cth laporan pengeluaran

Upload: hassan-salleh

Post on 18-Jul-2015

538 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7.0

LAPORAN PENGURUS PENGELUARAN

7.1

Profil Pengurus Pengeluaran

CIK NURULHUDA BINTI HASHIMPengurus Pengeluaran bermula 4 Februari 2010

Cik Nurulhuda binti Hashim, warganegara Malaysia, berumur 16 tahun, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 4 Februari 2010 dan ialah Pengurus Pengeluaran I`ExCeL Sdn Bhd. bermula dari 4 Februari hingga 31 Oktober 2010.Pada masa ini beliau memegang jawatan sebagai Pengurus

Pengeluaran. Sebelum ini beliau menjawat sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah sejak 2007 dan memegang jawatan sebagai penolong ketua biro akses dan dokumentasi. Diberi

kepercayaan selaku Ketua Asrama pada tahun 2008. Beliau telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan memegang jawatan sebagai setiausaha biro Protokol. Pada mulanya mendapat jawatan selaku Penolong Ketua Asrama

Terbilang dan akhirnya mendapat jawatan sebagai Ketua Asrama Terbilang sehingga pada tahun 2009.

Beliau

mengembangkan

penglibatan

dalam

bidang

perniagaan apabila telah dipilih untuk mengikuti lawatan sosial ke Jepun dalam program Japanese Exchange Network for Youth and Students (Jenesys). Beliau telah

diberi pendedahan mengenai dunia keusahawanan yang telah berkembang pesat di negara Jepun. Di sana,beliau telah didedahkan mengenai perniagaan pinggan yang berkembang maju. Selain itu,beliau telah mengadakan lawatan bersama ahli-ahli lembaga syarikat ke Mariwasa di Kuala Kangsar yang mendedahkan mereka mengenai pembuatan pinggan dan hiasan yang berunsurkan pelbagai motif alam. Beliau juga telah menubuhkan kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pembuatan pinggan yang berunsurkan mesra alam. Beliau telah berjaya merangkul beberapa kejayaan di sepanjang kerjayanya. Beliau telah berjaya mendapat johan pertandingan bola keranjang sejak tahun 2007 hingga tahun

2010 dan berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat kebangsaan.

Beliau juga telah Di

menyertai pertandingan Olympiad Mathematics dan memperoleh sehingga gred 7.

samping itu,beliau telah mendapat anugerah tokoh nilam peringkat sekolah dan johan Nilam peringkat daerah pada tahun 2009. Beliau telah menyertai Pertandingan Catur Bestari peringkat negeri Perak dan berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Catur Bestari Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010.

SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI

Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat

Sijil Kepimpinan sebagai Pengawas Pusat Sumber

Sijil Penyertaan Program Keusahawanan

Sijil Kokurikulum dan Program Pengantarabangsaan

7.2

Semanis Bicara dari Pengurus Pengeluaran

Bersyukur

ke

hadrat

Illahi

kerana

dengan

izinnya

dapat

saya

memikul

tanggungjawab selaku Pengurus Pengeluaran Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd.

Sepanjang syarikat mula beroperasi pada 4 Februari 2010 dan berakhir pada 30 Oktober 2010. Saya telah menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya. Saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya tanpa bantuan 4 orang Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang lain yang berdiri teguh di belakang.

Tanggungjawab saya yang paling penting adalah dalam memastikan perkhidmatan yang syarikat I`ExCeL jalankan berjaya mencapai gerak kerja yang telah ditetapkan. Saya menetapkan pembahagian tugas semua ahli syarikat dan perlu memastikan semua ahli menjalankan tugas masing-masing.

Saya juga merupakan penggerak kepada pengeluaran produk kreatif. Setiap syarikat mempunyai impian dan sasaran untuk menghasilkan produk kreatif yang dapat menarik minat pelanggan mahupun pengguna. Saya telah bermusyawwarah bersama semua ahli syarikat dalam penghasilan produk kreatif ini. Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. telah berjaya menghasilkan produk kreatif yang diberi nama `Green Plate Technology.

Selain itu, tidak dilupakan, jasa-jasa guru Pengelola Encik Mohd Saharizal B Mohd Baharuddin dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarah terutamanya dalam menguruskan syarikat. Tanpa kata-kata semangat dan bimbingan

daripada beliau, sudah pasti syarikat ini tidak akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Terima kasih cikgu.

Akhir pemanis kata, keusahawanan perlu dipupuk dari peringkat awal supaya negara tidak akan ketandusan dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya menerobos dunia perniagaan sehingga ke pasaran antarabangsa. Saya berpegang kepada persepsi perniagaan Khalifah Umar Al-Khattab yang mengatakan;

Tempat yang paling aku suka sekali menemui ajalku selain daripada di medan jihad ialah di tempat di mana aku sedang berurusniaga mencari rezeki untuk menyara keluargaku.

Sekian,terima kasih.

.. (NURULHUDA BT HASHIM) Pengurus Penngeluaran, Syarikat IExCeL Sdn. Bhd.

7.3

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Pengurus Pengeluaran memikul tanggungjawab dan tugas yang mencabar dalam memastikan kelancaran dalam urusan perniagaan syarikat. Definisi pengeluaran boleh ditakrifkan dalam usaha mengeluarkan produk mahupun perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan,kehendak seiring dengan keperluan semasa. Persaingan di kalangan syarikat pengeluaran merupakan cabaran terbesar untuk memastikan produk pilihan adalah produk bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, Pengurus Pengeluaran perlu mempunyai sikap kreatif, kritis dan inovatif untuk mencipta produk dan menyelesaikan masalah pengguna. Antara tugas dan tanggungjawab Pengurus Pengeluaran adalah: MELANTIK SEKRETRIAT DALAM JABATAN PENGELUARAN Pengurus Pengeluaran membahagikan sekretriat kepada empat bidang iaitu 1) Ekstratif Sekretriat ditugaskan mencari bahan dan sumber yang digunakan untuk produk kreatif yang bakal dihasilkan. 2) Perkilangan Terdapat beberapa orang sekretriat ditugaskan untuk menghasilkan produk kreatif agar menjadi produk yang inovatif dan bermanfaat. 3) Perkhidmatan Pengurus Pengeluaran melakukan soal selidik dan mengadakan perkhidmatan bersama-sama sekretriat . 4) Pembinaan Proses pembinaan produk kreatif dilakukan dengan teliti dan berhati-hati agar menghasilkan produk yang bermutu dan berkualiti. MENGHASILKAN PRODUK KREATIF Pengurus Pengeluaran mengadakan perbincangan bersama ahli lembaga syarikat yang lain. Masing-masing memberi pendapat dan idea mengenai penghasilan produk kreatif. Satu kata sepakat dicapai antara ahli dan pelaksanaan produk kreatif akan dijalankan bagi memenuhi keperluan semasa.

MERANCANG STRATEGI PERKHIDMATAN SYARIKAT Pengurus Pengeluaran perlu memikirkan strategi perkhidmatan yang terbaik bagi menarik minat pelanggan mahupun pengguna. Perkhidmatan yang terbaik akan memberi kepuasan kepada pelanggan dan akan menghasilkan keuntungan yang optima. MENINJAU PANDANGAN PELANGGAN UNTUK PEMILIHAN PRODUK Pengurus Pengeluaran mengadakan borang soal selidik untuk meninjau

pandangan pelanggan dalam pemilihan produk. Jadi produk yang dihasilkan akan memberi manfaat yang berterusan dan akan menjadi produk yang akan digunakan hingga ke generasi yang seterusnya.

7.4

Penilaian Prestasi Syarikat

PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)Sebagai seorang Pengurus Pengeluaran yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri, beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir operasi syarikat. Melalui nasihat yang diberikan guru pengelola, beliau telah menetapkan sasaran tertentu dalam Key Performance Index (KPI) seorang Pengurus Pengeluaran syarikat sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Berikut adalah KPI yang ditetapkan hasil perbincangan dengan guru pengelola. KPI selaku Pengurus Pengeluaran - Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif - Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf - Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan - Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik

KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity), beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pengeluaran. Berikut merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI).

MATLAMATMelaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif

KEPUTUSANTercapai

CATATANPembiayaan 3 orang pelajar untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari segi kepakaran dan peralatan Prof. Dr. Hanafi Ismail, Universiti Sains Malaysia, Penang. Prof. Dr. Hj Mohd Basyaruddin Bin Abdul Rahman, Institut Genom Malaysia

Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik

Tercapai

Penghasilan produk kreatif iaitu Green Plate Technology yang telah berjaya memenangi beberapa pertandingan. 8 projek Jualan dan Perkhidmatan telah terlaksana sepanjang tempoh operasi Perkhidmatan IExCeL Sports perkhidmatan terbaik Syarikat merupakan

Tercapai

Tercapai

7.5

ORGANISASI JABATAN PENGELUARAN

CARTA ORGANISASI JABATAN PENGELUARAN SYARIKAT I`ExCeL SDN. BHD.

