new microsoft office word document

61
makan 5 biji setiap 4 jam,dikunyah,itu adalah cara terbaik. 1. 15 min sebelum memakan biji aprikot ini hendaklah memakan sepotong buah betik atau nenas bagi pesakit yang mengalami luka dalam tubuh. 2. Cuci biji aprikot dengan air garam. 3. Ramuan diatas jangan dicampur dengan gula. 4. Bagi penderita kanser jangan memakan nasi sebelum jam 12 tengahari kerana ia akan bertukar menjadi gula dan ph5 yang sesuai untuk kanser merebak. 5. Simpan biji aprikot didalam peti sejuk, ia akan bertahan sehingga setahun. 6. Jangan memakan biji aprikot dengan buah badam. 6.jangan minum minuman bergula selepas memakan apricot,paling kurang 1 jam Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu. PERINGATAN DAN AMARAN Anda perlu menggunakan Biji Apricot raw yang telah di nyah affsla toxin atau di sebut "organik asenik". Biji Apricot Organik adalah Apricot 1st yang terbaik, contoh "Apricot Affsla free toxsin" adalah Apricot yang di gunakan dalam rawatan Kanser, bukan Apricot yang di gunakan dalam ramuan kosmetik. Biji Apricot merupakan bahan asas rawatan untuk merawat segala jenis kanser Anda jangan tersalah pilih jenis Apricot untuk rawatan dengan Apricot untuk membuat kueh.

Upload: ahmad-hamdi-norajijah

Post on 03-Jul-2015

179 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: New Microsoft Office Word Document

makan 5 biji setiap 4 jam,dikunyah,itu adalah cara terbaik.

1. 15 min sebelum memakan biji aprikot ini hendaklah memakan sepotong buah betik atau nenas bagi pesakit yang mengalami luka dalam tubuh.2. Cuci biji aprikot dengan air garam.3. Ramuan diatas jangan dicampur dengan gula.4. Bagi penderita kanser jangan memakan nasi sebelum jam 12 tengahari kerana ia akan bertukar menjadi gula dan ph5 yang sesuai untuk kanser merebak.5. Simpan biji aprikot didalam peti sejuk, ia akan bertahan sehingga setahun.6. Jangan memakan biji aprikot dengan buah badam.

6.jangan minum minuman bergula selepas memakan apricot,paling kurang 1 jam

Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.

PERINGATAN DAN AMARAN

Anda perlu menggunakan Biji Apricot raw yang telah di nyah affsla toxin atau di sebut "organik asenik". Biji Apricot Organik adalah Apricot 1st yang terbaik, contoh "Apricot Affsla free toxsin" adalah Apricot yang di gunakan dalam rawatan Kanser, bukan Apricot yang di gunakan dalam ramuan kosmetik.

Biji Apricot merupakan bahan asas rawatan untuk merawat segala jenis kanserAnda jangan tersalah pilih jenis Apricot untuk rawatan dengan Apricot untuk membuat kueh.

------------------------------------------------------------

--TIDAK SESUAI BAGI WANITA YANG HAMIL--

ANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4-PROSA KLASIK PROSA KLASIK

1. PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA2. HIKAYAT INDERA NATA3. MERAH SILU

Page 2: New Microsoft Office Word Document

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWAsinopsis penuh hikayat awang sulung merah muda dimuat turun daripada http://bicarasastera.blogspot.com

1. PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

Bagi memahami kisah di dalam teks ini para pelajar perlu tahu kisah hidup Awang Sulung Merah Muda sebelum dilahirkan sehingga dia berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Memandangkan permulaan jalan cerita diambil daripada pertengahan jalan cerita teks asal iaitu “HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA” , maka wujud beberapa kekeliruan tentang kisah-kisah yang terdapat di dalam teks Antologi Harga Remaja.

Sehubungan dengan perkara di atas, dijelaskan serba sedikit tentang Awang Sulung Merah Muda berdasarkan teks asal cerita ini.

Kisah bermula di negeri Pati Talak TerengganuBAB 11.Pemerintahnya Si Helang Mawai mangkat dan diganti oleh suami kepada Uli Pati Talak Terengganu.

2. Anak Si Helang Mawai bernama Tuan Puteri Si Helang Bakau berkahwin dengan Tuanku Si Helang Laut yang tidak mempunyai negeri , ( bukan pemerintah mana-mana negeri).

3. Tuanku Si Helang Laut dan Tuan Puteri Si Helang Bakau belayar ke Bandar Mengkaleh.

4. Sementara itu, Datuk Batin Alam meminang Uli EAmak Si Anjing dan mereka berkahwin.

5. Ketika Tuan Puteri Si Helang Bakau dan Tuanku Si Helang Laut belayar dan samapi di tengah lautan Tanjung Jati, mereka berkaul dan berniat untuk mendapatkan seorang anak.

6. Ketika Tuan Puteri Si Helang Bakau mengandung, baginda mengidamkan seekor pelanduk jantan putih yang mengandung dan nikan terubuk jantan yang mengarang telur.

7. Akhirnya , Tuan Puteri Si Helang Bakau melahirkan seorang putera diberi nama AWANG SULUNG MERAH MUDA.

BAB 2Tuan Puteri Si Helang Bakau mangkat dan dimakamkan mengikut adat Diraja.Tuanku Si Helang Laut juga mangkat dan dimakamkan berdekatan makam isterinya.

BAB 3Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjing memelihara Awang Sulung dan dijadikan anak angkat.Datuk Batin Alam menghantar Awang Sulung dan anaknya Puteri Dayang Nuramah belajar

Page 3: New Microsoft Office Word Document

Al-Quran dan MerawiDatuk Batin Alam menghantar Awang Sulung belajar ilmu Mantik dan Nahu.Datuk Batin Alam mengajar Awang Sulung ilmu silat dan ilmu Kebal.Datuk Batin Alam mengupah orang untuk mengasah gigi Awang SulungAwang Sulung berkhatan mengikut adat Istiadat DirajaUli Emak Si Anjing belayar ke tanah Pati Talak Terengganu mengambil upah mangandamDatuk Batin Alam mendesak Awang Sulung membayar balik wang yang digunakan untuk upah mengasah gigiDatuk Batin Alam menyiksa Awang Sulung dengan menyuruhnya melakukan berbagai-bagai kerjaDatuk Batin Alam menyuruh Awang Sulung membuat pagar sasak dan sebuah kakappanjang tujuh depa sehastaAwang Sulung masuk ke hutan meminta pertolongan kepada Tukang dari kayangan untuk membuat kakapDatuk Batin menikam Awang Sulung dan berlaku pertikaman senjata antara kedua-duanya.Tuan Puteri Dayang Nuramah mendesak Awang Sulung lari meninggalkan Datuk Batin.Awang Sulung keluar mengembara dan meninggalkan Datuk Batin Alam dan Puteri Dayang Nuramah.

BAB 4Awang Sulung pergi ke rumah emak saudaranya untuk meminta pertolongan tetapi dihalau.Tuan puteri Dayang Seri Jawa dari Tanah Semarang Jawa belayar ke Bandar Mengkaleh untuk melihat Awang Sulung dengan menaiki Geliung Panjang.Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tunang kepada Raja Mambang Saujana.Awang Sulung menyamar sebagai budak sakai atau budak hitam.

BAB 5Awang Sulung masuk ke geliung milik raja dari negeri Semarang Tanah Jawa.Awang Sulung meminta pertolong kepada Tuanku Nahkoda Tua untuk membayar hutang mengasah gigi kepada Datuk Batin Alam tetapi ia dihalau.Tuan Puteri Seri Jawa memberi pinjaman wang kepada Awang Sulung, kemudian Awang Sulung berjanji menjadi hamba kepada tuan puteriAwang Sulung kembali ke istana Datuk Batin Alam dan melunaskan hutangnya.

BAB 6Uli Emak Si Anjing kembali ke negeri Bandar Mengkaleh hendak melihat anaknya.Uli Emak Si Anjing mengetahui Awang Sulung disiksa oleh suaminya Datuk Batin Alam.Tuan Puteri Dayang Nuramah menyerang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kerana merebut Awang Sulung.Awang Sulung meleraikan peperangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.Awang Sulung balik semula ke Bandar Mengkaleh dan berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Nuramah.

BAB 71. Awang Sulung menyelamatkan geliung panjang daripada serangan perompak-perompak yang diketuai oleh Panglima Helang Laut.2. Tuanku Nahkoda Tua dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengetahui identiti sebenar Budak Hitam iaitu Awang Sulung.

Page 4: New Microsoft Office Word Document

3. Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan meneruskan pelayaran hingga sampai ke negeri Pati Talak Terengganu.

BAB 8Awang Sulung mengetahui Uli Pati Talak Terengganu adalah Ibu Saudaranya.Awang Sulung mempelajari adat-adat di Gelanggang semasa berada di Negeri Pati Talak Terengganu.Awang Sulung menang bersabung ayam kerana menyeru tuah ayam sabungannya yang bernama Kinantan[15] suci.

BAB 9Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Pinang Masak.Tuan Puteri Dayang Seri Jawa melakukan tipu helah agar Awang Sulung Balik ke Geliung.BAB 10Awang Sulung meneruskan pelayarannya dengan Tuan Puteri Jawa hingga sampai ke Negeri Pasir Panjang.Awang Sulung bertemu Ibu saudaranya Uli Emak Hitam Pasir Panjang.Awang Sulung bertemu dengan Tuan Puteri Mayang Mengurai kemudian mereka kahwin.

BAB 11Tuan Puteri Dayang Seri Jawa melakukan tipu helah agar Awang Sulung Balik ke Geliung dan meneruskan pelayaran mereka ke Tanah Semarang Jawa.Awang Sulung bertemu dengan tunang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa iaitu Tuanku Mambang Saujana.Awang Sulung berperang dengan Tuanku Mambang Saujana dan berjaya menewaskan dengan memanggal leher Tuanku Mambang SaujanaAwang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berarak diseluruh tanah Semerang Jawa meraikan perkahwinannya dan kemenangannya.Awang Sulung berulang-alik menemui keempat-empat isterinya.

GLOSARIi. BBerkaul: bernazar, berjanji hendak melakukan sesuatu apabila cita-cita atau hajat tercapai

ii. Merawi : Bercerita

iii. Mantik : Cara berfikir yang hanya berdasarkan fikiran belaka

iv. .Mengasah gigi di sini bertujuan untuk menambah Seri Wajah Awang Sulung Merah Muda

v.Pagar Sasak : pagar dari bilah bambo yang dianyam.

vi. Kakap : Perahu yang sempit dan rendah

vii. Geliung :sebuah Kapal bahtera yang besar dan panjang yang digunakan untuk belayar.

viii. Kinantan : Ayam yang bulunya putih belaka.

