contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah

18
Bahasa Inggeris: PaMa ( Papa Mama Programme) Meningkatkan peratus lulus Kertas 2 Bahasa Inggeris UPSR dalam membina struktur ayat yang mudah dan berkualiti Jamaliah bt Md Salleh SK Sungai Pasir Abstrak Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2008 , murid-murid di dua buah kelas terakhir telah gagal Bahasa Inggeris dengan mendapat gred D dan E. Setelah dianalisa selepas kelas tahun 6 di streaming, semua murid Kelas 6 Tekun bagi tahun 2009 telah gagal dalam semua mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris. Bagaimanapun kaedah streaming amat mudah untuk mengajar dan mengesan kelemahan sesaorang murid pada setiap mata pelajaran. Memandangkan tahap kecerdasan mereka adalah setara, menyebabkan saya meletakkan semua murid ini dalam program kajian yang saya jalankan. Mereka tidak dapat menzahirkan sesuatu perkara yang begitu mudah dan yang sepatutnya dikuasai pada tahap satu, malahan benda-benda yang berada di sekeliling mereka seperti nama-nama benda di dalam bilik darjah dan yang sering digunakan dan dilihatpun tidak boleh disebut. Sikap pasif dan malu meningkatkan kelemahan yang sedia ada. ‘Berat mulut’ dan ‘rendah diri’ mendorong saya mengukir satu program yang mencakupi tenaga dari rumah dan warga sekolah. Latar belakang keluarga yang pelbagai dan penempatan yang kebanyakannya tinggal di taman-taman perumahan dan di kampung-kampung berdekatan, mempengaruhi kehidupan murid-murid ini bersama persekitaran yang ada. Tempat tinggal yang berhampiran dengan kawasan perindustrian menyebabkan ibu bapa sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan bekerja syif, menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan anak-anak sendirian atau mengharapkan jiran. Ini adalah di antara faktor menyebabkan ketiadaan minat untuk belajar dan penekanan untuk lulus peperiksaan terlepas pandang oleh keluarga. Aktiviti Papa Mama yang dijalankan cuba mendekatkan ibu bapa supaya sedar dan lebih perihatin dan peluang ini diambil ketika setiap perjumpaan waris di

Upload: luisa-wong

Post on 21-May-2015

8.994 views

Category:

Documents


67 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

Bahasa Inggeris: PaMa ( Papa Mama Programme) Meningkatkan peratus lulus Kertas 2 Bahasa Inggeris UPSR dalam membina struktur ayat yang mudah dan

berkualiti

Jamaliah bt Md Salleh SK Sungai Pasir

Abstrak

Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2008 , murid-murid di dua buah

kelas terakhir telah gagal Bahasa Inggeris dengan mendapat gred D dan E.

Setelah dianalisa selepas kelas tahun 6 di streaming, semua murid Kelas 6

Tekun bagi tahun 2009 telah gagal dalam semua mata pelajaran termasuk

Bahasa Inggeris. Bagaimanapun kaedah streaming amat mudah untuk

mengajar dan mengesan kelemahan sesaorang murid pada setiap mata

pelajaran.

Memandangkan tahap kecerdasan mereka adalah setara, menyebabkan saya

meletakkan semua murid ini dalam program kajian yang saya jalankan. Mereka

tidak dapat menzahirkan sesuatu perkara yang begitu mudah dan yang

sepatutnya dikuasai pada tahap satu, malahan benda-benda yang berada di

sekeliling mereka seperti nama-nama benda di dalam bilik darjah dan yang

sering digunakan dan dilihatpun tidak boleh disebut. Sikap pasif dan malu

meningkatkan kelemahan yang sedia ada. ‘Berat mulut’ dan ‘rendah diri’

mendorong saya mengukir satu program yang mencakupi tenaga dari rumah dan

warga sekolah.

Latar belakang keluarga yang pelbagai dan penempatan yang kebanyakannya

tinggal di taman-taman perumahan dan di kampung-kampung berdekatan,

mempengaruhi kehidupan murid-murid ini bersama persekitaran yang ada.

Tempat tinggal yang berhampiran dengan kawasan perindustrian menyebabkan

ibu bapa sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan bekerja syif, menyebabkan

mereka terpaksa meninggalkan anak-anak sendirian atau mengharapkan jiran.

Ini adalah di antara faktor menyebabkan ketiadaan minat untuk belajar dan

penekanan untuk lulus peperiksaan terlepas pandang oleh keluarga.

