memahami kelemahan dasar ekonomi baru (internet version)

Upload: sharizalmuhamm380

Post on 08-Jul-2015

3.708 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

SIRIPENGEMBANGANILMU

MEMAHAMI KELEMAHAN DASAR EKONOMI BARU olehRAHIM ZAIN

GATEWAY PUBLISHING HOUSE SDN. BHD.i

Diterbitkanoleh GatewayPublishingHouseSdn.Bhd. Lot86JalanThaverKgPandan 55100KualaLumpur tel0392831216Faxo392831651 HakciptaTerpelihara CetakanPertama2005 Tidakdibenarkanmengluarulangmanamana bahagianartikel,ilustrasi,jadualdanisikandungan bukuinidalamapajugabentukdandenganapacara punsamaadasecaraeletronik,fotokopi,mekanik rakamanataulainlainsebelummendapatizin bertulisdaripadapenerbitterlebihdahulu

Dicetakoleh ImageTypesetter No25AJalanBruneiSelatanoffJalanPudu 55100KualaLumpur ii

KandunganIsu Strategi Dalam Dasar Ekonomi Baru Pengalaman Dasar Ekonomi Melayu Cabaran Memimpin Orang Melayu Secara Berstrategi

..

iii

Kata penghantar BismillahirrahnanirrahimIsu Dasar Ekonomi Baru menjadi tiba-tiba hangat sekejap semasa dan selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan lepas itu cepat kembali sepi. Sebelum itu umum sudah tahu betapa kecewanya Dr. Mahathir dengan partisipasi dan prestasi orang Melayu dalam ekonomi dan dalam pemilikan kekayaan Negara. Tetapi yang peliknya selain dari sebilangan kecil yang muncul bercakap mengenai isu itu hampir tidak kedengaran yang lain bercakap secara jelas dan positif megenai cabaran besar itu; iaitu bagaimanakah kekayaan Negara dapat diagih supaya kaum Melayu tidak ketinggalan dalam Negara yang maju membangun. Bagi pemimpin Melayu sepatutnya tidak ada yang lebih mustahak dan berprioriti lebih utama dari isu ekonomi kaum Melayu. Politik kepada orang Melayu tidak ada erti jika ia tidak dijadikan kunci kejayaan dan kemajuan kedudukan kaumnya.. Tersirat dalam cakap-cakap mahu memilik sekurangkurangnya 30% dari kekayaan Negara ialah kemahuan menjadikan itu sebagai jaminan bagi kaum Melayu menjaga maruah di tanah air sendiri. Umum juga tahu bahawa apa pun jaminan bagi kaum Melayu yang termaktub dalam mana-mana dokumen itu adalah tidak sama dengan keteguhan ekonomi yang ada di tangan. Perkara-perkara lain bukan tidak penting tetapi jika perkara-perkara itu tidak diadun bagi menghasil keteguhan kedudukan ekonomi kaum Melayu secara relatif orang Melayu pada amnya akan mengalami masalah. Sama ada wujud atau tidak Dasar bagi menolong orang Melayu pemimpin Melayu perlu pastikan supaya pengurusan kearah itu diperhebatkan. Langkah sedemikian memerlukan usaha, tenaga, kaedah dan sumber yang luar dari biasa yang perlu dicari, dikhtiar dan dilaksanakan sebagai satu misi kebangsaan. Dari sudut orang Melayu jika pemimpin yang mereka angkat tahun demi tahun untuk memimpin mereka hanya pandai jadi pentadbir membangun Negara, menjaga keselamatan Negara, mengibar jalur gemilang terbesar, menarik pelabur asing dengan banyak, memungut pelbagai cukai dengan efisyen dan mempertajam dayasaing di antarabangsa sedangkan dalam urusan semua itu orang Melayu tidak dapat tumpang maju secara relatif selari dengan kaum-kaum lain maka semua itu sia-sia; semua kejayaan itu tidak bererti, tidak relevan. Jangan pula ada yang cepat beranggapan bahawa jika perhatian diberi kepada menolong orang Melayu kaum-kaum lain dan Negara akan terabai. Apabila berada dalam kegagalan meletakkan 30% dari kekayaan Negara di tangan orang Melayu setelah 48 tahun Negara merdeka rakyat dan kerajaan perlu bersama-sama menyelami masalah dan mencari kaedah dan jalan yang dapat menjayakan apa yang belum tercapai. Meminta kepimpinan memberi prioriti kepada cabaran memajukan orang Melayu tidak sekali-kali iv

bermaksud supaya pemimpin mengabaikan tugas kenegaraan. Yang dikehendaki ialah supaya Negara ditadbir dengan pengurusan yang terbaik sambil luang dan ruang yang berkualiti perlu dikhaskan bagi memikir dan melaksana dasar dan program yang dapat memberi kesempatan kepada orang Melayu berpartisipasi secara berkesan dalam pembangunan negara; iaitu berusaha di segala peringkat dengan menggunakan ilmu pengtahuan, kepadaian, teknologi dan jaringan untuk meneguhkan kedudukan diri dan kaum. Memiliki asset dan menyuburkan asset selari dengan kemajuan Negara adalah jaminan maruah bagi Melayu. Yang nyata dari segala segi ialah ekonomi lah yang akan menjamin kedudukan dan maruah kaum Melayu di tanah air sendiri. Bagi orang Islam sudah tentu perolehan keteguhan kedudukan ekonomi hendaklah selari dengan mencari keredhaan Allah. Oleh itu yang penting dalam perjuangan politik Melayu ialah membina keteguhan ekonomi kaum. Untuk itu adalah perlu supaya iktibar diambil dari pengalaman pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Buku kecil ini mengajak seluruh orang Melayu memusatkan perhatian kepada destini bersama dikalangan kaum Melayu dan dikalangan pelbagai kaum. Bagi pemimpin-pemimpin Melayu pemerahan otak dalam politik mesti menyumbang kepada kemajuan kaum Melayu secara cepat. Politik hendaklah cerdik Melayu. Politiking yang memecahbelah perlu diredakan bahkan dihentikan; perbezaan pendapat dan pegangan perlu ditangani secara yang tidak menghalang kemajuan ekonomi. Tugas amat besar yang dihadapi bersama oleh orang Melayu ialah bagi menjayakan usaha meneguh ekonomi. Jika pelbagai virus dibiar melemah partisipasi orang Melayu maka tidak mungkin usaha besar itu dapat menghasil kejayaan. Kaum Melayu akan kecewa dengan ketiadaan satu treatment yang serious dan mendalam dari pemimpin Melayu untuk membuat penilaian dan memilih strategi bergeliga dalam menghadapi cabaran meneguhkan ekonomi mereka. Ayuh ! 15 Oktober 2005

v

I Isu Strategi Dasar Ekonomi Baru

Dari segi asal usulnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah bukan satu dasar yang terbit secara natural dari perkembangan minda politik yang mahu membawa perubahan dan kemajuan kepada orang Melayu secara cepat (accelerated). Sebaliknya dasar itu adalah suatu response dan pemikiran segera yang dipaksakan ke atas pemimpin-pemimpin berikutan dari peristiwa huruhara antara kaum 13 Mei. Pemimpin-pemimpin yang sebelum itu leka dengan kerja mentadbir dan memerintah negara tidak pernah menyuara perhatian terhadap masalah kepincangan aspek sosio-ekonomi masyarakat secara mendalam selain dari komen biasa dalam buku rancangan Malaysia, khusasnya tidak kedengaran pemikiran pemimpin Melayu terhadap kemajuan orang Melayu dalam persekitaran yang pesat berubah di bandar dan di peringkat negara. Kesempatan telah diambil dari peritiwa itu dengan menjadinya catalyst untuk berfikir besar dari biasa tetang program pembangunan tetapi malangnya tidak banyak penyelidekan telah dibuat untuk meneguhkan dasar dan program yang tidak lahir dari penyelidikan. Apa yang dihasilkan sebagai dasar dan program nampaknya datang dari peringkat minda, bukan tidak baik cara itu tetapi tidak lengkap dan tidak kokoh dari segi andaian kapasiti dan kesediaan orang Melayu 1

dalam segala aspek. Dasar Ekonomi Baru seolah-olah dirumus oleh dukun. Mutunya boleh disimpul dari ungkapan tak kering gusi oleh seorang Menteri pada masa itu : Believing is seeing. You have to believe to see the plan work. Itulah cara rakyat diyakinkan tentang Dasar istimewa itu. Itulah pertama kali perkhidmatan awam Malaysia bersua dengan kaedah Houdini dalam urusan pembangunan. Pembangunan negara telah berat kepada aspek fisikal dan material. Dari segi pertimbangan dasar dan program amat diragui jika perhatian yang cukup telah diberi kepada budaya, harapan, kemahuan, sikap, motivasi, keupayaan, keperluan, disiplin, ilmu pengtahuan dan kemahiran di kalangan orang Melayu di segenap lapisan masyarakat. Adalah juga diragui sama ada perhatian terhahap ciri-ciri sosial masyarakat bukan-Melayu yang tidak dapat tidak akan berinteraksi dengan orang Melayu dan menentukan kemajuan orang Melayu secara lansung dan tidak lansung telah juga diambil kira. Pembangunan sebagai pergerakan membawa perubahan sosio-ekonomi yang merata dalam erti kata sebenar perlu menyentuh jiwa raga rakyat, terutama yang terlibat lansung. Nilainilai kemanusiaan yang mendorong tingkah laku, motivasi, perasaan, kesejahteraan, kebebasan, dan segala macam harapan yang dibawa oleh demokrasi dan yang boleh menggalak partisipasi yang berkesan nampaknya pada masa penggubalan dan pelancaran dasar dan program itu telah tidak diambil kira secukupnya oleh pemimpin-pemimpin negara. Simptom penyakit masyarakat yang mencetuskan pemikiran tentang DEB 2

pada masa itu ialah kegelisahan kaum Cina yang tidak suka kepada cara MCA berpolitik dan tidak puas hati dengan proses politik tanah air. Mereka telah dengan jelas menunjuk di peti undi ketidakpuasan mereka dengan memberi kekalahan teruk kepada parti itu. Tindakbalas orang Melayu pada 13 Mei bukanlah peristiwa orang Melayu menunjuk perasaan untuk menarik perhatian kepada kedudukan ekonomi mereka. Bahkan semenjak Merdeka diisyhtiharkan lagi orang Melayu telah dengan sabar menunggu pengisian kemerdekaan yang dijanjikan tahun demi tahun oleh pemimpin bangsawan mereka. Memang orang Melayu terutama yang di luar bandar tidak kaya dan tidak maju seperti juga rakyatrakyat di dunia ketiga lain pada masa itu berbanding dengan keadaan ekonomi kaum mendatang di bandarbandar, tetapi mereka belum sampai ke peringkat kurang ajar. Di antara punca masalah negara ialah kerajaan pada masa sebelum Mei 13 sudah selesa mengguna kaedah peninggalan pentadbiran penjajah untuk meneruskan program pembangunan luar bandar bagi memajukan kaum Melayu tanpa penilitian yang kritis terhadap sifat sosial dan kesediaan orang Melayu untuk meghadapi perubahan. Program RIDA dilanjutkan kepada MARA, penempatan FELDA dibuka sebagai ladang, penempatan ditanah pinggir dibuka secara kecil, petani diberi kemudahan parit dan tali air, nelayan diberi subsidi, sekolah dibuka, kelinik dibena, jalan-jalan kampung dibina, letrik dan bekalan air disambung, dan banyak lagi program dalam rangka pembangunan negara dan luar bandar 3

