contoh pelaksanaan tindakan satu helai (2) (1)

4
LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH Nama : Rahim Bin Mohd Shareff Sekolah : Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod Tarikh : 16 April 2015 Waktu : Khamis Tingkatan/ Kelas : 1 Al- Muhtadin Tajuk : Murid memahami bahagian manusia dan fungsinya Objektif : 1. Murid boleh mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan dan kaki. 2. Murid menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian- bahagian tubuh manusia. Refleksi PdP ( Salin daripada BRM/e-Rekod) Seramai 15/31 murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan bahagian tubuh manusia dan fungsinya dengan betul. Analisis yang didapati daripada Ujian Pertengahan Tahun 2015 adalah seperti berikut : Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian. A. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :- Memperkenal kaedah Murid diajar melalui kaedah nyanyian: Penyelesaian : Kajian Tindakan SK LKTP SM Kota Tinggi

Upload: mas

Post on 06-Dec-2015

268 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh skt

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama : Rahim Bin Mohd ShareffSekolah : Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas

A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod

Tarikh : 16 April 2015Waktu : KhamisTingkatan/ Kelas

: 1 Al- Muhtadin

Tajuk : Murid memahami bahagian manusia dan fungsinyaObjektif : 1. Murid boleh mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu

mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan dan kaki.2. Murid menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-

bahagian tubuh manusia.

Refleksi PdP ( Salin daripada BRM/e-Rekod)

Seramai 15/31 murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan bahagian tubuh

manusia dan fungsinya dengan betul. Analisis yang didapati daripada Ujian

Pertengahan Tahun 2015 adalah seperti berikut :

Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid

menjawab soalan ujian.

A. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :-

Memperkenal kaedah Murid diajar melalui kaedah nyanyian:

Penyelesaian :Langkah 1 : murid belajar melalui kaedah nyanyian tentang bahagian tubuh manusia

Kajian Tindakan SK LKTP SM Kota Tinggi

dan fungsinya.

Lirik Lagu:-Mata telinga……Hidung mulut kaki dan tangan Akal untuk berfikir diberikan Tuhan maha pencipta

Mata untuk melihat Telinga untuk mendengar Hidung menghidu Juga untuk bernafas

Mulut Berbicara dan juga makanKaki untuk berjalan Tangan untuk menulis ketika belajar

Ulang 3X

Langkah 2 : Murid menjawab soalan latihan mudah berkaitan tajuk yang diajar.

Langkah 3 : - Murid Menjawab soalan latihan yang lebih sukar berkaitan tajuk yang diajar.

Kajian Tindakan SK LKTP SM Kota Tinggi

Semasa PdP , saya memberi lirik lagu berkaitan tajuk supaya murid dapat mengingat dengan baik. Beberapa latihan diberikan bermula dengan latihan yang mudah kepada latihan yang sukar. Mereka seronok kerana dapat mengingat fungsi anggota badan manusia melalui kaedah nyanyian dan latihan ansur maju.

B. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah

Contoh jawapan murid di atas menunjukan murid telah berjaya menjawab soalan dengan betul menggunakan kaedah Nyanyian. Walaupun sukar tetapi murid gembira kerana dapat menyelesaikan soalan dengan tepat. Aktiviti ini dijalankan sewaktu PdP. Murid diajar melaui kaedah nyanyian dan soalan latihan pengukuhan ansur maju. Kajian Tindakan SK LKTP SM Kota Tinggi

Murid kelihatan lebih bersemangat menjawab soalan yang diberikan. Hal ini telah menunjukkan kemajuan murid dalam subtopik ini. Namun begitu masih ada murid yang cuai dan kurang menguasai. Latihan berterusan perlu diberikan bagi membantu murid menguasai sepenuhnya subtopik ini.

Kajian Tindakan SK LKTP SM Kota Tinggi