kaedah 5w1h: penawar keengganan membaca...

18
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013 80 KAEDAH 5W1H: PENAWAR KEENGGANAN MEMBACA (READING RELUCTANCE) Ismail Bin Ag Piut Jabatan Pengajian Melayu ABSTRAK Umum mempercayai kemahiran membaca memberi impak positif terhadap pemerolehan kemahiran mekanis, perluasan ilmu, pemantapan pemikiran serta kematangan sosial, emosi, dan rohani manusia dalam komunikasi insaniah dan ihsaniah. Namun masalah Keengganan Membaca (reading reluctance) yang ditakrifkan Ambigapathy Pandian (2000) sebagai „satu fenomena dalam kalangan pelajar yang dapat membaca tetapi tidak mengamalkannya‟ masih ketara dalam kalangan pelajar Malaysia. Justeru, Kaedah 5W1H ilham Rudyard Kipling (1902) dirasakan antara angkubah alternatif yang boleh menyelesaikan masalah Keengganan Membaca dalam artikel ilmiah. Kajian Tindakan ini dibataskan kepada 28 Pelajar DPLI-BM Ambilan Disember 2011, IPG Kampus Kent dan digagaskan untuk mengenalpasti faktor utama Keengganan Membaca artikel ilmiah dalam kalangan pelajar, tahap peningkatan minat, kefahaman, dan prestasi pemerolehan ilmu pelajar dalam membaca artikel ilmiah melalui Kaedah 5W1H. Dalam hal ini, Gred Sistem Pemarkahan SPM 2010 dan Model Skala Penentuan Tahap Sikap (MKPTS) Daniel Katz (1966) digunakan untuk mengukur signifikasi perubahan tahap angkubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan Teknik Membaca, Minat, Persembahan Organisasi Teks, Tahap Kesukaran Teks, dan Sikap adalah lima faktor utama masalah Keengganan Membaca artikel ilmiah. Sementara itu, tahap MKPTS bagi peningkatan angkubah minat dan kefahaman pelajar dalam membaca artikel ilmiah melalui Kaedah 5W1H berada pada „Tahap Tinggi‟. Manakala min skor dan gred peningkatan prestasi pemerolehan ilmu antara Ujian Pra, Ujian Semasa, dan Ujian Pasca juga amat signifikan iaitu perubahan daripada Lulus Atas (D) kepada Cemerlang Tinggi (A). Sekaligus dapatan ini menyokong dapatan kajian keberkesanan Kaedah 5W1H oleh Luo Tao dan rakan (2006) dan Narayana Rao (2011). Implikasi dapatan kajian ini menuntut agar guru bahasa Melayu menggunakan kaedah 5W1H dalam pengajaran dan pembelajaran bahan ilmiah di bilik darjah. Kajian Tindakan susulan bagi menyokong keberkesanan kaedah ini juga perlu dibuat ke atas pembacaan bahan kreatif. PENGENALAN Pengajaran kemahiran membaca dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (mulai 1982), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (mulai 2010) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (mulai 1989) merupakan kemahiran yang diajar selepas penguasaan kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) atau sebelum kemahiran menulis. Sekaligus, ia merupakan kemahiran yang diperkenalkan untuk membantu pelajar berkomunikasi dengan khalayak secara efektif di samping meningkatkan keyakinan diri. Kebolehan seseorang

Upload: doanmien

Post on 24-Mar-2019

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

80

KAEDAH 5W1H: PENAWAR KEENGGANAN MEMBACA (READING RELUCTANCE)

Ismail Bin Ag Piut

Jabatan Pengajian Melayu

ABSTRAK Umum mempercayai kemahiran membaca memberi impak positif terhadap pemerolehan kemahiran mekanis, perluasan ilmu, pemantapan pemikiran serta kematangan sosial, emosi, dan rohani manusia dalam komunikasi insaniah dan ihsaniah. Namun masalah Keengganan Membaca (reading reluctance) yang ditakrifkan Ambigapathy Pandian (2000) sebagai „satu fenomena dalam kalangan pelajar yang dapat membaca tetapi tidak mengamalkannya‟ masih ketara dalam kalangan pelajar Malaysia. Justeru, Kaedah 5W1H ilham Rudyard Kipling (1902) dirasakan antara angkubah alternatif yang boleh menyelesaikan masalah Keengganan Membaca dalam artikel ilmiah. Kajian Tindakan ini dibataskan kepada 28 Pelajar DPLI-BM Ambilan Disember 2011, IPG Kampus Kent dan digagaskan untuk mengenalpasti faktor utama Keengganan Membaca artikel ilmiah dalam kalangan pelajar, tahap peningkatan minat, kefahaman, dan prestasi pemerolehan ilmu pelajar dalam membaca artikel ilmiah melalui Kaedah 5W1H. Dalam hal ini, Gred Sistem Pemarkahan SPM 2010 dan Model Skala Penentuan Tahap Sikap (MKPTS) Daniel Katz (1966) digunakan untuk mengukur signifikasi perubahan tahap angkubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan Teknik Membaca, Minat, Persembahan Organisasi Teks, Tahap Kesukaran Teks, dan Sikap adalah lima faktor utama masalah Keengganan Membaca artikel ilmiah. Sementara itu, tahap MKPTS bagi peningkatan angkubah minat dan kefahaman pelajar dalam membaca artikel ilmiah melalui Kaedah 5W1H berada pada „Tahap Tinggi‟. Manakala min skor dan gred peningkatan prestasi pemerolehan ilmu antara Ujian Pra, Ujian Semasa, dan Ujian Pasca juga amat signifikan iaitu perubahan daripada Lulus Atas (D) kepada Cemerlang Tinggi (A). Sekaligus dapatan ini menyokong dapatan kajian keberkesanan Kaedah 5W1H oleh Luo Tao dan rakan (2006) dan Narayana Rao (2011). Implikasi dapatan kajian ini menuntut agar guru bahasa Melayu menggunakan kaedah 5W1H dalam pengajaran dan pembelajaran bahan ilmiah di bilik darjah. Kajian Tindakan susulan bagi menyokong keberkesanan kaedah ini juga perlu dibuat ke atas pembacaan bahan kreatif.

