new microsoft word document (3)

42
Tuesday, January 20, 2015 Pendidikan awal kanak-kanak menjana modal insan cemerlang 1.0 Pengenalan Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak tersebut dari waktu dilahirkan sehinggalah ke umur lapan tahun. Menurut ‘The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak- Kanak Muda, istilah awal kanak-kanak merujuk pendidikan awal kanak-kanak yang memerlukan segala program pendidikan seperti memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak tersebut seawal dari lahir hingga ke umur lapan tahun. Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak itu. Umum mengetahui, sekiranya seorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga kerjayanya di masa hadapan. Di Malaysia, terdapat empat agensi utama penting yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pendidikan sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta yang bertungkus lumus untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini diteruskan dan ditingkatkan. 1.1 Latar Belakang Kajian Bermulanya selepas perang dunia ke-2 iaitu pasa era 1950-an, maka bermulalah juga sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Sekitar pada tahun 1900-an, pendidikan awal kanak-kanak mula ditubuhkan di negara luar seperti Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala perkembangan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia pula telah bermula pada tahun 1940 an. Tambahan lagi, berkembangnya pendidikan awal kanak-kanak sekitar pada tahun 1940-an telah dibuka oleh missionari Kristian yang mengamalkan pendidikan berpengaruhkan British iaitu sistem pendidikan British. Sistem ini telah mengenakan yuran yang sangat mahal dan pada ketika itu hanya anak-anak orang berada sahaja yang belajar. Sistem ini dibantu oleh para guru yang terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman. Di Malaysia, bermula tahun 1950 hingga 1960, sosiolis kristian yang dikenali sebagai tenaga kerja yang membuat kerja-kerja kebajikan gereja telah membuka tadika. Kebanyakan tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan berperanan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibu bapa yang mampu membayar yuran sahaja. Implikasi daripada itu, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Dengan itu, malangnya ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.

Upload: ibu-mueeza

Post on 07-Feb-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

A

TRANSCRIPT

Page 1: New Microsoft Word Document (3)

Tuesday, January 20, 2015

Pendidikan awal kanak-kanak menjana modal insan cemerlang

1.0 PengenalanAwal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak tersebut dari waktu dilahirkan sehinggalah ke umur lapan tahun. Menurut  ‘The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, istilah awal kanak-kanak merujuk pendidikan awal kanak-kanak yang memerlukan segala program pendidikan seperti memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak tersebut seawal dari lahir hingga ke umur lapan tahun.

Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak itu. Umum mengetahui, sekiranya seorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga kerjayanya di masa hadapan.

Di Malaysia, terdapat empat agensi utama penting yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pendidikan sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta yang bertungkus lumus untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini diteruskan dan ditingkatkan.

1.1 Latar Belakang Kajian

Bermulanya selepas perang dunia ke-2 iaitu pasa era 1950-an, maka bermulalah juga sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Sekitar pada tahun 1900-an, pendidikan awal kanak-kanak mula ditubuhkan di negara luar seperti Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala perkembangan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia pula telah bermula pada tahun 1940 an.

Tambahan lagi, berkembangnya pendidikan awal kanak-kanak sekitar pada tahun 1940-an telah dibuka oleh missionari Kristian yang mengamalkan pendidikan berpengaruhkan British iaitu sistem pendidikan British. Sistem ini telah mengenakan yuran yang sangat mahal dan pada ketika itu hanya anak-anak orang berada sahaja yang belajar. Sistem ini dibantu oleh para guru yang terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman.

Di Malaysia, bermula tahun 1950 hingga 1960, sosiolis kristian yang dikenali sebagai tenaga kerja yang membuat kerja-kerja kebajikan gereja telah membuka tadika. Kebanyakan tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan berperanan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibu bapa yang mampu membayar yuran sahaja. Implikasi daripada itu, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Dengan itu, malangnya ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum pada sekitar tahun 1960-an berikutan kesedaran beberapa golongan untuk mendapatkan pendidikan terutamanya dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula memuncak. Satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969 di mana Yayasan Asia telah menyumbangkan sejumlah wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia)  bertujuan untuk mendirikan tadika yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Contoh tadika yang ditubuhkan berada di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Sasaran kumpulan bagi projek ini terdiri daripada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan miskin di mana mereka ini juga terdiri dari beberapa bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.

Page 2: New Microsoft Word Document (3)

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau dikenali sebagai KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak iaitu (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar di mana program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Dengan adanya pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan beberapa Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di Malaysia ini untuk penjagaan dan juga pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.

Mengikut fakta yang sahih, pada tahun 1972 pula, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ SekolahAsuhan) (Pendaftaran). Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sekitar tahun 1972 sehinggalah 1976. Usaha MPIK ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah diteruskan melalui projek-projek perintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) dimana dibiayai penuh oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009).

Justeru, pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Maka dengan itu, terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di usia empat tahun lagi.

1.2  Objektif Kajian

Antara objektif yang akan dicapai dalam kajian ini adalah mengetahui pandangan mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu objektif kajian juga mengkaji teknik pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak dan mencadangkan program sampingan pendidikan kanak-kanak untuk melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.

2.0 Sorotan Literatur

Dalam konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, terdapat dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama sekali ialah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dimana ia ditubuhkan khusus untuk kanak-kanak yang berusia bawah 4 tahun. Seterusnya, peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika (Taman Didikan Kanak-kanak) telah ditubuhkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka telah menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika). Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah salah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal dengan jangka masa yang dianggarkan ialah setahun.

Berdasarkan sejarah di Eropah, pendidikan prasekolah mula berkembang pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Terdapat beberapa ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori telah memberikan pendapat masing-masing mengenai isu betapa pentingnya pendidikan kanak-kanak. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakannya sebagai Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children” dan prasekolah pertama telah didirikan di United Kingdom di mana ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Di Amerika Syarikat, prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan seterusnya pada tahun 1860, didirikan oleh Elizabert Peabody di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat hanya tertumpu kepada kanak-

Page 3: New Microsoft Word Document (3)

kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin akan terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal sebagaimana kanak-kanak dari golongan berada.

Pada tarikh 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah mengadakan sebuah mesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia. Manakala pada 27 Januari 1992, Kementerian Pendidikan Malaysia atau dikenali sebagai KPM telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada kedua-dua mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan.

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh Islam juga bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pandangan mereka sedilit sebanyak mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal. Antara tokoh-tokoh Islam tersebutadalah Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun. Imam Al-Ghazali merupakan ulama dan tokoh ilmuan Islam terkenal dan pernah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah.

Antara pandangan beliau mengenai perkara ini ialah seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Kanak-kanak perlu dididik dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang dan perlu dididik supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

Ibu bapa harus bersikap tegas dengan kanak-kanak, tidak bersenang-senang, berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak dan jangan mencemuh atau menimbulkan kebencian mereka.Beliau berpendapat pendidikan lebih kepada memperelokkan fitrah dan membentuk naluri kanak-kanak, mereka perlu bermain kerana dapat membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka, bermain merupakan sifat semulajadi kanak-kanak, dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar. Beliau menasihati guru supaya mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak, memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka dan para guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

Pendekatan Ibnu Khaldun pula ialah pada peringkat permulaan, mereka perlu diajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara berperingkat-peringkat, latih tubi, menggunakan benda-benda maujud, dan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar. Kanak-kanak tidak boleh dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka kerana boleh menyebabkan mereka tidak mahu belajar sebaliknya mencerca pengajaran yang diberi.Di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya mudah memahami apa yang disampaikan. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna kerana bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori juga mempunyai pendapat masing-masing mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Johann Heinrich Pestalozzi pula telah membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Dengan melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.

Page 4: New Microsoft Word Document (3)

Friedrich Froebel yang digelar sebagai “Bapa Tadika” pula telah menubuhkan sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten’’. Menurut beliau, kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan pemikiran kanak-kanak berkembang dengan cara bermain, mempelajari sesuatu melalui perbuatan serta perlu diberi kebebasan.Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak seperti dicat dengan warna yang terang, bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai serta keadaan bilik yang tidak sempit kerana boleh menyusahkan perjalanan aktiviti. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dititikberatkan supaya dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.

Maria Montessori pula merupakan tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal telahmenyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Selain itu, kanak-kanak mestilah dihormati haknya. Persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak untuk membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya pihak Kementerian Pendidikan perlu merancang satu strategi yang berkesan dan bersesuaian dengan muridnya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Peranan guru juga perlu seiring dengan strategi tersebut. Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak prasekolah menyesuaikan diri untuk ke tahun satu. Guru juga harus sentiasa peka dengan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat supaya dapat memberikan yang terbaik untuk pembelajaran kanak-kanak pra sekolah. Berdasarkan kajian-kajian tersebut membuktikan pelbagai masalah yang wujud dalam taska dan perlu di ambil tindakan segera untuk meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak agar dapat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan konsep ‘1 Malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’, pendidikan awal kanak-kanak perlu dititikberatkan agar matlamat utama pembangunan keluarga dan masyarakat untuk melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif tercapai.

