contoh kajian-tindakan-sekolah tajuk murid keliru

21
Kajian Tindakan Sekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Cik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA KATA PINJAMAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN EJAAN JAWI MELALUI KAEDAH LATIH TUBI Oleh Normaria Binti Che Hussin Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri,Jln Geroda,Larkin 80350 Johor Bahru Abstrak Kajian ini ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi. Penggunaan kata pinjaman bahasa arab ini memang agak sukar untuk dieja dan difahami kerana murid agak lemah dalam penggunaan sistem ejaan jawi . Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid pemulihan jawi dari kelas 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh murid serta jawapan ujian PKSR bulan Mac 2009 berhubung dengan kemahiran itu. Berdasarkan pemerhatian dan analisis tersebut murid didapati belum menguasai kemahiran mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan ejaan jawi.. Langkah awal guru perlu mengajar murid dengan menggunakan kaedah latih tubi iaitu: Muka surat 1 daripada 10 Kajian Tindakan Sekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru 1

Upload: asmawirichm5

Post on 21-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

Kajian Tindakan SekolahSekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKANCik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA KATA PINJAMAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN EJAAN JAWI MELALUI KAEDAH LATIH TUBI Oleh

Normaria Binti Che Hussin Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri,Jln Geroda,Larkin 80350 Johor Bahru

AbstrakKajian ini ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi. Penggunaan kata pinjaman bahasa arab ini memang agak sukar untuk dieja dan difahami kerana murid agak lemah dalam penggunaan sistem ejaan jawi . Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid pemulihan jawi dari kelas 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh murid serta jawapan ujian PKSR bulan Mac 2009 berhubung dengan kemahiran itu. Berdasarkan pemerhatian dan analisis tersebut murid didapati belum menguasai kemahiran mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan ejaan jawi.. Langkah awal guru perlu mengajar murid dengan menggunakan kaedah latih tubi iaitu:

Muka surat 1 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKANCik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

1. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran lalu Saya mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Islam (Pemulihan Jawi) 3 Puteri 4. Saya dapati ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi. Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan guru melalui buku aktiviti jawi sahaja kurang berkesan kerana murid tidak boleh menguasai kemahiran mengeja sistem ejaan jawi. Keputusan ujian PKSR bulan Mac merosot dan didapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Kesan daripada kelemahan mereka, saya

1

Page 2: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

membuat keputusan untuk cuba melakukan sesuatu supaya dapat memberi kefahaman kepada mereka tentang penggunaan kata pinjaman bahasa arab tersebut, seterusnya mengurangkan kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

2. Fokus Kajian Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan di dalam kelas dan markah ujian bulan Mac yang rendah kerana

a. Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan sistem ejaan jawimenyebabkan mereka sukar untuk mengeja perkataan jawi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

b. Murid masih tidak mengenali huruf-huruf jawi dan sukar untuk mengeja satupersatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain.

Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuat latihan dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Sekiranya masalah ini tidak

Muka surat 2 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKANCik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

ditangani, murid akan terus tidak memahami sistem ini lalu menyebabkan mereka akan menghadapi masalah untuk mengeja perkataan jawi yang lebih sukar dan panjang.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

i.

OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam penggunaan sistem ejaan jawi dengan menggunakan persembahan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu, murid akan dapat memahami dengan lebih baik penggunaan sistem tersebut.

ii.

OBJEKTIF KHUSUS

2

Page 3: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

Objektif khusus kajian ini adalah supaya :

• • • •

Murid dapat memahami cara menggunakan sistem ejaan jawi. Murid dapat menjawab soalan yang diberikan. Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan. Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

4.

KUMPULAN SASARAN

Muka surat 3 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKANCik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid murid Tahun 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Muridmurid ini mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam mata pelajaran Jawi iaitu tidak dapat mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan ejaan jawi dan kurang menguasai sistem ejaan jawi.

5. Perlaksanaan Kajian 5.1 i. Tinjauan Masalah Pemerhatian

Saya membuat kaedah pemerhatian untuk mengesan tahap penguasaan murid-murid dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

ii.

Ujian Pengesanan

Melalui ujian pengesanan, tahap kecekapan dan kemahiran murid dapat dinilai dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

iii.

Semakan Buku Latihan

Melalui kaedah semakan buku latihan, saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid-murid dalam penggunaan sistem ejaan jawi dari masa ke semasa.

3

Page 4: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

Oleh yang demikian, saya dapat mengetahui adakah seseorang murid itu sudah mahir atau belum.