PENGENALAN Pengajaran kemahiran membaca dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (mulai 1982), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (mulai 2010) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (mulai 1989) merupakan kemahiran yang diajar selepas penguasaan kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) atau sebelum kemahiran menulis. Sekaligus, ia merupakan kemahiran yang diperkenalkan untuk membantu pelajar berkomunikasi dengan khalayak secara efektif di samping meningkatkan keyakinan diri. Kebolehan seseorang

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

81

dalam membaca juga dikaitkan dengan pemikiran kritis melalui hemisfera otak kiri (HOKi) yang dikatakan memberi impak kepada kebolehan seseorang untuk berhujah, membuat pertimbangan antara kebaikan dengan kelemahan, mengumpul maklumat dan mengetepikan makna yang kabur, serta kesimpulan yang tidak munasabah (Mohd. Nashuha Jamidin dan rakan (1996). Justeru itu, dari masa ke semasa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah merancang pengisian terkini yang selari dengan pembangunan negara di samping menjurus kepada pengrealisasian visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan satu sistem pendidikan berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek secara lebih menyeluruh, sepadu dan harmonis berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996).

LATAR BELAKANG MASALAH Kajian tentang sikap membaca pada beberapa dekad yang lalu tertumpu kepada dominasi kognitif, dan kebanyakannya pula dikaitkan dengan pembaca peringkat awal atau golongan yang lemah pembacaannya. Di Malaysia, kajian sedemikian lebih menjurus kepada usaha mengajar masyarakat membaca bagi mengurangkan masalah buta huruf. Walau bagaimanapun, masalah baru wujud dalam kalangan pelajar pandai membaca iaitu „Keberatan atau Keengganan Membaca‟ (Reading Reluctance). Ambigapathy Pandian (2000) mentakrifkan Keberatan Membaca sebagai satu fenomena yang wujud dalam kalangan pelajar yang pandai membaca tetapi tidak mengamalkannya. Kajian oleh Smith dan Mikulecky (1978) menunjukkan bahawa sikap mengabaikan pembacaan merupakan masalah yang wujud dalam kalangan generasi baru khususnya dalam pembelajaran akibat „Kesan Pemodelan‟. Indikator Kesan Pemodelan diperlihatkan melalui „Model Pembacaan Lemah‟ (jarang-jarang atau tidak suka membaca), pengaruh sikap malas membaca dalam kalangan adik-beradik, keupayaan pembacaan yang lemah, serta anggapan aktiviti membaca hanya semasa bersekolah dan mengetepikan tabiat membaca apabila tamat sekolah. Seterusnya, kajian Ambigapathy Pandian (1993, 1995 dan 2000) ke atas tahap Keengganan Membaca dalam kalangan pelajar pelajar sekolah menengah dan universiti daripada etnik terbesar negara (Melayu, Cina dan India) menunjukkan bahawa masalah tersebut berada di peringkat menular dan merebak.

Kajian Ambigapathy Pandian (2000) ke atas 304 pelajar Melayu Tingkatan Empat Pelbagai Aliran di 15 buah sekolah menengah negara ini menunjukkan bahawa pemboleh-ubah atau faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut ialah latar belakang pelajar dan keluarga, persekitaran rumah pelajar, kebiasaan membaca pelajar, persekitaran sekolah pelajar dan „faktor mencelah‟ (pendedahan kepada media, sikap pembacaan dan sikap terhadap bahasa). Bagaimanapun, pemerhatian umum guru Bahasa Melayu KBSR Tahap Dua SRK ST John, Tuaran menunjukkan bahawa akar masalah yang ketara ialah ketidak-fahaman pelajar tentang „Kaedah Membaca Aktif‟ iaitu kaedah yang memerlukan pelajar terlibat sepenuhnya dengan bahan bacaan sebelum, semasa dan selepas membaca. Ringkasnya, pelajar tidak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

82

tahu perkara apa yang mesti dicari dan difahami ketika membaca. Dapatan pemerhatian ini sebenarnya mempunyai kaitan yang rapat dengan pendapat Elley W.B (1984) yang mengatakan bahawa antara faktor utama yang menyebabkan Keengganan Membaca ialah faktor „Keterbacaan Wacana‟ yang dihuraikan sebagai tahap kefahaman dan minat pembaca sendiri. Menurutnya teks yang memiliki tingkat keterbacaan yang tinggi relatif lebih mudah dibaca. Sebaliknya, teks yang memiliki tingkat keterbacaan yang rendah lebih sulit dibaca.

Kaedah Membaca Aktif atau Kecepatan Efektif Membaca mengikut

Burron dan Claybaugh (1977), Heilman (1972), Ommagio (1984), Williams (1984), dan Alexander (1983) mempunyai kaitan sangat signifikan dengan faktor Kesediaan Membaca (reading readiness). Menurutnya faktor ini dipengaruhi oleh elemen yang berikut berikut; (1) kemahiran berbahasa lisan (membaca), (2) kemampuan fizikal auditori atau visual, (3) latarbelakang pengalaman, (4) latarbelakang persekitaran, (5) sikap, (6) minat, (7) tahap intilegen, dan (8) tahap penaakulan/ pemahaman konsep. Bagaimanapun, Harjasujana (1992) merumuskan bahawa penaakulan atau pemahaman wacana dipengaruhi lima faktor iaitu; (1) latarbelakang pengalaman, (2) kemampuan berbahasa, (3) kemampuan berfikir, (4) tujuan membaca, dan (5) kesan afektif seperti motivasi, sikap, minat, keyakinan, dan perasaan. Menariknya, semua faktor yang dinyatakan penulis-penulis di atas sebenarnya telah digolongkan oleh Pearson (1978) dan Hafni, (1981) kepada dua kategori faktor utama iaitu Faktor Dalaman (internal faktor) dan Faktor Luaran (external faktor). Faktor Dalaman diri pembaca merangkumi kompetensi bahasa, minat, motivasi, dan kamampuan membaca. Manakala Faktor Luaran melibatkan dua kategori iaitu; (a) unsur dalam bacaan (kesukaran wacana dan organisasi teks), dan (b) sifat-sifat lingkungan bacaan yang berkaitan dengan kemudahan atau fasiliti, guru, persekitaran, dan teknik.

