document 2111

25
Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum Written by Pentadbir Web 1 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN AKHBAR ISU PENGGUNAAN BENZOIL PEROKSIDA DALAM TEPUNG GANDUM Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Berita Harian bertarikh 27 Oktober 2014 mengenai dakwaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menyebabkan penyakit kronik. Benzoil peroksida adalah kondisioner makanan di bawah aditif makanan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985). Ia dibenarkan di dalam tepung pada tahap tidak melebihi 50 mg/kg. Dalam hal ini, benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA). Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg. Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara Singapura, Jepun, dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ianya digunakan dalam semua makanan. KKM sentiasa memantau perkembangan isu-isu semasa serta bukti-bukti sains terkini berhubung keselamatan makanan. KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan. Ini termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sediada di bawah PPM 1985.

Upload: amri-brahim

Post on 12-Sep-2015

72 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bbn

TRANSCRIPT

Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung GandumWritten byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBARISU PENGGUNAAN BENZOIL PEROKSIDA DALAM TEPUNG GANDUMKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Berita Harian bertarikh 27 Oktober 2014 mengenai dakwaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menyebabkan penyakit kronik.Benzoil peroksida adalah kondisioner makanan di bawah aditif makanan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985). Ia dibenarkan di dalam tepung pada tahap tidak melebihi 50 mg/kg. Dalam hal ini, benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg. Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara Singapura, Jepun, dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ianya digunakan dalam semua makanan.KKM sentiasa memantau perkembangan isu-isu semasa serta bukti-bukti sains terkini berhubung keselamatan makanan. KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan. Ini termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sediada di bawah PPM 1985.Walau bagaimanapun, bukti-bukti saintifik terkini tidak menyokong dakwaan bahawa benzoil peroksida adalah berbahaya kepada kesihatan.Walau apapun, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang bolehmengancam keselamatan pengguna. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)http://fsq.moh.gov.my/.DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

28 Oktober 2014

Muat turun kenyataan akhbar (format PDF) di sini

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Friday, 17 October 2014 09:37Majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat Dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014Written byPentadbir Web 1KENYATAAN AKHBARKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMAJLIS ANUGERAH KANTIN BERSIH, SELAMAT DAN SIHATPERINGKAT KEBANGSAAN 2014PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC)2 OKTOBER 2014Pada tahun 2014, sehingga bulan Ogos sebanyak 12,122 kes kejadian keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 peratus yang melibatkan 5,256 kes disyaki akibat makanan yang disediakan di kantin atau dapur asrama sekolah. Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini kerana ia boleh menjejaskan pembelajaran pelajar sekolah.Semenjak tahun 2010, kejadian kes keracunan makanan disebabkan penyediaan makanan di kantin dan dapur asrama seluruh negara semakin meningkat. Bilangan kes keracunan makanan berpunca daripada makanan yang dijual di kantin dan dapur asrama pada tahun 2010 adalah sebanyak 3,822 kes dan telah meningkat kepada 3,959 kes pada tahun 2011, 4,305 kes pada tahun 2012 dan terus meningkat kepada 5,017 kes pada tahun 2013.Kejadian keracunan makanan sering dikaitkan dengan pengendalian makanan yang tidak bersih. Pada tahun 2013, sebanyak 16,399 kantin dan dapur asrama diperiksa dan daripada jumlah tersebut, sejumlah 246 telah diarah tutup kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Manakala sehingga Julai 2014, sebanyak 9,780 kantin dan dapur asrama diperiksa di mana sebanyak 98 telah ditutup atas kesalahan yang sama.Pertandingan Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014 dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Sebanyak 95 buah kantin yang meliputi sekolah menengah bandar, sekolah menengah luar bandar dan dewan makan asrama yang berjaya mewakili negeri masing-masing menyertai peringkat kebangsaan kali ini.Ini merupakan salah satu usaha untuk menangani kes keracunan makanan yang kerap berlaku di kalangan pelajar sekolah. Majlis Anugerah ini merupakan anugerah tahunan bagi memberikan pengiktirafan kepada kantin dan dewan makan asrama yang memenuhi tahap kebersihan dan penyediaan makanan yang bersih, selamat dan sihat.Penganjuran majlis ini dapat menjadi pemangkin semangat warga sekolah dan pengusaha kantin untuk terus mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di kantin sekolah. Diharapkan usaha ini dapat mengurangkan kejadian keracunan makanan di kalangan pelajar yang merupakan aset negara.DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAMMENTERI KESIHATAN MALAYSIA2 OKTOBER 2014

