sce 3110 awan dan cuaca

16
SCE 3110 PRAKTIKAL 1 AWAN DAN CUACA Teori : Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka awan akan terbentuk. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut di atas seperti berikut: Awan peringkat tinggi ( 5 hingga 13 kilometer ) 1. Sirus 2. Sirokumulus 3. Sirostratus Awan peringkat pertengahan ( 2 hingga 7 kilometer )

Upload: misty-nelson

Post on 24-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sce3110

TRANSCRIPT

Page 1: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

SCE 3110 PRAKTIKAL 1

AWAN DAN CUACA

Teori :

Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka

awan akan terbentuk. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara

panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang

mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk.

Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut

semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Terdapat 10 genera awan.

Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut di atas seperti

berikut:

Awan peringkat tinggi ( 5 hingga 13 kilometer )

1. Sirus

2. Sirokumulus

3. Sirostratus

Awan peringkat pertengahan ( 2 hingga 7 kilometer )

1. Altokumulus

2. Altrostratus

Awan peringkat rendah ( 0 hingga 2 kilometer )

1. Stratokumulus

2. Stratus

3. Kumulus

Page 2: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

4. Kumulonimbus

Amali ini telah dilaksanakan dalam sau tempoh masa iaitu 25 Julai hingga 1

Ogos 2013 dan tempat saya menjalankan amali ini ialah di padang SJK(T)

Klebang,31200 Chemor sekitar jam 1.00 tgh hingga dan jam 2.30 petang.

Tujuan :

Mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan mengetahui tentang cuaca pada

hari tersebut.

Peralatan :

a) Kamera

Prosedur :

1. Maklumat berkaitan awan telah didapatkan melalui rujukan buku-buku text,

internet serta bahan rujukan yang lain.

2. Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenis-

jenis awan yang terbentuk dalam tempoh beberapa hari.

3. Segala pemerhatian telah direkodkan termasuklah perubahan iklim yang berlaku

sama ada hujan , tidak hujan mahupun mendung.

4. Hasil pemerhatian dianalisis dan ditafsir berdasarkan gambar-gambar, jadual

dan carta bedasarkan rujukan sebagai sokongan.

5. Hasil kajian kumpulan kami dibentangkan di dalam kelas.

Page 3: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

Pemerhatian :

Tarikh : 21 Julai hingga 3 Ogos 2013

Lokasi : Padang sekolah SJK(T) Enggor,Kuala Kangsar.

Masa : 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Tempoh : 14 hari

HARI / MASA GAMBAR PEMERHATIAN

21 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Cirrocumulus

• Ciri- ciri

– Awan peringkat

tinggi.

– Bentuknya kelihatan

kepulan – kepulan

bulat dalam baris

yang panjang.

– Cuaca pada hari

tersebut adalah

cerah dan terang..

Jika dilihat dari permukaan, ia kelihatan seperti bulatan-bulatan yang lebih jika dibandingkan dengan awan stratocumulus

Page 4: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

22 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Cumulus

• Ciri- ciri

– Awan peringkat

rendah.

– Bahagian-

bahagian awan

yang kena pada

sinaran. matahari

akan tampak

lebih putih

kemilau.

Cuaca pada hari tesebut cerah.

23 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Cirrocumulus

• Ciri- ciri

– Awan peringkat

tinggi.

– Bentuknya kelihatan

kepulan – kepulan

bulat dalam baris

yang panjang.

– Cuaca pada hari

tersebut adalah

cerah dan terang..

Jika dilihat dari permukaan, ia kelihatan seperti bulatan-bulatan yang lebih jika dibandingkan dengan awan stratocumulus

Page 5: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

24 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Cumulus

• Ciri- ciri

– Awan rendah.

– Bahagian-

bahagian awan

yang kena pada

sinaran matahari

akan tampak

lebih putih

kemilau.

Cuaca pada hari tesebut cerah.

25 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Altostratus

• Ciri- ciri

Awan peringkat

sederhana

Ketinggian : 2 - 5km

Ia menyerupai

lembaran/lapisan

atau jalur-jalur

berwarna keabu-

abuan dan

berserabut serta

mampu menutup

seluruh langit.

Cuaca pada hari

tersebut mendung.

