contoh kajian tindakan cikgu sham.doc

28
Tajuk : Meningkatkan penguasaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada' dalam kalangan murid tahun 4. 1.0 PENDAHULUAN Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah, murid sekolah rendah seharusnya boleh menguasai kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Pencapaian keupayaan murid boleh diukur sekiranya murid telah menguasai keempat-empat kemahiran asas tersebut. Oleh itu, matlamat tersebut boleh direalisasikan melalui mata pelajaran teras dan bukan teras seperti mata pelajaran bahasa Malaysia. Kumpulan kami telah memilih murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tunjang untuk menjalankan satu kajian tindakan tentang meningkatkan penguasaan kata sendi nama dari dan daripada. Semasa menjalani praktikum pengkaji mendapati murid-murid lemah dalam penguasaan kata sendi nama dari dan daripada. Bilangan murid Tahun 4 sekolah berkenaan ialah 100 orang. Sewaktu mengajar tajuk kata sendi nama dari dan daripada 1

Upload: maryam-hamzah

Post on 20-Feb-2016

358 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

Tajuk : Meningkatkan penguasaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada'

dalam kalangan murid tahun 4.

1.0 PENDAHULUAN

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah, murid sekolah rendah seharusnya boleh menguasai

kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Pencapaian keupayaan

murid boleh diukur sekiranya murid telah menguasai keempat-empat kemahiran asas

tersebut. Oleh itu, matlamat tersebut boleh direalisasikan melalui mata pelajaran teras dan

bukan teras seperti mata pelajaran bahasa Malaysia.

Kumpulan kami telah memilih murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tunjang untuk

menjalankan satu kajian tindakan tentang meningkatkan penguasaan kata sendi nama dari dan

daripada.

Semasa menjalani praktikum pengkaji mendapati murid-murid lemah dalam penguasaan kata

sendi nama dari dan daripada. Bilangan murid Tahun 4 sekolah berkenaan ialah 100 orang.

Sewaktu mengajar tajuk kata sendi nama dari dan daripada pengkaji dapati ada 25 orang

murid yang tidak memahami penggunaan kata sendi nama dari dan daripada ini. Masalah ini

dapat dikesan ketika memberikan lembaran kerja bertulis kepada murid-murid. Walaupun

kaedah ulangan telah digunakan bagi mengukuhkan ingatan murid terhadap pengajaran yang

telah diberikan. Pengkaji telah dapati dari 10 soalan yang di beri 25 orang murid ini hanya

betul 4 hingga 6 soalan sahaja. Apabila pengkaji semak semula latihan yang diberi, didapati

mereka tidak faham bagaimana untuk menggunakan kata sendi nama dari dan daripada.

Mereka hanya mengisi tempat kosong dengan kata sendi dari atau daripada tanpa mengetahui

dengan jelas apakah fungsi kata sendi nama tersebut dalam ayat. Masalah ini amat jelas

apabila latihan bertulis yang menghendaki mereka membina ayat dengan menggunakan kata

1

Page 2: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

sendi dari dan daripada. 25 orang murid tidak dapat menggunakan kata sendi nama yang tepat

dalam ayat yang dibina.

Berdasarkan pemerhatian, pengkaji dapati mereka keliru dengan penggunaan kata sendi dari

dan daripada di dalam ayat. Hasil perbincangan bersama dengan guru-guru yang lain didapati

bahawa kebanyakan murid-murid lemah dalam penguasaan kata sendi nama dari dan

daripada. Guru-guru haruslah menggunakan strategi yang berkesan untuk meningkat

penguasaan.

Murid-murid juga kelihatan agak bosan ketika belajar tatabahasa. Bagi mereka tatabahasa

sesuatu yang sukar .Oleh sebab itu, pengkaji perlu memikirkan sesuatu yang dapat menarik

minat murid-murid ketika belajar mata pelajaran bahasa Malaysia.