Muat turun kenyataan akhbar & keputusan pertandingan (format PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Tuesday, 23 September 2014 08:50Isu Penjualan Telur Tiruan Di Pasaran TempatanWritten byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBARISU PENJUALAN TELUR TIRUAN DI PASARAN TEMPATANKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berhubung isu penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang disebarkan melalui laman sosial kebelakangan ini. Laporan berkenaan menyatakan bahawa wujudnya penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang menyamai telur asli.KKM memandang serius berkaitan isu ini. Perbuatan menjual telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 14(1) dan 14(2), Akta Makanan 1983 dan Peraturan 171(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Seksyen 14(1) menyatakan larangan menjual apa-apa makanan yang bukan dari jenis, bahan atau kualiti bagi makanan tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Seksyen 14(2) pula melindungi pembeli yang meminta untuk membeli makanan yang mematuhi Akta ini. Peraturan 171(1) memperuntukkan definisi telur di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.Pada tahun 2011 isu yang sama juga telah ditimbulkan dengan dakwaan wujudnya telur tiruan yang mengandungi bahan-bahan kimia dengan cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning dan putih telur diperbuat dari natrium alginate, alum, gelatine, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan bahan pewarna makanan.KKM telah menjalankan siasatan berkaitan perkara ini dan mendapati tiada telur tiruan dijual di pasaran tempatan.KKM berharap orang ramai tidak perlu risau dan memohon kerjasama untuk tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman webhttp://fsq.moh.gov.myDATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIATARIKH: 22 SEPTEMBER 2014

Muat turun kenyataan akhbar (PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Sunday, 14 September 2014 12:30Isu Minyak Makan Kitar Semula di Taiwan dan Produk Makanan Yang Dicemari oleh Minyak Makan Kitar SemulaWritten byPentadbir Web 1KENYATAAN AKHBARKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAISU MINYAK MAKAN KITAR SEMULA DI TAIWAN DANPRODUK MAKANAN YANG DICEMARI OLEH MINYAK MAKAN KITAR SEMULA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum skandal minyak makan kitar semula di negara Taiwan dan produk makanan yang diperbuat menggunakan minyak makan tersebut seperti dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan dan luar negara serta laman web tertentu sejak 8 September 2014. Laporan tersebut adalah berhubung syarikat Chang Guann Co. di Taiwan yang didakwa menghasilkan minyak makan daripada minyak terpakai yang dikitar semula. Susulan itu, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Taiwan untuk mengenalpasti syarikat makanan yang menggunakan minyak makan daripada syarikat terbabit untuk menghasilkan produk mereka.Berdasarkan maklumat dariFood Safety Information of Malaysia(FoSIM), tiada pengimportan minyak makan dari syarikat Chang Guann Co. di Taiwan. Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan larangan mengimport ke atas minyak makan yang dikeluarkan oleh syarikat Chang Guann Co. di Taiwan.KKM sedang mendapat maklumat lanjut dariTaiwan Economic and Cultural Officedi Malaysia mengenai produk makanan yang diperbuat menggunakan minyak makan tersebut.Datuk Dr. Noor Hisham bin AbdullahKetua PengarahKementerian Kesihatan Malaysia12 September 2014More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Monday, 08 September 2014 12:57Kenyataan Akhbar Keselamatan dan Kebersihan Air Dari Mesin Jual Air (Water Vending Machine)Written byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKenyataan AkhbarKeselamatan Dan Kebersihan Air Dari Mesin Jual Air(Water Vending Machine)Kementerian Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa keselamatan dan kebersihan air dari mesin jual air adalah dikawal di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Peraturan 360C(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan air dari mesin jualair hendaklah mematuhi standardseperti yang ditetapkan di dalam Jadual Kedua Puluh Lima termasuk standard bakteria manakala Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menetapkankeperluan-keperluan kebersihan mesin jual air.Berhubung dengan laporan akhbar the Star bertarikh 19 Ogos 2014 bertajuk Bacteria in your drinking water iaitu mengenai air dari mesin jual air yang tercemar, 15 sampel air dari mesin jual air telah diambil dan keputusan analisis mendapati 4 sampel melanggar Peraturan 360C(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu 3 sampel dikesan mengandungi coliform melebihi had dibenarkan sementara 1 sampel dikesan mengandungiE. coli. 4 mesin air tersebut telah disita.KKM menegaskan bahawa KKM akan terus menguatkuasakan peraturan-peraturan berkenaan. Pemunya atau pengendali mesin jual air yang tidak mematuhi peraturan-peraturan berkenaan akan dikenakan tindakan perundangan termasuk penyitaan mesin jual air.DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKetua Pengarah Kesihatan MalaysiaMenteri Kesihatan Malaysia5 September 2014

