan mengambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan

bahasa, cadangan memberikan kuasa undang-undang kepada pihak DBP perlu difikirkan

kewajarannya.

Page 16: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

16

7.0 KESIMPULAN

Kajian terhadap kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis

perniagaan merupakan satu tindakan yang sangat berguna, berfaedah dan bernilai kepada setiap

individu dan masyarakat, terutamanya pada mereka yang terlibat dalam bidang pembinaan

bahan iklan ini. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diperolehi dari kajian yang dijalankan,

diharapkan memberi perubahan dan kesedaran kepada semua pihak berhawa betapa pentingnya

penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam semua aspek pertuturan atau penulisan. Oleh

kerana itu, menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia mempraktikkan dan mengamalkan

penggunaan bahasa kebangsaan dengan cara betul dalam kehidupan seharian mereka.

Kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis

perniagaan ini tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan perhatian serta pembacaan

umum. Tanpa kita sedari bentuk bahasa yang dipamerkan itu boleh menjadi ikutan kepada

mereka yang membacanya. Kesan dari kesilapan akan memberi gangguan bahasa dan tahap

pengusaan bahasa di kalangan rakyat di negara ini.

Page 17: Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

BMK3043 SENI MENGARANG

17

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood. (2010). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan.

Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abu Hassan Abdul & Abd. Rashid Md. Idris. (2012). Modul BMK 3043 Seni Mengarang.

Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman & Ton

Ibrahim. (2012). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur: Pencetakan Salam Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011).

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah bt. Baharom, Md. Nor bin Hj. Ab. Ghani, Ibrahim bin Hj. Ahmad, Azizah bt. Supardi,

Saidah bt. Kamin, Aziah bt. Tajudin, Salmah bt. Jabbar, Hairani bt. Mohd Khalid &

Rodziah bt. Abdullah. (2010) . Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Oo Yu Hock. (2007). Longman Kamus Dwibahasa. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.