Melalui pemerhatian, pengkaji dapati murid-murid suka dengan nyanyian. Oleh itu, pengkaji

mengambil keputusan menggunakan teknik nyanyian untuk meningkatkan penguasaan

murid-murid tahun 4 dalam penggunaan kata sendi dari dan daripada. Pengkaji berharap

dengan teknik nyanyian yang dirancang ini murid-murid akan dapat menguasai kata sendi

nama dari dan daripada. Teknik nyanyian ini merupakan salah satu teknik yang dapat

memperbaiki penguasaan murid bagi kata sendi nama dari dan daripada dalam sesebuah ayat.

2.0 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan

Pengkaji memilih untuk memberi fokus kepada meningkatkan penguasaan murid-murid

tahun 4 dalam penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dengan menggunakan teknik

2

Page 3: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

nyanyian. Pengkaji memilih tajuk ini untuk kajian penyelidikan kerana ketika mengajar tajuk

kata sendi nama dari dan daripada pengkaji dapati ada 12 orang murid yang tidak memahami

penggunaan kata sendi nama dari dan daripada ini. Ini dapat dikesan ketika pengkaji

memberikan lembaran kerja bertulis kepada murid-murid. Pengkaji dapati dari 10 soalan

yang di beri 25 orang murid ini hanya betul 4 hingga 6 soalan sahaja. Apabila pengkaji semak

semula latihan yang diberi, pengkaji dapati mereka tidak faham bagaimana untuk

menggunakan kata sendi nama dari dan daripada. Mereka hanya mengisi tempat kosong

dengan kata sendi dari atau daripada tanpa mengetahui dengan jelas apakah fungsi kata sendi

nama tersebut dalam ayat. Masalah ini amat jelas apabila latihan bertulis yang menghendaki

mereka membina ayat dengan menggunakan kata sendi dari dan daripada. 25 orang murid

tidak dapat menggunakan kata sendi nama yang tepat dalam ayat yang dibina.

Fokus kajian pengkaji adalah tertumpu kepada penguasaan murid dalam membezakan fungsi

kata sendi nama dari dan daripada dalam ayat. Murid-murid akan diberikan latihan yang

berkaitan dengan kata sendi nama dari dan daripada.

Murid-murid tahun 4 akan diberikan latihan mengisi tempat kosong dengan kata sendi nama

dari dan daripada yang betul dan tepat berdasarkan ayat yang diberikan. Latihan ini diberikan

untuk mengesan kelemahan murid-murid dalam menguasai kata sendi nama dari dan

daripada.

Pengkaji akan menggunakan teknik nyanyian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam

penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dengan betul.

3

Page 4: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan penguasaan murid-murid dalam penggunaan kata sendi nama dari dan

daripada dengan menggunakan teknik nyanyian.

Melalui pemerhatian yang dilakukan pengkaji mendapati kelemahan murid-murid dalam

menguasai kata sendi nama dari dan daripada ialah mereka keliru dengan penggunaan kata

sendi nama ini. Untuk menyelesaikan masalah kekeliruan murid ini pengkaji akan

menggunakan teknik nyanyian. Murid-murid didapati amat suka dengan nyanyian. Pengkaji

akan mencipta lirik yang berkaitan dengan kata sendi nama dari dan daripada . Melalui lirik

lagu tersebut murid-murid akan dapat mengingat bagaimana penggunaan kata sendi nama

dari dan daripada dalam ayat dapat digunakan dengan betul dan tepat.

3.1 SOALAN KAJIAN

Bagaimanakah teknik nyanyian dapat meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan

kata sendi nama dari dan daripada.

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dan melalui dapatan daripada pemerhatian itu

didapati murid-murid lebih mudah mengingat fakta dengan teknik nyanyian. Untuk itu,

pengkaji akan menggunakan teknik ini di dalam meningkatkan penguasaan murid-murid

dalam penggunaan kata sendi nama dari dan daripada.

4

Page 5: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pengkaji telah mengenal pasti 25 peserta kajian yang akan menjadi sampel dalam kajian ini.

Peserta kajian terdiri daripada 25 orang murid tahun 4. Latar belakang murid ini adalah murid

yang sederhana dalam pencapaian mata pelajaran bahasa Malaysia. Lapan orang daripada 25

orang murid ini mendapat gred C dalam mata pelajaran bahasa Melayu dalam setiap kali

ujian yang dijalankan manakala yang lain mendapat gred B.