Muka surat 4 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKANCik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

5.2 Analisis Tinjauan masalah. Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang di jalankan untuk meninjau masalah yang menyebakan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi.

i.

Analasis pemerhatian

Saya telah memantau hasil kerja murid mengeja perkataan pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi. Hasil daripada pemantauan itu, saya dapati masih ramai murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi dengan betul dan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengannya, didapati juga bahawa murid tidak boleh menceraikan perkataan kata pinjaman menjadi huruf jawi tunggal. Apabila sesuatu aktiviti dilakukan, murid masih lemah dalam mengenal dan membezakan huruf jawi sekiranya bersambung dengan huruf lain.

ii.

Analisis Ujian Pengesanan Berdasarkan ujian pengesanan jawi, masalah yang sama sering berlaku. Ini menyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut terjejas.

iii.

Analis Semakan Buku Latihan Saya telah membuat semakan buku latihan atau hasil kerja murid selepas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya akan mengajar murid cara mengenal dan mengeja

Muka surat 5 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

4

Page 5: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

LAPORAN KAJIAN TINDAKANCik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

kata pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi yang betul. Berdasarkan semakan buku latihan yang telah dibuat, saya dapati murid-murid tidak dapat membezakan huruf bersambung dengan huruf tunggal.

5.3 Tindakan yang dijalankan Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang dijalankan ialah memberi galakan kepada murid terbabit untuk meningkatkan penguasaan Memberi pengenalan huruf-huruf jawi kepada murid-murid.penggunaan sistem ejaan jawi. Tindakan seseterusnya ialah:

Membaca kata pinjaman bahasa arab yang mudah dengan menggunakan cara Memberi latihan kepada murid untuk menceraikanedaran kad atau slaid powerpoint. kata pinjaman bahasa arab Latih tubi.menjadi huruf-huruf tunggal.

5.4

Perlaksanaan Tindakan 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti

Aktiviti meningkatkan dan memantapkan kemahiran penggunaan sistem ejaan jawi pada kata pinjaman bahasa arab dijalankan mengikut masa dan jadual di dalam kelas bagi matapelajaran Jawi.Semasa aktiviti latihan bahagian penulisan berjalan, guru meminta murid untuk mengimbas kembali tentang penggunaan sistem ejaan jawi dalam kata pinjaman bahasa arab dengan memilih murid secara rawak dan maju ke hadapan untuk membetulkan huruf pada perkataan jawi

Muka surat 6 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKANCik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

Aktiviti 1 (Item 1)tersebut bagi meningkatkan daya ingatan sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti dijalankan seperti berikut :

a.

Mengeja perkataan yang mudah dan lengkap dengan menggunakan sistem ejaan jawi.

5

Page 6: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

b.

Mengenal penggunaan huruf jawi pada perkataan tersebut. Menceraikan perkataan kata pinjaman bahasa arab menjadi huruf jawi tunggal.

c.

Pemerhatian Murid membuat aktiviti berkumpulan atau individu menceraikan kata pinjaman bahasa arab menjadi huruf jawi tunggal. Selepas itu, mereka akan mencantum semula huruf jawi tunggal tadi menjadi satu perkataan yang lengkap.

Refleksi Setelah memantau hasil kerja murid, saya dapati murid yang menjalankan aktiviti secara berkumpulan lebih mudah untuk mengenal dan menulis kata bahasa arab. Melalui aktiviti berkumpulan sikap bekerjasama dapat dipupuk.

5.5

Refleksi Penilaian Pencapaian Murid Selepas kajian dijalankan sayaKajian dapat melihat perubahan positif ke atas murid-murid saya dan saya sendiri. Sebelum kaedah latih tubi dilakukan pelbagai masalah timbul seperti murid-murid tidak dapat mengenal

Muka surat 7 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKANCik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

huruf-huruf jawi. Mereka juga tidak tahu untuk menceraikan kata pinjaman bahasa arab dalam ejaan jawi menjadi huruf jawi tunggal. Setelah semua aktiviti dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai penggunaan kata pinjaman bahasa arab dalam sistem ejaan jawi amat memuaskan terutama untuk aktiviti 1.Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar, keyakinan diri murid juga menunjukkan perubahan yang positif. Walaupun dalam seiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak semuanya cemerlang, tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu murid-murid yang Rumusanlemah untuk berusaha mendapatkan keputusan yang lebih baik. Pemerhatian Sikap kurang berminat, malas, kurang memberi tumpuan dan tidak memiliki kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi tampak berkurangan. Secara tidak langsung murid-murid lebih mengenali ejaan jawi. Ini melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru menyemak hasil kerja murid. 6. CADANGAN UNTUK SETERUSNYA Saya mendapati kajian kesilapan penggunaan sistem ejaan jawi perlu diteruskan untuk semua kelas kerana dengan ini kita dapat mengajar cara menceraikan kata pinjaman bahasa arab dalam ejaan jawi dengan cara yang betul dan

6

Page 7: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

sistematik. Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-muid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini dengan meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan sistem ejaan jawi.