Aktiviti Papa Mama yang dijalankan cuba mendekatkan ibu bapa supaya sedar

dan lebih perihatin dan peluang ini diambil ketika setiap perjumpaan waris di

Page 2: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

majlis motivasi ataupun menanda tangani kad profil murid. Pendekatan begini

telah berjaya mengubah sikap ibu bapa secara langsung.

Aktiviti HuWatWe memudahkan murid mengaitkan antara keperluan kata nama

dan kata kerja yang sering digunakan seharian dan sering berkait-rapat dengat

perbualan berdasarkan stimuli atau gambar yang diberi.

Suratku Berjanji sangat berkesan kepada murid apabila surat-surat dihantar

kepada ibu bapa dan guru-guru terpilih sebagai papa dan mama angkat di

sekolah. Projek ini meninggalkan hasil yang berkesan sehingga menjelangnya

hari peperiksaan.

Peningkatan graf Headcount dalam ujian dan peperiksaan Pertengahan Tahun

amat memberangsangkan dan keputusan UPSR diharap dapat melakar sejarah

peningkatan Bahasa Inggeris yang ketara. Sekiranya keputusan di pihak positif,

program ini akan dieruskan dan diperaik lagi.

Page 3: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

1. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu

Bahasa Inggeris sememangnya satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh

murid dan persepsi ini telah ditanam dalam pemikiran murid terutama kepada

mereka yang berada di kelas yang selalu gagal . Perasaan rendah diri, malu ,

dan mengganggap bahawa diri tidak dihargai juga merupakan antara faktor

murid-murid tidak berminat untuk berusaha seperti rakan-rakan di kelas hadapan

dan cemerlang.

Murid-murid dari Tahun 5 ini telah di streaming ke Tahun 6 dan mereka secara

kebetulannya masih ditempatkan di kelas yang sama dengan rakan-rakan yang

sama pada tahun lalu. Didapati bahawa tahap pencapaian bagi semua mata

pelajaran terutama mata pelajaran teras UPSR adalah sama . Maka suasana

mereka untuk menghadapi P&P tidak banyak berubah dari segi rakan-rakan, dan

guru-guru mata pelajaran kecuali berpindah ke bilik darjah yang lainsahaja.

Berpakaian serba baru pada awal tahun tidak menjanjikan semangat baru

kepada mereka.

Tinjauan saya dari masalah di atas menjadikan saya terpanggil utnuk

mendekatkan diri kepada mereka untuk menarik minat belajar dengan

memperkenalkan program yang memudahkan sesuatu yang dianggap selama ini

‘payah’ dan ‘memang tidak boleh’. Program PaMa dimulakan dengan

mengedarkan Kad Program kepada ibu bapa dalam perjumpaan waris kali

pertama pada 1 Januari 2009. Saya telah berpesan kepada murid-murid pada

kelas tambahan bulan Disember supaya meminta ibu bapa hadir dalam

perjumpaan untuk mendapatkan kad tersebut. Kehadiran ibu bapa amat

memberangsangkan dan membawa pulang kad tersebut telah member

gambaran kepada saya bahawa satu perubahan sikap dan minda boleh dan

telah berlaku.

Aktiviti HuWatWe sebagai latih-tubi setiap permulaan kelas telah member kesan

terbaik di mana murid-murid akan tertanya-tanya mengapa mereka tidak disoal

dengan pelbagai soalan tatabahasa sekiranya saya menukar set induksi dengan

cara yang lain. Mereka sentiasa bersedia dan aktif sama ada lisan maupun

1

Page 4: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

bertulis. Kesan yang paling ketara ialah menutup jawapan yang ditulis kerana

terlalu yakin dengan jawapan sendiri.

Suratku Berjanji adalah yang aktiviti yang mengharukan dan merungkai banyak

pemasalahan dan cerita. Pelbagai plot cerita yang menarik dan sedih sebelum

dan selepas aktiviti ini. Emosi ibu bapa ketika berhadapan dengan warkah yang

mencuit hati dan perasaan murid sebagai penulisnya mempuyai konflik masing-

masing. Namun hasilnya sangat memberangsangkan dan telah meningkatkan

kerjasama anak dengan keluarga. Kelas malam yang dianjurkan khas untuk

kelas ini mendapat sambutan dari murid itu sendiri dan keluarga. Pertemuan

dengan guru sebagai mentor juga merubah sikap tidak endah kepada

tingkahlaku yang lebih baik semasa di sekolah.