Justeru, „Pendekatan Bertanya‟ khususnya melalui „Kaedah 5W1H‟

yang dikemukakan oleh William Wilen dari Kent State Universiti, USA berdasarkan ilham Rudyard Kipling (1902) dalam baris-baris puisinya „Just So Stories‟ yang berbunyi “I keep six honest serving-men, (They taught me all I Knew), Their names are What and Why and When, And How and Where and Who” dilihat sebagai satu alternatif yang mungkin boleh mengaktifkan pengajaran kemahiran lisan dan menyelesaikan masalah „Keberatan Membaca‟ (Reading Reluctance) dalam kalangan pelajar. Ini disebabkan, pelajar yang bertanya dan berfokus semasa membaca adalah pembaca yang berfikir dan sekiranya soalan yang ditanya adalah soalan berkognitif tinggi, bermakna ia sedang berfikir pada aras yang tinggi (Kindsvatter, 1992). Tegasnya, melalui kaedah ini, guru dan pelajar akan dibiasakan dengan soalan-soalan „Apa‟ (what), „Siapa‟ (who), „Di mana‟ (where), „Bila‟ (when), „Mengapa‟ (why) dan „Bagaimana‟ (how) sebelum, semasa dan selepas membaca.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

83

TINJAUAN LITERATUR Secara umum, penggunaan kaedah 5W1H telah merentas sempadan bidang keilmuan dan aplikasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) misalnya, telah menerapkan penggunaan Kaedah 5W1H dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah melalui Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Tingkatan Tiga agar pelajar terpandu ketika menyediakan sinopsis, ringkasan, atau rumusan bagi kemahiran mendengar serta dapat menyatakan gambaran keseluruhan dan idea utama daripada maklumat pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton. Luo Tao dan rakan (2006) dari Kookmin University, Korea dalam Kajiannya; User Scenario Modeling Using 5W1H and 5S in Home Environment telah merumuskan bahawa kaedah 5W1H telah membantu secara objektif komunikasi di antara pereka dan jurutera dalam menghasilkan rekabentuk Sistem Model Senario dalam persekitaran rumah yang bersifat „user friendly‟. Dapatan kajian Narayana Rao (2011) pula menjelaskan bahawa kombinasi Kaedah 5W1H dengan ECRS (Eliminate, Combine, Rearrange, and Simplify) adalah pendekatan analisis yang efektif dalam penambahbaikan industri kejuruteraan khususnya yang melibatkan pengeluaran dan perkhidmatan. Seterusnya, kajian Jon Miller (2008) daripada Gemba Panta Rei Research mendapati bahawa keefisienan kefahaman terhadap berita kewartawanan bergantung kepada kesinambungan persoalan 5W1H khususnya soalan „bagaimana‟ (how) dalam kalangan pengguna.

PERNYATAAN MASALAH Guru selalu mengajar kemahiran membaca di bilik darjah, tetapi jarang menggunakan „Kaedah 5W1H‟. Manakala, pelajar diandaikan mempunyai kebolehan asas membaca pelbagai peringkat bahan kritis dan kreatif tetapi mereka tidak berminat dan enggan untuk membaca secara tekal atau konsisten kerana terikat dengan masalah ketidakfahaman „Kaedah Membaca Secara Aktif‟. Sebaliknya, guru dan pelajar hanya mengamalkan kaedah membaca secara mekanis dan akaliah tanpa fokus. Akibatnya, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi klise, pasif dan pelajar menghadapi masalah memahami bahan yang dibaca secara efektif. Seterusnya, mereka lemah dalam mengolah karangan secara bernas disebabkan kekurangan pengetahuan luar. Berdasarkan premis tersebut, kajian ini didedikasikan untuk melihat sejauhmana Kaedah 5W1H menjadi penawar „Keengganan Membaca‟ pelajar di bilik darjah. Melalui kaedah ini diharap matlamat menambahbaik keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, meningkatkan minat dan kefahaman membaca pelajar secara konsisten, dan kemahiran memperolehi konten (content knowledge) secara berkesan.

TUJUAN KAJIAN Sebagai pensyarah Pengajian Melayu dan pengkaji, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatasi masalah Keengganan Membaca dalam kalangan pelajar khususnya pelajar yang memang pandai membaca agar minat, kefahaman, dan pemerolehan ilmu daripada pembacaan bahan ilmiah dapat ditingkatkan serta dibudayakan. Adalah diharapkan agar

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

84

kesinambungan Pembacaan Aktif melalui Kaedah 5W1H dapat diteruskan ke tahap pembacaan yang lebih tinggi dan tekal sesuai dengan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat. Selain daripada itu, kebolehan menjawab soalan secara berkesan dapat dimantapkan apabila pelajar memahami apa yang dibaca dengan baik dan berfokus. Objektif Kajian Berdasarkan pernyataan masalah tersebut, kajian ini dijuruskan untuk memenuhi dan mencapai objektif yang berikut:- 1. Mengenalpasti faktor utama yang menyebabkan masalah

Keengganan Membaca artikel ilmiah dalam kalangan pelajar. 2. Mengenalpasti tahap peningkatan minat pelajar untuk membaca

artikel ilmiah melalui Kaedah 5W1H. 3. Mengenalpasti tahap peningkatan kefahaman pelajar terhadap artikel

ilmiah yang dibaca melalui Kaedah 5W1H. 4. Mengenalpasti tahap peningkatan prestasi pemerolehan ilmu

daripada artikel ilmiah dalam kalangan pelajar melalui Kaedah 5W1H?.

Adalah menjadi harapan pengkaji agar, dapatan kajian ini boleh

digunakan sebagai sokongan dan panduan kepada para pengkaji, pendidik dan aktivis pendidikan dalam merancang, memilih dan melaksanakan alat, aktiviti atau program membaca di kalangan pelajar atau orang awam yang bermakna dan berkesan. Persoalan Kajian Secara khusus, kajian ini cuba mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang dikemukakan seperti berikut: 1. Apakah faktor utama yang menyebabkan masalah Keengganan

Membaca artikel ilmiah dalam kalangan pelajar. 2. Apakah tahap peningkatan minat pelajar dalam membaca artikel

ilmiah melalui Kaedah 5W1H?. 3. Apakah tahap peningkatan kefahaman pelajar terhadap artikel ilmiah

yang dibaca melalui Kaedah 5W1H?. 4. Apakah tahap peningkatan prestasi pemerolehan ilmu dalam

kalangan pelajar daripada artikel ilmiah yang dibaca melalui Kaedah 5W1H?.