Muka surat 8 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKANCik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

Kajian ini juga menjadikan guru sentiasa fleksibal ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti : • • • • Kad Manila - 2 Marker Pen – 3 Gunting, peb\mbaris, pensel warna,kertas A4 Set Soalan Pendidikan Islam - 2

8. ANGGARAN KOS Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah : Kad Manila – 2 x RM 0.50 = RM 1.00 Marker Pen - 3 x Rm 2.00 = Rm 6.00 2 Set Soalan Pendidikan Islam - 2 x RM 5.00 = RM 10.00

Muka surat 9 daripada 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKANCik Normaria Binti Che Hussin Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

9. CADANGAN PELAKSANAAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 AKTIVITI MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENGUMPULAN DATA AWAL MENULIS PROPOSAL MERANCANG TINDAKAN-INDIVIDU MELAKSANAKAN TINDAKAN-INDIVIDU MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL DALAM AKTIVITI 1 MELAKSANAKAN TINDAKAN –AKTIVITI 2 MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL DALAM AKTIVITI 2 MELAKSANAKAN TINDAKAN-AKTIVITI 3 MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL DALAM AKTIVITI 3 UJIAN PENGESANAN PERUBAHAN KLIEN REFLEKDI KAJIAN MENULIS LAPORAN KAJIAN PERBENTANGAN DAPATAN KAJIAN

7

Page 8: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

TEMPOH PELAKSANAAN 1 MINGGU 2 HARI 1 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 2 MINGGU 1 MINGGU 1 HARI 1 HARI 1 HARI

Muka surat 10 daripada 10

MEMBIMBING PELAJAR TAHUN SATU Written by fazli mohd bazin    Tuesday, 11 May 2010 03:43

“JANGAN KELIRU”

( SATU KAEDAH UNTUK MEMBIMBING PELAJAR TAHUN SATU 1 BERSIH  SK PENDERAS MEMBEZAKAN HURUF KECIL b DENGAN d )

Oleh:

 ROZAIDA BTE MAT KASSIM

Sekolah Kebangsaan  Penderas, Kuala  Krau

28050 Temerloh, Pahang

 

ABSTRAK

 Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar  Tahun 1 Bersih SK Penderas dalam membezakan huruf kecil b dengan d. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bertulis dan lisan kepada pelajar semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil tinjauan ini menunjukkan terdapat  9 orang pelajar masih keliru untuk membezakan huruf kecil b dengan d. Guru telah mengambil tindakan bagi meningkatkan kebolehan pelajar  untuk membezakan kedua-dua huruf kecil ini. melalui program “Jangan Keliru”. Program ini mengambil masa selama 2 minggu dan setiap sesi mengambil masa 5 hingga 10 minit sahaja. Keputusan ujian pos menunjukkan  peningkatan penguasaan  murid dalam membezakan kedua-dua huruf ini.

  

LATAR BELAKANG KAJIAN

 Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang paling penting kerana melaluinya seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman biasa yang lain. Membaca adalah  satu proses yang bukannya mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks

8

Page 9: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

( Raminah Hj Sabran, 1987 ) 

Hasil kajian mendapati pengamatan murid terhadap bentuk-bentuk huruf mempunyai masalah. di mana mereka keliru mengenali huruf-huruf yang hampir sama bentuknya seperti huruf kecil b dan d. Perlu seseorang guru itu untuk menyusun strategi yang lebih berkesan untuk mengajar murid-murid membezakan huruf-huruf ini. Huruf-huruf kecil lain yang hampir sama bentuknya seperti n dan h, f dan t, y dan g juga sering mengelirukan kanak- kanak . Kanak-kanak masyarakat orang asli di sekolah ini juga menghadapi masalah tersebut. Tambahan pula mereka kurang didedahkan dengan bentuk-bentuk huruf di rumah. Kebanyakannya hanya dapat melihatnya di sekolah sahaja.