2. Fokus Kajian/Isu Keprihatinan

Murid-murid ini mempunyai latar belakang disiplin yang berbeza. Walaupun pasif

dalam pelajaran,tetapi sebenarnya mereka adalah dari kalangan murid yang

nakal dan mempunyai masalah disiplin semenjak Tahun 5 lagi. Keputusan

keseluruhan UPSR sekolah pada 2008 disumbangkan oleh bilangan lulus dari

sebahagian murid kelas 6 Tekun yang telah lulus Bahasa Inggeris . Oleh itu,

saya mencuba sedaya upaya supaya murid 6 Tekun pada tahun ini juga

berupaya menyumbangkan peratus untuk mengekalkan peratus sekolah atau

dapat melonjakkan peratus UPSR ke tahap yang lebih cemerlang.

Saya sentiasa mengingatkan bahawa mereka adalah warga terpenting di

sekolah ,dan sumbangan mereka untuk peratus lulus amat diharapkan dan

dihargai. Murid-murid kelas ini sangat percaya dan sentiasa berkata ‘boleh’.

Saya sentiasa mengubah tempat duduk murid supaya mudah untuk fokus

pencapaian mereka dalam kumpulan dari masa ke semasa kerana dalam satu

tandan masih ada yang tidak sama.

2

Page 5: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

3. Objektif Kajian

Objektif Umum:

Pada akhir program ini, murid-murid pemulihan Bahasa Inggeris inidapat

meningkatkan prestasi markah dalam setiap ujian dan peperiksaan Bahasa

Inggeris, seterusnya lulus dalam UPSR ,dan membantu peningkatan peratus

sekolah dengan bantuan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

Objektif Khusus:

• Murid dapat menamakan benda-benda yang terdapat di semua

tempat yang biasa dilihat, kata kerja bagi setiap kata nama dan mengeja dengan

betul.

• Murid boleh membina ayat menggunakan tatabahasa

yang betul, dan mengeja dengan tepat.

• Murid berkemampuan membina ayat yang gramatis untuk

menambah markah.

4. Kumpulan Sasaran

Fokus kajian tertumpu kepada 40 orang murid terdiri daripada 18 orang

murid perempuan dan 23 orang murid lelaki tahun 6 Tekun. 29 orang mendapat

D dan 11 orang mendapat E dalam Peperiksaan Akhir tahun 2008.

Page 6: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

3

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

i. Temubual dengan guru-guru Tahun 5 .

- Suka mengganggu kawan dan sering bertengkar kerana ejekan yang kurang

selesa didengar.

- Sering keluar kelas ketika berlaku pertukaran guru ketika peralihan jadual

waktu.

- Kerap tidak membuat kerja sekolah walaupun dinasihati dan menghadapi

pelbagai denda.

ii. Soal selidik dari murid perempuan

- Mereka malu untuk menjawab soalan kerana takut ditertawakan

- Perasaan rendah diri apabila selalu berada di kelas terbelakang.

- Berbincang dalam kumpulan tetapi sesama mereka juga tidak dapat

menyelesaikan masalah.

iii. Temu bual waris dalam Perjumpaan Waris Pertama.

- Kerja yang tidak menentu atau kerja syif

- Ayah yang bekerja jauh dan kurang kawalan

- Waris tidak dapat membantu pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan tidak

memahami format baharu.

- Tidak sempat kerana anak yang ramai.

- Anak yang tidak mendengar kata.

- Anak yang tidak mempunyai ayah atau ibu

- Anak tinggal dengan datuk dan nenek

Page 7: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

4

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2008

1. Murid yang lulus menjawab soalan objektif di Kertas Satu adalah 20% sahaja,

dan diandaikan bahawa mereka telah meneka jawapan yang diberi.

2. Kertas 2 menunjukkan bahawa murid-murid lemah pada perbendaharaan kata

dan tidak boleh menulis kata nama dan kata kerja yang merupakan asas menulis

ayat. Apabila kedua-dua ini diketahui, pembinaan ayat yang tidak lengkap juga

dapat membantu pemberian markah .

5.3 Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1: PaMa ( Papa Mama Programme)

Perjumpaan pertama kali bersama waris pada 1 Januari 2009 telah diadakan.

Kad Papa Mama Programme yang mengandungi 150 perkataan kata kerja

dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa Malaysia diedarkan

kepada semua waris. Taklimat rengkas diberikan tentang kaedah yang

patutdijalankan ole waris , ibu bapa atau ahli keluarga yang bertindak sebagai

Mentor.