Hipotesis Kajian Terdapat perhubungan yang positif dan signifikan antara kaedah membaca yang berkesan dengan peningkatan minat, kefahaman, dan prestasi pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

85

Signifikan Kajian Kajian yang dilakukan ini diharap dapat membantu memperbaiki pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam memahami masalah Keengganan Membaca dan kaedah penyelesaian yang berkesan melalui kaedah 5WIH. Hal ini kerana minat dan kefahaman pelajar adalah asas yang membolehkan mereka mahir menyelesaikan masalah pemerolehan ilmu secara lebih objektif dan pragmatik khususnya yang berkaitan dengan bahan ilmiah yang dianggap mempunyai aras kesukaran yang tinggi.

DEFINISI OPERASI 1. Artikel ilmiah – parangan atau makalah atau rencana faktual yang

bersifat keilmuan atau akademik untuk memberikan alternatif pemecahan sesuatu masalah atau isu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).

2. Faktor utama – angkubah terpenting atau penting sekali dalam penentuan sesuatu perkara atau subjek (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).

3. Kaedah 5W1H – ialah kaedah Penyoalan Penyelesaian Masalah (problem solving questioning) yang..

4. Keengganan Membaca (reading reluctance) – „Those who can read but don‟t enjoy it or those who find reading so difficult that they avoid it whenever they can‟ (Tami J.Little, 2011)

5. Kefahaman Membaca – kebolehan menterjemah idea daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Lamberg dan Lamb (1980) membahagikan tahap kefahaman membaca kepada tiga tahap iaitu; 1) Kefahaman Literal – kebolehan memahami maksud tersurat, 2) Kefahaman Tafsiran – kebolehan membuat interpretasi, 3) Kefahaman Kritis dan Kreatif – kebolehan menghakimi dan menilai idea, maklumat, pendapat, dan pandangan dalam bahan)

6. Kesediaan Membaca (reading readiness) – Act of preparing, or degree of preparedness for formal reading instruction or any other reading activity or task (Education.com, 2011)

7. Membaca – Proses memperolehi tafsiran bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Manakala Kenedy (1981) mendifinisikannya sebagai „keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya‟.

8. Minat Membaca – kemampuan seseorang berkomunikasi dengan diri sendiri untuk menangkap makna yang terkandung dalam tulisan sehingga memberikan pengalaman emosi akibat perhatian mendalam terhadap makna bacaan (Crow and Crow; 1984, Tarigan; 1985). Tampubolon (1993), Sandjaja (2005), Ormrod (2003), Elliot (2000), Petty dan Jensen (1980), Hurlock (1993), dan Ginting (2005) memperincikan indikator minat membaca kepada enam pengalaman emosi iaitu rasa gembira, bermotivasi, rasa selesa atau senang, rasa

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

86

aman, memberi perhatian penuh, dan kerelaan atau tanpa paksaan ketika membaca.

9. Penyelidikan Tindakan – „Action research is simply a form of self-reflecting enquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own practices, their understanding of these practices, and the situation in which the practices are carried out‟ (Carr and Kemmis, 1986)

BATASAN KAJIAN

Skop dan limitasi kajian adalah menjurus kepada empat persoalan kajian yang mencakupi pengenalpastian faktor utama masalah Keengganan Membaca, dan tahap peningkatan minat, kefahaman, serta prestasi pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar terhadap artikel ilmiah yang dibaca dengan Kaedah 5W1H.

Sempal kajian dipilih daripada kesemua 28 orang (7 lelaki dan 21 wanita) pelajar DPLI Pengajian Melayu Semester 2 Ambilan Disember 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, dan taburan latar belakang biografi mereka menunjukkan kepelbagaian etnik bumiputra di Sabah, Sarawak, dan Semananjung Malaysia. Sampel yang terlibat juga adalah pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan dari segi bidang pengkhususan (major opsyen) dan pencapaian CGPA (cumulative grade points aggregate) ijazah pertama di universiti, dan gred pencapaian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Dalam pada itu, kajian juga hanya tertumpu kepada kemahiran membaca artikel ilmiah dengan Kaedah 5W1H di dalam kelas. Ini disebabkan kemahiran membaca adalah kemahiran asas dan utama untuk kelangsungan kemahiran menulis dan menjadi pemangkin kepada penguasaan dan perluasan ilmu serta budaya membaca sepanjang hayat pelajar secara tekal.

KAJIAN RINTIS Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 17 pelajar PPISMP GSTT (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Guru Sandaran Tidak terlatih) Pendidikan Seni visual dan Sains Ambilan Disember 2011 untuk menentukan tahap kesahan instrumen soal-selidik kajian di samping mengenalpasti sejauhmana item-item tersebut dapat difahami dan ditafsir dengan tepat khususnya dari segi kejelasan bahasa dan bentuk soalan (Mohamad Najib, 1999). Jangkamasa diberikan kepada pelajar untuk menjawab soal-selidik ialah selama 40 minit (Mohamad Najib, 1999). Data kajian rintis dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 11.5 (Statistical Package for Social Studies) dan nilai yang diperolehi ialah α=0.64 dan ini adalah menepati indeks kebolehpercayaan instrumen yang mencukupi dan boleh digunapakai untuk penyelidikan (Majid, 1990). Perbincangan dengan panel penilai proposal penyelidikan IPG Kampus Kent juga telah dijalankan untuk melihat kesahan instrumen soal-selidik. Justeru, item soal-selidik berkenaan telah digunakan tanpa pengubahsuaian dari segi bahasa dan aras kesukaran.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

87

REKABENTUK KAJIAN Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Reka Bentuk Penyelidikan Diskriptif Tinjauan dan Kajian Tindakan di mana data-data adalah diperolehi melalui „primary data‟ dan „secondary data‟. „Primary data‟ menekankan maklumbalas atau response berdasarkan persepsi guru yang diperolehi melalui instrumen Borang Soal Selidik Kajian. Mohd. Majid Konting (2005) menyatakan bahawa penggunaan soal selidik adalah merupakan pendekatan yang bersifat logik, saintifik dan khusus serta ukurannya yang bersifat kuantitatif mudah diperolehi. Soal selidik digunakan melibatkan dua bahagian iaitu Bahagian A untuk mendapatkan sedikit demografi tentang jantina, umur, keputusan BM peringkat SPM, dan PMGT yang diperolehi semasa Ijazah Pertama. Manakala Bahagian B melibatkan melibatkan konstruk tinjauan diskriptif dalam bentuk pernyataan berskala Likert 4 pilihan untuk menjawab persoalan kajian yang telah ditentukan.