dilakukan. Aspek pemodanan masyarakat luar bandar dari segi memperbandarkan luar bandar tidak mendapat perhatian berat sehingga hari ini pun walaupun prospek itu sentiasa wujud dan boleh dijadikan realiti jika pegawai-pegawai yang diberi tanggungjawab terdiri dari yang berfikir. Kehidupan rakyat aman damai pada masa dulu diterima sebagai cukup memberi rasa selesa kepada kerajaan perikatan terutama dalam mengekalkan suasana dimana masyarakat Cina dapat berdagang dengan tidak terhalang dan masyarakat Melayu di luar bandar didodoi dengan pembangunan luar bandar, lebih tidak diusik lebih baik, lebih selesa, lebih nyaman dengan rasa Melayu masih di Tanah Melayu. Sambil Melayu di luar bandar didodoi pengaruh pendidikan dan media menyebar luas membebaskan pemikiran ramai penduduk luar bandar. Ada yang hidup dalam dua dunia, tinggal di luar bandar tetapi berfikiran bandar, bebas dan celik politik. Memang negara telah melangkah maju tetapi aspek jiwa dan harapan rakyat yang mahu ruang untuk berbeza pendapat dan memilih kerajaan dengan bebas berasaskan maklumat yang terbuka tidak mendapat layanan yang munasabah. Program pembangunan yang dilaksanakan nampaknya telah tidak dinilai secara kritikal berdasarkan suara rakyat sebenar yang tidak ditapis, dan dari segi kesan kemajuan dan kedudukan orang Melayu berhadapan dengan gejala perubahan berbanding dengan kaum lain. Walaupun jabatan perangkaan tahun demi tahun menghasilkan perangkaan mutu tinggi malangnya perangkaan itu tidak mencermin aspek aspirasi dan 4

kesediaan rohani dan sistem nilai. Dilihat dari segi pelaksanaan dasar nampaknya analisis kedudukan masyarakat pada masa itu kurang tajam. Kesempatan tidak diambil oleh pemimpin-pemimpin untuk menjenguk bertanya khabar tentang kedudukan orang Melayu selain dari turun padang bagi tujuan lain. Mereka terlalu percaya kepada program yang mereka lulus untuk dilaksanakan melalui pelbagai kementerian, jabatan dan ajensi. Modal pemimpin berhadapan dengan rakyat ialah kerajaan telah beri itu dan kerajaan telah beri ini. Pemimpin yang rasa puas hati memberi adalah pemimpin yang tidak faham erti pembangunan. Sikap dan amalan berpuashati dengan memberi mengelabui pemimpin politik dan pemimpin pentadbiran disemua peringkat tentang matlamat dan kesan pembangunan. Pembangunan tidak dilihat secara enlightened. Walaupun ilmu pembangunan negara sudah menjadi satu mata ilmu yang diketahui ramai diperingkat orang terpelajar pada masa itu tetapi kekayaan ilmu tidak ditimbal dengan kebijaksanaan menggunakan ilmu. Rasa memadai dengan berbelanja bagi memberi bantuan dan kemudahan tidak mendorong pemimpin dan pentadbir menilai kesan program dari segi kemajuan dan pembangunan yang berimbang dalam konteks masyarakat dan kesejahteraan dalam negara berbilang kaum. Kelalaian dan rasa puas hati dengan sokongan rakyat telah mengakibatkan rakyat Melayu tertinggal semasa rakyat bukan Melayu jauh kehadapan. Perhatian yang serious tidak diberi kepada usaha mengimbang pengagihan kekayaan negara kerana 5

pemimpin-pemimpin yang mendapat persefahaman dengan cara accomodation dalam Perikatan telah perolehi sokongan tahun demi tahun dari rakyat dengan mudah di atas janjijanji yang tidak membebankan, dan adakala janji kosong. Mereka tidak rasa tercabar untuk berbuat lebih dari apa yang lazim. Juga kerajaan telah tidak mengambil berat tentang perasaan dan harapan rakyat yang mahu ruang demokrasi dalam pilihan raya. Tunjuk perasaan yang luahkan dalam kemenangan mereka itulah yang mencetus huruhara. Tindakan orang Melayu dalam peristiwa 13 Mei adalah semata-mata reaksi spontan dari pihak yang maruah mereka tercabar buat kali kedua, pertama apabila MPAJA dan Kuomintang muncul lupa diri menunjuk kuasa keatas orang Melayu di Tanah Melayu apabila Jepun ditewas dalam Perang Dunia ke Dua. Dahulu tidak pernah ada yang kencing di depan Melayu dalam tanah air mereka sendiri dalam keangkohan kemenangan pilihan raya. Tidak pernah ada yang tunjuk kurang ajar luarbiasa dalam konteks kehangatan pilihanraya. Peristiwa 13 Mei adalah bukan penyataan orang Melayu tentang kemiskinan mereka atau kelemahan kedudukan ekonomi mereka tetapi itu adalah tindak-balas perasaan orang Melayu bandar. Maruah orang Melayu tercabar dalam tanah air sendiri. Orang Melayu biasa tidak dapat terima tunjuk perasaan yang menghinakan adat resam dan mengancam kedamaian yang rata-rata orang Melayu mahu. Walaupun orang Melayu lemah di bidang ekonomi tetapi mereka cinta damai. Jikalau orang Melayu sebelum itu sudah lama berkobar-kobar benci kepada 6

penguasaan ekonomi oleh kaum lain sudah tentu tindakan mereka bukan setakat itu. Sepatutnya masalah kegelisahan rakyat yang mahu ruang untuk berbeza pendapat dan berbeza pilihan telah ditangani dengan kaedah yang sesuai supaya rakyat diasuh, dipupuk, dan ditunjuk teladan untuk menghurmati perbezaan pendapat dan tidak ganas dalam berpolitik, baik ganas lahir mahupun ganas terpendam. Rakyat patut diajar tentang sejarah perolehan kemerdekaan yang betul. Sejarah yang tidak betul akan membawa masalah. Juga rakyat patut mendapat kesan dari bimbingan pemimpin-pemimpin yang diharap menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing di kalangan kaum masing-masing selari dengan semangat peolehan Kemerdekaan dan semangat pemberian Kemerdekaan oleh penjajah yang memang tidak mahu rakyat berpecah belah. Ajaran seperti itu secara berat dan berkesan tidak pernah diberi di sekolah dan di luar sekolah di kalangan masyarakat Cina oleh pemimpin Cina sebagai lanjutan dari tanggungjawab pemimpin masing-masing kaum bagi membimbing kaum mereka ke jalan pemahaman erti Kemerdekaan. 13 Mei adalah fenomena bandar, fenomena minda, fenomena nilai, fenomena prinsip keadilan politik yang diakibatkan oleh kepimpinan politik negara yang mengekalkan kuasa dengan cara menafikan ruang kepada yang lain terutama kepada aspirasi politik oleh pihak yang celik politik dan yang mahu hak politik mereka. Ketiadaan keupayaan di kalangan pemimpin-pemimpin pada masa itu menangani suara politik lawan dengan berkesan semenjak cabaran 7

sedemikian muncul dalam politik tanah air telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei. Akar penyakit 13Mei tidak diubati dan penyakit yang sama boleh timbul bila-bila masa apabila iklim yang sesuai wujud. Peliknya penyakit yang dimanifastasikan oleh gerakan kaum Cina yang mahu ruang berpolitik di luar Perikatan telah tidak dihadapi tetapi sebaliknya ia membuka perbincangan tentang kepincangan ekonomi dan perbezaan antara kaum dalam bidang pekerjaan. Bagi mengekalakn kredibiliti MCA Tun Razak dengan bijak telah mengorbankan tapak Melayu kepada MCA supaya air muka parti itu tidak jatuh. Sambil itu kesediaan Tun Razak memeluk Gerakan dan parti-parti lain sebagai elemen yang sederhana telah menyelamatkan kedudukan Perikatan dan meneguhkan tangan kerajaan dalam acuan yang lama. Tetapi persefahaman masa lampau tidak meresap kepada peringkat tindakan menolong orang Melayu maju di bidang ekonomi. Ketiadaan sokongan positif, terbuka, dan menyeluruh dari pemimpin-pemimpin dan kaum-kaum bukan-Melayu dalam zaman DEB dalam usaha kalangan orang Melayu mempertingkatkan kedudukan mereka telah menghasilkan kesan negatif kepada orang Melayu walaupun negara telah maju dengan hebat. Tetapi kenapakah penyakit ketidakpuasan hati dengan amalan politik dan pemerentahan yang tidak memberi ruang kepada partisipasi politik dengan sihat dari kalangan rakyat telah tidak diberi perhatian yang serius. Sebaliknya kepincangan masyarakat dijadikan tumpuan pemikiran semula tentang kedudukan 8

ekonomi negara. Penyakit sebenar telah disapu kebawah permaidani dan simptom kepincangan masyarakat dilihat pada permukaan sahaja. Pihak yang celik politik bukan dibimbing dan diasuh supaya tidak ganas dan tidak mengganas. Keganasan berpolotik yang ditekan telah membara dan bertukar wajah kepada pemikiran politik yang lebeh tajam, lebih berilmu, lebeh mengenali nilai-nilai kemanusiaan dan lebih articulate. Minda politik tertekan itu menunggu masa untuk muncul menghanyut segala tunggul usang yang menghalang keterbukaan dan libralisme dalam amalan politik. Bahkan bukan sedikit minda politik progresif sedemikian yang ada dalam parti-parti komponen Barisan Nasional yang menunggu mengambil alih centre stage apabila kuasa orang Melayu lemah. Logik yang diikuti bagi mengelak berulangnya peristiwa berdarah dalam masyarakat ialah kesimpulan supaya kemiskinan dibasmikan dan masyarakat disusun semula supaya pekerjaan dan pemilikan harta tidak lagi dikenali mengikut kaum seperti orang Melayu dikenali sebagai kaum petani miskin di luar bandar, orang India buruh ladang, orang Cina peniaga dan pengusaha kaya di bandar. Jika persepsi umum stereotip mengenai kaum dapat dihapuskan dari pemikiran rakyat kononnya huruhara perkauman dapat dihindar. Di atas logik demikianlah lahirnya motivasi untuk mewujudkan Dasar Ekonomi Baru. Dasar dari ilham politik itu telah digubal dengan bantuan penuh oleh pakar ekonomi. Tetapi yang tidak disedari pada masa itu ialah DEB yang dilancarkan adalah pincang dari awal. DEB pincang kerana yang dirancang 9