1.1 Mentor akan memantau murid di rumah supaya membaca, memahami dan

mengeja setiap perkataan.

1.2 Tandakan perkataan yang sudah boleh dibaca, dieja dan memahami

maksudnya dalam bahasa ibunda. Mentor tidak semestinya fasih kerana

perkataan-perkataan sering disebut dan didengar oleh murid.

Page 8: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

1.3 Guru dapat mengesan sama ada berlaku atau tidak komunikasi di rumah

jika murid itu tidak menunjukkan peningkatan bila diadakan aktiviti ejaan di kelas.

5

Pemerhatian

i. Kertas difotostat untuk disimpan di rumah dan satu lagi sentiasa berada

bersama murid di sekolah. Ibu bapa bekerjasama mengajar di rumah.

ii. Kertas dilaminet dengan kemas.

iii. 80 peratus murid boleh menulis 5 perkataan sehari dan mengeja dengan

betul.

iv. Boleh menyebut perkataan Bahasa Inggeris bagi menggantikan perkataan

Bahasa Malaysia yang disebut oleh guru.

v. Murid boleh menterjemah ayat ke Bahasa Inggeris walaupun tidak begitu

lancar.

Refleksi

Saya sangat teruja dengan perubahan murid-murid yang rajin membaca dan

menggunakan masa terluang untuk menguji minda sesama rakan. Pertandingan

pasangan yang banyak membaca perkataan turut membantu mereka untuk lebih

berusaha. Namun begitu masih terdapat 20 peratus yang menghadapi kesukaran

mengingat kerana tidak mendapat sokongan kerana kesibukan dan masalah

keluarga. Kumpulan ini diberi tumpuan istimewa dengan banyak diberi solah

lisan sepanjang P&P.

Page 9: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

6

Aktiviti 2 : HUWatWe (who what where)

1. Murid melihat gambar dan nyatakan situasinya.

2. Bulatkan benda yang dilihat dan tuliskan perkataan kata nama di tepi

bulatan tersebut.

3. Ulang aktiviti tersebut pada semua benda dalam gambar itu.

4. Setelah selesai membulatkan 5 bulatan pada gambar tersebut,

nyatakan kata kerja bagi setiap kata nama itu.

5. Murid membina ayat menggunakan Present Continuous Tense bagi

Section A di Paper 2.

1. The woman is buying some fresh vegetables at the market.

2. The fishmonger is selling fish at his stall.

3. The pupils are arranging the chairs and desks in the classroom.

6. Sebenarnya perkataan kata kerja telah dikuasai pada program PaMa

pada Aktiviti Satu. Murid-murid berlumba-lumba untuk menjawab soalan

apabila ditanya kerana perkataan –perkataan tersebut kerap dilatih-tubi.

Murid diminta menulis ayat sendiri mengikut format yang diberi.

7. Murid bertukar buku dan menyemak latihan rakan. Sekiranya ada

kesalahan, mereka berbincang dan ini dapat memantapkan lagi

tatabahasa mereka.

woman fishmonger pupils

buying Vegetables

markets selling fish

stall

chairs

desks arranging

Page 10: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

8. Sebagai aktiviti pengukuhan, murid-murid diberi situasi secara lisan dan

diberi beberapa perkataan kata nama, kebanyakan mereka boleh

membina ayat dengan betul.

7

Contoh : di taman ……………………... at the park

di pasar malam …………… at the night market

di dalam perpustakaan…….. in the library

di atas rak buku ……………..on the book shelf

di belakang pokok …………. behind the tree

Pemerhatian

Saya berasa sungguh gembira apabila mendapat respon yang

memberansangkan dalam pembinaan ayat. Semua murid saya bersungguh-

sungguh untuk mengambil bahagian, manakala perasaan malu dan rendah diri

telah berkurangan. Penggunaan prepositions susah untuk difahami tetapi

selepas dilatih-tubi dengan banyak melihat gambar situasi dan bercerita, mereka

akhirnya menagih supaya diberi soalan sehingga perlu kesabaran untuk

mengawal kelas yang aktif.

Refleksi

Hasil dari program ini didapati markah bagi Section A telah meningkat dari

O pada awal tahun dan kini boleh mendapat 5 markah di mana markah penuh

ialah 10. Program ini juga turut membantu dalam menjawab Section B dan

setrusnya berpeluang lulus kertas Bahasa Inggeris.

