sistem pembelajaran atas talian untuk pelajar...

12
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016 80 SISTEM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN UNTUK PELAJAR DALAM PERKHIDMATAN Kok Boon Shiong 1 , dan Santana Rajan A/L Perumale 2 Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Kent [email protected] [email protected] ABSTRAK Pembelajaran Atas Talian merupakan peluang pembelajaran yang fleksibel dari segi akses pembelajaran dan kepelbagaian mod mencapai pelajaran. Sistem pembelajaran ini adalah wajib diguna oleh semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Mod Pembelajaran Jarak Jauh. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan persepsi pengguna terhadap Sistem Pembelajaran Atas Talian. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik, temubual dan pemerhatian melalui log sistem. Terdapat 11 orang pensyarah dan 197 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Daripada analisis dapatan data, didapati pelajar amat berpuas hati dengan strategi motivasi pensyarah. Pensyarah juga amat berpuas hati terhadap strategi motivasi mereka terhadap pelajar. Corak pengguna menunjukkan terdapat sedikit penurunan bagi ketiga-tiga unit tetapi mereka masih aktif dalam OLL. Pengkaji juga bercadangkan agar kajian terhadap corak pengguna dapat diperincikan agar sistem pembelajaran atas talian yang lebih baik dapat dibangunkan. Kata Kunci: Pembelajaran atas talian, Strategi Motivasi PENGENALAN Anjakan ke tujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Murid di sekolah akan dapat mengakses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid (PPPM, 2013). Menurut Lundin (2014) pembelajaran atas talian (OLL) menggunakan pelbagai media elektronik dan mempunyai faedah seperti akses ke bahan pendidikan dengan meluas, menggalakkan interaksi antara pelajar, rakan sebaya dan guru. Di samping itu pembelajaran atas talian juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta menggalakkan pembelajaran kendiri. Pembelajaran atas talian menyokong pelajar dalam mengejar pembelajaran kendiri dan aktivti pembelajaran kadar kendiri. Perkembangan ICT telah memberi banyak peluang kepada institusi pengajian tinggi dalam menyediakan perantara OLL kepada pelajar.

Upload: lytuyen

Post on 25-Aug-2019

308 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

80

SISTEM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN UNTUK PELAJAR DALAM PERKHIDMATAN

Kok Boon Shiong

1, dan Santana Rajan A/L Perumale

2

Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Kent

[email protected] [email protected]

ABSTRAK

Pembelajaran Atas Talian merupakan peluang pembelajaran yang fleksibel dari segi akses pembelajaran dan kepelbagaian mod mencapai pelajaran. Sistem pembelajaran ini adalah wajib diguna oleh semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Mod Pembelajaran Jarak Jauh. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan persepsi pengguna terhadap Sistem Pembelajaran Atas Talian. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik, temubual dan pemerhatian melalui log sistem. Terdapat 11 orang pensyarah dan 197 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Daripada analisis dapatan data, didapati pelajar amat berpuas hati dengan strategi motivasi pensyarah. Pensyarah juga amat berpuas hati terhadap strategi motivasi mereka terhadap pelajar. Corak pengguna menunjukkan terdapat sedikit penurunan bagi ketiga-tiga unit tetapi mereka masih aktif dalam OLL. Pengkaji juga bercadangkan agar kajian terhadap corak pengguna dapat diperincikan agar sistem pembelajaran atas talian yang lebih baik dapat dibangunkan. Kata Kunci: Pembelajaran atas talian, Strategi Motivasi

PENGENALAN

Anjakan ke tujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Murid di sekolah akan dapat mengakses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid (PPPM, 2013).

Menurut Lundin (2014) pembelajaran atas talian (OLL) menggunakan

pelbagai media elektronik dan mempunyai faedah seperti akses ke bahan pendidikan dengan meluas, menggalakkan interaksi antara pelajar, rakan sebaya dan guru. Di samping itu pembelajaran atas talian juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta menggalakkan pembelajaran kendiri.