hanyalah tentang penyataan dasar yang tersusun tanpa mengambil kira cara dan persediaan gulongan sasar. Perancang telah melihat kepada sasar secara am tanpa kefahaman yang mendalam untuk bersiap-sedia dengan pelan pelaksanaan yang rapi dan yang dapat menjamin kejayaan. Perumusan Dasar Ekonomi Baru nampaknya telah diasakan pada pandangan kasar dan statistik yang kering tanpa kefahaman yang mendalam dan tanpa penyataan yang jelas tentang kelemahan orang Melayu yang menyebabkan mereka perlu ditolong. Tanpa kefahaman yang jelas tentang aspek sosial orang Melayu Dasar Ekonomi Baru sudah tentu pada mulanya lagi cacat. Sebab-musabab yang mengakibatkan orang Melayu lemah dan cara-cara menjayakan partisipasi orang Melayu di bidang ekonomi adalah berkait rapat dengan keadaan sosio-ekonomi yang wujud pada masa DEB dirancang. Apakah yang menjadi andaian bahawa orang Melayu akan bertindak secara logik dan rational yang boleh menghasilkan kejayaan kepada dasar. Dari perspektif hari ini dan dilihat dari kacamata orang Melayu yang sudah lama celik, dasar yang tidak lengkap itu adalah berpunca dari tidak adanya unsur sosiologi yang memandu penyediaanya. Sosiologi yang meliputi individu dan masyarakat Melayu, dan sosiologi yang meliputi individu dan masyarakat rakyat berbilang kaum, serta sosiologi jentera kerajaan perlu diambil kira dengan rapi supaya partisipasi orang Melayu dapat didorong dan disokong sepanjang jalan. Banyak aspek dari harapan yang tersurat dan tersirat dalam dasar dan 10

pelan pembangunan yang diluluskan tidak dihayati oleh pelaksana. Peruntukan telah dibelanjakan, kuasa telah digunakan, program telah dilancarkan tetapi matlamat yang diharap oleh DEB nampaknya tidak menjadi matlamat yang sepatutnya dijiwai secara meluas oleh pemegang jawatan dalam jentera kerajaan dan oleh semua anggota masyarakat, terutama yang terlibat dalam program itu, baik yang menjadi sasaran mahu pun orang dari kaum lain yang diharap untuk membantu menjayakan usaha orang Melayu dan matlamat DEB. Perkhidmatan awam yang tidak peka dan tidak keluar dari cara biasa untuk melaksanakan program DEB tidak mungkin dapat memandu program dengan berkesan. Begitu juga pemimpin politik yang tidak betul-betul faham tentang dasar dan program DEB tidak mungkin dapat berperanan memajukan usaha kearah mencapai matlamat DEB. Ramai yang tahu DEB sebagai dasar serampang dua mata bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, tetapi di kalangan kementerian, jabatan, dan pejabat ramai petugas yang tidak rasa dan tidak tahu melaksanakan tanggungjawab yang penting yang menjadi tapak dasar itu iaitu dengan membesarkan kek ekonomi negara. Untuk berlaku adil kepada mereka yang benar-benar tidak tahu melaksanakan Dasar Ekonomi Baru kelemahan itu adalah pada pemimpin. Adalah perlu disedari oleh pemimpin bahawa DEB adalah satu perkara baru, satu pembaruan bagi menjana perubahan. Tidak mungkin perkara baru dapat difahami oleh orang yang tidak terlibat dengan penggubalannya. Dasar itu baru dikaca mata ramai, dan 11

mereka yang dijadikan pelaksana perlu diberi pengtahuan mengenai dinamika perubahan dengan jelas supaya segala aspek dari langkah membawa perubahan difahami dan dikuasai tekniknya. Para pelaksana perlu diberi ajaran dan latihan yang rapi dari segi mental dan kemahiran bekerja melaksanakan program atau projek. Kelulusan akademik, kelulusan latihan dalam jabatan dan lain-lain kebolehan mengurus dan mentadbir belum tentu melayakkan seorang pegawai atau kakitangan pejabat menjadi pelaksana DEB yang berkesan. Dari apa yang telah berlaku pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan telah berjaya mentadbir dan mengurus membawa kemajuan dan membesarkan kek ekonomi negara tetapi dalam masa yang sama mereka gagal memberi kesan kepada matlamat besar memaju dan memperteguhkan kedudukan orang Melayu. Lagi sekali Melayu menang sorak kampung tergadai jika dilihat dari nada orang Melayu berbangga dengan kemajuan negara dan semangat yang ditunjuk dalam mengibarkan jalur gemilang yang dijahit dan dijual oleh kaum Cina. Dasar Ekonomi Baru adalah baru kepada semua pihak. Seperti sebuah kereta baru orang yang mahu disuruh memandunya perlu tahu tentang segala aspek kereta itu dan segala perkara lain yang berkaitan dengannya atau yang menyokong penggunaan kereta itu supaya kereta tidak terkandas. Pelaksanaan DEB adalah lebih rumit. Ia bukan pentadbiran dan pengurusan biasa. Ia berupa pengurusan perubahan dalam diri semua pihak. Orang Melayu yang dibantu mesti bersedia dan berupaya menerima bantuan dan menjayakan diri dengan 12

bantuan yang diberi. Orang bukanMelayu yang berinteraksi dengan orang Melayu yang menerima bantuan perlu digalak untuk menolong menjayakan orang Melayu dalam bidang yang diusahakan; dan mereka yang berinteraksi dengan orang Melayu juga perlu dibimbing supaya tidak mengambil kesempatan sehingga menggagal menjayakan usaha kaum Melayu. Pegawai yang menjadi pelaksana mesti faham dan pandai dalam bidang yang mereka diberi peranan supaya pengurusan mereka berkesan dan bukan setakat memberi lesen, atau memberi bantuan kewangan atau mengadakan peluang dan kemudahan dan selepas itu lepas tangan. Pelaksana program apa saja dasar dan program bagi menolong orang Melayu supaya maju perlu faham dan pandai tentantg kaedah membawa perubahan. Reaksi dan masalah yang terbit dari usaha pembaruan perlu ditangani dengan pengorbanan masa dan tenaga dan dengan kreativiti. Pelaksanaan program perlu dirancang dan disusuli dengan penglibatan yang lebih dari cara pengurusan biasa. Program yang membawa pembaruan dan perubahan atau apa yang baru kepada pihak sasar biasanya tidak mudah difahami. Benda baru mempunyai sifat yang sukar dikenal dan dipersetujui. Orang Melayu yang menjadi sasar perlu membuat pertimbangan sebelum memilih untuk berpartisipasi, dan di mana pertimbangan yang betul tidak dibuat maka itulah yang menghasilkan kegagalan. Program yang baru sukar pada mulanya untuk dipegang. Ia memerlukan kepandaian berkomunikasi oleh pihak pelaksana 13

untuk menghasilkan kefahaman dan menimbulkan persefahaman di antara kedua-dua belah pihak tentang matlamat pembaruan yang dibawa kepada sasar. Oleh itu segala program untuk faedah orang Melayu perlu dinavigate dengan kaedah pelbagaian disiplin yang dapat memberi kesan yang mapan. Kejayaan sejati banyak bergantung kepada kefahaman semua yang terlibat, dan jika perlu bantuan moral, teknikal, saikologi, dan segala sokongan yang diperlui mesti diadakan. Di mana sokongan seperti itu tidak ada jangan hairan jika banyak kegelinciran berlaku. Tanpa persediaan demikian bagaimanakah dasar dan program dapat dijayakan bila ada dikalangan sasar orang yang tidak menguasai teknologi yang bersesuaian, yang tidak bermodal, yang tidak berkemahiran, yang tamak, yang mahu cepat kaya, yang berkepentingan sendiri semata-mata, dan yang mempunyai pelbagai sifat masingmasing yang perlu dipandu kepada matlamat besar bagi meneguhkan kaum ! Pelaksanaan apa pun dasar yang diadakan bagi meneguhkan kedudukan orang Melayu adalah satu pelayaran kearah matlamat baru. Banyak yang memerlukan penggunaan kompas dan inovasi dan fikiran kreatif. Di mana pemimpin, pentadbir, dan pengurus tidak faham dan mengambil mudah proses membawa perubahan maka di situlah bermulanya masalah yang hari ini menjadi tandatanya. Ada yang tahu sebab kelemahan tetapi buat-buat tidak tahu kerana mahu mengelak kena jawab dan kena kutuk. Pernah seorang bekas menteri bukan-Melayu yang bercakap di TV3 megenai DEB dan 14

yang berbangga dengan kehadhiran beliau dalam kabinet selama sembilan tahun telah bertanya kenapa Melayu masih memiliki 18.2 % dari kekayaan negara setelah sekian lama DEB dilaksanakan dan banyak projek bernilai tinggi telah disalurkan kepada orang Melayu. Amat tidak munasabah jika menteri sendiri tidak tahu perkara kebocoran. Ramai rakyat sudah tahu tentang kebocoran. Sebenarnya mereka yang masih tidak tahu kelemahan sedemikian adalah yang tidak layak memimpin. Mereka yang tahu kelemahan tetapi tidak bersuara dan tidak mahu bertindak lagi tidak patut diangkat menjadi pemimpin. Apatah lagi mereka yang menggunakan media untuk menghebohkan perkara yang tidak menolong melaksanakan dasar ekonomi dengan cemerlang tidak patut dikekalkan memimpin media. Dasar Ekonomi Baru atau apa pun dasar untuk memajukan orang Melayu memerlukan supaya penggubalnya memastikan yang pelaksananya betulbetul faham dan bersedia dengan rancangan pelaksanaan khas. Di bawah kepimpinan Tun Razak orang-orang di sekelilingnya faham, orang-orang di serambi pejabatnya faham. Makin jauh dari Jabatan Perdana Menteri makin kurang fahamannya, makin nipis jiwa terhadap matlamat DEB. Dasar Ekonomi Baru tidak memberi kesan kepada pemilikan dan pemegangan harta oleh orang Melayu secara relatif kerana kelemahan para pelaksana. Lebih lama usia dasar itu lebih nipis fahaman dalam amalan dan minat terhadap matlamat yang sebenar.