Page 11: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

8

Aktiviti 3 : Suratku Berjanji

1. Setiap murid dibekalkan alatan berikut:

- 3 keping setem 30 sen, 3 helai sampul surat, 3 helai kertas A4, gam

2. Murid menulis sepucuk surat kepada ibu, sepucuk surat lagi kepada bapanya

dan sepucuk surat lagi kepada seorang guru yang dipilih oleh penyelidik.

3. Setelah selesai surat yang pertama ditulis, akan terus dimasukkan ke dalam

sampul surat, digam dan ditampal setem. Akhirnya alamat penerima ditulis di

sampul surat tersebut. Alamat rumah kemungkinannya akan sama dengan

murid jika dia tinggal bersama dan alamat berlainan sekiranya tidak tinggal

bersama.

4. Oleh kerana terdapat 40 orang guru di sesi pagi, maka setiap mereka mendapat

seorang anak angkat. Guru-guru ini juga menerima sepucuk surat dari anak

angkat yang beralamatkan sekolah.

5. Di antara kaandungan surat itu adalah:

- Azam untuk menjawab soalan peperiksaan sehabis baik.

- Memohon ampun maaf dari kedua ibu bapa atas segala kesalahan

- Berjanji untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

- Mengucapkan terima kasih kerana menjaga dan membela.

- Mencurahkan perasaan yang terpendam yang tidak dapat diluahkan secara

lisan.

- Akan berusaha dan belajar serta memperbaiki diri mulai sekarang

- Memohon doa dari ibubapa dan guru

- Minta dihalalkan ilmu daripada guru

- Mencurahkan masalah diri , rakan ,dan keluarga kepada guru

6.Surat ditulis berasingan dan disimpan segera ke dalam sampul surat supaya

kandungan surat lain tidak mempengaruhi intisari surat yang lain kerana

penerima adalah orang yang berlainan.

7. Murid akan disoal selidik bermula dari surat itu sampai di rumah dan detik

kedua ibu bapa membacanya. Reaksi mereka perlu untuk kajian seterusnya.

Page 12: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

8. Penglibatan guru setelah menemui anak angkat dapat memotivasikan murid

memandangkan mereka adalah di antara murid yang kurang menyerlah dalam

pelajaran.

9 Pemerhatian

1. Ketika surat ditulis , boleh dilihat pelbagai reaksi dari murid kerana pelbagai

perasaan timbul seolah-olah mereka sedang berkata-kata dengan ibu bapa

dalam bentuk tulisan. Setelah keadaan tenang, baharulah mereka lancer menulis

segala yang terbuku di hati dengan ikhlas. Terdapat pula murid yang tidak

pernah bertegur dan memberi salam kepada guru itu, tetapi tiba-tiba guru

tersebut memanggil dan bertanya khabar. Pelbagai perasaan dan sangsi

bermain di kepala dan ada yang ingin bertukar mentor kerana malu dan takut.

Selepas hari itu, mereka terasa bahawa masih ada yang sayang.

Refleksi

Kedua ibu bapa memberi reaksi yang pelbagai. Di antaranya adalah:

1. Memanggil anak dan memberi perangsang dan menabur janji jika anak lulus

semua mata pelajaran.

2. Ibu bapa bertanya kepada anak kerana berasa hairan kerana selama ini tidak

tahu masalah yang dihadapi oleh anak sendiri.

3. Membawa anak keluar makan malam.

4. Menyediakan sarapan pagi kerana tidak pernah berbuat demikian.

5. Terdapat waris yang meletakkan sahaja surat rahsia itu di atas meja atau kabinet

tanpa ada apa-apa tindakan.

6. Surat dibawa masuk ke dalam bilik oleh ibu bapa dan mereka berbincang. Surat

tidak kelihatan lagi.

7. Minta adik mengintai apa yang ibu bapa lakukan kepada surat tersebut.

8. Ada yang takut-takut hendak balik rumah.

9. Terpaksa berkurung di dalam bilik, menunggu nama dipanggil.

10. Diminta berjanji dan berikrar dengan jujur di hadapan ibu bapa.

11. Surat ditujukan kepada datuk atau waris terdekat sekiranya salah seorang

daripada ibu dan bapa sudah tiada.

Page 13: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

12. Perjumpaan bersama guru yang merupakan mentor di sekolah merupakan satu

sejarah dalam hidup mereka. Mereka berasa seperti diawasi oleh waris terdekat.

13. Sikap mereka mulai positif dan menjaga tingkahlaku.

10 5.4 Penilaian

1. Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.

