cth kajian tindakan - presentation

6
KAJIAN TINDAKAN NAMA KUMPULAN: KUMPULAN MELATI RIMBA PENYELIDIK: 1 Guru GPM 2 Guru Nilam 3 Guru Bahasa Melayu 4A dan 4B 4 Guru Bahasa Inggeris 4A dan 4B MENINGKATKAN BILANGAN BUKU YANG DIBACA OLEH PELAJAR TINGKATAN 4, SMK SERI PERPATIH 1.0 Refleksi masalah yang lalu: Kelas Tingkatan 4A dan 4B merupakan kelas yang terbaik berbanding 3 kelas yang lain . Muridnya terdiri daripada 33 orang murid lelaki dan 27 orang murid perempuan. Jumlah keseluruhan kelas tersebut ialah seramai 60 orang. Semua murid kelas ini terdiri murid berbangsa Melayu yang berasal dari latar belakang , sosio ekonomi yang berbeza. Berdasarkan laporan Rekod Bacaan NILAM bagi 3 bulan pertama tahun 2011 (Tempoh kajian tindakan :April – Jun) saya dapati sebahagian besar murid Tingkatan 4A dan 4B belum mencapai tahap pembacaan 100 buah buku. Melalui rekod pencapaian NILAM bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 bagi murid tersebut didapati

Upload: saran

Post on 01-Feb-2016

234 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Cth Kajian Tindakan - Presentation

KAJIAN TINDAKAN

NAMA KUMPULAN: KUMPULAN MELATI RIMBA

PENYELIDIK:

1 Guru GPM2 Guru Nilam3 Guru Bahasa Melayu 4A dan 4B4 Guru Bahasa Inggeris 4A dan 4B

MENINGKATKAN BILANGAN BUKU YANG DIBACA OLEH PELAJAR TINGKATAN 4, SMK SERI PERPATIH1.0 Refleksi masalah yang lalu:

Kelas Tingkatan 4A dan 4B merupakan kelas yang terbaik

berbanding 3 kelas yang lain . Muridnya terdiri daripada 33 orang

murid lelaki dan 27 orang murid perempuan. Jumlah keseluruhan

kelas tersebut ialah seramai 60 orang. Semua murid kelas ini terdiri

murid berbangsa Melayu yang berasal dari latar belakang , sosio

ekonomi yang berbeza. Berdasarkan laporan Rekod Bacaan

NILAM bagi 3 bulan pertama tahun 2011 (Tempoh kajian

tindakan :April – Jun) saya dapati sebahagian besar murid

Tingkatan 4A dan 4B belum mencapai tahap pembacaan 100 buah

buku.

Melalui rekod pencapaian NILAM bagi tahun 2008, 2009 dan 2010

bagi murid tersebut didapati bahawa Buku Rekod Bacaan NILAM

bagi murid-murid tersebut tidak menunjukkan bahawa berlaku

aktiviti bacaan yang dicatatkan. Begitu juga dengan analisa bagi

rekod peminjaman buku di perpustakaan tahun 2010, didapati murid-

murid ini yang sebelum ini adalah murid Tingkatan 3A dan 3B

kurang meminjam buku untuk aktiviti membaca. Apabila hal ini

saya ajukan kepada guru kelasnya, beliau memberitahu bahawa ,

Page 2: Cth Kajian Tindakan - Presentation

memang murid-murid ini kurang minat membaca dan tidak suka

melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh panitia-panitia

mata pelajaran.

2.0 Fokus kajian /isu keprihatinan:

Hasil dari analisis yang saya dapati dari pemantauan buku rekod

bacaan Nilam didapati bahawa:

a. Murid membaca tetapi tidak mencatat buku yang dibaca

b. Murid mencatat tetapi bersikap sambil lewa sahaja

c. Murid langsung tidak berminat untuk membaca dan mencatat

Hasil dari analisis yang saya dapati dari rekod automasi perpustakaan

dan rekod penggunaan perpustakaan bahawa:

a. Hanya 20 % sahaja murid berkunjung ke perpustakaan pada waktu

rehat untuk membaca buku.

b. Hanya 10 % sahaja yang meminjam buku

c. Pelajar datang ke perpustakaan semata-mata untuk memenuhi masa

lapang ( Datang bermain-main dan berbual)

d. Pelajar datang ke perpustakaan untuk mendapatkan kelegaan kerana

cuaca panas. ( Perpustakaan mempunyai sistem penghawa dingin)

Namun begitu sekiranya masalah ini tidak diatasi saya khuatir :

a. Penguasaan mereka dalam pembacaan rendah

b. Pengetahuan mereka tentang hal ehwal semasa kurang

c. Prestasi akademik mereka juga tidak stabil.

d. Minat membaca mereka akan menurun

e. Kelemahan ini akan berterusan hingga ke institusi pengajian tinggi.

Page 3: Cth Kajian Tindakan - Presentation

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba:

a. Menambah bilangan koleksi buku yang diminati oleh pelajar

b.Mempertingkatkan aktiviti galakan membaca

c. Mengadakan orientasi penulisan buku Nilam

3.0 Objektif Kajian

3.1Objektif Umum :

Meningkatkan bilangan buku yang dibaca oleh murid-murid

Tingkatan 4 melalui Program Jom Poie Baca@PSS

3.2 Objektif Khusus :

Meningkatkan tahap pencapaian murid-murid Tingkatan 4 SMK

Seri Perpatih dari 2 buah buku ke 8 buah buku

Meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid-murid

Tingkatan 4, SMK Seri Perpatih

4.0 Kumpulan sasaran

60 orang murid Tingkatan 4A dan 4B. Terdiri daripada 33 orang

murid lelaki dan 27 orang murid perempuan.

5.0 Pelaksanaan Kajian

Aktiviti 1: Orientasi Penulisan Buku Rekod Nilam

Memberi kursus dalaman kepada semua guru

Memberi orientasi kepada para pelajar Tingkatan 4

Aktiviti 2: Penambahan Koleksi Buku-Buku yang menarik

Page 4: Cth Kajian Tindakan - Presentation

Membuat tinjauan bahan yang diminati oleh pelajar

Membina koleksi

Membuat promosi buku-buku baru

Aktiviti 3: Program Jom Poie Baca @PSS

Memastikan pelajar meminjam sekurang-kurangnya 2 buah

buku seminggu dari PSS dengan kerjasama guru-guru BM, BI

dan Nilam

Pinjaman buku secara pukal kepada kelas berkenaan

Mengadakan buku pemantauan pinjaman

Hadiah diberi kepada pelajar yang banyak membaca (sijil, piala

pusingan bulanan, medal, pengumpulan medal terbanyak diberi

ganjaran Jom Poie Makan@KFC

Aktiviti 4:

Mengadakan kerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam

RANCANGAN KOS KEWANGAN

1 Baucer KFC (5 orang × RM10) = RM50.00

2 Medal (3 bulan × 2 kelas × RM3) = RM18.00

3 Sijil (daripada sekolah)

4 Piala pusingan (sumbangan Pengetua)