15

II Pengalaman Dasar Ekonomi BaruApakah pelajaran yang diperolehi dari pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang harus dijadikan panduan jika ada nanti DEB round kedua dalam apa bentuk atau nama. Sepatutnya DEB telah dilaksanakan dengan lebih terbuka dengan kefahaman dan penglibatan seluruh masyarakat bukanMelayu tentang keistimewaan yang diberi kepada orang Melayu untuk mengejar mengimbangkan kedudukan mereka dengan kaum-kaum lain. Dengan adanya kefahaman dan penglibatan semua kaum secara bertanggungjawab tentang dasar dan program meningkatkan kedudukan orang Melayu maka pemantauan kemajuan program-program di bawah dasar itu juga menjadi tanggungjawab semua kaum. Tetapi sebaliknya di dalam pelaksanaan DEB yang lalu ramai orang Melayu dengan rela hati telah memberi kesempatan kepada orang bukan-Melayu atau telah dipermainkan oleh orang bukan16

Melayu. Orang bukan-Melayu telah menyelam sambil minum air, satu perbuatan yang cerdik untuk mendapat untung dan harta dari kelemahan, ketiadaan keupayaan kewangan, ketiadaan kepandaian dan pengtahuan teknikal serta ketidaan pengalaman dan serba kekurangan di kalangan orang Melayu untuk menjayakan peluang yang diberi oleh kerajaan kepada mereka. Orang Melayu yang sepatutnya mendapat faedah besar dari dasar itu untuk maju dengan cepat sebaliknya mendapat faedah paling sedikit kerana sebahagian besar dari faedah yang diwujudkan oleh program-program DEB bagi menolong orang Melayu telah bocor mengalir kepada orang bukanMelayu secara tidak saksama dalam keadaan kek ekonomi Negara membesar dan dalam suasana ekonomi bebas. Kebocoran itu tidak menjejas penambahan kekayaan Negara tetapi malangnya telah membantutkan kemajuan dan perimbangan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Dalam masa Melayu dibimbing melalui pelbagai lesen, syarat, kota, dan birokrasi yang membelit langkah mereka orang bukan-Melayu dapat bebas bergerak maju secara relatif tanpa gangguan atau sekatan atau pemantauan yang melemahkan langkah mereka. Dalam keadan demikian pun pemimpin-pemimpin bukan Melayu masih berteriak tidak dapat peluang. Yang sebenarnya secara teknikal saja mungkin orang bukan-Melayu diberi keutamaan rendah dalam bidangbidang yang orang Melayu diutamakan. Tetapi dalam kehidupan hari-hari sebahagian besar dari apa yang dikatakan dapat kepada Melayu terus mengalir kepada kaum Cina; 17

sebahagian besarnya dalam bentuk bekalan, bahan, perkhidmatan kepakaran, perkhidmatan kewangan, dan berbagai lagi rupa pengaliran. Mahukah jabatan yang berkenaan atau menteri berkenaan arahkan supaya kajian pengaliran kebocoran yang berlaku tiap-tiap hari dari projek yang jatuh ke tangan Melayu dijalankan selain dari membuat kenytaan seolaholah mereka tidak tahu selama ini bagaimana kebocoran berlaku. Kebocoran itulah di antara sumber yang membolehkan orang bukanMelayu maju tanpa pertolongan kerana si Melayu yang bergelut di depan untuk mendapat apa yang perlu direbut segera menyerahkan apa yang dia dapat terus kepada orang Cina yang menunggu. Memang tidak ada apa yang salah dari segi berurusan ekonomi. Melayu yang lemah yang bergantung kepada Cina yang berupaya menjayakan usaha Melayu adalah perbuatan yang cerdik. Yang menjadi mangsa ialah matlamat meneguhkan kedudukan Melayu, dan yang bersalah ialah jentera pelaksana yang tidak peka terhadap kedudukan orang Melayu yang perlu kepada approach yang luar dari biasa. Melayu dapat laluan dalam tanah tumpah darah sendiri selama ini seolah-olah atas ihsan kaum lain. Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan dalam suasana iri hati dan benci dan penyelewengan yang tak habis-habis sehingga Melayu digambarkan sebagai pihak yang merampas dan tidak adil. Melayu sama Melayu pun ada yang rasa dianaktirikan. Tidak ada kemuliaan dan maruah bagi orang Melayu dalam pelaksanaan DEB. Pelaksanaan dasar itu dibuat seolah-olah orang Melayu berada di Tebing Barat dengan peluru 18

berterbangan mencari sasar yang berupa salah laku, salah guna kuasa, pilih kasih, dan ketidak adilan. Orang Melayu digambarkan sebagai tidak adil terhadap kaum-kaum lain. Kebelakangan ini dalam suasana pemimpin-pemimpin kaum berhadapan dengan pemilihan dalam parti dan keperluan mengekalkan kredibiliti selepas di pilih kenyataan sedemikian secara terang dan tersirat banyak kedengaran. Malangnya dalam keadaan demikian tidak ada pemimpin kaum lain yang tampil meredakan kecaman dengan memihak kepada dasar menolong orang Melayu secara yang boleh memberi keyakinan kepada orang bukan-Melayu.

Tidak juga ada pemimpin Melayu yang berhemah tinggi muncul dalam medan bukan-Melayu memberi penjelasan dan bukan membalas kritik terhadap program meneguhkan orang Melayu. Perkara seperti itu tidak berani ditimbulkan dibawah jagaan Dr Mahathir. Alangkah baiknya jika beban mempertahankan dasar itu tidak sahaja dipikul oleh pemimpin dan rakyat Melayu biasa tetapi dipertahankan dengan lantang dan juga yakin oleh pemimpin dan rakyat biasa bukanMelayu yang diberi faham betul-betul tentang satu dasar negara yang penting dalam menyusun semula masyarakat. Dalam hal ini pembuatan dan pentadbiran dasar, jika diukur dengan pengukur pengurusan, tidak boleh dikatakan cemerlang, gemilang, dan terbilang. Dasar yang sepatutnya baik telah menjadi igauan. Pelaksanaan yang dibuat secara curi-curi dalam ketakutan kalau-kalau diketahui orang, 19

dan pelaksanaan tersangkut-sangkut, sekali boleh dan sekali tidak boleh apa bila ada bangkangan, dan pelaksanaan yang kejayaannya banyak bergantung kepada ketiadaan bangkangan kaum lain adalah rapuh. Asas pelaksanaan dasar itu tidak kukuh; seperti tidak kukuhnya asas rumah setinggan yang dikonkritkan di waktu malam hari secara curi-curi. Peluang untuk meletakkan dasar itu di atas landasan yang kukuh yang dijalin dengan integrasi nasional tidak diambil. Sebagai satu format kerjasama antara kaum dalam membina dunia baru melalui bidang perniagaan dan perushaan perkongsian Melayu-Cina dan Melayu-India adalah cukup berpotensi. Bentuk itu adalah satu manifastasi kejayaan rakyat mencari dan memilih rakan, satu aspek dan langkah perpaduan negara. Kerajaan berperanan menggalak dan mendorong. Di masa dulu amalan perkongsian Melayu-Cina atau MelayuIndia yang mulanya dikenali sebagai Ali-Baba itu tidak disusun dan dibimbing dengan baik. Apa yang sepatutnya diasuh baik-baik oleh pemimpin Melayu secara positif supaya kerjasama demikian menjadi win-win ikut dicemoh sendiri oleh pemimpinpemimpin Melayu yang terbawa-bawa oleh sentimen dan mentaliti rendah surat khabar Melayu yang mengejek Ali-Baba. Satu cara kerjasama antara kaum yang berpotensi besar itu mati di tangan pemimpin Melayu yang tidak berpandangan luas. Perkongsian sedemikian adalah hasil cari-mencari rakan kongsi di kalangan rakyat biasa berbilang kaum yang perlu digalakan. Adalah tidak terlambat jika AliBaba atau Ali-Samy dimertabatkan 20

kembali di atas prinsip dan bimbingan yang bermoral dan bermatlamat integrasi nasional. Ali-Baba patut dihidupkan dengan nafas dan imej positif di bidang penyertaan dan perkongsian. Latihan, tunjuk ajar, dan penyeliaan mesti datang dari Kerajaan dan pemimpin kaum di bawah satu program integrasi nasional yang teguh yang diiktiraf oleh semua kaum. Pemimpin Melayu dan pemimpin bukan-Melayu mesti pandai mempopularkan semula amalan usahasama antara kaum. Agensi kerajaan seperti Biro Tata Negara dan lain-lain badan untuk membimbing pemimpin dan masyarakat yang sepatutnya tidak mengecewakan Dr Mahathir tentang partisipasi orang Melayu dalam ekonomi negara mesti mengenjak paradigma untuk masuk kealam nyata dan hadapi cabaran membetulkan fikiran pemimpin dan rakyat ke jalan yang postif. Melayu di masa sekarang tidak boleh didendangkan dengan dodoi kepimpinan yang tidak relevan, dan dengan dodoi ketuanan palsu yang dibanggakan. Orang-orang Melayu yang dibuai dalam suasana kampung mungkin tidak berapa sedar dengan apa yang berlaku tetapi orang-orang Melayu yang telah terdedah kepada perjalanan pentadbiran negara sudah melihat dan merasa bagaimana dasar diubah dengan mendadak apabila timbul pressure untuk dihentikan atau dipinda atau dilonggarkan. Kelemahan seperti itu tidak harus berlaku dimasa hadapan kecuali dasar dan program yang berkenaan benarbenar tidak relevan. Dengan tidak memandang rendah terhadap kejayaan individu dan 21

syarikat-syarikat Melayu selama ini, petunjuk yang ada di depan dan di sekeliling menyatakan bahawa pegawai dan kakitangan kerajaan dan agensiagensi yang diberi tugas dan tanggungjawab membawa Melayu ke arah 2020 perlu dilengkapkan diri mereka dengan persediaan mental dan keyakinan yang kuat tentang tanggungjawab mereka yang menyeluruh terhadap dasar dan program bagi memperkukuhkan kedudukan orang Melayu. Tanpa itu orang-orang Melayu tidak memerlukan mereka. Sejarah 48 tahun lampau jelas menunjukkan pegawai-pegawai dan pemimpin Melayu yang diberi kuasa untuk memberi kelulusan tanah lombong, tanah kawasan membalak, tanah tapak perindutrian, pelbagai lesen dan permit dan sebagainya telah sebuk menjalankan tugas masingmasing tanpa sentiasa ingat kepada matlamat tugas mereka. Kesan kerja mereka yang khusus nyata tidak memihak kepada kemajuan orang Melayu walaupun pada amnya mereka menganggap diri mereka berjaya dalam kerjaya. Umum tahu orang-orang Melayu amnya berat untuk mengunakan cara belakang atau jalan belakang untuk memperolehi sesuatu; tetapi perbuatan pegawai-pegawai dan kakitangan Melayu jugalah yang telah membolehkan orang bukan-Melayu menikmati faedah yang tidak setimpal dari segala macam lesen, permit, dan kelulusan-kelulusan yang sepatutnya dinikmati oleh orang Melayu. Akibat dari pelaksanaan yang tidak bijak bagi dasar untuk memberi faedah kepada orang Melayu oleh orang Melayu kesannya orang Melayu jadi tersepit dalam percaturan hidup dalam susana 22