 

PERNYATAAN MASALAH

 Membaca menggabungkan beberapa kemahiran, iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk mengenal dan membezakan bentuk-bentuk huruf),  kemahiran

mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi yang tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf, menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan dan kebolehan memindahkan lambang-lambang

yang dibaca itu kepada sistem saraf otak untuk menterjemahkan dan memahami apa yang dibaca. ( Raminah Hj Sabran, 1987 )

 Kemahiran mengenal huruf dan membezakan huruf amat penting untuk pelajar membezakan bunyi huruf .Kelemahan pelajar membezakan huruf akan turut mempengaruhi kebolehan membaca dan menulis . Kemahiran mengenali huruf merupakan titik mula kepada kemahiran membaca.

  Di SK Penderas seramai 24 daripada 26 orang pelajar di kelas ini telah mengikuti kelas pra sekolah atau tadika tetapi saya dapati mereka masih belum menguasai kemahiran membaca.  Pelajar 1 Bersih seramai 25 orang  telah menjalani ujian KIA2M pada 7 April yang lalu. Manakala seorang lagi ponteng tegar. Hasil ujian didapati memang benar seramai  16 pelajar masih belum menguasai kemahiran membaca. 6 orang daripada 16 pelajar tersebut masih tidak kenali huruf  dan 10 orang yang lain pula masih keliru untuk mengenal huruf. Selebihnya iaitu 10 orang pelajar telah pun boleh menyebut perkataan kv kv.  Sejak  13 April 2009, murid-murid yang mengikuti kelas KIA2M  telah menjalani program  Deras Baca Penderas .

 Pada 22 April 2009, sewaktu saya menjalankan latihan dalam menguji kebolehan murid mengenali  huruf yang dipelajari sebelum  ini , saya dapati seramai 9  daripad 24 orang murid menghadapi  masalah untuk membezakan huruf kecil b dengan d.

Mungkin kerana pengalaman pertama mengajar tahun 1, saya kurang peka bahawa akan wujudnya kekeliruan antara kedua- dua huruf ini.     Apabila saya melahirkan masalah ini

9

Page 10: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

kepada rakan-rakan, maklum balas yang saya terima  antaranya :

 “ Masalah ini perkara biasa, pelajar tahun 3 dan 4 pun  ada yang masih keliru “

 Saya terpanggil untuk mengubah keadaan ini lebih awal.   Saya memikirkan bagaimana cara untuk saya mengajar pelajar ini  bagi membolehkan mereka mengatasi kekeliruan itu.  Pada pendapat saya, kita perlu memberi pelajar satu pengalaman yang menarik untuk membentuk ingatan yang kekal.

 

TUJUAN KAJIAN

 Tujuan  kajian ini  adalah untuk memastikan 9 orang murid yang bermasalah itu dapat meningkatkan kebolehan pelajar membezakan huruf kecil b dengan d. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat memastikan penambahbaikan amalan kendiri dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.

  

SOALAN KAJIAN

 Antara soalan berkaitan kajian ialah :

 1)         Adakah  murid-murid boleh membezakan huruf b dan  d dengan lebih mudah?

 2)         Adakah kaedah – kaedah pengajaran menarik minat dan memudahkan pelajar mengatasi masalah ?

Penyelidikan ini mengaplikasikan modul penyelidikan tindakan ( model Kemmis dan Taggart, 1992)

Kumpulan Sasaran

 Kajian ini melibatkan 9 orang pelajar Tahun 1B yang terdiri daripada 8 lelaki dan 2 perempuan.

 Instrumen Kajian

 Data dikumpul dengan menggunakan 2 kaedah iaitu

             i)          Ujian pra dan ujian pasca

             ii)         Pemerhatian

10

Page 11: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

 Analisa Kajian

 1)         Ujian pra dan ujian post dianalisis menggunakan dengan membandingkan bilangan jawapan  yang dijawab dengan betul dan salah sebelum dan selepas pelajar didedahkan kepada program .       

2)         Pemerhatian penglibatan murid dalam aktiviti 

3)         Hasil  lembaran kerja murid

  

TINJAUAN  AWAL

 

Tinjauan saya mulakan pada tarikh 27 April 2009 dengan memberi lembaran kerja  yang mengandungi huruf b dan d.  Saya mengarahkan pelajar mewarnakan huruf b sahaja.  Saya hanya hendak memastikan pengetahuan sedia ada mereka.