Pembelajaran atas talian menyokong pelajar dalam mengejar

pembelajaran kendiri dan aktivti pembelajaran kadar kendiri. Perkembangan ICT telah memberi banyak peluang kepada institusi pengajian tinggi dalam menyediakan perantara OLL kepada pelajar.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

81

TINJAUAN LITERATUR Pembelajaran Atas Talian Pembelajaran atas talian dianggap sebagai penyediaan peluang pendidikan yang fleksibel dari segi akses dan pelbagai cara pemerolehan pengetahuan.

Pembelajaran Atas Talian (OLL) (IPGM, 2014) di Institut Pendidikan

Guru Malaysia (IPGM) merupakan peluang pembelajaran yang fleksibel dari segi akses pembelajaran dan kepelbagaian mod mencapai pelajaran seperti aktiviti berikut:

i. Mengakses dan muat turun bahan pembelajaran seperti modul

pembelajaran, soalan tugasan, nota pensyarah dan bahan rujukan yang membantu pembelajaran

ii. Berinteraksi dengan pensyarah dan Mentor melalui forum, blog, media sosial dan emel.

iii. Berkongsi pengalaman pembelajaran dengan pelajar lain iv. Mendapat maklumat terkini atau berita terkini tentang informasi

pengurusan PPG

Penggunaan Sistem Atas Talian di IPG Antara sebab utama IPG Kampus Kent membangunkan portal LMS dengan menggunakan Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment (Moodle):

i. Aplikasi LMS Moodle merupakan aplikasi Open source yang ditulis dengan skrip PHP.

ii. Sokongan teknikal (technical support) daripada pakar seluruh dunia dikongsi secara percuma.

iii. Terdapat banyak plugin yang dapat menyokong PdP. iv. Terdapat banyak built-in block yang sesuai dengan pembelajaran atas t

alian.

Dapatan kajian Keengwe (2014) mencadangkan pendidikan jarak jauh dan pembelajaran atas talian perlu dinilai dari masa ke semasa. Institusi juga perlu menilai pandangan semua pelajar secara berkala agar keputusan yang dibuat dapat memenuhi keperluan semasa. Reka Bentuk OLL IPG Kampus Kent telah membangunkan dua versi OLL untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Mod Pembelajaran Jarak Jauh (PISMP (PJJ)). Blok dan plugin yang digunakan dalam OLL ditunjukkan dalam Jadual 1.0.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

82

Jadual 1.0: Blok dan Plugin dalam OLL

Plugin/Blok Plugin

Assignment Questionnaire

Quiz Folder

Forum Site News

File

Custom SQL

Rajah 1.0: OLL IPGKK Versi 1

Rajah 1.0 merupakan versi 1.0 OLL yang digunakan oleh IPGKK. Penggunaan versi bermula dari 2009. Rajah 2.0 menunjukkan versi 2.0 OLL yang mula diguna pada tahun 2013 sehingga sekarang.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

83

Rajah 2.0: OLL IPGKK Versi 1

RATIONAL DAN PERSOALAN KAJIAN

Semua pelajar dan pensyarah wajib mendaftarkan diri sebagai pengguna dalam sistem pembelajaran atas talian. Portal pembelajaran IPG dibangunkan di atas perantara Sistem Pengurusan Pembelajaran. Setiap IPG Kampus perlu mentadbir semua aktiviti di dalam portal pembelajaran masing-masing (IPGM, 2014). Maka kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap portal pembelajaran OLL yang telah digunakan di sepanjang pengajian. Terdapat tiga objektif yang telah ditetapkan dalam kajian ini:

i. Mendapatkan persepsi pelajar terhadap OLL PISMP (PJJ); ii. Mendapatkan persepsi pensyarah terhadap OLL PISMP (PJJ). iii. Mendapatkan corak penggunaan pelajar dalam OLL PISMP

(PJJ). Tiga persoalan kajian telah dibentuk:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap OLL PISMP (PJJ)? ii. Apakah persepsi pensyarah terhadap OLL PISMP (PJJ)? iii. Apakah corak penggunaan pelajar dalam OLL PISMP(PJJ)?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Rasional menggunakan rekabentuk bercampur ialah untuk memastikan hampir semua faktor yang mempengaruhi sesuatu keadaan telah dikaji (Creswell, 2003).