KETUA JABATAN NURULHUDA BINTI HASHIM MUNIFAH BT. ABD AZIZ BAHAGIAN TEMPAHAN AMMAR FAIDHI BIN AZAHAR BAHAGIAN PENGHANTARANNORZAININ ASYIKIN BT ZAINAL ABIDIN

BAHAGIAN PEMROSESAN KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLI

BAHAGIAN PROMOSINURUL HIDAYATUL ADHA BINTI TAJRI

BAHAGIAN JUALANROZETA BINTI ASBULAH

7.6

PERANCANGAN DAN PROSES PENGELUARANSebelum sesuatu projek dilakukan,langkah pertama yang perlu diambil adalah satu

perancangan yang sistematik dan teratur antara Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama ahli syarikat bergabung tenaga menjana dan mengumpul idea-idea yang menarik. Pelaksanaan perkhidmatan dan projek dilakukan bersama-sama dengan menetapkan keuntungan dan meletakkan tanda aras untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan seterusnya memberikan keuntungan yang maksima sepanjang penubuhan syarikat pada tahun 2010. Langkah-langkah Proses Penyediaan Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh syarikat I`EXCEL adalah seperti yang tertera dalam carta di bawah.

Mengedar maklumat

Menerima/mengesahkan penyertaan

Pelaksanaan Aktiviti / Projek

Kawalan Kos Kualiti Perancangan

Penghasilan Produk dan PerkhidmatanCarta aliran operasi di atas menunjukkan secara kasar mengenai peranan yang dipikul oleh semua ahli syarikat dalam menghasilkan projek yang telah ditetapkan. Melalui carta tersebut semua ahli syarikat akan mendapat gambaran yang jelas mengenai projek yang ingin dilakukan. Carta ini akan memberi panduan kepada ahli syarikat untuk menjalankan perkhidmatan dan produk agar dapat berjalan dengan baik. Pengeluaran projek yang teratur dengan kos minimum serta perbincanganperbincangan pemasaran yang berkesan dapat meringankan beban aktiviti pengeluaran. Projek-projek yang dijalankan memakan belanja yang sedikit tinggi. Namun dengan adanya

bantuan daripada pihak-pihak yang turut memberikan sokongan,kos pengeluaran projek dapat diminimakan tetapi mutu penghasilan projek berada di tahap yang optima. Cara pembahagian tugas dijalankan dengan adil dan saksama. Tujuannya adalah memberi peluang kepada semua ahli untuk merasa tanggungjawab yang mencabar dan berlainan dalam setiap projek yang dijalankan. Secara tidak langsung,akan dapat meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran projek tersebut. Semua ahli akan merasa kepuasan apabila projek yang dihasilkan berjaya mencapai keuntungan yang maksima.

SKOP PENGELUARAN Sebagai seorang Pengurus Pengeluaran saya akan membentangkan keseluruhan projek yang terlibat dalam pengeluaran. Reka cipta didefinisikan sebagai suatu penghasilan produk yang kreatif ataupun pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada menjadi yang lebih baik dan bermutu. Terciptanya sesuatu produk itu bermula daripada tercetusnya idea,proses pembelian bahan mentah, menetapkan alatan, proses dan inventori sesuatu projek sehinggalah projek berjaya dihasilkan. Segala butiran akan dibentangkan dalam bentuk carta, jadual atau graf bagi memudahkan penerangan kepada semua pihak. Projek-projek pengeluaran dibincangkan berdasarkan projek supaya segala maklumat dan hal-hal yang berkaitan dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dan teliti. Terdapat 8 projek yang telah syarikat kendalikan bersama-sama ahli Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. Syarikat lebih mengutamakan perkhidmatan dalam syarikat. Sebanyak 3 perkhidmatan telah Syarikat jalankan dan selebihnya jualan dan aktiviti lain. Projek perkhidmatan lebih banyak memberi keuntungan dan memberi nilai yang tinggi kepada syarikat. Skop pengeluaran Syarikat I`EXCEL Sdn. Bhd.meliputi: o o o o o o o Cetusan idea Kegunaan dan Kepentingan Produk/Projek Pembentukan dan pengujian Produk Keunikan dan Keistimewaan Produk/Projek Proses pengeluaran Inventori dan kawalan kos Keuntungan Skop-skop pengeluaran ini akan diperincikan bagi setiap projek dan perkhidmatan yang dilakukan bagi memberikan mutu pengeluaran dan pengoperasian yang mantap dan efisien. Seterusnya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan mahupun membeli produk-produk yang dihasilkan oleh Syarikat. Setiap ahli

syarikat dilatih dan diberi taklimat oleh Pengurus Pengeluaran agar segala prosedur produk penghasilan dipatuhi.

CARTA ALIRAN PROSES PENGELUARAN

Cetusan Idea

Perancangan Projek

Memohon Kelulusan Ahli Lembaga Pengarah

Diluluskan

Tidak Diluluskan

Proses Pengeluaran

Modifikasi Perancangan

Sumber input Inventori Prosedur keluaran Kawalan kos Keunikan projek/produk Pembungkusan Barang siap

Produk dijual

RAKAN NIAGA DAN KERJASAMA Syarikat I`EXCEL juga sering mengadakan kerjasama bersama-sama syarikat luar lain yang banyak memberi sokongan terutama daripada segi bahan mentah dan perkongsian ilmu keusahawanan yang banyak memberi manfaat.

Perniagaan dalam sesebuah syarikat tidak akan sepenuhnya berjaya tanpa adanya usahasama daripada rakan-rakan niaga yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Dengan adanya kerjasama seperti ini,syarikat akan berjaya mencapai keuntungan yang lebih maksima daripada apa yang disasarkan. Pihak rakan niaga yang memberi pertolongan merupakan nadi kepada sesebuah syarikat. Sehubungan dengan itu, Syarikat I`ExCeL Sdn.Bhd.. menjalinkan hubungan perniagaan dengan beberapa agensi rakan niaga bagi mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.

Boon Beng Sdn Bhd. Dirt-Tee Sdn Bhd. Best One Frozen Product Enterprise Seven Eleven Nestle Sdn Bhd. City Fruits and Vegetables Supplier Sdn Bhd. Nilai Sports Sdn Bhd. Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Sdn Bhd. Yui Hong Trading Sdn. Bhd

Agensi rakan niaga inilah yang banyak membantu dalam pengeluaran syarikat yang lebih optimistik. Namun peranan ahli lembaga syarikat yang bersama-sama membantu dalam proses mendapatkan barangan mentah dan barangan siap juga amat berguna bagi menjamin perkhidmatan dan pengeluaran produk yang terbaik.

7.7

LAPORAN PENGELUARAN SYARIKAT

Terdapat beberapa jenis pengeluaran yang Syarikat adakan sepanjang penubuhan syarikat selama 9 bulan beroperasi. Jenis barang-barang yang Syarikat ingin keluarkan telah dibincangkan semasa mesyuarat bulanan yang dijalankan bersama-sama ahli lembaga syarikat yang lain. Jenis penjualan syarikat adalah dari segi jualan barang-barang dan tidak ketinggalan Syarikat juga menyediakan perkhidmatan Syarikat I`ExCeL telah menyediakan lima jualan dan mempunyai tiga perkhidmatan. Syarikat juga telah menggunakan daya inovasi dan perbincangan bersama-sama ahli lembaga dengan menghasilkan satu produk kreatif.Antara jenis-jenis pengeluaran adalah Produk-produk keluaran Syarikat IExCeL Sdn Bhd IExCeL Ex _Design Jualan Hari Sukan Seratas Seratas`Hostel Open Day Jualan Hari Kebudayaan Islam Delicious Pizza And Cake Jualan I`ExCeL Perkhidmatan Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd I`ExCeL IQ Challenges I`ExCeL Sports I`ExCeL Access

I`ExCeL Ex_Design Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd telah mengadakan jualan T-shirt kepada para pelajar dan juga orang awam. Idea jualan ini dicetuskan oleh Pengurus Besar ,Danial bin Tarmizi. Beliau berpendapat bahawa para pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah gemar memakai baju atau T-Shirt rekaan corak sekolah dalam aktiviti-aktiviti anjuran sekolah. Penjualan IExCeL Ex_Design ini tidak hanya berfokuskan kepada baju aktiviti anjuran sekolah sahaja,Syarikat juga menerima tempahan daripada pasukan permainan yang mewakili sekolah seperti pasukan bola keranjang dan pasukan rugby. Selain itu, IExCeL Ex_Design turut menawarkan perkhidmatan kepada mana-mana individu yang ingin merekabentuk baju untuk tempahan ahli kelas ataupun badan organisasi. Syarikat yang bekerjasama untuk mengendalikan percetakan IExCeL Ex_Design ini adalah Boom Beng Sdn Bhd, Yui Hong Trading Sdn. Bhd. dan Pusat Sukan Nilai Sdn. Bhd. Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd mempunyai ahli yang berkebolehan untuk merekabentuk corak (design) bagi t-shirt yang ditempah daripada pembeli. Bahagian pemasaran akan

berbincang dan berunding terlebih dahulu dalam menawarkan harga setiap produk supaya pembeli akan berasa puas hati untuk menerima produk yang berkualiti dan harga berpatutan. Syarikat akan mendapat keuntungan yang berpatutan. Harga kos setiap produk diambil kira daripada harga yang ditawarkan dari syarikat yang bekerjasama. Penentuan harga jualan produk dibuat dengan memastikan setiap unit menerima keuntungan sehingga 20% setiap unit. Bahagian pemasaran akan mengeluarkan sebut harga bagi tempahan yang diminta . Pembungkusan produk dibuat mengikut saiz produk dan bilangan produk yang ditempah. Setiap unit produk disemak dan dibungkus sebelum diikat mengikut saiz. Tempahan yang siap dibungkus akan disimpan dikiosk sebelum pembeli memeriksa semula dan mengesahkan bilangan produk mengikut tempahan. Bagi pembeli yang menempah dan memerlukan penghantaran melalui pos, pembungkusan menggunakan kotak dibuat dan kos bayaran penghantaran dikenakan mengikut kadar penghantaran pos tempatan. Berikut menunjukkan carta aliran bagi penghasilan produk IExCeL Ex_Design.

Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Ex_Design

PENJANAAN IDEA

MERANCANG PERNIAGAAN

MENGENALPASTI SYARIKAT KERJASAMA PERNIAGAAN

MENDAPATKAN SEBUT HARGA PRODUK

MEREKABENTUK DESIGN (CORAK)

PROMOSI IKLAN KAWALAN KOS MENERIMA TEMPAHAN PENGESAHAN HARGA PENETAPAN HARGA JUALAN

PENGHASILAN PRODUK SEMAKAN PRODUK

PEMBUNGKUSAN PRODUK

PENGHANTARAN PRODUK

PENGELUARAN PRODUK

Penjualan IExCeL Ex_Design ini banyak menyumbang kepada keuntungan dalam syarikat dan melebihi sasaran niaga yang telah ditetapkan. Syarikat telah menjalin hubungan perniagaan dengan Boom Beng Sdn Bhd bagi tujuan percetakan T-Shirt dan Pusat Nilai Sdn Bhd. bagi pakaian-pakaian sukan.

Jualan Hari Sukan Seratas Aktiviti yang kedua dijalankan oleh Syarikat I`ExCeL adalah mengadakan jualan semasa Hari Sukan Seratas. Idea untuk mengadakan jualan ini telah dicetuskan oleh Pengurus Pentadbiran Mohd Ashraf bin Che Mansor yang mendapati pada waktu tersebut bilangan pelawat dan orang luar yang datang akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Pihak syarikat I`ExCeL telah mengadakan mesyuarat bersama semua ahli syarikat dan membincangkan jualan yang akan diadakan pada waktu tersebut. Jabatan Pengeluaran telah membahagikan tugas-tugas kepada ahli syarikat kepada 4 gerai yang menjual aiskrim,bun,minuman dan makanan ringan. Setiap kumpulan diberikan seorang ketua untuk memastikan perjalanan jualan berjalan dengan lancar. Syarikat I`ExCeL telah menjalankan kerjasama bersama dengan syarikat Nestle Sdn Bhd. bagi penjualan aiskrim. Syarikat mendapatkan bekalan bun daripada Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Bagi penyediaan minuman,Syarikat menyediakan sendiri kerana lebih menjimatkan kos. Pihak syarikat telah mendapatkan bekalan makanan ringan daripada Kedai Borong Sin Lee Seng Sdn Bhd. dengan harga yang berpatutan setelah Pengurus Pengeluaran membuat rundingan harga bersama pemborong. Penentuan harga jualan bagi setiap makanan ditentukan supaya mencapai sasaran jualan sebanyak 15%. Aiskrim Bun Minuman Makanan Ringan Naqib Aman Fatin Akma Norain

Fatihah Syafiq Harith Khairan Syamil Farid Qasiem Naaim Ammar Aisyah Najwa Alyaa Rozeta Adha Zainin Intan Adila Farhah Senarai petugas gerai mengikut jenis jualan.

Syarikat telah melakukan pembungkusan makanan sebelum jualan dilakukan. Ini bertujuan menarik minat pelanggan pada hari sukan tersebut. Pihak Nestle juga memberikan peti aiskrim kepada Syarikat sepanjang jualan tersebut. Jabatan Pengeluaran telah membuat senarai harga untuk memudahkan para pembeli membeli makanan dan minuman yang disediakan. Berikut merupakan carta alir bagi jualan Hari Sukan Seratas.

Carta Alir Pengeluaran Jualan Hari Sukan Seratas

PENJANAAN IDEA

PERANCANGAN JUALAN

PEMBAHAGIAN KUMPULAN

MENCARI PEMBEKAL / RAKAN NIAGA

PENETAPAN HARGA JUALAN

MENGADAKAN PROMOSI

PEMBINAAN TAPAK PERNIAGAAN

JUALAN

Seratas`s Hostel Open Day Aktiviti ketiga yang dijalankan oleh Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. ialah mengadakan Seratas`s Hostel Open Day pada bulan Mac. Idea untuk mengadakan aktiviti tersebut telah dicadangkan oleh Pengurus Kewangan,Ili Fatini Suriati binti Jailani pada mesyuarat yang dijalankan bersama-sama ahli syarikat yang lain. Beliau mendapati asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan amat menarik dan cantik untuk dilawati oleh orang luar. Tambahan pula,asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah telah dicalonkan sebagai calon Anugerah Asrama Terbilang pada tahun 2010. Semua Ahli Lembaga Pengarah dan ahli syarikat mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan aktiviti dan jualan yang akan diadakan sepanjang hari terbuka asrama tersebut. Jabatan Pengeluaran telah membahagikan ahli syarikat kepada beberapa bahagian iaitu bahagian persembahan, bahagian jualan dan bahagian `game corner. Untuk bahagian persembahan yang diketuai oleh Norzainin Asyikin telah mengadakan persembahan pembukaan ataupun persembahan selamat datang kepada tetamu jemputan dan pengunjung-pengunjung asrama iaitu para guru dan kakitangan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan. Beliau telah menjemput pasukan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi untuk mengadakan persembahan silat.

Bahagian jualan pula telah melakukan peranannya di bawah tanggungjawab Nurul Hidayatul Akma binti Azman. Beliau telah mengadakan jualan aiskrim, novel-novel terpakai, dan jualan makanan iaitu rojak dan buah-buahan. Bahagian `game corner pula telah ditugaskan kepada Intan Zurainie. Beliau telah mengadakan dua permainan yang terbuka kepada semua pengunjung pada hari terbuka

asrama tersebut iaitu lempar gelung dalam kon dan boling buah kelapa. Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap permainan. Syarikat telah mendapatkan bekalan buah-buahan daripada Best Frozen Sdn Bhd. dengan harga yang berpatutan. Selain itu,Syarikat juga mendapatkan keperluan alatan permainan di pasaraya besar Tesco Taiping. Jabatan Pengeluaran telah menetapkan harga jualan dan aktiviti yang dijalankan sebelum hari terbuka asrama tersebut dijalankan. Keunikan aktiviti Seratas`s Hostel Open Day ini adalah pihak syarikat I`ExCeL telah menjemput tetamu khas iaitu Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh untuk merasmikan hari asrama terbuka tersebut. Syarikat amat berbesar hati menerima kunjungan beliau. Dalam ucapannya juga beliau memuji keusahawanan yang telah ditunjukkan oleh semua ahli Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. kerana berjaya menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Semua ahli syarikat telah bekerja keras dalam memastikan kejayaan aktiviti ini dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Tetamu Jemputan Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh Carta Alir Pengeluaran Seratas`s Hostel Open Day PENJANAAN IDEA

MENGADAKAN KERTAS KERJA

MEMOHON KELULUSAN

BEKERJASAMA DENGAN PEMBEKAL

PENETAPAN HARGA JUALAN

PENGUMUMAN

SERATAS`HOSTEL OPEN DAY DI JALANKAN

Aktiviti JualanSyarikat I`ExCeL juga telah mengadakan aktiviti jualan sepanjan tahun syarikat beroperasi. Idea ini telah dicetuskan oleh Pengurus Pengeluaran, Nurulhuda binti Hashim yang melihat bahawa jualan merupakan sumber pendapatan yang memberikan keuntungan kepada pendapatan syarikat. Syarikat I`EcXeL Sdn Bhd. mula menjalankan aktiviti jualan pada 04 Februari 2010. Aktiviti jualan syarikat syarikat terbahagi kepada 4 aktiviti sepanjang operasi syarikat pada tahun 2010 iaitu: Jualan Hari Sekolah Jualan Hari Mingguan Jualan Hari Peristiwa Jualan Penghabisan Stok

Jualan hari sekolah diadakan pada hari Selasa dan Khamis. Masa operasi syarikat adalah pada 3.30 petang hingga 5.00 petang dan 10.00 hingga 11.30 malam. Jualan Hari Mingguan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dan juga cuti-cuti yang jatuh pada hari bekerja. Syarikat I`EcXeL Sdn. Bhd. menjalankan Jualan Hari Peristiwa sebanyak 5 kali sepanjang tempoh pengoperasian dan Jualan Penghabisan Stok dilakukan pada hujung masa operasi bagi menghabiskan dan melariskan stok-stok makanan, minuman dan barangan yang tinggal.