Saya memberi latihan ini kepada semua pelajar kelas ini untuk mengetahui berapa orang pelajar yang  benar- benar keliru dengan kedua- dua huruf tersebut. Hasilnya sememangnya 9 orang pelajar tersebut menghadapi masalah itu.  Didapati mereka telah mewarnakan kedua- dua huruf. 

Pada hari berikutnya, saya menjalankan pemerhatian terhadap penguasaan  pelajar dengan cara meminta mereka menunjukkan huruf kecil yang saya sebut dan menyebut huruf kecil yang ditunjukkan secara rawak.  Saya memastikan soalan huruf b dan d itu saya tujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah di mana saya telah membuat catatan nama mereka. Aktiviti ini saya jalankan secara kelas.

 Semasa pelajar lain membuat latihan , saya telah memanggil 9 pelajar tadi untuk diuji secara individu.  Pencapaian mereka saya rekodkan

PERANCANGAN TINDAKAN

 Berdasarkan tinjauan awal, didapati murid- murid perlu didedahkan dengan perbezaan bentuk dan sebutan huruf dengan lebih tersusun. Aktiviti-aktiviti dirancang dengan mengaitkan persekitaran murid-murid juga boleh dijadikan bahan untuk menjelaskan perbezaan huruf-huruf.

PELAKSANAAN TINDAKAN

 Bagi meningkatkan kebolehan pelajar  mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti, saya telah merangka program yang dilaksanakan selama 2 minggu yang hanya mengambil

11

Page 12: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

masa selama 5 hingga 10 minit sebelum pengajaran  sebagai set induksi.  Aktiviti ini dilaksanakan oleh semua murid. Saya mengambil langkah tersebut supaya pelajar yang telah menguasai kemahiran dapat membuat pengukuhan dan yang tidak menguasai pula menerimanya sebagai pemulihan.  Saya telah menyediakan satu catatan pemerhatian untuk murid-murid yang bermasalah

 

Langkah 1 ( 4 Mei 2009)

i)          Murid dikenal semula dengan huruf b dan d

ii)         Murid dibimbing menggunakan anggota badan mereka sebagai lambang huruf  b dan d.  Tangan kanan digunakan membuat  pergerakan bentuk bulatan ke kanan sambil menyebut b. Tangan kiri  membuat gerakan bentuk bulatan ke kiri sambil menyebut d. Langkah dilaksanakan dengan mengikut gerakan guru yang membelakang murid.  Sambil menyanyi

            “ Gerakkan tangan kanan , gerakkan tangan kiri

               Buat bulatan b,   buat bulatan d

               Gerakan kaki kanan, gerakan kaki kiri

               Buat bulatan b, buat bulatan d.

iii)         Murid diberi penerangan bahawa b mempunyai tiang dan bulatan ke kanan

manakala d mempunyai tiang dan bulatan ke kiri mereka.

iv)        Guru melukiskan kaki  dan menerangkan huruf b dan d seperti lukisan orang

berdiri.

Langkah 2 ( 5 Mei 2009 )

 

i)          Murid dikehendaki angkat  tangan kanan yang dinamakan tangan b dan angkat      

            tangan kiri pula sebagai tangan d.

ii)         Murid dikehendaki meletakkan tangan b atau d  ke tempat yang disebut guru

12

Page 13: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

            “ Letakkan tangan b ke atas hidung.

 

Langkah 3 ( 6 Mei 2009 )

 

i)          Murid dikehendaki menyanyi lagu pada langkah 1 dan dibekalkan dengan 1 kad

            huruf.

ii)         Murid yang memegang huruf b atau d diminta berdiri sambil menunjuk huruf.

iii)         Murid yang memegang huruf b ke hadapan kelas dan huruf d ke belakang kelas.

 

Langkah 4 ( 8 Mei 2009 )

 

i)          Menyanyi gerakan diulang

ii)         12 orang murid dibekalkan dengan huruf b dan 12 orang murid dibekalkan

            dengan huruf d.

iii)         Mereka dikehendaki berkumpul secara berpasangan b dan d.