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

84

Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian merupakan soal selidik, temubual dan log sistem. Jadual 2.0 menunjukkan ringkasan instrumen kajian yang digunakan dalam kajian. Jadual 2.0: Ringkasan Instrumen Kajian

Reka Bentuk Instrumen Data yang dikumpul

Kaedah bercampur Soal Selidik (23 item) Temu berstruktur (3 soalan)

Persepsi pelajar terhadap OLL.

Kaedah bercampur Soal Selidik (25 item) Temu berstruktur (3 soalan)

Persepsi pensyarah terhadap OLL.

Kaedah bercampur Log sistem Bilangan Hits

Corak pengguna

Soal Selidik Soal selidik untuk pelajar mempunyai 23 item dan telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jadual 3.0 menunjukkan aspek yang dinilai. Jadual 3.0: Instrumen Soal Selidik

Bahagian Pelajar Pensyarah

A Kandungan perbincangan atas talian. Kandungan perbincangan.

B Interaksi dalam forum atas talian. Interkasi dalam forum. C Maklum balas pensyarah. Maklum balas. D Strategi motivasi yang digunakan oleh

pensyarah. Strategi motivasi.

E Reka bentuk OLL. Reka bentuk.

Soal selidik untuk pensyarah diadaptasi daripada instrumen penilaian

sistem pembelajaran berasaskan web Kok Boon Shiong (2012). Kedua-dua instrumen soal selidik ini mengguna Skala Likert (amat tidak setuju, tidak setuju, kurang pasti, setuju dan amat setuju). Responden Kajian Responden kajian terdiri daripada 11 orang pensyarah, dan 197 orang pelajar PISMP (PJJ). Rajah 3.0 menunjukkan demografi dan bilangan responden kajian.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

85

Rajah 3.0: Responden Kajian Dapatan dan Perbincangan Tujuan utama kajian ini adalah mendapatkan persepsi dan pola penggunaan pelajar PISMP (PJJ) di sepanjang pengajian. Persepsi Pelajar terhadap OLL Seramai 197 orang pelajar daripada PISMP (PJJ) Ambilan Jun 2011, Ambilan Feb. 2012 dan Ambilan Okt. 2013 telah terlibat dalam kajian ini. Jadual 4.0: Persepsi Pelajar terhadap OLL

Bil Aspek Min SP

A Kandungan Perbincangan Atas Talian 4.458 0.637

B Interaksi dalam Forum Atas Talian 4.409 0.757

C Maklum Balas Pensyarah 4.363 0.728

D Strategi Motivasi yang Digunakan Oleh Pensyarah 4.489 0.675

E Reka Bentuk OLL 4.338 0.720

Keseluruhan 4.41 0.707

Jadual 4.0 menunjukkan pelajar puas hati dengan kelima-lima aspek yang telah dinilai. Antaranya reka bentuk mendapat nilai min yang paling rendah (4.338).

Antara item yang rendah dalam aspek ini ialah

a. Saya boleh mengakses OLL dengan mudah (4.265, 0.756). b. Apabila saya menghantar maklum balas ianya diproses dengan

cepat (4.265, 0.714)

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

86

Item yang mendapat skor min yang tinggi adalah aspek Strategi Motivasi yang Digunakan Oleh Pensyarah. Antara item yang tinggi ialah:

