contoh refleksi tugasa bmm 3110

20
BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN DISEDIAKAN OLEH : MAZILAH BINTI MUHAMAD 640908-02-5298 EDI OSMAN BIN AHMAD 660228-02-5233 HAMDAN BIN HASHIM 660330-07-5819 KUMPULAN : KURSUS PGSR-BM AMBILAN NOV. 2008 PENSYARAH: ENCIK ABDUL LATIB BIN ABD RAHMAN JABATAN PEGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS PULAU PINANG

Upload: dalict

Post on 12-Dec-2014

131 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

BMM 3112

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,

PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

DISEDIAKAN OLEH :

MAZILAH BINTI MUHAMAD

640908-02-5298

EDI OSMAN BIN AHMAD

660228-02-5233

HAMDAN BIN HASHIM

660330-07-5819

KUMPULAN :

KURSUS PGSR-BM

AMBILAN NOV. 2008

PENSYARAH:

ENCIK ABDUL LATIB BIN ABD RAHMAN

JABATAN PEGAJIAN MELAYU

IPG KAMPUS PULAU PINANG

Page 2: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN

MAZILAH BINTI MUHAMAD

HAMDAN BIN HASHIM

EDI OSMAN BIN AHMAD

Page 3: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

Bil. Perkara Muka Surat

1. Jadual Penentu Tugasan 4

2. Borang kolobrasi 5-6

3. Refleksi 7-14

4. Halaman Pengakuan 15

5. Penghargaan 16

6. Pendahuluan 18

7. Isi kandungan 19-36

8. Lampiran 39-53

9. Rujukan 37

Page 4: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

JADUAL PENENTU TUGASAN

TARIKH PERKARA

6.6..2011 Membincangkan tugasan BMM 3110 dengan rakan melalui telefon untuk membuat temujanji

8.6.2011 Pembahagian Tugas.

Tajuk ini terbahagi kepada beberapa bahagian :

Menjelaskan kandungan bidang kajian ilmu sintaksis.Menganalisis dan menghuraikan susunan konsituen frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Mengkategorikan jenis ayat dalam Bahasa Melayu. Difinisi ayat majmuk.Analisis kata majmuk berdasarkan petikan majalah Dewan Masyarakat keluaran

Penyediaan Power Point.

Perbincangan untuk memahami tajuk masing-masing.

10.8.2011 Berhubung dengan rakan-rakan dari kumpulan yang lain untuk percambahan fikiran.

18.8.2011 Mengumpul maklumat dari ahli kumpulan dan mengemaskini penulisan ilmiah.

18.8.2011 Menyiapkan keseluruhan tugasan dan lampiran-lampiran.Menaip refleksi masing-masing.

25.8.2011 Menyemak & mencantum tugasan yang disediakan untuk ‘binding’.

Page 5: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

BORANG REKOD KOLABORASI

PENSYARAH DAN PELAJAR

Institut Perguruan : IPGM Kampus Pulau Pinang

Nama Pelajar : Mazilah binti Muhamad

Edi osman bin Ahmad

Hamdan bin Hashim

Kumpulan : PGSR ( BM ) 2008

Semester : 6

Mata Pelajaran : SINTAKSIS BAHASA MELAYU

(BMM 3110)

Bil Tarikh Perkara yang dibincangkan Catatan/

Tindakan

Tandatangan Pensyarah

1. 6.6..2011 Membincangkan tugasan BMM 3110 dengan rakan melalui telefon untuk membuat temujanji

Semua ahli

kumpulan

2. 8.6.2011 Pembahagian Tugas.

Tajuk ini terbahagi kepada beberapa bahagian :

Menjelaskan kandungan bidang kajian ilmu sintaksis.

Menganalisis dan menghuraikan susunan konsituen frasa nama,frasa kerja,frasa adjektifdan frasa

Hamdan

Mazilah

Page 6: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

sendi nama.

Mengkategorikan jenis ayat dalam Bahasa Melayu.

Difinisi ayat majmuk.

Analisis kata majmuk berdasarkan petikan majalah Pelita Bahasa keluaran

Penyediaan Power Point.

Perbincangan untuk memahami tajuk masing-masing.

Edi Osman

MazilahEdi Osman Hamdan

HamdanMazilahEdi Osman

Semua ahlikumpulan

3. 10.8.2011 Berhubung dengan rakan-rakan dari kumpulan yang lain untuk percambahan fikiran.

Semua ahli

Kumpulan

4. 18.8.2011 Mengumpul maklumat dari ahli kumpulan dan mengemaskini penulisan ilmiah.

Semua ahli

Kumpulan

5. 18.8.2011 Menyiapkan keseluruhan tugasan – lampiran-lampiran

Menaip refleksi masing-masing.