dan persekitaran yang diwujudkan untuk memajukan mereka. Dari pada kecuaian pihak-pihak yang diberi tugas untuk menolong Melayu pada masa lalu sekarang wujud keadaan dominasi oleh bukan Melayu yang begitu jelas sekali. Mengimbangkan kedudukan yang relatif itu adalah satu cabaran bagi pemimpin yang selama ini gagal memastikan supaya jentera Kerajaan melaksanakan dasar dan program secara berkesan. Menyalahkan orang Melayu kerana kelemahan dan kegagalan untuk berjaya di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah sia-sia. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa selama ini Melayu dalam jawatan yang diamanahkan untuk memartabatkan orang Melayulah yang telah memusnahkan kedudukan Melayu dalam tanah airnya sendiri. Pimpinan ke arah 2020 yang menjanjikan kemakmuran dan kesejahteraan bagi rakyat Malaysia tidak boleh dibiar dalam tangan makhluk seperti itu jika kaum Melayu mahu dijamin supaya ikut makmur dan sejahtera seiring dengan majunya Malaysia. Mungkin jika orang bukanMelayu diberi amanah untuk menjayakan ajenda memakmur dan mensejahterakan orang Melayu program yang akan mereka gubal akan lebih kreatif dan bertenaga untuk memberi kesan yang baik seperti yang telah ditunjuk oleh guru-guru bukan Melayu di Malay College Kuala Kangsar sebelum kecemerlangan dan kegemilangan institusi itu menurun. Professionalisme dan meritokrasi perlu diberi tempat yang sewajar dalam pemikiran orang Melayu, dan bukan setakat diakui di bibir. Dalam menentukan arah perjalanan ke 2020 orang Melayu yang faham 23

tentang perjuangan Melayu dalam konteks Malaysia berbilang kaum boleh dan mesti berperanan. Orang Melayu yang berilmu tinggi tetapi yang rendah moral dan boleh dibeli seperti abdi tidak boleh diangkat menjadi pelaksana program memajukan orang Melayu. Dalam menghadapi masa depan orang Melayu tidak patut memberi dan meletakkan kepercayaan kepada pemimpin dan pegawai-pegawai Melayu yang tidak ada blue print integrasi kaum yang berkesan? Pemimpin dan pegawai Melayu yang masih bermentality seperti yang sudah pun menggagalkan dasar dan program memajukan orang Melayu di masa lalu tidak boleh diberi tugas sedemikian. Tanpa perubahan sikap pelaksana dasar memajukan orang Melayu bukan sahaja akan meletakkan orang Melayu dalam satu kedudukan berisiko tinggi dalam tanah air sendiri tetapi akan juga meletakkan seluruh rakyat berbilang kaum dalam risiko tinggi dalam negara sendiri. Agensi untuk memajukan Melayu perlu diisi oleh pegawai dan kakitangan berkeupayaan tinggi dan tidak dari kalangan birokrat yang lemah dan tidak mempunyai keupayaan mengambil inisiatif. Konvensyen, seminar, bengkel dan pelbagai bentuk medan mencari idea hendaklah menghasilkan program yang teguh dan berkesan. Pemimpin bukan-Melayu yang dilibatkan hendaklah dari kalangan yang dapat berperanan secara berkesan terhadap usaha menolong Melayu. Mereka hendaklah dipilih kerana diri mereka sendiri berupaya menggerakkan masyarakat mereka ke arah memahami keperluan dan tugas mengimbangkan kedudukan masyarakat Melayu dalam bidang kemajuan ekonomi negara. 24

Meletak orang Cina diatas pentas dalam apa-apa kongres mengenai penyelesaian masalah orang Melayu sebagai eye wash tidak patut diamalkan lagi. Yang dijemput dan diletak diatas pentas hendaklah tokoh yang boleh berperanan dalam masyarakat Cina. Begitu juga dengan pemimpinpemimpin kaum lain Pemimpin Melayu yang masih berjiwa luhur untuk melihat orang Melayu maju dan teguh sebagai kaum mempunyai tugas besar dan kreatif. Mereka perlu memberanikan diri melihat dan menggariskan wawasan Melayu dalam konteks Malaysia berbilang kaum supaya wawasan Melayu itu tidak bersifat mimpi di siang hari. Wawasan Melayu dalam alaf baru patut menjadi jalinan wawasan 2020 yang difahami, dipertahan, dan disokong oleh semua kaum bukan sebagai satu beban yang perlu dipikul oleh orang Melayu sahaja dan dicemoh dan diejek oleh kaum-kaum lain. Mereka juga mesti waspada terhadap orang-orang yang menunggu masa sahaja untuk menghapus saki baki keistimewaan yang menjadi jaminan kepada identiti Melayu. Kemerdekaan Tanah Melayu adalah langkah yang diambil oleh penjajah menyerahkan kembali tanah yang diambil dari tangan orang Melayu beratus tahun dahulu. Dalam keadaan biasa Tanah Melayu di tangan penjajah seharusnya jatuh balik kepada tangan orang Melayu seperti juga Indonesia jatuh ketangan orang Indonesia, India ke tangan orang India (walaupun dibahagi kepada India Hindu dan Muslim). Tetapi Tanah Melayu telah dimerdekakan melalui perundingan dalam mana perkara-perkara jaminan orang Melayu dalam tanah air sendiri 25

ditetapkan, dan kaum-kaum pendatang yang bermaustautin lama dan layak mengikut syarat diberi kewarganegaraan pada saat kemerdekaan, kecuali yang tidak mahu jadi rakyat. Kaum pendatang dibolehkan jadi rakyat melalui pendaftaran. Penjajah telah mengadakan syarat-syarat bagi menjaga ketenteraman setelah pengalihan kuasa dari tangan mereka kepada rakyat. Melayu jangan sekalikali terbawa-bawa dengan cakap-cakap longgar mengenai warisan itu sebagai tongkat. Adakah perlembagaan menganggapkan keistimewaan itu sebagai tongkat atau sebagai pengganti kepada kedaulatan dan pertuanan Melayu yang telah dikompromi dan diperlemahkan dalam bentuk Negara/Raja berperlembagaan yang diserahkan kepada pelbagai kaum bukan balik ketangan orang/Raja Melayu. Dalam lain-lain perkataan keistimewaan itulah nilai ganti rugi untuk anak cucu Melayu. Kaum Melayu dan bukan-Melayu mesti diberi faham dan kesedaran tentang apa yang dipersetujui dan dijanjikan oleh Tan Cheng Lock dan Sambanthan dulu dengan pemimpinpemipin Melayu dan Inggeris. Segala ini tidak pernah diajar di sekolah-sekolah dan diterap di dalam sistem nilai masing-masing oleh pemimpinpemimpin besar masing-masing kaum supaya kedudukan orang Melayu sentiasa dilihat dalam perspectif yang betul dan positif dan tidak dalam perspektif iri hati. Yang diutamakan oleh pemimpin dulu ialah kemenangan pilihan raya. Kaum-kaum Cina yang tidak faham dan tidak mahu terima hakikat bahawa orang Melayu berhak kepada keistimewaan tidak didekati dan 26

diberi penerangan. Oleh kerana pemimpin negara tidak mengambil berat tentang perkara itu sekarang negara berhadapan dengan tiga generasi yang telah sesat dalam perkara kedudukan orang Melayu. Tanpa pemimpin yang berwibawa untuk menerapkan kefahaman mengenai aspek sejarah yang penting itu kefahaman mengenai keistimewaan itu akan jadi celaru. Barang dijauhkan Allah dari perkara itu perlu ditakrifkan oleh mahkamah atau ditentukan oleh undi. Tetapi walau apapun jaminan yang ada termaktub dalam perlembagaan jaminan yang sebenarnya adalah terletak kepada kemajuan dan keteguhan ekonomi yang dicapai oleh orang Melayu. Maka itu DEB perlu dijayakan melalui program yang teguh dan bersifat kebangsaan. Jangan pula ada orang Melayu dan orang surat khabar yang kurang ilmu tetapi yang mahu sedap didengar mula bercakap besar tentang kontrak sosial. Kenapakah istilah itu pertama kali didengar tiga empat tahun dahulu dan kebelakangan ini acapkali kedengaran dari orang Melayu. Adakah perkara itu ditimbulkan secara senghaja atau orang berkenaan saja-saja rasa hendak pakai istilah itu sewaktu cuba mempertahan kedudukan Melayu. Sepanjang yang saya ingat kontrak sosial tidak pernah kedengaran atau muncul dalam mana-mana penulisan semasa kemerdekaan diperjuangkan. Yang didengar dan dibaca ialah perundingan, tawar-menawar, dan tolak ansur baik dalam bentuk memorandum atau perundingan secara lansung. Sakibaki dari perjuangan kebangsaan Melayu yang kuat diperjuangkan dengan jelas oleh pejuang kebangsaan Melayu dulu telah diterap dalam 27

Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang bertulis. Kontarak sosial yang dunia kenali mempunyai erti dan ciri-ciri yang tidak boleh melindungi kehendak orang Melayu. Kontrak sosial adalah satu doktrin yang menyentuh dan meliputi prinsip yang lebih universal. Prinsipnya jika dipegang dan didesak sebagai yang mereka mahu oleh generasi muda mungkin tidak dapat memberi masa untuk orang Melayu mengukuhkan kedudukan dalam tanah air sendiri. Apa strategi yang melatarbelakangkan penggunaan prinsip itu oleh orang surat khabar dan pemimpin Melayu hanya mereka yang tahu. Mengikut perundingan dan tolakansur sewaktu kemerdekaan dibincangkan Raja Melayu dijadikan DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Peruuan Agung dengan kuasa vito bagi tujuan menjaga kepentingan Melayu sepanjang masa. Islam dijadikan agama resmi negara kerana orang Melayu beragama Islam. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan kerana bahasa itu bahasa Melayu yang pada masa itu orang Melayu mahu dan telah dipersetujui supaya dikekal dan didaulatkan penggunaannya dalam negara merdeka. Malangnya ditanagan pemimpin kalangan bangsawan dan Pentadbir peninggalan penjajah yang darah perjuangan Melayunya tipis Agama Islam yang sah termaktub dalam Perlembagaan sebagai negara resmi Tanah Melayu merdeka telah diberi nilai yang cukup rendah. Mufti pada masa itu tidak diletak ditempat yang sewajar. Perkara halal haram tidak diambil berat. Pertandingan membaca Al-Quran pula dijadikan unsur memikat hati orang Islam. Raja Melayu yang 28