c. Pensyarah menggalakkan saya untuk mengambil bahagian dal

am perbincangan (4.607, 0.584). Jadual 4.0: Persepsi Pelajar terhadap OLL

Kohot/Unit xminba xminbb xminbc xminbd xminbe xminALL

K1 4.44 4.45 4.44 4.55 4.32 4.44

BC 4.39 4.46 4.54 4.54 4.40 4.46

BM1 4.33 4.43 4.43 4.45 4.31 4.39

BM2 4.33 4.44 4.08 4.44 4.22 4.31

BM3 4.36 4.29 4.39 4.53 3.93 4.29

BM4 4.69 4.6 4.61 4.75 4.54 4.63

BM5 4.63 4.49 4.47 4.67 4.40 4.53

K2 4.44 4.21 4.09 4.25 4.30 4.27

PRA 4.43 4.05 3.67 4.08 4.30 4.13

PSV1 4.07 3.93 4.06 4.03 4.02 4.02

PSV2 4.75 4.62 4.59 4.61 4.53 4.62

K3 4.62 4.69 4.66 4.75 4.60 4.66

BM6 4.62 4.69 4.66 4.75 4.60 4.66

Jumlah 4.46 4.41 4.36 4.49 4.34 4.41

Walaupun item “Strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah.”

Mendapat skor min yang tinggi, tetapi pelajar unit PRA dan PSV1 telah memberi skor min yang rendah bagi item tersebut.

Antara kebaikan daripada maklum balas pensyarah terhadap OLL PISMP (PJJ):

i. Dapat berinteraksi dan bertukar maklumat P01: “...dapat berinteraksi boleh bertukar-tukar pendapat dan idea.” P21: “...berinterkasi secara ilmiah.” P18: “...dapat dikongsi dengan cepat...” P17: “...bertukar-tukar pendapat/idea/maklumat...” P16: “...berinterkasi ...sesama pelajar...” P11: “...memudahkan interaksi maklumat...” P09: “...berinteraksi secara langsung...” P08: “...dapat berinteraksi dengan rakan-rakan.”

ii. Pembelajaran Kendiri P01: “...boleh belajar sendiri secara online...” P15: “Pembelajaran kendiri...” P14: “...belajar sendiri...”

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

87

iii. Sebagai rujukan P21: “Mudah membuat rujukan.” P20: “Sumber rujukan...yang penting...”

Semua pelajar yang ditemubual memberi maklum balas yang sama iaitu masalah internet dan kekangan masa sebab tugas sekolah. Antara contoh transkrip temubual:

i. Masalah internet P06 : “Tiada talian.” P14: “Tiada capaian internet.”

ii. Kekangan masa : P05: “...kekangan masa...kesibukan tugas...”

P09: “...kekangan masa...tugas yang banyak...” Antara cadangan penambahbaikan daripada pelajar: P20: “...online library universiti...” P16, P17: “...tambahkan kuota ...upload.” Persepsi Pensyarah terhadap OLL Seramai 11 orang pensyarah telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik telah diedarkan untuk mendapatkan persepsi pensyarah yang telah mengguna OLL dalam pengajaran dan pembelajaran. Jadual 5.0 menunjukkan persepsi pensyarah terhadap OLL. Jadual 5.0: Persepsi Pensyarah terhadap OLL

Bil Aspek Min SP

A Kandungan Perbincangan 4.582 0.493

B Interaksi dalam Forum 4.341 0.672

C Maklum Balas 4.386 0.611

D Strategi Motivasi 4.682 0.466

E Reka Bentuk 4.509 0.535

Keseluruhan 4.504 0.57

Secara keseluruhannya, pensyarah yang terlibat dalam kajian berpuas

hati terhadap OLL PISMP (PJJ). Antara aspek yang mendapat skor min yang tinggi adalah strategi motivasi. Skor min yang paling rendah adalah interaksi dalam forum. Antara kebaikan daripada maklum balas pensyarah terhadap OLL PISMP (PJJ):

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

88

i. Perkongsian maklumat: S3: “…membantu proses perkongsian maklumat.” S6:”Maklumat…dihantar dan dibincangkan…” S11:”Berkongsi pendapat, pandangan dan pengalaman.”

ii. Sokongan terhadap Interaksi PdP S8: “Interaksi PdP dapat…dengan baik.” S6: “Interkasi…memudahkan.” S7: “Memudahkan perbincangan…interaksi.”

