cth laporan koku_2011

11
TARIKH : 15 JANUARI 2011 TEMPAT : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1), JALAN P11 J1, PRESINT 11, 62300 PUTRAJAYA KURSUS KEPEMIMPINAN KOKURIKULUM 2011

Upload: fadhilahraizi

Post on 12-Apr-2017

247 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cth laporan koku_2011

TARIKH : 15 JANUARI 2011

TEMPAT : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1), JALAN P11 J1, PRESINT 11,

62300 PUTRAJAYA

KURSUS KEPEMIMPINAN KOKURIKULUM 2011

Page 2: Cth laporan koku_2011

NAMA PROGRAM

Kursus Kepemimpinan Kokurikulum 2011

PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap pelajar

harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah,

mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak

mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah maka aktiviti kokurikulum dapat

menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,

minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika yang positif. Untuk

memastikan perjalanan aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar, pelajar-pelajar

dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin, perlu diberi latihan kepimpinan untuk

mengurus organisasi mereka.

OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan khusus tentang kepimpinan, tanggungjawab dan bidang

tugas.

2. Mengenalpasti ciri-ciri dan tingkah laku pemimpin pelajar yang cemerlang.

3. Mengenalpasti kualiti kepimpinan dalam sesebuah pasukan yang berkesan.

4. Menanam perasaan muhibbah antara semua peserta tanpa mengira bangsa.

5. Mendedahkan teknik dan kemahiran yang berkesan dalam penyelesaian masalah,

membuat keputusan dan komunikasi berkesan dalam sesebuah pasukan.

TARIKH PELAKSANAAN:

15 Januari 2011

MASA/TENTATIF

8.00 pagi hingga 2.00 petang

TEMPAT

2

Page 3: Cth laporan koku_2011

Dewan Utama, SMK Putrajaya Presint 11(1)

SASARAN

Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari

Kelab/Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan/Permainan

JADUAL PENGISIAN/ PELAKSANAAN PROGRAM

8.00 pagi : Pendaftaran peserta & Taklimat oleh Kem Komanden

8.30 pagi : Penubuhan Kelab & Persatuan Di Sekolah serta

Penggubalan Perlembagaan oleh PK Kokurikulum

9.30 pagi : Peranan & Tanggungjawab AJK oleh Kaunselor

10.00 pagi : Minum Pagi

10.30 pagi : Pengurusan Mesyuarat & Minit Mesyuarat serta Pengurusan Fail & Surat Menyurat oleh Puan Siti Zamrah Binti Shahalun

11.30 pagi : Penyediaan Laporan oleh Puan Azzurina Binti Mohd Amin

12.00 tgh : Perbincangan Kumpulan dan Persembahan Kumpulan oleh

Puan Noormah Binti Mohamed Zain

1.00 ptg : Rumusan oleh Kem Komanden

: Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

2.00 ptg : Makan Tengahari & Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN PERBELANJAAN

Sumbangan

Kokurikulum dan

Sumbangan Luar

Makan Minum peserta/pelajar

Saguhati penceramah

RM 6 X 240 orang = RM 1440

RM 50 X 4 orang = RM 200

JUMLAH RM 1640

3

Page 4: Cth laporan koku_2011

LAPORAN

1. Kehadiran/ Penyertaan178 pelajar-Senarai kehadiran rujuk lampiran

2. Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Kursus Kepemimpinan ialah program yang dirancang bersama untuk memastikan pelajar mencapai tahap kecemerlangan terbaik dalam semua bidang samaada dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.Kursus ini telah diadakan pada 15 Januari 2011 bertempat di SMK Putrajaya Presint 11(1). Kumpulan sasaran kursus ini adalah pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari dari Kelab/Persatuan,Unit Beruniform dan Sukan/Permainan.Pencermah adalah terdiri daripada penyelaras-penyelaras Unit Kokurikulum dan dibantu oleh kaunselor dan kem komanden-En Syafuan Bin Bakthiar.Beberapa kumpulan dan pengerusi terbaik telah dipilih.Kumpulan yang terbaik ialah Orkestra,Teater,Pandu/Ranjer Puteri,Kadet polis dan PBSM,manakala pengerusi terbaik ialah Muhamad Haikal B Hussin,Yousef Al Farouk Bin A’la,Nurul Shahirah Bt Shaharuddin dan Afiqah Bt Hudzari.Pelajar-pelajar telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan semangat untuk meningkatkan kecemerlangan dalam tanggungjawab dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan untuk memimpin dalam sesuatu organisasi.

