contoh laporan kajian tindakan pemulihan

12
PEJ PELAJARAN DAERAH K.SELANGOR PROGRAM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH 2014 MENGATASI KELEMAHAN MENYEBUT PERKATAAN YANG MELIBATKAN KONSONAN BERGABUNG (DIGRAF) DENGAN TEKNIK ‘CANTUM DAN SEBUT’ (Dengan penggunaan BBM) OLEH: EN V.MATHIALAGAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)LDG SEL RIVER, 45700 BUKIT ROTAN, SELANGOR MAC 2014 1

Upload: shangari-ram

Post on 30-Jun-2015

2.483 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh laporan kajian tindakan pemulihan

PEJ PELAJARAN DAERAH K.SELANGOR

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH

2014

MENGATASI KELEMAHAN MENYEBUTPERKATAAN YANG MELIBATKAN

KONSONAN BERGABUNG (DIGRAF)DENGAN TEKNIK

‘CANTUM DAN SEBUT’(Dengan penggunaan BBM)

OLEH:EN V.MATHIALAGAN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)LDG SEL RIVER,45700 BUKIT ROTAN, SELANGOR

MAC 2014

KELOLAAN

UNIT KURIKULUM

1

Page 2: Contoh laporan kajian tindakan pemulihan

SJKT LDG SELANGOR RIVER

KANDUNGAN:

Muka surat

1. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran 2

2. Isu Keperihatinan 2

3. Objektif Kajian 2

4. Kumpulan Sasaran 3

5. Perlaksanaan Kajian 3

6. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. 7

2

Page 3: Contoh laporan kajian tindakan pemulihan

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid akan menunjukkan

sikap acuh tidak acuh apabila mereka sukar untuk mengeja dan menyebut sesuatu perkataan.

Ini membuatkan guru terpaksa memikirkan suatu aktiviti yang boleh menarik semula minat

murid untuk belajar.

Antara perkataan-perkataan yang sukar dibaca oleh murid ialah perkataan yang

melibatkan konsonan bergabung (digraf) iaitu perkataan yang bersuku kata “ng...’, ‘ny...’,

‘kh...’, dan ‘sy...’.

Penekanan yang lebih kepada suku kata yang dinyatakan tadi perlu kerana perkataan

seperti ini juga yang menyebabkan mereka sering gagal di dalam ujian pelepasan untuk ke

kelas perdana semula.

2. ISU KEPERIHATINAN

Setiap kali murid menduduki Ujian Standard Pelepasan mereka sering

kali tidak dapat menjawab soalan-soalan yang melibatkan perkataan atau suku kata yang

mempunyai ‘digraf’. Murid juga gagal untuk membaca ayat dan petikan jika perkataan di

dalam ayat terdapat perkataan yang mempunyai konsonan bergabung (digraf).

Murid akan menyebut ‘gaga’ bagi perkataan ‘nganga’ dan ‘yayi’ bagi perkataan

‘nyanyi’. Oleh itu, saya bertindak dengan menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah

tersebut.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid menyebut

perkataan yang melibatkan konsonan bergabung (digraf).

Objektif Khusus:

a) Murid dapat menyebut perkataan yang mempunyai suku kata konsonan

bergabung (digraf) bagi ‘ny’ dan ‘ng’.

b) Murid boleh membaca perkataan, ayat dan petikan dengan lebih lancar.

c) Mengurangkan murid kelas pemulihan daripada 12 kepada 4 orang di hujung

tahun.

d) Meningkatkan keupayaan semua guru dalam menangani masalah murid lemah

dalam pembelajaran.

3

Page 4: Contoh laporan kajian tindakan pemulihan

4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada murid Tahun 2 dan

Tahun 3 yang kini berada di kelas Pendidikan Pemulihan Khas.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan didapati pelajar bermasalah

dalam menyebut perkataan yang melibatkan konsonan bergabung (digraf) ‘ny’ dan

‘ng’. Perkataan-perkataan seperti ‘nyonya’, ‘nyanyi’, ‘tanya’, ‘nyamuk’, ‘bunyi’,

‘nyala’, ‘dengan’, ‘lengan’, ‘tangan’, ‘nganga’, ‘telinga’, ‘singa’, tidak dapat disebut

dan dibaca oleh pelajar.

Dalam ujian diagnostik yang dijalankan murid tidak dapat menyebut suku

kata nga, ngi, nge, nge, ngu, ngo dan nya, nyi, nye, nye, nyu, nyo dengan betul dan

lancar. Seramai 8 orang daripada 12 orang murid salah semua di dalam menyebut suku

kata ini.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Daripada Ujian Diagnostik yang dijalankan kepada kumpulan sasaran dapatlah

dilihat kelemahan-kelemahan murid yang perlu ditingkatkan. Rujuk kepada jadual

Rekod Ujian Saringan.

(12 orang murid yang dikaji. Angka menunjukkan bilangan murid yang melakukan

kesalahan).