Syarikat mendapatkan bekalan daripada pembekal yang berada bersekitaran dengan Taiping kerana memudahkan urusan penghantaran barang terutamanya barang-barang mentah. Selain itu,syarikat juga mengadakan hubungan rakan kongsi bersama syarikat-syarikat lain untuk medapatkan barangan siap untuk terus dijual. Pengurus Pengeluaran telah mengadakan rundingan harga terlebih dahulu

sebelum memulakan perniagaan bagi mendapatkan harga terbaik dan memberikan kepuasan kepada pelanggan. Pembekal yang menjalinkan kerjasama bersama Syarikat juga telah bersetuju untuk menjadi pembekal tetap sepanjang 9 bulan syarikat I`ExCeL beroperasi. Hubungan perniagaan yang kukuh antara ahli syarikat dan pembekal perlu diadakan untuk menjamin perniagaan yang memberi keuntungan yang mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Carta Alir Pengeluaran Jualan I`ExCeL PENJANAAN IDEA

PERBINCANGAN JUALAN I`ExCeL

PEMILIHAN JUALAN I`ExCeL

MENCARI PEMBEKAL ATAU PEMBORONG

MENGADAKAN RUNDINGAN DAN SEBUT HARGA

PENETAPAN HARGA JUALAN

MENETAPKAN JUALAN I`ExCeL

MENGADAKAN PROMOSI/IKLAN

JUALAN I`ExCeL DIADAKAN

Jualan HARI KEBUDAYAAN ISLAMSyarikat I`ExCeL telah menjalankan satu lagi lagi jualan istimewa iaitu Jualan Hari Kebudayaan Islam. Idea ini telah dicadangkan oleh Pengurus Multimedia,Mohd Naaim bin Mohd Rapi yang ingin menerapkan nilai-nilai keislaman dalam dunia perniagaan Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd.. Jualan ini juga belum pernah dilakukan oleh syarikat usahawan muda yang terdahulu.

Cadangan tersebut telah diketengahkan sewaktu mesyuarat bulanan dan telah mencapai persetujuan sebulat suara daripada semua ahli lembaga syarikat. Musyawwarah diadakan bagi membincangkan aktiviti ataupun jualan yang diadakan. Setelah kata putus dicapai,pihak syarikat I`ExCeL mengadakan aktiviti tayangan Islam dan pemainan tradisional. Bagi jualan pula,syarikat mengadakan jualan `Islamic Button,tafsir Al-Quran,dan terapi minda berunsurkan Islam. Syarikat telah mengadakan tayangan cerita pada sebelah pagi dan petang iaitu Ayat-ayat Cinta dan Syurga Cinta. Kedua-dua tayangan tersebut mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar dan guru Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Setiap tayangan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Bagi tayangan,Syarikat telah mengadakan dua buah tayangan iaitu Ayat-ayat Cinta dan Syurga Cinta. Selain mengadakan tayangan,Syarikat juga turut mengadakan permainan tradisional dan terbuka kepada semua warga (SERATAS). Permainan tradisional yang dijalankan adalah congkak,batu seremban,galah panjang dan timang bola takraw. Berikut merupakan bayaran yang dikenakan bagi permainan tradisional. Permainan Tradisional 1.Congkak 2.Batu Seremban 3.Galah Panjang 4.Timang Bola Takraw Bayaran RM2.00 setiap individu RM 2.00 setiap individu RM 10.00 satu kumpulan RM 10.00 satu kumpulan

Bayaran bagi permainan tradisional

Permainan tradisional yang dijalankan ini bertujuan mengimbau semula kenangan semasa kecil oleh warga Seratas. Selain itu,mengeratkan ukhwah antara guru-guru dan pelajar Seratas. Syarikat I`ExCeL Sdn Brhad telah menjalankan kerjasama bersama Syarikat Brotherhood Sdn Bhd. dalam pengedaran `Islamic Button,tafsir Al-Quran,dan terapi minda berunsurkan Islam. Jualan produk tersebut mendapat sambutan menggalakkan kerana produk tersebut jarang didapati di Seratas. Dengan adanya Jualan Hari Kebudayaan Islam ini,guru-guru,kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar dapat membeli barangan atau produk yang berunsurkan Islam dan untuk kekuatan rohani. Berikut merupakan barangan dan harga yang ditawarkan: Barangan/Produk Islamic Button Tafsir Al-Quran Diari Al-Quran Kismis Minda Air Zam-zam Sabun Cerdas Buah Kurma Harga seunit RM1.50 RM 15.00 RM 30.00 RM 2.00 RM 5.00 RM 10.00 RM 12.00

Barangan dan Produk yang dijual semasa Jualan Hari Kebudayaan Islam Sebelum jualan dilakukan,Pengurus Pengeluaran telah berjumpa dan berbincang bersama-sama pembekal Syarikat Brotherhood Sdn Bhd. bagi tujuan sebut harga barangan dan produk. Rundingan harga telah diadakan bagi mendapatkan harga yang terbaik dan berpatutan dan memberi keselesaan kepada pembeli. Setelah kawalan kos

dilakukan,syarikat I`ExCeL telah menetapkan harga jualan dan menyasarkan keuntungan jualan sebanyak 20%. Semua ahli syarikat telah memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik dalam memastikan kelancaran jualan dan Jualan Hari Kebudayaan Islam berjalan dengan lancar dan keuntungan yang disasrkan telah dapat dicapai.

Carta Aliran Pengeluaran Jualan Hari Kebudayaan Islam

PENJANAAN IDEA

PERANCANGAN AKTIVITI

PEMBAHAGIAN KUMPULAN

MENDAPATKAN PEMBEKAL/RAKAN NIAGA

PENETAPAN HARGA JUALAN

MENGADAKAN PROMOSI/IKLAN

JUALAN HARI KEBUDAYAAN ISLAM DIADAKAN

Jualan DELICIOUS PIZZA AND CAKESSyarikat I`ExCeL telah mengadakan jualan piza,kerepek,dan kek pada hujung minggu di asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Jualan piza ini telah dicadangkan oleh ahli lembaga syarikat,iaitu Najwa Farhana binti Abdullah Omar yang melihat pelajar-pelajar puteri yang banyak menghabiskan masa di asrama pada hujung minggu. Para pelajar juga bosan dengan makanan yang ada di dewan makan dan inginkan

sesuatu yang lain. Untuk membeli makanan juga pelajar puteri perlu keluar ke bandar yang terletak agak jauh. Cadangan ini telah dibawa ke mesyuarat bersama semua ahli syarikat dan telah dipersetujui sebulat suara. Sebelum penetapan makanan dilakukan,jabatan pengeluaran telah mengadakan soal selidik kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan mengenai makanan yang mereka inginkan dijual pada hujung minggu. Setelah soal selidik dijalankan, pihak syarikat mendapati terdapat tiga pilihan makanan yang pelajar puteri inginkan iaitu piza, kek dan kerepek. Pengurus Pengeluaran mencadangkan agar makanan tersebut turut dijual di kantin sekolah pada masa rehat kerana guru-guru dan kakitangan sekolah turut sama boleh membeli makanan tersebut. Cadangan itu juga telah dipersetujui oleh semua ahli syarikat kerana akan lebih mendatangkan pulangan yang besar. Pihak syarikat telah mendapat bekalan piza dan kek daripada Nas Pizza Sdn Bhd.. Syarikat mendapat bekalan kerepek daripada ibu salah seorang ahli lembaga syarikat yang merupakan pembuat kerepek. Berikut merupakan kuantiti bilangan makanan yang Syarikat tempah sewaktu hujung minggu operasi syarikat. Makanan Piza Kek kerepek Kuantiti 25 unit kotak 100 potong 300 bungkus

Bilangan makanan yang ditempah setiap hujung minggu Sebelum mendapatkan bekalan Pengurus pengeluaran perlu mencari pembekal. Pengurus pengeluaran telah mendapatkan rundingan harga bersama pembekal bagi mendapatkan harga yang terbaik.

Carta Alir Pengeluaran Jualan Delicious Pizza And Cakes

PENJANAAN IDEA

PERANCANGAN JUALAN MAKANAN

MENGADAKAN SOAL SELIDIK/PEMERHATIAN

PENETAPAN PRODUK MAKANAN

MENGADAKAN RUNDINGAN HARGA DENGAN PEMBEKAL

PENETAPAN HARGA JUALAN

PEMBERITAHUAN KEPADA ORANG RAMAI

JUALAN DELICIOUS PIZZA AND CAKES

I`ExCeL`s MenuSyarikat I`ExCeL telah mengadakan I`ExCeL`s Menu sepanjang syarikat beroperasi. Jualan telah diadakan pada hari jumaat, sabtu dan ahad. I`ExCeL`s Menu ini telah

dicetuskan oleh ahli lembaga syarikat iaitu Ammar Faidhi bin Mohd Azahar.yang memberi cadangan mengenai makanan yang sering menjadi pilihan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada setiap hujung minggu. Pelajar-pelajar inginkan makanan yang jarang terdapat di dewan makan kerana mereka sudah jemu dengan makanan tersebut. Setelah perbincangan diadakan,Syarikat mencapai kata putus dengan mengadakan jualan roti sosej, sosej, kentang goreng, wedges, bebola ayam, dan burger. Syarikat juga menyediakan minuman yang istimewa iaitu I`ExCeL Twist yang merupakan campuran air berkarbonat bersama aiskrim dan diletakkan bersama buah. Sepanjang syarikat beroperasi selama 9 bulan,Syarikat telah mengadakan jualan makanan dan minuman tersebut. Jualan yang paling mendapat keuntungan adalah roti sosej dan wedges. Syarikat telah menggunakan mayonis dan mustard sebagai tarikan untuk menarik pelanggan. Ini kerana terdapat para pelajar yang tidak keluar ke bandar pada petang tersebut dan sering berasa lapar pada waktu malam. Tambahan pula, pada setiap malam akan diadakan tayangan untuk semua pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Jadi para pelajar akan membeli makanan terlebih dahulu sebelum pergi ke tayangan tersebut. Syarikat telah mendapatkan bekalan makanan daripada pembekal berdekatan dengan Taiping untuk memudahkan urusan penghantaran. Pengurus Pengeluaran telah mendapatkan barang-barang jualan daripada Best Frozen Sdn Bhd. dengan harga jualan yang berpatutan setelah mengadakan rundingan harga bersama pembekal berkenaan. Kawalan kos telah diadakan untuk memastikan keuntungan yang diperoleh mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Penetapan harga telah ditetapkan dalam setiap jualan yang akan dilakukan agar mencapai sasaran perniagaan yang optima.

Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL MenuPENJANAAN IDEA

PERANCANGAN JUALAN

KERJASAMA BERSAMA PEMBEKAL

MENGADAKAN RUNDINGAN HARGA

PENGESAHAN HARGA

PENETAPAN HARGA JUALAN

MENGADAKAN PROMOSI/IKLAN

JUALAN I`ExCeL MENU

I`ExCeL IQ CHALLENGESyarikat I`ExCeL Sdn Bhd. mengadakan perkhidmatan I`ExCeL IQ Challenge pada bulan Februari. Idea ini telah ditimbulkan oleh Pengurus Pemasaran,Muzakkir Ihsan bin yang Razali yang melihat kegilaan remaja pada masa sekarang ini bermain permainan Rubic Cube,sejenis permainan yang mencabar minda. Syarikat telah mengadakan mesyuarat bulanan dan idea untuk mengadakan permainan ini telah dibentangkan oleh Pengurus Pemasaran. Perbincangan diadakan bersama semua ahli syarikat dan semua ahli bersetuju untuk mengadakan perkhidmatan tersebut dan diberi nama I`ExCeL IQ CHALLENGE. Pengurus Pengeluaran telah berbincang bersama sekretriat dalam jabatan pengeluaran untuk memilih permainan yang ingin diadakan. Jabatan Pengeluaran telah memutuskan untuk mengadakan 4 permainan yang mencabar minda iaitu `Spell It Right,Sudoku,Catur dan Bridge Challenge. Penyertaan terbuka kepada semua warga Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah dan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00 bagi setiap permainan. Syarikat DIY Sdn Bhd. telah menjadi pembekal peralatan permainan yang dijalankan. Pengurus Pengeluaran telah mengadakan rundingan harga untuk mendapatkan harga yang terbaik dan mencapai sasaran keuntungan. Pihak syarikat juga telah mendapatkan khidmat guru-guru dalam mengendalikan pertandingan Spell It Right supaya pertandingan yang dijalankan adil dan berjalan dengan lancar. Pertandingan Sudoku telah diadakan di bilik rujukan SERATAS supaya mudah untuk mencatat masa bagi individu yang berjaya menyelesaikan Sudoku paling pantas. Bagi pertandingan Catur telah dijalankan di dewan besar SERATAS kerana dapat memuatkan bilangan peserta yang memasuki pertandingan. Pertandingan ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. Bridge Challenge pula adalah permainan di mana peserta-peserta perlu membina jambatan yang dapat menampung beban yang telah ditetapkan. Peserta diberi masa untuk menyiapkan jambatan tersebut selama 2 jam daripada bahan-bahan yang telah diberikan oleh pihak penganjur. Pertandingan Bridge Chalenge ini diadakan di Dataran Kejat Seratas pada hujung minggu.

Berikut merupakan Senarai pemenang pertandingan yang telah dijalankan. Pertandingan Spell It Right Senarai Pemenang Johan: Mohd Amirul Asyraf bin Hafiz Naib Johan: Mutiara binti Azman Ketiga: Farah Nabilah binti Abdul Hisham Sudoku Menengah atas: Ahmad Fakhri bin Ahmad Fuad Menengah Rendah: Sarah Anis Ilyani binti Azmi Catur Johan: Ahmad Nor Afrizal bin Ahmad Sallehim Naib Johan: Nurul Amira binti Alang Yahed Ketiga: Nur Azreen binti Osman Bridge Challenge Johan: Kumpulan Ruby Naib Johan: Kumpulan Sapphire Ketiga: Kumpulan Emerald

Pertandingan-pertandingan yang dijalankan menarik minat pelajar-pelajar untuk menyertainya. Tujuan diadakan perkhidmatan sedemikian adalah untuk mencabar keupayaan minda para pelajar Seratas berfikir dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku secara kritis dan kreatif. Permainan yang sedemikian juga mengeratkan hubungan ukwah antara guru,ibu bapa dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah(SERATAS).

Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL IQ CHALLENGE

PENJANAAN IDEA

PEMILIHAN PERTANDINGAN

PEMBAHAGIAN TUGAS

PELAKSANAAN IDEA PERTANDINGAN

PEMBERITAHUAN KEPADA ORANG RAMAI

PERSEDIAAN TEMPAT

PERTANDINGAN DIJALANKAN

I`ExCeL SportsSalah satu perkhidmatan terbaik Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. adalah perkhidmatan I`ExCeL Sports ini. Idea untuk mengadakan perkhidmatan adalah daripada guru pembimbing sendiri iaitu Encik Mohd Saharizal yang melihat para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah begitu aktif bersukan dan mempunyai bakat terpendam yang perlu diketengahkan. Dalam mesyuarat yang dijalankan oleh Ahli Lembaga Pengarah dan ahli syarikat bersama guru pembimbing telah membawa idea berkenaan dan diterima baik oleh semua ahli syarikat. Jabatan Pengeluaran telah mengadakan musyawwarah untuk mengembangkan lagi idea berkenaan. Hasil perbincangan bersama Pengurus Pengeluaran telah menemui beberapa lagi perkara menarik yang boleh dilakukan di bawah I`ExCeL Sports ini. Pihak syarikat membahagikan perkhidmatan ini kepada kepada dua jenis sukan iaitu bola keranjang dan boling.

BOLA KERANJANGPengurus pengeluaran membahagikan ahli syarikat kepada beberapa kumpulan dalam perkhidmatan I`ExCeL Sports ini. Syarikat mengadakan klinik bola keranjang kepada pelajar-pelajar menengah rendah supaya diberi pendedahan awal. Selain itu,syarikat juga menganjurkan Pertandingan Basketball 3 On 3 di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah kepada pelajar putera dan puteri. Pihak syarikat juga menghantar pemenang Basketball 3 On 3 ini ke Pertandingan 3 On 3 Basketball Revive di Pulau Pinang bagi kategori Sekolah Berasrama Penuh.

BOWLINGSyarikat I`ExCeL Sdn Bhd. telah bekerjasama dengan Pusat Boling Taiping mengenai perkhidmatan boling ini. Syarikat ada mengadakan Klinik Boling di pusat boling tersebut kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Tenaga pengajarnya adalah daripada pusat boling tersebut yang berminat untuk memperkenalkan sukan boling kepada pelajar-pelajar. Pihak syarikat juga menganjurkan pertandingan boling mengikut kategori yang ditetapkan iaitu kategori individu dan berkumpulan. Selain itu,Syarikat I`ExCeL juga mempunyai pakej permainan boling kepada mana-mana individu atau badan berkumpulan yang ingin mengadakan pertandingan boling. Mereka boleh berurusan terlebih dahulu dengan pihak syarikat bagi tujuan tempahan dan pemilihan pakej.

PAKEJ Bayaran RM250 untuk 25 orang ahli bagi permainan 2 lorong, tidak Pakej A termasuk kasut boling. Makanan ringan disediakan. Bayaran RM 300 untuk 20 orang ahl bagi permainan 3 lorong termasuk Pakej B bayaran kasut boling. Makanan ringan disediakan. Pakej boling yang ditawarkan oleh Syarikat I`ExCeL

JENIS

Perkhidmatan ini berjaya menarik minat pelajar dan guru-guru. Terdapat badan-badan berkumpulan telah memilih pakej yang telah Syarikat tawarkan. Klinik bola keranjang dan klinik Boling tersebut juga berjaya mencatatkan bilangan peserta melebihi 30 orang.

Perkhidmatan ini telah memberikan keuntungan yang optima kepada pendapatan syarikat. Pengurus Pengeluaran telah berjaya melepasi sasaran keuntungan yang telah diberikan oleh Pengurus Urusan iaitu sebanyak 25%.

I`ExCeL AccessSyarikat I`ExCeL turut menyediakan perkhidmatan komputer kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Idea mengadakan perkhidmatan ini adalah daripada ahli syarikat iaitu Nuralyaa Nabila binti Rosmin yang melihat pelajar-pelajar Sekolah

Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah banyak menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran ataupun perkara-perkara lain. Justeru,cadangan in telah diberikan dan semua ahli syarikat bersetuju kerana komputer merupakan satu keperluan yang penting pada masa kini. Para pelajar perlu mencari maklumat daripada internet dan mengambil masa yang lama untuk menunggu hingg hujung minggu untuk keluar ke bandar. Tambahan pula,tidak semua pelajar mempunyai komputer riba masing-masing. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd.,Mohd Ashraf bin Che Mansor merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang komputer dan merupakan ketua di Pusat Scan tersebut. Syarikat telah memperkenalkan I`ExCeL Access di pusat scan tersebut kepada pelajarpelajar. Pusat Scan tersebut mempunyai 20 buah komputer yang mempunyai perisianperisian yang terkini dan telah dinaik taraf. Pusat scan menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan yang tinggi untuk memudahkan para pelajar melayari laman sesawang yang berfaedah dan untuk mencari maklumat-maklumat yang bermanfaat. Selain itu,I`ExCeL Access turut menyediakan kemudahan printing warna dan tidak berwarna kepada para pengguna. Pelajar-pelajar sering menggunakan printing bagi tugasan kerja kursus ataupun folio. I`ExCeL Access turut menyediakan perkhidmatan `binding. Percetakan kertas juga turut diadakan dalam perkhidmatan I`ExCeL Access ini. Cas yang dikenakan juga adalah berpatutan dan ahli syarikat memberikan mutu yang terbaik sama seperti kedai yang ada di luar. Setiap petugas telah diberi latihan dan telah mahir dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan. .Berikut merupakan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan yang disediakan. Perkhidmatan Internet Printing Color Printing Binding Photostat Bayaran 1.50 sejam 20sen 50sen 50sen 20sen

Bayaran bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan

Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Access

PENJANAAN IDEA

PEMILIHAN PERKHIDMATAN

PEMBAHAGIAN TUGAS

PENETAPAN HARGA PERKHIDMATAN

I`ExCeL ACCESS DIJALANKAN

7.8 KAEDAH PENGELUARAN

TINJAUAN PASARAN Mengadakan pemerhatian dan tinjauan mengenai kemahuan dan kekurangan yan dialami pengguna.