kedudukannya teguh dalam Perlembagaan sebagai payung yang dapat menyelamat orang Melayu dari perkembangan yang mungkin mengancam orang Melayu di tanah air sendiri telah diperlemahkan tanpa sebab yang kuat dan tanpa orang Melayu diajak berunding. Bahasa Melayu yang dimertabatkan supaya menjadi lambang kewujudan Melayu dalam negara merdeka dan dipakai sebagai bahasa kebangsaan telah dikaburkan dan mungkin dihilangkan oleh pemimpin Melayu yang tidak berjiwa Melayu. Entah logik apa yang diguna oleh pemimpin-pemimpin asuhan British itu bahasa Melayu yang harus diguna sebagai bahasa bagi negara merdeka sebagai bahasa kebangsaan dalam urusan resmi dan sebagai bahasa penghantar ilmu telah ditukar namanya terus kepada Bahasa Kebangsaan sedangkan sepatutnya Bahasa Melayu dengan nama Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam urusan negara seperti bahasa Inggeris di England, bahasa Jepun di Jepun, bahasa Arab di Tanah Arab dan bahasa Sepanyol di Spain dan bahasa Prancis di France. Kebodohan seperti itu datang dari pemimpin Melayu dulu yang tidak mengambil berat tentang perjuangan Melayu asalkan mereka diatas dalam perikatan dapat kekal kedudukan. Bahasa negara lain tidak dikenali khusus sebagai Bahasa Kebangsaan, ia diiktiraf kegunaanya saja. Demikianlah Melayu yang tidak mahu bermasalah yang meletak kepercayaan ditangan pemimpin yang tidak kenal perjuangan secara mendalam telah diperbodohkan. Pada hari ini pemimpin perlu fahami Perlembagaan dahulu sebelum 29

melangkah bercakap tentang kontrak sosial. Dua perkara itu tidak sama. Jika orang Melayu sudah bersedia untuk Malaysian Malaysia, satu perkembangan yang tidak dapat dielak tetapi boleh ditunda, maka kontrak sosial menjadi relevan serta merta. Menjelang 2020 orang Melayu tidak lagi patut merungut sendirian kerana ketinggalan. Jika dalam program wawasan 2020 jalinan wawasan Melayu belum ada dan kaum-kaum bukanMelayu belum boleh menerima hakikat bahawa Melayu perlu ditolong, dan jika prinsip siapa cepat dia dapat menjadi pendorong slogan Malaysia Boleh, dan pempimpin-pemimpin Melayu masih belum dapat menjiwai paradigma baru dan kuat berpolitik wang maka orang Melayu tidak perlu tunggu 20 tahun untuk mengetahui apa akan jadi akhirnya. Pemimpin Melayu mesti pandai memimpin dalam realiti sasaran yang bergerak dalam negara berbilang kaum. Mereka mesti buktikan keupayaan mereka di arena berbilang kaum. Jangan amal membeli sokongan pemimpin kaum dengan mengorbankan Melayu seperti yang telah terjadi berulang kali setiap kali pemimpin Melayu mahu diterima oleh kaum-kaum lain. Melayu sudah tidak ada banyak yang hendak dan boleh disogokkan. Dan kali ini Melayu jangan mudah membiarkan pemimpin mereka menghakis kedudukan Melayu tanpa jaminan yang teguh bahawa pengorbanan Melayu akan membawa kepada keteguhan negara berbilang kaum melalui perpaduan dan persefahaman kaum. Segala kerugian, pembaziran, penghakisan, dan kompromi yang ditanggung dan dipikul oleh orang Melayu selama ini akibat pemimpin 30

Melayu mahu sokongan dan populariti di kalangan kaum-kaum lain perlu diakui secara terbuka dan diwrite-off supaya perkara-perkara itu tidak diungkit kembali oleh mana-mana puak Melayu yang ketinggalan zaman seperti barisan bertindak Melayu atau pemimpin GPMS misalnya yang mungkin sekali lagi akan bangun dari tidur dan membakar api perkauman. Dengan dihapuskirakan segala yang orang Melayu telah korbankan setakat ini generasi Melayu baru tidak akan lagi dibeban oleh pertimbanganpertimbangan itu semua dalam membuat blue print bagi berjalan atau berlari seiring dengan kaum-kaum lain dalam realiti baru dan realiti sasaran bergerak negara berbilang kaum. Segala keistimewaan yang telah dipersetujui bagi orang Melayu perlu dinyatakan semula dengan jelas kepada angkatan muda untuk diketahui asas-asasnya dengan yakin. Bercakap secara kabur dengan menggunakan istilah kontrak sosial adalah sia-sia dan mengelirukan. Ketua-ketua parti politik mesti muncul berperanan menyatakan apa yang pemimpin-pemimpin mereka dahulu persetujui seperti yang terkandung didalam Perlembagaan yang nyata. Misi itu tidak boleh jadi beban orang Melayu sahaja seperti yang telah berlaku selama ini. Semua pehak dikehendak terima keistimewaan bagi orang Melayu dalam keadaan terbuka; dan tidak pula nanti keistimewaan itu dicela di belakang sebagai amalan yang tidak adil. Dengan demikian amalan menggunakan keistimewaan itu akan dibuat secara positif, berani, dan berkesan. Rancangan dan program DEB mesti didokong dengan kuat oleh seluruh rakyat Malaysia 31

III Cabaran Memimpin Orang Melayu Secara BerstrategiDilihat dari satu sudut yang mudah cabaran yang dihadapi oleh pemimpin, pentadbir, dan pengurus yang ditugas dan yang membawa mandat menjaga kepentingan Melayu supaya teguh, tegak, dan bermaruah dalam negara berbilang kaum ialah menentukan supaya orang Melayu maju seiring dengan kaum-kaum lain, dan mampu mengekalkan kedudukan sebagai pewaris kepada Tanah Melayu. Serentak dengan itu ia akan menghilangkan kerisauan yang orang Melayu akan jadi seperti Red Indian di watan sendiri. Cabaran itu memerlukan 32

supaya pemimpin, pentadbir dan pengurus melayari dinamika perubahan yang terus berlaku secara berstrategi dan pintar. Pemimpin Melayu mesti bukan setakat melihat kepada masyarakat Melayu sahaja tetapi berkerja keras menjalin kehidupan Melayu dalam arena masyarakat berbilang kaum. Sudah berapa kali pemimpinpemimpin yang Malay centric menjerit Melayu ketinggalan semata-mata kerana semasa memegang tanggungjawab mereka menghadapi tugas dengan tidak memandang jauh dan tidak sentiasa memandang sekeliling bagi melihat perubahan dan kemajuan yang dicapai oleh kaumkaum lain. Setelah mereka lucut jawatan atau hendak letak jawatan baru mereka benar-benar nampak kedudukan Melayu yang ketinggalan. Dahulu dan sekarang cabaran dan tugas pemimpin-pemimpin Melayu adalah sama, iaitu menentukan supaya kedudukan orang Melayu di watan sendiri tidak ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain; dan menentukan juga supaya orang Melayu dilibatkan secara harmoni dengan kaum-kaum lain dalam mencapai kejayaan dari peluang-peluang yang membuka. Dunia tidak akan tunggu Malaysia dan Malaysia tidak akan tunggu Melayu. Siapa tidak akan tunggu siapa. Jika masyarakat tidak distrukturkan betul-betul dengan asas moral dan rasa tanggungjawab yang mendalam kepada misi menjayakan intigrasi yang padu Malaysia pun tidak akan tunggu Melayu yang laggard. Seperti Melayu yang lemah dalam masyarakat Melayu ditinggalkan dibelakang oleh Melayu sendiri yang sudah boleh berlari 33

begitulah Malayu dalam masyarakat Malaysia yang berkejaran akan ditinggalkan di belakang jika pemimpinpemimpin Melayu tidak ambil berat tentang nilai moral dan tanggungjawab dalam penyusunan masyarakat. Kejayaan negara di bidang ekonomi dan kemunculan segelintir orang Melayu yang berjaya telah menggerhanakan kelemahan Melayu sacara relatif. Pemimpin-pemimpin yang mahu berbangga dengan kejayaan bagi faedah jangka pendek tidak melepas peluang menunjuk kearah orang Melayu yang berjaya sebagai bukti kerja yang berkesan. Kejayaan seperti itu memang tidak dinafi sebagai yang patut dibanggakan bersama. Tetapi kedudukan yang lemah secara relatif itulah yang memberi masalah dan yang patut diberi perhatian segera. Walaupun orang Melayu berjawatan tinggilah yang dulu biasanya mempelopori pembetukan dasar dan mengepalai sesuatu bidang baru bagi pihak Kerajaan kerana kedudukan tinggi mereka dalam pentadbiran negara tetapi orang Melayu jarang mendapat laluan mudah untuk bertapak dalam bidang-bidang yang baru membuka. Bahkan jika ada pun yang perolehi peluang hakikatnya memegang apa yang diperolehi itu menjadi masalah. Untuk pusingan kali ini cara menerajui penyertaan Melayu dengan style dan cara lama yang nyata telah gagal dalam zaman DEB dahulu patut diganti dengan cara dan petugas yang berdaya tinggi. Orang Melayu yang mahu Dasar Ekonomi Baru atau semangat Dasar Ekonomi Baru diteruskan bagi mencapai matlamat yang belum lagi tercapai mesti benar-benar faham 34

tentang hakikat dinamika perubahan dan realiti semasa bahawa punca kekayaan daripada sumber alam yang mudah diageh oleh Kerajaan untuk menolong orang Melayu di masa lalu telah berpindah kepada punca yang bergantung dan berasaskan kepada bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT dan teknologi tinggi. Cara lama memperkayakan orang Melayu dengan memberi tanah lombong, tanah ladang, tanah hutan balak, tanah perumahan dan pelbagai anugrah serta lesen, kota, permit (termasuk AP), dan pelbagai kelulusan lain bagi pelbagai kegiatan seperti kontrak binaan dan perkhidmatan. Punca itu sudah kurang dan mungkin tiada lagi. Jika adapun faedahnya tidak mudah membawa kekayaan. Dengan itu tugas memperkaya, memperkasa, dan memajukan orang Melayu pada masa sekarang menjadi lebih mencabar dan memerlukan pemikiran strategi yang luar dari biasa. Kaedah lama itu cukup terbatas dan tidak boleh dijadikan tempat bergantung bagi orang Melayu mengharap. Sumber sedemikian perlu diurus dengan lebih kreatif dan keupayaan yang cukup tinggi untuk memberi faedah kepada orang Melayu. Cabaran ini mesti menjadi cabaran dalam perancangan RMK 9 dan Rancangan Malaysia seterusnya. Pemimpin perancangan yang hanya lihat kepada cabaran penyediaan Rancangan Malaysia dari sudut pertumbuhan ekonomi negara dan ekonomi dunia dan aspek kecekapan pengurusan kewangan dan pengurusan industri negara tanpa melihat kepada aspek penyertaan orang Melayu dengan segala kerumitannya, dan tanpa melihat kepada kaedah mengalirkan kekayaan negara kepada 35