.

4

Page 5: Cth laporan koku_2011

GAMBAR KENANGAN (1 Perasmian, 3 aktiviti, 1 penutup, 1 pemenang)

5

Page 6: Cth laporan koku_2011

6

Page 7: Cth laporan koku_2011

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Sri Halimah Binti Abdul Majid

Naib Pengerusi I : Puan Sharifah Zukhaireen Shahabudin Binti Syed

Zulflida (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi II : Datin Norani Mohamed (PK Akademik)

Naib Pengerusi III : Puan Mai Zatul Akmar Binti Zakaria (PK HEM)

Setiausaha : Puan Siti Zamrah Shahalun

Jawatankuasa kecil :

JAWATANKUASA AJK BIDANG TUGAS

Jemputan,

Pendaftaran & Alatulis

Puan Siti Zamrah Shahalun

(K)

Puan Azzurina Mohd Amin

1. Menguruskansurat jemputan penceramah.

2. Menyediakan borang pendaftaran serta alatulis bagi peserta kursus.

3. Memperbanyakkan nota untuk peserta kursus.

Juru Acara Majlis Puan Noormah Binti

Mohamed Zain

1. Menjadi juru acara rasmi pada hari tersebut.

Jamuan Puan Norzuraini Zulkifli (K)

Puan Saptuyah Binti Latip

Pelajar-pelajar MPV

1. Menyediakan jamuan untuk penceramah jemputan, guru dan peserta.

2. Menyedia dan mengemas semula tempat jamuan.

Hadiah, Cenderamata

dan Sijil

Puan Nor Anida Hamzah (K)

Puan Zalina Yusof

1. Menyediakan sijil mengikut nama dan jawatan peserta kursus.

2. Menyediakan sijil untuk penceramah dan fasilitator.

3. Menyediakan dulang dan meja hadiah.

Persiapan Tempat

Dan Mengemas

Semula Tempat

Encik Hafidz Bin

Mahmood(K)

Pekerja Sekolah

1. Memastikan kerusi dan meja disusun mengikut kehendak penceramah.

2. Mengemas semula seperti asal

7

Page 8: Cth laporan koku_2011

Jurugambar Puan Intan Asyikin Binti

Zulkarnain

1. Mengambil gambar semasa program dijalankan.

2. Menyerahkan gambar dalam bentuk CD kepada J/K Dokumentasi

Dokumentasi Puan Siti Zamrah Shahalun

(K)

1. Membuat dokumentasi lengkap sepanjang program, dijilid dalam 2 salinan untuk sekolah dan PK Kokurikulum selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh program dijalankan.

PA Sistem/ LCD Encik Mohd Rashidan Bin

Md Saad (K)

Encik Abdullah Bin

Muhamad

1. Menyediakan peralatan PA system seperti microphone, mic stand mengikut bilangan yang diperlukan.

2. Mengawal system bunyi sepanjang program berlangsung.

Buku Program Puan Noormah Mohd Zain 1. Menyediakan buku program yang mengandungi Aturcara, Senarai AJK, Senarai Peserta

VVIP

Tiada

PEMENANG (jika berkaitan)

Kumpulan yang terbaik ialah Orkestra,Teater,Pandu/Ranjer Puteri,Kadet polis dan PBSM. Pengerusi terbaik ialah Muhamad Haikal B Hussin,Yousef Al Farouk Bin A’la,Nurul Shahirah Bt Shaharuddin dan Afiqah Bt Hudzari.

8

Page 9: Cth laporan koku_2011

ISU DAN CABARAN

1.Pelajar yang hadir ialah 90 peratus.

2.Tidak semua pelajar menghadiri semua slot yang telah diadakan kerana terlibat

dengan persediaan pertandingan robotik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1.Pelajar yang tidak hadir perlu memaklumkan kepada penyelaras dan menulis surat tunjuk sebab kerana tidak hadir.

2.Guru penyelaras mesti memastikan pelajar dapat menghadiri semua slot yang diadakan.

Disediakan oleh : Siti Zamrah Binti Shahalun

9