soalan latihan psv 3110

10
Latihan Sejarah dan apresiasi Seni Jawab semua soalan. 1. a. ‘Renaissance’ bermaksud kelahiran semula. Merupakan zaman kegemilangan bagi seni catan, seni arca dan seni bina yang berpusat di Italy. Senaraikan empat tokoh penggiat seni zaman tersebut. i. _____________________________________________________ ii. _____________________________________________________ iii. _____________________________________________________ iv. _____________________________________________________ i. Leonardo da Vinci ii. Michelangelo Buonarroti iii. Albrecht Durer iv. Donatello v. Jan Van Eyck vi. Francesco Traini vii. Filippo Brunellesschi

Upload: dalila-adnan

Post on 13-Sep-2015

198 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

soalan struktur dan esei

TRANSCRIPT

Peperiksaan Format IPG

Latihan Sejarah dan apresiasi SeniJawab semua soalan.1. a.Renaissance bermaksud kelahiran semula. Merupakan zaman kegemilangan bagi seni catan, seni arca dan seni bina yang berpusat di Italy. Senaraikan empat tokoh penggiat seni zaman tersebut.i.

ii.

iii.

iv.

i.Leonardo da Vinci

ii.Michelangelo Buonarrotiiii.Albrecht Durer

iv.Donatello

v.Jan Van Eyck

vi.Francesco Trainivii.Filippo Brunellesschi

The Cry oleh Edvard Munch 1893b.Berdasarkan karya di atas, jelaskan ciri-ciri catan aliran ekspresionisme.(i)Penggunaan warna yang yang terang dan dramatik bagi menyampaikan makna. Sapuan warna yang kasar dan agresif melambangkan keresahan emosi atau perasaan pelukis.(ii)Seni adalah menifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.(iii)Menolak ciri-ciri tradisi klasik melalui lukisan figura yang dilukis secara ringkas.

(iv)Tidak membuat perincian terhadap figura dan latar

(v) Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam.

(vi)Sesetengah karya yang di hasilkan pada zaman ini di namakan dengan non-objective art.(vii)Kesan sapuan berus yang agresif dan kasar.

2. a.Gambar rajah diatas merupakan artifak yang di simpan di Muzium Beruas, Perak. Penemuan artifak berkenaan menunjukkan bahawa kraf seni tembikar telah mula dihasilkan sejak zaman dahulu lagi.

Jelaskan dua fungsi kraf tembikar tradisional bagi masyarakat dahulu.

i.

ii.

iii.

i. Sebagai bekas menyimpan air.ii. Sebagai bekas menyimpan dan memasak makanan.

iii. Sebagai bekas perasap (bara api)

iv.Sebagai tempat menyimpan mayat atau abu mayat (Sarawak)b.Pua Kumbu merupakan hasil tenunan yang di anggap suci oleh kaum Iban di Sarawak.

Huraikan empat fungsi kain pua tersebut.

i.

ii.

iii.

iv. __

i.Istiadat menerima kepala

Pahlawan yang baru pulang dari berjuang akan disambut dengan memakai kain pua manakala yang tewas, kepalanya dibungkus dengan kain tersebut.

ii.Istiadat kematian

Digunakan untuk mengalas atau menutup mayat.

iii.Gawai Bedaralemai.

Istiadat Gawai melambangkan kesyukuran dan kain pua dijadikan pakaian rasmi dalam perayaan tersebut.

iv.Gawai sakit

Digunakan oleh bomoh bagi mengubati pesakit dalam upacara ritual.

v.Kelahiran bayi

Dianggap suci dan digunakan untuk menyelimuti bayi yang baru lahir.

vi. Perkahwinan

Digunakan sebagai pakaian pengantin.

vii.Gawai burung kenyalang

Digunakan dalam istiadat menangkap burung kenyalang. 3. a.Hasil karya seni tampak boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara.Walau bagaimana pun terdapat beberapa kaedah penilaian yang boleh dirujuk sebagai panduan dalam membuat apresiasi seni visual.Nyatakan kaedah membuat apresiasi mengikut pandangan Erwin Panofsky.

4. a.Wenesday Art Group ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur dengan bertemakan Seni Sebagai Wadah EkspresiDiri.

Senaraikan empat aliran yang mempengaruhi hasil seni catan pelukis-pelukis Wednesday Art Goup.

i.

ii.

iii.

iv.

( 4 markah )i. ImpresionisiiEkspresionis

iiiPos-ekspresionis

ivGaya tersendiri tanpa pengaruh luar

b.