orang Melayu akan mungkin sekali lagi menggagalkan harapan orang Melayu. Cabaran besar kepada perancangan pembangunan sosio-ekonomi Malaysia ialah dalam menjalinkan program pembangunan negara dengan program pembangunan dan kemajuan orang Melayu. Jika tidak diberi perhatian yang berat dalam mencari kaedah yang mujarab sudah tentu negara akan maju tetapi orang Melayu ketinggalan. Sehingga kini belum kedengaran pemimpin Melayu bercakap tentang cabaran yang dibangkitkan disini. Oleh kerana kerja menjalin matlamat memajukan orang Melayu dengan matlamat pembangunan negara adalah satu perkara rumit dan sukar maka besar kemungkinannya ahli ekonomi yang tipis perjuangan Melayu akan tidak beri banyak masa untuk kerja mencabar itu. Cabaran penyediaan RMK 9 yang disebut-sebut setakat ini adalah bercorak menjamin kejayaan pembangunan negara sahaja. Belum kedengaran rungutan tentang cabaran menjalin matlamat pembangunan negara dengan matlamat orang Melayu. Di tangan pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai yang hanya buat kerja tetapi berjiwa tidak selari dengan matlamat kerja yang mereka ditugaskan itu kaum Melayu mungkin tidak boleh dijamin dapat ikut maju, makmur, dan sejahtera selari dengan kaum-kaum lain. Sebaliknya jika dalam rangka dasar dan tanggungjawab menjayakan ajenda memakmur dan mensejahterakan orang Melayu dalam konteks pembangunan yang berimbang amanah dan tugas untuk itu dijadikan tugas pelbagai kaum mungkin program-program yang akan diadakan nanti akan lebih kreatif dan bertenaga 36

dan hasilnya akan lebih berjaya. Mungkin ? Tanpa perubahan sikap terhadap politik perkauman dan dengan mengabaikan langkah-langkah integrasi yang jujur dan praktikal, pemimpin-pemimpin Melayu bukan sahaja telah meletakkan orang Melayu dalam satu kedudukan berisiko tinggi dalam tanah-air sendiri tetapi telah juga meletakkan seluruh rakyat berbilang kaum dalam risiko tinggi dalam negara sendiri. Pemimpi-pemimpin perkaumanlah yang mengekalkan potensi pecah belah dalam masyarakat. Pemimpin-pemimpin perkaumanlah yang sentiasa, dalam tindak tanduk menjaga kedudukan mereka, mengingatkan rakyat kepada perkiraan kaum dan berpemikiran perkauman semata mata kerana dengan cara itu mereka dapat mengekalkan kepimpinan mereka. Mereka menstrategikan kedudukan dan pengekalan jawatan diatas sokongan kaum, terutama di kalangan penduduk luar bandar dan kalangan yang tidak banyak terdedah kepada kerancakan hidup dalam negara berbilang kaum. DEB memerlukan baja persefahaman antara kaum. Berkaum-kaum adalah perkara biasa; tetapi menggunakan perkauman untuk memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum dalam perkara-perkara yang sepatutnya menjadi kepentingan umum dengan ketika-ketika membakar semangat negetif perkauman adalah bercanggah dengan apa yang dikehendaki untuk memupuk integrasi dan perpaduan negara. Perbuatan demikian akan menyukarkan usaha mengupayakan orang Melayu. Cemburu, iri hati, dan marah menjadi bunga dan buah pahit yang dirasai rakyat sebagai hasil amalan 37

perkauman. Agensi-agensi untuk memajukan Melayu telah berkhidmat sekadar melepas batuk di tangga. Mereka tidak mengambil berat tentang kesan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai. Yang mengajar orang Melayu berniaga tidak nampak berdamping cergas dengan yang berniaga, dan tidak juga nampak mahu menimba ilmu pengetahuan dari pengusaha dan peniaga di kalangan kaum-kaum lain di negara sendiri. Agensi-agensi yang diwujudkan untuk memajukan orang Melayu di bidang perniagaan, perdagangan dan industri tidak nampak melibatkan organisasi perniagaan dan perdagangan bukan Melayu untuk mewujudkan program kerjasama latihan dan tunjuk ajar yang kukuh dan jujur. Yang paling tidak masuk akal kebelakangan ini dalam zaman Malaysia Inc. orang Melayu sesama Melayu berseminar tanpa penyertaan kaum Cina untuk melangkah masuk kepasaran di benua Cina. Apa telah jadi dengan Dewan Perniagaan di negara kita? Sudahkah di peringkat awal ini Melayu Malaysia dan Cina Malaysia tidak dapat menjalin kerjasama untuk sama-sama melangkah ke Cina? Di manakah pemimpin besar negara yang boleh perbetulkan tendency yang cukup jelek ini? Jika pada peringkat ini cula-cula berhaluan seperti itu sudah ada apa boleh diharap di masa hadapan? Adakah itu isyarat bagi mengiakan pihak yang beraja kepada pragmatisma dalam hidup? Adakah kerjasama Melayu Cina untuk berdagang dan berurusan dengan Cina satu ideal dan tidak patut dicuba kerana itu membuang masa? Jikalau pandangan seperti itu dipegang sebagai cerdik orang Melayu tidak 38

payah tunggu 2020 untuk mengtahui corak negara dan masyarakat Malaysia moden. Sehingga hari ini masyarakat Melayu tidak faham kenapa dalam waktu pentadbiran dan kerajaan dipimpin kuat oleh orang Melayu program untuk menolong orang Melayu yang tidak mungkin menjejas orang bukan-Melayu tidak dilaksanakan dengan teguh di atas dasar penglibatan semua kaum seperti yang ditunjuk oleh Perlembagaan. Sebaliknya usahausaha memajukan Melayu diserahkan kepada badan-badan yang serba kekurangan, Usaha memajukan Melayu dijadikan usaha Melayu sesama Melayu dan bukan usaha rakyat Malaysia, sedangkan masyarakat Malaysia lain dimajukan atas platform yang bermaruah dan yang tidak ada stigma. Cara menolong Melayu dengan mengadakan program perkauman melemahkan program itu sendiri walaupun orang-orang bukan-Melayu ada dilibatkan sama secara kecil dalam program-program itu. Pemimpin-pemimpin Melayu jarang sekali muncul menyentuh hati dan minda rakyat dari kaum Cina dan India dan lain-lain kaum secara yang boleh memupuk rasa muhibah di kalangan rakyat. Begitu juga pemimpinpemimpin Cina dan India tidak tampil menyentuh hati dan minda kaum Melayu dan lain-lain kaum untuk menjalin rasa berbaik-baik di antara rakyat secara tulin dan ikhlas, bukan dengan cara rumah terbuka pada musim raya. Demikianlah Malaysia yang mahu kepada integrasi nasional telah mengabaikan amalan yang sangat penting selama ini. Sampai hari ini masih ramai orang dari pelbagai kaum yang tidak sensitif terhadap 39

perhubungan kaum dan terhadap keperluan perhubungan manusia secara baik yang boleh menolong menjamin harmoni dalam masyarakat. Yang nampak di permukaan adalah tolerence, dan adalah satu kesilpan besar jika toleransi dijadikan petunjuk kewujudan perpaduan dan kestabilan masyarakat. Toleransi terhadap keistimweaan orang Melayu lahir apabila pihak yang mengamalnya rasa perlu mendisiplin diri kerana menghormati atau malu mata kepada seseorang pemimpin Melayu seperti raja atau Perdana Menteri atau menghurmati pesanan yang diberi oleh ibubapa supaya memberi hormat kepada yang berkenaan. Misalnya yang menghurmati Dr. Mahathir secara toleransi semasa Tun menjadi Perdana Menteri mungkin menjadi tidak cermat dan hilang toleransi serta sifat bertanggungjawab pemimpin besar dengan melepas geram yang bercorak perkauman dengan menyuarakan sentimen liar selepas saja Dr. Mahathir meletak jawatan. Dalam masing-masing masyarakat masih ada individu-individu yang liar dengan perangai dan tingkah laku perkauman yang bila-bila masa boleh meletus dan mencetus perbalahan perkauman. DEB perlu dilihat dalam konteks yang luas. Kesediaan sandar menyandar dan tolong menolong antara kaum adalah perkara yang perlu dihadapi oleh perancang yang setakat ini nampaknya lebih mahu dilihat sebagai orang yang pandai merancang pembangunan negara dan disanjung oleh dunia. Dari kenyataan yang diberi kepada akhbar mengenai cabaran menyediakan RMK9 tidak pun ada disebut cabaran bagi menjamin supaya orang Melayu dapat dimajukan selari 40

dengan pelaksanaan program pembangunan negara. Yang disebut sebagai cabaran adalah empat perkara iaitu meningkatkan daya saing negara, menentukan supaya pengurusan kewangan dibuat dengan cermat, mencari sumber pembangunan yang baru, dan membangun modal insan. Harapnya cabaran perjuangan orang Melayu tidak hilang. Orang Melayu mahu melihat kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Melayu yang selama ini memimpin negara mengajak orang Melayu bukan sahaja setakat bersatu padu tetapi mengajak sama orang bukan-Melayu untuk membina rupa bangsa Malaysia di atas asas dan keyakinan yang kukuh yang mereka yakin dan tidak di atas langkah melalaikan masing-masing kaum; misalnya Melayu dengan rasa kepuasan terhadap bahasa dan budaya melaui lagu patriotik, jalur gemilang, dan barisan kepimpinan negara yang ditonjol dalam media dan programprogram radio dan TV yang nampak berat kepada Melayu; China pula dilalaikan dengan budaya Cina dan program-program radio dan TV ke Chinaannya yang hebat; dan India pula dengan budaya dan program-program radio dan TV ke Indiaannya. Sudah mula dirasai dan nampak bahawa jarak di antara kaum makin renggang dengan ciri-ciri perkauman yang semakin disuburkan oleh kegiatan ekonomi dan oleh pemimpin-pemimpin perkauman yang mahu menjamin sokongan terhadap mereka bagi kepentingan jangka singkat. Orang Melayu memerlukan keupayaan meningkatkan daya untuk bangkit memperolehi, memiliki, mengguna, dan memajukan ilmu dan technology yang sentiasa membuka 41

supaya mereka sentiasa dapat seiring dengan kaum-kaum lain yang sangat cergas mencari dan memperolehi ilmu, teknologi dan kepakaran yang membuka setiap hari dan setiap saat dari sumber yang bukan traditional. Apakah yang dihasilkan oleh Yayasan Pendidikan Melayu? Apakah program Badan itu yang masyarakat Melayu dan bukan Melayu patut tahu dan sokong? Apakah cadangan yang bernas dari VC universiti-universiti dalam isu memberi daya kepada muda-mudi Melayu dalam konteks menghasilkan Melayu lulusan universiti yang berupaya mengejar dan menguasai ilmu, kepandaian dan teknology tambahan yang sekian membuka kepada sesiapa yang bersedia mencari, memperolehi, memegang, mepertingkatkan dan memajukannya serta sentiasa berupaya bersaing dengan kaum-kaum lain sesuai dengan paradigma pembangunan baru. Pemimpin dan pembesar Melayu yang masih bercakap tentang memberi pendidikan kepada muda-mudi Melayu tanpa memberi pertimbangan yang berat dan segera kepada kaedah dan penekanan kepada bidang ilmu yang relevan akan sekali lagi mengcewakan orang Melayu walaupun mereka yakin mereka berniat baik dengan misi mereka terhadap bangsa Melayu. Dengan ini pemimpin-pemimpin Melayu digesa bangkit dari tidur dan menilai ilmu apa dan kaedah apa yang sesuai untuk bangsa Melayu hari ini. Kesepian dalam perkara ini sehingga kini adalah tidak sihat bagi masa depan mahasiswa Melayu. Jika pada hari ini perkara kota, biasiswa, dan kelayakan masih menjadi perkara yang dipentingkan dan isu peringkat lebih penting tentang bidang ilmu, 42