Page 5: New Microsoft Office Word Document

_________________________________________________________________________

DIPETIK DAN DIUBAH SUAI DARIPADA “ BICARASASTERA.BLOGSPOT.COM”

SINOPSIS BERDASARKAN ANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

1.Geliung panjang meluncur sangat laju meredah lautan2. Oleh sebab terlalu laju semua anak kapal muntah-muntah dan mabuk kapal.3. Hanya Tuan Puteri Seri Jawa, Si Kembang Cina dan Awang Sulumg Merah Muda ( budak hitam ) yang tidak mabuk.4. Tuan Puteri Seri Jawa menjadi jurumudi.5. Akhirnya baginda kepenatan dan meminta Si Kembang Cina memanggil budak hitam untuk mengemudi kapal.6. Awang Sulung Merah Muda tidak mahu , Si Kembang Cina disuruh memujuk sekali lagi dengan bahasa yang lemah lembut.7. Awang Sulung Merah Muda memberi isyarat bahawa dia lapar .8. Maka, sebelum dia mengemudi kapal , dia diberi makan oleh Si Kembang Cina.9. Awang Sulung Merah Muda mengambil alih tugas mengemudi kapal tanpa memegang kemudi kapal.10. Awang Sulung Merah Muda hanya berkata-kata kepada beliung agar belayar mengikut arah tiupan angin.11. Tuan Puteri Seri Jawa sebenarnya tidak mahu berehat sebaliknya mahu duduk berdua-duaan dengan Awang Sulung Merah Muda.12. Tuan Puteri Seri Jawa jatuh cinta akan Awang Sulung Merah Muda.13. Setelah tiga hari belayar, geliung sampai ke Pulau Tapai.14. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung Merah Muda , berlabuh di pulau itu untuk mengambil bekalan kayu dan air yang sudah habis.15. Tetapi gelombang masih sangat besar dan geliung gagal unruk rapat ke tepi pulau.16. Awang Sulung Merah Muda segera masuk ke petak jubungnya untuk mengambil bungkusan tulang pelanduk putih.17. Bungkusan tersebut diikat dengan benang pancar warna.18. Bungkusan tersebut dicampakkan oleh Awang Sulung Merah Muda ke laut.19. Seketika kemudian, gelobmang besar menjadi reda dan geliung Berjaya rapat ke tepi pulau.20. Setelah beberapa lama berlabuh, anak-anak kapal mulai sedar dari mabuk.21. Sesetengah terpinga-pinga dan tertanya-tanya tentang temapat mereka berada sekarang.22. Namun begitu, keadaan ini diambil oleh jurumudi kapal , beliau menikam seekor ayam dengan kerisnya dan keris tersebut ditunjuk olehnya kepada Tuanku Nakhoda Tua.23. Jurumudi mengaku bahawa dia yang menyelamatkan geliung daripada amukan Puteri Dayang Nuramah.24. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk dan masih terpinga-pinga berfikir bahawa jurumudi berkata benar kerana pada masa itu baginda pengsan.25. Geliung berlabuh selama tiaga hari.26.Semua anak kapal bergembira27. Pada masa itu, Tuanku Nakhoda Tua berjanji, kepada sesiapa yang dapat melindungi geliung daripada serangan lanun sehingga mereka sampai ke Tanah Jawa, baginda akan

Page 6: New Microsoft Office Word Document

mengahwinkan anaknya Tuan Puteri Seri Jawa dengan orang tersebut.28. Jurumudi mengatakan kesanggupannya mempertahankan geliung daripda seranga lanun.29. Tuanku Nakhoda Tua meminta jurumudi nbersabar kerana mereka masih dalam pelayaran dan belum terlepas dari bahaya besar kerana di lautan yang akan dilalui terdpat ramai bajak laut.30. Ketika , anak-anak kapal ,lain sibuk mengangkat kayu dan mencari air, jurumudi terpandang Awang Sulung Merah Muda yang tidak berbuat apa-apa kerja dan mengadu kepada Tuan Puteri Seri Jawa.31. Tuan Puteri Seri Jawa berasa sangat marah akan jurumudi dan memebri peringatan kepda jurumudi bahawa, geliung, nasi dan air bukan kepunyaan jurumudi.32. Dalam pada itu, Tuan Puteri Seri Jawa ingin menguji kehebatan ilmu Awang Sulung Merah Muda.33. Disuruh Awang Sulung Merah Muda mencari air dengan buyung suasa.34. Awang Sulung Merah Muda melakukan tindakan yang bertentangan dengan anak-anak kapal yang lain.35 Dia mencari air di tengah laut di tempat arus yang paling deras.36. Awang Sulung Merah Muda diuji lagi , diberi sebilah parang dan disuruh mencari kayu.37. Dia mencari kayu nipah sedangkan orang lain mencari kayu bakau.38. Kelakuan Awang Sulung Merah Muda dikritik oleh jurumudi.39.Ketiaka kenduri diadakan di atas geliung, jurumudi memerintah SiKembang Cina memebri Awang Sulung Merah Muda makan di dalam tempurung berbulu.40. Tindakan tersebut menaikkan kemarahan Tuan Puteri Seri Jawa.41. Tuan Puteri Seri Jawa memerintahkan Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa dengan talam beralaskan kain kuning.43. Pada masa itu, Si Kembang Cina diperintah membawa buyung suasa berisi air masin yang diambil oleh Awang Sulung Merah Muda.44. Dirasanya air tersebut; air masin bertukar rasa manis seperti serbat.45. Disuruh Si Kembang CIna merasai air tesebut ; kehairanan melihat keadaan tersebut.46. Tuan Puteri Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina dan memintanya agar berhat-hati apabila bercakap.

PELAYARAN DIMULAKAN SETELAH BERLABUH DI PULAU TAPAI

47. Tuanku Nakhoda Tua memberi peringatan kepada anak-anak kapal bahawa mereka akan melalui Laut Sekona Lingga yang dipenuhi bajak laut.48. Baginda mengulangi lagi janjinya akan mmengahwinkan Tuan Puteri Seri Jawa dengan sesiapa yang Berjaya menyelamatkan geliung tersebut daripada bajak-bajak laut tersebut.49. Semua anak kapal terdiam dan takut tetapi jurumudi member jaminan bahawa dia akan melawan bajak laut tersebut.

MEREKA MELINTASI PULAU SALAH NAMA50. Berlaku serangan lanun.51. Semua anak kapal termasuk jurumudim melarikan diri ke dalam perut kapal.52. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memerintah Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung Merah Muda melawan bajak laut.

53. Awang Sulung Merah Muda enggan dan mencari helah mengatakan dia hanya tahu menjaga ayam dan menyapu rumah.54. Setelah dipujuk, Awang Sulung Merah Muda berkias bahawa tangan dan kakinya sakit-sakit.

Page 7: New Microsoft Office Word Document

55. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa faham akan maksud Awang Sulung Merah Muda lantas menyuruh Si Kembang Cina menyediakan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung Merah Muda mandi.57. Apabila Awang Sulung Merah Muda mandi, warna kulitnya yang hitam bertukar menjadi putih ( kelihatan panau-panau di badannya ).58. Wajah Awang Sulung Merah Muda menjadi tampan sehingga terpesona Si KEmbang Cina melihatnya.59. Awang Sulung Merah Muda kemudian masuk ke ptak jubungnya dan memakai pakaian pusaka tua warisan daripada ibunya, mengenakan keris dan pedang sakti lalu berjalan keluar.60. Pada ketika itu , bajak-bajak laut sedang mencangkuk rombeng geliung dengan besi.61. Awang Sulung Merah Muda terus menyeru nama-nama ketua lanun untuk mengambil Tuan Puteri Seri Jawa sebagai hamba.62. Mendengar suara tersebut, semua lanun berasa gentar kerana mereka telah merompak geliung penghulu mereka sendiri dan berasa bersalah.63. Bajak-bajak laut memohon maaf.64. Awang Sulung Merah Muda memberitahu bajak-bajak laut bahawa baginda tidak memberitahu tentang pelayarannya kerana menemani Tuan Puteri Seri Jawa balik ke Tanah Jawa.65. Awang Sulung Merah Muda memberitahu bajak-bajak laut yang baginda telah berhutang emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutangnya dengan Datuk Batin Alam.66. Bajak-bajak laut kemudian, mengisi geliung dengan batu rial dan emas bagi membayar hutang tersebut dan Awang Sulung Merah Muda bolehlah pulang ke Bandar Mengkalih.69. Mendengar percakapan bajak laut dengan Awang Sulung Merah Muda, Tuan Puteri Seri Jawa segera menafikan kenyataan Awang Sulung Merah Muda sebaliknya mengaku bahawa dirinyalah orang dagang yang hina dan telah ditawan oleh Awang Sulung Merah Muda seorang pahlawan yang handal.70. Awang Sulung Merah Muda mengakui kebenaran kata-kata Tuan Puteri Seri Jawa kerana dialah yang menewaskan Puteri Dayang Nuramah yang berperang dengan Tuan Puteri Seri Jawa kerana berebutkan Awang Sulung Merah Muda.71. Jadi, hutang pun sudah dijelaskan, maka Awang Sulung Merah Muda bermohon mahu pulang ke Bandar Mengkalih.72. Mendengar kata-kata Awang Sulung Merah Muda, Tuan Puteri Seri Jawa sangat hampa lantas mahu terjun ke dalam laut.73. Tetapi segera dihalang oleh hulubalang yang ada lalu di bawa masuk ke dalam magun. Tuan Puteri Seri Jawa terus pengsan.74. Hulubalang meminta Awang Sulung Merah Muda tidak lagi menyakat Tuan Puteri Seri Jawa.75. Awang Sulung Merah Muda memangku Tuan Puteri Seri Jawa lalu dibisikkan pantun kasih.76. Tuan Puteri Seri Jawa yang sudah sedar daripada pengsan mendengar pantun tersebut lalu membalas pantun Awang Sulung Merah Muda.77. Bajak-bajak laut bermohon untuk meninggalkan geliung setelah mengisi geliung dengan wang dinar emas.

SETELAH LANUN ( BAJAK LAUT ) MENINGGALKAN GELIUNG

78. Jurumudi segera keluar dari bawah kapal lantas menikam seekor ayam, kemudian keris yang berlumuran darah ditunjukkan kepada Tuanku Nakhoda Tua.79. Tuanku Nakhoda Tua percaya lalu mengotakan janjinya.80. Mualim Cik Mas dipanggil untuk menikahkan jurumudi dengan Tuan Puteri Seri Jawa.

Page 8: New Microsoft Office Word Document

81. Tuan Puteri Seri Jawa memprotes tindakan bapanya dan menyatakan bahawa Tuanku Nakhoda Tua tidak dapat menilai kebenaran.82. Tuan Puteri Seri Jawa meminta Tuanku Nakhoda Tua melihat orang byang berada di dalam petak juhbung.83. Tuanku Nakhoda Tua terperanjat melihat seorang pemuda yang sangat tampan lalu bertanya kepada Tuan Puteri Seri Jawa.84. Tuan Puteri Seri Jawa memberitahu Tuanku Nakhoda Tua pemuda itu ialah budak hitam yang tidak mahu ditolong oleh Tuanku Nakhoda Tua untuk melunaskan hutangnya.89. Nama pemuda itu ialah Awang Sulung Merah Muda, cucu kepada Si Helang Mawai; orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan geliung daripada serangan bajak laut malah mendapatkan wang dinar emas yang sangat banyak daripada bajak laut.90. Awang Sulung Merah Muda enggan menghadap Tuanku Nakhoda Tua setelah diperintah maka Tuanku Nakhoda Tua yang masuk bertemunya di dalam petak jubung.91. Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf lalu membawa Awang Sulung Merah Muda ke luar.92. Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada Tuan Puteri Seri Jawa, tentang orang yang bertanggungjawab menjaga geliung daripada serangan Puteri Dayang Nuramah dan bajak laut.93. Tuan Puteri Seri Jawa mengesahkan bahawa Awang Sulung Merah Mudalah yang menjaga geliung ; orang yang sama dicari oleh mereka sejak mereka meninggalkan Semarang Tanah Jawa.94. lalu kedua-duanya dikahwinkan.95. Jurumudi sangat malu dan marah.