Page 6: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

26 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Cirrocumulus

• Ciri- ciri

– Awan peringkat

tinggi.

– Bentuknya kelihatan

kepulan – kepulan

bulat dalam baris

yang panjang.

– Cuaca pada hari

tersebut adalah

cerah dan terang..

Jika dilihat dari permukaan, ia kelihatan seperti bulatan-bulatan yang lebih jika dibandingkan dengan awan stratocumulus.

27 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Stratocumulus

• Ciri- ciri

– Awan peringkat

rendah.

– Awan kumulus yang

berpecah dan tidak

tersusun.

– Awan berwarna

kelabu.

Cuaca pada hari tersebut

mendung

Page 7: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

28 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Cumulus

• Ciri- ciri

– Awan peringkat

rendah.

– Bahagian-

bahagian awan

yang kena pada

sinaran. matahari

akan tampak

lebih putih

kemilau.

Cuaca pada hari tesebut cerah.

29 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Altostratus

• Ciri- ciri

Awan peringkat

sederhana

Ketinggian : 2 - 5km

Ia menyerupai

lembaran/lapisan

atau jalur-jalur

berwarna keabu-

abuan dan

berserabut serta

mampu menutup

seluruh langit.

Cuaca pada hari

Page 8: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

tersebut mendung.

30 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Cirrocumulus

• Ciri- ciri

– Awan peringkat

tinggi.

– Bentuknya kelihatan

kepulan – kepulan

bulat dalam baris

yang panjang.

– Cuaca pada hari

tersebut adalah

cerah dan terang..

Jika dilihat dari permukaan, ia kelihatan seperti bulatan-bulatan yang lebih jika dibandingkan dengan awan stratocumulus

31 Julai 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

Nama Awan :

Cirrus

Ciri- ciri awan :

– Awan tinggi

– Cirrus kelihatan

seperti rerambut

nipis

Cuaca pada hari tersebut cerah.

Page 9: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

1 Ogos 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Stratocumulus

• Ciri- ciri

– Awan peringkat

rendah.

– Awan kumulus yang

berpecah dan tidak

tersusun.

– Awan berwarna

kelabu.

– Cuaca pada hari

tersebut mendung.

2 Ogos 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Cirrocumulus

• Ciri- ciri

– Awan tinggi

– Bentuknya

menyerupai awan

jenis stratocumulus.

– Jika dilihat dari

permukaan, ia

kelihatan seperti

bulatan-bulatan yang

lebih jika

dibandingkan

dengan awan

stratocumulus.

– Cuaca pada hari

Page 10: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

tersebut adalah

cerah.

3 Ogos 2013( 2.00 Petang hingga 3.00 Petang)

• Nama awan

Stratocumulus

• Ciri- ciri

– Awan peringkat

rendah.

– Awan kumulus yang

berpecah dan tidak

tersusun.

– Awan berwarna

kelabu.

– Cuaca pada hari

tersebut mendung.

Page 11: Sce 3110 Awan Dan Cuaca

Perbincangan :

1. Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk:

Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku.

Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan

pergolakan atmosfera.

Mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-

merah bumi.

Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari khatulistiwa ke

kutub.

Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran

hidrologi.

2. Berdasarkan penemuan ini, terdapat beberapa implikasi penemuan ini dalam

kehidupan seharian iaitu :

Ia dapat membantu dalam merancang sebuah aktiviti yang dijalankan di luar.

Contohnya karnival olahraga tahunan. Guru yang mempunyai ilmu tenang

awan ini boleh membuat ramalan tentang cuaca pada hari tersebut dengan

melihat jenis awan yang terbentuk.

Ia juga dapat membantu dalam membuat ramalan kejadian hujan. Contohnya

pembentukan awan kumulonimbus dan nimbostratus.

Kesimpulan :

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa jenis awan yang dapat

diperhatikan selama 8 hari iaitu awan jenis cirrus, cirrocumulus, altostratus,

cumulonimbus, cumulus dan stratocumulus. Awan-awan ini dapat menunjukkan dan

mempengaruhi cuaca pada hari tersebut seperti awan cirrus cuaca pada masa tersebut

adalah cerah manakala awan altostratus cuaca pada masa tersebut adalah mendung

menandakan hujan akan turun.

Page 12: Sce 3110 Awan Dan Cuaca