Harapan pengkaji, apabila muid-murid ini dapat menguasai kata sendi nama dari dan

daripada sekurang-kurangnya gred mereka akan meningkat daripada C kepada B dan

daripada B kepada A.

Dalam setiap soalan ujian yang dijalankan dalam bahagian pemahaman sekurang-kurangnya

satu soalan kata sendi nama dari dan daripada ini akan diuji. Apabila murid-murid telah

memahami bagaimana penggunaan kata sendi nama dari dan daripada ini digunakan maka

peluang mereka untuk meningkatkan gred dalam bahasa Malaysia adalah tinggi.

Kata sendi nama dari dan daripada ini juga digunakan dalam penulisan karangan. Apabila

murid dapat menguasai penggunaan kata sendi nama ini maka mereka akan menulis karangan

dengan baik tanpa ada kesalahan penggunaan tatabahasa.

Pengkaji akan membetulkan kekeliruan murid dalam penggunaan kata sendi nama dari dan

daripada dengan menggunakan teknik nyanyian. Teknik nyanyian adalah salah satu teknik

5

Page 6: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

yang amat menyeronokkan murid dan dengan nyanyian murid-murid lebih mudah untuk

mengingat.

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya

ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan

mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang

menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan

menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan.

Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu

diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu

dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Maka dengan itu, pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur muzik melalui kaedah

nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan mereka

terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam pendidikan kerana

sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaannya. Ini

turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi muzik dengan

mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

Kaedah nyanyian merupakan salah satu cara yang diaplikasikan bagi tujuan mengingat

sesuatu perkara dalam pembelajaran. Hal ini telah dinyatakan oleh Syukri Abdullah (2006)

bahawa praktik penggunaan sistem irama merupakan satu daripada kaedah meningkatkan

6

Page 7: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

kebolehan mengingat. Caranya adalah dengan merekacipta irama sendiri atau lagu-lagu artis

terkenal dan memasukkan isi pelajaran yang diingini sebagai lirik lagu tersebut.

Salwa Zaharin (2012) dalam kajiannya, Program Daripadaku Kepadamu Meningkatkan

Penguasaan Kata Sendi Nama Tahun Lima membuktikan bahawa penguasaan dan kefahaman

kata sendi nama dalam kalangan murid boleh ditingkatkan sekiranya guru mempelbagaikan

kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai.

Menurut Hisyamuddin (2010), matlamat pendidikan kebangsaan yang digubal oleh

Kementerian Pendidikan amat jelas. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan usaha dan juga

tumpuan yang tidak berbelah bagi daripada guru untuk merealisasikannya. Oleh yang

demikian guru perlu bersedia mewujudkan perubahan bertujuan meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran guru. Guru yang kreatif dan inovatif merupakan kriteria yang

perlu ada pada guru untuk melaksanakan perubahan dari segi penyampaian, komunikasi,

corak pelaksanaan, jenis aktiviti, dan lain-lain lagi.

Nur Farhanah bt Mohd Amin (2011) juga menggunakan kaedah nyanyian dalam

meningkatkan ingatan murid tahun 5 dalam tajuk ‘Kitaran Air’ yang telah dijalankan oleh

membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian berjaya membantu murid mengingat

proses ‘Kitaran Air’. Murid kumpulan rawatan yang menjalani proses PdP dengan

menggunakan kaedah nyanyian menunjukkan peningkatan markah ujian yang lebih ketara

berbanding dengan kumpulan kawalan yang menjalani proses PdP menggunakan kaedah

konvensional. Murid kumpulan rawatan mudah mengingat proses-proses yang terlibat dalam

7

Page 8: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

tajuk yang difokuskan iaitu ‘Kitaran Air’yang secara tidak langsung membantu mereka untuk

menjawab soalan ujian dengan mudah dan memperolehi markah yang baik.