Semua ahli

Kumpulan

6. 25.8.2011 Menyemak & mencantum tugasan yang disediakan untuk ‘binding’.

Semua ahli

kumpulan

Page 7: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

REFLEKSI KENDIRI

NAMA : EDI OSMAN BIN AHMAD

NO.K/PENGENALAN : 660228-02-5233

KURSUS : PGSR-BM / AMBILAN 2008

SEKOLAH : SK. PERMATANG BERTAM, KEPALA BATAS

E-MAIL : [email protected]

Sintaksis Bahasa Melayu adalah mata pelajaran untuk Pengajian Melayu bagi Semester keenam untuk program PGSR kali ini. Pensyarah yang membimbing kumpulan kami ialah Encik Ishak Bin Ayub. Bidang kajian dalam ilmu Sintaksis ini ialah yang merangkumi susunan konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama, ayat dalam Bahasa Melayu termasuk frasa, klausa, ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk dan proses penerbitan ayat.

Dari perincian sukatan pelajaran yang diedarkan kepada saya dan rakan-rakan memudahkan kami mengikuti kuliah yang disampaikan oleh pensyarah dan rujukan daripada bahan bacaan serta pencarian ilmu melalui internet. Pensyarah pembimbing menyampaikan kuliah mengikut perincian yang meliputi semua aspek kajian dalam ilmu Sintaksis. Walaupun aspek-aspek ini kami telah menguasainya, tetapi apabila

Page 8: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

diperincikan secara mendalamnya melalui frasa dan klausa ayat-ayat menyebabkan ada juga kekeliruan yang timbul dalam mengkelaskan sesuatu penerbitan ayat-ayat tersebut. Melalui apa yang dikuliahkan serta rujukan Kamus Tatabahasa Dewan dapat membantu saya memahami bidang kajian ilmu Sintaksis ini.

Sepanjang interaksi dengan pensyarah saya didedahkan dengan bidang kajian ilmu Sintaksis yang terkandung dalam Bahasa Melayu.. Walaupun topik-topik ini pernah saya pelajari semasa mengikut pengajian sebelum menjadi guru dulu, ada yang saya ingat dan ada yang memerlukan saya membuat rujukan untuk mengukuhkan pemahaman saya. Dengan apa yang dipelajari ini dapat saya katakan bahawa semua ini pernah saya mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu agar murid-murid memahami tentang penerbitan sesuatu ayat dalam Bahasa Melayu.

Masa yang diperuntukan untuk mempelajari mata pelajaran ini ialah selama 45 jam dengan agihan 30 jam masa untuk interaksi dengan pensyarah dan 15 jam untuk akses kendiri melalui perincian tajuk-tajuk yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan untuk mempelajarinya. Bagi diri saya waktu interaksi dengan pensyarah ini saya guna dengan sepenuhnya untuk mengikuti kuliah yang disampaikan kerana apa yang dikuliahkan tiada modul yang boleh membantu saya untuk membuat rujukan. Waktu bersemuka dengan pensyarah ini memudahkan saya bersoaljawab berkaitan dengan apa yang dikuliahkan untuk mengukuhkan pemahaman saya. Selain daripada itu dapat berbincang dengan pensyarah tentang tugasan yang berikan. Kalau kesempatan ini saya tidak menggunakan dengan sebaik mungkin, saya terpaksa menghubungi pensyarah melalui panggilan telefon atau emel untuk bertanya tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan subjek ini.

Alhamdulillah saya dan rakan-rakan mendapat pensyarah pembimbing yang memahami dengan masalah saya dan rakan-rakan yang mempunyai tanggungjawab sewaktu berada di sekolah apabila balik untuk menjalankan tugas di sekolah selepas kuliah. Cara pendekatan yang digunakan oleh pensyarah pembimbing ini amat menarik dan bersesuaian dengan perwatakan dan penampilannya. Saya suka dengan gaya dan perwatakan Encik Ishak selaku pensayarah pembimbing kami. Ini menyebabkan saya rasa seronok dan selesa sewaktu mengikuti kuliah yang disampaikan oleh beliau.

Sewaktu menerima soalan tugasan ini saya rasa agak tertekan juga kerana selain daripada untuk menyiapkan tugasan ini, pada masa yang sama saya jperlu menyaipkan tugasan yang lain. Tambahan pula tarikh serahannya dalam masa yang hampir sama antara seseorang pensyarah pembimbing. Saya dan rakan-rakan terpaksa melaluinya juga dengan kerelaan hati memandangkan bidang kajian ilmu Sintaksis ini memerlukan saya membuat kajian tetang frasa dan kalusa ayat melalui

Page 9: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

penerbitan ayat-ayat tersebut. Melalui tugasan ini saya perlu memahami tentang ayat majmuk dengan membuat pelbagai rujukan berkaitan dengan ayat majmuk ini.