Soalan : Bunyikan suku kata di bawah.

nga ngi ngu nge nge ngo

8 8 8 9 9 9

nya nyi nyu nye nye nyo

9 9 9 10 10 9

Soalan: Isikan suku kata yang sesuai berdasarkan gambar.

bunga penyu singa nyamuk

10 11 10 11

4

Page 5: Contoh laporan kajian tindakan pemulihan

Soalan : Eja dan sebut perkataan di bawah.

nganga nyanyi ngilu

11 11 12

nyonya tangan monyet

10 12 12

Soalan : Tandakan ( √ ) pada ejaan yang betul.

bengis 4 betul monyet 8 betul

begis 8 salah moyet 4 salah

banyak 10 betul beruang 10 betul

bayak 2 salah beruwang 2 salah

bagun 5 salah nyanyi 4 betul

bangun 7 betul nanyi 8 salah

Soalan : Suaikan gambar dengan perkataan.

Gambar orang nyanyi nyanyi 4

Gambar bangunan bangunan 6

Gambar mulut nganga nganga 3

Gambar nyamuk nyamuk 7

Gambar penyu penyu 1

Gambar cuping telinga telinga 10

Gambar sungai sungai 11

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Bagi mengatasi masalah ini sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dirancang.

1. Aktiviti “Cantum dan Sebut” menggunakan kad-kad huruf

2. Aktiviti eja dan sebut berdasarkan gambar dengan tayangan slaid ‘Power Point’.

3. Aktiviti bertulis dengan menjawab lembaran kerja berkaitan apa yang dipelajari.

5

Page 6: Contoh laporan kajian tindakan pemulihan

b. Bahan-bahan yang digunakan.

1. Kad huruf.

2. Papan panel.

3. Kotak kertas.

4. Bahan “Powerpoint”

c. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.

1. Penilaian secara pemerhatian

2. Penilaian secara lisan dan bacaan

3. Penilaian secara tulisan dan lembaran kerja.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian

5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti 1

Aktiviti ini merupakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah

‘Cantum dan Sebut’ yang menggunakan kad-kad huruf yang perlu dicantum menjadi

suku kata dan murid menyebutnya.

Langkah-langkahnya:

1. Kad-kad huruf di masukkan ke dalam kotak.

2. Murid dipilih secara rawak.

3. Murid memilih 2 kad mengikut warna dan menggantungnya pada papan panel.

Huruf ‘n’ di awal suku kata memang telah tersedia.

4. Setelah selesai, murid dikehendaki mengeja dan menyebut suku kata tersebut.

Jika murid dapat menyebutnya dengan betul, ganjaran akan diberikan.

6

Page 7: Contoh laporan kajian tindakan pemulihan

5. Pengayaan juga boleh dilakukan dengan meminta murid mengambil 3 kad

mengikut warna huruf vokal dan konsonan menjadi suku kata seperti ‘ngan’,

‘nyet’, ‘ngis’, ‘nyak’ dan sebagainya.

5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2

Aktiviti ini merupakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT. Guru

menggunakan Power Point Slide Show untuk memaparkan suku kata yang akan

dipelajari.

1. Guru menunjukkan slaid suku kata digraf ‘nga, ngi, ngu, nge, ngo’, dan ‘nya,

nyi, nyu, nye, nyo’.

2. Murid eja dan sebut suku kata tersebut secara individu dan kumpulan.

3. Guru tunjuk gambar, murid sebut nama gambar.

4. Murid eja perkataan yang ditunjukkan secara individu dan kumpulan.

5. Ulang aktiviti hingga selesai semua gambar.

6. Murid membaca rangkai kata yang ada suku kata digraf.

5.5 Refleksi kajian

5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid

1. Secara pemerhatian.

2. Secara bacaan dan lisan

3. Secara ujian bertulis

5.5.2 Rumusan Pemerhatian.

Berdasarkan ketiga-tiga pemerhatian di atas, semua murid berminat

untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka

berusaha untuk menyebut suku kata yang ditunjukkan. Empat orang murid

telah berjaya membaca perkataan bersuku kata digraf ini tanpa perlu mengeja

terlebih dahulu. Selebihnya seramai lapan orang murid boleh menyebutnya

dengan mengeja terlebih dahulu.

7

Page 8: Contoh laporan kajian tindakan pemulihan

5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah

Dijalankan Secara Keseluruhan.

Secara keseluruhannya aktiviti ini telah berjaya membuatkan murid

dapat membaca sekurang-kurangnya perkataan KV+KKV atau KV+KKVK

dengan lancar walaupun mereka terpaksa mengeja terlebih dahulu.

6. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya

jalankan ke atas murid-murid pemulihan khas ini. Saya bercadang meneruskan program ini di

samping berkongsi idea bersama guru Tahun 1 (KIA2M). Setersunya saya akan menjalankan aktiviti

seperti ini untuk kemahiran yang lain pula iaitu suku kata dan perkataan konsonan bergabung (digraf)

bagi “kh” dan “sy”.

8

Page 9: Contoh laporan kajian tindakan pemulihan

LAMPIRAN

CONTOH KERTAS UJIAN DIAGNOSTIK DAN

UJIAN KAJIAN TINDAKAN.

9