Di samping itu, keputusan dalam bentuk markah pelajar daripada Ujian Pra, Ujian Semasa, dan Ujian Pasca berbentuk Ujian Objektif 10 item yang dijalankan sebelum, semasa, dan selepas tiga siri pengajaran Kaedah 5W1H dalam bilik kuliah juga digunakan untuk melihat perbandingan tahap prestasi pemerolehan ilmu daripada artikel ilmiah dalam kalangan pelajar yang dibaca tanpa menggunakan kaedah 5W1H (Ujian Pra) dan dengan menggunakan Kaedah 5W1H (Ujian Semasa dan Ujian pasca).

Manakala „secondary data‟ diperolehi melalui kajian perpustakan seperti buku, majalah, jurnal, kajian dan artikel yang diakses melalui perpustakaan dan web site untuk melihat sorotan literatur bagi tajuk yang dikaji. Populasi dan Persampelan Kajian Sampel yang juga populasi kajian ini terdiri daripada semua 28 orang (7 lelaki dan 21 wanita) pelajar DPLI Pengajian Melayu Semester 2 Ambilan Disember 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Sampel ini dipilih kerana pengkaji mempunyai akses kepada mereka khususnya sebagai pensyarah dan Ketua Jabatan yang terlibat dengan pengajaran dan pemantauan P&P pelajar. Sampel kajian yang terlibat juga mempunyai pelbagai latar belakang demografi di Sabah, Sarawak, dan Semananjung Malaysia di samping mempunyai pelbagai tahap kelulusan BM dan PMGT di peringkat SPM dan Ijazah Pertama. Kaedah Pemilihan Populasi Disebabkan bilangan populasi adalah kecil, maka semua responden iaitu 28 orang (7 lelaki dan 21 wanita) pelajar DPLI Pengajian Melayu Semester 2 Ambilan Disember 2011 adalah dilibatkan sepenuhnya.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

88

Lokasi Kajian Penyelidikan ini dijalankan di kelas DPLI Pengajian Melayu Semester 2 Ambilan Disember 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran. Lokasi ini dipilih kerana pengkaji mempunyai kapisiti „aksessibiliti‟ kuliah di samping penjimatan kos pengendalian dan logistik kajian. Prosedur Pengumpulan Data Dua kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu instrumen Borang Soal Selidik dan Ujian Pra, Ujian Semasa, dan Ujian Pasca. Kedua-dua instrumen kajian ini digunakan untuk memperolehi jawapan atau dapatan tentang persoalan yang dikemukakan. Instrumen Borang Soal Selidik berskala Likert 4 Pilihan digunakan untuk mendapatkan respon tentang factor utama Keengganan Membaca artikel ilmiah dan tahap peningkatan minat dan kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca dengan Kaedah 5W1H. Manakala, markah ujian digunakan untuk mendapatkan nilai perbandingan tahap peningkatan prestasi pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar terhadap artikel yang dibaca tanpa dan dengan Kaedah 5W1H.

Borang Soal Selidik mengandungi dua bahagian yang merangkumi aspek persoalan yang berikut:-

Bahagian A yang mengandungi butiran ringkas demografi pelajar

(jantina, umur, kelulusan BM di peringkat SPM, dan pencapaian PMGT di peringkat Ijazah pertama).

Bahagian B yang mengandungi soalan-soalan yang merangkumi aspek minat dan kefahaman pelajar terhadap artikel ilmiah yang dibaca dengan Kaedah 5W1H, dan faktor utama Keengganan Membaca artikel ilmiah dalam kalangan mereka.

Indikator Skala Likert melibatkan skala 1 – 4 (1= Sangat tidak setuju, 2= Tidak setuju, 3= Setuju 4= Sangat setuju) digunakan sebagai respon terhadap soalan-soalan Bahagian B yang dikemukakan.

Ujian Pra, Ujian Semasa dan Ujian Pasca berbentuk Ujian 10 Soalan Objektif aneka pilihan jawapan dalam bahasa Melayu yang berdasarkan artikel ilmiah akan digunakan untuk melihat perbandingan tahap prestasi pemerolehan ilmu daripada artikel ilmiah dalam kalangan pelajar yang dibaca melalui Kaedah 5W1H.

Berdasarkan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988), pengkaji telah melaksanakan tiga sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca artikel ilmiah dengan menggunakan Kaedah 5W1H. Ini adalah untuk meningkatkan kefahaman konsep, kemahiran aplikasi kaedah, dan peningkatan pengalaman hidup dalam menggunakan Kaedah 5W1H untuk pembacaan artikel ilmiah. Pelajar akan diberikan Ujian Pra untuk menguji tahap kefahaman dan kemahiran membaca mereka sebelum Kaedah 5W1H

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

89

digunakan. Ujian Semasa akan diberi selepas Sesi Pengajaran Kedua dilaksanakan bagi melihat perkembangan kefahaman dan kemahiran membaca pelajar dengan Kaedah 5W1H. Manakala, Ujian Pasca akan dijalankan selepas pelaksanaan Sesi Pengajaran Ketiga bagi melihat keberkesanan penggunaan Kaedah 5W1H dan seterusnya untuk perbandingan tahap kefahaman dan kemahiran membaca artikel ilmiah dalam kalangan pelajar sebelum, semasa, dan selepas penggunaan Kaedah 5W1H. Penganalisaan Data Secara umum, analisa data dibuat dengan menggunakan skor kekerapan, peratusan, dan min yang sesuai bagi dimensi persoalan kajian yang dilihat. Kekerapan dan peratusan digunakan pengkaji untuk mengenalpasti faktor atau angkubah utama Keengganan Membaca (reading reluctance) dalam kalangan pelajar. Pengukuran nilai tahap keberkesanan penggunaan Kaedah 5W1H mengikut persepsi pelajar adalah berdasarkan analisis Model Skala Penentuan Tahap Sikap (MKPTS) Daniel Katz (1966), Turiman Suandi (1991), dan Haryani dan Rakan (2010) yang memperincikan tahap sikap atau persepsi responden kepada tiga kategori tahap iaitu Rendah (1 - 1.99), Sederhana (2 – 2.99), dan Tinggi (3 – 4). Perincian tahap dalam model ini telah digunakan pengkaji untuk mengenalpasti tahap peningkatan minat pelajar dalam membaca artikel ilmiah dan tahap peningkatan kefahaman pelajar terhadap artikel ilmiah yang dibaca melalui Kaedah 5W1H.