 

 Langkah 5 ( 11 Mei 2009 )

 i)          Murid mengulangi nyanyian di langkah 1.

ii)         Pelajar diminta mencari berapa huruf b  atau d yang dilekatkan pada papan tulis

 

Langkah 6 ( 12 Mei 2009 )

 

13

Page 14: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

i)          Murid diberikan lembaran kerja memadankan huruf besar dan kecil

            secara rawak  ( lampiran 1 )

 

 Langkah 7 ( 13 Mei 2009 )

 

i)          Murid  diberi   lembaran kerja  mencari dan membulatkan huruf  b

            ( lampiran 2 )

 

Langkah 8 ( 14 Mei 2009 )

 

i)          Murid diberi lembaran kerja mencari dan membulatkan huruf d

            ( lampiran  3 )

 

  Sepanjang langkah-langkah ini dijalankan saya dapati, 9 pelajar tadi telah dapat membezakan huruf b dengan d.  Ketika membuat latihan di lembaran kerja, saya dapat melihat mereka membuat gerakan tangan seperti dalam nyanyi untuk mereka memastikan samada huruf itu b atau d. Saya berharap aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang boleh diingati oleh pelajar.

REFLEKSI

 

Sepanjang menjalankan program ini, saya menyedari hakikat bahawa murid-murid berbeza daripada segi keupayaan memahami bahan-bahan bertulis, keupayaan mendengar dan bertutur. Jadi dalam menyampaikan isi pelajaran, saya harus memikirkan keadaan ini agar mereka dapat diberi perhatian yang berlainan dan sesuai dengan kemampuan mereka.

           Di dalam pengajaran menguasai kemahiran membaca, tidak ada kaedah yang paling  baik dan berkesan untuk semua keadaan dalam semua aspek pengajaran. Saya sedari  perlunya untuk memilih kaedah yang sesuai dengan kehendak dan keadaan murid-murid.  Teknik  pengajaran amat  mempengaruhi perkembangan murid-murid. Teknik

14

Page 15: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

yang menarik dapat menghidupkan suasana  pengajaran yang boleh memberi pengalaman  yang lama kekal dalam ingatan.

 Saya berusaha menjalankan aktiviti mengenal b dan d itu berulang supaya ianya menjadi ingatan kepada pelajar.  Tempoh masa menjalankan  aktiviti itu tidak lama di mana saya jadikannya sebagai set  induksi kepada  pengajaran saya selama hampir 2 minggu ini tidak membosankan pelajar. Malahan, saya dapat  melihat perubahan ketara di mana pelajar ini boleh memahami dengan cepat.  Bahan yang saya gunakan juga adalah bahan yang sedia ada sebelum ini tanpa perlu membuat bahan bantu mengajar tambahan.

 Selain itu,  saya dapati bahawa pemulihan yang perlu saya jalankan kepada pelajar tidak  memerlukan satu sesi pengajaran tambahan. Hanya boleh diselit-selitkan dalam langkah- langkah pengajaran yang saya rancangkan. Dalam satu masa saya dapat menjalankan pemulihan dan meneruskan pengajaran  seperti biasa. Saya yakin kaedah atau langkah- langkah penyelesaian masalah saya ini lebih ringkas,  mudah  dan menarik.

CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN

 

Dapatan kajian dan kesan daripada program ini menunjukkan  perubahan kepada penguasaan kemahiran pelajar membezakan kedua-dua huruf ini.  Mereka sudah menyebut dan menunjukkan huruf itu dengan lebih tepat.  Walaupun terdapat pelajar  yang perlu berfikir sejenak sambil membuat gerakan nyanyian terlebih dahulu untuk memastikan sama ada  huruf itu b atau d  tetapi pada pendapat saya mereka akan menguasainya lebih cepat pada masa akan datang.

 Pada pengajaran akan datang, saya perlu melaksanakan langkah-langkah pengajaran ini semasa mula-mula memperkenalkan huruf- huruf  a hingga d. Semoga hasil kajian dapat memberi manfaat kepada semua rakan-rakan setugas.

 

 

BIBLIOGRAFI

 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran  Malaysia  (2006).  Manual Kajian Tindakan.  Kuala Lumpur : BPPDP, KPM.

 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (2006).  Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ke-XIII 2006 . Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran  Malaysia

 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan ( 1999). Prosiding Seminar

15

Page 16: Contoh Kajian-Tindakan-Sekolah Tajuk Murid Keliru

Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 1999, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran  Malaysia

 Bahagian Pendidikan Guru  (2001). Garis Panduan Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran  Malaysia

  

Raminah Hj Sabran.  ( 1987 ) . Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur. (t.p)

 Sabariah bt Abu Bakar ( 2002 ). Jurnal Kajian Tindakan Tahun 2002. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran  MalaysiaLast Updated on Tuesday, 11 May 2010 03:51  

16