1. a.Gambar rajah di atas merupakan karya Abdul Latif Mohidin (1964) yang berjudul Pago-pago. Beliau menghasilkan catan ini dengan menggunakan media cat minyak diatas permukaan kanvas.

Bincangkan apresiasi seni dengan menyentuh aspek asas seni reka. ( 10 markah )Lukisan 'Pago-pago' adalah karya Latiff Mohidin yang paling sinonim dengan dirinya sebagai penggiat seni lukisan ekspresionisme. Karya ini dianggap istimewa kerana siri tersebut dianggap sebagai lukisan jiwa dan mata hatinya. Lukisan ini adalah lukisan Ia mengwujudkan kesedaran bahawa betapa pentingnya abstrakyang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat. menjaga dan menghargaialam sekitar. Dari segi penggunaan unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni, Latiff banyak menggunakan unsur seni seperti garisan, dan rupa. Jika diperhatikan, catan ini memberikan beberapa maksud yang tertentu berdasarkan garisan iaitu, garisan bergerigi bermakna kesakitan, garisan beralun memberi gambaran lembut dan gerak mengalir, garisan kasar memberi gambaran gagah dan kuat. Manakala garisan yang berserabut memberi gambaran masalah atau bercelaru. Catan ini juga berjaya menimbulkan kesan pergerakan dan mengwujudkan kesatuan dari segi bentuk dengan baik.

b.Merujuk kepada gambar rajah 3, seniman tersebut merupakan tokoh seni yang telah banyak berjasa dalam memperjuangkan dan menghasilkan karya-karya seni visual di negara kita.

Kemukakan sumbangan-sumbangan yang telah di buat oleh tokoh di atas terhadap perkembangan seni lukis di Malaysia.

( 10 markah )NamaSyed Ahmad Jamal

Umur19 September 1929 (83 tahun)

Tempat lahirBandar Maharani, Muar, Johor

Pendidikan Sekolah Tambatan Rendah, Johor Bahru dari tahun 1936 hingga 1938. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939. Sekolah Inggeris Ngee Heng pada tahun 1940. Sekolah Inggeris Bukit Zaharah. English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru hingga tahun 1949. Birmingham School of Architecture pada tahun 1950. Pada tahun 1951 hingga 1955 di Chelsea School Art, London. Pada tahun 1963 hingga 1964 beliau mengikuti pengajian seni arca di School of Art Institute, Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Sejarah Seni di University of Hawaii, Honolulu pada tahun 1973. Pada 1974,beliau mengikuti pengajian Falsafah Seni Islam di Harvard University, Cambridge, Amerika Syarikat.

Keistimewaan

Syed Ahmad Jamal telah menerima pelbagai anugerah:

Ahli Mangku Negara(1969) Kesatria Mangku Negara (1983) Asean Cultural Award Visual Art (1987) Dianugerahkan Anugerah Seniman Negara (1955). Dianugerah Panglima Jasa Negara pada 1996. Pelopor aliran ekspresionisme abstrak di Malaysia sekitar tahun 60-an. Menganggap sesebuah karya memiliki kewujudan, mistik dan makna tersendiri.Seni terhasil daripada khayalan dalaman yang akan diluahkan oleh pelukis dengan kerelaan serta mempunyai motif bersifat keindividuan. Aliran ini membolehkan pemikiran diterjemah secara langsung dan bebas. Tokoh ini beranggapan imejan-imejan yang digerakkan untuk berkomunikasi dengan audiens terkumpul dalam alam terutamanya dalam permukaan bumi dan langit. Hasil karya beliau banyak memainkan emosi yang dicetuskan melalui bentuk-bentuk yang menyenangkan mata melihat dan hati mentafsir walaupun begitu simbolik. Contohnya, Window in the Sky dan Gunung Ledang/Tanjung Kupang. Banyak menghasilkan karya berbentuk dua dimensi dan 3D seperti arca Lunar Peaks (1986) dan Growth di Laman Asian (1987). Beliau berpendapat sesebuah karya perlu dilihat sebagai sesuatu yang memiliki kewujudan, mistik dan makna tersendiri

Jawatan Sekembali dari England, beliau bertugas sebagai guru di High School, Batu Pahat, Johor dari tahun 1956 hingga 1957.

Pada tahun 1957 beliau bertugas sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur .

Pada tahun 1958 hingga 1959 beliau bertugas di Malayan Teachers College, Kirkby, Lanc., England.

Kemudian dia dilantik sebagai Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras pada tahun 1964.

Kemudian,beliau bertugas di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya Kemudianya dilantik sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Univerisiti Malaya pada tahun 1979. Beliau dilantik sebagai Pengarah Balai Seni Visual Negara pda tahun 1983 hingga 1991.