PERJALANAN MENUJU TANAH JAWA96. Geliung meninggalkan laut Pulau Salah nama menuju ke Tanah Jawa.97. Melintasi beberapa buah pulau dan tempat.98. Awang Sulung Merah Muda memberitahu Tuan Puteri Seri Jawa nama-nama pulau tersebut.99. Akhirnya , mereka sampai ke Negeri Pati Talak Terengganu.

DI NEGERI PATI TALAK TERANGGANU 100. Ketika geliung berlabuh, anak kepada Uli Pati Talak Terengganu iaitu Puteri Pinang masak sedang beristirahat di atas peterana di magun kapal.101. Melihat kedatangan geliung tersebut, Tuan Puteri Pinang Masak memerintah pengasuhnya juaga bernama Si Kembang Cina bertanyakan anak-anak kapal geliung tersebut.102. Sebaliknya Bujang Selamat yang disuruh oleh Si Kembang Cina.102. Jurubatu di atas geliung memberitahu bahawa mereka dari Bandar Mengkalih dan hendak pulang ke Tanah Jawa.104.Mereka datang bukan untuk urusan perniagaan sebaliknya hanya untuk menjalinkan silaturahim.105. Bujang Selamat kembali ke istana memberitahu raja.106. Raja memerintah Bujang Selamat agar bertanya kepada anak-anak geliung sama ada mereka faham akan adat di Negeri Pati Talak Terengganu.107. Awang Sulung Merah Muda mengatakan mereka mahir adat pelayaran tetapi adat di Negeri Pati Talak Terengganu tidak begitu arif.108. Bujang Selamat menyampaikan jawapan Awang Sulung Merah Muda.109. Dia diminta bertanya tentang nama juragan, nakhoda, jurubatu dan jurumudi geliung tersebut.110. Bujang Selamat datang semula ke geliung dan orang-orang geliung menjawab

Page 9: New Microsoft Office Word Document

pertanyaan-pertanyaan tersebut.111. Hal ini meneyebabkan Tuan Puteri Pinang Masak masuk campur, meminta ayahandanya menjemput rombongan di atas geliung naik ke darat.112. Segala orang-orang besar menjemput rombongan Awang Sulung Merah Muda ke istana.113 Raja Negeri Pati Talak Terengganu,menyediakan pelbagai kemudahan dan permainan bagi meraikan kedatangan Awang Sulung Merah Muda.114. Awang Sulung Merah Muda mendapat keizinan daripada Tuan Puteri Seri Jawa untuk turun ke darat, lalu baginda pergi bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamat serta ayammya Kinantan Suci.

DI DARAT115.KETIBAAN Awang Sulung Merah Muda menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu kerana alat kebesaran diraja berbunyi sendoiriSeluruh isi alam pun meyambut kedatangan baginda.i. gunung, burung merpati berbunyi sendiri.ii. Burung murai memberi salamiii. Berbega( berkeliling terbang) burung di atas bumbungiv. Si tambang denak berkokokv. Disahut oleh Kinantan Sucivi. Burung ketitir jantan bertutuvii. Balam tembaga berkokok dengan tiga gaya( Balam tembaga ialah sejenis burung merbuk, ketitir atau ketutur)viii. Segala alat-alat bunyian berbunyi.

116. Raja Negeri Pati Talak Terengganu bertanya kepada Awang Sulung Merah Muda tentang tempat asalnya tetapi hanya dijawab oleh Awang Sulung Merah Muda yang dia sampai ke negeri itu secara tidak sengaja.117. Ketika bertutur, semua rakyat Negeri Pati talak Terengganu terpegun melihat giginya yang cantik bercahaya-cahaya.118. Raja Negeri Pati Talak Terengganu berasa bahawa Awang Sulung Merah Muda ialah anak saudaranya.119. Raja menjemput Awang Sulung Merah Muda naik ke balai rung seri tetapi Awang Sulung merah Muda meminta izin untuk bersabung ayam terlebih dahulu.

DI GELANGGANG SABUNG AYAM

120. Bujang Selamat dsuruh bertanyakan adat/peraturan bertaruh di gelanggang sabung ayam.121. penghulu memberitahu memang ada peraturan yang mesti dipatuhi.i. boleh menyeru tuah ayam di dalam gelanggang ( memberi semangat )ii. tidak boleh mencabut keris di pinggangiii. tidak boleh membuang tengkolok kepalaiv. tidak boleh menyingsing lenganv. tidak boleh menyeru anak lelaki.vi. boleh bertaruh rial ( bertaruh duit )

122. Awang Sulung Merah Muda bersetuju untuk bertaruh maka baginda puni. membulang kain sebanyak empat lilitan ( membulang = melilit pada kepala)ii. meletakkan wang pertaruhan

Page 10: New Microsoft Office Word Document

iii. mengoja ayamnya ( mengoja =memberangsangkan ayam supaya menyerang lawan )123. Setelah berlaga, Kinantan Suci mengelepar kerana kepaknya kena taji oleh ayam lawan124. Orang ramai bersorak-sorak di keliling gelanggang.125. Awang Sulung Merah Muda berkias mengatakan anak raja berlabuh tirai ( sedang berehat )126. Sekali lagi Kinantan Suci ditaji, kali ini pada balungnya pula.127. Awang Sulung berkias mengatakan anak raja bergunting rambut ( berpangkas gombak)128. Awang Sulung Merah Muda mula memainkan peranannya iaitu menyeru tuah ayamnya ( membaca mentera mumuja semangat ayam )129. Mendengar seruan tersebut, Kinantan Suci terus melompat lalu menaji leher lawan sehingga putus , terpelanting kepala ayaam lawan ke atas anjung Tuan Puteri Pinang Masak. Berkokoklah Kinantan Suci sebanyak tiga kali.130. Awang Sulung Merah Muda kemudian berangkat ke balairung seri disambut oleh Temenggung, Laksaman Orang Kaya Besar, Perdana Menteri, hulubalang, lasykar dan seluruh rakyat yang hina- dina di negeri itu.

FORMAT SOALAN PROSA KLASIK :I. MAKSUD RANGKAI KATA ( 2 MARKAH )II. PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN PROSA ( 3 MARKAH )III. KEMAHIRAN BERFIKIR ( 3 MARKAH )

Latihan pemahamanPELAYARAN YANG PENUH PERISTIWAA.Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi.Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu mengikatnya pada benang pancar warna, di campakkannya ke laut. Seketika kemudian laut menjadi tenang. Seketika kemudian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya.Setelah beberapa lama berlabuh berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahhya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang , tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.“Ampun Tuanku, patiklah yang memelihara geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin,”Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

Matlob ( Penyelenggara )Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hlm. 44 – 61, 1977Oxford Fajar Sdn. Bhd.

i. Berikan maksud perkataan terpisat-pisat berdasarkan penggunaannya dalam petikan.

Page 11: New Microsoft Office Word Document

( 2 markah )ii. Apakah tindakan Awang Sulung apabila melihat gelombang yang sangat besar ketika menghampiri pulau itu?( 3 markah )

iii. Sekiranya anda Tuanku Nakhoda Tua, jelaskan tindakan yang akan anda ambil setelah mendengar kata-kata jurumudi.( 3 markah )

B. Baca petikan di bawah dan jawab semua soalan.Setelah mendapat izin isterinya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan berpakaian lengkap Awang Sulung pun pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamatnya. Bujang Selamat disuruhnya mengepit Kinantan Sucinya, iaitu seekor ayam laga yang cekatan, sementara jurubatunya pula mendayung sampan tunda menuju ke pangkalan Negeri Pati Talak Terengganu.Ketibaan Awang Sulung ke negeri Terengganu itu amat menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu itu, kerana segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam menyambut sama.

Nobat merpati di gunungMemberi salam murai di pintu,Berbega burung di bumbungan,Berkokok si tambang denak,Membalas kinantan suciBertutu ketitir jantan,Berkoko balam tembaga tiga gaya,Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.

“ Wahai anakanda, datang dari mana?” Tanya baginda raja.Jawab Awang Sulung

“Cik langsuir menikam pari,Pari ditikam tombak senangin;Bukan sahaya sengaja ke mari,Dihantar ombak ditumpu angin.”

Ketika Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak Terengganu menjadi hairan kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.

(Matlob ( Penyelenggara )Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hlm. 44 – 61, 1977Oxford Fajar Sdn. Bhd.

i. Berikan maksud rangkai kata bagai kilat sembur-menyembur.( 2 markah )ii. Mengapakah rakyat Negeri Pati Talak Terengganu berasa hairan dengan kedatangan Awang Sulung Merah Muda?

( 3 markah )

Page 12: New Microsoft Office Word Document

iii. Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung Merah Muda merahsiakan identiti dirinya yang sebenarditanya oleh raja ?( 3 markah )

i. Berikan maksud cekatan .( 2 markah )ii. Ceritakan kisah yang terdapat di dalam rangkap di bawah,

Nobat merpati di gunungMemberi salam murai di pintu,Berbega burung di bumbungan,Berkokok si tambang denak,Membalas kinantan suciBertutu ketitir jantan,Berkoko balam tembaga tiga gaya,Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.( 3 markah )iii. Mengapakah kita mesti merahsiakan identiti diri daripada orang yang baru dikenali?( 3 markah )

2. HIKAYAT INDERA NATA

SINPOSIS PENUH CERITA HIKAYAT INDERA NATA DIMUAT TURUN DARIPADA ALAMAT DI BAWAHhttp://aswarafcreaders.blogspot.com/2009/04/sinopsis-hikayat-indera-nata.htmlNama: Yusrizan Bin YunusNo Matriks: 27083038Email: [email protected]: Filem & VideoSubjek: Salasilah PenceritaanTugasan: KARYA SASTERA KLASIKTajuk Karya: HIKAYAT INDERA NATAPenyelenggara: Wahyunah Hj Abd GhaniTransliterasi: Salim Hj TaibDewan Bahasa Dan Pustaka/2004/ 193 halaman

Sinopsis Hikayat Indera NataHikayat ini bermula dengan kisah seorang raja yang dinamakan sebagai Raja Rom, seorang raja yang adil dan bijaksana. Baginda mangkat dan meninggalkan seorang putera iaitu Raja Muda. Kemangkatan baginda secara tidak langsung menabalkan Raja Muda kepada Raja Rom yang baru.Suatu hari, Raja Rom yang baharu itu pergi keluar berburu. Baginda terserempak dengan seekor kijang putih bertanduk emas lantas baginda cuba mengejar haiwan tersebut. Ketika itulah baginda terpisah dengan para pengiringnya. Baginda kemudiannya bertemu dengan Puteri Cenderawati yang asalnya dilarikan oleh seekor raksasa yang mahu memakan hati