Alhamdulillah atas kesabaran saya maka melalui pembacaan buku-buku rujukan maka dapatlah saya melengkapkan tugasan ini dengan apa yang fahami mengikut kotak pemikiran saya..Walaupun tugasan kali ini amat berbeza dengan tugasan-tugasan yang sebelum ini, saya amat bersyukur kerana tugasan yang berat ini mampu saya dan ahli kumpulan menyiapkannya mengikut masa yang diperuntukkan kepada kami.

Pada keseluruhannya saya berasa amat berpuas hati dengan apa yang dikuliahkan oleh Encik Ishak Bin Ayub. Semoga apa yang saya dapat ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah nanti dengan lebik baik. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Ishak kerana berjaya mengajar saya dan rakan-rakan saya dengan cemerlang.Wasalam.

Page 10: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

REFLEKSI

Nama : Hamdan bin Hashim

No I/C : 660330075819

Kursus : PGSRBM

Email : [email protected]

Bersyukur Kepada Ilahi dengan hidayahNya dapat sekali lagi saya dapat

berkongsi pengetahuan dan pengalaman di dalam menghasilkan kerja kursus

berkumpulan dalam mata pelajaran BMM 3110 iaitu Sintaksis Bahasa Melayu. Semoga

apa yang saya kongsikan ini akan dapat memberi sedikit pengetahuan dan pengalaman

yang boleh meningkatkan lagi daya kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

Pada pendapat saya Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur

dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, Bahasa Melayu jelas sekali telah

Page 11: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

diperlengkapkan sebagai bahasa intelek yang berwibawa. Menurut Dr. Nik Safiah Karim

Sintaksis atau ayat ialah unit tatabahasa paling tinggi letaknya dalam susunan

tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat juga boleh terbentuk daripada

satu perkataan.

Manakala menurut pendita Za’ba ayat ialah ikatan perkataan yang ada benda

dan ada cerita. Oleh yang demikian sebagai seorang guru yang mengajar Bahasa

Melayu di sekolah perlulah menguasai bidang sintaksis supaya pengajarannya lebih

berkesan dan tepat. Apabila saya mendalami ilmu Sintaksis Bahasa Melayu

berdasarkan modul BMM 3110 serta mendapat bahan dengan merujuk kepada bahan

bacaan serta melayari internet untuk menyiapkan tugasan ini, kefahaman saya semakin

meningkat , oleh itu pengetahuan yang lebih mendalam ini akan dapat membantu saya

untuk mengajar murid-murid dengan lebih baik.

Pada pandangan saya guru perlulah menguasai bidang sintaksis supaya

berkemahiran untuk mengajar Bahasa Melayu lebih mantap dan dapat diaplikasikan

kepada murid-murid di sekolah. Dengan hal yang demikian sudah tentulah dapat

membantu mereka lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar dan seterusnya

menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas akan lebih

berkesan. Apa pun, saya berasa gembira kerana pembelajaran BMM 3110 yang telah

dikuliah kepada kami oleh En. Ishak mencapai objektifnya. Semoga apa yang telah

saya dan rakan-rakan sekumpulan hasilkan kerja kursus ini menepati tajuk dan

kehendak pensyarah.

Apabila saya memikir tentang pengalaman ini, maka saya benar-benar mengisafi

bahawa murid-murid bukannya malas dan tidak mahu balajar tetapi perlu ada sesuatu

ransangan yang menarik perhatian dan minat mereka untuk terus belajar dan belajar di

dalam kelas samada di arus perdana mahupun di kelas pemulihan khas. Justeru

dengan itu, pengalaman yang ada selama lebih kurang 22 tahun sebagai guru yang

mengajar Bahasa Melayu melihat bahawa guru perlu melengkapi ilmu bahasanya serta

kreatif dalam pengajarannya terutama dalam bidang Sintaksis supaya mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi jika mengajar murid yang mempunyai

Page 12: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

pelbagai kecerdasan. Jika kita buat yang terbaik , murid juga akan dapat yang

terbaik...InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

Nama : Mazilah binti Muhamad

Kad Pengenalan : 640908-02-5298

Kursus : PGSR BM (2008)

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok

Emel : [email protected]

Page 13: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Setelah mendapat tugasan yang telah diberikan oleh Encik Ishak bin Ayub saya mencari maklumat dari internet dan buku-buku nota dari pensyarah ataupun dari buku teks untuk mencari serba sedikit info untuk tugasan saya.

Kami dikehendaki menyediakan nota hasil rujukan kami dari dapatan maklumat

pelbagai sumber rujukan seperti buku-buku rujukan dan internet. Maklumat yang

disediakan perlulah merangkumi beberapa aspek seperti struktur ayat dan jenis ayat.

Kami telah membahagikan tugas untuk mencari maklumat berkenaan dengan

tajuk tugasan selain mendapatkan maklumat daripada nota-nota kuliah yang telah

disediakan oleh pensyarah. Kami tetap bersemangat untuk menyediakan tugasan ini

walaupun kami menghadapi banyak kesulitan sepanjang penyediaan kerja kursus.

Kami menghadapi masalah semasa membuat analisis kerana terdapat di antara

kami tidak memahami dan masih keliru tentang bentuk dan jenis ayat.

Kami telah membuat banyak rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan

maklumat-maklumat yang diperlukan. Setelah membuat banyak rujukan, masih banyak

kekurangan dalam penyediaan kerja kursus dan memerlukan kami untuk membaiki dan

mengubahsuai hasil tugasan yang telah kami sediakan.

Oleh itu, kami perlu lebih memahami setiap apa yang diajar oleh para pensyarah

terutamanya berkaitan dengan struktur (binaan) dan juga jenis ayat. Kami juga perlu

memahami jenis-jenis frasa agar dapat membezakan antara satu jenis frasa dengan

frasa yang lain. Kami perlu merujuk kepada para pensyarah untuk mempelajari

tatabahasa Melayu dengan lebih mendalam.

Kami menggunakan Kamus Tatabahasa Dewan, Kamus Pelajar dan sumber

rujukan yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Jika mengalami kesulitan, kami

mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan bagi menyelesaikannya.

Tugasan ini dapat memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan kami dalam

bidang Bahasa Melayu disamping dapat menambahkan lagi ilmu pembelajaran kepada

Page 14: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

kami. Tugasan ini juga dapat membentuk sikap dan semangat kerjasama antara rakan-

rakan dan ahli kumpulan.

Semasa membuat kajian ini, kami juga turut menghadapi sedikit kekangan di

mana kami tidak dapat mengenal pasti jenis-jenis frasa dengan tepat. Kami juga turut

mengalami percanggahan pendapat dengan rakan-rakan kerana masing-masing ingin

mempertahankan pendapat sendiri. Namun, atas bantuan dari para pensyarah dan

rakan-rakan, segala kekusutan itu akhirnya dapat dileraikan.

Untuk tugasan Power Point saya mencari maklumat dari internet. Saya juga

memperolehi Power Point dari dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Walaupun

istilahnya hampir sama tetapi tidak sesuai untuk dijadikan contoh kerana terdapat

perbezaan dari segi makna perkataan

Akhirnya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekali lagi saya

mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Ishak

bin Ayub iaitu pensyarah pembimbing kami kerana telah banyak membantu. Kepada

semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga kepada rakan-rakan,

terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar. Jasa anda semua amat kami hargai. Saya

amat berharap agar hasil tugasan kami ini akan diterima dengan baik oleh pensyarah

penilai. Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam penyediaan tugasan ini.

Page 15: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

PENGAKUAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ................................................

Nama Penulis : Edi Osman bin Ahmad

Tarikh : 15 Ogos 2011

Tandatangan : ................................................

Nama Penulis : Hamdan bin Hashim

Tarikh : 15 Ogos 2011

Page 16: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

Tandatangan : ................................................

Nama Penulis : Mazilah bt Muhamad

Tarikh : 15 Ogos 2011

SEKALUNG PENGHARGAAN

Page 17: Contoh Refleksi Tugasa BMM 3110

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA

dapatlah kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah

ditetapkan. Kepada Allah swt, kami rafakkan sepenuh kasih yang bersih putih atas

segala kebaikan dan kebenarannya memudahkan gerak kerja kami dalam

menyempurnakan segala tugasan yang telah diberikan ini. Semoga barakahnya kekal

berpanjangan hingga bila-bila.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah kami iaitu Pn. Hamidah bt. Abdul Hamid kerana telah banyak memberikan

tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan

tugasan.

Juga kepada suami dan isteri kami yang sentiasa membawa damai ke sisi hati,

turut sama memahami erti perjuangan seorang isteri dan suami yang akan

mencintainya sehingga mati. Kepada ahli keluarga dan anak-anak juga kami hidangkan

lautan apresiasi tanda cinta yang akan bersemi hakiki.

Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam

membuat tugasan ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat

diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman

membuat tugasan ini merupakan satu pengalaman baru dan cukup menarik bagi

kumpulan kami yang tidak akan kami lupakan. Kami akan terus berjuang sehingga

dapat menguasai segalanya. Pun begitu, bukanlah noktah kepada detik ini setelah

segala kuliah berakhir nanti kerana seorang guru, ialah guru hingga berhenti nafas

waktu. Akhir kata, segala yang baik itu hadiah dari Allah, yang tidak itu pula merupakan

tanda cacat cela akan hamba-Nya yang tidak sempurna.

Sekian, terima kasih