Antara cabaran dalam penggunaan OLL PISMP (PJJ) oleh pensyarah:

i. Maklum Balas Pelajar: S6: “Bukan semua pelajar …memberi maklum balas.” S7: “Pelajar tidak memberi respons …” S2: “Terdapat pelajar yang kurang ambil bahagian.” S5: “Pelajar lambat memberikan respons.”

ii. Kekangan masa: S3: “Kekangan masa…” S6: “Kekangan masa untuk menjawab…”

Keengwe (2014) nyatakan kepentingan kewujudan sosial (social presence) dalam pembelajaran atas talian. Kewujudan sosial adalah perhubungan (connectedness) antara pelajar, antara pelajar dan pensyarah yang akan menyumbang kepada peningkatan pembelajaran. Antara cadangan terhadap penambaikan OLL PISMP (PJJ):

i. Memberi markah: S6: “…penglibatan OLL sebagai markah kerja kursus.” S1: “…sebahagian daripada markah penilaian kursus…” S4: “…jadikan sebahagian daripada penilaian kerja kursus…”

Evans, Cools & Charlesworth (2010) cadangkan beberapa strategi

yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam OLL:

i. Menggalakkan penyertaan sepenuh; ii. Menyediakan saluran yang berbeza untuk pembelajaran; iii. Membangunkan aktiviti mencabar yang dapat dipadankan dengan

persekitaran pembelajaran bersemuka; iv. Menggerakkan pelajar ke arah inkuiri penemuan dan pembelajaran

berasaskan pengalaman; v. Mengguna media yang baru dalam persekitaran pembelajaran yang

berbeza; vi. Menggalakkan interaksi dan penyelesaian masalah.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

89

Corak Penggunaan Pelajar

Rajah 4.0: Corak Penggunaan Pelajar PISMP (PJJ) Unit BC

Rajah 5.0: Corak Penggunaan Pelajar PISMP (PJJ) Unit PSV1

Rajah 6.0: Corak Penggunaan Pelajar PISMP (PJJ) Unit PSV2

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

90

Corak penggunaan pelajar dalam OLL menurun sedikit di penghujung pengajian. Walaupun prestasi penggunaan semakin menurun, tetapi penggunaan OLL masih dapat dikekalkan pada tahap yang memuaskan.

KESIMPULAN

Sistem pembelajaran atas talian atau OLL telah berjaya menyokong pelajar PISMP (PJJ) dalam sepanjang pengajian mereka dengan membolehkan mereka berinteraksi dengan pensyarah atau pelajar. Di samping bertukar pendapat, maklumat dan pandangan, OLL juga dapat menggalakkan pembelajaran kendiri. Strategi motivasi memainkan peranan yang penting dalam OLL. Ke dan Fedelina Chavez (2013) juga menyatakan strategi motivasi dalam pembelajaran dapat meramalkan persepsi pelajar terhadap cara pengajaran yang sesuai dan seterusnya meningkatkan kepuasan pelajar.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Hj. Mohamad, John Arul Philips, Santhi Raghavan, Wahid Razzaly. 2013, Code of Practice For Open and Distance Learning - Kod Amalan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (dual-language). Malaysian Qualifications Agency: Petaling Jaya.

Creswell, J.W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed

Method. California: Sage Publication, Inc.

Evans, C., Cools, E., & Charlesworth, Z.M. (2010). Learning in higher education – how cognitive and learning styles matter. Teaching in Higher Education, 15, 4, 469-480.

Ke, Fengfeng & Fedelina Chávez, Alicia (2013). Web-Based Teaching and

Learning Across Culture and Age. New York: Springer Science & Business Media.

Institut Pendidikan Guru Malaysia (2014). Buku Panduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian bagi Program Pensiswazahan Guru (Mod Pendidikan Jarak Jauh). Kuala Lumpur Malaysia: Pengarang

Keengwe, J. (2014). Cross-Cultural Online Learning in Higher Education and

Corporate Training. IGI Global. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan

Malalysia 2013-2015. Kuala Lumpur Malaysia: Pengarang Kok Boon Shiong (2012). Adaptive Web-Based Learning System for Students

with Different Self-Directed Learning Skills. Ph.D. Thesis. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

91

Lundin, L. L. (2014). E-Learning. Salem Press Encyclopedia. Malaysian Qualification Agency (2011). Open and Distance Learning. Kuala

Lumpur Malaysia: Pengarang.