Page 13: New Microsoft Office Word Document

puteri tersebut apabila cukup dewasa kelak. Raja Rom menyelamatkan puteri tersebut lalu dibawa pulang dan dikahwininya.Suatu hari, Puteri Cenderawati dan Raja Rom melawat ke Pulau Cinta Berahi dan Pulau Pelanggam Cahaya untuk bersuka ria sambil memetik buah-buahan bersama-sama para pengiring mereka. Puteri Cenderawati yang ketika itu sedang hamil tiga bulan, terlalu asyik dengan keindahan pulau tersebut lalu terpisah pula dengan dayangnya. Muncul Si Batu Kembar yakni seekor raksasa yang tinggal di pulau tersebut, merampas pakaian serba lengkap kepunyaan Puteri Cenderawati lalu dipakainya, dan kepada puteri tadi ditukarkannya dengan kulit kayu manakala wajah puteri malang itu disapu dengan gerah rangdu menjadikannya hodoh dan buruk. Si Batu Kembar yang menyamar menjadi puteri, bertemu dengan Raja Rom lalu mempersalahkan dan menuduh puteri yang telah menjadi hodoh tadi sebagai hantu dan punca wajah Si Batu Kembar menjadi berbeza. Raja Rom membawa pulang Si Batu Kembar ke istana manakala puteri sebenar dibuangkan ke laut.Puteri Cenderawati diselamatkan oleh Betara Gangga. Sang Betara Gangga kemudiannya memberikan Puteri Cenderawati sebiji batu hikmat yang membolehkan baginda pulang ke negeri Rom secara berjalan di atas laut.Lalu sang puteri pulang dan tinggal di hujung negeri Rom bersama-sama kandungannya. Baginda kemudiannya melahirkan seorang putera yang terlalu elok paras wajahnya dan dinamakan Indera Nata; seperti yang diamanahkan oleh Betara Gangga. Manakala di istana pula, Si Batu Kembar yang menyamar turut melahirkan seorang lagi waris Raja Rom yang diberi nama Indera Jenaka.Indera Nata yang semakin dewasa ditakdirkan berjumpa dengan Indera Jenaka lalu bersahabat. Si Batu Kembar yang mengetahui asal-usul Indera Nata, memarahi dan memukulnya sekuat hati.Indera Nata kemudiannya melukis gambar tujuh orang puteri yang sedang menunggang seekor gajah bergading emas. Raja Rom yang ternampak lukisan tersebut memerintahkan Indera Nata mendapatkan gajah dan tujuh orang puteri yang dilukisnya atau dihukum bunuh. Indera Nata pulang ke rumah lalu memberitahu bondanya hal tersebut.Puteri Cenderawati menyerahkan batu hikmat pemberian Betara Gangga kepada Indera Nata yang mahu memulakan pengembaraannya mencari tujuh puteri dan gajah bergading emas tersebut. Indera Jenaka yang pada mulanya mengikut Indera Nata, berpatah balik kerana takut dengan bahaya lalu menceritakan keberanian Indera Nata kepada Raja Rom.Indera Nata pula berjaya menemui tujuh orang puteri namun puteri-puteri tersebut sebenarnya ditawan oleh sepasang raksasa yang menculik mereka untuk memakan hati mereka apabila dewasa kelak. Ketika kedua raksasa itu tiba-tiba pulang, salah seorang puteri iaitu Puteri Cendera Kesuma menyembunyikan Indera Nata di dalam sebuah peti emas. Puteri Cendera Kesuma meminta raksasa mencarikan gajah bergading emas supaya hati mereka cepat membesar untuk raksasa itu makan. Kedua raksasa itu lantas keluar mencari dan berjaya mendapatkannya. Raksasa pulang dengan gajah bergading emas. Sang puteri memberi alasan lagi supaya kedua raksasa itu mencari kijang betanduk emas dan memcuci sehelai kain hitam sehingga menjadi putih. Pada masa kedua-dua raksasa itu keluar melakukannya, Indera Nata melarikan ketujuh-tujuh puteri bersam-sama gajah bergading emas tadi. Kedua raksasa yang menyedari mereka telah ditipu, mengejar mereka hingga ke tepi laut. Betara Gangga yang pernah menyelamatkan bonda Indera Nata, muncul sekali lagi untuk menyelamatkan Indera Nata pula. Kedua raksasa itu mati dibunuh oleh Betara Gangga di dalam laut. Indera Nata pula selamat membawa ketujuh-tujuh puteri pulang ke rumah bondanya, Puteri Cendera Wati.Raja Rom yang terpesona dengan kecantikan ketujuh-tujuh orang puteri dan keperkasaan Indera Nata mendapatkan gajah tersebut, mula khuatir Indera Nata mungkin akan merampas kerajaannya lalu baginda mencipta satu muslihat agar Indera Nata berjumpa ayah dan bonda

Page 14: New Microsoft Office Word Document

baginda yang telah mangkat. Namun Puteri Cenderawati bersama-sama tujuh puteri yang dapat menghidu niat jahat Raja Rom itu, berjaya memanipulasi keadaan tersebut. Mereka membuat sebuah patung yang menyerupai Indera Nata dan menghidupakan patung tersebut dengan menggunakan batu hikmat Betara Gangga. Patung tersebut dihantar ke dalam unggun api yang marak tanpa meninggalkan secebis tulang.Raja Rom kemudiannya datang ke rumah Tuan Puteri Cenderawati untuk mengambil ketujuh-tujuh puteri bersama-sama gajah bergading emas namun terperanjat apabila mendapati Indera Nata masih hidup. Indera Nata menceritakan keadaan syurga dan khabar ayah bonda baginda. Indera Nata memberitahu lagi bahawa arwah ayah dan bonda baginda mahu bertemu baginda sekeluarga. Raja Rom percaya lalu mengatur satu lagi pembakaran.Patung Indera Nata diciptakan sekali lagi untuk mengiringi Raja Rom bersam-sama Si Batu Kembar dan Indera Jenaka. Mereka berempat kemudiannya memasuki unggun api yang marak itu lalu mangkatlah Raja Rom bersama-sama Si Batu Kembar dan Indera Jenaka.Setelah kemangkatan Raja Rom, bonda Indera Nata menceritakan bahawa Raja Rom sebenarnya ayahanda kepada Indera Nata. Tuan Puteri Cendera Kesuma kemudiannya menghidupkan kembali Raja Rom dengan batu hikmat Betara Gangga. Raja Rom yang hidup kembali diberitahu kisah sebenar yang berlaku kepada Puteri Cenderawati satu ketika dahulu. Raja Rom menyesal lalu berterima kasih kepada semua.Indera Nata yang kemudiannya berkahwin dengan ketujuh-tujuh puteri yang diselamatkan itu, rupanya dimusuhi oleh ketujuh-tujuh ayahanda mentuanya. Ketujuh-tujuh raja tersebut kemudiannya datang untuk menyerang Indera Nata namun setelah melihat Indera Nata yang terlalu elok rupa paras dan terlalu tinggi budi pekerti itu, membatalkan hasrat mereka tersebut malah menganggap Indera Nata selayaknya menjadi menantu mereka.Ketujuh-tujuh raja pulang ke negara masing-masing namun mereka diserang pula oleh tunang-tunang puteri-puteri mereka. Ketujuh-tujuh orang raja memberikan sebab yang serupa kerana kesemua tunangan puteri-puteri tersebut tidak berani menyelamatkan puteri mereka daripada cengkaman raksasa dahulu namun hanya berani menunjukkan muka setelah mengetahui puteri mereka kini menjadi milik Indera Nata.Peperangan demi peperangan berlaku namun Indera Nata berjaya membantu semua ayahanda mentuanya menewaskan putera-putera bacul itu. Kesemua putera itu kemudiannya dilepaskan setelah berjanji mahu memberi ufti kepada kerajaan Rom.Puteri Cendera Kesuma yang hamil tiga bulan pula mengidam buah pauh janggi. Indera Nata yang pergi mengembara mencari buah tersebut, dilanda musibah lalu hanyut ke sebuah pulau seorang diri. Indera Nata kemudiannya diselamatkan oleh seekor garuda yang menerbangkannya ke sebuah negeri bernama Negeri Cemara. Di sana, tinggal seorang puteri bernama Ratna Seri Kencana yang sangat cantik dan menjadi rebutan empat puluh orang putera raja yang datang melamar sehingga menyukarkan Raja Cemara membuat keputusan untuk puterinya yang seorang itu. Indera Nata kemudiannya menyamar sebagai Emas Bagang lalu memberi pendapat pada Raja Cemara. Dengan muslihat Emas Bagang, anak-anak raja itu berperang sesama sendiri hingga tinggal lima orang sahaja.Di Rom pula, anak kepada Puteri Cendera Kesuma dan Indera Nata telahpun membesar menjadi seorang putera yang terlalu kacak dan tinggi budi pekerti dan dinamakan Indera Lelana. Indera Lelana yang telah berusia sembilan tahun kemudiannya keluar mengembara untuk mencari ayahandanya yang belum pulang.Indera Lelana tiba di Negara Cemara lalu menumpang di rumah nenek kebayan yang kebetulannya menjaga kebun bunga milik Ratna Seri Kencana, puteri yang menjadi rebutan tadi. Ratna Seri Kencana yang singgah ke rumah nenek kebayan untuk memetik bunga, mula jatuh cinta dengan Indera Lelana.Indera Lelana dan Ratna Seri Kencana kemudiannya bercinta tanpa pengetahuan Raja Cemara. Ketika rahsia terbongkar, kelima-lima orang raja yang menunggu penerimaan

Page 15: New Microsoft Office Word Document

lamaran, menyerang Indera Lelana namun Indera Lelana terlalu hebat untuk dikalahkan. Raja Cemara akhirnya mengarahkan Emas Bagang menentang Indera Lelana.Emas Bagang dan Indera Lelana bertarung tanpa mengalah. Kemudiannya Emas Bagang yang mula kehairanan melihat diri Indera Lelana seakan bayangan terhadap dirinya, bertanya asal-usul Indera Lelana. Terbuktilah Indera Lelana ialah anak kandungnya sendiri.Raja Cemara yang mengetahui keadaaan tersebut sangat sukacita kerana puterinya akan berkahwin dengan anak raja termasyhur di dunia. Emas Bagang menukar kembali namanya kepada Indera Nata lalu membawa Indera Lelana dan menantunya Ratna Seri Kencana pulang ke Rom.Setelah Ratna Seri Kencana hamil tiga bulan, baginda pula yang mengidam kijang emas. Indera Lelana yang keluar berburu terserempak dengan abang Si Batu Kembar. Kegagahan Indera Lelana akhirnya berjaya menewaskan keangkuhan abang Si Batu Kembar. Negeri Rom akhirnya menjadi semakin makmur, aman damai dan gilang-gemilang tanpa sebarang ancaman musuh.*************************************************************SINOPSIS BERDASARKAN TEKS ANTOLOGI HARGA REMAJATEKS KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 4.