2. Kerja tulis mereka diperiksa supaya tulisan kemas atau boleh dibaca.

3. Tidak ada yang mendapat markah E, tetapi masih ada yang mendapat D

tetapi boleh diperbaiki lagi.

4.Murid mulai rajin menyiapkan kerja bertulis.

5.5 Refleksi Kajian

Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah fokus

kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian.Saya berasa gembira kerana 14

orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E, manakala

bakinya mendapat D iaitu mendapat sekitar 34 – 39 markah. Keberangkalian

untuk penambahan lulus adalah tinggi.

6. Cadangan untuk kajian seterusnya

Berdasarkan kejayaan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapat

markah bagi Section A untuk membina ayat dengan struktur yang betul telah

berjaya. Ini turut membantu peningkatan markah Section B. Aspek

permasalahan lain adalah merangkumi Past Tense bagi Section C. Tahap

kemahiran murid kumpulan ini tidak boleh dicampur-adukkan sekarang kerana

penggunaan Past Tenseakan menambahkan kekeliruan kerana mereka belum

begitu mantap lagi. Sekadar membina ayat-ayat mudah.Bagaimanapun fokus

kajian digolongka sebagai tercapai . Penyelidik bimbang untuk tidak memberi

tekanan kepada kumpulan sasaran ini supaya ,yang dikendong tidak akan

berciciran ketika hendak mengejar sesuatu yang jauh. Tindakan intervensi lain

yang dicadangkan adalah satu program berbentuk membaca esei pendek,

menterjemah cerita dan menulis cerita. Fokus kajian adalah untuk menambah

Page 14: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

perbendaharaan kata dan menambah keyakinan terhadap mata pelajaran

Bahasa Inggeris di sekolah menengah.

7. Rujukan

Lee Soon Guan et al. (2006) Matra keluaran kedua,

Jabatan Pendidikan Kedah

11 Lampiran 1: PaMa Programme

Eating Makan flying Terbang Showing menunjuk

Drinking Minum Plucking Memetik Building Membina

Bathing Mandi Throwing Baling,buang Feeding Beri makan

Sleeping Tidur Laying Bertelur,hidang Folding Melipat

Cooking Memasak Swimming Berenang Watering Menyiram

Washing Membasuh Helping Menolong Going Pergi

Cleaning Mencuci Buying Membeli Cycling Menunggang

Cutting memotong Selling Menjual Camping Berkhemah

Frying Menggoreng Bargaining menawar Fishing Memancing

Mopping Mop Chopping takik,potong Boiling Masak,rebus

Slicing Mengiris Pushing Menolak Pitching Pacak khemah

Putting Meletakkan Pulling tarik grazing Makan rumput

Arranging Menyusun Shooting Menembak milking Perah susu

Wiping Mengelap Collecting Kumpul,kutip Jumping Melompat

Carrying Mengangkat Asking Bertanya standing Berdiri

Holding Memegang Answering Menjawab Crying Menangis

Chasing Mengejar Giving Member stealing Mencuri

Catching Menangkap Sending Menghantar Snatching meragut

Shouting Menjerit Wearing Memakai waiting Menunggu

Running Berlari Choosing Memilih queuing Beratur

Calling Memanggil Driving Memandu climbing Memanjat

Smilling Senyum Serving Hiding,layan Decorating Menghias

Cheering Bersorak Preparing Menyediakan Blowing Meniup

Clapping Tepuk tangan Baking Bakar kuih,roti Celebrating Menyambut

Sitting Duduk Drying Mengering Opening Membuka

Walking Berjalan Hanging menggantung closing menutup

Writing Menulis Taking Menulis suggesting Mencadang

Page 15: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

Working Bekerja Looking Lihat, tengok rowing Mendayung

Drawing melukis Jogging Jogging laughing Ketawa

Killing membunuh Falling Jatuh talking Bercakap

greeting Ucap selamat whispering berbisik reading Membaca

borrowing meminjam paying membayar ordering Tempah

having mengadakan apologizing Mohon maaf thank Ucap terima kasih

12 Lampiran 2: Buku Latihan

Page 16: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

13

Page 17: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

Lampiran 3: Suratku Berjanji

14

Lampiran 4: Keputusan Ujian Pertengahan Tahun Kelas 6 Tekun 2009

gam

Setem 30 sen Sampul

surat

Page 18: Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah

1. Ujian Pra : 25 %

2. Ujian Semester 1 : 30.6%

3. Ujian Pertengahan Tahun ; 35 %

15