kepakaran, kaedah perolehan dan penggunaan ilmu dan teknology yang laku dan sangat diperlui hari ini tidak dibincang dan diatasi maka itulah tanda pemimpin Melayu tidak peka atau tidak beri tempat kepada pemikiran strategy. Kesimpulan yang perlu diulang ulang supaya meresap ialah bagi menyatakan bahawa cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Melayu ialah dalam membawa mandat menjaga kepentingan Melayu dalam Negara berbilang kaum supaya Melayu tegak, teguh, dan bermaruah dan supaya Melayu maju seiring dengan kaumkaum lain sambil mengekal kedudukan sebagai pewaris kepada Tanah Melayu tanpa kerisauan yang Melayu akan jadi Red Indian di watan sendiri. Pemimpin Melayu mesti dapat memenuhi cabaran memimpin dan mengurus dinamika perubahan yang cepat berlaku secara berstrategi dan pintar dan dengan kerja keras di arena masyarakat dan Negara berbilang kaum. Pemimpin yang banyak mementingkan kejayaan dan kedudukan diri sendiri sehingga tidak banyak masa diberi untuk berfikir dan bertindak demi keteguhan kaum sangat mengecewakan. Strategi yang pintar bagi orang Melayu adalah strategi yang berfaedah bagi orang Melayu dan yang boleh memberi faedah win-win-win kepada yang melibatkan diri dengan pembangunan orang Melayu, kepada Kerajaan, dan kepada rakyat jelata amnya. Oleh itu pemimpin Melayu perlu mewujudkan strategi yang mempunyai pelbagai serampang. Di antaranya ialah: Strategi yang membolehkan orang Melayu maju dengan sumber-sumber kewangan selain dari apa yang disumbangkan selama ini oleh 43

kerajaan. Strategi yang diasaskan kepada pelaburan swasta dari dalam negeri dan luar negara. Strategi yang diasaskan kepada pelaburan besar oleh pelabur-pelabur atau organisasi besar. Strategi yang membolehkan pelaburpelabur rasa selamat untuk melabur dengan orang Melayu. Strategi yang membolehkan pelaburpelabur rasa selesa dengan mutu dan kecekapan pengurusan orang Melayu. Strategi yang berasaskan kepada kesediaan kerajaan membuat segala persediaan untuk menyusun pakej pelaburan yang hebat dan menarik kepada bakal pelabur. Strategi yang selari dengan keperluan pasaran dunia. Strategi yang tidak lupa kepada kejayaan jangka pendek yang boleh memberi nafas segar kepada semangat orang Melayu semasa. Strategi yang ikut menyumbang kepada prestasi pembangunan negara.

Sudah beberapa kali dekad demi dekad pemimpin-pemimpin Melayu menjerit Melayu ketinggalan sedangkan mereka di barisan depanlah yang membuat dasar dan program. Dahulu dan sekarang cabaran dan tugas pemimpin politik Melayu adalah sama iaitu menentukan kedudukan orang Melayu diwatan sendiri tidak ketinggalan berbanding dengan kaumkaum lain. Pemimpin-pemimpin politik Melayu mesti pandai menjalinkan kehidupan orang-orang Melayu secara harmoni dengan kaum-kaum lain dalam mencapai kejayaan dari peluangpeluang yang membuka. 44

Sejarah moden jelas menunjukkan bahawa pegawai dan pemimpin Melayu yang diberi kuasa telah sebuk membuat kerja masing-masing dengan berpemikiran selapis sebagai kakitangan makan gaji semata mata. Mereka tidak mahu ambil tahu atau terasa didorong untuk menjadi pagar kepada kedudukan Bangsa Melayu. Kesan dari kerja mereka sebagai pegawai atau kakitangan Kerajaan nyata tidak memehak kepada kemajuan orang Melayu. Badan-badan yang ditugas untuk menolong Melayu biasanya menjadi sarang orang Melayu berlindung dengan kerja tidak efisyen dan bermutu rendah. Mereka diejek oleh Melayu sendiri, dan diketawa oleh orang-orang bukan- Melayu. Badanbadan itu tidak mengatur langkah dan menukar tempo mengikut perkembangan dan kemajuan kaumkaum lain. Badan-badan itu jauh melincung dari matlamat penubuhannya. Perkhidmatan menolong orang Melayu yang dikehendaki dari mereka tetapi mereka mengejar matlamat lain seperti menunjuk keuntungan yang sudah tentu tudak ada kena mengena dengan kemajuan dan keteguhan orang Melayu. Bariskanlah satu persatu badan atau agensi yang diwujudkan untuk menolong kaum Melayu dan lihat dimana mereka berada sekarang. Di tangan kepimpinan badan-badan itu orang Melayu telah hilang kesempatan mengekal kedudukan di barisan hadapan dalam bidang-bidang yang memang menjadi warisan Melayu. Bidang-bidang istimewa itu sekarang banyak berpindah tangan kepada orang bukan-Melayu. Kegagalan mereka memupuk orang-orang Melayu dalam bisnes dan industri yang dikuasai 45

Melayu pada masa dahulu tidak pernah mendapat hukuman dari masyarakat Melayu kerana Melayu digula-gulakan.

INDEKS Abdi ms 29 Agama Islam ms 35 Agensi memajukan Melayu ms 30, 47, 48, Bahasa Kebangsaan ms 35, 36 Bangkit dari tidur ms 53 Beban orang Melayu ms 39 Berfikir ms 1, 5, 54 Berpindah tangan kepada orang bukan-Melayu ms 57 Berjiwa tidak selari dengan matlamat ms 45 Budaya ms 2, 51 Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin ms 40, 53 Cabaran dalam perancangan RMK 9 ms 44 Cabaran memimpin ms 53 Cabaran dalam perancangan ms 44 Cara menolong Melayu ms 48 Cakap-cakap longar mengenai warisan ms 32 Dasar Ekonomi Baru (DEB) ms 1, 2, 14, 15, 19, 20, 23, 28, 43 Dinamika perubahan ms 14, 40,43, 53 Harmoni ms 41, 49, 55 Hukuman ms 57 Integrasi dan perpaduan ms 46 Jaminan yang sebenar ms 33 Jarak di antara kaum makin renggang ms 51 Kapasiti dan kesediaan orang Melayu ms 2 Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Melayu ms 51 Kedudukan berisiko tinggi ms 30 Keistimewaan ms 20, 31, 32, 33, 38, 39, 49 Kemerdekaan ms 3, 8, 9, 31, 32, 34, 35

46

Kontrak social ms 34, 37, 39 Kompromi ms 32, 38 Kerjasama Melayu Cina ms 48 Malaysian Malaysia ms 37 Malaysia tidak akan tunggu Melayu ms 41 Masyarakat ms 11, 13, 14, 20, 24, 26, 30, 31, 40, 41, 42, 46, 48, 49, 50, 52, 54, 57 Matlamat yang belum lagi tercapai ms 43 Melayu diluar bandar ms 5 Melayu ketinggalan ms 41, 44, 55 Melayu sesama Melayu ms 47, 48 Melayu yang berjaya telah menggerhanakan kelemahan Melayu ms 42 Melayu yang laggard ms 41 Melepas batuk di tangga ms 47 Membeli sokongan ms 37 Membina rupa bangsa ms 51 Memimpin dalam realiti ms 37 Memperkaya ms 43 Menyentuh hati dan minda ms 49 Mengajar orang Melayu berniaga ms 47 Menggunakan perkauman ms 46 Mengorbankan Melayu ms 37 Mengupayakan orang Melayu ms 46 Mengejar matlamat lain ms 56 Menjaga kepentingan Melayu ms 35, 40, 53 Menjalin matlamat ms 44, 45 Menyentuh hati dan minda rakyat ms 49 Minda ms 1, 2, 9, 11, 49 Nilai-nilai kemanusiaan ms 3, 11 Orang Melayu berhak ms 33 Orang Melayu yang berjaya ms 42 Orang Melayu berjawatan tinggi ms 42 Orang Melayu memerlukan keupayaan meningkatkan daya ms 50, 52 Orang Melayu berjawatan tinggi ms 42 Pemodanan masyarakat ms 4 Pegawai yang hanya buat kerja ms 45 Pemikiran selapis ms 56

47

Pemikiran pemimpin Melayu ms 1 Pemimpin Melayu ms 1, 24, 25, 26, 27, 31, 35, 36, 37, 38, 40, 41, 42. 44, 45, 49, 51, 53, 54, 55

Pemimpin Melayu mahu sokongan ms 38 Pemimpin-pemimpin Melayu digesa bangkit dari tidur ms 53 Pemimpin-pemimpin yang Malay centric ms 41 Pemimpin yang berwibawa ms 33 Pemimpin perkauman ms 46, 51 Pembangunan ms 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 13, 44, 45, 51, 52, 54, 55 Pendidikan ms 5, 52 Penglibatan semua kaum ms 47, 48 Pengorbanan Melayu ms 38 Penyelidikan ms 2 Perlembagaan ms 32, 33, 35, 37, 39, 48 Pertimbangan dasar dan program ms 2 Perangkaan ms 5, 6 Perjuangan kebangsaan ms 34 Perundingan ms 32, 34, 35 Persekitaran ms 1, 28 Persekitaran ms 1, 28 Politik perkauman ms 45 Punca kekayaan ms 43 Punca masalah negara ms 4 Program pembangunan ms 1, 4, 5, 44, 50 Raja Melayu ms 32, 35 Sambanthan ms 32 Sandar menyandar dan tolong menolong ms 50 Simptom penyakit masyarakat ms 3 Sosio-ekonomi ms 1, 3, 44 Strategi yang pintar ms 54 Style dan cara lama ms 42 Suara rakyat ms 5 Sumber alam yang mudah diageh ms 43 Tan Cheng Lock ms 32 Tidak adil ms 23, 39 Tindakbalas orang Melayu pada 13Mei ms 3 Toleransi ms 49 TV ms 18, 51

48

Tan Cheng Lock ms 32 VC universiti-universiti ms 52 Warisan ms 32, 57 Write-off ms 38

49