Melalui kajian ini, terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan dapat diperolehi untuk membaiki strategi dan aktiviti yang sedia ada di prasekolah.

Aktiviti Berpusatkan Murid. Cadangan pertama yang dapat diperkatakan ialah guru perlu menjalankan aktiviti berpusatkan murid. Melalui cara ini, kanak-kanak akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. Selain itu guru prasekolah juga perlulah menceriakan keadaan persekitaran di prasekolah. Guru hendaklah sentiasa memperbaharui dan membuat perubahan persekitaran kelas prasekolah agar kanak-kanak sentiasa tertarik dan gembira ketika hadir ke prasekolah.

Perbanyakkan Aktiviti. Guru juga perlu mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan aktiviti-aktiviti dan permainan di dalam prasekolah dengan menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid prasekolah untuk mengikuti pembelajaran. Murid prasekolah mempunyai potensi diri yang tersendiri dan menjadi tugas guru untuk mencungkilnya.

Ubah perancangan pembelajaran. Untuk melahirkan insan yang berpotensi, guru parasekolah seharusnya mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti dan menguba perancangan pembelajaran supaya menjadi lebih efektif.  Dari situ kanak-kanak prasekolah dapat mengaut pengalaman dan pengalaman itu akan dibawa ke tahun satu.

Tidak mengajar pengajaran formal secara mendadak. Dari segi pengajaran pula guru di tahun satu tidak boleh memberi pengajaran formal secara tiba-tiba, mereka masih perlu menitikberatkan pengajaran secara kreatif di awal kemasukan mereka di tahun satu.  Dengan ini murid-murid akan rasa gembira belajar dan makin hari makin berminat untuk belajar.

Page 5: New Microsoft Word Document (3)

Didikan dari rumah. Didikan dari rumah adalah penting.  Ibubapa seharusnya turut serta bersama-sama dengan guru membantu untuk memastikan anak-anak selesa berada di rumah dan dapat belajar dengan baik.  Ibubapa dan guru juga perlu duduk berbincang dan berkongsi idea bagaimana untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada. 

Kemudahan Teknologi Maklumat yang Lengkap. Kementerian Pendidikan juga perlulah membantu dengan menyediakan kemudahan teknologi maklumat yang lengkap seperti komputer riba (laptop) bagi setiap guru prasekolah. Ini mampu mengurangkan beban kerja guru prasekolah. Komputer riba boleh digunakan oleh guru prasekolah untuk mengaplikasikan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi maklumat kepada kanak-kanak prasekolah.

Interaksi dengan ibu dan bapa murid. Selain itu, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil tahu hal berkenaan perkembangan anak-anak mereka. Hubungan dua hala antara ibu bapa perlulah diwujudkan. Dengan ini guru dapat menceritakan permasalahan anak mereka kepada ibu bapa dan mereka dapat memantau serta membantu anak-anak mereka. Terdapat ibu bapa yang mengambil ringan pembelajaran anak-anak mereka di prasekolah dan meletakkan 100 peratus tanggungjawab mendidik anak mereka di bahu guru. Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan untuk memangkin kemantapan dan kematangan kanak-kanak untuk belajar dan menyesuaikan diri untuk transisi dari satu tahap ke satu tahap.

UNDAY, APRIL 11, 2010

PERANAN DAN FUNGSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri sebagai asas pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan prasekolah bukanlah sebahagian dari sistem persekolahan di Malaysia. Tidak ada peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk pendidikan prasekolah. Penglibatan Kementerian Pelajaran ialah setakat menyediakan buku panduan bagi kewujudan tadika-tadika . Sama ada ianya diikuti atau tidak terpulanglah kepada institusi pendidikan prasekolah tersebut. Walau bagaimanapun fungsi dan peranan pendidikan prasekolah tidak dapat dinafikan. Antara fungsi pendidikan prasekolah (Seminar Pendidikan UKM, Jun 1978)

• Pendidikan prasekolah akan memperkayakan lagi pengalaman kanak-kanak dari kelas sosio-ekonomi yang baik.

• Dengan adanya sistem pendidikan prasekolah ini dapat menolak dan mengenali kelemahan-kelemahan kanak-kanak sebelum memasuki darjah satu.

• Kewujudan sistem pendidikan prasekolah juga dapat memperbaiki lagi persediaan

pembelajaran yang sudah lengkap.

• Fungsinya yang lain ialah mencukupkan dan mengisikan persediaan pembelajaran yang tidak lengkap.

• Keseimbangan emosi- untuk menyemai sikap positif terhadap diri sendiri, kepercayaan terhadap orang lain dalam hidup kumpulan serta menambahkan keyakinan kepada keupayaan diri sendiri. Bagi membentuk kemahiran kanak-kanak dalam asas 3 M.

• Pertumbuhan estetika untuk menyemai kesedaran kanak-kanak terhadap keindahan alam sekitar dengan menikmati muzik, lagu dan lain-lain.

• Perkembangan dan pendidikan ketatanegaraan

• Dapat memperkembangkan pendidikan kerohanian dan moral

• Memberi pendidikan asas agama Islam untuk kanak-kanak Islam.

Page 6: New Microsoft Word Document (3)

• Pendidikan prasekolah menyediakan kurikulum yang dapat memperkembangkan fizikal dan jasmani kanak-kanak, contohnya pusat pendidikan prasekolah dilengkapi dengan alat permainan untuk kanak-kanak bersenam dan untuk menggerakkan badan.

• Akhir sekali pendidikan prasekolah berperanan bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna kepada dirinya dan masyarakat dengan berlandaskan rukun negara.

Lazimnya fungsi pendidikan prasekolah di kaitkan dengan falsafah meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segala sudut perkembanganya (fizikal, emosi, sosial dan intelek untuk tadika swasta) serta perkembangan sudut rohani melalui penerapan nilai-nilai murni (selaras dengan tuntutan reformasi pendidikan). Fungsi pendidikan prasekolah menjelang tahun 2000 mungkin akan bertambah. Tadika akan menjalankan perkhidmatan bagi meningkatkan keperluan dalam: (Dewan Masyarakat, April 1996)

• Perkembangan menyeluruh kanak-kanak

• Kesediaan akademik untuk bersekolah

• Penjagaan kanak-kanak

• Perkembangan personaliti kanak-kanak

• Pendidikan keibubapaan

• Perkembangan kerohanian

• Perkembangan daya kreatif

Fungsi pendidikan prasekolah menjelang ke arah pertengahan tahun 2000 akan

menjadi lebih rumit daripada keadaan sekarang. Seharusnya pihak akademik yang merancang struktur pendidikan mengambil tindakan yang sewajarnya di dalam menyelaraskan peranan dan fungsi tadika sebenarnya terhadap bidang pendidikan.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL (PRASEKOLAH)

Dalam memperkatakan pendidikan awal dari perspektif Islam, Al-Ghazali berpendapat: "Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya". (Al-Ghazali, 1296H, Dalam Hasan Langgulung, 1979)

Rousseau, seorang ahli falsafah Perancis yang ideanya sendiri banyak dipengaruhi oleh pemikir-pemikir Islam berpendapat, masa kanak-kanak di kalangan manusia adalah

lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti haiwan. Rousseau selanjutnya menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan perlindungan. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan persekitaran yang sihat dan dapat mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Pendedahan kepada persekitaran yang sesuai akan mengajar mereka menjalani kehidupan dengan sempurna. Kanak-kanak tidak harus ditinggalkan sendirian dan dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang membawa kepada kejahatan dan kejahilan (Hasan Langgulung, 1979:16).

Selanjutnya Rousseau menjelaskan: "Pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadi kanak-kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya, yakni masa dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut

Page 7: New Microsoft Word Document (3)

dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnya diciptakan siap untuk menerima baik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang mencenderungkan kepada salah satu diantaranya"

(Rousseau, 1762. Dalam Hasan Langgulung, 1979)

Pendapat ini hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud bahawa, "Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah(suci), hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi, Yahudi atau Nasrani" (Ash-Shiddieqy, 1969)

Selain daripada kedudukan anak sebagai amanah Allah kepada ibubapa, anak juga merupakan cubaan atau ujian kepada mereka. Allah menguji sama ada ibubapa dapat

melaksanakan amanah ini. Sekiranya amanah ini terlaksana ibubapa memperolehi ganjaran seperti ibadah. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar."(Surah al-Anfal:28)

Terdapat juga hadith yang bermaksud: "Apabila anak Adam meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya". Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius. Waktu ini disebut sebagai waktu kritikal. Perkembangan intelek, emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau tidaknya asuhan yang diperolehi terutama sekali dalam waktu kritikal. Jadi, untuk menyempurnakan tugas ibubapa, taman-taman asuhan perlulah mempunyai kurikulum yang seragam untuk membentuk insan yang cemerlang yang akan menjadi pemimpin unggul pada masa akan datang. (Pendidik dan Pendidikan, USM)

Page 8: New Microsoft Word Document (3)

3) NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.

• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.

• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

• Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

Page 9: New Microsoft Word Document (3)

Memperkasa pendidikan prasekolah

Oleh DR. MUHAMMAD ARIF MOHD. HASHIM

BIDANG pendidikan merupakan pemacu dalam pembentukan modal insan yang berinovatif dan berdaya saing. Usaha mempertingkatkan pembentukan budaya ilmu perlu dilakukan pada peringkat asas lagi iaitu pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Ia penting bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Memberi pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat kecil ini, amat bersesuaian dengan hadis yang bermaksud, 'Menuntut ilmu sewaktu kecil itu seperti melukis di atas batu'. (Hadis: Riwayat Thabrani).

Kerajaan perlu terus memberi tumpuan dan menambah peruntukan dalam sektor pendidikan prasekolah. Kita amat menghargai usaha kerajaan yang memperuntukkan RM530 juta dalam Bajet 2014 bagi penyediaan program dan perkhidmatan prasekolah serta membina 93 buah sekolah prasekolah.

Dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan dan bagi menampung peningkatan jumlah penyertaan murid prasekolah, kerajaan perlu menambah peruntukan dalam Bajet 2015 kepada RM795 juta, iaitu tambahan peruntukan sebanyak 50% daripada Bajet 2014.

Ini perlu diteruskan sehingga satu peringkat di mana kita mencapai sasaran seperti disarankan oleh beberapa negara maju iaitu nisbah murid dan guru tadika pada kadar 10:1 dengan bilangan kemasukan kanak-kanak ke prasekolah yang tinggi.

Peruntukan bajet yang lebih besar adalah bagi penyediaan program dan kokurikulum yang seragam dan lebih efektif, penyediaan bahan pendidikan, peralatan dan kemudahan fizikal yang bersesuaian serta inovatif, menambah bilangan tenaga pengajar dan menyediakan program latihan yang terkini serta membina lebih banyak lagi prasekolah di seluruh negara.

Semua kanak-kanak perlu menikmati peluang yang sama dalam pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal sama ada di bandar, luar bandar atau pedalaman terutamanya orang Melayu yang kebanyakan tinggal di luar bandar. Kanak-kanak Melayu di luar bandar dan pedalaman tidak ada pilihan seperti ibu bapa di bandar yang banyak kemudahan prasekolah dan mampu untuk mendapatkan pendidikan prasekolah yang terbaik.

Kanak-kanak perlu mendapat pendidikan asas yang berkualiti agar mereka terus berjaya dalam pendidikan yang dialami pada peringkat yang lebih tinggi kelak. Justeru, adalah wajar kerajaan menambah peruntukan dalam memperkasa pendidikan prasekolah dengan membina lebih banyak kelas prasekolah yang berkualiti di luar bandar dan kawasan pedalaman di seluruh negara.

Kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada aspek kecemerlangan pendidikan prasekolah seperti meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru yang terlatih. Kriteria kelulusan minimum untuk guru prasekolah ialah Ijazah Sarjana Muda. Ia dapat menjamin pendidikan yang berkesan dan berkualiti seiring dengan kemajuan teknologi dan era globalisasi masa kini.

Bagi memperkasa Bahasa Melayu di peringkat awal lagi, bilangan guru yang mahir dan terlatih dalam bidang Bahasa Melayu perlu ditambah. Pembelajaran Bahasa Inggeris juga sebagai bahasa kedua perlu diberi perhatian di peringkat prasekolah lagi.

Page 10: New Microsoft Word Document (3)

Selain itu, kemudahan asas pendidikan prasekolah yang mencukupi dan berkualiti di kawasan luar bandar dan pedalaman perlu ditingkatkan agar setanding dengan kemudahan prasekolah di bandar. Ia dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke kelas dan dapat belajar dalam keadaan selesa.

Kerajaan juga perlu meningkatkan perkongsian pintar di antara kerajaan dan swasta dalam pendidikan prasekolah. Bagi menarik minat pihak swasta, insentif perlu diberikan kepada pengusaha-pengusaha prasekolah swasta di luar bandar dan pedalaman. Ia akan menggalakkan pihak swasta untuk membina lebih banyak pusat pendidikan prasekolah yang berkualiti tinggi. Tetapi kerajaan perlu memantau dan menetapkan garis panduan kepada pusat pendidikan swasta agar ia menepati garis panduan ditetapkan.

Bagi membentuk kanak-kanak yang berakhlak tinggi dan mulia, pembelajaran Agama Islam adalah penting selain pembelajaran akademik. Mata pelajaran Agama Islam yang diberi penekanan termasuklah asas fardu ain, tulisan Jawi dan bahasa Arab.

Selain itu, penekanan perlu diberikan dalam amali solat dan juga hafazan doa-doa mudah. Pendedahan asas ini adalah penting bagi meneruskan kesinambungan di peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya universiti. Bagi tujuan ini, kerajaan perlu menyediakan guru-guru yang terlatih dan berkelulusan dalam bidang agama yang diiktiraf.

Bagi merealisasikan hasrat mencapai objektif pendidikan prasekolah terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik, kanak-kanak perlu diajar menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.

Di samping itu, kanak-kanak juga perlu didedahkan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

Justeru, bajet pendidikan untuk kanak-kanak prasekolah, tidak hanya tertumpu bagi mencapai objektif dan faedah semasa dan duniawi sahaja, tetapi kita perlu kembali kepada peringatan al-Quran Surah Al-Imran: Ayat 187 yang bermaksud, 'Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu kebelakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu'.

Semoga dengan model pendekatan bagi pendidikan prasekolah yang menumpukan kepada pencapaian akademik cemerlang dan penerapan nilai-nilai agama, suatu hari nanti dapat membentuk insan yang berketerampilan mulia, ummah yang bertakwa dan bersatu dalam hala tuju pembangunan ummah dan negara.

Diharapkan. Bajet 2015 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu depan akan memberi manfaat besar kepada murid-murid prasekolah ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Namun demikian, faktor kejayaan setiap dasar atau perancangan adalah bergantung kepada usaha keras setiap warga pendidik dalam menggalas tanggung jawab dan peranan yang diamanahkan untuk mendidik anak bangsa.

PENULIS ialah Yang Dipertua Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS)

Page 11: New Microsoft Word Document (3)

PRASEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.

2.0 DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai prasekolah, iaitu penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika, kurikulum prasekolah, bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya.

Dari segi pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas (Children With Special Education Needs).

Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam bidang pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.

3.0 KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.

4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLA

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

5.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,

Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,

Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,

Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,

Page 12: New Microsoft Word Document (3)

Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,

Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,

Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

6.0 PEMILIHAN MURID

Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan.

Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.

PERANAN DAN FUNGSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri sebagai asas pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan prasekolah bukanlah sebahagian dari sistem persekolahan di Malaysia. Tidak ada peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk pendidikan prasekolah. Penglibatan Kementerian Pelajaran ialah setakat menyediakan buku panduan bagi kewujudan tadika-tadika . Sama ada ianya diikuti atau tidak terpulanglah kepada institusi pendidikan prasekolah tersebut. Walau bagaimanapun fungsi dan peranan pendidikan prasekolah tidak dapat dinafikan. Antara fungsi pendidikan prasekolah (Seminar Pendidikan UKM, Jun 1978)

• Pendidikan prasekolah akan memperkayakan lagi pengalaman kanak-kanak dari kelas sosio-ekonomi yang baik.

• Dengan adanya sistem pendidikan prasekolah ini dapat menolak dan mengenali kelemahan-kelemahan kanak-kanak sebelum memasuki darjah satu.

• Kewujudan sistem pendidikan prasekolah juga dapat memperbaiki lagi persediaan

pembelajaran yang sudah lengkap.

• Fungsinya yang lain ialah mencukupkan dan mengisikan persediaan pembelajaran yang tidak lengkap.

• Keseimbangan emosi- untuk menyemai sikap positif terhadap diri sendiri, kepercayaan terhadap orang lain dalam hidup kumpulan serta menambahkan keyakinan kepada keupayaan diri sendiri. Bagi membentuk kemahiran kanak-kanak dalam asas 3 M.

• Pertumbuhan estetika untuk menyemai kesedaran kanak-kanak terhadap keindahan alam sekitar dengan menikmati muzik, lagu dan lain-lain.

• Perkembangan dan pendidikan ketatanegaraan

• Dapat memperkembangkan pendidikan kerohanian dan moral

• Memberi pendidikan asas agama Islam untuk kanak-kanak Islam.

Page 13: New Microsoft Word Document (3)

• Pendidikan prasekolah menyediakan kurikulum yang dapat memperkembangkan fizikal dan jasmani kanak-kanak, contohnya pusat pendidikan prasekolah dilengkapi dengan alat permainan untuk kanak-kanak bersenam dan untuk menggerakkan badan.