Indera Jenaka sampai ke negeri Rom dan berjumpa bondanya Si Batu Kembar. Raja Rom bertanya kepada Indera Jenaka tentang Si Piatu. Indera Nata memberitahu ayahandanya, Si Piatu sebenarnya bernama Indera Nata lantas menceritakan keberanian Indera Nata yang luar biasa. Indera Nata dikhabarkan boleh bercakap-cakap dengan binatang malah boleh memerintah lembur menyeberangkan mereka ke negeri Pattani. Indera Jenaka amat kagum melihat kehebatan Indera Nata. Ayahanda Indera Jenaka amat kagum mendengar kehebatan Indera Nata.Pada masa yang sama, Indera Nata meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang lebiht tinggi berbanding bukit-bukit yang lain. Di atas bukit tersebut Indera Nata melihat ada sebuah rumah yang sangat tinggi binaannya. Indera Nata tertanya-tanya tentang rumah tersebut lalu segera masuk ke dalammya. Dia melihat beberapa helai pakain yang berwarna keemasan. Pada ketika itu juga dia terpandang sebuah mahligai di sebelah rumah yang tinggi itu yang juga sangat cantik perhiasannya.Lantas Indera nata dengan segera masuk ke dalam mahligai dan ternampak tujuh orang puteri. Timbul perasaan takjub akan kebesaran Allah SWT apabila melihat ketujuh-tujuh orang puteri tersebut. Sementara itu, ketujuh-tujuh orang puteri berasa amat gembira dapat bertemu dengan seorang lelaki yang sangat tampan rupanya. Ketujuh-tujuh orang puteri bertanyakan nama Indera Nata dan tujuan dia datng ke tempat mereka. Hal ini berlaku kerana sebelum ini tiada siapa yang pernah sampai ke situ kerana khuatir dimakan oleh raksasa.Indera Nata memberitahu ketujuh-tujuh orang puteri tersebut akan namanya dan tujuan dia ke situ untuk mencari gajah bergading emas kerana menjunjung perintah Raja Rom iaitu ayahandanya. Seterusnya , dia bertanya tentang nama-nama puteri-puteri tersebut dan sebab-sebab mereka tinggal di mahligai tersebut.Seorang daripada puteri-puteri tersebut menyatakan namanya Tuan Puteri Cendera Kesuma anak Raja Mesir lalu memperkenalkan puteri-puteri yang lain kepada Indera Nata. Tuan Puteri Indera Kesuma memberitahu Indera Nata bahawa mereka semua dikurung di dalam mahligai intuk dipelihara sehingga besar untuk dijadikan makanan raksasa. Kesemua puteri meminta belas kasihan Indera Nata untuk membawa mereka keluar dari mahligai tersebut. Indera Nata memberi kesanggupan untuk membawa mereka lari dari mahligai tersebut sehingga mahligai menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa kerana terlalu gembira akan janji Indera Nata.Seterusmua Tuan Puteri Cendera Kesuma berjanji akan membantu Indera Nata mendapatkan

Page 16: New Microsoft Office Word Document

gajah bergading emas tersebut. Indera Nata pula amat kagum melihat kecantikan dan kebijaksanaan Tuan Puteri Cendera Kesuma berbanding enam orang puteri yang lain.Tiba-tiba Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu Indera Nata tentang kepulangan raksasa. Pada masa yang sama terdengar bunyi seperti ribut sehingga Indera Nata tertanya-tanya tentang bunyim tersebut. Tuan Puteri Cendera Kesuma menyatakan itu ialah tanda raksasa sudah hampir sampai ke mahligai Lalu Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas.Sebaik sahaja sampai di mahligai, kedua-dua raksasa tercium bau manusia lantas bertanya kepada Tuan Puteri Indera Kesuma. Dijawab oleh Tuan Puteri Indera Kesuma bahawa tidak pernh seorang manusia pun yang sampai ke situ, melainkan bau tersebut ialah bau mereka lalu menguja raksasa untuk makan mereka semua. Namunbegitu, raksasa bertanya sama ada hati mereka sudah besar untuk dimakan maka dengan segera dijawab oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma bahawa hati mereka masih kecil dan jikalau raksasa mahu hati mereka cepat besar, mereka perlu makan gajah bergading emas.Kedua-dua raksasa setuju untuk mencari gajah bergading emas pada keseokan harinya. Mereka mencari gajah tersebut di dalam hutan. Pencaraian raksasa berhasil apabila terseremapak dengan kumpulan Raja Rom yang sedang berburu. Raja Rom menunggang gajah bergading emas. Raksasa menyerang kumpulan Raja Rom lalu memakan semua ahli kumpulan dan membawa pulang gajah bergading emas.Melihat kejayaan, raksasa membawa pulang gajah bergading emas, Puan Puteri Cendera Kesuma meminta kedua-dua raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan mencuci kain hitam menjadi putih. Keesokan harinya , kedua-dua raksasa keluar melaksanakan permintaan Tuan Puteri Cendera Kesuma. Pada masa itu, Indera Nata keluar dari persembunyian dan membawa lari ketujuh-tujuh orang puteri, dan segala perkakasan mahligai dengan menunggang gajah bergading emas. Perjalanan merentasi hutan dan padang dan akhirnya sampai ke tepi laut.Pada masa yang sama, raksasa tidak dapat menemui kijang putih bertanduk emas lalu berasa sangat marah. Dia mendapatkan isterinya yang sedang mencuci kain hitam sehingga koyak rabak tetapi tidak menjadi putih lantas diajak isterinya pulang ke mahligai. Sesampai di mahligai kedua-dua raksasa mendapati kesemua puteri dan gajah bergading emas telah tiada. Menyedari mereka telah tertipu, kedua-dua raksasa mengejar Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri hingga sampai ke tepi laut. Melihat keadaan itu, ketujuh-tujuh orang puteri menangis ketakutan.Indera Nata pula segera mencita gemala hikmat untuk meminta bantuan daripada Betara Gangga. Melihat isyarat daripada Indera Nata, Betara Gangga memerintah lembur dan naga menyeberangkan Indera Nata, puteri-puteri dan gajah bergading emas ke seberang laut. Betara Gangga juga memerintah lembur dan naga membunuh kedua-dua raksasa tersebut.Setelah raksasa mati dibunuh oleh lembur dan naga, Indera Nata meneruskan perjalanan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Pada mulanya, inang pengasuh agak was-was untuk membenarkan Indera Nata masuk kerana Indera Nata telah lama hilang setelah menjunjung titah Raja Rom untuk mencari gajah bergading emas dengan tujuh orang puteri.Mendengar kata-kata inang pengasuh, Indera Nata memberitahunya bahawa dialah Indera Nata yang pulang bersama-sama tujuh orang puteri. Tuan Puteri Cenderawati mendengar perbualan tersebut lantas mendapatkan Indera Nata, lalu memeluk anaknya . Tuan Puteri Cenderawati memberitahu Indera Nata sepanjang ketiadaannya dia tidak lalu makan dan minum dan tidak dapat tidur.Kemudian Indera Nata menceritakan kisahnya kepada bondanya. Sementara itu ketujuh-tujuh orang puteri pula terkenang kepadaibu bapa masing-masing lalu menangis bersama-sama Tuan Puteri Cenderawati.

Page 17: New Microsoft Office Word Document

Tuan Puteri Cenderawati tidak dapat tidur walaupun sudah tengah malam kerana menagis mengenangkan perpisahan dengan suaminya tetapi pada masa yang sama dapat bertemu semula dengan anaknya , Indera Nata. Akhirnya , ketujuh-tujuh orang tuan puteri tinggal bersama-sama Tuan Puteri Cenderawati._______________________________________________________________LATIHAN PEMAHAMANBaca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara Gangga pun menyuruh lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata Seraya katanya, “Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh olehmu raksasa itu!”Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dan naga itu maka katanya, “Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian!”Maka sembur lembur dan naga itu katanya, “Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian!”

i. Berikan maksud rangkai kata bercintakan dirinya.( 2 markah )

ii. Apakah peristiwa yang berlaku apabila Indera Nata sampai ke tepi laut ? ( 3 markah )

iii. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman ini, apakah kelebihan-kelebihan yang mesti dimilikinya jika ingin berjaya?( 3 markah )

___________________________________________________________________________

Soalan-soalan tambahan

a. Pada pendapat anda, mengapakah Indera Nata sanggup membawa pulang ketujuh-tujuh orang puteri ke rumah bondanya ?

b. Pada pendapat anda, wajarkah Indera Nata menyembunyikan diri semasa raksasa berada di dalam mahligai?

c. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman moden ini, jelaskan strategi yang dapat baginda ambil untuk menyelamatkan diri dan ketujuh-tujuh orang puteri tersebut?

d. Nyatakan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri Indera Nata berdasarkan keseluruhan teks.

e. Mengapakah Indera Jenaka menganggap Indera Nata seorang yang hebat?

Page 18: New Microsoft Office Word Document

3. MERAH SILU

I. SEBAHAGIAN SINOPSIS HIKAYAT RAJA-RAJA PASAIII. SINOPSIS KISAH MERAH SILU DARIPADA ANTOLOGI HARGA REMAJA

MERAH SILU

Kisah Merah Silu merupakan sebahagian daripada teks asal iaitu Hikayat Raja-raja Pasai

Bagi mengetahui kisah Merah Silu dan watak-watak lain dengan jelas ; dipaparkan sebahagian sinopsis Hikayat Raja-raja Pasai .

Para pelajar boleh melayari laman web berikut;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Raja-raja_Pasai

( PERINGATAN: SINOPSIS DALAM WIKIPEDIA MENGANDUNGI EJAAN DAN NAMA-NAMA YANG SEDIKIT BERBEZA DENGAN TEKS ANTOLOGI REMAJA )

Walau bagaimanapun diturunkan sebahagian daripada sinopsis tersebut bagi tujuan rujukan pantas para pelajar.

I.Hikayat Raja-raja Pasai

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Hikayat Raja-Raja Pasai atau juga Hikayat Raja Pasai menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara kini yang bernama Pasai. Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi). Tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan bahagian awal petikan Hikayat Raja Pasai yang berikut ini:

Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga.

Artifak seperti makam Sultan Malik al Salih menunjukkan Pasai terletak di Kampung Geudong, Lhokseumawe, utara Aceh, pulau Sumatera, Indonesia.

Page 19: New Microsoft Office Word Document

Teks ini ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huruf jawi pada lembaran - lembaran berbentuk buku. Penyelidik menyatakan teks asal ditulis sekitar 1360 m kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum / Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak.

Hikayat Raja-Raja Pasai tergolong dalam genre sastera sejarah juga disebut sekarang sebagai karya agong. Karya sastera sejarah biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi pentadbiran , keadaan sosial budaya dan corak politiknya. Cerita ini termasuklah kewujudan sesebuah negeri, perkembangannya, zaman keemasan , zaman kekalahan dan keruntuhan.

Jadi Hikayat Raja-Raja Pasai bukanlah sebuah buku teks sejarah yang murni. Sebaliknya telah dibumbui dengan unsur-unsur sejarah. Unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan sejarah yang memerlukan interpretasi yang mendalam untuk mengetahui objektif dan tujuan pengarang istana

Pembukaan dan PengIslaman Pasai

Pasai merupakan negeri pertama menerima agama Islam. Raja Ahmad dan Raja Muhammad hendak membuka negeri Samarlanga. Raja Muhamad mendapat Puteri Betung daripada perdu rebung buluh. Raja Ahmad bernegeri ( memerintah ) di Balik Rimba . Dia pergi memburu dan berjumpa dengan seorang tua di dalam sebuah surau . Daripada nasihat orang tua di surau itu, Raja Ahmad mendapat anak lelaki yang dibela oleh seekor gajah. Anak itu dinamakan Merah Gajah . Akhirnya Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.

Merah Gajah dan Puteri Betung mendapat anak lelaki iaitu Merah Silau ( Merah Silu ) dan Merah Hasun. Merah Gajah mencabut rambut emas Puteri Betung lalu keluar darah pelik berwarna putih. Puteri Betung akhirnya hilang ( mangkat ). Raja Muhamad marah lalu membunuh Merah Gajah . Maka Raja Ahmad melanggar negeri Raja Muhamad dan peperangan terjadi. Kedua-dua raja adik- beradik ini terbunuh dalam peperangan.

