document 8

5
MINISTRY OF HEALTH/KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Soalan Lazim Berkaitan Tentang Penyakit Influenza A (H1N1) – KKM May 19, 2015 0 Comments Sumber: www.dxna.com Apakah penyakit Influenza A (H1N1)? Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Ia merupakan sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal influenza). Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko untuk mendapat jangkitan dan komplikasi akibat Influenza A (H1N1) adalah serupa dengan influenza bermusim (seasonal influenza) yang lain. Bilakah penyakit Influenza A(H1N1) berlaku? Rantau beriklim sederhana (temperate regions) seperti Negara Amerika Syarikat, mempunyai variasi musim penularan influenza yang jelas, dengan kemuncak penularan yang selalunya berlaku pada musim sejuk. Ini berbeza dengan rantau tropika (seperti Malaysia), di mana tiada musim penularan influenza yang jelas atau dengan kata lain, ianya berlaku sepanjang tahun.

Upload: amri-brahim

Post on 12-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KJHGF

TRANSCRIPT

MINISTRY OF HEALTH/KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIASoalan Lazim Berkaitan Tentang Penyakit Influenza A (H1N1) KKMMay 19, 20150 Comments

Sumber: www.dxna.comApakah penyakit Influenza A (H1N1)?Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Ia merupakan sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal influenza). Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko untuk mendapat jangkitan dan komplikasi akibat Influenza A (H1N1) adalah serupa dengan influenza bermusim (seasonal influenza) yang lain.Bilakah penyakit Influenza A(H1N1) berlaku?Rantau beriklim sederhana (temperate regions) seperti Negara Amerika Syarikat, mempunyai variasi musim penularan influenza yang jelas, dengan kemuncak penularan yang selalunya berlaku pada musim sejuk. Ini berbeza dengan rantau tropika (seperti Malaysia), di mana tiada musim penularan influenza yang jelas atau dengan kata lain, ianya berlaku sepanjang tahun.Apakah gejala/tanda-tanda jangkitan virus ini?Gejala/tanda-tanda jangkitan virus influenza A (H1N1) adalah serupa dengan gejalaInfluenza-like-Illness(ILI) iaitu seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.Kebanyakan orang yang dijangkiti hanya mendapat gejala/tanda-tanda ringan. Namun begitu, terdapat sebilangan kecil pesakit terutamanya golongan berisiko tinggi mendapat gejala/tanda-tanda teruk sepertipneumonia(jangkitan paru-paru),encephalitis(jangkitan otak),carditis(jangkitan jantung) serta menyebabkan penyakit yang telah dihidapi (seperti asma) bertambah teruk.Bagaimana kita boleh dijangkiti?Cara jangkitan virus influenza bermusim termasuk Influenza A (H1N1) di dalam komuniti adalah melalui cecair (droplet) batuk atau bersin daripada pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1).Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?Selagi mereka/pesakit mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga tujuh (7) hari daripada tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demamSiapakah golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti?Golongan berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?Orang awam terutamanya golongan berisiko tinggi boleh mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang turut meliputi Influenza A(H1N1) di fasiliti kesihatan swasta yang kini berada di pasaran.Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?Terdapat ubat antiviral seperti oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital.Langkah langkah pencegahan yang boleh diambil oleh orang awamOrang ramai dinasihatkan agar sentiasa: Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atauhand sanitiserdan mengamalkan adab batuk yang baik; Mengamalkan cara hidup yang sihat. Bagi mereka yang mempunyai gejalaInfluenza-like-Illness(ILI) adalah dinasihatkan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai/tempat kerja dan perlu mendapatkan rawatan segera di klinik yang berhampiran.Adakah pesakit influenza A (H1N1) perlu dikuarantin?Pesakit influenza A (H1N1)TIDAKperlu dikuarantin. Namun begitu, sekiranya anda berasa TIDAK SIHAT atau mengalami gejala selesema: Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak; Berehat dan meminum banyak air; Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol; Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda; Gunakanmaskbagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakaimaskdengan cara yang betul; dan Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja/institusi seperti biasa?Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja/institusi seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.Apakah langkah langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?Sebagai langkah langkah kesiapsiagaan, KKM melakukan pemantauan situasi influenza di negara ini bagi mengesan kejadian luar biasa melaluiInfluenza Surveillance System(MISS) termasukInfluenza-like Illness(ILI), pesakit yang dimasukkan ke hospital dengansevere acute respiratory infection(sARI) dan juga pesakit dengan jangkitan saluran pernafasan yang teruk yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga bertanggungjawab bagi memantau jenis virus influenza di Malaysia.Disediakan oleh:Bahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan Malaysia15 MEI 2015Related Posts via Taxonomies Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) KKM SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA- KKM Vaksin HPV Selamat: Kenyataan Akhbar Bahagian Kawalan Penyakit, KKM Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia tentang H7N9 KKM Susulan Kejadian Wabak MERS-CoV Yang Sedang Berlaku Di Republik Korea KKM Kes Denggi Kembali Meningkat! KKM Hari Hipertensi Sedunia 2015 KKM Patient Safety Must Always Be A Priority- KKM Kes Denggi Menurun, Tetapi Perlu Bersedia Hadapi Perubahan Serotaip Denggi pada Mei-Jun 2015 KKM Hari Tibi Sedunia 2015 KKM