6.0 Cadangan Tindakan

6.1. Perancangan Tindakan

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih prosedur tindakan Kemmis

dan Mc Taggart (1998).

6.1.1 Tinjauan Masalah dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat

berdasarkan kepada pemerhatian, ujian pra, dan ujian pos.

6.1.2 Pemerhatian

Pengkaji akan menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku kumpulan

sasaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, iaitu sebelum

8

MEREFLEK

MERANCANGMEMERHATI

BERTINDAK

Page 9: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

dan selepas kajian. Pengkaji akan memerhati sikap dan pemahaman murid

tentang tajuk yang akan diajar.

6.1.3 Ujian Pra dan Ujian Pos

Pengkaji juga menyediakan set Ujian Pra dan diberikan kepada kumpulan

sasaran pada awal kajian untuk mengesan sejauh mana penguasaan dan

kefahaman tentang kata sendi nama dari dan daripada. Secara tidak langsung,

pengkaji dapat mengesan kelemahan dalam kalangan murid. Item dalam ujian

pra terdiri daripada sepuluh soalan mengisi tempat kosong dengan kata sendi

nama dari dan daripada dan membina dua ayat menggunakan kata seni nama

dari dan daripada. Selepas itu, murid diuji lagi dengan ujian pos dengan format

soalan yang sama.

6.2 Prosedur Cara Mengumpul Data

Pengkaji melakukan tindakan berikut dalam mendapatkan hasil kajian:

a)   Pengkaji menjalankan Ujian Pra kepada para pelajar setelah selesai

mengajar topik yang berkaitan dengan penggunaan kata seni nama dari

dan daripada

b)  Guru akan menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran dan

pembelajaran kata sendi nama dari dan daripada

c)  Selepas itu, pengkaji menjalankan Ujian Pos apabila semua murid telah 

  menguasai penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dengan mengunakan

teknik nyanyian

d)  Kemudian, pengkaji membuat perbandingan antara hasil dapatan Ujian

Pra dan UjianPos.

9

Page 10: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

6.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

a) Pengkaji akan menganalisis data Ujian Pra dan Ujian Pos menggunakan

jadual dan carta pai .

6.4 Perancangan pelaksanaan Tindakan

Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian penyelidikan

tindakan.

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

2 Menulis proposal kajian

3 Merancang tindakan

4 Pelaksanaan Ujian Pra

5 Memproses data Ujian Pra

6 Menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran kata

sendi nama dari dan daripada)

7 Ujian Pos

8 Rekleksi Kajian

9 Penulisan Laporan Kajian

10 Pembentangan dapatan kajian

10

Page 11: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

7.0 Perbelanjaan (Kos Kajian)

Kos yang terlibat sepanjang penyelidikan kajian adalah seperti jadual di bawah :-

Bil Alatan Kuantiti x Harga

Seunit

Jumlah

(RM)

1 Kertas A4 1 Rim x RM 8.90 8.90

2 Fotostat Bahan Ujian 100 helai x 10 10.00

2 Printer Cartridge 1 x RM 60 60.00

Jumlah 78.90

11

Page 12: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

Rujukan

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008).Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing

Sdn.Bhd

Rosinah Ednin (2011) .Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan.Kuala Lumpur :

Freemind Horizons Sdn.Bhd

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008).

Tatabahasa Dewan .Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (2007).Edisi keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Internet

http://www.slideshare.net/SuziSuziyana/kertas-cadangan-penyelidikan tindakan?related=3

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksendi.htm

http://faizenmohamed.blogspot.com/2013/04/penggunaan-sendi-nama-dalam-bahasa.html

12

Page 13: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

Penulisan Kristis

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara kita. Bahasa ini telah

berkembang dengan begitu pesat sehingga ramai penutur dan pengguna bahasa Melayu

sendiri mengalami kesulitan untuk mengikuti perkembangan bahasa itu sendiri.Dalam

melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek

dan sosial Kurikulum Bahsa Melayu juga telah digubal.Dalam Kurikulum Bahasa

Melayu,murid disediakan untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan

penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat.