II. SINOPSIS MERAH SILU (Antologi Harga Ramaja )

· Merah Silu dan Merah Hasun tinggal di Beruana. Merah Silu menahan bubu untuk menahan ikan yang banyak di dalam sungai tetapi mendapat cacing gelang-gelang. Merah Silu menahan bubu lagi tetapi masih dipenuhi oleh caing gelang-gelang. Setelah tiga hari menahan bubu , bubunya masih dipenuhi cacing gelang-gelang lantas dibawanya cacing tersebut ke rumah. Dimasukkkan ke dalam kawah dan direbus. Dengan kuasa Allah SWT cacing-cacing tersebut bertukar menjadi emas dan buih air menjadi perak. Merah Silu menjadi orang yang kaya.

· Merah Silu berkuasa menjinakkan kerbau liar di kawasan tersebut. Merah Hasum marah akan Merah Silu kerana menyangka dia suka bermain dengan kerbau, satu perbuatan yang memalukan maruah raja. Baginda menghalau Merah Silu dari tempatnya.

Merah Silu berpindah dari Beruana membawa harta dan kerbau-kerbau yang ditangkapnya. Tujuh orang pengikutnya membawa senawat. Kawasan bukit yang dilalui menjadi lekuk kerana terlalu banyak kerbau yang melalui kawasan tersebut. Mereka

Page 20: New Microsoft Office Word Document

melalui hulu Sungai pasangan dan akhirnya tiba di simpang hulu Kallang dan menetap di situ.

· Namun setelah lama tinggal di situ, kerbau-kerbaunya memankan dan tanaman pisang penduduk di hulu Kallang. Penduduk hulu KaRANG mengusir Merah Silu kelauar dari situ.

Merah Silu berpindah lagi. Dia mudik ke hulu Semenda. Sampai ke sebuah temapat bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar dan merestui dia tinggal di Buluh Telang kerana ladang di situ luas dan kerbaunya mempunyai banyak kawasan untuk mencari makanan.

Malangnya Merah Silu suka sangat bersabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bersabung ayam. Dia membayar semula taruhan orang yang kalah bersabung ayam . Perlakuannya tersebar hingga ke kampung lain dan semakin ramai yang datang bersabung di Buluh Telang. Apabila orang ramai pulang setiap orang dihadiahkan sekor kerbau . Orang yang datang menonton juga dihadiahkan seekor kerbau.

Megat Iskandar dan Megat Kedah ialah kekanda kepada Sultan Maliku’l Nasair di Rimba Rimba Jerun . Megat Iskandar hendak mengangkat Merah Silu menjadi raja tetapi dibantah oleh Tun Aria Benong. Apabila Merah Silu menjadi raja, Sultan Maliku’l Nasair menyerangnya dan berlaku peperangan. Sultan Malikul Nasar yang kalah melarikan diri ke Benua. Tetapi di Benua, Sultan Maliku’l Nasar berada di suatu tempat maka Merah Silu memerangi Sultan maliku’l nasar memaksa Sultan maliku’l Nasar berundur ke Gunung Telawas. Merah Silu mengepung tetapi Sultan Maliku’l Nasar dapat meloloskan diri. Temapat kejadian dinamakan KUBU.

Sultan Maliku’l Nasar berundur lagi . Ketika itu baginda sampai di satun jurang yang

picik, dalam dan kersang lantas dinamakan Pekersang. Akhirnya baginda berundur ke Kumat.

Sultan Maliku’l Nasar membina petempatan di situ. Megat Iskandar mendapat berita Sultan Maliku’l Nasar membina negeri di Kumat lalu

menyerang Kumat dan Sultan Maliku’l Nasar tewas. Ramai hulubalangnya mati dan rakyat serta askarnya melarikan diri entah ke mana-mana.

Antara hulubalangnya ialah Tuan Aria Benong yang lari ke Barus tetapi dibunuh oleh raja

barus. Akhirnya Merah Silu dirajakan oelh Megat Iskandar di Rimba Jerun

BULUH TELANGKepentingan Pengangkutan Awam Pendahuluan.Kesedaran untuk menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat agak rendah.Membimbangkan kerajaan - pelbagai langkah diusahakan - namun belum berhasil.

Page 21: New Microsoft Office Word Document

Pengangkutan awam ada banyak kepentingan.

1. Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama.- penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan.- kesesakan dapat dielakkan. - menjimatkan masa masyarakat yang berurusan di bandar.

2. Penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan wang.- tambang pengangkutan awam lebih murah.- kenaikan harga minyak sering berlaku.- kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting.

3. Pengangkutan awam menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat.- masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain.- mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu sama lain.- mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan.

4. Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.- penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengakutan awam membaikiperkhidmatan.- wujud persaingan sihat antara syarikat pengangkutan awam.- pengenalan pelbagai jenis pengangkutan awam moden spt LRT, monorel, kereta api laju,perkhidmatan penerbangan tambang murah.

5. Dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.- Lebih ramai orang menggunakan pengakutan awam, bilangan kenderaan dapatdikurangkan, justeru kemalangan juga berkurangan.- negara rugi apabila kadar kemalangan yang berlaku tinggi, dari segi infrastruktur danmodal insan.- meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai pengangkutan awam yangselamat.

Kesimpulan- pengangkutan awam memang banyak kepentingannya. Semua pihak perlu mengubah sikap untuk menggunakan pengangkutan awam. Jika tidak negara kita akan terus dibelenggu pelbagai masalah pengangkutan.

Page 22: New Microsoft Office Word Document

Contoh Karangan Pelajar : Isu Pengangkutan AwamJanuari 24, 2009 — mindabahasa

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT

.Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan. Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

CONTOH KARANGAN Kepentingan Pengangkutan Moden

Page 23: New Microsoft Office Word Document

Pada masa ini, sistem pengangkutan moden amat penting bagi tujuan perhubungan. Antara contoh pengangkutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal terbang serta kapal laut. Kemajuan pengangkutan moden di Malaysia membawa pelbagai kepentingan kepada negara.

Pengangkutan moden menjadikan perjalanan yang dilakukan lebih mudah dan cepat. Hal ini kerana pengangkutan moden tidak menggunakan sistem jalan raya biasa. Melalui pengangkutan moden seperti monorel dan komuter, masyarakat tidak lagi menghadapi masalah kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, pengguna dari Seremban dapat sampai dengan lebih cepat ke Kuala Lumpur dengan menggunakan perkhidmatan komuter. Jelas bahawa pengangkutan moden dapat menjimatkan masa sesuatu perjalanan.

-1- Selain itu, pengangkutan moden amat penting untuk kita pergi ke sesuatu tempat yang jauh. Hal ini kerana pengangkutan moden dengan teknologi canggih berupaya bergerak dengan pantas. Di samping itu, masyarakat juga dapat merancang perjalanan dengan mengikut jadual. Sebagai contoh, mereka yang menunaikan fardhu haji di Mekah mengambil masa yang singkat untuk pergi ke sana. Justeru, masyarakat dapat mengurangkan masalah yang dihadapi sebelum terciptanya pengangkutan moden.

Di samping itu, pengangkutan moden dapat memajukan ekonomi negara. Hal ini kerana dengan menggunakan pengangkutan moden kuantiti barangan yang dapat dibawa lebih banyak. Kos pengangkutan juga dapat dijimatkan kerana barangan tidak perlu diangkut berulang kali. Sebagai contoh, dengan menggunakan kapal laut kita dapat membawa muatan dengan jumlah yang besar. Jelas bahawa pengangkutan moden dapat memudahkan proses perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara.

Seterusnya, pengangkutan moden dapat memajukan industri sektor pelancongan di negara kita. Para pelancong boleh menggunakan sistem pengangkutan moden ini untuk pergi ke banyak destinasi pelancongan. Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah pengangkutan untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para pelancong boleh menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke Pulau Langkawi. Terbukti bahawa pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi di Malaysia.

Kesimpulannya, kemajuan pengangkutan moden memberikan pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara. Rakyat Malaysia harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan pihak swasta dalam usaha memajukan pengangkutan moden agar negara dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju. Tindakan ini penting bagi membantu negara mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.

CONTOH KARANGAN Usaha-usaha mengatasi keracunan makanan

Sejak akhir-akhir ini, kes keracunan makanan semakin kerap disiarkan oleh media massa. Keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah tetapi juga di rumah apabila makanan dicemari kuman. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama untuk mengatasi masalah keracunan makanan.

Antara usaha mengatasi masalah keracunan makanan adalah mengamalkan kebersihan diri dan makanan pada setiap masa. Amalan menjaga kebersihan diri dan makanan dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan. Masak makanan yang hendak dimakan dengan sempurna bagi memastikan tiada kuman di dalamnya. Sebagai contoh, buah-buahan

Page 24: New Microsoft Office Word Document

dan sayur- sayuran perlulah dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan. Jelas bahawa dengan mengamalkan kebersihan pada setiap masa dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan bak kata pepatah “kebersihan asas kesihatan”.

Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Ibu bapa perlu mengelakkan mengajak anak-anak mereka makan di kedai ataupun warung yang kotor di tepi-tepi jalan. Hal ini kerana kita tidak pasti tahap kebersihan makanan di situ kerana mungkin terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Sebagai contoh, makanan tersebut mungkin terdedah kepada serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus. Untuk itu, amalkan budaya makan di rumah bersama-sama keluarga bagi memastikan kebersihan tahap makanan.

Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas daripada bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat terpaksa makan di luar rumah akibat kesuntukan masa bekerja. Pengusaha makanan perlu membersihkan makanan sebelum dimasak serta mengelakkan makanan yang dijual sentiasa terdedah. Sebagai contoh, peniaga kedai makanan perlu memastikan makanan mereka tidak dihinggapi lalat. Jelas terbukti bahawa peranan pengusaha makanan amat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan.

Masyarakat juga perlu memberikan kerjasama dalam usaha mengatasi masalah keracunan makanan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Masyarakat harus mengambil berat tentang kedai makan yang mengabaikan kebersihan. Masyarakat harus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang segera jika ada kedai makanan yang kotor. Mereka boleh melaporkan masalah tersebut di pejabat kesihatan daerah.

-2-Peranan kerajaan penting untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Hal ini

demikian kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menilai tahap kebersihan sesebuah kedai. Mereka perlu melakukan pemeriksaan mengejut secara kerap di semua kedai makan tanpa perlu menunggu laporan yang dibuat. Peniaga yang bersalah perlu dkenakan hukuman berat seperti dikenakan denda dan digantung lesen perniagaan. Terbukti bahawa peranan kerajaan amat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan.

Kesimpulannya, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan yang sewajarnya. Semua pihak mesti mengutamakan kebersihan dalam makanan dan minuman. Usaha-usaha mengatasi masalah keracunan makanan perlu dilakukan bersungguh- sungguh agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.

CONTOH KARANGAN Usaha-usaha memajukan industri desa

Pada masa ini industri desa semakin berkembang di negara kita. Pelbagai produk industri desa telah dipasarkan untuk keperluan masyarakat. Untuk memajukan lagi industri desa, pelbagai usaha perlu dijalankan dengan kerjasama semua pihak.

Usaha pertama yang boleh dilakukan ialah kerajaan memberikan bantuan dan galakan kepada mereka yang berminat. Bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada pengusaha yang baru sahaja menjalankan sesuatu industri desa. Kerajaan boleh memberikan bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan. Sebagai contoh, kerajaan perlu banyak mengadakan kursus yang berkaitan industri desa seperti batik, kraftangan dan makanan

Page 25: New Microsoft Office Word Document

tradisional. Peranan kerajaan penting agar industri desa terus berkembang maju di negara kita.