Muat turun (PDF): Kenyataan Akhbar Keselamatan dan Kebersihan Air Dari Mesin Jual Air (Water Vending Machine)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Saturday, 24 May 2014 10:48Kenyataan Akhbar Pengesanan DNA Porcine Dalam Coklat Susu Dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy MilkWritten byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBAR KE-2PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL CADBURY DAIRY MILKKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan tindakan selanjutnya berhubung isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnutdengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam -Cadbury Dairy Milk Roast Almonddengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015 yang dilaporkan sebelum ini.Dalam hal ini KKM ingin memaklumkan bahawa semua urusan yang berkaitan dengan pensijilan halal akan terus dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Manakala KKM akan terus menjalankan pemantauan berdasarkan kepada kuasa di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya. Label makanan amat penting kepada pengguna kerana ia membolehkan pengguna membuat pemilihan makanan yang bermaklumat.Peruntukan pelabelan yang berkaitan dengan perkara tersebut di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah seperti berikut: Peraturan 11(1)(c) menghendaki produk makanan yang mengandungi daging lembu atau daging babi atau terbitannya dilabel dalam bentuk seperti MENGANDUNGI (nyatakan sama ada daging lembu atau daging babi atau terbitannya atau lemak babi atau mengikut mana yang berkenaan); Peraturan 11(1)(f) menghendaki nama biasa haiwan dilabel jika makanan tersebut mengandungi minyak makan atau lemak makan dari haiwan; dan Peraturan 11(3) memerlukan nama biasa haiwan dilabel jika ramuan makanan atau aditif makanan adalah dari sumber haiwan.KKM ingin menggesa pihak industri dan juga pengimport supaya bertanggungjawab untuk memastikan semua produk keluaran dan yang diimport mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.KKM akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pematuhan standard makanan dan pelabelan serta kebersihan makanan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.Dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk membaca label makanan supaya dapat membuat pilihan yang bermaklumat. Sekiranya orang awam mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakannya kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)http://fsq.moh.gov.myatauwww.facebook.com/bkkmhq.DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAMMENTERI KESIHATAN MALAYSIA26 Mei 2014