Tatabahasa menjadi asas untuk melahirkan bahasa yang indah dan mudah

difahami.Pengajaran tatabahasa ialah pengajaran yang berkisar tentang hukum-hukum dan

peraturan dalam sesuatu bahasa.Hal ini melibatkan struktur dan sistem bahasa itu

sendiri.Pemahaman yang baik tentang selok-belok struktur dan sistem bahasa yang dipelajari

akan membolehkan seseorang murid menguasai dan menggunakan bahasa dengan betul ,tepat

dan berkesan.

Namun , apa yang menjadi isu ialah kesalahan penggunaan tatabahasa ini sering

berlaku dalam kalangan murid-murid di sekolah.Saya telah memilih untuk membuat

penyelidikan tindakan yang bertajuk 'Meningkatkan penguasaan kata sendi nama 'dari' dan

'daripada' dalam kalangan murid tahun 4 dengan teknik nyanyian'.saya dapati murid-murid

sering keliru tentang penggunaan kata sendi nama dari dan daripada. Untuk itu,saya telah

memilih cara untuk meningkatkan penguasaan murid-murid ini dengan menggunakan teknik

nyanyian.Mengapa saya memilih teknik nyanyian. Melalui pemerhatian yang saya jalankan

saya dapati murid-murid amat gemar dan mudah mengingati senikata lagu. Oleh itu, saya

telah mengambil kesempatan daripada kegemaran mereka untuk meningkatkan lagi

penguasaan mereka dengan teknik ini.Selain itu,saya juga yakin pengajaran dan pembelajaran

dengan teknik nyanyian amat digemari oleh murid-murid.

 Berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih berminat dengan teknik

yang menarik seperti nyayian, nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Jika ditinjau

daripada respons pelajar, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan

pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Dengan perkataan lain, perkara

penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik

perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu

berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka.

13

Page 14: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

Dalam buku Pelta Bahasa Melayu Penggal 111, ternyata  kesalahan penggunaan

sendi nama telah wujud lebih tiga puluh tahun lalu. Dalam buku tersebut, Zaaba mengatakan

bahawa  '' Ada beberapa perkataan sendi nama yang orang-orang kerap tersilap memakainya,

tiada betul mengikut kehendak resaman Bahasa Melayu terutama dalam karangan" (Za'ba:

1957)

Pengguna bahasa Melayu selalu beranggapan kata sendi nama dari dan daripada

mempunyai fungsi yang sama dan boleh bersaling ganti penggunaannya. Permasalahan ini

sering membelenggu pengguna bahasa Melayu secara disedari ataupun tanpa disedari sejak

sekian lama.

Jika perhatikan ayat-ayat di bawah selalu digunakan oleh pengguna bahasa Melayu

sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan.

(i) Rosli berusaha menghalang kumbang perosak daripada merosakkan tanamannya.

(ii) Penjenayah itu telah berjaya melepaskan diri daripada  ditahan oleh pihak polis.

Kedua-dua ayat di atas tidak gramatis kerana tidak menggambarkan fungsi  penggunaan kata

sendi nama dari dan daripada yang sebenar. Kata sendi nama dari dan daripada mesti berada

di hadapan kata nama atau frasa nama.

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang  menyatakan

arah, tempat, atau waktu. Contohnya:

(a) Penggunaan kata sendi nama dari yang menunjukkan tempat atau arah.

(i) Kereta itu dipandu secara laju dari arah barat.

(ii) Pandangan yang diberi berkaitan isu itu ditafsir dari sudut agama.

(b) Penggunaan kata sendi nama dari yang menunjukkan waktu atau masa.

14

Page 15: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

(i) Mariah tinggal di Kluang  dari tahun 1995 lagi.

(ii) Azuar mempengerusikan mesyuarat itu dari pukul lapan pagi hingga pukul satu tengah

hari.

Kata sendi nama daripada pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, institusi dan unsur mujarad, sumber atau

asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.

(a) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan punca bagi manusia, haiwan,

benda, institusi dan unsur mujarad. Contohnya:

(i) Afifah telah menerima kad ucapan hari jadi daripada Nurfarah.