Manakala Gred Sistem Pemarkahan SPM 2010 yang mempunyai 10 kategori gred prestasi markah iaitu (1) G= Gagal (0-29), (2), E= Lulus (30-39), (3) D = Lulus Atas (40-49), (4) C = Kepujian (50-59), (5) C+ = Kepujian Atas (60-64), (6) B = Kepujian Tinggi (65-69), (7) B+ = Kepujian Tertinggi (70-74), (8) A- = Cemerlang (75-79), (9) A = Cemerlang Tinggi (80-89), dan (10) A+ = Cemerlang Tertinggi (90-100) telah digunakan untuk mengukur tahap peningkatan prestasi pemerolehan ilmu daripada artikel ilmiah dalam kalangan pelajar melalui Kaedah 5W1H. Sistem gred ini dipilih kerana perinciannya yang lebih spesifik dan mendalam dapat memudahkan pengkaji mengenalpasti peringkat tahap skor dengan lebih signifikan.

DAPATAN KAJIAN Semua 28 responden telah terlibat dalam tiga sesi pembelajaran, menjawab Ujian Pra, Ujian Semasa, dan Ujian Pasca, serta menjawab borang Soal Selidik yang diedarkan dan dapatannya adalah seperti berikut: S.1. : Apakah faktor utama yang menyebabkan masalah Keengganan Membaca artikel ilmiah dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada 12 faktor utama Masalah Keengganan Membaca Artikel Ilmiah yang disenaraikan pengkaji berdasarkan dua penggolongan faktor oleh Pearson (1978) dan Hafni, (1981) iaitu Faktor Dalaman (internal faktor) dan Faktor Luaran (external faktor), responden hanya memilih lima faktor utama iaitu Tahap Kesukaran Teks, Sikap, Minat,

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

90

Persembahan Organisasi Teks, dan Teknik Membaca sebagai punca keengganan mereka untuk membaca bahan ilmiah. Rumusan dapatan kajian ke atas faktor ini digambarkan melalui rajah yang berikut: Rajah 1: Rumusan Faktor Utama Yang Menyebabkan Masalah Keengganan Membaca Artikel Ilmiah Dalam Kalangan Pelajar.

BIL

FAKTOR UTAMA

F

% F

GRAF KEKERAPAN DAN % LIMA FAKTOR UTAMA

1.5.1 Kemahiran asas membaca

- -

1.5.2 Tahap kesukaran teks,

4 14.3

1.5.3 Kemampuan berfikir

- -

1.5.4 Sikap 3 10.7

1.5.5 Minat 7 25

1.5.6 Latar belakang diri/ keluarga

- -

1.5.7 Persekitaran - -

1.5.8 Persembahan organisasi teks

6 21.4

1.5.9 Kemudahan - -

1.5.10 Teknik membaca

8 28.57

1.5.11 Kepentingan membaca

- -

1.5.12 Lain-lain - -

Rajah di atas menjelaskan bahawa faktor Teknik Membaca (f=8 @ 28.57%) merupakan faktor terpenting yang menyebabkan masalah Keengganan Membaca (reading reluctance) artikel ilmiah dalam kalangan pelajar. Faktor utama yang lainnya ialah faktor Minat (f=7 @ 25%), faktor Persembahan Organisasi Teks (f=6 @ 21.4%), faktor Tahap Kesukaran Teks (f=4 @ 14.3%), dan faktor Sikap (f=3 @ 10.7%). Secara spesifik, dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar memerlukan teknik membaca yang sesuai dan betul ketika membaca artikel ilmiah agar masalah Keengganan Membaca dapat dielakkan. S.2: Apakah tahap peningkatan minat pelajar dalam membaca artikel ilmiah melalui Kaedah 5W1H?. Pengkaji telah menggunakan enam indikator minat membaca yang diperincikan oleh Crow and Crow (1984), Tarigan (1985), Tampubolon (1993), Sandjaja (2005), Ormrod (2003), Elliot (2000), Petty dan Jensen (1980),

0

5

10

15

20

25

30

1.5.2 1.5.5 1.5.10

Kekerapan

%

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

91

Hurlock (1993), dan Ginting (2005) untuk mengenalpasti tahap peningkatan minat pelajar dalam membaca artikel ilmiah melalui Kaedah 5W1H melalui item soal selidik seperti yang berikut:-

2.1.1 Kaedah 5W1H merangsang motivasi saya untuk membaca artikel ilmiah secara aktif.

2.1.2 Kaedah 5W1H menyebabkan saya dapat membaca artikel ilmiah secara berfokus.

2.1.3 Kaedah 5W1H menyebabkan saya gembira semasa membaca artikel ilmiah.

2.1.4 Kaedah 5W1H menyebabkan saya selesa untuk membaca artikel ilmiah.

2.1.5 Kaedah 5W1H menyebabkan saya merasa tenteram semasa membaca artikel ilmiah.

2.1.6 Kaedah 5W1H menyebabkan saya ingin membaca artikel ilmiah secara sukarela atau tanpa paksaan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan kesan yang amat signifikan antara penggunaan Kaedah 5W1H dengan peningkatan minat pelajar untuk membaca artikel ilmiah. Rekod menunjukkan bahawa tahap peningkatan kesemua indikator minat berada pada nilai MKPTS „Tinggi‟ dengan nilai min atau % min tertinggi direkodkan oleh indikator „Membaca artikel secara berfokus‟ (m=4 @ 100%). Manakala tahap peningkatan minat pelajar yang terendah dicatatkan oleh indikator „Gembira semasa membaca‟ (m=3.39 @ 84.75%). Rumusan tahap peningkatan kesemua indikator minat pelajar yang ditunjukkan melalui rajah berikut memberikan siratan bahawa responden mengakui Kaedah 5W1H mempunyai kesan yang amat signifikan kepada tahap peningkatan minat pelajar dalam membaca artikel ilmiah. Rajah 2: Rumusan Tahap Peningkatan Minat Pelajar Untuk Membaca Artikel Ilmiah Melalui Kaedah 5W1H. BIL

INDIKATOR MINAT

MIN

% MIN

TAHAP MKPTS*

GRAF TAHAP PENINGKATAN MINAT PELAJAR UNTUK MEMBACA MELALUI KAEDAH 5W1H

2.1.1

Merangsang motivasi untuk membaca

3.86

96.5

Tinggi

2.1.2

Membaca artikel secara berfokus

4

100

Tinggi

2.1.3

Gembira semasa membaca.