Muat turun kenyataan akhbar di sini (format PDF) - KA Kedua 26/05/2014

Muat turun kenyataan akhbar di sini (format PDF) - KA Pertama 24/05/2014

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Tuesday, 15 April 2014 09:32Isu Penarikan Balik Rice Porridge With Abalone Dari Korea Yang Dipercayai Dicemari Dengan Bakteria Clostridium botulinumWritten byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBARISU PENARIKAN BALIK RICE PORRIDGE WITH ABALONE DARI KOREA YANG DIPERCAYAI DICEMARI DENGAN BAKTERIACLOSTRIDIUM BOTULINUMKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan daripada laman sesawangCanadian Food Inspection Agency(CFIA) pada 3 April 2014 berkaitanRice Porridge with Abaloneberjenama Yangban keluaran syarikat Dongwon Industries Co., Ltd., Korea yang dipercayai dicemari bakteriaClostridium botulinum. Produk tersebut adalah produkRice Porridgewith Abalone(288 grams) dengan kod lot: 2015-01-24. Akibat daripada itu, pihak berkuasa Kanada dan Singapura telah menarik balik kesemua produk terlibat dari pasaran negara tersebut.Clostridium botulinummerupakan sejenis mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan demam dan kesakitan abdomen. Ia boleh menyebabkan kematian khususnya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti bayi, orang tua atau orang yang mempunyai sistem imuniti yang rendah.Melalui data import dari tahun 2013 sehingga kini yang diperolehi melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia-FoSIM), produkRice Porridge with Abaloneyang terlibat di dalam isu ini tiada diimport ke negara ini.Sebagai langkah berjaga-jaga, berkuatkuasa 10 April 2014, KKM mengenakan Pemeriksaan Tahap Lima (5) Tahan, Uji dan Lepas terhadap produkRice Porridge with Abaloneyang terlibat di dalam isu ini sekiranya diimport.Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.Sehubungan itu, pengguna tidak perlu khuatir kerana KKM sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan kepada KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)http://fsq.moh.gov.my.DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKetua Pengarah KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia15 April 2014

Muat turun kenyataan akhbar di sini (format PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2014Be the first to comment!Read more...Monday, 16 December 2013 14:54Isu Akrolein Dalam Minyak Masak TerpakaiWritten byPentadbir Web 1Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan yang disiarkan dalam akhbar KOSMO bertarikh 13 Disember 2013 bertajuk Tiga Kali Guna Jadi Racun: Pakar pemakanan ingatkan pengguna mengenai bahaya racun akrolein dalam minyak masak terpakai. Laporan tersebut mendakwa penggunaan minyak masak yang sama melebihi tiga (3) kali boleh memudaratkan kesihatan. KKM amat peka dan prihatin terhadap isu keselamatan makanan yang boleh mengancam kesihatan pengguna.Acrolein adalah cecair tidak berwarna dengan bau terbakar dan menusuk hidung. Ia dihasilkan dari perindustrian propylene dan digunakan sebagai racun perosak mengawal alga, rumpai, bakteria, dan moluska serta digunakan untuk membuat bahan kimia lain. Selain daripada itu, ia juga boleh terbentuk pada kadar yang sangat rendah semasa pemanasan minyak pada suhu tinggi.Pendedahan kepada acrolein kebanyakannya berlaku melalui pernafasan (inhalation) contohnya asap rokok dan ekzos kereta. Acrolein boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit, mata, dan rongga hidung, tekak serta boleh merosakkan paru-paru. MenurutInternational Agency for Research on Cancer(IARC), acrolein tidak dapat diklasifikasi sebagai karsinogen pada manusia kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan acrolein bersifat karsinogenik.Sehingga kini, tiada sebarang standard yang ditetapkan bagi tempoh ideal atau kekerapan menggunakan minyak masak sebelum ia perlu dibuang kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah jenis makanan, kandungan air dalam makanan, kekerapan penggorengan dan suhu menggoreng. Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak masak baru jika berlaku perkara berikut :1) Warna minyak masak menjadi perang pekat.2) Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat.3) Minyak masak berbau tengik.4) Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan.KKM telah menyediakan panduan kepada pengguna bagi membezakan kualiti minyak masak berdasarkan kepada perubahan warna selepas digunakan berulang kali dan cara pengendalian yang betul bagi meningkatkan jangka hayat minyak masak yang boleh diperolehi melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaituhttp://fsq.moh.gov.mydan Portal MyHealthhttp://www.myhealth.gov.myYBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin AbdullahKetua Pengarah KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia

16 Disember 2013

Muat turun kenyataan akhbar (format PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be the first to comment!Read more...Saturday, 09 November 2013 15:27Isu Pengadukan Minyak Masak (Edible Oil) dan Mi Segera Dengan Sodium Copper Chlorophyllin di TaiwanWritten byPentadbir Web 1Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan daripada akhbar tempatan dan beberapa laman sesawang antarabangsa mengenai isu penggunaan sodium copper chlorophyllin terhadap minyak masak (edible oil) dan mi segera yang berlaku di negara Taiwan seperti berikut: Isu minyak masak (edible oil) yang diadukkan dengan bahan pewarna copper chlorophyllin oleh syarikat Chang Chi Foodstuff Factory Co., Taiwan (http://focustaiwan.tw/bertarikh 21 Oktober 2013 yang bertajuk "Investigation into adulterated oil scandal continues"); Isu mi segera jenama Master Kong yang dikatakan mengandungi bahan aditif tersebut yang dilarang penggunaannya di dalam mi segera di China (akhbar The Sun bertarikh 8 November 2013 yang bertajuk "Taiwan tycoon grilled over cooking oil scandal" beserta akhbar Malay Mail bertarikh yang sama bertajuk "Company quizzed in Taiwan food scandal"); dan Isu penggunaan sodium copper chlorophyllin yang dikesan di dalam mi segera keluaran Syarikat Sing-Lin Food Corp., Taiwan (http://www.chinapost.com.twbertarikh 8 November 2013 yang bertajuk "Sing-Lin Foods Corp. fined over tainted noodles" danhttp://focustaiwan.twbertarikh 6 November 2013 yang bertajuk "Dry noodle producer Sing-Lin recalls products for illegal additive").Sodium copper chlorophyllin adalah merupakan bahan terbitan chlorophyll yang digunakan sebagai pewarna dalam makanan.Codex Alimentarius Commission, iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawahJoint FAO/WHO Food Standards Programmemembenarkan penggunaannya dalam pelbagai jenis makanan kecuali minyak masak. Walau bagaimanapun, pada masa ini, penambahan bahan pewarna tersebut di dalam makanan adalah tidak dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.Seksyen 13(B), Akta Makanan 1983 memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan. Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.Melalui data import dari tahun 2012 sehingga kini yang diperolehi melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia-FoSIM), tiada pengimportan minyak masak (edible oil) dari Syarikat Chang Chi Foodstuff Factory Co., Taiwan, mi segera jenama Master Kong serta mi segera keluaran Syarikat Sing-Lin Food Corp., Taiwan ke negara ini. Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan akan meneruskan pemantauan ke atas pengimportan produk-produk tersebut di setiap pintu masuk negara.Kementerian Kesihatan berharap dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu bimbang kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin. Sekiranya pengguna merasa was-was dengan status keselamatan sesuatu produk makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman webhttp://fsq.moh.gov.my.

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin AbdullahKetua Pengarah KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia8 November 2013.

Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be the first to comment!Read more...Thursday, 31 October 2013 11:54Isu Minyak Masak Terpakai Di PasaranWritten byPentadbir Web 1KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKENYATAAN AKHBARISU MINYAK MASAK TERPAKAI DI PASARAN

