contoh pendahuluan kajian tindakan

3
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menurut Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik (2002) Mata pelajaran Pendidikan Muzik dirancang untuk mencapai matlamat kearah mempertingkatkan perkembangan murid dari pelbagai aspek meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Melalui usaha ini, ia seterusnya dapat menyediakan murid yang bukan sahaja berpengetahuan dan kemahiran asas namun juga sihat dan aktif dari segi mental dan fizikalnya. Subjek Pendidikan Muzik meliputi aspek Nyanyian,Gerakan,Permainan Alat Perkusi dan Teori. Keempat-empat aspek ini sangat penting dalam Pengajaran dan pembeajaran Muzik untuk melahirkan insan yang seimbang dan aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid. Minat dan kecenderungan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan menunjukkan pencapai yang tinggi dalam perkara yang diceburi. Dalam proses pemilihan, minat memainkan peranan yang sangat penting sebagaimana yang telah disarankan oleh Holland (1973), dalam kajiannya iaitu pemilihan aktiviti adalah dipengaruhi atau didorong oleh minat seseorang. Selain itu juga, Menurut Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000), minat secara keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi. Namun sistem pendidikan di Malaysia lebih menitikberatkan hafalan dan pencapaian akademik sehingga menepis banyak kehendak dan keseronokan belajar yang diperolehi murid melalui Pengajaran dan Pembelajaran Muzik dalam bilik darjah.Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran teori Pendidikan muzik di dalam kelas menjadi hambar dan tidak bermakna. Ini menyebabkan murid kurang berminat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik khususnya dalam Teori Muzik.Oleh itu, Pendidikan yang berkualiti memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa

Upload: cikgusya

Post on 14-Jul-2016

358 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KAJIAN TINDAKAN

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH Pendahuluan KAJIAN TINDAKAN

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik (2002) Mata pelajaran Pendidikan Muzik dirancang untuk mencapai matlamat kearah mempertingkatkan perkembangan murid dari pelbagai aspek meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Melalui usaha ini, ia seterusnya dapat menyediakan murid yang bukan sahaja berpengetahuan dan kemahiran asas namun juga sihat dan aktif dari segi mental dan fizikalnya. Subjek Pendidikan Muzik meliputi aspek Nyanyian,Gerakan,Permainan Alat Perkusi dan Teori. Keempat-empat aspek ini sangat penting dalam Pengajaran dan pembeajaran Muzik untuk melahirkan insan yang seimbang dan aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid.

Minat dan kecenderungan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan menunjukkan pencapai yang tinggi dalam perkara yang diceburi. Dalam proses pemilihan, minat memainkan peranan yang sangat penting sebagaimana yang telah disarankan oleh Holland (1973), dalam kajiannya iaitu pemilihan aktiviti adalah dipengaruhi atau didorong oleh minat seseorang.

Selain itu juga, Menurut Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000), minat secara keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi.

Namun sistem pendidikan di Malaysia lebih menitikberatkan hafalan dan pencapaian akademik sehingga menepis banyak kehendak dan keseronokan belajar yang diperolehi murid melalui Pengajaran dan Pembelajaran Muzik dalam bilik darjah.Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran teori Pendidikan muzik di dalam kelas menjadi hambar dan tidak bermakna. Ini menyebabkan murid kurang berminat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik khususnya dalam Teori Muzik.Oleh itu, Pendidikan yang berkualiti memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan (Tribus, 1992). Guru seharusnya mewujudkan satu suasana baru pembelajaran di dalam bilik darjah.

Menurut Johnn Heinrich Pestalozzi (1746-1827) pendidikan yang baik adalah pendidikan yang diperoleh melalui pancaindera manusia dan memberi penekanan terhadap peluang yang mencukupi untuk murid-murid meneroka dan mengkaji muzik melalui usaha mereka sendiri.Ini adalah kerana pendidikan muzik tidak dapat dikuasai hanya dengan menghafal teori tetapi perlu mengadakan latihan yang kerap.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pada 20 Mac 2012 yang lalu, saya telah menjalankan aktiviti pengajaran saya seperti biasa mengikut jadual. Saya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik. Kelas yang saya ajar pada hari tersebut adalah Tahun 5 Soleh.Muridnya seramai 20 orang.Murid-murid dalam kelas ini agak lemah dalam semua mata pelajaran.

Page 2: CONTOH Pendahuluan KAJIAN TINDAKAN

Pada hari tersebut saya telah mengajar Teori Muzik . Saya telah merancang pembelajaran pada hari tersebut mengikut huraian sukatan yang telah ditetapkan. Bagi Pengajaran dan Pembelajaran pada hari tersebut saya memilih sub tajuknya membaca nilai not muzik.Dalam mencapai objektif pengajaran tersebut saya memulakan pengajaran dengan melakukan aktiviti nyanyian solfa diikuti dengan sesi bersoal jawab dengan murid tentang nilai not.Walaupun murid-murid telah belajar beberapa kali tentang topik ini semasa mereka di tahun 3 dan tahun 4 tetapi hampir semua murid tidak dapat menyatakan jawapan yang tepat tentang nilai not.Daripada pengamatan dan penilaian saya pelajar tidak dapat mengecam not serta tidak dapat menghafal bentuk not dan nilainya.

Oleh yang demikian saya terpaksa mengaitkan keadaan persekitaran pelajar itu sendiri dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam membaca nilai not. Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengingati jenis not dan ini menyebabkan mereka tidak dapat membaca nilai not, Oleh itu,bagi memudahkan mereka saya terpaksa mengaitkan sesuatu yang terdapat dengan persekitaran mereka supaya mereka mudah memahami cara membaca nilai not.Untuk itu saya menggunakan kaedah permainan iaitu ‘Roda Ajaib dan Siapa Cepat Dia Dapat’dengan ini saya percaya bahawa murid-murid akan lebih berminat dalam mempelajari teori muzik khususnya dalam membaca nilai not.