3.39

84.75

Tinggi

2.1.4

Selesa untuk membaca artikel ilmiah

3.54

88.5

Tinggi

2.1.5

Tenteram 0 50 100 150

Motivasi

Berfokus

Gembira

Selesa

Tenteram

Sukarela

Min

%

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

92

semasa membaca

3.43 85.75 Tinggi

2.1.6

Membaca secara sukarela atau tanpa paksaan.

3.61

90.25

Tinggi

S.3: Apakah tahap peningkatan kefahaman pelajar terhadap artikel ilmiah yang dibaca melalui Kaedah 5W1H?. Berdasarkan pembahagian Lamberg dan Lamb (1980), pengkaji telah memperincikan indikator tahap peningkatan kefahaman pelajar kepada empat petunjuk seperti dipaparkan dalam item soal selidik yang berikut:-

2.2.1 Saya mudah memahami maksud tersurat dalam artikel ilmiah dengan menggunakan Kaedah 5W1H.

2.2.2 Saya boleh membuat interpretasi kandungan artikel ilmiah yang dibaca dengan menggunakan Kaedah 5W1H

2.2.3 Saya dapat menilai maklumat yang terdapat dalam artikel ilmiah yang dibaca dengan Kaedah 5W1H.

2.2.4 Saya dapat menilai pendapat yang terdapat dalam artikel ilmiah yang dibaca dengan Kaedah 5W1H.

Dapatan menunjukkan bahawa kesemua petunjuk indikator tahap MKPTS bagi peningkatan kefahaman pelajar terhadap artikel ilmiah yang dibaca melalui Kaedah 5W1H berada pada tahap tinggi dengan min dan % min tertinggi direkodkan oleh indikator „Memahami maksud tersurat‟ (m=3.38@ 97.3%). Manakala tahap peningkatan terendah direkodkan oleh indikator „Menilai pendapat‟ dengan m=3.57 atau 89.29%. Rumusan tahap peningkatan kefahaman pelajar adalah ditunjukkan dalam rajah yang berikut:-

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

93

Rajah 3: Rumusan Tahap Peningkatan Kefahaman Pelajar Terhadap Artikel Ilmiah Yang Dibaca Melalui Kaedah 5W1H. BIL

INDIKATOR KEFAHAMAN

MIN

% MIN

TAHAP MKPTS*

GRAF TAHAP PENINGKATAN KEFAHAMAN PELAJAR MELALUI KAEDAH 5W1H

2.2.1

Memahami maksud tersurat

3.89

97.3

Tinggi

2.2.2

Boleh menginterpretasi kandungan

3.82

95.5

Tinggi

2.2.3

Dapat menilai maklumat.

3.68

91.96

Tinggi

2.2.4

Dapat menilai pendapat

3.57

89.29

Tinggi

Kesimpulannya, responden mengakui bahawa Kaedah 5W1H mempunyai kesan yang amat signifikan kepada tahap peningkatan kefahaman pelajar terhadap artikel ilmiah. S.4: Apakah tahap peningkatan prestasi pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar daripada artikel ilmiah yang dibaca melalui Kaedah 5W1H?. Pengkaji menggunakan alat Ujian Objektif 10 item untuk mengenalpasti perbandingan tahap peningkatan prestasi pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar daripada artikel ilmiah yang dibaca melalui Kaedah 5W1H?. Ujian Pra diberikan sebelum pelajar menggunakan Kaedah 5W1H dalam membaca artikel ilmiah pada sesi pengajaran pertama. Manakala Ujian Semasa diberikan selepas sesi pengajaran kedua, dan Ujian Pasca diberikan selepas sesi pengajaran ketiga. Pengkaji juga menggunakan Sistem Gred Pemarkahan SPM 2010 10 kategori untuk mengukur tahap prestasi pelajar.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap peningkatan prestasi pelajar yang amat signifikan antara Ujian Pra, Ujian Semasa, dan Ujian Pasca. Skor minima, skor maksimum, dan skor min pelajar semasa Ujian Pra (sebelum penggunaan Kaedah 5W1H) hanyalah 2/10, 7/10, dan 4.8/10. Bagaimanapun skor prestasi ini telah meningkat dalam Ujian Semasa (selepas penggunaan Kaedah 5W1H) dengan nilai 4/10, 8/10, dan

0 100 200

Min

%

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

94

7.5/10. Peningkatan skor prestasi ini terus ketara dalam Ujian Pasca (selepas penggunaan Kaedah 5W1H) dengan nilai 7/10, 10/10, dan 8.8/10. Signifikasi perbezaan tahap peningkatan gred prestasi skor min pelajar antara Ujian Pra, Ujian Semasa, dan Ujian Pasca juga amat ketara dengan peningkatan daripada Gred D atau Lulus Atas (Ujian Pra) kepada Gred A- atau Cemerlang (Ujian Semasa) dan Gred A atau Cemerlang Tinggi (Ujian Pasca).

Rumusan tahap peningkatan prestasi pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar daripada artikel ilmiah yang dibaca melalui Kaedah 5W1H ini ditunjukkan melalui rajah yang berikut:- Rajah 4: Rumusan Tahap Peningkatan Prestasi Pemerolehan Ilmu Dalam Kalangan Pelajar Daripada Artikel Ilmiah Yang Dibaca Melalui Kaedah 5W1H?.

INDIKATOR

UJIAN PRA/ U.1

UJIAN SEMASA/ U.2

UJIAN PASCA/ U.3

Skor @ % Gred Skor & % Gred Skor & % Gred

Skor Minimum

2/10 @ 20

G

4/10 @ 40

D

7/10 @ 70

B+

Skor Maksimum

7/10 @ 70

B+

8/10 @ 80

A

10/10@ 100

A+

Skor Min

4.8/10@ 48

D

7.5/10 @ 75

A-

8.8/10 @ 88

A

Graf Skor Min Ujian Pra, Ujian Semasa, dan Ujian Pasca

Keseluruhannya, kesemua dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan kesan yang sangat signifikan antara penggunaan Kaedah 5W1H dalam membaca bahan ilmiah terhadap peningkatan minat, kefahaman, dan prestasi pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar. Seperkara yang menarik, faktor utama Keengganan Membaca (reading reluctance) bahan ilmiah dalam kalangan pelajar juga dikaitkan secara khusus dengan faktor kekurangan Teknik Membaca di samping faktor Minat, Persembahan Organisasi Teks, Tahap Kesukaran Teks, dan faktor Sikap.