PERBINCANGAN Semua ahli syarikat mengadakan mesyuarat dan membincangkan perkhidmatan yang ingin dijalankan Cetusan idea mengenai penghasilan produk kreatif Membahagikan semua sekretriat kepada jabatan-jabatan yang telah ditetapkan

PERCUBAAN Melakukan percubaan penghasilan perkhidmatan ataupun produk kreatif dalm jumlah yang sedikit.

PEMPROSESAN Segala kelemahan dan kekurangan diambil kira sepanjang tempoh percubaan dan langkah untuk mengatasi telah diambil secepat mungkin

PEMASARAN Segala kelemahan telah diatasi dan proses pemasaran berlaku. Produk kreatif mula dihasilkan setelah mencapai kualiti dan mutu yang telah ditetapkan.

7.9

IDEA PERNIAGAAN

Setiap ahli di dalam sesebuah syarikat pasti mempunyai idea ataupun buah fikiran yang boleh dijadikan sebagai projek pengeluaran. Jadi di sinilah fungsinya mesyuarat yang dijalankan dalam syarikat. Syarikat telah mengadakan mesyuarat bersama-sama semua ahli syarikat untuk membincangkan idea -idea mengenai aktiviti,perkhidmatan mahupun dalam penghasilan produk kreatif. .Setiap

perkhidmatan yang Syarikat ingin jalankan mestilah memberikan sumber pendapatan yang terbaik untuk syarikat. Sepanjang penubuhan syarikat,semua ahli syarikat telah menghadiri kursus keusahawanan yang telah dijalankan di beberapa te mpat seperti Kuala Kangsar,Ipoh dan di Pulau Pangkor. Syarikat telah mengadakan perbincangan bersama-sama ahli syarikat-syarikat yang lain dan Syarikat mengambil peluang ini dengan bertukar-tukar

pendapat dan saling memberikan buah fikiran masing -masing. Syarikat juga telah menggunakan pelbagai medium sewaktu mesyuarat berlangsung seperti:

PERBINCANGAN / MESYUARATSewaktu mesyuarat agung dijalankan,semua ahli syarikat aktif memberikan pendapat dan cadangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ingin Syarikat jalankan. Tidak dilupakan produk kreatif yang ingin dihasilkan oleh syarikat. Semua cadangan diambil kira oleh semua ahli sebelum kata sepakat dicapai.

Mesyuarat bulanan antara Ahli Lembaga Pengarah dan semua ahli syarikat dijalankan bertujuan untuk membincangkan proses pengeluaran dalam setiap perkhidmatan. Segala kelemahan disuarakan dalam mesyuarat tersebut dan jalan penyelesaian telah diambil. Perbincangan juga diadakan untuk mempelbagaikan lagi jenis produk serta meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan bagi memberi keselesaan kepada pelanggan dan menambahkan keuntungan syarikat.

SOAL SELIDIK(BANCIAN/SURVEY)Pengurus Pengeluaran yang mempunyai lima orang ahli di bawah Jabatan Pengeluaran telah duduk berbincang mengenai taktik untuk menarik pela nggan. Setelah musyawwarah dijalankan Syarikat telah mencapai keputusan untuk

menjalankan bancian dengan dua kaedah iaitu peti pendapat dan melalui dialog terbuka. Dengan adanya bancian ini Syarikat dapat mengetahui apa yang diinginkan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Syarikat telah menyediakan peti pendapat tersebut di kiosk. Syarikat menerima sebarang pendapat,cadangan ataupun sebarang ketidakpuasan terhadap syarikat. Syarikat telah menerima pelbagai cadangan yang menarik dan juga idea -idea yang bernas. Ini menunjukkan syarikat telah menjalinkan hubungan yang baik bersama sama guru-guru dan pelajar. Melalui dialog terbuka pula adalah pelajar-pelajar boleh terus datang dan menyuarakan pendapat dan idea mereka. Mereka boleh berjumpa Pengurus pengeluaran dan ahli-ahli syarikat yang berada di bawah Jabatan Pengeluaran. Ini adalah kerana di asrama mereka lebih senang berjumpa dan boleh terus memberikan sebarang idea. Jadi Jabatan Pengeluaran akan segera berbincang mengenai idea idea yang telah diberikan.

TINJAUAN PEMERHATIANSepanjang bulan pertama syarikat beroperasi Syarikat telah mejalankan pemerhatian mengenai kelancaran perkhidmatan yang dijalankan. Syarikat telah mengenal pasti masalah ataupun kelemahan yang dihadapi pada tempoh tersebut. Syarikat juga mengenal beroperasi. pasti persaingan yang bakal juga Syarikat telah hadapi sepanjang tinjauan syarikat mengenai

Pengurus

Pengeluaran

melakukan

hubungan kerjasama bersama rakan niaga yang lain dan terus menjalinkan hubungan perniagaan agar tidak ada mana-mana pihak yang terlebih dahulu menjalankan mana-mana perkhidmatan yang Syarikat ingin adakan. Untuk meningkatkan keuntungan syarikat, jenis dan jumlah produk yang dikeluarkan juga haruslah mengikut pasaran dan mengikut kehendak pelanggan. Kos pengeluaran juga hendaklah dikurangkan bagi memastikan syarikat dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Setelah Jabatan Pengeluaran mengadakan

mesyuarat, Syarikat bersetuju untuk mengadakan usahasama dan kontrak dengan pihak pembekal. Sebelum mengadakan usahasama ini, saya selaku pengurus pengeluaran perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengurus Besar syarikat. Setelah mendapat kebenaran daripada Pengurus Besar, segala urusan

usahasama dan kontrak dapat dijalankan dan urusan ini dinamakan : PERJANJIAN JUAL BELI Jabatan Pengeluaran telah berusaha untuk mencari pembekal ataupun pengeluaran sepanjang Syarikat I`ExCeL beroperasi. Dengan bantuan pelbagai pihak,Jabatan Pengeluaran telah berjumpa dan berbincang dengan pembekal dalam usaha untuk mengadakan proses rundingan harga agar mendapatkan haga yang terbaik. Setelah mengadakan perbincangan,pihak pembekal dan syarikat telah bersetuju untuk menjadi pembekal tetap sepanjang syarikat menjalankan

perniagaan selama 9 bulan. Antara isi jual beli yang dipersetujui adalah pihak pembekal memberikan harga yang telah ditetapkan setelah rundingan harga, pihak syarikat perlu memberi pesanan sehari sebelum jualan diadakan dengan

memberikan maklumat yang lengkap seperti yang tertera di bawah. Pihak pembekal juga perlu menghantar stok barangan yang telah dipesan tepat pada waktu yang telah ditetapkan agar memberi kemudahan kepada kedua -dua pihak.

7.10 STOK DAN INVENTORI ANGGARAN BAHAN MENTAH UNTUK SETIAP AKT IVITI JUALANBahan mentah mestilah disediakan sebelum mengeluarkan sesuatu produk mahupun menjalankan sesuatu projek. Bahan penyediaan pula haruslah diperiksa oleh beberapa orang yang telah diamanahkan oleh pihak syarikat bagi menjamin mutu dan kualiti sesuatu produk. Bagi jualan mingguan, Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. hanya mengeluarkan beberapa produk termasuklah roti sosej, burger ayam, sosej, kentang goreng, bebola ayam,`I`ExCeL twist dan air minuman berkarbonat dan makanan serta minuman ringan termasuklah gula-gula, kerepek dan sebagainya. Semua urusan keluar masuk bahan telah dicatatkan dalam rekod inventori yang bermaksud stok. Berikut adalah maklumat mengenai inventori produk roti sosej sepanjang tempoh perniagaan

ROTI SOSEJBIL 1 2 3 4 5 6 BIL 1. 2. 3. 4. BIL BAHAN-BAHAN Roti Sayuran Sos cili Pembalut Mayonis Mustard BAHAN-BAHAN Air berkarbonat Aiskrim Chip Coklat Biskut Oreo BAHAN-BAHAN KUANTITI 3 2 2 2 1 1 Bungkus Jenis Botol Paket Botol Botol HARGA RM RM RM RM RM RM 6.90 2.00 2.60 1.40 2.30 2.60

FLOAT TWISTKUANTITI 6 2 2 3 Botol Bekas Paket Paket HARGA RM RM RM RM 7.20 9.90 2.80 5.40

BURGER AYAMKUANTITI HARGA 1 Roti 2 Daging ayam 3 Sayuran 4 Tomato 5 Sos cili 6 Mayonis Bagi penjualan makanan seperti 4 Bungkus RM 9.20 6 Paket RM 13.20 2 Jenis RM 2.00 3 Biji RM 1.80 2 Botol RM 2.60 1 Botol RM 2.30 sosej, kentang goreng dan bebola ayam,

Syarikat terus mendapatkan dari pembekal. Setiap hari Jumaat akan diadakan pemeriksaan stok oleh Pengurus Pengeluaran dan ahli-ahli di Jabatan Pengeluaran.