Selain itu, penggunaan alat-alat teknologi moden penting untuk meningkatkan keluaran dan kualiti industri desa. Penghasilan produk industri desa yang semakin meningkat dan berkualiti penting untuk mewujudkan daya saing. Pihak yang terlibat perlu mengadakan kursus tentang cara menggunakan peralatan mesin dan jentera. Sebagai contoh, penggunaan mesin penting untuk menghasilkan produk industri desa yang berkaitan dengan pembuatan makanan tradisional. Jelas bahawa penggunaan alat teknologi moden, akan menarik lebih ramai lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri desa.

Untuk memajukan lagi industri desa kerajaan boleh memperkenalkan konsep”Satu Daerah Satu Produk”. Melalui cara ini, setiap kampung perlu menghasilkan sesuatu produk dan memasarkan sendiri barangan mereka. Dalam hal ini, mereka perlu diberikan bimbingan,latihan dan cara-cara untuk memulakan sesuatu industri desa. Sebagai contoh, kerajaan negeri Melaka telah memperkenalkan rancangan ”Satu Daerah, Satu Industri”. Sesungguhnya, setiap kerajaan negeri boleh mencontohi usaha tersebut untuk mengembangkan ekonomi masyarakat khususnya di luar bandar.

Seterusnya, kerjasama semua pihak penting untuk memasarkan keluaran industri desa. Keluaran industri desa yang unik serta berkualiti mampu menarik perhatian masyarakat luar. Pameran-pameran perlu diadakan dengan lebih kerap untuk memperkenalkan lagi keluaran industri desa kepada masyarakat. Sebagai contoh, pihak swasta seperti TV3 boleh membantu memperkenalkan industri desa melalui program Jom Heboh.

Kesimpulannya, masyarakat yang menjalankan industri desa perlulah merebut peluang sepenuhnya yang disediakan oleh kerajaan. Mereka perlulah meningkatkan ilmu serta kemahiran bagi menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Kita amat berharap agar industri desa yang dijalankan di negara kita terus seiring dengan kemajuan Negara.

-3-

CONTOH KARANGAN Tajuk : Sebab-sebab memilih Malaysia sebagai tempat / destinasi pelancongan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistemewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari luar dan dalam memilih Negara kita sebagai destinasi pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di Negara sendiri.

Antara sebabnya ialah keindahan alam semulajadi yang menarik terdapat di Negara ini. Malaysia mempunyai hutan yang menarik dan dipenuhi dengan flora dan fauna. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran seseorang contohnya Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Di Malaysia juga terdapat banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati contohnya negeri Melaka. Terdapat bangunan-bangunan bersejarah seperti Kota A.Famosa, tugu-tugu

Page 26: New Microsoft Office Word Document

lama peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain. Dengan melancong, seseorang itu juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Di Pantai dan di Pulau membolehkan seseorang pelancong itu menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat Malaysia yang melancong bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Port Dickson, Desaru, Kota Tinggi dan lain-lain.

Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya Mega Mall di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit, Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain. Barangan yang dijual setanding dengan luar negara. Selain itu terdapat juga pelbagai kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan Kraftangan Malaysia kerana menarik dan harganya murah. Pada setiap tahun, diadakan promosi harga barangan dan jualan mega. Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu melancong ke luar Negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya.

Kesimpulannya, melancong di Malaysia banyak mendapat kebaikan dan dapat memajukan sektor pelancongan Negara.

CONTOH KARANGAN Langkah memajukan sukan Negara

Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula

One ,Le Tour De Langkawi,Sukan komenwell dan sebagainya.Pecapaian Malaysia sebagai

penganjur tidak dapat dinafikan kehebatannya. Walakin begitu, pencapaian Malaysia sebagai

peserta amatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha haruslah dilakukan

untuk memajukan sukan negara.

Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan

masa depan kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha harus dilakukan untuk menjamin masa

depan mereka. Terutama peluang pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain

itu, elaun dan pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili

Malaysia, tidak kira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di samping itu, suatu

organisasi harus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet Malaysia.

Bak kata pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk

atlet, pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak-kanak. Sekolah sukan haruslah

dibina di setiap daerah atau di setiap negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari

peringkat sekolah rendah. Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap. Segala

ilmu seperti teknik pernafasan yang betul diajar selain teknik menguasai permainan sukan

yang dipilih. Subjek sukan dimasukkan dalam silibus dan diuji, sama seperti ujian bagi mata

pelajaran lain. Oleh itu, pelajar tersebut akan memandang serius dalam subjek tersebut.

-4-

Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti

kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai

Page 27: New Microsoft Office Word Document

ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat

sekolah haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakal terpendam para pelajar yang

seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan dan

peruntukan untuk membeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan daripada pihak

guru dan ibu bapa.

Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di

negara kita. Pihak Kerajaan haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan

negara. Semua pihak termasuklah ibu bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan

kepada anak- anak yang berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk

negara.

CONTOH KARANGAN Keluarga Impian Saya

Keluarga ialah sebuah institusi yang terdiri daripada bapa, ibu ,anak-anak, saudara maara dan sebagainya. Sebagai seorang biasa, semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Saya juga ingin memiliki keluarga yang bahagia.

Keluarga impian saya mestilah mempunyai keluarga yang sempurna. Keluarga impian saya mestilah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Sebagi contoh, bapa saya seorang tokoh korporat yang berjaya manakala ibu saya seorang usahawan yang berjaya. Segala kelengkapan dan permintaan saya akan dipenuhi oleh kedua ibu bapa saya.Mereka juga tidak mempunyai masalah untuk memberi wang yang secukupnya kepada saya apabila saya memerlukannya.

Saya mengimpikan keluarga yang mengamalkan cara hidup ajaran agama dan patuh kepada agama. Ahli keluarga saya tidak meningalkan sembahnyang, sentiasa merendah diri, suka melakukan amal Kebajikan, pemurah dan sebagainya. Tuhan akan sentiasa memberkati keluarga saya dan memberikan kami kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat.

Selain itu, keluarga impian saya mestilah saling menyanyangi antara satu sama lain dan tidak mempraktikan perasaan seperti enaau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Ahli keluarga terutamanya kedu ibu bapa saya mestilah mementingkan anak-anaknya daripada urusan kerjanya. Mereka hendaklah sedia mendengar masalah saya ataua adik beradik yang lain dan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Ibu bapa saya juga perlu memantau pencapaian akademik dan sahsiah saya supaya saya tidak leka dalam mencapai hasrat mereka untuk melihat saya berjaya kelak.

Di samping itu, keluarga impian saya mestilah mempunyai latar pendidkan yang cemerlang dalam pelajaran. Misalnya, ibu bapa saya memiliki ijazah Sarjana Muda, abang dan kakak saya memiliki Ijazah dan sebagainya.

Kesimpulannya, sebagai manusia , kita menginginkan keluarga yang sempurna. Walau bagaimanapun, tidak ada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

CONTOH KARANGAN

Page 28: New Microsoft Office Word Document

Usaha-usaha Menghargai Warga Tua

Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.. Namun, pada hari ini warga tua sering diabaikan dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.

.-5-Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu

melahirkan kita dan bapa pula mencari rezeki untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua dan tidak menghantar mereka ke rumah orang-orang tua.

Di sekolah,guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka kerana syurga teletak di telapak kaki ibu.

Kerajaan juga perlu menghargai warga tua. Kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta.

Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.

Pihak swasta perlu membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untuk mengurangkan beban warga tua manakala kunjungan ke rumah orang-orang tua dapat mengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang melahirkan kita dan membesarkan kita.

CONTOH KARANGAN Peranan Remaja Untuk Menjayakan Wawasan Negara.

Remaja terdiri daripada golongan muda yang berusia 13 tahun hingga 18 tahun. Remaja memainkan peranan penting dalam memajukan negara dan golongan inilah yang mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu berusaha untuk memastikan remaja kini dapat memainkan peranan dalam menjayakan wawasan negara iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh. Hanya dengan pelajaran sahajalah,seseorang itu boleh mengubah nasib dirinya,keluarga,masyarakat dan juga negara. Tanpa ilmu pengetahuan,remaja tidak boleh mencipta rekaan-rekaan baru dan dengan ini kita masih bergantung kepada negara luar dari segi teknologi. Remaja sepatutnya modal insan cemerlang yang boleh mereka cipta sesuatu kerana remaja perlu menjadi penyumbang teknologi, bukannya pengguna teknologi semata-mata.

Selain itu, remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang terjebak dalam masalah sosial. Janganlah melibatkan diri dalam vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan penyalahgunaan dadah. Kesemua gejala ini akan merosakkan diri remaja itu dan memalukan keluarga. Kerajaan pula terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyelesaikan

Page 29: New Microsoft Office Word Document

masalah ini. Alangkah baiknya jika remaja menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti- aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan mengumpul setem. Lantaran itu,remaja yang berwawasan perlu menghargai masa dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas.

Di samping itu, remaja juga perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang negara agar negara aman dan rakyat dapat hidup dalam harmoni. Apabila remaja mengamalkan sikap yang terpuji dan tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan negara dapat dijalankan dengan sempurna.

Remaja juga perlu menjayakan segala program yang dianjurkan oleh kerajaan. Remaja sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada adik-adik mereka dengan berusaha bersungguh- sungguh bagi menjayakan kempen-kempen seperti Kempen Anti merokok,Kempen Cintailah Sungai kita dan Kempen Galakan Membaca. Remaja yang menjadi tonggak negara akan dapat memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara.

-6-Dalam usaha menjayakan wawasan negara, remaja boleh memberikan sumbangan

tenaga dan idea yang berterusan agar aspirasi negara untuk menjadi negara maju akan terlaksana. Untuk mencapai hasrat itu,remaja yang berwawasan perlu banyak membaca bahan-bahan berbentuk pengetahuan dan berusaha untukmeningkatkan keupayaan diri dari pelbagai aspek seperti pengetahuan ICT yang membolehkan mereka memperoleh pengetahuan tanpa batasan menerusi internet. Mereka boleh bertukar-tukat idea dengan remaja dari negara lain dan seterusnya boleh menjana idea untuk menjayakan wawasan negara.

Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara. Remaja yang berkualiti,merupakan pemangkin kecemerlangan negara.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benar berwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya negara kita akan maju setanding negara maju yang lain.

CONTOH KARANGAN Disiplin Teras Kejayaan Akademik

Seseorang yang berjaya dalam hidup biasanya merupakan orang yang mematuhi peraturan, menghargai masa dan mempunyai matlamat hidup. Dalam hal ini ,bagi seorang pelajar,disiplin merupakan teras kejayaaan akademik.Mengapakah disiplin begitu penting dalam kehidupan seorang pelajar? Marilah kita lihat hubungan erat antara disiplin dengan kejayaan akademik seseorang itu.

Pelajar yang berdisiplin dapat menguruskan masa dengan sempurna . Mereka tidak membuang masa dengan sia-sia kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.Apabila pelajar belajar mengikut masa yang ditetapkan dan mengikut jadual waktu yang disediakan,sudah tentu dia dapat belajar dengan tenang dan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan mudah. Akhirnya,pelajar yang berdisiplin ini akan mendapat kejayaan dalam akademik.Di sini, jelas menunjukkan bahawa disiplin merupakan teras kejayaan akademik.