• Akhir sekali pendidikan prasekolah berperanan bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna kepada dirinya dan masyarakat dengan berlandaskan rukun negara.

Lazimnya fungsi pendidikan prasekolah di kaitkan dengan falsafah meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segala sudut perkembanganya (fizikal, emosi, sosial dan intelek untuk tadika swasta) serta perkembangan sudut rohani melalui penerapan nilai-nilai murni (selaras dengan tuntutan reformasi pendidikan). Fungsi pendidikan prasekolah menjelang tahun 2000 mungkin akan bertambah. Tadika akan menjalankan perkhidmatan bagi meningkatkan keperluan dalam: (Dewan Masyarakat, April 1996)

• Perkembangan menyeluruh kanak-kanak

• Kesediaan akademik untuk bersekolah

• Penjagaan kanak-kanak

• Perkembangan personaliti kanak-kanak

• Pendidikan keibubapaan

• Perkembangan kerohanian

• Perkembangan daya kreatif

Fungsi pendidikan prasekolah menjelang ke arah pertengahan tahun 2000 akan

menjadi lebih rumit daripada keadaan sekarang. Seharusnya pihak akademik yang merancang struktur pendidikan mengambil tindakan yang sewajarnya di dalam menyelaraskan peranan dan fungsi tadika sebenarnya terhadap bidang pendidikan.

Page 14: New Microsoft Word Document (3)

KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL (PRASEKOLAH)

Dalam memperkatakan pendidikan awal dari perspektif Islam, Al-Ghazali berpendapat: "Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya". (Al-Ghazali, 1296H, Dalam Hasan Langgulung, 1979)

Rousseau, seorang ahli falsafah Perancis yang ideanya sendiri banyak dipengaruhi oleh pemikir-pemikir Islam berpendapat, masa kanak-kanak di kalangan manusia adalah

lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti haiwan. Rousseau selanjutnya menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan perlindungan. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan persekitaran yang sihat dan dapat mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Pendedahan kepada persekitaran yang sesuai akan mengajar mereka menjalani kehidupan dengan sempurna. Kanak-kanak tidak harus ditinggalkan sendirian dan dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang membawa kepada kejahatan dan kejahilan (Hasan Langgulung, 1979:16).

Selanjutnya Rousseau menjelaskan: "Pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadi kanak-kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya, yakni masa dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnya diciptakan siap untuk menerima baik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang mencenderungkan kepada salah satu diantaranya"

(Rousseau, 1762. Dalam Hasan Langgulung, 1979)

Pendapat ini hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud bahawa, "Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah(suci), hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi, Yahudi atau Nasrani" (Ash-Shiddieqy, 1969)

Selain daripada kedudukan anak sebagai amanah Allah kepada ibubapa, anak juga merupakan cubaan atau ujian kepada mereka. Allah menguji sama ada ibubapa dapat

melaksanakan amanah ini. Sekiranya amanah ini terlaksana ibubapa memperolehi ganjaran seperti ibadah. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar."(Surah al-Anfal:28)

Terdapat juga hadith yang bermaksud: "Apabila anak Adam meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya". Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius. Waktu ini disebut sebagai waktu kritikal. Perkembangan intelek, emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau tidaknya asuhan yang diperolehi terutama sekali dalam waktu kritikal. Jadi, untuk menyempurnakan tugas ibubapa, taman-taman asuhan perlulah mempunyai kurikulum yang seragam untuk membentuk insan yang cemerlang yang akan menjadi pemimpin unggul pada masa akan datang. (Pendidik dan Pendidikan, USM)

Page 15: New Microsoft Word Document (3)

Kesan Daripada Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tempoh awal perkembangan kanak-kanak biasanya bermula dari usia lapan tahun. Pendidikan yang disampaikan pada usia ini memainkan peranan yang sangat penting dimana ianya dapat membantu perkembangan seorang kanak-kanak. Melalui pendidikan awal kanak-kanak kita boleh mentafsirkannya sebagai pembelajaran melalui proses permainan. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pada usia lapan tahun perkembangan otak seorang kanak-kanak berkembang dengan pantas serta mampu belajar dengan cepat. Pengambilan makanan yang seimbang juga membantu kepada pertumbuhan dan perkembangan seorang kanak-kanak. Oleh itu pendidikan awal ini sememangnya membantu kepada pertumbuhan dan perkembangan mental kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa pendidikan yang pelbagai dapat mempengaruhi perkembangan otak seorang kanak-kanak. Oleh itu penbelajaran dan pengalaman melalui pendidikan awal ini dapat menyokong perkembangan seorang kanak-kanak untuk sepanjang hayat.

Kesan Daripada Pendidikan Awal Kanak-kanak

Terdapat beberapa kejayaan yang dapat dilihat melalui pendidikan awal ini dimana ianya membolehkan proses pembelajaran berkembang dengan lebih lama. Hari ini pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Pelaburan dalam pendidikan perlulah dilakukan seawal yang mungkin dan mereka tidak perlu menunggu untuk ke sekolah mengikut usia yang sepatutnya. Hakikatnya adalah pendidikan awal merupakan perkara penting dalam kehidupan kanak-kanak yang membantu kepada perkembangan emosi, sosial dan juga intelektual. Pendidikan awal kanak-kanak ini mampu mengetahui keupayaan petumbuhan mental seorang kanak-kanak dari masa ke semasa dan ianya menjadi satu keperluan bagi pertumbuhan seorang kanak-kanak.

Menjadi satu keperluan untuk semua ibu bapa agar memahami dengan jelas bahawa pada usia lapan tahun lagi seorang kanak-kanak sudah dapat mengenali diri mereka sendiri dan mula untuk bergaul dengan orang di sekeliling mereka. kanak-kanak ini mempunyai pemahaman dan tingkah laku yang sedikit kekurangan dan atas sebab inilah pendidikan awal kepada kanak-kanak perlu diberi penekanan sejak mereka berusia lapan tahun lagi. Kanak –kanak juga perlu didedahkan mengenai kehidupan agar mereka lebih berpengetahuan dalam lingkaran mereka. Menurut pakar kanak-kanak bahawa permainan yang interaktif mempunyai banyak kelebihan yang mana ianya dapat membentuk perkembangan dalam kemahiran sosial dan diplomatik dikalangan kanak-kanak. Akhirnya melalui kursus-kursus yang diperkenalkan ianya dapat membantu seseorang kanak-kanak agar lebih matang serta meningkatkan kesabaran. Permainan ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran kendiri serta membantu pertumbuhan minda. Oleh itu permainan juga merupakan perkara penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Justeru itu perkara utama yang membantu untuk membina kejayaan seorang kanak-kanak adalah melalui pendidikan awal kanak-kanak. Dalam tempoh awal zaman kanak-kanak, membentuk tabiat bukanlah perkara yang mudah dimana mereka ini tidak akan berubah dengan mudah dan sudah menjadi tugas pendidik serta ibu bapa supaya mendidik mereka dengan menekankan nilai-nilai positif dalam pendidikan awal kanak-kanak agar mereka dapat mencapai kejayaan terutamanya dalam bidang pendidikan. Kekurangan dalam mendidik mereka sejak dari zaman kanak-kanak boleh meninggalkan kesan yang negatif dalam membentuk perkembangan mereka. Sesungguhnya tanggungjawab dari tenaga pengajar serta ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak mempunyai personaliti yang baik perlu diasuh sejak dari kecil lagi.

Pendidikan awal kanak-kanak membolehkan mereka didedahkan dengan persekitaran pendidikan yang sistematik, membentuk personaliti diri serta membolehkan mereka bergaul dengan masyarakat luar. Hal ini juga mendorong mereka untuk lebih bersifat belas kasihan, hormat menghormati dan bertimbang rasa. Kesan jangka masa yang panjang merupakan kualiti yang terbaik bagi perkembangan seorang kanak-kanak ianya bukan sahaja membantu kanak-kanak

Page 16: New Microsoft Word Document (3)

meningkatkan taraf sosial, kognitif dan kemahiran kendiri tetapi juga membantu dalam perkembangan otak serta menguatkan lagi daya imaginasi mereka kearah perkembangan yang positif.

KEPENTINGAN PRA SEKOLAH

Prasekolah: Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti sistem

Kepentingan pendidikan prasekolah sebagai penyediaan kepada kanak-kanak ke alam persekolahan telah banyak didokumentasikan. Menurut UNESCO, pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan minda kanak-kanak dan dapat mengurangkan kekurangan sedia ada dan di masa depan.26 Kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah, lebih komited dalam pendidikan dan memperolehi pendapatan lebih tinggi pada masa hadapan. Menyedari kepentingan pendidikan prasekolah serta skop Malaysia dalam meningkatkan kadar penyertaan prasekolah, yang mana kadar semasa ialah 67% bagi kanak-kanak yang berumur empat dan lima tahun (Gambarajah 8.3), kami telah mengenalpasti pendidikan prasekolah sebagai salah satu fokus di bawah NKRA Pendidikan.

Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan kualiti pendidikan prasekolah, kami telah mengenal pasti tujuh teras bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti.

1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah. Jawatankuasa ini berperanan mengkaji semula dasar pendidikan prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta yang berdaftar termasuk kurikulum, kriteria kelayakan, latihan dan penilaian, menyelaras semua prasekolah (kerajaan dan swasta) serta memantau dan menilai pendidikan prasekolah bagi menggubal dasar prasekolah masa depan. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran (MOE), manakala ahli tetapnya terdiri daripada Ketua Pengarah KEMAS, Ketua Pengarah JPNIN dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (MOE).

2. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta. KSPK memberi penekanan dalam aspek berikut:

2.1 Menggabungkan prinsip pendidikan holistik yang berorientasikan kepada hasil Pembelajaran

2.2 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira latar belakang pelajar yang berbeza

2.3 Mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin sebagai bahasa instruksional

2.4 Melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemahaman budaya serta aktiviti pelbagai bangsa

3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk penyeragaman pemberian geran per kapita kepada prasekolah MOE, KEMAS dan JPNIN serta menaikkan bantuan makanan bagi menampung inflasi.

4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah. Program Peningkatan Kemahiran akan diberikan kepada lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun. Selain itu, kriteria kelayakan minima untuk semua guru prasekolah ialah Ijazah sarjana muda. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan membangunkan kerangka kecemerlangan pendidikan prasekolah, dengan menakrifkan sasaran yang perlu dicapai oleh prasekolah

5. Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4+ tahun. Berdasarkan kepada kadar penyertaan semasa, disasarkan bilangan kelas prasekolah yang diperlukan dalam anggaran 10,000 kelas. Bagi mencapai sasaran ini, pihak kami akan meningkatkan kerjasama dengan pihak swasta.

Page 17: New Microsoft Word Document (3)

6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan prasekolah. Insentif baru akan diberikan kepada pengusaha presekolah swasta khususnya di kawasan miskin bandar dan di luar bandar. Manakala pihak swasta pula , perlu mematuhi standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan, termasuk sasaran yang ditetapkan.

7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan mengumpul maklumat berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar, personel dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut. Dengan sistem ini, pihak Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan akan dapat memantau dan menilai pelaksanaan prasekolah dengan lebih telus dan berkesan serta dapat merancang dasar-dasar baru bagi memantapkan pelaksanaan pendidikan prasekolah.

Penambaikan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini merupakan satu inisiatif yang diterima baik oleh pengunjung ke ruang pameran Pendidikan semasa Hari Terbuka. Literasi dan numerasi: Memastikan semua kanak-kanak27 berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

Sasaran yang ditetapkan agak sukar dicapai, walaupun untuk golongan dewasa kerana kurang daripada 30 negara mempunyai kadar literasi mencapai 100%. Namum, sasaran yang tinggi untuk kadar literasi dan numerasi amat penting. Ini disebabkan pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13% daripada jumlah enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) pelajar dalam Tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan.

Kajian yang telah dijalankan oleh MOE menunjukkan bahawa faktor yang menyumbang kepada keciciran pelajar adalah disebabkan ketidakupayaan untuk menerima pelajaran yang diajar. Pada tahun 2008, hampir 32,000 pelajar cicir dari pelbagai peringkat persekolahan. Harapan kerajaan, sekiranya penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas diberi penekanan bermula daripada peringkat awal pendidikan, kadar keciciran pelajar akan dapat dikurangkan. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi pada peringkat awal pendidikan juga amat kritikal bagi seseorang kanak-kanak kerana penguasaannya akan menjadi lebih sukar di masa hadapan – kegagalan adalah kumulatif

Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi juga akan mengupayakan anak-anak kita supaya lebih produktif dan lebih berkeyakinan untuk menyertai aktiviti komuniti setempat dan masyarakat keseluruhannya.

Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak. Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun). Kanak-kanak juga didefinisikan sebagai seorang individu yang mula mendapatkan pendidikan pusat jagaan, memulakan zaman sekolah, atau beralih ke tempat jagaan kanak-kanak dari dua hingga empat tahun (Margeret M. C. & Waller T., 2007).

Sanders et al. (2005) menyatakan bahawa kanak-kanak beralih dari tahun Reception (4 hingga 5 tahun) ke darjah satu (5 hingga 6 tahun) memerlukan lebih perhatian terhadap keperluan mereka. Oleh itu, pendidikan adalah awal amat penting dan harus bermula sejak kecil lagi.

Page 18: New Microsoft Word Document (3)

Definisi

Pendidikan ini termasuk proram-program untuk bayi, kanak-kanak yang baru bertatih, dan program-program prasekolah yang termasuk sekolah asuhan kanak-kanak dan peringkat sekolah rendah (Azizah Lebai Nordin, 2004).

Pendidikan di peringkat kanak-kanak juga merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, rumah atau luar rumah.

(Hon Jia Xin, 204358)

Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan awal menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan.

Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.

90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kongitif yang pesat.

Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat menggembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan empat ciri iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang, dan masa yang kemudiannya menjadi asas untuk perkembangan hidup.

Pendidikan awal seharusnya bermula sejak kanak-kanak itu dilahirkan.

Proses pembelajaran itu sendiri secara tidak langsung sudah diaplikasikan dalam kehidupan sekarang.

Di mana pendidikan awal harus dimulakan :

Pada asasnya, pembelajaran bermula dari rumah itu sendiri iaitu ibu bapa merupakan pendidik awal bagi kanak-kanak ini.

Kemudian, pembelajaran itu diteruskan di tadika,pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah rendah.

Siapa yang memainkan peranan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?

Ibu bapa

Ibu bapa memikul tanggungjawab yang berat seperti memberi kasih sayang, pendidikan dan keperluan asas, bersikap adil, menjadi contoh teladan yang baik, serta menghormati orang lain dalam kehidupan (Dato’ Dr. Hasan Hj Mohd Ali, 1999).

Ibu bapa memainkan peranan yang menarik dan mencabar dari segi :

Ø kehendak naluri

Ø keperluan emosi

Ø status diri (ibu bapa)

Pendidik / Guru

Page 19: New Microsoft Word Document (3)

Golongan pendidik memberikan pendidikan formal.

Mereka haruslah menggunakan daya kreativiti apabila merancang segala aktiviti yang melibatkan perkembangan kanak-kanak.

Mereka memberi lebih perhatian dalam bidang akademik untuk mengurangkan jurang dalam pencapaian akademik dan menggembangkan kebolehan intelektual tanpa merosakkan keseronokan pembelajaran (Kasnani Ab Karim, Norbe Md. Nor, Nazimah Abdulah, Januari 2005).

Sebagai contoh :

Ø mewujudkan suasana riang

Ø selesa dan mesra semasa proses pembelajaran berlangsung

- contoh : melukis, menari, menyanyi dan sebagainya

Kerajaan

Kerajaan melaksanakan dasar yang mendorong penglibatan semua lapisan masyarakat dalam mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

Salah satu dasar yang penting dalam proses mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak ialah Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan.

Masyarakat harus bekerjasama dan menyokong usaha-usaha pihak tertentu dalam menjalankan program pendidikan awal kanak-kanak (Kasnani Ab.Karim, Norbe Md. Nor, Nazimah Abdulah, Januari 2005 : 6).

Sebagai contoh, pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan

Gagal mendapat pendidikan di peringkat prasekolah datangkan banyak masalah

SIBU: Gagal mendapat pendidikan di peringkat prasekolah akan mendatangkan banyak masalah, kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Maurice Giri.

Menurutnya, pendidikan prasekolah memberi implikasi yang sungguh besar dalam membentuk masa depan kanak-kanak di peringkat awal.

“Sokongan ibu bapa sangat penting dan mereka perlu sedar akan kepentingan prasekolah pada masa kini.

“Ini kerana pendidikan prasekolah diwajibkan dalam sistem pendidikan negara bagi mendedahkan kanak-kanak terhadap alam pendidikan formal.

“Sekiranya ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke prasekolah ia boleh melambatkan proses pembelajaran anakanak mereka terutama akan menghadapi masalah 4M iaitu Mengira, Membaca, Menulis dan Menaakul,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Konvokesyen Prasekolah Peringkat Daerah Kanowit di Dewan SK Saint Francis Xavier, Kanowit dekat sini, baru-baru ini.

Seramai 235 kanak-kanak prasekolah yang berumur enam tahun daripada 18 sekolah rendah di daerah Kanowit menerima sijil tamat prasekolah mereka daripada Maurice.

Page 20: New Microsoft Word Document (3)

Objektif majlis itu diadakan adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada murid prasekolah, memberi pendedahan dan pengalaman, memupuk semangat cintakan sekolah, membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif dan menambahkan keyakinan diri.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit Berita Sabang, Guru Besar SK Saint Francis Xavier Joanes Uno, Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail serta para tetamu kehormat yang lain.