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan berhubung minyak masak terpakai di pasaran yang disiarkan oleh akhbar The Star bertarikh 29 Oktober 2013, Utusan Malaysia dan Berita Harian bertarikh 31 Oktober 2013. Laporan tersebut menyatakan bahawa terdapat minyak masak terpakai yang diproses semula untuk tujuan penjualan.Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak terpakai yang diproses semula adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983. Mana-mana orang yang didapati mengimport, mengilang dan menjual minyak masak terpakai yang diproses semula yang boleh memudaratkan kesihatan, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 10 tahun atau kedua-duanya.Berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983, Kementerian Kesihatan telah menjalankan siasatan dan hasil daripada siasatan yang telah dijalankan mendapati sebanyak 149 premis repacker telah diperiksa dan tiada bukti premis-premis tersebut ada memproses atau membungkus minyak masak terpakai. Selain itu, pemeriksaan ke atas 305 premis makanan juga telah mendapati semua premis tersebut menggunakan minyak masak yang mempunyai label.Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak terpakai yang diproses semula termasuk alamat premis yang terlibat agar menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau terus menelefon 03-88833558 atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaituhttp://fsq.moh.gov.my.

Datuk Dr. Noor Hisham bin AbdullahKetua Pengarah KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia31 Oktober 2013

Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be the first to comment!Read more...Thursday, 17 October 2013 08:59Isu Penjualan Makanan Melepasi Tarikh LuputWritten byPentadbir Web 1Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan oleh pelbagai akhbar tempatan pada 11 Oktober 2013 berhubung hasil pemantauan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) di tiga (3) buah pasaraya yang mendapati 75 makanan yang telah melepasi tarikh luput masih dijual di pasaraya tersebut.Peraturan 14(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menetapkan bahawa hanya makanan yang disenaraikan di dalam Jadual Kelima peraturan tersebut perlu mempunyai penandaan tarikh luput pada labelnya. Manakala Peraturan 14(9) di bawah peraturan yang sama melarang pengimportan, penyediaan untuk jualan atau penjualan apa-apa makanan yang telah melepasi tarikh luput. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebih RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun atau kedua-duanya.Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan operasi rampasan makanan bagi kesalahan dari segi keadaan bungkusan dan pelabelan, termasuk tarikh luput. Sepanjang tempoh di antara 2010 hingga 2012, makanan bernilai RM4,699,110.39 telah dirampas di seluruh negara atas pelbagai kesalahan, termasuk kesalahan melibatkan makanan yang telah melepasi tarikh luput. Kementerian Kesihatan akan terus meningkatkan operasi tersebut dari semasa ke semasa untuk memastikan peniaga tidak menjual makanan yang telah melepasi tarikh luput.Di samping itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar sentiasa meneliti label pada pembungkus makanan sebelum membeli sesuatu makanan agar tidak terbeli makanan yang telah melepasi tarikh luput. Orang ramai juga boleh membuat aduan ke atas mana-mana premis runcit yang menjual makanan yang telah melepasi tarikh luput di Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)http://fsq.moh.gov.my

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

16 Oktober 2013

Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be the first to comment!Read more...Saturday, 12 October 2013 00:17Kenyataan Akhbar Berkaitan Artikel 'Unhealthy Food Sold At School Canteens' di Akhbar The StarWritten byPentadbir Web 1MINISTRY OF HEALTH

TO THE EDITOR, THE STARTOPIC : Unhealthy Food Sold At School CanteensDATE : 11 OCTOBER 2013The Ministry of Health would like to refer to the article entitled: Unhealthy Food Sold At School Canteens by Mr. Stitch Lee Heng Wah, published on 11 October 2013 on page 49. He expressed his concern over the unhygienic condition of school canteens. First of all, the Ministry of Health would like to thank him for bringing up the issue to our attention.The Ministry of Health is similarly very concerned with the hygiene condition of food premises, including school canteens in the country. Section 11 of the Food Act 1983 provides that food premises which are unhygienic could be ordered to close immediately for a period not exceeding 14 days. If the operator of the food premises fails to comply with the order, the operator commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding 5 years or to a fine or to both.The Ministry of Health will step up the inspection of school canteens nationwide. The Food Hygiene Regulations 2009 outlines general requirements for food premises including school canteens, and it is the responsibility of the proprietor, owner or occupier of food premises, to adhere to these requirements. The Ministry of Health had inspected a total of 9,125 and 8,288 school canteens in 2011 and 2012 respectively. Consequently, a total of 190 (2.1%) and 112 (1.4%) school canteens were ordered to close in 2011 and 2012 respectively under Section 11 of the Food Act 1983 due to their poor hygiene conditions. From January until July 2013, a total of 7,229 school canteens were inspected of which 99 (1.4%) of them were ordered to close.The public is also advised to report to the nearest District Health Office or State Health Department or through the Food Safety and Quality Division website athttp://fsq.moh.gov.myif they notice any unhygienic food premises or unhygienic food handling practices so that immediate action could be undertaken.Datuk Noor Hisham AbdullahDirector General of Health Malaysia11 October 2013

Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be the first to comment!Read more...Tuesday, 08 October 2013 21:58Isu Bekalan Ayam Di Utara Semenanjung Malaysia Dicemari Virus BerbahayaWritten byPentadbir Web 1Kementerian Kesihatan mengambil maklum berita berhubung amaran daripada Kementerian Kesihatan supaya orang ramai mengelakkan pengambilan ayam di kawasan utara semenanjung Malaysia kerana disyaki ayam yang diimport dari Thailand mengandungi virus yang boleh menyebabkan kematian. Maklumat yang dikatakan dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Parit Buntar ini juga dikaitkan dengan beberapa siri kejadian keracunan makanan di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan amaran berhubung perkara tersebut.Berkaitan kejadian keracunan makanan semasa majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah didapati keracunan makanan berpunca daripada hidangan ayam masak merah dicemari dengan kumanSalmonella paratyphi B, Java variant.Bagi keracunan makanan di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak dan Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang perkara tersebut masih dalam siasatan.Di antara penyebab bagi ketiga-tiga episod keracunan makanan tersebut ialah:i. Ayam tidak dimasak dengan sempurna (undercooked).ii. Ayam yang telah digoreng dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik.iii. Suhu penyimpanan ayam mentah adalah tidak betul.Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan produk makanan yang terdapat di pasaran tempatan,pengguna boleh membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)http://fsq.moh.gov.my. Datuk Dr. Noor Hisham AbdullahKetua Pengarah Kesihatan MalaysiaKementerian Kesihatan Malaysia8 Oktober 2013

Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be the first to comment!Read more...Wednesday, 02 October 2013 16:24Isu Penggunaan Pewarna Aniline Dalam AyamWritten byPentadbir Web 1Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan oleh akhbarthe STARpada 24 September 2013 di bawah tajukKampung chickens may be fake dan Dangerous yellow chicken.Laporan tersebut menyiarkan dakwaan peniaga ayam bahawa terdapat segelintir peniaga ayam yang tidak bertanggungjawab yang mencelup daging ayam ternak ke dalam cairan pewarna kuning agar menyerupai ayam kampung untuk menipu pengguna. Peniaga tersebut juga mengesyaki bahawa pewarna digunakan untuk mewarna daging ayam tersebut adalah aniline yang biasanya digunakan untuk mewarnakan barangan kulit dan kayu.Penggunaan aniline sebagai pewarna dalam makanan adalah dilarang di bawa Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya.Di samping itu, penambahan bahan pewarna yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 juga tidak dibenarkan di dalam daging ayam dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 13B(2)(d), Akta Makanan 1983, dan jika disabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan ke atas dakwaan tersebut. Setakat ini, keputusan analisis ke atas sampel daging ayam menunjukkan bahawa satu (1) sampel dikesan mengandungi bahan pewarna Tartrazine dan dua (2) sampel dikesan mengandungi bahan pewarna Tartrazine dan Sunset Yellow FCF. Tindakan sewajarnya akan diambil ke atas peniaga terbabit.Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)http://fsq.moh.gov.my.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

27 September 2013

Muat-turun kenyataan akhbar (format PDF)

