dasar ekonomi baru

3
Dasar Ekonomi Baru Sebelum 1970, dasar pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan kepada pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepat dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, aspek pengagihan kurang diberikan penekanan. Ini menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik yang memberi kesan negatif dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Matlamat utama DEB adalah untuk mewujudkan perpaduan negara. Bagi mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan: Untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum;.dan Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Salah satu aspek penting DEB adalah berteraskan premis ekonomi yang berkembang pesat. Ini memandangkan pertumbuhan ekonomi adalah satu keperluan bagi menyediakan peluang kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta dalam aktiviti ekonomi. Aspek ini juga memastikan bahawa pengagihan tidak diperuntukkan dari kekayaan sedia ada tetapi dari pengembangan dan punca baru

Upload: virgo-vapor

Post on 31-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rt

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru Sebelum 1970, dasar pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan kepada pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepat dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, aspek pengagihan kurang diberikan penekanan. Ini menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik yang memberi kesan negatif dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Matlamat utama DEB adalah untuk mewujudkan perpaduan negara. Bagi mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:

Untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum;.dan

Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Salah satu aspek penting DEB adalah berteraskan premis ekonomi yang berkembang pesat. Ini memandangkan pertumbuhan ekonomi adalah satu keperluan bagi menyediakan peluang kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta dalam aktiviti ekonomi. Aspek ini juga memastikan bahawa pengagihan tidak diperuntukkan dari kekayaan sedia ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Pelaksanaan strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara menjelang 1990. Kadar kemiskinan berkurangan dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan seterusnya kepada 1.7 peratus pada 2012.

Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, 66.3 peratus ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera memiliki hanya 2.4 peratus. DEB menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 19.3 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 33.9 peratus untuk warga asing dan nomini. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30 peratus pegangan

Page 2: Dasar Ekonomi Baru

ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Menjelang 2010, jumlah nilai ekuiti telah berkembang dengan pesat dan meningkatkan nilai pegangan mutlak semua kumpulan.

Strategi pembasmian kemiskinan Malaysia sentiasa menumpukan kepada pembangunan sumber manusia dan kualiti hidup. Inisiatif yang dilaksanakan menekankan kepada program berbentuk produktif dan bukan secara kebajikan, kecuali dalam kes-kes tertentu di mana bantuan secara langsung perlu diberikan. Langkah ini adalah untuk memastikan golongan miskin dapat berdikari dan turut serta dalam aktiviti ekonomi.

Strategi pembangunan luar bandar melibatkan pelbagai program pembasmian kemiskinan seperti program agropolitan secara bersepadu dan peladangan kontrak; program keusahawanan termasuk akses kepada pembiayaan kredit mikro; perkhidmatan sokongan pertanian termasuk infrastruktur saliran dan pengairan; pembangunan industri kampung/kecil; penyediaan infrastruktur luar bandar termasuk jalanraya, eletrik dan air; dan perkidmatan sosial seperti kesihatan, sekolah, bantuan makanan dan penempatan semula setinggan.

Program penyususan semula masyarakat menumpukan kepada strategi berikut:

Campurtangan Kerajaan melalui pewujudan agensi khas untuk memastikan penyertaan ekonomi dan pemilikan ekuiti Bumiputera yang berkesan;

Memperkenalkan peraturan dan kerjasama khusus, di mana penglibatan dan penyertaan Bumiputera dipermudahkan bagi suatu tempoh masa;

Peruntukan untuk konsesi fiskal dan bantuan kewangan sebagai sebahagian dari pakej ke arah pembangunan keusahawanan;

Memesatkan program untuk pendidikan dan latihan; Menambahkan pemilikan Bumiputera melalui projek penswastaan; dan Mewujudkan keseimbangan di dalam pekerjaan melalui pertumbuhan ekonomi yang

saksama untuk mencerminkan komposisi etnik.

http://www.epu.gov.my/dasar-ekonomi-baru?p_p_id=56_INSTANCE_Ia0Q&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-4&p_p_col_count=1&page=2