Sementara itu, menurut beliau lagi, jika anak-anak tidak mendapat pendidikan prasekolah dan terus melompat ke tahun satu, ia akan menimbulkan banyak masalah khususnya kepada anak-anak itu sendiri.

Jelasnya, anak-anak itu akan berasa rendah diri disebabkan rakan-rakan sebayanya yang lain sudah mengenali huruf, angka dan sebagainya.

“Banyak masalah timbul jika kita menyekolahkan anak-anak dengan cara sedemikian.

“Ia bukan sahaja memberi kesan kepada anak-anak itu malah turut memberi masalah kepada guru yang mengajar khususnya yang berkaitan dengan skop pendidikannya. Ini juga boleh membuatkan kanak-kanak itu ketinggalan.

“Peringkat awalan prasekolah sangatlah penting kerana dari situ kita berupaya melahirkan anak-anak yang berdaya saing seandainya mendapat pendidikan yang secukupnya di prasekolah,” tegasnya.

Sehubungan itu, Maurice berkata pendidikan prasekolah pada masa kini telah menyediakan pelbagai pendekatan untuk memantapkan pembelajaran kanak-kanak.

“Justeru, jangan risau untuk menghantar anak-anak ke prasekolah. Segalanya cukup termasuk tenaga pengajarnya yang terlatih dalam memberi ilmu yang terbaik kepada anakanak kita,” jelasnya.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa kerjasama antara guru dan ibu bapa juga amat penting bagi menjayakan program-program sekolah.

Tambahnya, ibu bapa harus memberi sokongan yang penuh kepada aktiviti di sekolah bagi manfaat anak mereka.

Page 21: New Microsoft Word Document (3)

HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak amat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Di Malaysia terdapat pelbagai kaedah yang dijalankan bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna tidak kira di bandar ataupun di luar bandar. Disamping itu juga, kurikulum pendidikan awal kanak-kanak digubal bagi memastikan pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Transformasi kurikulum dan perubahan dalam sistem juga dilakukan mengikut peringkat yang telah disusun oleh pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak. Di Malaysia terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta bertujuan memastikan kanak-kanak yang ada di negara ini memperolehi pendidikan yang secukupnya selaras dengan perkembangan minda dan usia mereka.

1.HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi.

Terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta. Dari segi statistik didapati sehingga kini, KPM telah menyediakan sebanyak 7511 kelas prasekolah, KEMAS sebanyak 8,525, JPNIN 1643 dan prasekolah swasta yang berdaftar sebanyak 6378 Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 2.9 peratus (69.9%) daripada kadar enrolmen pada tahun 2009 iaitu 67 peratus.

2.SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK

2.1 SEBELUM MERDEKA

Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an iaitu bermula selepas perang dunia ke 2. Pada tahun 1900-an pendidikan awal kanak-kanak mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak bermula pada tahun 1940 an.

Pada tahun 1940-an pendidikan awal kanak-kanak mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British (sistem pendidikan British) dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di tadika itu. Guru-guru pendidikan awal kanak-kanak pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di tadika.

Dari tahun 1950 hingga 1960, tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis kristian sebagai sebahagian aktiviti gereja. Hampir kesemua tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibubapa yang mampu membayar yuran. Kesannya, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Malangnya, ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.

2.2 ZAMAN SELEPAS MERDEKA

Sekitar tahun 1960-an pula, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Pada

Page 22: New Microsoft Word Document (3)

tahun 1969 satu revolusi telah berlaku iaitu, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia) bagi mendirikan tadika yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dan miskin terdiri dari keturunan Melayu, Cina dan India. Satu kajian telah diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam projek ini (Bernard Van Lee 2009).

Pada tahun 1970, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.

Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ SekolahAsuhan)(Pendaftaran). Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah Meng 1988) terdapat kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal di peringkat prasekolah. Sebanyak 90% daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998).

Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009). Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Sekitar tahun 1972 sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009).

Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran

Page 23: New Microsoft Word Document (3)

Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah.

Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan.

Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak.

Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari setahun ke setahun.

3.KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum pendidikan apabila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti, peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-kanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National Children Beaureu , United Kingdom berpandangan bahawa kurikulum untuk kanak-kanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-kanak

Segala aktiviti, sikap dan tingkah laku samada yang dirancang atau tidak, samada digalakkan atau ditegah.

Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu sendiri.

Peranan yang dimainkan oleh orang dewasa untuk menyusun atur, mengarah, mempengaruhi dan turut serta bersama melakukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak.

Page 24: New Microsoft Word Document (3)

Penglibatan ibu bapa dalam perkara-perkara yang disebutkan (NCB, 1989, p.11).

Di dalam penulisan Prof. Madya Dr. Mastura Badzis ada menyatakan Bruce dan Meggitt (2005) menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong dan merangsang potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya.

Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang didedahkan kepada kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak, secara langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan oleh guru, orang dewasa, keluarga dan masyarakat sekitar.

Dalam erti kata lain kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang dewasa, segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri, termasuklah juga bahasa dan teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa dan kanak-kanak menggunakannya dalam kalangan rakan sebaya atau orang lain, malah segala apa yang mereka boleh lihat dan dengar daripada persekitaran mereka. Kadang kala kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang tidak dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai contohnya masa atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu perkara itu lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu.

4.TRANSFORMASI KURIKULUM DAN PERUBAHAN DALAM SISTEM

4.1 Transformasi Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru murid di bilik darjah. Perlu ditegaskan bahawa kurikulum bukannya satu entiti yang konsistan tetapi berubah mengikut senario dan keperluan ekonomi, sosial dan politik tanah air.

4.2 Transformasi Kurikulum

Kajian keberkesanan KBSR dan KBSM yang dijalankan oleh agensi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) banyak menunjukkan kelemahan dari aspek pelaksanaan kurikulum tersebut di sekolah. Beberapa prinsip KBSR dan KBSM tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung

Page 25: New Microsoft Word Document (3)

mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri dan ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

Ke arah itu, satu bentuk pengubahsuaian sedang dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Dari aspek kurikulum sekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedang berusaha membangunkan satu bentuk kurikulum baru yang lebih berpusatkan murid, lebih memberikan peluang kepada murid untuk meneroka bidang ilmu tersebut dengan lebih mendalam, dan kurikulum yang menyeronokkan dan tidak berorientasikan peperiksaan. Berdasarkan keperluan ini, BPK membangunkan konsep Transformasi Kurikulum Kebangsaan yang membawa cadangan perubahan kepada konsep, bentuk, struktur dan operasi kurikulum persekolahan kebangsaan. Struktur kurikulum baru KBSR memperkenalkan konsep tunjang – satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Enam tunjang di kenalpasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang dihasratkan.

Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan merupakan dua strategi yang saling melengkapi ke arah merealisasikan agenda untuk membangunkan modal melalui pendidikan. Kedua-dua strategi menekankan kepada pencapain standard yang ditetapkan; Transformasi Kurikulum melalui penetapan standard kandungan dan standard pencapaian manakala SPPK melalui Ujian Rujukan Standard. Pelaksanaan Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan SPPK akan memastikan prestasi murid dibitara dan setanding dengan standard antarabangsa dalam pelbagai bidang pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.

5.Dasar & Polisi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak yang berlaku dengan pantas mengikut peringkat umur masing-masing. Oleh yang demikian, beberapa dasar dan polisi dalam pendidikan awal kanak-kanak diwujudkan untuk menentukan hala tuju Program Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak tersebut.

Dalam satu pertubuhan iaitu, Convention On The Rights Of the Child – CRC adalah satu pertubuhan antarabangsa. Konvensyen ini banyak membincangkan khususnya tentang keperluan-keperluan dan hak–hak kanak–kanak dan berfokuskan kepada kanak–kanak berumur 0 hingga 18 tahun (Sumber: Convention On The Rights Of the Child 2009).

Akta Kanak-Kanak 2001 (disebut Akta 611) dan telah berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2002. Tujuan utama Akta 611 adalah untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan mahkamah bagi kanak-kanak, cara perbicaraan dan hukuman (Sumber: Akta Kanak-Kanak 2009).

Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007 (Act 308) suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Mengikut seksyen 4, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Institusi-kanak-kanak & Itemid 2009).

Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Sumber: Akta Pendidikan 1996).

Oleh itu, rasionalnya dasar ini ditubuhkan adalah kerana keperluan dasar yang komprehensif Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mewujudkan dasar pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Sehingga kini,

Page 26: New Microsoft Word Document (3)

masih belum ada satu dasar yang komprehensif yang menggabungkan asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun di negara ini.

Dasar asuhan dan didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ini merupakan asas penting sebagai landasan jangka panjang dari pelaburan awal dalam pembangunan modal insan seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia ke-9. Kanak-kanak hari ini merupakan bakal pewaris dan modal insan negara di masa hadapan. Penumpuan kepada peringkat umur ini merupakan salah satu strategi awal bagi mengasaskan pendidikan sepanjang hayat dengan menghasilkan insan berjiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran menangani perubahan teknologi dan sosioekonomi global.