More Sharing ServicesPublished inArkib Kenyataan Akhbar 2013Be the first to comment!Read more...Thursday, 05 September 2013 00:00Majlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih Peringkat Kebangsaan 2012 Pada 5 September 2013Written byPentadbir Web 1Kenyataan AkhbarMenteri Kesihatan MalaysiaMajlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih Peringkat Kebangsaan 2012Hotel Marriott Putrajaya5 September 2013 (Khamis)Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius mengenai kejadian kes keracunan makanan di sekolah kerana ia boleh menjejaskan pembelajaran pelajar sekolah. Kejadian keracunan makanan boleh dielakkan sekiranya pihak pengendali makanan di kantin dan dewan makan sekolah serta guru sekolah sama-sama memberi komitmen sepenuhnya bagi memastikan makanan yang dihidang di kantin sekolah adalah bersih dan selamat.Pada tahun 2012, sebanyak 454 episod keracunan makanan telah dilaporkan di seluruh negara. Daripada bilangan tersebut sebanyak 115 episod atau 25% episod disyaki akibat makanan yang disediakan di kantin atau dapur asrama sekolah. Jumlah episod ini telah menurun sebanyak 31 episod (21.2%) iaitu dari 146 episod pada 2011 kepada 115 episod pada tahun 2012. Seramai 4,117 orang pelajar telah terlibat dan ini merupakan 11% daripada sejumlah 37,601 orang pelajar yang terdedah. Daripada 115 episod keracunan makanan yang berlaku di sekolah, 46 episod atau 40%, melibatkan makanan yang disediakan di dapur kantin sekolah manakala 69 episod atau 60% berpunca daripada makanan yang disediakan di dapur dewan makan sekolah. Penyiasatan kejadian keracunan makanan di sekolah pada tahun 2012 menunjukkan menu utama yang dikenalpasti menjadi punca keracunan makanan ialah 27 (23.5%) menu berasaskan nasi seperti nasi lemak dan nasi ayam, 23(20%) disebabkan menu berasaskan ayam, 65 (56.5%) menu lain seperti mee goreng, ikan masak sambal dan kari daging.Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Bahagian Pemakanan akan terus mempertingkatkan pemeriksaan ke atas kebersihan kantin-kantin sekolah dengan memberi penekanan kepada komponen bersih, selamat dan sihat. Pemeriksaan terhadap tahap kebersihan kantin sekolah dan penyediaan makanan dilaksanakan selaras dengan keperluan-keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Pada tahun 2012, sebanyak 8,288 kantin sekolah telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, sejumlah 112 (1.4%) kantin sekolah telah diarah tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Manakala sehingga Jun 2103, sebanyak 7,224 kantin sekolah telah diperiksa di mana sebanyak 98 (1.4%) daripadanya telah ditutup atas kesalahan yang sama.Pertandingan Kantin Sekolah Bersih Peringkat Kebangsaan 2012 telah diadakan sebagai salah satu usaha untuk menangani kes keracunan makanan yang kerap berlaku di kalangan pelajar sekolah dan juga bagi melengkapkan promosi keselamatan makanan dalam memastikan keselamatan makanan yang dijual di kantin sekolah. Pertandingan ini memberi pengiktirafan kepada kantin sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan yang telah mengambil inisiatif bagi mengekalkan kebersihan kantin sekolah.Majlis hari ini disusuli dengan Seminar dan Pameran Keselamatan Makanan di sekolah dan aktiviti lain yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti kawalan penyakit, kesihatan gigi dan pemakanan sihat.Pelaksanaan aktiviti promosi keselamatan makanan secara menyeluruh akan dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan keselamatan makanan kepada semua individu. Usaha ini perlu mendapat sokongan daripada semua pihak supaya perubahan tingkah laku positif tercapai dan berterusan dalam mengurangkan kejadian keracunan makanan.DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAMMENTERI KESIHATAN MALAYSIA5 SEPTEMBER 2013