Terdapat beberapa barangan yang dijadikan sebagai stok dalam penjualan seperti roti sosej, burger ayam, kentang goreng, `wedgesdan bebola ayam. Antaranya ialah: BARANG Sos Cili Mayonis Mustard Plastik Pembalut Straw Cawan Minuman KUANTITI 4 Botol 2 Botol 2 Botol 10 Bungkus 5 Paket 2 Paket 10 Bungkus HARGA RM RM RM RM RM RM RM 5.20 4.60 5.20 7.00 7.00 2.00 3.20

Syarikat akan mendapatkan barang-barang tersebut daripada pembekal dan rakan niaga. Sepanjang perniagaan Syarikat beroperasi penbekal dan rakan niaga yang menjalinkan hubungan perniagaan bersama Syarikat memberikan kerjasama yang terbaik. Segala barangan mentah yang diperolehi juga adalah berkualiti dan berada dalam keadaan terbaik.

INVENTORISyarikat I`ExCeL Sdn Bhd. mempunyai inventori yang diperoleh daripada syarikat yang terdahulu. Namun,syarikat I`ExCeL telah membeli dapur gas yang baru dan dijadikan

sebagai aset tetap dalam syarikat. Syarikat telah menjual semua aset kepada syarikat yang seterusnya. Berikut merupakan senarai inventori: BIL 1. 2 3. 4. 5. INVENTORI Peti Ais Almari Dapur Peralatan Memasak Pemanas Air KUANTITI 1 2 1 Lengkap 1

PENYIMPANAN STOKSemua stok yang dibeli telah dismpan di dalam peti sejuk bagi barangan mentah. Untuk produk separuh siap telah diletakkan di dalam almari yang terdapat di Kiosk. Almari tersebut dikunci sepenuh masa dan hanya Ahli Lembaga Pengarah sahaja yang mempunyai kunci tersebut untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

7.11

LAPORAN PRODUK KREATIF

KAJIAN PROJEKSebelum penghasilan produk kreatif dijalankan, ia memerlukan kajian pasaran dibuat agar produk yang dikeluarkan mendapat sambutan dan dapat dijual dengan kadar unit yang maksimum. Produk-produk yang akan di keluarkan kepada masyarakat perlu di kaji terdahulu dari aspek kesesuaian, pratikal, permintaan, dan keperluan. Ini kerana pihak syarikat berusaha untuk mendapat pengiktirafan kualiti produk di peringkat Malaysia seterusnya dunia berdasarkan kajian pasaran yang di buat. Berikut adalah kriteria yang digunakan dalam ujian pasaran:

SASARANSasaran kajian adalah berdasarkan kepada pelajar di dalam sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan masyarakat luar.

HARGAHarga kos yang digunakan adalah sebanyak RM 4.00 . Produk ini mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bentuk, kualiti dan teknik penghasilan. Keistimewaan turut dapat dilihat kepada setiap produk mengikut harga.

PERMINTAANPermintaan kepada produk kreatif ini dinilai mengikut kaedah memaksimakan kepuasan para pelanggan, di dalam memaksimakan kepuasan pelanggan terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu diambil kira iaitu padanan warna dan bentuk dengan produk kreatif yang dihasilkan. Di samping itu nilai-nilai estetika turut diambil kira di dalam menentukan permintaan sesuatu produk itu. Adakah nilai-nilai estetika yang terdapat pada produk tersebut dapat menarik minat seseorang itu melihat produk tersebut tanpa mempunyai rasa bosan.

PRODUK KREATIF:

GREEN PLATE TECHNOLOGY

PROSES PEMBUATAN GREEN PLATE TECHNOLOGY

1.

Rendamkan daun mengkuang di dalam air panas untuk melembutkannya. Biarkan beberapa jam

2.Proses rendaman daun mengkuang di dalam besen di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010

3.

Daun mengkuang di lap sehingga kering menggunakan kain.

Proses pengeringan daun mengkuang di atas dulang di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010

4.

Lekatkan daun bersama-sama dengan pelekat yang diperbuat daripada kanji dalam susunan daun yang teratur.

Proses pencentuman daun mengikut susunan yang dikehendaki di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 20 Mei 2010

5.

Dibiarkan beberapa keringkan pelekat kanji

untuk

Bentuk daun selepas dicantum dan dilekatkan

6.

Letakkan susunan daun tersebut di antara dua pinggan dan cantumkan kedua-dua bersama-sama. Proses menekan bertujuan untuk merapatkan lagi lekatan daun tadi. Tinggalkan selama satu hari.

7.

Proses menekan di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010

8.

9.

Potong susunan daun mengikut bentuk pinggan yang dikehendaki menggunakan gunting.

Proses menggunting daun mengikut saiz pinggn di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010

10. Keringkan pinggan yang telah dipotong menggunakan teknik pengeringan yang sesuai.

KEUNIKAN PRODUKProduk Green Plate Technoloy ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pihak syarikat tidak memasarkan produk ini tetapi Syarikat menumpukan kepada penyertaan pertandingan inovasi produk yang dianjurkan sepanjang tahun. Pihak syarikat telah menempah kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan untuk mengiktiraf bahawa Produk Kreatif ini merupakan produk yang boleh dikomersilkan. Pertandingan Save The Earth program SIFE anjuran Universiti Teknologi Petronas . Produk Green Plate Technology telah diiktiraf dan berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut dan membawa pulang trofi, sijil penghargaan serta wang tunai bernilai RM 1000.00. Produk Green Plate Technology ini berjaya menarik minat juri kerana

penghasilannya 100% daripada alam sekitar dan mencapai objektif pertandingan sebagai produk :mesra alam. Syarikat telah menaja 3 orang pelajar SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH untuk menjalankan penyelidikan lebih mendalam bagi menghasilkan produk lebih berkualiti dan bermutu tinggi. Mereka telah mejalankan penyelidikan yang lebih terperinci di bawah tajaan Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. Hasil penyelidikan dengan kerjasama pakar dari Universiti Sains Malaysia dan peralatan teknologi tinggi dari Institut Genom Malaysia, wakil penyelidikan telah menguji Green Plate dengan beberapa ujian kualiti. Ujian yang dijalankan ialah : Ujian bahan pelekat yang sesuai Ujian bahan pengawet yang sesuai Ujian ketahanan haba Ujian pemilihan daun yang sesuai Ujian ketahanan beban

Kesemua ujian ini dilaksanakan untuk memastikan produk yang terhasil berkualiti dan inovatif. Penghasilan produk ini telah dijadikan sebagai produk kreatif di Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan SBP di Sekolah Menengah Sains Machang. Produk kreatif tersebut telah diiktiraf menerima anugerah Gangsa dalam pertandingan tersebut. Produk tersebut juga mendapat pujian kerana mereka berjaya menghasilkan produk yang bebas pencemaran dan menjimatkan kos pengeluaran.

PRODUK BERKUALITI TEKNOLOGI HIJAU

PROSES PENGELUARAN PRODUKSPESIFIKASI PRODUK Spesifikasi produk ini ialah satu produk yang unik yang dihasilkan dan mempunyai nilai estatika yang tersendiri dengan rekaan-rekaan yang cantik serta menarik dengan hasil kombinasi antara kreatif dan inovatif.

KAWALAN KUALITI Kualiti sesuatu produk merupakan aspek yang amat penting bagi menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti. Segala prosedur untuk menghasilkan produk perlu diikut dan dipatuhi. Ianya bermula dari pengumpulan bahan, mereka bentuk, penghasilan sehingga produk tersebut siap untuk dipasarkan. KOS DAN MATLAMAT KEUNTUNGAN Bagi produk ini ia melibatkan kos yang sederhana dan memerlukan tenaga kerja yang begitu minimum. Selain itu, kos yang diambil kira tidak termasuk dengan kos untuk memasarkan ke peringkat yang lebih luas. TEKNIK-TEKNIK PENGELUARAN Syarikat I`ExCeL telah menghasilkan produk kreatif ini dengan mengunakan 4M 1E. Teknik tersebut adalah: MATERIAL : Setiap produk yang dijalankan mestilah daripada material yang terbaik. Produk yang dihasilkan dalam bentuk yang fleksibel dan boleh dikomersialkan. MAN POWER : Setiap perkhidmatan atau produk yang dihasilkan mestilah mempunya tenaga kerja agar dapat penghasilan produk berjalan dengan lancar dan memenuhi justifikasi. METHOD : Produk yang dihasilkan mempunyai kaedah yang tersedia supaya mengelakkan berlaku kesilapan dan mengelakkan berlakunya sebarang kerugian. MACHINERY : Produk yang dijalankan mesti mempunyai kelengkapan alat yang lengkap supaya penghasilan tidak akan berlaku sebarang gangguan dan pembaziran masa. ENVIRONMENT : Persekitaran tempat penghasilan produk yang selesa, aman dan bersih akan menmbulkan suasana yang ceria dan persekitaran yang kondusif bagi penghasilan produk.