Selain itu, pelajar yang berdisiplin juga dapat mengawal diri mereka daripada melakukan perkara-perkara negatif seperti peras ugut, buli, vandalisme dan penyalahgunaan

Page 30: New Microsoft Office Word Document

dadah. Mereka juga tidak akan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya dalam peperiksaan. Dalam hal ini, disiplin merupakan benteng yang ampuh yang mampu mengekang remaja atau pelajar terjebak dalam kemelut sosial yang kian meruncing kini.

Di samping itu, pelajar yang berdisiplin biasanya mempunyai sahsiah yang baik. Mereka akan menghormati ibu bapa,guru,dan orang-orang yang lebih tua. Hal ini bertepatan dengan hasrat kerajaan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Hanya pelajar yang berdisiplin dan memiliki akhlak yang mulia sahaja yang mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik.

Pelajar yang berdisiplin mampu mencipta kecemerlangan dalam akademik. Hal ini demikian kerana pelajar yang menjalani kehidupan seharian dengan teratur dan sempurna mampu menjana fikiran mereka untuk menghasilkan inovasi baru menerusi kajian dan penemuan baru serta eksperimen. Komitmen serta keiltizaman yang tinggi dalam kalangan remaja yang berdisiplin mampu mewujudkan kejayaan,bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam kerjaya mereka setelah mereka meninggalkan alam persekolahan nanti.

Berdasarkan perbincangan di atas tadi, jelas menunjukkan bahawa disiplin merupakan teras kejayaan akademik.Orang yang berdisiplin akan memperoleh kejayaan dalam hidup kerana dia mampu membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Oleh itu,marilah kita bersama-sama mewujudkan generasi yang berdisiplin agar mereka dapat merealisasikan impian negara.

-7-

CONTOH KARANGAN Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan

peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai

golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu ini

menjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai.

Antara penyakit sosial yang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan

institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi

keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga

begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku

diadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumah diibaratkan

sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah

menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Page 31: New Microsoft Office Word Document

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-

anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu

menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak

dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk

mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai

kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu

sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada

hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti

riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di

destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak

diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa

perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak

mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang

sempurna. Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan

mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawa remaja akan dapat

membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja

mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab

mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak

benar sama sekali. Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat

ajaran agama yang sempurna. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk

membekalkan ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh

biarlah dari rebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan

bahawa anak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-

rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkan imej diri

dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga. Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-

anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa ke

semasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk

mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu

bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru.

Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk

membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa

perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka

-8-

tidaklahbagai mencurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada

mengubati. Ibu bapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka

dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka dan meletakkan kepentingan anak-anak

mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

Page 32: New Microsoft Office Word Document

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Ibu

bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana

segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah

laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai

tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak

mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah

mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan

menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak

harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja

tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan

melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perlu dihapuskan dari

akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa perlulah

mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagi memastikan golongan remaja

tidak akan menjangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan

negara pada masa hadapan. Mereka harus dibimbing agar akan menjadi modal insan yang

berintegriti dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan

golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan.

CONTOH KARANGAN Semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum. Huraikan kebaikan kegiatan kokurikulum.

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar

bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian

seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-

kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat

memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar

yang menyertainya. Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar

dapat meningkatkan daya kepemimpinan. Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau

permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang

kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan

Page 33: New Microsoft Office Word Document

manusia. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina

kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. Pepatah

Melayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas.

-9-Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam

kalangan pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara.

Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

CONTOH KARANGAN Langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan,

dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah

kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting

kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita

apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran

sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita

sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar

hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Page 34: New Microsoft Office Word Document

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong.

Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang

tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat

berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu

mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui

pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh,

aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman,

menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat

menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

-10-

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa

sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan

memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah

terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat.

Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk

berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas,

Deepavali, dan sebagainya majlis- majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan.

Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka

dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk

memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini

diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti

seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila

aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan

bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak,

gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi,

melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak

langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti

yang terungkap dalam peribahasa Melayuke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam

aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk

satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau

pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak

pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga,

Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan

sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat

Page 35: New Microsoft Office Word Document

secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian

yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur

dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam

kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam

kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan.

Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita

akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita

perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke

hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada

mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai

jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.

Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat

merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan

kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita

itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk

setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak

mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu

“bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.

-11-

Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan

perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita

roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh

dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan

semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan

sejahtera.

CONTOH KARANGAN Peranan ibu bapa memupuk minat anak-anak supaya gemar membaca.

Anak-anak dalam zaman ini tidak suka membaca. Mereka lebih suka menghabiskan

masa lapang mereka dengan melepak di kompleks beli-belah atau menonton televisyen

daripada membaca bahan bacaan yang berguna. Jika tidak membaca, mereka akan

kekurangan ilmu pengetahuan atau tidak mengetahui perubahan yang berlaku di sekeliling

mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memupuk minat membaca dalam

kalangan anak mereka.

Page 36: New Microsoft Office Word Document

Satu daripada peranan ibu bapa ialah ibu bapa hendaklah menyemaikan tabiat suka

membaca dalam kalangan anak mereka.Tabiat ini harus ditanamkan sejak kecil lagi bak kata

pepatah, "kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya". Dalam hal ini, ibu bapa perlu

menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah

mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menggalakkan anak-anak membaca. Apabila

anak selalu membaca, mereka akan menjadi seronok lalu menjadikan amalan membaca

sebagai hobi kerana “alah bisa tegal biasa”.

Selain itu, ibu bapa sendiri juga harus menanamkan sikap suka membaca kepada diri

sendiri sebagai teladan kepada anak-anak. Apabila melihat ibu bapa membaca, anak-anak

juga akan terpengaruh untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang suka membaca.

Misalnya, ibu bapa yang tidak suka membaca dan hanya menggalakkan anak-anak mereka

membaca dianggap bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. Oleh yang demikian, ibu

bapa mestilah menjadi contoh kepada anak-anak dengan menjadikan amalan membaca

sebagai hobi keranab ag a ima na acuan begitulah kuihnya.

Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah sering membawa anak-anak ke perpustakaan

atau ke kedai-kedai buku. Apabila mereka berada di perpustakaan atau di kedai buku, mereka

berpeluang untuk memilih buku-buku yang diminati untuk dibeli atau dibaca. Melalui cara

ini, ibu bapa dapat menyuburkan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Bukan itu

sahaja, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak untuk membaca buku dengan cara

mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-

anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini.

Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan

dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku dan mereka tidaklah menjadi seperti

katak di bawah tempurung.

Kesimpulannya, ibu bapa harus sedar akan peri mustahaknya membaca kerana para

pujangga sering mengingatkan pembaca bahawa membaca jambatan ilmu. Ibu bapa harus

menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan

menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah

menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika

anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan

terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah

membawa anak-anak seminggu atau dua minggu sekali ke kedai buku atau ke perpustakaan.

-12-CONTOH KARANGAN Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak dalam membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus

yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi

Page 37: New Microsoft Office Word Document

harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan

mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang

penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh

dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul

menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat

bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak.

Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini,

kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera

diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang

tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri

anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan

mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan

pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali

sebelum melakukan kesalahan.

Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa

demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan

ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak

dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual

pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk

melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif

dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar

tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa.

Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh

keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila.

Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka alpa dengan

tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama dan

moral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan

tingkah laku yang murni demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan

tepat, anak- anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang

berketerampilan dan berkewibawaan.

Mengikut Doktor Fazilah Kamsah, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan

menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan.

Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada

jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu diterangkan kesannya jika

mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting

agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya

tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak

Page 38: New Microsoft Office Word Document

berguna. Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi

sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.

-13-

Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak

mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting

mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah

membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayak ramai agar

dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti

tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa

mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri

berjalan senget.

Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada

komitmen ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan

anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak

yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan kokurikulum

sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian,

saya berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-

anak agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial.

Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging

masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian

Wawasan 2020.

CONTOH KARANGAN Kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita.

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada pelancong dari luar negara.

Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan”Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa,”Sambil Menyelam Minum Air”.

Page 39: New Microsoft Office Word Document

Seterusnya, sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga -14-mendapat keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.

Sektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia. Barangan kraftangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, dan lain-lain sebagai buah tangan buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraftangan tempatan.

Sektor pelancongan dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan.

Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Tidak dinafikan peluang yang datang memberi rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga yang ringan tulang.

Sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan songket boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.

Akhir kalam, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama dari segi ekonomi kepada negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana tak kenal maka tak cinta

Page 40: New Microsoft Office Word Document

CONTOH KARANGAN Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi kenaikan harga barang. Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini bak kata pepatah ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita membelanjakan semua pendapatan kita, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60% sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang. Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya. Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambiltindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapatkelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakanlawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturanyang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-manapenjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau

-16-cuba memasang lukah dipergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga minyak. Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama- sama dituruniu ntu k mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini.

CONTOH KARANGAN Langkah-langkah menjaga kesihatan

“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas” sering

diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar

Page 41: New Microsoft Office Word Document

menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai

tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan.

Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan

mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil

makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh

piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya

dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang

membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang

berkualiti sahaja.

Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan

melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan

kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan

membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak

yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan

pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak

kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang

daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah

dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak

kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang

stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian

kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah

berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam

sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.

Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan

pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat, Negara

Maju.” Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi

pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga

kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat.

-17-

CONTOH KARANGAN Kempen Budi Bahasa

Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang elok itu

budi”, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam

kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan

bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. Namun, semuanya ini hanya suatu retorik

Page 42: New Microsoft Office Word Document

sehingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen Berbudi Bahasa untuk menghidupkan

kembali budaya berbudi bahasa ini.

Kempen Berbudi Bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian

dan Warisan (KeKKWa) baru-baru ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa

masyarakat kita pada hari ini. Melalui kempen ini, kita digalakkan supaya memberi ucapan

dalam salam dan senyuman manis sebagai tanda perkenalan atau menjalinkan hubungan yang

lebih mesra. Dengan cara ini, kita akan dapat membersihkan jiwa nurani kita daripada sifat

sombong, meninggi diri dan ujub. Malah, agama Islam menganggap senyuman itu sebagai

satu ‘sedekah’ antara sesama manusia.

Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormat-menghormati antara

satu sama lain juga amat dianjurkan melalui kempen itu. Amalan ini akan dapat menjalinkan

kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di negara ini. Apatah

lagi jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak kira di mana-mana sahaja kita

berada. Bukankah pepatah ada menyebut bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua

harus kita hormati? Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, saya yakin bahawa matlamat

kempen ini dapat dicapai dalam jangka masa yang sangat singkat.

Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas di bahagian kaunter, layanan

mesra terhadap pelanggan atau orang ramai yang berurusan di kaunter mestilah diberi

keutamaan. Layanan yang sedemikian bukan sahaja akan memberi kepuasan maksimun

kepada orang ramai bahkan dapat meningkatkan imej kerajaan atau agensi tertentu yang

selama ini telah tercalar. Pada masa yang sama, amalan bertegur sapa yang dicanangkan

melalui Kempen Berbudi Bahasa ini dapat memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan

masyarakat Malaysia yang bersifat penyayang.

Secara tuntas, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangat-hangat

tahi ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan

kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun.

Bak kata pepatah, hidup dikandung adat mati dikandung tanah.

-18-