(ii) Peserta ekspedisi ke Gunung Jerai itu terdiri daripada ahli jawatankuasa Persatuan Ilmu

Kemanusiaan USM.

(iii) Kita mesti bersatu untuk mengelakkan diri daripada ancaman musuh.

(b) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan maksud sumber atau asal

kejadian sesuatu benda. Contohnya:

(i) Benang berasal daripada kapas.

(ii) Kumpulan muzik itu terbentuk hasil daripada ilham Ruhil Amani.

(c) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan perbezaan atau perbandingan.

Contohnya:

(i) Kereta yang dibeli oleh Sharizad  lebih mahal daripada kereta Imran.

15

Page 16: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

(ii) Cara Nasir bercakap lebih matang daripada usianya yang sebenar.

(d) Penggunaan kata sendi nama daripada yang menunjukkan sebahagian daripada semua.

Contohnya:

(i) Sebahagian besar daripada pekerja  tidak suka akan pengarah syarikat itu.

(ii) Seorang daripada tiga perompak itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

Walaupun kata sendi nama daripada mesti hadir di hadapan kata nama atau frasa nama,

namun ada kekecualian dalam penggunaannya. Kata sendi nama daripada boleh hadir di

hadapan kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif untuk menyatakan

perbezaan atau perbandingan. Contohnya:

(i) Abang Mus lebih suka memandu kenderaan sendiri daripada menaiki bas.

(ii) Lebih baik berdiam diri daripada sedih akan kegagalan kita.

Kesalahan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada merupakan antara  kesalahan

penggunaan bahasa yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.

Walaupun kesalahan ini dianggap remeh oleh sesetengah pengguna bahasa Melayu, namun

kita semua mesti berusaha untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul sentiasa

diberi keutamaan

Namun adalah sesuatu yang agak sukar untuk menerangkan kepada murid-murid tahun 4

tentang penggunaan kata sendi nama dari dan daripada kita guru hanya menggunakan teknik

kelas sahaja. Aktiviti berpusatkan guru adalah membosankan bagi murid-murid. Sesuai

dengan fitrah murid-murid sekolah rendah yang masih suka bermain, maka saya akan

menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

16

Page 17: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

Teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik

nyanyian atau dengan menggunakan lagu. Hal ini demikian kerana, banyak lagu yang

mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di

samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu tersebut. Oleh itu, guru

perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar.

Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan

lagu tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis kata

yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi.

Selain itu, menggunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan

rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kesalahan dalam penggunaan tatabahasa sering

kali kita lakukan .Kita sering melakukan kesalahan sama ada disedari atau tidak. Kesalahan

tatabahasa ini harus diperbetulkan sejak kanak-kanak lagi bak kata pepatah 'melentur buluh

biar dari rebungnya'.Kaedah dan teknik pengajaran juga harus lebih menarik untuk menarik

minat murid mempelajari tatabahasa yang dianggap mata pelajaran yang membosankan.

17

Page 18: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

Rujukan

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008).Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing

Sdn.Bhd

Rosinah Ednin (2011) .Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan.Kuala Lumpur :

Freemind Horizons Sdn.Bhd

Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Haji Musa,Abdul Hamid Mahmood

(2008).Tatabahasa Dewan .Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan (2007).Edisi keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Internet

http://www.slideshare.net/SuziSuziyana/kertas-cadangan-penyelidikan tindakan?related=3

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksendi.htm

http://faizenmohamed.blogspot.com/2013/04/penggunaan-sendi-nama-dalam-bahasa.html

Lampiran 1

Tanya Sama Guru (melodi lagu Tanya sama pokok)

18

Page 19: CONTOH KAJIAN TINDAKAN CIKGU SHAM.doc

Tanya sama guru

Apa fungsi dari

Nanti jawab guru ada 3 fungsinya

Mari kawan-kawan kita cuba faham

Agar kita ingat tidaklah silap

Dari yang pertama dari untuk masa

Dari yang kedua dari untuk arah

Dari yang ketiga dari untuk tempat

Mari kawan-kawan kita guna MAT

19