7.12

LAPORAN PERKHIDMATAN TERBAIK

Perkhidmatan terbaik dipilih daripada keseluruhan perkhidmatan yang telah dijalankan sepanjang operasi syarikat pada tahun beroperasi. Aspek pemilihan perkhidmatan terbaik adalah berdasarkan perkara-perkara berikut :KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI Syarikat mensasarkan keuntungan sebelum perkhidmatan dijalankan dengan mencapai sebanyak 50% peratus keuntungan. SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN Perkhidmatan yang mampu menarik minat semua lapisan masyarakat dan mendapat sambutan . FAEDAH KEPADA KEPADA KEDUA-DUA PIHAK Pelanggan memperolehi kepuasan yang diharapkan dan mencapai objektif projek manakala syarikat mendapat pulangan yang lumayan. PERKHIDMATAN TERBAIK Syarikat IExCeL SDN. BHD.

Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS dipilih sebagai perkhidmatan terbaik kerana ianya telah mencapai aspek pemilihan perkhidmatan terbaik. Perkhidmatan ini merupakan satu perkara yang menarik yang unik dalam dunia perniagaan memandangkan beberapa orang ahli dalam syarikat adalah pemain yang berkemahiran dalam sukan bola keranjang dan permainan bowling. Memberi kelebihan kepada syarikat untuk menjalankan perkhidmatan tersebut. Berikut adalah fakta menarik mengenai Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS, Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS tersebut merangkumi beberapa projek sukan yang dilaksanakan dalam satu program perkhidmatan. Masyarakat kini aktif dalam sukan dan rekreasi untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Lebih ramai pelajar bergiat aktif dalam sukan minoriti seperti boling dan bola keranjang. Permainan minoriti kurang diminati dikalangan rakyat tempatan dan boleh diperkembangkan. Menjadi pilihan strategik dimana kurang persatuan dan badan berorganisasi menganjurkan aktiviti/program ini.

Pelaksanaan projekDalam melaksanakan perkhidmatan I`ExCeL SPORTS ini memerlukan perancangan yang teliti dan rapi. Pihak syarikat telah mendapatkan khidmat nasihat daripada guru yang berkemahiran dalam pemainan boling. Selain itu,Syarikat juga mendapatkan bantuan daripada jurulatih pasukan bola keranjang perempuan Seratas iaitu Encik Goh Chai Sin untuk menjadi tenaga pengajar di dalam sukan bola keranjang. Tidak dilupakan,Syarikat juga turut mengadakan pertemuan bersama Puan Rahimah binti Mohd Sura untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada beliau. Pengurus Pengeluaran bersama-sama sekretriat di bawah Jabatan Pengeluaran telah berbincang dan merangka strategi dalam melaksanakan projek tersebut. Setiap sukan tersebut mempunyai 3 perkara utama yang akan dilaksanakan. Bagi permainan bola keranjang Jabatan Pengeluaran mempunyai 3 aktiviti iaitu mengadakan klinik Young Talent,menganjurkan pertandingan 3 On 3 dan Kem Play For Fun.Permainan boling juga mempunyai 3 aktiviti iaitu klinik boling,menganjurkan pertandingan boling dan mengadakan pakej Smart untuk warga Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Pihak syarikat telah berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan supaya mendapat kepuasan dan keseronokan. Perancangan yang tersusun telah diadakan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah. Pihak syarikat juga menetapkan keuntungan yang perlu dicapai dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS dibahagikan kepada Projek Sukan Bola Keranjang dan Projek Sukan Boling. Projek Sukan Bola Keranjang Klinik Young Talent 3 On 3 Competition Kem Play For Fun Projek Sukan Boling Klinik Boling Bowling Tournament Pakej Smart Bowling

I`ExCeL SPORTS Projek Sukan Bola Keranjang Projek Sukan Boling

Klinik Young Talent 3 On 3 Competitions Kem Play For Fun

Klinik Boling Bowling Tournament Pakej Smart Bowling

PROJEK SUKAN BOLA KERANJANGKLINIK YOUNG TALENT Kumpulan Sasaran : Pelajar sekolah menengah bawah 18 tahun

Objek tif Program : memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai sukan bola keranjang yang semakin diminati ramai. mencungkil bakat-baru dalam sukan bola keranjang untuk menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi. Latarbelakang Program : Hari Tempat Masa Pengajar :Sabtu : SMK (P) Treacher Methodist : 9.00 pagi hingga 5.00 petang : Encik Goh Chai Sin Encik Kamal Bin Bahari Bayaran Penyertaan : RM 30.00 / seorang Impak Program : Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sukan bola keranjang Mempunyai asas-asas dalam sukan bola keranjang Berpeluang mewakili pasukan sekolah dalam permainan bola keranjang

3 ON 3 COMPETITIONS Kumpulan Sasaran : Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah

Objektif Program : Mengasah bakat-bakat pelajar dalam sukan bola keranjang Melatih pasukan bola keranjang yang sudah ada supaya bersedia menghadapi pelbagai situasi perlawanan. Menerapkan bakat-bakat muda dalam pasukan sekolah

Latarbelakang Program : Tempoh Program : 2 hari Tempat : Gelanggang Bola Keranjang, SERATAS Masa : 8.00 pagi 4.00 petang Bayaran Penyertaan : RM 30.00 / kumpulan Impak Program : Membina semangat berpasukan Memilih pemain untuk mewakili SERATAS

KEM PLAY FOR FUN Kumpulan Sasaran : Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah

Objektif Program : memupuk semangat jati diri pelajar mendedahkan pelajar kepada dunia luar

Latarbelakang Program : Tempoh Program Tempat Program Impak Program : Jati diri pelajar semakin meningkat Berani menyahut sebarang tugasan yang diberikan oleh mana-mana pihak. Bersikap lebih proaktif dan effisien dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. : : 3 hari 2 malam Bukit Larut RM 5.00

Bayaran Penyertaan :

PROJEK SUKAN BOLINGKLINIK BOLING Kumpulan Sasaran Pelajar dan badan berorganisasi

Objektif Program Memberi pendedahan mengenai dunia sukan boling Peserta diajar cara permainan yang betul

Latar Belakang Program Tempoh Program: Tempat Program: Impak Program Peserta diberi pendedahan mengenai sukan boling Mengetahui teknik permainan yang betul Satu hari Pusat Boling Taiping

Bayaran Penyertaan: RM 15.00 / Seorang

BOWLING TOURNAMENT Kumpulan Sasaran Pelajar dan badan berorganisasi

Objektif Program Mencari bakat-baru dalam sukan boling. Mencari pelapis untuk pasukan boling Seratas

Latar Belakang Program Tempoh Program: Tempat Program: Impak Program Pemain pelapis untuk pasukan boling telah diserapkan Menanam semangat kesukanan dalam diri pemain Pemenang dapat mewakili sekolah dalam pertandingan. 1 Hari Pusat Boling Taiping

Bayaran Penyertaan: RM 20.00 / Seorang

PAKEJ SMART BOWLING Kumpulan Sasaran Pelajar,masyarakat sekitar Taiping

Objektif Program Menarik minat untuk bermain boling Memudahkan urusan permainan Memberi keselesaan dalam pasukan yang ingin bermain

Latar Belakang Program Tempoh Program: Tempat Program: Bulan 3 hingga bulan 8 Pusat Boling Taiping

Bayaran Penyertaan: Pakej A / RM 250 Pakej B / RM 150 Impak Program Pemain dapat berurusan dengan lebih cepat Menarik lebih ramai badan berkumpulan untuk memilih Pakej Smart Pemain dapat menikmati pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

7.13

PENGESAHANPelaksanaan produk dan perkhidmatan yang dijalankan bergantung kepada pelbagai

aspek dari segi material,kerjasama ahli dan strategi perniagaa yang effektif. I`ExCeL telah membuktikan keberkesanan dengan berjya melaksanakan

Syarikat semua

perkhidmatan dengan jayanya dan penghasilan produk kreatif telah berjaya mendapat pelbagai kejayaan. Dari sudut pengawalan kos,syarikat telah berjaya mengelakkan daripada berhutang dengan mana-mana pihak dan keuntungan yang melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Syarikat juga tidak mengalami sebarang kerugian dan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Semua ahli syarikat telah menjalankan semua tugas yang telah dibahagikan mengikut jabatan masing-masing dengan penuh dedikasi dan komited dalam memastikan semua perkhidmatan berjalan dengan baik. Semua ahli menunjukkan disiplin yang terbaik dan berjaya mewujudkan semangat keusahawanan dalam diri masing-masing. Secara amnya,Syarikat I`ExCeL telah berjaya menjalankan semua perkhidmatan yang dirancang dengan teratur dan berkesan. Proses penghasilan produk kreatif juga tersedia dengan baik dan berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Ini membuktikan seluruh warga kerja Syarikat I`ExCeL mempnyai sistem pengurusan dan operasi perniagaan yang bersikap professional dalam perniagaan.

Disediakan oleh,

................................................. (NURULHUDA BINTI HASHIM) Pengurus Pengeluaran Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd.