ppt psv 3110 pt 2

Upload: suzanne-bell

Post on 10-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KESENIAN ISLAM

  • DEFINISISeni Islam meliputi semua hasil ciptaan yang dihasilkan melalui kemahiran mempunyai nilai estetika dan menyampaikan keputusan Islam tidak kira samada digunakan untuk tujuan keagamaan atau tidak.

    MATLAMAT KESENIANDalam Islam seni tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia.

  • KONSEP KESENIAN ISLAMHaruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt.Menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan.Seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt .Seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman.

  • PENGARUH DAN GAYAGaya seni bina Islam yang dapat dikenali kini berkembang tidak lama selepas kewafatanNabi Muhammad s.a.w., yang dikembangkan dari modelRom,Mesir,Parsi/SassaniddanByzantine. Contoh awal boleh dikenal pasti dengan siapnya Kubah Batu (Qubbat al-Sakhrah) diBaitulmuqaddis. Ia mempunyai ruang kekubah dalaman, kubah bulat, dan penggunaan pola hiasan diolah dalam gaya berulang (arabesque).

  • Zaman Keemasankesenian Islamberlangsung dari tahun750hinggaabad ke-16, apabila senitembikar,kaca,seni logam,tekstil,manuskrip berhiasdanpertukangan kayuberkembang maju.Sepuhberkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati, dan lukisanpotret kenitberkembang maju diParsi.Seni khat, salah satu aspek tulisanArabyang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.

    BIDANG-BIDANG KESENIAN DALAM ISLAMa) Tulisan Khatb) Penulisan (Sastera)c) Lukisan dan Arca ( Ukiran)d) Seni binaan

  • TULISAN KHATSeni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian.Tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai. Jenis-jenis Seni Khatkhat Kufi, khat Thuluth,khat Nasakh, khat Farisikhat Riq'ah khat Diwani, khat Diwani Jali dan khat Raihani.

  • Khat Kufi - sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.

    Khat Thuluth digunakan untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.

  • Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan.Tulisan khat ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan.

    Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.

  • Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat.Sering kali digunakan untuk surat menyurat dan digunakan untuk mengambil nota kuliah.

    Khat Diwani. Diwani membawa erti catatan atau antologi karangan. Digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Berfungsi juga sebagai hiasan

  • Khat Diwani Jali. dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuk , rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.

    Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal

  • B. Penulisan (Sastera)

    dikaitkan dengan seni kesusasteraan. Seni kesusasteraan mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan kerana kesusateraan Islam bersumberkanal-Quran dan al-sunnah kesusasteraan al-Quran dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan isinya.Selain al-Quran, karya kesusteraan Islam juga meliputi Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainyaLukisan dan Arca ( Ukiran)

    Lukisan dan Arca ( Ukiran)

  • Lukisan dan Arca ( Ukiran)

    Seni lukisan dan arca juga dikenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lainSeni lukisan dan arca juga dikenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain

  • Seni halusSeni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti ukiran kayu dan logamseni seramikseni sulamanSeni hias

    Seni binaan.Seni bina- satu bidang seni untuk mendirikan bangunan dan reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadunAspek senibina Islam yang terpenting ialah seni bina masjid.

  • Masjid menjadi lambang kekuatanaqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin.sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya.Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.tPrinsip jenis-jenis gaya seni bina Islam adalah;Masjid,Kubur,IstanadanKota

    Masjid menjadi lambang kekuatanaqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin.sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya.Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.tPrinsip jenis-jenis gaya seni bina Islam adalah;Masjid,Kubur,IstanadanKota

  • Masjid menjadi lambang kekuatanaqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin.sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya.Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.tPrinsip jenis-jenis gaya seni bina Islam adalah;Masjid,Kubur,IstanadanKota

  • MASJID NABAWI

  • Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter.Ukuran keluasan Masjid Nabawi tingkat bawah seluas 98,500 m persegi, tingkat atas seluas 67,000m persegiJumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah.Mempunyai 27 buah kubah bergerak,4 buah eskalator dan 18 buah tangga

  • Ukuran keluasan Masjid Nabawi tingkat bawah seluas 98,500 m persegi, tingkat atas seluas 67,000m persegiJumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah.Mempunyai 27 buah kubah bergerak,4 buah eskalator dan 18 buah tangga.

    KUBAHKubah bergerak terdapat 27 buah kubah bergerak ukuran 18mx18m

    Tiang-Tiang MasjidTerdapat 2174 buah tiang di lantai masjidUkiran-ukiran pada tiang sangat menarik

  • Pintu MasjidPintu MasjidDalam Masjid

  • Hiasan KubahPayung

  • TOKOH SENI BINA

    Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (86-87H)Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, Masjid Suriah di Damsyik yang dahulunya merupakan sebuah gereja masyarakat Kristian berbangsa Yunani telah diperbaharui dan dibangunkan semula. Menurut pengarang ini lagi, pada zaman pemerintahan beliaulah bermulanya pembinaan unsur-unsur bangunan masjid secara lengkap seperti mihrab, mimbar, menara, selain tiang dan dinding serta atap. Khalifah al-Walid banyak menyumbang ke arah kemajuan seni bina Islam semasa pemerintahannya sehingga beliau digelar Pembina Agung Kerajaan Bani Umayyah (Mahayudin, 2004).

  • Khalid bin Abdullah al-QasriBeliau merupakan gabenor kepada Khalifah Hisham bin Abd al-Malik. Menurut Mahayudin (2004), beliau telah berjaya membina parit-parit dan tali air dalam usaha menyiapkan projek pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin Abd al-Malik.

    Khalifah Abdul Rahman IIDi antara sumbangan Khalifah Abdul Rahman II dalam aspek seni bina ialah membuat projek membina menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk memudahkan kapalkapal perdagangan berlabuh di pantai-pantai Andalus

  • Khalifah Abu Jafar al-MansurNama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Abbas telah dilahirkan di 101H di al-Hamimah menyatakan bahawa beliau merupakan khalifah Abbasiyah yang kedua selepas Abu al-Abbas al-Saffah. Beliau telah mendirikan sebuah istana yang bernama al-Khuldi di pinggir Sungai Dajlah. Rekabentuk istana ini sangat indah dan kedudukannya yang strategik telah menyebabkan beliau menamakannyaQasr al-Khuldiyang bermaksud istana abadi. Beliau juga telah membinaMasjid Jami al-Mansurdi hadapanIstana al-Zahab yang mana merupakan masjid yang tertua di Kota Baghdad .