Penjelasan secara khusus penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah Dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia. Justeru semua pihak yang bertanggungjawab perlu menggembeleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanak-kanak.

Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah :

· Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa;

· Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan.

· Membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan.

· Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif.

· Menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikanawal kanak-kanak.

· Meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal.

· Memastikan kewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanakkanak.

Kumpulan sasar bagi Dasar ini adalah kanak-kanak di bawah umur 4 tahun khususnya bagi kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Mengikut statistik 2007, populasi kanak-kanak yang

Page 27: New Microsoft Word Document (3)

berumur di bawah 4 tahun adalah seramai 3,116,200 orang. Dari jumlah ini hanya 10% atau seramai 300,000 orang kanak-kanak yang dianggarkan menghadiri taman asuhan kanak-kanak di 8841 buah TASKA (iaitu 2,176 buah TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan di 6,665 buah TASKA yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Dianggarkan juga daripada 8,841 buah TASKA ini hanya 30% atau 2,653 buah TASKA (berdaftar dan tidak berdaftar) terletak di kawasan luar bandar yang memberikan perkhidmatan pengasuhan kepada 80,000 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun. Daripada jumlah 2,653 buah TASKA ini, sebanyak 304 TASKA adalah dibawah kelolaan KEMAS dengan bilangan kanak-kanak seramai 3,654 orang.

Komponen dasar asuhan dan didikan Awal Kanak-kanak ini meliputi 4 komponen

utama iaitu :

I. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan

II. Kemudahan Fizikal

III. Tenaga pendidik dan

IV. Penglibatan Ibu Bapa

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Kurikulum PERMATA)

5.1 Pelan Tindakan Pelaksanaan Dasar

Pelaksanaan Dasar ini akan dijalankan secara berperingkat melalui fasa I dan fasa II mulai tahun 2009.

Fasa Pertama (Mulai 2009)

Penggunaan Kurikulum Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan di taska yang dikelolakan oleh kerajaan. Penggunaan Kurikulum Kebangsaan ini hanya terpakai bagi TASKA yang dikelolakan oleh Kerajaan atau badan-badan berkanun.

· TASKA KEMAS yang dikelolakan oleh KEMAS, Kementerian Kemajuan Luar Bandar.

· TASKA Perpaduan yang dikelolakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

· TASKA Kementerian Pertahanan.

· Pusat Anak PERMATA Negara.

Pemakaian kurikulum ini boleh dibuat secara pentadbiran, tanpa perlu meminda mana-mana undang-undang. Ini adalah kerana TASKA yang dikelolakan oleh agensi Kerajaan tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang. Seksyen 3 Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) telah mengecualikan TASKA yang dikelolakan oleh kerajaan daripada pemakaian Akta tersebut.

Bagi TASKA yang dikelolakan oleh pertubuhan perbadanan dan perlu berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, seperti TASKA FELDA, pertubuhan perbadanan boleh memilih untuk menerima pakai Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pelajaran.

Page 28: New Microsoft Word Document (3)

5.2 Penubuhan Pusat PERMATA KEMAS

Fasa 1 akan melibatkan peningkatan taraf 304 taska sedia ada dari aspek

latihan, perjawatan, kemudahan dan peralatan.

Latihan

Bagi melaksanakan kurikulum PERMATA di semua Taska KEMAS sepenuhnya, latihan tambahan kepada pegawai dan kakitangan KEMAS sedia ada yang mengendali dan memantau Taska KEMAS perlu diadakan seperti berikut :

a) kursus Jurulatih Utama kepada seramai 20 orang Jurulatih KEMAS dan Pegawai / Penyelia Prasekolah untuk menjadi 'Master Trainers'.

b) kursus Orientasi Kurikulum PERMATA kepada seramai 840 orang Pengasuh dan Penyelia / Pegawai Pemantau. Ia akan di buat secara berperingkat dalam jangka masa 3 tahun.

c) Mempertingkatkan tahap kelulusan akademik Pemaju Masyarakat sedia ada ke peringkat diploma di institusi pengajian tinggi secara jarak jauh pada hujung minggu.

d) Latihan pra perkhidmatan kepada Pemaju Masyarakat baru yang akan dilantik.

e) Dengan mengambil kira nisbah seorang pengasuh kepada 5 orang kanak-kanak dari itu program PERMATA KEMAS akan memerlukan seramai 818 orang pengasuh tambahan.

· Kemudahan Premis dan Peralatan

Bagi menjadikan Taska KEMAS setaraf dengan Pusat PERMATA pengubahsuaian dan naik taraf dari segi ruang dan kemudahan serta peralatan pembelajaran perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan.

· Perjawatan

Pada masa kini jawatan Pemaju Masyarakat Taska KEMAS adalah bertaraf kontrak dengan tangga gaji disandarkan ke jawatan Gred N11. Dengan perancangan latihan dan cadangan peningkatan tahap kelulusan akademik, gred jawatan Pemaju Masyarakat Taska KEMAS ini perlu disesuaikan selaras dengan kelulusan akademik. Disamping itu KEMAS juga memerlukan penambahan jawatan sebanyak 818 orang di peringkat pemaju Masyarakat dan 356 orang di peringkat Pembantu Taska.

5.3 Penubuhan Pusat PERMATA Perpaduan

Sebagai permulaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mencadangkan supaya Taska PERMATA Perpaduan ini dilaksanakan dalam lingkungan kawasan Rukun Tetangga di bandar dan pinggir bandar seperti di Pusat Aktiviti Perpaduan, pusat Rukun Tetangga dan bangunan Tabika Perpaduan. Bagi Fasa I sebanyak 105 Pusat PERMATA Perpaduan akan ditubuhkan iaitu 15 bagi tahun 2009,

30 buah Pusat pada tahun 2010 dan 60 buah Pusat pada tahun 2011.

· Kemudahan Premis dan Peralatan

Kebanyakan bangunan dan premis sedia ada JPNIN perlu ditambah baik dan diubahsuai supaya setaraf dengan Pusat PERMATA. Memandangkan kini terdapat 415 buah bangunan yang sesuai dijadikan sebagai Taska PERMATA Perpaduan, pelaksanaannya perlulah dibuat secara berperingkat bersesuaian dengan kemampuan kewangan.

Page 29: New Microsoft Word Document (3)

· Perjawatan

Bilangan jawatan yang diperlukan bagi 105 Taska PERMATA Perpaduan ialah seperti berikut:

Tahun taska pendidik pembantu pendidik

JPNIN mencadangkan supaya Pendidik dilantik pada Gred S27 dengan pembantunya pada Gred N11 berasaskan kelayakan akademik mereka.

· Latihan

Pendidik di Pusat PERMATA Perpaduan di jangka perlu mengikuti latihan dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak selama 6 minggu.

5.4 Penubuhan pusat permata felda

FELDA bercadang untuk memperluaskan program PERMATA dengan menambah lima lagi Pusat iaitu di FELDA Jaya Raja Alias, FELDA Gugusan Besout, FELDA Gugusan Kertih, FELDA Ciku Kelantan dan FELDA Tenggaroh. Bangunan-bangunan sedia ada di lokasi-lokasi tersebut akan dinaik tarafkan supaya sesuai dengan keperluan program PERMATA.

5.5 Penubuhan pusat permata angkatan tentera malaysia (ATM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan Pusat PERMATA di 5 buah lokasi iaitu Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur (Markas ATM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur (Markas Tentera Darat), Pangkalan TLDM Lumut (Markas Tentera Laut), Pangkalan Udara Subang (Markas Tentera Udara), dan Taskanita Kementerian Pertahanan (PUSPANITA). ATM seterusnya akan menambah 8 lagi Pusat PERMATA ATM iaitu 4 lokasi bagi Tentera Darat, 2 lokasi bagi Tentera Laut dan 2 lokasi bagi Tentera udara.

Fasa Kedua (Mulai 2010)

Pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan Di Taska Swasta. Sekiranya pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak ini akan dijadikan mandatori bagi semua taska, termasuklah yang ditubuhkan dan dikelolakan oleh pihak swasta, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 bagi pemakaian Kurikulum Kebangsaan prasekolah di termasuk TADIKA Swasta, maka pindaan hendaklah di buat kepada Akta Pendidikan 1996 bagi memasukkan peruntukan yang serupa.

Dengan ini, Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak akan menjadi sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Bagi maksud ini, pindaan yang substansif perlu dibuat kepada Akta Pendidikan 1996, khususnya yang melibatkan Bahagian IV yang memperuntukkan perkara-perkara berhubungan dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Peruntukan mengenai kenyataan dasar yang disebut dalam perenggan 14 diatas adalah peruntukan membolehkan (enabling clause) yang memperuntukkan bahawa Menteri Pelajaran mempunyai kuasa untuk menggubal atau menetapkan serta bertanggungjawab bagi hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum asuhan dan didikanawal kanak-kanak. Selain itu, kenyataan Dasar ini tidak menyentuh obligasi mana-mana pihak untuk melaksanakan kurikulum tersebut. Ini adalah kerana pelaksanaannya boleh dibuat secara pentadbiran.