Ujian Pra

Ujian Semasa

Ujian Pasca

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

95

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Hasil kajian menunjukkan kesemua responden menyedari perihal pentingnya penggunaan kaedah Kaedah 5W1H dalam aktiviti membaca artikel ilmiah bagi membantu mengatasi masalah Keengganan Membaca (reading reluctance) khususnya melalui peningkatan „Keterbacaan Wacana‟ (minat dan kefahaman) yang dinyatakan Elley W.B (1984) serta pemerolehan ilmu. Malah faktor utama Keengganan Membaca artikel ilmiah pada persepsi mereka juga menjurus kepada kurangnya pengetahuan dan kemahiran tentang Teknik Membaca yang berkesan di samping beberapa faktor dalaman pelajar (internal faktors) seperti minat dan sikap serta faktor organisasi teks ilmiah itu sendiri yang menyentuh persembahan teks dan tahap kesukarannya. Sekaligus dapatan ini menyokong dapatan kajian keberkesanan Kaedah 5W1H oleh Luo Tao dan rakan (2006), Narayana Rao (2011), dan Jon Miller (2008).

Meskipun dapatan kajian ini tidak boleh dijadikan generalisasi kerana saiz persampelannya yang kecil (28 responden), namun siratannya menuntut agar penggunaan „Kaedah Membaca Aktif‟ seperti Kaedah 5W1H dapat dimanipulasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahan ilmiah di bilik darjah. Dalam pada itu, satu kajian lanjutan tentang keberkesanan penggunaan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran membaca bahan kreatif khususnya KOMSAS (Komponen Sastera) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dengan saiz persampelan yang lebih besar haruslah dilakukan. Ini adalah untuk memastikan bahawa kaedah ini benar-benar memberi impak positif terhadap kemahiran membaca secara menyeluruh.

KESIMPULAN Kemahiran membaca yang sifatnya untuk kelestarian dan pemarkasaan tamadun negara bangsa melalui kebenaran dan kebijaksanaan (al-haqa‟iq wal hukman) ilmu, kemahiran dan pandangan sarwa (worldview) seharusnya mengakar dan membudaya dalam kalangan warga supaya matlamat „masyarakat ilmu‟ (knowledge based society) dapat dimanifestasikan dan ini adalah selaras dengan revolusi keilmuan yang digagaskan dalam Al-Quran; Ayat 1 – 5, Surah Al-Alaq. Sekaligus ia menjadi jambatan untuk kelangsungan harmoni dalam „Hubungan Insaniah‟ dan „Hubungan Ihsaniah‟ manusia terhadap sesama makhluk dan alam serta kepada Pencipta. Namun, „Keengganan Membaca‟ (reading reluctance) khususnya terhadap bahan ilmiah yang kandungannya sarat dengan ilmu dan kemahiran bernilai tambah mungkin menjadi hambatan kepada usaha pelahiran bangsa unggul yang bermartabat dan berdaya maju.

Justeru, kaedah-kaedah membaca yang tuntas dan efektif seperti Kaedah 5W1H seharusnya dimanipulasi dan diterokai secara hikmah agar pemerolehan ilmu dan budaya pembelajaran sepanjang hayat dapat direalisasi kerana kata Khalifah Harun Al-Rashid “Ilmu itu harus didatangi dan bukannya mendatangi” (ilmu yu‟ta wala ya‟ti). Dalam hal ini, aspirasi

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

96

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui wahana pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan haruslah ditangani secara sepadu dan menyeluruh oleh semua pihak sama ada pendidik, kakitangan awam dan swasta, badan kerajaan, badan bukan kerajaan, serta apa juga institusi dan agensi yang berkaitan dengan pendidikan negara.

RUJUKAN

Ambigapathy Pandian (1997), Reading in Malaysia, UKM, Bangi, Selangor. Ambigapathy Pandian (1997), Literacy in Post Colonial Malaysia, Journal of

Adolescent and Adult Literacy, 40:5 Carr, W & Kemmis, S (1986), Becoming Critical, Education, Knowledge and

Action Research, Falmer, Lewes. Daniel Katz & Robert Louis Kahn (1966), The Social Psychology of

Organization, Wiley, New York. Education.com (2011), Glossary of Education,

http://www.education.com/defination/reading-readiness/, Diakses pada 18 Ogos 2011

Elley, W. B. (1984), Exploring the Reading Difficulties of Second Language

Learners in Fiji. In J.C. Anderson, and A.H.Urquhart (Eds) (1984) Reading in a Foreign Language.

Harris, AJ & Sipay, ER (1980), How to Increase Reading Ability, Longman Inc,

New York. Kemmis, S & Mc Taggart, R (1988), The Action Research Planner, Deakin

University Press, Victoria, Australia. Kindsvatter Richard, William Wilen & Margaret Ishler (1992), Dynamic of

Effective Teaching, Second Edition, Longman, New York. Lamberg W.J & C.E Lamb (1980), Reading Instruction in the Content Areas,

Rand McNally College Publishing Co, Chicago, USA. Leon Nelson Flint (1917), Newspaper Writing in High School, Containing an

Outline for the Use of Teacher, University of Kansas, USA. Luo Tao & rakan (2006), User Scenerio Modeling Using 5W1H and 5S in

Home Environment, Kookmin University, Korea. Mohd. Majid Konting (2005), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, DBP, Kuala

Lumpur.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

97

Pearson D & D.D Johnson (1978), Teaching Reading Comprehension, Holt Rinehart and Winston, New York.

PPK (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan Tiga Bahasa Melayu;

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Smith Carl, Smith Sharon & Mikulecky, L. (1978), Teaching Reading in

Secondary School Content Subjects: A Book Thinking Process, Holt, Rinehart and Winston, New York.

Tami J. Little (2011), Reluctance Reader, climbinghill.com/mside/relread.htm.

Diakses pada 18 Ogos 2011.