Berhubung dengan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 yang memperuntukkan mengenai pengawalseliaan taska swasta, khususnya pendaftaran TASKA swasta, walaupun ia tidak memperuntukkan mengenai penggubalan dan pemakaian kurikulum di TASKA, namun pemakaian Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak adalah di peruntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Di Institusi) 1985 yang dibuat di bawah Akta tersebut.

Page 30: New Microsoft Word Document (3)

6. HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kepentingan pendidikan prasekolah sebagai penyediaan kepada kanak-kanak ke alam persekolahan telah banyak didokumentasikan. Menurut UNESCO, pendidikan awal kanak kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan minda kanak-kanak dan dapat mengurangkan kekurangan sedia ada dan di masa depan. 26 Kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah, lebih komited dalam pendidikan dan memperolehi pendapatan lebih tinggi pada masa hadapan

Menyedari kepentingan pendidikan prasekolah serta skop Malaysia dalam meningkatkan kadar penyertaan prasekolah, yang mana kadar semasa ialah 67% bagi kanak-kanak yang berumur empat dan lima tahun, kami telah mengenalpasti pendidikan prasekolah sebagai salah satu fokus di bawah NKRA Pendidikan.

Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan kualiti pendidikan prasekolah, terdapat tujuh teras yang dikenalpasti bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti.

Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah. Jawatankuasa ini berperanan mengkaji semula dasar pendidikan prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta yang berdaftar termasuk kurikulum, kriteria kelayakan, latihan dan penilaian, menyelaras semua prasekolah (kerajaan dan swasta) serta memantau dan menilai pendidikan prasekolah bagi menggubal dasar prasekolah masa depan. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran (MOE), manakala ahli tetapnya terdiri daripada Ketua Pengarah KEMAS, Ketua Pengarah JPNIN dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (MOE).

Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta. KSPK memberi penekanan dalam aspek berikut:

Ø Menggabungkan prinsip pendidikan holistik yang berorientasikan kepada hasil pembelajaran

Ø Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira latar belakang pelajar yang berbeza

Ø Mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin sebagai bahasa instruksional.

Ø Melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemahaman budaya serta aktiviti pelbagai bangsa.

Penambaikan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini merupakan satu inisiatif yang diterima baik

Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk penyeragaman pemberian geran per kapita kepada prasekolah MOE, KEMAS dan JPNIN serta menaikkan bantuan makanan bagi menampung inflasi.

Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah. Program Peningkatan Kemahiran akan diberikan kepada lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun. Selain itu, kriteria kelayakan minima untuk semua guru prasekolah ialah Ijazah sarjana muda. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan membangunkan kerangka kecemerlangan pendidikan prasekolah, dengan menakrifkan sasaran yang perlu dicapai oleh prasekolah.

Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4 tahun. Berdasarkan kepada kadar penyertaan semasa, disasarkan bilangan kelas prasekolah yang diperlukan dalam anggaran 10,000 kelas. Bagi mencapai sasaran ini, pihak kami akan meningkatkan kerjasama dengan pihak swasta.

Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan prasekolah. Insentif baru akan diberikan kepada pengusaha presekolah swasta khususnya di kawasan miskin bandar dan di luar bandar. Manakala pihak swasta pula ,

Page 31: New Microsoft Word Document (3)

perlu mematuhi standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan, termasuk sasaran yang ditetapkan.

Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan mengumpul maklumat berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar, personel dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut. Dengan sistem ini, pihak Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan akan dapat memantau dan menilai pelaksanaan prasekolah dengan lebih telus dan berkesan serta dapat merancang dasar-dasar baru bagi memantapkan

6.1 LITERASI DAN NUMERASI: MEMASTIKAN SEMUA KANAK-KANAK BERUPAYA MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS LITERASI DAN NUMERASI SELEPAS TIGA TAHUN MENGIKUTI PENDIDIKAN RENDAH

Sasaran yang ditetapkan agak sukar dicapai, walaupun untuk golongan dewasa kerana kurang daripada 30 negara mempunyai kadar literasi mencapai 100%. Namum, sasaran yang tinggi untuk kadar literasi dan numerasi amat penting. Ini disebabkan pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13% daripada jumlah enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) pelajar dalam Tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan.

Kajian yang telah dijalankan oleh MOE menunjukkan bahawa faktor yang menyumbang kepada keciciran pelajar adalah disebabkan ketidakupayaan untuk menerima pelajaran yang diajar. Pada tahun 2008, hampir 32,000 pelajar cicir dari pelbagai peringkat persekolahan. Harapan kerajaan, sekiranya penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas diberi penekanan bermula daripada peringkat awal pendidikan, kadar keciciran pelajar akan dapat dikurangkan. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi pada peringkat awal pendidikan juga amat kritikal bagi seseorang kanak-kanak kerana penguasaannya akan menjadi lebih sukar di masa hadapan – kegagalan adalah kumulatif.

6.2 SENARIO KEWUJUDAN PRASEKOLAH ALAF BARU

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani anak didik di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar, Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk membantu meletakkan dasar ke arah perkembangan sikap, pengetahuan, ketrampilan, dan daya cipta yang diperlukan oleh anak didik dalam menyesuaikan diri dengan lingkungannya dan untuk pertumbuhan serta perkembangan selanjutnya.

7. PENUTUP

Usaha memajukan kanak-kanak di peringkat awal merupakan asas pembentukan modal insan yang berkualiti yang memberi pulangan tertinggi dalam kemajuan ekonomi kerana ia merupakan cara berkesan untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Kanak-kanak yang dipelihara dan dididik hari ini perlu dilengkapkan bukan sahaja bagi menghadapi cabaran yang biasa masa kini tetapi juga kerumitan yang mungkin dihadapi masa akan datang. Oleh itu, mendidik anak-anak kita dengan betul adalah sesuatu yang perlu kita lakukan, bukan sahaja untuk faedah mereka tetapi juga bagi masa depan negara. Kualiti modal insan negara merupakan elemen penting bagi mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Pembangunan modal insan perlu holistik, yang merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan selain menyemai sikap progresif, positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumur hidup.

Proses menyemai nilai-nilai yang baik dan kemahiran yang sesuai bagi pembentukan menyeluruh sebagai individu perlu bermula sejak kanak-kanak itu masih bayi. Kita tidak patut membiarkan aspek pembangunan kanak-kanak itu apabila mengetahui bahawa kualiti jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak boleh menghasilkan kesan positif jangka panjang.

Page 32: New Microsoft Word Document (3)

Kerajaan Malaysia sentiasa secara konsisten memperuntuk sejumlah besar wang bagi bajet pembangunan untuk kemajuan pendidikan bagi memastikan sasaran dalam pelan pendidikannya mencapai matlamat.

Pada 2007, kanak-kanak berumur lima dan enam tahun yang mendapat pendidikan pra sekolah adalah tinggi iaitu 67 peratus dan dijangka ia akan meningkat kepada 80 peratus menjelang akhir 2010. Bagaimanapun, peratusan ibu bapa yang menggunakan pusat jagaan kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah adalah rendah. Kaji selidik pada 2006 yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara mendapati hanya 10.6 peratus ibu bapa menggunakan pusat itu berbanding 5.9 peratus bagi mereka yang tinggal di luar bandar.

Objektif program Permata adalah bagi mengisi jurang pembangunan, pendidikan dan jagaan kanak-kanak sejak mereka lahir hingga mencapai umur lima tahun dalam usaha untuk menyediakan jagaan berterusan sebelum mereka memasuki pra sekolah dan sistem persekolahan formal. Oleh itu, falsafah dan kurikulum disamping proses pembelajaran dan pengajaran perlu selari bagi mencapai pembangunan berterusan. Ibu bapa perlu lebih mesra dalam memandu kanak-kanak dalam menemukan mereka dengan persekitaran.

Dengan dunia tanpa sempadan dan proses globalisasi, wujud keperluan bagi menyediakan kanak-kanak untuk menjadi warganegara global dan mereka perlu diingatkan mengenai padang permainan mereka sebagai orang dewasa tidak terhad kepada tanah air mereka. Mereka perlu peka sejak awal mengenai kepelbagaian budaya, berurusan dan berinteraksi dengan yang lain merentasi dunia melalui teknologi maklumat dan komunikasi dan mengenai keupayaan untuk bekerja di dunia yang berbeza.

Oleh itu, adalah penting bagi memastikan semua sistem dalam masyarakat bermula dari ibu bapa, keluarga dan masyarakat dan sistem sekolah, untuk bekerjasama sepenuhnya bagi memaksimumkan potensi kanak-kanak itu dalam persekitaran holistik merangkumi lingkungan intelektual, kebudayaan dan kerohanian